Rabu, 15 Julai 2009

Manek Urai : Berakhirnya keghairahan 8 Mac Manek Urai buka lembaran baru


Oleh Lim Hong Siang

Pakatan Rakyat dikejutkan apabila kubu PAS di Kelantan, kawasan DUN Manek Urai hampir ditembusi UMNO-Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil yang diadakan semalam. Calonnya Mohd. Fauzi Abdullah hanya menang tipis dengan majoriti 65 undi, berbanding majoriti 1,352 undi pada 8 Mac 2008.

Secara sinisnya, keputusan semalam boleh dibaca sebagai "BN berjaya mempertahankan kekalahan dalam pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia" sejak 8 Mac 2008, namun ada juga munasabahnya sekiranya kemenangan tipis PAS ini ditafsir sebagai "kemenangan moral" BN.

Malah, editor Malaysiakini (versi bahasa Cina) Yong Kai Ping menganggap keputusan pilihan raya kecil Manek Urai, bersama peningkatan populariti Perdana Menteri Ke-6, Najib Abdul Razak (menurut soal selidik Merdeka Centre), telah membuka lembaran baru dalam pergolakan politik tanah air ini.

Keghairahan selepas Tsunami Politik

Mengimbas kembali tsunami 8 Mac 2008, Yong Kai Ping melakar gambaran bagaimana rakyat secara umumnya masih ghairah dengan kebangkitan kuasa rakyat, malah Pakatan Rakyat mula dibuai khayalan "menuju ke Putrajaya". Sementara itu, UMNO-BN yang diterajui Abdullah Ahmad Badawi, dan Najib selepas itu terus diselubungi suasana yang merudum.

Pakatan Rakyat dan pemimpin utamanya, Anwar Ibrahim dilambung dengan sorakan dan harapan yang tinggi, sebaliknya Barisan Nasional dan Najib yang terbelenggu dengan imej yang negatif terus dilempar dengan pelbagai tuduhan. Menurut keputusan soal selidik Merdeka Centre, populariti Najib hanya berada pada paras 45% di peringkat awal beliau mengambil alih tampuk pimpinan.

Keghairahan tersebut telah berakhir dengan senario baru politik mutakhir ini.

"Najib telah meraih populariti yang sepatutnya dimiliki seseorang pemerintah. Dengan keputusan pilihan raya kecil Manek Urai, tempoh bulan madu Pakatan Rakyat telahpun tamat. Ini bermakna, mulai malam ini, pemerintah dan pembangkang dalam keadaan seri, dan ini merupakan senario yang menarik," kata Yong.

Lihat BN, bukan PR

Penganalisis politik yang fasih dalam bahasa Cina, Jamaluddin Ibrahim (gambar kiri) pula mengingatkan bahawa tsunami politik yang mengombak pada 8 Mac tahun lepas disebabkan ketidakpuasan rakyat terhadap BN, bukannya sokongan terhadap PR.

"Tiada Pakatan Rakyat sebelum 8 Mac, rakyat mengundi untuk membantah BN."

Maka, Jamaluddin bertanggapan bahawa BN masih dijadikan sebagai sasaran mahupun rujukan ketika memahami pergolakan politik tanah air Malaysia.

Keresahan mula timbul apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kini menghadapi masalah luar dan dalaman, selepas lebih satu tahun mentadbir.

PR Kedah hanpir disembelih apabila DAP Kedah mengambil keputusan untuk keluar dari pakatan setelah ledakan isu pusat penyembelihan babi. Sementara Pulau Pinang pula menemui jalan buntu di Kampung Buah Pala, ditambah pula pertelingkahan antara DAP dan PKR. Malah, Selangor kini kecoh dengan tuntutan rombakan barisan EXCO, ditambah dengan tuduhan daripada ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang juga dari Pakatan Rakyat.

Tangkis dengan langkah konkrit

Pergelutan di atas mungkin mencungkil keraguan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan PR untuk mentadbir negara. Lantaran itu, kekhuatiran dilanjutkan dengan andaian sekiranya masyarakat kita tidak sanggup menanggung risiko yang terlalu tinggi demi reformasi, maka mereka mungkin "termakan" dengan janji "perubahan" yang dilaksanakan oleh Najib.

Walau bagaimanapun, Yong Kai Ping (gambar kanan) ketika mengulas kemungkinan Najib mengambil kesempatan atas "ketakutan" ini untuk terus berkuasa, berkata bahawa "ketakutan" ini wujud kerana kekurangan rasa selamat dalam minda rakyat.
Justeru itu, apabila Utusan Malaysia memainkan isu seperti Melayu mungkin hilang kuasa, masyarakat Melayu mula berasa tergugat.

