Selasa, 14 Julai 2009

Manek Urai : Calon BN bukan pilihan Presiden Umno


Sahlah kini calon Barisan Nasional (BN) di Manek Urai bukan orang pilihan Dato' Seri Najib Razak apabila beliau langsung tidak datang berkempen membantu calon berkenaan.

Tuan Aziz Tuan Mat hanya calon pilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukan juga pilihan Ketua Bahagian Kuala Krai, Dato Ramzi Abdul Rahman.

Ramzi lebih berminat kepada Naib Ketua Bahagian itu, Che Jalal Muda yang juga orang tempatan di Manek Urai.

Ketua Umum KeADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata, calon Umno yang bertanding di Manek Urai agak malang apabila seperti tidak dihiraukan Perdana Menteri.

"Ketidakhadiran Najib memperlihatkan Umno ada masalah bagi membawa cabaran pada pilihan raya kecil ini.

"Sedangkan keadaan sebaliknya berlaku kepada pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat apabila mereka turun berkempen dan bermalam di kawasan pilhan raya," katanya pada persidangan media selepas ceramah di Kampung Peria malam tadi.

Ribuan hadir pada ceramah tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 10 km. Bas ekpress dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur juga terkandas di laluan tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang di parlimen berkata, pemimpin Pakatan akan terus mendesak kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada Kelantan selepas pilihan raya kecil ini.

"Kita juga akan terus sebut isu tersebut. Lebih-lebih lagi dengan mandat yang diberi pengundi di Manek Urai kepada Abe Uji akan memberi semangat baru bagi menggerakkan momentum tesebut.

"Saya memberi jaminan kita akan membawa usul ini demi menuntut hak rakyat Kelantan. Inilah isu yang jauh lebih besar berbanding janji Timbalan Perdana Menteri mahu membina jambatan di Manek Urai," katanya.

Beliau juga berkata, kejayaan PAS mempertahankan Dun Manek Urai akan melonjat lagi pengaruh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang pemimpin yang disegani.

Ditanya arahan pihak atasan supaya menutup Bilik Gerakan KeADIlan di Manek Urai kata beliau tindakan tersebut menyalahi Kod Etika Pilihan Raya.

"Bilakah pihak keselamatan mengikut Kod Etika Pilihan Raya, sebab itu saya beritahu kita jalan saja kerja. Kalau nak tunggu arahan polis ini, tidak konsisten.

"Di Penanti, bendera PAS tak boleh, bendera Umno-MCA boleh.Di Manek Urai bendera BN boleh, bendera Umno boleh, bendera MIC boleh, bendera PPP yang tak berparti pun boleh, tapi kita tidak boleh.

"Dia bagi alasan macam-macam..Kalau nak minta kita komen tentang ketelusan dan kebersihan proses pilihan raya, pendirian kita jelas," katanya. - mj _

Manek Urai : Kera Dihutan Disusukan...????

1Malaysia - "Rakyat DiHULUkan, Pencapaian DiuTAMAKkan"

Manek Urai: Bilik Gerakan Tenaga Nasional...????

Tak tau pulak aku Tenaga Nasional pun ada bertanding di Manek Urai...

Manek Urai : Habuan dari BN, tapi undi tetap pangkah PAS

Kempen bagi pilihanraya kecil Manek Urai ini semakin hebat walaupun hingga ke jam-jam terakhir ini, baik calon mahupun jentera parti, masing-masing terus perhebatkan tugasan dan tanggungjawab membantu meraih undi parti yang bertanding.


Calon PAS, Abe Uji pagi ini masih meneruskan sesi ziarah menemui penduduk di sekitar UPU Lata Rek, Chuchoh Puteri dan Sungai Sok.


Sesi ziarah ke Kampung Sungai Sok tadi, diketuai Ketua Penghulu, Mohamad Zin. Abe Uji bersama rombongannya meluangkan masa beramah mesra dengan keluarga seorang warga emas, Omar bin Ya dirumahnya tadi.


Omar, 78, yang berkerja sebagai tukang urut sambilan menyatakan perasaan gembira dan terharunya dengan kunjungan Abe Uji itu.

"Ambo memang dok tunggu Abe Uji datang rumah ambo ni," ujarnya memberitahu akan tetap menyokong Abe Uji sambil diiakan isteri dan anak lelakinya.


Dalam perbualannya bersama Abe Uji, beliau memberitahu semalam rumahnya dikunjungi serombolan pemuda BN siap membawa bahan-bahan binaan rumah untuk meraih undi beliau sekeluarga.


