Ahad, 28 Jun 2009

Tidak Berlaku "Cah Keting" Pilih Calon BN Manik Urai....? Tak Tanya pun...tapi sendiri terasa...!!! Atau memang "Cah Keting " ???

KUALA KRAI, 28 Jun (Bernama) -- Dakwaan berlakunya "cah keting" (cantas mencantas) dalam proses pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai seperti dakwaan PAS adalah tidak benar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebaliknya pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat mendapat sokongan padu setiap anggota Umno terutama di Bahagian Kuala Krai termasuk di peringkat akar umbi.

"Itu anggapan PAS sahaja berlakunya cah keting dan ia tidak pernah berlaku dalam pemilihan sebaliknya calon ini mendapat sokongan semua pihak.

"Tuan Aziz ini bukan sahaja mampu menarik sokongan golongan muda tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon BN itu di Kampung Sok Luar di sini, hari ini.

Tuan Aziz, 39, yang merupakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai diumumkan sebagai calon BN bagi bertanding kerusi pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai depan. (Tanya sama ini Datuk....dia tau apa citer di Manek Urai...???)

Muhyiddin Perlekeh Dan Menghina Calon PAS..Kang ada lak keluar citer macam calon BN di Bukit Gantang lak...???

(Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi - Muhyiddin)

Ketika mengumumkan calon BN. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempat untuk mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada calon PAS, Fauzi Abdullah.

Beliau telah dilaporkan berkata:

“Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.“

Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan dan kata-kata Muhyiddin tersebut

Banyak pihak menyifatkan kata-kata Muhyiddin itu menghina kebanyakan peniaga-peniaga Kelantan yang tidk mempunyai kelulusan yang tinggi dengan memperlekehkan calon PAS yang diumumkan ileh parti berkenaan kelmarin.

“Adalah tidk wajar Muhyiddin sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri boleh mengeluarkan kata-kata penghinaan sedemikian rupa di hadapan orangrmai sedangkan di dalam UMNO sendiri ramai peniaga yang tidak berkelulusan tinggi yang sentiasa menolong partinya termasuklah Che Jalal Muda, seorang peniaga getah yang telah diketepikan oleh UMNO sebagai calon sekalipun beliau adalah seorang calon favorit di kalangan UMNO sendiri,” kata seorang pemerhati politik.

“Sikap Muhyiddin itu ternyata angkuh dan keterlaluan, dan pengundi Manek Urai bakal memberikan tindakbalas negatif terhdap kenyataannya itu,” tambahnya.

Seorang pengundi Manek Urai berkata, kata-kata Muhyiddin tersebut pasti akan dihukum dengan kekalahan BN nanti kerana ia benar-benar satu penghinaan kepada rakyat Kelantan yang kehidupan mereka sekalipun ditekan dan ditindas oleh kerajaan pusat tetap dapat meneruskan kehidupan dengan berdikari melalui bercucuktanam, berniaga, menjadi nelayan dan sebagainya.

“Lagipun usahlah angkuh sangat, Tuan Aziz, 39, hanyalah merupakan sorang pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar, bukanlah tinggi mana sangat pun seperti yang nak dibangga-banggakan oleh Muhyiddin sampai nak merendah-rendah calon lawan,” kata beliau.

Cadangan debat Nik Aziz hanya buang masa - Rais


KUALA KLAWANG 28 Jun — Cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kekalutan politik antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang dianggap membuang masa.

UMNO mampu pikat semula hati orang Melayu...Tapi RASUAH - Tun Mahathir....????

ALOR SETAR 28 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Umno masih berpeluang memikat hati orang Melayu dan penyokong parti itu serta Barisan Nasional (BN) jika ia berusaha keras memulihkan kepercayaan rakyat terhadapnya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Umno perlu membuat bedah siasat dan mendedahkan punca sebenar rakyat menolak BN setelah memenangi 11 pilihan raya umum dengan selesa.

“Masalahnya sekarang adalah untuk membersihkan Umno daripada rasuah.

Sekiranya Umno terus memberi tempat atau mencalonkan orang yang memenangi jawatan kerana rasuah, susah baginya untuk menang pada pilihan raya akan datang.” “Bukan semua yang menang kerusi Majlis Tertinggi (MT) melakukan rasuah tetapi majoriti daripada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Kedah di sini, hari ini.

Mantan presiden Umno itu berkata walaupun beliau kecewa dengan perlakuan rasuah dalam parti tetapi pada masa sama gembira kerana ada usaha untuk memulihkan balik kepercayaan rakyat terhadapnya.

“Saya tahu rasuah sukar dihapuskan tetapi berharap ia boleh dikurangkan.

Maksudnya orang yang rasuah kena rotan tetapi apabila dibenarkan bertanding yang menyebabkan rasuah berleluasa,” tambahnya.

