Isnin, 13 Julai 2009
Manek Urai: Membangun Bersama Islam lawan 1Malaysia

MANEK URAI : TPM KE MANEK URAI - VIDEO
Manek Urai : CERAMAH PERDANA DI MANEK URAI


Manek Urai : Lalulintas terjejas, pimpinan BN diberi keutamaan
Kemeriahan dan suasana pilihanraya di kawasan ini semakin terasa berikutan pelbagai program yang dianjurkan oleh kedua-dua belah pihak yang bertanding.
|
Manek Urai : Pesta Raja Buah di Markaz Induk
Sejurus selepas sidang akhbar di markaz induk Pas tengahari tadi, para wartawan yang membuat liputan dijamu dengan buah durian kunyit tempatan oleh Pas Manek Urai.
|
Manek Urai : Kurang 48 jam, PM perlu perjelas isu royalti minyak

PAS Kelantan kesal dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Petronas yang masih belum memberi penjelasan berkaitan isu royalti petroleum.
Dalam sidang media yang dibuat pagi tadi, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa, berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang penjelasan berhubung isu royalti minyak dan gas yang masih menjadi tanda tanya.
"Kurang tempoh 48 jam lagi tempoh pengundian bermula, tetapi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Petronas masih belum memberi penjelasan berkaitan isu royalti petroleum," katanya kepada pemberita.
Namun begitu, walaupun Petronas masih belum memberi penjelasan tentang isu royalti petrolem tersebut, beliau masin bersikap positif.
"Saya menganggap isu royalti minyak yang kita kemukakan memberi satu tanda serta impak yang positif kepada kemenangan PAS di Manek Urai.
"Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, kerana beliau menyokong isu royalti petroleum di Kelantan yang patut dituntut Kerajaan Negeri," ujar beliau.
Ujarnya, menurut kebiasaan mana-mana perjanjian yang termaktub sebelum ini adalah terpakai.
Beliau juga mengulas sekiranya perjanjian 1990 sebelum ini telah termaktub, pihak kerajaan persekutuan perlu menunaikannya.
Jelasnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, dan beliau sendiri yang akan menjadi wakil bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan isu berkaitan.
Menjawab kepada pemberita, "Sebenarnya Kerajaan Negeri Kelantan telah lama menunggu surat rasmi tuntutan Royalti Petroleum ini, tetapi baru bulan Mac 2009 baru-baru ini baru kita pihak Kerajaan Negeri dapat siapkan". "Dan daripada rekod Jabatan Statistik, sumbangan Kelantan kepada produk pengeluaran minyak petroleum adalah lebih tinggi berbanding Sabah iaitu sebanyak 6.5 peratus."
Selain itu, mengenai isu yang dimainkan Umno-BN sendiri, mahu jadikan Manek Urai sebagai "Anak Emas", Husam berkata, sedangkan Umno-BN telah pun mempunyai enam kerusi DUN, tetapi kenapa mereka tidak menjadikan "Anak Emas" ke atas enam DUN yang mereka kuasai itu. Bermakna di sini, ini adalah janji-janji politik Umno-BN semata-mata.
Manek Urai : Fakta tuntutan hak royalti Petroleum Kelantan