"Serupo kata tok guru, orang beri pitih kito ambik, pangkah tetap bule," katanya lagi.


Kenyataannya ternyata benar, di hadapan rumahnya sahaja sudah penuh dengan bahan-bahan binaan seperti simen, pasir, kayu, batu batu.


Sementara itu, Ketua Penghulu memberitahu kawasan Sungai Sok dengan 80 peratus penduduknya terdiri daripada pekebun dan penoreh getah, adalah kubu kuat PAS.


Bersetuju dengan undi pengundi luar penentu kemenangan PAS, beliau berkata, daripada 987 pengundi, 350 daripadanya adalah pengundi luar.


Jika dilihat daripada rekod PRU Manek Urai pada 2004 dan 2008, UPU Sungai Sok membantu kemenangan calon Pas, Paksu Wei dengan peningkatan majoriti 34 undi dan 56.58 peratus.


Oleh itu, beliau sangat mengharapkan agar pengundi luar terutamanya Sungai Sok yang masih belum balik untuk mengundi esok, dapat berbuat demikian bagi memastikan kemenangan berpihak pada calon Pas, Abe Uji bagi meneruskan tanggungjawab yang ditinggalkan Paksu Wei.

Manek Urai : SPRM digesa siasat budaya rasuah politik - Dr Hatta

Ahli parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menyelar tindakan dan sikap yang diambil Umno-BN yang mengenakan syarat kepada rakyat untuk menjalankan sesuatu aktiviti pembangunan.

"Saya tidak bersetuju dengan pemberian bersyarat yang dibuat pihak Umno-BN kepada penduduk di Manek Urai seolah-olah ianya merupakan suatu galakan untuk mengamalkan budaya rasuah politik," katanya kepada pemberita seusai program Ramah Mesra Pemuda bersama Abe Uji di Lata Rek.

Oleh yang demikian, beliau menggesa agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) agar menjalankan siasatan ke atas pimpinan Umno yang terbabit dengan amalan tersebut selain tindakan tegas diambil.

"Kita meminta agar SPRM membuat siasatan ke atas pemimpin Umno-BN yang terbabit dengan pemberian sebarang bentuk ganjaran dan janji-janji pembangunan yang dibuat," ujarnya.

Tegasnya, tindakan tersebut merupakan suatu galakan untuk membentuk budaya rasuah politik oleh pihak Umno-BN.

Dalam pada itu, ketika menjawab mengenai isu pemberian peruntukan berjumlah RM125 juta oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin kepada penduduk di kawasan parlimen Kuala Krai, beliau melahirkan rasa bangga terhadap pengumuman tersebut.

"Namun apa yang lebih penting daripada itu adalah usaha untuk mempertingkatkan harga getah bagi memperbaiki taraf hidup penduduk di kawasan Manek Urai.

"Berapalah sangat harga sebuah jambatan kecil dan peruntukan yang disalurkan itu berbanding wang royalti minyak dan gas yang menjadi hak rakyat Kelantan sejak PAS memerintah di Kelantan," demikian katanya ketika mengulas mengenai perbandingan ganjaran yang dijanjikan Umno-BN dengan isu royalti gas dan petroleum negeri Kelantan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kira-kira RM125.9 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat khusus untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat di jajahan Kuala Krai sekali gus membuktikan keprihatinannya.

Jumlah itu ujarnya, merupakan sebahagian daripada RM1.7 bilion yang disalurkan ke negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tujuan yang sama.

Hatta hadir dalam satu program Ramah Mesra Pemuda Bersama Calon PAS anjuran Pemuda PAS Kelantan dan ahli-ahli parlimen di Lata Rek.

Mereka dijamu dengan hidangan Nasi Arab yang disediakan oleh Pemuda PAS Shah Alam.

Menurut salah seorang wakilnya, Azlan Jan, seramai 10 orang tenaga digunakan untuk memasak lima kawah nasi serta hidangan gulai dua ekor lembu.

"Alhamdulillah, kesemua masakan kami hari ini habis dan dapat dinikmati semua yang hadir.

"Kami juga menyediakan hidangan yang sama ketika Himpunan Pemborong dan penjaja Ikan Negeri Kelantan di Pasar Laloh 10 Julai lalu," ujarnya.

Turut hadir dalam program tersebut, ahli parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad, ahli parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman dan ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi.


Manek Urai : Meriah di malam hari pengundian, tanda kemenangan Islam.

