Khamis, 9 Julai 2009

Wrath of Dr M about to befall Najib......!!!!!

Ever since Datuk Seri Najib Razak took office as prime minister just under 100 days ago, the outspoken Tun Dr Mahathir Mohamad has held his peace and refrained from attacking the Barisan Nasional (BN) government.

But today Dr Mahathir hit out at the Najib administration for “not listening to the voice of the people” when it decided to abandon the policy of teaching science and mathematics in English.

“I am not surprised over the disappointment and even anger towards the government’s decision on the teaching of maths and science,” he said.

“Seems to me like the government is not listening to the voice of the people,” the former prime minister said in a short posting on his blog today.

Dr Mahathir also appeared to be planning a campaign to stop the government from reversing a policy he had initiated six years ago just before he retired.

He has started a poll to ask readers of his blog if they supported or opposed the decision to now revert to teaching science and mathematics in Bahasa Melayu.

A separate poll conducted recently of voters in peninsular Malaysia by the independent Merdeka Centre showed that a majority of Malaysians wanted English to remain as the medium of instruction for the two subjects.

But yesterday, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announced the government’s decision to scrap the policy, bowing to pressure from nationalists and education activists.

Dr Mahathir, who had been informed by the DPM prior to the announcement, said yesterday that his recommendations were not taken into consideration.

He had suggested the government at least keep English as the medium of instruction for secondary schools.

The former PM also punched holes in the government’s arguments, and pointed out that if the government was now going to train more English teachers, they could also train science and mathematics teachers in the same language as well.

Dr Mahathir had been a strident critic of the Abdullah Badawi administration, and his attacks against the last prime minister had contributed significantly to the latter’s eventual downfall.

Last year, Malaysia’s longest serving PM even quit Umno and only rejoined the party this year when Najib took office. Since then Najib has taken pains to pay homage to Dr Mahathir.

But in recent weeks, Dr Mahathir had begun to seethe over some of Najib’s decisions.

Besides ignoring Dr Mahathir and deciding to skip the recent Penanti by-election, Najib has also disregarded the former PM over the “crooked bridge” to Singapore.

Dr Mahathir had also recently come out to say that the liberalization of the economy was not the right move by Najib.

The ongoing attempt by the Najib administration in trying to appoint his aide Omar Mustapha to the board of Petronas has also irritated Dr Mahathir who is still the national oil company’s adviser.

But with the flip-flop on the government’s English policy, Dr Mahathir appears to be preparing to strike back.

Pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta setahun..!!! Tapi yang hangpa pertahan bertahun2 tu pasai apa...??? dah tau membazir dan menyusahkan...!!!


KUALA LUMPUR: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuat kuasa 2012, mampu menjimatkan perbelanjaan kira-kira RM40 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi

Beliau berkata sebelum ini, perbelanjaan itu adalah untuk menampung elaun tambahan atau Bayaran Insentif Subjek Penting (BISP) yang diberikan kepada guru-guru mengajar subjek Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan, iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka berkelulusan diploma.

Ia diberikan kepada guru-guru untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris tetapi guru-guru masih tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau diminta menjelaskan lanjut mengenai pengumuman pemansuhan PPSMI oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran semalam. PPSMI juga diganti dengan strategi memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Dr Puad berkata adalah lebih baik peruntukan itu disalurkan kepada proses penterjemahan buku-buku rujukan ke dalam bahasa Melayu supaya ia dapat memperkasakan pelajar dalam pembelajaran mereka.

"Kita juga mempunyai keupayaan dan pakar-pakar di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang mampu berbuat demikian," katanya.

Setakat ini, terdapat 61,040 guru sekolah rendah dan 26,389 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Matematik dan 46,946 guru sekolah rendah dan 25,781 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Sains di seluruh negara.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ke-47 di Seri Kembangan dekat sini, Dr Puad berkata dalam mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, kerajaan memperuntukkan hampir RM5 bilion selain memerlukan 13,933 guru subjek itu.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mengambil langkah memastikan guru-guru untuk mengajar subjek itu mencukupi khususnya di pedalaman termasuk menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta untuk menggunakan khidmat siswazahnya menjalankan latihan amali di sekolah-sekolah.

Sementara itu, Pengerusi ITNM Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata ITNM menyambut baik keputusan memansuhkan PPSMI dan berharap polemik mengenainya dihentikan.

Beliau berkata Malaysia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman Jepun, Korea, Jerman, Perancis, China dan negara-negara Scandinavia yang menggunakan bahasa pertama atau bahasa nasional untuk menyampaikan ilmu di peringkat asas terutamanya Sains dan Matematik.

Dr Wan Hashim berkata negara-negara itu masih mampu memacu ke hadapan dengan pembangunan dan kemajuan dalam semua bidang.

Beliau juga berkata ITNM akan meneruskan usaha dalam menyediakan keperluan bagi melengkapkan prasarana khususnya untuk kemudahan pembelajaran di semua peringkat akademik.

Di KOTA KINABALU, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri pula berkata tindakan kerajaan menilai semula kaedah menerapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dengan memperkenalkan unsur baru yang lebih praktikal dan berkesan merupakan tindakan bijaksana dan melambangkan fleksibiliti.

"Dasar kerajaan bukanlah sesuatu yang statik dan tidak boleh diubah. Kerajaan akan sentiasa sensitif kepada pandangan pelbagai pihak dan perubahan dibuat setelah mengambil kira penilaian dan kajian objektif terhadap isu tertentu tersebut.

"Bagaimanapun, usaha memperkukuhkan bahasa Inggeris sebagai bahasa lingua franca ilmu tidak patut diabaikan sama sekali kerana dalam dunia globalisasi masa kini, kegagalan menguasai bahasa ilmu akan membataskan penguasaan ilmu dan mengehadkan keupayaan khususnya pelajar luar bandar bersaing," katanya kepada Bernama.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin pula berkata pemansuhan PPSMI wajar dibuat jika pelaksanaannya gagal mencapai matlamat.

Beliau yakin keputusan itu dibuat setelah kerajaan meneliti PPSMI daripada pelbagai aspek akademik dan mengkajinya secara mendalam.

Di KOTA BAHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik keputusan Kabinet menghapuskan PPSMI dan bersetuju dengan strategi baru kerajaan Pusat untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Kabinet yang menghapuskan PPMSI, tapi sepatutnya dah lama (laksanakan)," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita di pejabatnya.

Menurutnya beliau mahu bahasa Melayu tetap dimartabatkan sebagai bahasa ibunda manakala bahasa Inggeris tetap menjadi asas rujukan menerusi kaedah pembelajaran melalui subjek tertentu. BERNAMA

Manek Urai : Sasterawan negara gesa demo lagi mansuh segera PPSMI

Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.

Bercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012.

"Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya.

Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut "demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya."

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Harakahdaily hari ini memetik A Samad sebagai berkata dalam satu wawancara.

A Samad, yang juga penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dilaporkan berkata "tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan."

Pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata tokoh sastera itu lagi, bersifat "mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan juga pilihanraya umum ke-13."

"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu," A Samad dipetik berkata.

"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika perdana menteri keempat dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa perdana menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?"

GMP pula menganggap pengumuman kerajaan semalam bermakna "mulai 2010 semua pelajar baru Tahun Satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun (depan) dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya."

"Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda," kata Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad.

"GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti."

Untuk menangani kelemahan penguasaan Sains dan Matematik sewaktu PPSMI dilaksanakan, menurut satu kenyataannya hari ini, GMP menggesa Kementerian Pelajaran "mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka" setaraf dengan mutu dua mata pelajaran tersebut sebelum 2003.

Dr Hassan juga mengumumkan satu majlis Sambutan Pemansuhan PPSMI yang akan diadakan di Stadium Baru Bandar Bangi pada 9 malam 19 Julai ini.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula dilaporkan berkata pengumuman ini bertujuan menjaga "kepentingan kroni" yang membekalkan peralatan pengajaran dan pembelajaran PPSMI.

"Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolah akhir tahun ini. Maknanya tahun hadapan, dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.

"Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, laptop dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Menyifatkan pengumuman itu "tidak boleh dipercayai", Mahfuz juga bimbang keputusan terbaru kerajaan itu tidak akan dilaksanakan "memandangkan dasar kerajaan sering bertukar".

Beliau dilaporkan berkata, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang, pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.

"Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Dr Mahathir enam tahun lalu," Mahfuz dipetik berkata.

Manek Urai : UMNO@BN Kelantan cemas "cah keting" bakal menyungkurkan calonnya 14 Julai ini

PEMILIHAN Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon Umno mewakili BN dalam pilihan raya kecil Dun Manek Urai, 14 Julai ini dibuat bukan kerana dia calon terbaik yang BN ada tetapi kerana dua sebab yang pengundi perlu tahu.

