Isnin, 29 Jun 2009

Apa Masalah Umno-BN ‘Bakul Sampahkan’ IPCMC?

Seawal jam 9.00 pagi saya tiba di “Istana Keadilan” Putrajaya bagi mendengar rayuan berhubung pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Apakan daya kes ditangguh lagi keesokkan harinya. Terpaksalah berulang-alik dari Parlimen ke Putrajaya. Apatah lagi sesi Dewan Rakyat kali ini akan tamat pada 2hb Julai 2009 dan saya merasakan perlu untuk menyertai perbahasan rang undang-undang yang bakal dibentangkan kelak.

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Perlaksanaan(SIAP). Saya ulangi kekecewaan ramai dari ahli parlimen kerana kegagalan kerajaan meneliti serta menuruti saranan IPCMC. Sungguhpun saya mengakui hasrat kerajaan untuk melebarkan peranan suruhanjaya ini kepada sejumlah 27 agensi lainnya. Latar asal dari rang undang-undang SIAP perlu diberi perhatian sewajarnya. Pokok pangkalnya adalah terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi polis.

Sekiranya asas ini diabaikan, permasalahan sebenar tidak akan selesai. Integriti agensi kerajaan terutamanya pasukan polis tercalar teruk akibat salah guna kuasa segelintir pucuk pimpinannya tatkala mereka di bawah tetap berdedikasi mencurah bakti kepada masyarakat. Ketiadaan fasal berkaitan bidangkuasa siasatan hanya menyebabkan kewujudan suruhanjaya tersebut seumpama melepaskan batok di tangga.

Yang lebih mengejutkan saranan IPCMC ditolak kononnya adalah untuk melindungi ramai anggota polis yang majoritinya orang Melayu. Membingungkan sekali alasan sebegini, sedangkan yang terlibat melanggar jalur hukum merupakan pucuk pimpinan polis. Berselindung di sebalik alasan kaum merupakan alasan dangkal yang cuba memperbodohkan rakyat.

Oleh kerana itu saya menekankan tiadanya iltizam politik pada pihak pimpinan Umno-BN untuk benar-benar memastikan perubahan terlaksana. Tidak hairanlah usaha kerajaan ini seakan fatamorgana yang cuba mengelirukan mata rakyat. Inshaallah dengan usaha dan doa, pastinya yang hak akan mengatasi yang batil.

ANWAR IBRAHIM

Umno 'ajaran sesat'?

oleh : Arifin Mahmud

Sebenarnya, kerajaan sudah boleh membuat keputusan sama ada mahu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia atau tidak tanpa perlu merujuk kepada rakyat kita.

Mungkin tiada suatu peraturan pun atau prosedur yang menetapkan bahawa sesebuah negara itu perlukan sokongan majoriti rakyat untuk menerima seseorang kembali menjadi warganegara di negara berkenaan.

Ringkasnya, penguasa boleh saja menyatakan tidak ke atas pulangnya Chin Peng dan kita tidak perlu lagi berbalah mengenai hal tersebut.

Tapi, memang sengaja hal komunis ini dikembangkan sebagai wacana baru besar-besaran di media, forum seolah-olahnya ia suatu wabak baru yang mengancam kita; mengalahkan masalah ancaman selesema babi yang melanda negara baru-baru ini.

Kerajaan boleh terus menyatakan tidak kepada usaha mengembalikan Chin Peng dan hal itu terus didiamkan sahaja. Tapi, kenapa ia dipanjangkan ke dalam media?

Umno pun tahu bahawa akan ada kalangan rakyat yang bersedia dengan kembalinya Chin Peng dan ada yang tak bersetuju. Dengan sebab itu, rakyat kita akan kembali dipecahkan dengan menimbulkan isu ini.

Apabila rakyat dipecah-pecahkan, semangat kekitaan dikoyak-rabakkan, maka senanglah Umno meneruskan penjajahannya apabila ikatan perpaduan sesama rakyat musnah.

Matlamat Umno memecahbelahkan ikatan

Itu saja matlamat Umno menimbulkan isu-isu. Bukan ikhlas, tetapi untuk pecahbelahkan umat. Sebab itu Umno takut debat. Debat itu akan menyebabkan tembelang Umno pecah.

Bukti mudah, Najib menolak debat bersama Mursyidul Am Pas dengan 'memperalatkan' kedua-dua mantan PM sebelum ini, Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi.

Najib tidak akan berani mengeluarkan kenyataannya sendiri. Yang tersiar adalah gambar dia sedang mengangkat telefon, kononnya sedang menerima panggilan Presiden Obama yang berunding dengannya berhubung usaha membebaskan tahanan Guantanamo.

Kembali kepada isu komunis misalnya, bukan tiada fakta yang menunjukkan bahawa hal pegangan seseorang itu bukanlah penyebab kepada seseorang itu tidak layak memohon menjadi warganegara di negara ini.

Contohnya, ketika mantan ketua pengarang Utusan Melayu Said Zahari dibawa semula masuk ke Malaysia ketika Dr Mahathir mula menjadi PM dahulu.

Dr Mahathir saat itu telah membatalkan larangan yang dikenakan ke atasnya yang pernah dilarang memasuki Malaysia suatu masa dahulu oleh Tunku Abdul Rahman.

Larangan Tunku itu tak pernah dibatalkan ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Tun Husein Onn, bapa kepada Hishammuddin sendiri. Hanya Mahathir yang membatalkan terus, lalu Said Zahari yang pro Sosialis dan perjuangan berhaluan itu akhirnya boleh diterima.

Tiada pula heboh-heboh di media dan tiada pula diangkat sebagai tajuk wacana, forum-forum untuk memecah-belahkan rakyat.

'Ajaran Sesat' Umno?

Ayah Pin didakwa mempunyai kerajaan di langit. Ini simbolik kepada kuasa, pengaruh dan inilah yang menyebabkan parti pemerintah, penguasa Umno berhati-hati dan berjaga-jaga. Jika ajaran sesat itu tidak bermotif politik dan kuasa, Umno tak peduli sangat.

Umno menyesatkan pemikiran rakyat dengan kurikulum Sejarah sejak merdeka mungkin. Hampir semua kisah perjuangan kemerdekaan ini Umno yang memonopolinya. Kita tidak lagi peduli tentang bagaimana Sosialis berjuang menentang neo-kolonialisme.

Mari mengkaji kesesatan pemikiran Umno sehingga memaksa rakyat meraba-raba dalam kegelapan. Ambil kes Henry Gurney sebagai contoh.

Media yang ditunggang Umno melaporkan kemuncak pembunuhan Henry Gurney adalah kemuncak kepada kekejaman pengganas komunis.

Umno sepertinya terlupa bahawa Henry Gurney adalah penjajah. Penjajah British. Di sini penjajah tentu seorang pengganas. Komunis dianggap pengganas, tapi komunis bukannya penjajah. Di sini, kita kena ingat, siapakah yang lebih merbahaya?

Penjajah tentunya pengganas, tetapi pengganas tak semestinya penjajah. Sekali lagi, siapa yang lebih merbahaya?

Sesuai dengan namanya yang bersifat penjajah dan pengganas, negara kita mengabadikan nama Henry Gurney kepada sekolah jahat. Henry Gurney Prisoners School atau Sekolah Tahanan Henry Gurney adalah sekolah penjara di Melaka.

Henry Gurney, pegawai Empayar British dari Palestin?

Siapa Henry Gurney? Kitab sejarah sekolah tidak menjelaskan siapa beliau. Sebelum dia datang ke Malaya, dari manakah dia datang? Umno tidak menjelaskan semuanya.

Menurut laporan, daripada 1944 sehingga 1946, beliau adalah Chief Secretary kepada kerajaan mandat Palestin. Selepas 1946, beliau dibawa ke Malaya sehingga 1948.

Jasa Henry Gurney agak besar dan cemerlang di Palestin. Ketika inilah wilayah Palestin mula diancam peceroboh Yahudi, Zionis sedikit demi sedikit. Atas sebab itu, kita patut mengenal siapakah sebenarnya Henry Gurney ini ketika Umno menyesatkan kita.

