Jumaat, 19 Jun 2009

Jangan Lupa - One Black Malaysia

Besok hari Sabtu - Jangan lupa pakai baju hitam.

PKFZ : Penjelasan Tee Keat Tak Masuk Akal

DAP hari ini menolak penjelasan Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat mengenai peruntukan tambahan RM1.2 bilion ringgit yang diluluskan kerajaan untuk kontraktor.

Penasihat DAP Lim Kit siang berkata Ong sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas pemberian peruntukan tambahan itu kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd pada 10 Mei 2008.

"Ong menjawab di dalam blog peribadinya bahawa jumlah tersebut sudah diluluskan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) sebelum beliau menjadi menteri pengangkutan dan diminta oleh LPK untuk memaklumkannya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi", kata Lim.

Penjelasan Ong tidak boleh diterima kerana sepatutnya permohonan itu perlu dibentangkan terlebih dulu kepada Kabinet seperti yang tercatit dalam syarat projek PKFZ.

Justeru Lim meminta agar Ong dapat memberi penjelasan telus berkaitan isu tersebut pada sidang Parlimen minggu depan demi kebaikan rakyat.

Kegagalan Ong sendiri tampil memberi penjelasan mengenai isu PKFZ telah mengaibkan kerajaan BN secara keseluruhan.

"Status PKFZ perlu dijawab dengan segera kerana pembaziran wang yang banyak mencetuskan kegusaran di kalangan rakyat terhadap masalah salah guna kuasa, salah tadbir dan penyelewengan", ujar Lim.

Kos pembinaan PKFZ melonjak naik daripada kos asal sebanyak RM 1.1 billion kepada RM7 bilion juta dan mungkin mencecah sehingga RM 12.5 billion.

Ong telah berjanji untuk memberi penjelasan di Parlimen minggu lalu tetapi tibba-tiba berlepas untuk lawatan mengejut ke Paris.

Krisis Perak: Biar panel 11 hakim tentukan, mohon jawatan MB Perak digantung kata Nizar...!!!!

Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat mahukan panel penuh 11 hakim Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan beliau untuk membatalkan pengisytiharaan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Menurut Nizar, panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi kepada mahkamah untuk menyampaikan keputusan yang adil dan saksama bagi merungkai krisi Perlembagaan Perak.

Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan hari ini bagi membatalkan keputusan mengejut Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar.

Tiga hakim berkenaan membuat keputusa itu dalam tempoh lima minit pada bulan lalu dan sekali gus mengejutkan ramai pengamal undang-undang, bekas hakim dan rakyat keseluruhan.

Mereka telah berjanji untuk mengemukakan hujah bertulis bagi menyokong keputusan bingkas itu namun gagal berbuat demikian sehingga menyulitkan rayuan Nizar untuk membatalkan keputusan berkenaan.

Nizar tiba di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan sekitar jam 3.00 petang nanti bersama peguam Leong Cheok Keng.

Rayuan berkenaan akan didengar pada 9 dan 10 Julai depan.

“Saya menggesa Ketua Hakim Negara untuk menampilkan 11 hakim bagi mendengar permohonan ini untuk tidak menghampakan rakyat Malaysia yang meletakkan harapan pada Mahkamah Persekutuan untuk menyampaikan penghakiman yang adil dan saksama,” kata Nizar.

“Rakyat Malaysia mengharapkan kebijaksaan Mahkamah Persekutuan untuk merungkai kemelut antara Zambry dan saya. Kes ini lebih dari pertempuran politik. Keputusan Mahkamah Persekutuan akan memandu halatuju negara dalam tahun-tahun mendatang, kata Nizar.

“Perbicaraan ini membabitkan bukan sekadar negeri Perak, tetapi seluruh negara yang di bicarakan,” tambah Nizar.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah, kerana beliau tidak meletak jawatan atau disabit dengan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Namun Mahkamah Rayuan mengambil sikap Zambry adalah Menteri Besar sah semata-mata kerana perlantikannya diperkenan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Nizar kesal dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu tetapi lebih mendukacitakan ialah kegagalan hakim untuk memberi alasan bertulis atas tindakan mereka.walaupun sebulan telah berlalu.

”Amat dikesali kami terpaksa membuat permohonan ini tanpa penghakiman bertulis dari Mahkamah Rayuan. Ini jelas sekali mencemar sistem kehakiman dimana hujah tuntas adalah asas kepada penghakiman,” kata Nizar.

Nizar berkata beliau juga belum diberi hujah bertulis oleh seorang lagi Hakim Mahkamah Rayuan yang paling awal meluluskan permohonan Zambry untuk membeku keputusan Mahkamah Tinggi yang berpihak kepada Nizar. .

“Saya masih menunggu hujah tuntas dari Hakim Ramly Ali, hakim yang mendengar rayuan Zambry secara bersendirian dan membekukan keputusan Mahkamah Tinggi. Sehingga ke hari ini beliau juga masih belum mengemukakan penghakiman beliau,” kata Nizar.

BERITA BERKAITAN

Nizar mohon jawatan MB Perak digantung

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Jumaat memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Mohammad Nizar dalam permohonan untuk kebenaran merayu yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, memohon perintah mahkamah supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei itu digantung sekiranya, kebenaran untuk merayu dibenarkan.

Notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan itu difailkan kira-kira pukul 3.30 petang tadi melalui Tetuan Leong & Tan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 dan 10 Julai ini untuk mendengar permohonan itu.

Dalam permohonannya juga, Mohammad Nizar turut menyertakan satu lagi permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.

(Mahkamah Persekutuan ketika ini mempunyai 12 orang hakim)

Beliau memohon diberi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Dr Zambry ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas yang mengisytiharkan beliau (Mohammad Nizar) sebagai menteri besar yang sah.

Mohammad Nizar, 52, yang berpakaian baju Melayu kelabu, hadir di mahkamah hari ini.