Pertama namanya ada persamaan dengan nama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kedua, usaha BN mahukan undi golongan muda kembali kepada BN yang nyata kehilangan sokongan golongan ini.

Kebetulan, dia menyandang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kuala Krai, yang tidak memberi apa-apa kelebihan kepadanya kerana sejarah membuktikan, PAS lebih mudah mencari kemenangan di Dun Manek Urai, walaupun pernah tewas sekali dalam Pilihan Raya Umum ke-11, lima tahun lalu.

Umno dan BN mempunyai pengalaman yang cukup dahsyat sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu dalam siri pilihan raya kecil, bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti.

Pening kepala Dato' Seri Najib Tun Razak memikirkan bagaimanakah cara untuk menarik minat golongan muda untuk menyokong Umno. Sudah macam-macam cara dibuat, termasuk membuka pelbagai peluang berinteraksi antara golongan belia dengan kerajaan tetapi, hasilnya, mereka masih tidak menampakkan minat kepada BN dan Umno.

Di Permatang Pauh, BN meletakkan seorang Adun yang menang ketika 'calon BN yang lain kalah' untuk menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim. Keputusannya, BN kalah di situ.

Di Kuala Terengganu, Umno (BN) meletakkan ketua bahagian yang juga seorang Timbalan Menteri sebagai calon sebagai usaha mempertahankan kerusi Parlimen itu, namun kecundang di tangan PAS.

Di Bukit Gantang, Umno meminta 'orang-orang Umno' dari pelbagai peringkat mencalonkan siapa yang mereka akan sokong, namun Ismail Safian yang kini sudah dilantik menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, tumpas.

Di Bukit Selambau, perebutan mahu meletakan calon masing-masing antara MIC dengan Umno meletakkan BN akhirnya terus kecewa manakala di Penanti, keyakinan untuk menang memang tiada langsung yang menyebabkan BN tidak meletakkan calon.

Hari ini, bila PAS mencadangkan supaya Umno tidak meletakkan calon di Manek Urai, Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diyakini oleh mereka yang mahu menunjukkan kehebatan di Kelantan, Umno menolaknya.

Ketika Najib mengatakan agak sukar untuk menang di kawasan yang memang merupakan kubu kuat PAS, namun Umno percaya jika 'modal' cukup, rakyat boleh dihulur dengan wang, mereka boleh menang. Syaratnya, kata mereka yang mahu mengampu kepimpinan Umno, calon BN mestilah yang tidak ada masalah.

Peringkat awal, nama bekas ketua bahagian, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah antara yang disebut-sebut tetapi disebabkan penyandang jawatan ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Ab Rahman masih di situ dan tidak bergelar YB, agak bermasalah untuk BN menang kerana 'hubungan' tegang kedua-dua orang kuat Umno ini.

Ada juga usaha mahu meletakkan Ramzi sendiri sebagai calon tetapi 'bayang-bayang' Wan Zaid tidak pernah lekang dari batang tubuh Ramzi di Manek Urai.

Nama-nama lain, hanya sekadar pelengkap quota sahaja kerana memang sejak awal-awal lagi Umno memang mahu mencalonkan 'Pemuda' bertanding di sini kerana inilah yang belum pernah dicuba dalam pilihan raya–pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Bukit Gantang dan Kuala Terengganu dahulu.

Pemilihan Tuan Aziz ini hanyalah satu 'percubaan' bagi persediaan menghadapi pilihan raya–pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang.

Veteran Umno memperlawa diri masing-masing dijemput untuk menjadi penceramah tetapi di kalangan mereka yang sedang berkuasa sekarang, seboleh-bolehnya tidak akan memberi peluang kepada veteran Umno terlalu menonjol.

Mereka, yang sedang berkuasa mahu mengenengahkan kawan masing-masing kerana dalam Umno, kroni dan klik memang tidak pernah selesai. Itulah sebabnya, belum pernah jika berlaku pertukaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, jawatan-jawatan seperti Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan tidak bertukar.

Mereka akan melantik kawan mereka. Soal berkebolehan atau tidak, itu soal lain. Yang penting, regim baru mesti dengan kroni baru.

Umno akan menyerang peribadi calon PAS, Fauzi Abdullah yang merupakan seorang peniaga dan pemborong ikan di Kuala Krai. Hanya ini modal ampuh yang Umno ada kerana dari segi perjuangan dan pembangunan, modal ini sudah lama ditolak rakyat.

Ketika PAS yakin dengan mereka yang sering bersama dengan rakyat lebih layak di ketengahkan sebagai calon, Umno pula terpaksa berkali-kali menafikan berlaku 'cah keting' dalam soal pemilihan calon untuk bertanding di Dun Manek Urai.

Mustahil tidak ada 'cah keting'. Dan jika benar-benar memang tidak berlaku 'cah keting', kenapa Timbalan Presiden Umno perlu menafikannya?

Umno kepingin sangat hendakkan kemenangan. Biarlah kemenangan itu mungkin dengan 10 atau 100 majoriti tetapi, kemenangan itu yang mereka idam-idamkan. Jika calon BN ini menang, ia mungkin merupakan penawar duka yang sudah berpanjangan.

Namun, di kalangan pemimpin-pemimpin Umno di negeri-negeri lain, tiada siapa yang percaya calon Umno ini, Tuan Aziz Tuan Mat boleh menang. Malahan, perhubungan Umno negeri-negeri lain dikatakan tidak berminat untuk menghantar 'sebarang bantuan' ke Manek Urai kerana tidak mempunyai keyakinan BN boleh menang.

Orang Umno Kelantan mengharapkan Mustapa Mohamed membawa sesuatu kejayaan kepada parti itu setelah beliau menang tempat tertinggi dalam pertandingan MT Umno baru-baru ini. Namun, dalam masa yang sama, ramai juga risau jika Mustapa terlalu 'berjaya' hingga mampu menenggelamkan nama-nama besar lain di Kelantan.

Sedaya upaya, sama seperti Muhyiddin, Mustapa tentunya mahu membuktikan kepada Najib bahawa beliau memang diterima di Kelantan tetapi, masalah dalaman Umno di Kuala Krai, katanya berpunca dari Mustapa yang mencadangkan supaya Wan Zaid digugurkan dari mengetuai Umno bahagian itu, beberapa tahun lalu.

Najib tidak akan bersedia menerima kekalahan di Manek Urai kerana kekalahan ini akan menyebabkan orang akan mengatakan rakyat menolak Najib. Begitu juga Muhyiddin, kekalahan calon BN di Manek Urai juga merupakan 'penolakan' rakyat kepadanya selaku pengarah pilihan raya kecil ini, walaupun Mustapa adalah pengarah sebenar di peringkat negeri.

Tuan Aziz mungkin menempuh pengalaman pertama bertanding dan jika dia kalah, ini akan menimbulkan pelbagai cerita tidak elok antaranya dengan kepimpinan Umno Bahagian Kuala Krai. Sejarah membuktikan kepimpinan Umno bahagian ini tidak pernah tenang dan sentiasa bergolak.

Maria Hertogh atau Natrah meninggal dunia di Belanda..!!! Sejarah Yang Perlu Di Ingati...????

Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda semalam.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib, menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr. Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

``Menurut Bertha, beliau hanya berasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,’’ kata Dr. Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. - Bernama

Manek Urai : Tunaikan mandat rakyat dengan cara yang betul

Rakyat memberikan mandat besar dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional, bermula pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac 2008.

Mandat dan kepercayaan ini diberikan kerana rakyat sudah semakin muak dengan pemerintahan Umno-BN yang mengamalkan korupsi, kronisme dan nepotisme.

Dalam tempoh 50 tahun pemerintahan Umno-BN, amalan ini semakin berleluasa sehingga pemimpin-pemimpin Umno dari peringkat Majlis Tertinggi sehingga ke peringkat cawangan, kebanyakkannya hidup mewah dan kaya raya.

Rakyat menolak Umno-BN kerana dengan kuasa politik, mereka memanipulasi sistem kehakiman negara. Membuat dakwaan terpilih dan melepaskan sebahagian besar pemimpin Umno-BN walaupun didapati bersalah mengamalkan jenayah rasuah politik wang.

Rakyat semakin muak dengan Umno-BN, kerana mereka tidak tahu mengurus ekonomi negara dan negeri dengan cara yang betul.

Dakwaan terhadap Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo terhadap kos pembinaan banglo termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar itu, mencecah RM24 juta, hanyalah satu cebisan daripada jenayah rasuah pemimpin Umno.

Bukan sahaja Khir, malah Menteri-Menteri Besar di kalangan Umno yang lain juga, sering didakwa terbabit dengan penyelewengan harta rakyat termasuk dalam isu balak dan tanah.

Umno-BN juga ditolak rakyat kerana mengamalkan politik perkauman yang sempit dan sering memanipulasikan sentimen perkauman demi kepentingan politik mereka.

