Ahad, 5 Julai 2009

Manek Urai: Ujian Terakhir Untuk UMNgOk/Barisan Nasiyonal

Sumber Perisik Rakyat :

Esok merupakan hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai (N-41), Kuala Krai, Kelantan. kalau apa yang dirancangkan tak berubah, PAS akan menampilkan Fauzi Abdulllah sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat manakala UMNgOk pula akan menampilkan Tuan Aziz sebagai calon mereka mewakili Barisan Nasiyonal.

Itu kalau ikut perancangan awal, tak tau la pulak kalau-kalau ada perubahan disaat-saat akhir di pihak UMNgOk, kalau di pihak PAS rasanya dah tetap dan insya-Alllah tak kan berubah seperti yang dirancangkan.

Macam yang dah kita tahu, sebelum ni kita dah berdepan dengan 6 Pilihanraya Kecil iaitu, Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan juga Penanti dimana UMNgOk hanya mampu menang 1 sahaja dari 6 Pilihanraya Kecil yang diadakan (Penanti UMNgOk dikira kalah TKO sebab tak berani bertanding).

Kali ni UMNgOK sekali lagi terpaksa berdepan dengan kuasa rakyat dan kali ni lokasinya ialah di kubu terkuat PAS semenjak 5 penggal yang lalu.

Ada yang mengatakan bahawa ini adalah ujian terakhir buat UMNgOk selepas kekalahan berturut-turut dalam 6 PRK yang diadakan sebelum ini dan ini juga adalah 1 lagi dugaan buat Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan "Suaminya" Rosmah Mansor.

Dengar khabarnya Najib tak akan datang untuk berkempen bagi pihak UMNgOk/Barisan Nasiyonal di Manek Urai dengan alasan "sudah tradisi UMNgOk Presiden tidak turun padang untuk mana-mana kempen Pilihanraya Kecil dan urusan tersebut diserahkan kepada Timbalan sahaja"...

Itu cakap orang UMNgOk yang aku jumpa... aku tak nak komen banyak-banyak sebab aku rasa ada betulnya jugak kenyataan tu dan yang aku paham dalam UMNgOk ni, Presiden tak payah turun, yang penting duit turun... kalau duit tak turun, ahli UMNgOk akan turunkan UMNgOk..! hahaha...!!!

Jadi pada aku, ujian terakhir untuk UMNgOk bukan sekadar menang atau kalah dalam PRK kalli ni, tapi lebih kepada banyak mana duit nak turun dalam PRK ni sebagai habuan ahli-ahli UMNgOk di Kelantan...

Kalau banyak duit yang turun, maka ahli-ahli UMNgOk Kelantan akan mengekalkan sokongan mereka kepada UMNgOk dalam PRU-13 tapi kalau duit tak banyak turun atau tak turun langsung dalam PRK kali ni maka... PRU-13 nanti ahli-ahli UMNgOk tak kan segan silu untuk beralih arah kepada Pakatan Rakyat...

Alasan mereka ialah...

Kalau macam ni baik kami sokong Pakatan Rakyat, walaupun duit tak dapat, tapi tanggung jawab tu ada, sokong UMNgOK pulak, dah la tak dapat duit, tanggung jawab lagi la hancur..!

Tau nak mentekedarah rete rakyat je..!

KPI peringkat nasional diumum 11 Julai? KPI ROSMAH & NAJIB SDN BHD...????

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dijangka mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) - salah satu pendekatan kepimpinan beliau, dengan skop yang lebih luas membabitkan peringkat nasional pertengahan bulan ini.

Ia dijangka diumumkan 11 Julai ini sempena 100 hari pertama beliau dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengangkat sumpah pada 3 April lalu.

Semalam, Najib mempengerusikan retreat atau khemah kerja pertama Kabinetnya, yang antara lain membincangkan pencapaian barisan jemaah menteri beliau termasuk kemajuan mekanisme KPI membabitkan anggota Kabinet.

Awal bulan lalu, Najib berkata, KPI yang kini hanya membabitkan anggota Kabinet, akan diguna pakai dalam semua urusan kerajaan.

Katanya, pendekatan mesra rakyat akan diberi keutamaan oleh semua agensi awam kerana kerajaan memahami pentingnya kecekapan dan kualiti perkhidmatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

"Kerajaan juga menekankan prestasi dan pencapaian semua penjawat awam apabila berurusan dengan rakyat," kata beliau dalam laman blognya, www.1malaysia.com.my awal bulan lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah ditugaskan khas bagi memastikan kelancaran pelaksanaan KPI dan beliau juga bertanggungjawab bagi memberi penerangan selanjutnya tentang KPI dan perancangan spesifik yang akan dilaksanakan bagi menterjemahkan hasrat kerajaan.

Pada 22 Jun lalu, Koh mengumumkan semua menteri telah menyerahkan laporan awal KPI kementerian masing-masing kepada Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun katanya, penilaian terhadap KPI berkenaan tidak dapat diumumkan kerana ia memerlukan beberapa penyesuaian berikutan prestasi beberapa agensi di bawah kementerian turut bergantung kepada prestasi agensi yang lain.

Dalam pada itu, ketika ditemui selepas retreat semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, secara keseluruhannya khemah kerja Kabinet telah memfokus aspek penilaian prestasi jemaah menteri menerusi KPI.

"Isu yang kita bincangkan ialah mengenai KPI Menteri Kabinet... kami jemaah menteri telah berbincang mengenai KPI," katanya.

Ditanya mengenai maklum balas mengenai hasil KPI pertama itu, beliau berkata: "Tunggu Perdana Menteri umumkan nanti."

