Mulai 11 pagi, demonstran pro-ISA yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok bersebelahan Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara. Ahmad Tajdid, Harakah PELIK juga memikirkan tindak-tanduk sebuah pertubuhan NGO pro-ISA, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk mengadakan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara pada Sabtu, 1 Ogos ini. Bukan menjadi satu kesalahan untuk berdemonstrasi dan berarak secara aman bagi menyokong ISA. Sokonglah, kalau itu difikirkan wajar. Tetapi sengaja mengadakan perhimpunan pro-ISA di hari yang sama perhimpunan anti-ISA diadakan sebenarnya boleh menimbulkan kejadian dan insiden tidak perlu. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengumumkan cadangannya secara rasmi pada 22 Jun lalu untuk mengadakan perhimpunan Mansuhkan ISA (Mansuh) di ibu negara bertujuan menyerahkan memorandum ke pejabat Yang Dipertuan Agong. Manakala Pewaris yang mendakwa mewakili sepuluh NGO Melayu yang lain menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan menyokong ISA pada tarikh dan tempat yang sama hanya pada petang 21 Julai - hampir sebulan setelah GMI menyatakan hasrat mereka. Antara yang bakal menyertai perhimpunan pro-ISA Pewaris adalah sebuah pertubuhan silat! GMI bersama 83 NGO lain (termasuk Pemuda Gerakan) akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara - dengan berpakaian hitam dan merah ke Istana Negara. Manakala Pewaris dengan 10 NGO Melayu dan ahli-ahli Silat Lincah akan berada di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari. Mulai 11 pagi, demonstran pro-ISA yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok bersebelahan Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara. Tidak diketahui sama ada kedua-dua kumpulan, anti-ISA yang berhimpun selepas solat Zohor, dan pro-ISA yang berhimpun sebelum solat Zohor akan bertembung di pintu Istana Negara. Bagaimanapun kemungkinan besar himpunan pro-ISA yang telahpun berarak pada jam 11 pagi akan mengakhiri perhimpunan mereka sebelum solat Zohor bagi memberi kesempatan kepada ahli-ahlinya yang kesemuanya Melayu-Islam untuk menunaikan solat Zohor! Sehubungan itu, kita yakin tidak berlaku pertembungan antara dua kumpulan ini di hadapan Istana Negara kelak. Bagaimanapun kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Dato' Ibrahim Ali bahawa demonstrasi anti-ISA anjuran GMI dan pro-ISA anjuran Pewaris pada tarikh dan tempat yang sama (walaupun masa yang berlainan) bakal "menimbulkan huru-hara" patut diambil perhatian serius pihak keselamatan. Jika Ibrahim Ali yang juga penggerak utama demonstrasi pro-ISA itu tidak boleh menjamin perhimpunan yang bakal diadakan berjalan secara aman, Pewaris tidak sepatutnya dibenarkan berhimpunan pada tarikh itu. Selaku pemimpin - tidak kira sekecil manapun bilangan yang dipimpin - Ibrahim perlu bertanggung jawab. Wajar baginya membatalkan sahaja cadangannya untuk berhimpun kerana beliau tidak mampu mengawal anak-anak buahnya daripada bertindak ganas dan melakukan provokasi. Ramalan Ibrahim bahawa dua perhimpunan itu boleh "menimbulkan huru-hara" adalah berniat jahat dan mendedahkan niat sebenar perhimpunan pro-ISA itu dilaksanakan. Ibrahim dalam kenyataannya berkata Perkasa dan NGO Melayu lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara." Malah beliau mengugut akan meneruskan perhimpunan pro-ISA itu jika Himpunan Mansuh yang digerakkan GMI tidak dibatalkan dan pihak polis tidak mengambil tindakan tegas. "Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara. "Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan," katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini. Jelaslah apa sebenarnya yang terkandung dalam benak hati Ibrahim, Pewaris dan Perkasa yang dipimpinnya. Tujuan perhimpunan pro-ISA itu diadakan adalah untuk menimbulkan huru-hara atau paling tidak dijadikan alasan oleh pihak polis untuk menghalang sebarang bentuk perhimpunan 1 Ogos ini di Kuala Lumpur. Pastinya Ibrahim sendiri bukanlah contoh terbaik untuk diikuti. Beberapa perhimpunan yang disertai olehnya termasuk dalam menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan pada 1978 berakhir dengan huru-hara. Ianya berbeza dengan perhimpunan aman yang dianjurkan masyarakat sivil negara seperti perhimpunan Bersih pada 2008 apabila 100,000 rakyat berhimpun di ibu kota dengan berbaju kuning. Perhimpunan Bersih dan Mansuhkan PPSMI beberapa bulan lalu berjalan dengan aman dan berakhir dengan aman. Jika adapun kekecohan, ia disebabkan tindakan FRU menembak gas pemedih mata kepada mereka yang berhimpun. Tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera dan tiada harta awam yang rosak binasa dalam dua perhimpunan itu. Ia tidak seperti beberapa perhimpunan yang dianjurkan Ibrahim Ali di Kota Bharu sehingga mendorong Kerajaan Pusat mengisytiharkan Mageran di negeri itu. Walaupun Ibrahim dan kelompok ultra-Melayu pimpinannya berusaha menggagalkan himpunan Mansuh, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan itu. Malah lebih seribu petugas Unit Amal telah dikerah bagi mengawal keselamatan dan peserta Himpunan Mansuh bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Himpunan Mansuh juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak antaranya Pemuda Gerakan, parti gabungan BN. Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilapor melarang Pemuda Umno daripada terlibat dalam perhimpunan pro-ISA yang dianjurkan Pewaris menyebabkan Ibrahim 'naik angin'. Untuk pengetahuan, tanggal 1 Ogos 2009 dipilih sebagai tarikh himpunan Mansuh sempena 49 tahun ISA digubal.- |
Isnin, 27 Julai 2009
Himpunan sebelum dan selepas Zohor, 1 Ogos ini: Siapa berniat jahat?
