Khamis, 2 Julai 2009

BINI PUAKA : Polis buru 3 siswa API di UM..!!!

Polis akan menjejaki tiga lagi pelajar Universiti Malaya (UM) yang sedang diburu untuk membantu siasatan kes menconteng dan dakwaan percubaan membakar sebuah dewan apabila mereka menyambung pengajian dalam semester baru mulai bulan depan.

"Kita tunggu sehingga mereka masuk UM, mereka mesti masuk (untuk) mendaftar (bagi semester baru)," kata pegawai penyiasat kes tersebut, Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam.

Ketiga-tiga pelajar tersebut dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian menconteng, antaranya "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dewan Akademi Pengajian Islam (API), 24 Jun lalu.

Selain contengan, polis juga mengesan simbahan petrol di permaidani yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk menghadiri satu program di situ beberapa jam selepas kejadian itu.

Difahamkan, polis dipercayai mencari presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - kedua-duanya dipercayai pelajar API.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, pegawai polis Brickfields itu menasihatkan ketiga-tiga mereka menyerah diri dan bekerjasama dengan polis bagi memudahkan siasatan kes tersebut.

Selasa lalu, dua pelajar akademi Islam, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara.

Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Tiga klip video

Mereka didakwa menconteng dinding dewan tersebut, selain menyimbah petrol di permaidani dan dibebaskan semalam selepas ikat jamin RM5,000.

Kes mereka akan disebut semula pada 13 Julai ini.

Pengedaran Risalah PKFZ Jadi Punca Kekecohan Dewan Rakyat..!!! Terang2 Dewan Rakyat sendiri kencing MP...!!!!

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sekali lagi menjadi punca kekecohan di Dewan Rakyat sebaik mesyuarat bermula Khamis apabila beberapa anggota Parlimen mempersoalkan mengapa risalah mengenai projek mega itu yang dikatakan sepatutnya diedarkan kepada anggota Parlimen tidak diperoleh.

Isu itu dibangkitkan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang mempersoalkan mengapa salinan risalah itu tidak diedarkan kepada anggota Parlimen seperti yang dijanjikan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sedangkan 300 naskhah salinan risalah itu dikatakan telah dihantar kepada Setiausaha Parlimen oleh PKFZ.

"Risalah PKFZ telah diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat sebelum sesi mula. Menteri Pengangkutan beritahu media, kata patut serah kepada semua ahli Parlimen. Kita akan jadi bahan ketawa jika risalah tidak diedarkan kepada ahli Dewan Rakyat dan saya ingin bertanya kenapa tidak dapat.

"Risalah PwC (PricewaterhouseCoopers) tunjuk dengan mikronya kesalahan-kesalahan menteri, ia patut disegerakan dan ia sudah disegerakan daripada PKFZ ke Dewan Rakyat. Adakah Yang Dipertua menyimpan risalah tersebut dalam peti besi?" soalnya.

Semasa menjelaskan dakwaan itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee mengakui risalah berkenaan sememangnya telah diserahkan oleh PKFZ kepada Setiausaha Dewan Rakyat yang juga Setiausaha Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Risalah itu diserahkan kepada Setiausaha Parlimen atas kapasitinya sebagai Setiausaha PAC. Sekarang ini PAC masih lagi bermesyuarat sebelum mengemukakan laporan itu kepada Dewan ini. Setakat ini ia untuk kegunaan PAC yang sedang siasat dan sehingga PAC siap (siasatan) barulah semua risalah itu dikemukakan ke dewan ini," kata Ronald.

Tidak puas hati dengan penjelasan itu, Kulasegaran terus mempertikaikan kegagalan dewan menyerahkan risalah berkenaan sehingga Ronald terpaksa memberi arahan kepada Kulasegaran supaya menghentikan perdebatan itu.

Pada 14 Jun lepas, Ong berkata 300 salinan Kajian Kedudukan PKFZ oleh Pricewaterhousecoopers (PwC) akan diedarkan kepada semua anggota Parlimen pada hari berikutnya.

Bagaimanapun Ong menjelaskan bahawa terpulang kepada Parlimen untuk menentukan bilakah salinan laporan berkenaan akan diedarkan kepada anggota Parlimen.

Laporan kajian PwC tersiar untuk bacaan umum di laman web PKFZ sejak dikeluarkan pada 28 Mei lepas dan ia bertujuan menangkis tohmahan negatif sesetengah pihak, khasnya pembangkang berhubung PKFZ selain menunjukkan ketelusan kerajaan dalam menangani isu berkenaan.

Laporan itu juga boleh diperoleh untuk pandangan awam dalam tempoh dua minggu di pejabat Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Salinan laporan itu termasuk lampiran yang diberikan kepada semua anggota Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) pada pendengarannya baru-baru ini.

Semalam, PAC menjelaskan bahawa laporan lengkap mengenai skandal PKFZ dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga bulan dan akan dibentangkan di persidangan Parlimen Oktober ini.

Pengerusinya Datuk Seri Azmi Khalid berkata siasatan dijangka selesai sebelum sesi persidangan Parlimen yang akan datang bagi membolehkan PAC membentangkan dan memberi cadangan mengenainya di Parlimen.

-- BERNAMA

Manek Urai : Taktik lapuk ugut pengundi diteruskan BN....!!!

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkkh) - Barisan Nasional (BN) akan tetap menggunakan taktik lapuk seperti ugut pengundi ketika berkempen untuk mempengaruhi mereka mengundi calon BN.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata apabila culaan dilakukan dan didapati ramai pengundi di Manek Urai berada di luar Kelantan, BN cuba mempengaruhi SPR agar melakukan pilihan raya pada hari bekerja kerana dibimbangi mesej yang menyebelahi pembangkang akan mempengaruhi pengundi yang menetap di Manek Urai.

Beliau turut mengalu-alukan kedatangan petugas-petugas jentera pilihan raya PAS dari seluruh negara untuk membantu memenangkan PAS di Manek Urai.

"Petugas-petugas negeri lain harus memahami budaya pengundi-pengundi di Manek Urai. Ini kawasan ini merupakan kawasan luar bandar. Kita akan cuba membudayakan politik Kelantan kepada petugas-petugas luar ini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata petugas-petugas dari setiap negeri akan ditempatkan di penginapan yang telah disediakan.

"Kami telah menyediakan rumah-rumah untuk penginapan petugas-petugas ini dan mereka akan ditempatkan dengan pembantu dari Kelantan. Penginapan ini sudah lama kita sediakan," katanya.

