Selasa, 21 Julai 2009

Jui Meng masuk PKR, tambah kemelut MCA

Penghijrahan bekas naib presiden MCA Chua Jui Meng ke Parti Keadilan Rakyat dijangka menambah kekusutan dalam MCA yang terus dicengkam dengan perpecahan dalaman selepas pemilihan parti itu tahun lalu.

Parti itu kini berdepan dengan risiko ramai akar umbi beralih memberi sokongan kepada Keadilan dan Pakatan Rakyat kerana Jui Meng dilihat sebagai mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli dan pemimpin peringkat pertengahan parti itu.

Pada pemilihan MCA lalu, Jui Meng memperolehi 40 peratus daripada sokongan ahli untuk jawatan presiden parti walaupun dikekang dengan pelbagai cara untuk berkempen.

"Nyata beliau seorang pemimpin yang berpengaruh dan penyertaannya dalam PKR memberi kelebihan kepada Pakatan dan satu tamparan kepada kredibiliti MCA serta Barisan Nasional," kata seorang pemimpin MCA yang tidak mahu namanya disiarkan.

Adalah difahamkan Jui Meng ditawarkan jawatan sebagai duta Malaysia ke China baru-baru ini dalam usaha untuk mengumpan beliau supaya terus dengan BN dan MCA.

"Namun beliau menolak tawaran itu. Beliau juga menolak tawaran sebuah jawatan tinggi di dalam sebuah bank sebelum ini, " kata sebuah lagi sumber. "Beliau nampaknya bertekad untuk meneruskan agenda reformasi menerusi Keadilan. Beliau yakin walaupun berada di sudut pembangkang adalah pengalaman baru untuknya," tambah beliau.

MCA dilanda kemelut dalaman yang cukup serius. Terbaru, Timbalan Presiden parti Chua Soi Lek akan dihadapkan ke Jawatankuasa Displin parti pada 4 Ogos berhubung dengan skandal video beliau mengadakan hubungan seksual dengan temannya yang diedarkan secara meluas tahun lalu.

Hubungan Soi Lek dan presiden MCA Ong Tee Keat adalah renggang dan kedua-dua mereka sering mengkritik satu sama lain menerusi media massa.

Penyokong Chua mendakwa Tee Keat mendalangi tindakan Jawatankuasa Displin parti itu terhadap Soi Lek.

Ilham

Oleh : Nash Ar-Rawy

Manusia tiada upaya mencari jalan keluar dalam menangani apa-apa problema hidup jika tidak dengan ilham daripada yang empunya firman iaitu ; firmanul lahu ( Firman ‘Dia”) atau kalamul lahu ( Kalam ‘Dia”) yang Maha Pengasih lagi yang Maha Penyayang; membimbing manusia. .” Dan barang siapa yang berusaha dan bersungguh-sungguh di jalan kami, pastinya kami bisa pimpin mereka kapada jalan kami” Maksud Qur’an ( Surah Ankabut: 69 ) ‘ Justeru kerna , “Dia” yang menyatakannya “ Lahu kun fayakaun “.( Dua ayat sebelum akhir surah yasin )

Yang empunya kata kun itulah ( “Master of say” ) sahaja yang bisa melakukannya. kerna kontak manusia dengan ‘Dia’ adalah melalui ilham secara langsung daripadanya tanpa disedari oleh manusia itu sendiri ‘kehadirannya’ di dalam kalbu memberikan inspirasi . Apabila manusia itu tiada lagi ‘ Body ‘, ‘ Mind’, and ‘Soul’. Yakni, dalam keadaan ‘Selfless’ mematikan dirinya setelah perserahan total kepada yang empunya firman yang berlaku pada ‘ The living person’ di dalam (Insider) bukannya ‘ The dead person” di luar ( Outsider ). Kehadirannya di dalam hati yang disebut Qur’an sebagai Qolbun Salim( Surah Saffat: 84 ) dan Lahu Qolbun ( Istana ‘Dia’) bukannya “ Istana iblis” apabila si hamba yang haprak itu benar-benar zakirin, zakirat yang tidak bisa lupa diri . Kerna jika “aku-diri” itu yang disangka hebat ; itulah nafsu yang tersebunyi atau syirik kafi dengan keegoan . bongkak dan kesombongan.

Justeru kerana ‘Dia’ lah guru segala guru yang sebenarnya , yang setiap detik mengajar manusia bukan secara tertonggok . Tetapi secara langsung yakni Ilham atau mimpi atau melalui isteri, anak-anak atau rakan-rakan atau di atas sesuatu kejadian yang berlaku. Jika manusia mengambil i’tibar daripadanya kerna “Dia’ yang sebenarnya sedang mengajar kamu secara sedar ; bukan ‘menurun’. Tetapi kamu pula yang tidak bisa sedar akannya; cukup malang sekali tidak bisa merasainya dan melihatnya kerna hijab itu adalah diri kamu itu sendiri yang tidak bisa sensitif dan observasi akan kehadirannya di dalam diri ,” ‘Dia” sembunyi di dalam terang.kerna ‘ Dia’ ‘shapeless” ‘formless’ : Kosong semata-mata ( ‘emptiness) maka diri juga bisa kosong untuk masuk frekuensi ‘Dia” iaitu: “ Jauh tidak berantara, dekat tiadak bersempadan ‘ Yakni, “Ketiadaan Ada” atau “ The Existance Of None” : ‘Noneness ‘ ‘ Nothingness’ .Namun, dalam kekosongan dan ‘infinity’ itu , “Dia” bisa saja berfiman “ Kun fayakun” ertinya bisa kembali kepada frekuensi( wasilah ) “ Dia’ yang original sebelum wujud alam maya ini lagi ( ‘Loh Kun’ ) “ Now and Forever”.

Bukankah yang empunya firman menyatakan, “ ‘allamal insa na malam ya’lam “ ( Sesungguhnya Akulah yang mengajar manusia akan perkara yang tidak pernah di ketahuinya ) : Suratul ‘alaq: ayat 5 . ii) “ Then he inspired it ( with the knowledge of ) what is wrong for it and what is right for it’ ( Suratul shams: ayat 8 ) seperti solat sunat istiqarah yang dilakukan. iii) “ Wallah Hu qolakolum wama ta’ malun” ( Allah Hu yang mencipta kamu dan segala perbuatan kamu ) : Saffat: 96 . Alangkah baiknya jika semua masjid dan musolla di dunia ini, pada setiap waktu selepas solat sunat maghrib melakukan solat sunat hajat. Pasti ramai yang bisa ‘tumpang sekaki’ kerna hajat masing-masing malu diceritakan. Justeru kerna mahu berimam , tak bisa bikin sendiri. Bukankah itu lebih baik daripada menghabiskan kopi . Semua umat Islam sedunia bisa mendapat munafaat daripadanya dan menyelesaikan problema ummah setiap hari pinta pada yang empunya firman. InsyaAllah masjid bisa diimarahkan jika ianyanya dijadikan agenda tetap masjid.

Manusia, masakan bisa mencipta atau menulis , mengarang, melukis , mengajar dan berkarya kerna sebenarnya ‘Dia’ yang memberikan ilham kepada kamu untuk melakukan itu semua ! Bukanlah terbukti ‘Dia’ adalah ‘Guru segala guru”;

Yang Maha Pencipta alam semesta ini kerna “Dia’ yang empunya ilmu yang mengajar kamu sepanjang masa jika kamu menyedarinya; dalam senantiasa berhubungan dengannya sepanjang masa melalui ilham daripada ‘Dia’. ‘Dia’ juga yang empunya ilmu laduni yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya asal sahaja perserahan diri kamu itu total , hati yang bersih dan bertuhankan yang empunya ilmu bukan kepada ilmu.

Justeru kerna, ilmu tidak bisa menyelamatkan kamu, kecuali jika kamu bertauhid kepada yang empunya ilmu. Contohnya, azazil yang dipergurui oleh para malaikat kantoi kerena lupa kepada yang empunya ilmu yang bisa menyelamatkan bukan ilmu . Justeru orang yang merasakan dirinya hebat dan pintar serta memandang orang lain semuanya rendah belaka.; sebenarnya manusia yang paling bodoh sekali di dalam dunia kerna yang Maha hebat dan Maha Bijaksana adalah “Dia” yang empunya ilmu , sedang kamu sebenarnya Si Haprak ! yang tidak tahu apa-apa dan tidak memiliki apa-apa; sebaliknya dimiliki “Dia” yang empunya segala.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan bisa selalu berkomunikasi dengan ‘Dia’ insyaAllah melalui ilham banyaklah menjadi zakirin ( lelaki) dan zakirat( perempuan) yang berzikir , mosollin, solatun daimun , fissajidin , qolbun salim dan merendahkan diri ( hamba yang ‘humble’)kepadanya. Sebarang perlakuan anda hendaklah bukan dek kerna sesuatu dan tidak bisa punya apa-apa kepentingan “ waqosyiarrahma nabil ghoib “ ( ikhlas kepada yang Maha Ghaib ) : Surah Yasin: ll .

Zu’ juga adalah suatu keadaan berkomunikasi dengan Dia’ secara ‘hapus diri’ atau ‘selfless” , ‘ mindless’ bodiless’ dan ‘soulless’. Waktu itu, bukan lagi muhadas yang berbicara dengan kadim, tetapi kadim puji kadim . Kamu berada di suatu tempat yang tidak ada yang ada atau ‘Virtual Reality “ yakni , ‘The Unseem Truth “ in the ‘Unknown horizon ‘ tetapi di dalam keadaan anda sedar dan nampak sekeliling tetapi lihat tanpa melihat ( ‘see without seeing ) dengar tanpa mendengar ( ‘listen without listening’ ) dan bicara tanpa berbicara ( ‘Talk without talking” ) bukannya ‘menurun” tetapi sedar,

ni adalah kerna komunikasi yang luar biasa ini berlaku di dalam kerna yang ghaib sahaja yang bisa tenggelam dengan yang Maha Ghaib ) . :’Nurun ‘ala nurun”( Cahaya dalam Cahaya ) Roh tukar ‘Channel” kepada Rohani , kepada cahaya ., Nur Muhammad tenggelam di dalam Nurullah dan kepada Nur zat . Namun jangan bertuhankan, diri , nyawa, nafas, roh, dan cahaya kerna “Dia’ bukan itu semua tetapi yang empunya diri,nyawa, nafas , roh, rohani dan nur.

Binatang pun bisa mempunyai nyawa tetapi tidak bisa ada roh . Justeru itu, yang bisa zu’ dalam komunikasi dua hala atau ‘Bi Lateral” itu adalah ‘ The Living Person’ yang di dalam yang bertukar kepada rohani dan nur secara automatis dalam berinteraksi secara batin dalam batin , Ghaib dalam Ghaib . Cahaya dalam cahaya. Namun , ‘The dead person” yang di luar yakni, batang tubuh tiada bisa zu’ ( ‘Cognitive annihilated ecstasy) kerna dia materi atau physique. Yang bisa kembali kepada tanah secara fisikalnya dan Si Ghaib pula bisa kembali kepada Yang Maha Ghaib InsyaAllahu jika bisa berlaku ‘Mati’ sebelum mati dengan izinnya bisa berlaku sekarang . “Now and Forever” secara sedar kerna melalui ‘Nur’ yang di dalam (‘Insider’)bukan yang di luar ( ‘Outsider’) Yakni ,” being Selfless” (Hapus aku ) yang ada hanyalah “ The Supra Living Being “ yang ada sebelum alam ini ada : Yakni, Yang Empunya Firman/’ words’ ; ( Master of say ) dahulu , sekarang dan akan datang, yang senantiasa mengajar kamu melalui ilham . Pintalah pada Firmanul lahu ( Firman ‘Dia’) yang empunya kata kun. Bukankah ‘Dia’ sumber inspirasi yang bisa berikan ilham kepada semut dan lebah membina rumah. Jadikan rumah kamu ‘ Rumah Muhammad’ ( Qolbun Salim ) dan tuanpunya rumah itu ‘ Lahu Qolbun :” ( Istana ‘ Dia’) dalam kalbu; rasa, merasa dan terasa kehadirannya dan kalimahnya di dalam diri . Akhirnya, yang wujud hanyalah kalimah dan yamg empunya kalimah ( ‘words’) : Alif( berdiri ), Lam( Ruku’) Mim(Sujud). Dan yang empunya kalimah ( ‘Master of words” “Master of say “ ).