Koperasi tekad tidak akan serah Kampung Buah Pala
Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd, pemilik tanah seluas 2.6 hektar di Kampung Buah Pala, hari ini menyifatkan tindakan kerajaan negeri menarik balik kelulusan pelan pembangunan di tapak itu sebagai satu bentuk ugutan.
Pengerusinya, Abdul Razak Mansor berkata, pihaknya tidak akan mengalah dengan ugutan itu dan akan mencari jalan untuk meneruskan hasratnya untuk membangunkan kawasan berkenaan demi kepentingan anggotanya.
Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan yang memberikan hak tanah itu kepada koperasi berkenaan adalah kekal dan semua pihak harus menghormatinya.
Ketika dihubungi Bernama di sini, katanya, koperasi itu tidak bersetuju terhadap sebarang tindakan pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk berkompromi dengan kerajaan negeri dan setakat ini pendirian itu kekal.
"Jika perlu, kita akan mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap mana-mana pihak yang cuba menghalang pembangunan di tanah yang kami perolehi secara sah itu dan sebarang tindakan akan mengambil kira keadaan selepas 2 Ogos ini," katanya.
Beliau berkata, adalah sukar bagi koperasi untuk membatalkan hasratnya membangunkan tanah itu kerana lebih 3,500 anggota sudah menunggu sekian lama untuk menikmati hasil pelaburan mereka.
Abdul Razak berkata sebagai sebuah koperasi yang ditubuhkan sejak 84 tahun lalu, projek pembangunan di kampung berkenaan merupakan projek sulung yang memang dinantikan selama ini.
"Saya tidak boleh menyerahkan tanah itu sewenang-wenangnya kepada pihak lain tanpa persetujuan anggota dan sebarang kehendak mereka diputuskan melalui mesyuarat agong tahunan," katanya.
Justeru itu, beliau berkata koperasi itu tidak berminat dengan langkah MIC untuk mengambil balik tanah itu dan membayar premium RM3.2 juta kepada kerajaan negeri.
"Nilai moral koperasi ini jauh lebih tinggi daripada premium itu. Jadi kami tidak akan menyerahkan tanah itu kepada mana-mana pihak,"katanya.
Beliau juga tidak akan menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk berbincang mengenai penyelesaian kemelut di Kampung Buah Pala itu walaupun beliau dijemput kelak. BERNAMA
Magaran beri GMI amaran batal perhimpunan 1 Ogos

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Abdul Aziz berkata, jika GMI masih berdegil untuk meneruskan hasrat mereka, pihaknya juga akan turut menganjurkan perhimpunan balas pada hari yang sama - juga di tiga lokasi sebagaimana diputuskan GMI untuk menyokong penggunaan ISA.
"Jika GMI berdegil, maka Magaran juga akan turun berdemonstrasi di jalan raya untuk mengokong ISA pada jam 11 pagi.
"Oleh itu, MAGARAN memberi amaran kepada GMI agar jangan bertindak bodoh mendesak kerajaan menghapuskan satu akta yang telah terbukti dapat menjamin keamanan negara," katanya dalam sidang media pengumuman penubuhan Magaran di sini hari ini.
Magaran disertai oleh 56 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Demi bangsa: Kit Siang nak repot Polis esok pastikan keselamatan Tee Keat
I will lodge a police report tomorrow to protect MCA President and Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat’s life as well as to ensure that “dark forces” of politico-business underground do not extend their tentacles to compromise decision-making all the way to the Cabinet.
In the past week, Ong had publicly alleged “politico-business forces” connected to the RM12.5 billion Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal and “certain quarters in the ruling coalition” who have threatened his personal safety.