Keghairahan berpolitik punca Nik Aziz langgar adab kesopanan - Ahmad Maslan

BENTONG: Keghairahan berpolitik terutamanya menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan menyebabkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hilang segala adab dan kesopanan dengan mengeluarkan kenyataan tidak sopan terhadap Umno.

Bagi Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan, walaupun Nik Aziz adalah golongan ulama, namun kenyataannya barubaru ini yang menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis tidak melambangkan bahawa beliau patut dicontohi oleh anggota Pas yang lain.

"Jangan kerana kita nak menang, kita sampai lupa adab kesopanan. Beliau (Nik Aziz) telah melanggar adab kesopanan dan itu bukan contoh yang perlu diikuti walaupun dia adalah ulama," katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis penutupan kursus percambahan minda dan jati diri di Institut Latihan Memperkasakan Umno (ILMU) di Janda Baik di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kenyataan Nik Aziz itu dilihat telah melanggar adab kesopanan berpolitik sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Katanya Umno pun ada juga mengkritik PAS tetapi tidaklah sampai mengeluarkan kenyataan seperti itu, katanya.

Ahmad berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga harus mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Umno ekoran kenyataannya itu.

"Beliau perlulah sedar diri. Jangan hanya nak menang, segala perkara dihalalkan," katanya.

Sementara itu, Ahmad juga berharap semua anggota Umno sebulat suara menyokong calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti bagi mewakili Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai.

Beliau berkata sokongan itu penting bagi memastikan Umno dan BN memenangi kerusi DUN itu.

"Setelah diumumkan calon yang akan mewakili Umno dan BN nanti, maka kumpulan yang menyokong caloncalon lain perlulah bersatu dan menyokong apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Calon yang dipilih itu telah disaring dan ia adalah yang terbaik untuk parti. Lupakan perbalahan dan tumpukan pada usaha memperkuatkan jentera untuk memenangkan calon itu kerana perjuangan kita (Umno) lebih besar daripada itu (perbalahan).

Kalau tidak dapat melupakan, kita khuatir kita akan kalah bukan kerana PAS tetapi persengketaan kita sendiri," katanya.Kerusi DUN Manik Urai kosong setelah penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada PAS meninggal dunia pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung. Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, pengundian ditetapkan pada 14 Julai.

DI KUALA KRAI, Pengerusi Badan Perhubungan Umno kelantan Datuk Mutspa Mohamed berkata PAS dilihat cuba mengalih perhatian mengenai kegagalan mereka mentadbir negeri Kelantan hampir 20 tahun lalu dengan menabur pelbagai fitnah dan memburukburukkan pemimpin Umno.

Katanya apa yang dilakukan parti itu menampakkan sikap angkuh mereka kerana sudah terlalu lama memerintah Kelantan sehingga merasa mereka akan menang besar pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai.

"PAS nampaknya semakin angkuh dan takbur, mungkin mereka rasa mereka maksum, suci daripada dosa, dan boleh buat segalagalanya. Mungkin kerana sudah 19 tahun memerintah, sudah lama sangat, mereka memperlekehkan kita.

"Tetapi, apa pun yang mereka lakukan, kita akan buktikan kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak seperti yang mereka dakwa," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN di Sungai Sok Luar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh PAS terhadap Umno, terutama menjelang pilihan raya kecil itu yang akan diadakan pada 14 Julai ini.

Beliau menegaskan, BN tidak akan terikutikut dengan permainan PAS dan tetap akan berlawan habishabisan untuk memastikan kemenangan di kawasan itu.

Katanya BN akan tetap mengamalkan pendekatan mesra rakyat dan memberi penerangan kepada penduduk Manik Urai bahawa kerajaan pusat lebih berkemampuan untuk membela nasib mereka daripada kerajaan negeri.

Setiap isu yang dibangkitkan pembangkang juga seperti isu kerajaan perpaduan dan royalti minyak akan ditangani dengan sebaik mungkin bagi memastikan rakyat tahu kedudukan sebenar.

"Kita juga akan bangkitkan kemampuan kerajaan negeri yang sudah hampir 20 tahun memerintah Kelantan tapi sehingga kini masih tidak ada searang pemaharuan dilakukan.

"Kita hendak jadikan Manik Urai sebagai titik permulaan kepada kebangkitan Umno di Kelantan dan seluruh negara, kemenangan di sini akan naikkan semangat anggota Umno seluruh negara," katanya. BERNAMA

Anwar sokong syor Nik Aziz mahu debat dengan PM

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kemelut politik kedua-dua parti.

"Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz)," katanya.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang ingin mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, mengenai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, Anwar berkata, PKR akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam membantu parti itu memenangi pilihan raya kecil tersebut.

"Kita akan beri sokongan penuh kepada PAS. Insya-Allah kita yakin PAS akan dapat pertahankan kerusi kawasan tersebut.

"Kita akan beri sokongan dalam apa jua bentuk kerjasama kepada calon PAS di Manek Urai," katanya. Kelmarin, pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah dinamakan sebagai calon parti itu.

