Selasa, 23 Jun 2009

Sistem dua pakatan lebih baik daripada kerajaan perpaduan - Khalid

KUALA SELANGOR: Sistem dua pakatan parti lebih baik daripada kerajaan perpaduan kerana ini akan membolehkan amalan mengawasi dan menegur dipraktik, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jika kita kaji daripada segi politik, konsep kerajaan perpaduan ini akan mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 Universiti Industri Selangor (UNISEL) di sini hari ini.

Khalid, yang juga Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Selangor, diminta mengulas keputusan pakatan pembangkang terdiri PKR, PAS dan DAP, semalam yang menolak cadangan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang agar satu kerajaan perpaduan diwujudkan bagi mengatasi kemelut politik yang melanda negara ini.

Beliau berkata bahawa negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia juga mengakui tentang kebaikan mempunyai dua parti yang kuat.

Khalid berkata sistem dua gabungan parti akan memastikan bahawa setiap daripada parti itu akan bekerja dengan bersungguhsungguh. BERNAMA

Dosa, sikap Umno sulitkan usaha perpaduan

OLEH : Mat Zain Mat Isa

Tidak syak lagi punca utama pertikaian dan penolakan banyak pihak terhadap sebarang usaha mana-mana pemimpin PAS merundingkan perpaduan dengan Umno adalah disebabkan sejarah dan pengalaman pahit membabitkan hubungan antara kedua-dua parti itu.

Selain dosa-dosa silam Umno yang tidak mudah dilupakan ahli-ahli PAS, sikap dan layanan buruk parti pemerintah itu terhadap PAS dalam menangani situasi politik terkini memburukkan lagi hubungan antara pendokong masing-masing.

Di sebalik itu semua, Umno tidak pernah menampakkan sebarang penyesalan atas kedurjanaan yang pernah dilakukannya terhadap PAS. Sebagai parti pemerintah, ia menangkap dan menyeksa para pemimpin dan ahli PAS, sama ada di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau lain-lain peruntukan undang-undang.

Umno sebagai teraju negara dan negeri-negeri dikuasainya sejak merdeka terlibat menyisih dan mendiskriminasi para penyokong PAS dalam segala macam bentuk dan urusan. Sebegitu ramai penjawat awam dari kalangan penyokong PAS ditindas, ditukar kerja ke tempat yang jauh, disekat kenaikan pangkat dan dikongkong setiap gerak-geri.

Rakyat yang menyokong PAS ditakutkan dengan berbagai cara. Para petani dinafikan bantuan baja dan input pertanian. Yang jadi nelayan pula hanya berputih mata melihat rakan ahli Umno memperolehi segala macam subsidi dan bantuan kewangan. Kelayakan menerima bantuan semata-mata atas merit politik.

Dalam sejarah pemerintahan negara pula, manipulasi kuasa politik Umno di peringkat Pusat memungkinkan ia melakukan beberapa rampasan kuasa secara tidak demokratik di negeri-negeri diperintah parti lawan, terutama di bawah PAS. Kerajaan PAS Terengganu yang berakhir pada 1961 adalah tragedi pertama angkara politik wang Umno.

Kalaulah Umno tidak mengkhianati keikhlasan PAS menyertai Barisan Nasional dulu, sehingga meninggalkan PAS tanpa pilihan melainkan keluar dari gabungan itu, sudah tentu perseteruan antara penyokong masing-masing tidak setebal kini.

Pengalaman PAS menyertai BN bukanlah serba-serbi menyeronokkan. PAS terpaksa berhadapan perpecahan dalaman yang teruk apabila tidak semua ahlinya bersetuju dengan keputusan tersebut. Keretakan dalaman PAS paling menyerlah di Kelantan. PAS yang menyertai Pilihan Raya Umum 1974 di atas tiket BN menerima tentangan paling hebat daripada bekas-bekas pemimpinnya sendiri yang bergabung membentuk Pakatan Bebas Bersatu.

Pengorbanan PAS itu bagaimana pun tidak dihargai langsung oleh Umno. Parti itu mengkhianati kesetiaan PAS apabila kekuatan politiknya pulih kembali. Dosa Umno itu menjadi bahadi yang kekal menghantui ahli PAS hingga kini.

Kalaulah tidak kerana Umno yang merancang memporak-perandakan negeri Kelantan sehingga memudahkan parti itu merampas pemerintahan negeri daripada PAS hampir 30 tahun lalu, nescaya para pemimpin PAS tidak begitu sukar memaafkan parti itu.

Katakanlah para pemimpin Umno Terengganu tidak bersikap rakus dan ganas sepanjang pemerintahan PAS di negeri itu sedekad lalu. Kerajaan PAS tidak digugat dan digigit dengan segala macam karenah, penafian dan diskriminasi. Penipuan dan sabotaj tidak direncanakan sedemikian rupa menerusi pilihan raya 2004.

Umno perlu buktikan keikhlasan di Perak

Maka banyak pihak boleh setuju pada adatnya kerajaan itu besar kemungkinan belum jatuh. Rakyat Terengganu pula tidak mungkin ditimpakan dengan berbagai kezaliman, termasuk perampasan tanah, perobohan rumah, penafian segala anugerah yang telah diberikan PAS tetapi sewenangnya dibatalkan kerajaan Umno yang mengambilalih pemerintahan.

Umno boleh mendakwa ia sudah insaf dan mahu berubah. Ia tidak lagi sezalim dulu dan mahu memperbetulkan kesilapan dan menebus segala dosanya terhadap PAS. Bak kata timbalan presidennya minggu lalu, segala kesilapan itu di bawah pemimpin Umno yang dulu-dulu. Pemimpin Umno sudah bertukar, pemimpin PAS juga sudah berganti yang baru.

Dakwaan itu sudah tentu tidak sukar diterima, termasuk oleh orang-orang PAS, sekiranya tragedi hitam perampasan kuasa secara tidak bermoral di Perak tidak berlaku hanya beberapa ketika sebelum ini. Umno perlu buktikan ia ikhlas untuk berubah dan mencintai perdamaian serta perpaduan. Ia perlu mewujudkan suasana lebih kondusif dan konstruktif terhadap kerjasama dan perundingan ke arah itu.

Dalam keadaan yang ada, rakyat tidak mengharapkan Umno sebagai tunjang BN menyerahkan kembali sebulatnya pemerintahan di Perak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Umno masih boleh mempertahankan maruah dan egonya sebagai parti yang berpengaruh dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Cara bermaruah ialah ia mengembalikan hak memilih kerajaan kepada rakyat. Adakah Umno bersedia menunjukkan keikhlasannya mengusahakan perpaduan dengan parti lawan dan memulai pembuktian itu di Perak?

Setelah segala yang berlaku itu, jangan salahkan orang PAS sekiranya mereka terlalu sensitif terhadap sebarang usaha berbaik-baik dengan musuh tradisi mereka itu. Jika anda seorang ahli PAS yang pernah menjadi mangsa kezaliman, keegoan, penindasan dan pengkhianatan Umno, anda tidak akan sukar memahami bagaimana pendirian tersebut terbentuk.