In an interview with Sin Chew Daily last Thursday and his various speeches at MCA functions since then, Ong had made the most serious allegations about corruption and abuses of power in the highest levels of government decision-making all the way to the Cabinet, that corruption had emerged under the Najib premiership from the “darkness” into the open to do their evil work.
Ong even claimed that he was now “under siege” from people with vested interests in the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal, including some from within BN, revealing that he had received death threat delivered him in a message through some “secret society brothers”.
The MCA Sunday Star today reported that the death threat read: “If you’re wiped out from this world some day, you should know why this has happened.”
I had yesterday given him 48 hours to lodge police report about the death threat to a Cabinet Minister and the extension of underground forces in politico-business reaching all the way to the Cabinet, and that I will lodge a police report on his behalf if he dared not do so.
Unless Ong reports a report within the 48 hours deadline, I will lodge a police report to protect Ong’s life as well as to ensure that the dark forces of politico-business underground do not compromise the integrity of the government and Cabinet decision-making process.
I regret that Ong continues to imply that I am one of the “external forces” which has put him under siege in facing his “life-and-death” political crisis to avert a “Topple Ong” campaign.
Let me reiterate that I have no interest or role whatsoever in MCA politics, and I am in the least bothered whether there is a “Topple Ong” and there is no “Topple Ong” campaign in the MCA, aswhether Ong or Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek becomes the MCA President is utterly inconsequential to Malaysians who do not see any difference between the two.
Ong wants to be a hero without heroism – which is why I had lambasted him for being a “hero outside, coward inside (Parliament and Cabinet)” – and there is a lengthening list of instances to substantiate this, the latest being the failure of MCA Ministers to ensure that the Cabinet sets up a comprehensive Royal Commission of Inquiry into Teoh Beng Hock’s unusual death at the MACC.
What Malaysians and I are interested are the full facts, uncensored disclosures and no-holds-barred investigations into the RM12.5 billion PKFZ scandal – how a RM1.088 billion scandal in 2002 under Tun Dr. Ling Liong Sik could quadruple to RM4.6 billion scandal under Datuk Seri Chan Kong Choy in 2006 and now set to become a RM12.5 billion scandal under Ong.
Although Liong Sik had appeared before the Public Accounts Committee inquiring into the PKFZ scandal, the former MCA President and Transport Minister had thrown no new light – preferring to emulate the example of his former boss, Tun Dr. Mahathir, claiming convenient selective amnesia!
The second MCA Transport Minister, Chan Kong Choy, will appear before the Public Accounts Committee on Wednesday. Is he going to emulate Mahathir and Liong Sik and also become a candidate for “convenient selective amnesia”?
I am very disappointed with Ong because he had pledged to “tell all” about the PKFZ scandal, hiding nothing, when he became Transport Minister after the March 2008 general election, but he failed to honour his pledge.
Although he had made public the PricewaterhouseCoopers audit report in the PKFZ, the PwC inquiry was not allowed to delve into the root causes of the RM12.5 billion PKFZ scandal.
So far, Ong has revealed no more than 10% of the PKFZ scandal. Malaysians want the rest of the 90% of the PKFZ scandal to be made public – in particular who are the culprits responsible for the “mother of all scandals” in Malaysia and why no action has been taken against a single one of them all these years?
If Ong is going to be toppled as MCA President and Transport Minister for trying to reveal less than 10 per cent of the PKFZ scandal, why don’t he go the whole way to expose 100% of the PKFZ scandal and accept all consequences for such a principled and courageous act.
If Ong is prepared to expose 100% of the PKFZ scandal and just be content with expose of less than 10% of the scandal, I am prepared to support him to the hilt, even if it means consolidating his position as MCA President and Transport Minister.
I am prepared to co-operate with Ong to uncover the full story of the PKFZ scandal. Dare Ong accept my offer of co-operation?
By Lim Kit Siang
UMNO Nak Tawan Kelantan Hanya Omong Kosong..!!!!! Tapi Orang Seperti Abdul Fatah boleh membantu UMNO tawan Kelantan....????

Sebaliknya Abdul Fatah berkata, sebelum berhasrat untuk menawan semula negeri ini daripada Pas, parti itu terlebih dahulu perlu memulihkan imejnya.
“Saya akui kemenangan Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai baru-baru ini adalah disebabkan kelemahan UMNO selain kekuatan yang ada pada Pas sendiri.
“Bagaimana pun, Pas tidak berbangga kemenangan dalam satu-satu pilihan raya kerana kelemahan parti lawan. Tetapi kita lebih berbangga kerana kekuatan kita sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Ne-geri Bukit Tuku berkata, dasar Pas tidak akan mengambil kesempatan di sebalik kelemahan parti lain untuk menang dalam satu-satu pilihan raya.