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman memberitahu, selain membincangkan KPI, mereka juga menyentuh kaedah untuk meningkatkan sistem penyampaian di kementerian dan kaedah untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik bersama kakitangan awam.

Guatanamo, Abu Gharib atau Kuala Kubu Baru??? Adakah mereka binatang atau manusia..!!! Inilah sikap kerajaan UMNO@BN..!!!

KUALA KUBU BARU:
Seramai 30 orang, berbogel, ada yang dirantai dan yang dikurung, itulah pemandang di dalam bilik berkunci di Rumah Taman Sinar Harapan disini.

Berikutan daripada maklumat awam melalui email daripada London, The Star telah menghantar sepasukan yang menyamar ke Rumah Perlindungan milik kerajaan yang berada di belakang Hospital Kubu Bharu bersebelahan Padang Golf di sini.

Rumah Perlindungan yang dihuni oleh 200 orang yang terdiri daripaa lelaki, perempuan dan kanak-kanak,sebahagian kecil yang ada yang mempunyai masalah mental dan kurang upaya.

Apa yang disaksikan di dalam Rumah Harapan milik kerajaan benar-benar memeranjatkan dan lawatan ke bilik perseorangan lebih lagi menakutkan, penghuninya ada yang muda dan ada yang tua,berbogel dan dikurung di dalam sangkar.

Tak sangka...cempedak jadi nangka....dulu Ah Long yang kurung, tak ku sangka ada lagi yang lebih kejam.....kak Sharizat apa komen....
Berita dipetik dan dialih bahasa daripada thestar.

Berita berkaitan :
‘Ray of hope’ that turned out to be a nightmare

KUALA KUBU BARU: We were hit by the stench of faeces and urine the minute we walked into the men’s block at Taman Sinar Harapan located in a secluded area of the town here.

Mr A, a volunteer from a non-governmental organisation who goes to the home every Sunday to clean and feed the residents, opened the locked door at the back of the block and we were stunned by what greeted us.

About 30 stark naked men were inside the room, either lying down or sitting on the wet marble floor. In one part of the room, we saw a pool of blood, still fresh and red, on the floor.

Half of the men were locked behind bars like animals in a zoo while the others were able to move about in the front portion of the room. Those in the “jail cells” were segregated so that they would not harm their non-violent roommates.

“Those who are accidentally placed inside the cells with the more aggressive residents would be beaten or abused,” the volunteer revealed.

Most of them looked no older than 50 but they were just skin and bones and some looked extremely frail. One resident was lying on his stomach on a wooden bench and had passed motion; we almost gagged at its stench.

Fans were installed inside the room for better ventilation but that was the only luxury the men had. There were no beds, no toilets and not even blankets to keep them warm on cold rainy nights.

Those who were not in the “jail cells” were given beds but without any mattresses or pillows. They were, however, chained to the bed frame with metal chains and a steel lock.

We were told by a volunteer that they were restricted to prevent them from hurting themselves. The volunteer also shared that the men were not given any clothing as they had used their shirts to strangle themselves or the other men in the past.

After a briefing by Mr A, we got down to work. We were put in charge of spreading mats and towels on the floor.

The volunteers were all given different tasks. A group of about six or seven men were in charge of bathing the locked-up residents, the women were in charge of preparing the food and feeding the residents while the rest (there were two children in the volunteer group) were in charge of cleaning up the place and washing their clothes.

The residents were hosed down with water and soap by volunteers dressed in construction boots and a water proof apron.

After that, the male volunteers carried the naked men to the front part of the building for us to towel dry them.

After sensing our discomfort, a female volunteer nearby said: “It’s okay, they’re just like babies, you know, they don’t know anything.”

We proceeded to wipe them dry one by one before we were told to feed them with the yong tau foo bought by one of the volunteers.

The food was mashed to bits and mixed with soup to minimise the need to chew and to make feeding an easier task. so that the residents only needed to swallow them.

As we fed them, some ate obediently while others were greedy and stuffed their hands inside the bowls to take out larger portions of the food.

Some volunteers reprimanded the greedy ones who crawled towards the table to help themselves to more food. We noticed that some of the mentally disabled residents liked to hit themselves repeatedly. When we tried to stop them, they would fight back or just hit their body against the floor.

Mid-way through feeding, some volunteers suddenly rushed over to a young resident whose head was bleeding profusely. We were told that the boy had slipped and fell.

The volunteers immediately dressed him up, put him on a wheelchair and sent him to a hospital nearby.

After mopping the floor, we took a break and noticed that the residents were taken back into their cells to be locked up again.

It was nearly 4pm when everything was done. The residents were all bathed, fed and the place was clean enough.

We asked the volunteers what would happen to the residents on weekdays when the group was not there to offer their help.
The naked truth: Some of the inmates who were caged up in the home.

“The caretakers don’t do much. There are only two of them while there are 50 residents. If it’s time to feed them, they would just walk one round with a bowl and feed whoever wants to eat. Those who don’t are left alone,” answered a volunteer.

She divulged that another charitable organisation had brought food for the residents but it was thrown away. “When the group asked why they did such a thing, the caretakers said that the residents would create a bigger mess if there was more food because they would defecate more often,” she said.

After the voluntary group had left, we stayed back to check out the other blocks.

The women’s wing looked cleaner and did not smell as bad but a handful of the women were seen walking about in the nude.


The two caretakers stationed at the block were seen watching TV and chatting.

We noticed that the women’s clothes were laid out to dry on a dirty floor caked with fungus. We walked over to the children’s block which seemed to be the best kept part of the home. It was decorated and there were proper beds. But the children were curiously quiet.

A volunteer claimed that the children were fed with cough syrup so that they would be sleepy and docile.