Dalam permohonan yang disertakan dengan afidavitnya, Mohammad Nizar turut merangka beberapa persoalan undang-undang penting berhubung interpretasi benar berkenaan Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu antaranya:

i. Dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

ii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

iii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar;

iv. Dalam keadaan di mana tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar; sama ada jawatan Menteri Besar boleh dan/atau telah dikosongkan;

v. Sama ada Fasal 16(6) UTKP memperuntukkan bahawa penentuan isu kepercayaan terhadap Menteri Besar perlu dibuat dalam persidangan Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak atau sebaliknya;

vi. Sama ada UTKP memperuntukkan sebarang kuasa untuk seseorang Menteri Besar dipecat atau jawatannya dianggap kosong atau dikosongkan.

Mohammad Nizar dalam afidavitnya menyatakan bahawa Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah sama dengan Fasal 16(6) UTKP dan sebarang keputusan berkenaan Fasal itu akan memberikan impak atau kesan berkenaan Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan berhubung jawatan Perdana Menteri.

"Ini bermakna sekiranya Yang di-Pertuan Agong hendak memecat Perdana Menteri, Baginda boleh berbuat demikian. Baginda boleh menelefon Perdana Menteri dan memberitahu bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat," kata Mohammad Nizar dalam sidang media selepas menfailkan permohonan itu.

Ketika ditanya mengapa beliau memohon supaya kesnya didengar di hadapan 11 hakim, beliau berkata: "Apabila ada ramai hakim, kita harap supaya dapat memberikan keputusan yang adil kerana rakyat negara ini sangat menagih keadilan."

Mohammad Nizar juga berkata beliau gembira kerana akhirnya permohonan itu berjaya difailkan walaupun keputusan hujahan bertulis oleh Mahkamah Rayuan masih belum diperolehi.

Pada 22 Mei lepas, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Md Raus, dalam penghakiman lisannya memutuskan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membuat keputusan yang betul ketika melantik Zambry sebagai menteri besar yang baru, berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah,

Hakim Md Raus yang bersidang bersama Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, mendapati bahawa Sultan Perak bertindak betul dengan bertanya sendiri untuk memuaskan hati baginda bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti.

Pertikaian jawatan Menteri Besar Perak bermula apabila tiga daripada wakil rakyat pakatan DAP-PKR-PAS keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional pada Februari lepas.

Mohammad Nizar, 52, kemudiannya memfailkan semakan penghakiman untuk memohon satu writ bersifat "quo warranto" atau "melalui kuasa apa" dikeluarkan terhadap Zambry bagi menyatakan tunjuk sebab atas asas apakah beliau menjadi menteri besar yang sah.BERNAMA

Isu Perak:PKR Mahu Adakan Perbincangan Terbuka Dengan Najib

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan supaya satu perbincangan terbuka diadakan dengan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tiada syarat perlu ditetapkan dalam perbincangan itu.

Menurut beliau, ia bertujuan menyelesaikan kemelut politik perak yang telah berpanjang hampir setengah tahun lalu.

Dr Wan Azizah berkata demikian kepada media pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran Daw Aung San Suu Kyi ke-64 di lobi SUK, Shah Alam, petang tadi.

Menurutnya, perbincangan itu perlu diadakan bersama Barisan Nasional kerana mereka harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang berlarutan ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan isu kerajaan perpaduan tidak akan meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat yang terbina dengan iltizam untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Hisham doa PAS tidak berpecah

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu.

“Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, jika ada syarat dan perbincangan itu tidak dapat diadakan, maka ia tidak bermakna Umno dan BN tidak boleh meneruskannya mengikut caranya.

Perbincangan mengenai perpaduan, menurut pendapat saya adalah baik dan diharap ia menjadi kenyataan.

“Jika perbincangan ini menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Saya tidak mahu Umno berpecah. (Dan) mengapa (pula) saya mahu melihat PAS bergaduh sesama sendiri.

Hishammuddin menambah “cukup-cukuplah berpolitik kerana saya rasa orang sudah muak dengan politik setiap hari".

Katanya, apa sahaja isu mengenai kerajaan perpaduan, BN akan memastikan visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi kenyataan.

Isu penyeludupan manusia

"Dalam Umno, kita telah melakukan perubahan iaitu pindaan perlembagaan, jadi kita tidak membuat kenyataan yang retorik, (tetapi) kami sudah bertindak.

"Dalam masa yang sama, kita telah bekerja ke arah misi dan visi perdana menteri supaya menjadi visi yang lengkap,” katanya.

Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri turut mengulas laporan tahunan mengenai penyeludupan manusia oleh Amerika Syarikat.

"Saya mahu tahu dari aspek mana penyeludupan yang mereka katakan itu.

"Hari ini, saya menerima notis dari kedutaan Amerika bahawa mereka akan menulis surat secara rasmi dan saya akan bekerjasama dengan mereka dan NGO untuk menyelesaikan perkara tersebut,” katanya.

Hishammudin berkata, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menghadapi tuduhan antarabangsa berhubung perkara itu.

"Dalam dunia tanpa sempadan sekarang, sempadan kita mudah bolos, jadi sebab itu mengapa (kita) perlu bekerjasama dengan negara-negara jiran untuk menangani krisis tersebut,” katanya.

Kerajaan perpaduan: Umno perlu halusi pandangan akar umbi, kata Mahathir

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSEIN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno perlu mendapatkan pandangan akar umbi dan komponen Barisan Nasional (BN) sebelum mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan. "Dalam Umno pun kita tidak tahu pandangan ahli-ahli parti, kita tak tahu pendirian mereka... sebab itu kita perlu jelaskan apakah asas kita (bincang kerajaan perpaduan)?

“Adakah kita akan tinggalkan rakan-rakan kita dalam BN dan Pakatan untuk tubuh sebuah kerajaan yang seratus peratus bumiputera?

"Kalau kita buat demikian akan ada konfrontasi antara kaum dan ini tidak baik untuk negara kita,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan buku ‘Things in Common’ yang ditulis oleh Syed Akbar Ali di sini hari ini.

Menurut Dr Mahathir, penjelasan mengenai idea penubuhan kerajaan perpaduan adalah satu perkara yang besar dan penjelasan perlu diberikan kepada semua pihak.

