Jumaat, 10 Julai 2009

MANEK URAI : TGNA YAKIN PAS AKAN MENANG


Pas yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Manek Urai, berdasarkan sejarah dan kesepakatan yang ditunjukkan kepemimpinan Pakatan Rakyat serta penduduk di semua peringkat.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata selepas lima hari berkempen nampaknya tiada lagi isu, malah Barisan Nasional (BN) tidak mampu menjawab semua persoalan yang dilemparkan pembangkang.


"Ditambahkan lagi calon kita (Mohd Fauzi Abdullah) setakat hari ini masih lagi bersih dan tiada apa-apa perangai yang boleh menyakitkan hati pengundi malah dia boleh menyamai ketokohan bekas Adun Manek Urai, (Allahyarham Ismail Yaakob) dan insya-Allah kita boleh menang," katanya ketika ditanya pemberita selepas solat Jumaat di Kampung Lata Rek, di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tiada sebab kenapa pengundi tidak mahu memilih calon Pas kerana sejarah membuktikan yang mereka berada di sini selama lebih 40 tahun lalu hasil usaha kepemimpinan Pas terdahulu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda.

“Sekarang ini kita semua boleh tengok perubahan, pembangunan. Jadi tidak ada sebab yang boleh dijadikan alasan kenapa mereka nak lari daripada menyokong Pas untuk menyokong Umno," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya dakwaan BN lebih awal melaksanakan dasar Islam di negara ini daripada Pas, beliau berkata itu semua dakwaan yang mahu menipu rakyat secara mentah-mentah. -BH

KENYATAAN MEDIA PKR PILIHAN RAYA KECIL MANEK URAI

Halangan Polis Terhadap Penyertaan PKR Dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai, Kelantan

Kita ingin merujuk kejadian Khamis 9 Julai 2009 jaln 11.10 pagi di hadapan Bilik Gerakan PKR yang didatangi pegawai polis ASP Suzaimi yang mengarahkan dibuang bendera PKR dan ditutup Bilik Gerakan dengan alasan Pakatan Rakyat belum lagi berdaftar. Beliau juga memaklumkan kepada petugas PKR bahawa Tan Sri Musa Hasan Ketua Polis Negara mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera PKR dilihat pada pilihan raya kecil Manek Urai. Kita mengutuk keras tindakan terpilih pihak polis atas alasan-alasan berikut:


Kerjasama Pakatan Rakyat

1. Pilihan raya umum 2008 yang lalu melakarkan sejarah dimana Barisan Nasional buat pertama kalinya gagal menguasai dua pertiga mojirit Parlimen dan menghasilkan kejayaan parti-parti pembangkang untuk memnangi dan membentuk kerajaan di negeri-negeri Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

2. Najitah daripada pilihan raya 2008 itu ialah jalinan kerjasama parti-parti pembangkang khasnya PKR, DAP dan PAS menerusi pembentukan Pakatan Rakyat yang tersangat digeruni oleh BN.

3. Jalinan kerjasama Pakatan Rakyat merangkumi aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial untuk semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina dan negeri.

4. Jalinan kerjasama Pakatan Rakyat ini tidak mengecualikan urusan yang berkaitan dengan kerjasama dalam urusan pilihan raya. Ini dibuktikan dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang telah diadakan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti serta pilihan raya kecil yang sedang berlangsung sekarang di Manek Urai.

5. Oleh yang demikian, penyertaan parti-parti sahabat dalam Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya bagi menyokong parti rakannya yang bertanding adalah elemen biasa dalam amalan politik di Malaysia. Sokongan parti-parti yang menjadi rakan politik sudah menjadi perkara lumrah dalam proses demokrasi dan pilihan raya. (quote calon-calon Berjasa yang bertanding lawan PAS semasa pilihan raya umum sekalipun tidak menjadi parti komponen).

6. Namun sekarang, kita dikejutkan dengan tindakan Kerajaan Persekutuan BN yang memperalatkan Polis Diraja Malaysia untuk menghalang penyertaan PKR daripada menyokong PAS di Manek Urai. Halangan ini meliputi arahan polis supaya semua premis bilik gerakan PKR ditutup.

Pendirian Prinsip

7. Tindakan menghalang penyertaan aktif parti-parti rakan khasnya PKR dalam membantu PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai bermotif politik yang mencabul hak asasi dan demikrasi secara nyata.

8. Arahan menutup premis bilik gerakan PKR adalah satu penyalahgunaan kuasa dan melampaui peruntukan undang-undang.

Adakah sokongan PKR kepada PAS melanggar undang-undang?

Proses pilihan raya dijalankan mengikut undang-undang :

a) Perlembagaan Persekutuan
b) Perlembagaan Negeri
c) Akta-akta dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya berkaitan (5 akta semuanya)
d) Beberpaa Undang-Undang sampingan seperti Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Kerajaan Tempatan dan sebagainya.

Dalam semua pilihanraya umum dan kecil telah diadakan, sejak ditubuhkan pada 1999 PKR mempunyai rekod yang cemerlang dari segi mematuhi undnag-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya. Begitu juga dengan parti-parti rakan dalam Pakatan Rakyat.

Kita mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut, sekalipun kita tidak menyetujui aspek-aspek yang bertentangan dengan prinsip-prinsip sejagat mengenaio keperluan menjalankan pilihan raya secara adil, bebas, telus dan jujur.

Umpamanya, menelang pilihan raya umum 2008 lalu, kita terpaksa berdepan dengan karenah SPR dengan isu pemguatkuasaan duti sete, pada borang akuan berkanun pencalonan yang ditarikbalik pada hari penamaan, dan isu pembatalan penggunaan dakwat tak mudah padam pada jari pemilih bagi mengelakkan manipulasi pengundian berganda. Namun, kita akur dan serahkan keputusan kepada rakyat.

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 - Sek 10 (a) hingga (i) meliputi perbuatan sogokan berupa awang atau pinjaman, tawaran atau janji agar mengundi atau jangan mengundi calon.

Kod Etika Pilihan Raya (9 Bab termasuk Kempen) - diperkenal mula 9 Mei 2006 semasa pilihan raya DUN Sarawak hingga sekarang tanpa sebarang pindaan yang menyentuh etika yang perlu dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat, iaitu calon, ejen pilihan raua, parti politik dan pekerja serta penyokong calon dan parti politik.

Bab 6 mengenai Kempen - 12 bentuk larangan - tiada larangan untuk calon mendapat sokongan atau bantuan daripada parti-parti sekutunya.
Sebaliknya, Kod Etika Pilihan Raya dengan jelas, menurut perkara 6.2 (b) menyebut semua calon, ejen pilihan raya, parti politk, dna pekerja serta penyokong calon dan parti politik tidak boleh menggunakan kenderaan atau alat-alat komunikasi milik kerajaan untuk tujuan berkempen.

Maknanya, dari segi prinsip, kemudahan jentera dan instutusi-institusi milik kerajaan dilarang daripada digunakan atau disalahgunakan untuk tujuan dan kepentingan sempit politik kepartian dalam pilihan raya.

Tetapi ini yang dilakukan oleh BN di Manek Urai secara berleluasa, Penglibatan ketara agendi atau jabatan seperti RISDA, Felcra, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, JAKIM dalam siri kempen Barisan Nasional sesungguhnya berlawanan dengan pengendalian pilihan raya yang bersih dan adil. Persoalannya kenapakah tiada tindakan terhadap BN yang menyalahgunakan jentera dan isntitusi kerajaan? Rakyat Manek Urai dianjurkan menilai kedudukan ini dan bersama-sama menolak calon BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai ini.