Hari ini, Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dipilih sebagai calon BN.

Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan – Muhyiddin

(10,000 orang hadir...wa...wa...???)
( calon UMNO@BN aka Beruk Negara TUAN AZIZ TUAN MAT iras iras ayahanda IPOH…….kah kah kah !) calon ni pilihan Tok Pa...

Jadi Perbalahan Tok Pa dan Datuk Ramzi ketua bahagian Kuala Krai masih berterusan sejak puluhan tahun...???

Anwar: PKR Tetap Tolak PPSMI

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa kerajaan memansuhkan perlaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta membatalkan sebarang hasrat menjadikan Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Perlaksanaan dasar yang tergesa- gesa tanpa kajian akan memburukkan sistem pendidikan negara sebagaimana yang terbukti dengan PPSMI.

"Puluhan kajian dari pihak penyelidik pakar pendidik dari universiti yang membuktikan kerajaan UMNO Barisan Nasional gagal. Kita sekali lagi ulangi desakan kita, walaupun kita faham, RM4.5 bilion telah dibazirkan untuk kerja yang sia- sia ini. Kita tuntut supaya menteri pelajaran sekarang nie, jangan lengah- lengahkan lagi tetapi laksanakan segera dasar pendidkan kebangsaan kembalikan status Bahasa Melayu dan daulatkannya sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan negara," Kata Anwar.

Datuk Seri Anwar bagaimanapun menyatakan PKR memberi sokongan padu kepada usaha mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar, dengan syarat ia bersandarkan perancangan teliti.

"Kita menyokong langkah memperkukuh dan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris kerana kita dapat kesan mutu Bahasa Inggeris di Malaysia kian lemah. Tapi caranya harus diputuskan oleh pendidik, mengambil kira dasar pendidikan negara dan persiapan yang harus dibuat. Tidak adil sama sekali dan tidak wajar kalau dimulakan dengan memaksa anak- anak wajib lulus Bahasa Iggeris diperingkat SPM kerana ini sekali lagi mengorbankan pelajar- pelajar diluar bandar." Tambahnya lagi.

Di minta mengulas langkah kerajaan memperkenalkan Biasiswa Nasional, Datuk Seri Anwar berpendapat, mana- mana pelajar yang cermerlang dan berkelayakan memang berhak mendapatkan bantuan kewangan.

"Biasiswa harus ada program yang mengiktiraf hak semua rakyat mengikut kemahiran, kepakaran, kecemerlangan disamping itu anak- anak yang miskin bantuan, semua program kita harus mengambil kira hal yang sama. Dasar itu harus telus." Ujarnya.

Bacalah Hikayat Ibrahim Ali

Nota Muhaimin Sulam

1. Orang ramai mengutuk Ibrahim Ali sebagai ahli politik tidak berprinsip, ataupun lebih teruknya digelar sebagai katak kerana gemar melompat parti.


2. Memang ramai ahli politik melompat dari satu kawasan ke kawasan lain atau melompat parti demi survival politiknya. Ibrahim Ali walaupun banyak melompat parti, dia hanya berada tempurung Pasir Mas dan lembah keMelayuannya.


3. Ramai orang PAS hangin dengan Ibrahim Ali sekarang. Tetapi anda perlu belajar dengan Ibrahim Ali bagaimana boleh mempengaruhi rakyat dan menguasai pemikiran pemimpin tertinggi pelbagai parti termasuk PAS? Dari Tengku Razaliegh Hamzah, Dr. Mahathir, Najib, Sultan Kelantan hingga kepada Tuan Guru Nik Aziz.


4. Siapa yang lebih licik berpolitik? Jangan sampai menepuk kuah dalam talam. Kena kat muka.

Pemimpin Dan Ahli Umno Perlu Faham Politik Pelbagai Kaum, Kata Tun M

HULU LANGAT, 28 Jun (Bernama) -- Pemimpin dan anggota Umno digesa supaya memahami politik dalam negara berbilang kaum jika mereka tidak mahu kegagalan Umno seperti dalam pilihan raya umum lepas berulang.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika anggota dan pemimpin Umno tahu bagaimana untuk mengukuhkan parti supaya ia dianggap sebagai parti yang bersih, betul-betul berjuang untuk agama bangsa dan tanah air, maka Umno mempunyai peluang untuk memperoleh kemenangan seperti zaman kegemilangannya dahulu.

"Jika kita tidak suka kepada orang itu dan orang ini, kita tidak boleh ambil kira kerana politik seperti kata orang Barat "the art of the possible", iaitu kita perlu buat apa yang kita boleh lakukan, bukan mengikut kehendak kita.

"Tetapi kalau kita tidak mahu menyebut kesalahan kita dan kesalahan pemimpin kita sebaliknya menuduh pihak lain, kita tidak akan mendapat kemenangan," katanya ketika berucap sebelum merasmikan Persidangan Umno Tahunan Secara berkelompok Cawangan-Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua 2009 di sini.