Sebab itu, jangan dikatakan untuk mengusahakan penyatuan dalam bentuk yang berpanjangan, usaha mengadakan kerjasama bagi tujuan tertentu demi kepentingan negara dan agama pun sering menimbulkan perbahasan hangat.

Yang menyulitkan perpaduan antara kedua mereka ialah sikap dan pendirian Umno sendiri yang tidak bersedia mengakui dosa dan kesalahannya. Jauh sekali untuk meminta maaf atas kedurjanaannya itu.

Perpaduan hanya berhasil menerusi keikhlasan. Sedangkan keikhlasan itu perlu dibuktikan menerusi perubahan sikap dan pendirian. Umno perlu terlebih dahulu berubah jika mahu tanggapan orang PAS terhadapnya diubah. - azm _

Khir Toyo Cari pasal dengan Anwar lagi

SHAH ALAM - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ‘duri dalam daging’ kepada orang Melayu sehingga menimbulkan perpecahan berikutan kecenderungan tindakannya yang mengutamakan kepentingan peribadi dan politiknya.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, selagi orang Melayu terpengaruh dengan berkiblatkan kata-kata Anwar, selagi itulah perpaduan dalam kalangan orang Melayu tidak menjadi kenyataan.

“Anwar lebih mengutamakan agenda peribadi berbanding agenda terhadap Islam mahupun Melayu berdasarkan sejarah dirinya.

“Kita boleh menilai tujuannya melalui sejarah lampau mahupun peristiwa yang berlaku sejak April 2008 sama ada Anwar boleh menjaga kepentingan agama dan bangsa atau sebaliknya,” katanya dalam laman blognya, semalam.

Dalam pada itu, Dr Khir juga beranggapan idea kerajaan perpaduan tidak akan berjaya kerana Pas atau UMNO mempunyai komitmen sendiri dalam asas perjuangan mereka.

“UMNO ada komitmen mereka kepada Barisan Nasional (BN) dan Pas pula komitmen kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Dr Khir berkata, kedua-dua parti politik Islam itu perlu terlebih dahulu bermuzakarah isu-isu Islam dan orang Melayu daripada terus menerus membicarakan soal kerajaan perpaduan.

“Tetapi perbincangan itu tidak harus dilihat sebagai isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan antara kaum,” katanya.

Menurutnya, politik juga perlu menjadi wadah menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara bukannya alat menunjukkan siapa lebih berkuasa sehingga wujudnya politik ‘kebencian’ dalam kepimpinan negara.

“Demikianlah susahnya sikap dan pemikiran orang Melayu yang mengamalkan politik berasaskan kebencian bukannya berasaskan kepentingan,” katanya.

- Sinar Harian

* Setelah kita berpadu kita bolehlah roboh rumah orang miskin, melawat Florida berkali-kali bersama keluarga, menutup surau dan banyak lagi...

KEMANA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MENGHILANG ?

Di dalam satu pengundian belah bahagi atas permintaan 15 anggota Dewan Rakyat, kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ke atas Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) diadakan di dapati 48 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 47 membantah

Difahamkan ini kali pertama Dewan Rakyat menyaksikan kelulusan satu rang undang-undang atau mana-mana seksyen diluluskan dengan kelebihan satu undi.

"Sejak saya menjadi anggota Dewan Rakyat, bermula tahun 1990, ini adalah kali pertama satu rang undang-undang diluluskan dengan kelebihan undi sangat tipis," kata Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di lobi Parlimen.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menggambarkan rang undang-undang yang kompleks itu "hampir gagal."

Rang undang-undang itu mempunyai 27 seksyen.

Hari ini Dewan Rakyat mula membahaskan lima seksyen yang dipinda selepas ia ditolak pada sesi Mac lalu.

Seksyen Dua itu membabitkan aspek intepretasi dan definisi pengendalian ujian DNA.

Ramai yang tertanya-tanya ke manakah perginya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain yang kesemuanya berjumlah 82 orang.

Sikap sambil lewa serta tidak bertanggungjawab ahli parlimen Pakatan Rakyat amat diksalkan apatah lagi apabila terdapatnya kes-kes yang memerlukan penglibatan mereka seperti undian belah bagi seperti di atas.

Akta DNA tersebut mampu ditolak oleh Parlimen seandainya pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir kesemuanya sewaktu pengundian dijalankan tetapi hampir separuh dari mereka mengabaikan peranan dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.

Kita kesal dan kita meminta agar wakil rakyat yang tidak hadir tanpa sebab yang menasabah itu didedahkan supaya mereka meletakkan jawatan lantaran pengkhianatan mereka kepada pengundi Pakatan Rakyat, atau setidak-tidaknya mereka tidak perlu lagi di pilih di dalam pilihanraya akan datang.

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 6

KERAJAAN BN@UMNO SANGGUP BERI MAKAN RAKYAT SONGKLA.... TAPI RAKYAT KELANTAN DITABUR PASIR DALAM PERIUK NASI MEREKA...!!!!


JARAK PELANTAR MINYAK ANTARA TIGA NEGERI



Apakah slogan 1 MALAYSIA dilaung-laungkan untuk memujuk rakyat menyokong UMNO@BN... bak kat pepatah "KERA DIHUTAN DISUSUKAN...ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN"....dah terang lagi jelas....UMNO@BN memang sanggup seksa serta susahkan rakyat sendiri untuk nafsu serakah mereka....!!!!!

Khairy: Jangan jadikan pelajar bahan ujian PPSMI...Kalau PEMUDA UMNO dah tau itu masaalahnya...BANTAH TERUS...!!!BATALKAN PPSMI...KAN MUDAH...???

Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara.

"Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran bahawa keputusan akhir mengenai dasar ini akan diumumkan awal bulan depan.

khairy jamaluddin interview 230209 12Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata, Muhyiddin juga mengakui bahawa setakat ini, pencapaian dasar tersebut - yang dimulakan sejak 2003 - adalah nominal,
yakni tidak memberi impak yang besar dalam penguasaan bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik.

Katanya, pandangan menteri pelajaran itu selari dengan beberapa kajian sebelum ini, termasuklah kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu mengenai tahap kompetensi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan.

Kajian itu, katanya, berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.

PPSMI rugikan murid

"Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

Menurut Khairy lagi, dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, PEMBINA mendapati:

bullet button Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.

Menurut Khairy, kajian PEMBINA juga mendapati pelaksanaan PPSMI menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada kira-kira 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Kelayakan masuk Universiti

"Ini dibuktikan dengan analisa sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 SK seluruh negara, menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009)," katanya.

Menurutnya, Pemuda Umno juga juga bersetuju dengan penjelasan Muhyiddin bahawa pendekatan terbaik bagi penguasaan bahasa adalah dengan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.

"Oleh itu, Pemuda Umno menyokong penuh syarat wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, dengan syarat adanya tenaga pengajar terlatih dan berkelayakan bagi bahasa tersebut yang cukup bagi memenuhi keperluan pelajar.

