Jumaat, 3 Julai 2009

Lawan Umno : Dari wacana ke babi

Oleh Tok Iskandar.

Tok nak sentuh sikit tentang apa kebendanya wacana ilmiah yang dipromosikan pemuda PAS kepada pemuda UMNO. Pada hemat tok, eloklah direntikan dan fokuskan kepada PRK Manek Urai terlebih dahulu. Ada jugak faedahnya daripada menimbulkan kekeliruan pada jemaah parti. Media totok umno bazir masa je korang salahkan pasal korang sendiri tahu keja media totok umno ni. Macam citer P Ramlee dalam 3 Abdul. Sorang tu penyangak sorang lagi penyamun. dah kena dah penyamun jual penyangak. Tok tak kata pemuda PAS penyangak. .ini tok ambik contoh dalam citer P Ramlee.

Lain kali buat lah keja yang menampakkan kebijaksanaan korang dan kesian tok tengok TG Nik Aziz yang bermati-matian menolak kerajaan perpaduan @ UG. Lepas ni berentilah citer pasal kerajaan perpaduan@UG atau wacana ilmiah. Tumpukanlah dulu kepada prk manek urai.

Hari ni kecoh pemuda umno melaka serang pemuda PAS dan DAP pasal bukak kaunter pendaftaran ahli di pasar malam. ini tindakan tak cerdik pemuda umno dan nampak sangat tak kreatif. kenapa korang tak bukak kaunter pendaftaran kat shopping complex ke, arkib mara ke. ada gak faedahnya daripada serang pemuda PAS dan DAP kat pasar malam.

Ada lagi ke mereka yang cerdik dalam pemuda UMNO sekarang. Spesis macam ni Pemuda PAS nak buat wacana ilmiah. bazir masa adalah.

Kat negara kita fenomena babi semakin menggemparkan. Bukan setakat selsema babi, siap kandangnya sekali jadi sajian utama media totok umno. Patutnya selsema babi jadi fokus utama mereka. Kandang babi tu sebenarnya dari zaman kerajaan BN x ada permit. Tok heran kenapa x mintak permit pulak.

Tok tak nak komen lebih pasal bab makanan ni perut masing-masing. cuma jangan sampai menyusahkan orang lain. Patut boleh bincang secara bijaksana. Bagi umat islam babi tu haram tapi bagi bukan islam itu makanan mereka dan ada yang dah jadi makanan ruji mereka. Macam tok kata tadi berbincanglah secara berhemah. Dulu DAP Kedah pernah persoalkan tindakan kerajaan negeri PAS Kedah laksana polisi kuota 50% untuk bumiputera dalam sektor perumahan. siap komen dalam media totok umno lagi. cubalah hormat-menghormati sesama rakan komponen.

Masa kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui GERAKAN buat banyak kondo sampai orang melayu kena pindah dan keluar dari pulau, DAP tak bising pulak. Kita tahukan siapa yang mampu beli kondo. berapa kerat sangat melayu yang mampu beli kondo. Masa PRU yang lepas DAP pernah berebut kerusi dengan PKR dalam parlimen Pokok Sena. Tak salah tok kerusi Dun Derga. pasal tak ada kompromi, DAP dan PKR letak calon masing-masing bertanding dan akhirnya calon GERAKAN menang tipis. jika dicampur kedua-dua undi mereka, PR akan dapat satu kerusi Dun lagi. nasib baik Mahfuz Omar menang sebagai MP Pokok Sena.

Tentang nasib babi ni tok tak nak ulas panjang. Setahu tok babi kat melaka lagi banyak. Dulu pernah guna FRU tapi satu kandangpun mereka tak berani robohkan kerana keprihatinan mereka khususnya KM mereka Ali Rustam. Apa kata Tok Ali offer buat kandang babi untuk babi Kedah ni. Dulu orang kata masa JE, banyak babi Negeri 9 dipindahkan ke Melaka. Sejauh mana kebenarannya tok tak dapat nak sahkan.

Puluhan tahun kandang babi di melaka beroperasi tanpa permit. dahlah dekat kampung orang melayu yang memang sensitif dengan babi. Ada jugak gossip kalangan Melayu kat sini, babi Singapura pun ada dibela di sini. Cubalah kerajaan pusat dan negeri cari penyelesaian yang bijaksana tentang isu kandang babi yang jadi buah mulut orang ramai dan negeri-negeri yang jadi tumpuan seperti Selangor, Kedah, negeri Sembilan dan Melaka. dalam masyarakat majmuk kena ada sikpa saling hormat menghormati. Sikap pentingkan diri sendiri perlulah diketepikan. Apapun kena settle dulu kes selsema babi tu.

Kadang-kadang kita kalah kat BN kerana kurang cerdik serta bodoh sombong. Jika inilah yang berlaku, BN akan memerintah negara ini 50 tahun lagi. .percayalah. Kenapa? tak percaya.

Komen aku : Aku percaya tok, dan lagi mudah kalau macam tu, tak payah nak penin², 'kerja' kita maki ja bila BN buat silap.

PAS Jamin Keadilan, Kebebasan dan Hak Asasi Bukan Islam


KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata terdapat sedikit salah faham teknikal yang berlaku sehingga DAP Kedah mahu keluar daripada Pakatan Rakyat Negeri itu.

Beliau berkata PAS memberi jaminan bertindak adil dan menjaga hak orang bukan Islam sebagaimana termaktub dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

Katanya masyarakat bukan Islam di negara ini tidak perlu bimbang dalam urusan kebebasan hak kehidupan, perkahwinan dan makanan.

“Kita (PAS) jamin boleh selesai kerana hak orang bukan Islam tetap dijamin dengan adil dalam keadaan kita memelihara masyarakat sekeliling.


“Saya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Kedah telah memberi tempoh kepada pihak berkenaan (rumah sembelihan babi) dan di situ di atas tanah kerajaan dan (telah) cari satu kawasan yang sesuai untuk pindah.

“Mungkin berlaku sedikit salah faham teknikal dan kita (PAS) harap dapat diselesaikan peringkat negeri Kedah dan tidak menjejaskan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Berkenaan tindakan Ahli Undangan Negeri Kedah ADUN Kota Darul Aman Lee Guan Aik yang mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali, Abdul Hadi menyifatkan konflik tersebut masalah ‘dalaman’ negeri berkenaan.