Kita mempunyai fakta bahawa kerajaan pusat menafikan hak rakyat Kelantan. Mereka perlu melihat hujah-hujah yang akan diberi kerajaan negeri. Dalam isu minyak ini kita ada tiga agenda, pertamanya ialah menuntut royalti gas dan minyak di tiga kawasan.
Kawasan yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand - Malaysia, di bawah tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan oleh Parlimen pada 1990.
Akta tersebut menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai. Dalam konteks ini Petronas telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri. Kelantan menyatakan berhak mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).
Mengikut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990, di mana dalam akta itu sudah ada peruntukan untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Dan akta tersebut tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.
Bahkan dalam akta itu mengakui perjanjian yang dibuat sebelum ini adalah terpakai. Jadi perjanjian yang dibuat di antara kerajaan negeri Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 dan dalam dokumen perjanjian itu kuasa yang mana dahulu dimilik negeri-negeri termasuk Kelantan telah diserah kepada Petronas dengan menjanjikan pembayaran tunai kepada negeri-negeri yang telah diambil hak tadi sekiranya ada pengeluaran petroleum.
Tidak hadkan jarak pantai
Dalam perjanjian tersebut pengeluaran di dua tempat iaitu onshore dan offshore. Jadi offshore yang digunakan dalam perjanjian itu teritorial zone dan exclusive zone. Jadi offshore ini tidak menghadkan jarak pantai dengan perairan Kelantan.
Jadi offshore itu meliputi jarak yang dekat dan jarak yang jauh. Jadi tidak terbatal hujah yang mengatakan bahawa Kelantan tidak berhak kepada royalti tersebut kerana jarak di antara pantai Kelantan dengan pelantar ialah jauh. Bahkan dalam praktik amalan Sabah, Terengganu dan Sarawak telaga-telaga mereka juga berada jauh dari pantai, iaitu lebih jauh daripada Kelantan.
Kalau pantai Kelantan dengan JDA ialah 150 km, manakala Sabah pula 210 km tetapi masih lagi layak menerima royalti. Jadi isu jarak dan perairan luar pantai adalah tidak berbangkit.
Kelantan juga menuntut royalti di PM301 kerana berada di perairan Kelantan, pelantar itu akan mulakan pengeluaran pada 2012, jadi kita awal-awal mengetengahkan royalti ini supaya Kelantan tidak terabai menerima bayaran royalti.
Jadi kita mengharapkan juga gas ini didaratkan PM301 di Pantai Bachok. Menteri Besar telah menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican pada empat bulan lalu yang mencadangkan Petronas membangunkan zon khas di Bachok bagi projek Petrokimia.
Kita berharap Petronas boleh bertindak positif berdasarkan kepada cadangan tersebut.
Petronas belum bagi kata putus
Mengenai supply base ini permohonan telah dibuat oleh sebuah syarikat yang telah diluluskan kerajaan Kelantan di Kuala Besar. Jarak aktiviti JDA begitu hampir dengan Kelantan. Saya yakin banyak aktiviti yang diperlukan di sini seperti pembaikan kapal, 'maintenance' kapal dan penghantaran makanan. Jadi setakat ini hari ini Petronas belum lagi memberi kata putus.
Kita semua tahu lautan ada tiga kategori yang terlibat iaitu criteria zone ialah 12 batu ke pantai. Dan satu lagi ialah zon eksklusif (EEZ). Dan EEZ ini semuanya ini dalam istilah offshore. Jadi pembahagian kawasan offshore yang menghadkan mana-mana negeri mendapat royalti.
Sebab itu Sabah, Sarawak dan Terengganu telaga mereka berada dalam EEZ tetapi negeri terbabit juga berhak mendapat royalti.
Kemudian kita tuntut royalti di kawasan bertindih dengan Vietnam yang telah memulakan pengeluaran sejak 1997 lagi. Dan kemuncak pengeluaran pada 2004 ialah gas dan minyak. Kemudian kita minta bakal royalti di kawasan PM301 yang akan mula pengeluaran dua tahun akan datang iaitu 2011.
Tetapi kita minta awal supaya dapat ketetapan awal. Kita maklum awal mahu meminta royalti.
Isu kedua yang kita tuntut ialah pendaratan gas dari PM 301 yang begitu hampir dengan laut Kelantan juga perlu didaratkan di Kelantan untuk membolehkan menjana ekonomi bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.
Ketiga kita menuntut pusat penghantaran atau dipanggil juga supply base, di mana kerajaan negeri telah menghantar surat permohonan ini dua tahun lebih tetapi sehingga kini Kementerian Kewangan belum meluluskan 'supply base' yang akan dibangunkan pihak swasta dan bukan kita minta kerajaan pusat bangunkan.
Kita sendiri yang hendak bangun, cuma kita minta kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Kalau kita ada 'supply base' kita boleh membaiki kalau ada kapal yang rosak. Penghantaran barang-barang boleh dibuat di sini.
Peluang jana ekonomi
Jadi ada peluang menjana ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan. Jadi tiga agenda ini yang kita pohon daripada kerajaan negeri dan Petronas.
Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen telah menyebelahi Kelantan. Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum di Manek Urai, di mana Dato' Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan.
Dan pada 3 Ogos kita akan satu lawatan bersama kepada kawasan pelantar Cakrawala dan kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.
Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut. Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.
Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut.
Kerajaan pusat nampaknya mengakui hujah Kelantan adalah sah. Sebab itulah menyuruh Petronas menjawab. Biarpun diminta Petronas menjawab tetapi saya yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas member jawapan politik.
Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.
Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan.
Surat kepada Perdana Menteri dihantar sebulan yang lepas dan tiga bulan lepas Menteri Besar menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican mencadangkan pendaratan gas daripada PM301 ke Bachok. - mks._
Manek Urai : PAS tidak angkuh - Anwar Ibrahim