"Kesungguhan ini juga diterjemahkan dengan saranan Pemuda Umno agar kerajaan menetapkan tahap pencapaian minimum dalam ujian MUET (Malaysian University English Test) bagi kelayakan masuk ke universiti tempatan bagi meningkatkan usaha pelajar meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris mereka," katanya.

Bagi Pemuda Umno, tegas Khairy, pendekatan dan preskripsi polisi yang sesuai dengan masalah dan cabaran amatlah penting, terutama apabila ia menyentuh aspek pendidikan, yang memberi kesan dan impak besar kepada para pelajar.

Sesungguhnya, keputusan dan pertimbangan analisis untung-rugi halatuju PPSMI haruslah ditangani dengan objektif dan menyeluruh kerana ia bukannya untuk mengukir nostalgia lampau tetapi untuk membentuk halatuju dan masa depan modal insan negara

INGATAN KEPANGKUAN ALMARHUM DATO’ USTAZ HAJI FADZIL MOHD NOOR:


INGATAN KEPANGKUAN ALMARHUM DATO’ USTAZ HAJI FADZIL MOHD NOOR:
(23 Jun 2002 jam 10.30 pagi, Ahad di HUKM KL).


SUDAH 7 TAHUN MENINGGAL KITA 23 JUN 2009
SELASA BERSAMAAN 29 JAMADIL AKHIR 1430





Nota:

Kepangkuan seluruh keluarga Almarhum Dato’ Ustaz Haji Fadzi Mohd Noor, bertuahlah anda semuanya (balu Almarhom Datin Siti Khadijah Binti Ibrahim dan lapan putra dan putrinya) kerana dikurniakan Allah seorang suami dan saorang baba/ayah, pemimpin ummah. Sekaligus mutiara pemimpin umat dalam negara kita. Hidupnya memberi kebaikkan dan kebajikan umat sejagat apalagi kepada PAS dipimpinnya. Matinya pula sentiasa diingati dan didoakan, khususnya dari ana dan keluarga.

Allah tentukan ana tidak dapat ke HUKM, kerana isteri dalam masa yang sama bergelut di Hospital untuk bersalin anak ke 8 (setelah 3 nya meninggal lepas lahir). 5 anak yang hidup semuanya perempuan. Tanpa melalui scan dan scaning kami menaruh harapan moga-moga anak yang dilahirkan itu seorang lelaki. Allah taqdirkan anak yang dilahirkan itu juga perempuan. Gagallah untuk menamakan Fadzil Mohd Noor sekiranya anak lelaki. 23 Jun 2002 jam 10.50 saya menerima panggilan dari Dr Zahari dari GH- KL maklumkan Ustaz Fadzil telah kembali kepangkuan Allah, kira-kira jam 10. 30 tat sat.

Ana terkedu, hiba kerana situasi menghalang ana untuk ke KL menziarahi Ustaz disaat uzur sharaai. Sedangkan isteri ana berdepan beberapa jam kepayahan melahirkan anak, saya memaklumkan kepadanya, Ustaz Fadzil dah meninggal, Bang E baru called. Ketika itulah terkeluar dari lidah mulut isteri saya dengan sayu, “dah Allah bagi lagi anak perempuan tak pa lah kita namakan anak kita dengan NUR FADZILLAH. Kelahiran anak kami dengan Ustaz meninggal ditarikh yang sama, maka inilah faktornya kenapa Almarhum Ustaz dihati kami, Inshaallah sampai bila-bila.

Kini, anak kami telah berada ditahun 1 SRK bererti umurnya mencecah 7 tahun, dan 7 tahunlah juga Ustaz meninggal kita. Sesungguhnya kelahiran anak kami Nur Fadzilah dan kematian Almarhom Ustaz Fadzil Nor, ianya amat rapat beriring dan berganding doa-doa untuk keduanya. Setiap kali melihat anakku Nur Fadzillah setiap itu acap kali terkenang kepangkuan Almarhum Ustaz khususnya semasa dalam ABIM, dan setiap beliau berkunjung ke Kota Bharu, pasti ia called ana dan kami sering berbincang di kedai Jaafar Rawas, di bilik belakang. Ya! Allah ya Tuhanku! Teimalah Almarhom dikalangan ambiya, mursalin dan syuhada, Inshaallah.


Membedah Peristiwa

Tanggal 23 Jun 2002 jam 10.30 pagi, Ahad, negara kita turut sedih diatas - pemergian kepangkuan Illahi dengan menghembusnya nafas terakhir Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia selepas 13 hari menjalani pembedahan, nazak dan kritikal ketika umurnya 65 tahun. “Dari Allah kita datang, kepada Allah kita Pulang”. Almarhum yang mendapat rawatan di ICU HUKM Cheras. Setelah menjalani pembedahan pintasan koronari pada 10 Jun 2002 diikuti komplikasi angin ahmar.

Almarhom dilahirkan di Kampong seberang Pumpong Alor Star pada 13 Mac 1937. Almarhom meninggalkan saorang isteri yakni sepupunya iaitu Datin Siti Khadijah Binti Ibrahim dan lapan anak putra dan putri ,iaitu Ahmad Fauwaz, Ahmad Anas, Muhammad Faiz, Aiman, Ammar, Huda, Muna ‘Izzah dan Salwa. Jenazah Almarhom Ustaz jam 11.30 dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, ketika ini ribuan rakyat telah memenuhi HUKM. Sejam kemudian 12.30 tengah hari jenazah almarhom Ustaz ke surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Cheras. Tidak lama kemudian jenazah Ustaz diziarahi oleh kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Al Haj.

Solat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya, Subhanallah. Saya masih ingat diantara yang mengimamkan awalnya jenazah Almarhum Ustaz ialah Datuk Ustaz Hashim Yahya (ketika itu Mufti WP, lanie Pensyarah di UIA) dan putra beliau Fawwas dan diikuti oleh beberapa pemimpin yang lain. Jenazahnya turut diziarahi oleh pemimpin politik semua parti dan para menteri dan kenamaan. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules C-130 TUDM dari Pengkalan TUDM Subang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas, Alor Setar dengan ihsan kerajaan.

Tempoh 1973 – 1974 Almarhum diamanahkan menjawat SU Penerangan ABIM seterusnya ABIM perkasakan amanah kepimpinan kepada Almarhom Ustaz dengan memegang jawatan Timbalan Presiden ABIM (serentak menjadi pensyarah syariah di ITK - Institut Teknologi Kebangsaan kemudian UTM) dari tahun 1974 – 1978. Almarhom Ustaz Fadzil yang aktif dalam ABIM dibawah pimpinan akhie Anwar Ibrahim (ketika inilah saya mengenali Ustaz Fadzil dan akhie Anwar). Masa dan keperluan terpaksalah Almarhom kehadapan memikul tanggungjawab penuh dalam memimpin ABIM setelah akhie Anwar Ibrahim ditangkap disumbat kerajaan BN diISAkan di Kemunting. (Catatan dan pengalaman langsung saya yang tersimpan, makanya dapatlah saya muatkan kerencana khas saya ini).