Berdasarkan rekod-rekod cemerlangnya dalam membantu Zionis melebarkan pengaruh penjajahan di Palestin itu, maka pada 1951, Henry Gurney telah ditembak mati dalam perjalanan pulang ke Bukit Fraser.

Tapi, mungkin pihak komunis bukan membunuh Henry Gurney di atas wataknya sebagai pihak British yang membantu Zionis dalam penjajahan ke atas Muslim di Palestin.

Komunis membunuhnya kerana dia adalah wakil penjajah British yang ingin meluaskan taklukan empayar British ke atas Malaya.

Justeru, Umno dengan kesesatannya telah kesampingkan watak Henry Gurney ini sebagai penjajah Muslim di Palestin. Tuhan telah gerakkan komunis untuk membunuh musuh kita sendiri yang telah memusnahkan Palestin.

Maka setidak-tidaknya kita kena tahu bahawa Henry Gurney adalah perancang keganasan dan arkitek penjajahan yang jauh lebih hebat cengkamannya ke atas kemanusiaan.

Betapa 'mulianya' Henry Gurney ini dalam pandangan kita sehingga selepas kematiannya, namanya dan penjajah British telah diangkat sebagai wira yang menyelamatkan daripada pengganas komunis, sedangkan British adalah pengganas dan penjajah di Palestin.

Itu antara kisah kesesatan Umno dan 'ajaran sesat' parti itu dalam menenggelamkan watak gelap penjajah British hingga menampilkan yang indah-indah saja tentang British.

Kesesatan Umno; terjebak amalan sihir?

Satu lagi masalah yang melingkari Umno ialah kebanyakan para pendokongnya ada yang telah menggunakan khidmat, pawang, bomoh dan dukun untuk mengejar kekuasaan.

Menjelang pemilihan perhimpunan agung parti itu termasuklah ketika pilihan raya umum sedang berlangsung, akan ada saja rumah-rumah pawang dan dukun dikunjungi.

Daripada maklumat-maklumat orang-ramai, kerap juga kita dengar bahawa ajaran sesat Ayah Pin misalnya terkait dengan sihir sehingga menyebabkan ramai yang terpedaya.

Ilmu sihir jelas bertentangan dengan ajaran agama biarpun Najib membangunkan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Abdullah melayangkan idea Islam Hadhari sebelum ini.

Pendek kata, idea penubuhan Baitul Mal dan segala agensi Islam tidak membatalkan dosa beramal dengan ilmu hitam dan sihir. Ini pun, sebahagian ciri-ciri ajaran sesat.

Dalam sebuah klip video YouTube ada ditunjukkan dakwaan terhadap isteri Najib yang kononnya telah mengguna khidmat pawang, bomoh dan dukun sebelum menikahi Najib dan selepas menikahinya. Najib dan Rosmah wajib membersihkan nama mereka.

Barangkali, tiada jalan lain untuk menutup semua ini melainkan dengan cara memberikan kesibukan ke atas fikiran rakyat dengan isu Kerajaan Perpaduan, isu sama ada Chin Peng wajar dibawa ke Malaysia atau pun tidak, termasuklah isu-isu remeh lain.

Di dalam YouTube, anda cuma perlu menaip Rosmah puaka dan tontonlah dakwaan yang terkait dengan isteri Perdana Menteri itu.

Jangan-jangan apakah ini antara sebab kenapa Perdana Menteri enggan berdebat bersama Mursyidul Am Pas tersebut? Wallahu'alam ... _

Barisan MP attacks government Bill on enforcement oversight

By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, June 29 – The government’s reform bill on enforcement agencies came under friendly fire today from a senior backbencher who called on all MPs to study the bill clause by clause instead of working according to the political divide.

Barisan Nasional’s (BN) backbenchers deputy chief Datuk Bung Mokhtar attacked the Enforcement Agency Integrity Commission (Siap) Bill, the last in former Prime Minister Tun Abdullah Badawi’s reform package, saying that it could not guarantee that the 21 enforcement agencies, including the police, customs and immigration would be free from corruption.

Calling it a “waste of time and money,” he said that the added layer of checks by such a commission would only cause “difficulties” to the public as most enforcement officers were doing their jobs with integrity.

“Even with this commission, we cannot say for sure if crime will go up or down,” he said, referring to Pakatan Rakyat’s (PR) repeated call for a stronger commission to probe the police.

“Siap should be an investigative body and not just a complaints department. If all it does is forward complaints to the Public Prosecutor, then it will just be delayed like other cases,” the Kinabatangan MP added.

But when pressed by opposition MPs if this meant he supported their stand that the body would not have sufficient power to operate, Bung evaded the question, insisting instead, that he was simply stating that he would not support a law that had no benefit to the public.

Abdullah’s reform package, which includes the Malaysian Anti-Corruption Commission and Judicial Appointments Commission have come under heavy but expected criticism from the opposition.

However, today’s attack by Bung reflected the unhappiness of BN MPs at what is perceived to be a capitulation to Pakatan Rakyat and a restriction on the status quo in the country where business and politics mix freely.

While the backbenchers may join the opposition in punching holes in Siap, it is still unlikely that they are ready to cross the floor when the bill comes to a vote.

Lawan Umno : Mana melayang keris pejuang Melayu..!!!

mStar online melaporkan
"Hanya mereka yang terbaik daripada yang terbaik layak untuk diberikan biasiswa ini. Inilah hasrat kerajaan supaya kita mendahulukan kepentingan rakyat. Kita mesti ambil kira kepentingan rakyat," katanya semasa berucap di majlis makan malam MCA di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam tadi.

Utusan 15 Mei 2009 melaporkan
KOTA BHARU 18 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta semua pelajar bumiputera yang gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya menyerahkan maklumat penuh mereka kepada pertubuhan tersebut.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi membuktikan tidak semua anak Melayu dan bumiputera lain yang cemerlang mendapat biasiswa itu walaupun dalam Perlembagaan jelas menunjukkan bahawa mereka layak menerimanya.

mStar pulak melaporkan
Umno will fight to the last drop of blood to protect Malay rights, the status of the Malay Rulers, Bahasa Melayu and Islam as these matters are enshrined in the Constitution.

Dalam Perlembagaan Malaysia jelas menyebut:

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

Setakat cakap boleh la. Kalau pemimpin DAP yang cakap ada bau-bau macam ni saheh ada yang sanggup cabut keris. Konon nak mandikan keris dengan darah. La ni aku nak tanya mana pi Ibrahim Ali yang mengaku pejuang melayu tulis. Mana pi YB Tajuddin Rahman, MP Pasir Salak yang kata garang nak perjuang pasai melayu. Mana melayang keris pejuang Melayu. Pejuang hak melayu konon!!!

Lagi satu aku nak jugak sebut. Punya la bangang PM 1 Malaysia, biasiswa ni bukan untuk bagi yang terbaik, biasiswa ni untuk anak orang tak mampu tapi nak sambung belajar. Biasiswa ni bukan hadiah. Kalau nak bagi hadiah kat pelajar terbaik, bagi ja la. Tak payah sebut biasiswa, pakai la istilah apa pun, sapa nak marah? Yang berjaya dalam sukan macam Nicol Ann David, beratus ribu dia dapat hadiah pasai jadi juara dunia, ada orang ramai marah?

PRK MANEK URAI : SESAT ATAU TIDAK KITA BOLEH NILAIKAN SENDIRI

Pengundi Manek Urai dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam boleh menilai sendiri samada Umno sesat atau tidak sesat.
Perkara-perkara asas seperti judi, arak, maksiat, hukum sekular, zalim, rasuah, riba dan sebagainya memang jelas hukumnya. Orang Islam yang tidak mendalami ilmu Islam pun tahu akan hukum perkara tersebut.
Polimek tuduhan Tok Guru Nik Aziz bahawa Umno sesat nampaknya menjadi isu hangat sehari dua. Tok Guru mendakwa Umno sesat sama seperti komunis pada ceramahnya di Manek Urai 2 hari lalu.
Bagi saya mudah sahaja. Saya ingin bertanya kepada tetamu blog ini. SESAT atau TIDAK SESAT jika??? :-

*
Arak diberikan lesen untuk dijual dan dikilangkan di Malaysia
*
Judi diberikan lesen oleh Kementerian Kewangan
*
Riba terus dibiarkan berleluasa dalam sistem ekonomi negara
*
Kezaliman, diskriminasi dan penindasan kepada rakyat terus berlanjutan
*
Maksiat seperti pelacuran, konsert bebas, pergaulan bebas, rumah urut, night Club dan lain-lain dibiarkan berleluasa
*
Hukum bukan Islam (sekular) terus digunapakai di negara kita
*
Rasuah dibiarkan berleluasa dan tiada tindakan diambil sepertimana yang berlaku semasa pemilihan Umno. SPRM langsung tidak mendakwa mereka yang terlibat dengan rasuah ini
*
Sistem Kehakiman yang tercalar dan buruk imej dibiarkan tanpa ada penambahbaikan.
*
Dan lain-lain

Jadi sekali lagi saya ingin bertanya kepada Tuan-Tuan dan puan-puan sesat atau parti ataupun kerajaan yang membiarkan atau mengalakkan perkara diatas.

