Jumaat, 17 Julai 2009

'Saya akan besarkan anak kami'

Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya di tangan Tuhan.

Itulah hakikat pahit yang perlu ditelan oleh Soh Sher Wei, 28, bakal isteri Teoh Beng Hock yang mati secara tragis semalam.

Pasangan itu merancang mendaftarkan perkahwinan mereka hari ini sebelum melangsungkan perkahwinan mereka pada Oktober.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, exco pembangunan kampung baru Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun Soh masih beruntung kerana zuriat mereka berdua masih ada dan bertekad akan melahirkannya, kini berusia dua bulan, lapor laman web China Press hari ini.

Bercakap kepada akhbar itu pagi ini di hospital Kelang - tempat bedah siasat mayat Teoh dijalankan - guru di Semenyih itu berkata tunangnya mengetahui kehamilannya.

Menurut akhbar yang sama, beberapa teman Teoh sukar menerima kemungkinan mendiang membunuh diri kerana, pada pagi Rabu, bekas wartawan itu menghubungi mereka dan mengundang ke majlis persandingannya.

Panggilan itu dibuat beberapa jam sebelum diminta hadir di pejabat SPRM kira-kira 6 petang bagi memberi keterangan sebagai saksi siasatan kes salah guna wang peruntukan DUN -

Teoh, yang berasal dari Alor Gajah, Melaka, bertanya kepada rakan-rakan yang dihubunginya sama ada mereka akan memeriahkan saat-saat manis beliau mengakhiri zaman bujangnya.

Seorang rakannya, yang tidak sempat menjawab panggilan tersebut, dilaporkan berasa kesal atas kesempatan terakhir itu. Rakan itu juga sukar menerima kemungkinan pemuda ini mati membunuh diri.

Sementara itu laman web akhbar Guang Ming Daily hari ini pula melaporkan ibunya Chong Saw Huay, 56, menangis tidak henti-henti sejak menerima berita tragis itu petang semalam.

Setiap kali melihat gambar anaknya, yang terbaring kaku, di dada akhbar, ibunya dilaporkan akan menangis sementara menunggu mayatnya dibawa pulang ke pangkuannya.

Mayat mendiang dijangkan akan disemadikan di Alor Gajah, 11 pagi Isnin ini.

Wanita itu semalam dilaporkan pengsan sewaktu menerima panggilan telefon daripada seorang pembantu exco kanan Selangor, Teresa Kok.

Bercakap kepada akhbar itu di rumahnya hari ini, Chong berkata anaknya itu bersama Soh, berasal dari Batu Pahat, sepatutnya pulang ke Alor Gajah untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka yang dirancang 3 Oktober ini - bersempena Pesta Tanglung.

Pasangan juga merancang akan mencuba pakaian pengantin hari ini.

Dewan untuk melangsungkan majlis tersebut dan makanan telah ditempah, Chong dilaporkan berkata lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Guang Ming Daily juga melaporkan bapa mendiang Teoh Liang Fai, 61, sanggup menerima anak yang bakal dilahirkan Soh walaupun hanya mengetahui kehamilan itu hari ini.

Hamil sebelum perkahwinan "perkara biasa, tolong jangan pandang serong," pemandu teksi itu dipetik berkata.

Beliau juga bersedia meletakkan nama Soh sebagai "isteri" di iklan belasungkawa di akhbar.

Polis Tidak Hormat Kerajaan Negeri Selangor- Xavier


Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jayakumar menyelar tindakan Polis Selangor yang menggunakan kekerasan sewaktu menangkap beliau bersama enam yang lain semasa berhimpun di depan pejabat SPRM pagi tadi.

Katanya, tindakan berkenaan jelas menunjukkan polis tidak hormat Kerajaan Negeri Selangor dan pegawainya.

"Ia tidak seharusnya berlaku kerana saya hanya mengawal orang ramai dan tidak melakukan apa-apa halangan. Jelas nampak polis tidak hormat Kerajaan Negeri Selangor dan pegawainya yang sedia memberikan kerjasama dengan sesiapa sahaja.

"Saya harap ia tidak akan berlaku lagi di Negeri Selangor," katanya ketika ditemui di luar IPD Shah Alam selepas dibebaskan jam 5.30 petang tadi.

Beliau ditahan Polis ketika sedang menenagkan keadaan dan memberi nasihat kepada orang ramai supaya sabar menuggu pengumuman pimpinan Pakatan Rakyat.

Mereka ditangkap pada jam 10.45 pagi tadi di bawa ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam hanya dibebaskan tujuh jam kemudian dengan jaminan RM2000.

Bagaimanapun, ikat jamin berkenaan hanya perlu dibayar sekiranya mereka gagal hadir ke mahkamah sekiranya didakwa pada 18 Ogos ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang turut ditahan berkata tangkapan berkenaan merupakan tindakan balas dendam Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar terhadap beliau.

"Ini sebenarnya balas dendam Khalid, dia bagi 2 kali peringatan, datang dan tangkap. Sebab dalam kes Kugan saya hentam Khalid, sekarang dia gunakan untuk tahan kami,"katanya.

Beliau berkata, seharusnya Polis menjalankan tugas menahan pegawai SPRM dan bukannya mereka.

"Saya pernah ditahan 2 pagi, MP ditahan sampai 2 pagi bulan lepas. Sekarang lihat apa jadi pada mereka? Ini adalah satu pembunuhan, dibunuh oleh MACC, kita akan lawan," tambahnya.

Peguam Latifah Koya menegaskan, tangkapan berkenaan merupakan satu tindakan menakut-nakutkan semua pegawai kerajaan negeri dalam menjalankan tugas.

"Ditahan 1045 pagi sehingga jam 3 petang tidak ambil kenyataan. Tidak ada Pegawai Penyiasat baritahu kenapa ditangkap dan ambil kenyhataan hanya jam 345 petang.

"Tangkap bawah Seksyen 27 tapi tidak ada asas. Tidak perlu tahan untuk ambil kenyataan, boleh suruh mereka datang dan ambil kenyataan," katanya.

Beliau berkata, cara polis menahan dan tidak memberi sebarang maklumat mengenai sebab tahanan adalah sangat tidak profesional.

Teoh Mati Kerana SPRM Diperalat Najib


Dari sekumpulan kecil 100 orang, vigil lilin di Plaza Masalam malam semalam bertambah kepada 500 orang, bagi mengenang kematian Teo boon Hock yang mati dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dipimpin oleh Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat, mereka berkabung untuk Teoh, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hean Wah.

Teoh Beng Hock, 30, ditemui mati tengahari semalam dipercayai jatuh dari tingkat 14 SPRM selepas dikurung semalaman untuk disoalsiasat berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri. Beliau adalah saksi dan dipanggil untuk memberi keterangan terhadap pegawai atasannya.