“Sebab itu Pas sentiasa membaiki kelemahan dan memantapkan jentera parti untuk mengukuhkan sokongan rakyat terhadap perjuangan parti dalam membuat ‘postmortem’ selepas pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed bahawa parti itu yakin dapat mengambil alih Kelantan daripada Pas pada pilihan raya akan datang.
Mustapa dilaporkan berkata, UMNO Kelantan akan mengatur dua strategi dalam usaha menawan dan ‘menembusi’ Kelantan dari kekangan Pas yang memerintah hampir 15 tahun.
Menurut Mustapa, strategi itu membabitkan usaha untuk meningkatkan semangat ahli-ahli UMNO selain memperkemaskan pengurusan parti.
“Kelantan boleh ditembusi sekiranya semangat dan daya juang ahli-ahli UMNO ditingkatkan semaksimum mungkin. Pejuang parti tulen mempunyai semangat berbeza dengan orang Pas dan saya menunggu saat itu.
“Jentera-jentera parti perlu memulakan gerak kerja mulai sekarang dan Manek Urai adalah contoh untuk kita semua,” katanya.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, usaha untuk mencapai kemenangan itu juga memerlukan pengurusan yang cekap dan semangat serta daya juang ahli-ahli UMNO perlu ditingkatkan semaksimum mungkin.
“Ini termasuk mendisiplinkan diri, menepati masa, melakukan sesuatu perkara dengan teliti dan teratur serta melaksanakan tugas tanpa menunggu arahan,” katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai bedah siasat untuk mengkaji kemenangan tipis Pas pada pilihan raya kecil Manik Urai 14 Julai lepas, Abdul Fatah berkata, ketika ini Badan Perhubungan Pas Negeri sedang membentuk Jawatankuasa Khas Bedah Siasat yang akan dipengerusikan oleh bukan anggota jentera parti yang terlibat dalam pilihan raya.
“Ini perlu kerana kita hanya akan dapat menilai diri oleh mereka yang berada di luar jentera parti dan biasanya kita sebagai jentera tidak akan nampak kelemahan diri sendiri kecuali orang luar,” katanya.
Menurutnya, setiap kelemahan yang dikenal pasti nanti akan diperbaiki bagi memastikan Pas terus kuat dan mendapat kepercayaan rakyat di Kelantan.
“Kita akan baiki kelemahan yang ada agar Pas benar-benar menjadi sebuah parti yang kuat dan dapat membela rakyat,” katanya
UMNO Is Sooooo Desperate!!!
27/07/2009: PAS spiritual adviser Nik Aziz Nik Mat has quashed speculation that he was keen to revive ‘unity talks’ with Umno, blaming the latter for twisting his words in a bid to deflect attention from its current woes and trying to drive a wedge between Pakatan Rakyat members. “This is Umno’s game, it does not come from PAS,” Nik Aziz said in a statement on Monday.
“I proposed the relationship between the two governments to be improved in line with the spirit of federalism.” The Kelantan Menteri Besar had recently suggested that his state government and Najib Razak’s Umno-BN federal administration fostered closer co-operation. There are several outstanding issues including unpaid oil royalty owed by the federal government to Kelantan.
But in a sign of how eager Umno’s top leaders are for a tie-up with PAS – the second biggest Malay party – Nik Aziz unwittingly sparked a chain reaction with even Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin getting into the act. Over the weekend, Muhyiddin was reported to have said that Umno’s supreme council would look into ‘serious talks’ between the two parties.
Support for Umno has been flagging. It is now smack in the centre of a huge public uproar over the controversial death of a Selangor government officer Teoh Beng Hock, seen to be a victim of an Umno conspiracy to topple the Pakatan state administration. Umno has already lost the confidence of the non-Malays in the country and it now needs to shore up its support among the Malays – which make up 55 percent of the nation’s 27 million population.
Otherwise, failure at the next general election is seen as inevitable. Umno is therefore trying all ways and means to tie-up with PAS to maintain control of the country. But PAS has been much less eager, even though talk is rife that some leaders like deputy president Nasharudin Mat Isa are personally keen on a merger on the premise that a tie-up could provide them and their supporters a short-cut to federal power.
However, senior-most leaders like Nik Aziz and party president Hadi Awang have repeatedly announced that the Islamist party will stay with PKR and DAP in the Pakatan coailtion. All three Pakatan partners have also agreed to talk on a coalition-to-coalition basis with Umno-BN on key national issues but have declined the offer of any form of merger.
“This is not party matters. I am not interested in getting the parties together, that is a separate matter,” said Nik Aziz. Meanwhile, the Umno press has continued to churn out the same old ‘unity’ songs and speculation, inviting comments from outspoken former premier Mahathir Mohamad even though he is in Africa on an overseas trip.
