Selasa, 7 Julai 2009

Osman merungut, DUN kurang projek...???

ADUN bebas, Mohamad Osman Jailu pernah merungut bahawa beliau memerlukan projek pembangunan untuk pengundi di kawasannya, kata Setiausaha Umno Bukit Gantang, Mohamad Jamiel Idris.

Bagaimanapun, katanya, beliau belum mendengar desas-desus bahawa Mohamad Osman mahu kembali semula ke pangkuan PKR.

Osman JailuMohamad Jamiel berkata, Mohamad Osman pernah memberitahunya yang beliau mahu projek-projek pembangunan dilaksanakan di kawasan pilihanrayanya untuk kemudahan pengundi di situ.

Katanya, Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN - Changkat Jering (Bebas/Osman), Trong (Umno) dan Kuala Sapetang (PKR).

Mohamad Jamiel berkata, selama ini, Umno bahagian memberi layanan sama rata kepada ketiga-tiga DUN berkenaan, termasuk DUN Sapetang yang diwakili PKR, kerana kawasan tersebut juga mempunyai ramai ahli dan penyokong Umno.

Projek pembangunan di DUN berkenaan dibiayai melalui peruntukan untuk ketua Umno bahagian, Datuk Rosli Husin.

Sementara itu, Rosli pula ketika dihubungi berkata, beliau juga tidak mendengar desas-desus mengenai Mohamad Osman mahu kembali ke PKR.

Setakat pengetahuannya, kata beliau, Mohamad Osman berpuashati dengan layanan Umno terhadapnya.

Khabar angin

"Semua ok. Dia datang mesyuarat jawatankuasa tanah di pejabat tanah Bukit Gantang awal bulan lalu.

"Saya tidak dengar dia tidak puas hati dengan kita, tetapi selepas itu saya tidak jumpa lagi dengannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rosli berkata, beliau sendiri pernah meminta Mohamad Osman menyertai Umno tetapi beliau belum berminat berbuat demikian.

Sementara itu, ketua penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini berkata, penyertaan semula Mohamad Osman ke PKR belum dapat disahkan.

Katanya, ketika ini ia boleh bersifat khabar angin semata-mata.

Bagaimanapun, menurutnya, minggu lalu ADUN Changkat Jering itu secara kebetulan ada bertemu dengan beberapa AJK PKR bahagian Bukit Gantang di pekan itu.

"Ketika kami tanya kedudukannya sekarang, Mohamad Osman mempertahankan tindakannya keluar PKR dan menjadi ADUN bebas.

"Jika benar beliau mahu kembali ke pangkuan PKR, kita serahkan perkara itu kepada PKR Pusat untuk membuat keputusan," katanya.

Setakat ini, Malaysiakini belum dapat menghubungi Mohamad Osman bagi mendapatkan penjelasannya mengenai perkara itu.

NIK AZIZ LETAK JAWATAN JIKA PAS KALAH DI MANEK URAI?

Oleh : Kalam Perantau: Suhaimi Al-Maniri

Dua minggu lepas, saya singgah di Machang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Terengganu untuk jumpa seorang rakan atas urusan perniagaan. Rakan yang saya kenal masa dia menjadi pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Lembah Kelang. Sekarang sudah lebih setahun balik ke kampong halaman.

Bila saya tanya tentang politik Kelantan, secara spontan dia mengatakan Klate dok seperti dulu. Dengan nada sedikit kesal, dia berkata politik kelantan yang aman dan damai sebelum ini sudah mula berkocak. Bukan setakat PAS dengan UMNO. Malah sesama PAS pun turut berkocak hebat, seolah-olah seperti politik UMNO jugak.

Katanya, sekarang musim pilihanraya kecil. Manek Urai menjadi pertaruhan kedua-dua belah pihak untuk melihat sokongan terhadap Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan. Saya pun segera mencelah, mana mungkin PAS kalah di Manek Urai? Bukankah Manek Urai kubu kuat PAS sejak dulu lagi?

Saya pun berhujah, bukankah PAS hanya kalah dua kali dari 10 kali pilihanraya sejak DUN Manek Urai diwujudkan? Malah ketika PAS dalam saat getir akibat perpecahan dalaman yang teruk pada tahun 1978 pun, PAS masih menang kerusi tersebut. PAS hanya kalah pada tahun 1982 dan 2004 sahaja.