Bercakap kepada hadirin malam semalam, Ean menuntut penjelasan dari SPRM dan Perdana Menteri Najib Abdul Razak berhubung kematian pembantunya itu.

"Ini adalah tragedi yang dapat dielakkan sekiranya SPRM mengikut prosedur sepatutnya. Beliau hanyalah seorang saksi, tiada ada sebab mengapa beliau tidak dapat pulang hari ini," kata Ean dalam nada sebak.

Menurut SPRM, Teo dipanggil pada jam 6 petang kelmarin dan disoalsiasat sehingg sprma 3.45 pagi. SPRM berkata Teo bagaimanapun enggan balik dan mahu berehat melepaskan lelah di SPRM. Mayatnya ditemui mati jam 1.30 tengahari di bumbung bangunan bersebelahan Plaza Masalam.

"Hari ini, tidak penting samada kita Melayu, Cina atau India. Kita berkumpul disini bagi membantah kematian seorang lelaki yang menjadi mangsa SPRM yang diperalatkan oleh Najib dan Umno-Barisan Nasional," kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin, disambut laungan "Najib pembunuh" dari hadirin.

"Seorang lelaki yang baik tampil ke SPRM dan keluar sebagai mayat," kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula.

Teoh dijadualkan berkahwin hari ini.

FRU Mengganas Tumbuk Dan Tendang Wanita


Dua kakitangan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago membuat laporan Polis selepas dikasari Polis pada perhimpunan di hadapan Pejabat SPRM pagi tadi.

Tindakan ganas polis mengakibatkan mereka mengalami kecederaan akibat diseret di atas jalan sejauh 40 meter.

Bukan sahaja mengasari lelaki, anggota berkenaan turut bertindak mengasari kaum wanita dengan menumbuk dan menendang mangsa.

Ng Yap Hwa berkata, dia ditahan sewaktu cuba membantu Pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri, Loo Thuan Boon dari ditangkap dan dicederakan anggota berkenaan.

"Lebih kurang enam anggota Polis pegang kaki dan tangan saya dan cuba menarik saya ke dalam kereta polis, saya jatuh dan mereka heret saya di atas jalan raya. Akibatnya saya mengalami luka, sakit di bahagain kaki dan baju dan seluar saya koyak," katanya selepas membuat laporan Polis di IPD Shah Alam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa wanita, Sarah Devaraj berkata, di dikasari oleh Polis ketika cuba menyelamatkan Yap Hwa.

Katanya, tindakan Polis lelaki yang menumbuk dan menolaknya adalah satu gangguan seksual.

"Semasa saya cuba bantu dia salah seorang Polis telah tumbuk dan tolak saya. Saya membuat laporan ianya sebagai satu gangguan seksual kerana saya dalah seorang wanita. Mereka tidak ada hak menyentuh saya kerana mereka lelaki.

"Saya nampak Yap Hwa dilantai dan bile hendak bantu dia, FRU menendang saya di kaki dan mereka juga menggunakan perisai menekan kepala saya," katanya.

"Mereka sangat biadap dan kurang ajar terhadap seorang wakil rakyat, mereka menunjukkan jari di depan muka YB dan ia satu tindakan yang sangat kurang ajar," katanya.

PKR Dedah Kebenaran Di Sebalik Skandal-Skandal Utama Negara


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama esok pada forum untuk memerinci isu-isu kepentingan awam yang mencengkam politik negara.

Kira-kira 1,000 wakil pelbagai badan politik dan kemasyarakatan akan menghadiri forum itu yang bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal PKFZ, Krisis Perak dan Konspirasi BN" di Hotel Sunway Lagoon, Subang Selangor.

Selain Datuk Seri Anwar, turut memberi ucapan ialah bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng, Naib Presiden Keadilan Sivarasa Rasiah dan Bendahari Keadilan, William Leong.

Forum itu akan memerinci perkembangan mutakhir politik tanah air dan isu-isu yang semakin membimbangkan rakyat.

Ini termasuk peranan UMNO-BN dalam skandal pembaziran dana awam RM12.5 bilion untuk mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang, rampasan kuasa di Perak dan konspirasi politik memperalatkan institusi awam untuk mengheret Anwar ke mahkamah.

Kehadiran Chua pada forum itu adalah atas sifat tegasnya bersabit isu-isu usus tadbir, ketelusan dan kebertanggungjawaban pemimpin dalam menguruskan parti dan negara.

Dalam ucap tamanya, Anwar dijangka turut mengupas keghairahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menjalankan penyiasatan dan pendakwaan terpilih.

Amalan itu dikatakan membawa kepada kematian Teo Beng Hock, 30 tahun. Setiausaha Politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah itu dijumpai mati di perkarangan SPRM setelah beliau disoal siasat oleh badan itu selama 10 jam Rabu lalu.

Mayat Teo yang dijadual melangsungkan perkahwinannya hari ini, ditemui di atas bumbung bangunan tengah hari semalam.

SPRM dan polis setakat ini cuba memberi gambaran bahawa Teoh telah membunuh diri setelah di soal siasat tetapi belum menjelaskan butiran penuh siasatan. SPRM juga tidak mahu mengulas tindakannya menyoal Teoh sebagai seorang saksi sehingga awal pagi tanpa kehadiran peguam.

SPRM : PEMBELAAN UNTUK TEO

Mudah untuk Timbalan Perdana Menteri, para menteri serta pegawai atasan agensi siasatan dan penguatkuasaan undang undang untuk menasihati rakyat "bertenang", "jangan buat kesimpulan', "jangan tuduh SPRM" dan "biar polis siasat " berhubung misteri yang menyelebungi kematian Teo Beng Hock.

Begitu juga mudah untuk melafaz janji "kami akan siasat dengan telus ", "tidak akan sorok apa apa" dan " akan dedah semua". Hakikatnya kita semua mesti akur.Biarlah polis menyiasat.Bila selesai kelak terimalah hasil siasatan.

Tetapi masalahnya ialah bila kerajaan pusat berkata demikian, ramai yang ragu. Ramai yang sangsi. Kerajaan pusat bersama agensi siasatan dibawah pentadbirannya termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan khususnya pasukan polis mengalami krisis kredibiliti.

Dalam erti kata lain ramai yang tidak percayai siastan yang dijalankan benar benar adil.saksama.telus dan menyeluruh. Itu masalahnya.

Itu bukan tuduhan orang politik.Itu suara hati rakyat.Buktinya lihat sahaja komen "rakyat biasa" yang luahkan dalam alam siber menerusi blog dan sebagainya. Majorti rakyat biasa sangsi. Mereka tidak boleh dipersalahkan.