Saya juga mengharapkan pengundi Manek Urai dapat menjadikan ilmu dan asas agama mereka sebagai panduan untuk memilih parti mana yang mereka akan undi pada 14 Julai nanti. Jangan nanti mereka tersilap memilih parti yang dikatakan sesat oleh Tuan Guru Nik Aziz.

by SOFI WAHAB

Sahut dahulu cabaran Pemuda PAS Pasir Mas sebelum ajak TGNA berdebat

Afandi Yang Perlu Lepasi Saringan

Hari ini di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan tersiar kenyaaan Mohd Afandi Yusoff, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Malah kata Afandi, untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Nik Aziz perlu melalui ujian saringan terlebih dahulu iaitu dengan berdebat dengan Pemuda UMNO. Kata Afandi lagi, kalau debat dengan Pemuda UMNO pun tidak berjaya, maka usah berangan untuk berdebat (dengan PM).

Bagaikan kelab Liga Kampung Manek Urai B yang mencabar Chelsea, Afandi nampaknya tidak berpaling ke belakang lagi semasa membuat cabaran ini. Pemimpin UMNO dari Rantau Panjang yang menang dengan penuh kontroversi ketika pemilihan UMNO tahun lepas ini memang merupakan seorang penceramah UMNO yang sering kedengaran suaranya di Radio Kelantan khususnya pada waktu malam. Lepasan Jordan yang dulunya merupakan orang kuat PAS di sana tetapi akhirnya pulang ke Malaysia untuk mencari makan dengan UMNO.

Dengan sejarahnya yang pernah mencabar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi berdebat, maka ajakannya pada hari ini bukan suatu perkara yang menghairankan. Cuma yang agak mengejutkan apabila Afandi menyifatkan bahawa perdebatan dengan Pemuda UMNO ialah satu saringan. Mungkin Afandi sendiri sedar taraf Pemuda UMNO yang hanya layak berada di pusingan saringan.

Bagi saya, Pemuda UMNO boleh berada pusingan saringan tetapi hanyalah sebagai pengutip bola sahaja. Bukan ingin memperlekehkan Afandi, tetapi dengan kelayakannya di dalam bidang agama, berada dalam lubuk UMNO yang penuh dengan skandal bukan tempatnya. Ditambah dengan kenyataannya seperti hari ini, Afandi nampaknya memang nekad untuk mati bersama-sama dengan UMNO!

Afandi dan pemuda UMNO boleh berada di padang sebagai pengutip bola. Tetapi kalau bercita-cita untuk memasuki padang, tidak payah Dewan Pemuda PAS Pusat atau negeri turun, kami dari Pemuda PAS Pasir Mas bila-bila masa bersedia untuk melihat bakat Afandi sejauh manakah mampu menendang bola.

Apakata kata Dewan Pemuda PAS Pasir Mas menjual, Afandi sanggup membeli? Dewan Majlis Daerah Pasir Mas boleh memuatkan ramai pendengar rasanya.

http://ahmadfadhli.wordpress.com

Calon BN nafi dakwaan salahguna kuasa dan rasuah..!! Kan dah kata tak sampai 24 jam...puak2 UMNO sendiri serang calon Tok Pa...!!!

Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat hari ini menafikan dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa "beliau pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah".

Dakwaan itu tersebar tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan semalam sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Dakwaan di internet itu menyebut Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) - jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar.

Lamanweb itu mendakwa ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun.

Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang 'meragukan' ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.

Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Tuan Aziz menafikan semua tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berkata ketika menjadi ketua Pemuda Umno, beliau tidak pernah terbabit dalam operasi kilang Kesedar.

Nafi pernah lobi

Menurutnya, beliau juga tidak pernah ke Thailand atau Vietnam ketika bersama Kesedar.

Sebaliknya, kata Tuan Aziz, beliau hanya pernah ke Kampuchea berhubung penjualan minyak masak pada 2007.

Mengenai dakwaan beliau membawa bersama pegawai yang tidak berkaitan menyertai lawatannya, Tuan Aziz berkata ia bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka dan dilakukan secara bergilir-gilir.

Tuan Aziz juga menafikan yang beliau pernah melobi bagi pihak pembekal baja ketika bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian.

Sebaliknya, kata Tuan Aziz lagi, keputusan untuk memberi sebarang kontrak bukan terletak di tangannya.

Tuan Aziz berkata, seingatnya, para pembekal sudahpun mendapat kontrak tersebut sebelum beliau menjadi CEO Kesedar.

Oleh itu, katanya, tidak timbul soal beliau melobi untuk mereka.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan untuk memberi kontrak tersebut terserah kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam bidang pertanian. (CALON PILIHAN RAKYAT MANEK URAI .... TAK PANDAI RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA....SEJARAH ABE JI MEMBUKTIKAN SEGALA-GALANYA...PENDUDUK KUALA KRAI TAHU SIAPA DIA ABE JI...PILIHAN RAKYAT)

BN Akur Teguran Anwar..!!!

Susulan kritikan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim terhadap dakwaan Barisan Nasional menjalankan kempen memburuk-burukan Pakatan Rakyat dan mencemar nama baik Menteri Besar Kelantan untuk meraih undi di Manek Urai, BN kini mengarahkan semua penceramahnya supaya jangan menabur fitnah sewaktu berkempen dalam pilihan raya kecil itu.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, Umno tidak mahu menggunakan pilihan raya sebagai tempat untuk memaki hamun dan menabur fitnah.

"Tepulang kepada Datuk Seri Anwar nak bercakap apa pun," katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri berkata, Umno akan menggunakan saluran media untuk menyampaikan penerangan kepada pengundi Manek Urai.

Dalam pilihan raya kecil 14 Julai depan, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat akan ditentang oleh Bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah.

Menggempur Umno di Manek Urai..!!! Selamat Tinggal UMNO...???

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai, Kuala Krai bermula 6 Julai ini harus dijadikan titik mula untuk membenam Umno-Barisan Nasional dipersada politik negara.

Dengan sokongan dan dokongan semua pihak, dari kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama, terutamanya daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat, PAS seharusnya berada dalam kedudukan yang selesa berbanding Umno-BN.

PAS memperolehi keselesaan, apabila sudah tiada lagi isu-isu dalaman mahu pun luaran yang boleh dipergunakan Umno-BN untuk menyerang atau memecahbelahkan PAS, khususnya dalam isu yang berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan.

Kepimpinan dan anggota Pakatan Rakyat, khususnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi akujanji untuk turun habis-habisan membantu kemenangan calon PAS.

Kesepaduan saf kepimpinan PAS sudah mulai terjalin. Tiada lagi kedengaran suara-suara teguran terhadap kepimpinan, lantaran kebijaksanaan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden merungkaikan isu Kerajaan Perpaduan.

Di kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat juga, sudah tiada lagi pandangan negatif terhadap PAS dan mula memahami sedikit sebanyak fungsi dan peranan PAS sebagai parti tonggak orang-orang Melayu yang bertunjangkan Islam.

Dalam konteks Manek Urai, sebuah kawasan majoriti Melayu-Islam. Sudah tentu isu-isu berkaitan agama, bangsa, pembangunan dan keadilan sosial bakal mendominasi kempen.

PAS dalam isu-isu berkaitan agama, jauh lebih terkehadapan daripada Umno.