Dengan selamba dia menjawab. Betulkah PAS kuat di Manek Urai? Atau PAS hanya tumpang pengaruh peribadi Pak Su Weil, nama mesra panggilan ADUN Manek Urai dikalangan rakyat tempatan di sini? Katanya, tanpa Pak Su Weil, belum tentu PAS akan menang di sini. Beliau seterusnya berkata, kalau PAS kalah di Manek Urai terbukti pengaruh Pak Su Weil lebih hebat dari Tok Guru Nik Aziz kerana sana sini, hampir setiap pelusuk penjuru, PAS dok pasang gambar Menteri Besar Kelantan sahaja.

PRK Manek Urai, peluang Tok Pa buktikan kehebatan ?

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 24hb. Julai nanti merupakan pilihanraya kecil yang ke-7 diadakan selepas pilihanraya umum ke-12 pada 8hb. Mac, 2008. Pakatan Rakyat menang 5 daripada 6 yang telah diadakan. BN hanya menng di DUN Batang Ai, Sarawak. Lain-lain kerusi Permatang Pauh (PKR), Kuala Terengganu (PAS), Bukit Gantang (PAS), Bukit Selambau (PKR) dan Penanti (PKR) telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Dalam sejarah politik Malaysia, inilah jangkamasa yang paling kerap berlakunya pilihanraya kecil. Diatas kertasnya, PAS sukar dikalahkan di Manek Urai. Sungguhpun begitu, tidak mustahil UMNO mampu menang di Manek Urai.

Sejak Allahyarham Hj. Ismail Yaakob menang kerusi tersebut pada tahun 1986, beliau terus berjaya menyumbangkan kerusi berkenaan kepada PAS pada tahun 1990, 1995 dan 1999. PAS hanya kalah tipis, 53 undi sahaja kepada UMNO apabila beliau tidak bertanding pada tahun 2004. Tetapi kerusi berkenaan dimenangi semula oleh PAS bila beliau diletakkan bertanding di situ pada tahun 2008.

Kejayaan Datok Musthapa Mohamad (Tok Pa) menerajui UMNO Kelantan berhadapan dengan PAS dalam pilihanraya umum 2004 sedang didendangkan semula oleh penyokong-penyokongnya. Dalam pilihanraya tersebut, UMNO hampir berjaya membentuk kerajaan kerana tertinggal dengan perbezaan 3 kerusi sahaja (UMNO 21; PAS 24). Setelah UMNO menang dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir pada tahun 2005, kedudukan PAS yang memerintah negeri Kelantan semakin cemas kerana mempunyai majoriti satu kerusi sahaja (PAS 23; UMNO 22).

Kemenangan UMNO/BN dalam dua pilihanraya kecil terakhir di Kelantan, iaitu DUN Semerak (1997) dan Pengkalan Pasir (2005) telah menaikkan semangat mereka untuk menang dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai kali ini. Berikut adalah keputusan dua pilihanraya kecil tersebut sebagai renungan kepada pimpinan PAS terutamanya di kelantan dimana kerusi PAS boleh beralih kepada BN;

Kes pertama berlaku di DUN semerak pada Ogos, 1997; Calon Barisan Nasional, Haji Kamaruddin Mohd. Noor, 50, meraih 5,370 undi bagi mendapat majoriti 778 undi mengalahkan calon PAS, Wan Fauzi Wan Hussain yang mendapat 4592 undi. Calon dari parti Akim hilang wang pertaruhan. Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan dengan kematian ADUN dari PAS, Haji Sulaiman Ahmad. Pada pilihan raya umum tahun 1995, Haji Sulaiman menang dengan majoriti 248 undi. Pilihan raya ini memperlihatkan jumlah keluar mengundi terbesar di dalam sejarah pilihan raya di negara ini, iaitu 82.42 peratus daripada 12,342 orang pengundi.

Kes kedua pula berlaku di DUN Pengkalan Pasir pada Disember, 2005; Calon Barisan Nasional Hanafi Mamat, 51 menang dengan majoriti 129 undi setelah mendapat 7,419 undi mengatasi calon PAS Hanifa Ahmad, 50 tahun yang mendapat 7,290 undi. Sementara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali hanya mendapat 414 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan. Peratus keluar mengundi dalam pilihanraya kecil ini adalah 83.04 peratus. Pilihanraya kecil ini diadakan berikutan kematian ADUN PAS Allahyarham Wan Abdul Aziz Wan Jaafar yang menang dalam pilahanraya umum 2004 lalu dengan majoriti 56 undi sahaja

Kalau dikaji secara sepintas lslu, tiada sebab PAS boleh kalah di kedua-dua kerusi tersebut kerana selain daripada kerusi tersebut milik PAS, kerajaan kelantan juga dikuasai oleh PAS. Pengaruh Menteri Besar Kelantan juga berada ditahap kemuncak kerjayanya dalam politik.