Bagi orang-orang Melayu, kerajaan yang dikuasai Umno-BN menyempitkan fungsi bahasa dan budaya bangsa serta merendahkan tahap akademik rakyat melalui perlaksanaan PPSMI.

Elemen-elemen penolakan rakyat terhadap penguasaan dan hegemoni Umno-BN terlalu banyak untuk dinukilkan.

Kejahatan dan kedurjanaan Umno-BN terhadap negara dan rakyat terlalu banyak sehingga rakyat kebanyakan sudah tidak mahu menerima mereka sebagai peneraju negara.

Hanya segelintir rakyat yang masih terjerat dengan permainan dan manipulasi media sahaja yang masih memberi sokongan kepada Umno-BN.

Justeru inilah masa yang terbaik untuk Pakatan Rakyat yang berjaya menguasai enam negeri dalam PRU ke-12 untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan baik, adil dan saksama.

Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya menghentikan sebarang retorik, sebaliknya membongkar segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno-BN sebelum ini.

Selain itu, kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat mestilah tidak mengamalkan apa yang diamalkan oleh Umno-BN sebelum ini.

Pakatan Rakyat mesti bersih daripada amalan korupsi, kronisme dan nepotisme. Mestilah mengagihkan kekayaan dan sumber negeri secara adil kepada rakyat yang benar-benar layak memilikinya.

Manakala pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang diberi amanah memegang kuasa eksekutif di peringkat negeri, mestilah mencontohi stail kehidupan dan pemerintahan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang penuh dengan kesederhanaan.

Pemimpin Pakatan Rakyat hendaklah mengelakkan daripada amalan pembaziran dan hidup mewah, kerana tidak mahu rakyat menuding jari menyamakan Pakatan Rakyat dengan BN dikemudian hari.

Pakatan Rakyat juga mestilah menghentikan pertikaian dalam isu picisan seperti isu babi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Yang paling penting Pakatan Rakyat mesti membezakan cara pentadbiran dan pemerintahannya dengan Umno-BN.

Jika kita memahami mengapa Umno-BN ditolak rakyat, maka mulai dari sekarang, kita seharusnya memperlengkapkan diri untuk menerajui negara dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Umno-BN.

Manek Urai : :Poster Dan Pamplet Abe Uji




Najib lindungi CIMB? Apa kaitan Obama telefon dia...??????

Media heboh kononya Obama, Presiden Amerika menghubungi Najib melalui panggilan telefon, kononya begitulah penting Najib di mata Obama hingga apabila ada masalah Obama terpaksa hubungi Najib melalui panggilan telefon untuk berbincang..

Ini semua satu pembohongan. Semua terbongkar apabila 2 akhbar Korea berbahasa Inggeris mendedahkan mengenai bagaimana Amerika memberi amaran kepada Malaysia mengenai penglibatan bank Malaysia dalam transaksi senjata melibatkan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Regim Junta Tentera di Myanmar.

Najib mungkin 'terkencing' ketika dihubungi Obama tetapi masih cuba menyelindungi bank Malaysia itu. Persoalanya kenapa Najib begitu bersungguh melindungi bank Malaysia itu..... Adakah Bank itu 'CIMB' yang kini dimiliki oleh adik kesayangannya Dato' Sri Nazir Razak... ?

Di bawah Abdullah Badawi, negara berisiko apabila SCOMI syarikat anaknya terlibat meraih keuntungan dengan terlibat dalam pembekalan alat senjata nuklear dengan rangkaian penganas dan ia dilindungi Abdullah. Kini nampaknya tidak jauh beza dengan Najib ? Apabila untung ratus juta keluarga Perdana Menteri sapu tetapi bila risiko rakyat tanggung ...! sila klik sini untuk baca lanjut mengenai transaksi senjata tersebut.

CIMB juga sebenarnya terlibat dalam memberi kontrak kepada sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Israel dimana syarikat tersebut terlibat secara langung dalam persenjataan pertahanan Israel yang membunuh orang Palestin.

PPSMI: Dr Mahathir minta undian pembaca blog...!!! Tak puas hati lagi dia ni...????

Bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan undian isu tersebut di blognya mulai hari ini.

"Saya tidak terperanjat mendengar kekecewaan dan malah kemarahan terhadap kerajaan berhubung keputusan (memansuhkan) pengajaran Matematik dan Sains," katanya petang ini.

"Nampaknya, kerajaan tidak mendengar suara rakyat."

Menulis di blog peribadinya, mantan perdana menteri berkata "mungkin undian di blognya boleh mencelikkan mata kerajaan bagaimana pendapat orang ramai" berhubung keputusan semalam.

Dasar kontroversi PPSMI dimansuhkan sepenuhnya mulai 2012 seperti diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas jemaah menteri menyokong pembatalan dasar yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir pada 2003.

Susulan keputusan terbaru kerajaan, di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu, manakala sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Soalan yang ditanya di undian Che Det berbunyi "Apakah anda menyokong keputusan kerajaan untuk mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia?".

Pembaca yang menyokong pemansuhan PPSMI harus menjawab "ya", dan mereka yang ingin mengekalkan dasar tersebut "tidak".

Setakat jam 4.08 petang, 1,880 undi atau 72 peratus menolak pemansuhan PPSMI, manakala 520 undi menyokong pengumuman kerajaan semalam.

"Saya akan cuba memaklumkan kepada kerajaan tentang pendapat anda," kata Dr Mahathir lagi.

Semalam, beliau menafikan bersetuju dan menerima pemansuhan dasarnya itu, sekali gus bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin sewaktu mengumumkan perkara berkenaan.

"Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima.

"Jadi itu bukan consultation (perundingan), tapi cuma taklimat," Dr Mahathir dipetik berkata.

Tokoh utama di belakang PPSMI itu juga dilaporkan berkata beliau "sedih kerana anak-anak akan jadi mangsa" dasar mengajar bahasa ibunda bagi Matematik dan Sains.

Manek Urai : Nik Aziz pelawa Nasharuddin berkempen di Manek Urai

KOTA BHARU: Selepas media melaporkan mengenai "kehilangan" Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, akhirnya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempelawa Nasharuddin untuk turut sama berkempen.

Menteri Besar Kelantan itu juga mengakui pada peringkat awal beliau tidak mahu Nasharuddin datang berkempen atas alasan strategi politik, namun sekarang beliau menganggap peranan Nasharuddin masih diperlukan bagi menghadapi Umno dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.

"Saya tidak mahu dia datang pada hari pertama itu kerana khuatir akan dicerca ketika berucap atau berceramah. Memanglah saya tak bagi dia mari, sebab kalau diboo saya pun rasa malu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.

Hampir RM5 bilion peruntukan tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris...???? Kos ni lain dari kos PPSMI...!!! Jadi total semua berapa...???

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan hampir RM5 bilion bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau memberitahu Dewan Negara hari ini bahawa kementerian sentiasa memberi latihan kepada guru mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa itu kepada murid sekolah.

"Kita akan menggunakan pelbagai modul seperti mendengar dan bercakap, modul penulisan, dan modul seni bahasa yang akan menekankan tatabahasa. Kita akan betulkan penguasaan Bahasa Inggeris bukan setakat boleh bertutur tetapi menggunakannya dengan betul," katanya menjawab soalan Senator Datuk Samsiah Samsudin.

Manek Urai : Lagi fakta kelantan kaya...bumi bertuah berkat Tok Guru memimpin


Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000).

Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).

Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
* Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan..
* PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).

Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

* PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
* Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
* Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
* Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
* Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
* Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
* Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

-ambuyatel-binangkit.blogspot.com

Mansuhkan PPSMI, Anak- Anak Jadi Mangsa...!!!!

Keputusan Kerajaan Barisan Nasional memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tiga tahun lagi menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya pelbagai pihak.

Penangguhan itu ternyata merugikan rakyat dan dilihat sebagai satu satu pembaziran.

Paling menyedihkan yang menjadi mangsa pelajar.Semuanya kerana keputusan dibuat demi kepentingan politik BN.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata, keputusan itu lewat dibuat sedangkan Pakatan Rakyat sejak lima tahun lalu telah menegaskan bahawa dasar berkenaan perlu dimansuhkan..

"Dasar yang dibuat dalam dalam keadaan tergopoh gapah, tidak ada rundingan dengan pakar bahasa sedangkan ia telah menelan belanja dan akhirnya dibatalkan.

"Pembatalan bukan serta merta tetapi tiga tahun lagi, persoalannya bagaimana kos perbelanjaan untuk tiga tahun mendatang perlu ditanggung dan apa yang akan terjadi pada perisian dan prasarana bila ia dibatalkan?," katanya ketika ditemui selepas menghadir sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini tengah hari tadi.

"Setelah lima tahun baru hendak buat keputusan atas alasan yang telah dikemukankan oleh PR. Sikap sombong dan angkuh BN tidak mahu mendengar pandangan dan hanya pertahankan pendirian Tun Mahathir tetapi akhirnya buat U-turn.