Saifuddin Nasution Ismail
Pengarah Pilihan Raya JKR
Manek Urai 10 Julai 2009

Dr M: Isu banglo Khir boleh jejas moral UMNO@BN

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kontroversi banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, boleh menjejaskan moral Umno dan BN.

Sehubungan itu beliau menggesa Dr Mohd Khir supaya menjelaskan punca pembiayaan rumah beliau yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.

"Beliau perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," katanya.

Sebelum ini, ADUN DAP Sekincan, Ng Suee Lim membangkitkan isu pembelian dua lot tanah serta sebuah banglo mewah di Seksyen 7, Shah Alam oleh Dr Mohd Khir Toyo yang didakwanya berharga RM24 juta.

Media memetik Ng mendakwa jumlah itu tidak mungkin mampu dibiayai Dr Mohd Khir melalui pendapatannya selama lapan tahun menjadi menteri besar.

Bekas menteri besar Selangor itu, ketika diminta mengulas mengenainya, mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo mewah terbabit tetapi dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti yang didakwa oleh Ng.

100 HARI: PEMBAHARUAN, PENCAPAIAN NAJIB...!!! Kemusnahan yang bakal berlaku..????

BERIKUT adalah pendekatan, dasar dan program yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sejak menerajui kerajaan pada 3 April lalu.

PEMBAHARUAN DAN PENCAPAIAN

Kesejahteraan Rakyat

i. Memperkenalkan Konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

ii. Melakukan tinjauan mesra untuk mengetahui denyut nadi rakyat

- Kawasan-kawasan yang telah dilawati ialah Vista Angkasa, Kg. Kerinchi, Jalan Petaling, Puduraya, Brickfields, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Pasar Kraf Kota Kinabalu, Pasar Besar Kota Kinabalu, Kg. Bintawa, Kuching, Pasar Malam Sibu dan Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

iii. Mengarahkan satu kajian menyeluruh dilakukan untuk menangani isu kenaikan tol yang membebankan rakyat

iv. Mengumumkan kerajaan akan mengambil alih Sabah Medical Centre dengan harga RM280 juta untuk menampung keperluan rakyat Sabah yang meningkat di hospital-hospital kerajaan

v. Mengarahkan langkah-langkah segera diambil untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur

vi. Mengarahkan supaya pembinaan kawasan letak kereta yang baru dibina di Jalan Tuanku Abdul Rahman

vii. Mengarahkan projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu disiapkan segera

viii. Meminta agensi kerajaan yang terlibat memperbaiki kemudahan di Puduraya demi keselesaan penumpang

ix. Memperkenalkan Biasiswa Nasional yang dikhususkan kepada para pelajar yang paling cemerlang di negara ini tanpa mengira kaum

Hak Asasi dan Kebebasan Media

i. Membebaskan 13 tahanan ISA pada hari menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri.

ii. Menarik balik penggantungan penerbitan akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan

iii. Mengumumkan akan mengkaji ISA

iv. Membebaskan 13 lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk para pemimpin Hindraf

v. Media diberi kebebasan membuat liputan tetapi hendaklah adil dan bertanggungjawab

Ekonomi dan Kewangan

i. Melakukan liberalisasi ke atas 27 subsektor perkhidmatan

ii. Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan

iii. Mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM60 bilion

iv. Melancarkan laman web pakej rangsangan ekonomi untuk membolehkan rakyat memantau pelaksanaan projek

v. Mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memudahkan pengeluaran lesen kepada para peniaga kecil dan penjaja

vi. Menubuhkan Majlis Ekonomi Negara yang akan mencari jalan untuk membentuk modal ekonomi baru yang berteraskan inovasi dan nilai tinggi

vii. Meminta bank terus mengeluarkan pinjaman kepada peniaga agar perniagaan mereka tidak terjejas pada masa sekarang

viii. Menubuhkan Danajamin yang akan menyokong kerjasama dalam pasaran modal

ix. Melaksanakan deregulation ke atas garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC)

x. Menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dengan modal awal RM500 juta sebagai institusi pelaburan baru dalam negara

xi. Melancarkan Felda Global Ventures Holdings (Felda Global) ke arah menjadikan Felda sebagai sebuah syarikat multinasional dalam bidang multi-crop di peringkat antarabangsa

Pemodenan Dan Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Awam

i. Memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk semua menteri, timbalan menteri dan semua sektor kerajaan.

ii. Modenisasi perkhidmatan awam dengan melaksanakan dasar pintu terbuka, multi point entry dan cross fertilization bagi membolehkan lebih ramai tenaga kerja terbaik di sektor swasta dapat diserap dalam perkhidmatan awam. Kakitangan kerajaan juga dibenarkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka dengan mendapat latihan bekerja di GLC

iii. Majlis yang dianjurkan oleh kerajaan perlu diringkaskan, tidak meleret-leret dan tidak terlalu memakan masa yang panjang

iv. Menjadikan Bidang Keputusan Utama Nasional (KRA) sebagai kaedah baru dalam pentadbiran kerajaan untuk memacu negara ke tahap lebih berjaya. Ia akan digabungkan dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

v. Mengumumkan KPI dan KRA akan dijadikan asas untuk melonjakkan kecekapan perkhidmatan awam

vi. Memperkenalkan sambutan Hari Inovasi menggantikan Hari Q (Kualiti) yang telah diperkenalkan sejak tahun 1987

vii. Anggota awam kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dalam gred lantikan akan dinaikkan pangkat (176,066 orang)

viii. Menggubal dua skim baru dan naik taraf 8 skim perkhidmatan (20,637) bermula 1 Julai 2009

Politik

i. Mengarahkan kajian dilakukan ke atas perlembagaan Umno dan sistem pemilihan parti supaya lebih ramai ahli terlibat dalam urusan pemilihan pucuk pimpinan sekali gus dapat membendung gejala politik wang

Sosial

i. Menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai Gedung Makanan Negara

ii. Mengumumkan peningkatan peruntukan pembiayaan perumahan bagi generasi kedua Felda

iii. Mengkaji penubuhan skim pencen pekerja swasta dan tabung pemberhentian pekerja bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan

iv. Mencadangkan penubuhan Baitulmal Kebangsaan dan memperkasakan Baitulmal negeri

v. Skop dan peranan PEMUDAH diperluaskan termasuk melibatkan hal perumahan, jenayah dan pengangkutan

Pembangunan Baru

i. Mencadangkan agar kajian dilakukan terhadap pembangunan tenaga nuklear dan sumber tenaga baru di negara ini berasaskan teknologi hijau.

ii. Meminta kajian dilakukan terhadap cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bertujuan melonjakkan pembangunan di timur Johor khasnya dan Wilayah Pantai Timur amnya

Dasar Luar

i. Melakukan lawatan rasmi ke China

ii. Melakukan kunjungan hormat ke atas pemimpin negara-negara jiran terdekat selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura

Kemelut Politik Perak: Kisah Dan Tauladan

oleh MSK.

Sebelum Muktamar Pas yang lalu, Perakexpress sibuk mempromosikan Nizar sebagai bakal calon Naib Presiden Pas. Nizar mendapat pencalonan yang begitu banyak…dan kalau dia bertanding, aku rasa dia boleh menang dengan selesa.

Tapi bila aku diberitahu bahawa Nizar menarik diri dari bertanding Naib Presiden…aku terkejut. Memang frust sebab aku rasa dia mampu membawa Pas Perak lebih baik. Tapi bila diberitahu mengapa dia menarik diri..aku terima. Bagi aku, Nizar berjiwa besar. Dia tidak mahu dilihat sebagai opportunis, cuba menggunakan popularitinya untuk mendapatkan kuasa.