The feisty 84-year old leader added to the sizzle by labelling PAS a racist party and warning Umno to be careful of Nik Aziz. “Firstly, who does PAS want to cooperate with? If it wants to cooperate with the BN, join the BN. If it wants to cooperate with Umno – it’s a racist party so I’m worried about its intention,” Mahathir told Malaysian reporters covering an event he was attending in Uganda. Suara Keadilan
-The Might Of The PenFirst They Came...The Malaysian Version
|
Teoh Beng Hock was still under custody when he died
The statement that he was released at 3.45am is utter bullshit. Teoh would not walk out of the MACC office at 3.45am without his hand phone or at least a receipt that the MACC had confiscated his hand phone. This is a requirement under the MACCA. The MACC says that Teoh Beng Hock was released at 3.45am after a gruelling marathon interrogation session that lasted the whole night. But Teoh was not under arrest or even a suspect in a crime, says the MACC. He was merely a witness, and a very cooperative witness on top of that, claims the MACC. |
Khir Toyo: Tuduhan untuk nafi kelemahan Pakatan
![]() |
"YB Azmin Ali juga mahukan rombakan exco dalam kerajaan Pakatan di Selangor. Dalam Pakatan ada perebutan kuasa," kata Khir yang ketua pembangkang DUN Selangor, ketika dihubungi Malaysiakini.
Khir mengulas dakwaan kelab tersebut bahawa siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock - didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat, seperti di Perak.
Sehubungan itu, Dr Khir juga berkata tuduhan kelab tersebut terhadap BN adalah usaha untuk menafikan kelemahan Pakatan mentadbir di negeri itu.
"Ada perebutan kuasa dalam PKR dan dalam parti dalam Pakatan. Kita tak mahu jadi seperti Perak, kita ada moral," katanya.
Sebaliknya, Khir mendakwa, mereka gagal menjalankan tanggungjawab, tetapi menyalahkan orang lain.
Petang tadi, dalam sidang akhbar - bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR - Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.
Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.
Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.
Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.
Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.
Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.
Orang Kelantan Mudah Di Pujok?

Tetapi semua nya tidak terlewat. Rakyat Kelantan mesti bersuara dalam hal ini. Tidak memadai Dato Nik Aziz dan Dato Husam yang bercakap soal ini. Rakyat Kelantan mesti bangun dan menuntut hak mereka. Kita sepatutnya mendesak bayaran wang tertunggak itu dibuat dalam masa terdekat. Kita sepatut nya bersedia berarak dan menunjokkan perassan kita secara aman sahinggalah BN bayar wang itu. Ini akan membolehkan Kerajaan Kelantan meneruskan pembangunan membasmi kemiskinan di negeri itu. Dato Mustapha Mohammad sebagai ketua UMNO Kelantan sepatutnya menyokong pembayaran wang tunai ini, dan lebih mementingkan kepentingan negeri dari parti politik nya. Bila kah agak nya Dato Pa sanggup bertindak untok kepentingan rakyat Kelantan.
Dari segi undang undang hak Kelantan adalah jelas. Jangan lah terkeliru dengan pandangan Rais Yatim yang karut itu. Perjanjian tersebut ditanda tangani olih Tengku Razaleigh bagi pihak PETRONAS dan HJ MOHD NASIR, Menteri Besar bagi pihak Kelantan pada tahun 1975. Tengku Razaleigh sendiri telah menyatakan bahawa perkara ini jelas dan Kelantan sepatutnya dibayar wang dari hasil minyak ini. Hanya BN dan penasihat mereka yang tidak bermaruah yang masih mahu menidakkan perkara yang benar.
ALIBI BAHAN BUKTI BERBENTUK 'HEARSAY' JADI BACKFIRE KEPADA SPRM?
SPRM sudah membuat satu lagi kenyataan akhbar kelmarin, kononnya
mendiang Teoh Beng Hock ada memberikan bahan bukti kepada salah
seorang rakan karibnya tentang penyelewengan peruntukan DUN dari
seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Kononnya menuduh berpuluh syarikat ditubuhkan atas kepentingan
peribadi seorang Exco Pakatan Rakyat Selangor. Bahan bukti itu
kononnya disebarkan dalam sebuah laman blog. Bahan bukti itu kini
boleh menjadi alibi atau boleh juga dianggap sebagai satu perancangan
untuk cover-up kes kematian mendiang Teoh Beng Hock?
Hari ini pemuda UMNO Selangor pula membuat laporan polis mengarahkan
SPRM membuat siasatan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor tentang
penyelewengan tersebut yang berpandukan bahan bukti dari laman blog
tersebut. Sungguh pelik dan tidak masuk akal, langkah pemuda UMNO
Selangor itu membuat laporan agar SPRM menyiasat Exco Kerajaan Negeri
Selangor. Tidak kepada penulis laman blog itu, untuk mendapatkan
kesahihan bahan bukti tersebut?