Apabila berlaku kematian "misteri" di lokap polis umpamanya, rakyat kerap diberitahu "hasil siasatan menunjukkan punca kematian ialah terminum air, terjatuh dalam bilik air, lemas dalam sungai". Rakyat tidak lupa kematian A.Kugan, Choong Soy Soy, dan Francis Udayappan.

Kini berdepan pula dengan kematian Teo Beng Hock. Apa yang sebenarnya terjadi? Rakyat tidak tahu. Tapi mahu tahu. Kenyataan dan penjelasan pihak atasan SPRM dan polis sehingga ini tidak banyak membantu. Malah kenyataan dan penjelasan yang dibuat menimbulkan lebih banyak peroslan daripada jawapan.

Rakyat diberi tahu Teo bukan suspek kes salah guna wang peruntukkan wakil rakyat. Mendiang kata SPRM hanya seorang saksi.Namun SPRM menyoal siasatnya daripada jam 6 petang Rabu 15 Julai hingga 3.45 pagi Khamis 16 Julai. Yang rakyat ingin tahu adakah ini prosidur biasa?

Soal siasat berterusan sehingga awal pagi?

Rakyat diberitahu mendiang Teo dibenarkan pulang pukul 4 pagi Khamis 16 Julai tetapi Teo mahu rehat diatas sofa pejabat SPRM. Mendiang dilihat berada di pejabat berkenaan pukul 6 pagi. Selepas itu tidak ada siapa nampak mendiang. Tujuh jam kemudian mayat Teo ditemui di tingkat lima bangunan bersebelahan pejabat SPRM Shah Alam.Yang rakyat tanya mengapa soerang yang baru dibebaskan setelah disoal siasat berjam-jam lamanya memilih untuk berehat di tempat dia disoal siasat? Mengapa tidak terus pulang? Tidak menghubungi keluarga, kawan mahupun bosnya?

Rakyat juga ingin tahu mengapa "orang luar' atau seorang yang bukan pegawai atau kakitangan SPRM dibiarkan berada atau "berkeliaran' di pejabat agensi penting pada awal pagi atau pada "pagi pagi buta"? Tanpa pengawasan?

Banyak lagi yang dipertikaikan. Tetapi yang mesti diberi perhatiannya ialah kebimbangan rakyat berdasarkan dakwaan ahli majlis perbandaran Klang Tan Boon Hwa yang turut disoalsiat SPRM berhubung kes yang sama.Tan mendakwa beliau telah diancam,dihina,dimaki dan diherdik. Tan juga diarah berdiri beberapa jam ketika sesi soal siasat.

Lebih membimbang apabila rakyat mengimbas kembali dakwaan seorang lagi ahli majlis perbandaran tidak berapa lama dulu. Kali ini dari Simpang Renggam.
Beliau mendakwa matanya ditutup dan pegawai SPRM menendang dan memukulnya ketika disoal siasat.

Begitu juga seorang dakwaan seorang ketua UMNO bahagian dari Pahang. Beliau juga mendakwa pegawai SPRM menendang dan menumbuknya untuk memaksa belaiu mengaku telah memberi wang kepada UMNO sebagai sogokan pada pemilihan parti yang lalu. Beliau turut mendedahkan pegawai SPRM mengancam untuk menangkap dan menelanjangi isterinya.Cukup menakutkan.

Lantas, apa yang berlaku keatas mendiang Teo mesti diketahui umum.Pemimpin UMNO Tengku Razaleigh Hamzah sendiri mengakui kes Teo meletakkan kredibiliti kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan agensi penyiasatn negara dibawah mikroskop rakyat.

Justeru atas nama keadilan rakyat menuntut siasatan dijalankan badan independen atau satu suruhanyjaya diraja bebas.

Keadilan untuk mendiang Teo,

Keadilan untuk ibu bapa,tunang dan keluarga mendiang Teo.

Dan keadilan untuk Malaysia tercinta.

Manek Urai : PAS Malu Sendiri

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai telah pun berlalu dan kemenangan tipis diperoleh PAS dengan suasana hambar ekoran aib yang berlaku sebelumnya apabila pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun mengumumkan bahawa calon PAS Mohd Fauzi Abdullah sudah menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

pasklukklekNamun demikian, kenyataan yang diterima adalah amat bertentangan biarpun menang, tetapi amat memalukan kerana majoriti merudum dan hanya memperoleh sekadar 65 undi sahaja.

Kenyataan tersebut sememangnya pahit untuk diterima oleh ahli-ahli PAS khususnya para pemimpinnya apatah lagi sebelum ini telah dikatakan bahawa DUN Manek Urai adalah kubu kuat PAS yang tidak mungkin akan ditembusi oleh UMNO/BN.

Namun demikian, keputusan yang diumumkan menidakkan kenyataan PAS yang sememangnya terkenal melakukan dalam provokasi dan manipulasi sebagai senjata politik mereka dalam berhadapan dengan UMNO/BN.

Dek kerana malu yang menebal jugalah tiada sebarang laungan takbir dan sorakan dari para penyokongnya semasa keputusan pilihan raya tersebut diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bukan itu sahaja, sebagai menutup malu sendiri, sekarang ini sibuk pula para pemimpinnya memutarbelitkan cerita kononnya majoriti yang diperolehi calon PAS merosot kerana tindakan UMNO/BN yang menggunakan wang sebagai sogokan dan mainan dalam pilihan raya tersebut.

Bukan sahaja melalui laman rasmi mereka, malahan media massanya juga turut sama menyiarkan pelbagai kenyataan yang sememangnya terbukti mempertikaikan kemampuan UMNO/BN dalam menarik perhatian masyarakat.

Lebih teruk lagi, para pemimpin PAS sanggup mengatakan bahawa penduduk Manek Urai yang memberikan sokongan kepada UMNO/BN telah menerima rasuah dengan nilai yang tinggi.

Dalam hal ini, fikirkanlah kewajarannya, adakah para penduduk di Manek Urai begitu murah dan mudah untuk dijual beli dan memperjudikan nasib serta masa hadapan mereka sendiri.

Apa yang jelas, para penduduk yang memberikan sokongan kepada UMNO/BN sedar bahawa tidak ada sebarang pembangunan yang dibawa oleh PAS sepanjang hampir 20 tahun mentadbir Kelantan.

Dalam masa yang sama, masyarakat tempatan juga menolak dakyah buruk para pemimpinnya yang lebih mementingkan kepartian daripada perpaduan keseluruhan di samping tindakan negatif termasuk mencaci maki dan sebagainya.

Sewajarnya, kesempatan memalui pilihan raya kecil tersebut dijadikan sebagai pengajaran kepada PAS bahawa janganlah bersikap lebih sudu dari kuah lantas yang malu adalah diri sendiri sebaliknya selidik dahulu fakta dan kebenaran agar pisang tidak berbuah dua kali.