Bukannya ‘Istana Iblis’ yakni ‘ Berhala dalam diri’ kerna bersada nafsu yang tersembunyi . syirik kafi lagi mengkafi ( halus lagi menghalus) kerna bertauhidkan diri bukan ‘SE’ pada ‘Dia’, nauzubillahiminzalik.

Ini semua, aksi dan reaksi kerja di balik batang; sirih kembali ke gagang yakni: jalan mahu kembali kepada ‘Dia’; mati’ sebelum mati dengan seizin ’Dia’; kerna ‘Dia’ yang berbuat .

Nyalakan lilin adalah budaya Cina

Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 Julai, bertempat di wisma DAP Ipoh . Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China . Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang Hari Raya Puasa atau Haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan di luar (saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu Alam....

Kenyataan media pada 20 Julai 2009

Drs.Khalil Idham LimADUN Titi Serong/Ketua Penerangan PAS Perak

Beng Hock mangsa kematian politik Najib

Majlis Peguam Malaysia dan 16 Pertubuhan Bukan Kerajaan serta pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan Teoh Beng Hock sebagai mangsa kematian politik pertama di bawah pentadbiran Najib Razak dan menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenal-pasti dalang di sebalik kematian trajis pemuda berusia 30 tahun itu.

"Beng Hock adalah mangsa kematian pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan di bawah SPRM. Kami percaya semua rakyat Malaysia menuntut agar Perdana Menteri, memberi keadilan kepada Beng Huat," menurut kenyataan bersama Majlis Peguam dan 16 NGO berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS, Husam Musa berkata "tidak syak lagi Beng Hock telah dibunuh" di perkarangan SPRM dalam perlaksanaan konspirasi oleh Umno-Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Adik kita Beng Hock telah terbunuh..kerana mereka mahu meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan menggunakan SPRM. Beng Hock dan keluarga beliau adalah hero kita," tambah Husam.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menolak tanggapan yang cuba diputar oleh pemimpin BN dan MACC bahawa Beng Hock membunuh diri. Beliau menegaskan banyak petanda menunjukkan Beng Hock dihumban keluar dari tingkat 14 ibu pejabat SPRM Selangor.

"Tingkap bangunan tinggi tidak boleh dibuka sepenuhnya. Bukan mudah untuk melompat keluar dengan adanya tingkap-tingkap sedemikian. Satu cara sahaja untuk lompat..jika seorang atau empat, lima orang menolak (beliau) keluar. Itu saja cara untuk lakukannya," kata Guan Eng.

"Mereka cuba menggambarkan seolah-olah beliau membunuh diri. Ini alasan lumrah BN, Polis, SPRM ...apabila sesuatu tak kena, salahkan mangsa. Semuanya salah mangsa, bukan salah kita, itulah cara mereka," tambah Guan Eng.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Beng Hock dan mengenal pasti dalang di sebalik penggunaan institusi seperti SPRM dan polis untuk mengugut dan menghasut wakil rakyat dan pekerja gagasan itu.

"Kita tidak terima penjelasan kononnya Teoh membunuh diri..SPRM harus bertanggungjawab," kata Anwar.

Pemerhati politik dan pemimpin Pakatan melihat Beng Hock sebagai mangsa cubaan SPRM untuk membawa pertuduhan rekacipta terhadap seorang ahli EXCO Selangor kerana kononnya menyalah-guna RM2,400.

Seorang lagi wakil Pakatan yang turut disoal siasat bersama Beng Hock dalam bilik berasingan pada hari sama, memberi keterangan bagaimana beliau diugut dan dicaci supaya memberi keterangan palsu terhadap EXCO berkenaan.

Exco berkenaan bersama enam rakannya dalam kerajaan negeri Selangor selain Menteri Besar Khalid Ibrahim menjadi sasaran siasatan SPRM atas tuduhan-tuduhan remeh, seperti pengagihan lembu korban dan sumbangan untuk masjid-masjid di Selangor oleh EXCO kerajaan negeri Teresa Kok.

Pada masa sama, pelbagai laporan yang dibuat terhadap pemimpin BN seperti Khir Toyo membabitkan penyelewengan dana berjuta-juta ringgit diabaikan begitu sahaja oleh SPRM dan polis.

"Kematian Beng Huat bukan satu insiden terpencil.... tetapi ia adalah sebahagian serangan sistematik terhadap Pakatan Rakyat,' kata Anwar.

Gesaan gagasan itu supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja disokong oleh Majlis Peguam dan 16 NGO terbabit menerusi satu kenyataan.

Menurut mereka, tragedi kematian Beng Huat menimbulkan beberapa persoalan yang tidak mempunyai jawapan.

"Pertama, tidakkah tindakan SPRM melakukan siasatan di pejabat Ean Yong dan enam lagi exco Pakatan Rakyat yang didakwa salahguna peruntukan DUN kira-kira RM500,000 hingga RM600,000 bersifat pilih bulu dan bermotifkan politik? Kenapa siasatan terhadap skandal PKFZ bernilai RM12.5 billion dan "Istana Khir" tidak diberi perhatian?

"Kedua, Beng Huat disoal siasat selama kira-kira 10 jam 45 minit iaitu dari jam 5 petang Rabu hingga jam 3.45 pagi hari Khamis? Ini diakui sendiri oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Datuk Shukri Abdull."Mengapa SPRM menyoal siasat Teo dalam keadaan mirip penderaan mental dan kenapa beliau dinafikan hak guaman?" kata kenyataan itu lagi.

Antara 16 NGO itu ialah Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan Parlimen Rakyat.

Mereka turut mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz supaya memohon maaf kepada keluarga Beng Huat berhubung kenyataannya bahawa mendiang terjun dari bangunan.

Ku Li: KERAJAAN KELANTAN BERHAK KEPADA ROYALTI MINYAK


Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.

Dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata peruntukan dalam perjanjian itu hendaklah dihormati serta dipatuhi.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.

“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Menurut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 terdapat peruntukan dalam akta itu untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Akta itu juga tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan Barisan Nasional berkata Kelantan tidak berhak kepada minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri itu, walaupun amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak meskipun penyedutan minyak berlaku lebih 200 kilometer di laut luas.

Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.

Rais juga berkata kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun sehingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh.

Kejayaan Mempertahankan Manek Urai

Saya telah membaca beberapa analisa berhubung keputusan Pilihan Raya kecil Manek Urai, namun tiada kesempatan untuk menulis hingga petang ini. Ada yang menzahirkan kehairanan atas kemenangan yang tipis. Ada yang memberi bermacam-macam alasan dan penjelasan. Bagi pihak BN dan pro-BN, ianya merupakan keputusan yang kononnya menunjukkan kemerosotan sokongan terhadap PAS, khususnya PAS Kelantan. Timbalan Perdana Menteri dengan bangganya mengistiharkan bahawa ianya merupakan bukti kemaraan PAS telah berjaya dibendung BN hasil kepimpinan dinamik DS Najib! Hebatnya mengampu! Bagi saya, kenyataan beliau merupakan bukti bahawa manusia hanya nampak apa yang dia ingin melihat!

Yang pasti Kelantan bukan seperti negeri-negeri yang lain. Ianya telah berada di bawah PAS sejak 19 tahun yang lalu. Dalam istilah pemasaran, ianya boleh digelar pasaran yang telah tepu dengan produk ‘PAS’. Dalam keadaan sebegini, pertambahan undi secara melonjak tidak mungkin diperolehi mana-mana parti politik. Seperti produk yang telah lama dalam pasaran, yang mahu membeli sudah lama beli, yang tak nak tetap tak nak. Kalau ada perubahan sekalipun, hanyalah sedikit.

Keadaannya lain sepertimana yang telah berlaku di Pulau Pinang dan Perak. Di situ, PR merupakan produk baru. Selepas kemenangan melalui PRU ke-12, pilihan raya kecil menghasilkan lonjakan yang membanggakan kerana rakyat yang selama ini terpengaruh dengan propaganda BN tiba tiba menyedari kelebihan ‘produk baru’ yang bernama ‘PR’ itu. Maka yang tidak mengundi PR dalam PRU ke-12 mengundinya dalam PR kecil yang berikutnya.

Hakikat ini disedari BN apabila mereka menyusun strategi untuk memenangi Manek Urai. Pada PRU ke-12, seluruh Negara menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum. Pengundi dan penyokong PAS di luar Kelantan telah kembali ke tempat masing-masing untuk mengundi PAS termasuklah mereka yang mengundi di Manek Urai. Undi sebanyak 5,746 yang diperolehi PAS pada masa itu sedikit sebanyak menggambarkan undi maksima yang mungkin PAS perolehi di Manek Urai dalam kelompok pengundi berdaftar yang sedia ada. Undi ini terdiri dari penyokong PAS tegar dan juga pengundi atas pagar yang condong pada PAS.

BN sedar bahawa untuk mencapai kemenangan mereka perlu lakukan dua perkara. Pertama mereka perlu kurangkan undi yang akan diperolehi PAS. Ini dilakukan dengan menentukan pengundi Manek Urai yang menyokong PAS yang berada di luar Kelantan sukar untuk kembali. Ini tercapai dengan menetapkan hari mengundi pada hari Selasa. Mereka sedar kebanyakan pengundi luar adalah penyokong PAS kerana selain dari mengenali kebaikan PAS di Kelantan mereka juga terdedah kepada kejahatan BN di luar Kelantan! Teknik kedua untuk mengurangkan undi PAS ialah dengan memujuk pengundi PAS dengan menjelaskan bahawa sekiranya Manek Urai jatuh pada BN sekalipun, Kelantan tetap berada di bawah PAS. Maka kemenangan di Manek Urai tidak kritikal bagi PAS. Sambil itu kemenangan BN akan menghasilkan ‘jambatan baru’! Hujjah seperti ini dituju kepada penyokong PAS yang belum boleh lagi dikelaskan sebagai penyokong ‘tegar’.

Usaha BN walaupun dilakukan dengan begitu gigih tetapi hanya berjaya menghasilkan penurunan undi bagi PAS dari 5,746 ke 5,348 sahaja. Ini merupakan penurunan sebanyak 398 undi sahaja! Sekiranya 100 adalah disebabkan kesukaran kembali untuk mengundi, maka ‘rasuah politik’ BN hanya mampu menarik 298 undi ‘atas pagar’ rakyat Kelantan. Ini bagi saya membuktikan keberkesanan ‘tarbiyyah politik’ yang dilaksanakan di Kelantan.