“Sama ada mereka percaya BN dengan Pakatan Rakyat bercantum jadi satu atau mereka berpendapat Umno dan PAS sahaja… semua ini kita tak tahu.

"Jadi macam mana kita nak buat keputusan,” katanya.

Ketika ditanya apakah pendapat peribadi beliau dalam isu penubuhan kerajaan perpaduan, Dr Mahathir berkata:

“Saya rasa ia bukan cadangan yang bagus. Saya tidak rasa negara kita mahu sebuah kerajaan yang 100 peratus dikuasai oleh orang Melayu.”

“Kita sentiasa berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen dalam BN. Kenapa kita perlu tinggalkan mereka hanya kerana ingin tubuhkan kerjaan yang bersifat perkauman... ia (kerajaan perpaduan) akan meyusahkan rakyat,” katanya.

Tegasnya, jika idea penuhuhan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno diteruskan bagaimana pula dengan peranan parti-parti komponen dalam BN seperti MCA dan Gerakan.

“Jika kita tubuhkan kerajaan perpaduan Umno dan PAS... apa peranan MCA dan Gerakan dalam kerajaan. Ini bukan kerajaan perpaduan tapi kerajaan Melayu. Tapi saya bukan penyokong Nik Aziz.

“Saya fikir kerajaan perpaduan antara PAS dan umno tidak begitu baik. Tapi dalam soal-soal agama kita punya pendapat yang sama itu baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Sultan Johor, Sultan Iskandar yang tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura, Dr Mahathir turut melahirkan kenyataan yang serupa.

“Sultan ada hak begitu juga dengan Kerajaan Persekutuan. Pada pendapat saya ia (bina jambatan ketiga) tidak penting. Kita tidak perlu jambatan ketiga.

Jelasnya, pembinaan jambatan ketiga akan menyebabkan kesesakan kapal yang akan berlabuh di Pasir Gudang.

“Saya tidak setuju... saya rasa lebih baik kerajaan bina jambatan bengkok,” katanya.

26 Jun: Perbicaraan Anwar Mohon Batal Pertuduhan Liwat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 26 Jun ini untuk mendengar permohonan Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan liwat beliau.

Peguamnya Sangkara Nair berkata beliau dimaklumkan semalam oleh mahkamah itu bahawa kes tersebut akan didengar oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada tarikh itu.

Kelmarin, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, 62 tahun memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwatnya, mendakwa bahawa ia dibuat dengan niat tidak baik dan bersifat menindas.

Pada 10 Mac, Anwar tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Dalam notis usul beliau, Anwar meminta untuk mengetepikan pertuduhan itu dengan segera.

Beliau mendakwa dalam afidavit sokongannya bahawa pertuduhan liwat dan pendakwaan terhadapnya adalah mala fide, menindas dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Mahkamah yang sama itu juga akan mendengar satu lagi permohonan Anwar Isnin ini untuk meminta pihak pendakwaan memberikan beliau semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.

Saiful jawab Anwar: 'Di mahkamah Allah dibicarakan juga'

Jika ditakdirkan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda menerimanya.

Bagaimanapun, bekas pembantunya mengingatkan penasihat PKR bahawa beliau mungkin boleh lepas di mahkamah dunia, tetapi "di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga".

mohd saiful bukhari azlan 4 at jawi 271108Mohd Saiful menegaskan demikian dalam blognya sebagai mengulas permohonan Anwar untuk mengetepikan tuduhan tersebut.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000.

Perbicaraan kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Mohd Saiful menulis dalam blognya lagi: "Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda.

"Kerana kelak semasa di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.

"Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa," tulisnya.

Mohd Saiful mengakhiri catatannya dengan menulis "yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh."

Siyasah Syar'iyah Dan Kerajaan Perpaduan

Siyasah Syar'iyah mestilah bersumberkan al-Qur^an dan as-Sunnah. Kaedah-kaedah siyasah adalah rumusan dari sumber-sumber tersebut. Memang banyak kaedah yang telah dirumuskan.

Muqabalah atau pertemuan (dalam pengertian biasa) memang pernah dilakukan oleh Rasulullah. Pertemuan sulit pernah dan pertemuan terbuka pun pernah. Pertemuan sulit berlaku semasa baginda di Mekah.

Pertemuan sulit yang terkenal ialah pertemuan Bai'ah 'Aqabah. Cerita mengenainya pun disebut dalam al-Qur^an. Cumanya, pertemuan sulit itu sesama muslim untuk menaklukki Madinah. Antara pertemuan terbuka ialah mengenai Perjanjian Hudaibiyyah.

Rasul-rasul terdahulu pun selalu mengadakan pertemuan dengan penguasa negara yang zalim, seperti Fir'aun dan Numruz. Tetapi, pertemuan tersebut adalah secara terbuka. Hingga orang-ramai mendengar dialog mereka yang terlibat.

Murunah atau anjal (dalam pengertian biasa) adalah antara kaedah-kaedah dalam siyasah. Maksudnya, jika dikhususkan kepada muqabalah, boleh secara terbuka dan boleh secara sulit.

Apa yang perlu diambil-kira ialah syarat dan rukun muqabalah. Kerana, setiap amalan dalam Islam hendaklah menepati syarat dan rukun. Jika tidak menepatinya maka tidak sah. Sama seperti kita bersolat dan mengerjakan haji hendaklah menepati syarat dan rukun. Jika tidak, hanya lagho. Itulah yang dikatakan, siyasah adalah sebahagian dari Islam.

Apa syarat dan rukun muqabalah untuk UG? Itu mesti dijelaskan. Memang banyak tambah kerja.

Umno’s courting of PAS defeats 1 Malaysia, says Kit Siang

By Shannon Teoh

PETALING JAYA, June 19 — The DAP's Lim Kit Siang has slammed the "great aggression" with which Umno is wooing PAS into unity government talks in the name of Malay Muslim unity, by pointing out that it contradicts the prime minister's 1 Malaysia slogan.

