Sabtu, 20 Jun 2009

PAS tidak akan benarkan dirinya jadi talian hayat Umno

(Hrkh) - PAS tidak akan membenarkan dirinya menjadi talian hayat untuk untuk memulihkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar.

Beliau berkata, krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib, Umno dan BN kini begitu parah sehingga apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan hendak dijadikan talian hayat "untuk menyambung nafas mereka".

Menurut Mahfuz, kalau dahulu rakyat mendengar parti-parti komponen BN mengadu mereka dibuli oleh Umno, keadaan kini bertambah parah apabila suasana hilang kepercayaan parti-parti komponen BN terhadap Najib merebak pantas seperti api dalam sekam.

"Kepimpinan Najib kini menghadapi krisis kepimpinan dari dalam BN malah dari dalam Umno sendiri sehingga beliau kini sangat terdesak dan tertekan.

"MCA dilihat mengugut mahu keluar dari BN manakala tokoh-tokoh Umno sendiri mengadakan kempen bisik-bisik yang mempersoalkan kepimpinan Najib.

"Kerajaan BN diberi nama kerajaan isteri suami malah didakwa sebagai kerajaan bini Najib oleh tokoh-tokoh Umno sendiri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, hakikat bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor begitu berkuasa diiktiraf oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Mengulas kunjungan hormatnya menemui Rosmah, Kuan Yew berkata, beliau melakukan kunjungan hormat menemui Rosmah kerana beliau diberitahu Najib dan isterinya berkerja sebagai satu pasukan dan adalah perlunya baginya memahami kedua-dua anggota pasukan itu.

Tidak ada mana-mana pembesar utama negara asing yang mengadakan kunjungan hormat menemui mana-mana isteri Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.
Mahfuz menegaskan, segala keupayaan dan kepakaran akan digembelingkan habis-habisan bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai untuk memberi isyarat tegas dan jelas bahawa ia tidak boleh digunakan kuda tunggangan untuk memulihkan krisis kepercayaan terhadap Najib, Umno dan BN.

Kerajaan perpaduan: PAS adakan siri mesyuarat redakan ketegangan

Pakatan Rakyat bertemu Isnin ini

KUALA LUMPUR: PAS, yang kini berhadapan dengan apa yang boleh dikatakan suatu krisis, bersiap sedia mengadakan siri mesyuarat dengan rakan pakatan parti pembangkang dan pucuk pimpinan tertinggi bagi meredakan ketegangan berhubung cadangan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pemimpin parti itu berkata, sekurang-kurangnya empat mesyuarat dijadual diadakan, bermula dengan mesyuarat pertama dengan rakan dalam Pakatan PAS-PKR-DAP di Parlimen pada tengah hari Isnin.

Mesyuarat itu, yang juga yang pertama di kalangan gabungan parti pembangkang selepas Muktamar PAS awal bulan ini, akan menjadi venue bagi parti berkenaan menyatakan pendirian jelas tentang isu perbincangan perpaduan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu Bernama, selain beliau sendiri, PAS akan diwakili oleh Presiden parti Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan dua naib presidennya.

Selepas itu, satu mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pusat PAS akan diadakan di ibu pejabat baru parti di Jalan Raja Laut pada pukul 8.30 malam.

"Lazimnya, kami akan berbincang dengan panjang lebar... ini pastinya akan menjadi suatu mesyuarat yang lama," kata Mustafa

KEMANAKAH KONSEP AMAL JAMAIYY DLM PAS???


Inilah akibatnya jika konsep amal jamaiyy itu tidak dipraktikkan oleh sesiapa sahaja samada ianya daripada ahli bawahan yang marhaen ataupun pemimpin atasan yang terlalu cerdik…. Kerosakan akan berlaku walaupun parti tersebut dipimpin oleh org yg cerdik (ulama) jika hanya ada ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yg sampaikannya.

Maksud saya jika pemimpin menyuruh ahli-ahli mengamalkan konsep amal jamiyy iaitu berpegang kepada keputusan jamaah (keputusan mesyurat PAS Pusat, dipanjangkan kepada Majlis Syura Ulama’ dan dibentangkan dan diterima dalam Muktamar PAS Pusat!), tetapi pemimpin atasan sendiri tidak menghormati keputusan tersebut, maka berlakulah sepertimana apa yg telah berlaku hari ini.

Ahli-ahli yg marhaen, walaupun mungkin tidak alim, tetapi mengerti tentang konsep amal jamiyy berada dilandasan yg betul apabila menyokong dan mempertegaskan keputusan yang telah dibuat oleh PAS dlm muktamar di Ipoh iaitu MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT! Konsep Kerajaan Perpaduan dengan UMNO adalah tidak bertepatan dengan keputusan muktamar, walaupun sekiranya konsep tersebut benar-benar tidak bercanggah dengan Islam, TETAPI ianya adalah bercanggah dengan KONSEP AMAL JAMAIYY yang dituntut oleh Islam.

Sebab itulah pandangan JUMHUR ULAMA adalah lebih terpakai dan siqah walaupun pandangan individu ulama juga tidak bersalahan kerana dikhuatiri berlakunya kesilapan. Akan tetapi pandangan individu dlm jamaah terutama dlm soal2 yg melibatkan dasar PARTI dan halatuju parti adalah merupakan satu kesalahan BESAR. Tambahan pula padangan tersebut boleh megundang FITNAH dan KECELARUAN dlm jamaah.

Tulisan saya ini bukanlah bertujuan utk memburuk-burukkan sesiapa kerana saya sedar saya bukanlah sealim ulama, tidak juga secerdik profesionalisma, tetapi saya memahami kaedah berjamaah kerana TAAT kepada pemimpin ada batas-batas yg tertentu. Sama seperti org bersolat, jika imam tak betul, maka WAJIB ditegur. Kita bukannya ahli yg WALA’ MEMBUTA TULI walaupun pimpinan tak betul. Saya hanya WALA’ KPD KEPUTUSAN PIMPINAN/SYURA/MUKTAMAR. Pushstop!

Saya tidak akan WALA’ KPD PANDANGAN2 INDIVIDU hatta individu tersebut ialah SU Agong PAS atau Timbalan Presiden PAS atau Presiden PAS atau Mursyidul Am PAS sekalipun! Saya menyokong TGNA kerana beliau wala’ kpd kerputusan jamaah. Kenyataannya bersandarkan kepada keputusan jamaah iaitu MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT.

Saya masih hairan dengan segelintir pimpinan dan ahli-ahli yg tidak mengendahkan keputusan jamaah. Apakah mereka lupa akan amaran-amaran Allah yg mencela org2 yg tidak mengamalkan amal jamaiyy? Anda boleh rujuk http://tintaharamain.blogspot.com/2008/04/amal-jamaie-dan-tuntutannya.html .

Saya amat menyesali pandangan Ust Nasa tentang kerajaan perpaduan dlm satu temuramah di luar Parlimen baru-baru ini, kerana jelaslah beliau yg mengkehendaki tutup mulut drp brbincang tentang kerajaan perpaduan, tetapi beliaulah juga yg membuka mulut tentangnya!!! Sepatutnya beliau tidak berkata apa2 atau tidak menyokong saranan madu beracun drp Najib. Seharusnya beliau mengambil keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat terlebih dahulu…. Jangan jd lebih mangkuk dari sudu. Nampak sgt Ust Nasa lebih kearah MEPERKASAKAN KERA-JAAN PERPADUAN drp PAKATAN RAKYAT.

Saya pun teramat hairan dgn sikap beliau yg nyata amat bertentangan dgn konsep syura. Nampak sangat ada agenda peribadi kerana kenyataan beliau adalah BERSIFAT PERIBADI. Saya tak nampak beliau menyesali perbuatan beliau malahan menganggap kenyataan TGNA pulak sebagai pandangan peribadi!!! Amat hairan bin ajaib.

Sebelum mengundur diri, saya inginkan kepastian yg masih terbuku dihati ini iaitu adakah anda (Ust. Nasa) terlibat dgn kerja-kerja mengujudkan kerajaan perpaduan PAS dan UMNO di Perak dan Selangor? Jika tidak sila nafikan di dalam mana-mana laman web. Jika tidak, sila kemukakan siapakah pimpinan yg menjadi fraksi UMNO dlm PAS sepertimana kenyataan Ust. Ahmad Awang di muktamar PAS baru-baru ini. Saya tidak menuduh saudara, cuma saya mahu saudara menafikannya… itu sahaja… Berkatalah benar walaupun pahit! Sekian, semoga PAS diselamatkan oleh Allah s.w.t. drp golongan munafiqin.

Wallahu a’lam.

http://makkalsakhti.blogspot.com

manek urai:PAS tidak lupa sengketa lama - Nasruddin Tantawi:..!!! Bagaimana Kes Memali..Perak...???

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS menempelak kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dato' Muhyddin Yasin yang mahu PAS melupakan sengketa lama bagi membina semula hubungan baru.