Jelasnya kehadiran petugas-petugas di setiap peti undi di Manek Urai akan membantu merancakkan lagi program-program kempen.

Zaki yakin pengalaman petugas-petugas khususnya dalam pilihan raya umum serta pilihan raya kecil di negeri-negeri sebelum ini dapat dimanfaatkan di Manek Urai seterusnya membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya tersebut. - mks. _

The PETRONAS issue again...!!!

If push comes to shove, the PM in asserting his will can do the following.

*
Re-constitute the entire PETRONAS BOD.
*
The PM can also replace the PETRONAS advisor.
*
If the government is answerable on its financial management of this country, make PETRONAS answerable to parliament.

It would be interesting to have PETRONAS answerable to parliament. People have been complaining that PETRONAS is not answerable to parliament. Yes, they do read what PETRONAS published in their books and publications. But nowadays people are more critical. Since PETRONAS is owned by the people through agency of the PM, it must be brought to bear for its activities in Parliament.

Insulated from public and political scrutiny has allowed PETRONAS to behave beyond reproach. Maybe it has also spawned a nose thumping attitude among its employees. Maybe they think themselves as the privileged few. Perhaps like one blogger suggested, they represent the epitome of Malay management success. Perhaps all those are correct.

It is also true that, these days we must avoid blind trust. Why should anyone accept in good faith whatever PETRONAS employees think of themselves? Many of them think the world of themselves judging from the vitriolic responses whenever doubts concerning their professionalism and hear this, their patriotism were made. They are just the same like you and I.

We are actually tired of claims by PETRONAS employees that they are very patriotic people and that to keep PETRONAS within their exclusive control reflects their patriotism. When it comes to money, PETRONAS employees are likely to throw out their patriotism. Just like many people too. In recent years, PETRONAS has been losing many staff to Middle Eastern oil companies because of higher pay checks. So, money is the great humbler.

The public has a right to see how PETRONAS conduct itself in business affairs. Maybe the PM, like the public, wishes to see a greater sense of accountability. The people want to know how are the three agreements with Uzbekistan on production-sharing, exploration and petrochemical projects. What has happened to its purchase of FL Selenia, Europe's largest independent producer and marketer of branded automotive lubricants, for about US$4 billion? Has its purchase of Woodside Energy Ltd's Mauritanian subsidiaries for US$418 million resulting in PETRONAS gaining significant interests in eight upstream units in the country been good? The people also may be interested in finding out whether its purchase of US$1.1 billion worth of shares in the IPO of the troubled Russian oil giant ROSNEFT was a sound business decision? Or was that decision out of bounds from prying eyes?

In spite of its prowess in overseas ventures leading it to claim that 40% of its revenues are generated from these ventures, how did PETRONAS then lose out or ignored the chance to participate in developing Iran's GOLSHAN and FERDOWSKI gas fields? Has PETRONAS been less diligent in this deal allowing instead the business chance to be taken by Syed Mokhtar Al Bukhary's SKS ventures? SKS is a private business entity who succeeded in the deal. How was its possible for PETRONAS to not sight the possible deal on its business radar screen? Either PETRONAS management or its 'must-protect-at-all cost' BOD have been negligent in their duty to at least participate in the bid to get these fields.

How did the BOD conduct itself on the affairs surrounding SCOMI for instance? It has not explained how SCOMI has managed to secure sizeable business deals when Pak Lah was the PM. Scomi Group Bhd is a listed company provides oilfield drilling lubricants, engineering services, and other petroleum-related services. It has been said that Scomi has received RM1 billion worth of government contract. It got a contract from PETRONAS that was valued at approximately RM157 million in Turkmenistan.

Many regard PETRONAS as Malaysia's best-run government-linked company. We can accept that. Many of its employees are highly trained and dedicated. Its management is highly regarded too. These would support our contention, that PETRONAS and the government should not restrain itself from being upfront about its financials. If decisions made were sound business ones, PETRONAS shouldn't hesitate to allow scrutiny by parliament.

What was the BOD's stand when in the 1980s, PETRONAS was forced to purchase a Boeing 747 jumbo jetliner and lease it to the government-owned Malaysian Airline System? MAS had signed a letter of intent to use only Rolls-Royce engines on its 747s. This particular Boeing 747 uses engine made by Pratt and Whitney. To skirt around the contractual obligations and to push through the purchase of the Boeing 747 with Pratt and Whitney engines, why not ask PETRONAS to buy instead? Then PETRONAS can lease it to MAS saving MAS from being accused to have reneged on its agreement. Brilliant maneuver! But, this would have meant, the PETRONAS BOD was powerless.

To suggest now, that PETRONAS BOD must stand its ground and assert its 'independence' is irresponsible. My contention is it has never been independent. Placing it answerable before parliament is better. How independent was PETRONAS BOD previously? Well, in 1998, the oil company was forced to use its shipping arm, Malaysian International Shipping Corp Bhd, to acquire a debt-laden Konsortium Perkapalan Bhd (KPB), which faced debts, estimated at about RM1.7 billion. It also became the anchor tenant in PETRONAS Towers, the two iconic buildings that were also critically short of tenants in the years after they were completed. In other words, it has been used as a salvaging crew.

Manek Urai : Calon BN tak berhasrat buat laporan polis..!!! Calon BN sendiri takut disiasat...???

Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat tidak bercadang membuat laporan polis terhadap mereka yang membuat dakwaan buruk terhadapnya.

Sebaliknya, ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai itu menyifatkannya perbuatan melempar dakwaan tersebut terhadapnya sebagai "satu permainan semasa pilihanraya".

Tuan Aziz berkata, "pendedahan" terhadap dirinya dibuat kerana beliau menjadi calon dalam pilihanraya kecil itu.

"Ini satu budaya dalam pilihanraya di Malaysia, apabila ada pilihanraya pelbagai cerita timbul dan berlaku.

"Tetapi saya tidak tahu apa yang mereka hendak dedahkan itu," katanya.

Manek urai:Chin Peng seorang patriot: Zainuddin..!!!

LAWIN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubuk Merbau, Mohd Zainuddin Mohd Yusoff menganggap bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) adalah seorang patriot yang berjuang sejak lama dahulu.

Beliau berkata, Chin Peng sepatutnya telah lama dibenarkan pulang semula ke tanah air sepertimana Rashid Maidin, Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh bersama 335 bekas anggota PKM yang lain.

“Chin Peng merupakan seorang pejuang yang telah berjuang sejak Perang Dunia kedua dan kini telah berumur 90 tahun dan beliau kini ingin kembali ke tanah air untuk melawat pusara ibunya di Sitiawan.