Ketika itu ABIM bertindak kehadapan dalam menjana isu-isu rakyat tempatan dan negara serta perengkat antarabangsa secara redikal. Kerana PAS ketika itu berada dalam zon selesa menjadi komponan kerajaan BN. Dari Kerajaan Champoran kepada BN. Kepimpinan PAS ketika itu diterajui oleh Dato’ Asri Haji Muda pastilah menjadi konservatif kerana berada didalam kerajaan. Apabila BN terajang PAS keluar dan kerajaan BN dalam tahun 1978, maka AlmarhUm Ustaz Fadzil dan sahabat temannya terus meninggalkan kepemimpin dalam ABIM dan melibatkan diri dan kepimpinan PAS untuk negeri Kedah dan PAS Pusat.

(Peristiwa-peristiwa ini saya saksikan didalam dan diluar DBP Kuala Lumpur masIh terbayang dan segar gawatnya Almarhom Ustaz Ahmad Shukri mengendalikan Muktamar PAS 1982 terakhirnya, juga terakhirnya Almarhom Dato’ Asri Haji Muda (Tan Sri semasa UMNO) bersama PAS)

Dalam tahun 1982 takdir Allah telah melakukan perubahan dan peralihan kuasa berikutan dengan perletakkan jawatan dan tergugurnya dalam saf pucok kepimpinan PAS iaitu Dato’ Asri Muda dan teman-teman rapatnya. Saya berkeyakinan sampai hari ini kebangkitan idealisma perjuangan PAS sedikit sebanyak ianya dipengaruhi kejayaan Imam Khomeini dengan Revolusi di Iran dengan menmbangkan Amerika Syarikat melalui papet bonekanya Shah Iran, bukan terpengaruh kepada pegangan Shiah mereka. Tokoh muda Pas ketika itu adalah Almarhum Ustaz Fadzil sendiri, Ustaz Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nakahie Ahmad, mereka bersahabat sejak di madrasah ABIM lagi.

Diatas mengambil ilham dan roh kejayaan Khomeini di Iran, maka gagasan “Kepimpinan Ulama” diperjuangkan. Itulah PAS menikmati sekarang. Almarhom Ustaz Fadzil terus melangkah menjana dirinya sepenuh masa dengan memikul menerajui PAS, menjawat Pemangku Presiden PAS selepas Tuan Haji Yusof Rawa meletak jawatan kerana keuzuran sharaai. Dalam tempoh setahun lebeh kurang di Muktamar PAS Ke 35 pada 31 Mac 1989 Ustaz Fadzil telah sampai kemuncak kepimpinan didalam PAS dengan menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden PAS Pusat sehingga akhir hayatnya. Almarhom telah cuba beberapa kali bertanding untuk Kadun dan Kapar setiap PRU di Kedah termasuklah PRK, namun nasib tidak menyebelahi beliau dan PAS itu sendiri.

Dalam tahun PRU 1982, 22 April 1982 Almarhom Ustaz Fadzil telah menang untuk Kadun bukit Raya, dan itulah kali pertama Ustaz Fadzil menjadi Adun secara rasmi dalam DUN Kedah. Tetapi beliau maseh kalah untuk Kapar Pendang yang ditandanginya. Sejarah telah melakarkan bagaimana pandangan jauh almarhom dalam menangani mengisi situasi politik semasa dijanakan. Perpecahan dalam UMNO, membawa tertubuhnya Parti Semangat 46 (kini telah aruah) pimpinan YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah dengan APU-Angkatan Perpaduan Ummah kepada BA-Barisan Alternatif. Diatas semangat APU ianya telah menghasilnya PAS kembali menawan Kelantan dan Terengganu.

Kemuncaknya dalam PRU 1999 Ustaz Fadzil telah memenangi DUN Anak Bukit dan Parlimen Pendang. Seterusnya Ustaz di lantek menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia setelah PAS mencapai kerusi KAPAR mengatasi lain-lain parti pembangkang ketika itu. Saat Pemangku PM-TPM-Menteri Kewangan DS Anwar Ibrahim diterajang dan dihinakan pada 23 September 1998 oleh DR MAHATIR dan UMNO begitu rupa. Maka Almarhom Ustaz Fadzil-lah orang yang pertama menziarahi sahabatnya DS Anwar di rumahnya sebaik dilucutkan semua jawatan politik dan jawatan kerajaan dengan teramat dzolim.

Hikmah pemecatan tersebut ianya mengakibatkan tertubuhlah satu parti politik baru iaitu Parti Keadilan atau seninomnya ADIL. Selepas bersatu dengan Parti Rakyat dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat. Kewujudan kesedaran nasional dikalangan parti-parti pembangkan, maka lahirlah menjelang PRU12 gagasan PR-Pakatan Rakyat. Kemuncaknya dalam PRU 1999 Ustaz Fadzil telah memenangi DUN Anak Bukit dan Parlimen Pendang. Seterusnya Ustaz di lantek menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia setelah PAS mencapai kerusi KAPAR mengatasi lain-lain parti pembangkang ketika itu.

Hari Ini Genap 7 Tahun Almarhom Ustaz Fadzil Meninggal

Maka hari ini 23 Jun 2009 Selasa bersamaan 29 Jamadil Akhir 1430, genaplah 7 tahun Almarhom Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkan Parlimen Malaysia, kembali ke rahmatullah (Al Fatihah untuk Almarhom Ustaz). Ketika mana Almarhom menjawat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, masa yang sama PAS terus memerintah Kelantan diatas nama angkatan Perpaduan Ummah (APU) berganti dengan Barisan Alternatif (BA) dengan Menteri Besar-nya YAB TG Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merangkap Timbalan Presiden PAS (ketika itu) mengemudi kerajaan Terengganu di bawah muafakat politik Barisan Alternatif (BA).

Legasi politik nasional negara telah terdaya mampu dibedah dan diredah oleh Almarhom Ustaz Fadzil. Ianya dihurmati dan diperakui dari pimpinan komponan BA dan lawan dalam negara dan diperengkat global antarabangsa, diatas kreatif dayausahanya melakar sejarah negara. Negara khasnya dikalangan parti-parti pembangkang disudut usaha-usaha besarnya dalam penyatuan parti-parti pembangkang dalam menghadapi PRU maupun PRK. Ahli PAS merasai lompong dan vacium diatas pemergian Almarhom Ustaz. Patah tumbuh hilang berganti, yang berganti tentulah tidak sama. Tetapi semuanya kita redza kepada yang pergi juga terhadap peganti, Inshaallah.

