Rabu, 1 Julai 2009

Yes, the 'fourth floor boys' have returned

(Malaysian Mirror) - Dr Mahathir Mohamad, who had accused his successor Abdullah Ahmad Badawi of being ill-advised and influenced in his decisions by a band of ‘fourth floor boys’, said a similar kind of group has surfaced in the current administration.

“I don’t know what floor they are on. I think there is some evidence,” he said at a media conference after launching the malaysianmirror.com news portal here on Tuesday.

The former prime minister, who is now Malaysia’s most famous blogger, was asked if such a group now exists to advise Najib Abdul Razak, who took over the helm of the Government and the Umno presidency from Abdullah in March.

Young and smart

The news portal, in a news commentary, had said that Najib’s concept of 1Malaysia could have been conceived by a group of advisors similar to the ‘fourth floor boys’ of Abdullah’s time and could have come from outside the Umno boardrooms.

The online paper speculated that among other key decisions that had allegedly not gone well among party members was the abolishment of the Ministry of Entrepreneurial and Co-operatives Development.

His attempt to bring a third bridge to link Johor and Singapore also backfired when the Sultan of Johor, supported by the assemblymen of the state, rejected the idea.

In his brief era, Abdullah was allegedly advised by a team of relatively young officers with sound knowledge on current affairs, with good business acumen and good networking skills as well as being very media savvy.

Which floor now?

They were said to have operated from a floor below the fifth level of the Prime Minister’s office in Putrajaya and allegedly very authoritative in their ways to the extent that anyone who wanted to meet their ‘boss’ had to first be screened by them.

In other words, if the ‘fourth floor boys’ were not convinced about the nature of the planned meeting, the visitor would not get to go to the upper floor.

Dr Mahathir, who gave them the label, had accused them of using their talents and close links with Abdullah to influence decisions and policies in Umno and the administration.

Commenting on the possibility that the ghostly group has resurfaced, he said: “There are people like the ‘fourth floor boys.’ (They are of) the same category. But which floor? I don’t know.”

Kit Siang: Malaysia Perlukan Ketua Polis Negara Baru

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk segera memecat Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana gagal membendung jenayah yang semakin berleluasa.

Berucap pada majlis himpunan perdana Pakatan Rakyat, Kit Siang berkata Malaysia memerlukan Ketua Polis Negara yang baru dan berwibawa untuk meningkatkan tahap keselamatan rakyat.

“Kadar jenayah di negera ini bertambah teruk sejak lima tahun dahulu. Siapa perlu bertanggungjawab di atas kegagalan ini jika bukan Inspector General Polis (IGP) Musa Hassan,” kata Kit Siang. “Kita mahukan IGP baru untuk menggantikan Musa Hassan,” tambah beliau.

Kit Siang berkata hanya Ketua Polis Negara baru mampu membawa visi dan misi baru untuk menjadikan polis sebuah pasukan berkaliber dan bermutu antarabangsa.

Hadir sama di majlis ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam ucapannya, Kit Siang turut mempersoalkan tindakan tergesa-gesa Barisan Nasional membentangkan usul Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan (SIAP) di Parlimen.

Beliau menganggap rang undang-undang berkenaan sebagai “separuh siap” yang hanya akan menjurus kepada penubuhan sebuah lagi suruhanjaya yang tidak berwibawa.

Menururtnya, penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak selaras dengan cadangan Suruhanjaya DiRaja yang mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku polis (IPCMC).

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal melaksanakan cadangan itu walaupun dilaporkan bersetuju dengan hasil rumusan Suruhanjaya diRaja itu.

“Cadangan berkenaan dibuat untuk mewujudkan perkhidmatan polis yang cekap dan bersih, tidak korup, dan bertaraf antarabangsa dengan tiga tujuan iaitu untuk mengurangkan jenayah, bersihkan korupsi dan membela hak asasi,” kata Kit Siang. .

Kit Siang berkata kritikannya terhadap polis banyak menjurus kepada pucuk pimpinan badan itu dan segelintir pegawai yang gagal memelihara nama baik Polis diRaja.

Mana Pembela-Pembela Melayu Sekalian?? Keluar la cepat!!!

KUALA LUMPUR 30 Jun – Garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.

Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilan alih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis panduan baru.


Penguasaan asing dalam syarikat broker ditingkat 70 peratus

KUALA LUMPUR 30 Jun – Had kepentingan asing dalam syarikat-syarikat pembrokeran akan ditingkatkan kepada 70 peratus berbanding 49 peratus sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perubahan itu selaras dengan usaha meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan penyenaraian.

Menurut beliau, pelbagai perubahan besar dalam industri pembrokeran saham telah mengukuhkan pemain-pemain domestik dan meluaskan skop dalam aktiviti-aktiviti pasaran modal.

Katanya, pembabitan asing yang menggalakkan melalui pelbagai skim lesen khas telah memperbaiki persaingan dalam industri tersebut termasuk rangkaian global dalam pasaran modal Malaysia.

Hishammuddin Sifatkan Hadi Pemimpin Tidak Konsisten

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) - Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin yang tidak konsisten apabila mendakwa Umno gagal menjadi model perpaduan terbaik di kalangan orang Melayu.

"Kita renung kembali apa yang dicadangkan sendiri oleh Abdul Hadi sebelum ini (kerajaan perpaduan), tetapi apa yang jadi akhirnya. Kita pun boleh juga dakwa PAS bukan model perpaduan terbaik, dia yang cadang (kerajaan perpaduan) tapi akhirnya dia sendiri yang batalkan.

"Perkara ini (perpaduan) bukan hanya berkaitan dengan PAS atau Umno, ia berhubung kait dengan semua pihak. Jika kita ikhlas dan jujur kenapa perlu melabel pihak lain dengan andaian tertentu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini Rabu.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Abdul Hadi dalam ceramah perdana semalam di sini yang dilaporkan menyalahkan Umno dengan mendakwa parti itu gagal menjadi model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat negara ini.

Beliau berkata, apa yang penting bagi Umno sekarang ialah untuk terus memandang ke hadapan dan memastikan kepentingan serta kebajikan rakyat terus terbela dan terpelihara.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula berpendapat bahawa Anggota Parlimen Marang itu telah dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menunjukkan kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

"Saya tidak lihat ucapan Abdul Hadi sepenuhnya, (tetapi) saya difahamkan beliau hanya berucap lima minit sahaja di perhimpunan semalam, sedangkan selama ini kalau berceramah dia boleh bercakap hingga berjam-jam.

"Saya nampak ada paksaan dan dia terpaksa berlakon menyerang Umno untuk tunjukkan wujudnya kesepakatan dalam pakatan rakyat semalam. Saya sebenarnya tidak mahu komen sangat sebab saya tidak mengetahui apa yang sedang berlaku dalam pakatan, kalau nak serang balik, saya rasa tidak sihat," katanya.

-- BERNAMA

Penduduk Manek Urai lebih senangi pemimpin 'akar umbi'

KUALA KRAI, 1 Julai (Hrkh) - Persaingan di antara PAS dan Umno di Manek Urai kini semakin rancak. Masing-masing melihat peluang mereka cerah bagi memenangi pilihan raya tersebut.

Benarkah demikian. Namun sejarah lampau tidak dapat diketepikan begitu sahaja. Ini kerana sudah terbukti sejak awal pilihan raya lagi Dun Manek Urai diwakili pemimpin kelompok grassroot.

Hanya pilihan raya 1982 sahaja Dun Manek Urai diwakili pemimpin yang bertaraf intelektual dan bukan dari kelompok akar umbi. Dato' Ariffin Said menang di Dun berkenaan, kemudian dilantik Timbalan Menteri Besar.

Sebelum itu Manek Urai diwakili Wan Abdullah Wan Su mewakili PAS yang juga dari kelompok akar umbi.

Begitu juga ketika Mohd Zulkifli Omar yang mewakili BN menang pada 2004 kerana dianggap mewakili kelompok akar umbi.

Beliau mengtasi Ustaz Zamzuri Mat Lazim dari PAS dengan kelebihan 53 undi. Zamzuri mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar.