“Saya rasa itu masalah ‘dalaman’ negeri Kedah dan saya serah kepada kebijaksanaan kerajaan negeri Kedah supaya dapat diselesaikan di peringkat negeri Kedah,” ujarnya.

PEMBUBARAN DUN PERAK PASTI BERLAKU..!


KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Selepas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, kini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak pula yakin dengan pendedahan itu.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran Dun terpaksa dilakukan.

Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai. Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.

Paling tragis katanya, dalam masa terdekat juga Sidang Dun Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan.

Nizar mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan.

Sebelum ini, Ustaz Halim yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam wawancaranya bersama Harakah ada mendedahkan bahawa pembubaran Dun Perak mungkin akan berlaku selepas PRK Manik Urai.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak,"tegasnya.
Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya.

PEMBUBARAN DUN PERAK PASTI BERLAKU..!


KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Selepas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, kini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak pula yakin dengan pendedahan itu.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran Dun terpaksa dilakukan.

Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai. Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.

Paling tragis katanya, dalam masa terdekat juga Sidang Dun Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan.

Nizar mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan.

Sebelum ini, Ustaz Halim yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam wawancaranya bersama Harakah ada mendedahkan bahawa pembubaran Dun Perak mungkin akan berlaku selepas PRK Manik Urai.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak,"tegasnya.
Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya.

Parti Bukan Kerajaan...!!!! Ada Faham...???

Oleh: Nash Ar-Rawy

Ramai yang bertanggapan bahawa parti adalah kerajaan dan kerajaan adalah parti.

Persepsi ini adalah ternyata salah kerna Parlimen bukannya milik mana-mana parti; hatta parti yang memerintah . Tetapi, parlimen merupakan sebuah institusi milik rakyat.

Hujahnya , seandainya parti itu kerajaan maka pastinya tiada perlu kepada PRU justeru, memadailah ketua-ketua parti sahaja menjadi wakil rakyat . Namum PRU dalam sistem demokrasi mesti di laksanakan antara tempuh tiga hingga lima tahun sekali untuk menentukan ketua-ketua parti manakah yang akan menjadi wakil rakyat.

Dasar dan polisi kerajaan dideterminasi oleh parlimen setelah melalui proses penghujahan dan perbahasan oleh semua anggota parlimen selaku anggota kerajaan belaka bukan lagi menjadi anggota parti kerna berada di dalam Dewan Rakyat .bukannya Dewan Parti tertentu.
Dasar negara tiada ditentukan di dalam mesyuarat mana-mana parti pemerintah kerna itu keputusan parti ,bukannya keputusan kerajaan yang dululuskan atau ditentukan di dalam parlimen yang menggubal sistem perundangan Malaysia sebagai badan legislatif atau perundangan negara.

Justeru itu Akta Hudud perlu diperundangkan terlebih dahulu untuk tujuan perlaksanaannya.

Pembentukan sesebuah kerajaan berasaskan kepada beberapa komponen . Ia itu , mestilah ada i) wilayah atau koloni ii)Rakyat ( penduduk) iii) pemerintah ( penguasa) iv) Otoriti dan sistem perundangan dan v) sovereigniti atau kedaulatan .Ternyata kelima-lima prinsip ini tidak menjadikan parti politik sebagai asas pembentukan sebuah kerajaan. Tetapi asas yang terpenting sekali adalah rakyat bukan parti politik.Apa ertinya pemimpin atau Ketua Negara tanpa rakyat?

Maka , parti politik bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti.
Justeru itu , di atas prinsip dan semangat ‘kerajaan’ yakni, ‘Rakyat’ parti pemerintah tiada hak samasekali menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen dalam mana-mana pilihanraya kerna harta itu semua adalah harta rakyat dan milik rakyat.

Kakitangan kerajaan ; termasuk yang beruniform atau sivil hatta pensyarah-pensyarah universiti dan para pelajar , tiada hak dipaksakan untuk menyokong mana –mana parti oleh mana-mana parti pemerintah kerana gaji dan elaun mereka sama juga dengan wakil rakyat ( elaun ) bukannya dibayar oleh mana-mana Bendahari parti pemerintah tetapi dibayar oleh rakyat sepenuhnya. Tenyata wang kerajaan adalah wang rakyat ; pastinya bukan wang milik mana-mana parti justeru kerana diperolehi dariapda cukai langsung dan tidak langsung yang dikenakan ke atas rakyat.

Justeru itu, wakil rakyat adalah ‘hamba’ rakyat bukannya tuan kepada rakyat dan tidak boleh menggunakan ISA , PDRM dan mahkamah untuk meragut hak rakyat oleh mana-mana parti pemerintah. PDRM dibayar gaji dan elaun mereka dari hasil titik peluh percukaian rakyat dan sewajibnya mereka menjaga hak rakyat untuk berdemonstrasi secara aman tanpa senjata yakni kebebasan berkumpul ( ‘freedom of assembly ‘ ) sebagaimana peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Artinya ketua mana-mana parti pemerintah tiada berhak untuk mengekang parti oposisi dengan menyalahgunakan institusi rakyat iaitu PDRM yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan negara bukannya keselamatan parti pemerintah daripada kecundang dalam mana-mana pilihanraya. Dalam satu-satu PRK , PDRM membelanjakan wang rakyat sekitar RM1.2 sehingga 1.5 million mengikut informasi parlimen. Apa perlunya begitu besar sekali gerombolan pasukan polis yang berkampung di PRK kerana rakyat bukannya hendak bergaduh atau merusuh tetapi hendak mengundi secara aman . Ini bukan India atau Sri Langka tetapi sengaja pihak parti pemerintah hendak menakut-nakutkan rakyat.

Apa-apa bantuan kewangan secara ‘mee segera’ yang dilonggokkan adalah wang rakyat yang tiada perlu digembar-gemburkan kerna itu rasuah pilihanraya pada setiap kali PRK kerna rakyat sudah bijak menilai mana kaca dan mana intan.

Di atas dasar parti bukan kerajaan; parti pemerintah bukan sahaja tiada berhak mempergunakan polis tetapi juga tiada juga berhak menpergunakan helicopter, kenderaan resmi kerajaan , jentera jabatan-jabatan kerajaan , dan sekolah-sekolah milik kerajaan untuk berkempen kerna itu bukan milik mana-mana parti pemerintah tetapi hak kerajaan dan hak rakyat. RTM juga bukan harta parti pemerintah ; justeru itu rakyat berhak mendapat maklumat daripada ketua-ketua parti oposisi tentang dasar pemerintahan mereka di radio dan TV secara saksama dan adil untuk dinilai oleh rakyat.