Jalan raya utama yang menghubungkan masyarakat di DUN Manek Urai mula sesak dengan kenderaan menjelang maghrib tadi. Kibaran bendera PAS dan BN mewarnai jalan raya. Kenderaan dari sekecil-kecil basikal hinggalah sebesar-besar lori dihiaskan dengan poster calon dan bendera-bendera.

Pengundi yang tinggal di Kuala Lumpur dan balik mengundi turut menyumbang kepada kesesakan pada malam ini.

Kain rentang dan bendera semakin bertambah terutamanya berdekatan barung-barung berdekatan pusat-pusat mengundi.

Anak-anak muda bermotor mula ke hulu kehilir berkempen di saat-saat akhir. Pelbagai ragam dan cara mereka lakonkan bagi menarik perhatian pengundi-pengundi. Kekadang penulis tersenyum sendiri melihat ragam dan gelagat mereka. Terdetik di hati penulis, betapa anak-anak muda kita sebenarnya kreatif dan mempunyai banyak idea. Inilah sumber kepada masa depan negara.

Di markaz Induk PAS, skrin besar menarik perhatian orang ramai dengan tayangan-tayangan menarik yang diusahakan oleh pasukan IT dan penerangan. Lebih menarik sebenarnya berbanding tayangan di kaca-kaca tv arus perdana. Cuma kurangya ia tidak meluas ke seluruh negara. Orang ramai seperti pengawal di Istana Birmingham, terpacak melihat tayangan-tayangan tersebut.

Paling unik melihat seorang warga emas lelaki cina berpimpin tangan dengan seorang warga emas lelaki melayu sewaktu pulang daripada menonton tayangan skrin di markaz induk. Bagi penulis ini, menunjukkan behawa Islam mampu menyatukan semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

Di kiri kanan jalan orang ramai mula mengibarkan bendera dan mengangkat poster sebagai tanda sokongan kepada calon pilihan masing-masing.

Peniaga sudah semestinya menjadi orang yang paling beruntung pada malam tersebut. Pelbagai produk jualan dan makanan disajikan kepada pengunjung. Restoran tempat penulis minum bersama seorang sahabat lama tadi, penuh dengan pelanggan yang bersilih ganti memasuki restoran itu. Sehinggakan kakak yang melayan tetamu itu, tersilap memberikan kopi panas kepada sahabat penulis yang memesang nescafe "O" beng.

Kelihatan juga para petugas PAS tidak mensia-siakan masa kempen yang hanya tinggal beberapa jam. Mereka mula turun dijalan raya di hadapan markaz, mengedarkan risalah-risalah kempen dan mengajak orang ramai mengundi PAS sebagai usaha terakhir sebelum tempoh berkempen tamat.

Laungan takbir membesarkan Allah sang pencipta, terus menerus bergema di jalan raya sehingga menjelang tengah malam.

Jam 1.23 pagi penulis mengakhiri tulisan ini kedengaran diluar sana masih lagi bising dan meriah umpama meraikan kemenangan yang sudah nyata.Apapun moga kemeriahan malam ini tanda kemengan Islam pada esok hari. Usaha yang gigih dari petugas PAS beserta zikir dan doa dari para ulamak akan mengiringi kemenangan Islam., InsyaAllah.

Akhir sekali, bagi penulis apa pun terjadi pada hari esok yakinlah Islam Pasti Menang.

Manek Urai : Meriah di malam hari pengundian, tanda kemenangan Islam.

Jalan raya utama yang menghubungkan masyarakat di DUN Manek Urai mula sesak dengan kenderaan menjelang maghrib tadi. Kibaran bendera PAS dan BN mewarnai jalan raya. Kenderaan dari sekecil-kecil basikal hinggalah sebesar-besar lori dihiaskan dengan poster calon dan bendera-bendera.

Pengundi yang tinggal di Kuala Lumpur dan balik mengundi turut menyumbang kepada kesesakan pada malam ini.

Kain rentang dan bendera semakin bertambah terutamanya berdekatan barung-barung berdekatan pusat-pusat mengundi.

Anak-anak muda bermotor mula ke hulu kehilir berkempen di saat-saat akhir. Pelbagai ragam dan cara mereka lakonkan bagi menarik perhatian pengundi-pengundi. Kekadang penulis tersenyum sendiri melihat ragam dan gelagat mereka. Terdetik di hati penulis, betapa anak-anak muda kita sebenarnya kreatif dan mempunyai banyak idea. Inilah sumber kepada masa depan negara.