Apa yang jelas apabila berlaku pertembungan di antara calon dari kelompok akar umbi dan cendikiawan, penduduk Manek Urai lebih berminat memilih pemimpin grassroot.

Dan sekarang Mohd Fauzi Abdullah mewakili pemimpin akar umbi, manakala Tuan Aziz Tuan Mat dari kumpulan cendikiawan.

Penasihat Jentera Operasi PAS Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, berdasar sejarah lampau sehingga sekarang Dun Manek Urai diwakili pemimpin kelompok akar umbi.

Katanya, hanya pada 1982 sahaja Dun Manek Urai dimenangi calon daripada kumpulan cendikiawan yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.

"Manakala pada pilihan raya lain Dun Manek Urai dikuasai sepenuhnya pemimpin dari peringkat grassroot. Inilah antara faktor yang menyebabkan Allahyarham Paksu Wil menang sehingga lima penggal di Dun tersebut.

"Di Kelantan hanya ada beberapa wakil rakyat sahaja yang mampu bertahan sehingga lima penggal antaranya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Chempaka dan Dato' Omar Mohamad di Perupok, Bachok," katanya.

Begitu juga Adun BN di Paloh, Dato' Nozula Mat Diah berjaya mengekalkan kerusi itu sejak 1990 kerana beliau sentiasa berada bersama masyarakat.

Wan Abdul Rahim yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata, keupayaan seseorang wakil rakyat dapat bertahan sehingga lima penggal tidak ramai di negara ini.

Menurutnya sudah tentu ada keistimewaan tersendiri menyebabkan Paksu Wil terus menjadi pilihan penduduk tempatan.

"Allahyarham Paksu Wil adalah role model yang menjadi ikon kepada masyarakat. Dan ciri-ciri itu sekarang ada kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Uji.

"Berdasarkan kepada situasi tersebut Abe Uji mempunyai peluang cerah bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini," katanya. - mj _

Siswa UM bertindak jika rakan C4 dipecat..???

Kumpulan mahasiswa bersedia melancarkan bantahan besar jika Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pelajarnya yang diseret ke mahkamah semalam.

Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.

"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," kata presidennya Shazni Munir Mohd Ithnin di blognya hari ini.

"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."

Kes tujuh pelajar itu - yang dikenali "ISA 7" kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri - berlarutan hingga 18 Jun lalu apabila lima daripada mereka bersalah dan didenda RM3,900 tiap seorang.

Seorang daripada mereka - yang menyertai perhimpuan di Masjid Negara pada 8 Jun 2001 - dilepaskan, sementara seorang lagi tidak menghadiri perbicaraan.

Shazni Munir, kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng dan cubaan membakar dewan Akademi Pengajian Islam, juga berharap proses mahkamah berjalan dengan adil.

"Penulis dengan pengharapan yang menggunung, masih lagi mengharapkan proses perbicaraan berlangsung tanpa 'tangan-tangan ghaib' yang mengganggu, dan hakim mengadilinya dengan penuh adil serta saksama," katanya lagi.

Semalam, dua pelajar UM dituduh di mahkamah atas dakwaan menconteng dan cubaan membakar dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, 24 Jun lalu.

Mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyertai kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,500 tiap seorang.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, .

Selain Shazni Munir, polis juga sedang menjejaki Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - kedua-duanya dipercayai pelajar akademi Islam - bagi membantu siasatan.

Menurut tulisannya itu, Shazni Munir juga menyatakan kerisauan berhubung perjalanan perbicaraan terhadap dua rakannya itu.

"Masakan tidak, siapakah yang dapat memberikan jaminan kepada penulis yang mereka berdua akan dibicarakan dengan seadil-adilnya?" katanya.

"Bukanlah ingin menimbulkan kesangsian secara membuta-tuli, akan tetapi perbicaraan-perbicaraan sebelum ini yang melibatkan orang penting negara, pastinya berakhir dengan keputusan yang mengecewakan sekelian banyak pencinta kebenaran".

Dalam tulisannya semalam, Shazni pula berkata, PMIUM memutuskan untuk memberikan bantuan guaman kepada kedua-duanya.

UMNO gagal jadi model perpaduan - Hadi

KUALA LUMPUR 30 Jun - Selepas cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan ditolak oleh pakatan pembangkang, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang kini menyalahkan UMNO pula dengan mendakwa parti itu gagal menjadi model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat negara ini.

Katanya, UMNO tidak mungkin akan menjadikan Islam sebagai sumber perpaduan orang Melayu walaupun sebelum ini parti berkenaan menerima baik cadangan kerajaan perpaduan itu.

"Orang Islam perlu menunjukkan model perpaduan dalam kalangan kita sendiri.

"Perpaduan umat Islam adalah berdasarkan hubungan akidah, tetapi UMNO gagal bahagian itu," katanya ketika berucap pada ceramah perdana pakatan pembangkang di sini malam ini.

Beliau mendakwa UMNO tidak menggunakan al-Quran sebagai rujukan bagi mewujudkan perpaduan.

Hadi berkata, pakatan pembangkang akan terus menolak Barisan Nasional (BN) termasuk mengadakan sebarang kerjasama.

Sementara itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membangkitkan persoalan mengenai projek- projek yang diusahakan oleh kerajaan BN demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri.

Beliau terus mendakwa kerajaan BN hanya mengggunakan wang rakyat untuk melaksanakan projek- projek yang sedang dirancang termasuk pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang demi kepentingan politik.

Dakwanya, konsep 1Malaysia yang dianjurkan kerajaan BN masih belum jelas, manakala konsep perpaduan yang dianjurkan pakatan pembangkang adalah lebih baik.

Betulkah Kabinet Menghina Islam?

Sudah lama isu berkaitan agama menjadi tulang ikan yang melintang di kerongkong rakyat Malaysia. Hendak meluah tidak keluar, hendak menelan tidak masuk. Lebih teruk daripada telan mati bapa, luah mati emak. Tulang ikan melintang di kerongkong mati sendiri.

Isu agama bukan sebarangan isu. Tidak boleh dibiarkan melarat. Menurut Samuel P. Huntington, abad ke-21 dikatakan abad kebangkitan agama di dunia. Kebanyakan negara sedar akan kepentingan agama dalam pembangunan negara. Kualiti hidup mustahil dapat dipenuhi oleh dasar kapitalis atau nasionalisme, melainkan penghayatan kepada agama.

Thomas Friedman dalam bukunya, “The Lexus and the Olive Tree”, menegaskan bahawa agama dan budaya memainkan peranan penting dalam komuniti hari ini. Lexus menyimbolkan pasar global borjuis, lembaga kewangan, dan teknologi komputer yang denganya kita mencapai standard hidup yang lebih tinggi. Pohon zaitun pula menggambarkan segala hal yang mengikat kita, menambatkan kita, mengidentifikasi dan menempatkan kita di dunia ini. Agama, pada pandangan Friedman, akar terdalam dan terbesar (akar tunjang) yang menancapkan dan memelihara kehidupan pohon zaitun itu.

Ketika Gandhi sedang berbicara tentang hubungan komunal pada 1930, seorang pemuda Muslim bertanya kepadanya tentang masalah-masalah serius antara umat Hindu dan Muslim yang akan mengancam perjuangan kemerdekaan. Gandhi menjawab:

“Saya tidak pernah bermimpi keluar sebagai pemenang hanya dengan usaha saya sendiri atau hanya dibantu oleh warga Hindu. Saya memerlukan bantuan umat Islam, Zoroaster Persia, Kristian, Sikh, Yahudi dan semua orang India. Saya bahkan memerlukan bantuan orang Inggeris. Namun, saya tahu bahawa semua bantuan gabungan ini tidaklah bererti jika saya tidak mendapatkan satu bantuan lain, iaiti bantuan daripada Tuhan. Semua akan sia-sia tanpa bantuan-Nya.”

Oleh hal yang demikian, isu agama harus ditangani dengan bijak dan cermat.

Dalam PRU Ke-12 BN kehilangan majoriti 2/3 kerusi Parlimen disebabkan salah satunya kerana isu agama yang tertangguh. Masyarakat bukan Muslim dikatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan BN kerana tidak cekap menangani masalah pertikaian agama.