The party's parliamentary leader claimed the move is contrary to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's 1 Malaysia concept which seeks unity among all Malaysians and suggested that the Barisan Nasional (BN) chief was pursuing the matter due to his desperation to strengthen his grip on power.

He told The Malaysian Insider this in response to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin's open invitation to PAS today to have unity talks.

Muhyiddin had said that "we will not impose any conditions and we accept whatever terms set by PAS," as he feared that if the matter was allowed to drag on, it would create disunity among the Muslims.

"This completely flies in the face of 1 Malaysia, overriding the philosophy of Najib purely for an Umno-PAS unity government and shows utter contempt for other BN components. Has Umno even sought their views?" Lim said.

The Ipoh Timur MP added that the "great haste and how aggressively" Umno is rushing into the matter showed that others in the ruling coalition do not matter.

Muhyiddin, who is Umno deputy president, had also urged PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat, who has been strongly against cooperating with Umno, to forget about the conflicts between PAS and Umno in the ‘70s, when both parties cooperated to form the Kelantan state government which PAS later abandoned.

“As Muslims we are encouraged to forgive. That was in the past,” Muhyiddin said.

But BN component leaders have also expressed misgivings over a move that would create a Malay Muslim power base, telling The Malaysian Insider that guarantees to safeguard the interests of other races would be required before they could support such a move.

The unity government issue that was reignited at the recent PAS general assembly has caused a rift in the Islamist party as well as the PR alliance which Umno leaders have been swift to capitalise on.

Lim also said that Najib needed a boost that did not come as planned via the Feb 5 takeover of the Perak state government, which has turned into a full-blown constitutional crisis.

"It has now become an embarrassment instead," he said.

At a press conference, Lim also repeated his challenge to Najib to seek a motion of confidence in Parliament as predecessors like Tun Abdullah Ahmad Badawi and Tun Hussein Onn had done to "buttress his credibility, integrity and legitimacy as prime minister" instead of harping on unity talks.

He argued that BN has been on the defensive in the week since Parliament had reconvened, stating that Najib's administration had failed to "give credible accounts" of issues including the 1 Malaysia concept, the four-month-old constitutional crisis in Perak, the RM12.5 billion Port Klang Free Zone scandal and the current economic crisis.

Kita bukan menentang perpaduan. Tidak. Tapi sejarah dan pengalaman sudah mengajar kita....!!!! Tentang Pembohongan UMNO@BN...!!!

Azizi Abdullah Menulis…

“Malaysiakini jarang bohong!” demikian komen seorang bloger melalui SMS kepada saya apabila saya melepas senak kepala dan sesak nafas apabila membaca berita dalam Malaysiakini 17 Jun 2009, jam 11.14 pagi tentang press conference Dato’ Mustafa Ali kata tentang Kerajaan Perpaduan mesti libatkan DAP dan PKR.

Saya telah SMS kepada semua pemimpin Pas, AJK, Menteri Besar dan ahli semampu yang saya dapat nombor telefon. Saya tulis begini:

“Jika betul berita Malaysiakini, Mustafa Ali kata libatkan sama PKR,DAP dalam Kerajaan Perpaduan , ertinya Pas nak juga berpadu dengan Umno? Cis! Tahi kucing lebih wangi” -Azizi Hj Abdullah.

Saya dapat jawapan. Di bawah saya perturunkan komen mereka:

1. ‘Ustaz Hadi lantik Cikgu Pa bukan nak menangi hati rakyat, tapi nak jadi ayam tambatan hadapi Nik Aziz. Apa punya visi pemimpin Pas sorang ni? Ahli jadi pening. Terasa sangat kehilangan Ustaz Fadzil Nor.”’1:26 ptg.

2. “Ana rasa maklumat Malaysiakini pun jangan dipercayai penuh. Fitnah ke atas PAS n PR yang akan datang lebih dahsyat. Umno-BN berhempas pulas nak wujudkan supaya PR hancur. Baru depa puas.”-1:29 ptg.

3.’Harap baca Berita Harian muka depan. Pelag punya Pas.’ 1:08 ptg

4. Jarum Halus Umno sudah jalan- jaga-jaga.’-2:02 ptg.

5.Betul Dato’ Pa buat PC tanpa consult naib-baib presiden.’ 2:39 ptg.

6. ‘Aku tak faham sesetengah sikap pemimpin. Lagi pun kita tidak dapat maklumat tepat. Surat khabar semua pro Umno. Nanti laporan Harakah dan Keadilan.’-1:13 ptg.

7. ‘Nanti nak baca dulu, tak buka internet lagi kalau betul memang karut betul.’ 2:28

8. ‘Silat pulut saja.’-1:15 ptg.
9.’ Pas akan hancur selagi ada Hadi, Nasha dan Pa Ali. Puak-puak ni jugalah yang hancurkan kerajaan Pas Terengganu…mangkok hayun semua tu. Pakat-pakat gila kuasa.’ 1:16 ptg

10. ‘Cakap kat Mustapa Ali, hebah kepada seluruh negara saya teringin nak jadi menteri. Habis cerita. Kita boleh buka buku baru tentang puak-puak yang kelihatan begitu laparkan pangkat ni. Dan jangan teruskan semua lagak dan perangai Mustapa Ali dan kroni ni. Sekarang pun dah timbul rasa was-was dan pelbagai fitnah. Boleh kalah Manik Urai.”

Catatan: Semalam jumpa Khalil Idham Lim, solat maghrib di surau saya. Katanya, ada perentah tertinggi, orang lain dari Kelantan tak boleh kempen di Manik Urai. Takut cakap lain dari loghat Kelantan, orang Manik Urai tak faham.

11. ‘Bagus cakap macam tu. Puak-puak ni lapar nak jadi menteri.’ 1:15 ptg.