Kedua, BN sedar selain dari mengurangkan undi PAS, mereka perlu menambah undi untuk BN. Bukan dengan mengusahakan perubahan undi dari PAS ke BN, kerana ini sukar, tetapi dengan mengadakan pengundi tambahan. Ini dilakukan dengan mengesan pengundi yang tidak mengundi semasa PRU ke-12 dahulu. Mereka yang tidak keluar mengundi merupakan jenis yang tidak ambil kisah. Mereka ini boleh digerakkan untuk keluar mengundi sekiranya ‘tarikan’ dan ‘tawaran’ memadai ataupun berbaloi. Maka pada PRU ke-12, semasa satu negara menumpukan perhatian kepada hari mengundi dan hari mengundi di adakan pada hari Sabtu, hari cuti, hanya 83.4% keluar mengundi. Tetapi, pada pilihan raya kecil yang diadakan pada hari Selasa, hari kerja, 87% keluar mengundi! Ini membuktikan kejayaan BN dalam menggerakkan golongan yang sebelum ini tidak mengundi kerana tawaran dan tarikan yang diadakan. Namun kejayaan mereka tidak mencapai tahap sepertimana yang diharapkan. BN hanya berjaya menambahkan undi mereka dari 4,394 kepada 5,283, yang masih 65 undi kurang dari apa yang diperolehi PAS.

Bagi saya kemampuan PAS Kelantan mempertahankan kemenangan di Manek Urai dengan kemerosotan undi sebanyak 398 undi itu dalam keadaan sedemikian adalah amat menakjubkan. Walaupun dikatakan oleh BN bahawa ini merupakan bukti bahawa rakyat telah kembali menyokong BN, bagi saya ianya adalah sebaliknya. Keputusan ini membuktikan kemampuan PAS mempertahankan kerusinya yang sedang di‘serang’ habis-habisan oleh BN dengan segala kekuatannya. Hakikatnya sokongan terhadap PAS dari segi jumlah undi yang diperolehi tidak terjejas! 5,348 pengundi tidak goyah atau tergugat keyakinan mereka walaupun berhadapan dengan tawaran-tawaran BN.

Sekiranya BN ingin menyedapkan hati mereka dengan mengatakan bahawa rakyat telah kembali menyokong mereka, maka terpulanglah. Walaupun itu merupakan satu kesimpulan yang jelas meleset yang akan membawa padah pada diri mereka sendiri semasa PRU atau PR kecil yang akan datang dan insyaAllah akan membawa kejayaan yang lebih besar kepada PR.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD
YB Khalid Samad PAS Shah Alam

Baju Pengantin Teoh

OLEH Hasmi bin Hashim

Anak muda itu bukan Melayu…

Ada “pelampau” (extremist) yang beranggapan darahnya halal. Karena anak muda itu bukan Islam, maka darahnya halal. Karena namanya Teoh Beng Hok, maka darahnya halal…

Ini manusia jenis apa? Entah ajaran mana yang diikut? Ugama mana yang diturut? Bajingan kalau semua hal, termasuk soal nyawa dan kemanusiaan, diperhitung sebagai memenuhi percaturan politik-kekuasaan.

Tak ada sebab Teoh perlu bunuh diri. Hanya selang sehari, dia akan mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wei; si gadis berjarak umur 4 tahun lebih muda, yang juga seorang guru. Dia dirundung nestapa bukan kepalang, menanti kepulangan kekanda yang ditahan aparat pemerintah. Tak pulang-pulang.

Mereka sudah menempah dan menetapkan warna baju pengantin. Menelefon saudara-mara dan kawan-kawan memaklumkan tarikh bersandingan, dengan bangga. Juga sesi foto yang mahu diambil di taman bunga, tasek atau pantai waktu mentari jingga. Juga anak dalam kandungan kekasehnya… zuriat mereka berdua.

Teoh tentu tak pernah menduga, rupa-rupanya yang mengkehendakinya ke pejabat tingkat 14 itu adalah jemputan maut…

Kita tak dapat menerima sama sekali kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sekonyong-konyong mengutus ucapan takziah kepada keluarga Teoh atas tragedi tersebut. Ucapan takziah yang diutus dari Arab Saudi tak lebih seumpama usaha untuk cepat-cepat cuci tangan dan melindungi sesuatu.

Andai saya ahli keluarga mendiang Teoh, saya akan menginjak-injak kalungan takziah dari Najib.

Kematian Teoh bukan kematian ‘biasa’. Dikatakan terhumban dari tingkat 14, ke bumbung pada aras 5–sewaktu Teoh sepatutnya berada dalam pengawasan pehak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Takkan sesiapa yang waras akan menerima dalih SPRM yang kononnya mendakwa sudah ‘membebaskan’ Teoh sekitar jam 4.30 pagi–hari di mana Teoh kemudiannya ditemui mati kira-kira 9 jam kemudian.

Tak akan siapa boleh menerima dalih bahawa selepas dibebaskan, Teoh tak segera pulang dan konon dikatakan telah menumpang tidur di sofa pejabat SPRM. Takkan siapa percaya Teoh mengingau, atau tergelincir jatuh. Apatah lagi bunuh diri.

Kes kematian anak muda ini diselubungi kesangsian. Maka, Najib atau mana-mana menteri Umno-BN tak perlulah menasehatkan rakyat untuk tidak merasa sangsi.

Mereka tidak berhak dan tidak punya wibawa sama sekali menghalang kewarasan rakyat yang merenung betapa memang wujud sesuatu yang tak kena kepada bukan sahaja pegawai SPRM, cara pengendalian soal-siasat, malah menjurus kepada SPRM itu sendiri.

SPRM kini diragui, sangat-sangat diragui. Kematian misteri Teoh hanya mengesahkan bagaimana tuduhan sebelum ini yang SPRM merupakan salah-satu jejari kekuasaan Umno-BN untuk mencemar dan mematahkan satu-persatu tengkok para pemimpin Pakatan Rakyat.

Sehingga esei ini ditulis, SPRM masih tidak menafikan dakwaan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, saudara Tan Boon Hwa yang dilaporkan diperlaku tidak umpama oleh pegawai penyiasat SPRM–diugut, dipaksa berdiri berjam-jam dan membuat pengakuan palsu, diancam nyawa serta keselamatan anak-isteri dan keluarga beliau.

Kes penyelewengan jutaan dan ratusan juta dipendamkan, sementara ke arah Pakatan Rakyat disasarkan serangan. Bayangkan bagaimana siasatan tegas yang melibatkan ahli majlis perbandaran Kajang hanyalah atas tuduhan membeli 1, 500 helai bendera Malaysia. Inilah apa yang dinamakan sebagai “lawak seram”!

Kini jelas nyata SPRM adalah laksana serigala lapar yang mahu menerkam, menggugat dan merampas kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat.

Contohnya sudah ada di Perak, dengan dua ADUN Keadilan yang pada mulanya diseret dengan tuduhan menerima suapan berbentuk tunai dan habuan seks, tiba-tiba beralih menyokong Umno-BN di dalam DUN.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas dengan cara culik dan ugut. Juga serangan di Kedah sehingga menyaksikan pilihanraya kecil Bukit Selambau terpaksa diadakan.

Serangan komplot ini sempat terhala ke Pulau Pinang dalam kes yang melibatkan bekas timbalan ketua menteri yang dituduh menerima rasuah. Perangkap juga pernah dipasang di Bandar Tun Razak yang melibatkan Menteri Besar Selangor dalam kes “46 ekor lembu.”

Keadilan-Pas-DAP sekian lama serius untuk membenteras rasuah. Selama ini, rasuah adalah barah di dalam Umno, dan bukannya di dalam Pakatan Rakyat. Kerajaan Kelantan tidak tercemar oleh rasuah, meski sudah 15 tahun memerintah, dan memang 3 kali pilihanraya umum.

Pakatan Rakyat terus tegas melawan dan menentang rasuah, tetapi bukan dengan sandiwara mahupun merekayasa bukti dan pertuduhan. Lihat sahaja daripada kes “Pelabuhan Klang” sehinggalah “mahligai Khir Toyo” adalah kes berprofail tinggi. Ya, di mana SPRM?

Bagi yang dekat dan biasa dengan papan catur politik Umno-BN, agak mudah untuk membaca siapa yang membiayai plot-plot sandiwara ini–justeru tak satupun yang terlepas daripada pengetahuan dan restu Presiden Umno.

Tentulah bukan beliau sendiri yang perlu ke sana ke mari. Juga, siapa pula yang merendahkan harga diri bertindak sebagai macai (operator) penggerak dan bersumpah untuk menjayakannya.

Ceh! Betapa jelek dan jijiknya politik elit Umno!

Dalam sessi sidang parlimen awal tahun ini, satu isu dan konspirasi besar dibongkar ketua Pakatan Rakyat di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ianya melibatkan “blue-print” khusus yang dikeluarkan pehak yang mahu merampas Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat. Plot dan projek itu dengan biaya ribu juta ringgit.

Menteri Kewangan Kedua waktu itu tidak dapat menjawab soalan YB Azmin Ali berhubung peruntukan besar kepada beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan digunakan di Selangor.

Broker politik Umno-BN yang lazimnya bising membebel sesama mereka mengutuk MP Pakatan, khususnya Anwar waktu bersembang di cafe, terdiam. Cuba buat-buat tidak mendengar apabila rahsia jahat bos-bos mereka cobor.

Selepas mengenali bagaimana SPRM dan sekian banyak agensi kerajaan diperkuda, ada asasnya untuk kita mempercayai kes kematian Teoh akan mendapat pembelaan yang adil. Sama seperti kes pembunuhan Altantuya Sharibuu… tak akan siapa yang waras dapat mengerti mengapa dua anggota polis berpangkat rendah itu perlu meragut nyawa Altantuya?

Ya, melihat kedudukan pangkat mereka, tak ada ‘faedah’-nya mereka melakukan pembunuhan itu. Untuk apa? Tapi, skrip ini adalah skrip di zaman Najib sebagai PM. Barangkali memang begitu. Modus operandi takkan jauh berbeda.

Bagi pemimpin Umno-BN, riuhnya hanya dua-tiga hari dengan sejuta janji manis… kemudian disenyapkan. Dialih pandangan rakyat dengan entah apa lagi gula-gula baru.

Sesungguh kita akan mengenang nasib anak muda yang dibaham nyawanya oleh segelintir yang terdesak dan desperado untuk kekal berkuasa. Kematiannya itu pula akan didiamkan sebagai satu “strategi politik” oleh puak pelampau dan menganggap darah orang yang berbeda bangsa, berbeda ugama dan berbeda faham politik adalah halal.

Politik cara Umno-BN inilah apa yang saya ungkapan sebagai “politik intrik” atau “politik gelap.” Lawannya adalah “politik idea” atau “politik pencerahan” yang jauh memberi manfaat kepada rakyat.

Julung kali perjuangan Reformasi selepas lebih sedekad, akhir telah memakan korban nyawa! Seluruh anak muda wajar mengirim sahabat kita ke pusara dengan baju pengantin yang kekal, sehingga rakyat bangun. Bangkit membela.

Apa yang cuba dilakukan oleh SPRM di Selangor


Sebahagian dari anda mungkin merasakan bahawa video MACC Downfall Parody tidak sesuai ditayangkan. Maksud saya, kita sepatutnya menghormati beliau, bukan mempersendakan kematian beliau. Ya, ia merupakan satu keputusan yang sukar sama ada perlu atau tidak video itu sisiarkan. Tetapi kami melakukannya juga, bukan dengan niat untuk mempersendakan..tetapi untuk menyatakan keadaan yang sebenarnya berlaku disebalik kematiannya. Dan video tersebut menceritakan dengan jelas disebalik apa yang terjadi.

Bebarapa bulan lalu, sebaik sahaja selepas kejatuhan Perak, malaysia Today mendedahkan satu perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Malangnya, Pakatan rakyat tidak mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan Pakatan, sebaliknya terlibat dalam persengketaaan sesama sendiri. Dan kebanyakan daripada sengketa tersebut adalah soal-soal remeh yang melibatkan ego dan personaliti masing-masing.

Perak hanya lah permulaan, Selangor, Penang dan Kedah akan menyusul. Akhirnya, semua negeri dibawah Pakatan rakyat, kecuali Kelantan akan kembali jatuh ketangan Barisan Nasional.