Lantas, BN yang diterajui UMNO memulakan langkah tegas. Maka pada 22 April lalu, Kabinet memutuskan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal sewaktu ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, dilaporkan berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama. Menurut Nazri Aziz, anak-anak mesti dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka. Dan penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan perkahwinan secara automatik.

Namun, hasrat Kabinet untuk menyelesaikan masalah pertikaian agama tidak termakbul apabila Majlis Raja- Raja menangguhkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) kerana mahu minta pandangan Majlis Agama Islam Negeri terlebih dahulu.

Cadangan pindaan ini pernah mencetuskan kontroversi dan bantahan jalanan kerana dikatakan bercanggah dengan hukum syarak. Malahan keputusan Kabinet dilihat menyebelahi kehendak orang bukan Islam. Lantaran banyak pihak meminta kerajaan menariknya balik.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa. Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya.

Nampaknya, persoalan agama bukan mudah diselesaikan. Situasi “menang-menang” rasanya hampir mustahil dicapai kerana dalam hal agama lazimnya, sukar dicari istilah bertolak ansur.

Pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama ini amat penting kepada UMNO-BN kerana ia bakal menentukan sokongan orang bukan Islam kepada mereka. Seandainya pindaan berjaya, orang bukan Islam akan menganggap UMNO-BN masih “boleh dipakai” kerana memahami kehendak rakyat pelbagai kaum. Bagaimaan pula dengan orang Islam? Perasaan mereka pasti tergores. Sokongan mereka kepada UMNO-BN menurun?

Ada pihak yang merasakan Kabinet menghina Islam apabila membuat keputusan membelakangkan kepentingan Islam sebagai agama rasmi negara.

Inilah jerat yang sedang menanti UMNO-BN. Mereka mungkin dapat meningkatkan sokongan bukan Melayu, tetapi pada masa yang sama sokongan Melayu bertambah merosot.

Majlis Raja-Raja juga serba salah dalam hal ini. Oleh sebab itulah pandangan daripada Majlis Agama Islam Negeri diperlukan. Agama Islam mesti dipelihara, agama lain juga mesti dijaga kerana rakyat tuanku terdiri daripada pelbagai anutan agama dan kepercayaan.

Sekarang keputusannya berada di tangan Majlis Agama Islam Negeri. Maka timbul satu persoalan, siapa yang lebih “berkuasa” antara Majlis Agama Islam Negeri dengan Kabinet Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak dalam hal keagamaan? Dan siapa pula bakal mendapat durian runtuh dalam hal ini?

Tiga klip video: Rosmah perlu bersihkan imej

(Hrkh) - Sebagai wanita pertama negara Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi liabiliti kepada perjuangan Umno dan suaminya Dato' Seri Najib Tun Razak wajar mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memburukkan beliau.

Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Aljundi menegaskan sebagai 'first lady' yang sentiasa menjadi tumpuan ramai tidak boleh kekal mendiamkan diri.

"Jika tidak mempertahankan, ia seolah-olah ada benarnya juga," kata Athirah merujuk laporan dalam satu portal berita baru-baru ini.

Hampir dua minggu tiga klip video berupa dokumentari pendek yang menyiarkan beberapa orang yang dikatakan saudara terdekat Rosmah Mansor memberi gambaran negatif terhadap beliau.

Apa yang jelas, bagi Athirah belenggu 'hitam' yang membayangi wanita pertama itu akan terus menghantui perjalanan politik negara.

"Isu-isu 'C4' misalnya dikaitkan langsung dengan beliau. Malah rakyat juga percaya Najib duduk di bawah telunjuk Rosmah dan ternyata ia sangat sukar untuk dinafikan," katanya.

Beliau juga menolak penyebaran klip video itu bukan semata-mata satu konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Bagaimanapun apa yang menimbulkan tanda tanya, kata Athirah tidak pernah berlaku dalam sejarah negara 'first lady' menjadi tumpuan pemimpin besar negara luar malangnya sehingga kini masih tidak terjawab oleh beliau.

"Najib sebagai Perdana Menteri tetapi Rosmah yang lebih berperanan dalam sidang tertentu, Najib pula tidak menonjol," katanya.

Justeru, tegas Athirah, Rosmah harus membersihkan nama baiknya dan membuat penafian terhadap klip video tersebar itu sepertimana beliau pernah membuat kenyataan tidak mengenali wanita Mongolia.

Tiga klip video yang tersebar itu memaparkan beberapa individu yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rosmah. Video yang disebarkan dalam 'you tube' itu semakin mendapat perhatian pengunjung internet.

Video berupa dokumentari itu, menyiarkan beberapa interview yang membongkar kisah perjalanan hidup Rosmah Mansur dari awal kemuculannya hinggalah beliau menjadi isteri Najib Tun Razak.

Ekoran kemunculan klip video itu, dilaporkan dua pelajar Universiti Malaya Izuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Sharuddin Ahmad Rosli meringkuk di balai polis sejak minggu lalu.

Mereka didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri.

Badrul Hisham dilaporkan tidak mengetahui tentang penerbitan video itu.

Siaran langsung: Tindakan RTM 'pilih kasih' di Parlimen dipersoal

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara berterusan siaran langsung sidang Dewan Rakyat tanpa menyelitkannya dengan program bual bicara setiap kali pembangkang mengemukakan soalan.

Mohamad berkata, beliau difahamkan siaran langsung yang dibuat RTM ketika ini adalah secara berpilih-pilih iaitu hanya menyiarkan sesi ucapan daripada pihak kerajaan.

"Saya difahamkan siaran langsung TV1 secara berpilih-pilih... setengah jam.

"Saya dapat panggilan telefon dan SMS daripada rakyat ramai... tak seronok lah.

"Biarlah macam yang lepas daripada awal sampai 10.30 pagi.

"Kalau ada pergaduhan, biarlah rakyat menilai. Ini pandangan saya daripada rakyat," katanya sebaik sahaja sesi persidangan Dewan bermula pada pukul 10 pagi.

Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee berkata, beliau akan membawa perkara itu untuk perhatian RTM.

Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian, hal itu dibangkitkan semula oleh M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) ketika Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) membahaskan Rang undang-undang Bank Negara Malaysia 2009.

Kulasegaran berkata, beliau mendapat SMS mengatakan yang sesi Chong berbahas pada ketika itu tidak disiarkan secara langsung, sebaliknya digantikan dengan sesi temu bual.

"Ini gambaran yang diberi kepada rakyat Malaysia, menipu... apa jadi di Dewan ini.

"Saya minta semua RTM keluar kerana dia (RTM) kelirukan semua ini dan menipu rakyat Malaysia," katanya.

Ia kemudiannya dicelah oleh Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Bagaimanapun, Ronald kemudiannya meminta hal itu tidak dibangkitkan lagi kerana beliau telah membuat keputusan berhubung perkara itu.

Manek urai: Syor kerajaan perpaduan boleh dianggap amaran PAS

KUALA LUMPUR: Bagi yang mengikuti perkembangan isu berkaitan kerajaan perpaduan, kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu semasa mengulas keputusan pakatan pembangkang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan itu barangkali bukan sesuatu yang memeranjatkan.

Malah sesetengah daripada mereka mungkin telahpun menduga pemimpin tertinggi PAS itu akan akur dengan bantahan keras daripada dua rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), selain tentangan sekumpulan kecil pemimpin PAS sendiri.

Abdul Hadi ketika memberikan reaksi mengenai penolakan cadangan itu mendakwa ideanya mengenai kerajaan perpaduan itu disalah erti dan dipermainkan oleh Umno bagi merenggangkan hubungan parti itu dengan lainlain parti dalam pakatan pembangkang.

Mungkin ramai juga yang mengamati bahawa ini bukan kali pertama anggota pakatan pembangkang itu menjadi bagaikan 'harimau tidak bertaring' sekalipun dalam isuisu yang sebenarnya bertentangan dengan ideologi PAS.

Misalnya pada November lalu, pucuk pimpinan parti bertindak mengetepikan dahulu cadangan PAS Selangor agar penjualan arak diharamkan di negeri itu apabila dua rakan sekutunya tidak bersetuju.