12. ‘Ingat kot orang Kelantan saja yang meluat, rupa-rupanya orang Kedah juga serupa,’ 1:26

Fasa II:

Kerana saya bukan Subky Latif, saya tak mampu ingat tarikhnya. Tapi saya masih ingat peristiwa. Satu hari saya membawa Almarhum Tn.Hj Yusuf Rawa, Presiden Pas ketika itu hendak solat Jumaat di Masjid USM. Saya tak buka pintu kereta ketika beliau hendak turun. Dengan berseloroh beliau buat-buat marah kepada saya:
‘Bukalah pintu . Perdana Menteri ni nak turun!’ katanya dengan ketawa.

Saya berkata; ‘ Maaf ustaz, saya tak suka Pas menang. Biar macam ini pun cukup.’

Hj.Yusuf Rawa marah. Katanya: ‘Awat, hang pikiak Islam ni hak Pas sajakah?’ (Ketika itu pun ada ura-ura tentang perpaduan macam inilah)
Saya jelaskan, saya mahu jihad orang Pas berterusan dan berkobar-kobar. Kalau menang, kita tak mahu berjihad lagi, asyik rebut kuasa nak jadi pemimpin.

Fasa III:

Memang media menjadi kesangsian kita hendak percaya jika ada laporan dari Pas. Tapi jika di antara kita yang meneliti laporan media, seperti kata pengulas salah seorang bloger kepada saya, Malaysiakini agak boleh diterima.
Soalnya seperti yang saya pernah tulis dulu. Pemimpin Pas, lambat sua mikrofon, ada-ada saja nak buat kenyataan. Adakah kenyataan Mustafa Ali tentang Kerajaan Perpaduan ini dikilas atau tak betul. Kalau tak betul bacam mana berita ini boleh keluar dan dari kenyataannya juga?
Mustafa Ali pernah beri amaran, soal Kerajaan Perpaduan jangan ditimbul lagi sebelum Manik Urai selesai. Tiba-tiba beliau yang gatal mulut.

Kita bukan menentang perpaduan. Tidak. Tapi sejarah dan pengalaman sudah mengajar kita. Apapun buatlah keputusan secara berjemaah, bukan seorang, bukan dua orang. Tuan Guru Haji Hadi dilihat sekarang sebagai Presiden yang tidak mempunyai kekuatan politik tetapi hanya berilmu tinggi dalam hal agama.

Maka kerana itu beliau sudah diperalat dengan golongan cerdik pandai, yang kononnya dihebuh sekarang sebagai profesional, cerdik pandai.

Dengar khabar, kerana angkara ini Pas mungkin mengadakan Muktamar Khas. Bayangkan kerana karenah seorang dua ini seluruh jemaah jadi bercelaru.

Perpaduan memang bagus tetapi apa yang digila-gilakan oleh kumpulan ‘G7’ ini tidak mengikuti dasar. Lakukanlah kalau dasar begitu dan lakukanlah jika keputusan berdasarkan dasar Pas.

Memang tidak ada apa-apa kenyataan akhbar itu. Tapi bacaan politik lain. Disebalik itu ada sesuatu dan yang jelas Mustafa telah termakan puji bajak wangkang Perdana Menteri yang mengatakan niat Pas ikhlas.

Kita sebenarnya masih bangang dalam helah politik. Kononnya kerana Islam itu baik, telus, tidak dendam, baik sangka, pemaaf, berpadu, maka kita boleh buat apa saja kerana kita ini Islam.

Betulkah? Yang betul ialah bagi mereka yang tidak mahu Islam, melakukan sesuatu yang tidak Islamik dan yang tak betul ialah kita yang mahukan Islam, tetapi tidak Islamik.

Kita selalu membuat ukuran dalam politik mestilah ulama maka atas nama ini ditekanlah pula mesti kena walak. Walhal berapa ramai pemimpin yang tidak ulama, tidak Islam yang melakukan kerja politiknya lebih dari ulama.

Yang penting dalam politik ialah cerdik, bervisi, berwawasan manakala agamanya yang penting ialah mengawal visi, wawasan dan cerdiknya, diperkuat dengan kealimannya dan kewarakannya. Bukan kealiman dan keulamakan tetapi tidak punya wawasan, cerdik dan pintar.

Sekarang berlaku satu fenomena tradisi, iaitu apabila soal-soal kepincangan dalam Pas selalunya pemimpin menyalahkan media. Di pujuk ahli-ahli bawahan, jangan percaya media. Media musuh kita. Tetapi dalam masa yang sama beberapa hal yang berlaku, yang boleh melemahkan perjuangan dan semangat ahli dilakukan oleh mereka yang berpesan kena berhati-hati dengan media jugalah..

Jangan percaya kepada mediakah, kalau pihak atasan panggil media buat kenyataan. Jangan percaya kepada mediakah, kalau ada pemimpin yang sengaja tarik tangan repoter, minta siarkan kenyataan mereka? Tak percaya kepada media lagikah, kalau ada pemimpin yang syok nak jengol muka dalam TV walaupun ruangan itu perangkap atau menjeratkan mereka?

Kita kesal kerana soal yang diucapkan oleh Mustafa Ali soal dasar, soal yang bukan boleh diucap di depan dua pemberita tetapi ia mesti melibatkan kepusan jemaah atau jawatan kuasa pusat.

Jangan salahkan ahli-ahli jika ada tuduhan kegilaan ini adalah kegilaan mahu jadi menteri tidak penuh atau menteri penuh. Apakah Pas beranggapan atau penuh yakin ( bagi yang mahukan Kerajaan Perpaduan) jika berlaku Kerajaan Perpaduan Tuan Guru Hj Hadi akan jadi Timbalan Perdana? Mustafa Ali mungkin jadi Menteri Dalam Negeri atau lain-lain jadi menteri sepenuh masa?

Ditakdirkan jika diseret sama PKR dan DAP, redakah Pas dengan hati telus mulus, mardhotillah melihat Dato’ Sri Anuar Ibrahim jadi TPM, Karpal Sing jadi Ketua Hakim Negara, Lim Kit Siang jadi Menteri Undang-undang. Ketika itu Pas akan berontak lagi. Ketika itu tentu ayat Qur`an tentang amanah, zalim dan munafik terus di baca.