Perancangan di Selangor mudah saja. Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa EXCO yang lain akan ditangkap dan didakwa atas alasan-alasan rasuah. Mereka akan ditahan selama mungkin beberapa hari didalam lokap dan kemudiannya dibawa kemahkamah. Perbicaraan akan berlangsung sepantas kilat, dimana mereka perlu meletak jawatan atau pun hilang kelayakan. Dengan itu, tamatlah riwayat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Modus Operandi yang dibuat sama dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Seseorang itu tidak perlu menerima wang ataupun mendapat keuntungan kewangan untuk disabitkan dengan rasuah. Malah kalau pejabat anda digunakan untuk mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu - walaupun tidak ada transaksi kewangan - itu pun boleh dianggap rasuah dan anda boleh dipenjarakan.

SPRM telah diarahkan untuk mencipta kes terhadap beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. dari Menteri Besar hingga lah kepada Ahli EXCO. Dan untuk mensabitkan pemimpin ini dengan rasuah, pegawai-pegawai yang lebih junior akan ditahan dan dipaksa membuat kenyataan bahawa ketua mereka telah mengarahkan mereka ‘melakukan sesuatu’. Ini akan digunakan sebagai bukti untuk menangkap dan mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim telah ditangkap, didakwa, didapati bersalah dan dipenjara selama 6 tahun dengan cara yang serupa! Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan mendedahkan bahawa Anwar telah mengarahkan Cawangan Khas untuk ‘campurtangan’ dalam siasatan polis. Dan itu sudah merupakan bukti yang kuat untuk menghantar Anwar ke penjara.

Semua ini terdedah semasa perbicaraan Anwar pada tahun 1998 walaupun ramai tidak memahami akibatnya waktu itu. Pegawai cawangan Khas memberi keterangan bahawa Anwar telah memanggil mereka kepejabatnya. Dan semasa didalam pejabat Anwar, mereka berbincang. Dan perbincangan tersebut berkisar tentang Anwar mengarah Cawangan Khas untuk memaksa Azizan Abu Bakar untuk menarik balik tuduhan liwatnya.

Setiausaha politik Anwar pada masa itu, Azmin Ali, memberi keterangan bahawa Anwar tidak memanggil pegawai cawangan Khas kepejabatnya. Mereka sebenarnya datang kepejabat Anwar dan memohon untuk berjumpa Anwar. Azmin memberitahu bahawa Anwar sibuk dan tidak dapat menemui mereka tetapi mereka memberitahu Azmin bahawa perkara itu penting dan mendesak supaya mereka dibenarkan berjumpa Anwar.

Dan apabila mereka berjumpa Anwar, mereka cuba untuk mempengaruhi Anwar untuk membenarkan mereka menahan azizan supaya mereka boleh menyoalsiasat dan mengetahui siapakah ‘kuasa’ dibelakang tuduhan liwat tersebut. Tetapi Anwar keberatan untuk membenarkan mereka dan memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk memikirkannya.
Anwar kemudiannya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr. mahathir dan meminta nasihat. Mahathir menasihatkan Anwar untuk membiarkan saja tuduhan tersebut. Mahathir mengatakan, kalau Anwar mahu bertindak pada setiap tuduhan, mana mungkin mampu melakukan kerja-kerja yang lain.

Pegawai Cawangan Khas kembali menemui Anwar dan Anwar memberitahu mereka apa yang dikatakan oleh Mahathir. Pegawai cawangan Khas, walaubagaimanapun, berkeras meminta Anwar membenarkan mereka menahan Azizan. Perkara ini melibatkan ‘keselamatan negara’. Ia bukannya tentang Anwar tetapi tentang ‘beberapa kuasa’ yang merancang untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri dan adalah penting untuk polis mengetahuinya demi keselamatan negara.

Akhirnya Anwar tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju.

Isunya mudah. Adakah Anwar mengarahkan Cawangan Khas kepejabatnya atau mereka yang datang berjumpa Anwar? Dan adakah Anwar yang mengarahkan mereka menahan Azizan atau Cawangan Khas yang meminta kebenaran untuk menahan Azizan?

Anwar and Azmin said it was the Special Branch officers who came to Anwar’s office and it was they who insisted that they meet Anwar. Anwar did not summon them to his office. And Anwar did not agree for them to arrest Azizan. It was the Special Branch that insisted Anwar allow them to arrest Azizan. But before they could do that Anwar would first have to make a police report.

Anwar dan Azmin memberitahu bahawa pegawai Cawangan Khas yang datang kepejabat Anwar dan merekalah yang mendesak untuk berjumpa Anwar. Anwar tidak menjemput mereka dan Anwar tidak bersetuju untuk mereka menangkap Azizan. Sebenarnya, Cawangan Khas lah yang mendesak untuk membenarkan mereka menahan Azizan Tetapi sebelum mereka melakukan perkara tersebut, Anwar perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Mahkamah menerima hujah Cawangan Khas, bukan hujah Anwar dan Azmin walaupun semasa perbicaraan, pegawai Cawangan Khas menyatakan bahawa mereka sanggup menipu kalau diarahkan berbuat demikian. Apapun, Anwar didapati bersalah dan dihantar kepenjara.

Tak susah untuk menghatra seseorang kepenjara kerana rasuah. Apa yang diperlukan ialah untuk mendapatkan seseorang untuk memberi keterangan bahawa seseorang telah mengarahkan dia untuk ‘melakukan sesuatu’. Dan sekiranya ’sesuatu’ itu dianggap menyalahgunakan kuasa, seseorang itu boleh dipenjarakan.

SPRM mahukan Teoh berkata bahawa dia juga telah diarahkan untuk melakukan ’sesuatu’ oleh mereka didalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sekiranya dia berkata sesuatu, maka SPRM mempunyai kes terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Dan mereka mahukan semua ini dilakukan dengan cepat. Ianya mesti diselesaikan sebelum Jumaat kerana itu merupakan hari dimana Tan Sri Khalid dan beberapa ahli EXCO akan ditangkap.

SPRM terpaksa bekerja overtime. Tarikh akhir ialah Jumaat. Mereka mahukan Tan Sri Khalid ditangkap pada hari tersebut. Dan mereka akan melakukan kekerasan terhadap Teoh, jika perlu, untuk memaksa Teoh melakukan apa yang dimahukan oleh SPRM.
Dan didalam keghairahan mereka untuk memaksa Teoh…mereka membunuhnya. Saksi terpenting kini sudah mati. Dan mereka tidak dapat menangkap Tan Sri Khalid dan ahli-ahli EXCOnya pada hari Jumaat seperti yang dirancangkan.

Kini…SPRM terpaksa merancang kembali. Mereka kini memerlukan seorang ’saksi’ baru. Beberapa pegawai junior didalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ditahan sebagai saksi dan mereka akan dipaksa memberi keterangan bahawa mereka telah di’arahkan’ untuk melakukan sesuatu oleh ‘pemimpin tertentu.’ Kemudian, ‘pemimpin’ tertentu ini akan ditahan dan didakwa kerana rasuah. Ketika itu, Pakatan rakyat selangor akan digulingkan.

Ya…tontonilah MACC Downfall Parody sekali lagi. Ada banyak kebenaran dalam gurauan tersebut. Video tersebut mungkin lucu seolah-olah satu gurauan. Tetapi ia bukanlah sebenarnya lucu terutama dalam usaha SPRM untuk menumbangkan Pakatan Rakyat Selangor.

(Artikel ini adalah terjemahan dari artikel asal Raja Petra,”There is many a truth in the parody” di Malaysia Today.)

Kebenaran Yang Tidak Boleh Disembunyikan

Klik di[sini] untuk mendapatkan saiz sebenar
Kali terakhir PETRONAS menyiarkan peta aktiviti ekplorasi dan eksploitasi petroliam didalam Buku Laporan Kewangan Tahunannya ialah pada tahun 2003.

Hari ini, blog ini mendedahkan peta aktiviti eksplorasi dan eksploitasi terkini. PETRONAS tidak boleh menyembunyikan lagi aktiviti eksplorasi dan eksploitasi petroliumnya.
Peta dalam Buku Laporan Kewangan PETRONAS 2003
Klik di[sini] untuk mendapatkan saiz sebenar. Peta Terkini Aktiviti Eksplorasi dan Eksploitasi Petrolium di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
Sumber -Kickdefella

Pakatan Rakyat Bakal Kalah Di Galas..!

Sehingga artikel ini dipaparkan, masih tidak pasti lagi keadaan ADUN Galas, Che Hashim Sulaiman, 45 dari parti PAS yang baru-baru ini dilaporkan uzur akibat penyakit barah bawah perut yang dihadapinya. apa yang pastinya ialah pada saat dan ketika ini, jentera Barisan Nasional sudah bertungkus-lumus bekerja keras di Galas dan telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk menghadapi Pilihanraya kecil buat kesekian kalinya.

Bila aku menaip artikel ini, bukan bermakna aku mendoakan yang tidak baik untuk ADUN sedia ada yang kesihatannya terganggu itu, malah aku juga turut mendoakan kesejahteraan kepada beliau dan semoga beliau segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya. semoga beliau cepat sembuh dan semoga Allah mengurniakan beliau kesihatan yang baik agar dapat menjalankan amanah yang sedang dipikulnya selaku ADUN Galas.

Apa yang aku cuba bangkitkan ialah bersediakah Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk menghadapi sebarang kemungkinan..? disaat-saat ADUN PAS sedang uzur, siapakah yang bertanggungjawab mengambil alih buat sementara tanggungjawab-tanggungjawab kepada penduduk Galas atau perkara itu telah diserahkan sepenuhnya kepada UMNO/BN lantaran jentera UMNO/BN telah mula "bekerja" di Galas..?

Ini yang selalu melalaikan kita. dikawasan-kawasan yang kita fikirkan "kawasan kita", selalunya kita lalai. jarang sekali kita hendak "kedepan" melainkan disaat-saat akhir. ini juga yang berlaku di Manek Urai. jangan bercerita tentang apa yang dimainkan oleh UMNO/BN. jangan bercerita berapa banyak wang ringgit yang ditabur oleh UMNO/BN, jangan bercerita tentang "gula-gula pilihanraya" dan jangan bercerita tentang apa yang dijanjikan oleh UMNO/BN dalam kempen pilihanraya mereka.

Semua cerita-cerita diatas bagi aku sekadar alasan untuk menutup kelemahan kita sendiri. bila kalah, "orang lain yang salah", bila menang, "sebab kita hebat". kalau kita hebat, mengapa kita perlu beralasan sedangkan alasan itu hanya untuk mereka-mereka yang "tidak hebat'. untuk menutup "ketidak hebatan" maka perlu ada alasan. begitu kan..?

Pada ketika ini, jentera UMNO/BN sudah mula bekerja, mereka-mereka yang perlukan rumah, sedang diagih-agihkan rumah-rumah PPRT untuk mereka. bagi yang memerlukan bantuan baik wang ringgit atau apa sahaja bantuan, semuanya sedang disediakan oleh jentera UMNO/BNdengan kadar segera.

Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, selepas ini tak perlulah dalam kempen-kempen atau ceramah politik kita nak bangkitkan kononnya bantuan-bantuan tersebut hanya datang seketika sahaja, lepas pilihanraya semuanya ghaib. rakyat tempatan tidak peduli itu semuanya. sekejap atau lama bantuan yang datang, yang pastinya mereka menerima semua bantuan tersebut. apa yang Pakatan Rakyat beri..? sekadar ceramah sahaja..? selesaikah masalah rakyat dengan ceramah..? tepuk dada, tanya pimpinan..!