“Jika 335 bekas anggota PKM yang dahulunya ditempatkan di Selatan Thailand dibenarkan pulang termasuk Rashid Maidin, Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh, maka apa salahnya Chin Peng juga dibenarkan pulang,” katanya ketika berucap dalam Siri Jelajah Pembubaran Dewan Undangan Negeri di Markas Pas Pekan Lawin.

Zainuddin berkata, UMNO telah memainkan perasaan orang Melayu dengan isu Chin Peng sehingga menampakkan seolah-olah hanya UMNO sahaja yang berjuang untuk orang Melayu.

Katanya, tindakan UMNO itu sekadar untuk mencantikkan bicara sahaja, sekali gus menampakkan parti itu sebagai patriot yang berjuang untuk negara ini.

“UMNO telah lama memainkan perasaan orang Melayu terutama apabila soal Chin Peng ditimbulkan, sedangkan dalam kalangan pemimpin mereka sendiri juga ada yang pernah pergi dan menghadapkan muka kepada pemimpin-pemimpin komunis di China.

“UMNO sebenarnya tidak tahu sejarah tanah air sendiri kerana jika mereka kembali melihat kepada sejarah negara, pasti mereka dapat melihat bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sendiri pernah ke Beijing untuk bertemu Mao Zi Tung,” katanya.

Menurut Zainuddin, perjumpaan tersebut adalah salah satu usaha Tun Abdul Razak dalam perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan PKM dan kini anaknya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pula mengikut jejak langkah bapanya.

“Najib kini telah mengikut bukan sekadar ke China malahan telah ke Cuba untuk menghadap seorang lagi pemimpin komunis iaitu Fidel Castro, malahan jika dilihat kembali sejarah negara, seorang lagi bekas pemimpin UMNO, Tun Ghafar Baba pernah menerima pingat ‘Order of Lenin’ suatu ketika dahulu.

“Saya mengungkit perkara ini adalah semata-mata untuk menghantar isyarat kepada rakyat, sekali gus memperlihatkan bahawa UMNO kini sanggup berbuat apa sahaja termasuk memainkan isu komunis dan perkauman demi untuk meraih undi daripada rakyat,” katanya.

Beliau mendakwa bahawa UMNO telah sering kali cuba mengelirukan rakyat dan sentiasa berfikir bahawa rakyat dapat ditipu setiap masa.

“Sesekali mungkin boleh rakyat ditipu dan dimainkan perasaannya, namun kini rakyat semakin pandai dan dapat membaca keadaan ini dengan tepat. Kerenah UMNO dilihat sebagai tidak berkesudahan walaupun telah hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen serta tidak lagi dapat meminda Perlembagaan.

“UMNO seolah-olah mempunyai cengkaman yang kuat ke atas negara sedangkan hakikatnya, tali hayat mereka hanya tinggal di Sabah dan Sarawak sahaja manakala jika dilihat kepada sokongan pengundi di Semenanjung, mereka hanya tinggal sebagai minoriti,” katanya.

Merdekakan ekonomi negara!!!

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS- Marang) berpandangan ekonomi negara ini perlu dimerdekakan dan tidak lagi bergantung kepada Dolar Amerika.

Beliau berkata demikian apabila sebelumnya menyarankan agar untuk menghapuskan sistem riba, pakar ekonomi khususnya disarankan mengkaji lebih mendalam alternatif yang lebih baik dan berakhlak dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam dan tidak hanya sekadar bergantung kepada konsep Al-Bai Bithaman Ajil.

Sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009 di Dewan rakyat semalam katanya, antara muamalat Islam yang perlu dilaksanakan ialah Al-Qardhul Hassan iaitu pinjaman tanpa faedah.

Jelasnya sistem Al-Qardhul Hassan menggalakkan produktiviti yang mana mempunyai barakah untuk menggalakkan rakyat bekerja dengan amanah dan ikhlas.

Dalam ucapannya Abdul Hadi turut menekankan, muamalat Islam juga perlu diperluaskan di peringkat antarabangsa.

Jelasnya, sistem perbankan Islam kini telah mendapat perhatian masyarakat di beberapa negara Barat seperti England dan Perancis yang telah melihat kegagalan sistem liberal dan kapitalis yang mana mereka melihat amalan perbankan Islam tidak banyak terjejas dengan krisis ekonomi yang berlaku.

"Kita tahu banyak negara-negara Islam yang kaya membuat pelaburan di negara Barat. 99 peratus mereka membuat pelaburan di sana. Sedangkan di kalangan kita sendiri dalam keadaan yang merempat dan menyalahguna kekayaan.

"Dalam pertukaran wang asing, kenapa kita bergantung kepada dolar Amerika? Kita seharusnya memerdekakan ekonomi kita,"katanya.

Sehubungan itu beliau turut menyarankan agar dinar emas digunakan bagi menggantikan dolar sehingga peringkat antarabangsa khususnya dalam menjalin kerjasama dengan negara-negara Islam bagi meningkatkan ekonomi negara. - mks. _

Khairy bakal tersungkur - Razali ready, rakan lain sibuk..!!!

Razali Ibrahim tidak sabar-sabar lagi untuk memangku jawatan Ketua Pemuda Umno? Tak kan belasah Khairy dalam senyap kot

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang amat agresif dan mempunyai potensi kepimpinan tinggi, akan di bunuh kerjaya politiknya. Anak muda yang pintar ini tidak dibenarkan berkembang di bawah kepimpinan Najib kerana Rosmah dikatakan tidak menyukai beliau. Umno akan terus berpecah tapi malang buat Khairy Jamaluddin, rakan-rakan rapatnya sebelum ini adalah musuh beliau sekarang. www.selamatkanumno.blogspot.com telah dimaklumkan sehingga dalam Pemuda sendiri sudah ada kem-kem yang menunggu sahaja agar Khairy jatuh dengan tuduhan penggunaan politik wang. Khairy sendiri dikatakan mahu berundur dari jawatan tersebut tetapi pengunduran nya pasti akan memberi kesan buruk pada Umno.
Norza Zakaria masih dengan Khairy ke? Semangat setia kawan masih kekal pada Khairy.