Tetapi satu lagi alasan yang diberikan..yang tak pernah aku terfikir. Nizar merasakan dia masih belum teruji. Dia gagal dalam mempertahankan Pakatan Rakyat Perak sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat Perak runtuh. Dia berazam untuk menebus kegagalannya dengan mengembalikan Pakatan Rakyat Perak sebagai kerajaan yang sah.

Bagaimana seorang yang begitu diminati oleh rakyat Perak…seorang yang dapat diterima oleh majoriti rakyat Perak, tanpa mengira bangsa, agama atau pun parti…boleh gagal?

Dalam setiap ceramah…kita mendengar tentang bagaimana kesalahan diletakkan kepada Jamal, Osman dan Hee. Dan dalam cakap-cakap dikedai kopi atau dalam blog, PKR sering dipersalahkan kerana mempunyai Adun-Adun yang tidak berkualiliti, Adun yang tidak bermoral..macam-macam.

Apabila Anwar ditendang dari Umno..memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang disekeliling Anwar. Bila Pak Lah dipaksa turun, memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang di Tingkat Empat. Apabila Nizar dipaksa turun dari jawatan Menteri Besar, memang mudah menyalahkan Jamal, Osman dan PKR, tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang Pas dipejabat Menteri Besar.

Dan apabila PR Kedah hampir-hampir runtuh…memang mudah untuk menyalahkan PKR dan DAP di Kedah, tapi tidak mudah untuk menyalahkan kuasa-kuasa di “Batu 9”.

Hangpa nak kutuk Jamal sebagai pengkhianat…kutuk la. Aku setuju.

Hangpa nak kutuk PKR kerana meletakkan calon-calon yang tidak berkualiti. Kutuk la. Aku setuju.

Hangpa nak kata katak-katak ini tidak bermoral…kata la. Aku setuju.

Hangpa nak kata depa dua ekor ini bodoh. Kata la. Aku setuju.

Tetapi…mengapa seorang Menteri Besar yang dianggap sama taraf dengan Anwar ini tidak mampu mengawal dua ekor katak yang bodoh? Di mana kualiti pemimpin Pas yang dianggap handal ini?

Pada awal pemerintahan Pakatan Rakyat di lima negeri…Selangor merupakan negeri yang paling teruk dilanda masalah. Malah pada hari pertama lagi…Pakatan Rakyat Selangor berhadapan dengan ‘pengkhianatan’ Dr. Hasan Ali. Tetapi dapat diselesaikan. Kemudian diikuti dengan isu babi. Jauh lebih besar, tetapi dapat diselesaikan. Ditambah pula dengan isu Eli Wong…tetapi dapat juga diselesaikan.

Tetapi di Perak..ia hanya masalah balak. Tetapi oleh kerana gagal diselesaikan…Pakatan Rakyat runtuh. Di Kedah…hanya isu tempat penyembelihan babi…menyebabkan DAP keluar Pakatan. Tiga ADUN PKR hampir-hampir melompat dan kerajaan PR Kedah hampir runtuh. Dan ia memerlukan campurtangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut di Kedah.

Apakah ianya melambangkan kualiti kepimpinan yang ada pada Pas?

Aku simpati kepada Nizar dan aku akan terus menyokong Nizar kerana aku dapat merasakan kejujurannya. Tetapi simpati aku kepada kepimpinan Pas yang lain semakin berkurangan kerana mereka hanya nampak kesalahan orang lain…tetapi jarang melihat diri sendiri.

Semasa Nizar menjadi Menteri Besar… pejabat Menteri Besar macam markas Pas. Semua staf dipejabat Menteri Besar terdiri dari orang Pas kecuali Nadarajah. Tapi Nadarajah hanya ditugaskan untuk menjaga orang India.

Orang-orang bukan Pas cukup susah nak jumpa Menteri Besar. Orang Pas boleh keluar masuk ikut suka hati. Pernah sekali aku membawa seorang rakan untuk berjumpa Nizar, tetapi diberitahu oleh Mohamad Tiang,..”Orang PKR kena jumpa Ustaz Zul.”

Bila aku nak buat Konvensyen teh tarik..nak jemput Nizar kena melalui Ustaz Zul. Tapi blogger Pas boleh buat mesyuarat dalam pejabat Menteri Besar.

Ini yang berlaku pada aku…yang berlaku pada ramai lagi orang PKR macam mana?

Nizar tak tahu perkara ini….kerana dilakukan oleh orang-orang disekeliling nya. Disebabkan orang-orang disekeliling Nizar..Nizar tumbang. Apakah Pas Kedah tidak belajar hal ini?

Aku tak mahu menyalahkan Nizar.. kerana pegawai-pegawai disekelilingnya adalah lantikan parti. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak tumbang…maka parti yang memimpin perlu juga dipersalahkan. Walaupun Pas mempunyai pemimpin yang berkualiti, yang tinggi akhlak, yang cukup bermoral…tetapi gagal memimpin. Dimana silapnya?

Kalau dalam satu program keibubapaan…seorang bapa meluahkan perasaannya, “anak saya tak dengar cakap…anak saya degil, anak saya perangai macam setan.” Siapakah yang gagal?

Apa yang berlaku di Perak, juga berlaku di Kedah. Apa yang diceritakan dikedai-kedai kopi atau blog ialah tentang tingkah laku ADUN DAP dan PKR…tapi tak ada sesiapa yang bercerita tentang kuasa ‘Batu 9’.

Pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah banyak dikuasai oleh Markas Pas Batu 9. Malah ada rungutan dikalangan ADUN-ADUN bahawa banyak pandangan dan cadangan mereka di veto oleh kepimpinan PAS, sehingga ada yang berkata bahawa keputusan EXCO pun boleh diubah sekiranya ‘Batu 9’ tidak bersetuju.

Ada yang merungut dimana peruntukan DUN tidak disalurkan kepada ADUN PKR atau DAP sepenuhnya. Hanya sebahagian disalurkan kepada ADUN manakala sebahagian lagi disalurkan terus kepada YDP Pas kawasan.

Mungkin betul tuduhan ini…mungkin fitnah. Tetapi apabila terdapat rungutan-rungutan…ianya perlu diambil perhatian. Bukan dengan menolak mentah-mentah tanpa memberikan ruang untuk menyuarakan perasaan.

Penubuhan Majlis Pakatan Rakyat di Kedah perlu di munafaatkan walaupun ia menimbulkan persoalan…”mengapa baru sekarang ditubuhkan?” Jangan hanya aktif bila nak pilihanraya atau hanya bila timbul masalah.

MANEK URAI : 1Malaysia Akan Dijual Jika Muhyiddin Menjadi PM

Masihkah anda ingat siapa yang bertanggungjawab memberi ruang lebih besar kepada penduduk dari Singapura memilik banyak hartanah di Johor.

Akibat daripada dasar terbuka itu menyebabkan banyak tanah rezab Melayu di daerah Johor Bahru tergadai.

Orang yang bertanggungjawab memberi kelulusan tersebut ialah pemimpin yang mengetuai kerajaan Johor pada 1989 hingga 1995.

Itulah pengenalan ringkas bagi mengenali siapa Tan Sri Muhyidin Yassin yang dikaitkan dengan tragedi yang memalukan orang Melayu di Johor.

Dan berikutan itu Muhyiddin dipindahkan ke pusat sebagai menteri kabinet oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai usaha menyelamatkan karier politiknya.

