Rabu, 8 Julai 2009

"Saya bukan nyanyuk tapi sengaja lepas geram pada Umno" – Nik Aziz

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA KRAI: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak nyanyuk sebaliknya sengaja melepaskan perasaan geramnya terhadap Umno dengan menyamakan parti itu dengan Ayah Pin dan pemimpin komunis Chin Peng.

“Bila saya kata macam tu (kata Umno macam Ayah Pin dan Chin Peng), dia marah ambo (saya) macam-macam kata ambo ni nyanyuk la. Yang sebenarnya ambo (saya) saja buat gitu bukan nyanyuk tapi lepas geram.

“Kalau Umno tak nak kena macam tu kita nak Umno tukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam,” katanya dalam ceramah di Chuchoh Puteri di sini malam tadi.

Pada 21 Jun lalu, dalam ceramah di Kuala Krai Nik Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam.

Kenyataan beliau itu mendapat kecaman hebat pelbagai pihak khususnya pimpinan tertinggi Umno dan pada 25 Jun lalu, Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Nik Aziz menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Turut hadir dan menyampaikan ceramah semalam ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Kira-kira 3,000 penyokong dan orang kampung hadir pada ceramah perdana PAS itu.

Jelas Nik Aziz, "semua benda di muka bumi ini milik Allah, langit dan bumi semua dia, Allah."

“Kita sebagai khalifah di muka bumi ini kita harus berbakti kepada Tuhan. Tapi Umno tolak, dia ambil kebangsaan.

“Jadi di sini maksudnya dia (Umno) tolak Islam. Erti dia lebih benar daripada Tuhan, ertinya dia tolak Allah, bila tolak Allah pandai kita daripada Allah, berani ke kita?

“Kalau Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam baru sama. Tapi sanggup ke mereka,” katanya.

Menurut Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, jika kumpulan al- Arqam dan Ayah Pin dicap sesat, maka bagaimana pula Umno.

“Macam mana pula dengan Umno kenapa tak sesat?. Ayah pin dan al-Arqam sesat sebab salah akidah , Umno tolak Islam ambil kebangsaan. Tak usah kecek (cakap) banyak ambo (saya) reti jugak.

“Sebab itu saya tulis surat kepada Perdana Menteri, tapi tak jawab lagi. Ambo (saya) tanya kepada dia (Najib) kenapa tolak Islam?

“Kalau kita tak beritahu ke dia (Umno) kita akan disoal oleh Allah S.W.T. esok. Macam mana ketika itu. Sebab itu kita bagi ceramah dengan cara berdakwah kepada orang di sini,” katanya yang disambut dengan laungan takbir ‘Allahuakbar’daripada hadirin yang datang.

Apakah Suhakam masih relevan?????

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri de facto Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz baru-baru ini menyatakan bahawa Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) perlu lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan dan perlu bersikap neutral serta berkecuali berdasarkan prinsip Paris.

Beliau turut menambah, sikap itu bukan sahaja perlu ada pada Pesuruhjaya Suhakam tetapi juga kepada semua anggota Suruhanjaya berkenaan.

Prinsip Paris menetapkan panduan asas yang diterima pakai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 1993 berhubung status dan operasi Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan.

Mohd Nazri dikatakan marah kepada Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abdul Talib Othman berhubung dengan kenyataan Suruhanjaya berkenaan mengenai isu Perak.

Krisis Politik Perak dan Hak Asasi Manusia

Pada 12 Mei 2009, ketika negara sedang heboh dengan krisis politik di negeri Perak yang baru sahaja menggemparkan dunia dengan insiden Speaker Dewan, V. Sivakumar diseret keluar dari tempat bersidang oleh anggota polis, Suhakam yang dipimpin oleh bekas peguam negara itu mengeluarkan satu kenyataan yang mendesak agar kuasa dikembalikan kepada rakyat negeri Perak untuk memilih pemimpin mereka.

Menurut pengerusi Suhakam, Abu Talib, Artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, mengatakan bahawa kehendak rakyat harus menjadi teras kepada pembentukan sesebuah kerajaan. (Article 21 of the Universal Declaration of Human Rights 1948 provides that the will of the people shall be the basis of the authority of the government.)

Selain daripada itu, Suhakam turut mengutuk insiden yang berlaku pada sidang DUN 7 Mei 2009 dimana polis dan pekerja kerajaan bertindak tidak neutral apabila dilihat menyebelahi Datuk Seri Zambry Kadir dan Barisan Nasional (BN) dalam krisis di negeri tersebut. Menurut Abu Talib, polis dan pegawai-pegawai kerajaan haruslah bertindak neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi Suhakam dalam krisis politik Perak itu tidak nampak cacat celanya dan bersesuaian dengan peranan badan berkenaan iaitu mempertahankan hak asasi manusia.

Dan ianya juga tidak kelihatan memihak kepada mana-mana parti politik kerana Suhakam menegaskan bahawa “kuasa” memilih pemimpin haruslah dikembalikan kepada rakyat. Secara kebetulan, Pakatan Rakyat turut memperjuangkan agar DUN Perak dibubarkan.

Terdapat juga ramai pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional yang turut mencadangkan agar “kuasa rakyat” dikembalikan seperti Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dari MCA.