Ketuanya, Nasruddin Hasan Tantawi berkata meskipun PAS sebagai sebuah gerakan Islam harus mempraktikkan sikap terbuka dan memberi maaf kepada sesiapa jua, namun pada masa sama pihak yang memohon maaf perlu menghormati dasar serta prinsip perjuangan PAS.

"Bagaimana Muhiyidin boleh membangkitkan isu 'lupakan sengketa lama' sedangkan usaha untuk usaha-usaha yang Umno-BN lakukan selama ini langsung tidak menunjukkan ke arah untuk menamatkan sengketa itu, tindakan mereka ini tidak ubah seperti 'ajak-ajak ayam'," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, isu yang berlaku sekarang ini bukanlah sengketa lama tetapi Umno hendaklah menghapuskan punca sengketa tersebut.

"Kerana Pemuda PAS Pusat melihat punca itu ada pada Umno dan ianya bermula dengan BN, ianya masih kekal bersama BN," ujarnya mengulas kenyataan Muhiyidin yang mahu PAS melupakan sengketa lama.

Oleh yang demikian ujarnya, alternatif yang ada sekarang ini adalah yang pastinya akan mencederakan perasaan rakyat apabila meneruskan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dengan tangkapan-tangkapan yang kebanyakannya memangsakan pemimpin-pemimpin parti lawan (pembangkang) dengan tuduhan yang tidak munasabah dan tidak dibuktikan di mahkamah.

Selain itu, Umno juga diragui apabila tidak memansuhkan program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI yang telah banyak melukakan perasaan pejuang-pejuang bahasa.

"Ia turut memangsakan pelajar-pelajar di luar bandar dengan pelaksanaan PPSMI," katanya lagi.

Nasrudin menambah, begitu juga dengan beberapa kepincangan lain yang melibatkan isu institusi kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Kesemua itu masih tidak dilihat kesungguhan Umno-BN untuk memperbaiki keadaan yang ada, oleh PAS dan rakyat.

"Jika Umno-BN hendak kita (PAS) bersikap terbuka, mereka juga perlu menghormati dan menerima dasar perjuangan PAS," demikian ujarnya. - mns

U.M.N.O. - UMNO Memang Nipu Orang..!!! Mazhab Rasmi Dulu Kini Dan Selamanya...!!!

Umno Memang Nipu Orang (UMNO), begitulah ungkapan kata Yang DiPertua Pas Kawasan Bukit Gantang pada tanggal 19 Jun 2009 bertempat di Markas Pas Bukit Cempedak sempena kempen pembubaran Dun Perak. Pada malam tersebut Naib Presiden PKR dan juga MB Rakyat, MB Nizar juga hadir bagi menyampaikan ceramahnya. Seperti biasa, setiap kali ada sesuatu perkara yang terlalu penting MB Nizar akan menyampaikan ceritanya di Bukit Gantang ini terlebih dahulu kerana pada beliau, disinilah bermulanya suara rakyat Perak yang mahukan keadilan. Disinilah juga restu yg dipohon oleh si zamri kudeta tidak diperolehi. Sesungguhnya Bukit Gantang bermulanya era transformasi yang jitu dalam mengukuhkan ikatan Pakatan Rakyat di Malaysia ini.

MB Rakyat iaitu YB Nizar telah memberitahu para hadirin yang datang bahawasanya beliau terpaksa membuat petisyen rayuan di mahkamah persekutuan pada hari ini juga kerana tarikh akhir untuk menghantar petisyen rayuan tersebut ialah pada hari Isnin minggu depan. Kelewatan ini disebabkan oleh penghakiman bertulis dari 3 orang hakim mahkamah rayuan masih belum diperolehi walaupun telah dijanjikan untuk diberi dalam masa 7 hari. Kenapa keputusan boleh dibacakan dalam masa 5 minit tetapi penghakiman bertulis hendak diperolehipun dah dekat sebulan? Berbeza dengan hakim mahkamah tinggi yang membacakan penghakiman selama 1 jam 45 minit dan penghakiman bertulisnyapun dapat sekejap sahaja lebih kurang 7 hari. Apa bezanya hakim mahkamah tinggi dan hakim mahkamah rayuan? 1 hakim mahkamah tinggi, 3 hakim mahkamah rayuan. Fikir2kanlah wahai 1 Malaysia!

MB Nizar juga memberitahu bahawasanya kesnya akan didengar di mahkamah persekutuan pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau telah membuat permohonan kes ini didengar oleh 11 orang hakim mahkamah dari 12 orang hakim mahkamah persekutuan kerana ia membabitkan kepentingan umum dan perlembagaan negara. MB Nizar juga menyatakan terpaksa juga membuat permohonan pada hari ini kepada pejabat pendaftar mahkamah kerana tempoh rayuan hampir tamat walau penghakiman bertulis masih belum diperolehi. Didalam hal ini 3 orang hakimtu tidakkah merasa bersalah kerana masih belum menyampaikan penghakiman bertulis mereka walau tempoh rayuan hampir tamat? Atau ini juga antara konspirasi dengan UBN? Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi rakyat yang berilmu dan cerdik pandai boleh menilai fenomena ini secara berhemah. Wahai para hakim, TEPUK DADA TANYA IMAN.

MB Nizar juga hairan bila UMNO mengatakan beliau gila kuasa. MB Nizar membuka pemikiran para hadirin yang hadir merenung apa yang beliau lakukan bila mendapat pengisytiharan dari mahkamah tinggi tempohari bahawa beliau adalah MB Perak yang sah. Tepat jam 10.30 malam MB Nizar telah berada di pintu istana Ipoh pada hari yang sama untuk menyampaikan surat pembubaran dun Perak bagi menyerahkan kepada rakyat membuat pilihan. Kalau dia seorang yang gila kuasa, beliau tidak akan membuat tindakan yang sedemikian. Tapi apa yang si zamri buat bila dapat keputusan mahkamah tinggi dan juga mahkamah rayuan? Buka2lah minda 1 Malaysia untuk membuat penilaian secara bijak...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Koleksi Undang-undang Seluruh Dunia...!!! Relax Sat...Sakit Jiwa...??

ZAMRI kecik's

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

PAS UMNO : Kepimpinan Negara Kini Di Tangan Najib dan Rosmah?

Kerajaan UMNO BN hari ini diberi nama kerajaan isteri suami malah didakwa sebagai kerajaan bini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib oleh tokoh-tokoh Umno sendiri," demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz, hakikat bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor begitu berkuasa telah diiktiraf oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Prof Dr Hamirdin Ithnin sebelum ini pernah bertanya di dalam blognya samda Rosmah kini sudah menjadi Menteri Perdana lantaran menerima penghormatan setinggi itu daripada bekas Perdana Menteri Singapura tersebut.

Mengulas kunjungan hormatnya menemui Rosmah, Kuan Yew berkata, beliau melakukan kunjungan hormat menemui Rosmah kerana beliau diberitahu Najib dan isterinya berkerja sebagai satu pasukan dan adalah perlunya baginya memahami kedua-dua anggota pasukan itu.

Tidak ada mana-mana pembesar utama negara asing yang mengadakan kunjungan hormat menemui mana-mana isteri Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

Lee Kuan Yew semasa lawatan ke Kuala Lumpur, beliau telah telah mengadakan pertemuan dengan Rosmah. Bila ditanya kenapa beliau bertemu dengan Rosmah, jawapannya ialah:


Lee said he called on Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team and it was necessary for him to understand both members of the team.

Lee menambah lagi,

“I emphasised to both that cooperation has to be long term, not chop and change, and it has to be across the board, you can’t just pick and choose,” he said.



Di sini Lee KY menegaskan hal hal polisi negara dibincangkan dengan kedua dua Perdana menteri dan isterinya.

Mengulas mengenai isu Kerajaan Perpaduan yang hangat diperkatakan kini, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata PAS tidak akan membenarkan dirinya menjadi talian hayat untuk untuk memulihkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib, Umno dan BN kini begitu parah sehingga apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan hendak dijadikan talian hayat "untuk menyambung nafas mereka".

Menurut Mahfuz, kalau dahulu rakyat mendengar parti-parti komponen BN mengadu mereka dibuli oleh Umno, keadaan kini bertambah parah apabila suasana hilang kepercayaan parti-parti komponen BN terhadap Najib merebak pantas seperti api dalam sekam.

"Kepimpinan Najib kini menghadapi krisis kepimpinan dari dalam BN malah dari dalam Umno sendiri sehingga beliau kini sangat terdesak dan tertekan.

"MCA dilihat mengugut mahu keluar dari BN manakala tokoh-tokoh Umno sendiri mengadakan kempen bisik-bisik yang mempersoalkan kepimpinan Najib."

Mahfuz menegaskan, segala keupayaan dan kepakaran akan digembelingkan habis-habisan bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai untuk memberi isyarat tegas dan jelas bahawa ia tidak boleh digunakan kuda tunggangan untuk memulihkan krisis kepercayaan terhadap Najib, Umno dan BN.

Kerajaan perpaduan berlidah dua bertelinga satu?