Wang yang dikutip daripada rakyat akan kembali kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan infrastruktur. Ianya tiada perlu di gembar-gemburkan kerana itu obligasi mana-mana parti pemerintah .Negara komunis pun laksanakannya tetapi di atas segalanya semuanya datang daripada yang empunya rezeki dan yang empunya global. Justeru itu, bersyurkurlah kepada dia yang empunya segala.

Oleh yang demikian, hak rakyat Kelantan sebanyak RM1Billion daripada hasil minyak petronas di negeri Kelantan sebanyak 5% hendaklahlah di pulangkan segera kepada rakyat Kelantan ; jangan jadi perampok di siang hari ( ‘Broad day light robbery’ ) harta rakyat Kelantan untuk di faraid kepada kroni –elit-suku-sakat.. Petronas adalah aset kerajaan yakni, aset rakyat bukannya harta mana-mana parti pemerintah . Justeru itu, pastikanlah rakyat semua, bahawa parti bukan kerajaan dan kerajaan bukan parti tetapi kerajaan adalah rakyat. Untuk itu , mengundilah calun parti rakyat dalam gagasan pakatan rakyat.

KALAU PAKATAN RAKYAT LEMAH, BUBAR SAHAJA KERAJAAN PERAK UNTUK UJI BAKAT UMNO

-----------Oleh Halik Zaman---------

Kemelut politik Pakatan Rakyat di Kedah dengan tindakan DAP negeri itu keluar daripada Pakatan Rakyat semalam sekali lagi membuktikan perbezaan dan ketidakmampuan mereka membina negara, kata
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaaan, Datuk Rais Yatim.

Katanya, perkembangan terbaru itu juga membuktikan Pakatan Rakyat adalah pakatan yang rapuh dan berasaskan kepada "kerjasama untuk mencapai kepentingan tertentu" serta tidak boleh lagi dipercayai
rakyat.

ULASAN HZ

Untuk pengetahuan Dato Rais Yatim, krisis kecil diKedah itu tandanya PAS tidak mahu bertolak ansur kepada sesiapa sahaja dalam halehwal kebersihan dekat Bandar. Ini untuk kepentingan penduduk, bukan politik.

Krisis kecil tempat penyembelihan babi, Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat, tempat yang disediakan oleh Kerajaan UMNO dulu itu, tidak lagi sesuai untuk digunakan pada hari ini dan patut dipindahkan. Itu cuma perselisihan faham individu, bukannya melibatkan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Pusat. Itu sahaja.

Tapi almaklumlah orang yang sudah terlalu desperate dengan Kerajaan Perpaduan yang gagal itu, seperti Dato Rais Yatim, memang jadi satu isu yang besar sekali. Dato Rais menganggap Kerajaan Pakatan Rakyat sudah rapuh, tidak kukuh dan sudah lemah padahal krisis PPP dan MIC
lebih teruk lagi tapi disembunyikan. Macam lah orang ramai tidak tahu.

Dalam UMNO Perak pun ada juga krisis sehingga 2 ADUN dari UMNO dengar khabar sudah pun lompat ke Pakatan Rakyat, Dato Rais Yatim tidak komen apa apa. Kenapa? Orang Sabah jauh pun tahu, takkan lah Dato Rais Yatim tidak tahu yang Kerajaan UMNO/BN berkocak rancak disana?

Kalau Dato Rais Yatim sudah yakin Pakatan Rakyat sudah rapuh, lemah. Kenapa UMNO/BN tidak bubar sahaja Kerajaan Perak? Biarkan rakyat sahaja yang jadi hakim dalam Pilihan Raya Negeri nanti? Siapa yang masih kuat dan siapa yang rapuh dan lemah. Nanti boleh tahu juga. Pemimpin pemimpin UMNO seperti Dato Rais Yatim, selalu suka cakap besar, cakap tinggi melangit tapi takut pula bubar Kerajaan Perak. Ayuh bubar sahaja Kerajaan Perak kalau Rais Yatim berani.
HZ

DATUK RAIS YATIM, SUDAH DI REJECT PERWAKILAN UMNO

-------Oleh Halik Zaman------

Tindakan DAP Kedah menarik diri daripada kerajaan pakatan pembangkang hanya kerana babi merupakan tamparan hebat kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersungguh-sungguh mahu bersama parti itu untuk membentuk kerajaan dan menolak UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rais Yatim berkata, apa yang berlaku di Kedah itu jelas memperlihatkan pandangan Nik Aziz berhubung kerajaan pakatan pembangkang adalah salah.

Umum pun tahu latar belakang Datuk Rais Yatim, beliau bukannya menang bertanding dalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam Mesyuarat Agung UMNO baru baru ini. Perwakilan UMNO sudah pun reject Datuk Rais Yatim sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Datuk Rais Yatim cuma sebagai AJK UMNO Pusat yang dilantik oleh Presiden UMNO sahaja atas dasar belas kasihan. Bukannya dia ada pengaruh sangat. Beliau macam nasi tambah sahaja dalam UMNO.

Dulu pun Rais Yatim pernah kalah bertanding di Negeri Sembilan lawan Barisan Nasional. Beliau salah seorang, orang kuat parti politik yang "kurang empat 50" . Parti 46. Tapi sikap menyibuk dan tebal muka, dia kononnya nangis nangis jumpa Mahathir, minta masuk balik dalam UMNO. Jadi lah Menteri sampai sekarang.

Datuk Rais Yatim yang paling menyibuk pasal Kerajaan Perpaduan. Beliau tahu, kalau tanpa ada Kerajaan Perpaduan dengan PAS, beliau tidak ada tempat lagi boleh berdiri sebagai calon yang boleh menang senang senang, tanpa ada sokongan PAS dalam PRU13 yang akan datang.