Almarhom Ustaz Fadzil sehingga akhir hayatnya mewangi bak kasturi dalam mengendong perjuangan dengan berpaksikan intregriti berlandaskan konsisten pegangan sepanjang lebuhraya perjuangannya. Almarhom telah mengharungi onak dan duri, asam garam perjuangan yakni tribulasi yang mematangkan Almarhom Ustaz dan PAS dipimpinnya. Saya berhak mengtakan sesuatu penghargaan dan pujian kepangkuan Almarhom Ustaz Fadzil, mengikut acuan yang saya sendiri mengenalinya selama semasa saya mendampingi Almarhom, khususnya kenangan awal semasa dalam ABIM diikuti dengan dalam PAS sejak tarikh keramat tanggal 29 Mac 1982 bergelumangnya dalam rencah ratus berparti.

Sesungguhnya Almarhom Ustaz adalah seorang pendakwah yang berkelibar dan sekaligus terserlah tunjuk sebagai pemimpin besar ummah dan tokoh politik yang tajam pengamatan mantik siasah, dihormati dan disegani oleh rakyat marhen dan elit cerdek pandai. Kerana sepohan pribadinya yang menyantuni, serta tegak perkasa diatas asas pengetahuan yang mendalam dalam agama dan perbandingan mashab dan cakna rakyat. Ianya bermula dari dua ayah bundanya yang warak. Kelebihan Almarhom yang nyata disisi ana, sekalipun ana adalah cokia disudut pandangan ramai pemimpin PAS sekarang, walau pun ana ini cokia, sikap ana dari dahulu sampai kini bukan jenis pandai berkirap berkipas dan mengampu, bodek dan sebagainya.

Tetapi setiap mana ana pencilkan diri, dimana-mana jua, sekiranya beliau ternampak ana pasti beliaulah yang datang menemui ana atau mengamit supaya ana mendapatkannya. Setelah ana menjangkau 50 tahun ia sudah tidak selesa untuk ana mencium tanganya seperti 20 tahun dahulu, kecuali berpeluk dan menanya khabar. Dan ia pasti mengenalkan diri ana yang cokia ini kepada pemimpin PAS yang berada 1990, mereka mungkin tidak mengenali. Pernah beberapa kali beliau memaklumkan untuk menemui ana sebaik sampai ke KB. Ana Ustaz Fadzil meminta pendapat dan pandangan sebelum PRU 1990 di Kedai amin Jaafar Rawas. Pernah amin Jaafar Rawas memaklumkan kepada Ustaz Fadzil, “anta (adalah Ustaz Fadzil) minta pendapat dari sheikh ini, Inshaallah dia tidak akan khianati dalam memberi maklumat.

Ustaz kena ingat dia adalah kawan baik Allahyarham Haji Mat Prai. Dan Pernah menjelang 1999 Ustaz memanggil ana yang cokia ini ke Hotel Ansar, ustaz Fadzil sebilik dengan Ustaz Azizan (ketika itulah ana nampak ustaz sendiri yang menyuntik dos insulin dilengannya sendiri). Ketika beliau menyuntik itulah beliau bertanya ana kedudukan bakal calon-calon Kadun/Kapar. Yang mana ana kata OK semuanya bertanding dan menjadi Exco. Sahlah 6 saya kata tak OK benar-benar tak menjadi calon. (Ustaz Azizan yang dimaksudkan adalah YAB DS Ustaz Haji Azizan MB Kedah sekarang, entahlah YAB MB dah melupainya).

Menuai Kejayaan Berganda

Almarhom Ustaz Fadzil berjiwa besar dan perkasa, kerana diatas nama perjuangan dan sokongan sejagat mampu berkongsi pentas berceramah diatas satu isu sejagat “PALASTIN & KEMANUSIAAN pada 8 Mei 2002 bersama dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed di DBP (DBP berjasa selama beberapa tahun PAS menggunakannya untuk bermuktamar – Terima kaseh KPDBP dan TK Pengerusi Pengelola DBP). Sekalipun PM Dr Mahathir merapu, melalut dan menyimpang dalam ucapannya. Almarhom tidak melihat kejatuhan kerajaan PAS-BA di Terengganu tidak lama selepas beliau meninggal dunia.

Almarhom juga tidak dapat menyaksikan yang mana garis perpaduan, titek pertemuan dan persefahaman di kalangan kaum Cina dan India dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008. PAS parti yang pernah dipimpinnya sebagai Presiden telah berjaya atas nama PR menguasai 5 negeri dan WP. Tiga negeri persetujuan dicapai oleh PR dengan masing-masing menerajui kerajaan di Kelantan Menteri Besar-nya kekal YAB TG Dato’ Nik Aziz Nik Mat, di Kedah Menteri Besarnya YAB DS Ustaz Azizan Razak (semasa Ustaz Azizan mengangkat sumpah jawatan MB Kedah di hadapan Tuanku Sultan, ketika itulah air mata saya berderai mengenangkan lamanya ustaz berjuang dan memimpin. Tetapi kemenangan tidak dapat Almarhom turut melihat hasilnya kecuali pahala yang berganda menunggu di hari pahala itu menjadi berguna dan bernilai) dan di Perak Menteri Besar-nya YAB DS Ir Mohammad Nizar Jamaluddin .

Manakala di Selangor Menteri Besar-nya dari PKR YAB TS Khalid dan di Pulau Pinang Ketua Menteri-nya dari DAP iaitu YAB Tuan Lim Guan Eng.Semua kejayaan yang dicapai oleh PR tersebut, ianya adalah lanjutan pintu hati pemimpin-pemimpin pembangkang dikalangan semua kaum yang telah dirintis, diketuk dibuka dikejutkan dari jumud perjuangan berpecah menghadapi UM No-BN. Justeru, jalan yang dirintis dengan penuh rasa tanggunjawab iklas dan kudus untuk umatnya dengan penuh bertanggungjawab kepada negara dan bangsanya oleh Almarhom Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor. Hidupnya, wadah perjuangannya disaat-saat akhir hayat Almarhom Ustaz Fadzil, ramai cendiakawan, golongan elit telah menyertai PAS dan tampil mereka turut memperkasakan PAS ini. Disamping sejak lama PAS mendapat sokongan dari semua jenis kelas marhean seperti Pak Mat Jawa dan Pak Din Hancur.

Tercetusnya peristiwa pembunuhan di Mamali oleh Kerajaan UM No-BN keatas sahabatnya Asshahid Ustaz Ibrahim Mahmood dan bersama syuhadak yang lain, maka ketika itu Almarhom Ustaz Fadzil-lah yang utama dan pertama mempertahankan sahabatnya, maruah matinya pejuang PAS di Memali adalah MATI SHAHID. Pandangan tuntas Almarhom dan Dewan Ulamak PAS Kedah itu saya menerima dan pegang 100% bahawa pandangan dan keputusan yang dijanakan oleh Almarhom saya menerimanya tanpa was-was. Bahawa sesunggohnya Ustaz Ibrahim Mahmood Libya dan sahabat-sahabnya di bunuh kerajaan BN adalah matinya mereka adalah MATI SHAHID, saya tidak ragu-ragu. BN keluarkanlah kertas biru maupun kertas merah rakyat dan penyokong PAS menolak pandangan BN ke Monggolia sana. Mudah-mudahan allah mencucuri keatas roh Almarhom Ustaz Fadzil.