Ketika saya bertemu dengan seorang penganalisis politik terkenal, Hj wan Abdul rahman wan Abd Latif yang sekarang menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) beliau berkata, “apa yang perlu difahami ialah, sungguhpun rakyat (pengundi) Kelantan secara luarannya nampak sederhana, namun mereka memiliki kebijaksanaan politik yang tinggi. Hujah-hujah politik yang dikemukakan oleh seorang pengundi biasa Kelantan di kedai-kedaim kopi, besar kemungkinan dapat mengalahkan hujjah-hujjah seorang professor Sains Politik yang berada di menara gading”.

Berbalik kepada pilihanraya kecil DUN Manek Urai yang penamaan calonnya akan diadakan pada 6hb. Julai ini mungkin akan melibatkan pertandingan sengit dua penjuru sahaja antara PAS dengan UMNO. Kehadiran parti AKIM yang berpangkalan di Kelantan sekadar menanggok di air keruh terhadap undi-undi protes sahaja. Tidak dapat dipastikan sama ada calon bebas akan turut bertanding atau tidak.

PAS nampaknya tidak menurunkan calon professional ataupun ulamak pada pilihanraya kecil kali ini, sebaliknya mencalonkan seorang aktivis parti, Mohd Fauzi Abdullah seorang usahawan yang merupakan pemborong ikan di pasar Kuala Kerai. Beliau juga merupakan bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai dikatakan mempunyai perwatakan yang hamper menyerupai Pak Su Weil sebagai penerus kepada khidmat bakti Pak Su Weil di Manek Urai.

Bagi saya strategi PAS adalah bijak kerana dalam pilihanraya kecil ini mereka bukan berhasrat untuk mencari pemimpin yang akan menerajui negeri ataupun seseorang yang akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri tetapi sebaliknya hanya sekadar mencari pengganti yang boleh meneruskan kerja-kerja Allahyarham Paksu Weil di Manek Urai sebagai ADUN.

Manakala UMNO pula mencalonkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai,Tuan Aziz Tuan Mat,39 akan menjadi calon Barisan Nasional untuk berentap dengan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Dalam memenangi hati pengundi Manek Urai, rakyat menjadi keliru kenapa Menteri yang tak pernah jijak tempat mereka sebelum ini sanggup menjadi rakyat biasa tidur di rumah orang kampong, sembahyang bersama di surau-surau. Pendekatan ini digunakan oleh Tok Pa dalam memennagi hati rakyat terutama di kawasannya di Jeli. Malah Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan sanggup menorah getah di Manek Urai.

Sekiranya PAS Kelantan tidak over confient dan angkuh kerana Tok Guru Nik Aziz dapat bertahan selama 5 penggal menerajui Kelantan, tiada sebab untuk mereka kalah di Manek Urai. Cukuplah pengalaman Semerak dan Pengkalan Pasir menjadi pengajaran kepada PAS Kelantan. Sekiranya PAS kalah lagi dalam pilihanraya kecil ini, tiada maaf bagi mu kerana semua pilihanraya kecil di Sememanjong dimenangi Pakatan Rakyat, hatta di kawasan BN pun dimenangi oleh PAS di Kuala Terengganu.

Gugur kes liwat Anwar: Pemuda Umno Kelantan buat laporan polis

KOTA BHARU: Pergerakan Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan berhubung kenyataan yang dikeluarkan akhbar itu yang disifatkan satu penghinaan terhadap institusi mahkamah dan institusi perundangan negara.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian di Balai Polis Kota Baharu pada 11.15 pagi berhubung laporan bertajuk "Tiada Bukti: Pemuda Pakatan Rakyat desak pertuduhan Anwar digugur segera."

Bercakap kepada pemberita kemudian, Anuar, yang diiringi kira-kira 20 anggota Pemuda Umno, berkata kenyataan yang disiarkan akhbar terbabit pada 30 Jun dan 7 Julai 2009 yang menggesa agar pertuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan adalah seperti memperlekehkan martabat serta institusi kehakiman dan perundangan negara.

"Kes itu sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada keadilan dan ketelusan badan dan institusi kehakiman negara," katanya.