PAS juga mengambil sikap berdiam diri apabila salah seorang anggota jawatankuasa kerajaan negeri Selangor dikaitkan dengan isu moral.

Tindakan PAS yang dilihat banyak mengalah dan berkompromi dalam isuisu yang pada suatu ketika begitu hebat diperjuangkan, mewujudkan persepsi bahawa parti itu hanya menumpang tuah DAP dan PKR.

Oleh itu apabila pada muktamar parti barubaru ini Abdul Hadi dengan lantang menegaskan antara lain PAS terbuka untuk berbincang dengan manamana pihak, ia dilihat sebagai amaran kepada pakatan bahawa PAS tidak boleh diambil mudah.

Pada muktamar itu juga PAS digesa agar memainkan peranan sebagai pemimpin dalam pakatan pembangkang, malah ada yang menyarankan jawatan Perdana Menteri dijawat pemimpin PAS jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13.

Hairannya mengapa dalam masa tidak sampai tiga minggu selepas muktamar berakhir PAS tunduk dengan kehendak DAP dan PKR, seolaholeh mengesahkan bahawa mereka sememangnya sekadar menumpang kejayaan dua sekutunya itu.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar ketika diaju soalan itu menafikan PAS sekadar 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

"Sebenarnya suatu benda yang tidak betul bahawa kami ini takut kepada pihakpihak yang lain, sedangkan kerjasama yang dibuat ini adalah gagasan yang diterokai PAS sendiri, bagaimana kesediaan PAS untuk menghulur tangan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan bekas (anggota) Umno adalah suatu perkara yang tidak dapat dibayangkan oleh orang ramai.

"Kami juga berjaya meruntuhkan tembok yang memisahkan kami dengan DAP. Oleh itu tak timbul kami ini menjadi pengikut kepada satu pihak yang lain kerana kami yang membawa gagasan (kerjasama pembangkang) itu," katanya.

Pemerhati politik Prof Madya Dr Ghazali Mahyuddin pula berpandangan PAS hanya menurut suara majoriti dalam pakatan pembangkang, yang jelas tidak senang dengan gagasan kerajaan perpaduan itu.

"Bila ada pakatan kenalah ikut suara ramai, tak boleh sendirisendiri. Malah daripada segi persahabatan, tindakan PAS juga tidak kena kerana tidak membincangkan terlebih dahulu dengan rakan sekutu," kata pensyarah Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Pensyarah dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, Terengganu, Asri Salleh pula berpendapat PAS sebenarnya menguji kedudukan mereka dalam pakatan.

"Saya beranggapan ini strategi politik mereka. PAS melalui Abdul Hadi secara tidak langsung memberitahu Pakatan Rakyat bahawa PAS adalah parti dominan dalam pakatan, sebab pakatan itu bergantung kepada PAS.

"PAS tidak mempunyai masalah besar untuk berbincang dengan UMNO, tapi bolehkah DAP atau PKR berbuat perkara yang sama? Jawapannya tidak, dan harus diingat di kebanyakan negeri Umno menang kerusi paling banyak berbanding komponen lain dalam Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata PAS mungkin mempunyai kerusi Parlimen paling sedikit iaitu 23 berbanding dua rakannya (DAP 28 kerusi, PKR 30), tetapi daripada segi kedudukan di beberapa negeri, PAS yang memegang kunci.

"Di Selangor, tanpa PAS kerajaan pakatan akan bubar, dulu di Perak macam itu juga. Malah sekarang pun, kalau PAS kembali berbincang dengan UMNO, pembangkang terpaksa gugurkan hasrat mereka untuk kembali berkuasa di Perak," katanya.

Asri juga berpandangan PAS menghantar mesej kepada DAP bahawa mereka tidak memerlukan parti itu untuk mendapat sokongan bukan Islam.

"Sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin kuat menerusi kelab penyokong parti itu. Malah mereka merancang untuk jadikan kelab itu sebagai salah satu sayap dan kalau ini yang berlaku sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin utuh.

"Itu sebabnya saya katakan PAS tidak perlukan DAP. Malah jika diperhatikan selepas ucapan Hadi di muktamar, DAP yang paling gusar, sehingga cepat-cepat mengeluarkan kenyataan membantah dan mahu pakatan duduk berbincang. Ini menunjukkan DAP yang perlukan mereka bukan sebaliknya," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Abdul Hadi ikhlas ketika mengadakan perbincangan mengenai perpaduan dengan Umno yang berlaku sejurus selepas pilihan raya umum lalu.

"Mungkin pada masa itu mereka melihat ada keperluan untuk orang Islam, dan apabila sebut Islam ini pastinya merujuk kepada Melayu bersatu, tetapi entah macam mana ia menjadi isu yang sudah di luar kawalan," katanya.

Asri juga yang berpandangan bahawa pengaruh Musyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjadi faktor PAS membatalkan perbincangan dengan UMNO itu.

"Walau apapun pandangan orang terhadap Nik Abdul Aziz, hakikatnya beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam PAS malah ada yang beritahu saya yang orang boleh kata apa saja tentang PAS tapi jangan sentuh Nik Aziz," kata beliau.

Asri tidak menolak pendapat jika cadangan itu datang daripada Menteri Besar Kelantan sendiri, perbincangan dengan UMNO akan tetap berlangsung sekalipun dibantah DAP dan PKR.

Hakikatnya, apa juga motif PAS dalam perbincangan dengan UMNO itu hanya diketahui oleh mereka yang berkenaan, namun yang pasti isu ini meninggalkan parut dalam pakatan pembangkang.

Kini persoalanannya mampukah pakatan yang baru berusia 15 bulan ini bertahan untuk berdepan dengan BN pada pilihan raya umum ke-13? BERNAMA

Gagasan pemikiran kerajaan perpaduan : Mana silapnya?

Oleh Dzulkefly Ahmad

JUN 30 — Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan ’gag order’ yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu.

Penulisan ini akan mengutarakan penghujahan mengapa gagasan pemikiran Kerajan Perpaduan (KP) ditanggapinya sebagai ’ menentang arus’ dan berlawanan dengan momentum kebangunan tata orde Politik Baru yang sedang dalam proses pendewasaannya dan sangat-sangat dihajatkan oleh pengundi, sekaligus membela kepentingan rakyat dan kemaslahatan negara.

Penulisan ini terpaksa mengambil pendekatan separa ilmiah dan separa popular. Ringan bagi yang lebih mengetahui, berat bagi yang kurang menekuni. Yang pentingnya hujah ilmiah mesti diutarakan sebelum isu ini dapat ditamatkan secara muktamad.

Sesungguhnya, analisis secara tepat terhadap gagasan ini sukar untuk dilakukan secara lebih objektif kerana sehingga kini tidak pernah dibentangkan secara pendekatan akademik (terbuka atau tertutup) melalui satu kertas konsep yang menghuraikan falsafah, maksud dan pengoperasiannya. Tanpa itu, penilaian terperinci sememangnya sulit. Namun yang dihujjahkan di sini bukanlah aspek detail atau mikronya, tetapi secara makro atau gambaran besarnya. Sebelum itu beberapa ‘caveat’ atau peringatan awal.

Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau ‘ijtihad politik’ dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul. Penulisan tertumpu kepada aspek menilai gagasan pemikiran ini di segi ketepatan atau sebaliknya ‘ijtihad’ politik ini serta kesannya kepada politik negara amnya dan kemaslahatan perjuangan PAS (dan Pakatan) khususnya.

Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala’ atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini. Sebabnya? Jelas dalam hal ’pandangan politik’ seperti menurunkan strategi atau pendekatan taktik perjuangan, pandangan RasulAllah (saw) sendiri pun pernah beberapa kali ditolak oleh para sahabat. Khubab bin Munzir, contohnya pernah memperbetulkan strategi perang yang dibuat oleh RasulAllah (saw) dalam peperangan Badar ketika jelas bahawa perkara itu adalah dari ’pandangan’ Baginda yang menempatkan tentara muslimin di tempat yang tidak strategik dengan kata-kata tegasnya “fainna haza laisa bimanzilin” – ”Ini bukan kedudukan yang paling strategik”.