Mahukah dan relakah pula dengan hati yang bersih, atas nama berjuang kerana Allah, Setiausaha Agung Pas akan jadi Setiausaha Agung Kerajaan Perpaduan manakala yang lain menjadi timbalan menteri? Atau bermimpikah Presiden Pas akan menjadi Perdana Menteri?

Hua…hua…hua….demikian ketawa Etong dalam Wayang Kulit Asun.

Sangat malu dan memalukan jika Pas yang didakwa parti yang mendukung Islam, yang kepala masamnya terdiri dari ‘ulama’ tiba-tiba antara Mursyid dengan Presiden tak sekata, Setiausaha dengan AJK tak sebulu. Nak melawan dikatakan tidak walak. Berdosa dijadikan alasan ‘tidak boleh melawan’.

Perkembangan terakhir yang kita dapat tahu, alangkah kecewannya sebanyak 8 cawangan di Perak yang hendak menyerah borang keahlian Pas, ditangguh kerana ‘Chaos’ kerana pengamal ‘Chaosophy’ kerana ‘Criminalis Perfectus’ yang membawa kepada ‘Ekstasi’ dan akhirnya menuju kepada konsep ‘Libodo politik’.

Tuhanku, maafkan hambaMu jika pemikiran ini salah.

http://aziziabdullah.blogspot.com

MUHYIDDIN MAHU RUNDINGAN KERAJAAN PERPADUAN DISEGERAKAN...??? UMNO@BN dah nampak PRU 13 mereka kalah teruk...???

Oleh Halik Zaman
Pening kepala nak fikir, apa kah formula yang digunapakai untuk
mengwujudkan satu Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan PAS? Ada kah
Barisan Nasional dibubarkan dan diwujudkan satu lagi badan baru yang
dinamakan Kerajaan Perpaduan?

Bubar BN tidak mungkin Najib bersetuju. Kerana BN ditubuhkan oleh ayah
Najib Allahyarham Tun Razak. Mungkin kah komponan BN termasuk UMNO,
menyertai Kerajaan Perpaduan? Kalau formula ini digunapakai, tentunya
dalam Kerajaan Perpaduan masih wujud lagi Melayu UMNO dan Melayu PAS.
Kalau formula ini berlaku, masih lagi dikira orang Melayu belum lagi
bersatu. Ia sama juga seperti PAS menyertai BN.

Boleh jadi juga Dato Seri Najib nak buat experiment. Diwujudkan
Kerajaan Perpaduan di Perak dulu? Antara UMNO, PAS dan MCA menubuhkan
satu Kerajaan baru atas nama Kerajaan Perpaduan. Mungkin Menteri
Besar dari PAS dan ahli ahli exco terdiri dari PAS, UMNO, MCA dan PKR,
DAP pula jadi pembangkang?

Kalau mengikut kenyataan akhbar Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan
Perdana Menteri, meminta Kerajaan Perpaduan itu diwujudkan dengan
segera. Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup merendahkan diri merayu
kepada Tok Guru Nik Aziz supaya melupakan peristiwa tahun 70an semasa
PAS dikeluarkan dari BN. Kata Muhyiddin lagi, kami sanggup memohon
maaf diatas ketelanjuran pemimpin pemimpin UMNO kepada PAS pada masa
dulu. (Sila baca Berita Harian).

Ini mesti ada muslihat. Mungkin Najib, Muhyiddin dan Rais Yatim sudah
dapat terhidu senario politik PRU13 dimana Barisan Nasional akan kalah
teruk dalam PRU tersebut. Hingga boleh menghilangkan kuasa
pemerintahan Barisan Nasional. Yang banyak bercakap mengenai Kerajaan
Perpaduan bukan pula PAS, PKR dan DAP, tapi nampak gaya UMNO semacam
"Lebih sudu dari kuah". Setiap berita tv3 dan Astro Awani, ada sahaja
pemimpin pemimpin UMNO bercakap isu Kerajaan Perpaduan.

Senario politik dalaman UMNO, biasanya kita dengar sebelum ura ura
mewujudkan Kerajaan Perpaduan, pemimpin pemimpin UMNO terlalu bongkok,
angkuh dan sumbong. Sekarang ini pula, pemimpin pemimpin UMNO dah
jadi lemah dan sanggup melutut dengan PAS, nak sangat Kerajaan
Perpaduan disegerakan. Apa hal ni? Atau ada rancangan lain nak tikam
PAS dari belakang. Ingat kisah di Perak pun, UMNO suka main belakang.

Pemimpin pemimpin PKR, PAS dan DAP harus juga mengimbau kembali kearah
Pakatan Rakyat semasa PRU12 yang telah merampas Selangor, Perak,
Pinang dan Kedah. Jangan anggap kemenangan tersebut kerana PKR, PAS
dan DAP terlalu kuat, tapi sebaliknya rakyat dah muak dengan
pemerintahan UMNO/BN lalu memberi mandat kepada Pakatan Rakyat
sebagai percubaan sahaja. Mandat itu untuk Pakatan Rakyat, bukan untuk
PKR, PAS dan DAP. Hargai lah mandat tersebut hingga mencapai matlamat
untuk memerintah Kerajaan Malaysia.

Hari ini UMNO gunakan lagu "Melayu dan Islam" mesti bersatu. Untuk
memancing hati pemimpin pemimpin PAS. Tapi kalau dalam PRU12 UMNO/BN
dapat kerusi 2/3 sudah tentu, lagu lain mereka nyanyikan. Harapan
pengundi pengundi, tidak ada ahli dalam Pakatan Rakyat terpengaruh
dengan lakunan wayang kulit UMNO itu. Sudah banyak contoh yang kita
pelajari dari pemimpin pemimpin UMNO.

Boikotlah..Puluhan Ribu Rakyat Akan Bela TG Nik Aziz

Tidak cukup muktamar dua minggu lalu menjadi medan pertelagahan sesama pemimpin PAS berhubung kerajaan perpaduan, isu itu bakal membawa retak pula pada jentera pilihanraya kecil DUN Manek Urai.Kini sudah tersebar ura-ura bahawa Dewan Pemuda PAS di beberapa negeri berhasrat menarik diri daripada membantu kempen sebagai tanda bantahan terhadap PAS Kelantan yang didakwa membesar-besarkan isu kerajaan perpaduan.