Ini SMS yang saya terima (saya edit, sebab kalau tak edit, saya pun tak sanggup nak baca):

hang tau sapa sbnarnya brlidah dua, brtlinga satu? puak Umno dlm Pas! lidah dua sbb mula2 ckp kpntingan melayu Islam, lepas tu ckp muzakarah, lepas tu ckp muqabalah, dah truk kena blasah ckp unity gomeng dan terakhir aku dngar rata2 tabur crita Dap tu agen Singapura. kalau btul Dap agen Singapura, adakah kena tidur dgn Umno? tlinga satu sbb tak ambik pduli ahli2 di bwh marah. aku sedih TGHH org maki2, ada nak baling kasut. hang jgn maki TGHH!!

Satu lagi SMS yang saya terima (tak edit):

aku rasa puak Umno dlm Pas akhirnya akan berlakon trima kputusan utk prkasakan PR n tak sbut lagi UG. Berlakon ja! Hati mereka tak sanggup lupakan Umno. Tak pa la walaupun berlakon terima PR dan tak sbut UG lagi. Jadilah. Tapi sapa nak tanggungjawab perpecahan paling truk dlm Pas sjak 82?

Saya tak ada komen. Ramai dalam blog ini yang kata PAS pecah-belah kerana saya, bakaq a.k.a. ~penarik beca.

Ada yang kafirkan saya. Ada yang kata saya akan dibakar dalam neraka. Ada yang kata, "aku bersumpah akan menjadi saksi di akhirat nanti atas ape yg ko dah buat,,,aku ulangi lagi...aku bersumpah akan menjadi saksi di akhirat nanti atas ape yg ko dah buat,,,aku ulangi lagi...aku bbersumpah akan menjadi saksi di akhirat nanti atas ape yg ko dah buat".

Pembohong besarlah kalau saya berlagak dan mendakwa saya tak heran sikit pun dan tak rasa takut sikit pun dengan hukuman dan amaran itu. Saya serahkan diri saya sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Bercakap tentang neraka, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun PAS, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga.

Sejak dari awal lagi, saya tetap dengan pendirian yang berlawanan dengan kenyataan Tok Guru Mursyidul Am. Saya tetap kata, undi PAS belum tentu masuk syurga. Tetapi, undi BN takut-takut seperti membeli tiket masuk neraka. Saya ulangi, takut-takut.

Undi DAP kerana nak jatuhkan BN, belum tentu berdosa. Tetapi, kalau jadi kuda tunggangan kepentingan DAP, bacalah ayat-ayat al-Quran tentang api neraka!

Undi PKR kerana nak jatuhkan BN dan menghapuskan kemungkarannya, harap-harap dapat pahala. Tetapi, kalau jadi kuda tunggangan kepentingan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah tidak celaka?!

Di mana slogan PAS dahulu, la syarqiyyah, la ghorbiyyah, wahda, wahda, Islamiyyah!

Tidak gila Umno, tidak gila Anwar, hanya Islam yang terbaik!

Akhbar yang sama juga melaporkan Muhyiddin juga berkata, Umno yakin dapat menolak persepsi bahawa parti itu kian lemah dengan mencipta sejarah kebangkitan semula melalui pilihan raya kecil kawasan Manek Urai, meskipun ia dikatakan sukar.

Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar pula menegaskan (saya tak akan guna gelaran istana untuk tokoh-tokoh PAS), segala keupayaan dan kepakaran akan digembelingkan habis-habisan bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Manik Urai untuk memberi isyarat tegas dan jelas bahawa ia tidak boleh dijadikan kuda tunggangan untuk memulihkan krisis kepercayaan terhadap Najib, Umno dan BN.

Beliau selanjutnya menegaskan, PAS tidak akan membenarkan dirinya menjadi talian hayat untuk untuk memulihkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno dan BN.

Beliau berkata, krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib, Umno dan BN kini begitu parah sehingga apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan hendak dijadikan talian hayat "untuk menyambung nafas mereka".

Menurut Mahfuz, kalau dahulu rakyat mendengar parti-parti komponen BN mengadu mereka dibuli oleh Umno, keadaan kini bertambah parah apabila suasana hilang kepercayaan parti-parti komponen BN terhadap Najib merebak pantas seperti api dalam sekam.

"Kepimpinan Najib kini menghadapi krisis kepimpinan dari dalam BN malah dari dalam Umno sendiri sehingga beliau kini sangat terdesak dan tertekan.

"MCA dilihat mengugut mahu keluar dari BN manakala tokoh-tokoh Umno sendiri mengadakan kempen bisik-bisik yang mempersoalkan kepimpinan Najib.

"Kerajaan BN diberi nama kerajaan isteri suami malah didakwa sebagai kerajaan bini Najib oleh tokoh-tokoh Umno sendiri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, hakikat bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor begitu berkuasa diiktiraf oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Mengulas kunjungan hormatnya menemui Rosmah, Kuan Yew berkata, beliau melakukan kunjungan hormat menemui Rosmah kerana beliau diberitahu Najib dan isterinya berkerja sebagai satu pasukan dan adalah perlunya baginya memahami kedua-dua anggota pasukan itu.

Tidak ada mana-mana pembesar utama negara asing yang mengadakan kunjungan hormat menemui mana-mana isteri Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

CHUA SOI LEK : MCA JUGA BOLEH BINCANG DENGAN DAP..!!! MCA pulak dah....lagi sakit jiwa UMNO@BN ni...senjata makan tuan lah jawapnya..???

Susulan kepada entri saya semalam – “Penakutnya Ong Tee Keat Bila Berdepan UMNO”, maka inilah jawapan terbaik buat bapak MCA itu yang kini lebih selesa bercakap pasal perpaduan tetapi dia sendiri dengan timbalanya masih macam anjing dengan kucing.

Lepas baca entri ini, saya harap penyokong MCA, penyokong Tee Keat kena fikirkan semasaknya akan hala tuju parti itu jika masih diterajui pemimpin macam Tee Keat yang gemar duduk bawah ketiak UMNO.

Gini ceritanya, Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek ketika di Pasir Putih, Kelantan semalam telah menyuarakan satu idea drastik yang pasti satu tamparan kepada Tee Keat, apabila Soi Lek kata – “Demi kepentingan rakyat, maka MCA juga boleh duduk bincang dengan DAP.”

Tu dia jenis pemimpin berani yang memang tak takut “mati” walaupun kedudukannya dalam MCA ketika ini(pada pandangan Tee Keat) sekadar mayat hidup.

Menurut Soi Lek, MCA bersikat terbuka terhadap usaha pemimpin Melayu atau Cina yang duduk berbincang mencari jalan menstabilkan perpaduan rakyat dan ekonomi negara. Oleh itu dalam masa yang sama kita (MCA) pun boleh jumpa Pas, jumpa DAP.

Bercakap mengenai Kerajaan Perpaduan yang sedang dicanang antara Pas dan Umno, Soi Lek beranggapan perbincangan tersebut tidak seharusnya terhad kepada kepentingan Melayu semata-mata, ia wajar untuk kepentingan bukan Melayu juga sesuai dengan konsep 1Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata MCA tetap yakin dengan keupayaan PM, Najib yang mahu melihat konsep 1Malaysia dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan seluruh rakyat, pelbagai kaum.

Oleh itu, MCA percaya UMNO tidak mungkin membentuk satu kerajaan bersama Pas dan membiarkan parti kaum Cina menjadi pembangkang.

Anwar: Pakatan Sedia Bincang Dengan UMNO- BN Atas Isu Awam Saja, Bukan k/jaan Perpaduan

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat tidak menolak sebarang rundingan dengan UMNO- Barisan Nasional bersabit isu- isu berkepentingan awam tetapi bukan menjurus kepada cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata isu kerajaan perpaduan langsung tidak timbul kerana pentadbiran negara dibawah UMNO- Barisan Nasional masih dibelit dengan kerakusan kuasa, kezaliman dan ketidakadilan melibatkan institusi awam.

“Isu berbincang dengan Barisan Nasional dan Umno tidak jadi masalah. tapi kalau kita bicara pasal perpaduan, untuk apa ? Untuk teruskan kezaliman? gunakan ISA untuk tangkap orang atau untuk menyalahgunakan proses mahkamah?, Untuk merampas perak ? Itu tidak dibereskan,’ kata Anwar.

“Jadi kalau nak bincang...mengapa tidak ada pilihanraya di Perak ? Mengapa jenayah meningkat ? Mengapa Peguam Negara tidak telus ? Mengapa badan kehakiman belum bebas ? Mengapa media jadi alat propaganda murahan ? Ini yang akan dibahaskan. Ini akan membolehkan kita mengadakan perbincangan yang baik,” tambah Anwar.

“Kalau BN tegur kita sebab kritikan kita pedas, kita boleh dengar. Apa- apa penyesuaian yang boleh kita lakukan, kita akan lakukan. Untuk bicarakan tentang kerjaan perpaduan, itu bukan sesuatu yang munasabah sama sekali," kata Anwar.

Beliau yang juga ketua pembangkang berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama Wacana Pendidikan Rakyat anjuran sayap pemuda dan biro pendidikan PKR di Shah Alam.