Dan hari ini beliau berjaya mendaki tangga keemasan politik dalam Umno apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas menang jawatan Timbalan Presiden Umno.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin terbabit yang mengetuai Umno di Johor ketika menjadi menteri besar ternyata telah mengkhianati hak orang Melayu.

"Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura.

"Ini bukti bahawa Umnolah yang menggadai hak orang Melayu setelah rakyat memberi mereka kuasa sepenuhnya lebih 50 tahun mentadbir negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan, katanya pada ceramah di Temalir dekat sini malam semalam.

Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini.

"Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah.. tidak.

"Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota Dewan Negeri Negeri Johor dari Umno tidak boleh jawab," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Muhyiddin telah mengkhianati orang Melayu di Johor dalam isu tanah rezab dan pemilikan dalam Dana Johor.

Sedangkan katanya, kerajaan BN Johor begitu bangga dengan skim pelaburannya Amanah Saham Johor (ASJ) sehingga seramai 125,000 orang melabur ketika diterbitkan pada 1996.

Saham ASJ pada awalnya dijual pada harga RM1 seunit kemudian memadangkan ASJ mendapat sambutan menggalakkan sehingga nilai saham dinaik menjadi RM5 seunit.

Keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Johor berebut-rebut membeli saham ASJ sehingga ada yang meminjam dari bank sebanyak RM10,000. Namun selepas berlaku krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan ASJ jatuh menjunam.

Perbadanan Johor kini berhutang melebihi setengah bilion ringgit. Kegagalan ASJ menjejaskan imej kerajaan BN Johor.

Ketika era Muhyiddin sehingga Dato Ghani Othman menjadi Menteri Besar Johor bukan sahaja ASJ merosot sebaliknya banyak syarikat milik kerajaan negeri yang rugi berjuta-juta ringgit termasuk Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Sehingga Disember tahun lalu KPRJ direkod berhutang sebanyak RM429.4 juta.

Salahuddin berkata, jenayah paling mencabar orang Islam di Johor apabila Muhyiddin menukar cuti mingguan daripada hari Jumaat kepada Ahad.

Maka tidak hairanlah katanya, Johor yang dianggap sebagai kubu Umno paling kuat di dunia berjaya ditembusi PAS setelah memperolehi dua kerusi Dun pada pilihan raya umum lalu.

"Sekarang kita sama-sama fikir pada malam ini. Hari ini Muhyidin datang ke Manek Urai bercakap mengenai pembelaan nasib orang Melayu.

Begitu juga katanya Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan baru dilantik sudah hendak tunjuk lagak dan bercakap bohong.

"Dia kata hendak menolong orang kampung sehingga sanggup pergi menoreh getah dan tunjukkan gambar kepada umum. Beliau bercakap di Parlimen kononnya hendak menolong orang susah di Manek Urai," katanya.

Dan malam tadi ketika Muhyiddin berceramah di Kampung Manek Urai Lama hanya dihadiri kira-kira 200 penduduk lapor sebuan portal berita. -harakahdaily

Manek Urai : Polis Arah Bilik Gerakan PKR Ditutup, Bendera Diturunkan.


Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution mengutuk tindakan polis mencabuli sistem demokrasi apabila mengarahkan supaya bilik gerakan parti itu untuk pilihanraya kecil Manek Urai ditutup dan semua bendera diturunkan.

Dalam kejadian itu, bilik Gerakan PKR diserbu oleh pegawai Polis bernama ASP Suzaimi yang mengarahkan semua bendera PKR diturunkan dengan alasan Pakatan Rakyat masih belum berdaftar sebagai entiti politik.

ASP Suzaimi juga memberitahu petugas PKR bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera parti itu diguna atau dinaikkan pada pilihan raya kecil itu.

Menurut Saifuddin, BN telah memperalatkan pihak polis untuk menghalang PKR daripada memberikan sokongan kepada Pas.

"Tindakan menghalang penyertaan aktif parti-parti rakan khasnya PKR dalam membantu PAS pada pilihanraya kecil Manek Urai bermotif politik dan mencabul hak asasi demokrasi secara nyata,"katanya pada sidang media di Markas Pas.

"Penyertaan parti-parti politik sahabat dalam Pakatan rakyat dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah elemen biasa dalam amalan politik di Malaysia dan telah dipraktiskan dalam pilihan raya kecil sebelum ini,"katanya.

Menurutnya, tindakan polis itu adalah penyalahgunaan kuasa dan melampaui perlembagaan persekutuan, perlembaagn negeri serta Akta dan peraturan pilihnaraya berkaitan.

Saifuddin berkata sikap pilih kasih polis dalam melayan pembangkang dan Barisan Nasional begitu ketara pada setiap pilihanraya dan trend itu berteruskan di Manek Urai.

Saifuddin berkata PKR tidak harus dihalang memberi sokongan dan kerjasama kepada PAS kerana Kod Etika Pilihanraya dengan jelas menyatakan tidak harus ada larangan untuk calon mendapat sokongan atau bantuan dari parti-parti sekutunya.

"Sebaliknya kod etika Pilihanraya dengan jelas menurut perkara 6.2 (b) menyebut semua calon, ejen pilihanraya, parti politik dan pekerja serta penyokong calon dan parti politik....tidak boleh menggunakan kenderaan atau alat-alat komunikasi milik kerajaan untuk tujuan berkempen," katanya.

Ringkasnya, dari segi prinsip kemudahan jentera dan institusi milik kerajaan adalah dilarang daripada digunakan atau disalahguna bagi tujuan dan kepentingan sempit politik kepartian namun peruntukan itu tidak langsung diendahkan oleh BN dan dibenarkan secara terbuka oleh polis.

"Di Manek Urai, kita lihat penglibatan yang sangat ketara oleh agensi kerajaan seperti Risda, masa inilah dia bagi bantuan anak benih getah, bagi bantuan subsidi. Felcra, Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, JAKIM semuanya menjadi sebahagian kempen BN yang sesungguhnya berlawanan dengan pengendalian pilihanraya yang bersih dan adil," kata saifuddin.

Manek Urai : Muhyiddin akui PPSMI gugat prestasi siswa IPT..!!!! Perjudikan nasib pelajar untuk nafsu serakah pemimpin UMNO@BN....????

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menggugat prestasi mahasiswa dalam bidang sains serta profesional.

Beliau juga dipetik sebagai berkata sebelum PPSMI dilaksanakan, ramai pelajar berjaya menjadi graduan dan profesional terutama dalam bidang perubatan serta kejuruteraan, "bagaimanapun selepas PPSMI diperkenalkan majoriti pelajar tidak berupaya."

Menteri pelajaran hari ini bagaimanapun berkata perubahan dasar itu - seperti di peringkat sekolah yang diumumkan beliau kelmarin - terserah kepada Kementerian Pengajian Tinggi, lapor Bernama.

"Di peringkat Tingkatan Enam... matrikulasi, memang komponen bahasa Malaysia itu digunakan di samping di situ juga terdapat kekuatan dalam bahasa Inggeris.

"Kita serahkan kepada (kementerian) Pengajian Tinggi untuk menentukan bagaimana caranya supaya proses itu akan sampai ke peringkat tertinggi walaupun di universiti sudah banyak terdapat penggunaan bahasa Inggeris.

"Kita mahu kemahiran berbahasa Inggeris (oleh pelajar) di peringkat itu mahir tetapi tidak mengetepikan kekuatan bahasa kebangsaan," beliau dipetik berkata.

Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri, diminta mengulas gesaan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) supaya dasar itu dimansuhkan secara menyeluruh termasuk di peringkat universiti - tidak seperti keputusan kerajaan yang hanya menghapuskan PPSMI di peringkat sekolah pada 2012.

Keputusannya tidak dibuat secara terburu-buru dan gopoh, katanya lagi, tetapi setelah menimbang faktor yang penting untuk meningkatkan Bahasa Inggeris yang memerlukan persiapan sempurna dalam tempoh dua setengah tahun akan datang.

Persiapan ini, menurut agensi berita itu lagi, termasuk kelengkapan yang cukup, bahan yang digunakan, makmal bahasa yang baik serta guru-guru yang mahir.

"Kita telah mengambil kira tempoh masa itu untuk membuat persiapan yang sempurna. Tidak boleh tergopoh-gapah dalam soal pendidikan ini.

"Saya faham pejuang-pejuang bahasa ini kalau boleh esok mahu mulakan. Tetapi kita perlu realistik dan sebab itu kita menganjurkan tempoh itu," katanya selepas satu program di Kolej TAR di Kampar.

Muhyiddin berkata tempoh dua setengah tahun sebelum PPSMI dimansuhkan mencukupi untuk membuat persiapan kerana "kerajaan tidak mahu mengulangi masalah sama ketika melaksanakan dasar tersebut sebelum ini".

Manek Urai :Nik Aziz - ISA Lebih Teruk Daripada 'Binatang'.........!!!!!!!


Menjawab serangan terhadap ucapannya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin lebih teruk daripada istilah "binatang".

"Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah lebih teruk daripada perkataan itu," kata menteri besar Kelantan.

Beliau diminta mengulas laporan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat, termasuk binatang atau "menate" dalam loghat Kelantan dalam satu majlis ceramah di Manek Urai dua malam lalu.

Nik Abdul Aziz, yang juga mursyidul am PAS, juga berkata beliau tidak berminat menjawab cabaran dan persoalan yang ditimbulkan oleh timbalan perdana menteri berhubung isu dasar Islam PAS.

Menurut laporan agensi berita itu lagi, beliau tidak mahu melayan sebarang cabaran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin selagi Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab surat rasmi beliau mempelawa perdana menteri berdebat dengannya secara terbuka.

"Saya tak (berminat) nak jawab segala cabaran dan persoalan yang ditimbulkan oleh timbalan presiden Umno (Muhyiddin) itu kerana surat pelawaan saya untuk berjumpa dan mengadakan perdebatan dengan PM tidak dijawab," Nik Aziz dipetik berkata.

Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang mencabarnya membuktikan dakwaannya bahawa Umno tidak memperjuangkan Islam.

Ketika menyampaikan ceramah dalam kawasan pilihanraya kecil DUN tersebut dua malam lalu, Muhyiddin dipetik berkata, fakta membuktikan bahawa Umno sejak penubuhannya pada 1946 terlebih dahulu memperjuangkan Islam daripada PAS dengan mengusahakan
kemerdekaan negara, yang juga tuntutan fardu kifayah.

"Ambo (saya) tak akan jawab selagi dia tak jawab surat ambo, lagipun apa yang dia faham lain, apa yang ambo faham lain," kata Nik Abdul Aziz lagi.

Mahathir: 100 hari Najib 'lebih banyak negatif'

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok.

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas menyampaikan ucap utama program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia" yang diadakan secara tertutup, Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

Masa depan orang Melayu

Ketika ditanya mengenai nasib orang Melayu di negara ini, Dr Mahathir berkata, ianya bergantung kepada orang Melayu sendiri.

“Mereka harus bertindak untuk orang Melayu tetapi lima tahun pentadbiran (Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi rosak semua - rakyat, ekonomi, kewangan dan parti-parti BN.

“Tetapi saya tidak dengar orang Melayu komplen terhadap Tun Abdullah,” katanya.

Mantan perdana menteri itu berkata, orang Melayu hari ini tidak puashati kerana dituduh menjadi penghalang perpaduan, pertumbuhan ekonomi dan sebagainya.

Katanya, mereka bimbang apa yang akan berlaku kepada mereka nanti dan mereka harus tahu apa yang akan berlaku dalam negara mereka sendiri.

Dr Mahathir juga berkata, parti pembangkang tetap diperlukan untuk menegur kerajaan jika membuat salah.

“Tidak pedulilah DAP atau PAS, kita perlukan pembangkang kerana orang kita tidak tegur walaupun kerajaan buat tidak semuanya benar,” tambahnya.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dr Mahathir berkata, sepanjang 38 tahun penggubalan dasar tersebut, ia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang terbaik.

Sepatutnya, kata beliau, orang Melayu menggunakan DEB untuk kepentingan ekonomi mereka tetapi sebaliknya menyalahgunakannya.

Orang Melayu, katanya, menyalahgunakan lesen, kontrak dan permit import yang diluluskan (AP)

'DEB tidak salah tetapi yang salah (ialah) kerana orang yang menyalahkan lesen, kontrak dan AP itu,” katanya.

Isu gugur Rosmah di Unisel bergema...???

Keinginan menggugurkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bergema semula malam tadi di satu majlis yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para pelajar yang menghadiri "Forum dan Pidato Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus" bersama penasihat PKR sebulat suara menolak isteri Datuk Seri Najib apabila diajukan isu tersebut.

Hanya seorang pelajar yang mengangkat tangan apabila Anwar bertanya sama ada wajar wanita pertama negara dikekalkan sebagai canselor Unisel - seperti ditegaskan menteri besar, tahun lalu.

Menurut blog mantan timbalan perdana menteri itu, isu itu berbangkit semula apabila seorang daripada lebih 1,000 pelajar mengemukakan cadangan menukar naib canselor mereka kini.

"Seluruh pelajar Unisel bertepuk menyatakan persetujuan," satu coretan blog Anwar dipetik.

Susulan cadangan itu dalam sesi soal jawab selepas ucapannya selama sejam, Anwar kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Rosmah diganti agar mengangkat tangan tanda bersetuju.

"Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka," kata Anwar lagi di blognya.

Desakan yang sama pernah disuarakan oleh pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat awal November lalu tetapi ia segera ditolak oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam surat bantahan 5 November lalu, mereka mendakwa Rosmah "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."

Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, melantik Rosmah sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.

Ia diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar.

Leaky RM18m aquatic centre shut down...!!! Ask Idris Jusoh la...???? My money Our Money gone ma....!!!!

(NST) KUALA TERENGGANU: The RM18 million Aquatic Centre in Batu Burok here was ordered by the Works Ministry to close indefinitely yesterday. Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said too many flaws had been detected in the year-old centre, making it unsafe for public use.

The state of the art centre, which has separate facilities for swimming and diving events, was completed in May last year, just in time for the Malaysia Games. Since then, the centre has been open to the the public for swimming.

"We inspected the lower ground level and found too many leaks.

"We also found rusty structures and faulty electrical connections that were exposed to water. All these have made the centre unsafe for use," Shaziman told reporters after leading a ministry inspection team to the centre.

In an immediate response, Public Works Department director-general Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, who was also present, said action would be taken against the Terengganu PWD officers who were the supervisors of the project if they were found to be negligent.

The state PWD was in charge of the contract, which meant they implemented and managed the project.

The closure of the aquatic centre is the latest blow for the state government after another of its sporting facilities, the roof of the RM228 million Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium in Gong Badak, collapsed on June 2.

Shaziman expressed regret and concern over both incidents and questioned how two important and costly sporting projects ended up this way.