Rencana ini disiapkan oleh : IBN ABDULLAH AL AWQB
9.05pagi - Isnin, 22 Jun 2009 / 28 Jamadil akhir 1430.

Ibrahim Ali: Pergi jalanlah DAP

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan tindakan seorang pemimpin DAP yang mahu pertubuhan itu diharamkan atas alasan perjuangannya menakutkan orang bukan Melayu.

"Siapa DAP yang mahu Perkasa diharamkan, mereka ingat mereka siapa," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini melalui satu mesej SMS semalam.

"Perkasa tidak pernah melanggar apa jua undang-undang, tidak seperti pertubuhan-pertubuhan lain."

Anggota bebas di Dewan Rakyat itu diminta mengulas kenyataan ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang dibebaskan daripada tahanan ISA baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam, wakil rakyat DAP itu berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu.

Sehubungan itu, Manoharan bertanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa, 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Ibrahim menambah, Perkasa mendukung perlembagaan negara terutama Perkara 153 mengenai hak-hak istimewa orang Melayu.

"Pergi jalanlah dengan DAP, mereka ini tidak sedar di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak," kata ahli parlimen Pasir Mas.

Dalam pertemuan tersebut, Ibrahim memberitahu media bahawa perdana menteri memberi jaminan bahawa konsep 1 Malaysia akan tetap memperkasa setiap perkara sama ada tersurat atau tersirat dalam perlembagaan

Ibrahim juga dilaporkan berkata jaminan oleh perdana menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Konsep itu yang sedang dipromosi Najib juga, kata Ibrahim, tidak bersangkut-paut dengan gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.

Mursyidul Am Arah Semua Pimpinan PAS Ke Manek Urai

Polemik Kerajaan Perpaduan Tamat - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan semua pimpinan PAS khususnya pimpinan pusat turun ke pilihanraya kecil Manek Urai terutamanya pada hari penamaan calon.

"Pada hari penamaan calon, InsyaAllah, semua pimpinan PAS Pusat akan hadir bersama di (pilihanraya kecil) Manek Urai,"katanya mengakhiri sidang media di pejabat Agung PAS semalam.

Dengan kenyataan pemimpin spiritual PAS itu tamatlah desas-desus yang dikatakan melarang pimpinan PAS penyokong isu kerajaan perpaduan turun berkempen dalam pilihanraya kecil tersebut dan turut menenangkan kegelisahan yang dirasai oleh semua ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat menghadapi ketegangan isu kerajaan perpaduan.

Dalam sidang media yang sama, sebelum itu, beliau telah menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan," katanya

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair," katanya membacakan kenyataan dihadapan kesemua pimpinan tertinggi PAS yang turut hadir..

Sehubungan itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.

"Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai...itu sahaja, tiada lagi komen," katanya ringkas.

Si Muda Jelita Manohara


Oleh HASMI bin HASHIM

Manohara Pinot yang muda-jelita itu kini mendapat perhatian dan simpati besar di negaranya sejak pulang ke Jakarta. Beliau dilaporkan ‘lolos’ melalui Singapura kira-kira setengah bulan lalu.

Seraya tiba di Bandara (”bandaraya udara”, atau di Malaysia disebut “lapangan terbang”) Seokarno-Hatta petang itu, kelibat Manohara dikerumuni orang ramai. Beliau segera mendapat liputan, baik TV, radio dan koran (surat khabar) di sana. Mantan model 17 tahun yang kini agak tembam pipi dan sosoknya dikatakan membuat pendedahan dan laporan polis mendakwa dirinya dilukai zahir-batin sepanjang berada di “taman larangan Istana.”

Benar atau tidak kenyataan Manohara, tidak dapat terbukti sekarang dan tidak dapat disahkan hanya melalui tegang isang atau perang mulut di media antara Jakarta-Kota Bahru. Satu proses pengadilan terbuka wajar berlangsung demi melihat siapa benar, siapa salah. Namun, simpati terhadap si muda-jelita itu begitu meluas sehingga beliau ditawarkan berlakon sinetron (filem).

Saya sama sekali tidak mengerti bagaimana pemerintah Malaysia, iaitu orang politik yang berkuasa di negara ini, tidak berbuat apa-apa tindakan demi meredakan ketegangan yang timbul di kalangan rakyat kedua negara, termasuk rentetan isu Manohara. Karena dia muda belia, karena kecantekkannya, sudah tentu mudah dia meraih simpati sehingga beliau diajak berkempen dalam Pemilu oleh Yusuf Kalla bersama parti Golkar.

Memang benar mulanya kes Manohara bukan bersangkutan langsung dengan isu dan kepentingan politik pemerintahan kedua negara. Namun simpati rakyat Indonesia diam-diam kini bertukar menjadi kebencian terhadap seluruh “yang Malaysia.” Bukan hanya sekadar kebencian terhadap orang kenamaan dan pemerintah Malaysia, tetapi juga sudah mencetuskan rasa kebencian dan tidak selesa antara rakyat kedua negara.

Oleh itu, adalah wajar dan munasabah agar “isu Manohara” perlu segera ditangani secara “politik” sementara menunggu proses pengadilan kelak.

Cakap-cakap konfrantasi mulai muncul semula. Pekik “ganyang Malaysia” bertempik lantang dalam demontasi di hadapan Kedutaan Malaysia tempohari. Semua itu menandakan bagaimana isu Manohara, yang awalnya dianggap sebagai urusan dalam kain dan hal rumahtangganya bersama Tengku Temenggung Kelantan; perlu disedari yang isu tersebut juga sudah merebak dan muncul sebagai persoalan politik di kalangan massa.

Suhu mendidih ini ditambah dengan tuduhan pesawat tentera Malaysia memasuki ruang udara Ambalat–sehingga menyaksikan demontrasi yang saya sebutkan tadi, yang turut disertai Manohara.

Dalam kata mudah, pimpinan politik wajar mengambil sikap dan peranan yang wajar dan betul. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan beberapa menteri lain, termasuk Menteri Luar sehingga kini hanya memberi kenyataan umum dan ringkas. Meminta rakyat kedua negara bertenang. Selain beberapa penafian kecil-kecilan bahawa tentera udara Malaysia tidak pernah menceroboh mana-mana ruang kedaulatan Indonesia.

Siapakah Hishamuddin untuk meminta rakyat Indonesia bersabar? Beliau bukan menteri dalam negeri Indonesia atau jamaah kabinet di sana. Beliau bukan menang sebagai wakil rakyat di provensi Tulungagung, Jawa Timur! Beliau adalah jemaah menteri Malaysia, yang sewajarnya tahu di mana sempadan negara. Dalam hal yang sekecil ini pun, Hishamuddin gagal untuk bercermin dan menyedari diri…

Apakah terlalu sukar untuk Malaysia segera mengirim menteri atau pasukan pegawai tinggi yang berwibawa ke sana dalam “misi keamanan”?