Tersangat meragukan, kenapa bahan bukti itu mendiang Teoh tidak
berikan langsung ketangan SPRM pada hari yang sama semasa soal siasat
dipejabat SPRM? Kenapa mesti menerusi orang kedua? Bila mendiang Teoh
sudah mati maka barulah timbul alibi. Alibi tersebut nampak seolah
olah dirancang kerana ia tidak konsistan. Nampak sangat alibi bahan
bukti tersebut seperti dibentuk? "Hearsay?".
Kalau mendiang Teoh benar benar ada bahan bukti tersebut, kenapa
selama 8 jam dalam sesi soal siasat itu berlaku, beliau tidak memberi
tahu bahawa bahan bukti itu berada dalam simpanan rakan karibnya?
Kenapa rakan karib mendiang Teoh tidak menyerahkan bahan bukti
tersebut hingga mengambil masa lebih 68 jam baru dikeluarkan dalam
laman blog? Kenapa menerusi laman blog tidak kepada SPRM, sebelum
kematian mendiang Teoh? (Disini banyak menimbulkan keraguan.)
Kalau lah alibi tersebut cuma bertujuan untuk mengalih pandangan orang
ramai sahaja atas kematian mendiang Teoh dibangunan SPRM dan kebetulan
terjadi semasa SPRM adakan sesi soal siasat, maka ia akan mengundang
sangkaan yang paling buruk dari orang ramai kepada SPRM. Alibi
tersebut nampak tidak begitu membantu malah memburukkan keadaan lagi.
Alibi tersebut sudah pasti akan menjadi backfire pula kepada SPRM?
Kalaupun benar alibi itu yang mengatakan bahan bukti Exco Kerajaan
Selangor menyalahgunakan peruntukkan DUN Selangor, ada pada mendiang
Teoh yang disimpan kepada sahabat karibnya. Ini membuktikan mendiang
Teoh tahu yang beliau akan mati? Maka bahan bukti itu pun disimpan
pada sahabat karibnya? Ini tidak masuk akal.
Terlalu banyak ruang " loophole" untuk diragui alibi penulis blog itu?
Seolah olah alibi tersebut dirancang untuk melindungi seseorang
daripada diketahui oleh orang ramai?
Kita pun terfikir, ada lebih
baik SPRM buat penyiasatan yang lebih rapi terlebih dahulu daripada
mencari publisiti murahan untuk menuding jari kepada Exco Kerajaan
Negeri Selangor yang tidak betempat. Lebih baik buat kerja yang betul
daripada menagih publisiti murahan.
HZ
Dr M ragui keikhlasan PAS untuk kerjasama

Katanya, ini kerana pemimpin mereka hanya berusaha untuk memperkukuhkan PAS dan bukan memantapkan BN.
"Saya tahu kerana saya sudah melalui pengalaman ini. Dalam skim Felda kita masukkan orang Umno, dan selepas pemimpin PAS (allahyarham Tan Sri Asri Muda) jadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Felda, semua orang Felda cenderung menentang kita.
"Sebabnya mereka kempen untuk PAS dan bukan untuk kerajaan," katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri sesi hari pertama Dialog Perkongsian Pintar di Munyonyo, Uganda, lapor Bernama.
Dr Mahathir mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat dan melupakan sengketa politik demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.
![]() |
Dr Mahathir mahu Umno berhati-hati menerima kerjasama itu bagi mengelak daripada terjerat permainan politik PAS.
"Yang pertama, PAS mahu kerjasama dengan siapa? Kalau mahu kerjasama dengan BN, masuk dalam BNlah. Kalau mahu kerjasama dengan Umno, itu sudah 'racist party' seperti yang didakwa pihak tertentu, jadi saya khuatir dengan niat mereka," katanya.
Mengenai penyertaan beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk terbaru bekas naib presiden MIC Datuk S.S. Subramaniam ke dalam PKR, Dr Mahathir berkata tindakan itu sedikit sebanyak memberi kesan yang tidak baik kepada BN.
"Tidak banyak orang Umno yang menyertai PKR. Sebelum ini, saya pun berhenti
menjadi ahli Umno tetapi saya tidak menyertai parti lain.
"Namun kita lihat banyak pemimpin parti komponen BN, yang dilayan secukupnya, masih tidak berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi," katanya.
Dr Mahathir berkata penyelesaian terbaik untuk menangani kemelut itu ialah dengan mewujudkan kerajaan yang baik yang disokong oleh rakyat.
Pro-ISA marah Khairy larang demo
![]() |
"Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.
"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.
Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.
"Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari," katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.
Ahli parlimen Rembau, yang juga pengerusi Pemuda BN, turut diminta mempersoalkan pendirian Pemuda Gerakan menyatakan dukungan secara terbuka terhadap perhimpunan anti-ISA.
Pada 13 Julai lalu, Pemuda Gerakan menyatakan ia telah menulis surat kepada penganjurnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyatakan sokongan terhadap – dan terbabit dalam – demonstrasi tersebut.