PAS juga dalam isu-isu berkaitan kepentingan bangsa Melayu, juga lebih diyakini dan semakin mendapat kepercayaan rakyat, khususnya dalam memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan pembahagian ekonomi orang-orang Melayu.

PAS beruntung kerana keperibadian dan kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, begitu disanjungi dan dihormati rakyat dari tahun 1990, kekal sehingga kini.

Namun, petugas-petugas PAS tidak seharusnya terlalu yakin dengan kelebihan yang ada. Mereka harus bekerja lebih keras untuk mempertahankan kemenangan PAS di Dun Manek Urai.

Mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada merebut kerusi yang dikuasai parti lawan.

PAS tidak seharusnya memandang ringan keupayaan Umno-BN. Sebagai sebuah parti yang mendominasi Kerajaan Pusat sekian lama, sudah tentu Umno-BN begitu mahir dan licik mengeksploitasi peluang.

Sejak sekian lama, sama ada Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil, Umno-BN sentiasa mengambl peluang untuk mengeksploitasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyebarkan propaganda menerusi media arus perdana untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat dan mempergunakan jentera kerajaan termasuk polis untuk kempen BN.

Semua institusi ini dipergunakan untuk mencemar dan memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dilabel sebagai pembangkang.

Setakat ini, alhamdulillah, walaupun kita sering bertembung 'di padang yang tidak sama rata', namun Pakatan Rakyat berjaya memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kecil.

PAS dan Pakatan Rakyat tidak harus berdiam diri, harus dituntut supaya Pilihan Raya Kecil ini dianjurkan secara adil, telus dan saksama.

PAS juga harus membuktikan bahawa ianya merupakan sebuah parti yang benar-benar bersedia untuk menggantikan Umno-BN.

Semua ahli, penyokong PAS serta Pakatan Rakyat harus mengambil peluang untuk menyanggah doktrin Umno-BN di Manek Urai, bekerja keras untuk memenangkan calon PAS, sekaligus memperkukuhkan pengaruh PAS di Kelantan Darul Naim._

Anwar: Hubungan Polis Dan Samseng Dikecam...???

Kewujudan keselamatan kawasan perumahan, atau lebih dikenali sebagai neighbourhood watch, petanda rakyat tidak lagi yakin keselamatan nyawa mereka di tangan pihak berkuasa.

Fenomena neighbourhood watch ini berpunca dari imej polis yang tercemar dengan pelbagai kes rasuah, salahguna kuasa dan hubungan pihak berkuasa dengan penjenayah, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Rakyat tidak lagi menyakini polis mampu menjaga keselamatan mereka,” kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini, ketika membahaskan Usul Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP).

“Kerajaan sendiri dilihat melindungi pegawai-pegawai atasan polis yang terbabit rasuah dan mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian merujuk kepada akuan bersumpah pegawai-pegawai polis yang mendakwa wujudnya hubungan antara Ketua Polis Negara Musa Hassan dan kongsi gelap.

Anwar turut membacakan akuan bersumpah dari beberapa pegawai polis di Dewan Rakyat.

“Dari akuan- akuan bersumpah ini kita difahamkan bahawa anggota-anggota polis ini dikenakan tindakan kerana menyiasat aktiviti individu tertentu yang dipercayai terbabit dalam kongsi gelap,” kata Anwar.

“Saya berasa bimbang apabila Ketua Polis Negara sendiri dituduh memberi perlindungan kepada kongsi gelap,” tegas Anwar.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mendedahkan satu kes pembunuhan seorang pemimpin kanan MIC yang cuba diselindung pihak polis.

Pada 12 Januari tahun lalu, Adun Tenggaruh S Krishnasamy dibunuh oleh seorang pembunuh upahan di dalam sebuah lif di Ibu Pejabat MIC Johor.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Krishnasamy ditembak satu kali di bawah kening mata kiri dan tembus ke belakang kepala.

Berdasarkan maklumat yang diterima pemimpin veteran DAP itu, suspek-suspek penting dalam kes ini dibebaskan sebaik sahaja ditahan.

“Walaupun setelah setahun berlalu namun masih tiada perkembangan terbaru dalam siasatan polis,” kata Kit Siang.

“Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) amat diperlukan di masa sekarang,” tegas beliau.

Nik Aziz diminta jangan anggap diri sendiri hebat - Zambry ..1!! wah..wah...MB HARAM berbunyi lagi.....!!! Dah lah rompak demokrasi di Perak ...???

IPOH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta tidak menganggap dirinya sebagai seorang yang hebat apabila mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat berhubung kemelut politik melibatkan Pas dan Umno.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Nik Aziz yang dianggap sebagai seorang 'tok guru' itu sepatutnya menggunakan ilmu dan pengetahuannya dalam agama untuk bercakap.

"Beliau jangan anggap dirinya hebat sangat, kadangkala kita rasa diri hebat sangat, kita tidak rasa orang lain lagi hebat.

"Beliau sepatutnya lebih bercakap dengan ilmunya daripada ikut emosi beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Dermasiswa Yayasan Perak di sini hari ini.

Zambry berkata debat terbuka bukan satu platform yang menguntungkan sebaliknya ia akan membawa kepada kesan panjang dan buruk seperti perpecahan dalam masyarakat.

"Saya juga tidak fikir Perdana Menteri tidak mampu berdebat dengan beliau tetapi saya yakin Datuk Seri Najib lebih memikirkan kesan terhadap masyarakat," katanya. BERNAMA

Manek Urai: UMNO dahulukan dengan Melayu tipu Melayu!!!

Oleh M3M

Satu Kelantan kena tipu dengan para pemimpin UMNO Satu Malaysia. Ini kes bully ni…..!!! UMNO yang memperjuangkan ketuanan Melayu, ruper nyer membuli negeri Kelantan yang majoriti nyer orang Melayu. Weh…. Melayu bully Melayu!!! Apa sudah jadi???

Ceriter penipuan ini, sebenor nyer udah lama berlaku…. sejak ‘emas hitam’ dijumpai di perairan Kelantan. Tapi…… oleh sebab, Kelantan milik PAS, maka macam-macam helah dibuat oleh UMNO/BN untuk menafikan hak rakyat Kelantan daripada menikmati dan mengecapi, apa yang rakyat di negeri Terengganu kecapi. Malang nyer nyer di Terengganu pun, hak itu tidak dikembalikan sepenuh nyer kepada rakyat nyer, tetapi… yang kenyang ialah orang luar dan segelintir para pemimpin rakus dari Terengganu. Royalti minyak yang sepatut nyer menjadi milik rakyat Kelantan juga, telah dinafikan oleh kerajaan pusat UMNO/BN. Udah ler grant pembangunan untuk Kelantan pun demer culas nak bagi… ini nak bagi royalti minyak pulak??

Sebab tu ler, depa sanggup menipu rakyat Kelantan, konon nyer tak da hapa minyak pun di sana. Ater, nak nipu tak kena gaya….. Depa ingat orang Kelantan benggap kot dan senang-senang depa boleh kunta kinte. Depa lupa yang rakyat Kelantan dibela oleh para pemimpin PAS yang jauh lebih berjiwa rakyat, berwibawa dan lebih amanah daripada para pemimpin UMNO daripada Kelantan sendiri. Semua nyer tak leh pakai belaka!!

Lepas tu, nak banyak songeh pulak dengan slogan rakyat didahulukan. Rakyat mana yang komer nak dahulukan….??? Hak rakyat Kelantan, komer tak nak dahulukan ke?? Ater…. kalau betoi, dahulukan ler dengan memberi mereka royalti minyak serta diikuti dengan hak-hak lain nyer. And…. and…. don’t forget my home state, Perak Darul Ridzuan. Kembalikan hak rakyat Perak jugak, ya. Bubarkan DUN Perak!!!

Rakyat Kelantan….. jangan tertipu dengan madah berhelah UMNO/BN. Komer tanya nanti pada calon UMNO N41 Manek Urai, pasal minyak dan royalti yang sepatut nyer menjadi hak komer. Tanya para pemimpin UMNO Kelantan apa yang demer buat selama ini. Tak kan ler demer tak tau pasal minyak di Kelantan??? Orang menzalimi rakyat Kelantan pun, depa boleh buat bodoh jer…. Apa punyer pemimpin ni??

