Sabtu, 18 Julai 2009

Himpunan Mansuhkan ISA - B-End tertekan

Muhyidin berkata kerajaan sedang mengkaji dan meneliti samada ISA ini akan dimansuhkan atau tidak. Ia akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.


Beliau juga memaklumkan bahawa Najib sendiri telah menyatakan kesediaan untuk meneliti dan mengkaji akta ISA ini samada perlu dimansuhkan atau tidak. Beliau akan mengkaji dengan teliti dan mendengar semua pandangan untuk kebaikan rakyat malaysia.


Najib juga dipercayai tertekan dengan isu kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock selepas disoal siasat SPRM berhubung dengan pembelian bendera malaysia bernilai RM2,400 yang kononnya dipercayai ada unsur rasuah. SPRM kini emejnya tercalar teruk di atas insiden kematian misteri ini. Apatah lagi bila SPRM secara terburu-buru dan tergesa-gesa hendak menyiasat Pimpinan Pakatan Rakyat. Takkan lah kerana kes disiasat cuma Dua Ribu Empat Ratus Ringgit (RM2,400) pun sampai nak bunuh diri? Ini yang menjadi persoalan besar sekarang.


Adakah rakyat percaya dengan siasatan polis? Rakyat masih tidak lupa bagaimana polis menyiasat kes mata lebam Anwar Ibrahim. Di mana hasil siasatan polis ternyata tidak telus apatah lagi bila melibatkan Rahim Noor ketika itu sebagai Ketua Polis Samseng Raja Di Malaysia. Sebab itu pelbagai pihak termasuk NGO dan Gerakan sendiri yang mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyasat kes mendiang Teoh Beng Hock.

Sementara itu Khairy berkata Pemuda UMNO tidak bersetuju jika Akta ISA dihapuskan tetapi sebaliknya ia perlu dipinda. Sebagai contoh mungkin tahanan reman dapat dikurangkan dari 60 hari kepada 45 hari saja. Beliau juga berkata buat masa ini akta ISA masih relevan digunapakai di Malaysia dan ia juga masih lagi digunapakai oleh beberapa negara lain.

Kelmarin satu Malaya terkejut bila tiba-tiba Pak Lah pula bersuara kerajaan kena bersedia untuk hapuskan akta ISA yang digunakan untuk kepentingan politik semata-mata. Mungkin Pak Lah baru bangun tidur yang panjang agaknya. Pak Lah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru. Berita lanjut baca di sini.



Himpunan 1 Ogos ini untuk mansuhkan ISA ini ternyata nampak kesannya. apatah lagi dengan insiden kematian misteri mendiang Teoh beng Hock. Najib kata aku baru nak pulihkan keyakinan rakyat 1 Malaysia dah jadi macam ni pulak. Raplah Jingga.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

Gan mengadu dipukul polis

SHAH ALAM, 17 Julai: Adun Rawang, Gan Pei Nei yang menjadi salah seorang mangsa pukulan pihak polis pagi tadi di Bangunan Masalam berkata, keputusan untuk tindakan seterusnya akan diambil selepas perbincangan dengan pihak peguam di Bangunan SUK, petang ini.

Beliau yang bercakap dengan Siasah berkata, beliau dan rakan-rakan yang lain baharu sahaja pulang dari hospital di Kelang untuk menjalani pemeriksaan ekoran pukulan terbabit menyebabkan benjolan di kepalanya.

Untuk pengetahuan, Gan merupakan wakil rakyat wanita yang sepatutnya menerima wartawan Siasah dalam satu tembubicara berbentuk focus untuk bulan Ogos namun terpaksa membatalkannya ekoran kejadian berkenaan.

“Kami pun hairan kenapa pula kami yang dipukul polis sedangkan kita hanya berkumpul secara aman di Bangunan Masalam dan hanya cakap-cakap sedikit sahaja,” terangnya kepada Siasah baru sebentar sebelum ini.

Menurutnya, antara yang turut menjadi mangsa adalah Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan ramai lagi ditangkap termasuk Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam.

Mereka berkumpul di hadapan Bangunan Masalam dekat sini bagi menyatakan sokongan dan simpati serta memohon satu siasatan terperinci dilakukan oleh pihak polis terhadap bagaimana bentuk penyiasatan pihak SPRM sehingga berakhir dengan kematian mangsa.

Gan berkata, keadaan di Masalam kini aman dan orang ramai kelihatan berhimpun di hadapan Balai Polis Shah Alam bagi menyuarakan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang masih belum dibebaskan ketika berita ini ditulis.

Pada jam 1.30 petang semalam, pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30, ditemui meninggal selepas dikatakan jatuh di Bangunan Masalam selepas selesai siasatan oleh SPRM pada jam 3.45 pagi sebelum itu.

Ekoran itu, Kerajaan Selangor menyifatkan kematian Teoh sebagai satu tragedi yang amat menyedihkan dan Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh ekoran kehilangan orang yang tersayang yang sepatutnya mendapatkan perkahwinannya pada hari ini.

Pakatan Rakyat menggesa pihak kerajaan mewujudkan satu Jawatankuasa Diraja untuk menyiasat secara khas dan terperinci bagaimana kejadian itu berlaku dan boleh berakhir dengan satu kematian yang amat menyedihkan.

Pegawai SPRM Selangor tutup mulut

SHAH ALAM, 17 Julai: Para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tidak mahu membuat sebarang penjelasan mengenai kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock atas arahan pihak atasan.

Usaha para pimpinan Pakatan Rakyat bertemu dengan mereka di Tingkat 14, Plaza Masalam tidak mendatangkan sebarang hasil kerana mereka diarahkan tutup mulut.

Demikian beritahu Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lim Kit Siang ke pejabat SPRM Selangor pagi tadi.

Mereka berempat telah dibenarkan oleh polis dan SPRM untuk naik ke pejabat SPRM di tingkat 14 dan mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan SPRM namun tidak mendapat sebarang hasil kerana mereka tidak boleh membuat sebarang kenyataan.

Para pemimpin PAS, DAP dan PKR memenuhi perkarangan Plaza Masalam sejak semalam sebaik sahaja tersebarnya berita kematian Teoh.

Dia mati di bawah badan pengawasan dan ini adalah salah – DSAI

(Isu) orang dah mati pun kita tak boleh bangkitkan. Dia mati di bawah badan pengawasan dan ini adalah salah di mana-mana negara besar pun.Sebab itu saya jumpa pegawai SPRM, kenapa nak politikkan pula? - DSAI

(Isu) orang dah mati pun kita tak boleh bangkitkan. Dia mati di bawah badan pengawasan dan ini adalah salah di mana-mana negara besar pun.Sebab itu saya jumpa pegawai SPRM, kenapa nak politikkan pula? - DSAI

‘Saya tidak politikkan kematian Teoh’ – Anwar

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sengaja mempolitikkan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang dipercayai terjatuh dari Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

Anwar berkata, beliau sebaliknya hanya menunaikan tanggungjawab beliau kepada keluarga mangsa dan kerajaan negeri Selangor yang mahu menuntut penjelasan berhubung kematian mengejut Teoh.

“(Isu) orang dah mati pun kita tak boleh bangkitkan. Dia mati di bawah badan pengawasan dan ini adalah salah di mana-mana negara besar pun.

“Sebab itu saya jumpa pegawai SPRM, kenapa nak politikkan pula?” katanya dalam satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira pukul 1.30 tengah hari kelmarin.

Rabu lalu Teoh memberi keterangan di SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana rakyat di Selangor.

Anwar berkata, tidak ada mana-mana pihak yang mengatakan beliau mempolitikkan isu itu kecuali Umno.

“Jangan cuba nak ugut kerana kita tetap akan bangkitkan isu Beng Hock kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan Umno dan Barisan Nasional,” katanya. Mstar

Keadilan Untuk Mendiang Teoh

Mudah untuk Timbalan Perdana Menteri, para menteri serta pegawai atasan agensi siasatan dan penguatkuasaan undang-undang untuk menasihati rakyat "bertenang", "jangan buat kesimpulan', "jangan tuduh SPRM" dan "biar polis siasat " berhubung misteri yang menyelebungi kematian Teo Beng Hock.

Begitu juga mudah untuk melafaz janji "kami akan siasat dengan telus ", "tidak akan sorok apa apa" dan " akan dedah semua". Hakikatnya kita semua mesti akur. Biarlah polis menyiasat. Bila selesai kelak terimalah hasil siasatan.

Tetapi masalahnya ialah bila Kerajaan Pusat berkata demikian, ramai yang ragu. Ramai yang sangsi. Kerajaan Pusat bersama agensi siasatan dibawah pentadbirannya termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan khususnya Polis mengalami krisis kredibiliti.

Dalam erti kata lain ramai yang tidak percayai siasatan yang dijalankan benar-benar adil,.saksama,.telus dan menyeluruh. Itu masalahnya.

Itu bukan tuduhan orang politik. Itu suara hati rakyat. Buktinya: lihat sahaja komen "rakyat biasa" yang luahkan dalam alam siber menerusi blog dan sebagainya. Majorti rakyat biasa sangsi. Mereka tidak boleh dipersalahkan.

Apabila berlaku kematian "misteri" di lokap polis umpamanya, rakyat kerap diberitahu "hasil siasatan menunjukkan punca kematian ialah terminum air, terjatuh dalam bilik air, lemas dalam sungai". Rakyat tidak lupa kematian A.Kugan, Choong Soy Soy, dan Francis Udayappan.

Kini berdepan pula dengan kematian Teo Beng Hock. Apa yang sebenarnya terjadi? Rakyat tidak tahu. Tapi mahu tahu. Kenyataan dan penjelasan pihak atasan SPRM dan polis sehingga ini tidak banyak membantu. Malah kenyataan dan penjelasan yang dibuat menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Rakyat diberi tahu Teo bukan suspek kes salah guna wang peruntukkan wakil rakyat. Mendiang kata SPRM hanya seorang saksi. Namun SPRM menyoal siasatnya daripada jam 6 petang Rabu 15 Julai hingga 3.45 pagi Khamis 16 Julai. Yang rakyat ingin tahu adakah ini prosedur biasa?

Soal siasat berterusan sehingga awal pagi?

Rakyat diberitahu mendiang Teo dibenarkan pulang pukul 4 pagi Khamis 16 Julai tetapi Teo mahu rehat diatas sofa pejabat SPRM. Mendiang dilihat berada di pejabat berkenaan pukul 6 pagi. Selepas itu tidak ada siapa nampak mendiang. Tujuh jam kemudian mayat Teo ditemui di tingkat lima bangunan bersebelahan pejabat SPRM Shah Alam. Yang rakyat tanya mengapa seorang yang baru dibebaskan setelah disoal siasat berjam-jam lamanya memilih untuk berehat di tempat dia disoal siasat? Mengapa tidak terus pulang? Tidak menghubungi keluarga, kawan mahupun bosnya?

Rakyat juga ingin tahu mengapa "orang luar' atau seorang yang bukan pegawai atau kakitangan SPRM dibiarkan berada atau "berkeliaran' di pejabat agensi penting pada awal pagi atau pada "pagi pagi buta"?

Tanpa pengawasan?

Banyak lagi yang dipertikaikan. Tetapi yang mesti diberi perhatiannya ialah kebimbangan rakyat berdasarkan dakwaan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa yang turut disoalsiat SPRM berhubung kes yang sama. Tan mendakwa beliau telah diancam,dihina,dimaki dan diherdik. Tan juga diarah berdiri beberapa jam ketika sesi soal siasat.