Pewaris dan lebih sepuluh NGO Melayu yang mendukung akta tersebut dijadual bermesyuarat tengah hari ini di ibu negara bagi membincangkan persediaan rapi menjelang perhimpunan Sabtu ini yang tinggal tidak sampai lima hari.
Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.
Sementara penyokong ISA berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari (lihat peta di bawah).
Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.

Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS

Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.
Malah, Nik Azia mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.
"Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun' kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap 'desperado' Umno 'yang gilakan PAS'.
"Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti," kata Nik Aziz lagi.
"Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato') Mustapha Mohamed," kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.
Oleh itu, hari ini Nik Aziz hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa.
Sementara itu, ketika bercakap kepada media di Kota Bharu hari ini, beliau berkata, PAS tidak bercadang mengadakan hubungan peringkat 'parti dengan parti' sebagaimana di zaman Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa".
Laporan media
Sabtu lalu, pihak melaporkan bahawa Nik Abdul Aziz menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.
Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.
Sehubungan itu, laporan tersebut memetik menteri besar Kelantan itu berkata, beliau menyambut baik usaha kerajaan pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Manakala Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dilaporkan menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu.
Beliau dilaporkan berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.
Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini Muhyiddin telah memutarbelitkan kenyataan Nik Aziz berhubung kesediaannya melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.
"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.
"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Sebelum ini, isu kerajaan perpaduan antara PAS-UMNO menjadi isu panas dalam PAS serta di kalangan anggota Pakatan Rakyat.
Nik Aziz adalah antara pemimpin PAS yang menentang keras cadangan tersebut sehingga beliau menggesa Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang menyokong cadangan tersebut, supaya melepaskan jawatan dalam parti dan selaku ahli Parlimen Bachok.
Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan.
PAS: Muhyiddin putar belit niat Nik Aziz
"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.
"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Ahli parlimen Kubang Kerian mengulas kenyataan timbalan perdana menteri semalam yang dilaporkan berkata, MT yang bersidang pada 31 Julai akan membincangkan langkah awal ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu.
Reaksi Muhyiddin itu susulan kenyataan Nik Aziz kelmarin yang dilaporkan sedia berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan persekutuan dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.
Mengulas lanjut dakwaan manipulasi itu, Salahuddin berkata kenyataan Nik Aziz dibuat atas prinsip hubungan negeri dan persekutuan dalam sistem federalisme di Malaysia.
"Kita bercakap soal 'G to G' (kerajaan dengan kerajaan). Saya tegaskan, PAS sedia berdialog berhubung isu Kelantan dan kerajaan pusat atas prinsip 'G to G'.
"Kenapa hendak sebut dalam mesyuarat MT, sepatutnya (disebut) dalam mesyuarat kabinet," katanya.
Sebelum ini, Nik Aziz juga dilaporkan berharap perselisihan pendapat yang timbul - terutama sewaktu kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai lalu - dilupakan dan kedua-dua pihak kembali kepada semangat persaudaraan Islam.
Muhyiddin pula dilaporkan memberikan reaksi bahawa mesyuarat MT Umno itu juga mungkin akan menentukan wakil parti itu untuk berbincang dengan pemimpin PAS.
Mereka juga rasis, kata Dr M

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau sudah lama dicap sebagai pemimpin yang rasis.
"Sebelum saya menjadi perdana menteri, ada yang melihat saya sebagai 'the Malay ultra'. Tetapi semasa saya jadi perdana menteri, saya dapati kaum-kaum lain tidak mengadu.
"Sewaktu saya perdana menteri mereka dapat hak mereka. Apa juga pandangan yang saya beri dalam blog adalah berdasarkan fakta. Kalau ada fakta yang saya maksudkan tak betul, buktikan," katanya kepada pemberita Malaysia di Munyonyo, Uganda.
Dr Mahathir berada di sana untuk menyertai Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Munyonyo Commonwealth Resort, selama tiga hari, mula semalam, lapor Bernama.
Dr Mahathir berkata terdapat fakta jelas tentang wujudnya ketidakseimbangan dari segi kekayaan mengikut kaum di Malaysia.
"Kalau perlu, perkara ini boleh diaudit (untuk menentukan kebenaran). Misalnya dalam Dasar Ekonomi Baru, kita berjaya hasilkan lebih ramai doktor daripada kalangan kaum Melayu bagi mewujudkan keseimbangan, apa salahnya? Kalau mereka katakan saya rasis, sebenarnya mereka juga layak dipanggil rasis," katanya.
Sebelum ini, banyak pihak bukan Melayu, terutama parti-parti politik Cina yang kurang senang dengan tulisan Dr Mahathir mengenai kepentingan orang Melayu itu dan menuduh beliau sebagai rasis.
Tulisan terbaru beliau dalam blognya Che Det bertajuk 'Kaki Dalam Kasut', mengundang pelbagai reaksi.