Merujuk usaha UMNO meminda perlembagaannya, Anwar berkata yang jelas PKR telah pun mengorak langkah itu jauh lebih awal dan secara komprehensif supaya menjadi parti yang lebih demokratik dan bebas dari rasuah politik.

"Umno menimba sedikit idea kita. Tetapi proses demokrasi ini tunggaknya kepada falsafah perjuangan dan dasar dan diperkuatkan dengan kaedah yang demokratik,” jelas Anwar.

“Umno memilih satu daripada aspek iaitu corak yang demokratik. tapi kerakusan, kezaliman masih menjadi falsafah mereka. Jadi saya tidak fikir ia (Umno) akan melakukan melakukan banyak perubahan, ia cuma babak drama yang baik saja,” kata Anwar.

Pada 13 Jun lalu, PKR meluluskan beberapa pindaan perlembagaan parti untuk menghadkan tempoh maksima seseorang boleh menjadi presiden tidak lebih dari 3 penggal atau 9 tahun.

Sistem perwakilan untuk memilih pemimpin tertinggi dimansuhkan dan hak mengundi diberikan secara langsung kepada ahli biasa.

Pindaan juga diluluskan untuk memperuntukkan 30 peratus jawatan penting dalam parti untuk wanita.

Berlainan daripada pindaan yang diluluskan oleh PKR, UMNO akan terus mengekalkan sistem perwakilan bagi memilih pemimpin yang disifatkan faktor utama menyebabkan parti itu dibelenggui dengan budaya politik rasuah.

UMNO memilih untuk hanya meminda sistem kuota yang ditetapkan untuk membolehkan calon bertanding, isu-isu berhubung yuran, penambahan jumlah perwakilan, had kelayakan menjadi calon serta penglibatan ahli di peringkat akar umbi.

Pemerhati politik mempertikaikan sejauh mana pindaan itu akan berkesan untuk memastikan perwakilan UMNO tidak menjual undi mereka kepada calon yang menawarkan harga paling tinggi, sebagaimana yang lazim berlaku pada setiap pemilihan parti.

Mahathir tidak pasti pelantikan pengerusi baru Petronas..!!! Trick Mahathir nak kekalkan Hassan Marican...!!! Itulah Mahathir dulu kini selamanya...!!

IPOH 20 Jun — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui ada mendengar cerita bahawa jawatan Pengerusi Petronas yang kini disandang Tan Sri Hassan Merican akan diganti oleh individu lain namun menegaskan beliau tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita berkenaan....????

Apapun citer...taktik serta trick Mahathir orang dah tau dah....??? jangan nak pelawak la....!!!

Gerakan hukum Naib Presiden; digantung keahlian 3 tahun..!!! Apa tunggu lagi ajak semua ahli GERAKAN belah...join Pakatan Rakyat...!!!

HUAN CHENG GUAN... usaha bunuh kerjaya politik

Oleh G. MANIMARAN

Huan pemimpin lantang bersuara ubah pendirian kekal parti minggu lalu

PETALING JAYA: Naib Presiden Huan Cheng Guan, yang pernah menyatakan hasrat untuk keluar Gerakan tetapi mengubah pendiriannya untuk kekal dalam parti itu minggu lalu, telah digantung keahlian selama tiga tahun.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Huan mengesahkan beliau telah dijatuhkan hukuman itu malam tadi dan menerima faks dan emel makluman pagi ini.

"Saya rasa mereka (kepimpinan parti) ada agenda politik," kata Huan sambil mengakui perkembangan itu merupakan usaha yang sudah dijangkakan untuk "membunuh kerjaya politik" beliau.

"Saya tidak terperanjat... saya tidak terperanjat (dengan keputusan CWC)," kata beliau lagi.

"Saya rasakan begitu (kerjaya politik dibunuh)... saya bukan ahli biasa, saya merupakan Naib Presiden yang dipilih," jelas beliau.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan memutuskan tindakan itu malam tadi.

Mustapa kecewa kerajaan perpaduan ditentang sebelum dibincang

KUALA LUMPUR 20 Jun — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melahirkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin Pas yang menentang kerajaan perpaduan sebelum perkara itu dibincangkan.

Beliau berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan untuk dibincangkan dan dengan itu adalah tidak wajar bagi pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentangnya.

Pada peringkat ini belum ada pertemuan secara rasmi antara UMNO dan Pas berhubung cadangan itu, katanya dan menegaskan tiada salahnya kedua-dua parti mengadakan perbincangan demi kepentingan bersama.

“Kami amat kecewa (dengan tindakan) beberapa anggota (dan pemimpin) Pas. Apa salahnya duduk semeja dan membincangkan cadangan itu,” kata Mustapa. - Bernam

Yang mana satu idaman hati...!!! Adeh macam ni...!!!!

Ada yang buat kenyataan sokong TGNA..ada yg mengambil sikap mendiamkan diri..ada yang menjadi penasihat..rata2nya adalah untuk menjaga PAS supaya tak hanyut dibawa arus deras...ramai yang sayangkan PAS..tak kira dia pimpinan..ahli..penyokong maupun pemerhati politik saja...baik TGHH...TGNA..Ustaz Nasa..Tok Pa...depa semua pun sayangkan PAS..sebab PAS bukan hak individu...ianya kepunyaan ramai...maka bila ada saja bunyi2 yang tidak menyenangkan ramai yang akan bangkit...itu tindakan semulajadi kita sebagai manusia yang berperasaan..

isu TGNA berang dengan ustaz Nasa ..ummi suka alasan yang diberi oleh real_aduka...

Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..

itu cuma amaran bukan betul2 nak diambil tindakan kerana kita kena lihat juga selama Ustaz Nasa di dalam PAS dari ahli biasa sehinggalah dia memegang jawatan tertinggi PAS..isu UG inilah yang baru dia tesasar..tersasar kerana dia ingat semua ahli paham pasala UG ni seperti yang dia paham...dia tersasar kerana penerimaan seseorang itu berbeza2..bukannya semua mempunyai tahap pemikiran yang sama..

selama ini dia telah memberi perkhidmatan yang terbaik untuk PAS...takkan kebaikan yang banyak kita boleh lupakan oleh sebab yang satu ini..takkan takde peluang kali kedua untuk dia bertapak di dalam rumah PAS...tapi biasalah lumrah alam..manusia akan memperbesarkan keburukan seseorang itu dari kebaikkan yang telah dibuat bila kita tidak suka...

TGNA pula telah banyak menelan pahit di dalam politik jahat amno..dari muda sehingga la sekarang...mereka yang bukan ditempat TGNA mungkin tidak rasa semua itu..bak kata pepatah..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..maka yang muda kenalah menghormati perasaan TGNA juga..kenapa tak berjumpa dan diperjelaskan dengan mata bertentang mata..kalau kita menggunakan medium akhbar sebagai orang tengah macam2 yang akan timbul..seperti kita main telefon karat..kita sebut lain yang sampai dah lain cerita..cerita sejengkal..boleh menjadi sedepa..kena pulak akhbar yang pro sebelah pihak musuh..lagi sedap dia sesuka hati tambah ramuan nak kasi sedap cerita....

sebenarnya isu UG ni boleh diselesaikan dengan aman kalau caranya tertib..walaupun ianya hanya idea seseorang...tapi kalau didiskusi dengan berilmiah...insyaAllah terungkai semua perkara..tapi bila duk berbisik2 dengan orang tertentu saja..memang kena la ...korang kena cekop ke...korang kena hempuk ke..tahan aje la..kalau nak setel korang mintak maaf dan bertaubat janji tak buat lagi....terima la risikonya..kita ni bila banyak bercakap..banyak la buat silapnya..tu pasal jangan banyak cakap..nanti orang salah paham kita yang dipersalahkan..

idea kalau bagus dan semua paham..insyaAllah takkan ada percanggahan pendapat...akan ramai lagi yang akan bantu bagi orang yang tak paham tu biar sampai dia paham..ini kira sudah salah langkah la ni...

kalau tanya ummi sokong mana...ummi berdiri di belakang siapa..ummi akan jawab..TGNA ummi sayang...TGHH ummi sayang..semua pimpinan ummi sayang...kalau ummi boleh sokong semua sebab semuanya ada alasan depa masing2 yang semuanya untuk penambahbaikkan PAS..ummi tak reti nak pilih mana2..kalau korang boleh kerat hati ummi beberapa bahagian..kira hati ummi dah takde nilai la...pasal hati bila dah berbelah bagi..apa buat pun tak jadi..

wallahualam... cetusan ~♥ UmmiAnni ♥~

Melayu gelap kerana keliru perjuangan - Tun Dr. Mahathir..!!! Melayu UMNO lah yg hidup keliru..antara ISLAM atau KETUANAN MELAYU

Oleh ZAINI RABAN

IPOH 20 Jun - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang masa depan Melayu akan menjadi gelap sekiranya terus terkeliru dalam perjuangannya.

Beliau berkata, perkara itu berlaku kerana terdapat sebahagian pemimpin Melayu yang lebih mengutamakan kepentingan diri daripada bangsa, agama dan negara. - Utusan

Manek Urai: Umno berpecah dua..!!!! Bukan pecah dua....dah hancur lebur dah....!!!!!