Serang Hendap Media Umno-Bn Tidak Berjaya

Saya tidak sering membelek akhbar atau menonton tv milik umno-bn. Namun dari beberapa teks pesanan ringkas dan emel yang diterima ternyata serang hendap media umno-bn terhadap Pakatan Rakyat terutama di Kedah dan Pulau Pinang menimbulkan sedikit keresahan. Dan berbeda dari telahan media tersebut seolah-olah PR mulai retak akibat isu pusat penyembelihan babi di Alos Star, Majlis Perbandaran Seberang Perai atau Kampung Buah Pala, mereka lebih menyesali lagak wakil parti PR menangani media dan membiarkan diri terjebak dengan agenda media lawan.

Walhal permasalahan dalaman komponen bn ternyata parah, krisis Trengganu, puak dalam Mca, Mic, gerakan, ppp dan akhirnya kegelisahan rakyat Sabah dan Sarawak. Disebaliknya isu hangat dalam kerajaan PR tidak menyentuh isu dasar tetapi pentadbiran daerah dan beberapa isu tempatan. PR pastinya berkeupayaan meleraikan permasalahan tersebut sebaiknya.

Sayugia diingat bahawa kenyataan gopoh atau melulu tidak akan membantu malah akan diperbesar atau diperguna media mereka. Untuk memberikan gambaran negatif terhadap PR

ANWAR IBRAHIM

Manek Urai : Biodata Calon Pas Dan Sejarah N.41.


Nama penuh : Fauzi bin Haji Abdullah
Umur : 50 tahun
Tempat kelahiran : Bukit Marak, Kelantan
Tempat tinggal : Pekan Gunchil

Keluarga

Isteri : Aminah bt Mahmud
Anak : 5 orang

Pengalaman kerja
: 1. Penyelia Dun Guchil
: 2. Ahli Majlis Daerah Kuala Krai
: 3. Pengusaha dan peniaga di Bandar Kuala Krai

Jawatan Dalam Parti
: 1. Ketua cawangan Bandar Krai
: 2. Bendahari PAS Kuala Krai

Sejarah N.41

DUN Manek Urai adalah kawasan politik tradisi PAS, kecuali tewas dua kali dalam tempoh 10 pilihan raya umum (1982 dan 2004).

Sebelum 1970 Ketokohan pimpinan PAS
Pembukaan rancangan tanah LKTN

1974 Kemasukan PAS dalam BN, PAS berdepan calon Bebas

1978 Politik darurat, Calon PAS tetap diterima rakyat

1982 UMNO kemuka calon baru orang kuat Kesedar,
PAS berada di era pemulihan dan mengekalkan calon asal.

1999 - 2004 Peralihan kepimpinan UMNO, harapan baru rakyat
PAS menukar calon (kepada yang baru).

2008 Kegagalan calon UMNO melunas janji,
PAS menukar calon (kepada yang lama).

Berdasarkan rekod penerimaan rakyat kepada Almarhum Pak Su Wail, budaya politik pengundi Manek Urai adalah mengutamakan pemimpin yang mesra rakyat dan memahami kehidupan mereka. Realiti itu adalah sesuai dengan latar kehidupan mereka yang bergantung kepada tanah, hutan dan kebun.

Manek Urai : Fakta Pengundi PRK Manek Urai

Pengundi Muda adalah pengundi paling ramai di kawasan pilihanraya Manek Urai dengan mereka yang berumur diantara 21 hingga 39 tahun membentuk 45.5% dari jumlah keseluruhan 12, 293 orang pengundi.

12,293 Pengundi Berdaftar

5,598 pengundi (21-39 tahun)
45.54% dari jumlah pengundi

4,511 pengundi (40-59 tahun)
36.70% dari jumlah pengundi

1,937 pengundi (60-79 tahun)
15.75% dari jumlah pengundi

247 (atas 80 tahun)
2.01% dari jumlah pengundi

6,316 jumlah pengundi Lelaki
51.38% dari jumah pengundi

5,977 jumlah pengundi perempuan
48.62% dari jumlah pengundi

99.2% Pengundi Melayu
56 orang pengundi Cina
28 orang pengundi India
12 pengundi lain-lain.

25 orang Pengundi POS

Hadiah Istimewa - 100 Hari Najib menjadi Perdana Menteri

Artikel Oleh: Mandor

MEDIA terutamanya TV hari ini heboh menceritakan tentang Najib sudah pun mencapai 100 hari menjadi Presiden Umno. Semuanya menceritakan kehebatan Najib yang dikatakan banyak berubah dan telah membawa Umno kembali mendapat sokongan rakyat terutamanya bagi orang-orang Melayu. Maka, seperti kelazimannya `burung-burung belatuk dan kakak tua' pun mengangguk sambil mengipas-ngipaskan kepaknya bersetuju bahawa Najib memang hebat.

Ketua Pemuda Umno yang dibuktikan terlibat di dalam rasuah politik wang juga turut memuji Najib yang mungkin padanya lebih hebat dari Pak Mertuanya dahulu. Naib Ketua Pemuda Umno pun begitu juga tidak mahu melepaskan peluang untuk turut `mengipas'. Mungkin juga jika ditanya pendapat KM Melaka Ali Rustam yang juga terlibat di dalam rasuah politik wang, sudah tentu Ali Rustam akan berkata Najib memang hebat. Bahkan, jika ditanya pada raja sesumpah Ezam, mungkin jawapannya hampir sama cuma raja sesumpah akan menambah sedikit pujian tersebut dengan menyatakan kehebatan Najib tidak akan terlawan oleh DS Anwar. Bukankah selalunya raja sesumpah tidak pernah terlepas dari menyebut nama DS Anwar? Memang hebat dan betul kata raja sesumpah itu tentang Najib kerana raja sesumpah itu tahu bahawa DS Anwar mana ada menyimpan pasu besar dan berharga di rumahnya, sedangkan Najib ada. Itu yang tidak terlawan oleh DS Anwar. Aku tahu cerita pasal pasu besar dan berharga di rumah Najib tu dari raja sesumpah yang bagitahu di dalam ceramahnya dulu.