Sumber : Malaysiakini

---------------------------------------------------------------

Kalau benar dakwaan ini, silalah boikot. Kita tengok negeri mana yang boikot. Siapa yang ketuai Pemuda Pas di negeri - negeri tersebut. Jika mereka sekarang ADUN di mana - mana negeri. Kita humban sahaja mereka pada PRU - 13.

Buat TG Nik Aziz ku, jangan bimbang. Tuan Guru tidak keseorangan. Ratusan ribu rakyat akan menolong Tuan Guru. Jika benar mereka mahu boikot. Inilah yang dikatakan pemuda kurang ajar dan perangai serupa samseng dan Umno.

Tuan Guru...kami anak muda bersama Tuan Guru.

Kami akan ajar mereka yang boikot Tuan Guru...kami akan ingati setiap tangisan dan keluhan ketika saat Tuan Guru menghadapi kesusahan menghadapi kesialan dan kejahatan Zionis BN.

KAMI BERSAMA TUAN GURU!!!

PAS pantau negeri Pakatan

Jimadie Shah Othman & Fathi Aris Omar
Berikut bahagian kedua wawancara eksklusif Malaysiakini dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

Bawah kepemimpinan baru ustaz, apakah ruang-ruang baru yang hendak diterokai?

Dalam muktamar (Dewan Pemuda) lepas, kita ada projek “Semenanjung 2” bagi mengukuhkan tapak Dewan Pemuda di Sabah, Sarawak dan Labuan. Sudah sampai masanya tempat-tempat ini diberikan perhatian serius.

BN masih mampu menjadi pemerintah kerana sumbangan (undi) dari Sabah dan Sarawak. Kalau tidak kerana kerusi-kerusi di negeri ini, BN akan tumbang di peringkat persekutuan.

Jadi untuk itu, kita fikir, Sabah dan Sarawak tidak boleh dipandang di kelas kedua atau dipandang sepi. Kita bakal mewujudkan satu lajnah (biro) baru khusus untuk Sabah dan Sarawak agar kita dapat benar-benar pastikan PAS mampu tapak kukuh seperti di Semenanjung.

Kedua, saya melihat apa yang perlu dilakukan dalam Pemuda hari ini ialah memanfaatkan semaksimum mungkin tenaga atau sumber-sumber dalam parti, termasuk exco Dewan Pemuda PAS.

Sebelum ini, kita lihat kecenderungan, sama ada sedar atau tidak, kalau nak buat kenyataan akhbar, kalau nak buat kenyataan rasmi, biasanya oleh ketua Pemuda. Akhirnya, tradisi itu sedikit sebanyak menenggelamkan exco-exco Pemuda.

Jadi tahun ini, saya ambil pendekatan bekerja ala kabinet. Maknanya, selepas ini, exco Pemuda yang memegang portfolio masing-masing, dia akan keluarkan kenyataan sendiri bersesuaian dengan portfolionya. Dia akan bertindak dengan ruang dan bidang kuasa yang diberikan sebebas mungkin tanpa perlu terikat atau dibayangi oleh ketua Dewan Pemuda sendiri.

Akhirnya, akan dapat dilihat benar-benar Pemuda itu bekerja secara bersama. Beginilah saya rasa asas kekuatan sebuah organisasi.

Sebelum ini kenapa jadi begitu, ustaz?

Ia bukanlah dirancang, tetapi terjadi secara tidak langsung, kerana faktor ketua mungkin lebih menonjol, media tertumpu kepadanya. Kebetulan, kedua-dua ketua Pemuda sebelum ini terdiri daripada YB, ahli parlimen. Jadi media mesti ikut beliau. Secara tidak langsung, jadi (gejala) begitu.


Jadi, saya rasa (keadaan) itu perlu diubah, dengan saya tidak menganggap apa yang berlaku sebelum itu satu kesilapan, sebab ia berlaku secara tidak langsung.

Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub sebagai YB sebelum ini kelihatan agak menonjol, bagaimana ustaz (sebagai bukan wakil rakyat) hendak membuat perubahan?

Saya lihat itu satu cabaran bagi diri saya sendiri sehingga saya terpaksa membuat lonjakan dua kali ganda. Kalaupun tidak melebihi mereka, kalau boleh saya hendak duduk sebaris dan sebanding dengan mereka. Saya harus bekerja dua kali ganda lebih keras.

Insya Allah, saya dibantu oleh kumpulan yang cukup baik. Dalam mesyuarat Dewan Pemuda pertama semalam (15 Jun), ia cukup erat dan memberangsangkan. Saya boleh bekerja baik dengan mereka. Dalam sidang media pagi ini (16 Jun), saya bukan sendirian membuat kenyataan akhbar.

Sudah sekian lama Pemuda PAS dipimpin oleh bukan ulama, terakhir oleh Datuk Abu Bakar Chik. Ustaz melihat, adakah perkara ini menimbulkan masalah atau memberikan kelebihan (kepada Pemuda PAS)?

Saya lihat ini bukan satu kekangan atau masalah sebab walaupun saya berlatar belakang pengajian agama, tetapi penglibatan saya dalam Pemuda sejak zaman Datuk Mahfuz lagi. Jadi saya dapat didikan politik dan organisasi, sehinggalah berpindah kepada kepimpinan YB Salahuddin.

Bersama Mahfuz dua penggal, Salahuddin tiga penggal. Jadi, lima penggal saya belajar daripada mereka. Jadi, saya boleh mengimbangi latar belakang saya sebagai pelajar agama dengan kemahiran dan trend kerja mereka.

Sebab itu saya tidak rasa kekok atau janggal. Walaupun saya terima komen daripada pelbagai pihak yang mempertikaikan cara saya berpakaian, mereka nampak saya berserban, berjubah...

Ustaz nampak perkara ini macam mana? (ketawa) Kelebihan ataupun apa?