Anuar berkata penyerahan memorandum kepada wakil Peguam Negara di Putrajaya yang dilakukan pihak terbabit juga secara terang-terangan telah mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara sedangkan proses perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula 8 Julai ini.

Justeru, katanya Pemuda Umno memohon polis menjalankan siasatan terhadap akhbar Suara Keadilan, Angkatan Muda Keadilan, Dewan Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis berikutan kenyataan yang disiarkan itu. BERNAMA

Tak apa kalau Najib tak mahu jumpa – Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.

“Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bilhikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Semalam, ketika diminta mengulas hasrat Nik Abdul Aziz untuk bertemu beliau bagi membincangkan mengenai perdebatan yang dicadangkan antara kedua-dua mereka, Najib berkata: “Saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikian.

“Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu,” kata Perdana Menteri.

Nik Abdul Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Nik Abdul Aziz berkata beliau masih beranggapan baik kepada Perdana Menteri yang belum menghantar surat jawapan rasmi menolak tawaran itu.

“Setakat ini, beliau (Najib) belum menjawab lagi melalui surat rasmi, saya buat sangkaan baik, mungkin dia (Najib) tak sempat nak hantar lagi,” katanya. BERNAMA

Manek Urai : Insuran motorsikal: Kerajaan perlu kaji semula

SUNGAI REK, 7 Julai - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta supaya kerajaan mengkaji semula kadar pembayaran insuran motorsikal di negara ini berikutan kadar yang ditetapkan adalah terlalu tinggi dan membebankan rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengenakan kadar pembayaran insuran motosikal melebihi RM200, sedangkan kebanyakan penduduk di kampung menggunakan motosikal untuk kegunaan harian mereka," ucap beliau dalam program ceramah di Sungai Rek malam tadi.

Menurutnya, insuran yang dikenakan terlalu tinggi menjadi bebanan kepada mereka yang dalam lingkungan taraf kehidupan yang rendah, misalnya kepada penduduk-penduduk kampung seperti di Manek Urai.

Beliau turut mempersoalkan, sekiranya slogan Najib "Rakyat Diutamakan", mengapa kerajaan BN membebankan dan menyusahkan hidup rakyat dengan mengenakan kadar pembayaran insuran motorsikal yang terlalu tinggi.

Sementara itu, Salahuddin pula berjanji akan berjuang bersama ahli parlimen lain dalam Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat bagi mengurangkan beban rakyat melalui pemotongan insuran kereta dan motosikal.

"Najib kata rakyat diutamakan, 1Malaysia, insurans motosikal harga RM200... insya-Allah kami ahli parlimen Pakatan Rakyat akan menyerang habis-habisan dalam sidang bajet bulan sepuluh ini. Kami akan perjuangkan supaya kerajaan kaji balik insuran kereta dan motosikal pada rakyat, " tambahnya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Dalam majlis yang sama, turut berucap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan calon PAS, Fauzi Abdullah.

Manek Urai : Benarkah rakyat diutamakan? - Zaid Ibrahim

LALOH, 7 Julai - Sekiranya Umno-BN menyatakan bahawa 'rakyat diutamakan' maka ia perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak yang masih dilanda kemelut politik yang berterusan.

Menurut ahli baru dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Dato' Zaid Ibrahim kerajaan di bawah pimpinan Umno-BN perlu membuktikan slogan yang dilaung-laungkan iaitu rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan.

"Jika rakyat diutamakan, bubarkan Dun Perak dan laksanakan segera perubahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disebut-sebut oleh Perdana Menteri ketika dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi Mac lalu," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam program ceramah di Sungai Rek, Laloh malam tadi.

Dalam majlis yang sama, Zaid juga menyelar sikap Umno-BN yang sering melaung-laungkan bahawa mereka membela dan memperjuangkan Melayu sebaliknya hanya membela golongan tertentu sahaja.

"Umno sekarang hanya membela Melayu tertentu sahaja,

"Tetapi adakah Umno membela nasib polis-polis Melayu kerana menurut kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tun Ahmad Dzaiddin, terdapat banyak jenayah rasuah berlaku di kalangan pegawai polis peringkat atasan," katanya lagi.

Tambahnya lagi, perlantikan Tun Ahmad Zaki sebagai Ketua Hakim Negara merupakan suatu bukti ketidak telusan Umno memandangkan beliau pernah berkhidmat sebagai peguam kepada Umno dalam banyak kes.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengundi Umno di kawasan Laloh agar tidak takut untuk melakukan perubahan meskipun kawasan tersebut terkenal sebagai kubu kuat Umno di Manek Urai.