Mahathir turut mengingatkan bahawa pada 11 pilihan raya umum yang lepas, kemenangan Umno banyak dibantu oleh undi dan sokongan bukan anggota Umno yang mempertaruhkan undi berdasarkan perjuangan asal parti Melayu itu.

"Kadang-kadang pedih telinga untuk mendengar kenyataan ini tetapi apa boleh buat inilah keadaan sebenar, kalau kita tidak tahu menangani masalah ini sekali lagi kita akan kalah.

"Kalau dalam pilihan raya ke-13 ini kita kalah, saya percaya bahawa Umno akan dikuburkan dan pemimpin Umno yang membawa Umno ke kubur ini merekalah yang akan menjawab kepada orang Melayu kenapa mereka telah melemah dan memusnahkan Umno," katanya.

Mahathir berkata untuk membetulkan diri, pemimpin Umno perlu ikhlas dalam menangani masalah yang membawa kepada kegagalan mereka dalam pilihan raya lepas dan bukannya dengan menyalahkan pihak-pihak yang tidak ada kena mengena dengan prestasi mereka.

"Untuk memperkasakan Umno semula kita perlu tahu sebab-sebab kita gagal pada tahun 2008. Kita tidak mahu menuduh bekas-bekas pemimpin kita tetapi kalau kita tidak membetulkan mereka maka kita akan gagal juga kali ini.

"Saya harap kita sama-sama berfikir tentang masalah kita hadapi ini, kalau kita kalah di peringkat pusat, fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada kita," katanya".

Biasiswa Nasional selaras dengan konsep 1Malaysia..!!! Kita lihat lepas ni ada tak rakyat terpaksa berhutang dan bergadai untuk pelajaran anak-anak..

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan memperkenalkan Biasiswa Nasional tahun depan yang berdasarkan sepenuhnya kepada merit adalah selaras dengan konsep 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Najib jemput Obama melawat Malaysia..!!! Bila Obama tidak hantar perutusan tahniah di lantik jadi PM.!!! Najib Jemput Pulak Dah.????

KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk berkunjung ke Malaysia. Perdana Menteri memanjangkan jemputan itu semasa perbualan telefon beliau dengan Obama pada Jumaat malam.

40 peratus petugas awam terima gaji bersih tak sampai separuh..!!! Apakah UMNO@BN tak tau selama ni kesusahan kakitangan awam.!! Atau Senjata Utama?

KUALA LUMPUR 28 Jun — Seramai 450,000 orang daripada 1.2 petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

“Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Shah berkata ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi agen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

“Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang,” katanya.

Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, bersetuju bahawa satu daripada faktor yang menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan yang tinggi di bandar.

“Untuk mengatakan mereka ini tidak tahu menguruskan kewangan mereka adalah satu tanggapan salah,” katanya.

Yang sebenarnya, kata Muhammad Shaani, ialah gaji petugas awam tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.

Beliau memberi contoh bahawa 30 tahun lepas, kos untuk satu sarapan ialah RM1.20 tetapi kini ianya melambung lima kali ganda sedangkan pendapatan penjawat awam tidak meningkat selari dengan kenaikan kos itu.

Muhammad Shaani berkata jika kerajaan tidak dapat menaikkan gaji penjawat awam, ia boleh membantu dengan cara lain seperti menjadikan pengangkutan awam lebih murah, menyediakan lebih banyak biasiswa untuk anak-anak mereka dan memberikan potongan bagi kemudahan tertentu.

— BERNAMA

Anwar Kenapa Diam?

28 June 2009

Sahabat karib saya dari Jakarta menelefon menyesali sikap membisu saya berdepan dengan pendedahan kes penderaan terhadap pekerja Indonesia. Teguran ikhlas teman tersebut diterima baik.

Namun perlu dijelaskan bahawa secara konsisten saya lantang sekali membicara nasib Tenaga Kerja termasuk dari Indonesia (TKI) atau ungkapan pemerintah Malaysia Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pekerja Asing (PA).

Lantaran gesaan tegas saya, pimpinan UMNO menuduh saya “anti-nasional”.
Seandainya kita pertahankan prinsip keadilan, keluhuran Perlembagaan (UUD) dan negara hukum, maka setiap kes penderaan dan penindasan ditangani sebaiknya menurut jalur hukum.

Persepsi bahawa kita angkuh (arogan) malah mirip mendukung tindakan zalim dan ganas terhadap pekerja agak meluas di Indonesia. Mungkin saja anggapan sademikian keterlaluan.

Namun tidak dapat disangkal dari tindakan perundangan merotan PATI, kenyataan sombong para menteri, tuduhan pencerobohan di perairan Indonesia, layanan buruk malah kes-kes penderaan ke atas warga asing termasuk dari Indonesia, India, Myanmar dan Bangladesh akan memperkukuh gambaran negatif terhadap negara.