Manek Urai : Pengajaran untuk PAS dan Pakatan Rakyat

Oleh Zulkifli Sulong

Kira-kira jam 4 petang Julai 14, ketika pengundi Manek Urai masih sibuk mengundi, Pengarah Operasi pilihan raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun, mengeluarkan kenyataan kepada media, "PAS akan menang 2,000 undi."

Sebelum itu, ketika hari masih pagi di hari yang sama, berita angin tersebar kira-kira 1,300 pengundi luar PAS pulang untuk mengundi. Ia melebihi dari mereka yang pulang ketika pilihan raya umum 2008 lalu iaitu seramai 1,200 orang.

Sejak dari awal kempen lagi, PAS sangat bergantung kepada pengundi luar ini. Di Manek Urai, Umno berkata mereka ada 500 hingga 700 pengundi luar manakala PAS pula menyatakan mereka mempunyai hampir 2,000 pengundi yang berada di luar kawasan Manek Urai.

Kedudukan mereka pula merata. Dari Kota Baru sendiri sehinggalah ke Kuala Lumpur, Selangor hatta Singapura dan Johor serta di negeri berjiran dengan Kelantan iaitu Pahang dan Terengganu.

Pelbagai usaha dibuat untuk memastikan mereka pulang. Akhirnya, di pagi Julai 14i, apabila PAS mendapat maklumat 1,300 mereka telah pulang, Abdul Fatah mengeluarkan kenyataan penuh yakinnya itu.

Kini terbukti, kenyataan itu meleset. Hampir pasti tidak semua 1,300 yang pulang itu mengundi PAS. Yang pasti, ada antara 1,300 yang pulang itu turut berbaris di sebuah rumah lama yang menjadi sebahagian Pejabat Kesedar untuk mendapat wang RM300 dari BN untuk setiap pengundi luar itu.

Exco kerajaan negeri Selangor dari PAS, Dr Halimah Ali, dalam kenyataannya melahirkan kebimbangan kalau-kalau serang menyerang antara exco dan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu menjadi punca kekurangan majoriti PAS kali ini. Ini kerana, lebih 100 pengundi luar Manek Urai tinggal atau bekerja di Selangor.

Selain di Selangor, para pemimpin Pakatan juga saling serang menyerang di Kedah dan Pulau Pinang. Seolah-olah mereka tidak boleh sabar buat seketika sehingga pilihan raya kecil itu selasai.

Saya bersetuju dengan Halimah bahawa apa yang berlaku itu menghantar isyarat negatif kepada para pengundi. Selepas mereka tidak boleh percaya kepada Umno, apakah yang mereka boleh harapkan dari Pakatan Rakyat kalau sesama mereka pun berselisih faham dan saling tuduh menuduh.

Selain Pakatan Rakyat, saya juga melihat apa yang berlaku dalam PAS, juga telah memberikan sumbangan dalam pilihan raya kecil ini.

Mungkin isu kerajaan perpaduan tidak memberikan kesan kepada pengundi secara langsung tetapi ia memberikan kesan yang sangat besar kepada jentera PAS di sana.

Oleh kerana agak sibuk dan menghadapi masalah pribadi, buat pertama kalinya dalam mana-mana pilihan raya kecil, saya tidak turun sekalipun ke Manek Urai. Padahal, sekurang-kurangnya saya biaasanya memimpin dua pasukan petugas penting untuk setiap kali pilihan raya yang melibatkan PAS. Namun kali ini, saya terasa khidmat kami tidak berapa diperlukan. Jadi, kami tidak pergi.

Saya telah menghantar seorang wartawan kanan untuk membuat liputan pilihan raya kecil ini. Biasanya, oleh kerana kami rapat dengan wartawan Harakah (kerana ramai antara wartawan Siasah pernah bertugas dengan Harakah), kami akan dapat tinggal dan menumpang di pejabat yang wartawan Harakah bertugas.

Kali ini, wartawan kami itu terasa benar beliau tidak dikehendaki di situ. Dia diminta mendapatkan pas untuk membolehkan beliau bertugas dari pejabat itu. Walaupun nama, surat dan gambar diberikan untuk mendapatkan pas itu, sehingga akhir, beliau tidak mendapat pas kerja itu.

Hasilnya terpaksalah beliau menumpang di lain-lain tempat untuk membuat kerja sebagai seorang wartawan.

Nasib kawan saya ini juga dialami oleh beberapa petugas PAS dari luar Kelantan. Turut mengalami nasib yang sama adalah para pemimpin kanan PAS dari luar Kelantan. Kedatangan mereka seolah-olah tidak berapa dikehendaki di sini.

Saya diberitahu, tiga pemimpin kanan PAS (anggota Dewan Harian) tidak mendapat pas masuk ke pusat penamaan calon. Alasannya kerana pas masuk sudah habis. Tetapi selepas itu sekumpulan ahli PAS yang diketuai seorang anggota Parlimen dilihat mereka masuk ke pusat penamaan calon itu kerana memiliki pas dari SPR yang diperuntukkan kepada PAS itu.

Apabila diselidik, rupanya isu kerajaan perpaduan tidak selesai sebagaimana yang sepatutnya. Untuk menutupnya, pendekatan “localise” telah dikuatkuasakan iaitu isu dan petugas tempatan yang akan mengendalikan kempen ini. Orang luar, hanya “yang perlu” sahaja hadir.

Akibatnya, sebagaimana yanag saya katakan tadi, ramai petugas luar PAS yang datang hanya menjadi pelancong pilihan raya sahaja. Selepas sehari dua tidak berperanan, mereka pulang ke tempat masing-masing.

Kesannya, hanya petugas tempatan sahaja yang mendominasi jentera PAS kali ini. Seorang rakan wartawan melaporkan, ketika PAS sibuk melaksanakan aktiviti untuk menarik golongan belia di padang bola, para pemimpin Umno naik ke rumah-rumah pengundi memberikan wang dan pelbagai jenis projek untuk pengundi.

Turut dijanjikan adalah sebuah jambatan bernilai RM7 juta-RM10 juta yang akan dibina keesokan harinya jika BN menang. Jambatan ini akan menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama yang kini dihubungkan oleh jambatan satu lorong sahaja. Inilah yang dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Hasilnya, yang tinggal menyokong PAS adalah pengundi tegar mereka. Siapakah mereka? Mereka adalah para pemuda PAS yang datang ke situ pada tahun 1970an dahulu untuk menyertai Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) anjuran kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Asri Haji Muda. Ketika PAS hanya tinggal dua kerusi dalam Dun Kelantan pada tahun 1978 dahulu, kerusi Manek Urai adalah salah satu darinya.