Beliau mahu cari jalan selamat supaya diwujudkan Kerajaan Perpaduan. Bila gagal sahaja untuk berfungsi Kerajaan Perpaduan, dia lah yang paling marah sekali. Pada Tok Guru Nik Aziz pun dia paling marah. Beliau difahamkan, tokoh politik dan Ulamak PAS No1 itu adalah punca terhalangnya cita cita dan impiannya untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Walau apa pun Datuk Rais kecam, anggap lah kecamannya itu sebagai suatu pemikiran dari kefahaman kolot seorang yang tidak bertamadun. Beliau terlalu sangat memikirkan soal kepentingan dirinya sendiri hingga sanggup beliau memperselekehkan seorang Ulamak yang sangat dikagumi dan disayangi oleh seluruh ahli ahli PAS di seluruh Malaysia..

Orang UMNO memang suka jadi penyibuk dan suka ambil tahu hal rumah tangga orang lain. Rumah tangga mereka sendiri kian hari kian runtuh terus mereka sembunyikan. Sudah menjadi asam garam UMNO, tidak suka melihat perpaduan orang lain. Mereka senantiasa berfikir tanpa UMNO, Pakatan Rakyat tidak mampu menerajui Kerajaan.

Ada lagi yang selalu suka jadi penyibuk. Profesor profesor murahan dan cendikiawan atau cerdik pandai yang khas di bayar gaji oleh UMNO, selalu memberi gambaran yang buruk dalam Astro Awani. Kerja mereka suka memberi andaian yang buruk buruk kepada Pakatan Rakyat. Pada mereka Pakatan Rakyat mesti dihancurkan, kalau tidak UMNO akan hancur. Habis lah tempat mereka cari makan sampingan.
HZ

Kg Buah Pala: Jangan apikan isu perkauman

GELUGOR, 3 Julai (Hrkh)- PAS Pulau Pinang mengingatkan mana-mana pihak jangan mengapi-apikan isu perkauman terhadap kes Kampung Buah Pala, Glugor yang sedang berkocak sekarang.

Demikian ulasan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa terhadap isu melibatkan kaum India di Kampung Buah Pala.

"Ada unsur-unsur mengapi-apikan isu perkauman dalam kes Kampung Buah Pala.

"Pihak tertentu diharap jangan mempergunakan isu berkenaan untuk melebarkan pengaruh mereka semula tambahan lagi mengaitkan api perkauman, " ujarnya.

Pihak keselamatan tambah Mujahid, harus segerakan siasatan serta tindakan jika terdapat usaha pihak tertentu melagakan kaum walhal kes itu boleh diselesaikan dengan baik tanpa ada dorongan pihak tertentu yang sedang mencari publisiti.

Menurutnya, pihak pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhn wajar membayar pampasan secukupnya kepada penduduk sebelum memulakan projek pembinaan walaupun tanah itu merupakan tanah TOL.

Bukan itu sahaja sambung beliau, Kerajaan Negeri juga kena memperjelaskan kepada penduduk hal sebenar kerana apa yang terjadi adalah hasil peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang keluar rumah sambil meninggalkan 'najis'.

"Sekarang ini apa pun isu Kerajaan Pakatan Rakyat yang menanggungnya. Umno dan BN buat najis kita pula membersihkanya. Apa boleh buat kita menang waktu yang teruk, " tegasnya.
PAS rasa jika ada tolak ansur antara pemaju, penduduk serta campur tangan Kerajaan Negeri semua isu itu boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat. - azm

Tun M : tanya pegi mana RM 253.6 ribu juta duit Petronas...???

Che Det telah menimbulkan soalan cepu emas tentang bagaimanakah RM253.6 ribu juta dimana telah diterima oleh kerajaan pusat daripada Petronas selama 6 tahun sebelum ini dibelanjakan.

Mantan Perdana Menteri dalam blognya hari ini berkata Petronas telah membayar dividen sejak tahun 1976.Pada tahun itu Petronas membayar sebanyak RM300 juta.

Pada tahun 1981, Petronas membayar sebanyak RM2 ribu juta.

Pada tahun 2003, Petronas membayar sebanyak RM15.6 ribu juta.

Jumlah keseluruhan Dividen yang dibayar Petronas dari tahun 1981 hingga tahun 2003 adalah sebanyak RM168.8 ribu juta dalam tempoh 22 tahun.

Che Det juga mahu penjelasan daripada kerajaan UBN bagaimanakah RM253.6 ribu juta ini dibelanjakan.

Che Det merujuk kepada Pengumuman Petronas pada 25 Jun 2009 telah membayar sebanyak RM30 ribu juta dalam bentuk dividenkepada kerajaan pusat berakhir tahun kewangan pada akhir Mac, 2009 walaupun penurunan 14 Peratus keuntungan kasarkepada RM52.5 ribu juta kerana penurunan harga minyak mentah dan tingginya kos operasi.

Sebanyak RM30 ribu juta termasuk dividen khas sebanyak Rm6 ribu juta telah diumumkan pada tahun lepas.

Selain daripada dividen yang dibayar, Petronas juga telah membayar cukai sebanyak RM29.4 ribu juta, RM6.2 ribu juta royaltidan duti eksport sebanyak RM2.2 pada tahun 2009.

Keseluruhan jumlah sumbangan Petronas pada tahun 2009 adalah RM67.8 ribu juta dan untuk tahun 2008 pula adalah sebanyak RM56.8 ribu juta kepada kerajaan pusat.

Persoalannya....Apakah yang dibuat oleh UBN dengan wang ribu juta ribu juta ini....Apakah manafaat kepada rakyat di atas kurniaan dan limpahi ilahi di bumi bertuah ini.

Bukan sahaja che det bertanya...bahkan rakyat 1 Malaysia bertanya????

MADEY : WHERE DID PETRONAS MONEY GO..???? Wa...Wa..Penyamun soal kat mana wang yg disamun hilang...!!!!


Madey wants to know what the government did with the Petronas money.

Petronas adviser Madey today asked what did the government spend with the RM253.6 billion payment from the national oil company over the past six years when his successor Abdullah Ahmad Badawi was prime minister.

The former prime minister, a trenchant critic of Abdullah, wrote in his blog that Petronas has been paying dividends, taxes, royalty and export duties to the government since 1976, after it was set up as the national custodian for fossil fuels.

"Where has the money gone to?" Madey asked.

KAH KAH KAH..

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… INI BETUL PERANGAI TABIAT PENYAMUN… kah kah kah..