Dalam kenyataan balas terhadap kenyataan Nazri, Setiausaha Suhakam, Hashimah Nik Jaafar menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi badan tersebut berkenaan dengan isu Perak berdasarkan satu perbincangan yang panjang pada 11 Mei 2009 dan telah dipersetujui oleh kesemua pesuruhjaya yang lain kecuali seorang berdasarkan semangat untuk mempertahankan dan mempromosi hak asasi manusia.

Suhakam dan Hak Asasi Manusia

Suhakam ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung Suhakam diadakan pada 24 April 2000.

Pada ketika itu, kerajaan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berada dipenghujung jalan dan mengalami krisis kepercayaan dikalangan rakyat berikutan dengan kes pemecatan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan demonstrasi-demonstrasi aman dianjurkan oleh penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk membantah keputusan Dr Mahathir.

Ramai pihak yang beranggapan, penubuhan Suhakam pada ketika itu adalah bertujuan untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap penyokong-penyokong Anwar.

Secara peribadinya, penulis merasakan bahawa sejak awal-awal penubuhan Suhakam lagi telah berlaku satu kesalahan yang besar dan memberikan persepsi buruk kepada masyarakat terhadap badan tersebut.

Kesalahan tersebut ialah mengenai pelantikan pengerusi pertama badan tersebut, Tun Musa Hitam. Mengapa salah meletakkan bekas timbalan perdana menteri itu?

Memang benar, bekas Timbalan Presiden Umno itu adalah seorang yang berkredibiliti dan diakui oleh ramai pihak sebagai seorang pemimpin yang hebat. Hishamuddin Rais seorang penulis bebas pernah menyifatkan pemimpin dari negeri Johor itu sebagai “perdana menteri yang tidak pernah dimiliki oleh rakyat Malaysia”.

Akan tetapi adalah kurang bijak apabila beliau dinamakan sebagai pengerusi Suhakam pada penghujung tahun 1999. Musa mempunyai “baggage” yang besar dalam isu hak asasi manusia berikutan dengan peristiwa hitam “Tragedi Memali”.

Peristiwa berdarah Memali terjadi pada 19 November 1985 dimana menyaksikan Ustaz Ibrahim Mahmud yang lebih mesra dengan panggilan “Ibrahim Libya” dan 13 orang pengikutnya terbunuh di Kampung Memali yang berada dalam daerah Baling itu.

Empat orang anggota keselamatan turut terkorban dalam kejadian ngeri ini dan beratus-ratus orang tercedera dalam operasi yang dinamakan “Operasi Angkara/Operasi Hapus” oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Pada ketika itu, Musa merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Siapapun yang bersalah, kerajaan Malaysia tidak seharusnya membunuh Ibrahim Libya dan pengikutnya oleh kerana kejadian tersebut merupakan diantara jenayah Hak Asasi Manusia yang terbesar pernah dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

Jadi, apabila Suhakam dimulakan pada tahun 1999 dengan berketuakan Musa yang mempunyai “baggage besar” dalam isu hak asasi manusia, badan tersebut tidak mempunyai persepsi yang baik daripada masyarakat terutamanya bagi mereka-mereka yang mengikuti perkembangan politik atau yang berminat dengan isu hak asasi manusia.

Neutral dan independen

Penulis amat bersetuju dengan Nazri bahawasanya pesuruhjaya dan semua anggota Suhakam perlu berkecuali dan bersikap neutral daripada mana-mana parti politik. Akan tetapi, pada pandangan penulis, badan tersebut haruslah mengutamakan rakyat dan hak asasi manusia.

Dalam isu Perak, Suhakam berada “dijalan yang benar” apabila mereka menyokong kuasa rakyat dan mempertahankan Hak Asasi Manusia.

Bercakap soal “neutral dan independen” dari pengaruh parti politik, ramai pihak telah mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia melantik Datuk Shafee Abdullah, Datuk Dr Michael Yeoh dan Datuk Dr Denison Jayasooria sebagai pesuruhjaya Suhakam oleh kerana ketiga-tiga tokoh ini diketahui dan dilihat rapat dengan Umno, MCA dan MIC, parti-parti yang mendominasi BN.

Tambahan lagi, pengerusi kedua Suhakam yang menggantikan Musa, Abu Talib Othman juga tidak mempunyai rekod hak asasi manusia yang baik oleh kerana ketika menjadi Peguam Negara, beliau terlibat secara langsung dalam “Operasi Lalang” yang menyaksikan lebih 100 orang pemimpin parti pembangkang, tokoh akademik dan aktivis ditahan oleh kerajaan Malaysia dibawah ISA.

Beliau juga diketahui umum sebagai orang kepercayaan Dr Mahathir yang pernah mengarahkan polis untuk memusnahkan 11 pita video dan empat sampul surat mengandungi gambar-gambar dan negatif gambar isu skandal seks D.P. Vijandren, bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Kenyataan Nazri mengenai “neutral dan berkecuali” dalam isu Perak akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh BN. Lebih banyak “peluru” akan menghala kepada BN yang kini telah mempunyai pesaing yang kuat iaitu Pakatan Rakyat.

Tetapi mungkin isu ini boleh jadi kepada pemangkin kepada perubahan yang boleh dilakukan kepada Suhakam pada masa akan datang jika kerajaan Malaysia benar-benar serius untuk mempertingkatkan kredibiliti badan tersebut.