Lebih membimbang apabila rakyat mengimbas kembali dakwaan seorang lagi ahli Majlis Perbandaran tidak berapa lama dulu. Kali ini dari Simpang Renggam.

Beliau mendakwa matanya ditutup dan pegawai SPRM menendang dan memukulnya ketika disoal siasat. Begitu juga seorang dakwaan seorang ketua UMNO bahagian dari Pahang. Beliau juga mendakwa pegawai SPRM menendang dan menumbuknya untuk memaksa belaiu mengaku telah memberi wang kepada UMNO sebagai sogokan pada pemilihan parti yang lalu.

Beliau turut mendedahkan pegawai SPRM mengancam untuk menangkap dan menelanjangi isterinya.Cukup menakutkan.

Lantas, apa yang berlaku keatas mendiang Teo mesti diketahui umum.Pemimpin UMNO Tengku Razaleigh Hamzah sendiri mengakui kes Teo meletakkan kredibiliti kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan agensi penyiasatn negara dibawah mikroskop rakyat.

Justeru atas nama keadilan rakyat menuntut siasatan dijalankan badan independen atau satu Suruhanjaya DiRaja bebas demi :

Keadilan untuk mendiang Teo,

Keadilan untuk ibu bapa,tunang dan keluarga mendiang Teo.

Dan keadilan untuk Malaysia tercinta.

Bonus Manek Urai Utk BN Hancur Lebur Selepas Kematian Teoh

Banyak pihak menyifatkan tragedi yang menimpa Teoh Beng Hock, yang mati di Plaza Massalam, Shah Alam teah melnghancurkan terus kredibiliti UMNO/BN sekalipun hanya beberapa hari sebelumnya mereka berpesta seakan menyambut kemenangan dengan kekalahan tipis di pilihanraya keci Manek Urai.

Sebaik saja pilihanraya kecil Manek Urai berakhir, dengan sombong dan angkuh dari pemimpin paling tinggi sehingga ahli UMNO di jalanan, mereka bersorak seolah-olah mereka yang menang di dalam pilihanraya itu.

Kata mereka, gelombang biru telah kembali ke Kelantan, rakyat seluruh negara telah menyokong BN, Pakatan Rakyat sedang hadapi zaman malap, Pakatan Rakyat bakal musnah dan seumpamanya.

Tetapi selepas berita kematian seorang pembantu exco Selangor ditemui mati selepas menjalani proses siasatan di pejabat SPRM Selangor, Pakatan Rakyat tiba-tiba dikurniakan satu kekuatan ajaib untuk bersatu hati dan bersuara dengan nada yang serentak menuntut supaya kezaliman UMNO BN dihentikan.

Apa tah lagi, siri-siri siasatan SPRM menunjukkan adanya siasatan terpilih bagi melaksanakan satu agenda BN/UMNO untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat istimewanya Selangor.

Diperburukkan pula dengan tindakan ganas polis dan unit FRU yang bertindak seperti binatang untuk meleraikan perhimpunan rakyat di bangunan SPRM semalam dengan menahan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Kredibiliti UMNO/BN berserta keredibiliti media arus perdana termasuk agensi berita nasional BERNAMA sejak awal menjadi pemutar belit kebenaran tercampak ke tong najis dengan kisah misteri kematian Teoh.

Lebih menghinakan apabila kerajaan BN baru saja mengumumkan kenaikan tambang pengangkutan awam yang mencerut leher rakyat miskin, diumumkan kenaikan itu setelah Dewan Rakyat tamat persidangan untuk tidak membolehkan parlimen mempersoalkan kenaikan tersebut dan juga selepas pilihanraya Manek Urai untuk menipu rakyat Manek Urai suapay memberi sokongan kepada BN di dalam pilihanraya kecil yang lepas.

Dan hari ini BN menerima tamparan hebat apabila bekas Naib Presiden MCA yang juga bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat sementara Timbalan Presiden MCA pula Chua Soi Lek dihadapkan ke lembaga disiplin parti MCA untuk perbicaraan kes pita video lucah yang terpendam sekian lama.

Tidak cukup dengan itu, tindakan berani Pemuda Gerakan yang secara terbuka menyatakan sokongan serta akan turut serta dalam himpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos depan jelas merupakan tamparan lagi kepada BN. Ini dilengkapkan dengan kenyataan pemimpin Gerakan sendiri Datuk Koh Tsu Koon yang turut mengesyorkan satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian Teoh.

Apa yang berlaku di dalam MIC pula sudah menjadi satu legenda. Masyarakat India telah pun menolak secara total parti MIC yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan di dalam BN.

Dengan senario yang ada, tetiba UMNO BN yang semalamnya riang dan garang selepas Manek Urai menjadi kecut semula. Berlakulah pilihanraya esok, lusa atau bila-bila masa selepas ini, BN yang angkuh, zalim dan sombong itu pasti kecundang di tangan Pakatan Rakyat dan akan segera menemui lubang kuburnya!

Umno dan Melayu

Mat Saman Kati

Semalam…mood aku tak berapa bagus. Mula-mula cerita tentang Teoh Beng Hock ‘membunuh diri’ dibangunan SPRM. Pasai apa dia pilih tempat tu aku tak tau. Kalau aku boleh pilih kat mana aku nak mati, aku tak kan pilih tempat macam tu. Sekurang-kurangnya mati jatuh kapalterbang ka…mati kat Gunung Everest ka…baru glamer.

Sebelah petang, sorang kawan minta aku ikut dia pergi menziarahi satu keluarga disebuah kampung dipedalaman Kuala Kangsar. Anak angkat pasangan yang sudah lanjut usia ini dirogol oleh guru sekolahnya sendiri. Budak kecik yang baru berumur 10 tahun dirogol oleh seorang manusia yang bergelar guru.

Sekarang kes ini sudah menjadi kes polis, dan apabila disiasat…ramai lagi kanak-kanak sekolah yang menjadi mangsa keganasan guru ini. Anak orang Asli pun dia sapu.

Apa yang akan berlaku kepada guru perogol ini, itu biar polis yang ambil tindakan. Tapi sikap masyarakat terhadap kes ini yang buat aku marah.

Bila kes ini meletup..baru ramai yang bercakap..anak dia pun kena. Anak orang tu pun kena..ramai yang kena raba, ramai yang kena cabul. tapi pasai apa diam? Pasai apa tak mau repot? Pasai apa dibiarkan?

Malah ada yang marahkan kepada pasangan tua ini apabila mereka membuat laporan polis. Bagi malu kampung saja. Bagi malu sekolah saja!

Hoi!! masih ramai orang Melayu yang lebih rela anak mereka dirogol, lebih rela menjaga ‘maruah’ kampung dari menghantar ‘perogol’ kebalai polis! Macam mana boleh jadi macam ni?

Dua kisah yang diatas ada kaitan dengan sikap orang Melayu. Cerita buruk jangan dedahkan. Sapu bawah karpet. Cuma cerita bagus saja yang diwar-warkan.

Adat inilah yang menyebabkan Umno dan Barisan Nasional terus-menerus menindas orang Melayu. Umno dan BN masih boleh berbuat apa saja yang mereka mahu..kerana orang Melayu perlu menjaga maruah Melayu.

Mampuih pi la dengan segala kezaliman, penyelewengan, korupsi dan penindasan yang dilakukan oleh BN…tapi oleh kerana Umno itu Melayu…ianya perlu dipertahankan. Mampuih pi la kalau anak kita kena bunuh…anak kita kena rogol, tapi maruah bangsa perlu dipertahankan. Pirrah!

Apa yang berlaku kepada Beng Hock, Kugan, Adi Anwar, Bala, Raja Petra, Altantuya..akan terus berlaku sekiranya kita masih lagi mementingkan adat.Kalau kita masih lagi ingat bahawa Umno itu melayu dan melayu itu Umno…selagi itulah minda kita akan terus dikongkong…sehingga tak tau menilai yang mana betul dan yang mana salah.

Ini juga yang berlaku kepada anak kecil tahun 3 sekolah rendah, pertama kali dirogol semasa dia baru ditahun 1 dan berumur 7 tahun. Dia tak tau apa-apa dan tidak mahu bercerita kerana diugut. Dia tak tahu bahawa masa depannya dihancurkan oleh orang yang paling diharapkan oleh ibubapanya. Guru yang sepatutnya menjaga keselamatan, mendidik dan mengajarnya sendiri merosakkan masa depannya.

Kali pertama apabila dikesan perangai guru ini, pihak sekolah minta diselesaikan. Takut sekolah malu…takut keluarga malu.

Bila berlaku kepada anak orang Asli, juga mahu diselesaikan. Biaq pi la. Bukan anak kita.

Ini juga sikap kita kepada Umno dan Barisan Nasional. Depa sapu 100 juta…biaq pi la. Bukan duit kita…duit kerajaan.

Depa bunuh orang dalam lokap….biaq pi la…bukan anak kita.

Depa bunuh Altantuya….biaq pi la. Nanti kalau tau sapa yang bunuh…malu kita.

Akhirnya depa naik lemak. Depa buat ikut suka depa. Depa buat apa saja yang depa mau…sebab sapa pun tak akan peduli. Sebab orang Melayu akan terus menyokong depa…pasai depa juga Melayu.

Umno semakin memalukan Melayu. Maruah orang Melayu semakin tercemar kerana tingkah laku Umno. Biaq pi la.

SPRM Vs TEOH : Apa Yang Ada Dalam Akhbar Cina....!!!!

SPRM - Apa yang tiada pada akhbar arus perdana

Nanyang Siang Pau

Laporan muka depan Nanyang Siang Pau dibubuh dengan tajuk kecil "Siasatan Peruntukan Negeri diakhiri Kematian". Analisis segera yang dipapar di muka surat depan, mengaku bahawa sebarang kesimpulan sebelum hasil siasatan diumumkan adalah tidak wajar.

Walau bagaimanapun, analisis ini berpendirian bahawa SPRM perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan Teoh, memandangkan Teoh ditahan oleh pihak SPRM. Malah, analisis ini menganggap Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) diperkenalkan untuk memantapkan sistem "soal-tanggungjawab", maka pengawai atasan SPRM yang gagal menjalankan tugas dengan baik wajar meletak jawatan untuk menunjukkan sikap kebertanggungjawaban.

Malah, analisa ini menganggap rekod prestasi SPRM (yang sebelumnya BPR) yang kurang memuaskan pasti mengungkit lebih masalah ekoran kematian Teoh. Walaupun banyak laporan yang diterima, namun tiada "buaya" besar ditangkap setakat ini. Malah, kes "lama" melibatkan jumlah wang yang secara bandingnya lebih rendah telah didakwa, turut menyebabkan efisiensi SPRM dipertikai.

Dalam edisi tempatan (KL-Selangor), Nanyang Siang Pau memetik kata-kata penduduk Serdang yang kesal dengan kematian Teoh. Teoh yang juga merupakan pembantu Eon Yong Hian Wah di kawasan DUN Seri Kembangan pernah mengendalikan masalah pengundi. Malah, seorang penjual suratkhabar menangis ketika ditemuramah, mengeluh apabila melihat masa depan seorang pemuda diakhiri sebegitu rupa.

