Isnin, 6 Julai 2009

FOTO-FOTO PENAMAAN CALON MANEK URAI - PART 1










MANEK URAI :Minggu yang mendebarkan UMNO

Politik Malaysia semakin menyesakkan minda mereka yang mahu memikirkannya. Pada minggu ini ada peristiwa besar yang mungkin mampu mengzahirkan lagi peristiwa yang lebih besar. Hari ini 6 Julai 2009, penamaan calon akan berlangsung di PRK Manek Urai. Dijangkakan petugas dan pelancong politik yang menghiasi PRK kali ini akan lebih ramai daripada pengundi yang berjumlah sekitaran 12 ribu itu. TGNA yang bersedia secara rasmi untuk berdebat secara bersemuka dengan Satu Malaysia amat menggusarkan UMNO. Menurut sumber UMNO, matlamat UMNO dalam PRK ini hanyalah untuk memastikan undi yang diperolehi UMNO sebelum ini tidak akan berkurang. UMNO cukup gembira jikalau majoriti kemenangan PAS dapat dikurangkan. Satu Malaysia akan dengan bangganya memaklumkan bahawa UMNO masih mendapat tempat di hati Melayu. Tetapi badi kekalahan di PRK Kuala Terengganu masih tetap merupakan bekalan ngeri UMNO yang dibawa bersama ke Manek Urai.

Pada 8 Julai 2009, DSAI akan mula melangkah ke Mahkamah Tinggi untuk memulakan peperangan liwatnya dengan si lembik Saiful. Lembik kerana membiarkan sahaja si tua 60-an mendatangi duburnya sebanyak lapan kali. Pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor Pusrawi dan tiga doktor pakar di HKL mengesahkan bahawa si lembik Saiful masih elok daranya. Berdasarkan laporan yang bocor, duburnya masih ketat. Dijangkakan pelbagai kemungkinan dan kesukaran akan dihadapi oleh DSAI di mahkamah nanti. Ini kerana DSAI adalah punca utama kebangkitan dan sokongan besar yang diterima oleh PR dalam PRU 12 yang lalu. Oleh itu pelbagai bukti yang bukan buktipun akan dikatakan bukti oleh mahkamah. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Pada hari Khamis 9 Julai 2009, lima hakim di Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan akhir MB Nizar tentang statusnya sebagai MB Perak yang sah. Rakyat sedang menunggu apakah Mahkamah Persekutuan akan mengulang sebut hujah hakim di Mahkamah Rayuan sebagai penanda aras untuk menafikan hak MB Nizar sebagai MB Perak. Ada juga perkhabaran yang memaklumkan bahawa isyarat telah dihantar supaya MB DPulau memohon mengadap sultan untuk membubarkan DUN Perak. Istana telah bersedia bila-bila masa sahaja untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak.

Sesungguhnya UMNO gelisah pada minggu ini. Gelisah tentang nasibnya di Manek Urai. Gelisah jikalau tiba-tiba mahkamah berani menyanggah kehendak UMNO. Gelisah DSAI dibebaskan oleh mahkamah. Gelisah jikalau bukti yang dikemukakan oleh DSAI akan menelanjangkan lagi Satu Malaysia. Satu Malaysia laki bini akan bermasalah kerana dalam bulan Julai ini juga bapa Altantuya akan kembali ke Malaysia untuk memfailkan samannya ke atas Razak Baginda.

Politik Perak tidak akan ada surutnya selagi DUN Perak tidak dibubarkan. Setiap hari MB DPulau dan barisan exconya mengemis simpati rakyat supaya rakyat yakin bahawa mereka adalah kerajaan yang sah. Setiap hari pegawai-pegawai kerajaan daripada pelbagai peringkat dan jabatan akan diwajibkan hadir ke program jati diri yang penceramahnya terdiri daripada pemimpin UMNO. Sebagai tanda mata, pegawai yang hadir akan dibekalkan dengan vcd Sidang DUN Perak versi MB DPulau. MB DPulau menceritakan yang ADUN PR berkelakuan samseng dan mengamalkan undang-undang rimba di dalam dewan.

Sememangnya UMNO begitu terdesak.

MANEK URAI : Tindakan UMNO Menyerang TGNA Akan Memakan Diri Sendiri

Pas percaya tindakan UMNO 'menyentuh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai akan lebih menguntungkan PAS.

Penasihat Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya membuka ruang seluas-luasnya kepada UMNO untuk menyerang peribadi pemimpin itu yang membuat pelbagai kenyataan keras mengecam UMNO.

Beliau secara terbuka mengakui ia merupakan strategi parti tersebut kerana penduduk di Kelantan khususnya Manek Urai menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ikon dan apa yang dikatakan terhadapnya akan memberikan kesan sebaliknya.

Katanya, penghormatan masyarakat terhadap Menteri Besar Kelantan itu begitu tinggi sehingga ke tahap ada yang percaya bahawa menatap potret pemimpin itu sudah dapat pahala.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz akan terus melakukan serangan secara total terhadap UMNO malah ungkapannya sebelum ini yang menyamakan parti itu dengan komunis serta ajaran sesat 'Ayah Pin' akan terus diulanginya dalam siri ceramah akan datang.