Di markaz Induk PAS, skrin besar menarik perhatian orang ramai dengan tayangan-tayangan menarik yang diusahakan oleh pasukan IT dan penerangan. Lebih menarik sebenarnya berbanding tayangan di kaca-kaca tv arus perdana. Cuma kurangya ia tidak meluas ke seluruh negara. Orang ramai seperti pengawal di Istana Birmingham, terpacak melihat tayangan-tayangan tersebut.

Paling unik melihat seorang warga emas lelaki cina berpimpin tangan dengan seorang warga emas lelaki melayu sewaktu pulang daripada menonton tayangan skrin di markaz induk. Bagi penulis ini, menunjukkan behawa Islam mampu menyatukan semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

Di kiri kanan jalan orang ramai mula mengibarkan bendera dan mengangkat poster sebagai tanda sokongan kepada calon pilihan masing-masing.

Peniaga sudah semestinya menjadi orang yang paling beruntung pada malam tersebut. Pelbagai produk jualan dan makanan disajikan kepada pengunjung. Restoran tempat penulis minum bersama seorang sahabat lama tadi, penuh dengan pelanggan yang bersilih ganti memasuki restoran itu. Sehinggakan kakak yang melayan tetamu itu, tersilap memberikan kopi panas kepada sahabat penulis yang memesang nescafe "O" beng.

Kelihatan juga para petugas PAS tidak mensia-siakan masa kempen yang hanya tinggal beberapa jam. Mereka mula turun dijalan raya di hadapan markaz, mengedarkan risalah-risalah kempen dan mengajak orang ramai mengundi PAS sebagai usaha terakhir sebelum tempoh berkempen tamat.

Laungan takbir membesarkan Allah sang pencipta, terus menerus bergema di jalan raya sehingga menjelang tengah malam.

Jam 1.23 pagi penulis mengakhiri tulisan ini kedengaran diluar sana masih lagi bising dan meriah umpama meraikan kemenangan yang sudah nyata.Apapun moga kemeriahan malam ini tanda kemengan Islam pada esok hari. Usaha yang gigih dari petugas PAS beserta zikir dan doa dari para ulamak akan mengiringi kemenangan Islam., InsyaAllah.

Akhir sekali, bagi penulis apa pun terjadi pada hari esok yakinlah Islam Pasti Menang.

Manek Urai: Mungkinkah ada kejutan hari ini?

Kesesakan di Manek Urai sepanjang tempoh berkempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, sampai ke kemuncaknya hari apabila lebih 12,000 pemilih yang layak, keluar mengundi mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini untuk memilih wakil rakyat mereka - Tuan Aziz Tuan Man dari BN atau Mohd Fauzi Abdullah dari PAS.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjangka keputusan pilihanraya kecil hari ini dapat diketahui seawal jam 8 malam.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR tidak

menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan awal berdasarkan kawasan DUN itu yang kecil.

Beliau berkata, sasaran SPR ialah lebih 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi hari ini kerana 90 peratus daripada pengundi adalah petani, penoreh getah, nelayan dan tidak tertakluk kepada hari bekerja.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga telah mengumumkan hari ini sebagai cuti am untuk membolehkan pemilih keluar pengundi.

Sepanjang tempoh lapan hari berkempen, BN dilihat menggunakan isu latar belakang pendidikan dan karier calon PAS yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - seorang pemborong ikan.

Manakala calon BN, Tuan Aziz pula merupakan lulusan ijazah pengurusan teknologi daripada Universiti Utara Malaysia.

Isu memperlekehkan latarbelakang Abe Uji itu telah mencetus rasa tidak puas hati di kalangan peraih dan peniaga ikan di Kelantan dengan mengadakan bantahan di Manek Urai Jumaat lalu.

Di samping itu, BN juga menjadikan isu pembangunan sebagai taruhan utamanya, antaranya menjadikan Manek Urai anak emas kerajaan pusat, menjadikannnya sebagai kota agropolitan serta membina beberapa kemudahan baru - termasuk jambatan baru dua lorong di Manek Urai Lama, sekolah kebangsaan di Chuchoh Puteri dan masjid baru di Temalir.

Oleh kerana faktor agama memainkan peranan penting di sini, BN juga cuba menyampaikan mesej kempennya bahawa pembangunan dan kemajuan merupakan sebahagian daripada tuntutan agama, bukan sekadar kejayaan di akhirat semata-mata.