Sekadar peringatan... kalau tiada apa-apa tindakan atau pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat untuk mempertahankan DUN Galas, maka bersedialah untuk menghadapi kekalahan sulung di Semenanjung Malaysia sekiranya berlaku pilihanraya kecil di Galas. Pakatan Rakyat dalam keadaan serba kekurangan manakala lawan kita (UMNO/BN) mempunyai segala kekuatan yang diperlukan baik logistik, materialistik, tenaga kerja malah semua jentera berada dibawah kekuasaan mereka (UMNO/BN).

Cukup kuatkah sokongan kepada PAS di Galas atau bersediakah kita untuk kalah..?

Pakatan Rakyat Bakal Kalah Di Galas..!

Sehingga artikel ini dipaparkan, masih tidak pasti lagi keadaan ADUN Galas, Che Hashim Sulaiman, 45 dari parti PAS yang baru-baru ini dilaporkan uzur akibat penyakit barah bawah perut yang dihadapinya. apa yang pastinya ialah pada saat dan ketika ini, jentera Barisan Nasional sudah bertungkus-lumus bekerja keras di Galas dan telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk menghadapi Pilihanraya kecil buat kesekian kalinya.

Bila aku menaip artikel ini, bukan bermakna aku mendoakan yang tidak baik untuk ADUN sedia ada yang kesihatannya terganggu itu, malah aku juga turut mendoakan kesejahteraan kepada beliau dan semoga beliau segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya. semoga beliau cepat sembuh dan semoga Allah mengurniakan beliau kesihatan yang baik agar dapat menjalankan amanah yang sedang dipikulnya selaku ADUN Galas.

Apa yang aku cuba bangkitkan ialah bersediakah Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk menghadapi sebarang kemungkinan..? disaat-saat ADUN PAS sedang uzur, siapakah yang bertanggungjawab mengambil alih buat sementara tanggungjawab-tanggungjawab kepada penduduk Galas atau perkara itu telah diserahkan sepenuhnya kepada UMNO/BN lantaran jentera UMNO/BN telah mula "bekerja" di Galas..?

Ini yang selalu melalaikan kita. dikawasan-kawasan yang kita fikirkan "kawasan kita", selalunya kita lalai. jarang sekali kita hendak "kedepan" melainkan disaat-saat akhir. ini juga yang berlaku di Manek Urai. jangan bercerita tentang apa yang dimainkan oleh UMNO/BN. jangan bercerita berapa banyak wang ringgit yang ditabur oleh UMNO/BN, jangan bercerita tentang "gula-gula pilihanraya" dan jangan bercerita tentang apa yang dijanjikan oleh UMNO/BN dalam kempen pilihanraya mereka.

Semua cerita-cerita diatas bagi aku sekadar alasan untuk menutup kelemahan kita sendiri. bila kalah, "orang lain yang salah", bila menang, "sebab kita hebat". kalau kita hebat, mengapa kita perlu beralasan sedangkan alasan itu hanya untuk mereka-mereka yang "tidak hebat'. untuk menutup "ketidak hebatan" maka perlu ada alasan. begitu kan..?

Pada ketika ini, jentera UMNO/BN sudah mula bekerja, mereka-mereka yang perlukan rumah, sedang diagih-agihkan rumah-rumah PPRT untuk mereka. bagi yang memerlukan bantuan baik wang ringgit atau apa sahaja bantuan, semuanya sedang disediakan oleh jentera UMNO/BNdengan kadar segera.

Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, selepas ini tak perlulah dalam kempen-kempen atau ceramah politik kita nak bangkitkan kononnya bantuan-bantuan tersebut hanya datang seketika sahaja, lepas pilihanraya semuanya ghaib. rakyat tempatan tidak peduli itu semuanya. sekejap atau lama bantuan yang datang, yang pastinya mereka menerima semua bantuan tersebut. apa yang Pakatan Rakyat beri..? sekadar ceramah sahaja..? selesaikah masalah rakyat dengan ceramah..? tepuk dada, tanya pimpinan..!

Sekadar peringatan... kalau tiada apa-apa tindakan atau pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat untuk mempertahankan DUN Galas, maka bersedialah untuk menghadapi kekalahan sulung di Semenanjung Malaysia sekiranya berlaku pilihanraya kecil di Galas. Pakatan Rakyat dalam keadaan serba kekurangan manakala lawan kita (UMNO/BN) mempunyai segala kekuatan yang diperlukan baik logistik, materialistik, tenaga kerja malah semua jentera berada dibawah kekuasaan mereka (UMNO/BN).

Cukup kuatkah sokongan kepada PAS di Galas atau bersediakah kita untuk kalah..?

Kebenaran Tidak Boleh Disembunyikan
21 07 2009

MAP EXPLORE AND EXPLOIT Wilayah Kelantan
klik pada peta di atas untuk mendapatkan saiz sebenar

Kali terakhir PETRONAS menyiarkan peta aktiviti ekplorasi dan eksploitasi petroliam didalam Buku Laporan Kewangan Tahunannya ialah pada tahun 2003.

Hari ini, blog ini mendedahkan peta aktiviti eksplorasi dan eksploitasi terkini. PETRONAS tidak boleh menyembunyikan lagi aktiviti eksplorasi dan eksploitasi petroliamnya.

Malaysian waterPeta dalam Buku Laporan Kewangan PETRONAS 2003

MAP EXPLORE AND EXPLOIT2009

Peta Terkini Aktiviti Eksplorasi dan Eksploitasi Petroliam di Pantai Timur Semenanjung Malaysia




Dalam Mengobarkan Semangat Akhlak Juga Perlu Dijaga!

RAYUAN dan nasihat ikhlas yang diberikan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang meminta para pemimpin Pas menasihat pengikutnya agar tidak memaki hamun pihak-pihak yang tidak sealiran dengan pemimpin mereka dalam blog-blog rasanya perlu diberi perhatian.

Alasan Asri (foto) ialah kerana Pas menggunakan nama Islam. Menurutnya adalah tidak kena kalau ahlinya bersikap demikian. Tentunya nasihat Asri itu lebih meluas lagi kepada parti-parti lain juga (yang tidak menggunakan nama Islam), agar tidak berpolitik secara sembrono dan memamki hamun pihak lain.

Tetapi di sini beliau menumpukan kepada Pas kerana Pas menggunakan nama Islam dan mendakwa lebih Islamik daripada parti lain khususnya Umno dan PKR. Saya percaya kalau Pas tidak menggunapakai nama Islam, semisalnya parti liberal, atau sosialis, Asri tidak akan membuat teguran berupa rayuan itu. Beliau juga mungkin bersedia untuk dikritikan oleh para pembambu Pas yang dimaksudkan itu apabila membuat teguran itu.

Memang buruk sangatlah kalau parti Islam terikut-ikut dengan gelagat dan telatah parti sekular lain. Sewajarnya parti Islam menjaga akhlak dan menunjukkan suri teladan yang murni kepada rakyat.

Banyak orang yang menjadi mangsa maki hamun pengikut Pas, (yang pada saya mereka ini tidak pernah menerima tarbiah Pas). Bukan saja Mufti Perak, Harunssani Zakaria dan Asri sendiri tetapi ramai yang menjadi mangsa termasuk dikafirkan oleh Pas. Saya juga turut sama menerima makin hamun. Namun itu bagi saya ianya perkara biasa saja, memandangkan yang memaki hamun ini kalangan remaja yang penuh dengan emosi dan semanagt perjuangan menurut acuan 'hora hore' mereka.

Saya percaya bila mereka dewasa kelak mempunyai otak penuh mereka akan mengubah sikap dan mula mencari kebenaran dalam apa yang mereka perjuangkan itu.

Hendaknya pemimpin Pas perlulah menerima pandangan Asri itu secara terbuka. Tanggungjawab mendisplinkan ahli atau penyokong atau simpatisan terletak kepada pemimpin. Pemimpin Pas kena memantau dan tidak boleh membiarkan ia menular. Wibawa dan maruah Pas sebagai parti Islam perlu diawasi dan tidak dicemari anasir-anasir sekular alias jahiliah.

Selain itu pemimpin Pas juga harus menjaga tatatertib diri mereka sendiri. Pemimpin tidak sepatutnya menggunakan kata-kata kesat dalam menolak sesuatu kerana kata-kata itu akan ditutur ataupun dijadikan fatwa untuk menghalalkan tindakan mereka kepada pihak lawan atau orang yang tidak sebulu dengan mereka oleh pengikut bawahan.

Makanya di sini sesetengah pemimpin Pas itu yang perlu didisiplinkan. Mereka yang perlu dibetulkan agar menjaga akhlak dan memastikan akidah mereka benar. Ura-ura untuk mengetatkan disiplin dalam Pas sangat dialu-alukan. Kenapa sesetengah pemimpin Pas berani bertindak diluar batas susila parti dan adat budaya dan agama, kerana peranan dan fungsi jawatankuasa disiplin itu tidak ketat lagi. Lantaran itu sesetengahnya merasa dirinya sebagai maksum dengan kedudukan dan pemujaan ke atas dirinya.

Dulu Pas sangat menjaga fiil perangai ahlinya. Mereka yang melanggar hukum agama tidak teragak-agak akan dipecat dari Pas. Begitu juga mereka berkelakuan yang boleh menjejaskan akidah akan dipecat atau digantung. Apa yang berlaku kepada salah seorang ahli Parlimen dari Perak, cikgu Hahsim Gera, adalah sejarah dan pengajaran. Beliau dipecat dari Pas hanya kerana menari di satu majlis santai di Parlimen. Pas tidak pernah mengira atau merasa sayang untuk bertindak meskipun beliau adalah ahli Parlimen.

Mungkin tindakan itu kolot dan dianggap usang tetapi itulah sebenarnya pribadi ataupun yang membezakan Pas dengan parti lain.

Betapa Pas waktu itu sangat menitik berat kepada disiplin dan akidah ahlinya. Kerana itulah Pas dihormati oleh pihak kawan dan lawan.

Seharusnya Pas di era kepimpinan ulama lebih menekan soal ini. Sewajarnya kalau Pas juga turut memberi nasihat kepada mana-mana pemimpinnya yang berkahwin dua tetapi tidak mendaftar perkahwinan ataupun bercerai tetapi enggan membayar nafkah dan sebagainya. Pas juga perlu menengur sesetengah pemimpinnya yang turut membakar lilin sebagai menyatakan simpati kepada mendiang Teo Beng Hock. Ulama Pas perlu menjelaskan apakah tindakan itu tidak merosakan akidah muslim mereka? Ingatlah sesuatu kemungkaran itu tidak boleh dilakukan walaupun kerana apa termasuk politik!

Walaupun itu urusan peribadi tetapi ia perlu dipelihara kerana mereka adalah pemimpin parti parti Islam.

Semasa pilihan raya kecil Manik Urai baru-baru ini saya nampak dan dengar sendiri apa yang anak-anak muda Pas yang memakai kopiah memaki hamun atau melaungkan kata-kata kurang manis kepada pengundi warga emas yang dikira tidak mengundi mereka. Antara yang tertangkap di telinga saya, misalnya kata-kata berbunyi; pak cik insaflah gigi sudah tinggal dua, takkan nak undi Umno lagi?

Mungkin kepercayaan anak muda itu benar bahawa Pas lebih suci daripada Umno. Tetapi kenapa harus menggunakan kata-kata kesat begitu untuk berdakwah? Rauslullah s.a.w. mengajar umatnya agar menggunakan kata-kata yang sesuai dalam berdakwah. Bukan bermakna kita tidak boleh mencaci dan mencerca, boleh, tetapi biarlah ianya digunakan pada masa dan tempat yang sewajarnya dengan penuh keadilan.