Pertama, hukuman rotan (cambok) ke atas pekerja daif tetap dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan. Bayangkan sekiranya pekerja Muslim Algeria di Perancis, atau pelajar Malaysia tanpa visa di England dihukum rotan, hiruk-pikuklah dunia Islam dan kempen boikot barangan Inggeris di Malaysia.

Kedua, kenyataan angkuh yang menyentuh sensitiviti jiran harus diwaspadai. Saya masih ingat peristiwa lagu ‘Rasa Sayang Eh’ dulu! Atau seolah-olah rasuah (korupsi) itu lumrah di Indonesia dan tidak di Malaysia. Pastinya lebih canggih di sini!

Ketiga, isu sempadan dan ketegangan lainnya harus dirunding segera di antara pimpinan kedua negara terlibat.

Dan akhirnya isu penderaan pekerja, kaedah kemasukan dan sindiket agen pekerja, penipuan dan cara mengaibkan mengusir pekerja pulang wajar ditangani dengan lebih telus dan adil. Kita harus akui kecuaian, rasuah malah kelecehan sebahagian agensi penguatkuasaan.

Rakyat Malaysia sendiri mencurigai kecekapan sebahagian pasukan polis manakala gerombolan penjenayah kongsi gelap, ah long, kumpulan samseng atasan terlibat!

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan memperjuangkan keadilan.


ANWAR IBRAHIM

Aziz Bari: Mahkamah Rayuan Cuba Rombak Sistem Demokrasi?

Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari.

Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan.

"Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus.

Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus.

Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah.

Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan.

"Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Prof. Aziz Bari.

"Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.

Isu royalti minyak di Kelantan tidak berbangkit, kata Mustapa..!!! Pemimpin UMNO@BN masih mahu menipu rakyat kelantan..???

KUALA KRAI: Pemimpin parti pembangkang tidak harus mempolitikkan isu royalti minyak dan gas di Kelantan kerana ia tidak berbangkit, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, Kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti bahan itu sebagaimana negerinegeri lain, termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu, kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Menurutnya, isu berkenaan bukanlah baru, malah pernah dibangkitkan di Parlimen oleh pihak pembangkang.

"Jadi isu Kerajaan Pusat tidak membayar royalti minyak dan gas kepada kerajaan negeri Kelantan, tidak berbangkit, kerana kerajaan negeri tidak layak menerima royalti," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, dekat sini, semalam.

Katanya, kerajaan Pusat tidak sekali-kali mencabuli hak kerajaan negeri dan tidak menzalimi rakyat menikmati peluang pembangunan sebagaimana negeri lain di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, walaupun Kelantan tidak mendapat royalti bagi bahan petroleum itu, namun kerajaan Pusat tidak mengabaikan kebajikan rakyat dengan menyalurkan peruntukan besar sehingga lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Beliau berkata, mengikut peraturan perairan Negara, kawasan kosong hingga tiga batu nautika adalah tertakluk di bawah bidang kuasa atau hak kerajaan negeri, manakala tiga batu nautika hingga 200 batu nautika adalah di bawah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat. Menurutnya, Kerajaan Pusat tidak akan menganiayai kerajaan Kelantan tanpa mengira fahaman politik untuk membela rakyat sama ada semasa atau selepas pilihan raya. BERNAMA

Krisis Perak: Permohonan ditolak, hanya 5 hakim dengar kes Nizar

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan hanya panel lima hakim akan mendengar rayuan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan pengisytiharaan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.

Mahkamah memaklumkan Nizar keputusan itu kelmarin.

Mengumumkan perkara itu semalam, peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan permohonan anggota panel penuh 11 hakim.

"Surat yang difaks ke firma saya semalam (kelmarin), jawapan kepada permintaan kami ialah (panel) Mahkamah Persekutusan hanya akan terdiri daripada lima orang hakim.

"Tiada alasan atau penjelasan diberikan atas penolakan (permohonan) itu," kata beliau dalam kenyataan yang diemelkan petang semalam.

Nizar dari Pakatan Rakyat memohon panel penuh 11 hakim Mahkamah Persekutuan agar mendengar rayuan beliau membatalkan pengisytiharaan Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

RAYUAN NIZAR

Minggu lalu, Nizar menekankan bahawa panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap mahkamah untuk menyampaikan keputusan adil dan saksama bagi menyelesaikan krisis politik Perak.

Sehubungan itu, Leong memberitahu, oleh kerana barisan anggota penuh adalah penting untuk mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman bahawa tiada amalan "memilih hakim" selain memastikan kebebasan menyeluruh, penolakan permohonan adalah sesuatu yang amat mengecewakan rakyat Malaysia.

Leong berkata, beliau akan menasihatkan Nizar agar mempertimbangkan dengan serius untuk tidak meneruskan permohonan tanpa manfaat panel hakim rayuan yang lebih besar.