Yong Kai Ping berpendapat PR tidak cukup sekadar menangkis hujah tersebut, malah perlu mengambil langkah yang konkrit untuk menghapuskan keresahan masyarakat Melayu, misalnya mengemukakan cadangan bagaimana meningkatkan pendapatan golongan menengah-rendah.

Yang pastinya, BN dan PR kini memasuki peringkat yang baru dalam pergelutan politik Malaysia, dengan perbicaraan kes liwat Anwar dan cadangan "Kerajaan Perpaduan" yang terus menghantui PR. Politik penampilan imej dan silat lidah yang memihak kepada PR sebelum ini akan menjadi lembaran politik yang terselak...


*Yong Kai Ping bersama penganalisis politik Josh Hong dan Jamaluddin Ibrahim merupakan ahli panel dalam forum yang bertajuk "100 Hari Pentadbiran Najib". Forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor ini dianjurkan oleh therocknews, satu media internet dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.

Manek Urai: Kemunculan Beg Misteri Bersama TPM...

Gambar dibawah diambil pada tarikh 13hb. Julai, 2009 jam 10:30 pagi sewaktu TPM tiba di Kuala Krai dengan menaiki Helikopter. ada beg misteri muncul bersama... tak kan datang balik hari bawak baju 1 beg besar..?
Beg misteri yang diturunkan dari Helikopter yang dinaiki oleh TPM...
Mereka-mereka yang berada dilokasi.
Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut beg misteri.
TPM disambut oleh bekas ADUN Dabong, Dato' Ramzi dan Pengurus KESEDAR, Haji Arsyad (jaket hitam) semasa kejadian.
2 buah Heli yang menjadi pengangkutan TPM dan gerombolannya...

Kera Di Hutan Disusukan – Jenama Baru PETRONAS

Sumber Petroleum dan Gas Kelantan

Oleh Syed Azidi AlBukhary

Energy Receive Energy Return, begitulah seriusnya PETRONAS hendak menjenamakan dirinya di khalayak dunia. Iaitu sebagai sebuah 500 konglomerat terhebat dunia.

Bagaimanapun dunia harus sedar bahawa disebalik penjenamaan diri yang begitu mulia bunyinya, PETRONAS telah menyapu kebawah permaidaninya pelbagai skandal yang hina.

Kera Di Hutan Disusukan, itulah seharusnya jenama baru yang patut diberi kepada PETRONAS.

Rakyat Kelantan dan warga Malaysia seharusnya sedar hakikat sebenar-benarnya.

Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dan berkali-kali dikatakan bahawa Kelantan tiada hasil petroliam dan gas asli. Sebenarnya, itu adalah tidak benar sekali-kali.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Artikel 1Artikel 2(2)

Artikel 4

Artikel 12 (13)

Artikel 13

Aseambanker-1

Aseambanker - 3Aseambanker - 4Aseambanker - 5

PM 301 dan PM 302

PM301302

PM 301 dan PM 302 adalah dua blok yang kaya dengan hasil gas asli. Sumber rasmi dari operator yang diberi kontrak membuat eksplorasi dan operasi di kedua-dua blok itu membuat pengesahan menerusi rentetan kenyataan media bahawa mereka telah menemui sumber gas asli. Bagaimanapun sumber dari PETRONAS memberitahu operasi hanya akan dilakukan pada 2011 dan 2012.

Apa yang tidak diberitahu ialah terdapat dua kawasan gas di dalam blok PM 301 atau sesetengah data menyebut Blok PM 2 yang bersempadan dengan daratan Kelantan. Dua kawasan itu ialah Kawasan Ular dan Gajah.

Peta daripada Malaysia – Thailand Joint Authority (MTJA), pihak berkuasa bagi kawasan bertindih di JDA jelas menunjukkan bahawa Kawasan Ular dan Gajah terletak diluar JDA.Ianya sudah beroperasi.

PM2 Sudah Operasi

2 lagi kawasan gas asli iaitu Jerneh dan Lawit yang kini terletak di Blok 303 juga menimbulkan kemusykilan. Ia kini termasuk ke Perairan Terengganu sedangkan sebelum ini ia berada di dalam perairan Kelantan.

Tentu ada pihak yang terbabit di dalam skandal sebegini. Segala hasil yang diperolehi dalam blok ini hendaklah termaktub ke dalam perjanjian yang ditandatangani antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan wilayah dan perairan negeri yang membentuk persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga menjamin bahawa Kerajaan Pusat perlu memberi pampasan kepada hasil bumi yang diambil dalam wilayah negeri yang membentuk persekutuan.