Satu lagi kehebatan Najib di dalam 100 hari beliau menjadi Presiden Umno adalah kerana hanya menang satu kerusi di dalam banyak-banyak pilihanraya kecil baru-baru ini. Itu pun di luar Semenanjung. Di Semenanjung satu pun Najib tak dapat kerusi untuk Umno/Bn di dalam pilihanraya kecil. Bukankah hebat itu? Kehebatan luar biasa semasa Najib jadi Presiden Umno adalah tertubuhnya kerajaan negeri melalui Mahkamah. Hebat juga tu. Soal-soal lain banyak lagi kalau nak cerita tentang kehebatan Najib ni seperti kuota bumiputera, biasiswa dan berbagai-bagai lagi yang teramat menguntungkan Melayu. Kehebatan Najib juga tidak terbatas kepada dirinya sendiri bahkan isteri beliau juga dilihat hebat juga. Kadangkala kehebatan isterinya mengatasi populariti Najib sendiri.

Memandangkan kehebatan beliau itu, maka aku syorkan agar kita hadiahkan sesuatu yang amat bernilai untuk beliau agar dikenang sepanjang hidupnya. Apa kata kita hadiahkan `batu nisan' yang bertanda nama Umno di Manek Urai nanti? Jika sempena perpisahan Pak Lah sebagai Presiden Umno dan PM dulu kita sudah hadiahkan benda yang sama di Kuala Terengganu, kini apalah kiranya kita beri pada Najib pula sempena 100 hari beliau menjadi Presiden Umno. Hadiah ini adalah buat `Pemimpin Umno Terakhir..." / mandor.blogspot.com

Manek Urai : Strategi Nik Aziz cuba alih perhatian

KUALA KRAI 4 Julai - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat tentang Islam adalah strategi mengalih perhatian penyokong Pas terhadap kesilapannya membuat keputusan berkenaan cadangan kerajaan perpaduan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat baik dan mendapat sokongan pelbagai pihak.

Namun, jelasnya, tentangan keras Nik Abdul Aziz termasuk mendesak Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan menyebabkan banyak pihak dalam Pas sendiri kecewa.

Katanya, debat yang dicadangkan itu sepatutnya dibuat dengan pemimpin DAP yang secara jelas menolak dasar-dasar Islam di negara ini.

"Tentunya sebagai seorang tokoh politik dan agama, orang harap apa yang keluar dari mulut beliau (Nik Abdul Aziz) boleh menyenangkan hati semua pihak tetapi nampak jelas bahawa ia tidak lebih daripada politik semata-mata.

"Jadi saya berpendapat beliau nak tutup tindakannya yang terlanjur sebelum itu iaitu cara dia menolak pertemuan antara UMNO dengan Abdul Hadi maka dia cetuskan cadangan berdebat dengan UMNO," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan ceramah bebas di Laloh, Manek Urai di sini semalam.

Ibrahim berkata, adalah lebih relevan jika Nik Abdul Aziz berdebat dengan Karpal Singh dan DAP yang menolak Islam sedangkan Pas berjuang untuk menegakkan ajaran Islam.

Jelasnya, banyak perkara mengenai dasar DAP di negara ini terbukti membelakangkan Pas meskipun kedua-dua parti itu bekerjasama dalam pakatan pembangkang.

"Eloklah Nik Abdul Aziz berdebat dengan Karpal Singh yang pernah menyatakan langkah mayat dia dulu masa Pas nak tubuh negara Islam.

"Kita lihat di Kedah sendiri pun, isu kecil mengenai pusat penyembelihan babi pun mereka tak boleh terima walaupun atas kepentingan ramai. Banyak lagi perkara yang kita lihat sebelum ini DAP membelakangi dasar perjuangan Pas," tegas beliau.

Ibrahim menambah, sekiranya Nik Abdul Aziz ingin meneruskan niatnya berdebat dengan Perdana Menteri, biarlah ia menjurus kepada rancangan pembangunan Kelantan.

Manek Urai : Menjelang Penamaan Calon - Manek Urai semakin meriah

MANEK URAI, 4 Julai - Menjelang dua hari sebelum hari penamaan calon, Manek Urai semakin menjadi tumpuan apabila pertandingan antara dua parti major di negara ini, PAS dan Umno-BN bakal merakamkan sebuah lagi sejarah dalam landskap politik semasa.

Semakin hari, semakin ramai polis dan tentera berkampung di Manek Urai kononnya untuk menjaga keamanan dan mengelakkan sebarang insiden pergaduhan antara penyokong PAS dan Umno menjelang hari penamaan calon.

Dalam tinjauan yang dibuat,kelihatan 'perkampungan Martek PDRM' telah pun didirikan di Laloh dan semakin banyak pondok-pondok polis dibina di sekitar Manek Urai.

Di sebalik perang poster dan bendera yang semakin rancak di kiri kanan jalan, kenderaan polis seperti trak, kereta dan motorsikal juga semakin bertali arus dilihat di sepanjang jalan raya menuju ke Kota Bahru.

Bilik-bilik gerakan kedua-dua belah pihak juga semakin banyak dan aktif menjalankan mesyuarat tidak kira pagi atau petang.