Ramai sekarang yang sudah naik tocang dengan mengutuk dan menghina Khairy Jamaluddin. Ramai yang sebelum ini bersekongkol dengan Khairy Jamaluddin kini mengutuk, mengkritik dan menghentam Umno. Kita tengok rakan-rakan tingkat empat, kita tengok Reezal Merican, kita tengok Norza Zakaria, kita tengok Datuk Wan Ahmad Farid, mana mereka semua kini, adakah mereka bersama-sama Kj atau kini hanya bermuka-muka. Mereka hari ini membelasah KJjdalam kem Najib dengan harapan Najib akan menerima mereka semula. KJ akan menjadi mangsa politik seterusnya dan ini pasti memburukkan lagi Umno.

Dalam Pemuda juga, Datuk Razali Ibrahim sudah mula dikatakan akan memangku Ketua Pemuda Umno. Razali dikatakan akan memangku jawatan Ketua Pemuda dalam keadaan KJ akan terus di tekan hebat. Sejarah memangku Ketua Pemuda akan berulang lagi sungguhpun adalah lebih baik Razali bersabar dari tergopoh gapah mahu memangku jawatan tersebut.

Pak Lah, bapa mertua Kj juga tidak akan dapat menyelamatkan Kj. Kedudukan semakin tenat dan Umno semakin sakit. Ingat KJ adalah aset dalam Pemuda tetapi kenapa rakan lain hari ini sanggup mengatakan beliau liabiliti. Dulu bukan main sokong lagi dan hari ini, semakin jauh perginya. Bagi rakan-rakan yang dahulunya bersama-sama Khairy Jamaluddin, hari ini duduk bersama Khairy sudah cukup untuk dikatakan merosakkan kerjaya politik. Semua hari ini berlumba-lumba untuk mencari ruangan dengan Najib. Semua dikatakan sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghentam Khairy Jamaluddin. Mungkin hari ini Khairy akan sedar bahawa jalan beliau semakin tertutup dan kedudukan beliau semakin diancam. Ketua Pemuda Umno itu akan menyaksikan rakan-rakan beliau menghentam beliau. Bagi kem Najib pula – kalau mereka boleh belasah Khairy sedangkan dahulu memang rapat, awas sekiranya mereka diberi tempat. Mereka tidak jujur dan mereka hanya mahu memastikan kedudukan mereka sahaja.

DAP - Babi - Setiakawan : Hanya Retorik Kepartian

OLEH : PEMBELA

Kebelakangan binatang bernama Babi ataupun khinzir cukup mempengaruhi kehidupan manusia. Bukan sahaja tentang isu kesihatan, makanan, ekonomi, sebaliknya dalam juga politik. Belum habis pihak pemerintah seluruh dunia berperang dengan wabak HINI yang berpunca dari babi kerana dibimbangi meragut nyawa manusia, kini timbul pula isu DAP umum keluar Pakatan Rakyat di Kedah kerana hal berkaitan babi.

Memetik laporan sebuah media online (1 Julai), DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelumnya, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi merobohkan pusat penyembelihan babi tersebut tetapi tidak berjaya. Atas rasa kecewanya itu, mendorong Pengerusi DAP Kedah/Perlis memanggil satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut, sekaligus mengumumkan keputusan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah.

Nampaknya, binatang babi ini cukup berpengaruh dalam persekitaran kehidupan manusia, kerananya sebuah gabungan/ikatan parti-parti politik dalam PR boleh berpisah. Harapan rakyat hendak melihat part-parti dalam PR semakin teguh, utuh dan bersefahaman, sekaligus sebagai pengganti kepada Umno/Bn nampaknya mula terjejas dan goyah.

Tahun lalu, isu babi telah menggegarkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kemudian diikuti Kedah. Setelah pemerintah menangani dengan bijaksana, isu babi tersebut berkubur, walaupun secara pastinya ramai yang tidak tahu sejauh mana kesudahan isu tersebut memberi kebaikan kepada rakyat. Pastinya babi menjadi isu dan bahan polimek berpolitik ketika itu. Gamat dan gawat seluruh negara, bincang tentang babi.

Kini, setelah 15 bulan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dibentuk atas sefahaman PAS/PKR dan DAP, ia telah berpecah hanya kerana binatang bernama babi tersebut. Wajar ataupun tidak, tindakan DAP ataupun pihak yang terlibat tersebut perlu dikaji dan diteliti dengan sebaik-baiknya. Ia perlu di lihat dalam pelbagi perspektif.

Walaupun penulis tidak mendapat gambaran keseluruhan dan tepat tentang isu babi dan DAP Kedah/Perlis, namun tidak menjadi kesalahan jika turut sama memberi komentar dari kaca mata seorang aktivis PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagi penulis, tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis bertindak keluar gabungan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tersebut tidak salah, jika ia dilihat dari segi kepentingan politik DAP ataupun Pengerusi DAP Kedah/Perlis tersebut. Sebaliknya ia menjadi salah sekiranya Pakatan Rakyat di Kedah merasakan bahawa DAP adalah sebahagian ataupun komponen dari gabungan PR tersebut.

Soalnya adakah DAP Kedah itu komponen dalam Pakatan Rakyat Kedah ?

Jika ia adalah komponen Pakatan Rakyat Kedah, barulah kita boleh katakana salah tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis tersebut. Kerana tindakannya memberi kesan secara langsung maupun tidak langsung dalam hubungan parti-parti dalam PR dan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah ketika ini. Sekurang-kurangnya kesan segera yang dirasai di peringkat kerajaan Pakatan Rakyat ialah hilangnya satu kerusi dalam Dun Kedah. Ia sekaligus menipiskan lagi majoriti kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Penulis ingin menarik perhatian kepada dua perkara, iaitu, pertamanya tentang peranan dan pengaruh binatang babi dalam politik Malaysia. Dalam kontek politik, di Malaysia yang bermasyarakat majmuk, apa saja yang berkaitan dengan babi merupakan bahan politik yang cukup sensasi dan berkesan. Oleh itu, jika tidak diuruskan secara bijaksana dan berteraskan kepada prinsip serta undang-undang, isu babi ini akan memberi kesan kepada pihak terlibat.

Keduanya, kita boleh menilai sikap DAP dalam gabungan dan setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Bagi saya yang mengikuti perkembangan politik baru Malaysia pasca PRU 12, sesungguhnya hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidaklah sehebat Umno/Bn. Ini perlu diakui oleh kita semua. Gabungan kita hanya berteraskan kepada ciptaan naluri kepalsuan yang mengaumkan slogan ‘SETIAKAWAN’. Di atas setiakawan inilah kita (PAS/PKR/DAP) melahirkan kumpulan politik yang dinamakan Pakatan Rakyat. Di mana akhir membentuk kerajaan atas nama Pakatan Rakyat yang berkonsepkan perkongsian kuasa. Maka lahirlah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor hasil campuran (PAS/PKR/DAP), di Perak (PAS/DAP/PKR) dan di Pulau Pinang (DAP/PKR) serta Kedah (PAS/PKR).