Di dalam hal ini, PETRONAS bertanggungjawab melunaskan dengan tunggakan 5% royalti yang dijamin dalam perjanjiannya dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

CS Mutiara - PM301


PM301 - 5

PM301 - 1

PM3-1 - 4 discoveryPetronas Repost 2006 -1

Dipetik dari Laporan Kewangan Petronas 2006

Petronas report 2006 -1

Dipetik dari Laporan Kewangan Petronas 2006


JDA

JDA

Kawasan Joint Development Authority yang telah di sentuh secara panjang lebar sebelum ini merupakan kawasan pertindihan diantara Malaysia dan Thailand. Pertindihan tuntutan ini kerana kawasan itu adalah dikatakan oleh Malaysia sebagai di dalam perairan salah satu negeri yang membentuk persekutuan. Di dalam hal ini, perairan itu diiktiraf Persekutuan Malaysia sebagai didalam wilayah Kelantan.

Akta 440 Malaysia-Thailand Joint Authority 1990 menjamin bahawa kedaulatan Malaysia tidak terhakis di kawasan JDA. Undang-undang, peraturan, hak dan keistimewaan terus kekal di JDA. Oleh yang demikian, hak Kelantan juga tidak dinafikan oleh akta tersebut.

Dengan yang demikian, PETRONAS adalah salah menafikan hak Kelantan.

Hess JDA

PM3

PM3

Blok PM3 atau dikenali dengan nama Commercial Arrangement Area adalah kawasan bertindih diantara Malaysia dan Vietnam. Pertindihan ini kerana Kerajaan Malaysia mengakui kawasan itu terletak dan milik salah satu negeri yang membentuk persekutuan. Di dalam hal ini, ia adalah wilayah Kelantan.

Kawasan CAA mempunyai telaga minyak mentah yang telah mengeluarkan hasil. Ia juga adalah sebuah kawasan yang makmur dengan hasil bumi.

  • Kawasan ini melibatkan usahasama cari gali di mana Petronas memiliki 46.06% di Block PM-3 dan 36.85% di Block 46-Cai Nuoc.
  • Kerja pengeluaran minyak bermula pada tahun 1997 bagi phase 1 dan phase 2 dan 3 mencapai kemuncaknya pada tahun 2004.
  • Ia melibatkan kerja-kerja di telaga West Bunga Kekwa, East Bunga Kekwa-Cai Nuoc, East Bunga Raya, West Bunga Raya, NW Bunga Raya and Bunga Seroja .
  • Mengikut kenyataan akhbar Talisman, kapasiti pengeluaran ialah 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd of gas.
  • Gas yang dibeli oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui paip 24in, sejauh 170km gas Platform Resak.


Talisman - CAA - 1

Tindakan Seterusnya Rakyat Kelantan

Pada 8 Julai 2009, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan PETRONAS memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan di dalam tempoh 48 jam.

Pada 9 Julai 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang juga bapak Menteri bernama Mustapha Mohamed telah memberitahu akhbar bahawa PETRONAS akan membuat penjelasan pada 10 Julai 2009.

Seluruh penduduk Kelantan yang peka dengan isu ini menanti dengan tekun pada 10 Julai 2009. Tetapi sehingga ke hari ini, PETRONAS terus membisu.

Mungkinkah sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan memberi tekanan kepada PETRONAS.

PETRONAS perlu membuat kenyataan dan terserah kepada rakyat Kelantan untuk menilai kualiti penjelasan PETRONAS. Jika rakyat Kelantan tidak berpuas hati, maka rakyat Kelantan dan warga Malaysia berhak untuk mengatur langkah seterusnya.

Bagaimanapun, pada detik dan ketika ini, adalah masih terlalu awal untuk kita memikirkan langkah kita. Lebih elok kita berprasangka baik terhadap PETRONAS dan beri mereka peluang untuk memperbaiki segala penipuan yang telah berdekad ini.

Ingat PETRONAS, Energy Receive Energy Return.

Energy receive

KALAU UMNO MAHU MELAYU BERSATU, BUBAR SAHAJA UMNO MASUK PAS


Dari Kacamata Halik Zaman:

Kisah Manek Urai patut dijadikan tauladan yang berguna kepada para
pemimpin PAS, DAP dan PKR supaya menghentikan serta merta krisis kecil
dalaman Pakatan Rakyat. Perasaan untuk mendominasikan Pakatan Rakyat
juga harusnya tidak timbul dari setiap komponan. Dari segi ikatan
dalam Pakatan Rakyat mesti mahu dieratkan lagi agar ia bertambah erat,
kukuh dan teguh.