"Pada masa yang sama, saya akan menulis kepada mahkamah agar mempertimbangkan permohonan menambah panel dan juga sebab-sebab permohonan mereka telah ditolak," katanya.

Kelmarin, salah seorang hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Raus Sharif mengeluarkan alasan penghakiman yang mengatakan bahawa tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah betul kerana dewan itu baru sahaja berumur setahun.

Dalam penghakiman 49 muka surat bertarikh 2 Jun itu, Raus berkata, bagi membolehkan DUN dibubarkan mengikut Artikel 36 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak seperti yang dimohon oleh Nizar, ia perlu menamatkan tempoh lima penggal apabila satu pilihan raya bakal diadakan.

"Faktanya sudah diketahui umum bahawa pilihan umum baru sahaja diadakan setahun lalu," katanya.

Raus mendengar rayuan Nizar bersama hakim Ahmad Maarop dan Datuk Zainun Ali.

Penghakiman Zainun akan dikeluarkan esok.

Pada 22 Mei, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dibawa oleh Zambry dan memutuskannya adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar permintaan Nizar untuk membuat rayuan pada 9 dan 10 Julai ini.

Kemunculan sulung di PJS: Ezam disambut 'meriah' kawan dan lawan

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Mohamad Ezam Mohd. Nor muncul pada majlis umum anjuran Umno Petaling Jaya Selatan semalam - buat julung kali sejak kembali ke pangkuan Umno setahun lalu - disambut dengan 'meriah' bukan sahaja oleh bahagian itu, malah penyokong Pakatan Rakyat.

Ezam menyampaikan Ceramah Perdana Pertahan Amanah Bangsa dan Negara anjuran Umno Cawangan Makmur Setia sempena mesyuarat agung tahunan.

Ahmad Maslan desak Nik Aziz minta maaf pada ahli UMNO...!!!!!

PONTIAN 27 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu meminta maaf kepada UMNO kerana menyifatkan UMNO sebagai parti ajaran sesat seperti Ayah Pin dan sama dengan pengganas komunis, Chin Peng.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, kenyataan itu bukan sahaja tidak wajar malah disifatkan keterlaluan kerana melabelkan UMNO sedemikian rupa hanya untuk meraih keuntungan politik semata-mata.

Katanya, Menteri Besar Kelantan itu perlu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataan yang dibuat kerana tidak mungkin UMNO yang selama ini memperjuangkan nasib orang Melayu melindungi golongan berkenaan.

"UMNO menggesa Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada 1.3 juta ahli UMNO di seluruh negara kerana menyamakan UMNO dengan gelaran dan panggilan yang cukup menghiris hati orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Buku Lesen Sampan Kes Khas kepada nelayan Parlimen Pontian di Ayer Baloi di sini hari ini.

Ahmad Maslan desak Nik Aziz minta maaf pada ahli UMNO...!!!!!

Desak PONTIAN 27 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu meminta maaf kepada UMNO kerana menyifatkan UMNO sebagai parti ajaran sesat seperti Ayah Pin dan sama dengan pengganas komunis, Chin Peng.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, kenyataan itu bukan sahaja tidak wajar malah disifatkan keterlaluan kerana melabelkan UMNO sedemikian rupa hanya untuk meraih keuntungan politik semata-mata.

Katanya, Menteri Besar Kelantan itu perlu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataan yang dibuat kerana tidak mungkin UMNO yang selama ini memperjuangkan nasib orang Melayu melindungi golongan berkenaan.

"UMNO menggesa Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada 1.3 juta ahli UMNO di seluruh negara kerana menyamakan UMNO dengan gelaran dan panggilan yang cukup menghiris hati orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Buku Lesen Sampan Kes Khas kepada nelayan Parlimen Pontian di Ayer Baloi di sini hari ini.

ZAMBRY PERLU BERSEKOLAH SEMULA



"Hitam-hitam si tampuk manggis, makin ku pandang hati terhiris"

Oleh: WFAUZDIN NS

APALAH malang nasib orang Perak. Sudah ada MB yang dipilih oleh majoriti rakyat Perak dirampas pula secara tidak demokratik. Jika yang menggantikan MB yang dirampas itu lebih cerdik sedikit tidaklah rugi sangat rasanya, tetapi yang dilantik pula teramatlah rendah akal dan fikirannya. MB Perak yang mahkamah pilih ini langsung tidak faham apa itu kiasan atau perumpamaan. Cuba baca kenyataan Zambry terhadap apa yang disebut oleh Mursyidul Am Pas terhadap Umno, di sana jelas membuktikan Zambry ini tidak memahami apakah itu kiasan.