"Tetapi wang pembayar cukai telah lesap RM4.5 bilion, apa pula kos tiga tahun akan datang? mungkin lagi RM3bilion," tambahnya.

Sementara itu, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemansuhan berkenaan sebagai bukti kegagalan dasar yang dibawa BN.

"Ia membuktikan apa yang kita (PR) katakan program yang menelan belanja berbilion ringgit dan ratusan ribu anak-anak menjadi mangsa sebagai program yang gagal.

"Kita juga hairan jika betul dasar ini gagal kenapa ditangguhkan memandangkan keberkesanannya tiada," katanya.

ADUN Sekinchan pula berkata, penangguhan yang dibuat kerajaan menunjukkan mereka tidak mengambil kira kepentingan rakyat dan tidak dibuat secara teliti.

"Saya tidak faham kenapa perlu tunggu tiga tahun. kalau hendak mansuhkan kenapa perlu tunggu tiga tahun? Ia bukti kerajaan pusat khususnya Kementerian Pelajaran tidak mengambil kira dengan terperinci semua kepentingan ketika melaksanakan dasar yang teramat penting.

"Dengan hasad keinginan politik, mereka terus lakukan perubahan dasar dan yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita,"katanya.

"Ia cara BN dan Muhyiddin sejukkan orang kampung dengan memberi jaminan mungkin ia janji politik, Ia salah satu cara untuk elak kemarahan Mahathir, kerajaan bukan sahaja ditadbir oleh seorang PM tetapi ada seorang bekas PM di belakang PM.

"Segala kritikan dan pandangan Mahathir perlu diambil kira, kena ambil hati beliau jika tidak mereka takut. Satu kerajaan yang tidak tegas dan mudah dipengaruh, bukan 1 Malaysia tetapi ada tiga PM," tambahnya.

Sementara itu, ADUN Chempaka Iskandar Abdul Samad berkata, pemansuhan dasar berkenaan tidak mustahil ditarik balik oleh BN sekiranya mereka memenangi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

"Kalau betul-betul serius buat secepat mungkin, saya takut tiga tahun lagi pilihanraya akan berlaku. Pengumuman dibuat semata-mata untuk pilihanraya di Manek Urai dan bukanya usaha bersungguh-sungguh.

"Pilihanraya umum akan dibuat tiga tahun lagi dan selepas itu dasar berkenaan akan diteruskan dan dilaksanakan semula," katanya.

ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan pula mendesak kerajaan BN mengambil tindakan tegas keatas mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana tindakannya memperkenalkan dasar yang mengakibatkan pelajar menjadi mangsa.


"Harap kerajaan pusat mengambil tindakan terhadap bekas PM, beliau harus dibuang dari UMNO kerana sudah memalukan BN.
Kerajaan pusat membuat keputusan tanpa persedian, asyik hendak membuat kajian dan penyelidikan tetapi tidak fikir akibat keputusan yang dibuat, ia tindakan yang tidak wajar," katanya.

ADUN Teratai Jenice Lee berkata, keputusan berkenaan adalah keputusan politik yang dibuat tanpa mengutamakan kepentingan rakyat.

Katanya, kerajaan tidak seharusnya mempermainkan isu pendidikan dan masa depan pelajar dengan menangguhkan pemansuhan dasar berkenaan.

"Satu pencapaian apabila suara rakayt didengar dan diambil berat. Saya ada satu soalan kepada BN kenapa tunggu sampai 2012 baru laksanakan.

"Sebenarnya ia boleh dibuat tahun hadapan.Penangguhan itu hanya akan mengorbankan sebahagian pelajar dalam tempoh tiga tahun lagi," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran Tsn Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan dalam tempoh tiga tahun lagi secara berperingkat-peringkat.Beliau mengakui terdapat beberapa kelemahan pada dasaar itu.

PPSMI yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan rakyat berarak ke Istana Negara memohon campurtangan Yang Dipertuan Agong memperbetulkan kepincangan..

Manek Urai : Imej mesra dan santun Abe Uji memikat pengundi

Kempen dengan pendekatan yang mesra' - begitulah konsep yang dipilih calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Abe Uji.

Ketika mengikuti kempen beliau ke Sekolah Menengah Ugama Arab Falahiah Kesedar Sungai Sok Kuala Krai, beliau sempat menyampaikan ucapan dalam program Ceramah Motivasi Keibubapaan dan pelajar.

Selepas itu, beliau meneruskan perjalanan ke Program Pemutihan Armalah sebelum menziarahi seorang warga emas, Abdul Ghani Mat Arif, 85, yang sakit tua di Lepan Jenok, Sungai Perial.

Dalam lawatan tengah hari tadi, Abe Uji menggunakan peluang berbual dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Budi.

Kehadiran wartawan dan penulis blog menjadikan penampilan Abe Uji kelihatan sedikit kekok, walaupun dikhabarkan beliau mesra dengan penduduk sekitar.

Ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, beliau melawat tapak perhentian bas yang baru dibina menggantikan yang lama.

Kampung Budi terletak dua kilomter daripada jalan besar yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.

Sekitar kawasan tersebut di kelilingi ladang getah dengan laluan kecil satu lorong yang menyukarkan perjalanan.

Abe Uji juga mengambil kesempatan untuk meletakkan batu asas ketika turut sama bergotong royong membina wakaf di perkuburan Kampung Budi.

Kemesraan jelas terpancar ketika beliau bersama-sama beberapa orang ahli parlimen yang turun padang pada kempen pilihan raya kecil ini, termasuk Dr Mohd Hatta Ramli.

Seusai program tersebut, beliau singgah melawat di pos-pos kawalan PAS di UPU Manjor serta kedai-kedai kopi yang berhampiran.

Abe Uji meluangkan masa menziarahi seorang pesakit barah, Ramlah Deris, 52, di Chuchoh Puteri yang tinggal bersama isteri dan dua anaknya.

Beliau melakukan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah bagi mendekati pengundi selain memperkenalkan dirinya kepada masyarakat sekitar kawasan tersebut.

Penduduk yang tinggal di kawasan tersebut menyambut baik dan menyapa beliau dengan mesra dan senyuman.

Manek Urai : Imej mesra dan santun Abe Uji memikat pengundi





Kempen dengan pendekatan yang mesra' - begitulah konsep yang dipilih calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Abe Uji.

Ketika mengikuti kempen beliau ke Sekolah Menengah Ugama Arab Falahiah Kesedar Sungai Sok Kuala Krai, beliau sempat menyampaikan ucapan dalam program Ceramah Motivasi Keibubapaan dan pelajar.

Selepas itu, beliau meneruskan perjalanan ke Program Pemutihan Armalah sebelum menziarahi seorang warga emas, Abdul Ghani Mat Arif, 85, yang sakit tua di Lepan Jenok, Sungai Perial.

Dalam lawatan tengah hari tadi, Abe Uji menggunakan peluang berbual dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Budi.

Kehadiran wartawan dan penulis blog menjadikan penampilan Abe Uji kelihatan sedikit kekok, walaupun dikhabarkan beliau mesra dengan penduduk sekitar.

Ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, beliau melawat tapak perhentian bas yang baru dibina menggantikan yang lama.

Kampung Budi terletak dua kilomter daripada jalan besar yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.

Sekitar kawasan tersebut di kelilingi ladang getah dengan laluan kecil satu lorong yang menyukarkan perjalanan.

Abe Uji juga mengambil kesempatan untuk meletakkan batu asas ketika turut sama bergotong royong membina wakaf di perkuburan Kampung Budi.

Kemesraan jelas terpancar ketika beliau bersama-sama beberapa orang ahli parlimen yang turun padang pada kempen pilihan raya kecil ini, termasuk Dr Mohd Hatta Ramli.

Seusai program tersebut, beliau singgah melawat di pos-pos kawalan PAS di UPU Manjor serta kedai-kedai kopi yang berhampiran.

Abe Uji meluangkan masa menziarahi seorang pesakit barah, Ramlah Deris, 52, di Chuchoh Puteri yang tinggal bersama isteri dan dua anaknya.

Beliau melakukan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah bagi mendekati pengundi selain memperkenalkan dirinya kepada masyarakat sekitar kawasan tersebut.

Penduduk yang tinggal di kawasan tersebut menyambut baik dan menyapa beliau dengan mesra dan senyuman.

Krisis Perak, Mahkamah Persekutuan Benarkan Permohonan Nizar Merayu Keputusan Mahkamah Rayuan Kekalkan Status Dr.Zambry !!

PUTRAJAYA [11.46 am] - Mahkamah Persekutuan hari ini akhirnya membenarkan permohonan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dengan keputusan ini, jelas menunjukkan peluang untuk rakyat Perak melihat keadilan berlaku masih terbuka biar pun dihambat dengan berbagai isu yang jelas membelakangkan undang-undang dan perlembagaan sebenarnya.