Serang demer pasal isu minyak ni. Jangan bagi chance….. Demer tu bukan pemimpin yang mendahulukan rakyat tetapi mendahulukan kepentingan diri mereka jer. Haprak semua nyer!!

Nampak gayer nyer, isu minyak ini pun, udah cukup untuk menguburkan UMNO di Manek Urai. Eleh…. sure tumpor punyer ler!!!!

Selamat Datang Malaysia Baru!

Oleh Amin Ahmad

Saya kira ramai yang ikut ‘sakit’ berdepan dengan realiti politik Malaysia pasca Reformasi 1998. Rakyat kita secara umumnya sering digambarkan sebagai jenis masyarakat yang berbudi bahasa sebagai cermin budaya tinggi. Namun, Reformasi 1998 sekurang-kurangnya telah memberikan gambaran berbeza, bukan kerana ia menampilkan sosok budaya rendah, tetapi pengertian baru kepada budaya tinggi.

Saya tidak pasti sama ada kenyataan di atas hanya dirasakan oleh saya. Mengambil kira usia saya waktu itu yang baru masuk hampir 17 tahun, ia sekurang-kurangnya satu bentuk baru bagi saya. Saya mula ikut dalam kempen Pilihan Raya sejak kecil. Ayah seorang pemimpin UMNO di peringkat cawangan yang lama berkhidmat dengan Dato’ Radzi Sheikh Ahmad sebelum Dato’ Radzi menyertai Semangat 46. Saya masih ingat upah RM20 untuk kami bekerja selama 1 malam (kira-kira 4 jam bekerja dari lepas Maghrib hingga jam 12). Untuk saya waktu itu, ia jumlah yang besar. Masih terbayang gembiranya kami kanak-kanak yang nakal, walhal kami baru saja menampal dinding rumah seorang penyokong kuat Semangat 46 di kawasan perumahan kami dengan lambang Barisan Nasional (BN) sebanyak-banyaknya. Esok, heboh seluruh kawasan perumahan kami tentang ‘kurang ajar’nya penyokong BN. Tapi yang saya pasti, zaman itu tidak timbul soal pendekatan samseng oleh anak muda yang baru berjinak dalam politik.

Tidak lama kemudian, ayah menang satu pertandingan anjuran Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dan mendapat hadiah 50 buah buku terbitan DBP secara percuma. Seingat saya, buku Singa Di Bawah Takhta Dijerat, tulisan Tun Saleh Abas telah saya baca semasa saya masih bersekolah rendah. Dari buku ini, saya merasakan Dato’ Seri Dr. Mahathir (kini Tun) tidaklah hebat sangat. Ironinya, buku ini tidaklah diharamkan. Tapi saya gagal menghubungkan isu ini dengan erti politik yang lebih luas dan berprinsip. Saya juga pasti, saya gagal melihat keburukan Tengku Razaleigh atau pemimpin PAS pada waktu itu sama ada Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Haji Hadi. Ayah bersama rakan-rakannya memang banyak bermesyuarat serta bersembang, tetapi tak banyak yang disampaikan kepada kami dan kami juga tak minat mendengar. Untuk kami, upah buat kerja itu lebih penting.

Saya tidak ikut perkembangan politik selepas 1995. Waktu itu nama Anwar Ibrahim (Dato’ Seri) kian diperkatakan. Saya masih ingat abang menipu saya dengan mengatakan “Gambar ayah dalam majalah Keluarga”. Ya, mukanya ketika muda ada iras ayah, sekali tengok.

1998, saya menjadi juara Kejohanan Catur Merdeka kategori remaja peringkat negeri Perlis dan akan bermain di Kejohanan Catur Merdeka kategori remaja peringkat kebangsaan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia. Itu kali kedua saya menjuarai kejohanan yang sama selepas pertama kali pada 1995. Pada tahun 1995, kami bermain di Bangunan Wisma Putra, tapi lokasi kali ini lebih gah. Tanggal 2 September, ketika saya mahu pulang ke bilik penginapan kami di Hotel Dynasty, kedengaran orang ramai berbual bahawa sekumpulan Pemuda UMNO sedang berkumpul di bawah dan Dato’ Seri Dr. Mahathir dilemparkan air kotak.

Sepatutnya kami pulang pada 3 September, tetapi kami memutuskan untuk balik ke Perlis pada malam 2 September 1998. Kami semua yang berada di dalam van terkejut mendengar berita pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada waktu itu. Masing-masing tidak percaya, tetapi berita surat khabar pagi esok jelas memaparkan kebenaran apa yang kami dengar malam itu. Kemuraman persekitaran ada di mana-mana.

Apa yang saya masih ingat selepas itu, saya menjadi orang penting mendapatkan berita-berita perkembangan Reformasi 1998 di Kuala Lumpur melalui internet.

Ayah sebagai orang lama dalam politik UMNO di Perlis menggunakan ruang mesyuarat untuk mengingatkan kepada semua ahli agar bertenang dan mengambil sikap berhati-hati kerana tuduhan yang dilemparkan kepada Dato’ Seri Anwar adalah terlalu berat dan sukar dipercayai. Hasilnya, di depan mata saya esoknya, jawatan ayah dilucutkan secara serta merta. Saya masih ingat seorang guru di sekolah yang kebetulan jiran saya bertanya “Bila ayah nak buat mesyuarat?”

Saya menjawab “Ayah sudah dilucutkan jawatan”.

“Kenapa?”

“Ayah dilihat tidak jelas mengambil sikap dalam isu Anwar” jawab saya tenang.

Sejak itu, emak dan ayah tidak lagi aktif berpolitik sebagaimana sebelumnya dan lebih banyak menghabiskan masa membuat hal-hal sendiri dan keluarga. Tidak ada lagi orang UMNO, orang PAS, juga orang tidak berparti sama ada Melayu, Cina atau India yang datang mendapatkan bantuan ayah kerana jawatannya. Tapi masih ada, dari kelompok yang sama berterusan berjumpa ayah untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pelbagai urusan. Saya berterima kasih kepada ayah kerana telah menunjukkan teladan pimpinan yang baik – berlaku adil dalam khidmat.

Emak pernah bercerita kepada saya sebelum menunaikan umrah baru-baru ini. Kata emak, semasa ayah aktif berpolitik, emak hanya berpesan “Jangan bagi kami makan rezeki yang haram, biarlah kita susah bantu orang”. Emak tahu saya menunjukkan minat yang besar terhadap politik tetapi saya selalu menafikan. Untuk saya, minat saya mungkin pada politik idea, bukan kepartian. Saya tidak pandai membenci orang sebencinya. Selalunya saya bertegas dengan prinsip yang saya pegang, tetapi saya sangat terbuka untuk berbincang. Saya memang selalu tidak belas untuk mematikan hujah-hujah perkauman, zalim dan di luar konteks. Pada masa yang sama, saya terbuka sekiranya hujah-hujah saya mahu dimatikan oleh mereka yang lebih arif. Untuk saya, ia membantu saya menstrukturkan semula pemahaman saya.

Dulu orang Melayu-Muslim kita selalu alah kepada sentimen. Kita lekas lemah apabila slogan Perpaduan Melayu atau Masa Depan Agama dimainkan. Reformasi 1998 menyaksikan 65% Melayu berani mengatakan tindakan memecat Dato’ Seri Anwar pada waktu itu adalah salah dan tuduhan terhadapnya adalah zalim. UMNO-BN bertahan pada waktu itu hasil dari undi masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam.

Reformasi 1998 membawa tanda baru budaya tinggi dalam masyarakat Melayu-Muslim. Reformasi 1998 kini terevolusi untuk mendefinisikan Malaysia Baru melalui pemerkasaan budaya. Budaya yang sebenarnya telah ada dalam ciri dan sifat asal bangsa ini dan diperkuat dengan kehadiran Islam. Orang Melayu-Muslim di Malaysia kini lebih berani berbeza pendapat dan mengasingkan antara bentuk dan isi tentang Siapa Melayu dan Siapa Muslim.