Selain daripada melantik orang-orang yang “ahli” dalam hak asasi manusia, Suhakam perlu diberikan “lebih kuasa” untuk menangani isu hak asasi manusia di Malaysia.

Pada masa akan datang, Suhakam mungkin boleh diberikan kuasa yang seumpama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menangani isu hak asasi manusia. Ertinya, Suhakam boleh menahan pencabul-pencabul hak asasi manusia dan menghadapkan mereka di mahkamah.

Jika terus menerus seperti hari ini, persepsi masyarakat terhadap Suhakam tidak akan berubah. Badan tersebut akan terus dianggap sebagai “menghabihkan boreh” dan hanyalah “punching bag” bagi badan-badan bukan kerajaan yang marah kepada pencabulan hak asasi manusia yang berlaku didalam negara.

Bubar Dun Atau Hartal Seluruh Perak...!!!

Jawatankuasa Bertindak Rakyat Perak menyerahkan memorandum kepada kerajaan Zambry Abdul Kadir menggesa supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau hadapi hartal seluruh Perak.

Jawatankuasa itu memberi masa kepada Umno-BN sehingga 8 Ogos ini menggesa tampuk pemerintahan negeri ditentukan melalui pilihanraya atau hadapi mogok besar-besaran.

"Rakyat Perak tidak akan terbabit dalam apa-apa aktiviti luaran. Kita tidak akan ke tempat kerja, anak-anak kita tidak akan ke sekolah dan kita mahu tunjuk kepada BN bahawa majoriti rakyat Perak mahu keadilan dikembalikan," kata penyelaras R Mohanarani.

Kempen selama sebulan telahpun dilaksanakan oleh jawatankuasa terbabit bagi mendapatkan sokongan rakyat. Menurut Mohanarani, maklum-balas yang diterima adalah amat positif.

"Kita akan mendapatkan bantuan dari badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk mobilisasi mogok satu hari ini," katanya.

"Kita menyebarkan risalah di pelbagai tempat awam untuk mendapatkan sokongan orang-ramai. Setakat ini maklum-balas yang diterima amat positif dan mereka masih kecewa dengan rampasan kuasa BN," tambahnya lagi.

Manek Urai : Zaid minta Najib jelas isu Altantuya

KUALA KRAI, Julai 8 — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dalam ceramah pertamanya di atas pentas Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjelaskan isu royalti minyak untuk Kelantan, isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan kontroversi pembelian kapal selam.

Najib diminta supaya berterus terang kepada rakyat Kelantan berkaitan isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri yang didakwa tertunggak sejak 2004 dengan anggaran nilaian berjumlah RM1 bilion.

Ceramah Zaid, bekas anggota Parlimen Kota Bharu itu diadakan di kampung Lela Jasa, dekat sini. Turut hadir adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, serta beberapa kepimpinan PAS kawasan.

Berbeza dengan siri kempen pilihan raya kecil Penanti, isu Altantuya masih belum dihalang dari dibicarakan.

Dalam ceramah itu juga, Zaid menyelar sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) merendah-rendahkan karektor calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, tidak mempunyai latar belakang akademi sebagai serangan peribadi tidak berasas.

Beliau berkata, prinsip Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan BN dalam memilih calon yang mengutamakan kualiti penampilan calon dari kepelbagaian sudut selaras dengan kehendak rakyat.

Zaid merujuk kepada sejarah ketamadunan kerajaan Islam zaman Rasulullah yang berjaya mentadbirkan negara dengan telus dan adil kepada seluruh masyarakat tanpa mendapat kelulusan ijazah universiti.

“Pengajian tinggi tidak penting. Yang penting ialah pengalaman, sebab pengalaman tidak akan didapati walau mengaji setinggi manapun. Kerajaan di zaman Rasulullah dulupun tidak terbentuk daripada individu yang berpendidikan di peringkat universiti.

“Bahkan tidak ada universiti pada zaman nabi tetapi boleh memerintah dengan telus dan adil kepada rakyat. Ada ijazahpun buat apa kalau banyak putar belit yang akhirnya menyusahkan rakyat,” katanya.

Melalui ceramah sulung beliau selepas menyertai PKR, Zaid berkeyakinan rakyat Manek Urai memerlukan calon yang benar-benar bertanggungjawab dan tidak semestinya mempunyai pendidikan tinggi.

Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan di Kuala Krai, dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai tidak mempunyai latar belakang berpendidikan tinggi, sering menjadi modal serangan BN.

Fauzi dibezakan dengan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat merupakan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang mempunyai kelulusan ijazah.

Sementara itu, Salahuddin memberitahu akan terus memperjuangkan nasib rakyat bersama ahli parlimen Pakatan di Dewan Rakyat yang dikatakan terbeban dengan cengkaman kadar kenaikan insuran kenderaan awam.

"Satu Malaysia, rakyat diutamakan adalah slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat. Mana realiti slogan itu? belumpun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak.