Sebab itulah PAS menang di peti undi Lata Rek, Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Sungai Peria kerana di sinilah terletaknya RPT itu. Peti undi yang PAS kalah adalah Manek Urai Baru, Manek Urai Lama, Manjoi, Temale dan Lakloh.

Kini, PAS dan Pakatan kena mengkaji balik apa yang berlaku di Manek Urai. Jadikan ia sebagai satu peringatan. Walaupun PAS Kelantan terkenal dengan kehebatannya namun apabila jentera tidak kompak, musuh-musuh boleh masuk dengan mudah.

Kepada Pakatan Rakyat, jangan mimpilah anda mahu ke Putrajaya melalui pilihan raya umum ke 13 nanti kalau perangai dan tingkah laku masing-masing sebagaimana sekarang. Pengundi Manek Urai telah membunyikan jam loceng amaran kepada anda... tidak perlu salahkan BN, salahkan diri anda sendiri. Percayalah, jika anda berubah, masa belum terlambat. Anda belum kalah tetapi hanya hampir kalah sahaja.

Pendakwa Kemuka Rayuan Dalam Kes Anwar..!!! Apakah asas pendakwaraya halang Anwar dapatkan dokumen pertuduhan...???

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pihak pendakwaan Jumaat memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang memerintahkan agar sebahagian besar dokumen yang diminta oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim diserahkan kepada mereka bagi memudahkan persiapan menghadapi perbicaraan kes liwat beliau.

Notis itu, yang difailkan di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi di sini, ditandatangani Peguam Cara Negara I Datuk Idrus Harun.

Pihak pembelaan dijangka memfailkan Isnin ini permohonan agar perintah itu ditangguhkan pelaksanaannya.

Semalam, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah meluluskan permohonan Anwar dan memerintahkan pihak pembelaan menyediakan dokumen berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

Beliau bagaimanapun menolak permohonan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu bagi mendapatkan sampel spesimen yang telah diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim itu memutuskan bahawa sampel berkenaan telah disita oleh ahli kimia dan pihak pembela boleh memeriksanya setelah ia dikemukakan kepada mahkamah.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Antara dokumen yang dibenarkan diberi kepada pihak pembelaan ialah kenyataan Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium berkenaan Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga saksi utama lain.

Dokumen lain ialah salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dan di kawasan menunggu lif di Blok 11 kondominium itu dari 25 hingga 27 Jun, 2008.

Sementara itu, ketika dihubungi, peguam S. N. Nair berkata pasukan peguam bela Anwar belum menerima notis rayuan itu dan Anwar telah memintanya memfailkan rayuan balas.

Mahkamah menetapkan 24 Julai sebagai tarikh sebutan permohonan Anwar bagi mengetepikan tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya dan tarikh sebutan kes itu.

Kes Kematian Teo : Yang tersirat......????

[muka_hadapan+um+170709.jpg]

Nasib Rakyat Malaysia

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

(Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal The writing was already on the wall so long ago oleh Raja Petra.)

DEATH OF TEOH BENG HOCK: Q&A with Federal MACC director of investigations Datuk Mohd Shukri Abdul

 He was to return with more documents

AT a Press conference held at the MACC's office in Plaza Masalam in Shah Alam yesterday, the place where Teoh Beng Hock was last seen before his tragic death, MACC director of investigations Datuk Mohd Shukri Abdul gave the first official statement about the episode.

What happened?

We were alerted to a body discovered at the 5th floor of Plaza Masalam at 1.30pm and our checks later showed that he was actually one of our witnesses in an ongoing investigations into State funds of a State assemblyman.

How was the body discovered?

Because someone was screaming downstairs. We don't know who it was.

Who was this witness?

The deceased was a special assistant to the Seri Kembangan State assemblyman.

How was he questioned?

We took his statements about 5pm on Wednesday and the session ended about 3.45am. He was allowed to go home, he was supposed to bring other documents to assist investigations later.

What happened between then and the fall?

He said that he was tired and wanted to rest at the settee. He was last seen by one of our officers at 6am, still sleeping.

From which floor? From where?

We don't know. The police are investigating. We are not sure if it was from the 14th floor or if he went downstairs. We are not sure.

Is this building monitored through CCTV?

As far as I know there are no CCTV cameras in our office.

How about witnesses?

We have no witnesses in MACC who saw him since 6am. We were only informed at 1.30pm.

When did it happen?

We don't know.

How was the deceased when he was giving his statements? Was he under pressure?

He was normal. He is just a witness. He was not the accused. According to Ean Yong, he had appealed to MACC for the deceased to be allowed to leave earlier and return today. This request was denied. We recorded his statements fully.

Did he complain about health problems?

No. He said he wanted to rest.

Did he cooperate during investigations?

He was cooperative. He was supposed to come back with additional documents later today after he slept.

How many officers were present when the deceased was questioned?

One.

How about after?
Our officers were working non-stop last night. Some were sleeping in their respective rooms last night.

Why was he questioned until the wee hours of the morning?

It is normal for MACC to record statements for about eight to nine hours. This is because our questions are very thorough.

Why wasn't he allowed to rest?

When we record statements, if the witness wants a break, we will take a break. We will ask him if he needs a rest. The same goes for any witness. I was informed he did get food and water.

Why was there a probe on the financial allocations?

We receive general information that there were misappropriation of State rep's funds. We are not focusing on any specific State rep. We are not sure who is involved. We are visiting certain areas, checking documents, to see if the allegations are true. - The Malay Mail

Manek Urai : Laporan Polis Berkaitan Aktiviti Sogokan Wang di UPU Sungai Peria

17/7/2009( 11 pagi)-Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ust Mahadi Mat Zain dengan ditemani oleh YB Ust. Abd Latif Abd Rahman, Ketua DPPNK yang juga YDP kawasan Kuala Krai dan Sdr. Hisham Fauzi, Naib Ketua DPPNK dan seorang peguam daripada Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) pada hari ini telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Krai berkaitan satu aktiviti penyogokan wang dilakukan oleh pihak Barisan Nasional pada hari pengundian. Lebih malang lagi, aktiviti penyogokan wang tersebut telah dibuat secara terbuka di perkarangan sebuah rumah di dalam kawasan premis kerajaan iaitu pejabat KESEDAR Sungai Peria yang hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja daripada Sekolah Kebangsaan Peria iaitu salah satu pusat pembuangan undi dalam Dun Manek Urai.


Menurut Mahadi yang juga pengundi berdaftar bagi UPU Sungai Peria, aktiviti penyogokan tersebut telah bermula seawal pusat pengundian dibuka tetapi tindakan hanya dapat diambil pada jam 10.30 pg memandangkan nasihat daripada pihak peguam agar tindakan serbuan perlu melibatkan anggota MAFREL dan pihak polis serta SPR dan perlu diiringi wartawan. Ini kerana aktiviti penyogokan tersebut telah dilakukan di dalam kawasan premis kerajaan dan tidak boleh dicerobohi oleh orang awam.Penyogokan bersifat ekslusif menggunakan premis kerajaan ini mungkin merupakan satu taktik baru Barisan Nasional bagi menunjukkan kuasa dan kawalan mereka atas premis dan jentera kerajaan.