Kah kah kah… LEPAS MEROMPAK MENGAKU TAK TAHU…kah kah kah…

Woit…. YANG BERATUS MILION SELAMATKAN SYARIKAT MISC DUIT PETRONASLAA ..kah kah kah…

Kah kah kah… MIRZAN MISC TU ANAK BEROK MANA ?.... kah kah kah..

Kah kah kah… YANG BUAT LITAR SEPANG TU DUIT PETRONASLAA…kah kah kah…

Kah kah kah… BERBILION RINGGIT BUAT PUTRAJAYA TU DUIT PETRONASLAAAA…. Kah kah kah…

Kah kah kah…. DUA BILION BELI KAPAL SELAM TU DUIT PETRONASLAA…kah kah kah..

Woit…. MAHAFIRAUN NI MESTI ADA RANCANGAN NAK MEROMPAK LAGI NI…kah kah kah..

Woit… PROJEK PROJEK MEGA TU …DUIT PETRONASLAAAA…kah kah kah..

Kah kah kah… RIZ KHAN DARI ALJAZEERA JUGA BETUL … “ YOU ARE AN INDIAN WHY YOU LIED TO BE A MALAY?..... kah kah kah.. ( interview dengan riz khan)

Kah kah kah... BETUL BETUL AUTA...... kah kah kah...

-tukartiub

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perjelas skim usia emas..!!!

Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan parti pembangkang yang menurutnya cuba mengelirukan masyarakat umum berhubung Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Ia ekoran setiausaha dakwaan MCA Sungai Besar yang dilaporkan mendakwa tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalihkan wang sumbangan di bawah SMUE kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai penyelewengan kuasa.

"Kenyataan anggota parti pembangkang itu memperlihatkan beliau tidak langsung menyemak fakta sebelum membuat sebarang tuduhan.

"Ini kerana sesiapa yang lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 dan sedang menetap di Selangor atau Kuala Lumpur adalah layak mendaftar sebagai ahli SMUE," kata kenyataan sekretariat kerajaan Selangor hari ini.

Menurutnya, syarat kelayakan lain yang membolehkan seseorang warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai ahli SMUE ialah lahir dan sedang menetap di Selangor, atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

"Skim ini merupakan satu skim khairat kematian bagi membantu keluarga Warga Emas yang layak dan berdaftar, yang meninggal dunia.

Ketepi perbezaan politik

"Maka adalah tidak wajar untuk memberi sumbangan RM1,000 sebaik selepas tarikh pendaftaran sepertimana dicadangkan oleh anggota MCA itu bagi tujuan perbelanjaan atau pelancongan.

"Berhubung kes 1,000 borang permohonan ditolak sepertimana dilaporkan dalam media, pihak urusetia yang mengendalikan skim ini - Rantaian Mesra Sdn. Bhd - mengesahkan ia tidak wujud kerana urusetia tidak berhak menolak permohonan tetapi hanya memproses borang permohonan yang dihantar dari Pusat Khidmat DUN," kata kenyataan tersebut.

Menurutnya, mereka yang layak, akan didaftarkan terus dan borang yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada Pusat Khidmat DUN untuk melengkapkannya.

"Skim ini disasarkan kepada semua yang layak dan berdaftar tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan kedudukan sosial.

"Oleh itu, kerajaan negeri berharap parti pembangkang mengetepikan perbezaan politik dan tidak melakukan tuduhan yang tidak berasas, sebaliknya membantu menjayakan program ini demi kebaikan dan kebajikan seluruh warga Selangor.

"Bagi mereka yang mempunyai masalah dari segi pendaftaran, sila hubungi terus pihak urusetia, Rantaian Mesra Sdn. Bhd. di talian 03-55103468 atau 03-55103472," katanya.

Kritikan Terhadap Abu Talib ..!!! Jelas Kepuraan-puraan Slogan 1Malaysia..???

NAMPAKNYA semangat 1 Malaysia yang digagaskan oleh Najib Razak tidak menyerap ke dalam diri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. Ataupun mungkin Nazri belum bersedia untuk mempraktikan 1 Malaysia itu dalam konteks menyeluruh pada semua peringkat.

Kenapa dikatakan begitu, kerana kalau semangat 1 Malayisa yang membawa slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sudah tentu Nazri tidak bersedia untuk mengkritik Pengerusi Hak Asasi Malaysia (Suhakam), Abu Talib Othman begitu rupa.


Kalau pun beliau tidak berkenaan dengan Abu Talib beliau akan menggantungkan kata-katanya sehingga tidak lancang begitu sekali. Tetapi Nazri yang dikenali sebagai seorang anggota kabinet lantang dan bercakap terus terang telah mengkritik secara terbuka terhadap bekas Peguam Negara itu di parlimen semalam ekoran pandangannya mengenai pergolakan politik di Perak baru-baru ini.

Pada pandangan Abu Talib rakyat Perak sepatutnya diberikan haknya bagi menentukan kerajaan yang mereka ingini. Ternyata pandangan bebas dan tanpa motif politik Abu Talib itu tidak disenangi Nazri kerana ia dilihat tidak memihak kepada UBN.

Nazri mentafsirkan kenyataan peribadi Abu Talib itu boleh mempengaruhi para hakim yang sedang membicarakan kes perebutan jawatan MB antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abdul Kader kerana beliau adalah bekas Peguam Negara.

Alasan Nazri, Abu Talib tidak berhak memberi ulasan begitu kerana soal politik Perak tidak termasuk dalam bidang kuasa Suhakam.

Terbukti sikap Nazri itu menunjukkan beliau tidak menghayati slogan yang dibawa oleh bosnya. Sekiranya beliau menghayati beliau tidak perlu berpandangan pesimis begitu dan membiarkan saja Abu Talib memberi pandangan itu kalaupun bukan atas sifatnya sebagai Pengerusi Suhakam tetapi sebagai seorang warganegara yang tertakhluk dalam slogan ‘rakyat didahulukan’ itu.

Apa yang difahamkan dengan slogan ‘rakyat didahulukan’ itu bukan saja bermakna rakyat perlu diberi khidmat, bantuan atau janji-janji molok tetapi juga termasuk dalam menerima pandangan dan kritikan rakyat!

Lagipun bukankah Abu Talib pengerusi Suhakam dan kedudukan itu juga sebagai haknya untuk memberi pandangan sebagai memastikan hak-hak rakyat umum terbela dan dijaga? Apabila pandangan begitu juga disekat ini jelas menunjukkan slongan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan tidak menjadi kenyataan.