“Insya-Allah kami akan serang habis-habisan perkara ini dalam sidang bajet bulan sepuluh nanti supaya kerajaan kaji balik insuran kereta dan motosikal,” jelasnya.
Kadar kenaikan insuran kereta dan motosikal melebihi 100 peratus sebelum ini menjadi rungutan rakyat rasa terbeban

Pemansuhan PPSMI jejas masa depan anak-anak - Dr.M

PUTRAJAYA 8 Julai — Pemansuhan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan tersebut menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan.

“Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir diminta mengulas mengenai pemansuhan PPSMI oleh Kementerian Pelajaran berkuatkuasa 2012 di sekolah-sekolah kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran hari ini mengumumkan bahawa berikutan keputussan itu, subjek sains dan matematik akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia. - Bernama

Nik Aziz Terus Menyerang UMNO. UMNO semakin hilang arah!

Umno terus menjadi sasaran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dalam ceramahnya di Manek Urai malam tadi, mursyidul am PAS itu membandingkan pula Umno dengan Ayah Pin dan pertubuhan yang diharamkan, al-Arqam.

"Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya.

"Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," katanya dalam ceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai malam tadi.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas perkataan "sesat" dalam surah al-Fatihah. Dalam surah tersebut, Allah berfirman, antaranya, memerintahkan manusia mengikut jalan yang lurus dan bukan jalan orang yang sesat.

Pada 25 Jun lalu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian telah membuat laporan polis terhadap Nik Aziz yang didakwanya menyamakan parti Melayu itu dengan ajaran sesat dan komunis dalam sebuah ceramahnya.

Bercakap kepada media, Anuar juga dilaporkan menggesa Nik Aziz disiasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Bercakap di hadapan 2,000 penyokong dalam keadaan hujan renyai-renyai, Nik Aziz sekali lagi menggesa Umno menukar dasar kebangsaan yang didakwanya diamalkan parti itu, kepada dasar Islam.

Nik Aziz juga mendakwa Umno telah melepas geram kepadanya dengan menyifatkannya "nyanyuk" tetapi tidak memberikan hujah balasnya.

"Dia (Umno ) marah kita macam-macam perkara, Nik Aziz ini nyanyuklah. (Mereka) main kata. (Kata) nyanyuk. Itu bukan jawab, (itu) hendak pelepas geram, hendak pelepas geram orang kata...

"Lepas geram ni tak payah. Lepas geram ini tanda orang lemah. Macam bini tua dengan bini muda, (kena) tampar. Sebab dia tua, marah bini muda. Perangai orang tua nak balas, panas sangat dengan bini muda," katanya.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa turut hadir dan berucap dalam majlis ceramah itu.

Manek Urai : Calon PAS berkempen di kubu BN

Calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah hari ini melebarkan kempennya ke kubu BN di Manjor bagi menarik sokongan pengundi di situ.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS menang di lapan daripada sembilan daerah mengundi di Manek Urai.

NONESembilan daerah mengundi di Manek Urai ialah Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.

PAS bagaimanapun kalah di daerah mengundi Manjor dengan 31 undi.

BN juga kalah tipis di daerah mengundi Temalir dan Manek Urai Baru.

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaacob.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang denga majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi manakala calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394 undi.

Dalam lawatan tengah hari tadi, Mohd Fauzi - yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - mengambil peluang berbual dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Budi.

Perhentian bas baru

Kehadiran wartawan dan penulis blog menjadikan penampilan Abe Uji kelihatan sedikit kekok, walaupun dikhabarkan beliau mesra dengan penduduk sekitar.

Ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, beliau melawat tapak perhentian bas yang baru dibina menggantikan yang lama.

Kampung Budi terletak dua kilomter daripada jalan besar yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.

Sekitar kawasan tersebut di kelilingi ladang getah dengan laluan kecil satu lorong yang menyukarkan perjalanan.

Bendera kedua-dua parti yang bertanding, PAS dan BN, dilihat sama banyak di pasang di kawasan tersebut.

Di simpang pertama dalam kampung itu, Abe Uji mengambil kesempatan bermain karom dengan beberapa pemuda PAS di pondok panas mereka.

Juga kelihataan beberapa Pemuda PAS mengambil kesempatan bergambarnya dengannya.

Abe Uji kemudiaannya berkunjung dari rumah ke rumah. Beliau disambut baik dan ditegur beberapa penduduk yang lalang di kawasan tersebut.

'Paku enam inci'

Bagaimanapun terdapat juga penduduk yang kelihatan seperti tidak mempedulikannya.

Malah, seorang tua yang sedang tidur di beranda rumah, dilihat masuk ke dalam apabila Abe Uji dan penyokongnya bergerak berjalan kaki.

Abe Uji berhenti setelah berjalan kira-kira 300 meter sehingga sampai ke markaz ahli parlimen PAS yang terletak tidak jauh daripada rumah ketua cawangan Umno di kampung itu.

Penyokong di markaz tersebut yakin Abe Uji bakal menang di Manek Urai, tetapi belum tentu dapat menambahkan majoritinya.

Menurut mereka, masih sukar untuk PAS menembusi kawasan Manjor kerana "Umno sudah paku enam inci".

Strategi mereka ialah supaya Abe Uji dapat mengekalkan sokongan yang sedia ada.

Kata mereka lagi, penekanan juga akan diberikan di Temalir dan Manek Urai Baru.

Petang tadi, Fauzi dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat menghadiri program di Manek Urai Baru dan Manek Urai lama.