Tuan Guru Nik Aziz di dalam ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini menyebut Umno adalah parti sesat sama seperti komunis dan ajaran Ayah Pin. Apabila kenyataan ini dihebahkan, maka ramai yang bodoh totok di dalam Umno tidak mengerti apa maksud Tuan Guru tersebut. Bagi mendidik mereka yang bodoh totok tersebut, Tuan Guru menyatakan bahawa kenyataannya itu adalah `kiasan' atau juga perumpamaan. Adakah Tuan Guru menarik balik kenyataannya itu yang menyatakan Umno sama seperti Komunis dan ajaran ayah Pin? Sudah tentu tidak, sebaliknya Tuan Guru memperjelaskan lagi kenyataannya untuk lebih mudah difahami oleh mereka yang bodoh sombong ini.

Pelik bin ajaib, kita ingat mungkin dua tiga kerat ahli-ahli Umno di ceruk-ceruk kampong atau orang-orang tua yang tidak bersekolah sahaja yang tidak faham maksud dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi ramai golongan elit dan dianggap cerdik pandai dalam Umno pun tidak faham apa itu kiasan. Termasuklah si Zambry ini yang tidak faham. Untuk mengajar benak Zambry ini, mari kita beri satu contoh. Ini Contoh, "kulit muka saya hitam dan gelap sama seperti Orang Asli Afrika". Apakah Zambry ingat saya ini Orang Asli Afrika? Jika Zambry menjawab Ya, eloklah Zambry mendaftar untuk memasuki sekolah semula.

Oleh kerana kedangkalan otak beliau, beliau menganggap Tuan Guru telah mengakui kesilapannya mengeluarkan kenyataan tersebut. Kita ingin bertanya, di mana dan bila masa Tuan Guru Nik Aziz menarik kembali kenyataannya? Bukankah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang memperjelaskan bahawa apa yang diucapkannya itu adalah kiasan hanyalah untuk mengajar orang-orang yang pendek akal seperti Zambry? Itulah akibatnya apabila mengeluarkan kenyataan tanpa menggunakan otak sehingga ditertawakan orang.

Dan yang terbaru juga, Zambry minta agar Mufti Perak jangan diperlekehkan dalam soal Kerajaan Perpaduan Umno-Pas yang digilakan sangat oleh Umno itu. Beliau berkata Mufti tersebut bukan orang politik. Persoalannya, jika sudah rasa diri bukan orang politik kenapa gatal-gatal mulut campurtangan di dalam perancangan mana-mana parti politik? Atas dasar perpaduan Islam? Masakan Mufti tidak tahu perpaduan dalam Islam bukan seperti perpaduan sesama golongan penyamun dan perompak untuk merampas negeri orang. Perpaduan dalam Islam hendaklah berpaksikan Al-Quran. Sekiranya Mufti Perak sanggup beri jaminan bahawa Umno sedia untuk meletakkan Al-Quran di tengah-tengah sebagai hakim, penentu dan rujukan ke arah mencari perpaduan dengan Pas, saya gerenti Pas akan sebulat suara sanggup untuk berbincang ke arah perpaduan yang dihajati itu. Tetapi, jika tangan ingin berjabat salam dalam masa yang sama kaki memijak Al-Quran, lebih baik kita terus bertentangan.

Saya fikir lebih baik Zambry dan Mufti Perak berbincang samada kerajaan yang beliau bentuk sekarang ini di Perak menepati Al-Quran atau tidak. Jika tidak mahu jadikan Al-Quran sebagai rujukan, boleh juga memikirkan samada bertepatan dengan demokrasi atau tidak. Jika kedua-duanya tidak bertepatan dengan apa yang telah mereka lakukan, maka kita tidak tahu kerajaa apakah yang telah terbentuk di Perak sekarang. Islam pun bukan, ikut demokrasi pun jauh sekali. Mungkin kerajaan seperti ini ada di belantara, itu mungkin. /wfauzdin.blogspot.com

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan! DASAR UMNO@BN menipu rakyat...!!!

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.

"Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

"Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen.

"Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

"Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak.

"Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya. - mks._

Tetap pertahan kecaman terhadap UMNO...!!! Kerana UMNO dulu kini dan selamanya begitu..??

KUALA KRAI 27 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mempertahankan kecamannya terhadap UMNO yang disifatkannya sebagai komunis dan sesat sebelum ini kerana didakwa menolak Islam.

Namun, katanya, ia tidak bermaksud UMNO seperti komunis yang sebenar dan percaya ia bandingan yang paling sesuai digunakan untuk menggambarkan sebahagian sikap dan pendirian UMNO.

''Contoh bila kita kata seseorang itu seperti 'kijang masuk kampung'. Apakah Mamat kena ada ekor ke, kena ada tanduk atau kaki empat baru serupa kijang? Ada satu pun (sikap) sudah cukup....'lolar' (tak tentu hala)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengumuman calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil Manek Urai di padang awam Manek Urai Lama di sini malam tadi yang turut dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Katanya, beliau menyedari banyak pihak yang membidasnya dalam laporan media berhubung ceramahnya di Laloh dekat sini beberapa hari lalu termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan yang membuat laporan polis.

Beliau berkata, UMNO tidak sebagaimana komunis yang secara terang-terangan menolak agama dan juga kewujudan Tuhan serta nabi.