Sekiranya semua menteri berpandangan seperti Nazri kita bimbang 1 Malaysia tidak lebih daripada slogan semata-mata yang sedang didengar tetapi sukar untuk dilakasanakan dan dihayati oleh para menteri.

Berita berkaitan mstar: -

Abu Talib tak layak terajui Suhakam - Nazri

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman dikritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik Perak baru-baru ini.

Ketika menyatakan demikian di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan pendirian bekas Peguam Negara itu apabila mengatakan bahawa rakyat Perak harus diberikan pilihan untuk menentukan kerajaan kehendak mereka.

"Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya.

"Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri semasa menjawab soal yang dibangkitkan oleh Tian Chua (PKR-Batu), M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) di Parlimen semalam.

Dewan Rakyat yang mengakhiri sesi sidangnya lewat malam tadi, membahas dan meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) (Pindaan) 2009.

Nazri berpendapat Abu Talib tidak perlu membuat kenyataan sedemikian memandangkan isu Dewan Undangan Negeri tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Suhakam.

"Sebagai bekas pendakwa raya nombor satu negara, Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah.

"Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya.

Malah pelantikan peguam terkenal Datuk Muhammad Shafee Abdullah sebagai pesuruhjaya Suhakam juga dikritik oleh anggota Dewan Rakyat.

Tian Chua mempersoalkan mengapa Shafee yang hadir Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei lalu untuk memberikan nasihat dan bertindak bagi pihak Umno di mahkamah, dilantik sebagai pesuruhjaya Suhakam.

"Antara Abu Talib dan Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Abu Talib tidak layak sebagai Pengerusi Suhakam," tambah Nazri.

Tian Chua juga membangkitkan pertanyaan sama ada seorang pesuruhjaya Suhakam boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan mewakili ahli-ahli politik di mahkamah.

Menjawab soalan ini, Nazri memberitahu, seseorang pesuruhjaya seharusnya membezakan peranan sebagai peguam mewakili anak guaman dan anggota Suhakam.

Terdahulu Nazri berkata, pesuruhjaya Suhakam tidak harus berat sebelah dalam pendirian mereka.

PAS Melaka: Pemuda Umno 'ganas'..!!! Apakah pihak Polis berani bertindak terhadap Pemuda Umno Melaka..???

Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP dan menimbulkan kekecohan sehingga mencederakan seorang ADUN pembangkang semalam.

Sewaktu kejadian, dua parti Pakatan Rakyat itu - yang sedang mengalami konflik besar di Kedah - sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih baru di sebuah pasar malam.

Seorang pemimpin Pemuda Umno bahagian "dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS" yang membuka kaunter pendaftaran di pasar malam Taman Melaka Baru, kata ketua penerangan PAS Melaka hari ini.

"Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya (pemimpin Pemuda Umno itu) adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tidak tahu undang-undang dan sebagainya," kata Sofi Wahab.

"Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain.

"Polis juga tidak ketinggalan dicaci oleh beliau."

Menulis di blognya dengan tajuk 'Pemuda Umno ganas serang pemimpin DAP dan PAS', Sofi berkata kumpulan Pemuda Umno bahagian itu kira-kira 40 orang bertindak kasar, termasuk memecah meja dan pemidang kecil.

"Ternyata mereka (Pemuda Umno) cuba menunjukkan kuasa mereka dengan mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang.

"Sedangkan terbukti wakil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan polis yang bertugas di situ tidak mengambil apa-apa tindakan kerana tindakan DAP dan PAS menjalankan kempen daftar pemilih tidak menyalahi undang-undang," katanya.

"Pemuda Umnolah yang membelakangkan undang-undang sehingga sanggup membuat keputusan sendiri menyerang kami."

Sofi, yang berada di tempat kejadian kira-kira jam 8.30 malam, berkata selepas itu berlaku pergelutan kerana Pemuda Umno "bertindak liar cuba menyerang ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyokong Pakatan Rakyat."

"Akibatnya Khoo telah luka di kedua-dua belah lututnya," katanya.

Tambahnya, pergelutan itu bagaimanapun dapat dileraikan dalam masa yang pantas apabila beberapa pegawai polis berpakaian biasa bertindak mengheret seorang ahli Pemuda Umno dan memberi amaran supaya tidak ada pergaduhan berlaku.

Turut sama berada di tempat kejadian: ADUN Kesidang yang juga ketua pembangkang DUN Melaka, Goh Leong San; ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong; serta dua exco Pemuda PAS Melaka, Abu Iskandar dan Kerol Salleh.

Pemimpin PAS dan DAP kemudian membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda Umno tersebut.

Tazkirah Jumaat: Manusia tidak lekang daripada ujian

Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.

Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui program ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.

Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud: "Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk."

Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar."

Kedua-dua ayat tersebut di atas, memberi penjelasan bahawa Allah SWT telah meletakkan syarat terpenting dalam menghadapi ujian-Nya ialah dengan berbanyak sabar dan melakukan solat, sama ada yang wajib atau sunat, kerana dengannya kita boleh bermohon kepada-Nya untuk menyelamatkan kita daripada sebarang bentuk marabahaya yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.

Sifat sabar itu lahir apabila manusia ditimpa ujian getir daripada Allah SWT, ia bertujuan untuk memperkasa diri Muslim untuk terus berhubungan dengan Allah sebagai tanda penyerahan diri mereka hanya kepada Allah, dan sabar itu pula boleh dikategorikan sebagai berikut;

1. Sabar dalam melaksanakan segenap perintah Allah dengan penuh rasa khusyuk dan pasrah kepada-Nya.

2. Sabar dalam meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya dengan penuh rasa tanggungjawab.

3. Sabar dalam menempuh segala ujian, kerana ia mengandungi kebaikan untuk semua.

4. Sabar ketika berhadapan dengan maksiat.

5. Sabar terhadap ketentuan dan musibah.

Apabila dilihat kepada sirah para anbiya tidak seorang pun daripada mereka yang tidak diuji oleh Allah, namun ujian yang ditimpakan ke atas mereka tidaklah sama antara seorang rasul dengan yang lain, justeru baginda ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud; "Para anbiya adalah golongan yang paling dahsyat ditimpakan ujian oleh Allah, kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama)."