PAS tidak angkuh walaupun Manek Urai merupakan kubu kuat mereka.
Demikian ujar Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung hubungan dan kerjasama erat parti itu dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat lain pada pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, pada satu sidang media di Markaz Induk PAS Manek Urai hari ini.
"PAS tidak angkuh walaupun mereka ini kuat di Manek Urai, malah mereka turut menjemput pemimpin PKR dan DAP untuk sama-sama berceramah di satu pentas, ini adalah satu amalan Islam yang tawadhuk," katanya.
Walau bagaimanapun, beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu tetap akan datang(berkempen) tanpa sebarang jemputan atas sikap tanggungjawab yang dimiliki sesama rakan dalam Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai isu kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Manek Urai beliau menganggapnya sebagai politik remeh.
"Ramai yang menyangka bahawa jika Najib tidak muncul membuktikan bahawa dia tidak menyokong calon BN di sini," ujarnya.
Oleh yang demikian katanya, apa jua agenda yang dibawa Umno-BN tidak akan memberikan kesan kepada kempen pilihan raya ini kerana pengundi Manek Urai dapat menilai agenda yang lebih baik dibawa PAS sejak menerajui Kelantan sejak 20 tahun lalu.
Pada sidang media yang sama, Anwar menggesa agar kerajaan meneliti hak royalti petroleum dan gas yang sepatutnya dibayar kepada negeri Kelantan.
"Sebagai seorang bekas Menteri Kewangan, beliau harus meneliti betul-betul hak rakyat Kelantan.
"Saya tidak nampak ruang untuk menafikan hak mereka selama ini," katanya lagi.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang Parlimen juga berjanji akan mengedarkan surat kepada seluruh ahli parlimen serta membentangkan usul mengenai isu tersebut di Dewan Rakyat pada sidang parlimen akan datang.
Ditanya mengenai isu bilik gerakan PKR yang dirobohkan oleh anggota keselamatan, beliau menempelak tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa
ianya adalah merupakan satu tindakan yang tidak bertepatan dengan undang-undang.
"Bila yang pihak keselamatan di bawah pimpinan Musa Hasan ini mengikuti peraturan dan undang-undang?" demikian ujarnya.
Turut hadir pada sidang media yang sama, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Husam Musa, ahli parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli serta Yang DiPertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman.
Manek Urai : Agen calon perlu berani dan tegas - Penasihat Jentera N41

SUNGAI SOK, 12 Julai - Satu taklimat berkaitan tugasan agen di bilik mengundi dan agen pengira undi dari Penasihat Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, telah diadakan petang tadi, dekat sini. |
Manek Urai : Yang Selamanya Tidak Akan Dianjurkan UMNO
MANEK URAI, 13 Julai - Hampir 1000 orang ahli PAS memenuhi Masjid Manek Urai Baru pada pukul 3 pagi tadi untuk bersama-sama bermunajat pada Allah, satu program yang selamanya tidak akan dianjurkan UMNO. Program bermula dengan solat tahajjud diimami oleh YB ADUN Demit, Ust Muhammad Mustapha dan diakhiri dengan Zikir khas yang diketuai oleh Ust Abdullah Razak, Setiausaha Dewan Ulama' PAS Negeri Kelantan. |
Manek Urai : Tinjauan Undi MSTAR Online - PAS mendahului - 87.1 peratus
MANEK URAI, 13 Julai - Keputusan tinjauan awal Mstar yang berbunyi "Siapakah yang dijangka memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan?"sehingga tengah malam tadi telah menyebelahi calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.
|
Manek Urai : Generasi baru bijak menilai

TEMALIR, 13 Julai - Walaupun ramai yang berpandangan bahawa pengundi muda merupakan generasi yang terdedah kepada isu semasa, tetapi kebanyakannya terdiri daripada golongan yang telah berhijrah ke bandar, namun perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan. |
Manek Urai : Pemuda penentu kemenangan Manek Urai - Abe Uji

TEMALIR, 12 Julai - Golongan muda merupakan undi penentu dalam memastikan kerusi Dun Manek Urai terus berada di sisi PAS. |