Apakah terlalu egoisnya kita sehingga terlalu payah untuk menghantar wakil dan mendengar sendiri buah butir daripada Manohara dan ibunya? Juga, bertemu menteri, bahkan presiden Indonesia sendiri (sekiranya perlu) bagi menerangkan dan berbincang tentang isu pencerobohan di Ambalat?

Kalau ada tuduhan bahawa kita sombong, mungkin sahaja benar kalau diukur dengan sikap menteri-menteri kita dan kelakuan kerajaan Malaysia amnya.

Menghantar pasukan dengan “misi keamanan” dan persaudaraan langsung tidak merugikan. Bahkan, kita akan dilihat lebih gentleman. Sikap sombong dan sambil lewa Pemerintah Malaysia, iaitu Kerajaan Barisan Nasional bukan baru, khususnya dalam beberapa sisi peristiwa dan kes yang bersangkutan dengan Indonesia, sangat dikesalkan.

Misalnya, isu undang-undang sebat yang dilihat tidak berperikemanusiaan juga menimbulkan kemarahan dan tersinggungnya rakyat Indonesia. Begitu juga isu lagu “Rasa Sayange”, selain kes wujudnya kezaliman dan penderaan tenaga kerja Indonesia yang melambak-lambak di negara ini. Bahkan, layanan di pusat-pusat tahanan pendatang tanpa izin juga begitu buruk dan mengecewakan.

Ada ulasan sewel yang menyebutkan bahawa kes pendedaraan terhadap pembantuan rumah hanya 0.3 peratus atau kira-kira 1,000 kes berbanding keseluruhan pembantu rumah yang ada di negara ini. Kes dera, sepertimana juga kes bunuh sama sekali tidak boleh diukur bersandarkan statistik.

Apakah kita boleh merelakan rakyat kita didera atau dibunuh seorang-dua!? Tentu tidak. Dan, membawakan perincian statistik adalah cara propagandis pemerintah yang seolah-olah mahu menunjukkan kes penganiayaan dan dera pembantu rumah Indonesia di negara ini adalah kes terpencil.

Di Malaysia, kes jenayah yang banyak dilakukan pendatang dari republik berkenaan juga sukar dinafikan. Namun itu bukan alasan untuk menambah lagi minyak di atas bara atau api yang sudah marak. Kita tidak akan berkompromi dengan siapa sahaja yang melakukan jenayah. Sama ada warganegara kita sendiri, mahupun orang luar. Itu prinsipnya.

Soal pemerintahan bukan hanya soal politik-kekuasaan, tapi juga menyangkut kecekapan mengawal dan mengurus krisis selain aspek “budi-bahasa” agar jelas disamping kita mempertahan prinsip, dalam masa yang sama bijaksana mengawal dan menyelesaikan krisis.

Inilah aspek kemanusiaan yang payah sekali dilihat dimiliki oleh pemimpin yang memerintah Malaysia selama ini. Sikap kepimpinan yang angkuh sebegini cukup merimaskan dan membuat rakyat kita seakan-akan menanggung malu.

Saya pernah dua kali ke Indonesia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya lihat sendiri bagaimana sikap bijaksana Anwar merungkai beberapa kekusutan kedua negara–meski beliau bukan lagi anggota jemaah menteri.

Antara lain, Anwar dengan tegas menolak undang-undang cabuk (sebat) yang diluluskan pemerintah Malaysia bagi menangani isu pendatang asing. Secara prinsipnya, undang-undang itu menurut Anwar adalah undang-undang lapuk dan tidak berperi-kemanusiaan. Beliau turut bercerita tentang pengalamannya melihat nasib banduan yang terhukum secara keterlaluan sewaktu beliau di penjara selama 6 tahun.

Begitu juga dengan isu “Rasa Sayange” di mana Anwar menyarankan agar dapat dikongsi keindahan lagu itu sebagai tradisi rakyat kedua negara. Soal ketulinan asal usul lagu itu bukan lagi persoalan pokok…

“Ya kalau Indonesia mahu mendakwa asal usul lagi “Rasa Sayange” itu dari Indonesia, saya terima saja,” kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh dan senyum para hadirin dalam Program Mengenal 100 tahun kebangkitan semangat nasionalis, di Malang, Jogjakarta tahun lalu.

Kenyataan dan hubungan langsung yang dilakukan Anwar sudah cukup untuk meredakan ketegangan dan rasa tidak selesa kedua pihak berhubungi isu berkaitan. Tentulah sikap dan kebijaksanaan sebegini sukar diharapkan wujud di kalangan pemimpin yang menghunus keris ke muka rakyatnya sendiri.

Lihat sahaja bagaimana cadangan untuk memberhentikan pembantu rumah dari Indonesia–cadangan yang kemudiannya akan merugikan rakyat kedua belah negara.

Betapa mudahkan majikan di negara ini selama ini karena tenaga kerja atau pembantu rumah dari Indonesia sediakala menggunakan bahasa yang serumpun dengan kita. Bayangkan, alangkah sukarnya kalau terpaksa melatih pembantu rumah dari negara lain, misalnya Nepal atau Filipina, akibat bahasa ibuanda yang berbeda.

Tanyakan kepada Hishamuddin, apakah beliau mahu kalau ada gadis dari Indonesia yang secantik Manohara mahu bekerja sebagai pembantu di rumah dia? Agaknya melompat-lompat dan cepat-cepat diambil bekerja!

Apakah beliau tak sedar, tak akan ada sesiapa yang hendak bekerja di rumah majikan yang tidak berbudi-bahasa. Rakyat kita sendiri, walau dari Bote, Tanjung Maling sehingga ke Segamat dan Pontian sekalipun tidak mahu bekerja kalau didera, tidak dibayar gaji dan seolah-olah hanya diperhamba! Kita sendiri tidak mahu bertuankan dengan tuan yang angkuh dan sombong begitu rupa.

Soal siapa benar siapa salah, bukan persoalan yang terpaksa ditanggung di kalangan rakyat–karena yang bersalah, baik di pihak mana pun, wajar mendapat hukuman yang setimpal. Sepertimana kerajaan yang cuai dan penuh dengan kebejatan, wajar ditumbangkan dan dihumban.

Husam, Mat Sabu terima anggota jawatankuasa pusat PAS

Dua bekas naib presiden PAS - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - menerima pelantikan sebagai anggota jawatankuasa PAS pusat.

Jawatankuasa tersebut yang bermesyuarat pada 11 Jun lalu bersetuju melantik Husam dan Mohamad sebagai anggota AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.

husam musa and mat sabuKetika ditemui malam ini, Mohamad mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau menerima pelantikan tersebut.

"Sebab itulah saya hadir mesyuarat jawatankuasa pusat malam ini," katanya.

Manakala pegawai di pejabat agung PAS di ibunegara pula mengesahkan bahawa Husam turut menghadiri mesyuarat malam ini.

Husam dan Mohamad tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar parti itu baru-baru ini.