Begitu juga contoh perbezaan pandangan di peperangan Khandak ketika RasulAllah (saw) berhajatkan untuk berperang di luar Madinah sementara sahabat-sahabat mahu bertahan dalam kota Madinah. Tidak pula mereka dituduh tidak wala’ dan tidak mentaati Rasul Allah (saw). Sayugia bagi semua mengambil faham.

Cuma alangkah baiknya kalau kesemua lontaran ide ini ditangani dengan lebih cermat melalui saluran pemutusan sesuatu ide dalam parti. Namun penulis, selaku optimis tegar, bersedia menerima bahawa disebaliknya kegawatan dan ribut ini, mungkin ada kebaikan yang tidak semua dapat membaca dan mencerapnya. Mungkin juga kita perlu belajar dari kesilapan.

Juga, amatlah diyakini bahawa Presiden PAS sebagai seorang pemimpin negara, telah menggerakkan agenda KP ini untuk semata-mata bertujuan membawa negara keluar dari pelbagai krisis yang tidak berkesudahan dan kemelut yang berpanjangan termasuk impak kemelesetan ekonomi, kereputan institusi-institusi kritikal negara seperti Kehakiman, PDRM, SPRM, SPK dsbnya, sementara mengambil pelbagai kemaslahatan memperbaiki demokrasi dalam pendekatan KP ini.



Pokoknya dan tegasnya, konsep Kerajaan Perpaduan adalah satu pemerintahan yang akan menggembleng seluruh parti-parti politik dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menangani krisis yang dihadapi negara sehingga diharapkan dapat ditangani bahaya-bencana kebrentakan kemelut ini.

Oleh itu kerap dikatakan Presiden PAS bahawa dalam KP tidak ada ‘pembangkang’, kerana kesemuanya ’memerintah’ dan amat menasabah juga bahawa pengagihan kedudukan kementerian adalah berdasarkan dan berkadar dengan kekuatan kedudukan kerusi setiap parti komponen BN atau Pakatan di Parlimen dalam pentadbiran KP.

Cukup menarik dan berpotensi untuk diperkembangkan secara pengoperasiannya. Pelbagai cadangan juga boleh dimuatkan dalam konsep yang sememangnya idealistik dan mungkin ada yang menelahnya sebagai ‘utopian’ atau di luar kemampuan untuk direalisasikan dalam satu realiti politik sistem pelbagai parti ala-Westminster seperti di negara ini.

Pun begitu, ini bukan sebabnya gagasan KP ini patut ditolak kerana sukar untuk dilaksanakan. Ia juga tidak wajar ditolak atas sebab tidak kesemua parti-parti komponen BN dan Pakatan bersetuju untuk menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan ini. Sememangnya ada komponen BN atau Pakatan yang menolak gagasan ini atas apa pun sebab perhitungan politik mereka masing-masing.

Sebaliknya, berikut adalah sebab-sebab utama mengapa Kerajaan Perpaduan wajar ditolak rakyat demi kepentingan negara.

Pertama:

Dalam kebangunan landskap politik negara yang semakin menampakkan kecenderungan ke arah mematangkan amalan demokrasi ala-Westminster ini ke arah ‘Sistem 2 –Parti’ yakni Barisan lawan Pakatan, apa jua tindakan yang merencat dan menghalang pendewasaan trend politik tesebut adalah satu yang ditanggapi ’pundit politik’ sebagai satu ’Retrogression’ atau ” Songsang” dan ’Berpatah-Balik’. Kerajaan Perpaduan, dalam apa jua bentuknya, di segi ini adalah bertentangan dan berlawanan dengan penyongsongan kebangunan politik baru tanah air atau ”political trajectory of a new Malaysia”.

‘Sistem 2-Parti’ sebagai yang membuka satu lambaran landskap baru memberi peluang untuk kita contohi amalan politik negara-negara maju di Barat. Mungkin ada yang menyanggah, buat apa ikut Amerika atau United Kingdom? Betul, tapi nampaknya sehingga kini tidak ada lagi contoh negara umat Islam yang layak diteladani di segi kematangan amalan demokrasi dalam abad 21 Masehi atau 15 Hijrah ini. Sistem semak-imbang urus-tadbir yang mantap meninggalkan kesan yang baik bagi negara dan ini juga adalah anjuran Al-Quran dalam 2 ayat (Al-Baqarah, Al-Hajj).

Maka ini langkah pertama, bagi mempersiapkan negara yang bakal menyaksikan perubahan kepimpinan politik di peringkat Pusat dalam PRU ke-13. Pertandingan BN lawan Pakatan diramal menjadi lebih sengit dan tajam sekali ke depan ini. Ingat PRU ke-12 bukanlah pertandingan sistem 2-Parti. Pakatan ditubuhkan atas kepentingan parti-parti pembangkang untuk menjadi pemerintah selepas pilihanraya di 5 buah negeri dan tidak sebelumnya.

Maka pembentukan sistem 2-Parti di negara ini serentak menginstitusikan amalan ‘semak-imbang’ demokrasi yang mengiktiraf dua parti besar yang sentiasa bertarung bagi merebut kerpercayaan rakyat dan kuasa pemerintahan, sekaligus mengingatkan Barisan Nasional bahawa di sana ada sebuah lagi kerajaan yang bakal mengambil alih negara ini andainya pemulihan keyakinan rakyat gagal dicapai oleh BN dalam pemerintahan parlimen ke-12 ini.

Segala petanda sehingga kini mengisyaratkan BN akan gagal memulihkan keyakinan rakyat untuk kembali menyokong mereka. Dengan kata lain, sistem 2-parti mempersiapkan psikologi rakyat, persiapan birokrasi dan kesediaan negara bahawa pertukaran kerajaan bukanlah satu kiamat kecil bagi BN. Akan silih berganti peralihan kuasa dan pemerintahan seperti yang disebutkan juga di dalam Al-Quran (Ali-Imran: 140). Nah, itu lebih cantik penghujjahannya.

Kedua:

Penulis beralih menghujjahkan ketidaktepatan gagasan KP di segi disiplin ilmu Usul Fiqh. Benar, Presiden PAS bertindak bagi mengambil pelbagai kemaslahatan untuk mengatasi kedudukan kemelut dan krisis yang mendepani negara dan bermatlamatkan kepentingan rakyat. Kesemua itu adalah perkara-perkara yang boleh disebutkan dalam istilah ‘maslahah’ yang hendak dicapai, walaupun belum pasti mampu dicapai dengan pendekatan KP ini.

Dalam usaha untuk mendapatkan pelbagai kemaslahatan ini, penulis mengingatkan parti bahawa perhitungan ‘mafsadah’ atau ‘kemudaratan’ perlu diambil kira. Tidak ada yang lebih besar dari perhitungan kemudaratan kepada perjuangan parti. Tegasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam yang mengambil pentas dan memilih garis demokrasi sebagai jalan dan wasilah untuk merealisasikan perjuangan Parti Islam SeMalaysia, PAS ini, maka persoalan mendapat dan mengekalkan Sokongan dan Mandat Rakyat adalah perkiraan paling awla (utama) dalam perjaungan parti.

Justeru itu, PAS perlu menegaskan kepada kesemua peringkat pimpinan dan aktivis parti bahawa sementara PAS wajar mengekalkan sokongan tegar kaum Melayu-Islam, buat julung-julung kalinya juga PAS telah memecahkan tembok prajudis kaum Bukan-Melayu-Bukan Islam, lantas diberikan kepercayaan dan mandat sokongan oleh golongan kaum tersebut. Kesemua ini adalah hasil usaha PAS secara berterusan dengan pelbagai pendekatan yang Inklusif dan Telus, untuk membuktikan bahawa perjuangan ’PAS Untuk Semua’ itu adalah satu komitmen parti Islam ini dan bukannya satu retorik kosong.

Bergantung kepada demografi negeri dan kawasan plihanraya, sokongan kelompok pengundi Melayu-Cina-India adalah sangat-sangat memberangsangkan kepada PAS (dan Pakatan) mutakhir ini. Keseluruhan sokongan ini perlu diurus dengan baik bagi terus meningkatkan sokongan kepada parti Islam ini. Di sesetengah kawasan kerusi campuran, sokongan kaum Cina boleh sahaja mencecah 60-70 peratus bahkan lebih, sementara kaum India sehingga 55-60 peratus Sokongan kaum Melayu kepada PAS masih berlegar disekitar 40-50 peratus di negeri-negeri Pantai Barat dan sedikit melebihi itu di Kelantan dan Kedah.