Budaya baru ini akan mencabar siapa saja waima Mufti, Ustaz, Profesional, Menteri, Ahli Akademik, Intelektual Masyarakat, baik Melayu, Cina, India dan sebagainya untuk membentangkan sikap yang jelas bahawa dari hujah mana sekalipun, baik agama, sejarah bangsa dan negara, ilmu moden dan ilmu klasik; bahawa tiada toleransi terhadap kezaliman, salah guna kuasa, korupsi dan perkauman.

Malaysia Baru akan ditegakkan oleh kita, anak semua bangsa. Meminjam sumpah mahasiswa Indonesia, kita: yang bertanah air satu, tanah air tanpa penindasan; berbangsa satu, bangsa yang cintakan keadilan; dan berbahasa satu, bahasa tanpa kebohongan.

Marilah kita bersama menyatakan tekad kita, bahawa kasih sayang kita terhadap diri sendiri, ahli keluarga serta sahabat terdekat kita tidak akan sampai kita membiarkan prinsip keadilan dan kebebasan tergadai. Jika ada Melayu, Cina, India atau etnik minoriti lain yang gagal memenuhi tekad ini, marilah kita katakana bahawa kitalah Melayu, Cina, India dan etnik minoriti yang sedia memenuhi tekad ini – dengan ketinggian nilai dan pengertian baru, kejujuran khidmat dan tanggungjawab, kesungguhan daya usaha serta erti masyarakat berbudaya tinggi.

Dengan tekad itu, marilah kita katakana: Selamat datang Malaysia Baru!

Amin Ahmad, 27 ialah anak muda yang percaya bahawa perjuangan ialah tentang masa depan, bukan masa lalu.

Tuan Aziz: Saya dipilih sebulat suara...!!! aik belum bertanding dah kelentong..!!! UMNO Kelantan dan Kuala Krai sokong Jalal 95% undi..??

Calon BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau dipilih secara sebuat suara untuk bertanding di kerusi tersebut.

"Saya difahamkan saya disokong penuh oleh semua ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Kuala Krai.

"Saya tanya pihak tertentu dalam bahagian, saya dapat sokongan penuh oleh AJK bahagian," katanya ketika diminta mengulas dakwaan ada pemimpin bahagian yang akan melakukan sabotaj terhadapnya.

Tuan Aziz yang juga ketua Pemuda Umno bahagian berkata, cerita 'kerat mengerat' di kalangan AJK Umno bahagian tidak berlaku di Manek Urai.

Katanya, hanya pihak tertentu yang menyebarkan spekulasi dan ia merupakan perkara biasa menjelang pilihanraya.

"Tidak sepatutnya berlaku kerat mengerat kerana saya dipilih oleh parti dan mereka juga orang parti yang sama," tambahnya.

Tuan Aziz berkata, jika seseorang calon yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, rakyat akan menolak dan ini tidak bermakna berlaku kerat mengerat.

Peluang seimbang

Seorang AJK bahagian yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini, ada ahli Umno bahagian bimbang ada kumpulan AJK yang tidak puas hati, akan mensabotaj Tuan Aziz.

Katanya, ini kerana ia pernah berlaku dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008.

"Kita juga meminta Tuan Aziz yang baru berumur 39 tahun itu tidak meminggirkan orang tua dalam kempennya nanti.

"Maklumlah beliau orang baru, rakan-rakannya orang muda dan keadaan ini boleh menyebabkan beliau lupa kepada pengundi golongan tua," katanya.

Mengenai peluang Tuan Aziz, beliau berkata, calon BN dan PAS itu mempunyai peluang yang seimbang.

Katanya, ini kerana pengaruh calon PAS, Fauzi Abdullah, tidak sama dengan bekas Adun Manek Urai, Ismail Yaacob yang meninggal Mei lalu.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 14 Julai.

Tuan Aziz: Saya dipilih sebulat suara...!!! aik belum bertanding dah kelentong..!!! UMNO Kelantan sokong Jalal 95% undi..??

Calon BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau dipilih secara sebuat suara untuk bertanding di kerusi tersebut.

"Saya difahamkan saya disokong penuh oleh semua ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Kuala Krai.

"Saya tanya pihak tertentu dalam bahagian, saya dapat sokongan penuh oleh AJK bahagian," katanya ketika diminta mengulas dakwaan ada pemimpin bahagian yang akan melakukan sabotaj terhadapnya.

Tuan Aziz yang juga ketua Pemuda Umno bahagian berkata, cerita 'kerat mengerat' di kalangan AJK Umno bahagian tidak berlaku di Manek Urai.

Katanya, hanya pihak tertentu yang menyebarkan spekulasi dan ia merupakan perkara biasa menjelang pilihanraya.

"Tidak sepatutnya berlaku kerat mengerat kerana saya dipilih oleh parti dan mereka juga orang parti yang sama," tambahnya.

Tuan Aziz berkata, jika seseorang calon yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, rakyat akan menolak dan ini tidak bermakna berlaku kerat mengerat.

Peluang seimbang

Seorang AJK bahagian yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini, ada ahli Umno bahagian bimbang ada kumpulan AJK yang tidak puas hati, akan mensabotaj Tuan Aziz.

Katanya, ini kerana ia pernah berlaku dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008.

"Kita juga meminta Tuan Aziz yang baru berumur 39 tahun itu tidak meminggirkan orang tua dalam kempennya nanti.

"Maklumlah beliau orang baru, rakan-rakannya orang muda dan keadaan ini boleh menyebabkan beliau lupa kepada pengundi golongan tua," katanya.

Mengenai peluang Tuan Aziz, beliau berkata, calon BN dan PAS itu mempunyai peluang yang seimbang.

Katanya, ini kerana pengaruh calon PAS, Fauzi Abdullah, tidak sama dengan bekas Adun Manek Urai, Ismail Yaacob yang meninggal Mei lalu.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 14 Julai hari

Anwar dakwa BN akan main kotor di Manek Urai

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa PAS akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini walaupun BN didakwanya aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ketua Pakatan berkata, BN mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi.

Katanya, kempen memburuk-burukkan nama baik Nik Aziz tidak sepatutnya berlaku dan Anwar menjangka perbuatan tersebut akan bertambah sepanjang kempen pilihanraya kecil itu nanti.

Perbuatan tersebut, tegas ahli parlimen Permatang Pauh itu, menunjukkan bahawa BN merasa terancam dengan kehadiran Nik Aziz.

Semalam BN menamakan ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Man, 39a, sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Anwar bercakap kepada pemberita di Putrajaya di mana kes rayuannya terhadap keputusan memindahkan kes liwatnya, dijadual didengar pagi ini. Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan hingga esok.

Anwar merayu terhadap keputusdan untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Perkara itu akan didengar di MahkamahTinggi pada 8 Julai depan.

PPSMI: Parut Yang Kekal Sampai Bila-bila...???

Oleh HASMI bin HASHIM

Katakanlah, minggu depan kerajaan akan mengumumkan penarikan semula dasar pembelajaran matematik dan sains dengan bahasa Inggeris. Katakanlah, pengumuman menteri atau mungkin sahaja oleh perdana menteri sendiri dibuat dengan hujah penuh ‘insaf’, kononnya, demi mengembalikan maruah dan peranan bahasa ibuanda sebagai bahasa akademik. Apakah kita lupa?

Apakah rakyat, khususnya orang Melayu segera menyatakan “ya!” dan kembali menyatakan sokongan kepada Umno-BN? Saya tidak fikir, orang Melayu begitu mudah boleh diperkotak-katikkan lagi. Dan, apakah sasterawan kita pun sekonyong-konyong membuat kenyataan terbuka seraya dilaporkan besar-besaran oleh media arus perdana, konon beginilah sikap kerajaan yang ‘memahami’ kehendak rakyat! Sana-sini orang bakal mengucapkan “terima kaseh”…

Ya, mungkin sebagai bangsa yang beradap, kita perlu mengucapkan kata-kata itu. Mungkin sahaja kita memaafkan… namun bagi setiap noda besar yang sebegitu, sepatah kata Nelson Mandela, kita mungkin akan memaafkan, tapi tidak melupakan.

Saya kata begini, apabila saya tahu ramai yang muak dengan sikap kompromi segelintir penulis yang beriya-iya mengucapkan kekaguman luar biasa apabila ada pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan PPSMI. Seakan-akan terlalu besarlah kesedaran pemimpin Umno itu, termasuk misalnya daripada Timbalan Menteri Pelajaran mahupun oleh Ketua Pemuda Umno. Kemunafikan mereka, tidakkah jelas nyata?