Exco Senior kerajaan Selangor, Teresa Kok yang pernah ditahan sebanyak tujuh hari di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) ketika ditemuramah, menganggap agak sukar untuk seseorang pemuda berdepan dengan soal-siasat dalam jangka masa yang panjang. Beliau juga membidas tempoh yang lama ketika menunggu untuk disoal-siasat sebagai "penderaan jiwa".

Sin Chew Daily


Sin Chew Daily memaparkan gambar ibu dan kakak Teoh menangis di muka depan, sambil memetik hujah SPRM, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara sebagai tajuk kecil di muka depan. SPRM mendakwa soal-siasat tamat pada pukul 3.45 pagi, sementara Ketua Polis Selangor dipetik menafikan kes bunuh, dan Ketua Polis Negara mengatakan siasatan masih dijalankan.

Dalam muka surat kedua, laporan tertumpu untuk memetik kata-kata ahli keluarga Teoh. Malah, ibu Teoh memaklumkan bahawa beliau pernah menasihati Teoh agar tidak menerima tawaran kerja ini.

"Saya menasihati supaya dia tidak menerima kerja ini pada ketika itu, tetapi dia tidak patuh. Kalau dia patuh nasihat saya, peristiwa ini tidak akan berlaku...," kata ibunya.

Teoh bertukar kerja sebagai setiausaha politik Ean Yong Hian Wah selepas pilihan raya umum, 8 Mac 2008. Malah, bapa Teoh juga tidak tahu bahawa anaknya telah disoal-siasat SPRM sehingga terbaca di suratkhabar semalam (16 Julai).

"Rakan sekerjanya menelefon mengatakan bahawa tidak ada apa-apa berlaku terhadapnya, dan dijangka akan dibebaskan pada jam 5 petang hari ini (16 julai). Tanpa diduga, khabar yang diterima akhirnya adalah dia jatuh dari bangunan...," kata bapanya.

Teman wanita Teoh yang berumur 28 tahun mengesahkan bahawa mereka sudah membuat tempahan di restoran pada 3 Oktober tahun ini, untuk mengadakan jamuan perkahwinan. Cita-cita Teoh untuk menjadi pengantin tidak tercapai akhirnya.

Timbalan Ketua Pengarang, Tay Tian Yan dalam ruang kolum beliau turut mengungkit kes banglo Khir Toyo, mempersoalkan sama ada kes ini telah disoal-siasat, atau dibiarkan sehingga dilupakan kemudian? Beliau menganggap siasatan kes perlu merujuk "berat-ringan" kes tersebut.

Menurut tulisan beliau, walaupun orang ramai sukar membuktikan bahawa SPRM mempunyai motif politik, tetapi amalan sekarang telah mencungkil spekulasi khalayak ramai, malah menimbulkan ketidaktenteraman politikus pembangkang.

China Press

Muka depan China Press disarat dengan gambar tempat kejadian, perhimpunan orang ramai dengan nyalaan lilin, gambar kedua-dua ibu bapanya, dan gambar terakhir yang diambil ketika Teoh dibawa oleh pegawai SPRM.

Laporan kes ini mengisi muka surat ke-4 hingga ke-7 dalam China Press. Tajuk utama memetik hujah abang kandung Teoh, yang mempertikai kemungkinan Teoh membunuh diri. Menurut abangnya, Teoh akan mendaftar perkahwinan pada hari ini (17 Julai), maka tiada sebabnya beliau membunuh diri pada ketika itu.

Dalam edisi Central, koleksi gambar memuatkan ruang muka belakang, malah muka depan menyiarkan hujah yang dipetik dari wakil rakyat, yang masing-masing menuntut SPRM untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian ini.

Oriental Daily

Oriental Daily yang berbentuk tabloid memberi liputan dari muka surat depan ke muka surat A-4, dengan gambar dan kronologi kejadian tersebut. Muka surat A-3 bertajuk SPRM mendakwa Teoh sendiri memilih untuk berada di pejabat SPRM setelah tamatnya soal siasat.

Dalam muka surat A4, hujah pemimpin DAP dikemas- kini, bertajukan "DAP meminta pasukan siasatan yang bebas" untuk menyiasat kejadian ini. Malah, berita memetik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa SPRM supaya menghentikan sebarang aniaya politik terhadap Pakatan Rakyat, kerana ia tidak memanfaatkan sebarang usaha membanteras rasuah mahupun menegakkan keadilan sosial.

Jurucakap pusat MCA, Gan Ping Sieu turut menganggap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Selangor perlu bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut. Gan menggesa polis menjalankan siasatan dengan segera, sama ada kematian Teoh mengandungi unsur jenayah, ataupun proses soal-siasat yang tidak sesuai.

Kwong Wah Yit Poh

Secara per- bandingan, Kwong Wah Yit Poh memberi liputan yang sedikit untuk kes ini. Malah, akhbar yang kilang pencetaknya bertempat di Pulau Pinang ini tidak memasukkan berita dan gambar perhimpunan awam semalam seperti akhbar bahasa Cina lain yang berpusat di Kuala Lumpur.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 17 Julai, merujuk kepada isu kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor.

Tan Boon Wah Buat Laporan Polis..!!! Adakah Polis berani siasat SPRM..???

Berikutan pengalaman ngeri yang dilaluinya sewaktu disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketika ditemui pemberita di perkarangan balai polis, Tan dan peguam beliau N. Surendran memberikan beberapa kenyataan kepada pihak media.

Tan juga turut menceritakan bagaimana SPRM mahu beliau membuat pengakuan palsu menyalahgunakan wang peruntukan yang diberikan kerajaan negeri.

Sewaktu berada dalam tahanan Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerdekaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' iaitu pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, beberapa kali beliau diancam dengan keganasan fizikal, malah ada pegawai SPRM yang telah menuding ke dahinya dan berkata ingin memukul beliau sekiranya tidak bercakap benar.

Malah kelemahannya bercakap Bahasa Melayu turut menjadi bahan untuk mempersendakannya.

Beliau juga telah dilabel dengan perkataan-perkataan kesat oleh pegawai SPRM yang menjalankan penyiasatan ketika itu.

Apa yang lebih teruk katanya, mereka juga turut melakukan ancaman yang bersifat penderaan mental apabila mengugut akan melibatkan keluarga Tan jika beliau enggan bercakap benar.

Sementara itu, N. Surendran berkata, pihaknya sedang mengumpulkan beberapa butiran sebelum menfailkan saman kepada kepada SPRM dan kerajaan Malaysia kerana telah menggunakan cara yang salah dalam melakukan soal siasat dan melakukan penderaan mental kepada anak guamnya.

Beliau dalam kenyataannya kepada media menegaskan, teknik soal siasat dan penderaan mental yang diambil oleh SPRM sama sekali tidak melambangkan sikap profesionalisma dalam menjalankan tugas demi membanteras rasuah di negara ini.

Dalam pada itu,beliau menambah jika beginilah cara yang diterima oleh Tan, apakah agaknya layanan yang telah diterima oleh setiausaha politik exco kerajaan Selangor, mendiang Teoh Beng Hock yang telah disoal siasat pada hari yang sama dengan Tan.

Turut hadir bersama Tan untuk ketika membuat laporan polis ialah ADUN Kinrara, Teresa Kok, Exco Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu dan beberapa yang lain.

Sementara itu, Ronnie menambah, pihaknya masih meminta pihak SPRM dan polis untuk menyerahkan telefon bimbit milik mendiang Teoh yang masih belum dipulangkan.

Beliau menambah telefon bimbit tersebut begitu penting untuk membantu kes penyiasatan kematian mengejut setiausaha politik itu. Walaupun pihak polis dan SPRM menidakkan telefon tersebut berada dalam simpanan mereka, namun Ronnie enggan mempercayainya.

Menurut SPRM, Teoh dipanggil pada jam 6 petang 15 Julai dan disoalsiasat sehingga 3.45 pagi. SPRM berkata Teo bagaimanapun enggan balik dan mahu berehat melepaskan lelah di SPRM. Mayatnya ditemui mati jam 1.30 tengahari di bumbung bangunan bersebelahan Plaza Masalam.

Chua Jui Meng : Masyarakat Cina Tiada Masa Depan Jika Amalkan Politik Satu Kaum


Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng berkata masyarakat Cina di Malaysia yang mengamalkan politik satu kaum tidak mempunyai masa depan dinegara ini.

"Orang Cina tidak mempunyai masa depan dalam parti satu kaum, kerana parti satu kaum hanya berlegar- legar dalam pusaran yang semakin mengecil. Orang- orang Cina perlu bersama- sama orang Melayu, India, Kadazan dan Iban kerana halatuju politik masa hadapan adalah parti pelbagai kaum," kata Chua.

"Saya mencari- cari parti yng berbilang kaum dan kini pencarian saya telah tamat. Saya temui impian saya dalam Parti Keadilan Rakyat," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas membuat pengumuman menyertai parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa serta merta petang tadi.

Beliau juga secara rasminya melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri.

"Saya dengan ini mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri dan dengan izin Ketua Umum kita, saya mengumumkan pentertaan saya ke dalam Parti keadilan Rakyat," umum Chua.

"Bukan mudah untuk saya membuat keputusan meninggalkan parti yang telah saya berkhidmat selama 23 tahun. Tetapi saya yakin kini berada dipihak yang benar dalam sejarah politik negara," tambahnya lagi.

Chua muncul bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis forum anjuran parti itu yang bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN" di Sunway Resort Hotel & Spa.

Chua menerima tepukan gemuruh kira- kira 2000 hadirin, sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan itu.

Chua Jui Meng umum sertai PKR

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.


Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.

Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalahlapor.

Mengapa saya tinggalkan BN? Chua Jui Meng

Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.

Era Najib Altantuya : Kes Teoh, Akhirnya Polis Akui Belum Ketepi Teori Perbuatan Khianat

Kerajaan akan meneliti cadangan pelbagai pihak supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan bebas kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia dijangka akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

Sementara itu, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyatakan kredibiliti Najib akan musnah dan peningkatan sokongan yang diperolehinya dari 45% ke 65% sebaik sebelum hari 100 pemerintahannya akan turun mendadak jika kerajaan tidak menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock yang dikatakan jatuh dari tingkat 14 bangunan SPRM di Shah Alam kelmarin.

Dalam satu perkembangan berkaitan pihak polis masih belum mengetepikan lagi teori kemungkinan ada perbuatan khianat disebalik kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi, polis akan meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kejadian.

Katanya, setakat ini, polis sudah merekodkan kenyataan daripada 23 individu termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi masih ada beberapa pegawai suruhanjaya itu yang belum tampil memberi keterangan.

Manek Urai : Critical Observation by Bridget Welsh

Kelantan has always been a state for surprises and the slim victory by PAS is an excellent example. Despite PAS claiming a whopping 2,000 majority one hour before the close of polls, when the results were counted, PAS squeaked through with an embarrassing 65 majority.

While some would say, a small victory is still a victory and point to PAS win in Manek Urai as the fifth loss for BN since March 2008, the reality is that this by-election is a serious loss for the opposition.

It shows that the opposition has lost ground in the Malay heartland, the traditional base of political power. It extends the gains Umno won among Malays in the Bukit Gantang election, and provides badly-needed momentum for Najib Abdul Razak’s government.

While the implications of this contest are important at the national level, the campaign itself was very much a local dynamic.