Adalah amat wajar pimpinan parti diperingatkan bahawa dalam apa jua gagasan politik yang mahu dilontarkan bahawa kesan secara jangka pendek, sederhana dan jangka jauh perlu diperhatikan secara cermat dan strategik. Betul kita mahu mengambil kemaslahatan, tetapi perhitungan kemudaratan juga perlu dibuat dengan teliti.

Bahkan dalam hal menggunakan hujah Usul Fiqh sekalipun, kita akan berdepan dengan satu tuntutan prinsip yang menegaskan bahawa:

“Dar al-Mafaasid muqaddamun ala jalbi al-Masoleh” atau maksudnya

“Menolak Kemudaratan adalah lebih penting dari mengambil Kemaslahatan”.

Berpandukan tuntutan kaedah Fiqh ini, maka meskipun ada kemaslahatn yang hendak dicapai dalam tindakan menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan (yang belum tentunya dapat dicapai pun), maka menolak kemudaratan yakni kehilangan sokongan rakyat dalam perjuangan sebuah parti Islam, adalah jelasnya lebih awal dan penting di segi perhitungan Syarak.

Bersandarkan kepada hujjah tersebut, adalah juga penting bagi pimpinan tertinggi parti untuk mencermati segala lontaran gagasan pemikiran supaya tidak menjejaskan Mandat atau Sokongan Rakyat (Al-Masdaqiyyah Al-Ijtima’iyyah).

Lebih-lebih lagi kalau tindakan kita itu menghakis kepercayaan kepada pimpinan parti akibat perbuatan kita sendiri yang dilihat mengkhianati kepercayaan rakyat atau dipersepsi membelakangi prinsip-prinsip Keadilan dan sekaligus boleh membawa kebrentakan dan konflik dalaman dalam Pakatan. Bayangkan bagaimana RasulAllah (saw) mendapat dan mengekalkan sokongan kaum Bukan –Islam dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani dan juga Musyrikin) di Kota Madinah yang jelasnya ketika hijrah Baginda adalah golongan minoriti dan bukan majoriti.

Ketiga:

Hujah ketiga yang bersandarkan ’Tajribah’ atau Pengalaman parti ini dengan Umno/BN, maka tidak wajar penulis menurun segala pengalaman pahit samada ’bersama’ dengan Umno/BN, tambah-tambah kalau ’bersaing’ dengan Umno/BN. Cukup setiap seorang kita menghitung pengalaman masing-masing.

Jelasnya Umno mengeletek kesukaan mendapat tawaran PAS untuk menyelesaikan kemelut negara natijah buruk segala perilaku kebobrokan kepimpinan parti terbesar Melayu itu, seumpama orang mengantuk disorong bantal, pucuk dicita ulam mendatang.

Atau dengan kata lain memang Umno/BN sangat-sangat berhajat untuk meneruskan dialog dan muzakarah Kerajaan Perpaduan ini dengan PAS, bukan untuk menyanggupinya tetapi sudah cukup besar menafaat yang mereka kecapi kalau ‘muzakarah’ tersebut boleh dimulakan bagi menyaksikan kebrentakan di pihak PAS dan Pakatan dan runtuhnya sokongan Bukan Melayu-Bukan-Islam kepada PAS.

KP adalah seumpama suntikan ’booster’ untuk Umno/BN untuk terus mendapat talian hayatnya, sementara suntikan Racun kepada PAS/Pakatan. Dengan izin Allah Azza Wajalla jualah segala-galanya berakhir dengan Kebijaksanaan Politik berpihak kepada PAS/Pakatan tatkala tertolak gagasan Kerajaan Perpaduan.

Semoga Perjuangan ini di pelihara Allah Azza Wajalla. Amin Ya Rabb!

Presiden PAS tempelak BN, cuba pecah-belahkan Pakatan Rakyat

KELANA JAYA, 1 Julai (Hrkh) - Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menempelak usaha yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Umno untuk mewujudkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, BN berusaha untuk melaga-lagakan setiap parti dalam Pakatan Rakyat dan perhimpunan malam tadi PAS menempelak tohmahan yang dilemparkan oleh parti pemerintah itu.

"Perhimpunan ini juga menjadi bukti perpaduan dalam Pakatan Rakyat masih kuat dan saya mengucapkan terima kasih kerana kehadiran saudara dan saudari pada malam ini ke dalam satu majlis perhimpunan ini untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat dapat melakukan satu pembaharuan...perkara ini tiada dalam BN.

"Umno dan BN bergelut dengan pelbagai krisis lebih dari 20 tahun, tidak boleh selesai, termasuk krisis yang berlaku dalam parti kompenannya," katanya dalam ucapan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat semalam.

Ini katanya, menyebabkan kedudukan Pakatan Rakyat menjadi sebuah parti yang matang dan boleh memimpin negara serta diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah negara dalam pilihanraya yang akan datang.

Ustaz Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata ini menunjukkan bahawa BN sudah menjadi sebuah parti yang uzur, dan tidak mampu lagi untuk memimpin negara.

Menurut beliau, PAS adalah sebuah parti yang menjadikan akidah Islam sebagai pegangan, matlamat dan memperkenalkan cara perpaduan yang yang diajar oleh Islam sedangkan Umno, parti yang telah gagal menunjukkan model perpaduan yang sebenar.

Islam katanya, mengajar perpaduan untuk menegakkan keadilan, menegakkan kesaksamaan dan mengajar perpaduan di kalangan umat Islam berdasarkan hubungan akidah yang menyatukan mereka.

Beliau berucap sempena Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat sini semalam yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli.

Hadir sama dalam Majlis Himpunan itu ialah Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen negeri Selangor.

Menurut Ustaz Hadi lagi beliau yakin dan percaya dengan asas perpaduan yang kukuh telah ditunjukkan dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Kuala Terengganu menyebabkan BN gagal memainkan Pakatan Rakyat.

"Malam ini kita akan buktikan kejayaan Pakatan yang berjaya mengadakan himpunan yang sangat besar ini.

"Kita harapakan perhimpunan pada malam ni dapat membrikan isyarat kepada semua rakyat untuk bersama dengan pakatan rakyat dan dalam pilihanraya umum ke 13 dan kita akan satu buat perubahan.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid kerana membenarkan kita mengadakan perhimpunan di Stadium ini. Saya berani hadir untuk datang ke Selangor, kalau di Terengganu tidak mungkin saya akan hadir ke stadium," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang. - azm _

Manek urai: Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa...???

Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:

"Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.

Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."


Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.

Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.

Latarbelakang Peribadi
Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.

Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).
Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).

Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:

* Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.

* Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.

* Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.

* Peristiwa 4: Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau. Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid. Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.

* Peristiwa 5: Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran. Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.

Demikianlah di antara cerita di sebalik peristiwa Harussani dengan saya. Ada lagi beberapa contoh peristiwa perbezaan pendapat di antara kami berdua, namun perkara yang paling penting membezakan Ahmad Awang dan Harussani ialah pegangan dan fahaman politik kami masing-masing. Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi. Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.

Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008. Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu. Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.

Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).

Mengundi lagi kite wehh ..!!! UMNO@BN PERAK GOYANG..!!!

Sebaik sahaja MB Nizar memfailkan penyemakan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Persekutuan, timbul desas desus yang DUN Perak akan dibubarkan. Difahamkan mahkamah telah memberi klu kepada UMNO yang mahkamah terlalu sukar untuk menangkis hujah MB Nizar. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus dan betul. Tindakan Mahkamah Rayuan adalah biadap dan tergesa-gesa kerana takutkan DUN Perak dibubarkan atas permohonan MB Nizar. Menurut penyebar cerita, persetujuan pintu belakang yang melibatkan istana dan pimpinan UMNO, DUN Perak mesti dibubarkan sebelum kes MB Nizar dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai ini.