"Strategi ini akan memberikan kelebihan kepada kita, sebagai contoh, Tok Guru telah menjadi ikon kepada masyarakat Malaysia termasuk orang Cina.

"Di Manek Urai, saya dengar seorang imam mukim kata dia tengok muka Nik Abdul Aziz dapat pahala, boleh jadi betul atau tidak kata dia, tetapi itu gambaran bagaimana penghormatan terhadap Tok Guru.

"Siapa yang serang akan kena balik pada diri sendiri, lagi kuat serangan itu, lagi ramai orang simpati terhadap Nik Abdul Aziz dan Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam siri ceramah Pas baru-baru ini di Laloh dan Manek Urai di sini, Nik Abdul Aziz menyamakan UMNO dengan komunis serta ajaran sesat 'Ayah Pin' kerana mendakwa parti itu menolak Islam.

Ekoran itu, Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana menghasut dan membuat fitnah terhadap parti tersebut.

Wan Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, serangan seumpama itu juga akan mendorong calon dan parti itu untuk berkempen dengan lebih baik bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

"Kita harap UMNO akan membawa lebih ramai penceramah untuk serang Tok Guru dan memang kita sengaja buat lorong ini supaya calon dapat bekerja dengan baik manakala Tok Guru selesaikan dengan 'puak-puak' ini.

"Memang strategi ini banyak jasa sebab itu ucapan Tok Guru di Laloh dan Manek Urai Lama pada 21 dan 26 Jun lepas dibuat serangan secara total supaya mempelawa UMNO untuk menyerang balas," katanya.

Menurut beliau, Menteri Besar Kelantan juga mempunyai kebolehan untuk mengendalikan serangan terhadapnya kerana pengalamannya yang luas dalam dunia politik tanah air.

Tambahnya, parti itu akan lebih selesa untuk menghadapi pilihan raya kecil itu sekiranya serangan terhadap Nik Abdul Aziz semakin kuat.

"Beliau hidup dalam politik selama 42 tahun, bermula dari 1967, lima penggal sebagai Ahli Parlimen dan enam penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

"Tok Guru mempunyai kemampuan untuk kuasai politik dan memang cukup teruji, oleh kerana itu kalau lawan tidak berhati-hati akan terperangkap dengan mainan sendiri," katanya.

Liputan Luas Perjelas Pertuduhan Palsu Anwar

Angkatan Muda Keadilan akan memberi penjelasan secara meluas menerusi rangkaian Facebook, Twitter, blog dan pelbagai lagi media alternatif lain bagi menyampaikan fakta sebenar berhubung konspirasi pucuk pimpinan UMNO mendalangi pertuduhan palsu liwat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelbagai informasi yang selama ini tidak disiarkan oleh media arus perdana kawalan BN akan disebarkan kepada orang ramai melalui media alternatif mengenai perbicaraan Datuk Seri Anwar yang dijadualkan bermula pada Rabu depan.

Segala hebahan itu akan diselaraskan oleh Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Anwar atau KEJAM.

" Kita akan menggunakan pelbagai pendekatan tetapi yang paling utama ialah pendekatan secara konvensional dan new media. konvensional adalah melalui penggunaan penedaran maklumat, pentas anak muda, ceramah umum, sebaran di masjid dan strategi paling penting ialah menggunakan sepenuhnya media baru seperti facebook, twitter, blog. Kita bertujuan memberikan maklumat sejauh mungkin kepada rakyat"

Samsul berkata keputusan Mahkamah Rayuan menerima keputusan Peguam Negara Gani Patail untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi adalah sebahagian daripada konspirasi untuk memintas perjuangan politik Anwar dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

" Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan kes Anwar di Mahkamah Tinggi secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan UMNO dan Barisan Nasional untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat ini terhalang"

Gani telah mengarahkan kes itu dipindah ke Mahkamah Tinggi sungguhpun diarahkan oleh perdana menteri ketika itu Abdullah ahmad Badawi supaya tidak campur tangan kerana disiasat berhubung pemalsuan bukti dalam insiden mata lebam anwar pada tahun 1998.

Samsul menggesa rakyat Malaysia menghadiri perhimpunan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta sebagai tanda sokongan kepada Anwar.

" Dengan nada yang sama kita menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin kepada prinsip keadilan agar turun beramai-ramai pada 8 Julai 2009 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta"

Sementara itu, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menegaskan, perhimpunan yang bakal diadakan bukan untuk menimbulkan huru hara tetapi hanya sebagai tanda sokongan untuk ketua umum PKR itu.

" Kita hendak maklumkan kepada pihak polis supaya jangan melakukan perkara yang sama seperti 10 tahun lalu. Bagi pihak Angkatan Muda Keadilan, kita tidak ada rasa ragu-ragu untuk menyeru rakyat turun pada 8 Julai nanti. Ini adalah hak rayat. Dan ini adalah hak yang dijamin di dalam perlembagaan"

Setakat ini 10 NGO telah memberikan sokongan kepada Kejam. Penyokong Anwar akan berpakaian hitam pada hari tersebut untuk menunjukkan tanda sokongan kepada mantan timbalan perdana menteri itu.