Pada 14 Julai ini, 12,293 pemilih, termasuk 25 pengundi pos, akan memilih calon mereka. Mereka terdiri daripada 99.22 peratus pengundi Melayu, 0.46 peratus Cina dan India 0.23 peratus.

Dr Mahathir pertikai mansuh PPSMI..!!! Kan dah kata Tun M mesti berbunyi...??? Ada berani Ka...????

Kira-kira sejam selepas pengumuman dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikannya.

"Walaupun pandangan saya diminta, ia tidak dicerminkan dalam keputusan tersebut," kata bekas perdana menteri itu secara ringkas di blognya kira-kira 4 petang tadi.

Beliau memaklumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pegawai kanan kementerian bertemunya Isnin lalu untuk memaklumkan keputusan memansuhkan dasar yang diperkenalkannya pada 2003.

Dalam kenyataan awal empat ayat itu, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut, sebaliknya mengungkapkan kembali bantahannya terhadap desakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) awal Mac lalu.

Dalam sidang medianya sewaktu pengumuman itu, Muhyiddin mendakwa Dr Mahathir "menerima dengan baik" keputusan memansuhkan dasar kontroversi tersebut.

Timbalan perdana menteri menambah, beliau dan pegawai kanan kementeriannya memberi taklimat kepada Dr Mahathir di rumahnya selama kira-kira tiga jam.

"Saya memberitahu Tun Dr Mahathir bahawa jika polisi ini diteruskan kita bimbang ia akan memberi kesan yang tidak begitu baik kepada kepada pelajar.

"Segala mengenai polisi ini telah dijelaskan kepada Tun dan beliau boleh menerima dengan baik," kata Muhyiddin di kementeriannya di Putrajaya kira-kira 2.30 petang ini.

Beliau mengumumkan keputusan kabinet yang setuju memansuhkan PPSMI sepenuhnya mulai 2012 dan memperkenalkan kembali bahasa Melayu, Cina dan Tamil di sekolah.

Menurutnya, penjelasannya kepada Dr Mahathir antaranya mengenai kemajuan dan masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terbabit dengan dasar itu.

"Kita terangkan kepada Tun (Dr Mahathir) mengenai keupayaan guru yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris.

"Kita juga beritahu terdapat jurang yang besar di kalangan murid sekolah kebangsaan dengan murid sekolah bukan kebangsaan," katanya.

Menurut Muhyiddin, Dr Mahathir telah mencadangkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) digunakan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Beliau, yang juga timbalan pengerusi BN, menafikan keputusan memansuhkan polisi itu bertujuan menguatkan BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai, Selasa depan.

"Ini bukan keputusan untuk kepentingan politik tetapi untuk masa depan anak-anak kita.

"Insya Allah BN akan menang di Manek Urai. Keputusan ini dibuat atas dasar kajian dan pertimbangan yang mendalam mengenai polisi itu," kata Muhyiddin.

Manek Urai: Demo Jumaat ni oleh peraih, peniaga ikan dakwa diperlekeh Umno


Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.

PPSMI dimansuh, Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda pada 2012..??/ Kenapa Tangguh Lagi...!!!! Payah Dengan Kaki Tipu 1 Malaya ni ????


PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Manek Urai : Bersama DSAI solat Isyak dan juga solat hajat di Masjid Al-Amin, Mukim Kerawang, Pulai Chondong.Machang.







By Perisik Rakyat

Manek Urai: Gambar Sekitar Ceramah Di Cucuh Puteri...

By : Perisik Rakyat








Manek Urai: Gambar Sekitar Ceramah Di Cucuh Puteri...
Semalam, satu program ceramah yang melibatkan DS Anwar Ibrahim, Dato' Husam Musa dan juga TG Nik Abdul Aziz berlangsung di Cucuh Puteri, Manek Urai. agak memberangsangkan apabila lokasi ceramah yang jauh di pedalaman lebih kurang 15km dari jalan utama berjaya mengumpulkan sejumlah hampir 3000 pengunjung untuk mendengar ceramah dari penceramah jemputan.

Aku sampai agak lewat lebih kurang jam 10:30 malam sebab terpaksa ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menunggu ketibaan DSAI, kemudian bergegas ke Pulai Chondong untuk solat isyak, kemudian ke Manek Urai pula untuk program ceramah ini.

Masa aku sampai, Dato' Husam tengah berceramah. cukup berapi... audience dijamu dengan beberapa siri penerangan tentang pencabulan yang telah dilakukan oleh KERAjaan Pusat terhadap negeri Kelantan.

Isu royalti minyak Kelantan juga dijelaskan oleh Dato' Husam dan selepas itu disambung dan dijelaskan lagi oleh DSAI kemudiannya.

Majlis ceramah diakhiri oleh TGNA dengan ucapan dan penerangan TGNA terhadap beberapa isu yang dimainkan oleh media UMNgOk/Barisan Nasiyonal lebih-lebih lagi tentang pelaksanaan ajaran Islam. perbezaan-perbezaan antara perjuangan PAS dan UMNgOk juga dijelaskan oleh TGNA.

Jelas TGNA, perjuangan UMNgOk berpaksi kepada perjuangan "KEBANGSAAN", manakala PAS pula membawa perjuangan "AGAMA".