Semua tahu bahawa Pakatan Rakyat tidak memiliki asas yang satu ataupun matlamat yang sama kecuali dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan bersama dan bersatu melawan musuh politik Umno/Bn. Maksudnya, tidur satu bantal, mimpi lain-lain. Lebih malangnya ialah ahli politik mewakili parti-parti tersebut tidak memiliki idelisme perjuangan. Terjadilah seperti mana yang kita lihat di Perak, Adun DAP dan PKR keluar parti, umum sebagai Aun Bebas, maka jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Bagi saya, tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis umumkan keluar Pakatan Rakyat di Kedah, bahkan di Malaysia bukan suatu hal yang mengejutkan kerana ia sememangnya perangai DAP. Cuma susah nak tentukan masa dan ketika saja. Cubalah kita ingat, di mana DAP pernah tinggal Barisan Alternatif (BA) yang diasaskan oleh Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor tahun 1999. Mereka keluar BA ketika menghadapi PRU 2004. Sebab mereka tinggalkan BA (PAS /ADIL) kerana kepentingan politik kepartian mereka. Mereka anggap kekalahan teruk DAP tahun 1999 kerana PAS yang melaungkan slogan Negara Islam. DAP tidak mahu Negara Islam. Ramai pemimpin mereka fobio dan curiga dengan Negara Islam. Semua kita tahu. Sebalinya PRU 2008, DAP bergabung balik dengan PAS/PKR kerana strategi Pilahanraya iaitu menjayakan misi ‘satu lawan satu’.

Sesungguhnya, tindakan Pengerusi DAP tinggalkan Pakatan Rakyat di Kedah adalah manifestasi dari sikap pentingkan politik kepartian dan menzahirkan sikap mereka yang tidak akan ‘bersetiakawan’ dalam berpolitik. Saya nak tunggu dan lihat apakah komen dan tindakan pemimpin utama DAP dalam isu ini. Adakah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Hj Abdul Razak dipersalahkan dalam isu babi ini ataupun Pengerusi DAP Kedah/Perlis dikenakan tindakan disiplin kerana tidak lagi setiakawan.

Kalau dalam isu Kerajaan Perpaduan, pemimpin DAP lantang bercakap dan menegur pimpinan PAS (Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang), maka dalam isu babi di Kedah ini yang mendorong Pengerusi DAP Kedah/Perlis keluar Pakatan Rakyat pula bagaimana.

Bagi saya, DAP bukanlah rakan politik dalam Pakatan Rakyat yang terbaik dan perlu kita percayai sepenuhnya hati. Kita jangan ‘silau’ dengan DAP , apatha lagi nak menganjak mereka bersetuju melaksanakan cita-cita perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS.

MANEK URAI : ROYALTI MINYAK KELANTAN - MUSTAFA MOHD BERDOLAK-DALIK

Ikuti interbiu ringkas bersama Ahli Parlimen Tumpat yang sempat ditemui di lobi Parlimen bagi memperkatakan isu tuntutan Kerajaan Kelantan terhadap pembayaran royalti minyak oleh Kerajaan Pusat:

Kenapa Kerajaan Pusat begitu liat hendak membayar royalti petroleum kepada Kerajaan Kelantan?

DATO' KAMARUDDIN JAFFAR: Terbukti, sememangnya ini merupakan dasar Tun Dr Mahathir yang daripada awal lagi ingin menafikan hak Kelantan terhadap royalti. Ini bukan sahaja di Kelantan tetapi apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS royalti yang diberikan berpuluh tahun telah ditarik balik.

Di Kelantan bukan sekadar royalti tidak diberi kepada Kelantan tetapi pendaratan minyak juga dirancang supaya tidak didaratkan di negeri itu. Ini juga terbukti daripada sumber-sumber Petronas dan ianya dijelmakan dengan dasar dan keputusan supaya laluan minyak dan gas itu mendarat di Songkhla, Thailand.

Melalui paip akhirnya sebahagian daripadanya dibawa melalui bumi Thailand dan Kedah. Kerajaan Pusat di bawah BN memang sanggup mengambil risiko dan mengetepikan keuntungan dan kepentingan negara dengan mendaratkan gas dan minyak itu di Thailand. Mereka mengambil risiko keselamatan dan sebagainya menerusi paip membawa gas itu melalui Thailand ke negeri Kedah.


Tetapi BN kata kawasan pengeluaran minyak itu, dalam wilayah bertindih?

Isu yang dijawab oleh kerajaan dalam parlimen oleh Menteri kononnya kawasan itu bertindih dengan Thailand, sebenarnya itu tidak berbangkit kerana dalam soalan saya di parlimen pun telah dijawab bahawa 50 peratus Thailand dan 50 peratus Malaysia.

Yang kita tuntut itu bukan yang 50 peratus Thailand punya tetapi yang bahagian Malaysia. Tuntutan itu berlaku kita faham kerana dasar Malaysia juga untuk tidak terus menghadapi krisis dengan negara Thailand dengan tuntutan bertindih itu sama-sama setuju 50 peratus Thailand dan 50 peratus Malaysia.

Tetapi, itu kita tidak persoalkan. Sebaliknya kita tuntut yang 50 peratus bahagian di Malaysia itu yang tidak bertindih (dikatakan Kelantan dan Terengganu). Ia terletak di perairan Kelantan.

Yang bertindih ialah perairan Malaysia dan Thailand. Bahagian Malaysia itu tiada syak lagi bahawa ianya adalah bahagian perairan Kelantan.

Terdapat tujuh pelantar minyak di perairan Kelantan?

Ya, benar dengan perbincangan usahasama dengan kerajaan Malaysia-Thailand. Yang itu kita tidak nafikan dan kita mempunyai peta perairan itu sebagai bukti.

Ini menunjukkan BN diskriminasi dan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti ini?

Memang dasar BN daripada awal lagi untuk menafikan hak Kelantan kerana mereka menganggap Kelantan di bawah PAS dan mereka tidak nampak bagaimana akan boleh jatuh kembali kepada BN. Sebab itulah mereka merancang supaya Kelantan tidak mendapat satu sen pun daripada hasil minyak itu.

Pada pandangan Dato' apa tindakan yang perlu diambil oleh Kerajaan Kelantan untuk menuntut kembali royalti daripada Kerajaan Pusat?