Masalah politik Perak yang kini sebenarnya masih "kritikal" biarpun ditutup oleh media arus perdana. Rakyat Perak kini semakin benci dan meluat dengan kelibat MB Haram, Zambry Kadir. Bahkan mereka langsung tidak mengikhtiraf beliau sebagai ketua negeri itu. Apa yang pasti, Nizar masih tetap dihati rakyat dan hanya keadilan sahaja yang boleh mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. UMNO dan BN boleh mendabik dada kononnya mereka menang dalam isu Perak, susulan melihat mahkamah memihak kepada mereka. Walhal, hakikatnya apa yang berlaku itu adalah petanda kejatuhan dan kehancuran mereka di Perak.

Ramai yang melihat, tindakan BN merampas kuasa di negeri itu bakal menyebabkan ramai wakil rakyat BN bakal menjadi "rakyat biasa" selepas pilihanraya umum ke-13 nanti. Oleh itu, rayuan dan saranan seluruh rakyat agar kuasa dikembalikan kepada mereka dan DUN Perak dibubarkan haruslah diberi perhatian sewajarnya oleh Sultan Perak. Tindakan menggunakan mahkamah untuk menghalang proses demokrasi bakal menyebabkan kesatbilan politik dan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak kucar kacir.

Semoga dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini bakal membuka lembaran baru ke arah perubahan di negeri itu. Rakyat masih berharap biarpun "jalannya" nampak terlalu sukar untuk menjadi kenyataan. Namun, kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan. Segalanya boleh berlaku jika diizinkanNya.

Kempen Media Tonjol Perbezaan PR-BN Berjaya

Proses mencelikkan rakyat akan perbezaan pemikiran, pendekatan dan pelaksanaan program politik di antara Pakatan Rakyat (PR) dengan Barisan Nasional (BN) memang amat kritikal kepada usaha menjamin keluhuran amalan dan lanskap politik negara. Ia perlu dilakukan dalam skala besar dan sungguh-sungguh demi memastikan rakyat akan dapat membuat keputusan dan pemilihan lebih bijak menjelang pilihanraya umum ke-13 yang dijangka tiga tahun lagi.

Bagaimanapun proses ini kini nampaknya semakin mudah dan berkesan kerana ia ditaja dan dilaksanakan dengan gigihnya oleh media arus perdana. Memang sejak 8 Mac tahun lalu, media arus perdana sentiasa mengintai kesempatan untuk merapuhkan perpaduan yang cuba dibina oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Keghairahan media upahan BN ini memang mudah difahami. Sudah tentu sebagai tukang karut dan khadam politik yang fungsinya untuk mengampu dan bermusuh dengan sesiapa sahaja musuh majikan mereka, media arus perdana berusaha untuk membina persepsi buruk mengenai PR di mata rakyat.

Lantas setiap peluang yang timbul dan difikirkan dapat mengkerdilkan musuh BN khususnya PR dan meraksasakan komplot politik BN akan menjadi modal besar bagi media arus perdana untuk digembar-gemburkan bagi menyulam pandangan serong dan prasangka terhadap PR di mata dan hati rakyat.

Strategi mengampu sebegini ternyata sudah lapuk. Hasrat rakyat beralih angin dan menyokong PR dalam pilihanraya umum tahun lalu adalah kerana kegiatan menyokong yang tidak berpada inilah sehingga “menjadi sokong membawa rebah”. Kini walaupun hampir keseluruhan media milik Kerajaan Persekutuan dan parti BN sudah dirombak pengurusan dan barisan pengarangnya, kebebalan lama masih bertaut pada halatuju dan caragaya BN berpolitik.

Perpaduan PR semakin intim Tindakan menghebohkan apa yang dinamakan keretakan dan perpecahan PR sering berakhir dengan pendedahan hakikat bahawa perpaduan PR semakin intim dan matang. Bermula dengan bibit fitnah yang cuba ditanam terhadap dua wakil rakyat KEADILAN di Perak yang didakwa terbabit dengan rasuah, sehingga kepada silang-pendapat wakil KEADILAN dengan Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan wakil DAP dengan kerajaan PAS Kedah meninggalkan kesan yang bertentangan dengan harapan BN dan hulubalang media mereka.

Ternyata wakil KEADILAN yang mereka cuba palitkan dengan rasuah adalah individu sama yang terpaksa mereka julang untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak. Sementara tindakan untuk cuba meretakkan hubungan PAS dengan rakan PR lain dalam isu kerajaan perpaduan, juga berkesudahan dengan gambaran betapa kerdilnya semangat juang BN dan juak-juak media mereka.

Secara langsung mereka mengesahkan kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim bahawa PR sentiasa menghormati dan menghayati doktrin bahawa “ada rahmat di sebalik perbezaan pendapat” dan sentiasa berusaha untuk menjadikan mesyuawarah berpandukan konsep kesemarataan dan kebebasan di dalam perbincangan serta pelaksanaan program politik PR.

Inilah satu hakikat yang amat sukar difahami oleh media BN dan pemimpin komplot politik itu. Sesungguhnya politik berteras fahaman dan formula perkauman yang digunakan BN sudah lapuk dan tidak boleh lagi digunakan dalam iklim masyarakat majmuk Malaysia. Terknologi maklumat kini lebih mudah untuk menelanjangkan hasrat dan permainan politik jelek BN yang sentiasa mencari kekuatan dengan mengadu-dombakan keperluan dan idealisme rakyat pelbagai kaum dan agama.

PR membina kekuatan dengan dialog terbuka dan berpegang kepada fahaman kebebasan bersuara. Amalan inilah yang cuba disekat oleh kerajaan BN lantaran telah terlalu mabuk dengan kuasa yang dirangkul sejak lebih 50 tahun lalu. Hakikat ini menjadikan BN kalis kepada sudut-pandang yang berbeza dan ada kalanya bertentangan. Justeru pendekatan yang sering digunakan BN dalam melayani pandangan orang lain, terutama saingan politik mereka ialah dengan menggunakan kuasa untuk memadamkan idea orang lain.

Lantas apabila dibelit perbezaan pandangan di kalangan ahli komponen masing-masing, pimpinan BN hanya tahu mengguna pendekatan mengarah dan perintah hingga menghampakan ramai penyokong mereka sendiri. Kemuncak protes dalaman BN ini tercatat apabila Pengerusi BN sendiripun diberikan memorandum oleh menteri-menteri bukan Islamnya. Maka semakin ketaralah perbezaan pendekatan, pemikiran dan amalan politik BN dan PR. Maklumat ini amat berharga bagi rakyat. Terima kasih media arus perdana.

Perkembangan Politik Tanah Air Dari Perspektif Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah benteng utama parti itu. Beliau juga adalah pemacu unggul kerajaan Kelantan.

Idea-idea politiknya bernas. Setiap pertimbangan dan perkembangannya digarap bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Realiti politik hari ini.




Demi mengetahui bagaimana beliau menafsirkan perkembangan politik tanah air, wartawan SUARA KEADILAN, MOHD NAJIB HASHIM menemubual Menteri Besar Kelantan ini.

Perkembangan politik Malaysia nampaknya menjurus kepada persaingan dua parti iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Apa komen Datuk?

"Bismillahirahmanirrahim. Pergelutan dan pergolakan politik ini bukan baru. Ia bukan wujud sejak wujudnya PAS dan Umno. Sejak manusia wujud di muka dunia ini, tidak pernah berhenti daripada permusuhan antara satu sama lain. Ini ketetapan Allah yang menciptakan manusia.

Waktu Nabi Adam hendak diturunkan dari syurga ke bumi, Allah sudah sebut pada Nabi Adam, 'satu sama lain bermusuh'. Kamu akan duduk di bumi, akan beranak, bercucu, bercicit sampai jadi penghuni dunia sepenuhnya. Semua anak beranak Nabi Adam. Dan satu sama lain akan bertengkar.

Bila Allah tahu yang manusia ini perlu bergelut, Allah menurunkan nabi. Pihak Nabi, pihak yang benar. Pihak lawan nabi pihak yang tidak benar. Sebab itu, sejak Nabi Adam wujud, dia nabi sehingga kepada Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad, tidak pernah wujud manusia yang tidak bergaduh.

Tapi, bila wujud keadaan bergaduh, maka nabi di pihak yang benar. Kerana nabi bukan belajar di sekolah, bukan belajar di pondok, bukan dia buat kajian, tapi dia terima langsung dari Allah s.w.t. Apa sahaja yang Allah s.w.t kehendaki, akan diturunkan kepada nabi, tidak kira nabi mana pun. Ini kaedahnya.

Saya ulang sekali lagi, tiap- tiap manusia, ada fikiran sendiri. Wajah tidak sama. DNA tidak sama. Urat jari pun tidak sama. Ini adalah kaedah asas dan akan timbul fikiran yang berbeza dan berlainan.
Jadi Allah sudah tetapkan di dalam Al-Quran, "mana-mana umat yang dapat hidayat Aku, maka siapa yang ikut hidayat Aku, maka orang itu akan selamat". Hidayat Allah hanya dikurniakan kepada nabi.