The fight on the ground was fiercely contested as each party attempted to win over the 12,293 voters, often visiting the estimated 1,200 undecided voters more than five times in a 10-day campaign. These voters, along with the estimated 1,700 living outside of the area were decisive in the outcome.

PAS had the advantage in this traditionally ’safe seat’ and it showed on the ground as the presence of green flags dominated the terrain in this rural constituency. They embraced their local advantage and organised their campaign around Nik Aziz Nik Mat, the party’s spiritual leader and beloved menteri besar.

PAS miscalculates the ground

The sea of green, especially on polling day when supporters poured in, fostered a sense of overconfidence. In contrast, the Umno machinery worked quietly as it established its base in a makeshift tent that provided an air-conditioned oasis for reporters and outsider party workers.

Umno was on a mission to burnish its reputation and this translated into a zeal as it focused on campaigning strategically.

The Umno big guns stayed away in what was perceived to be a losing battle, leaving the diehards to work the ground.

Even on polling day, when leaders left the constituency early, Umno knew it faced an uphill battle and expected defeat despite their campaigning.

The closeness came as a surprise to all sides, especially PAS who severely miscalculated the ground.

The campaign itself lacked the level of intensity of other Umno-PAS contests. Most of the campaigning involved house-to-house networking. The large ceramah featuring Pakatan Rakyat leaders drew more outsiders than locals as the battle was fought through face-to-face interactions rather than oratory skills.

There were two parallel set of issues – those discussed openly and those behind closed doors.

The former included the long-standing (and somewhat) stale contrast between religion and development (manifested over the discussion of the Manek Urai Lama bridge), the Terengganu-transplanted discussion on the failure by the federal government to pay RM1 billion royalty to the state, and perceived corruption on the part of Umno and its credibility in governance.

Umno did not present itself as the secular alternative, but portrayed itself as Islamic, reflecting its increasing efforts to embrace religion as part of its own identity. Relying on regional identity, PAS consistently appealed to the uniqueness of the Kelantanese, stressing the need for the state to continue to be ruled by the Islamic party. None of these issues were new as the lines of support in Kelantan have been long established.

Money helps win the day

The new dimension was the intensity of the behind-the-scenes campaign.

Here Umno focused on promoting Malay rights. Pamphlets attacking Pakatan were quietly circulated – against Selangor exco Elizabeth Wong, the issue of the pig farm in Kedah, land allocation in Perak, and the alleged increase influence of non-Malays.

Umno continued the tactic used in Bukit Gantang of using racial fear to mobilise support. This practice appears to be a defining practice of the Najib-Muhyiddin team.

The contest was about the respective parties, not the candidates. Both parties slated strong candidates who were well-respected, despite the differences in their education levels. They have integrity and are viewed as trustworthy, and both were local successes. As such, the Umno attack on the background of PAS candidate Mohamad Fauzi Abdullah only consolidated existing support rather than alienated voters.

Another key dimension was the use of funds. Manek Urai was not spared the flow of goodies as money was almost thrown at the voters – from the payment of transport allowance to the usual “grant” to households which ranged on average from RM100 to RM500. Polling station results show that these did have an effect.

In 2008, PAS won every polling station but Manjor. This round it lost in five areas. In at least two of these – Temalir and Laloh – Umno concentrated its fund allocation efforts at the micro-level. Gains were also made in Manek Urai Lama where the bridge was promised.

But it is important to note that Umno made gains in every polling station area. The gains were also in among the poorest areas of the constituency.

Livelihoods in this rural constituency have been badly affected by an almost 40 percent drop in rubber prices. The average income level in this area is less than RM1,000 a month.

The funds from the campaign were sorely needed, and many pragmatic voters responded to the offers. They understood that this election would not affect the balance of state or national power, and since it was considered a safe PAS seat, even traditional PAS supporters opted for the added income.

As was shown in Pendang in 2002, by-election patronage can be potent in low-income rural constituencies, even in those with strong PAS machinery on the ground.

First real test for Muhyiddin

One forgets however that the by-election advantage is not just about money, it is also about focus.

The relatively small size of Manek Urai allowed both parties to concentrate their efforts in certain areas. Working through the usual network of local leaders, religious networks, teachers and the local business community, each party honed these connections in order to influence voters. Umno particularly relied on these links and this gave the party a boost.

Manek Urai was comparatively more important for Umno, especially the deputy prime minister. This was the first major test of Muhyiddin Yassin as the campaign coordinator for Umno and he passed favourably. He was thrown to the wolves in Bukit Gantang, and was searching for redemption in Manek Urai.

Muhyiddin was not as hands-on as Najib, but he set the issues in place and pushed the campaign along. Arriving by helicopter regularly, Muhyiddin campaigned hard, changing the tactics systematically as the campaign evolved.

This was one of PAS’s major mistakes. They did not substantively evolve with the campaign. Instead it relied on a few messages from the onset and did not change effectively as the ground shifted. Perhaps blinded by overconfidence or too much faith in their own messages, they lost track of the pulse of the campaign as it changed.

Umno set the campaign momentum, not PAS. This disconnect ultimately contributed to the loss of support for PAS.

Unity talks undermine PAS support

One reason for this disconnect lay with divisions within PAS. It would be a mistake to say that this was a major factor for voters. Kelantanese voters – like most voters in Malaysia – carefully and clearly distinguish between Umno and PAS even if some of their leaders do not. Manek Urai voters did not comprehend the unity talks at all, describing them as illogical and unfeasible.

Nevertheless, the push for Malay unity has severely undermine support for PAS among its traditional supporters. The divisions within PAS provided a distraction and weakened cooperation. Noticeably there was less congeniality among leaders, with some staying away altogether. The PAS Kelantan-Terengganu (non-unity versus unity talks) tensions were real and persist despite claims to the contrary.

There was one interesting dynamic on the ground where these tensions spilled over.

Manek Urai voters made a clear distinction between Tok Guru Nik Aziz and PAS president Abdul Hadi Awang, opting often to openly leave the latter’s speeches early.

The cool reception toward Hadi Awang reflected symbolically a response to the internal conflict, but also represented the substantive differences in outlook between the leadership of PAS in both states.

Described as “sombong”, extremist and always lecturing, Hadi Awang did not get the same level of adoration of the Kelantanese spiritual leader. This by-election showed that PAS cannot escape the need to resolve the differences within the party and will have to find a balance that reaches the most voters.

With claims that the distraction undermined Pakatan cooperation and knocked PAS off its game, the resolution of internal differences is now more pressing than ever, not just for PAS but for the Pakatan opposition as a whole.

Opposition’s message getting stale

Manek Urai has been described as a turning point for Umno and a wake-up call for the opposition. It is more the latter than the former.

For Umno, the turning point occurred in Perak where the party has started to realise the need for a new way of campaigning on the ground. It has opted for a dangerous racially-loaded path, but simultaneously improved its use of technology, posters and organisational coordination. Manek Urai has indeed given Umno a new shine.

The contest showed that the opposition has relied too long on the messages of March 2008.

Its messaging is getting stale and there is growing ambivalence toward the opposition as a whole as shown by the recent Merdeka Centre poll and confirmed on the ground in Manek Urai.

The reliance of PAS on campaigning around one man, Tok Guru, adds to the party’s vulnerability electorally.

When the votes were counted, Umno won this ‘pearl’ symbolically. Whether Manek Urai will be the first jewel for Umno or a solitary treasure remains to be seen, but, most certainly, it showed PAS and Pakatan that nothing should be taken for granted.

//


BRIDGET WELSH is Associate Professor of Political Science at Singapore Management University. She was recently in the Manek Urai by-election and can be contacted at bwelsh@smu.edu.sg.

Manek Urai, Siapa yang terburai?

Pagi Julai 14 mungkin tarikh biasa bagi orang ramai kerana ia datang selepas 13 dan sepertimana 13, ia akan diganti dengan hari baru, tiada yang pelik dengan tarikh Julai 14. Namun bagi pengundi di Manek Urai (MU), ia adalah tarikh yang besar kerana pengundian mereka akan menentukan apa sahaja analisa yang akan dibuat mengenai parti-parti yang bertanding.

14 juga penting bagi beberapa penduduk di sekitar Kuala Kurau, Bagan Tiang dan Sg Burung dalam Parlimen Parit Buntar kerana pagi 14 itu bumbung rumah mereka tercabut kerana ribut dan angin kuat pukul 3 pagi Julai 14.

Pukul 3 pagi itu ketika ribut saya terjaga dari tidur di rumah saya dan dalam hati saya sudah teragak dengan suasana angin yang kuat itu akan ada rumah-rumah yang akan tercabut bumbungnya.

Pagi itu setelah solat subuh handphone saya dihidupkan kerana saya mengagak pegawai Pusat Khidmat saya akan menelepon untuk maklumat terkini ribut pagi tadi.

Memang betul jangkaan saya pukul 7.30 pagi hanfon berdering dan dimaklumkan kepada saya sebanyak 22 rumah yang jadi mangsa ribut semalam, kebanyakkannya di Kuala Kurau. Saya berjanji untuk turun padang dan kumpul dana dalam masa sejam dua untuk bantuan segera kepada mangsa.

Semasa berjoging pagi itu, kepala saya sedang memikirkan bagaimana nak kumpulkan dana segera untuk mangsa ribut. Oh ya.. mungkin orang bertanya mengapa saya tidak ada di MU pagi itu, bukankah ia satu hari besar PRK di Kelantan? Jawabnya saya tidak ke sana kerana demam tengahari kelmarinnya iaitu 13 apabila kembali dari menerima pingat DJN sempena hari jadi TYT Gabenor Pulalu Pinang.

Samada demam kerana dapat pingat ka atau memang tak sihat itu saya tidak tahu, namun yang pasti sejak kebelakangan ini jadua ketat saya memberi sedikit kesan kepada kesihatan, sebab itulah saya memastikan berjoging setiap pagi untuk kembali segar menjalankan tugas saya sebagai wakil rakyat. Tolong jangan andaikan alasan lain!

Selesai bantuan dihulurkan dan Alhamdulillah dana dapat dikumpulkan dalam masa sejam dua sahaja. PAS Parit Buntar memang hebat! Walaupun bukan kawasan elit dan hanya rata-rata pesawah dan nelayan tetapi semangat infaq (menyumbang ikhlas) memang tinggi, Kebajikan PAS Kawasan cepat menyediakan dana dan dicampurkan dengan saya dan ADUN Kuala Kurau, kesemua 22 rumah yang menjadi mangsa menerima bantuan segera bukan untuk membaiki rumah mereka tetapi sebagai simpati dari kami.

Janganlah bertanya berapa yang kami hulurkan.. yang penting kami prihatin! Bagi sesetengah mangsa, mereka masih ada ruang untuk tanya kepada saya semasa lawatan tentang MU? Bagaimana? Tanya mereka? Saya agak terkejut dengan soalan itu kerana sepatutnya beberapa mangsa itu memikirkan tentang rumah mereka, bukan tentang MU, tetapi rupanya mereka terlalu prihatin kepada MU dan’ mengambil kesempatan’ untuk tanya saya perkembangan di sana.

Saya memberitahu, bahawa terlalu awal untuk diberitahu keputusannya namun saya membuat analisa ringkas untuk menyedapkan hati mereka dengan berkata: “..tak tentu jugak pengundi di MU ni mereka boleh berubah, apatah lagi taburan duit dan projek yang diberi sebagai janji kalau undi BN, tapi mereka lebih bijak menentukan parti mana yang terbaik…” saya tidak mahu memanjangkan ulasan kerana bagi saya , masa ini bukan untuk cerita tentang politik, masa ini adalah menzahirkan simpati dan menghulukan bantuan. Pukul 12 tengahari selesai sesi melawat mangsa walaupun selebihnya saya menyerahkan kepada ADUN Kuala Kurau untuk menyempurnakan bantuan.