"We have asked the contractors (Pakatan Nadiwangsa Sdn Bhd) to conduct immediate remedial works as the project is still in its defect period."

Shaziman said, more importantly, the PWD found other weaknesses.

They included its design, the implementation of the project and the supervision of the project when it was being built.

"Maybe they hurried the project to meet the (Sukma) games deadline but this is not an excuse why the project did not meet the required standards. This is supposed to be a safe facility for the people."

Shaziman said PWD must, from now on, look seriously at how it conducts its projects.

He said the department must stop looking only at deadlines and instead ensure specifications and quality standards were met.

"We do not want projects that are unsafe and have short lifespans. This aquatic centre is a good example. It is just one year old and already there are so many problems. This is definitely not healthy."

Shaziman expected a preliminary finding on problems affecting the aquatic centre to be submitted to him by the federal PWD in 10 days.

Manek Urai : Peneroka jadi tumpuan PAS

PAS menggiatkan lagi kempen pilihanrayanya dengan memainkan isu nostalgia - penerokaan tanah di Manek Urai dan kawasan sekitarnya, kira-kira 40 tahun lalu.

Petang semalam, kerajaan PAS Kelantan menghimpunkan kira-kira 300 peneroka awal di kawasan DUN itu dalam majlis khas bagi "mengenang jasa" kumpulan tersebut yang membuka kawasan tersebut tanpa sebarang kemudahan lain.

Bagaimanapun, program menjelang pilihanraya kecil di DUN Manek Urai pada 14 Julai ini, dilihat sebagai strategi baru kempen bagi memenangkan calon mereka Mohd Fauzi Abdullah.

Selasa depan, Mohd Fauzi - seorang peraih ikan yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - akan berdepan dengan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, yang juga bekas pengurus bahagian pemantauan Kesedar.

Pendekatan ini dilihat sebagai "serangan balas" terhadap janji BN untuk memajukan kawasan pertanian di kawasan DUN itu dengan meningkatkan hasil pertanian penduduk setempat berbekalkan pengalaman calon mereka.

Ditubuhkan oleh kerajaan pusat, Kesedar turut memainkan peranan membangunkan tanah di sekitar kawasan Selatan Kelantan, termasuklah Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Dalam majlis tersebut, ADUN Perupuk, Datuk Omar Mohamad secara terang meminta penduduk Manek Urai mengundi PAS dalam pilihanraya kecil ini.

Diperkenal 1961

"Tanah sekarang ini siapa buka? Sekolah yang ada sekarang ini, duduk atas apa? Kalau dia (BN) minta undi dacing (BN), ambo (saya) berhak minta pada demo (kamu) undi PAS.

"Ambo beri kelulusan (teroka tanah). Ambo tidak mari kempen pun tak apa, hubungan kita macam anak dengan bapak. Demo tak mari pun tak apa. Demo hendak bagi apa, semua kita sudah berikan," katanya.

Bekas ahli lembaga pemilih Lembaga Kemajuan Tanah Kelantan (LKTN) - agensi kerajaan negeri yang memperkenalkan projek penerokaan itu - berkata, ketika projek itu diperkenalkan pada tahun 1961, kawasan DUN itu hanyalah hutan belantara semata.

Abe Uji dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub turut hadir dan berucap dalam majlis di sebuah sekolah agama rakyat di Sungai Sok, Manek Urai.

Ahmad, ketika ditemui pemberita selepas itu, menafikan program itu bertujuan meraih undi, sebaliknya bagi mengembalikan nolstalgia "peneroka ulung" yang membuka kawasan tersebut.

"Tidak, kita mahu kembalikan nolstalgia bagaimana mereka membangunkan tanah ini," katanya yang juga ketua dewan ulama PAS Kelantan.

Projek penerokaan tanah LKTN melibatkan enam tempat di Manek Urai - antaranya Sungai Sok, Temalir dan Perial - melibatkan keluasan 5,491 hektar.

Tidak seperti rancangan pembangunan tanah lain seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), LKTN hanya memberikan tanah tanpa sebarang kemudahan sokongan. Bagaimanapun, peneroka tidak dikenakan sebarang bayaran.

Setiap peneroka diberikan lebih 8 hektar tanah - 6 hektar tanah ladang, 2 hektar tanah dusun dan suku hektar tanah tapak rumah. Keluasan ini lebih dikenali sebagai "enam-dua-suku" di kalangan penduduk setempat.

PPSMI: Survival politik atau demi rakyat???

Mengapa bila gabra orang suka cakap carca marba… merapu tak tentu hala?? ‘Orang’ yang teman maksudkan di sini ialah orang politik… terutama apabila mereka berhadapan dengan isu-isu ciptaan sendiri yang makan diri sendiri.

Kekadang… dalam demer merapu bercakap, demer lupa dan tak sedor yang ‘auta’ demer terserlah. Nampak sangat demer tu pembohong… yang jenis cuba cover line or jenis ‘talk no bikin’. Sebelum ini, teman dah ceriter kisah istana agam Mat Tempe. Merapu sakan ler dia… but in the end, bila hilang sabor, dia mencabar YB Ng dari Sekinchan supaya jualkan rumah dia. Bila cabaran disahut, dia pulak yang mengelabah. Tak sudah… last-last, ngajak si YB Ng jumpa dia di mahkamah pulak!!! Samdol betoi Wak Tempe ni…

Aha… bagus sangat ler tu… bior terdedah semua nyer di mahkamah. Tapi …. tak syiuk jugak, takut-takut mahkamah diperkudakan untuk cover line gejala buruk orang UMNO dalam kerajaan. Orang UMNO ni, tangan demer udah tak boleh cuci taik yang berselepat di b****t demer, sebab tangan-tangan tu sibuk mencari pangkat, kedudukan dan mengaut kekayaan dunia. So… that’s why, they perlu balaci-balaci untuk dijadikan pencacai mencuci taik di b****t demer. Tak yah sebut sapa atau pihak mana yang jadi pencaci dan balaci demer, sebab… Satu Malaysia udah sedia maklum.

Sekarang… teman nak ceriter pasal Muhyiddin Yassin dan PPSMI nyer. Dengan bangga nyer dia mengumumkan yang PPSMI akan ditalkinkan tetapi dalam masa tiga tahun iaitu 2012. Dia punyer senyum ler… sampai ke telinga. Nah… permintaan rakyat telah kami turutkan. Agak nyer, begitu ler maksud senyum lebar nyer itu. Yang buat teman nak termuntah… ialah apabila dia kata, ini bukan keputusan politik. Makna nyer… dia cuba kata, keputusan itu dibuat demi rakyat ler… Amboi… baik nyer UBN!!!

Bukan keputusan politik… hotak hangpa!!! Kalau udah jenis manipulatif tu… apa juga yang komer buat, tentu ada muslihat nyer… pasti akan dimanipulasi punyer. Usah cakap banyak ler and don’t banyak ceriter ya??? Sebenor-benor nyer, semua itu, bukan demi RAKYAT but demi SURVIVAL POLITIK demer semata-mata!!!

Apa tidak nyer… bila si Muhyiddin umum saja yang PPSMI akan dikojolkan pada 2012, balaci-balaci dia, start guna isu tu untuk dijadikan bahan kempen di Manek Urai. Bukan ke teman dah kata… PSSMI akan dijadikan senjata UBN di Manek Urai. Demer nak tunjuk yang demer ler yang prihatin nasib anak-anak Melayu di luar bandar. Demer ler… yang prihatin pada perjuangan memartabatkan bahasa ibunda. Pigiraaahhh!!!!