Sekarang timbullah PAS dan Umno. Baru 50 tahun. Dulu semua sekali berada dalam Umno kerana ketika itu hanya ada satu sahaja parti iaitu Umno. Cikgu, orang kampung, tok guru, tok ayah, tok lebai, imam, makmum, raja, rakyat semuanya ahli Umno pada tahun 1946 sehinggalah 1951.

Sebab alim ulama', mereka mempunyai risalah. Mesej daripada nabi-nabi kerana mereka ini waris nabi; tidak kira Cina muslim ke? Melayu muslim ke? Orang Asli muslim ke? Dia mempunyai pendirian sendiri kerana mereka menyambung tugas Nabi Muhammad.

Pada tahun 1961, alim ulama' keluar Umno dan mereka tubuh Parti SeIslam Tanah Melayu, PAS. Mereka yakin jalan Umno salah. Dan saya sendiri yakin Umno salah. Bila salah berertinya tidak akan bertemu syurga yang jumpa hanya nerakalah. Bermula dari situ sehingga hari kiamat pun akan ada orang yang melawan golongan yang salah. Ini perintah daripada Allah.

Di sini timbul satu masalah. Pada pandangan orang Eropah, manusia ini tuan punya dunia. Contohnya, bila sebuah parti menang satu kawasan, mereka rasakan kawasan itu mereka yang punya. Ertinya, segala hasil kekayaan yang ada mereka sewenang-wenangnya bagi kepada siapa yang mereka mahu. Mereka rasuah, mereka bebas lakukan apa saja kerana mereka rasakan mereka telah menang kawasan itu dalam pilihanraya.

Itu pandangan orang yang lawan nabi. Nabi mengatakan dunia ini bukan kepunyaan kita, ia kepunyaan Allah, Kita hanya pengurus, yang dipanggil khalifah. Sebab itu DO hanya dilantik oleh kerajaan negeri untuk jaga sesuatu kawasan. Dia tidak boleh fikir dia berkuasa penuh. Dia hanya menerima pelantikan daripada kerajaan.

Kita cuma menerima pelantikan daripada Allah sebagai khalifah. Ini pandangan saya, Islam meletakkan manusia tidak mempunyai hak mutlak. Kerana hak mutlak ini kepunyaan Allah. Oleh yang demikian gerakan Islam seluruh dunia yakini bahawa kita manusia hanya pengurus. Sebab itu, orang yang berjaya mengurus ini, akhirat kelak mereka akan diupah, masuk syurga.

Kita dapat melihat aliran politik negara yang semakin menjurus ke arah Pakatan Rakyat. Bagaimanakah Datuk melihat perkara ini?

Dalam pilihanraya ke-12, rakyat menerima Pakatan Rakyat. Lima buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Di Kelantan, sebelum pilihanraya baru-baru ini, Umno mempunyai 22 buah kerusi; menggelonsor semuanya tinggal enam kerusi.

Sedangkan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi menjanjikan pembangunan kepada Kelantan seperti cadangan membina jambatan yang kedua, laksanakan ECER (Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timor).

Saya bimbang juga, tapi sebutlah apa saja pembangunan, rakyat Kelantan faham bahawa pembangunan ini dapat dibuat oleh parti yang menguasai. Kalau parti A kuasai Kelantan, A lah yang buat pembangunan. Kalau A yang kuasai Kuala Lumpur, A lah yang buat pembangunan. Rakyat faham, Alhamdullillah.

Pembangunan bukan daripada duit parti. PAS ke; Umno ke; DAP ke. Pembangunan bukan dibuat daripada duit parti tapi duit rakyat yang kita kuasai. DAP kuasai negeri, DAP buat pembangunan. PAS kuasai negeri, PAS buat pembangunan. Umno kosong.

Sekarang Umno masih ada nyaris- nyaris di Kuala Lumpur, insyaAllah bila kita bagi penerangan yang jelas bahawa Umno melalui jalan yang salah bukan jalan nabi-nabi. Bila kita melalui jalan salah macam bila kita lalu jalan salah di Kuala Lumpur akan kena saman, kena kemalangan.

Saya telah hantar surat kepada Perdana Menteri, saya tanya dia dua perkara sahaja. Pertama, kerana apa tolak Islam? Keduanya, kenapa Umno lawan PAS? PAS ini terang-terang perlembagaannya Islam. PAS sudah pegang Kelantan 18 tahun. Saya buat macam Allah hendak. Yang Allah kata haram, saya haramkan. Yang boleh, saya bolehkan.

Apakah faktor yang menjadi penyatu dalam Pakatan Rakyat?

Sebagai orang PAS, saya sebut tadi, Umno melalui jalan salah. Mereka melalui jalan yang salah kerana mereka tak serupa dengan dasar nabi iaitu al-Quran dan hadis. Umno tolak. Umno buat rasuah. Rasuah ini bukan melibatkan orang kampung. Tapi pegawai- pegawai parti, ketua-ketua parti.

Sebelum pilihanraya ke-12, Umno buat mahkamah sesama ahlinya yang diketuai Tengku Ahmad Rithauddeen. Di situ terang-terang Umno terlibat dengan rasuah. Ini perbuatan jijik. Sebab kita cantas kebolehan orang lain dan kita bagi pada orang yang tidak berkenaan.

Ini Islam tidak boleh terima, PAS tidak boleh terima, saya fikir, komunis pun tidak boleh terima. Dan bila Umno tolak Islam, mahu tidak mahu mereka mesti akan terdedah pada rasuah. Sebab itu saya kata sokong PAS dapat pahala. Bagi saya, saya masuk pejabat seolah-olah saya masuk masjid.

Mampukah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara? Ramai yang memperkatakan tentang kerjasama yang tidak mantap, masih berlaku perselisihan dan juga perbedaan pendapat. Bagaimana Datuk melihat isu ini?

Pakatan Rakyat masih setahun dua. Dulu PAS pun macam tu juga. Umno pun mula-mula kacau bilau jugak. Benda baru. Perlahan-lahan mantaplah. Semua kaedah Tuhan. Macam pokok, mula-mula tumbuh daun; dua tiga helai daun, sehingga besar. Masa mula-mula memang akan kena serang dengan cacing, semut, babi. Seperti juga manusia,. mula- mula lemah, nak bercakap tidak boleh,. boleh menangis je.

Manek Urai : 3 cara Umno boleh rampas Manek Urai - Wan Rahim

Terdapat tiga cara Umno-BN boleh memenangi pilihan raya Kecil Dun Manek Urai.

Demikian ditegaskan Penasihat Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

"Saya mencadangkan agar Umno menggunakan tiga cara ini iaitu tipu, pitis dan ugut yang kebiasaannya kita akui pernah digunakan dalam pilihan raya kecil yang sebelum ini," katanya kepada pemberita semalam.

Ini kerana mereka tiada cara lain untuk menawan kawasan ini melainkan dengan cara tersebut, dan PAS tiada cara untuk menanganinya,"

Tegasnya, strategi lain yang dijalankan tidak akan memberikan kesan dan tidak mampu menyaingi jentera serta strategi PAS yang lebih bersedia daripada awal selain masyarakat di Manek Urai berakar umbi.

Tambahnya, Umno mungin perlu membelanjakan sebanyak RM25 juta untuk mengupah 5,000 orang pengundi dengan bayaran sebanyak RM5,000 seorang.

"Mungkin itu sahaja cara yang Umno boleh buat untuk memenangi pilihan raya kali ini," tambahnya lagi.

Beliau yang juga ahli parlimen Kota Bharu tidak menafikan tindakan yang bakal diambil oleh Umno dengan menggunakan jentera kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Seperti biasa, Umno memperalatkan SPR dengan menetapkan tarikh penamaan dan pengundian jatuh pada hari bekerja iaitu hari Selasa sekaligus tidak mewajibkan kepada semua majikan yang kakitangan mereka adalah merupakan pengundi agar melepaskan mereka pulang untuk membuang undi pada hari terbabit," katanya lagi.

Wan Abdul Rahim yakin bahawa terdapat majikan yang enggan membenarkan kakitangan mereka cuti bergaji pada hari berkenaan.

"Walaupun ianya menyalahi peraturan pilihan raya, tetapi kita lihat tiada ketegasan dan SPR seolah-olah tidak serius dalam melaksanakan peraturan ini," ujarnya.

Strategi ini ujarnya, merupakan cara untuk menghalang pengundi luar balik mengundi bagi membantu mempertahankan kemenangan PAS.

"Dia tahu bahawa pengundi ini akan balik mengundi PAS dan ini merupakan salah satu cara untuk menghalang mereka, kerana tarikh berkenaan jatuh pada hari bekerja," ujarnya lagi.