Para petugas semakin giat menggantung poster dan bendera sehingga bekerja hingga lewat malam walaupun tinggal sehari sahaja lagi penamaan calon akan diadakan.

Bagi kebanyakan penduduk di Manek Urai, musim pilihanraya merupakan masa yang sesuai untuk menambah pendapatan mereka kerana pada masa inilah Manek Urai didatangi oleh para petugas, penyokong dari kedua belah pihak dan polis.

Kedai-kedai makan, gerai buahan dan makanan tempatan seperti lemang dan kuih akok menjadi tumpuan pengunjung dari luar yang semakin bertambah menjelang hari penamaan calon.

Bagaimanapun, suasana dijangka menjadi semakin meriah dengan kehadiran pelbagai pihak di Manek Urai antara tempoh kempen penaman memandangkan pelbagai isu semasa yang membantu merancakkan lagi perjalanan kempen pilihan raya kecil di Manek Urai ini.

Tis The Season To Pukul Habis or Belasah Habis...??? wa..wa...!!!

By Syed Akbar Ali

Someone said that the Premiership of Dato Najib could also turn out to be a 'zaman pukul habis’. I will explain this at the end of this article. First here is something from Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir is stirring up a real can of worms over at his Blog. Please read it here. I will reproduce the first part of what he has written.

Where has the money gone to?

"I reproduce here the payments made by Petronas to the Federal Government since 1976. That year the Government received RM300 million. The amount increased to RM2 billion in 1981. By 2003 it paid RM15.6 billion to the Federal Government.

The total from 1981 to 2003 is RM168.8 billion in 22 years.

From then onwards it increased from RM19 billion in 2004 to RM67.8 billion in 2009. The total for six years is RM253.6 billion.

I am sure the Government had spent the money wisely. It would be interesting to know what the RM253.6 billion was spent on."

Throughout Dr Mahathir’s 22 year tenure, Petronas contributed RM169 Billion to the Government’s coffers. Some of this money was spent on the Penang Bridge, the highways, the flyovers around Kuala Lumpur, new roads, Temenggor Dam, Kenyir Dam, Bakun Dam, Batu Dam, Kuala Kubu Dam, bridges, 2nd Link to Singapore, Port Klang, Westport, Northport, Pasir Gudang, KLIA, Penang Airport, LRTs, double tracking, electrification of the railways, Keretapi Komuter, ERL, the 80 or so Government Universities in the country, numerous hospitals (Serdang Hospital, Selayang Hospital), KLCC, KL Tower, F1 Circuit, Putrajaya, Cyberjaya, Air Keroh Melaka, Sri Manjong Perak, the vast Commonwealth Games complex in Bukit Jalil, the IJN, Proton, Perwaja, MAS etc. This list is not exhaustive - please feel free to add anything that I may have missed.

Of course we can argue whether we paid market rates or did we overpay for all these things. Was there corruption involved? Of course there was. We cannot deny that. Of course we overpaid on some of these things. And some of them like the Bukit Jalil Sports Complex are not fully utilized till today.

But the product is there. The bridges are all still standing. The KLIA was built under four years. The North South Highway was built under five years. The KLCC is now tenanted. Putrajaya is filling up, slowly but surely. The LRTs and the Komuter trains are now overpacked.

The results of all that spending are there. The handiwork of Dr Mahathir’s 22 years of building up this country is there for all to see. In many areas our country has First World infrastructure.

Dr Mahathir did this with RM169 Billion contribution from Petronas over 22 years – or averaging about RM7.7 Billion per year (plus of course other Federal and State revenues too).

In the six short, uneventful, sleepy, non performing, lackadaisical years under Abdullah Badawi, Petronas had contributed RM254 Billion to the Government’s coffers. That works out to about RM42.3 Billion per year.

So where is the new Penang Bridge, new highways, new flyovers around Kuala Lumpur, new roads, new Dam, bridges, ports, new airports, double tracking, new LRT extensions, new trains, new Universities, a new KLCC, new KL Tower, extra F1 Circuit, another Putrajaya or Cyberjaya, another Air Keroh Melaka, another Sri Manjong in Perak, a new IJN and so on.

Can anyone point to anything substantial in this country that was built in the six sleepy years of the Badawi Administration? The answer is a resounding NO. I do not even know of a badminton court built under the Badawi Administration.

So where did the RM254 Billion Petronas contribution over the six years go to?

Some nasty commentors on Tun’s Blog have said that Tun took some of the money during his 22 year tenure. I really don’t think that a man who is out of power and whose children are still in the prime of their life will be so foolish to start poking a hornet’s nest to question where the money went to if indeed he himself had stashed away some of the money? Its really not a very clever thing to do. And Tun Dr Mahathir is not an unclever person at all.

And if Tun had indeed stashed away some of that money, why would Tun suddenly now, on a bright sunny day in July 2009, decide to stir up this issue ? Some sort of death wish perhaps ? I don’t think so. The man wants to know where the money went. His frankness and his forthrightness leads me to believe that he himself has nothing to be afraid of.

Now comes the subject of my Blog today. Lets keep a close watch on the GLCs. They are becoming the Government Losing Concerns.

They don’t deal in just millions or tens of millions. The GLCs are spending our money in the hundreds of millions and billions of Ringgit. And no one questions them. Its all “within their KPIs”.

For some proper perpective, lets compare the GLCs with the State Governments. The State Governments are now either BN or Pakatan.

In every State Assembly, the Wakil Rakyat argue and debate over every bit of spending by the State Government, even spending RM60,000 on a bus stop. Of course it does not stop things like the PKFZ from happening but n’theless there is debate. And when things go wrong, again as in the PKFZ, the stuff really hits the fan. The Opposition (as well as the Government too) goes to town with it.