Peluang Umno menang di Manek Urai bukan hanya ditentukan oleh calon yang sesuai tetapi juga sama ada dua kumpulan Umno dalam bahagian tersebut, boleh bersatu.

Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan - yang menyokong ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah.

Menurut sumber, kedua-dua mereka mempunyai pengaruh yang sama banyak dan jika satu kumpulan tidak menyokong, Umno sukar menang di Manek Urai.

Jika tidak ditangani segera, kata sumber itu, jentera kempen BN Manek Urai boleh berpecah kepada dua kumpulan.

Sebanyak 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama.

"Hubungan mereka berdua renggang sebaik sahaja Datuk Ramzi menjadi ketua bahagian, menggantikan Datuk Wan Zaid pada 2005," kata sumber kepada Malaysiakini.

Isu jawatan ketua bahagian

Sumber itu mendakwa Ramzi telah menyingkirkan semua orang Zaid - sama ada di peringkat bahagian mahupun di cawangan-cawangan.

Menurutnya lagi, dalam mesyuarat Umno bahagian pertengahan tahun lalu, 28 cawangan mahu mencalonkan Wan Zaid bertanding jawatan ketua bahagian Kuala Krai.

Bagaimanapun, kumpulan itu gagal kerana mesyuarat mereka dikatakan tidak sah dan sekaligus gagal mencalonkan Wan Zaid untuk mencabar Ramzi.

Berikutan itu, Ramzi mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian tanpa bertanding.

"Tetapi pengaruh Datuk Wan Zaid di sini masih banyak lagi kerana disokong oleh 28 cawangan.

"Sebab itu masih ada orang Umno yang berharap beliau dicalonkan untuk bertanding di DUN Manek Urai," katanya.

'Peruntukan tak cukup'

Menurutnya lagi, jika isu antara Ramzi dan Wan Zaid tidak ditangani, maka jentera pilihanraya BN Manek Urai tidak bersatu padu.

Tambahnya, sehingga hari ini ramai petugas Umno di Manek Urai belum membina bilik gerakan di peti undi dan cawangan masing-masing.

"Ramai merungut kerana peruntukan RM2,000 untuk satu peti undi terlalu kecil. Peruntukan sebanyak itu sesuai untuk memasang poster dan kain pemidang tetapi sukar untuk membina bilik gerakan kecil.

"Sebab itu, ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebenarnya mereka mahu peruntukan yang lebih besar sebelum menjalankan kerja-kerja kempen pilihnaraya," kata sumber itu.

DUN Manek Urai mempunyai sembilan peti undi.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penanamaan calon dan 14 Julai hari mengundi.

Kaum India pula bincang ke arah perpaduan...!!! India pulak dah...!!!! macam-macam ada...!!!! daey ! samy kaum India dah tak mau kamu lagi....????

KUALA LUMPUR 20 Jun — Masyarakat India juga kini menggerakkan usaha ke arah perpaduan, mungkin mengambil petunjuk daripada apa yang diuar-uarkan mengenai perbincangan perpaduan UMNO-Pas, yang dilaporkan kini masih di peringkat awal.

Mengusahakan gagasan itu adalah MIC bersama-sama dengan Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu yang menyeru kaum India di negara ini untuk bersatu padu bagi berbincang dan bertindak dengan satu suara.

“Hanya melalui satu tindakan bersatu padu kami boleh terus wujud dan mencapai kemajuan,” kata Samy Vellu dalam portal web MIC. - Bernama

PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali...!!! Pulak Dah...!!! Lagi Serabut Kepala Otak UMNO@BN...!!!!!

PETALING JAYA: PAS tidak berminat sama sekali untuk mengadakan perbincangan dengan Umno termasuk berkaitan dengan idea pembentukan kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

nizar menggangu tidur malam zambry!

Oleh usinwafer

Saya pasti Adun pangkor ini sudah mengetahui permohonan YB Nizar memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkanya sebagai menteri besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Agaknya kini dia sudah tidak bole tidur lena kembali..pelbagai igauan buruk yg bermain dimatanya seandainya permohonan YB Nizar ini diterima oleh Mahkamah Persekutuan..


Kemungkinan besar selepas hanya bertegur sapa di perkarangan Hospital di Perak baru-baru ini sudah menunjukan Adun Pangkor ini "tidak selesa" utk bertentang mata dengan YB Nizar..

Dan kini kedengaran pula permohonan yg "menikam kalbu" sudah meresahkan beliau...

Sudahlah tindakan YB Nizar di Parlimen sudah dirakam oleh lensa sejarah dan juga mendapat perhatian Dunia...oleh itu makin "panas" lah malam-malam buat Adun Pangkor ini..

YB Nizar tidak akan membuatkan Adun Pangkor "selesa"..."senang lenang".."tidur lena"..."bergelak ketawa" walaupun sesaat..selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan..

DATUK Seri Mohamad Nizar Jamaluddin memfailkan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, petang tadi.

Ingin saya seorang technician "pekak" ini berkongsi pendapat buat Adun Pangkor..elok dan molek benar Datuk memohon mengadap Sultan Perak dan seterusnya memohon pembubaran DUN Perak....jika Datuk ingin menjalani hidup seperti sediakala..sejahtera...aman sentosa..dan disayangi oelh segenap lapisan masyarakat baik di negeri Perak mahupun seluruh Malaysia...

Persetankan Najib yg sudah tidak relevan utk menjawat jawatan PM...dengan hanya "seciput" sahaja pemimpin Dunia yg mengiktiraf Najib sebagai PM Malaysia...apatah lagi seluruh dunia sudah mengikuti "video bersiri" yg memaparkan kisah seorang perempuan dibalik tirai pemerintahan Malaysia...

Janganlah Datuk terjerumus dalam percaturan "perempuan p*&/#@" tersebut yg semakin jelas "mengkambing-hitamkan" Datuk secara terang-terangan dan bukanya secara halus-halusan..- apadianie.blogspot.com
"

PAS UMNO : Isu Kerajaan Perpaduan Oleh Ust Ahmad Awang

Isu Kerajaan Perpaduan/Unity Government.

Oleh Ustadz Ahmad Awang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Konsep Kerajaan Perpaduan

Kerajaan perpaduan atau National Unity Government atau National Union Government adalah kerajaan gabungan yang luas meliputi semua parti-parti politik utama dalam parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan. Kerajaan Perpaduan biasanya dibentuk bagi mengatasi keadaan semasa dan selepas berlaku peperangan atau selepas keadaan darurat sesebuah negara.

Kerajaan perpaduan pernah dibentuk di beberapa buah negara barat pada masa yang lalu, sebagai contohnya di Amerika, Presiden Abraham Lincoln membentuk Unity Government selepas Perang Saudara pada tahun 1865. Di Canada pula Kerajaan Perpaduan atau Unity Government pernah dibentuk dalam masa Perang Dunia Pertama (1917) dan semasa Perang Dunia Kedua. Demikian juga Luxembourg pernah membentuk Kerajaan Perpaduan semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Di England pula pernah ditubuhkan Kerajaan Perpaduan pada tahun 1931dan juga pada tahun 1935.

Indonesia adalah contoh terdekat dan terbaru Kerajaan Perpaduan. Kerajaan tersebut terbentuk selepas berlaku reformasi apabila tumbangnya pemerintahan Suharto yang kemudiannya digantikan oleh Presiden Habibie dalam masa peralihan kepimpinan apabila terbentuknya Kerajaan Perpaduan pada tahun 2004 sehingga hari ini. Semua parti-parti yang memenangi pilihanraya tahun 2004 bergabung mendukung pemerintah. Ini bermakna tidak ada golongan atau parti pembangkang dalam kerajaan. Bagaimanapun Presiden adalah dipilih terus melalui pilihanraya yang mana parti-parti utama bertanding merebut jawatan Presiden dan Timbalannya.

Satu perkara yang perlu disebutkan sistem pilihanraya di Indonesia bagi memilih wakil-wakil rakyat di semua peringkat adalah mengikut kaedah proportional representative system yang berdasarkan pada peratusan undi yang didapati oleh kumpulan calon-calon dan peratusan kerusi yang mereka perolehi, bukannya berdasarkan kepada majoriti undi yang diperolehi oleh calon-calon yang bertanding di satu-satu kawasan parlimen atau negeri, seperti majority system yang diamalkan di negara kita.

Bila Idea Kerajaan Perpaduan Dibangkitkan?

Secara rasminya idea Kerajaan Perpaduan ini tidak pernah dibangkitkan dalam parti PAS apatah lagi untuk membincangkannya. Ianya tidak lebih dari lontaran idea Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) seperti yang beliau sendiri pernah membuat kenyataan mengenainya. Lontaran idea itu dibuat beliau semasa pimpinan Kerajaan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) yang menjanjikan untuk membasmi amalan rasuah. Beliau menyuarakan idea dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu dapat dilakukan reformasi terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Kehakiman yang selama ini dilihat semakin terhakis kepercayaan rakyat kepada kedua-dua suruhanjaya itu.