''UMNO kata ada... tetapi tak jadi kerja (tak laksanakan suruhan), jadi marah pula kat orang. Nak undi lagi parti macam tu.

''UMNO sebagai orang Islam, dia sembahyang, dalam sembahyang wajib baca fatihah yang kandungannya meminta Tuhan memimpin jalan yang betul seperti jalan nabi-nabi.

''UMNO menolak Islam dan mengambil kebangsaan (dasar perjuangan). UMNO tak ikut jalan nabi. Cuba ajar nak kata bagaimana (terhadap UMNO) yang tolak Islam, tolak Tuhan," ujarnya.

Atas alasan itu juga Nik Abdul Aziz menyalahkan UMNO yang dianggap menjadi punca persengketaan yang menjejaskan perpaduan umat Islam di negara ini.

Katanya, persengketaan yang wujud di kalangan umat Islam di negara ini bukannya dicetuskan oleh Pas sebaliknya UMNO yang harus bertanggungjawab.

''Kita perjuangkan Islam tetapi UMNO yang menentang kita sehingga keadaan menjadi kucar lanar (kucar-kacir)," katanya.

Nik Abdul Aziz menganggap apa yang dilalui oleh Pas sebagaimana yang ditempoh oleh Rasullullah dalam menegakkan perjuangan Islam apabila baginda dimusuhi oleh anggota keluarga dan kaum sendiri.(INI LAH TUHAN UMNO KOT ...!!! )

TPM Ajak Pemimpin BN Bincang Bagi Kembalikan Kesepakatan

MUAR, 27 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) duduk semeja untuk berbincang bagi mengembalikan kesepakatan dalam menghadapi pelbagai isu berbangkit membabitkan semua kaum di negara ini.

Katanya langkah tersebut penting supaya mereka tidak dilihat oleh rakyat sebagai sebuah gagasan yang seolah-olah lemah dan tidak sepakat lagi dalam semua perkara.

"Segala percanggahan pendapat antara pemimpin parti komponen BN akan mempengaruhi pemikiran masyarakat kerana mereka seolah-olah tidak konsisten," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan MCA Bahagian Pagoh di Tanjung Selabu, Jorak, di sini.

"Kita tidak mahu mereka ini menyatakan pendirian berbeza di hadapan penyokong mereka atau cuba hendak menjadi hero dalam parti yang diwakilinya sehingga mengorbankan prinsip perjuangan bersama," tegasnya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, beliau telah memulakan pertemuan secara tidak rasmi dengan pemimpin parti komponen BN berhubung usaha mengukuhkan BN.

Beliau bimbang jika usaha memperkukuhkan BN tidak dilakukan, masyarakat akan terpengaruh dengan spekulasi yang disebarkan oleh pembangkang yang mengambil kesempatan terhadap perbezaan pendapat dalam kepimpinan BN.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan bersikap terbuka dan bersedia menerima pandangan daripada semua pihak terhadap usaha melakukan reformasi dasar pendidikan negara.

Bagaimanapun, katanya, segala pandangan tersebut mesti menjurus ke arah penambahbaikan dasar dan tidak bercanggah dengan dasar yang termaktub dalam perlembagaan negara.

-- BERNAMA

Henti Kritik Harussani Kerana Beliau Bukan Ahli Politik - Zambry

SERI ISKANDAR, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari meminta PAS berhenti mengkritik Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kerana tindakannya menegur parti itu berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata Harussani tidak sepatutnya dikritik kerana beliau bukan ahli politik dan tegurannya adalah ikhlas iaitu beliau tidak bersetuju terhadap keputusan PAS menolak rundingan dengan Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Inilah sikap mereka, kalau Tan Sri Harussani menyokong mereka, mereka angkat Harussani (ke tahap) paling hebat...beliau bukan orang politik tetapi seorang ulama. Beliau hanya memberi teguran. Umno dan BN pun beliau tegur.

"Bila kita (BN dan Umno) kena tegur, mereka (PAS) tepuk tangan tetapi jika mereka (PAS) kena tegur, mereka tunjuk (sikap) yang lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan MRCB Land dan Puncak Iskandar di Bandar Seri Iskandar di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Pemuda PAS Perak yang mengecam kenyataan Harussani yang didakwa berpihak kepada Umno dalam isu kerajaan perpaduan.

Sementara itu, mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika berceramah di Padang Awam Laloh, Manek Urai yang didakwa menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat 'Ayah Pin', Zambry berkata pemimpin PAS itu sedar beliau melakukan kesilapan kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan.

"Nik Aziz tahu dia sudah tersilap, maka beliau cepat-cepat memperbetulkan kenyataan itu dengan mengatakan bahawa beliau hanya membuat kiasan. Dengan berbuat demikian, jelaslah kepada kita, beliau juga buat silap seperti manusia biasa," katanya.

-- BERNAMA