Akhir kata, TGNA menyeru supaya bakal-bakal pengundi N-41 memilih PAS sebagai wadah perjuangan demi keadilan dan juga kesinambungan agama Islam di Malaysia.

MANEK URAI : Presiden PAS Membelakangkan Ahlinya?

Nak tulih ker idak. Aah, tulih jer ler.

Pening teman dengan kelaku TGHA ni. Presiden PAS yang tak gheti berpolitik. Presiden yang gagal menggunakan ruang dan peluang untuk menguatkan PAS dan PR. Presiden yang bukannya nyenangkan hati penyokong, tetapi menambahkan lagi keluh kesah pengundinya. Tak abih-abih nak bincang dengan UMNO. Nak bincang pasai politik dan ekonomi. Kalo sebelum ini bincang demi perpaduan Melayu melalui UG, ler ni nak bincang demi kepentingan rakyat pula.

Timbalan Presiden PAS udah soh. Udahler soh, macam tak laku pula di Manek Urai. Kesian. Tapi TGHA masih degil. Dulu presiden juga yang kata UG udah tutup buku. Sekarang masih sebut boleh bincang sekiranya boleh menguatkan PAS. Semalam kata berbincang demi rakyat. Hari ini pula kata berbincang kalo boleh nguatkan PAS. Udah terkolap agaknye lidah TGHA.

Cakap pun udah berbelit macam UMNO. Teman nak tanya Tuan Presiden, bukanker gagasan UG ala PAS telah dibincangkan dengan UMNO? Mestiler udah ada tepak sirehnya yer. Mestiler udah ada janji setianya. Apabila TGNA dan penyokong PR menolak UG dengan UMNO, baruler tergesa-gesa pimpinan PAS memutuskan hubungan dengan UMNO.

Rupa-rupa sohnya sekejap ajer. Mungkin telah ada janji besar antara presiden PAS dengan UMNO. Berdosa kalo presiden mungkir janji. Sebab ituler agaknya Ketua Dewan Pemuda PAS boleh duduk sebelah menyebelah dengan Naib Ketua Pemuda UMNO di lobi Parlimen. Pemuda PAS akan mengadakan Wacana Ilmu dengan UMNO. Lantaknyer ler. Lagipun ketua pemuda PAS tu baru lagi. Bior ler dia belajor dan tahu akan kesilapannya sendiri sebelum dia mampu memimpin PAS.

Tapi kalo TGHApun udah senada dengan pemudanya, teman tak tahuler nak kata apa lagi. PAS cuma nakkan undi daripada ahlinye jer. PAS tak harapkan lagi undi penyokong yang bukan ahli. Undi ahli PAS campur undi UMNO udah cukup untuk memenangkan PAS-UMNO.

Sepatutnya pada ketika ini TGHA senada dengan TGNA. Sepatutnya TGHA menambahkan lagi tekanan kepada PM Satu Malaysia yang takut berdebat dengan TGNA pasai dakwaan TGNA yang UMNO itu komunis dan sesat. Ini idak, TGNA jer yang beria-ia menyerang UMNO. TGHA pulak macam nyebelah UMNO. Kaborjer pada UMNO tu, debat any time, bincang-bincang tak mainler.

PAS Kelantan telah menyediakan isu royalti minyak di perairan Kelantan. Tetapi sayang isu yang besar ini tidak bersambut. Benak benar ker pimpinan PAS. Apakah pimpinan PAS hanya melihat isu ini dalam konteks Kelantan jer? Jadikanler isu ini untuk menguatkan PR di negeri-negeri lain. Pahamkan rakyat Kelantan dan negeri lain tentang isu royalti ini. Isu ini akan membuktikan betapa tak gunanya UMNO sehingga sanggup merompak menyamun harta Kelantan. Rakyat Kelantan miskin bukan kerana PAS. UMNOler punca utama kemiskinan rakyat Kelantan.Patutnya TGHAler yang lantang menyuarakan isu ini. Bukannya pasing pada naib-naib PAS jer.

Terus terang teman kata, teman tak respek dengan pimpinan nombor satu dan nombor dua PAS. Teman tak nampak PAS semakin kuat. Kualiti pimpinan PAS semakin mundur. Namun begitu kami rakyat takde pilihan. Kami terpaksa juga mengundi PAS selagi PAS dalam keluarga PR. Ini kerana kami rakyat marhaen udah getik bebenor dengan UMNO.

Kekadang teman terpikio, kaloler TGNA ditakdirkan takde, macam manaler agaknya rupa PAS? - Dango Mamamat

BERKAITAN :


Manek Urai : Jejak kasih di Manek Urai

Pada tahun 1970 dahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Asri Haji Muda memperlawa para anak muda Kelantan untuk menjadi peneroka tanah.

Di peringkat parti pula, beliau menggesa para pemuda PAS agar menyahut cabaran kerajaan negeri itu. Sebagai pemimpin yang merancang aktiviti partinya, beliau merangka rancangan agar setiap cawangan PAS menghantar 10 pemudanya untuk menyertai rancangan itu.

Hasilnya, beratus-ratus (kalau tidak ribu-ribu pun) pemuda PAS menyahut cabaran Asri itu. Pemuda PAS dari Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Pasir Puteh, Rantau Panjang, Bachok dan lain-lain kawasan mendaftarkan diri.