Mungkin menyedari situasi beginilah menyebab Asri bersaura meminta pemimpin Pas mendisiplinkan para penyokongnya. Bukan itu saja, apabila Pas bergerak atas nama Islam mungkin beliau bimbang takut Islam itu disalah anggap oleh mereka yang kurang faham dengan Islam.

Dengan beberapa tindakan yang melampau dilakukan oleh setengah pengikut Pas itu menyebabkan orang bukan Islam menerima pakai apa yang salah itu sebagai benar dan keadaan ini sangatlah malang dan mencemarkan Islam itu sendiri.

Alasan bahawa Umno juga mencaci dan mencera orang tidak boleh dipakai dan dijadikan fatwa menghalalkan tindakan kita. Masakan kita yang mengaku cerdik, beriman, lebih hampir dengan syurga bersedia untuk mengikut sikap dan perangai mereka yang dianggap jahiliah dan berada jauh dari syurga?

Undi BN kalau tidak mahu miss soru?

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan. { sini }


Ini sudah kira dasyat. Kalau kita masih dijajah oleh Jepun dan mahu terselamat dari pelempang gred A tentera Jepun, jalan paling mudah adalah dengan menjadi Kempetai. Jika tidak, kempunan makan nasi lah jawabnya.

Nampaknya, formula yang seakan- akan sama telah digunakan oleh Kementerian Pertanian. Tiada mesyuarat yang dihadiri pegawai maka tiada keputusan boleh dibuat. Tiada keputusan maka tiada perubahan. Tiada perubahan maknanya miss soru.

Sudahkah Dato' Noh memikir masak-masak keputusan tersebut? Terfikirkah Dato' Noh tentang siapa yang menjadi mangsa?

Lagi satu soalan, orang Tanjong Karang pun tak terkecuali kan?

Harimau: inilah akibatnya duit rakyat dibuat macam duit sendiri.

ZAINUL ARIFIN, SHUT THE FUCK UP AND READ THIS.....


By Awang Selamat

I now understand and support Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s decision to boycott the NST group of newspapers and stop the state government’s subscription of the papers.

It is simply beyond an intelligent person’s comprehension how an editor could arrive at the conclusion that the protest against the high-handed methods of the MACC is a challenge to the Malays. Only an immature, insecure and not too intelligent person can look at the Teoh Beng Hock case from a racial perspective. OneMalaysia? Nonsense! If we have people in positions of power and influence with such racialist mentality, there can never be OneMalaysia.

I have just retired as a journalist after nearly 35 years in the profession, and during my years as a reporter, socio-political analyst and editor, I have identified five types of journalists in the media community.

First, there are the EEs — Editorial Eunuchs, who take orders from their political emperors and write and spin stories to promote the emperor’s cause. These political appointees are usually in top and senior positions, not because they are good journalists or great writers, but because of their connection to powerful political godfathers. They are first class cronies. Many are ghost writers for their political masters. Some have become millionaires.

(Note: I thank God that, except for one or two cases, the editors I had worked under are not such people. I can vouch that people like Ng Poh Tip, Michael Aeria, Wong Sulong and Wong Chun Wai are good people of principle and top class journalists, not EEs. My good friend Chong Cheng Hai, the chief editor of theSun, is another person of integrity.)

Secondly, there are the PPs — Press Prositutes, who have sold their souls and principles to gain favours and privileges from their political and/or business clients. They will write what pleases their political masters. The amount of hampers and gifts they receive during festive seasons is perhaps a good indication of their rising status in their media organisation. (Perhaps the MACC should consider looking at this practice of giving editors hampers and gifts during festive seasons).

Thirdly, there are the MMs — Media Marionettes, the puppets who have no brains but are used and abused by opportunists to advance their own political or business agenda. They usually feed such journalists with twisted information and deceive these gullible writers to propogate their schemes of things. Our education system has produced many such gullible, unthinking, uncritical, and dumb people, and some of them are found in the media organisations.

Fourth, there are the JJs — Junket Journalists, those who will write anything for the sponsors of their overseas trips.

Finally, there are the WWs — Wise Writers, the rare breed who know how to survive through the controlled press situation and get their honest views into print without rousing the suspicion of their media bosses, who are usually political cronies. There are very few such honest writers with integrity and principles, and they are usually not in positions of power.

How can we expect to have OneMalaysia when we do not really have a free and credible press? If our prime minister is truly sincere in wanting to take take the country to greater height as OneMalaysia, then the first thing he needs to do is to liberate the press by abolishing the oppressive legal restraints such as the Printing Presses and Publications Act, the Internal Security Act, the Official Secrets Act, etc. and enact a Freedom of Information Act. Then, he must revamp the whole system of administration to get rid of those known to be corrupt, racist, and incompetent. Most importantly, there must a reform in the judiciary, enforcement agencies, the election commission, etc. He must also reinstate local council elections.

OneMalaysia? It will remain a slogan and a dream if the current federal government does not take concrete actions to reform the whole political and administrative environment in the country.

If the Barisan Nasional administration is unable to bring about such reforms, then we must throw it out at the next general election.

+++++

AND AS NIGHT FOLLOWS DAY, THIS EE WILL GET HIS DATUKSHIP SOON.

HOW CHEAP AND FRAGILE CAN A DATUKSHIP BE THESE DAYS.


+++++

I used to read Zainul's column until I boycotted the Main Stream Media. Zainul rose pretty slowly I believe but this was some kind of double promotion when he became Group Editor. And then things changed.....which brings to mind a well-flogged management change story that goes around. An ordinary worker can only afford to paly football. If and when he becomes a supervisor, he goes for tennis. Should he perform well he gets to be a manager and in some good companies, he gets a golf membership. Story behind the story: the higher you move up the BALL gets smaller.

PERGI TAK KEMBALI


“Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi”

bukan sekadar melagukan lirik
pemergian menyayat hati
Teoh baru sahaja pergi
pergimu diundang SPRM
bersama maruah dan harga diri
pergimu tak kembali….

Sejarah tidak pernah menipu kita
tetapi Melayu UMNO yang mudah lupa
19 November 1985 di bumi Memali
anak-anak menjadi yatim piatu
muslimah mujahidah menjadi saksi
kekejaman gerombolan 4000 tentera bersenjata
Ibrahim Libya telah pergi
pergimu tak kembali

Sejarah tidak pernah menipu kita
tetapi Melayu UMNO yang mudah lupa
18 Januari 1985 di Padang Terap
angkara durjana UMNO keparat
darah dan air mata menjadi saksi
Ustaz Osman Talib pergi bertemu Ilahi
20,000 mengiringimu pemergianmu
pergi tak kembali

Ya ! Teoh Beng Hock baru sahaja pergi
15 Julai 2009 pergi ke SPRM
bersama maruah dan harga diri
Ya ! Dia pergi dan tak kembali

DAP MELAYU
Kuala Lumpur 21 Julai 2009

UMNO PERLU AMBIL IKTIBAR PETUNJUK ILAHI

Umno meraikan kekalahan pilihanraya kecilnya yang keempat berturut-turut di Manek Urai Selasa lalu dengan menyatakan itu adalah satu petanda baik. Menurut setiap lapisan pimpinan Umno, meskipun kalah, petanda yang jelas ialah, penyakit yang dihadapi oleh Umno iaitu kurang mendapat sokongan orang Melayu sejak pilihanraya umum tahun lalu, kini sudah pulih. Dalilnya, meskipun menang, majoriti Pas hanya 65 undi sahaja berbanding 1,352 pada 8 Mac 2008.

Maka berkokoklah pemimpin Umno mendabik dada mengisytiharkan bahawa rakyat, khususnya pengundi Melayu, sudah meluat dengan Pas dan Pakatan Rakyat. Mereka pun ”masuk bakul dan angkat sendiri” apabila mengatakan jentera pilihanrayanya semakin tersusun dan pengundi muda khususnya kini sudah sedar akan betapa pentingnya Umno dalam program pembangunan untuk orang Melayu.

Namun hakikatnya, Umno kalah. Ini yang cuba disorokkan oleh parti itu. Kekalahan ini bukanlah yang pertama. Dari pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang hingga ke persaingan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Umno kalah. Seperkara lagi ialah, kecuali Permatang Pauh, ketiga-tiga kali Umno kalah ialah kerana itu ketentuan Ilahi. Di Kuala Terengganu, wakil rakyat Umno Razali Ibrahim dipanggil ke rahmatullah hujung tahun lalu. Itu memberi peluang kepada Umno untuk menguji penerimaan rakyat terhadap dasar dan cara perjuangannya. Terbukti rakyat menolak Umno. Ia hilang satu kerusi parlimen.

Di Bukit Gantang, ahli parlimen Bukit Gantang dari PAS, Roslan Shaharom pula meninggal dunia. Sekali lagi Umno berpeluang menguji sokongan rakyat terhadapnya. Umno kalah lagi. Begitu juga di Manek Urai, wakil rakyat Pas, Ismail Yaakop pula pulang ke rahmatullah. Sekali lagi Umno kalah. Hakikat ini tidak boleh disanggah. Meskipun ketiga-tiga keputusan pilihanraya kecil tidak mengubah perimbangan kuasa di peringkat Kerajaan Pusat mahu Kerajaan Negeri, Umno tetap kalah.

Rakyat tetap tidak memilih Umno. Parti itu boleh sahaja membuat pelbagai analisis untuk memujuk hati sendiri bahawa ia masih releven dalam politik Malaysia dan memungut sokongan yang semakin bertambah dari kalangan pengundi Melayu, namun hakikat keputusan keempat-empat pilihanraya kecil berkenaan tidak mengesahkan dakwaan Umno itu.

Malangnya, Umno tidak boleh menyalahkan takdir kerana kalah dalam setiap pilihanraya kecil yang ditandinginya. Umno seharusnya mencermin diri sendiri. Ia harus muhasabah. Ia harus bertanya di mana cacat perjuangannya hari ini. Jika suatu masa dahulu Umno mendapat sanjungan rakyat, khususnya orang Melayu, mengapa sekarang ia dianggap “melukut di tepi gantang” dalam sistem politik Malaysia?

Imej Umno hari ini cacat. Ia sinonim dengan rasuah. Tidak beramanah. Tidak berhemah. Angkuh dan gelojoh. Jika ia menyangkal persepsi umum ini dan yakin orang Melayu khasnya dan rakyat umumnya kini kembali menyokongnya, apa salahnya jalani satu lagi ujian. Umno yang merampas kuasa di Perak patut membubarkan Dewan Undangan Negeri itu. Keputusan pilihanraya ini akan memberi jawapan mutlak kepada persoalan yang cuba digambarkan oleh pemimpin Umno dan media massa yang dikuasainya bahawa di bawah pimpinan Presiden barunya, Najib Razak, ia telah dapat memujuk rakyat untuk menyokongnya.

Yang jelas Umno hari ini tidak jujur; sekurang-kurangnya pada diri sendiri. Umno ditubuhkan untuk orang Melayu dan menjadi pemimpin di negara ini. Umno yang asal, adalah telus. Umno yang asal mendirikan pelbagai institusi untuk memelihara kepentingan setiap warga Malaysia. Namun Umno hari ini menggunakan institusi yang ada untuk melindungi kepentingan politik pemimpinnya sahaja.

Presiden Umno hari ini, Najib Razak mengepalai Umno merampas kuasa di Perak. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertanggungjawab kepadanya pula memilih menyiasat secara terpilih lantas melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Namun sekali lagi ketentuan Ilahi mengatasi segala. Teoh Beng Hock, yang menjadi sebahagian jaringan penyiasatan SPRM di Selangor ditemui mati di bangunan ibupejabat suruhanjaya itu di Shah Alam Khamis lalu.