Sehubungan itu, Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur (Mursyidul Am kelima Ikhwan Muslimun menerusi tulisannya 'Bekalan kepada Para Da'ie' ada menyatakan, bahawa mana-mana individu atau jemaah tertentu yang memperjuangkan Islam, jika tidak melalui proses ujian, maka ia masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dakwahnya.

Beberapa perkara yang berkaitan dengan ujian

1. Bahawa Allah SWT menjadikan ujian sebagai sunnah-Nya, supaya Dia mengetahui di kalangan hamba-Nya yang jujur dan mana yang berdusta, mana yang benar-benar beriman dan mana yang munafik. Jika sekiranya semua perkara itu mudah dan penuh dengan kesenangan, nescaya semua orang akan mengaku bahawa dia adalah seorang yang jujur, benar dan beriman. Akan tetapi, Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar jujur dan orang yang melaksanakan solat lima waktu.

2. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada setiap ujian, iaitu membersihkan orang-orang yang komited dalam perjuangan mendaulatkan Islam, supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang menghina orang-orang soleh dengan pelbagai tindakan jahat, termasuk para da'ie, penuntut ilmu, para ulama dan para wali Allah.

3. Antara rahsia daripada ujian dan cubaan yang diturunkan Allah ke atas permukaan bumi ini, iaitu penghapusan pelbagai kesalahan dan dosa yang terdapat pada diri orang-orang pilihan, sehingga Allah akan gugurkannya hingga ke akar umbinya.

4. Bahawa agama Islam ini, meskipun sering diberitakan bahawa ia sudah menang dan berjaya, sebenarnya di tengah-tengah perjalanan, masih penuh pelbagai cabaran dan tentangan, cubaan dan konspirasi jahat yang merintang, sehingga seorang mukmin masih bimbang menghadapi pelbagai konspirasi busuk yang dilancarkan syaitan yang berupa manusia terkutuk dari setiap pintu, jendela dan setiap arah.

5. Kita mampu menyingkap pelbagai konspirasi jahat musuh-musuh Islam, hingga kita mengetahui bahawa konspirasi busuk mereka tidak terbatas pada satu dimensi sahaja, akan tetapi datang dari semua arah dan tempat, pembunuhan, penjara, pengusiran, pencemaran nama baik, pembohongan, tipudaya dan sebagainya. Akan tetapi semua itu akan berakhir dengan kegagalan.

6. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada ujian yang ditimpakan, iaitu agar seorang hamba sentiasa berjuang dan bangkit daripada jurang kerendahan dan kehinaan, serta berjuang kembali dengan tenaga dan semangat baru dan mengembalikan aktivitinya setelah keluar daripada ujian ini dengan jayanya.

7. Hendaklah seorang hamba itu merendahkan diri, patuh, tunduk dan berlindung kepada Allah serta bermunajat kepada-Nya, kerana kemenangan hanya ada di tangan-Nya dan kemuliaan hanya wujud dengan merendah diri kepada-Nya.

8. Kejujuran dan keyakinan tauhid hanya kepada Allah SWT. Hal ini dapat diketahui oleh orang yang telah cuba menerapkan kalimah La ilah Ilallah, di mana kejujuran yang kukuh tidak akan nampak kecuali saat hamba itu mendapat ujian, maka itulah ucapan kalimah tauhid yang diungkapkan dengan penuh kejujuran dan keyakinan dari dalam hatinya.

Justeru, tauhid ini akan dapat dilihat dengan jelas pada masa-masa berlakunya krisis, sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat 65 surah al-Ankabut yang bermaksud: "Maka apabila mereka menaiki kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-nya." - lanh _

Babi pening kepala…. buaya gangsa dok ternganga!!!

Babi… ketawa dia, weh!!! Ketawakan siapa, ya???

Kesian teman pada haiwan bernama babi. Semenjak dua menjak ni asyik kena hina…. kena maki…. dipersenda dan macam-macam lagi. Kemelut yang melanda negeri Kedah kini, ada kaitan dengan babi…. iaitu tempat penyembelihan babi yang dirobohkan oleh MBAS. Konon nyer setelah sebulan notis dikeluarkan….. orang-orang yang terlibat dengan tempat tersebut masih enggan berganjak. Lantas… ia diroboh. Lepas itu kecoh…. riuh rendah…..

Akibat nyer, timbul pergeseran antara PAS dan DAP. Kedua-dua pihak, saling menegakkan benang basah masing-masing dengan alasan itu ini. Dari segi politik…. yang menjadi mangsa ialah Pakatan Rakyat. Kerana isu yang remeh…. ikatan yang sudah terjalin erat, ingin dirungkai dan mungkin akan terburai…. Itu yang hangpa mau???

Why don’t both sides shut up and think??? Pikir…. pikir…. jangan ikut perasaan, jangan ikut ego. Tak der paedah nyer!!! Benda ini, boleh diselesaikan sekira nyer, PAS lebih prihatin dan bertimbang rasa pada kehendak dan keperluan kaum-bukan Islam dan DAP pulak lebih rasional dalam permintaan dan tindakan mereka. Jangan bertindak gopoh. Masing-masing… jangan nak tunjuk, kepala siapa yang lebih keras, dan kepala siapa lebih besar…..

Stay coooool, ler yop!!! Kenapa tidak, duduk bersama dan bawak berbincang secara rasional tanpa ada perasaan emotional. Jangan tuduh menuduh dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Benda-benda remeh temeh ni…. kadang-kadang sensitif jugak…. sebab tu kena diselesaikan cepat. Jangan biorkan ia merebak sehingga jadi barah pulak. Kalor udah jadi barah…. parah ler. Susah…. susah….. Macam mana cara nak selesai, komer pikior ler sendiri. Pihak-pihak lain tu…. jangan jadi batu api. Jangan simbah pulak minyak pada api yang mula nak nyala. Apa paedah komer dapat…

Komer tau tak…. yang UBN sedang sakan bertepuk tangan nengok kelaku komer!!! Puak-puak puaka tu…. nengok negeri Kedah bercekor, mengekek demer. Nengok negeri Perak bercempera… bersorak demer…. Usah bagi puak-puak puaka tu, the pleasure mentertawakan kita. Kita patut nyer bagi demer sakit jiwa bukan bagi demer pleasure, weh….