Dalam pertandingan tersebut, Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan berkenaan.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dikatakan telah menasihat kedua-duanya agar menerima tawaran tersebut.

Tokoh ulama PAS itu mencadangkan sedemikian bagi "mengimbangi" suara-suara pemimpin yang condong kepada idea kerajaan perpaduan dalam parti itu.

Komen Pemimpin UMNO : Pas tunduk kepada tekanan

KUALA LUMPUR 22 Jun – Orang Melayu kini mempunyai sebab yang jelas untuk bimbang mengenai kelangsungan pengaruh mereka selaku kaum majoriti.

Kebimbangan itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal apabila, dalam usaha untuk menyatukan kaum sendiri pun parti Pas tunduk kepada tekanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sedih dengan senario itu, beliau berkata sikap tunduk pada DAP dan PKR seolah-olah menjadikan Melayu seperti golongan penakut.

“Kini rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Siapa pula hanya mementingkan kepentingan politik semata-mata.

“Patutkah kita tunduk kepada pihak lain dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. Adakah mereka akan tunduk sama dalam isu yang berkaitan kepentingan kaum mereka. Tidak, mereka sebaliknya bersatu,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Malah, pakatan pembangkang hari ini menuduh idea tersebut yang sebenarnya dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai fitnah dan tohmahan jahat UMNO untuk menggugat kekuatan mereka.

Menurut Mohd. Shafie, Pas seharusnya tidak tunduk kepada DAP dan PKR kerana mereka merupakan sebuah parti yang kuat.

Ditanya mengenai tuduhan yang dilemparkan ke atas UMNO, beliau berkata, Abdul Hadi ikhlas semasa membuat cadangan itu dan UMNO memberi reaksi yang positif demi menyatukan orang Melayu.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak pakatan pembangkang berhubung isu itu dengan menegaskan UMNO bukan sebuah parti yang ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’.

“UMNO membuat reaksi demi bangsa dan negara dan tidak lebih daripada itu. Reaksi UMNO ikhlas berdasarkan cadangan Abdul Hadi.

“Tetapi nampaknya selepas wujud bancuhan serta tekanan, Pas tunduk kepada rakan mereka dalam pakatan walaupun idea itu demi kepentingan orang Melayu,’’ jelasnya.

Katanya, ketetapan yang diambil oleh pakatan pembangkang itu terbukti menunjukkan mereka tidak ikhlas.

Namun ujarnya, UMNO akan tetap mengingati cadangan Abdul Hadi itu sebagai sesuatu yang murni.

Bercakap mengenai perkara yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan memberitahu, beliau telah menjangkakan pakatan pembangkang akan menolak cadangan Pas.

Bagaimanapun, jelas Ahmad, Pas sebenarnya boleh berdikari dalam isu-isu utama jika ingin meneruskan perbincangan dengan UMNO.

“Pas mempunyai kekuatan sendiri dengan memiliki 23 kerusi di Parlimen serta menerajui kerajaan negeri Kedah dan Kelantan,’’ tegasnya.

Nik Aziz mohon maaf kepada Nasharuddin.

KUALA LUMPUR 22 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memohon maaf serta menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa termasuk meminta beliau meletakkan jawatan dalam parti itu.

Nik Aziz memberitahu, segala isu di antara beliau dengan Nasharuddin tidak lagi berbangkit.

''Setelah berbincang dalam perjumpaan khas di Ibu Pejabat Agung Pas dalam semangat kekeluargaan menangani masalah dalam beberapa isu politik yang dibesarkan oleh media, kami bersetuju melupakan perihal salah tanggapan di antara pimpinan atasan parti akibat permainan politik murahan UMNO,'' katanya.

Nik Aziz membacakan kenyataan akhbar selepas mengadakan perjumpaan khas di antara beliau dengan Nasharudin di sini hari ini.

Perjumpaan khas itu turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; ketiga-tiga Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Nik Aziz sebelum ini meminta Nasharudin meletak jawatan daripada parti dan menyertai UMNO jika beliau terus mendesak meneruskan idea kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Abdul Hadi pada hari pertama muktamar parti itu di Shah Alam pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya untuk melaksanakan konsep kerajaan perpaduan kerana yakin ia mampu menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di negara ini.

Katanya, pemimpin-pemimpin Pas bersama dalam satu saf yang padu untuk terus bersama memperjuangkan keazaman parti bagi mendaulatkan Islam di persada tanah air.

''Kami juga bersetuju sebulat suara polemik kerajaan perpaduan dihentikan serta merta seperti mana diputuskan oleh Presiden Pas bersama pimpinan pakatan dalam kenyataan bersama di bangunan Parlimen yang menolak sepenuhnya idea itu,'' katanya.

BN tetap teguh – Najib....!!!!

PUTRAJAYA 22 Jun – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap berupaya mentadbir negara biarpun tanpa konsep kerajaan perpaduan yang cadangannya tiba-tiba muncul setelah diuar-uarkan dahulu oleh Pas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebenarnya tidak timbul isu pakatan pembangkang menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana idea itu bukannya datang dari BN.

Namun, kata beliau, oleh kerana Pas sendiri berhasrat merealisasikannya dan apatah lagi ia bertujuan kebaikan, maka BN menyambutnya secara terbuka.

“Tidak timbul (isu) kerajaan BN lemah sebab pelawaan itu (cadangan kerajaan perpaduan) datang daripada Pas dahulu.

“Maknanya kalau tidak ada kerajaan perpaduan ke, apa benda pun, kerajaan kita (BN) masih kukuh dan mampu melaksanakan agenda pembaharuan yang kita gariskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia Ke-7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang hari ini menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan di Parlimen, pakatan pembangkang menyifatkan idea itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang.

“Semua parti dalam pakatan mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan pakatan pembangkang bagi membentuk Kerajaan Persekutuan,” menurut kenyataan yang ditandatangani pemimpin tiga parti pembangkang terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas) dan Lim Kit Siang (DAP).

Mengulas lanjut, Najib berkata, apabila cadangan kerajaan perpaduan dicetuskan oleh Pas menerusi Abdul Hadi, kerajaan BN pimpinannya menyambutnya secara positif.

“Maknanya kita bersikap terbuka kalau sesuatu itu dibuat untuk tujuan mencari kebaikan.

“(Selepas ini) kita tetap dengan pendirian bahawa apabila sesuatu yang baik itu untuk negara, ia mestilah diusahakan bersama walaupun idea itu datang dari pembangkang,” katanya.

Ditanya kemungkinan akan ada lagi cadangan ke arah kerajaan perpaduan pada masa depan, beliau berkata:”Siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, segalanya tidak mustahil dalam politik.”

Cadangan kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang dicetuskan Abdul Hadi serta disokong timbalannya, Nasharudin Mat Isa bagaimanapun ditentang hebat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta semua sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

Kerajaan perpaduan: Tidak timbul soal BN lemah, kata Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional tetap mampu untuk meneruskan agenda pentadbiran negara meskipun Pakatan Rakyat telah menolak idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan PAS.