In the Parliament, the MPs also debate Government spending though I must say that our Opposition MPs are the most unintelligent, ill prepared and ‘don’t know anything’ bunch of clowns ever among Opposition politicians. When there are so many potent and potential issues to discuss they waste time about things like the DNA Bill, the ISA, Bubar Dun and other such riff raff. They waste so much time.

But back to the GLCs, when the GLCs spend billions of Ringgit, no one knows about it. There is no debate. The biggest GLC of all Khazanah Nasional Berhad does not even present its accounts to the public.

May I ask a simple question ? Why not ?

When they are spending hundreds of millions and billions of Ringgit of tax payers money, we want to know how they are spending it. And we want to know it yesterday. I think the time has come where the Government has no choice but to be just forthright and transparent.

Stop playing this hide and seek game. Lama-lama the seekers will overcome the hiders.

I have to say something about ‘zaman pukul habis’. This phrase was first mentioned during the time of Slumberjack. As it became clear that Slumberjack was snoring his way through the PM’s job and would lose big in the elections, there was the fear that his cronies would ‘pukul habis’ every single sen they could put in their pockets. Why? Because they knew that their Boss would not last long.

Unfortunately the same thing is being heard now. People say that because there is a doubt if the BN Government will last or be strong enough after the next general Elections, there are people who also want to ‘pukul habis’ or grab as much as they can, while they can.

This type of behaviour should be strongly discouraged. A simple and painless way to do it would be to just have more transparency.

We want the GLCs especially Khazanah Nasional Berhad to make their accounts public.

Pengalaman yang menguntungkan buat Zambry dan Hamidah

Sejak UBN yang dikepalai oleh Najib, merampas kuasa di Perak, MB dan EXCO Kanan nyer, yang entah haram, entah halal [belum ada kesudahan muktamat lagi], telah dibebani oleh tugas lain yang memeningkan kepala mereka.

Sebaik saja rampasan kuasa yang didalangi oleh Najib berjaya dilakukan, Najib terus pulang ke Putrajaya dan tak nampak muka lagi di Perak. Tak berani dia datang ke Perak, Yop. Dulu masa mula-mula berlaku nyer rampasan kuasa, rakyat Perak tunggu dia dengan terompah kayu. Kalau kena ler..... benjoi kepala!!! Tak berani dia datang....

Udah dia berak di Perak.... dia biorkan najis taik dia begitu saja. Pengor bau nyer sampai ke langit ke tujuh..... Hingor-bingor negeri Perak jadi nyer!! Lepas tu, dia buat nohen ajer.... Ajer nyer, tak guna betoi!!

Rampasan kuasa itu berjaya, kerana bantuan tiga ekor katak. Dua ekor katak jantan daripada PKR dan seekor katak betina daripada DAP. Kerana 3 ekor katak durjana ini..... ghoyup kerajaan PR yang dipilih secara sah oleh rakyat.

Pada masa tu, katak-katak ini ditatang macam minyak yang penuh. Maklum ler.... jadi penentu jatuh bangun nyer kedua-dua kerajaan, bak kata sahabat teman MSK dalam posting nyer di Perakexpress.com. Ha.... baca sini. Kalau katak-katak ini boleh jatuhkan kerajaan UBN, demer juga boleh jatuhkan kerajaan yang hat ada sekarang.... iaitu UBN. Ooooo...... power nyer demer!!!

So, sekarang.... UBN Perak, yang diketuai buat sementara waktu oleh Zambry DPulau dan dibantu oleh EXCO kanan nya si Hamidah.... telah diberi extra chores. Apa dia... ???

Zambry jadi tukang cuci najis. Dia jadi pencacai untuk mencuci najis, boss politik dia, yang kini terhenam di Putrajaya. Manakala.... si Hamidah pulak, kena jaga dan bagi katak-katak PKR makan. Kena jaga baik-baik...... agar katak tak melompat lagi!! Hello.... yuuuu huuu.... dengor citer katak-katak di bawah jagaan mak Midah.... udah resah gelisah. Betoi ke??? Awat.... makanan tak cukup ke???

Teman pasti...... Zambry lepas ini tentu dah ada cukup experience untuk bukak business maintainance tandas, manakala Midah pulak.. boleh bukak ladang ternak katak untuk di eksport ke Hong Kong, Taiwan, Korea, China dll lagi ler.... Manyak untung oooo....!!! Baru ler nampak sikit ketokohan dengan portfolio EXCO yang sedang dipegang..... tak gitu???

Itu ler dia ceriter dua ekor katak daripada PKR yang, bak kata MSK.... lebih raja dari raja. Why...??? Jatuh bangun nyer kerajaan Perak.... demer yang tentukan. Cara nyer... mudah.... lompat sajer!!! Alamak..... katak pulak sudah jadi raja!!! Yang dok ada.... macam mana???

Pakatan pembangkang tak mampu tadbir kerajaan - Puad Zarkashi

PUTRAJAYA: Konflik berterusan yang melanda beberapa negeri yang ditadbir pakatan pembangkang membuktikan mereka tidak mampu mentadbir sesebuah kerajaan secara bersama, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata pakatan itu sebenarnya hanya "indah khabar dari rupa" dan akhirnya rakyat sendiri yang menjadi mangsa.