Macam macam sahaja taktik UMNO buat untuk meyakinkan rakyat bahawa
penyatuan orang Melayu mesti disegerakan, tanpa orang Melayu bersatu,
UMNO tidak dapat survival lagi. Maka para pemimpin UMNO mahu orang
Melayu jangan berpecah-belah. PAS pun diajak meneruskan Kerajaan
Perpaduan.

Manek Urai sudah buat keputusannya, 51% orang Melayu mahu bersatu
bersama PAS. Jadi, yang tinggal Melayu 49% dalam UMNO. Cara demokrasi
UMNO patut bubarkan bersatu dalam PAS sebab PAS mewakili Melayu 51%.
Keputusan Manek Urai ada ceritanya.

Tidak akan lupa para professor tukang bodek Dato Seri Najib dan tv3,
Astro Awani yang pro UMNO, akan terus menjadikan topic panas tentang
undi popular PAS diManek Urai telah merosot hingga keangka 65 mata.
Pastinya yang jadi ukuran mereka 1Malaysia idea Dato Seri Najib
sebagai keramat penyedar pengundi konon atau 11 Hadiah Untuk Rakyat
sempena 100 hari Dato Najib jadi Perdana Menteri sudah dapat diterima
oleh pengundi Melayu. Maka itu lah formula yang baik untuk menggugut
PAS supaya Kerajaan Perpaduan segera di wujudkan.

Astro Awani dan tv3 akan memberi ruang yang luas kepada para
cendikiawan yang pro UMNO untuk mendewa dewakan karisma Dato Seri
Najib Razak. Paling untung tv3 dan Awani boleh berikan anugerah
kepada Najib sebagai Bapa 1Malaysia atau Bapa 11 Hadiah Untuk Rakyat
Malaysia. Semua hadiah bertujuan untuk meraih populariti Dato Seri
Najib sebagai Perdana Menteri yang sedang di iklankan oleh tv3 dan
Awani setiap malam.

Kurangnya sahaja majority PAS diManek Urai, mesti 3 bulan iklan tidak
henti henti dari Astro Awani dan tv3 tetap menyiarkan kisah UMNO
menang mengurangkan majoriti PAS diManek Urai. Bukan menang calonnya,
cuma menang mengurangkan majoriti PAS sahaja. Kalau calon UMNO/BN
menang diManek Urai, tentu ada pemimpin UMNO yang mati terkejut,
kerana tidak percaya UMNO boleh menang lagi. Itu mati terkejut senang
hati namanya. Dia mati dalam senyuman.
HZ

Manek Urai: UMNO Menang, PAS Pertahankan Kerusi..???

Result_0026

Sebahagian daripada penyokong PAS yang mula berkumpul sejak 5.30 petang di pusat penjumlahan undi.

UMNO BN menang 1287 undi dari majoriti PAS 2008 dan PAS pertahankan DUN Manek Urai dengan 65 undi. Begitulah senario malam ini. Para penyokong PAS tiba di pusat penjumlahan undi seawal 5.30 petang dan masing-masing penuh yakin untuk menang dengan majoriti 2,000 undi. Bagaimanapun, apabila hari semakin senja, semangat penyokong PAS semakin malap dihujani oleh kekeliruan yang mula tersebar. Walaupun tiada siapa mahu percaya PAS boleh tewas di Manek Urai, tetapi hakikat bahawa UMNO mendapat lebih undi di 5 daripada 9 daerah mengundi merupakan satu mimpi ngeri menjadi nyata.

Akhirnya setelah lebih dua jam di dalam kekeliruan, lebih 5,000 orang penyokong PAS yang berkumpul di hadapan Pusat Penjumlahan Undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai akhirnya menerima keputusan kemenangan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dengan rasa kecundang.

Manek Urai dimenangi oleh PAS, dan laungan selawat keatas Rasullullah semakin kuat kedengaran cuma nadanya bukan nada kejayaan.

Beberapa hari yang akan datang, banyak perbualan dikedai-kedai kopi akan berkisar kepada bagaimana PAS boleh kehilangan sebegitu banyak undi? Jawapan yang sudah pasti ialah janji demi janji dan wang ringgit Kerajaan Persekutuan yang ditaburkan kepada mereka yang sudi menerimanya. Persoalannya, bukankah janji dan wang ringgit adalah modus operandi tetap UMNO BN dalam setiap pilihanraya, kecil atau umum. Persoalannya juga bukankah PAS telah berdepan dengan masalah ini sekelian lamanya.