Pukul 1 tengahari banyaklah sms yang saya terima bertanya tentang MU, apa cerita?, bagaimana? Ada harapan? Kata boleh menang besar, betui ka? Malangnya talian hp saya disekat kerana belum lunas bil lagi, jadi saya tak dapat nak respons. (harap pembaca jangan terkejut talian disekat, almaklumlah YB pembangkang…), tapi rata-rata yang bertemu saya di bank di jalan dan di pejabat, itulah soalan bonus pada 14 hari itu.

Hampir petang, saya dapat maklumat peratus keluar undi tinggi, pengundi luar balik 1300 orang, PAS leading dengan 2000 undi. Masa itu bila ditanya saya pun menjawab dari maklumat yang ada, tetapi saya tak berapa yakin yang kata 2000 undi leading kerana jarang PRK kita dapat undi yang besar, tetapi hanya sekadar nak menjawab saya ambil lah maklumat itu.

Hampir maghrib saya bersiap sedia ke surau rumah saya untuk berjemaah, dapat sms dari kawan baik saya Zulkifli Lazim yang ada di sana yang telah menyalurkan maklumat sejak pagi tadi.

Smsnya berbunyi “majoriti 75 undi ja, kiraan semula, kalau menang pun banyak tu aja” Dalam perjalanan ke surau saya kebingungan dengan maklumat itu, sebaik sampai di surau, soalan bonus..macamana kita? Ada sesekali bunyi pelek Banjar. Sementara menanti iqamat, kedengaranlah teori menang 2000 majoriti dll. Saya senyap sekadar melayan dan saya belum memberitahu keputusan sebenarnya yang sahih. Malam itu semasa menonton TV di kedai makan bersama keluarga saya di Pekan Parit Buntar, terpampang besar berita Pas menang tipis 65 undi di MU.

14hb berlalu dengan berbagai persoalan, bagi orang lain mungkin hari-hari itu berlalu tanpa persoalan, bagi saya hari ini 14hb berakhir dengan berbagai persoalan masa hadapan politik Pakatan. Masa depan PAS, isu organisasi PAS, Kemelut hubungan rakan-rakan dari DAP, PKR, Pengundi Melayu, pengundi Cina, Kampung Buah Pala. Isu Babi di Kedah, Selangor, sikap kepimpinan PAS dan PR, UG, Krisis Perak dll.

Seketika isu Parit Buntar tenggelam dalam arus besar politik tetapi sesekali timbul dengan persoalan, bolehkah mempertahan kemenangan? Malam itu hanya satu sahaja ungkapan yang masih tergantung dalam benak minda saya ketika saya cuba melelapkan mata dalam keletihan “Manek Urai, Siapa yang terburai?”

Analisa Manek Urai: Cakap Malam Dengar-Dengar, Cakap Siang Pandang-Pandang...Analisa yang menarik dan kemas...???

Itulah kalimah paling sesuai buat rakan media, segelintir rakan blogger dan ahli-ahli PAS yang pro Kerajaan Perpaduan yang begitu berdansa dalam kemabukan dengan keputusan pilihanraya umum Manek Urai pada 14hb Julai yang baru lepas.

Pagi semalam saya menerima panggilan telefon dari seorang diplomat dari kedutaan asing, meminta pengamatan saya terhadap apa yang telah berlaku di Manek Urai.

Sebagaimana kepada rakan diplomat, saya juga mengajak kita bermula dengan analisa keputusan pilihanraya Manek Urai dengan melihat fakta sejarah Pilihanraya Kecil di Kelantan bermula dari tahun 1987 seperti yang boleh diperolehi dari laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Fakta Sejarah

Mana-mana Pilihanraya Kecil sememangnya sengit apalagi di Negeri Serendah Sekebun Bunga yang penduduknya sering dijenamakan sebagai berani membuat keputusan politik yang berlainan dengan pendudukan dari negeri lain di Malaysia.

1987

19941997-2199720062009

Bermula daripada tahun 1987, terdapat 6 pertembungan diantara PAS dengan UMNO Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil di Kelantan iaitu,

  • 1987 – PRK N14 Bukit Tunku.
  • 1994 – PRK N9 Lundang.
  • 1997 – PRK N32 Pulai Chondong.
  • 1997 – PRK N30 Semerak.
  • 2006 – PRK N12 Pengkalan Pasir.
  • 2009 – PRK N41 Manek Urai.

Melainkan pada Pilihanraya Kecil N9 pada 29hb March 1994, dimana calon PAS Ustaz Mohd Daud Iraqi menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%, selebihnya menyaksikan pertarungan sengit dengan kemenangan atau ketewasan yang tipis seperti data di bawah,

  • 28/6/1987 PRK N41 Bukit Tuku BN menang dengan majoriti 118 undi atau 1.4%.
  • 29/3/1994 PRK N9 Lundang PAS menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%.
  • 6/1/1997 PRK N32 Pulai Chondong PAS menang dengan majoriti 118 undi atau 1.3%.
  • 11/8/1997 PRK N30 Semerak BN menang dengan majoriti 778 undi atau 7.79%.
  • 6/12/2006 PRK N12 Pengkalan Pasir BN menang dengan majoriti 134 undi atau 0.9%.
  • 14/7/2009 PRK N41 Manek Urai PAS menang dengan majoriti 65 undi atau 0.6%.

Kemenangan besar PAS dalam PRK N9 Lundang pada tahun 1994 adalah pada ketika kemuncak penentangan dan kebencian rakyat Kelantan terhadap UMNO. Pada ketika itu PAS bersama Semangat 46 menerusi Angkatan Perpaduan Ummah menyapu bersih kerusi DUN di Kelantan dalam Pilihanraya Umum 1990. Faktor simpati rakyat Kelantan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah dan kasih sayang mereka terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang baru 4 tahun mentadbir Kelantan adalah antara pemangkin kemenangan besar tersebut.

Dua pilihanraya kecil pada tahun 1991 yang melihat pertembungan Semangat 46 dengan Umno BN juga menyaksikan Semangat 46 mengalahkan BN dengan peratusan majoriti lebih 15%.

1991-11991-21995

Manek Urai: PAS Menang Setelah 12 Tahun

Begitulah sepatutnya yang dibaca oleh pengalisa politik. Sudah 12 tahun PAS tidak pernah menang dalam Pilihanraya Kecil di Kelantan. Blogger Penarik Beca adalah antara yang pertama mengetengahkan fakta ini.

Setelah kemengangan YB Zulkifli Mamat di Pulai Chondong pada 1997, PAS telah tewas di dua PRK berturut-turut. Manek Urai merupakan sejarah setelh sedekad tanpa kemenangan di dalam PRK.

UMNO BN Wajib Menang di Manek Urai

Manek Urai adalah diantara kubu-kubu jentera UMNO BN. Ia terletak dibawah Zon Kelantan Selatan yang dikawal oleh KESEDAR sebuah agensi pembangunan tanah Kerajaan Persekutuan yang dibekalkan dengan beratus juta ringgit bagi membangunkan kawasan Kelantan Selatan dan memperkukuhkan kedudukan politik UMNO.

Sama seperti KADA sebuah lagi agensi persekutuan, KESEDAR menjalankan pelbagai aktiviti bertujuan mendapatkan political mileage bagi UMNO. Menerusi KESEDAR juga pelbagai jawatan lantikan politik dibuat termasuklah penceramah politik.

Manek urai berada di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang mempunyai 4 DUN. Berikut analisa ringkas keputusan PRU12 pada DUN-DUN berkenaan,

  • N39 Mengkebang – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1,903 undi atau 16%.
  • N40 Guchil – PKR menang tewas BN dengan majoriti 1000 undi atau 8%.
  • N41 Manek Urai – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1352 undi atau 13%.
  • N42 Dabong – PAS menang dengan menewaskan BN dengan majoriti 552 undi atau 8%.

12-Meng

12 - Guc12- MU12-dab

Walaupun Pakatan Rakyat telah menyapu bersih kesemua 4 kerusi DUN, apa yang jelas ialah melainkan di Mengkebang, 3 lagi DUN berada di dalam kawasan kemenangan kurang daripada 13% undi majoriti. Ini bermakna jika hanya 7% pengundi bertukar arah, Pakatan Rakyat akan tumbang.

Berbekalkan jentera Kerajaan Persekutuan dan Jentera Negeri-Negeri di bawah BN, UMNO sepatutnya telah berjaya menumpaskan PAS di Manek Urai.

Oleh yang demikian, analisa yang tidak bias dan dibuat oleh mereka yang benar-benar matang dalam politik Malaysia amnya dan politik Kelantan khasnya akan mempertikaikan bagaimana BN boleh tewas dan mengapa PAS hanya menang dengan 65% undi.

Mengapa BN Tewas di Manek Urai

Anggaran Jambatan dua lorong penghubung diantara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama ialah RM20 juta mengikut Jabatan Kerja Raya. Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa Kerajaan Persekutuan akan membina Jambatan bernilai RM7 juta pada 15hb Julai 2009 jika BN menang di Manek Urai.

Penduduk Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama memberi majoriti undi mereka kepada BN dengan harapan sebuah jambatan dapat terbina pada keesokan harinya tanpa mereka sedari, Muhyiddin sendiri tidak berniat dengan apa yang dikatakannya itu.

Muhyiddin beranggapan adalah mustahil untuk BN menang di Manek Urai.

Muhyiddin mempunyai jentera kempen sehebat-hebatnya tetapi jentera kempen BN tidak memiliki ‘passion’ seperti jentera kempen serba daif dan miskin Pakatan Rakyat.

Pada hari penamaan calon, UMNO hanya mampu menggembeling 2,000 untuk berarak bersama mereka ke pusat penamaan calon walaupun SPR membenarkan mereka membawa 5,000 orang. Pakatan Rakyat pula membawa 5,000 orang berarak dengan mereka dan pada penghujung proses penamaan calon, jumlah penyokong mereka sudah jauh melebih 20,000 dan ia melimpah hingga ke simpang jalan Kuala Krai – Gua Musang iaitu lebih 3.4 km dari pusat penamaan calon.

Pada hari pengiraan undi, jumlah penyokong PAS yang berkumpul di pusat penjumlahan undi lebih dari 3,000 orang tetapi di sebelah BN, tiada seorangpun penyokong atau pimpinan UMNO yang hadir walaupun keputusan hampir bila-bila masa menyebelahi mereka.

UMNO Tewas Kerana Tiada Kepercayaan Diri

PAS di sebalik segala retorik dan perang saraf sedar bahawa mereka akan tewas di Manek Urai. Apa yang mampu mereka lakukan ialah mengurangkan kadar kemerosotan undi supaya disaat-saat akhir mereka boleh mengharapkan kepada keajaiban berlaku.

Semenangnya itulah yang dilakukan hasil dari kebijaksanaan YB. Dato’ Wan Abdul Rahim, Penasihat Strategi dan YB. Abdul Fatah Harun, Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri.