Destinasi yang mereka tuju adalah Sungai Sok, Cucuh Puteri, Sungai Pria dan Lata Rek di Manek Urai, Kuala Krai. Mereka menyertai apa yang dinamakan sebagai Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) yang diilhamkan oleh kerajaan negeri Kelantan ketika itu untuk membangunkan tanahnya.

Salah seorang dari mereka adalah Pakcik Mamat Jusoh. 40 tahun lalu, umur beliau adalah 34 tahun. Kini, Pakcik Mat sudah berumur 74 tahun.

Beliau adalah salah seorang peneroka awal RKT Cucuh Puteri dan tinggal di Cucuh Puteri B. Anak beliau, Nik Hamdi bin Mamat adalah salah seorang penghulu (ketua kampung) di Cucuh Puteri kini.

Menurut Pakcik Mat, ketika datang dahulu, mereka menaiki keretapi dari Tumpat dan berhenti di Stesen keretapi Manek Urai Lama. Dari situ, dia dan rakan-rakannya berjalan kaki selama dua hari satu malam menuju ke Cucuh Puteri, kawasan hutan yang diberikan kepada beliau untuk dibangunkan. Setiap mereka diberikan enam ekar tanah untuk dibangunkan.

Dari Sungai Sok, dia terpaksa mendaki satu bukit yang menjunam tingginya sehingga tertonggek-tonggek mereka mendakinya. Lalu bukit itu kemudiannya dinamakan Bukit Tonggek. Bukit Tonggek kekal hingga kini. Walaupun sudah ada jalan raya, kereta kita terpaksa menggunakan gear dua untuk mendaki bukit ini.

Hari ini, Sungai Sok, Cucuh Puteri, Sungai Pria dan Lata Rek adalah nama-nama popular dalam peta politik tanah air. Ke empat-empatnya adalah kawasan peti undi dalam Dun Manek Urai.

Sehingga kini, memandangkan ia diasaskan oleh para Pemuda PAS 40 tahun lalu, ke empat-empat RKT ini kekal menjadi kubu kuat PAS berbanding lima lagi peti undi. (Lima lagi adalah Manjoi, Lak Loh, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru dan Temale.)

Kini, menjadi strategi PAS dalam memenangi pilihan raya ini, menempatkan petugas PAS dari kawasan asal penduduk di sini ke kawasan itu.

Petugas Pengkalan Chepa, misalnya, ditempatkan di Cucuh Puteri kerana kebanyakan penduduk RKT ini dari Pengkalan Chepa. Petugas Rantau Panjang ditempatkan di Lata Rek manakala petugas dari Kubang Kerian ditempatkan di Sungai Sok.

Di sini jejak kasih berlaku. Mereka yang telah terpisah 40 tahun lalu tiba-tiba berjumpa kembali dalam pilihan raya kecil ini. Kawan bertemu kawan. Sepupu bertemu sepupu, anak saudara bertemu bapak saudara dan sebagainya.

Bekas ADUN Pancor, Pengkalan Chepa, Haji Yusof Ludin misalnya bertemu dengan rakan sekolahnya semasa kecil dahulu, Yasin yang berasal dari Kampung Pulau Belanga, Pengkalan Chepa. Beliau antara petugas PAS Pengkalan Chepa yang ditugaskan di peti undi Cucuh Puteri, tempat tinggal Yasin sekarang.

Pendek kata, pertemuan jejak kasih ini benar-benar memeriahkan suasana di Manek Urai sekarang.

Kehebatan PAS di sini boleh dilihat dari sejarah PAS itu sendiri. Pada tahun 1978, PAS kalah di semua kawasan pilihan raya di Kelantan kecuali di DUN Sering, Pengkalan Chepa dan Manek Urai, Kuala Krai. Dan yang jelasnya, kekuatan PAS di Manek Urai kerana orang Pengkalan Chepa yang datang ke situ 40 tahun lalu.

Kini, PAS diuji lagi. Apakah kekuatan mereka boleh dicairkan oleh Umno yang ada atau RKT akan kekal menjadi kubu PAS sebagaimana kawasan Felda kekal menjadi kubu Umno sehingga kini.

Dari sembilan peti undi, Umno memberikan tumpuan kepada Manjoi dan Lak Loh di samping Manek Urai Lama dan Baru sendiri. Mereka tidak mampu untuk menembusi kubu PAS di Sungai Sok, Cucuh Puteri, Sungai Pria dan Lata Rek ini yang berasaskan RKT ini.

Namun, sejak kematian Ismail Yaakub lagi, Umno melalui jabatan-jabatan kerajaan sudah masuk ke kawasan pilihan raya ini secara yang agresif sekali. Antara jabatan kerajaan yang aktif adalah Kesedar yang membuat jalan-jalan baru, Jabatan Pelajaran yang sehingga kini sudah tiga kali membuat kursus untuk 200 guru-gurunya di sini.

Selain itu, Kemas, Risda dan Jabatan Kesihatan turut aktif memberikan perkhidmatan menjelang pilihan raya ini di samping lebih 3,000 anggota polis yang bergerak aktif di sini.