Saya masih ingat, tatkala di penjara lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu tegas dalam soal bahasa. Keseriusan beliau terbias di dalam Ucapan Dasar dalam setiap kali Kongres Nasional Keadilan dan tidak boleh tidak, isu bahasa Melayu wajib disentuh Presiden Parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Ya! Saban tahun dan tidak pernah sekalipun diabaikan.

Dr Wan Azizah-lah presiden parti yang pertama bersuara menentang PPSMI. Bukan oleh Tun Abdullah Badawi, jauh lagi Datuk Seri Najib Razak. Dalam salah satu ucapan dasarnya, Dr Wan Azizah lantang mengebutkan bahawa PPSMI tidak lebih hanya sebagai lambang pemimpin Umno-BN yang terjajah akal-budinya.

Waktu itu, bukan sekadar pemimpin Umno yang kecut perut untuk berhadapan dengan Dr Mahathir yang menyinga, malah sukar sekali untuk mendengar kenyataan penulis terang-terangnya menolak PPSMI. Kalau adapun, hanya keluh-resah di meja kopi. Selepas 8 Mac, barulah semakin dan semakin berani adanya.

Menyedari hakikat inilah, rakyat tentunya mudah muak dan jelek kalau nanti ada seorang-dua penulis terutamanya yang memuji-muji kelangit pemimpin Umno, andai PPSMI dihapuskan.

Sesungguhnya kesedaran awal Anwar, Keadilan, Pakatan Rakyat dan segenap kelompok masyarakat didasari sejarah perjuangan bahasa yang bukan kepalang.
Kita sedar Bahasa Melayu sepertimana yang kita pertuturkan hari ini, sepertimana yang ditulis di merata tempat adalah hasil sebuah perjuangan. Ia bukan datang bergolek. Ia bukan percuma. Di mahkamah sekalipun, Bahasa Melayu diterima sebagai wajib hanya pada 1990, iaitu selepas 33 tahun kita mencapai kemederkaan.

Kita bertambah insaf apabila menyedari bagaimana, misalnya Persatuan Guru-guru Singapura mahupun “Asas 50″ yang berjuang untuk memastikan agar di dalam Perlembagaan Malaya yang merdeka, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Sekurang-kurangnya, tiga kali Kongres Bahasa Melayu baik di Singapura, Johor Bahru dan Seremban pada pertengahan 1950-an menjadi asas sehingga membuahkan perincian, fakta dan hujah mengapa Bahasa Melayu wajib diterima sebagai Bahasa Kebangsaan. Kertas kerja daripada ketiga-tiga kongres berkenaanlah yang kemudiannya dibentuk sebagai memorandum kepada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh British atas titah Paduka Permasuri di England.

Bayangkan sahaja, pihak Inggeris sekalipun gagal untuk menolak hujah dan fakta yang dibentangkan. Malah pejuang bahasa ketika itu berterus-terang sahaja dengan beberapa ‘perangkap’ yang dipasang penjajah. Antaranya, untuk memujuk para pejuang bahasa, maka ditawarkan “Kerusi Melayu” di Universiti Malaya, Singapura.

Apa jawab para pejuangan bahasa? Apakah mereka terpukau lalu menerimanya?

Tentu tidak. Bagi mereka, mereka sedar bahawa umpan “Kerusi Melayu” itu hanya sebagai permulaan kematian Bahasa Melayu, dan di “Kerusi Melayu” itulah akan menjadi seolah-olah sebuah jabatan yang mengkaji sebuah bahasa dan budaya yang sudah mati. Yang dituntut kemudiannya adalah Pengajian Melayu yang lebih bertujuan untuk memajukan bahasa dan budaya Melayu.

Umpan dan pujuk rayu penjajah gagal. Hanya, puluhan tahun selepas itu, Umno kembali melaksanakan konspirasi tersebut. Usaha Umno ini tidak lebih sebagaimana kaedah penyisihan bahasa ibuanda yang dibuat oleh pemerintah Singapura.

Kalau tidak silap, sehingga hari ini bahasa rasmi yang tertera di dalam Perlembagaan republik itu masih bahasa ibuanda ketiga bangsa utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Karena itulah, lagu rasmi Singapura masih dinyanyikan di dalam Bahasa Melayu–saya justeru percaya, ianya akan ditukar apabila pemimpin Republik itu menyedari esei saya ini.

Kita kelelahan untuk berulang kali menyebutkan kepentingan bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu, juga bahasa perpaduan. Kita mahu, semua rakyat dari Tanjung Maling, Kuala Selangor, Tawau sehinggalah ke Kota Tinggi bertutur dengan bahasa kita ini.

Kita mahu anak muda Melayu yang bercinta dengan gadis Cina di Bukit Bintang bertutur dengan bahasa Melayu. Tentu sahaja indah kalau anak pasangan Cina dan India yang masing-masing sedang dilambung asyik asmara juga bertutur dengan bahasa kebangsaan kita ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad sewaktu melancarkan dasar PPSMI konon berkata, rakyat akan segera menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Kemudian, beberapa bulan lalu, beliau sendiri yang berkata bahawa kecekapan Bahasa Inggeris hanya dapat ditingkatkan melalui subjek kesusasteraan Inggeris dan bukannya mengajar subjek “teknikal” dengan bahasa Inggeris.

Saya tidak lagi terkejut dengan lidah bercabang beliau, terutama apabila kita melihat bagaimana Dr Mahathir tiba-tiba mengubah pendiriannya terhadap Geogre Soros. Beliau senang-senang sahaja menyebutkan bahawa Soros “tidaklah jahat” sejurus bertemu Soros–sedangkan kita tahu bagaimana Soros dikatakan sebagai “penyangak” kala Malaysia dilanda krisis matawang 1997-98.

PPSMI sedari awal sama sekali bukan untuk membantu orang Melayu. Tidak juga kepada orang Cina dan India di bawah. PPSMI punya agendan tersorot iaitu untuk mengekalkan status quo di kalangan pemimpin elit Umno-BN… Mesej yang hendak disampaikan ialah sedarlah orang Melayu, Cina dan India di bawah bahawa negara ini adalah untuk “kami yang di atas.” Sampai bila-bila pun!

Lihat sahaja, di dalam pertarungan politik, yang mewarisi kuasa seakan-akan sudah pasti hanya di kalangan anak menteri, menantu dan bekas perdana menteri. Kalau kamu datangnya dari golongan rakyat biasa, lupakan. Sedarlah diri! Sedangkan, kepada rakyat teramai inilah sering mereka merayu sokongan apabila tiba pilihanraya…

Begitulah sikap munafik yang jelas nyata apabila Dr Mahathir berhadapan dengan isu PPSMI yang mana beliau yang memperkenal dan melaksanakan dasar berkenaan.

Kemunafikan sebegini perlu ditolak. Misalkan minggu hadapan kerajaan mengumumkan penarikan semula dan penghapusan dasar PPSMI, apakah dapat dimaafkan begitu sahaja sedangkan ratusan ribu murib-murib, anak-anak dan adik-adik kita telah menjadi mangsa.

Andai kata minggu hadapan berita ‘gembira’ diumumkan, orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak akan mudah lupa. Noda Umno-BN itu pasti kekal sebagai parut di dada, termasuk di kalangan ratusan ribu anak-anak bangsa. Jumlah yang besar itulah, yang di dalam Pilihanraya Umum akan datang bakal pula mengajar dan menconteng arang ke muka pemimpin yang munafik.

Meski akan ada seorang-dua yang mudah lupa. Tetapi rakyat tidak!

PPSMI: Parut Yang Kekal

Kerajaan PAS Kelantan guna saluran politik, diplomasi dapatkan royalti minyak yang dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan UMNO@BN...!!!

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menggunakan saluran politik dan diplomasi untuk mendapatkan bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion daripada kerajaan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri juga mendapatkan pandangan daripada beberapa firma guaman mengenai aspek teknikal namun langkah itu masih di peringkat strategi.