Demer ingat… PPSMI boleh jadi senjata tajam demer untuk sembelih PAS. Weh… sorry ler ya??? Senjata yang baru komer dapat tu… TUMPOI dan TAK LUT!!! PAS will remain strong, if not pun, stronger… insyaAllah.

PAS has got senjata yang even stronger. Apa dia……??? MINYAK dan GAS!!! Komer pasti akan rentung di Manek Urai. Ini ler pembohongan dan pengkhianatan UMNO yang paling besor dan tak boleh dimaafkan oleh rakyat Kelantan… termasuk ler di Manek Urai. Satu Malaysia mahu para pengundi Manek Urai AJAR dan TUMPORKAN UMNO

Berbalik kita pada ceriter PPSMI… Muhyiddin kata, Che Det udah paham dan dia okay jer dengan keputusan kabinet Piem Satu Malaysia. Tup-tup… Che Det meletup!!! Meroyan orang tua tu… Hangpa nak tau apa dia kata, hangpa baca sini. Klik-klik ler… dan hangpa akan tahu tau mengapa dia meroyan.

Kesian kat Che Det… Harapkan mentee, tapi mentee dah tak mau peduli, because, kata mentee… you’re history. Now… I kemudi ini negeri, so… whatever yang you dah buat tapi merugikan politik I… I terpaksa ketepikan. Sooooorrrii… Nasib hang la Chet Det oi…

Amboi… bukan main ek sungguh Najib la ni. Mentang-mentang ler rating populariti nyer dah naik sikit!!! Jangan over-syiuk sangat… ya!!! Syiuk jangka pendek tak per… jangka panjang, jangan mimpi ler… sebab sooner or later, rakyat akan tahu dan nampak, muslihat dan auta komer. Eleh… dapat merasa syiuk jangka pendek tu pun, sebab pandai meniru… Meniru???

Aha… The Great Magician turned CopyCat!!! Ha… ha… ha… ha… Tiru PR punyer dasar dan manifesto ler!!! Eleh… baru cakap dan heboh jer… tapi implementation dan perlaksanaan nyer, don’t know yet!!! Entah-entah… talk only but not serupa bikin. Macam salesman… pandai cakap dan kelentong untuk promote barangan jualan demer… bila kita dah beli, baru sedar barangan tak der kualiti… TERTIPU!!!! KANTOI!!! So… jangan percaya sangat dan jangan terpedaya. Belajor dari sejarah lalu. UBN… tetap UBN!!! Dulu… kini… dan selama-lama nyer…

Sasterawan Negara, Pak Samad Said pulak kata… No way. Kalau nak mansuhkan…. masuhkan segera…. Kenapa nak tunggu-tunggu sampai tiga tahun lagi. Kalau masa nak implement dulu cepat… why sekarang nak delay-delay pulak. Jom kita turun ke jalan. Demonstrasi kita weh…!!! Hapuskan PPSMI segera!!!

Sana sini… kecoh orang bersembang pasal PPSMI. Ada yang mahu ia diteruskan dengan pelbagai alasan tetapi ada juga yang menolak… juga dengan pelbagai alasan. Masing-masing ada rasional mereka sendiri…

Entah ler… malas teman nak memikiorkan nyer. Pening kepala weh… Buat ler apa saja yang patut, asalkan yang mendapat manfaat ialah rakyat…

MANEK URAI : SEMUA DI JEMPUT HADIR

Manek Urai : Pakatan Rakyat menang 5-0 ?

SUNGAI PERIAL, 10 Julai - Manek Urai bakal menjadi mata kelima pusingan Pilihan Raya Kecil pasca pilihan raya Umum ke-12 selepas Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Menurut ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan kekalahan Umno-BN buat kali kelima.

"pilihan raya kecil ini akan menjadi pusingan kelima kemenangan Pakatan Rakyat sekiranya Umno-BN kalah," katanya dalam satu ceramah Umum kempen di Lepan Jenot, Sungai Perial malam semalam.

Jelasnya, ini merupakan bala yang Umno-BN kerana menolak Islam sebagai dasar dan prinsip dalam pentadbiran negara.

"Apakah bala yang menimpa Umno-BN sehingga terpaksa menghadapi kekalahan yang sebegitu teruk untuk kali kelima berturut-turut?

"Inilah akibatnya seperti mana yang dikatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz iaitu bala menolak Islam," katanya disahut laungan takbir.

Sementara itu, beliau menegaskan pemimpin-pemimpin Umno-BN tidak layak untuk dicium tangan mereka setelah mereka bertindak menghalalkan segala jenayah termasuk zina, judi dan rasuah.

"Tangan-tangan pemimpin Umno tidak layak dicium oleh orang Manek Urai kerana mereka inilah yang meluluskan lesen-lesen judi, gejala sosial dan maksiat serta merampas hak royalti petroleum rakyat Kelantan," ujarnya.

Saifudin yang juga merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, menempelak kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menyatakan bahawa Umno lebih Islam daripada PAS.

"Bagaimana dia mengatakan Umno lebih Islam daripada PAS, sedangkan Umnolah yang meluluskan lesen judi, arak dan rasuah?

"PAS pula menyekat dan melaksanakan pentadbiran mengikut syariat Islam. Jadi, lihatlah siapa lebih Islam?" tegasnya.

Beliau turut menempelak pihak Umno-BN yang tanpa malu dan tidak berakhlak menggunakan jentera-jentera kerajaan untuk membantu pilihan raya kecil ini untuk kepentingan politik mereka.

"Tidak sepatutnya jentera kerajaan seperti Risda, Kesedar, polis, tentera dan banyak lagi jentera digunakan untuk membantu kempen Umno-BN.

"Sepatutnya parti lawan parti bukan jentera kerajaan lawan parti," tegasnya.

Malah beliau membuat perbandingan tersebut dengan pilihan raya Kecil Dun penanti baru-baru ini apabila Umno-BN tidak bertanding.

"Jentera kerajaan tidak turun berkempen di penanti kerana Umno-BN tidak bertanding di sana," demikian ujarnya.

Orang ramai yang hadir tidak berganjak, walaupun majlis berakhir lebih awal daripada biasa

MANEK URAI : Gelagat Muhyiddin Berani Mencabar Takut Berdebat

Maka, berdegar-degar Muhyiddin berceramah di Manek Urai cabar Pas buktikan siapa lebih banyak buat kerja-kerja Islam kat negara ini termasuk di Kelantan. Umno bikin Universiti Islam, Bank Islam, masjid-masjid termasuk masjid kristal dan macam-macam lagi Umno buat untuk Islam.

Aku ingatkan dia nak sebut juga pasal Pusat Judi Islam kat Genting, kedai-kedai judi Islam yang diberi lesen `halal' atau Undang-Undang Islam seperti Akta ISA tu. Begitulah hebatnya kerja-kerja Islam yang telah dibuat oleh Umno, maka itulah dalil bahawa Umno adalah parti Islam. Kalau camtu aku rasa Singapura, Thailand malahan Negara China tu pun boleh dikatakan negara Islam juga lah pasal kat negara mereka ada banyak juga masjid-masjid malahan lebih moden dari kat negara kita.

Itu aku tak kisah pasal aku tahu benar standard Muhyiddin ni kalau bercakap. Tetapi yang aku pelik ialah dia mencabar Pas tapi masa bila Pas nak jawab cabaran dia kerana baru nak ajak berdebat menggeletar semua pemimpin Umno. Kalau pun takut sangat nak berdebat dengan Pas pasal Islam ni, sekurang-kurangnya berilah ruang pemimpin Pas bercakap kat TV untuk menjawab cabaran Muhyiddin tu.