Cer komer tengok gelagat sorang malaun, puak UBN di Kedah…. Ada pulak dia menyarankan agar ditubuhkan kerajaan perpaduan PKR-DAP-BN. Ater…. PAS nak dicampakkan begitu sajer!!! Komer tengok ler perangai buruk UBN….. sebab itu Tok Guru Nik Aziz doesn’t want to have anything to do with UMNO what so ever…. Mungkin musibah yang melanda negeri Kedah ni, ada hikmah nyer. Mungkin Allah nak tunjuk kepada kita kebenaran kata-kata Tok Guru dan kita dapat lihat sendiri, contoh…..bertapa busuk nyer hati perut UBN. Itu sebab, kerajaan perpaduan amat digilai sesangat oleh UMNO, merepek jer. Buang masa dan hanya nak mengena kita jer… Tawor jer madu kita, habis diluah demer…. Usah percaya ler!!

Bagi penagih-penagih UMNO yang dok ada dalam PAS ni, baik hangpa buang terus idea dan kempunan hangpa nak berbincang dengan puak-puak puaka ni. Buat orang marah kat hangpa jer dan buat diri hangpa nampak tak cerdik, jer. Apa yang hangpa nak harap pada depa….. nak berdebat berdepan dalam terang, depa takut…. nak berbincang dalam terang, depa kecut….. Puak-puak yang suka main dalam gelap ni bahaya….. banyak muslihat nyer. Hangpa jangan terpedaya…. Buaya-buaya ini sentiasa ternganga nak ‘ngap’ hangpa!!! Hati-hati ler…..

Jangan sampai, depa kenyang…. kita terlopong dan gigit jari. Sebab tu, peluang yang Allah SWT dah beri ini, kita jangan persiakan. Takut pulak nanti….. kerana keangkuhan kita, Allah SWT, tarik balik nikmat yang telah diberi untuk kita kecapi dan we will back to square one!!! Haru nanti weh……

MANEK URAI : APA KATA CALON PAS

Calon Pas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, 50, menyifatkan pemilihannya sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul bagi meneruskan perjuangan menegakkan Islam.

Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai yang lebih mesra dengan panggilan ‘Abe Je’ dalam kalangan masyarakat setempat berkata, kerana itu beliau berasa ‘gerun dan takut’ apabila dipilih untuk memikul amanah tersebut yang kelak pasti akan ditanya sama ada ia dilaksanakan dengan baik di akhirat nanti.

Berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) katanya, mereka yang dipilih sebagai calon parti itu sebaliknya berasa gembira kerana memikirkan ‘projek’ dan peruntukan yang bakal diterima terutama jika menang pada pilihan raya.

“Sebagai orang Pas, saya dan kita semua tahu, bila diminta bertanding, ia merupakan satu amanah yang amat berat.

“Sebut sahaja amanah, kita orang Islam takut dan gerun kerana di akhirat nanti, kita akan ditanya adakah tanggungjawab dan amanah ini telah dilaksanakan dengan sempurna,” katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Belia Kampung Peria, dekat sini, kelmarin.

Beliau bagaimanapun berazam akan menunaikan amanah dan tanggungjawab itu sebaik mungkin sekiranya memenangi pilihan raya kecil itu yang akan diadakan pada 14 Julai ini.

Hadir sama Bendahari Dewan Pemuda Pas Kelantan yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu, Wan Azimin Wan Adnan dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai, Mahadi Mat Zain.

Mohd Fauzi berkata, kehidupan hariannya sebagai pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai sebelum ini ‘cukup senang’ kerana tugasnya di pasar selesai pada jam 10 pagi sebelum datang semula pada sebelah petang hanya untuk mengutip wang.

“Tetapi (bertanding pilihan raya) ini cukup sukar dan banyak tanggungjawab yang perlu dipikul kerana amanah untuk meneruskan perjuangan bagi menegakkan Islam terletak atas bahu saya.

“Kalau saya seorang, memang tidak mampu saya nak pikul tanggungjawab ini tanpa bantuan,” kata Mohd Fauzi yang menyatakan masih terkejut dengan pemilihannya kerana beliau tidak pernah menyimpan niat untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu memandangkan masih ramai lagi yang lebih layak.

Justeru beliau berharap, Pemuda Pas yang memainkan peranan penting dalam menentukan kekuatan dan kelemahan parti itu akan dapat membantunya untuk menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

Katanya, sokongan padu semua terutama Pemuda amat diperlukan bagi memastikan kerusi DUN itu kekal di tangan Pas dan kesinambungan perjuangan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaakob dapat diteruskan.

Pemilihan Mohd Fauzi dianggap tepat dan mendapat sokongan menyeluruh, malah ramai dalam kalangan ahli parti itu termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan beliau merupakan bayangan kepimpinan Allahyarham Ismail.

Biarpun tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi seperti calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, Mohd Fauzi dianggap pilihan paling popular di peringkat akar umbi dengan pendekatannya yang mudah mesra dengan masyarakat.

Malahan, Mohd Fauzi yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil dilihat mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan kepimpinan politik berbanding Tuan Aziz yang baru dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai pada pemilihan parti itu, November 2008 lalu. -SH

Kes permohonan Anwar didengar 8 Julai..!!! Apa punya kalut dokumen berkaitan kes dihalang beri kepada tertuduh...????

KUALA LUMPUR 3 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 Julai ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen-dokumen berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Pada hari yang sama, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah dijadualkan mendengar permohonan Ketua Pembangkang itu untuk membatalkan tuduhan meliwat pembantunya, Mohd. Shaiful Bukhari Azlan sebelum diteruskan dengan perbicaraan. - Utusan


INI LAH KEBODOHAN RAKYAT PENYOKONG TEGAR UMNO@BN...MEREKA TIDAK MELIHAT KAH FAKTA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM...!!! DOKUMEN BERKAITAN YANG HANYA BOLEH MINTA SEHAJA KEPADA PENDAKWARAYA UNTUK DIJADIKAN ASAS PEMBELAAN...TAPI DIHALANG OLEH JABATAN PEGUAM NEGARA DARI DISERAHKAN SALINAN KEPADA YANG TERTUDUH...!!! KENA AMBIL PERINTAH MAHKAMAH PULAK UNTUK DAPATKANNYA...!!! TAK UBAH MACAM ORANG CELIK DI IKAT MATA DISURUH BERJALAN ATAS TITI KAYU YANG DIBAWAHNYA PENUH DENGAN KACA...???