Manek Urai : Kepimpinan Ulamak, rakyat Kelantan bertuah

SUNGAI SOK, 7 Julai – "Rakyat negeri Kelantan sungguh bertuah kerana berada dibawah kepimpinan ulamak dan bebas daripada rasuah sejajar dengan kehendak Islam," Zulkefly Mohamad Omar berkata demikian dalam satu ceramah umum di Kampung Slow Machang malam tadi.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu menasihati penduduk agar tidak terpedaya dengan janji UMNO untuk membawa perubahan, yang menurutnya hanya retorik semata kerana hakikatnya UMNO itu sendiri tidak pernah berubah walaupun slogan mereka berubah-ubah mengikut pemimpin mereka.

Ujarnya, walaupun zaman “Kepimpinan yang telus dan bersih” baru sahaja berlalu, namum negara dikejutkan dengan skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang yang bernilai RM 12.5 billion.

Membandingkan urus tadbir antara negeri Kelantan dengan Negeri Sembilan, beliau menyifatkan Kelantan jauh lebih berjaya mentadbir dengan cemerlang berbanding negerinya yang diurus tadbir kerajaan BN.

“Baiki dulu negeri dibawah pentadbiran BN,” ujar beliau sebelum menyatakan hasrat PAS untuk memulihkan sistem demokrasi, menghapuskan ISA dan dasar PPSMI.

Bercakap dalam majlis yang sama, Nik Mohd Amar Nik Abdullah meminta rakyat untuk tidak membandingkan taraf pendidikan dalam memilih calon wakil rakyat Manek Urai akan datang.

"Keutamaan haruslah diberi kepada calon yang boleh menyelami keperluan rakyat dan boleh membawa suara rakyat kepada pimpinan atas," ujar beliau yang merupakan exco kerajaan negeri.

Selain mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan janji pembangunan yang digula-gulakan oleh UMNO dan menjadikan pengalaman pilihanraya 2004 sebagai iktibar, beliau juga meminta agar pengundi membulatkan tekad untuk mengekalkan kuasa meminpin pada PAS untuk menegakkan Islam berpandukan Al-Quran kerana tidak pasti UMNO akan menggunakan kuasa itu kearah mana.

FOTO-FOTO PENAMAAN CALON MANEK URAI - PART 7










FOTO-FOTO PENAMAAN CALON MANEK URAI - PART 6










'Nasib malang BN berakhir di Manek Urai',,,!! Sebenarnya Nasib Malang 1 Malaya Ni Dibawa Oleh UMNO@BN...???

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini menandakan berakhirnya "nasib malang" BN dalam pilihanraya kecil selama ini.

Inilah mesej yang disampaikan beliau yang juga timbalan presiden Umno, dalam satu mesyuarat tertutup semalam, demikian menurut pemimpin parti yang menghadirinya.

"Rakyat berkata Umno dan BN sudah mati selepas kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Semuanya berakhir di sini. Kita mahu menang pilihanraya kecil kali ini," kata Muhyiddin dalam mesyuarat tersebut.

Daripada tujuh pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, BN hanya menang di Batang Ai, Sarawak.

BN tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Dan Mei lalu, BN memutuskan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

'Gandakan usaha'

Menurut pemimpin parti tersebut, Muhyiddin turut menegur pekerja parti itu yang lambat tiba sebelum BN berarak ke pusat penamaan calon semalam.

Muhyiddin mengetuai perarakan mengiringi calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat semalam. Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob.

Muhyiddin juga mahu pemimpin semua sayap Umno supaya menggandakan usaha mereka bagi memastikan peningkatan sokongan kepada calon BN.

"Kita tidak seharusnya bertumpu berkempen di kubu kuat Umno sahaja, tetapi juga di kubu kuat PAS bagi memenangi hati rakyat," katanya.

Muhyiddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan slogan 'Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan' untuk menarik sokongan pengundi.

Bila Umno dan BN akan tumbang?

Oleh Tempe Goreng

Kalau ditanya kepada ahli umno dan semua orang yang sudah "otai" dengan UMNO pasti akan mencebik dan marah. Bila Umno dan BN patut berundur dari persada pemerintahan di Negara bertuah Malaysia ini. Sekarang ini dan sejak dari 50 tahun yang lalu UMNO dan BN telah membentuk satu gagasan perikatan parti-parti yang memperjuang kepentingan nasionalis dan kebangsaan semata. Kepentingan dan hak bumiputera dan hak-hak kaum lain dinilai secara saksama mengikut perlembagaan yang telah dipersetujui sejak sebelum merdeka lagi.