Di samping itu juga kebebasan media akan dapat dijamin bersikap adil kepada semua pihak. Saya difahamkan dalam sembang-sembang sambilan beliau pernah bercakap mengenai idea Kerajaan Perpaduan ini dengan Dato’ Seri Anwar dan Lim Kit Siang.

Bagaimanapun tidak ada perbincangan rasmi dengan pimpinan UMNO mengenai perkara ini dan tidak ada sebarang keputusan dibuat. Apa yang saya difahamkan lontaran idea ini pernah disampaikan kepada Pak Lah (sahaja) ketika hampir-hampir berlaku peralihan kuasa kepimpinan negara kepada Dato’ Seri Najib. Khabarnya Pak Lah berminat dengan idea tersebut (bukan cadangan), mungkin kerana takut orang-orang beliau akan tersingkir apabila Najib menjadi Perdana Menteri, bukannya kerana idea Unity Government itu.

Namun tidak ada apa-apa perkembangan lanjut sehingga peralihan kepimpinan negara berlaku dengan perletakan jawatan Pak Lah pada 29 Mac lalu. Ini bererti Unity Government itu kini hanya menjadi idea akademik sahaja. Ia sepatutnya tidak bangkit lagi sebagai perancangan parti atau perbincangan strategi politik PAS PADA MASA INI dan tidak sepatutnya pun menjadi isu yang menggawatkan baik di peringkat parti atau di peringkat Pakatan Rakyat.

Bagaimana Isu Kerajaan Perpaduan Ditimbulkan

Dalam kegawatan perbincangan mengenai isu ini, pimpinan parti rakan Pakatan Rakyat membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Malah dengan permainan dan pengolahan media arus perdana yang merupakan alat UMNO/BN, ulasan-ulasan kenyataan sedemikian boleh merenggangkan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat. Malah paling ditakuti ianya boleh membawa perpecahan.

Saya sendiri banyak menerima panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakan Pakatan Rakyat menyatakan kebimbangan mereka sekiranya benar-benar Kerajaan Perpaduan ini menjadi pemangkin ke arah kerjasama PAS dan UMNO untuk membentuk Kerajaan. Mengapa setengah pimpinan Pakatan Rakyat begitu mudah boleh terperangkap dengan permainan musuh?

Saya percaya ramai boleh memahami mengapa idea Kerajaan Perpaduan ini boleh menjadi isu yang sedemikian panas. Ia berpunca dari sidang media Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas. Dalam sidang media itu Presiden menyebut semula idea KP itu. Saya pun tidak pasti samada ianya timbul kerana soalan provokasi media kerana dalam ucapan dasar beliau lebih satu jam langsung tidak menyebut Kerajaan Perpaduan. Apa yang ditegaskan beliau ialah PAS akan terus memperkukuh Pakatan Rakyat dan bersedia menyumbang khidmat kepimpinan berlandaskan Islam Memimpin Perubahan yang menjadi tema Muktamar kali ini.

Saya sendiri terperanjat apabila mandapati semua media arus perdana hari ke dua Muktamar menyiarkan berita berkenaan Kerajaan Perpaduan. Hampir seluruh ucapan dasar Presiden tenggelam dengan isu KP ini. Pada awal pagi hari ke dua Muktamar itu, saya bertanya kepada Presiden mengenai perkara ini. Kebetulan ketika itu beliau sedang berjalan seiring dengan Timbalan Presiden yang sedang menuju kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat Muktamar. Saya mencadangkan beliau menjelaskan perkara ini kepada media supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Akan tetapi saya mendapati berita yang keluar esok harinya seolah-olah menegaskan lagi keterbukaan pimpinan beliau untuk meneruskan idea Kerajaan Perpaduan.

Barangkali yang terus menimbulkan pertanyaan-pertanyaan apabila dalam Ucapan Penggulungan Muktamar mengulangi penekanan kepimpinan atas keterbukaan PAS untuk bertemu dan berbincang dengan siapa-siapa sahaja. Ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am, Dr. Haron Din dan ucapan-ucapan penggulungan Presiden dan Timbalan Presiden dilihat seperti tidak begitu selari dengan pandangan majoriti besar perwakilan dan wakil Kelab Penyokong PAS yang dengan keras menolak sebarang pertemuan dan perbincangan dengan UMNO.

Mengapa Tok Guru Nik Aziz Sensitif

Apabila ucapan-ucapan kepimpinan PAS itu di spin oleh media, maka akhirnya yang timbul bukan idea konsep Kerajaan Perpaduan yang mencakupi semua parti-parti diwakili di parlimen pada masa ini. Ianya diputar-belitkan seolah-olah Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO atau Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO/BN. Di sinilah timbulnya berbagai-bagai pandangan negatif atau tuduhan-tuduhan berat terhadap pimpinan tertinggi PAS pada masa ini.

Saya percaya Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz (TGNA) tersentuh perasaan beliau apabila teringat apa yang berlaku dalam pertemuan sulit antara Pimpinan Tertinggi PAS dengan Pak Lah yang didedahkan sendiri oleh Presiden UMNO itu beberapa bulan sebelum Muktamar ke-54 di Perak tahun lalu. Pertemuan itu kemudian diistilahkan sebagai muqabalah bukan muzakarah. Saya boleh mengerti TGNA begitu sensitif kerana jika dahulu boleh berlaku muqabalah secara sulit, apakah nanti tidak akan ada muqabalah seperti itu di antara pimpinan parti yang diberi mandat oleh perwakilan dalam Muktamar kali ini.

Apatah lagi apabila TGNA melihat “orang” tertentu yang terlibat dengan rundingan sulit dengan Pak Lah, dilantik memegang jawatan penting dalam pentadbiran PAS sekarang. Saya sendiri pun tertanya-tanya samada Dato’ Seri Presiden berasa dalam keadaan serba salah bersabit perlantikan jawatan berkenaan terutama saya memahami watak TGHHA sebagai seorang yang sangat menghormati orang lain sehingga boleh menyebabkan beliau berada dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang tegas.

Mungkin saya salah seorang anggota pimpinan PAS (mantan) yang cukup memahami sensitifnya TGNA bila mengenangkan pertemuan sulit pimpinan PAS dengan Pak Lah pada 10 Mac 2008 di sebuah rumah di Kuala Lumpur yang bertujuan membincangkan penubuhan Kerajaan PAS/UMNO/BN. Namun ianya gagal atas sebab-sebab tertentu.

Bayangkanlah apabila kerajaan PAS di Kelantan diserang begitu hebat terutama dalam kempen PRU ke-12 itu oleh pimpinan BN yang diketuai oleh Pak Lah sendiri, timbalannya Najib dan menantunya Khairy, tiba-tiba 2 hari selepas itu PAS diajak bersama untuk membentuk kerajaan walaupun bukan di Kelantan. Takkanlah pimpinan PAS tidak terfikir macam mana UMNO boleh serta merta hendak berbaik dengan PAS setelah mereka berusaha hendak menghancur lumatkan PAS sebagai musuh utama politik mereka.

Tidak perlulah berfikir panjang, semua orang boleh tahu Pak Lah berbuat demikian kerana menyaksikan UMNO/BN menerima pukulan hebat dengan kehilangan majoriti 2/3 dan kehilangan kira-kira 50% kerusi parlimennya di Semenanjung. Itulah tabiat UMNO apabila hampir kehilangan kuasa, dibuatlah alasan PAS mesti bersama dengan UMNO demi kepentingan bangsa dan agama.

Pengalaman Saya Di Perak

Di Perak, UMNO mengajak PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN. Alasannya ialah alasan yang sama dijadikan hujah apatah lagi UMNO/BN yang memenangi 28 kerusi hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu. Ini bermakna jika PAS menyertai UMNO/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam. Dengan ini berlakulah satu sejarah dalam masa 50 tahun merdeka tertubuh Kerajaan Melayu Islam di negeri Perak. Kononnya kukuhlah kedaulatan Melayu Islam di Perak.

Namun kepada saya dan rakan pimpinan PAS Perak, alasan tersebut dapat kami ketepikan dengan hanya satu hujahan iaitu UMNO/BN selama ini tidak pernah mengangkat Islam bahkan sebaliknya menghakis Islam di Negara ini. Kami ambil kenyataan Mufti Perak sendiri, Dato’ Seri Haji Harussani yang menyatakan bahawa orang Melayu ratusan ribu menjadi murtad dan kerajaan UMNO/BN tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya.

UMNO Perak yang didukung oleh pimpinan UMNO Pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 EXCO kepada 5 orang lagi ADUN PAS. Jawatan speaker juga ditawarkan kepada pimpinan PAS. Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato’ Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato’ Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja.

Namun begitu ia tidak boleh padam dari ingatan dan tetap tersimpan dalam hati kecil saya. Saya percaya perasaan seperti inilah yang tersimpan mendalam dalam hati TGNA dan boleh timbul pada bila-bila masa apabila wujud situasi seperti isu Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi UMNO itulah yang telah melakukan rampasan kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib dengan mendapat restu dari Pak Lah sendiri.