"Pakatan pembangkang adalah pakatan yang rapuh sebab mereka sendiri tidak berdaftar dan tidak mempunyai manifesto yang sama dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Mereka tidak terikat dengan apa-apa peraturan, dan sebab itu akhirnya DAP Kedah boleh buat keputusan sendiri keluar daripada Pakatan Rakyat tanpa merujuk kepada DAP Pusat; dan DAP Pulau Pinang boleh membuat keputusan memecat ahli Majlis (Perbandaran Seberang Perai) tanpa ada perundingan," katanya kepada pemberita Sabtu semasa mengulas perkembangan konflik dalaman negeri-negeri yang ditadbir parti pembangkang.

Mohd Puad seterusnya mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kes penduduk Kampung Buah Pala yang diarah berpindah, kerana menurutnya Lim Guan Eng dilihat tidak berani membuat keputusan yang tegas mengenainya.

"Kalau kes itu berlaku di Kuala Lumpur mereka (pembangkang) beria-ia akan buat piket bersama penduduk nak bantah, tapi di situ apa yang mereka buat, sedangkan kuasa di tangan mereka. Dia tidak ada formula, bahkan masing-masing menjawab dengan cara penuh ego," katanya.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran sebelum itu merasmikan penutup Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-36 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), yang dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang bagi kategori Bahasa Melayu, dan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya bagi kategori Bahasa Inggeris.

Mengenai pertandingan bahas itu Dr Mohd Puad berkata satu cadangan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran untuk membolehkan juara pertandingan tersebut diberi tawaran biasiswa sepenuhnya untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu katanya beliau akan turut mencadangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang supaya pertandingan yang diadakan sejak 36 tahun dahulu itu disiarkan kembali secara langsung di mana-mana stesen televisyen tempatan. BERNAMA

Malaysia's Anwar Ibrahim Faces A New Trial

In September of 1998, Malaysia and the world were stunned when its Deputy Prime Minister, Anwar Ibrahim, was suddenly sacked, and a short while later arrested on charges of corruption and sodomy. Incredibly, almost 11 years later, he is facing the same nightmare all over again, with his trial on a new charge of sodomy due to be heard starting 8 July.

The 1998-99 trial was condemned around the world as manifestly flawed, riddled as it was with manipulation and shoddy fabrication of evidence, and unfair decisions by the judge. On the night of his arrest, Anwar was savagely assaulted by the chief of police, and denied proper medical treatment for the entire duration of his 6-year detention. He was also kept in solitary confinement throughout. Leaders from around the world as well as international human rights and legal organizations recognized him as a political prisoner.

Anwar, having made a remarkable return to Malaysian politics since his release from prison in 2004, is now Leader of the Opposition, and is widely seen as a serious threat (or a viable alternative, according to one’s political leanings) to the 51-year reign of the National Front coalition, and to new PM Najib Abdul Razak in particular.

The new charge was served on Anwar in July of last year. He was arrested and detained in the police lock-up overnight, despite offering full cooperation to the police in their investigations. Anwar maintains that, once again, the case is baseless and has been cooked up in an attempt to scuttle the revival of his political career. And indeed, the conduct of the case thus far seems to be aimed at humiliating him and ruining his reputation rather than fulfilling the requirements of the legal process.

Ominously, some of the main players in the prosecution are the same as for the first case, including Gani Patail, since elevated to Attorney General, and Musa Hassan, now holding the top police post.

Anwar and his team of lawyers believe that this new case will be argued mainly on the basis of DNA evidence. A new DNA Bill was recently rushed through Parliament, thought to be intended to facilitate the prosecution’s case.

Looking at the progress of the case so far, there appear to be many serious discrepancies and a lack of professional ethics on the part of both the police and the Attorney General’s office. But, as in the earlier case, if a pliant judge has been found, this will not prevent a conviction from being handed down to Anwar. If he is found guilty, he faces another lengthy spell behind bars.

Biro Antarabangsa / International Bureau

Parti Keadilan Rakyat

Sofi jawab dakwaan Pemuda Umno,,!!! Isu Keganasan Pemuda UMNO di Melaka...???

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab menyuarakan rasa kesalnya dengan sikap Pemuda Umno yang didakwanya membuat kenyataan bohong berhubung insiden kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, semalam.

Sehubungan itu, Sofi menafikan tuduhan mereka bahawa PAS dan DAP membuat provokasi kepada Pemuda Umno sehingga terjadi pergaduhan semalam.

"Ini merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana pihak kami langsung tidak membalas segala maki hamun yang dilakukan oleh (naib ketua Pemuda Umno bahagian), Mohd Jailani (Khamis) dan ahli-ahli pemuda Umno lain.

"Malah pemimpin-pemimpin dan penyokong PAS dan DAP hanya berdiam diri sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini, Jailani bagaimanapun menafikan memaki Pemuda PAS dan polis.

Beliau bagaimanapun mengakui mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pemuda DAP.

Menurut Sofi lagi, beliau juga ingin memperbetulkan kenyataan pemuda Umno "bahawa kami tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan kempen pendaftaran pemilih baru".

'Mereka cemburu'

"Beberapa ahli kami yang bertugas (kelmarin) dilantik oleh SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) sebagai Penolong Pendaftar pemilih sementara mewakili parti-parti masing-masing.

"Malah kami mempunyai kad kuasa yang diberikan SPR sendiri," tambahnya.

Sofi juga menafikan dakwaan setiausaha Pemuda Umno Bukit Katil, Safrie Abdullah yang mereka melancarkan kempen menambah keahlian parti.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kempen tersebut bukannya untuk pendaftaran keahlian parti tetapi untuk pendaftaran pemilih baru.

"Tuduhan Safrie itu adalah berniat jahat dan tidak berasas sama sekali. Tidak ada sekeping pun borang keahlian parti yang kami bawa dalam program tersebut," katanya.