Sebelum hari mengundi, jentera PAS berpendapat, jika jumlah keluar mengundi kurang daripada 77%, maka PAS akan menang di Manek Urai. Ketua Perhubungan UMNO, Ahmad Maslan dalam taklimat Jentera Kempen BN pada hari terakhir pula mendedahkan, BN memerlukan sekurang-kurangnya 82% pengundi keluar mengundi undi menang di Manek Urai.

Pada Jam 2 petang 14hb Julai 2009, angka rasmi keluar mengundi sudah melebih 82%. Jentera PAS sudah kini yakin mimpi ngeri mereka telah menjadi nyata. Dalam usaha mendapatkan keajaiban yang mereka perlukan, YB Fatah Harun setelah berunding dengan jawatankuasanya dengan gembira memanggil satu sidang media di Markas Induk jentera Pilihanraya PAS.

Di dalam sidang media jam 2.30 petang tersebut, YB. Fatah telah mengumumkan berdasarkan senarai yang keluar mengundi, PAS kini mendahului BN dengan 2,000 undi dan mengumumkan kemenangan PAS didalam PRK Manek Urai.

Terkejut dengan pengumuman itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan meninggalkan Manek Urai jam 3.30 petang dan sejurus dengan itu, jentera BN yang sebelum ini sibuk masuk ke segenap pelusuk kampung telah memberhentikan operasinya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain turut meninggalkan Manek Urai dengan kawalan polis pengiring. Pondok-pondok BN kesemuanya dikosongkan satu jam sebelum tamat proses pengundian.

Kesempatan ini diambil oleh jentera PAS menyemak senarai pengundi yang belum membuang undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS bersama jentera mereka menunggang motorsikal masuk ke segenap ceruk mencari mereka yang belum keluar mengundi dan merayu supaya mereka keluar mengundi dan memangkah bulan.

Akhirnya, keajaiban telah berlaku. PAS menang dengan 65 undi.

Kemenangan Termanis

Akhirnya, jam 9 malam, PAS telah meraikan kemenangan dengan penuh rasa bersyukur. Ini adalah kemenangan termanis dalam pengalaman mereka berhadapan dengan jentera gergasi BN di dalam Pilihanraya Kecil dimana sudah 12 tahun kemenangan menjadi milik UMNO.

Kemana Hilang Undi PAS Dalam PRU 12

Di dalam PRU 12, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Kini majoriti itu tinggal hanya 65 undi. Apakah yang menyebabkan ini berlaku? Rumusannya adalah seperti berikut,

  • Di dalam PRU 12, sentimen pengundi terutamanya pengundi di perantauan dan pengundi-pengundi muda ialah untuk mempertahankan Negeri Kelantan daripada ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
  • Mereka tidak mahu Negeri Kelantan turut menjadi Negeri yang bergelumang dengan rasuah, maksiat dan kemungkaran seperti negeri-negeri lain yang ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
  • Satu cara untuk menyekat UMNO BN ialah dengan secara beramai-ramai mengundi PAS.
  • Majoriti mereka ini bukanlah ahli-ahli politik mana-mana parti.
  • Ahli-ahli UMNO dan pimpinan UMNO Kelantan sendiri sebenarnya lebih suka UMNO terus gagal merampas Kelantan kerana dengan cara demikian, wang pembangunan untuk rakyat Kelantan terus menerus akan disalur menerusi Parti dan Agensi-Agensi seperti KADA, KESEDAR, Majlis Tindakan Pelancongan dsbnya yang mana ahli-ahli politik UMNO adalah pengerusinya.
  • Dengan UMNO terus kecundang, mereka akan terus menjadi orang-orang penting dengan peruntukan yang berpuluh-puluh juta ringgit.

Namun di dalam berhadapan dengan Pilihanraya Kecil, sentimennya adalah berbeza,

  • Pengundi senyap tahu bahawa undi mereka tidak akan memberi Negeri Kelantan kepada UMNO.
  • Ini kerana PAS sebagai kerajaan mempunyai majoriti besar di Dewan Undangan Negeri.
  • Oleh yang demikian mereka mengundi BN dengan harapan Kerajaan PAS akan lebih sensitif terhadap kehendak penduduk tempatan.
  • Mereka juga mengundi BN sebagai protes kepada ketidakpuasan hati mereka, jika ada terhadap pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz.

Benarkah Pengundi Melayu Kembali Kepada UMNO

Di dalam PRK Bukit Gantang, UMNO mendakwa pengundi-pengundi Melayu telah kebanyakannya pulang kepada UMNO. Data UMNO menjelaskan seperti berikut,

  • Di dalam PRK Bukit Gantang UMNO mendapat 65% undi Melayu.
  • PAS dapat 35% undi Melayu.

Jika benar 65% pengundi Melayu sudah kembali setia kepada UMNO maka keputusan di Manek Urai pada 14hb Julai 2009 ialah UMNO mendapat 6,841 undi dan menang dengan majoriti 3,157 undi.

Ini adalah berdasarkan fakta berikut,

  • Jumlah pengundi berdaftar di Manek Urai 12,293 orang.
  • Jumlah membuang undi 10,631 pengundi.
  • Pengundi Melayu 99.9%.

Sebaliknya, PRK Manek Urai membuktikan bahawa UMNO BN hanya memperolehi hanya sejumlah 50% undi dari pengundi Melayu.

Manek Urai dan Masa Depan PAS

Berdasarkan prestasi di Manek Urai, jelas bahawa PAS telah mengambil langkah yang betul dengan,

  • Terus bersama Pakatan Rakyat.
  • Menolak politik perkauman.
  • Menolak Kerajaan Perpaduan dan Kerjasama dengan UMNO.
  • Mengurangkan kehadiran tokoh-tokoh PAS yang pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan secara langsung mengurangkan kerosakan yang akan dilakukan oleh mereka di Manek Urai.

Dengan berlandaskan 50% sokongan daripada pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu dan berlandaskan 35% sokongan pengundi Melayu dikawasan campuran serta 84% sokongan pengundi bukan Melayu, PAS seharusnya bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan PRU 13 lebih awal dari tempoh matang dengan semangat untuk bersama Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.

Apa yang perlu dan penting sekarang, ialah untuk PAS memastikan kemusnahan yang bakal di bawa oleh pimpinan PAS pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan dibendung dengan berkesan supaya PAS tidak tertembak kaki sendiri disaat-saat ia memerlukan kedua-dua kakinya untuk memecut ke garisan penamat.

Kenyataan Media Ketua Wanita KEADILAN

17 Julai 2009

Tragedi Kematian Teoh Beng Hock boleh dianggap sebagai suatu pengkhianatan oleh Kerajaan Malaysia, menerusi SPRM, terhadap amanah memelihara keselamatan setiap rakyat

Wanita KEADILAN amat sedih dengan berita kematian seorang anak muda, Teoh Beng Hock (30), aktivis, idealis dalam arena politik Pakatan Rakyat. Penglibatan aktif beliau telah memberi harapan kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, khususnya dalam DAP, bahawa beliau memiliki masa depan yang cerah dalam karier politik beliau. Kematian beliau dalam suasana yang menimbulkan seribu satu tanda tanya, amatlah menyayat hati seorang ibu, yang telah kehilangan seorang anak kesayangannya, tempat membahu berbagai harapan, tetapi kini musnah secara mengejut. Hasrat untuk melihat anaknya mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya hari ini juga hancur berkecai. Bahkan mana-mana ibu yang akan menganggap Teoh seolah-olah anaknya juga, akan merasai yang serupa.

Apakah mesti berlakunya tragedi barulah sistem dan peraturan yang ada dalam agensi-agensi kerajaan dikuatkuasakan atau diselia lebih ketat? Tidakkah budaya preventif lebih memberi jaminan keselamatan kepada rakyat?

SPRM yang belum beberapa bulan diwujudkan telah semestinya tercemar imej dan dipandang negatif kerana tregedi kematian Teoh berlaku di bangunan Pejabat SPRM sendiri. SPRM wajar segera melaporkan kesemua siasatan dan memberikan hak sepenuhnya kepada keluarga Teoh untuk memastikan bahawa siasatan itu adil dan telus. SPRM wajar memberi segala bantuan dan nasihat kepada keluarga Teoh dalam menyelesaikan kes kematian beliau, terutamanya mengenai hak waris Teoh dalam proses penyiasatan, bagi membersihkan sebarang anggapan negatif terhadap SPRM.

Kehilangan nyawa dalam apa jua keadaan merupakan suatu peristiwa yang dahsyat bagi mana-mana keluarga yang terbabit. Ia juga bermakna kehilangan yang besar kepada sesebuah negara kerana rakyat adalah aset terpenting bagi setiap negara. Oleh itu, pemeliharaan nyawa rakyat Malaysia dalam setiap konteks dan keadaan mestilah diambil berat oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku dalam perkarangan pemeliharaan keselamatan sebuah agensi Kerajaan.

Wanita KEADILAN menuntut agar tragedi kematian Teoh disiasat dengan serta-merta secara telus. Pihak berkuasa seperti SPRM dituntut untuk mengambil pendekatan memastikan keselamatan fizikal, mental dan jiwa mereka yang didapati tidak bersalah selepas soal-siasat, terutamanya apabila mereka masih berada dalam kawasan di mana soal-siasat telah dilakukan. SPRM telah lalai dalam memberi jaminan keselamatan sedemikian dalam konteks kemanusiaan dan konsep kerajaan yang dikatakan mementingkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat umum.

SPRM patut menggantung serta tidak meneruskan siasatan mengenai Perbelanjaan Peruntukan ADUN selagi siasatan ke atas kes kematian Teoh Beng Hock tidak diselesai dan dikemukakan hasil siasatannya kepada awam.

Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita KEADILAN

Mati sebab jenayah atau politik - Hishammuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memantau sendiri proses siasatan kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teo Beng Hock dalam kejadian di bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, semalam.

Serentak itu, beliau mahu pihak polis bersikap profesional dan telus menyiasat kes itu tanpa sebarang penangguhan.

''Saya sendiri akan memantau siasatan kes ini.

''Insiden ini amat menyedihkan tetapi siasatan rapi perlu dibenarkan untuk mencari puncanya sama ada bersifat jenayah atau politik," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kematian Beng Hock, 30, yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan itu menimbulkan tanda tanya sama ada wujud unsur jenayah atau sebab lain.

Pemuda itu yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sejak pukul 5 petang kelmarin, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam itu.

Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah itu merupakan salah seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan oleh kerajaan negeri.

Manek Urai : Isyarat apa dari Pengundi..???

Oleh Huzaifah Ahmad Yamani

PAS sudah menang di Manek Urai, tapi ciput sahaja. Jika diibaratkan lawan lari, tak sampai semeter di depan. Jika kaki terpeleot sedikit sahaja, alamat jatuh dan kalah jawapannya.

Memang ramai orang berkata dari awal, PAS akan mengekalkan kemenangan di MU ini. Umno akan kalah. Memanglah, akhirnya Umno kalah. Tapi, apa yang pelik ialah kejatuhan undi PAS. Harus diingat, PAS bukan sekadar membawa imej PAS; tetapi Pakatan Rakyat sekaligus.

Saya cuba menyenaraikan sepintas lalu sebab-musabab kegagalan PAS mengekalkan dan meningkatkan majority:

1. Over konfiden

-PAS dilihat dari awal seperti terlalu yakin akan menang. Ia seakan-akan memberi isyarat, tak payah kerja teruk-teruk seperti mana di Bukit Gantang dan Kuala Terengganu. Ala kadar pun memadai. Maka, tidak hairanlah bahangnya kurang terasa.