Saya secara peribadi menerima keputusan ini dengan gembira kerana saya merasakan sebelum ini PAS boleh tewas di Manek Urai tetapi disebalik apa yang diperkatakan, dilakukan dan diusahakan oleh sesetengah pemimpin UMNO, saya masih rasakan UMNO tidak bersatu untuk menang di Manek Urai.

65 harus menjadi angka yang amat berharga bagi PAS Kelantan di dalam berhadapan dengan minggu, bulan dan tahun yang akan datang sebelum berlaku lagi pilihanraya kecil di Kelantan atau pilihanraya umum ke 13.

Result_0032

Peti-peti undi terawal tiba di Pusat Penjumlahan Undi dari daerah Mengundi Manek Urai Baru di mana tidak menyebelahi PAS

Result_0047

Para penyokong masih penuh yakin akan menang besar

Result_0077

Lagi peti-peti undi dari Daerah Mengundi di mana BN menewaskan PAS – Manek Urai Lama

Result_0092

Peti-peti Undi dari Chucoh Puteri yang akhirnya memeterai kemenangan bagi PAS

Result_0116

Peti-peti undi terakhir

Result_0127

Keliru dan tidak percaya, suasana di luar Pusat Penjumlahan Undi menjelang jam 8 malam

Result_0159

Para penyokong PAS cuba memujuk pemandu sebuah kenderaan SPR Johor yang tidak diiringi Polis dan agen pilihanraya supaya tidak membawa kereta itu yang membawa dua beg besar dan sebiji buah durian dari masuk ke pusat penjumlahan undi ketika saat-saat genting mengatakan keputusan semasa menunjukkan PAS nyawa-nyawa ikan. Kejadian ini berlaku satu jam selepas peti undi terakhir diiringi masuk dan laluan ke pusat penjumlahan telah tidak lagi di kawal polis.

Result_0163

Keputusan tidak rasmi mula tersebar bahawa PAS menang dengan majoriti amat tipis.

Result_0164

Rasmi, PAS menang majoriti 65 undi

Gelombang lebih hebat menanti Pakatan Rakyat Di PRU 13

Suatu yang kita tidak boleh nafikan oleh ahli ataupun pimpinan PAS ialah kemerosotan undi menyebabkan jurang majoriti terhakis begitu besar daripada iaitu 1352 undi kepada 65 undi. Undi PAS merosot agak teruk terutamanya di kawasan-kawasan 'hardcore PAS'. Ia pengajaran buat kita.

Walaupun PAS menang, UMNO sudah pasti mendabik dada dan berbangga kerana mampu melebarkan jurang perbezaan undi yang sebegitu besar. Walaupun PAS menang, tetapi bukan kemenangan yang di fokuskan dalam media arus perdana, tetapi "kemenangan tipis" itu yang di war-warkan.

Walaubagaimanapun, BN lupa bahawa sebenarnya mereka merosot beberapa undi di kubu kuat mereka. Sebagai contoh di Manjor UMNO sebenarnya merosot 16 undi di saluran 1 dan merosot 106 undi di saluran 2. Jumlah undi PAS juga hanya merosot sebanyak 398 undi. Suatu kemerosotan yang masih kecil.

Tidak kita nafikan juga sememangnya peningkatan undi BN yang agak besar iaitu sebanyak 889 faktor penting kemenangan BN selain undi pos yang menjadi modal tetap mereka (BN mendapat 35 undi daripada 36 undi).

Ini bermakna BN tidak boleh terlalu yakin dengan kemengan ini. Jika PAS merosot agak teruk hari ini, BN juga pernah tewas teruk pada tahun 2008 selepas menang pada tahun 2004.

Apa yang penting PAS sememangnya akan terus bangkit membina balik tembok yang telah runtuh khususnya di Manek Urai. Kemerosotan ini akan membina semangat para petugas PAS untuk terus bekerja ke arah kemenangan. Jadi jadikan Politik Keakuan tembok besar pada Pakatan Rakyat...???


KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA : 8.29 PM (RASMI)

FOTO-FOTO HARI MENGUNDI MANEK URAI

TUNGUU.....FOTO-FOTO PRK MANEK URAI AKAN DI UPLOAD...MAAF KERANA KELEWATAN...TERPAKSA BERPERANG SEMALAM UNTUK MENANG 65 UNDI....???