Di dalam laporan tersebut Mahadi menyatakan bahawa lebih kurang jam 11 pagi, beliau dengan diiringi oleh 4 orang anggota MAFREL, 2 orang anggota polis beruniform dan wartawan serta seorang Peguam telah membuat serbuan ke premis tersebut. Walau bagaimana pun tindakan mereka telah dihalang dan Mahadi sendiri telah terjatuh dari tangga premis tersebut akibat ditolak oleh salah seorang petugas BN yang dikenali sebagai "Mat Zain Bas" ketika cuba memasuki rumah tersebut.

Anggota MAFREL juga telah dihalang oleh beberapa petugas BN ketika cuba untuk memasuki rumah tersebut. Setelah petugas BN membuat rundingan dengan seorang anggota polis, maka Mahadi, anggota MAFREL dan semua penyokong PAS yang sama-sama berada dalam premis KESEDAR tersebut telah diarahkan keluar kerana mereka boleh didakwa cuba menceroboh premis kerajaan dan cuba merusuh. Petugas BN juga menyuruh anggota MAFREL juga keluar kerana MAFREL tiada kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan kerana mereka hanya sebagai pemantau dan pemerhati pilihanraya sahaja. Anggota polis tersebut juga berjanji untuk membuat siasatan berkaitan aduan ini. Para penyokong PAS atas nasihat daripada peguam telah bersetuju mengosongkan premis KESEDAR dan hanya mampu membuat pemantauan dari luar pagar sahaja kerana terpaksa akur akan peraturan dan undang-undang.

Oleh itu, Mahadi menggesa Pihak Berkuasa terutama pihak Polis dan SPRM agar membuat siasatan terperinci berkaitan kes penyogokan tersebut yang telah dibuat secara berani dan terang-terangan pada hari pengundian menggunakan premis kerajaan yang terletak hanya 50 meter sahaja daripada pusat pengundian. Kegagalan pihak berkuasa untuk menyiasat aduan ini pastinya akan membenar dan menguatkan lagi tanggapan orang awam akan ketidaktelusan pihak berkuasa dalam menyiasat aduan berkaitan penyalahguaan kuasa oleh Barisan Nasional dan wujud penguasaan kerajaan dalam mengawal segala tindakan pihak berkuasa ke atas satu-satu aduan terutamanya yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Mahadi juga menegaskan bahawa pihaknya mempunyai bukti kukuh berkenaan aduan tersebut kerana insiden tersebut telah dirakam dan pengakuan salah seorang petugas UMNO telah dirakam secara jelas dan akan diserahkan dalam bentuk VCD kepada pihak Polis. Kegagalan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan hanya akan memprejudiskan tanggapan rakyat terhadap mereka.



Mahadi ditemani YB Ust. Latif dan Sdr. Hisham membuat laporan Polis



Manek Urai : Laporan Polis Berkaitan Aktiviti Sogokan Wang di UPU Sungai Peria

17/7/2009( 11 pagi)-Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ust Mahadi Mat Zain dengan ditemani oleh YB Ust. Abd Latif Abd Rahman, Ketua DPPNK yang juga YDP kawasan Kuala Krai dan Sdr. Hisham Fauzi, Naib Ketua DPPNK dan seorang peguam daripada Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) pada hari ini telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Krai berkaitan satu aktiviti penyogokan wang dilakukan oleh pihak Barisan Nasional pada hari pengundian. Lebih malang lagi, aktiviti penyogokan wang tersebut telah dibuat secara terbuka di perkarangan sebuah rumah di dalam kawasan premis kerajaan iaitu pejabat KESEDAR Sungai Peria yang hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja daripada Sekolah Kebangsaan Peria iaitu salah satu pusat pembuangan undi dalam Dun Manek Urai.


Menurut Mahadi yang juga pengundi berdaftar bagi UPU Sungai Peria, aktiviti penyogokan tersebut telah bermula seawal pusat pengundian dibuka tetapi tindakan hanya dapat diambil pada jam 10.30 pg memandangkan nasihat daripada pihak peguam agar tindakan serbuan perlu melibatkan anggota MAFREL dan pihak polis serta SPR dan perlu diiringi wartawan. Ini kerana aktiviti penyogokan tersebut telah dilakukan di dalam kawasan premis kerajaan dan tidak boleh dicerobohi oleh orang awam.Penyogokan bersifat ekslusif menggunakan premis kerajaan ini mungkin merupakan satu taktik baru Barisan Nasional bagi menunjukkan kuasa dan kawalan mereka atas premis dan jentera kerajaan.

Di dalam laporan tersebut Mahadi menyatakan bahawa lebih kurang jam 11 pagi, beliau dengan diiringi oleh 4 orang anggota MAFREL, 2 orang anggota polis beruniform dan wartawan serta seorang Peguam telah membuat serbuan ke premis tersebut. Walau bagaimana pun tindakan mereka telah dihalang dan Mahadi sendiri telah terjatuh dari tangga premis tersebut akibat ditolak oleh salah seorang petugas BN yang dikenali sebagai "Mat Zain Bas" ketika cuba memasuki rumah tersebut.

Anggota MAFREL juga telah dihalang oleh beberapa petugas BN ketika cuba untuk memasuki rumah tersebut. Setelah petugas BN membuat rundingan dengan seorang anggota polis, maka Mahadi, anggota MAFREL dan semua penyokong PAS yang sama-sama berada dalam premis KESEDAR tersebut telah diarahkan keluar kerana mereka boleh didakwa cuba menceroboh premis kerajaan dan cuba merusuh. Petugas BN juga menyuruh anggota MAFREL juga keluar kerana MAFREL tiada kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan kerana mereka hanya sebagai pemantau dan pemerhati pilihanraya sahaja. Anggota polis tersebut juga berjanji untuk membuat siasatan berkaitan aduan ini. Para penyokong PAS atas nasihat daripada peguam telah bersetuju mengosongkan premis KESEDAR dan hanya mampu membuat pemantauan dari luar pagar sahaja kerana terpaksa akur akan peraturan dan undang-undang.