Namun, PAS yakin akan menang kerana mereka boleh bergantung kepada kekuatan benih yang telah mereka tanam 40 tahun lalu di sin

MANEK URAI:KERAJAAN PUSAT MUNAFIK DALAM HAL TANAH

Lagi Hal Kampong Buah Pala

Semasa Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat, masalah tanah yang diterokai turun temurun telah banyak diselesaikan. Ini mengejutkan dan memalukan UMNO / BN yang telah memerintah 50 tahun lebih.

Maka gegak gempita satu Malaysia. Berbagai fitnah dihamburkan, kononnya Ir.Nizar dikongkong oleh DAP serta menjadi boneka. Tak cukup dengan fitnah tersebut, Ir.Nizar dihentam lagi, kononya melanggar Kanun Tanah Negara. Ir. Nizar bertegas bahawa hal ehwal tanah adalah urusan negeri, wal hal Pusat amat arif bahawa hal ehwal tanah memang urusan negeri.

Sekarang Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalami masalah tanah hasil 'peninggalan' Kerajaan yang terdahulu. Ketua Menteri memohon Pusat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hal ehwal tanah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat tidak boleh mencampuri urusan itu.

“Mereka perlu menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa campur tangan orang lain dan sekarang isu tersebut dilihat sukar untuk diselesaikan,” katanya. Lapor Utusan .

Saya yakin Kerajaan Pulau Pinang dapat menyelesaikan masalah itu, cuma Lim Guan Eng menggunakan diplomasinya, merujuk kepada Pusat.

Sekarang jelas Pusat memang mengamalkan 'double-standard' dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

MANEK URAI:MUSTAPHA DAN UMNO ANAK MURID DAJJAL

Penafian kerajaan pusat terhadap pembangunan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang dengan menyekat segala bantuan pembangunan adalah sesuatu yang menduka citakan rakyat, seolah rakyat itu barangan yang boleh ditawarkan ini dan itu,yakni memaksakan kehendak kita dengan secara taklangsung kerajaan pusat memaksa semua rakyat tunduk patuh hanya menyokongnya, jika tidak segala kemajuan dan bantuan akan disekat,

sistem ugut ini yang di amalkan kerajaan pusat terutamanya terhadap kelantan kami namakan sistem dajjal. karen dajjal akan mengkayakan orang yang menyokongnya dan membunuh dan menyiksa yang anti dan tidak tunduk kepadanya, jadi umno ini boleh dikira sebagai pengkomsumsi sistem dajjal dalam mengurus negara seperti pengakuan tun mahadhir yang mengakui bahawa pemimpin umno dan mustapha meminta segala bantuan dan kemajuan untuk negeri kelantan disekat. jadi mustapha itu adalah anak didik dajjal.

HANYA MANUSIA YANG BERJIWA DAJJAL SANGGUP NEGERI SENDIRI MUNDUR MALAH MEMINTA SEGALA BENTUK KEMAJUAN DAN BANTUAN UNTUK NEGERI KELANTAN DISEKAT.ITULAH UMNO DAN MUSTAPHA

PPSMI Senjata UBN di Manek Urai

Di seluruh pelusuk negara, rakyat membantah pelaksanaan PPSMI kerana dikatakan meng'anaktiri'kan bahasa ibunda kita. Setelah hampir 7 tahun pelaksanaan nyer..... segala penentangan dan bantahan terhadap nyer..... kerajaan UBN hanya mengambil sikap, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.... dan terus mempertahan dasar ini.

PPSMI juga merupakan salah satu faktor yang dimanipulasikan oleh pihak pembangkang untuk meraih sokongan rakyat supaya menolak UBN. Dan.... tercatat ler sejarah baru di negara kita, apabila UBN lingkup di 5 buah negeri dalam PRU12 dan kalah berturut-turut kali dalam setiap PRK yang diadakan...... Ternyata isu PPSMI menjadi salah satu senjata kepada Pakatan Rakyat untuk menewaskan UBN.

Tapi kali ini.... setelah sekian lama UBN mempertahankan tindakan mereka memperkenalkan PPSMI, apakah mereka akan mengalah dan melepaskan nyer??? Ya.... apakah mereka sudah bersedia untuk membuat U-turn dan memansuhkan PPSMI???

Najib mungkin sudah amat terdesak sekarang ini. Satu demi satu.... UBN tewas dalam PRK yang diadakan..... menyebabkan maruah dan kredibiliti serta imej nyer tercalar teruk!!! Maruah Najib dan UBN mesti dipulihkan, by hook or by crook. Lantaran itu, tidak mustahil..... mereka akan gunakan PPSMI sebagai senjata mereka pula untuk counter attack kita dalam PRK Manek Urai.

So.... jangan terkejut sekira nyer UBN membuat keputusan memansuhkan PPSMI sebagai satu strategi atau langkah drastik untuk meraih undi dan mencerahkan peluang untuk mereka menang di Manek Urai. Jangan menaruh harapan ler.....

Persoalan nyer.... apa kah ini akan berlaku???

Sekira nyer ini berlaku...... ucapkan syukur alhamdulillah...... tetapi apabila membuang undi nanti.... tetapkan hati dan pangkah lah bulan mengambang, agar.... kehidupan kita diterangi cahaya kesejahteraan. Allahuakbar!!!!

Jika tidak..... lawan terus lawan!!! Lawan tetap lawan!!!