Menurut laporan, Kerajaan Kelantan telah pun menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri. Ini merupakan langkah yang baik. Saya berharap Perdana Menteri menghormati permohonan kerajaan negeri ini atas tuntutan yang berasas. Kalau Perdana Menteri benar-benar mahu buktikan konsep keadilan, satu Malaysianya.

Kalau sekiranya Kerajaan Pusat tetap enggan untuk memberi kembali royalti itu, apa nasihat Dato kepada pengundi Manek Urai?

Kepada pengundi-pengundi di sana, walau apa keadaan pun mestilah sentiasa menyedari Kerajaan PAS Kelantan daripada awal lagi memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat tanpa mengira suasana ekonomi ataupun setakat mana peruntukan yang diberikan Kerajaan Pusat kepada PAS.

Ini adalah bukti Kerajaan PAS mengutamakan rakyat walaupun kita tidak menggunakan slogan rakyat didahulukan tetapi sememangnya segala dasar kita mengutamakan rakyat negeri yang kita anggap sebagai penyokong setia kita. -sanggahtoksaga

Manek Urai : Dibogel atau Terbogel ?

PRK Manek Urai boleh saya katakan sebagai satu kes yang unik. Unik dan berbeza dengan beberapa kawasan PRK yang dilalui sebelum ini terutamanya dari segi komposisi kaum.

Dengan 99.2% pengundi Melayu (hampir monogen), isu perkauman dan agama dilihat sukar untuk mengambil hati para pengundi, melainkan isu peribadi digunakan pihak-pihak yang bertanding untuk dibangkitkan / dihangatkan untuk memancing undi.

Biarpun sehingga kini strategi kempen berbentuk serangan peribadi melibatkan calon-calon yang bertanding belum begitu ketara, tetapi di laman-laman blog pro-PR nampaknya telah ada "kisah-kisah lama" yang mula dibongkar - baca di sini (saya suruh baca saja, bukan suruh percaya! - ada beza tu).

Saya melihat tindakan menyerang peribadi lebih memihak kepada pro-PR memandangkan calon PAS Mohd Fauzi, setakat yang diketahui tidak terbabit dengan pengurniaan "kontrak", "tender" mahupun mengetuai "urusniaga" membekal dan memborong ikan secara besar-besaran bagi agensi kerajaan dan sebagainya.
Sebaliknya bagi calon UMNO, Tuan Aziz yang begitu berpengalaman di dalam kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan di KESEDAR, mungkin secara sedar atau tidak, beliau juga turut dilibatkan dengan urusan meluluskan kontrak, tender dan urusniaga bagi kepentingan agensinya. Apapun, selagi seseorang itu profesional dan amanah di dalam tugasnya, tiada apa-apa yang perlu dibimbangi oleh Tuan Aziz di dalam hal ini.

Jika serangan peribadi tidak begitu memihak kepada UMNO/BN dalam situasi di Manek Urai, makanya opsyen kedua boleh digunapakai - "BN kena guna psikologi di Manek Urai" (Prof Dr Ahmad Atory Hussein) (sumber). Tambah Ahmad Atory lagi, bagi membolehkan strategi secara psikologi digerakkan secara berkesan, "mereka-mereka" yang menjadi liabiliti (bangkai bernyawa) kepada parti juga tidak perlu dikerah turun berkempen.

Dan untuk penulisan kali ini, saya cuba untuk mengupas dan membuat analisa bagaimana UMNO, mahupun PAS masing-masing mempunyai peluang di Manek Urai, dengan cara yang saya rasa mudah dan ringkas, agar para pembaca akan dapat faham dan menangkap maksud yang ingin saya sampaikan.

Penulisan ini juga tidak memberikan/merumuskan satu jawapan atau ramalan tentang pihak mana yang bakal memenangi PRK tersebut. Cukuplah ia sekadar mendedahkan kepada para pembaca tentang bagaimana orang bawahan yang cetek ilmu seperti saya melihat sesuatu "proses politik" itu harus berlaku.

Manek urai:MENYANGGAH PANDANGAN BAHAWA PAS TIDAK PERLU PADA DAP ?


Mereka sokong Pas kerana tidak lagi yakin dengan Umno/Bn

Oleh: WFAUZDIN NS

PERTAMANYA, saya bersetuju dengan pandangan seorang Pensyarah dari Uitm Dungun bahawa pengaruh Mursyidul Am Pas amat besar di dalam Pas. Ini tidak menghairankan kerana pengaruh yang ada pada beliau bukan disebabkan oleh batang tubuhnya tetapi kerana jawatan sebagai Mursyidul Am itu sendiri adalah satu jawatan tertinggi di dalam Pas. Justeru itu, bukan calang-calang orang yang boleh dilantik sebagai Mursyidul Am di dalam Pas. Seandainya ditakdirkan Tuan Guru Nik Aziz tidak lagi memegang jawatan tersebut, maka pengganti beliau juga pasti akan mempunyai pengaruh yang besar di dalam Pas.

Saya juga sependapat dengan Pensyarah tersebut bahawa sekiranya Mursyidul Am itu membuat keputusan bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan, maka Kerajaan Perpaduan dengan Umno akan dapat diwujudkan walaupun ditentang oleh rakan-rakan Pas di dalam PR. Persoalannya, apakah selaku Mursyidul Am yang memegang amanah di dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak menghargai dan menghormati rakan-rakan sendiri yang begitu kuat membantu Pas? Wajarkah seorang Mursyidul Am membuat keputusan begitu mudah untuk `berbaik sangka' dengan musuh lamanya yang mempunyai rekod dan sejarah yang teramat sadis terhadap Pas dan Islam dalam keadaan musuh tersebut masih lagi mengekalkan kezaliman dan ketidak adilan terhadap Islam dan rakyat? PKR dan DAP telah membuktikan kesetiaan kepada Pas, manakala Umno telah membuktikan `pengkhianatan' kepada Pas. Maka di sini, wajarkah Mursyidul Am memilih Umno semata-mata atas dasar perpaduan? Inilah kebijaksanaan Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz di dalam membuat keputusan.