BN turut mengadakan ajlis solat hajat di semua sembilan peti undi di Manik Urai malam tadi di bilik operasi BN di Sungai Sok Luar, Manik Urai, yang disertai kira-kira 200 jemaah, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno, memohon kemenangan calonnya.

Dalam kempennya, BN juga menggunakan isu kerajaan perpaduan, dengan cuba "melaga-lagakan" antara Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, dengan Mursyidul Amnya, Nik Aziz. Ini tergambar melalui risalah harian mereka Suara Manek Urai yang diterbitkan secara harian.

Sementara PAS pula menyentuh isu penyalahgunaan jentera dan kakitangan kerajaan, antaranya penggunaan helikopter oleh Muhyiddin semasa berkempen. Isu tuntutan royalti minyak Kelantan berjumlah RM1 bilion yang diketengahkan oleh exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, juga dilihat berkesan.

Hari ini, PAS mengeluarkan risalah khas isu royalti tersebut, bertajuk "Fakta Sebenar Minyak Kelantan" yang menggunakan hujah ilmiah dan penuh. Menariknya, risalah itu dicetak menggunakan keseluruhannya dakwat biru, seperti kelaziman dalam cetakan BN.

Jika isu pembangunan menjadi penentu kemenangan calon masing-masing, maka pengundi Manek Urai perlu membuat pilihan antara royalti minyak yang diperjuangkan PAS atau pembangunan insfrastuktur BN yang dijanjikan segera, sejurus selepas kemenangan dicapai esok.

Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan rumah mewah bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo, terus dimainkan dari masa ke semasa dalam kempennya.

Ceramah bukan ukuran

Sementara itu, diukur daripada jumlah kehadiran ke ceramah, PAS ternyata dapat mengumpulkan penyokong dengan angka yang jauh melebihi kehadiran di program BN.

Semalam, tiga tunggak utama Pakatan Rakyat - Anwar, penasihat DAP Lim Kit Siang dan Nik Aziz - mengumpulkan hampir 5,000 penyokong dalam ceramah di Sungai Peria. Sementara majlis timbalan perdana menteri petang kelmarin hanya mengumpulkan penyokong kira-kira 200 orang.

Bagaimanapun, kehadiran itu tidak dapat menjadi pengukur sokongan kerana secara tradisinya, tempat PAS berceramah bukan sekadar menjadi tempat penerangan parti tetapi juga pusat perniagaan yang dibanjiri para peniaga kecil.

PAS menang di Manek Urai 10 daripada 12 kali pihanraya umum. Terbaru, mereka hanya tewas pada 2004, ketika Ismail Yaacob atau Pok Su Wel, tidak bertanding.

Sepanjang lima kali bertanding, beliau menang kesemuanya. Kelebihan beliau sehingga kini masih dijadikan taruhan PAS yang menostalgiakan tokoh itu dengan memainkan lagu khas berirama dikir barat dan dokumentari pendek sebagai sanjungan kepadanya sebelum berceramah.

Sebuah jalan di Manek Urai Baru turut dinamakan Jalan Pok Su Wel.

Sumber PAS memberitahu, sehingga hari ini, parti Islam itu selamat dengan 58 peratus sokongan. Sejak semalam, Nik Aziz dan pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun menyatakan keyakinan akan menang dalam pilihanraya kecil esok.

Esok jadi tumpuan


Bagaimanapun, mereka berdua kelihatan masih risaukan kehadiran pengundi hantu. Keharian 3,000 anggota polis di kawasan tersebut masih mengundang kecurihgaan berterusan pemimpin PAS.

Sumber Umno pula memberitahu, mereka yakin dengan sokongan lebih 50 peratus setakat ini. Semua mata kini tertumpu ke Manek Urai. Selepas "pengumuman besar" pembinaan jambatan semalam, BN dilihat sudah kehabisan peluru. PAS pula, yang menjanjikan kejutan besarnya hari ini.

Nik Aziz mengumumkan esok sebagai cuti umum di Kelantan bagi memudahkan pemilih keluar pengundi. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu merupakan kejutan yang dijanjikan. Jika tidak, BN akan menghadapi masalahnya - serangan terakhir dan muktamad PAS.

Dalam pilihanraya lalu, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Lantaran itu, semua mata tertumpu kepada hari pengundian esok. Persoalannya apakah PAS mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti yang selesa.

Ataupun pilihanraya kecil esok akan membawa tuah kepada BN dan menandakan berakhirnya 'kekecewaannya' yang sering tewas dalam pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum tahun lalu - kecuali di Batang Ai, Sarawak - sepertimana yang diharapkan oleh timbalan perdana menteri.