Oleh itu, Mahadi menggesa Pihak Berkuasa terutama pihak Polis dan SPRM agar membuat siasatan terperinci berkaitan kes penyogokan tersebut yang telah dibuat secara berani dan terang-terangan pada hari pengundian menggunakan premis kerajaan yang terletak hanya 50 meter sahaja daripada pusat pengundian. Kegagalan pihak berkuasa untuk menyiasat aduan ini pastinya akan membenar dan menguatkan lagi tanggapan orang awam akan ketidaktelusan pihak berkuasa dalam menyiasat aduan berkaitan penyalahguaan kuasa oleh Barisan Nasional dan wujud penguasaan kerajaan dalam mengawal segala tindakan pihak berkuasa ke atas satu-satu aduan terutamanya yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Mahadi juga menegaskan bahawa pihaknya mempunyai bukti kukuh berkenaan aduan tersebut kerana insiden tersebut telah dirakam dan pengakuan salah seorang petugas UMNO telah dirakam secara jelas dan akan diserahkan dalam bentuk VCD kepada pihak Polis. Kegagalan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan hanya akan memprejudiskan tanggapan rakyat terhadap mereka.



Mahadi ditemani YB Ust. Latif dan Sdr. Hisham membuat laporan Polis


Kes Teoh: 'Kami tidak sembunyi apa-apa'

"Apa pun, kami bukan mahu menyembunyikan sesuatu. Kami mahu perkara ini disiasat secara telus. Polis sedang menyiasat dan kita patut tunggu sehingga mereka menyiapkan siasatan mereka," janji timbalan perdana menteri.

Mengulas kes kematian mengejut dan luar biasa setiausaha politik exco kerajaan Selangor di bawah pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, lapor Bernama, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menggesa semua pihak membenarkan polis menjalankan siasatan tanpa sebarang halangan.

"Kami tidak boleh membuat andaian kerana kami masih belum mengenal pasti sebab di sebalik kejadian ini. Tolong jangan menunding jari kepada sesiapa.

"Kami tidak boleh menuduh sesiapa atau membuat dakwaan tidak berasas kerana ia akan menimbulkan masalah tidak sepatutnya kelak. Mari kita tunggu polis menyiasat kejadian ini," beliau dipetik berkata.

Semalam, Teoh Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, exco pembangunan kampung baru Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat suruhanjaya tersebut.

Mayatnya ditemui sembilan tingkat di bawah dari pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 oleh penjaga bangunan itu pada kira-kira 1.30 tengah hari.

Teoh membantu dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat di negeri berkenaan.

Laporan akhbar mendedahkan Teoh dipanggil memberikan keterangan oleh SPRM pada petang Rabu dan dibenarkan keluar dari ibu pejabat SPRM itu pada kira-kira 3.45 pagi semalam.

"Penyiasatan itu adalah tanggungjawab polis. Mereka perlu menjalankan penyiasatan terperinci. Tiada apa yang perlu ditakutkan.

"Polis boleh menyiasat sesiapa sahaja, termasuk SPRM, ahli politik dan individu. Tidak patut ada sebarang halangan terhadap penyiasatan polis," Muhyiddin dilaporkan berkata.

Beliau menggesa semua pihak supaya tidak beremosi berhubung kejadian itu.

Ditanya mengenai demonstrasi anjuran parti-parti pembangkang khususnya DAP berhubung kejadian itu, katanya, perkara itu tidak perlu kerana polis lebih tahu mengenai situasi itu.

"Ini di bawah bidang kuasa keselamatan. Jika polis kata tidak perlu
menganjurkan demonstrasi seperti itu, dengan itu jangan salahkan mereka jika mereka mengambil tindakan terhadap demonstrasi seumpama itu.

"Kejadian ini mendapat banyak perhatian. Jangan buat tuduhan palsu... biarkan polis siasat.

"Saya pasti polis akan memastikan penyiasatan dilakukan secara terperinci, tiada apa akan disembunyikan," katanya.

Orang terakhir jumpa Teo: Saya didera SPRM...

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".

Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

Manek Urai : Menang jugak walaupun tipis

Walaupun sedikit lewat aku nak jugak la ucapkan takniah kepada semua yang terlibat bersungguh-sungguh bertugas nak bagi calon PAS menang masa PRK Manek Urai.

Ramai bloggers yang dah buat 'post mortem' PRK Manik Urai. Macam² bunyi ada. Pada aku semua pendapat tu kena diambik kira untuk difikirkan dan diambik pengajaran untuk tindakan masa depan.

Katanya PAS pun akan buat 'post mortem' menyeluruh PRK ni. Cumanya mungkin kita² ni tak berpeluang nak tengok hasil 'post mortem' tu.

Pendangan aku pasai keputusan Manek Urai ni, mula-mula sekali aku terkejut jugak, pasai apa menang sikit sangat. Pada aku tak patut sangat majoriti 65 undi, banyak lagi undi rosak dari majoriti.

Tapi bila baca ulasan kat blog lain aku boleh terima la, terima seadanya. Janji memang walaupun 1 undi.

Aku tertarik nak kongsi beberapa tulisan kat sini yang mungkin patut dibaca.
Teman bersembang dengan orang kampung kat Manek Urai Lama, kalau orang Pas kabo nih kubu kuat deme, teman harap deme pikior la balik. Tempat nih rata-2 orang Umno. Deme sokong Pak Su balik dulu sebab marah dengan Zul (mantan calon BN). Sebab ape teman tak tau. Kampung nih daif. Orang kampung yang otai jarang lepak umah mahupun kat masjid. Deme lagi ramai lepak kedai kopi. Tipikal Umno pun lepak kedai kopi. Tapi sebab orang Pas semua warak, deme tak lepak kat kedai kopi. Kalau mai lepak pun kat kedai yang memang orang Pas.

Macam maner deme boleh kabo deme dah tapau abis sedangkan masa petang hari terakhir tu, orang kampung situ masih 50-50. 1
Semua orang penuh yakin dengan kemengan PAS melebihi 2000 undi ketika pukul 3.00 petang, memang itu keyakinan jentera PAS denganjumlah kemenagan tersebut, dari mana angka itu dapat..angka itu dapat dari ‘culaan ‘ yang di lakukan oleh jentera tempatan di MU, saya yang bertugas di Laloh pun merasakan bahawa Laloh akan di menangi oleh PAS dengan Majoriti melebihi 200 Undi,

di mana asas tersebut…asasnya ialah culaan, jumlah pengundi yang di cula Bulan dan pengundi luar di banding dengan culaan BN, maka kemenangan yang paling selesa akan kita perolehi di Laloh, tapi tiba-tiba pengiraan sebenar PAS tewas dengan 30 undi di Laloh, suatu yang mengejutkan. Kenapa begini? Bagi saya hanya dua sebab sahaja;
1. Culaan Kita Silap
2. Pengundi Kita telah di beli.
Ada yang menyatakan bahawa culaan kita kita tak betul, yang satu benda yang boleh juga di terima, namun bila kita bercakap tentang ketepatan cula maka kita perlu melihat dari mana datangnya sumber cula tersebut, kerana sumber culaan tersebut itu melambangkan ketepatan culaan, UMNO mungkin menggunakan Polis, Kemas, mungkin juga tentera untuk mencula sebab itu kita lihat culaan mereka hampir tepat.