Berita tentang ada dua ADUN UMNO mahu melompat menyertai PR adalah rekaan semata-mata. Rekaan untuk menghalalkan kenapa MB DPulau membubarkan DUN Perak. Tujuannya supaya rakyat berpersepsi bahawa DUN Perak dibubarkan kerana isu lompat, bukannya isu rampasan kuasa secara haram. DUN Perak mesti dibubarkan sebelum 9 Julai 2009. Sekiranya DUN Perak dibubarkan, maka Mahkamah Persekutuan mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersidang membicarakan akan status siapa MB Perak yang sah. Maka selamatlah nama ‘buruk’ Satu Malaysia.

Begitu juga kononnya Si Changkat Jering ada menemui MB Nizar dan melahirkan kekesalannya adalah tidak benar. Jikalau benar si lompat ini berjumpa MB Nizar dan menyatakan kekesalannya, lebih baik kosongkan sahaja kerusi supaya boleh diadakan PRK di DUN Changkat Jering. Tindakan mengosongkan kerusi lebih bermaruah daripada tindakannya menyertai semula PR. Tindakan si lompat yang mahu menyertai semula PR hendaklah dianggap sebagai satu permainan baru oleh UMNO.

Oleh itu, berita tentang pembubaran DUN Perak akan dibubarkan pada minggu ini adalah benar. Lebih baik UMNO yang membubarkan DUN Perak daripada PR yang membubarkannya. Sekiranya UMNO yang membubarkan DUN, bermakna UMNO masih berpeluang menggunakan tenaga dan jentera kerajaan. Pekerja majlis masih boleh dikerah menggantung bendera UMNO. Jikalau PR yang ke istana untuk memohon membubarkan DUN, takut nanti UMNO langsung tidak ada jentera dan petugasnya.

Sebagai rakyat marhaen dan pengundi di DUN Perak, saya menyambut baik supaya DUN Perak dibubarkan. Kelewatan membubarkan DUN Perak hanya akan menyerlahkan lagi kepincangan dan kesilapan keputusan oleh istana dan mahkamah. Kelewatan ini juga akan membuatkan rakyat semakin faham bahawa UMNOlah yang memperalatkan istana dan mahkamah demi kesinambungan kuasa UMNO. Semakin lewat DUN Perak dibubarkan, semakin sukar untuk UMNO mempertahankan 27 kerusinya. Biarlah kalah negeri asalkan kerusinya selamat sehingga PRU 13.

Cukuplah lima bulan MB DPulau memanaskan kerusi MB Perak. Ternyata kuasa itu tidak ada keberkatanNya. Rakyat tidak hormat dan rakyat tidak terasapun akan kehadiran MB DPulau sebagai MB Perak. Rakyat semakin menyumpah UMNO. Teringat masa saya kanak-kanak, ustaz kata sekiranya 40 orang menyumpah kita, maka sumpahan itu akan menjadi …

Wallahualam

Tee Keat, Liong Sik and Kong Choy summoned over PKFZ

By Syed Jaymal Zahiid and Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, July 1 — The Public Accounts Committee (PAC) will summon the transport minister, his two predecessors and the attorney-general to testify over the PKFZ scandal, in an investigation which could have serious political consequences for MCA and the Barisan Nasional (BN) administration.

The parliamentary panel will also call Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) chief executive officer and Barisan Nasional Backbenchers chairman Datuk Seri Tiong King Sing to answer questions on the Port Klang Free Zone fiasco.

All of them will be called in to testify in two weeks’ time.

The decision was made at today’s meeting which was meant to finalise the set of questions to be asked of those who will be summoned in two weeks’ time.

PAC chairman Datuk Seri Azmi Khalid said although they will be called in to testify, this does not mean that they are guilty.

“They are not necessarily guilty, but we are calling them to be assured,” Azmi told The Malaysian Insider in Parliament today.

When asked how many individuals had been called to testify, he said he was not sure but “quite a number” which includes senior civil servants and former ministers.

The PAC is conducting an investigation into how PKFZ’s initial cost of nearly RM2 billion could rise to RM12.5 billion because of various discrepancies.

The scandal first surfaced in 2007, and disclosures so far show that the fiasco straddles the tenures as transport ministers of Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk Seri Chan Kong Choy and Tun Dr Ling Liong Sik.

It was also decided that the testimony of Datuk Gani Patail, the AG, would be relevant because he was privy to government information on the scandal.

Last week, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) head Datuk Seri Ahmad Said Hamdan had testified before the PAC.

But the head of the anti-graft agency refused to answer most questions thrown at him over its ongoing probe.

Ahmad Said stonewalled the bipartisan parliamentary committee by repeatedly citing legal provisions which he said prevented him from giving specific answers to questions from the lawmakers.

The Malaysian Insider understands that PAC members have yet to receive copies and appendices of the PriceWaterhouse Cooper report on PKFZ despite the exertion of pressure on Parliament’s secretariat and the transport minister to do so.

The DAP’s Lim Kit Siang, who has led a vocal campaign against Ong over the scandal, blasted the transport minister and accused the latter attempting to black out incriminating and significant information from reaching the public.

MANEK URAI : UMNO USAH PERLEKEH CALON PAS

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yakin calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah mampu memikul tanggungjawab dan amanah rakyat dengan baik meskipun latar belakang kerjayanya hanya seorang pemborong ikan.

Beliau berkata, pekerjaan Mohd Fauzi itu bukan persoalan utama dan menimbulkan masalah kerana rakyat mahukan wakil mereka dapat mendengar segala masalah dan menyelesaikannya dengan baik tanpa mengira apakah pekerjaan calon yang bakal dipilih itu.

“Dalam situasi Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai, saya tidak nampak masalah untuk Mohd Fauzi bertanding kerana pekerjaannya itu bukan menjadi ukuran, yang penting, bakat dan kemahiran yang ada pada dirinya.

“Apatah lagi, dengan memegang banyak jawatan dalam parti dan seorang pemimpin yang berpengalaman, saya yakin Pas akan menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Mahfuz berkata, beliau yakin Mohd Fauzi mampu menggalas tugas dengan baik sekiranya dipilih rakyat memandangkan calon Pas itu adalah dekat dan dikenali dalam kalangan penduduk di Manek Urai.

“Dia faham kehendak penduduk di situ, tambahan pula dia seorang pemborong ikan, jadi tiada masalah untuk berkomunikasi dengan penduduk di situ.

“Seperkara lagi, dia seakan-akan mempunyai persamaan dengan Allahyarham Ismail Yaakob (wakil rakyat sebelum ini) yang sememangnya mesra dengan rakyat,” katanya.

Mengenai latar belakang pekerjaan calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai Pengurus Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Projek, Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mahfuz berkata, Pas tidak gentar dengan kerjaya itu.

“Tidak semestinya kerjaya tinggi itu menarik perhatian pengundi kerana paling utama, calon mesti bijak memahami masalah rakyat dan menyelesaikannya.

“Pandangan saya, tidak ada guna memiliki kelayakan tinggi kalau tidak faham dengan masalah rakyat, pandangan ini secara umum, bergantung pada mereka berkaitan untuk memahaminya,” katanya.

Isu Manek Urai: 1 Undi UMNO = 1 Undi Untuk Judi di Malaysia

Penduduk Manek Urai wajib menghantar amaran yang keras kepada UMNO dan Najib Tun Razak bahawa mereka menyayangi agama mereka dan mereka tidak akan bertoleransi kepada sokongan UMNO terhadap industri judi di Malaysia.

Dalam bulan pertama Najib Tun Razak memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan 10 lesen “cabutan bertuah” (special draw) yang membesarkan lagi aktiviti judi “halal” di Malaysia.

Ikuti laporan di bawah:

” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.
The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”

Terjemahan: “Oktober lepas, kerajaan secara senyap2 telah memberi kepada tiga syarikat judi 10 lagi (kebbenaran) “Cabutan Bertuah” dalam setahun di dalam usaha merekan untuk menaikkan lagi hasil pendapatan kerajaan Malaysia di dalam antisipasi kemelesetan ekonomi dunia yang semakin menghampiri Malaysia.