MANEK URAI : UMNO Akan Kalah Teruk


1 Presiden UMNO langsung tak turun berkempen walaupun Presiden PAS selalu turun jumpa pengundi. Maknanya Presiden UMNO tak hormat penyokong UMNO di Manek Urai. Kesian pengundi UMNO.

2. TGNA ajak Najib debat pasai komunis dan sesat tetapi Najib tolak. Maknanya betuilah yang UMNO tu sesat macam komunis.

3. DUN Kelantan desak UMNO jawab pasai royalti minyak. Muhyidin kata Petronas akan jawab dalam sehari dua. Sudah tamat tempoh kempen, tiadapun mana-mana pegawai petronas yang bagi taklimat pasai minyak di perairan Kelantan. Sah dan nyatalah yang memiskinkan rakyat Kelantan ialah UMNO. UMNO telah dan sedang merompak harta Kelantan. UMNO makan hasil haram.

4. Di hari-hari akhir, YB. Nasharudin turun berkempen. UMNO hilang modal. PAS makin mantap.

5. Muhyidin umumkan rasuah jambatan tujuh juta kepada penduduk Manek Urai jikalau UMNO menang. Rasuah terbuka ini mengesahkan yang UMNO adalah parti rasuah. Rasuah terbuka inilah amat memalukan penyokong UMNO. Kalau iyapun nak bagi, bisik-bisik ajer ler. Janganler bagi nampak sangat rasuah tu. Malu wehh

6. TGNA umum cuti peristiwa di Kelantan pada 14 Julai 2009. Cuti sempena PRK Manek Urai. Banyak pahalanya kerana menyelamatkan dosa sumpah seranah kaki tangan kerajaan yang menghadapi ketidak selesaan pergi balik ke tempat kerja.

7. Dimaklumkan ada lebih kurang 1000 pengundi Manek Urai terdiri daripada kaki tangan kerajaan yang bekerja di Kelantan. Juga ada lebih kurang 1500 lagi pengundi yang di luar Kelantan akan balik malam ini. Undi golongan ini akan meningkatkan lagi majoriti kemenangan PAS.

8. UMNO telah menyinggung perasaan pengundi apabila memperlekehkan kerja pemborong ikan. Penyokong UMNOpun terguris dengan keegoan pemimpin besar mereka. UMNO dilihat telah tidak menghormati golongan petani, penternak dan nelayan.

9. Mursyidul Am PAS merupakan tokoh utama yang amat dipercayai oleh pengundi Manek Urai. TGNA amat dihormati oleh semua pimpinan dan penyokong PR.

10. Kehadiran lebih 3000 polis dan SB telah merimaskan pengundi. Pengundi sedar bahawa kehadiran polis adalah untuk membantu kempen UMNO. Sebagai tanda ketidakpuasan hati mereka, mereka tidak akan mengundi UMNO.

11. Dijangka calon PAS akan memperolehi 7000 undi dalam PRK Manek Urai ini.

12. Selamat mengundi.

-dango mamamat

Manek Urai : Laporan Polis pengundi terhadap TPM

Dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi rakyat Manek Urai akan keluar membuang undi dan menentukan calon pilihan mereka, satu laporan polis telah dibuat terhadap pemimpin nombor dua negara oleh seorang pengundi.



Penasihat Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam sidang media tergempar PAS malam tadi mengumumkan laporan tersebut dibuat pada jam 9.30 malam tadi.


Laporan yang dibuat di Balai Polis Laloh oleh Jamaluddin Hassan. Beliau juga merupakan pengundi berdaftar di Kampung Slow Machang, Sungai Sok.


Menurutnya, laporan tersebut berikutan janji Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan akan membina jambatan baru yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama serta menjadikan Manek Urai sebagai Agropolitan.


Namun katanya, janji Muhyiddin akan dibina sebaik sahaja BN diumumkan menang keesokkan harinya, disifatkan sebagai rasuah dan mengugut pengundi kerana setelah menang barulah akan membina jambatan tersebut, katanya.


"Sedangkan kerajaan persekutuan mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk membuat fasiliti kepada rakyat," tegas beliau yang juga ahli parlimen Kota Bharu.


Manakala, pembuat laporan tersebut, Jamaluddin mengharapkan pihak polis mengambil tindakan segera dan memohon pihak SPR dan SPRM menyiasat secara telus sepertimana motto kedua-dua suruhanjaya tersebut.