Pandangan Pensyarah tersebut menyatakan bahawa Pas tidak mempunyai masalah untuk berbincang bersama Umno, manakala ini tidak akan berlaku kepada PKR dan DAP. Saya setuju dengan pandangan beliau bahawa memang Pas tiada masalah bila-bila masa untuk bersama Umno tetapi apakah Pas akan dapat mendominasi diri bersama Umno? Harus diingat, dasar parti Umno adalah lebih kurang sama dengan PKR dan DAP iaitu bukan meletakkan Islam sebagai dasar parti, cuma bezanya PKR dan DAP kelihatan lebih baik dan bersih sejarahnya yang menghampiri ketelusan dan keadilan yang juga dituntut oleh Islam. Buktinya, lihatlah beberapa negeri di bawah pemerintahan mereka dan bandingkan dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh Umno atau Bn. Apakah Pas lebih berminat untuk meletakkan parti yang sebegini bersih untuk bersama mereka?

Jika Pas dikatakan tidak bermasalah untuk bersama Umno, maka harus diingat bahawa PKR dan DAP juga tidak bermasalah sekiranya tidak bersama dengan Umno. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa majoriti rakyat kini tidak lagi mempercayai Umno/Bn bahkan di dalam jemaah Pas sendiri pun bukan sedikit yang tidak mempercayai Umno/Bn ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sekiranya Pas meneruskan idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno itu, Pas sendiri akan menanggung risiko di atas kesilapan yang mereka lakukan. Orang-orang Umno akan tetap menyokong Umno, ahli-ahli Pas akan berpecah, Kelab Penyokong Pas sudah pasti mati dan tidak mustahil PKR dan DAP akan lebih kuat kerana mereka akan mendapat sokongan pula dari MCA, MIC dan Gerakan yang semestinya sangsi dengan Kerajaan Perpaduan dua parti ini. Maka, sekali lagi ternyata keputusan Pas untuk menolak Kerajaan Perpaduan bersama Umno adalah bijak dan tepat.

Hujah Pensyarah itu lagi, Pas sememangnya tidak perlukan DAP kerana Kelab Penyokong Pas sudah semakin kuat. Ini hujah yang tidak tepat kerana belum pun Kerajaan Perpaduan ini direalisasikan, bahkan baru untuk bersuara sahaja, Kelab Penyokong Pas sudah mula memberontak dan mengingatkan Pas supaya tidak mengkhianati kepercayaan mereka terhadap Pas selama ini. Satu perkara lain, Pensyarah tersebut mengambil contoh bilangan kerusi Umno dan kerusi Pas di dalam Dun Negeri lebih banyak dari PKR dan DAP. Memang benar, tetapi itu jumlah kerusi semasa yang ada sekarang. Apa jaminan dan keyakinan yang boleh kita sandarkan bahawa kerusi tersebut akan berubah di dalam pilihanraya umum akan datang sekiranya Pas mengadakan Kerajaan Perpaduan bersama Umno? Tidakkah mustahil ketika itu undi orang-orang Melayu akan berpecah kepada dua iaitu undi untuk Umno/Pas dan undi untuk PKR/DAP? Dalam masa yang sama tidak mustahil pula undi dari kaum Cina dan India di dalam MCA, Gerakan, MIC akan beralih kepada PKR/DAP? Yakinkah Pensyarah bahawa parti-parti komponen BN tersebut gembira jika wujudnya Kerajaan Perpaduan di antara Pas dan Umno ini?

Allah telah membuka pintu hati Mursyidul Am serta ramai ahli-ahli Pas untuk membuat keputusan bijak sekarang. Bukan masalah niat untuk bersatu itu tidak penting, tetapi strategi dan muslihat pihak lawan untuk meruntuhkan Pas dan kerjasama yang terbukti kukuh bersama PR sekarang lebih penting lagi untuk difikirkan. Apakah tanpa Kerajaan Perpaduan maka rakyat akan menderita dan tidak lagi bersatu? Bukankah perjuangan di dalam PR selama ini adalah untuk membebaskan rakyat dari perpecahan dan penderitaan selama ini? Apakah kita tidak yakin lagi dengan perjuangan kita sendiri? Oleh yang demikian, saya menyanggah tulisan Pensyarah tersebut yang boleh anda baca di sini. /wfauzdin.blogspot.com

Manek urai:MENYANGGAH PANDANGAN BAHAWA PAS TIDAK PERLU PADA DAP ?


Mereka sokong Pas kerana tidak lagi yakin dengan Umno/Bn

Oleh: WFAUZDIN NS

PERTAMANYA, saya bersetuju dengan pandangan seorang Pensyarah dari Uitm Dungun bahawa pengaruh Mursyidul Am Pas amat besar di dalam Pas. Ini tidak menghairankan kerana pengaruh yang ada pada beliau bukan disebabkan oleh batang tubuhnya tetapi kerana jawatan sebagai Mursyidul Am itu sendiri adalah satu jawatan tertinggi di dalam Pas. Justeru itu, bukan calang-calang orang yang boleh dilantik sebagai Mursyidul Am di dalam Pas. Seandainya ditakdirkan Tuan Guru Nik Aziz tidak lagi memegang jawatan tersebut, maka pengganti beliau juga pasti akan mempunyai pengaruh yang besar di dalam Pas.

Saya juga sependapat dengan Pensyarah tersebut bahawa sekiranya Mursyidul Am itu membuat keputusan bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan, maka Kerajaan Perpaduan dengan Umno akan dapat diwujudkan walaupun ditentang oleh rakan-rakan Pas di dalam PR. Persoalannya, apakah selaku Mursyidul Am yang memegang amanah di dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak menghargai dan menghormati rakan-rakan sendiri yang begitu kuat membantu Pas? Wajarkah seorang Mursyidul Am membuat keputusan begitu mudah untuk `berbaik sangka' dengan musuh lamanya yang mempunyai rekod dan sejarah yang teramat sadis terhadap Pas dan Islam dalam keadaan musuh tersebut masih lagi mengekalkan kezaliman dan ketidak adilan terhadap Islam dan rakyat? PKR dan DAP telah membuktikan kesetiaan kepada Pas, manakala Umno telah membuktikan `pengkhianatan' kepada Pas. Maka di sini, wajarkah Mursyidul Am memilih Umno semata-mata atas dasar perpaduan? Inilah kebijaksanaan Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz di dalam membuat keputusan.

Pandangan Pensyarah tersebut menyatakan bahawa Pas tidak mempunyai masalah untuk berbincang bersama Umno, manakala ini tidak akan berlaku kepada PKR dan DAP. Saya setuju dengan pandangan beliau bahawa memang Pas tiada masalah bila-bila masa untuk bersama Umno tetapi apakah Pas akan dapat mendominasi diri bersama Umno? Harus diingat, dasar parti Umno adalah lebih kurang sama dengan PKR dan DAP iaitu bukan meletakkan Islam sebagai dasar parti, cuma bezanya PKR dan DAP kelihatan lebih baik dan bersih sejarahnya yang menghampiri ketelusan dan keadilan yang juga dituntut oleh Islam. Buktinya, lihatlah beberapa negeri di bawah pemerintahan mereka dan bandingkan dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh Umno atau Bn. Apakah Pas lebih berminat untuk meletakkan parti yang sebegini bersih untuk bersama mereka?