Atau, beranikah Umno duduk sepentas dengan Pas di Manek Urai bagi membahaskan parti mana yang lebih menjalankan kerja-kerja Islam di negara ini? Sah lagi nyata Umno tak akan berani. Kalau berani, bukan Umno namanya.

Kerja mencabar orang di luar gelanggang ni adalah kerja orang penakut lagi dayus. Kalau nak bercerita pasal Islam, bukan di Kelantan tempatnya. Mungkin di Sabah dan Sarawak tempatnya. Aku yakin bahawa wacana ilmiah di antara Pemuda Umno dan Pemuda Pas yang dirancang akan diadakan selepas PRK Manek Urai ni nanti tidak akan menjadi kenyataan. Aku yakin sebab Pemuda Umno pun sama seperti parti induk mereka yang penakut. Meskipun di dalam Umno ada yang berstatus ustaz atau ulamak Umno, tetapi mereka juga tidak berani untuk menyahut cabaran Pas bersemuka dalam soal Islam ini.

Dalam perkara apa agaknya Umno berani berdebat? Soal ekonomi, Akta ISA, Pendidikan dan beberapa perkara lainnya, kesemuanya Umno tidak akan berani untuk berdebat pada waktu dan ketika ini. Umno hanya berani menuduh dan mencipta isu, tetapi Pas tidak diberi kesempatan untuk menjawab secara berdepan dengan mereka. Itulah kerja Umno yang menjadi salah satu sebab mengapa rakyat tidak lagi mempercayai parti sekular tersebut. Ini mungkin tidak disedari oleh pemimpin Umno kerana mereka mudah merasa syok sendiri.

Kalau ditanya kepada semua pemimpin parti di dalam komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan, mereka pun tahu sikap dan perangai Umno ni. Mereka pun sedar bahawa hayat Umno tidak beberapa lama saja lagi. Mereka pun tidak dapat menumpang serta mendapat faedah daripada Umno. Mereka tahu oleh kerana dasar Umno lah yang membuatkan ramai penyokong mereka tidak lagi menyokong MCA, MIC dan Gerakan. Oleh itu, rakyat di Manek Urai mesti mengajar dan memberi kesedaran kepada Umno.

Pada hari mengundi nanti, rakyat di Manek Urai mesti pastikan Muhyiddin dan kuncu-kuncunya balik awal meninggalkan Manek Urai sepertimana Najib di Permatang Pauh dan juga di Kuala Terengganu. Pedulikan janji mereka untuk menjadikan Manek Urai sebagai `anak emas' kununnya jika Umno menang nanti.

Masuk akal ke parti yang sudah tidak berharga lagi ini ingin menjadikan Manek Urai `anak emas' sedangkan partinya sendiri sudah tidak mempunyai nilai ibarat`besi buruk' sahaja. Yang penting, talkinkan Umno di Manek Urai demi kebaikan ugama, bangsa dan negara. -mandor

Manek Urai : Pengorbanan generasi terdahulu usah dilupakan - Dato' Omar Mohamed


SUNGAI SOK, 10 Julai - Majlis bersama Peneroka Ulung Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LTKN) diadakan petang semalam bagi mengenang jasa peneroka-peneroka tanah perancangan Negeri Kelantan.

Dalam program yang sama, ADUN Perupok, Dato' Omar Mohamed, menceritakan susur galur serta peranan LTKN beserta inisiatif yang dimainkan kerajaan PAS Kelantan dalam membantu penduduk di Manek Urai

Beliau yang juga merupakan bekas Ahli Badan Kemajuan Tanah (1965-1978), Dato' Omar Mohamed, berkata, empat Menteri Besar Kelantan terdahulu berjasa dalam membuka tanah untuk rakyat di Kelantan terutamanya di Manek Urai.

"Menteri Besar pertama, Dato' Isa Lutfi, Menteri Besar kedua, Dato' Mohd Asri Muda, Menteri Besar ketiga, Dato' Mohamad Nasir dan Menteri Besar Kempat, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sekarang ini. Keempat-empat Menteri Besar kita ini, mereka merupakan suatu rekod yang amat baik dengan kita. Waktu masa sihatnya tetap menjadi suatu hubungan baik dengan kita," katanya kepada lebih 500 peneroka Manek Urai di Dewan Sekolah Menengah Agama Falahiah, Sungai Sok semalam.

Jelasnya, setelah rakyat Kelantan memilih PAS menerajui Kelantan, kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berusaha memberikan khidmat kepada kesemua rakyat.

"Rakyat memilih kita, rakyat mengundi kita, rakyat menolak Umno dan Perikatan, rakyat mengundi PAS pada pilihanraya pertama pada tahun 1959.

Kita tidak bagi apa-apa kepada rakyat. Dan itu kita memikirkan bagaimana yang boleh kita beri khidmat kepada rakyat walaupun kerajaan negeri tidak mempunyai wang yang banyak," ujar beliau.

Beliau menambah lagi, "Kita memutuskan dalam parti kita di pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan, mahu tidak mahu kita mesti membuka tanah untuk rakyat Kelantan mengikut kemampuan dan keupayaan yang ada pada kita".

"Dengan kemampuan yang ada Kerajaan Negeri Kelantan yang ada masa itu hanya mampu memberi lot tanah semata-semata kepada peneroka, lot dusun dan lot kebun pertanian, lapan ekar setiap seorang, berhempas pulas kita usaha," ulas beliau lagi.

Demikian itu, beliau sangat berharap agar penduduk Manek Urai mengingati sejarah awal pembukaan kawasan tersebut berdasarkan pengorbanan serta penat lelah banyak pihak untuk menempatkan penduduk Manek urai suatu ketika dahulu.

Majlis Perasmian program disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob beserta Majlis Penyerahan 27 surat kelulusan permohonan tanah perancangan, manakala penyerahan Sijil Hak Pemilikan Tanah Perancangan telah disempurnakan oleh Dato' Omar Mohamed.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abd Rahman, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abd Rahman dan Calon Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

Manek Urai 'anak emas'..!!! Pembohongan lagi.... 1 Malaya mereka pelawok...???

KUALA KRAI 9 Julai - Bukan setakat anak angkat tetapi anak emas.

Itulah janji Barisan Nasional (BN) jika berjaya merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai daripada genggaman Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad berkata, jaminan itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau dalam pertemuan malam tadi di sini.

Menurutnya, BN memang ikhlas dan jujur membantu nasib penduduk DUN Manek Urai yang sewajarnya memang perlu dibela setelah diabaikan oleh kerajaan Pas Kelantan.

"BN ikhlas dan jujur serta cakna membantu penduduk Manek Urai. Buktinya memang jelas dan telah diketahui oleh semua pihak bahawa BN pada setiap masa membantu rakyat walaupun di negeri yang dikuasai pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini.

Sempena majlis itu yang disertai sebanyak tiga buah sekolah menengah dan 10 buah sekolah rendah di dalam DUN Manek Urai, satu acara penyampaian hadiah kecemerlangan turut disampaikan kepada pelajar terbaik.

Mustapa berkata, kerajaan BN telah banyak membawa pembangunan di Kuala Krai seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Hospital Kuala Krai dan kemudahan jalan raya yang baik.

"Saya merayu adik kakak semua berilah peluang kepada BN untuk melakukan perubahan, jika tidak berpuas hati, tolak kami pada pilihan raya umum akan datang.

"Tetapi kami berjanji akan melakukan terbaik sekiranya diberikan peluang kali ini," katanya.