Tindakan itu dibuat oleh TImbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak, sebulan selepas beliau memegang jawatan Menteri Kewangan dan tindakan tersebut tidak diwarwarkan kepada umum kerana dikhuatiri akan mendapat serangan yang mereka yang konservatif seperti PAS”

Saya menyeru mereka yang bertanggungjawab terhadap penerangan semasa PRK Manek Urai untuk memperbesarkan isu ini. Saya yakin, tiada pengundi di Manek URai yang mahu mengundi parti yang memperjuangkan industri judi seperti UMNO.

Islam Hanya Bahan Propaganda UMNO Semata-Mata

Sebusuk-busuk DAP yang bukan Islam, namun mereka tidak menambah bilangan premis judi di negeri yang mereka perintah seperti Penang. Malahan, di semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, tidak berlaku penambahan premis judi.

Namun, UMNO yang kuat berkokok, kononnya mereka mahu membela Islam dan Melayu telah menambah lagi aktiviti judi di Malaysia.

Tidakkah ini satu bukti betapa UMNO ini parti yang munafik. Di satu segi, mereka berkokok mempertahankan Islam. Di segi yang lain, mereka berselingkuh dan bersekedudukan dengan tokeh2 judi dan arak.

Tindakan Menolak Kerajaan Perpaduan Adalah Tepat

Tindakan Tok Guru menolak apa-apa hubungan dengan UMNO adalah tepat dan cermat. Mana mungkin PAS memperjuangkan Islam dengan mereka yang menjadi agen dan balachi kepada tokeh judi dan arak.

Saya ada membaca blog Mahaguru58 dan saya ketawa berdekah-dekah di atas kebodohan beliau. (Rujuk artikel beliau “Muslim Unity in Malaysia?” )

Beliau cukup marah apabila PAS menolak idea bekerjasama dengan UMNO dan beliau menuduh kononnya PAS membuang Islam dan bersikap seperti munafik kerana bekerjasama dengan DAP.

Saya nak Tanya Mahaguru69, adakah bekerjasama dengan balachi tokeh judi macam UMNO ini dapat membela Islam?

Tulang Besi

Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.

"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.

"Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya.

"Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.

Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

"Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.

"Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik," katanya.

Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.

"Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya. - mj _

Jaga lah Petronas Baik-Baik,,,???

my zaidibrahim

Kebelakangan ini banyak yang memperkatakan tentang kuasa Perdana Menteri untuk melantik sesiapa sahaja yang disukainya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas. Kuasa itu juga membolehkan Perdana Menteri memecat sesiapa sahaja yang tidak disukainya. Arahan Perdana Menter mesti diikut. Begitulah kedudukan Petronas, seolah-olah ianya adalah milik peribadi Perdana Menteri.

Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan kuasa Perdana Menteri yang begitu luas seperti yang terkandung dalam Peraturan Tubuh Petronas (Articles of Association). Tengku Razaleigh juga seolah-olah menyokong kuasa yang luas itu diberi kepada Perdana Menteri. Beliau menggunakan alasan bahawa Petronas adalah untuk rakyat, jadi Perdana Menteri yang ditugaskan menjaga rakyat wajar memegang kuasa yang tidak terhad itu untuk kepentingan rakyat. Masalahnya, kepentingan pemimpin tidak samesti nya sama dengan kepentingan rakyat ; dan ada pemimpin yang berpendapat kepentingan pemimpin itu samalah dengan kepentingan rakyat. Dengan kuasa luas itu , ia membolehkan Najib Tun Razak untuk menggunakan kuasa penuhnya bagi melantik Omar Ong ke dalam Lembaga Pengarah Petronas, dan kalau perlu, memecat sesiapa sahaja yang dia tidak berkenan . Ia juga bererti arahan PM mesti di ikuti .

Petronas memang untuk rakyat dan Perdana Menteri ditugaskan dan diamanahkan untuk menjaga rakyat. Tapi kita tahu tak semua pemimpin bersifat amanah dan tidak semua mementingkan rakyat. Hari ini hampir separuh perbelanjaan kerajaan dibiayai oleh Petronas. Dengan lain perkataan kalau Petronas muflis atau disalahgunakan, maka muflislah Malaysia.

Kita orang Melayu dan juga rakyat Malaysia yang lain biasa benar dengan ungkapan peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi”. Jadi amatlah perlu Perdana Menteri meminda undang-undang tubuh Petronas supaya lebih sesuai dengan keadaan sekarang. Pada masa tertubohnya Petronas memang wajar peranan dan kuasa PM samestinya luas untok menjayakan sesuatu yang baru, lagipun tak ramai anak tempatan yang boleh membuat keputusan besar dan penting. Hari ini keadaan telah banyak berubah. Ia lebih memerlukan pakar pakar yang luas kemahiran untok menjaga kepentingan bisnes yang global dan rumit itu. Biarlah pihak pengurusan melaksanakan tugas secara profesional tanpa selalu terikat dengan “arahan” Perdana Menteri, kerana kita sentiasa perlu waspada kalau pagar akan makan padi.

Kita tahu Petronas dilindungi oleh undang-undang. Parlimen pun tak dibenarkan tahu sepenuhnya apa yang dilakukan oleh Petronas. Dalam keadaan peraturan dan “governance” Petronas sekarang , tak ramai yang tahu apa yang berlaku atau pun berhak mengetahui hal-hal penting dalam Petronas. Hanya Perdana Menteri yang tahu segala-galanya.

Najib sendiri pernah merungut bahawa menteri-menteri pun tak tahu sangat apa yang berlaku dalam Petronas. Sekarang Najib dah jadi Perdana Menteri, bolehkah dan sanggupkah dia mengubah struktur dan peraturan pengurusan Petronas supaya rakyat akhirnya dapat mengetahui apa yang berlaku dan boleh membantu kerajaan dalam membuat cadangan-cadangan bernas? Biar ada ketelusan, biar ada imbangan kuasa di antara Perdana Menteri dan pihak pengurusan Petronas, itulah yang sebaiknya. Alangkah baik nya Petronas diwajibkan bersemuka dengan Ahli Parlimen sekali setahun supaya perkara perkara tertentu boleh diteranditerang dan diperjelaskan. Alangkah baik nya perlantikan Ketua Ekskutif Petronas itu dibuat atas cadangan PM tetapi mesti dipersetujui olih Parlimen. Biarlah Ahli-Ahli Parlimen juga mendapat maklumat penting dan terlibat dalam hal-hal dasar kerana Petronas adalah hak kita semua.

Tapi dalam keadaan hari ini, saya sekali lagi tidak yakin Perdana Menteri akan sanggup dan berani melakukan perubahan itu. Soal pengurusan yang lebih telus dan mengikut keperluan semasa tidak akan tercapai. Petronas dalam pemerintahan Najib akan kekal di bawah kuasa Perdana Menteri sepenuhnya. Saya bimbang rakyat akan suatu hari nanti akan dikejutkan dengan skandal yang besar jika Petronas masih dikuasai oleh seorang pemimpin sahaja, walaupun orang itu adalah Perdana Menteri. Begitulah yang terjadi kepada syarikat minyak Indonesia Pertamina yang hampir muflis pada tahun 1970-an kerana rasuah orang atasan. Kerana tak ada kawalan dan tak ada checks and balances, tiada siapa selain kumpulan pemerintah kecil yang mengetahui apa yang berlaku. Kerana tidak ada kawalan dan oversight maka pagar makan padi!

Bank Dunia baru sahaja membuat keputusan dari kajian mereka bahawa Malaysia merosot sejak tahun 2003 dalam soal pencapaian good governance. Ini bererti pentadbiran yang tidak telus, penyelewengan dan unsur rasuah telah meningkat dalam negara kita. Malah Indonesia, sejak reformasi satu dekad yang lalu, sekarang menunjukkan perubahan positif. Ekonomi dan pentadbiran Indonesia semakin baik dan meningkat. Boleh dan sanggupkah Najib membuat perubahan radikal dalam pengurusan dan pentadbiran Petronas supaya rakyat rasa lega dan puas hati bahawa penyamun besar tidak akan memporakperandakan khazanah rakyat ini?

Walaupun hati masih kurang yakin, harapan saya begitulah. Tapi harapan saya sahaja tak cukup jika rakyat tidak mendesak Perdana Menteri untuk membolehkan Petronas diurus dan ditadbir dengan telus dan terbuka.