Jika Pas dikatakan tidak bermasalah untuk bersama Umno, maka harus diingat bahawa PKR dan DAP juga tidak bermasalah sekiranya tidak bersama dengan Umno. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa majoriti rakyat kini tidak lagi mempercayai Umno/Bn bahkan di dalam jemaah Pas sendiri pun bukan sedikit yang tidak mempercayai Umno/Bn ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sekiranya Pas meneruskan idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno itu, Pas sendiri akan menanggung risiko di atas kesilapan yang mereka lakukan. Orang-orang Umno akan tetap menyokong Umno, ahli-ahli Pas akan berpecah, Kelab Penyokong Pas sudah pasti mati dan tidak mustahil PKR dan DAP akan lebih kuat kerana mereka akan mendapat sokongan pula dari MCA, MIC dan Gerakan yang semestinya sangsi dengan Kerajaan Perpaduan dua parti ini. Maka, sekali lagi ternyata keputusan Pas untuk menolak Kerajaan Perpaduan bersama Umno adalah bijak dan tepat.

Hujah Pensyarah itu lagi, Pas sememangnya tidak perlukan DAP kerana Kelab Penyokong Pas sudah semakin kuat. Ini hujah yang tidak tepat kerana belum pun Kerajaan Perpaduan ini direalisasikan, bahkan baru untuk bersuara sahaja, Kelab Penyokong Pas sudah mula memberontak dan mengingatkan Pas supaya tidak mengkhianati kepercayaan mereka terhadap Pas selama ini. Satu perkara lain, Pensyarah tersebut mengambil contoh bilangan kerusi Umno dan kerusi Pas di dalam Dun Negeri lebih banyak dari PKR dan DAP. Memang benar, tetapi itu jumlah kerusi semasa yang ada sekarang. Apa jaminan dan keyakinan yang boleh kita sandarkan bahawa kerusi tersebut akan berubah di dalam pilihanraya umum akan datang sekiranya Pas mengadakan Kerajaan Perpaduan bersama Umno? Tidakkah mustahil ketika itu undi orang-orang Melayu akan berpecah kepada dua iaitu undi untuk Umno/Pas dan undi untuk PKR/DAP? Dalam masa yang sama tidak mustahil pula undi dari kaum Cina dan India di dalam MCA, Gerakan, MIC akan beralih kepada PKR/DAP? Yakinkah Pensyarah bahawa parti-parti komponen BN tersebut gembira jika wujudnya Kerajaan Perpaduan di antara Pas dan Umno ini?

Allah telah membuka pintu hati Mursyidul Am serta ramai ahli-ahli Pas untuk membuat keputusan bijak sekarang. Bukan masalah niat untuk bersatu itu tidak penting, tetapi strategi dan muslihat pihak lawan untuk meruntuhkan Pas dan kerjasama yang terbukti kukuh bersama PR sekarang lebih penting lagi untuk difikirkan. Apakah tanpa Kerajaan Perpaduan maka rakyat akan menderita dan tidak lagi bersatu? Bukankah perjuangan di dalam PR selama ini adalah untuk membebaskan rakyat dari perpecahan dan penderitaan selama ini? Apakah kita tidak yakin lagi dengan perjuangan kita sendiri? Oleh yang demikian, saya menyanggah tulisan Pensyarah tersebut yang boleh anda baca di sini. /wfauzdin.blogspot.com

Najib’s bold political gamble

The aim is to distribute wealth more widely. For a long time, it was the politically connected Malay businessmen who became rich on the quotas, causing resentment among the Malay masses and the minorities.

By Carolyn Hong, The Straits Times

Malaysia’s pro-Malay economic policies were never meant to be only about Malay corporate ownership, but the focus inevitably narrowed to just this one aspect.

It was seen as a litmus test for any leader who wanted to signal reforms in a highly politicised economy.

Thus, when Prime Minister Najib Razak removed the longstanding quota on Malay ownership of public-listed companies yesterday, along with a wide swathe of liberalisation measures, it was an extremely bold move - and a huge political risk.

Companies will no longer have to sell at least 30 per cent of their shares to Malays. Instead, they will have to maintain at least 25 per cent of their shares for sale to the general public, of which half must be sold to Malays.

The aim is to distribute wealth more widely. For a long time, it was the politically connected Malay businessmen who became rich on the quotas, causing resentment among the Malay masses and the minorities.

Datuk Seri Najib’s move has been described as a seismic shift in Malaysia’s economic policy. ‘Indeed, the measures represent the beginning of a mindset change that is bound to excite investors, stimulate the economy and inspire the people to be even more competitive,’ Malaysian Chinese Association president Ong Tee Keat wrote in his blog.

The economists have largely hailed it, although most say the effects would not be immediate.

Mr Lee Heng Guie, the chief of economic research at CIMB, said the dismantling of policies that had hampered investments will put Malaysia on a better footing for sustained growth in the medium and long term.

Mr Najib had earlier also announced the liberalisation of 27 sub-sectors of the services sector, and financial sector.

There is bound to be some disquiet on the Malay ground, although most Umno politicians are sticking to the party line for now.

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin told The Straits Times that there has been a bit of rumbling among the Malays because the grassroots members do not understand the big picture yet.

‘It can be easily manipulated to say that the Malays are losing out. We will give an explanation to our members,’ he said.

To him, the change may be seismic in terms of the psychology of it, but the Prime Minister was merely getting rid of old tools that did not work.

The Malays, Mr Khairy said, should understand that the overarching Malay agenda was still in place, but a new method was being fashioned to achieve it. He pointed out that participation through quotas did not develop capacity or skills.

Leakages were serious, making millionaires of the few who were allotted shares. Mr Najib said that of the RM54 billion (S$22 billion) in shares allocated between 1984 and 2005, only RM2 billion worth of shares were left in the hands of bumiputeras.

Umno MPs like Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Tajuddin Abdul Rahman and Datuk Jamaluddin Jarjis were quoted by the online media as saying that the new model could break the stagnation of Malay economic participation.

Another Umno MP, Datuk Nur Jazlan Mohamed, too said the initial reaction on the ground was not good, but he said people needed to understand the pressures of global competition.