Bagaimanakah SPRM hendak melaporkan kepada pemimpin mutlaknya, Najib Razak yang juga presiden Umno itu bahawa kematian Teoh tidak ada kena mengena dengan takdir tetapi Umno patut mengambil iktibar daripada tragedi itu. Bahawasanya dalam ikhtiar untuk menjadi popular, matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

Sekadar mengingatkan SPRM...


Talam dua muka, pilih bulu, hipokrit - itulah antara ungkapan yang disasarkan kepada polis dan SPRM oleh rakyat, pembangkang dan pemerhati politik. Terbaru: SPRM digelar Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia. Tuduhan terhadap SPRM bukan dibuat secara melulu. Hakikatnya ialah Teoh mati kerana siasatan RM2,400 membabitkan EXCO Pakatan Rakyat Selangor. Malah ada bukti, saksi lain didera, dicaci dan diugut SPRM. Pada masa sama, SPRM membisu dan tutup mata terhadap kes penyelewengan oleh pemimpin BN. Antara kes di Selangor ialah:

1. Skandal PKFZ yang menelan dana awam sehingga RM12.5 bilion

2. Hasil siasatan SELCAT, sebuah cabang Dewan Undangan Selangor yang mendedahkan Khir Toyo dan isterinya menyalahgunakan dana awam jutaan ringgit untuk, antara lain, melancong ke Disneyland di Amerika syarikat dan Paris serta Australia di samping menyalahguna dana Balkis.

3. Kerajaan Selangor mendedahkan Mantan MB Selangor itu membeli tujuh apartment mewah di Arab Saudi menggunakan dana kerajaan negeri secara mencurigakan

4. Pembinaan istana Khir Toyo yang dianggarkan RM23 juta ringgit di Seksyen 7 Shah Alam

5. Wakil BN bergegas menghabiskan peruntukan RM27 juta dalam tempoh dua bulan sebelum pilihanraya umum Mac 2008.


Ini hanya segelintir kes/aduan yang dilaporkan kepada BPR/SPRM di Selangor. Di peringkat nasional pelbagai aduan dibuat bersabit gejala rasuah dalam pembelian kapal selam dan peralatan lain semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan.Namun SPRM dan polis diam seribu bahasa.

Puluhan lagi laporan mengenai penyelewengan kuasa dan rasuah politik membabitkan wakil BN dibuat di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan negeri lain, namun jawapan SPRM "masih dalam siasatan" atau "kes dibuang, tak ada bukti."

Utusan dan BH cuba jadikan Beng Huat sebagai isu pekauman

Orang ramai membakar naskah Utusan Mingguan dan Berita Harian kerana cubaan dua akhbar kawalan UMNO itu menjadikan kematian Beng Huat sebagai isu perkauman Cina-Melayu.

Mereka meluahkan rasa marah dan jijik mereka pada perhimpunan untuk menunjukkan sokongan kepada keluarga Beng Huat dan bagi menuntut penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat kematian itu dan penyelewengan kuasa SPRM di bawah telunjuk Umno-BN.

Ketua Pengarang Kumpulan NST, Zainul Arifin menulis dalam BH Ahad lalu bahawa ada cubaan untuk menyalahkan institusi yang dipimpin oleh kaum Melayu bersabit kematian Beng Huat.

Beliau menyifatkan tindakan mempertikaikan kewibawawaan SPRM bersabit kematian Beng Hock sebagai "mempersoalkan kebolehan orang Melayu."

Dalam rencananya, Zainul menyifatkan Boon Huat sebagai "mangsa kemalangan" dan dan mempersoalkan kenapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, seorang Melayu, mahu membawa pakar bedah siasat swasta untuk menjalankan pemeriksaan berkecuali ke atas Boon Huat.

"Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya," tanya Zainul yang dilantik ke jawatan itu oleh Perdana Menteri Najib Razak awal bulan ini.

"Apabila mangsa kemalangan bukan orang Cina dan penyokong, yang sebelumnya disiasat orang Melayu, bertambah hebatlah spekulasinya," tambah Zainul.

Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia pula mendesak SPRM terus menyiasat wakil rakyat Pakatan dan berkata misteri kematian Beng Huat tidak boleh diselesaikan dengan tunjuk perasaan dan tuduhan liar.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali kesal dengan cubaan dua akhbar itu cuba menjadikan kematian Beng Hock sebagai modal untuk membakar sentimen orang Melayu.

Dua akhbar itu juga diperalatkan untuk menutup angkara Umno menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Jadi tujuan akhbar menyatakan ini isu perkauman ini ialah supaya Umno mengelak tanggungjawab dalam hal ini kerana mereka tahu mereka telah menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor. Ini bukan isu perkauman. Ini isu kezaliman ke atas seorang yang mati semasa disiasat di bangunan SPRM. Isu ini sengaja dipolitikkan sebagai isu perkauman oleh Umno. Yang jelas kemarahan terhadap kematian ini bukan datang dari orang Cina sahaja bahkan orang Melayu dan India juga marah," kata Syed Hussin.

Pemimpin PAS Husam Musa berkata konsep Islam amat mudah. "Membunuh satu nyawa sama seperti membunuh semua manusia, tidak kira mereka bangsa Melayu, Cina atau India. Beng Hock adalah adik kita, saudara kita dan menjadi tanggungjawab kita untuk menuntut pembelaan," tegas beliau.

SAYA SOKONG AGENDA REFORMASI ANWAR - JUI MENG

Oleh DZULKARNAIN TAIB


Datuk Chua Jui Meng adalah tokoh politik terbaru menyertai Parti Keadilan Rakyat. Apakah faktor menyebabkan veteran MCA itu bertindak demikian? Apakah kesannya kepada lanskap politik Malaysia?

Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib meninjau pemikiran bekas Menteri Kesihatan ini.

Apakah yang menyebabkan Datuk meninggalkan MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat ?

Saya buat begini dengan fikiran yang mendalam. Bukan mudah bagi seorang ahli politik yang sudah berpuluh tahun dalam MCA tinggalkan parti itu. Tetapi pada saya apa yang paling mustahak adalah reformasi negara ini. Itu pertama. Walaupun saya tahu perjalanan saya lebih sukar daripada apa yang saya lalui pada masa dahulu, saya masih nak teruskan perjuangan ini.

Dan, saya nampak idealisme saya ini yang terkandung dalam menifesto saya (untuk jawatan presiden MCA) pada tahun 2005 dan 2008, sama dengan agenda Anwar Ibrahim.

Oleh kerana itu bila saya nampak dia ada krisis dalam Pakatan Rakyat; ada kemelut yang dihadapi; daripada (perpecahan) divisyen di dalam dan serangan dari luar; bila Pakatan Rakyat berada dalam satu masa yang susah, itulah masa saya perlu bantu.

Kenapa saya nak bantu? Oleh kerana pilihanraya tahun 2008 telah menyebabkan kemunculan sistem dwi parti buat pertama kali dalam sejarah kita lebih setengah abad. Sistem dua parti ini begitu mustahak bagi rakyat jelata kita; tak kira dari bangsa apa. Tapi sekarang sistem dua parti politik dicabar.

Saya harap semua rakyat Malaysia yang suka kepada KEADILAN yang mirip kepada satu sistem yang unggul yang baik bagi negara ini, perlu bantu pada masa genting ini.

Apa harapan Datuk pada Pakatan Rakyat?

Negara ini kena berubah. Pemerintah perlu berubah. Kita hendak menghapuskan amalan rasuah negara ini yang begitu besar di mana wang rakyat banyak bocor; hilang, dan merugikan setiap warga Malaysia. Saya harap kita ada satu kerajaan bersih dan tak korup; menjamin wang rakyat digunakan bagi manfaat negara. Kalau kita boleh buat begitu, rakyat kita tidak ada golongan miskin termasuk Cina, Melayu, India.

Saya nak nampak intitusi perlembagaan di negara kita dapat melaksanakan tugas mereka secara bebas -- Kehakiman, MACC, PDRM, dan lain-lain. Perlembagaan memperuntukkan institusi untuk jaga hak rakyat bukan jaga hak Kerajaan. Ada satu perbezaan; kalau kita boleh jaga ini para eksukutif, ahli pentadbir dan ahli politik tertinggi di dalam parti Pemerintah akan pikir sepuluh kali; seratus kali untuk buat rasuah, sebab ada check and balance di dalam sistem pentadbiran kita.

Saya harap ada satu sistem pendidikan yang menyeluruh. Saya nampak sekarang kalau ada, sakit sini sakit di sana di dalam sistem pendidikan, kita merawati simtomnya saja bukannya akar. Kita nak mengubati akar. Saya harap negara ini mengalami perubahan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat khasnya PKR. Sebab itu saya menyertai PKR kerana saya percaya dan bersetuju dengan agenda PKR; agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apakah Pakatan Rakyat satu alternatif yang baik kepada BN?

Memang buat pertama kali di dalam sejarah Malaysia rakyat ada pilihan. Dulu tak ada; Pembangkang berpecah belah dengan prinsip dan agenda yang ada kalanya bercanggah. Tetapi Pakatan Rakyat ada satu haluan yang sama.

Kita perlu mendokong dan melindungi barisan dwipolitik negara ini ada akar umbi yang kuat. Kalau rakyat suka pada BN, oleh kerana dasar dan pelaksanaan yang baik maka pilihlah BN; kalau sebaliknya pilihlah Pakatan Rakyat. Ada pilihan.

Tetapi konsep ini nampaknya ingin dihalang oleh BN supaya tidak menjadi realiti...

Memang. Kalau dia terus wujud, terus survive, maka ia akan menjadi cabaran besar, ancaman besar kepada penguasa di negara ini khasnya Umno. Tetapi saya tidak bersetuju mesti ada dua BN di negara kita.

Kenapa saya nak pindah kepada Pakatan Rakyat dan Keadilan? Sejak Mac tahun lalu, rakyat mendokong sistem dwi parti. Namun rampasan kuasa di Perak telah menjejaskan perasaan rakyat di negeri lain di Malaysia.

Lepas itu kita nampak institusi-institusi kita yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menjaga hak rakyat jelata tidak mengira bangsa sekarang sudah dikompromikan dan mirip kepada Kerajaan. Itu bukan tugas mereka. Mereka mesti berdiri tegas di atas prinsip Perlembagaan Negara. Check and balance. Dan kita nampak pendakwaan yang terpilih terhadap Pembangkang, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya nak tanya rakyat, percayakah anda Anwar memang salah terhadap (tuduhan liwat) yang kedua? Saya boleh kata, ramai tak percaya. Saya ada buat ujian, orang Melayu, orang Cina, orang India, khasnya orang Melayu tak percaya.

Pada tahun 1999, bila Anwar dipenjarakan, Melayu pada waktu itu tidak percaya. Akibatnya pada pilihanraya 1999, Umno terjejas teruk. Undi Cina yang menyelamatkan Barisan Nasional ketika itu.

Kali yang kedua ini walaupun hospital Kuala Lumpur dan hospital swasta katakan tidak ada bukti, masih nak teruskan dakwaan terhadap saudara Anwar Ibrahim.

Tanyalah orang Melayu percaya tak? Tanyalah orang Cina atau orang India, Mahkamah Persekutuan telah melepaskan Anwar, membebaskannya dari tuduhan sodomi yang pertama, masuk ini tuduhan yang kedua, ramai rakyat tidak boleh terima termasuk saya. Ini satu hakikat yang kita anggap kejam.

Anwar adalah seorang yang boleh dikatakan ikon Malaysia, bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu. Patutnya hari ini sudah jadi Perdana Menteri tetapi kerusinya dirampas dengan tuduhan yang tidak ada asas seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan kita.

Mengapa Datuk membuat keputusan meninggalkan Barisan Nasional ketika Perdana Menteri melaungkan slogan 1 Malaysia dan membuat beberapa perubahan dasar?