Pokonya sekarang ini juga telah mula timbul dan muncul bibit keruntuhan UMNO dan BN yang semakin jelas kelihatan. Budaya politik wang atau RASUAH dalam UMNO sekian lama melanda parti yang menunjangi Orang Melayu semata-mata. Pincang agama Islam yang menjadi dokongan dan pegangan hidayah setiap orang Melayu Umno tidak diambil berat. Makanya rasuah telah menjadi sebutir zarah dan telah pun menjadi barah yang sangat keji dan jijik dalam UMNO dan BN. Ada pemilihan perwakilan dan jawatan dalam UMNO dan BN pun memerlukan lobi dan pujukan untuk sokong dalam bentuk pemberian wang saguhati yang terang-terang distilahkan rasuah. Peringkat atasan sudah barah rasuah dan peringakat akar umbi dan bawahan di kawasan parlimen, bahagian dan kampung-kampung pun sudah menjadi budaya dan kebiasaan yang tak usahlah sekali-kali diperbincangkan.

UMNO dan BN semakin tidak efektif melalui dasar pemerintahannya yang pro kepada pecah dan perintah tinggalan penjajah kolonial Inggeris dahulu. Sekarang ini setiap bangsa dalam masyarakat majmuk Malaysia menitik beratkan kepentingan bangsa mereka dimana kepentingan menjadi bangsa malaysia tidak menjadi titik keutamaan dalam pemerintahan BN. PR yang dikira sebagai pakatan dan gabungan parti pembangkang boleh mengimbangi kebobrokan dan kebejatan kerosakan yang dialami oleh Barisan Nasional.

Di kala pemerintah di negara-negara seperti di Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Korea Selatan telah pun bertukar kepimpinan pemerintahan legasi persekutuan. Waima di negara jiran terdekat Malasyia di Thailand telah bertukar tampuk pemerintahan dari parti utama kepada parti yang berdaya saing dan lebih dekat dengan rakyat kebanyakan.

MAFREL dakwa kesan unsur rasuah di Manek Urai

Badan pemantau pilihanraya, MAFREL, khuatir dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh individu, jabatan, agensi kerajaan dan pelbagai pihak yang terlibat dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai yang bermula semalam.

Sehubungan itu, MAFREL menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya "lebih menonjol dan menzahirkan kewujudannya di pilihanraya kecil tersebut".

Ketua Misi MAFREL bagi pilihanraya kecil Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof berkata, pihaknya sudah mengesan wujudnya unsur-unsur rasuah.

Oleh itu, katanya Mafrel berharap SPRM dapat bertindak lebih proakif dan mengambil langkah pencegahan.

"MAFREL mencadangkan SPRM mengambil tiga langkah segera dalam konteks pencegahan rasuah dalam pilihanraya kecil Manik Urai:

bullet button Mewujudkan pusat-pusat aduan yang beroperasi 24 jam yang khidmatnya merangkumi seluruh kawasan Manek Urai

bullet button Melancarkan talian hoteline, servis pesanan segera (SMS) dan emel untuk memudahkan orang ramai menyampaikan menyampaikan aduan secara cepat, mudah dan berkesan.

bullet button Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahaya rasuah dalam pilihanraya dengan cara:

bullet button Mencetak poster, banner dan risalah untuk diedar di seluruh kawasan Manek Urai.

bullet button Menggunakan media massa secara meluas seperti radio, telivisyen dan akhbar.

"MAFREL yakin rakyat menaruh harapan penuh kepada SPRM supaya berani dan bertindak dengan lebih tegas bagi menguatkuasakan undang-undang mengikut bidang kuasa yang telah diberikan kepada SPRM.

"MAFREL sebagai badan bebas dan komited dengan agenda pembersihan rasuah dalam pilihanraya, bersedia untuk bekerjasama dan membantu SPRM secara bersungguh-sungguh dalam menangani gejala rasuah," tambahnya.

FOTO-FOTO PENAMAAN CALON MANEK URAI - PART 5




FOTO-FOTO PENAMAAN CALON MANEK URAI - PART 4









FOTO-FOTO PENAMAAN CALON MANEK URAI - PART 3