Kini kelihatan perbezaan pendapat di antara TGNA dengan pimpinan tertinggi PAS. Akibat perkara-perkara yang berlaku selepas isu Kerajaan Perpaduan ini menjadi topik politik nasional. Kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa PAS tidak akan berpakat membentuk kerajaan dengan UMNO/BN seperti tidak diendahkan oleh sebahagian penyokong dan pendukung parti.

Keadaan seperti ini boleh meletakkan parti di peringkat amaran bahaya maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.

PAS UMNO : Talkinkan Isu Kerajaan Perpaduan Segera

Kerajaan Perpaduan - itulah virus yang menyerang PAS kini sehingga PAS menjadi porak-peranda lantarannya.

Saya tertanya-tanya mengapakah isu ini dibangkitkan semula selepas Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sendiri menyatakan ia hanya sah sewaktu Datuk Seri (skrg Tun) Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan ia telah ditarik balik sejurus sebelum Muktamar PAS kali ke 55 bermula, ertinya idea itu sepatutnya sudah expired sebaik sahaja peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mohd Najib menjadi kenyataan.

Yang menjadikan saya tertanya-tanya ialah kenapa di dalam sidang media Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas. Dalam sidang media itu Presiden menyebut semula idea KP itu selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun sedangkan Presiden sendiri sebelum ini telah menarik balik gagasan itu?

Diperburukkan pula apabila Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa setelah diumumkan kemenangannya selepas pemilihan menikuti jejak Presiden membuat kenyataan media yang sama menyentuh hal Kerajan Perpaduan.

Kini banyak suara menginginkan puka satu Muktamar Khas diadakan. Pada hemat saya IA TIDAK PERLU SAMASEKALI. Kita membuang masa, tenaga dan sumber bagi membincangkan sesuatu yang EXPIRED, TIDAK PERLU DAN HANYA INGIN MEMENUHI TUNTUTAN DAN UNTUK MEMUASHATIKAN MINORITI AHLI YANG BERIYA-IYA MEMPERTAHANKAN GAGASAN KERAJAAN PERPADUAN INI sekalipun tidak seorang pun tampil dengan kertas cadangan yang komprehensif mengenainya.

Kita tidak boleh sekadar menyarankan "tutup mulut" sepertimana arahan yang dikeluarkan sebelum ini TETAPI AJK Tertinggi PAS boleh membuat keputusan isu itu ditutup untuk dibincangkan - sesuai dengan kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat sendiri di dalam Parlimen yang menyatakan isu itu tidak pernah dibincangkan di dalam Majlis Syura PAS.

Tidak ada isu yang cukup mendesak di Malaysia yang boleh memaksa semua parti politik bersatu di bawah sepanduk kerajaan perpaduan. Tidak ada alasan mendesak bagi PAS untuk menghulurkan pelampung keselamatan kepada Umno yang sedang lemas dengan mengkesampingkan rakan-rakan yang yang telah sama-sama menjana kemenangan dalam PR pada PRU12 yang lalu dan penyokong-penyokong bukan Islam yang menyokong PAS, kata bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosley Yaakob di dalam satu tulisannya.

Adalah terlebih baik jika hendak mengadakan Muktamar Khas, adakan untuk menyelesaikan perkara Kelab Penyokong PAS yang telah lama tertangguh. Tidak ada kesungguhan lansung bagi pihak PAS untuk menangani dan menyelesaikannya sekalipun telah diberi amaran oleh Kelab Penyokong PAS yang telah lama berkecil hati dengan cara PAS melayani mereka.

Izinkan saya bawa semula para pembaca menenai kisah yang tercatat di dalam Al-Quran mengenai dua perkara ini : Kerajaan Perpaduan dan Kelab Penyokong PAS.

TUAN GURU NIK AZIZ TIDAK BOLEH DIJADIKAN PEMIMPIN?



Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS Yatim bekas tokoh Parti Melayu Semangat 46 yang telah `membakar jambatan' dengan Umno kemudiannya `melutut' kembali kepada Umno bersuara berkenaan isu Kerajaan Perpaduan. Di dalam berita TV hari ini, Rais MP Jelebu yang merupakan satu-satunya daerah yang paling sukar untuk mendapatkan bas, bercakap tentang isu tersebut dengan menyatakan bahawa sesiapa yang bercakap menentang kepada perpaduan tidak lagi boleh dipercayai dan dipilih sebagai pemimpin. Begitulah hebatnya Rais Yatim bermadah pujangga tentang perpaduan. Jika prinsip beliau itu dipegang teguh oleh anaknya sendiri, saya percaya krisis rumahtangga anaknya baru-baru ini tidaklah sampai ke mahkamah.

Mungkin pada Rais Yatim, seseorang yang layak dijadikan pemimpin adalah mereka yang tiada prinsip, keluar parti tubuhkan parti baru, bakar jambatan dan kemudiannya melutut balik ke parti asal dan dapat jawatan. Atau, seseorang itu layak dipanggil pemimpin apabila kalah entah beberapa kali merebut jawatan dalam parti seperti Naib Presiden, tetapi tetap menerima jawatan menteri. Ahli Umno di Jelebu tidak lupa kisah sewaktu mula-mula Rais Yatim melutut kembali kepada Umno setelah puas mengkritik Umno diberikan secara percuma jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu oleh Yunus Rahmat pemegang jawatan ketika itu. Ini dilakukan kerana untuk membolehkan Rais meneruskan kerjaya politiknya, yakni atas ikhsan Yunus Rahmat. Akhirnya, dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu yang lalu ramai menjangkakan tibalah peluang Rais pula untuk memberi laluan kepada Yunus Rahmat, tetapi siapa tidak kenal Rais? Inilah pemimpin namanya.

Rais hanya menumpukan kepada aspek perpaduan semata-mata untuk menilai seseorang pemimpin. Sekiranya perpaduan semata-mata boleh menjadikan seseorang itu layak digelar sebagai pemimpin, maka ramai yang layak termasuk perompak, penyamun dan perogol kerana mereka juga `bersatupadu' sesama mereka. Di mana letaknya prinsip, ketelusan, bersih, jujur, bermoral dan bersikap adil? Dan, yang paling penting pemimpin itu mesti dilihat berakhlak dan berpegang kuat kepada agama termasuk ahli keluarga pemimpin itu sendiri. Mengapa tidak dikaji oleh Rais sebagai seorang politikus yang dikatakan mempunyai Phd ini tentang mengapa dan apakah maksud Tuan Guru Nik Aziz bersungguh-sungguh menentang Kerajaan Perpaduan ini? Jika benar dakwaan Rais bahawa Tuan Guru Nik Aziz anti-perpaduan, mustahil kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbirannya mampu bertahan sekian lama? Mengapa majoriti Melayu, Cina, India dan temasuk orang-orang Siam dan Asli di Kelantan amat menyenangi MB Kelantan itu?

Rais Yatim ini sebenarnya sudah terlalu `usang' untuk disimpan oleh Umno. Cara dan kaedah berpolitik beliau sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Sampai bila beliau mengharapkan belas ikhsan orang lain untuk terus berada di lapangan politik? Saya masih ingat sewaktu hampir Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Rais benar-benar berharap dia dapat dicalonkan sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Jelebu. Ini menunjukkan seolah-olah di Jelebu jika tiada Rais, orang Jelebu tidak boleh hidup. Kini, ada Rais pun orang Jelebu hendak menaiki bas pun susah. Itulah pemimpin yang dikatakan lebih baik dari Tuan Guru Nik Aziz. / wfauzdin.blogspot.com

Kerajaan perpaduan: PAS tetap mahu penyertaan DAP, PKR

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: PAS menegaskan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan hanya akan diteruskan jika ia melibatkan semua parti-parti politik.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, isu kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno tidak timbul kerana perbincangan mengenainya.

"Apa lagi cakap tentang perpaduan PAS-Umno, itu semua sudah tidak timbul, kita sudah tetapkan jika nak berbincang bukan dua parti ini sahaja.

"Umno perlu faham mengenai perkara ini, PAS dah tetapkan pendirian untuk libatkan rakan dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin PAS melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno meminta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara PAS dan Umno pada era 1970an sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi PAS kemudian keluar kerana masalah dalaman.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS tidak akan memberi respons mengenai idea kerajaan perpaduan ini sehingga ia dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat minggu hadapan.

"Saya tak nak layan orang hilang akal," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, hanya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang layak untuk memberi respons mengenai kenyataan itu.

"Saya tak layak untuk ulas kenyataan itu, tunggulah Presiden PAS yang jawab kenyataan itu," katanya.