Saya melihat reformasi yang dilakukan baru-baru ini, dan slogan 1 Malaysia, hanya akan jadi slogan sahaja. Ini adalah ole-ole yang kecil yang diberikan. Rakyat nak tahu mana wang kita seperti yang diutarakan oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam enam tahun sebelum ini, Petronas beri royalti kepada Kerajaan sebanyak RM 268 billion, Dr Mahathir tanya, wang ini pergi ke mana? Sampai hari ini tidak ada jawapan. Rakyat nak wang itu. Nak satu akaun yang telus. Wang ini mana? Eh ini wang saya tau, kata orang kampung atau orang miskin di dalam bandar.

Wang itu tentu boleh bantu saya untuk kehidupan lebih selesa, lebih baik. Wang boleh bantu negara untuk maju. Mana wang itu? Itu lebih mustahak dari ole-oleh kecil-kecilan yang diberi yang belum ada impact kepada rakyat jelata. Walk the talk. Cakap serupa bikin. Hapuskan ketidakadilan di dalam sistem Kehakiman dan lain-lain lagi institusi kebangsaan. Baiki itu. Tentukan tidak ada rasuah lagi; baru slogan itu jadi realiti.

Adakah Barisan Nasional Najib mampu membawa perubahan yang diharapkan memandangkan imej beliau agak tercalar di dalam dan luar negara?

Sampai kini saya tak nampak; mungkin kerana baru 100 hari. Tetapi saya nampak tidak mudah. Budaya Umno tidak mengizinkan satu perubahan yang besar, yang benar, yang memang memanfaatkan rakyat jelata, tak kira kaum dan agama. Saya tak yakin. Sudah berapa Perdana Menteri...

Kita nampak Indonesia sekarang ini lebih berjaya menentang tabiat rasuah berbanding negara kita. Presidennya menjadi tokoh; dia menjadi model kepada rakyat. Populariti dia naik dengan ketara.

Kita nampak Taiwan, presiden lamanya sudah dipenjarakan, tunggu dibicarakan di mahkamah, keluarganya dipenjarakan juga dan didakwa. Korea kita nampak sudah ada perubahan yang ketara. Begitu juga Thailand dan Hong Kong. Bagaimana dengan Malaysia? Patut Malaysia jadi model kepada negara lain. Sekarang mereka sudah mendahului kita dalam tugas anti-rasuah.

Apakah peranan Datuk untuk memperkasakan Pakatan Rakyat?

Saya masuk dengan rendah hati. Saya kena menyesuaikan diri dengan suasana yang berlainan daripada apa yang pernah saya alami. Tapi pengalaman saya dalam politik selama 40 tahun dalam pentadbiran negara, sebagai anggota pentadbir selama 15 tahun. Semua ini boleh dipakai.

Pengalaman ini boleh bantu Pakatan Rakyat. Boleh bantu Parti Keadilan untuk mengurus parti dengan lebih baik. Untuk melaksanakan dasar yang lebih mirip kepada rakyat. Rapatkan hubungan di antara komponen PR. Ini harapan saya. Saya tak tahu sama ada saya boleh memainkan peranan itu atau tidak. Masih terlalu awal tetapi akan cuba sedaya yang saya boleh.

Datuk memperolehi 40 peratus undi perwakilan semasa pertandingan Presiden MCA tahun lepas. Apa harapan Datuk kepada penyokong datuk dalam MCA; masyarakat Cina di Malaysia, dan seluruh rakyat Malaysia apabila Datuk menyertai Pakatan Rakyat?

Bagi ahli parti MCA yang sangat saya sayangi; 40 peratus itu saya ucapkan terima kasih dan harap mereka akan kekalkan semangat perubahan, semangat reformasi.

Banyak daripada mereka percaya dengan apa yang saya utarakan dan memberikan undi kepada saya walau saya tidak ada apa-apa jawatan rasmi dalam kerajaan, tidak ada jawatan dalam jawatankuasa pusat MCA. Tidak ada, Tetapi mereka percaya kepada agenda saya dan menifesto saya. Saya harap mereka akan kekalkan semangat itu.

Pada rakyat jelata saya harap mereka akan menilai, mendalami konsep baru dwi parti, dan menghargainya. Ini satu aset yang nilainya amat tinggi kepada Malaysia. Dengan sistem itu, siapa yang terbaik di antara kedua-dua parti, pilihlah parti itu. Itu harapan saya.
Masa depan anak kita, anak cucu kita bergantung kepada sistem ini. Melalui sistem ini kita dapat satu taraf kehidupan yang lebih tinggi, negara kita lebih maju, adik-adik kita dapat pendidikan yang terbilang, cemerlang di dalam negara ini. Itulah harapan saya.

Chua Jui Meng sertai PKR, TOLAK PERKAUMAN, PERTAHAN PAKATAN RAKYAT


Bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat dengan penegasan bahawa masa depan negara bakal dibentuk oleh parti-parti seperti KEADILAN yang membela semua bangsa dan bukan lagi oleh parti-parti perkauman dalam Barisan Nasional.

Beliau juga berkata keputusannya didorong oleh keinginan mempertahankan Pakatan Rakyat daripada asakan BN yang memperalatkan institusi-institusi awam seperti polis dan SPRM serta media bagi memusnahkan sistem dwi-parti negara yang semakin diterima oleh rakyat.

"Hari ini saya menyertai sebuah parti pelbagai kaum. Inilah parti untuk memacu negara melangkah ke depan," kata Chua kepada hampir 2,000 orang pada satu forum di Bandar Sunway Sabtu lalu. Turut hadir ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebagai seorang Cina yang berpengalaman luas dalam parti satu kaum, saya boleh nyatakan dengan penuh keyakinan, parti sedemikian hanya akan berpusing pada takuk sama dan pusingan itu semakin kecil dengan peredaran masa.

Tidak ada masa depan lagi untuk kaum China dalam parti satu kaum. Kita harus berdiri sebarisan dengan kaum Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain untuk membawa pembaharuan di negara ini," kata Chua disambut tepukan gemuruh dan laungan reformasi.

Chua berkata beliau sedar keputusannya menganggotai PKR akan mendedahkannya kepada pelbagai dugaan, "namun saya yakin saya berada di pihak yang benar dengan membuat keputusan ini."

Beliau menyertai KEADILAN setelah hampir tiga dekad besama MCA dan menjadi Ahli Parlimen untuk lima penggal dan Menteri Kesihatan selama 10 tahun.

Tokoh veteran ini menyertai Pakatan Rakyat ketika pemimpin-pemimpin gagasan itu ditekan hebat dengan siasatan berpilih polis dan SPRM, pendakwaan atas bukti rekacipta oleh Peguam Negara dan rampasan kuasa di Perak serta cubaan terbaru menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor.

Chua melihat semua ini sebagai agenda BN untuk melumpuhkan sistem dwi-parti yang memberi pengundi peluang menolak politik rasuah BN kerana wujudnya Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif yang berwibawa.

Menurut Chua "Sistem dwi-parti menjadi cabaran dan ancaman besar kepada penguasa di negara ini khasnya Umno. Oleh kerana itu sistem ini mahu dihapuskan. Mesti ada dua barisan di negara kita," kata Chua.

Chua berkata sistem dwi-parti adalah cara terbaik memastikan wujudnya mekanisme timbangtara supaya tidak ada salah-guna kuasa oleh mana-mana pihak dalam sebuah demokrasi.

"Oleh itu apabila saya melihat ada ancaman dan serangan luar terhadap Pakatan Rakyat saya merasa saya perlu membantu. Sistem dwi parti adalah sangat mustahak bagi rakyat jelata, tidak kira apa bangsa tetapi sekarang sistem dua parti dicabar. "Saya berharap semua rakyat malaysia yang cinta kepada keadilan perlu bantu Pakatan Rakyat pada masa genting ini."

Chua berkata PRU ke-12 memperlihatkan kesungguhan rakyat Malaysia untuk membuat perubahan sejati apabila memberikan Pakatan Rakyat 52 peratus daripada jumlah undi di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang dan menegakkan keadilan serta membebaskan institusi awam daripada cengkaman Umno-BN.

Turut menyertai KEADILAN bersama beliau ialah bekas senator, Datuk David Yeoh Eng Hock dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Yap Yit Thong.

Mangsa Keganasan Polis Buat Aduan Suhakam


Adun Rawang Gan Pei Nei dan tiga pembantu khas kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikasari polis dalam perhimpunan aman Jumaat lalu memfailkan aduan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Mereka turut menyerahkan memorandum mengutuk keganasan polis dalam meleraikan perhimpunan tersebut yang menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab keatas kematian Teoh Beng Hock.

Dalam pertembungan antara aparatus kerajaan dan orang awam Jumaat lalu, Gan Pei Nei cedera di kepala manakala pembantu kepada Adun Bukit Lanjan, Loo Chuan Boon, yang diseret sejauh 30 meter oleh polis. Manakala pembantu kepada Adun Klang, Sarah Vanitha Devaraj dan Ng Yap Hwa turut dikasari polis.Turut ditahan adalah Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam dan Exco Selangor Xavier Jeyakumar.

Memorandum kepada Suhakam itu menuntut supaya satu inkuiri dijalankan keatas insiden keganasan polis serta pencabulan pihak berkuasa keatas Fasal 10 Perlembagaan yang membenarkan perhimpunan secara aman.

Menerima memorandum tersebut bagi pihak Suhakam adalah Persuruhjaya Siva Subramaniam.

Dalam aduan kepada Suhakam, memorandum berkata arahan meleraikan perhimpunan adalah dari Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar.

"Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar memberi arahan supaya perhimpunan dileraikan. Kira-kira 20 anggota polis berpakaian biasa, berseragam dan unti anti-rusuhan menyerbu kearah orang awam dan menahan beberapa orang termasuk wakil rakyat dan pembantu-pembantu mereka," menurut memorandum.

"Gan ditarik keluar secara kasar oleh lelaki-lelaki yang tidak berseragam. Ketika orang-ramai cuba menyelamatkan beliau, polis berpakaian preman tekan Gan ke lantai lalu kepala Gan terhantuk. Polis lelaki menggunakan kekasaran melampau terhadap seorang perempuan, yang juga satu kesalahan seksual terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri," tambah memorandum itu lagi.

Rakaman kejadian dan gambar kekasaran polis ditunjukkan kepada Siva Subramaniam sebagai bukti keganasan hari itu. Pengadu juga menuntut Suhakam supaya memantau mana-mana perhimpunan aman dan menjadi perantara antara orang awam dan polis sekiranya kerajaan terus mencabul hak untuk berhimpun secara aman.

"Loo dipukul berulang-kali oleh polis lalu terjatuh ke lantai. Seorang anggota memijak pergelangan tangan, dikasari dan digaru. Loo diheret sejauh 30 meter sehingga beliau jatuh pengsan," menurut memorandum itu.

Siva Subramaniam mendengar dengan teliti butiran kejadian dari pengadu sepanjang sesi aduan. Sebelum sesi berakhir, Siva memberi jaminan pihaknya akan menyoal pihak polis berkenaan kekasaran ini.

"Suhakam memandang serius kejadian ini, dan kita berulang-kali menegaskan bahawa hak untuk berhimpun secara aman harus dihormati dan semua undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan untuk berhimpun harus dimansuhkan segera," tegas Siva menjawab aduan mereka.

"Kami akan meminta butiran lanjut dari pihak berkuasa. Saya memberi jaminan bahawa hak warganegara yang termaktub dibawah Perlembagaan Persekutuan akan dikuatkuasakan," tegas Siva.

Salinan memorandum dihantarkan juga kepada Jawantakuasa Penyelaras Antarabangsa Keatas Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (ICC), Amnesty International Malaysia (AI Malaysia) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).