Majoriti Melayu memberikan respons positif dan menyokong apa yang Dr Mahathir luahkan. Bagaimanapun banyak pihak bukan Melayu terutama parti-parti politik Cina kurang senang dan menuduh beliau rasis.
'Konspirasi jatuhkan k'jaan Pakatan S'gor'

Naib pengerusinya, Ng Suee Lin mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.
"Ini perancangan yang kita dengar sekarang. Di kedai kopi pun kita dengar, (bahawa) Najib sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat supaya kembali ke pangkuan mereka.
"Dulu di Perak, pada mulanya, kita dengar khabar angin sahaja, kemungkinannya berlaku rampasan kuasa," katanya.
Kemudian, dakwa Ng lagi, selepas campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua exco di Perak didakwa atas tuduhan rasuah, maka khabar angin itu menjadi kenyataan.
Dalam sidang akhbar bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR petang ini, Ng mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.
Isu lembu korban
Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.
Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.
Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.
Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.
Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.
Turut hadir dalam sidang media itu, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.
T'ganu wakaf land poser may have national ramifications
Two members of the royal house of Terengganu have filed an action against the Terengganu Islamic and the Malay Customory Land council (Maidam) for misusing wakaf land meant to be used for religious purposes.
Tengku Zainul Akmal Tengku Besar Mahmud and Tengku Hidayah Tengku Habib had named Maidam as the chief defendants of their suit which they had filed in November last year.
The two are said to be the descendents of Tengku Nik Maimunah Sultan Zainal Abidin and Tengku Ngah Tengku Abdul Rahim, both husband wife, who lived in the late 1800's and area said to be related to the Sultan at that time, Sultan Zainal Abidin III.
The sultan was said to have given the couple 25, 000 hectares of land as a gift.
The couple, in due course gave the land back to the state to be used solely for religious purposes.
Tengku Zainul Akmal Tengku Besar Mahmud and Tengku Hidayah Tengku Habib, who are said to represent more than 200 decendants, are now claiming that Maidam has reneged on its pledge and is using the land for commercial purposes.
They are disputing the council's action in leasing a portion of the land within the district of Kemaman for logging and agriculture.
In their statement of claim, the two allege they are the beneficiaries of the said land which was given to their ancestors by the sultan in 1903.
The couple did not have any children but the land was divided and given to relatives.
The outcome of this case may have a huge legal bearing on status wakaf land nationwide which is estimated to be in excess of 4,000 hectares.
This makes the wakaf land in Kemaman or the Chenderong concession the biggest wakaf land in the country.
The plaintiffs content that since the late 1960's the land was used for commercial purposes.
Prior to this, the land was not developed. It was leased to Cindee Developments Sdn Bhd for 999 years which utilised the land for commercial purposes.
In 1985, Maidam agreed to reduce its lease period from 999 years to 99 years which will end in 2084.
According to the statement of claim, sometime in December 1986, a company Tis Ata Ashar Sdn Bhd owned by Menteri Besar Incorporated, Maidam and Terengganu Islamic Foundation, signed several agreements that gave Cindee Developments and SPPT Development Sdn Bhd a deed of assignment to a portion of the Chenderong concession.
Wakaf land cannot be transferred
Tengku Zainul Akmal and Tengku Hidayah claimed as the land was wakaf land, it cannot be transferred, given an ownership or leased out to a third party for a period of more than three years, according to syariah laws and the Terengganu Islamic Affairs Management Enactment 2001.
The plaintiffs are seeking several remedies that:
1. A firm declaration the Chenderong concession land is wakaf land,
2. That Maidam is the rightful and sole trustee of the land and it cannot be transferred, or given ownership or leased out.
3. Maidam is prevented from violating a fatwa (edict) by the Terengganu mufti in 1971 that wakaf land cannot be transferred to a third party and that any sales and purchase agreement giving ownership or lease is null and void as it is against syaraiah law and the 2001 enactment.
4. That any agreement signed between Tis Ata with Cindee Development and SPPT Development is null and void.
Maidam: Plaintiffs no locus standi
Maidam in its statement of defence filed in February this year, meanwhile said the plaintiffs have no locus standi (legal standing) to initiate the action as they are do not represent the 292 other beneficiaries.
It also denied that the council was a party to the agreement signed between Tis Ata in 1986 and that it was never informed of any agreement to transfer the land deed to the two companies (Cindee and SPPT Development).
The council agreed that the status of the Chenderong land concession is wakaf land but it did not agree that the land could not be leased out as a trustee.
It had the right to ensure income from the property to be given back in return for wakaf purposes as it may not posses the expertise.
The Kuala Terengganu Syariah High Court judge Sheikh Ahmad Ismail ordered the parties to come to an amicable solution in accordance to Islamic law.
Sheikh Ahmad, who had since recused himself from hearing the case had also fixed the case for mention on Oct 4 if there is no settlement.