INILAH HASRAT MEREKA

Mereka memasang perangkap, lalu pelandok memasuki jerat, satu persatu langkah mereka aturkan dan mula gerakkan. Apakah Jemaah dan kepimpinan PAS masih tidak nampak kamana arah tuju UMNO. Bangun lah dari lamunan dan tidur. Lamunan dan tidur inilah petaka yang bakal mengorbankan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Perhatikan satu persatu petikan di bawah ini yang diatur begitu rupa bagi meleburkan PAS tetapi yakinlah bagi yang teruskan perjuangan manakan termakan umpan kilat (tipu) ini. Kalau lautan bergelora telah lama diharungi oleh PAS dengan bantera nya, apakah bahtera ini akan tenggelam kerana sekumpulan pemimpin ini yang menebuk dari dalam, cepat tampalkan lubang lubang yang telah mereka tebuk dan hantarkan mereka dengan sampan penyelamat keluar dari bahtera kerana sampan mereka pasti akan di kutip bahtera UMNO.

Jangan di buang mereka ke laut kerana banyak jerung dan kita tidak sekejam mereka. Lihat petikan Utusan dan Bernama


Hisham doa PAS tidak berpecah
Muda Mohd Noor | Jun 19, 09 8:02pm
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu.

“Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, jika ada syarat dan perbincangan itu tidak dapat diadakan, maka ia tidak bermakna Umno dan BN tidak boleh meneruskannya mengikut caranya.

“Perbincangan mengenai perpaduan, menurut pendapat saya adalah baik dan diharap ia menjadi kenyataan.

“Jika perbincangan ini menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Saya tidak mahu Umno berpecah. (Dan) mengapa (pula) saya mahu melihat PAS bergaduh sesama sendiri.

Hishammuddin menambah “cukup-cukuplah berpolitik kerana saya rasa orang sudah muak dengan politik setiap hari".

Pemuda bimbang gelagat 10 MP PAS
Abdul Rahim Sabri | Jun 19, 09 5:07pm
Pemuda PAS bimbang kenyataan sepuluh ahli parlimennya semalam yang menolak kerajaan perpaduan tidak akan meredakan pergeseran terbuka dalam parti itu yang dilihat semakin retak.

"Tidak perlu ramai membuat kenyataan. Kita harus bergantung kepada keputusan akhir (mesyuarat khas) untuk menyelesaikan masalah.

"Saya menyatakan kebimbangan bahawa saya tidak nampak (kenyataan mereka) meredakan suasana," kata ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Umno Wants Unity Government Talks Speeded Up
KUALA KRAI, June 19 (Bernama) -- Umno wants talks on a unity government to be speeded up and asks PAS leaders to forget past conflicts in the interest of the unity of Muslims in the country.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said today he wanted the talks to materialise because he feared that if the matter was allowed to prolong it would create disunity among the Muslims.

"We will not impose any conditions and we accept whatever terms set by PAS. As far as I'm concerned, we have to be open," Muhyiddin, who is also Education Minister, told reporters after a special meeting with educationists at Sekolah Kebangsaan Sungai Sok here.

The Umno deputy president urged PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat to forget about the conflicts between PAS and Umno in the 70s when both parties cooperated to form the Kelantan state governemnt but PAS later pulled out because of internal problems.

"As Muslims we are encouraged to forgive. That was in the past," he said.

Tak wajar Nasharudin letak jawatan - Harun Taib
Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD - pengarang@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 18 Jun - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, beliau tidak nampak Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa melakukan sebarang kesalahan besar dalam isu penubuhan kerajaan perpaduan sehingga beliau perlu meletakkan jawatan.

Beliau juga sependapat dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyatakan adalah terlalu awal untuk meminta Nasharuddin berbuat demikian.

"Saya tidak nampak apa-apa kesalahan besar yang dilakukan sehingga kini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta Nasharudin melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti dan Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Berikutan kenyataan tersebut, Azizan dalam reaksinya berkata, masih terlalu awal untuk meminta Nasharudin melepaskan jawatan yang disandangnya sekarang.

Azizan berkata, ia juga bertujuan memberi keadilan kepada Nasharudin dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencetuskan idea tersebut kerana kerajaan perpaduan belum lagi dilaksanakan.

Sesuatu yang baik wajib dilakukan - Najib
SERIAN 18 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO percaya sesuatu perkara yang baik seperti cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bukan sahaja harus malah boleh disifatkan sesuatu yang wajib untuk dilakukan.

Perdana Menteri berkata, UMNO bersikap terbuka tentang cadangan tersebut walaupun masih belum ada sebarang perbincangan mengenainya dibuat, baik daripada UMNO dan parti pembangkang.

Sehubungan itu beliau melahirkan rasa hairan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya meletak jawatan jika meneruskan hasrat menubuhkan kerajaan perpaduan.

''Saya tak tau apa di sebalik kenyataan yang dibuat oleh Nik (Abdul) Aziz sebab pada kita, sesuatu yang mendatangkan kebaikan, adalah satu yang harus diusahakan... malah lebih pada harus, kita wajib untuk membuat perkara-perkara yang baik.

''Pendirian kita sesuatu perkara yang boleh mendatangkan rahmat daripada Allah wajib dilakukan," kata beliau pada sidang akhbar di Majlis Pemimpin Bersama rakyat di Kampung Pichin di sini hari ini.

Ketepikan soal peribadi demi Melayu
KUALA LUMPUR 18 Jun - Ketepikan soal peribadi. Itu permintaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim terhadap pemimpin Pas. Hanya dengan berbuat demikian, menurutnya, ikatan perpaduan antara parti tersebut dengan UMNO dapat dimeterai bagi mengelak orang Melayu daripada terus berpecah.

Beliau berharap semua pihak terutamanya pemimpin Pas dapat menggunakan ketajaman minda dalam menyelesaikan isu perpaduan Melayu.
"Perpaduan selaras dengan perjuangan Islam. Perjuangan Pas dan UMNO juga menuntut kepada perpaduan.

"Bersatu padu melalui ummah adalah sesuatu yang dikehendaki dalam Islam dan semua pihak perlu membuka mata serta ikhlas kerana perpecahan tidak menguntungkan sesiapa terutama orang Melayu,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rais diminta mengulas amaran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang bimbang melihat perpecahan teruk dalam kalangan Melayu sehingga menyebabkan kaum majoriti itu kelihatan lemah.

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya perpaduan antara UMNO-Pas sahaja yang boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di negara ini.

Jangan letak terlalu banyak syarat

KUALA LUMPUR 18 Jun - Pas perlu memperlihatkan minat yang mendalam dan tidak meletakkan syarat-syarat yang terlalu banyak jika mahu menjadikan kerajaan perpaduan sebagai realiti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan tetap meneruskan kerja membantu rakyat di negara ini sama ada kerajaan perpaduan itu wujud atau tidak.

Justeru, katanya, Pas harus memperlihatkan bahawa ia memang berminat untuk mewujudkan satu bentuk kerajaan perpaduan bersama UMNO.
"Saya lihat setiap hari ada syarat baru, kalau jadi, Alhamdulillah, tetapi kalau tidak, kita terus jalankan tugas kita.

''Rakyat mahukan kerja kita diteruskan dan saya tengok Perdana Menteri masih bersungguh mahukan agenda besar negara dijayakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali yang mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan semua parti dalam pakatan pembangkang sebelum memutuskan sebarang kerjasama mengenai kerajaan perpaduan.

PKR tidak menentang perbincangan Pas-UMNO
19/06/2009 5:25pm - ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 19 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan pendirian tidak menentang cadangan Pas untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Presidennya, Datin Seri Wan Azizah berkata, pendirian itu dibuat kerana percaya perbincangan itu tidak melibatkan pembentukan kerajaan perpaduan.

"Sebenarnya itu adalah rundingan sahaja, bukan melibatkan kerajaan perpaduan.

"Kita tidak menentang mana-mana parti untuk bercakap (berunding) dengan sesiapa," katanya selepas menghadiri ulang tahun kelahiran Aung San Suu Kyi, di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. - Utusan

UMNO mahu perbincangan kerajaan perpaduan disegerakan
19/06/2009 1:09pm

KUALA KRAI 19 Jun — UMNO mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka,” katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini hari ini. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran. - Bernama
Undi BN boleh masuk syurga juga - Muhyiddin
19/06/2009 2:30pm

KUALA KRAI 19 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

“Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat),” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini. - Bernama

Bagi kepimpinan dan Jemaah yang menolak dengan berbagai tohmahan kepada Tuan Guru Nik Aziz, hayatilah semua petikan diatas. Moga moga dapat dibuat penganalisaan mendalam apa yang tersurat dan tersirat.

Malam ini pasti Pak Ngah akan dapat tidur nyenyak selepas semua yang terlindung akhirnya terdedah secara jelas untuk tatapan semua Jemaah PAS.


- Pak Ngah

BAHAN MAKLUMAT - Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai) ‘1 MALAYSIA’

(Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara)

1. PENGENALAN


Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

2. DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

2.1 Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.


3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.

3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.


4. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.


5. HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU

Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.


6. MATLAMAT

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.


‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.

7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

7.2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.

7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya

7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan

7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

7.3 RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.


7.4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.


7.5 KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.

7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.

7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

7.6 MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..

7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.



7.7 PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.


7.8 INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan

7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.


8. KESIMPULAN


Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Sumber:

1. www.1Malaysia.com.my
2. Akhbar-akhbar tempatan
3. Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.