Dalam pada itu Wan Abdul Rahim berpendapat, tindakan Umno yang bertindak menyerang peribadi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah ternyata lebih memberi kesan yang negatif kepada diri mereka sendiri.

"Strategi tersebut merupakan tindakan yang bersifat makan diri apabila mereka bertindak kurang bijak menghina latar belakang calon kita dengan membandingkan dengan calon mereka selain pertembungan kenyataan tok guru Nik Aziz yang keras terhadap Umno," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau percaya bahawa PRK Manek Urai akan menjadi tempat Umno berkubur.

"Saya percaya bahawa Manek Urai akan menjadi pukulan maut dan pusara kepada Umno," katanya merujuk kenyataan-kenyataan Tuan Guru yang akhir-akhir ini mengecam Umno dengan begitu hebat.

Mengulas tindakan PAS yang dianggap agresif pada kali ini, Wan Abdul Rahim menjelaskan rasional tindakan tersebut adalah disebabkan oleh Manek Urai sebagai kubu kuat PAS yang perlu dipertahankan.

"Ini kubu kita, rumah kita, kita bertarung di padang sendiri," katanya lagi.

Oleh yang demikian, dengan kekuatan jentera dan sokongan yang ada, beliau berkeyakinan bahawa PAS boleh menang dengan majoriti yang bertambah.

Manek Urai :Debat Dengan Pas Najib dan Khairi Sama Penakut


Cabaran Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz untuk berdebat dengan Presiden Umno Najib Razak ditolak mentah-mentah. Alasannya debat ini tidak membawa faedah. najib juga mengatakan bahawa, 'bagaimana hendak debat kalau awal-awal sudah kutuk. Ini membawa suasana tidak kondusif." dan pelbagai alasan lagi diberikan.

Sebelum ini ketika Anwar mencabar beliau berdebat sewaktu menjadi timbalan Perdana Menteri juga ditolak oleh Najib. Kononnya tidak membawa faedah. tetapi dimedia massa dia berulang-ulang menyerang pembangkang.

Dalam isu cabaran Nik Aziz, ia ada kaitan dengan dakwaan perjuangan Umno menolak Islam. Najib marah dengan dakwaan Nik Aziz dan mengatakan dakwaan itu tidak benar.

Pengikut-pengikutnya juga menempelak MB Kelantan. Namun apabila diajak berdebat untuk buktikan Umno tidak tolak Islam mereka menolaknya. Bukan sekadar tawaran debat secara rasmi, di Parlimen juga yang wajib Najib berdebat dengan pembangkang juga ditolaknya. Tentu kita ingat ketika membentangkan bajet mini awal tahun lalu, Najib tidak memberi ruang untuk soal jawab sebagaimana sepatutnya sehingga menyebabkan ucapannya diboikot oleh MP pembangkang. Begitu juga dalam isu Altantuya.

Apabila disergah oleh MP Puchung berkaitan isu ini, Najib tidak menjawab. Sebaliknya melarikan diri keluar dewan. Ini jelas empat bukti sememangnya Najib penakut untuk berdepan dengan pembangkang. Ketua Pemudanya Khairi Jamaludin yang sepatutnya menjadi panglima mempertahankan pimpinan mempunyai sejarahnya berkaitan debat.

Ketika menjawat jawatan naib ketua pemuda sebanyak tiga kali beliau dicabar debat oleh timbalan ketua Pemuda Pas Us Nasarudin Tantawi. Kali pertama ketika beliau mendakwa Umno membeli dan memperjuangkan Islam. Nasarudin menghantar surat mencabar beliau berdebat membuktikan Umno perjuangkan Islam. Namun Khairi diam membisu tidak menjawab. Keduanya ketika sambutan 50 tahun kemerdekaan negara.

Khairi mendakwa bahawa hanya Umno dan BN sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Sekali lagi dia diajak berdebat tentang isu kemerdekaan ini oleh Nasarudin Tantawi. tetapi Khairi membisu dalam erti kata menolaknya. Ketika ketika berlaku krisis rampasan kuasa di Perak.

Khairi menjadi heromembela raja-raja Melayu dan dia menyatakan bahawa Pas dan parti-parti Pakatan derhaka kepada raja. Nasarudin sekali lagi menghantar surat menjemput Khairi berdebat siapa derhaka kepada raja. Namun ditolak buat kali ketiga dengan diam membisu. Untuk kali yang keempatnya, apabila pemuda Umno menempelak kenyataan TG Nik Aziz yang mengatakan perjuangan Umno boleh disamakan dengan Ayah Pin dan Komunis kerana menolak Islam.

Pelbagai kenyataan dan laporan polis dibuat kononnya Nik Aziz memutar belitkan fakta, Nik Aziz menghasut dan berkata tidak benar. Maka buat kali yang keempat Nasarudin mengajak Khairi berdebat dalam isu ini. Namun kali ini pertemuan itu tidak dinamakan debat, sebaliknya wacana ilmiah. Harapan kita, semoga Khairi menerima wacana ini yang lebih lembut bahasanya walaupun hakikat sebenar masih debat. Tidak ada dialog atau forum mencari kesamaan kerana secara dasarnya pun Umno memang jauh berbeza dengan Pas.

Kali ini Khairi membalas jemputan dengan bersetuju berwacana. Namun diberi dua syarat terlebih dahulu. Pertamanya beliau mahu memastikan tidak ada serangan peribadi di Manek Urai. Keduanya beliau mahu bertemu terlebih dahulu dengan Ketua Pemuda Pas untuk berbincang menyelesaikan beberapa masalah yang timbul. Isu serangan di Manek Urai tidak ada kena mengena dengan urusan untuk menerima berwacana. Keduanya kenapa perlu bertemu dengan Ketua Pemuda Pas terlebih dahulu sebelum berwacana.

Difahamkan dalam jemputan berwacana tersebut, pemuda Pas sudah mencadangkan supaya kedua-dua belah pihak mewujudkan jawatankuasa teknikal yang akan bertemu terlebih dahulu bagi membincangkan masa, tempat dan format wacana.

Oleh itu tidak ada keperluan untuk Khairi bertemu terlebih dahulu dengan Nasarudin sebelum wacana. Tetapi kenapa Khairi hendak bertmu sangat sebelum wacana? Pertamanya dia mahu memerangkap pemuda Pas dalam jerat beliau. Apa bila dibuat pertemuan tertutup diantara mereka berdua, maka pelbagai spekulasi luar akan berlaku yang akan memecah belahkan Pakatan Rakyat seolah-olah pemuda Pas berbaik-baik dengan Pemuda Umno.

Jika tidak berlaku pun, Khairi akan melakukannya dengan membuat sidang media mengatakan, alhamdulillah hubungan dan perbincangan kami dengan Pemuda Pas berjalan baik dan ini boleh dirintis kearah penyatuan bla.. bla... bla..." Maka riuhlah sekali lagi Pakatan Rakyat dan retaklah hubungan mereka.

Ini yang Khairi mahukan. Keuntungan politik sebelum berwacana. Jika perkara ini benar-benar berlaku, pastinya pemuda Pas dengan sendirinya akan membatalkan wacana ini diatas alasn Khairi tidak ikhlas dan memutar belitkan keadaan.

Khairi terselamat daripada berdepan secara terbuka dengan Nasarudin. Namun khabarnya Nasarudin Tantawi menolak untuk bertemu dengan Khairi sebelum berwacana. Maklumat yang diterima, beliau tetap dengan keputusan awal untuk berhadapan dengan Khairi secara terbuka dengan disiarkan secara langsung di mana-mana stesyen televisyen sahaja dan bukannya pertemuan awal.

Jika keadaan ini berlaku, maka Khairi akan gunakan alasan ini untuk menolak wacana dengan pemuda Pas. Khairi akan memberi alasan bahawa pemuda Pas tidak bersedia untuk bertemu beliau terlebih dahulu menyebabkan beliau menolak berwacana dalam membuktikan Umno benar-benar memperjuangkan Islam. Jika kedua-dua keadaan tidak berlaku, Khairi akan menggunakan saluran lain untuk menolak wacana ini. Ketika cabaran wacana dilontarkan, Naib Presiden Umno Syafie Afdal meminta Pemuda Umno menolak sebaran debat atau wacana terbuka kerana ia merugikan Umno.

Maka Khairi akan gunakan arahan pimpinan atasan yang tidak membenarkan debat. Apapun keadaannya Khairi tetap berusaha untuk tidak berwacana secara terbuka dengan pemuda Pas kerana memang terbukti Umno menolak dan melawan Islam. Maka Khairi yang diharap-harapkan sebagai pemimpin baru pelapis kepada Umno tidak menjadi kenyataan. Kerana beliau sama sahaja penakut seperti bosnya Datok Najib.