- Sifat ini hendaklah dijauhi, kerana ia jelas memakan diri sendiri.

2. Sikap pemimpin utama PAS

- Tidak dinafikan, sikap kepimpinan utama PAS mutakhir ini dengan isu UG memang menjengkelkan ramai pihak. Sikap ini mencerminkan apa sebenarnya? Tak payah kita ulas lagi, justeru sudah banyak orang mengatakan itu dan ini.

- Oleh itu, cukup memberi pengajaran kepada kepimpinan utama PAS, bahawa jangan sengaja melagakan besi hingga keluar api, kerana ia akan membakar diri.

3. Cakap besar

- Saya juga melihat, ada segelintir pemimpin PAS Kelantan bercakap besar begitu dan begini. PAS bukan Kelantan sahaja, maka tak mustahil kenyataan yang agak ‘ego’ dan ‘berlagak’ menyinggung emosi PAS negeri lain.

- Saya juga tidak puas hati dengan cara pemimpin PAS Kelantan, kononnya akan mempertaruhkan TGNA sebagai elemen dan modal kemenangan. Nampak sangat eksploitasinya!

4. Pemilihan calon

- Saya tidak nafikan, pemilihan Abe Uji mesti ada justifikasi di peringkat negeri. Namun, tak patut jika tidak diambil kisah pelbagai aspek lain yang boleh dijadikan sandaran kekuatan diri calon. Yang ini, saya malas ulas panjang-panjang…PAS patutnya dah boleh fikir dengan cemerlang.

5. Kemelut PR

- Saya melihat, kemelut PR yang melanda di Kedah dan Pulau Pinang amat menjerakan. Ia seakan-akan memadam wajah kebersamaan PR yang dilukiskan di Perak dan mencapai klimaksnya pada PRK Bukit Gantang. Sayang, penat sahaja usaha menobatkan kesepakatan itu, hanya dalam waktu sehari dua ia meruntuhkan kekuatan yang dibina.

-Tidak mustahil, isyarat itulah yang dihantar lewat PRK MU. Maka, fikir-fikirkanlah, PR adalah satu-satunya alternatif BN, jika PR pun kelam-kabut, maka rakyat menjadi kurang yakin beralih kepada PR.

6. Isyarat dari rakyat

– Rakyat Kelantan cerdik dalam politik, ini yang selalu kita dengar. Perubahan di Kelantan boleh menjadi isyarat kepada Malaysia. Saya khuatir ada sesuatu yang amat tidak kena pada PAS dan PR.

–Jika inilah isyaratnya…buatlah sesuatu, ubah kesilapan dan kembalilah ke jalan yang sebenar sebelum terlambat!

Wallahua’lam.

PAS Selangor kutuk cara siasatan yang dilakukan SPRM

PAS Selangor mengutuk cara siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga menyebabkan kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock, kelmarin.

Perkara ini dijelas oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Isan yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang mewakili PAS selangor dalam sidang media, di sini pagi semalam.

Beliau yang mewakili PAS Selangor yang mengutuk cara penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM dengan cara membangkitkan isu perkauman apabila menyiasat mendiang Teo Beng Hock yang disifatkannya sebagai bukan orang yang mengamalkan nilai-nilai Islam.

"Pas mengamalkan konsep 'PAS for All' iaitu PAS untuk semua tidak kira agama, bangsa, kaum dan keturunan kerana Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna.

"Saya yang mewakili PAS, mengutuk siasatan ini sehingga berlaku kematian kerana tindakan yang salah dan prosedur yang salah yang diambil oleh SPRM dan kami juga harap pihak polis melakukan saisatan dengan adil dan saksama," katanya.

Nazri: An unrepentant boor

Accustomed as I am to Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz’s often outlandishly over the top and predictably uncharitable innuendoes about people and their integrity, coupled with imputations of improper motives, I was, for all that, flabbergasted to read an account in the New Straits Times of Thursday, July 16, 2009 about Nazri resorting to slanderous language, obviously intended to damage and harm the reputation and standing of three well-known public figures, Tun Mahathir Mohamad, Tun Hanif Omar and Tan Sri Abu Talib Othman, currently Chairman of Suhakam.

Nazri of all people should not be too quick off the mark to denounce the trio or any one else for that matter as “crooks” because I expect he himself would be the last to claim that he is a person of complete moral rectitude and that he has not once offended against the code of ethics of his chosen profession, if one could dignify the practice of politics as a profession, in the best sense of the word.

Before I go on, let me say that Datuk Seri Nazri Abdul Aziz has always been kind and courteous to me, a gesture I greatly appreciate and happily reciprocate. I write this more in sorrow than anger.

I would not normally give two hoots about Nazri’s boorish and tiresome behaviour, but when he has the gall to go out of his way to blacken the good name of a distinguished former civil servant and a fine gentleman of great honour and integrity, then I feel duty bound to say that his remarks are clearly beyond the pale. I cannot claim to know the other two gentlemen as well as I have known Hanif, but that does not mean that I am not equally saddened by Nazri’s totally uncalled for remarks about them. Nazri has overstepped the bounds of common decency.

In calling Hanif a “crook,” Nazri has strayed into the realm of intellectual dishonesty. As a minister of the crown, he owes it to them whom he described as “crooks” to justify his unkind and indefensible outburst. However, based on the man’s history of intransigence, it would be totally out of character were he to acknowledge that he had wronged these pillars of society by his mindless utterance. Being sensitive is obviously not his strong point.

Any one who has had the privilege of knowing Hanif will readily understand why he continues to be held in such high esteem long, long after he had retired as the Inspector-General of Police (IGP), a position that in his time represented complete and utter dedication, personal and professional honesty and integrity in discharging his duties and responsibilities. It is worth reminding ourselves that it was not for Tan Sri Hanif, as he then was, to go cap in hand to ask for an extension of contract. He offered voluntarily to step down on at least three occasions, and each time his request was turned own by the Prime Minister of the day.

He was the last of that special breed of distinguished Malaysian IGPs who maintained the honour and prestige of the Royal Malaysia Police. He was without any doubt the most outstanding Malaysian IGP to have served this country.

With possibly one exception, his successors have generally been a disgrace to the King’s uniform. A harsh judgement, perhaps, but I stand by my opinion.

AN EXTENSION FOR THE IGP?

And all this leads me to a consideration of whether the Najib administration should give in to pressure from certain quarters to renew the current IGP’s contract. The Prime Minister I am told keeps his ears close to the ground, and if this is true, then no doubt he must be aware of the sentiments of the overwhelming majority of concerned Malaysians about Tan Sri Musa Hassan’s continued service with the Royal Malaysia Police. No IGP in recent memory has been pilloried to the extent that Musa has been, and for very good reasons. The public perception of both the man and the service he leads has been anything but complimentary.

Najib, the self-anointed reformer, makes some hard choices on a whole range of issues on a daily basis, but in the case of the nation’s IGP, he must listen to what the people are saying. What they are saying is that they do not have any confidence in the ability of the police under the direction of the IGP to confront the country’s criminal elements decisively. The do not believe that the IGP has what it takes to keep this country safe. They fear for their safety, and based on the current state of affairs, this is understandable. Police crime statistics are fine as far as they go, but they are no comfort to those who find themselves crime victims with no prospect of getting police protection in a timely manner.

In short they would like to see a change in the top police leadership. The police must surely have a succession plan. I do not believe that no one is ready to step into Musa’s shoes? What, heaven forbid, if Musa should fall under a bus?

After all, we do have a Deputy IGP, all ready and able, waiting in the wings for the cue to perform. By the law of averages, he cannot be worse that his superior. To extend the IGP’s contract given the prevailing mood is to fly in the face of public opinion. Public opinion does matter.

Siasatan SPRM hanya mahu menutup kebenaran - Mangsa

"Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) marahkan saya dengan menengking lalu berkata, kamu percayakah saya boleh hentam kamu dengan menunjukkan jari telunjuk ke arah dahi beliau untuk mengugut supaya mengatakan tidak menerima resit sebagai pembekal bendera Malaysia.

Demikian penegasan yang dilakukan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa, ketika beliau disoalsiasat oleh SPRM berkenaan satu resit yang diterima pada tahun lepas.

Beliau yang bersama dengan pembantu exco kerajaan negeri, Teo Beng Hock ketika disiasat menceritakan apa yang beliau alami semasa dalam tahanan yang dilakukan oleh 6 orang pegawai SPRM.

Ketika menceritakan ketika dipanggil oleh SPRM untuk disoal siasat, katanya, ada satu resit tahun lepas, ketika sambutan hari kemerdekaan dan saya merupakan pembekal bendera Malaysia sebanyak 1,500 kepada Dewan Negeri (DUN), Seri Kembangan dengan kos sebanyak RM2,400.

"Apabila pegawai SPRM datang kerumah saya dan meminta saya mengemukan resit pembekalan bendera, saya tidak berjaya mencari resit itu dan mengarahkan saya untuk mengikuti mereka ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

"Lepas saya sampai di sana pada 15 Julai lalu, dalam jam 9 pagi, saya tidak disoal terus oleh pegawai SPRM dia panggil saya duduk dalam satu bilik yang terang benderang dan lepas itu, mereka bawa saya ke satu bilik yang sangat gelap, di situlah saya disoal siasat," jelas beliau.

Menurut Tan, cara mereka menyoalsiasatnya pada mulanya lembut. Selepas itu, dia tanyalah mengenai keadaan isteri, anak dan keluarga serta barulah dia tanya tentang resit, adakah saya bekalkan bendera untuk skim mesra rakyat pada tahun lepas.

"Saya cakap ada, cara mereka hanya untuk memaksa saya untuk mengaku supaya saya tidak membekalkan bendera Malaysia kepada Dun Seri Kembangan.

"Mereka tanya saya dari mana dapat bendera itu, saya jawab dari Johor. Dia menambah, Johor dari kawasan mana, syarikat apa. Saya jawab tidak tahu," tegas beliau.

Pegawai SPRM juga, katanya, mengarahkan beliau untuk berdiri tegak selama 4 jam dan selepas itu menyuruh saya untuk duduk di atas lantai dan menghina dengan berkata kepada beliau, "Cina bodoh dan kamu asal dari China ke, you ni tidak tahu bahasa Malaysia ke?" soal pegawai itu.

"Selepas itu, sesi soal siasat bertukar menjadi lembut dengan pertanyaan dari pegawai itu mengenai keluarga, kamu tidak menyayangi isteri, anak dan keluarga.

"Kalau kamu cakap bohong maknanya tidak sayang isteri, pegawai tersebut mengugut beliau untuk menahan isteri beliau dan membiarkan anak-anak mereka mati kelaparan, katanya yang akan kembali ke Putrajaya 20 Julai ini untuk disoal siasat oleh SPRM," katanya.

11 Hadiah Najib Kepada Rakyat –
Indah Khabar Dari Rupa

Oleh Marhaintua - - Laman M@RHAEN





Sempena menyambut tercapainya 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri. Dato' Seri Najib Tun Razak telah memberi 11 hadiah istimewa kepada rakyat jelata.

Najib beranggapan bahawa dengan genapnya 100 hari beliau menjadi perdana menteri, ia mesti disambut dengan pemberian hadiah kepada rakyat.