Beliau berkata pihaknya yakin isu tuntutan royalti minyak dapat diselesaikan melalui saluran politik dan diplomasi. "Saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) akan pertimbangkan surat yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya menjawab soalan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor (PAS) Datuk Noor Zahidi Omar pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Husam berkata beliau yakin kerajaan pusat akan mempertimbangkan pemberian royalti itu kerana Terengganu, yang pelantar minyaknya terletak 220 kilometer di perairan negeri itu menerima bayaran royalti minyak.

Katanya pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer dari perairan Kelantan maka jarak lebih dekat itu mewajarkan kerajaan pusat membuat bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau berkata nama pelantar minyak berkenaan juga menggunakan nama bahasa Melayu iaitu antaranya pelantar bunga raya, pelantar cakerawala dan pelantar bintang.

Katanya kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan ia milik syarikat Malaysia sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak.

Beliau berkata kerajaan negeri hanya meminta antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Beliau berharap tiada diskriminasi dilakukan terhadap Kelantan dalam bayaran royalti itu seperti yang pernah berlaku kepada Terengganu semasa PAS memerintah pada 1999 hingga 2004 iaitu peruntukan itu ditukarkan kepada wang ehsan. BERNAMA

Siapa kata tiada Minyak di Kelantan? UMNO@BN masih mahu berbohong 1 Malaya...???

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

- Block A-18

- Block B-17

- Block C-19

Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan dari Energy Information Administration

APA YANG KERAJAAN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

- Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010

- Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.

- Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012

- Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi sepenuhnya.

ROYALTI GAS ASLI ADALAH HAK RAKYAT KELANTAN

- PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.

- Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.

- Terengganu, walaupun menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.

- Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk bagi membangunkan projek-projek yang tidak mendatangkan menafaat kepada rakyat Terengganu sendiri.

- Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.

- Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Petikan dari Blog KELUARGA AMBUYAT EL-BINANGKIT

Ini adalah sebahagian gambar-gambar dari blog seorang blogger yang pernah melawat sebuah pelantar minyak yang terletak diantara sempadan Malaysia dan Thailand iaitu diperairan Kelantan atas urusan kerja.

Pemandangan dari udara Cakerawala Platform

Cakerawala Platform gambar dari laut.
Jadi.. Siapa kata tiada minyak di Kelantan??? Kenapa UMNO@BN terang-terangan mahu merompak hak rakyat kelantan...??? Dan sanggup beri royalti / yuran kepada siam...pada bagi laba tersebut pada rakyat sendiri...!!!!

Site visit at Cakerawala Platform..

December 20th, 2008 by eddyra on Oil & gas

Pada 15th December 2008 buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Cakerawala Platform, hak milik Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd (CHOC) join venture Malaysia and Thailand.

Cakerawala Platform ni terletak di Block A-18 of , lebih kurang 150 km NE of Kota Bahru and lebih kurang 100 km south of the Bongkot Field. Dulunya di kenali sebagai CTOC.

So sampai je aku kat Pengkalan Chepa Airport pagi tu, lebih kurang jam 7.00 am check in kat Carigali Hess punya counter. Dah dapat boarding pass kami blah. Pekena kopi jantan dengan nasi lemak kat cafe kat air port tu, mak aii mahal demo jual air ko kawe ..

Jam berapo lupo tapi kurang lebih 8.45am kami pun memasuki departure hall, then di hujung sana ada van menanti kami. Kami di bawa ke briefing room, biasa lah dengar safety briefing dulu. Nak gi mana-mana platform pun memang dimestikan tengok video briefing. Lebih kurang sama jer video clip tu.

Satu bendera Malaysia, satu lagi bendera Thailand..

OK kami menaiki MHS helicopter STE, chopper kecik, laju sikit. Perjalanan mengambil masa setengah jam jer.. OK la tu kalau nak compare dengan exxonmobil atau petronas punya platform.. satu jam, dua jam tu selamba lah.. banyak sangat tempat dia transit.

Sampai je kat Cakerawala Platform, macam biasa lah.. register nama, declare ubat kalau kita ada bawak ubat… err biasalah puak-puak ni suka sangat bawak ubat kuat hahaha.

Lepas safety briefing, minum dan makan.. rilex lah bukan datang nak gi buat kerja pun kan, datang untuk site visit sambil makan angin..

Pukul 10.30am kami kemudiannya di bawa ke luar living quarters untuk visit and survey area untuk next project. Mmm.. not bad lah platform cantik, maklum lah siap tahun 2004.. kebanyakan equipmentnya, piping, structure etc masih kelihatan baik dan cantik lagi.. kalau gi kat exxonmobil dan petronas punya platform mak aiiii macam nak runtuh dah.. 20-30 tahun punya usia tu.. tapi tua-tua pun itulah yang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia ni.. cewah patriotik pulak aku.

Cakerawala Platform

Ok babeh, site visit done. Malas la nak cerita apa yang aku dah visited, itu rahsia sebab masih dalam tendering stage lagi. Photo tak banyak yang aku snap sebab aku malas nak buat permit.. ingat mudah ke nak amik gambar.. takde permit jangan harap, kalau paparazi ada harapan balik awal ke daratan lah.

So apa yang menarik di sini, regular crew CHOC ni terdiri dari rakyat Malaysia dan Thailand.. kalau tengok name list kelihatan nama Melayu, India dan Chineese dan nama rakyat Thailand. TV di galley ada 2 units, aku rasa untuk berlaku adil lah time tengah makan tu boleh pilih nak tengok berita Thailand atau berita Malaysia. So hiduplah mereka tu saling hormat menghormati antara satu sama lain. Platform Supervisor setiap 2 minggu sekali akan bertukar kerajaan, minggu ni Platform Supervisor from Malaysia next week Platform Supervisor from Thailand.

Nak call rumah pun mudah boleh pakai I-Talk card, sama macam Exxonmobil punya platform. Facilities pun banyak tapi aku tak round semua area lah.. alah sama jer dengan paltform lain.

Sedikit info tentang Cakerawala Platform ni.. Platform ni terdiri dari Cakerawala Processing Platform (CKP), Cakerawala Riser Platform (CKR), Cakerawala wellhead platforms A (CKA), B (CKB) and C (CKC), Bumi wellhead platform (BMA), Surya A wellhead platform (SYA), Bulan A wellhead platform (BLA), Puteri Cakerawala floating storage & offloading facility (FSO).

Pukul 3.30pm, chopper pun sampai dan kami pun blah menuju ke airport semula, so berakhirlah site visit kami pada hari tersebut.

Walau platform mana sekalipun kita berada, setiap platform yang kita sampai itu adalah rumah kita, rumah sementara kita.

Calon UMNO@BN Telah Bertukar! Lagi meroyanlah UMNO Kuala Krai di Manek Urai..???

Timbalan PM telah mengumumkan calon mereka iaitu Tuan Aziz Tuan Mat bekas Pengurus Kesedar Kuala Krai. Sebelum ini pun sudah ada desas-desus yang menginginkan beliau untuk menjadi calon. Oleh kerana itu beliau telah melepaskan jawatan beliau. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai.

Jadi, nampaknya Jalal yang telah memenangi semasa UMNO Negeri membuat pemilihan baru2 dan mendapat undian sebanyak 95% dari ketua2 Bahagian tidak mendapat restu daripada pihak atasan. Jadi seperti biasa, akan lahirlah golongan yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini......!!! Jadi UMNO sendiri kini dalam keadaan kelam-kabut di Manek Urai...kerana kroni di utamakan dari akar umni didahulukan...wa..wa...??? kita lihat sape yang kena...!!! Bagi petugas dan pengundi UMNO elok buat rombongan gi makan angin rantau panjang dari 6hb.Julai hingga 14hb.Julai........

SEMUA ORANG DI KELANTAN TAU PERMUSUHAN DATUK RAMZI KETUA BAHAGIAN KUALA KRAI DENGAN DATUK MUSTAFA SEJAK PULUHAN TAHUN DULU LAGI...!!! (PULUHAN RIBU TETAMU YANG HADIR DENGAN TAJAAN...???)

(PENAJA UMNO@BN...???)

TAHNIAH DSAI: DAPAT CUCU BARU....!!!!

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar selamat melahirkan anak kedua beliau semalam. Ini adalah cucu kedua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Bayi lelaki seberat 3.15 kg selamat dilahirkan pada 7.51 petang semalam.