Sebaliknya, Sofi berkata beliau yakin tindakan pemuda Umno tersebut adalah kerana mereka cemburu dengan sambutan hangat rakyat yang datang mendaftar untuk menjadi pemilih berdaftar.

Menurutnya, dalam tempoh sebulan ini kira-kira 1,000 pengundi baru berjaya didaftarkan.

Kemelut PAS-DAP Kedah diselesai di peringkat negeri - Kit Siang

ALOR SETAR: Ketegangan yang timbul antara DAP Kedah dengan kepimpinan kerajaan negeri itu akan cuba diselesaikan di peringkat negeri.

Sehubungan itu, Penasihat parti berkenaan, Lim Kit Siang berkata beliau sendiri akan berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk membincangkan tentang perkara itu secepat mungkin.

"Saya akan berjumpa dengan menteri besar dan merangka (penyelesaian) untuk mengatasi masalah ini supaya kerajaan pakatan dapat diperkukuhkan.

"Kalau tak dapat selesai di peringkat negeri, seluruh Malaysia pun akan bertanya adakah pakatan boleh jadi pilihan yang kredibel," katanya dalam sidang media di sini Sabtu.

Katanya, selepas berbincang dengan DAP Kedah, beliau kini lebih memahami dan mendapati bahawa DAP negeri mempunyai alasan tersendiri untuk keluar dari pakatan pembangkang di negeri itu.

"Isu penutupan tempat penyembelihan babi itu cuma salah satu sebab. Selain itu mereka juga mendakwa pandangan atau pendapat DAP di Kedah tidak diambil kira...apa saja masalah yang dihadapi seeloknya diselesaikan di peringkat negeri," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan DAP Kedah untuk keluar dari Pakatan Pembangkang, Lim berkata "Sama ada saya setuju atau tidak, itu perkara lain".

Katanya, apa sahaja masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan baik kerana ia bukan hanya melibatkan DAP dan Pas sebaliknya semua parti dalam Pakatan.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP negeri keluar dari Pakatan Pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini. BERNAMA

Alaahai...Pak Berahim Katak Suruh Pas Debat Dengan Dap Pulak!!

Artikel Oleh: Mandor

MASIH ingat lagi tak Pak Berahim raja katak Pasir Mas? Takkan tak ingat kot. Alaa..yang menumpang duduk atas kerusi Pas kat Pasir Mas tu la. Kali ini dia bercakap bagaikan seorang cerdik dan pintar, sedangkan orang ramai tahu setakat mana otak Pak Berahim ni.

Siapa lagi yang nak guna otak dia melainkan pencacai media haprak sekarang? Dah nak dekat PRK Manek Urai ni memang la laku suara Pak Berahim katak tu kat TV, lepas ni masuk tong taik balik la suara dia. Kalau betul otak dia begitu bergeliga dan boleh pakai, takkan lah Umno sendiri sepak terajang dia dari kerusi Ketua Umno Bahagian Pasir Mas. Sendiri fikir tau la...

Sebentar tadi aku tengok kat TV, Pak Berahim ni mencabar Pas supaya debat dengan DAP pasal Negara Islam. Lebih-lebih lagi dia mahu Pas debat dengan Karpal Singh yang pernah berkata `langkah mayat dia dulu kalau nak laksana hudud'. Betapalah Pak Berahim ni takut kalau Umno sahut cabaran debat dengan Pas, sanggup dia nak serah `button' tu kat DAP. Apa kena mengena nak debat pasal Negara Islam dengan DAP? Biarlah DAP nak kata apa pun tentang Islam kerana DAP tidak faham, dia tak baca Al-Quran dan dia tak beriman pun dengan Al-Quran. Peliknya, yang baca Al-Quran dan mengaku beriman dengan Al-Quran ni mengapa perlu terketar-ketar bila diajak berdebat pasal Islam? Pak Berahim berani ke? Atau otak Pak Berahim dengan puak-puak yang takut dalam Umno tu sama dengan DAP juga ke?

Kalau Umno dah takut sangat untuk berhujah tentang Islam dengan Pas, janganlah memalukan Umno pula dengan cara menyerahkan `button' kepada orang lain apatah lagi kepada DAP untuk menjawab bagi pihak Umno. Peliharalah maruah Umno yang ada secebis lagi tu. Umno tidak terniat ke nak serah `button' kepada para-para Mufti? Itu pun kalau para-para Mufti sanggup bekerjasama dengan Umno untuk `menegakkan benang basah' mereka.

Aku ucap tahniah pada Mursyidul Am Pas kerana ikhlas dan berani untuk mempelawa Umno berhujah dalam isu Islam ini. Soal samada Umno berani, jantan atau tidak kita serah je pada Umno. Kalau dia berani, sahut saja cabaran tu. Kalau rasa bukan anak jantan, jawab je la kat akhbar-akhbar atau TV, orang pun tak boleh nak tanya. Kalau rasa takut nak berdebat pasal Islan dengan Pas, Umno buat la pula debat pasal lain, pasal ekonomi ke, pendidikan ke, soasial ke, wanita ke, dan pelawa pembangkang untuk berdebat secara terbuka. Aku gerenti Umno pun tidak akan berani berdebat dalam soal itu semua kerana kesemua itu telah rosak punah ranap di bawah Umno. Pakatan pembangkang lengkap mempunyai pemimpin mereka yang boleh berhujah dalam apa jua aspek. Kalau selain dari Islam, pembangkang punyai ramai tokoh lain untuk berdebat dengan Umno. Sebut saja isu apa, aku berani bertaruh pembangkang bersedia untuk membela rakyat. /mandor.blogspot.com