Manek Urai : Yb Nasharuddin, Tuan Guru Nik Aziz kongsi pentas di MU

Yb Nasharuddin Mat Isa akan berceramah satu pentas dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lama lagi selepas ketidakhadiran timbalan presiden PAS itu menjadi tanda tanya dan isu politik di Manek Urai.

Penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan Nasharuddin akan datang seawal-awalnya esok jika tiada aral melintang.

nik aziz and nasharuddin"Dia akan berceramah dengan Tok Guru Nik Aziz," katanya kepada Malaysiakini hari ini apabila diminta mengulas kemungkinan Nasharuddin turun berkempen setelah tidak muncul sejak hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN itu, Isnin lalu.

Ditanya sama ada benar Nasharuddin, juga ahli parlimen Bachok, sedang dirawat di Hospital Serdang seperti dilaporkan di sebuah akhbar web, Wan Abdul Rahim berkata:

"Saya tak tahu, saya tak tanya dia."

Ketidakhadiran Nasharuddin menjadi isu apabila beliau pernah dikecam keras oleh Nik Aziz, juga mursyidul am PAS, susulan persetujuannya untuk meneruskan rundingan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menteri besar Kelantan juga mendesak Nasharuddin melepaskan jawatan dalam parti dan ahli parlimen jika masih mendukung idea tersebut.

Kedua-duanya bagaimanapun telah berdamai pada 22 Jun lalu, tidak lama selepas mengeluarkan kecaman paling kerasnya terhadap pemimpin kanan PAS yang pro-kerajaan perpaduan.

Manek Urai : Aura Abe Uji di tengah lautan manusia

KAMPUNG Manek Urai Lama dipisahkan dengan dunia luar oleh Sungai Lebir. Di sebelah barat, berdiri kukuh Bukit Kajang tempat penduduk mencari rezeki. Di situlah tumbuh subur pokok getah dan kelapa sawit.

Kampung yang terkenal dengan industri pembalakan suatu ketika dahulu, kini agak sunyi. Sekali sekala dikejutkan dengan bunyi kereta api yang membingitkan telinga.

Semua cerita indah dengan kekayaan hasil balak sudah berlalu. Ia sekarang tersimpan kuat dalam lipatan sejarah. Mereka yang pernah singgah di kampung tersebut tentunya masih ingat Sawmil Jaya dan Sawmil Kawan Setia (Jepun).

Bagaimanapun, selepas sebuah jambatan dibina merentangi Sungai Lebir, Manek Urai tidak sunyi lagi. Bunyi deruman enjin kenderaan kini semakin membosankan. Sebaik sahaja melintasi jambatan ke Kampung Manek Urai Lama kita boleh menemui simpang empat di banyak tempat. Di sebelah kiri dan kanan masjid ada simpang empat.

Setiap batang jalan hanya selesa dilalui sebuah kenderaan. Ketika berselisih sebuah kenderaan kena berhenti bagi memberi laluan kepada sebuah lagi. Biar pun jalan diturap agak sempit, namun kenderaan boleh meluncur ke laman rumah.

Manek Urai yang jarang disebut orang tiba-tiba menjadi popular mulai 22 Mei lalu. Rupa-rupanya berita kematian pemimpin yang disayangi telah menggemparkan negara. Haji Ismail Yaakob atau lebih dikenali Paksu Wil pergi tidak kembali lagi.

Ketika penduduk Manek Urai bersedih duka kehilangan pemimpin disayangi, Kampung Manek Urai sendat dengan kehadiran ramai manusia. Jambatan selorong yang sempit menyebabkan kesesakan lalu lintas sayup mata memandang.

Dan situasi yang serupa berulang kembali 26 Jun lalu. Kali ini lebih sendat dan padat. Deretan memanjang sehingga lima kilometer daripada jambatan. Biar pun jambatan itu ditutup kepada lalu lintas mulai jam 7 petang, namun kenderaan yang masuk lebih awal sudah melimpah.

Di dalam semak, tepi jalan dan di bawah pokok ada kenderaan yang diparkirkan. Masjid kampung itu juga sesak dengan kehadiran orang ramai. Suasana lebih hangat berbanding hari Jumaat.

Penduduk tempatan pun naik hairan dari mana datang begitu ramai manusia. Rupa-rupa malam yang penuh bersejarah itu bakal mengisytiharkan siapa pemimpin yang akan meneruskan perjuangan Paksu Wil. Legasi Paksu Wil dalam bahasa politik.

Ramai penduduk di Dun Manek Urai datang untuk melihat dari dekat wajah pemimpin rakyat itu. Beliau disambut bagai anak teruna. Seorang lelaki yang bertubuh tegak lengkap dengan serban, bersamping dan berbaju Melayu muncul di celah-celah orang ramai di masjid. Ramai orang sudah mengenalinya.

Ramai meluru berjabat tangan dengannya. Yang berada agak jauh hanya sekadar mengangkat tangan tanda persahabatan. Ramai teruja dengan tingkah lakunya, bukan lagi sekadar bersalam, digosoknya tangan ke belakang kenalan. Senyum menguntum panjang.

Itulah Mohd Fauzi Abdullah, 50 atau lebih mesra dipanggil Abe Uji. Seorang peniaga ikan yang sudah lama dikenali di Manek Urai.

Sebaik sahaja selesai solat Isya? orang ramai yang memenuhi masjid berjalan ke padang bola kampung tersebut. Kedudukan dari jambatan hampir satu km. Bagi mereka yang datang lewat berjalan dua hingga tiga km terpaksa ditempuhi. Nasib mereka agak baik kerana matahari sudah sembunyikan diri.

Hanya malam yang dingin bersaksikan bintang di langit mengiringi lautan manusia yang memenuhi padang tersebut.

Sebuah akhbar tempatan dalam edisi lokal sekadar mencatat 2,000 orang hadir pada program tersebut, sebenarnya menambah lagi koleksi suara nyanyuk akhbar terbabit. Sedangkan program pengisytiharan calon Umno dua hari kemudian disebut 6,000 orang hadir. Akhbar berkenaan hanya mempersendakan orang luar yang tidak hadir.

"Pakcik juga terkejut dengan laporan akhbar tersebut, sedangkan kalau hendak dibanding secara kasar mungkin suku orang di majlis Umno, tiga suku orang lagi di program PAS. Saya hadir pada ceramah pengisytiharan calon PAS. Padang bola penuh dengan lautan manusia. Saya tidak tahu macam mana wartawan akhbar terbabit mengira," katanya.

Seorang penduduk Mariam Husin, 43 berkata, kehadiran pada ceramah di Manek Urai Lama lebih ramai berbanding ketika ceramah PAS di Laloh seminggu sebelum itu.

Biar apa pun malam 26 Jun lalu mencatat satu sejarah kegemilangan Manek Urai yang pernah mashyur dengan industri balak. Pada malam itu, Abe Uji diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya KeADIlan, Saifuddin Nasution Ismail.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato? Abdul Halim Abdul Rahman, timbalannya, Dato? Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato? Ahmad Ya'akob, Dato? Husam Musa, Dato? Mohd Amar Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Haron.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir membelah kesunyian malam. Kelihatan ramai yang gembira dengan ketokohan calon yang ditampilkan.

Selepas pengisytiharan dibuat Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi, Kit Siang, Saifuddin dan Abe Uji mengangkat tangan sambil berpegang erat di antara satu sama lain.

Jurugambar tidak melepaskan peluang merakam detik yang cukup bersejarah itu. Flash kamera sambar menyambar dituju kepada wajah Abe Uji dan pemimpin Pakatan Rakyat di pentas utama.

Pasukan unit amal dan anggota keselamatan PAS terpaksa bekerja keras malam itu memandangkan ramai yang ingin bersalam dengan Abe Uji.

Malam tersebut berakhir sebelum jam 12 malam. Bagaimanapun banyak kenderaan tidak dapat keluar melintasi jambatan ke Kampung Manek Urai Baru sehingga jam 1 pagi. Seorang petugas PAS di Markas Induk memberitahu kesesakan lalu lintas di jalan utama menghala ke Kuala Krai sehingga lima km.

Inilah fenomena pilihan raya di Manek Urai. Kemunculan calon yang berserban sejak muda biar pun bukan bertaraf ulama cukup disenangi masyarakat.

"Dia mampu menjadi galang ganti kepada Paksu Wil," kata Pak Mat, seorang penoreh getah dari Laloh.

Keadaan sebaliknya pula berlaku terhadap calon BN. Sehari selepas diisytiharkan calon, Tuan Aziz Tuan Mat terpaksa berhempas pulas menafikan dakwaan yang tersebar. Dia dikatakan pernah terbabit dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Ada khabar di internet menyebut Tuan Aziz hidup bergaya ketika menjadi Pengurus Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB).

Biar apa pun lebih 12,000 pengundi Manek Urai akan menjadi hakim 14 Julai ini. Siapa yang layak menggantikan Paksu Wil? Segala perkiraan sudah ada dalam kepala mereka.