Najib telah mulakan ucapan pemberian hadiahnya dengan berkata seperti ini:

a) “Hari ini saya dedikasikan khusus tentang kesejahteraan dan kebajikan rakyat;”

b) Beliau mahu terus berusaha sedaya upaya mungkin dan menyingsing kudrat untuk mencari penyelesaian seraya membuat keputusan demi kepentingan rakyat

c) Dalam sebarang keputusannya, kepentingan rakyat beliau dahulukan dan beliau tidak mahu membuat sesuatu secara sewenang-wenang, jauh sekali secara sembrono;

d) Langkah-langkah yang dia umumkan dalam tempoh 100 hari itu hanyalah langkah-langkah permulaan perjalanan ke arah masa depan yang lebih baik makmur dan terjamin.

e) Najib MAHU TURUN PADANG MELIHAT RINTIHAN RAKYAT ; JUGA MERASAI GUNDAH GULANA MEREKA DAN MERESAPI DENYUTAN NADI RAKYAT YANG DIPIMPIN.

f) Najib mengajak rakyat serta anak-anak muda sekelian untuk bersama-sama melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan.

Sayang.... seribu kali sayang. ….memang lunak janji dan kata-kata pemula yang dituturkan. Tetapi apabila dikaji dengan mendalam sebelas hadiah yang disebut itu ternyata Najib sudah terjebak dengan “Sindrom Kepimpinan Mahathir” mahaguru politiknya.

Apakah sebelas hadiah itu:

1) Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar “touch and go” dan “Smart Tag” yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali (saya ulang LAPAN PULUH KALI) atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

Kita mahu tanya Najib, adakah itu satu keuntungan besar kepada rakyat ? Sedangkan bila Touch and Go dan Smart Tag menerima wang terlebih dahulu daripada pengguna wang itu boleh dipusingkannya untuk “overnight lending” dan mendapat faedah daripadanya?

Apakah tujuan Smart Tag dan Touch n Go meminta Najib menjadi promoter bisnes beliau, walaupun kita tahu mereka adalah syarikat kepunyaan UMNO? Adakah mereka mahu mengurangkan tenaga kerja ataupun mahu menimbun wang pengguna yang kebanyakannya kais pagi makan pagi dan kais petang makan hati?

Kenapa Najib tak isytiharkan penutupan beberapa stesen kutipan tol di mana kos pembinaan jalan raya sudah dicapai oleh kutipan tol? Tanpa menutup jalan yang sudah dibiayai oleh rakyat sepenuhnya, Touch n Go dan Smart Tag dibenarkan terus merompak wang rakyat. Apakah tujuan menggunakan kad itu lebih lapan puluh kali sebulan sedangkan pengguna selalunya menggunakannya dua kali sehari. Kalau dalam sebulan ada 25 hari bekerja bermakna pengguna hanya menggunakan kad mereka sekitar 50 kali sahaja. Ini bermakna wang pengguna masih dipakai oleh syarikat prabayar untuk 'bisnes kewangan 'overnight ' mereka.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenar membeli rumah yang disewa. Kita mahu tahu bagaimana? Adakah dikira juga segala kos sewaan yang terdahulu sebagai sebahagian wang pembelian rumah sewa itu?

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memperbaharui dan memohon lesen perniagaan mereka. Kita mahu tanya kenapa tidak dikurangkan sehingga sembilan puluh peratus sahaja? Kerana kebanyakan perniagaan kecilan di Wilayah Persekutuan adalah bagi penjaja dan gerai makan yang kebanyakannya di usahakan oleh pendatang asing daripada Indonesia, Thailand dan Filipina, sedangkan lesen adalah kepunyaan pegawai Bandar Raya juga. Selagi lesen itu tidak disemak adalah lebih baik jangan diturunkan langsung kos pelesenan itu.

4.Tambahan RM150 juta bagi dan TEKUN dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.

Adakah Najib sedar bahawa hampir 99% dana TEKUN ada dinikmati oleh ahli-ahli UMNO dan BN? Lebih lima puluh peratus wang pinjaman yang dikeluarkan masih tidak berbayar dan besar kemungkinan akan lesap begitu sahaja, kerana projek yang diusahakan itu hampir tidak wujud. Dengan penambahan dana lagi, apakah wang itu untuk menghidupkan projek yang sudah bernyawa ikan itu?

Kenapakah RM15 juta khusus untuk usahawan muda India? Kenapa tidak diadakan 15 juta untuk usahawan muda India, 150 juta untuk usahawan muda semua kaum yang bergabung sama-sama membuat sesuatu projek?

Dari segi pencapaian ekonomi kaum-kaum di negara ini, kaum Cina ternyata tetap terunggul di persada nombor satu. Kaum India di tempat kedua kerana kebanyakan anak-anak muda India bekerja di luar negara khususnya di Singapura. Anak-anak muda Melayu yang patut menjadi usahawan banyak di universiti dan pusat pengajian tinggi. Termasuklah di universiti berjeriji besi dan pusat serenti.

Sepatutnya Najib memberi tumpuan untuk mengurangkan jumlah anak-mud a Melayu di penjara dan pusat serenti itu dan kaji kenapakah terlalu ramai penagih dadah di kalangan orang-orang Melayu.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang. Tentunya untuk Wilayah Persekutuan tambahan itu menjadi semakin nyata. Tetapi cuba tengok gelagat pemandu teksi di Kuala Lumpur. Ramai pemandu teksi, terutamanya orang Melayu yang menebeng di sepanjang jalan besar Kuala Lumpur menunggu pelanggan dan pengguna teksi untuk mereka 'kerat leher'. Saya pernah meminta seorang pemandu teksi Melayu membawa saya a daripada Pudu Raya ke Hospital Tongshin di Jalan Pudu. Rupanya harga yang diminta adalah lebih tiga puluh ringgit. Ada pemandu Melayu yang berkata dia berhenti di tepi jalan untuk berehat. Kenapakah tidak ada polis lalu lintas dan JPJ yang menangkap mereka.

Pada 10 Julai saya telah turun bas di Pasar Budaya kerana mahu pergi ke Hospital Tongshin. tidak ada satu pun pemandu teksi Melayu yang mahu mengambil saya, kalau saya mahu menggunakan meter. Kerana itu saya terpaksa berjalan terhencot-hencot dan bertongkat melepasi Pudu Raya. Mujur ada sebuah Teksi Hijau dipandu oleh seorang Cina yang membawa teksi bernombor WHC 2255. Beliau telah menggunakan meter menghantar saya . Kosnya cuma Dua Ringgit. Dia berkata kebanyakan pemandu yang tersidai di tepi jalan itu mahukan Lima Puluh Ringgit untuk satu trip. Bila sudah dapat dua trip dengan harga demikian mereka akan pulang dan berehat ke rumah. Sepanjang di Kuala Lumpur saya dapat menaiki HWE 7065 yang dipandu oleh Panir Selvam dan seorang bernama Ghandi daripada Ampang Jaya yang menghantar saya ke Damansara Utama Dua-dua orang pemandu India ini menggunakan meter dan amat ramah dan mesra.

Daripada situ saya tahu bahawa mereka amat mengharapkan dapat lesen dan permit sendiri dan tidak bergantung kepada syarikat untuk mencari rezeki yang halal.

Jelas kebanyakan pemandu teksi Melayu sudah menjadi kurang ajar di Kuala Lumpur. Saya tahu ramai daripada mereka adalah pemimpin kecilan cawangan UMNO. Kerana itu mereka berhati bongkak dan berkepala batu.

Dengan itu, Najib perlu membuat kajian mendalam. Jangan tambah permit teksi lagi. Hapuskan segala permit yang diberikan kepada syarikat-syarikat dan berikan terus kepada pemandu yang menyewa permit itu. Dari situ buat kajian dan penelitian yang lebih rapi.

Kalau pada waktu puncak dan susah sangat menguruskan teksi awam, beri lesen khas kepada anggota polis dan tentera supaya mereka menjadi operator teksi sambilan. Apa gunanya kita beri permit teksi kepada individu Malaysia kalau mereka pajakkan kepada Bangla, Indonesia dan Pakistan? Bagaimanakah amalan ini boleh berleluasa? Yang peliknya pendatang asing boleh menjadi pemandu teksi kerana pemilik teksi yang memberikan mereka peluang itu adalah orang Melayu juga.

6. Komited untuk kurangkan kadar jenayah terutama ragut dan kecurian kenderaan. Saya tergelak dengan 'hadiah' Najib ini. Bukankah itu tugas pihak polis? Kenapakah perdana menteri yang membuat komitmen?

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera. Sekali lagi, hadiah semacam ini memberitahu dunia seolah-olah kita tidak cekap membuat pendaftaran kelahiran. Seriuskah sangat perkara ini? Berapakah peratusan yang gagal didaftarkan. Apakah kita duduk di kawasan padang pasir di mana kepadatan penduduk terlalu jarang? Kalau ini menjadi hadiah seorang perdana menteri apa kata dunia yang maju dan membangun.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat. Apakah yang mesti disegerakan? Apakah ramai rakyat Malaysia yang masih tidak dapat kewarganegaraannya. Teruk sangatkah perkara ini sehingga perdana menteri mesti masuk campur dalam kerja rutin pegawai kerajaan? Sebaliknya, kenapakah Najib tidak beri pertimbangan agar rakyat Malaysia boleh menerima kewarganegaraan negara-negara lain? Sudah tentu ini akan melonjakkan pelaburan di Malaysia oleh rakyat sendiri yang menetap di negara luar?

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.

Soalnya sekarang bukankah ini sudah masuk dalam Rancangan Malaysia yang sedia ada? Kenapakah perdana menteri memberikan penekanan kepada kerja-kerja ini? apakah menteri yang bertanggungjawab dalam tugas ini tidak menjalankan kerja beliau?

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan pada RM 211 berkuatkuasa 1 September 2009. Kenapakah tidak dimansuhkan sama-sekali pengambilan lesen motorsikal? Ataupun adakan sesi mendapatkan lesen motorsikal di hujung minggu di setiap sekolah menengah dan balai raya ataupun dewan masyarakat dengan harga yang paling minima katakanlah RM50 sahaja? Rakyat jelata tahu kerja mendapatkan lesen adalah diserahkan kepada syarikat uji-pandu yang rata-rata adalah ahli dan pemimpin BN sahaja. Kalau lesen memandu motorsikal dikendalikan di kawasan lapang dan di sekolah-sekolah pada hujung minggu secara lambak, kosnya murah dan rakyat akan menjadi prihatin untuk memiliki lesen. Peneroka tanah rancangan tidak perlu datang ke bandar untuk mendapatkan lesen. Anak-anak sekolah di tingkatan Lima sudah mampu memiliki lesen membawa motorsikal.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1 Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Sungguh cantik hadiah ini. Tetapi untuk siapa agaknya? Bukankah untuk kerajaan Najib menggunakan wang simpanan untuk kegunaan kerajaan? Siapakah di kalangan orang berumur 18 tahun yang betul-betul mampu membeli saham?

Secara kesimpulannya, sebelas hadiah Najib itu memang indah khabar dari rupa. Bagi saya ia tidak melambangkan satu idea bernas daripada seorang perdana menteri yang mahukan negara menjadi anggota Dunia Pertama.

Kita akan kupas selanjutnya dan berikan cadangan apakah hadiah yang sepatutnya Najib ketengahkan untuk faedah dan kepentingan rakyat dan masa depan negara. InsyaAllah.