Di Kelantan culaan yang di lakukan oleh jentera tempatan bagi saya adalah antara
yang paling tepat di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri lain kerana mereka juga mempunyai jentera kerajaan untuk mencula, Program Kifalah yang merekodkan hampir semua penduduk, Program armalah, Program Ladang Rakyat dan macam-macam program lagi boleh menjadikan culaan menjadi hampir tepat.

Di tambah lagi dengan program ziarah yang di adakan sepanjang tempoh kempen ini telah meng’update’kan lagi culaan yang sedia ada, maka kesimpulannya bagi saya culaan yang di lakukan oleh Tok Penghulu berdasarkan kepada rekod-rekod yang ada adalah hampir tepat.
Kalau hampir tepat kenapa masih lagi tidak betul dengan apa yang berlaku..sepatut menang 200 undi di Laloh tetapi kalah 30 undi… 2

Untuk menggambarkan sudut-sudut kekalahan itu, izinkan saya mengungkapkannya dalam bentuk pertanyaan untuk menjadi renungan.
  • Adakah benar kita menyertai PRK Manek Urai dalam suasana kasih-sayang dan ikatan persaudaraan berasaskan jamaah teruji dan longgar?

  • Mengapa ada yang boleh turun dan ada yang tidak, ada poster yang boleh terpamer dan ada yang tidak?

  • Benarkah ada pihak yang mengambil kesempatan gelanggang terbuka ini untuk menuding jari dan menjeling tajam kepada orang-orang tertentu?

  • Mengapa dibiarkan ahli-ahli gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab?

  • Betulkah mereka yang berada di luar Pas yang bersedia membantu kita, turut merasa rimas dan lemas dengan kerenah sesama kita?

  • Benarkah ada orang yang merasa dirinya bijak dan hebat sehingga menafikan kebolehan dan keupayaan orang lain?
Cukup sekadar itu. 3

Apa² pun, sekali lagi tahniah pasai menang calon PAS jugak di PRK Manek Urai.

Najib, Muhyiddin dan Hishamuddin Perlu Bertanggungjawab Di Atas Kematian Pembantu Exco

Banyak pihak hari ini mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein perlu bertanggungjawab di atas kematian seorang pembantu ahli politik pembangkang Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.

Selama ini Polis dan SPRM telah dibiarkan bertindak secara sewenang-wenangnya ke atas tahanan yang disoal-siasat sehingga berlaku beberapa sisi kecederaan dan kematian dan pihak Kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk mempastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Pihak Polis sentiasa membuat kenyataan-kenyataan yang cuba untuk menutup segala salahlaku di pihak mereka dan SPRM yang menyebabkan seorang demi seorang telah mati akibat perbuatan durjana mereka malah pihak kerajaan membiarkan polis melakukan "cover-up" untuk melindungi perbuatan keji anggota mereka.

Di dalam satu perkembangan terkini Polis telah bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian Teo Beng Hock, demikian lapor Malaysiakini.

Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.

Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.

Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.

Sekurang-kurangnya enam orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar,, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Turut ditangkap ialah Lu Chuan Boon (kanan), pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meteri apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.

Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.

ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kiri) dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu.

Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ.

Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.

Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.

Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.

Death of Comrade Teoh Beng Hock – 3 Questions for MACC

Our Comrade Teoh Beng Hock was found dead in MACC HQ at Plaza Wasalam in Shah Alam yesterday afternoon. He was brought in to assist in investigation the day before and was questioned from 6pm to 4am.

3 questions for MACC:

1. Why the accelerated speed to investigate Selangor PR reps when there were obvious foul-play last year when BN reps spent upto 90% of their RM500k allocation in TWO months, that’s spending RM7.5k/day. This is not even mentioning the PNSB-Balkis and Disneyland spendings and the Istana Khir issues. Is there a double-standard by MACC in dealing with PR and BN leaders?

2. Why was Comrade Teoh questioned by MACC from 6pm to 4am, almost 10 hours throughout the night despite clarification by MACC investigation director Shukri Abdul that he was being brought in as a witness in investigation and not being probed himself?

3. Why was Comrade Teoh’s body not allowed access for a couple of hours by PR leaders who arrived at MACC HQ after being notified?

The circumstances surrounding Comrade Teoh’s death were odd. He was planning to register for marriage today and had no reason to commit suicide as some parties had suggested. MACC and PDRM must immediately conduct a thorough investigation including allowing an independant autopsy on Comrade Teoh and suspending the MACC investigation officer who questioned Comrade Teoh. MACC must prove beyond doubt that there is no foul-play in Comrade Teoh’s death or they will forever suffer the lost of whatever reputation they still have. The Prime Minister under whose department MACC was located has once again failed Malaysians by allowing yet another death-in-custody case to happen, if it is proven that this was the case of Comrade Teoh’s death.

We are also appalled by the publicity stunt by Penang Gerakan which organized the Purple Ribbon campaign against political-violence. The death of Comrade Teoh in MACC HQ happened almost immediately after the launch of their publicity stunt. Gerakan being a component party of Barisan Nasional should do more than just campaign like a power-restricted NGO or lobby group. Gerakan President who is now the KPI Minister in the PM’s department, Dr. Koh Tsu Koon should instead drive real reform in PDRM, MACC and other law enforcement bodies in Malaysia, not just being contented playing hero in the media. This death in MACC HQ incident therefore is a huge indicment against both Koh and Gerakan Penang.

To Comrade Teoh’s family, we wished to express our deepest condolence. We share in your sadness for the lost of a dear brother and a comrade in our political struggle. We assure you we will continue Comrade Teoh’s good fight to bring about a Malaysians Malaysia.

Heads must roll


Something is wrong with that picture.
The police is "Polis Forensik", indicating that it happened in Malaysia. Malaysia pun Boleh!
The location is at Plaza Masalam, the same building that placed MACC Hq.
And they way his body landed sideways, his hands bracing for a fall.
Theories may appear, but conscience tells us this is definitely not suicide.

Why would someone who is not a suspect jump off from a building after the MACC's questioning?
Why would someone "stay back" at the HQ after the questioning?
Why is the MACC questioning session ended at 3 am? (police pun sampai pukul 6 petang je tau?)
Why is the long gap between the when the body was found at 1 pm and when he was released at 3 am?

It is MACC"s responsibililty to ensure his safety, and this all happened in their premises.
Why why why.

It does not make sense.

Condolences to Teoh Beng Hock's family, and to his fiance, whom he would've have registered their marriage today, his death will be avenged.

Rest In Peace TBH.

MANEK URAI : WARNA-WARNA HARI MENGUNDI