(sambil ketawa) Ya, apabila orang mempertikaikan, secara tidak langsung mereka memberi perhatian kepada saya. Saya ingin sebut, kepimpinan bukan dinilai daripada cara berpakaian, tetapi pada karisma, pemikiran dan kemahiran bekerja.

Saya tidak akan menukar imej, sebab itulah diri saya. Saya tidak boleh jadi orang lain. Saya akan kekalkan imej itu. Saya percaya, kawan-kawan sedia memahaminya. Komentar-komentar itu saya anggap sebagai cabaran untuk saya buktikan bahawa saya bukanlah sebagaimana yang mereka sangka.

Dahulunya Mahfuz dan Salahuddin terkenal sebagai tokoh demonstrasi dalam isu-isu besar. Ustaz sebelum ini kelihatan kurang (terlibat). Adakah ustaz akan memainkan peranan yang sama?

Kita lihat pada kes, sebab tidak semua kes boleh diselesaikan dengan demonstrasi. Tambah-tambah lagi kita lihat, era kita ini adalah era maklumat, era engagement. Tidak semua isu perlu ditangani secara demonstrasi. Tetapi (terdapat) cara yang lebih sesuai, kita bawa ke meja rundingan, atau lebih sesuai dengan cara seperti berbincang, berdialog dan muzakarah.

Kita akan pilih isu-isu. Tetapi kalau kita kata tidak berdemonstrasi terus, itupun tidak wajar. Kadang-kadang kita perlukan umat Islam untuk menunjukkan sikap. Demonstrasi itu tunjuk perasaan, gerakan Islam ini perlu menunjukkan perasaan mereka dalam isu-isu tertentu.

Sebagai contoh, dalam isu penghinaan terhadap Nabi yang datang daripada pihak luar. Jadi, kita hendak bincang dengan siapa, hendak dialog dia siapa? Kalau isu seperti Sisters in Islam (yang dipertikaikan PAS), kita bersedia bertemu dan berdepan dengan mereka, dan kita berhujah untuk mencari kebenaran.

Dalam konteks sesama Pemuda Pakatan, adakah ruang-ruang ini akan dipertingkatkan lagi?

Ya, setakat ini hubungan kita dengan Pemuda Pakatan adalah baik. Sebelum muktamar lepas, sudah ada dua kali pertemuan secara rasmi. Dan bermula dari pertemuan itu, kita akan tubuhkan satu sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat secara rasmi supaya mudah untuk kita berinteraksi dan menangani isu-isu bersama.

Ia akan mengurangkan lagi jurang perbezaan. Walaupun kita tahu jurang perbedaan itu akan sentiasa wujud, tetapi kita harapkan, melalui sekretariat itu, kita akan dapat mewujudkan banyak suasana keberkesanan dalam Pakatan Rakyat.

Pendekatan terhadap pengundi bukan Melayu, bagaimana Dewan Pemuda melihat arah untuk menembusi (halangan) ini? Kita tahu usaha PAS sudah lama, terbaru melalui Kelab Penyokong PAS (KPP), tetapi bagaimana Pemuda PAS melihat isu ini?

Pendekatan kita dilihat semakin baik. Sebentar tadi pun saya dikunjungi Vincent Lee, orang kuat KPP yang datang ke pejabat, memberi input bagaimana hendak memperkasakan KPP serta bagaimanana Pemuda PAS harus bertindak.

Apa yang menarik dalam perbincangan itu, (ia) menyentuh bagaimana kita kena pergi lebih jauh, masuk (mengenali) dalam budaya bukan Muslim untuk lebih memahami jiwa dan cita rasa mereka.

Untuk menyampaikan dakwah, kita mesti memahami faktor-faktor itu. Kalau kita duduk jauh dan ada jurang antara kita dengan mereka, (keadaan) inilah yang menyulitkan. Dan mungkin perasaan curiga itu berpanjangan.

Dalam Islam, ada kaedah yang dikenali sebagai ahlul zimmah, (iaitu) golongan bukan Muslim yang berada bawah kerajaan Islam, (mereka) dilindungi, bahkan diberikan hak seperti hak orang Islam apabila mereka membayar jizyah. Jizyah itu maksudnya cukai per individu, cukai setiap kepala.

Cukai yang sedia ada ini tidak boleh dianggap sebagai jizyah?

Cukai apa?

Cukai pendapatan, cukai perniagaan, untuk memberi jaminan keselamatan dalam perniagaan dan ekonomi...

(Cukai sedia ada) itu konsepnya tidak sama. Cukai jizyah ini tidak memgambil kira soal pendapatan. Ia juga tidak mengambil kira soal tempoh, (dibayar) setahun sekali, macam zakat fitrah (bagi orang Islam).

Zakat ini, (sama ada) dia miskin atau kaya, apabila bernafas, lahir ke dunia, sebelum menjelang Syawal, dia mesti membayar zakat fitrah.

Kalau dia masih kecil, kalau masih tidak berdikari, maka walinya atau ayahnya (perlu membayar bagi pihaknya). Kalau untuk Muslim ada zakat fitrah, maka bukan Muslim, ada zakat cara mereka iaitu cukai jizyah.

Tujuannya untuk menunjukkan komitmen dan kebersamaan (mereka) dengan kerajaan (Islam). Apabila dia membayar (cukai) ini, dia dijaga keselamatannya. Perkara ini kita hendak beritahu kepada bukan Islam supaya mereka tidak berasa terancam untuk menyertai (perjuangan) Islam.

Apakah tidak akan kontroversi jika konsep ini diperkenalkan?

(Kontroversi) itu berkait soal (kegagalan) pendidikan, mereka tidak faham. Jadi harus difahamkan terlebih dahulu. Apabila kita memerintah, kita hendak buat cukai ini, kita hendak buat sistem kewangan Islam, (tetapi) nombor satu sekali, kita kena pergi kepada keadilan, kebajikan.

Jangan pergi dulu kepada soal cukai. Ia mesti didahului oleh pendidikan supaya mereka faham. Kedua, (laksanakan) kebajikan supaya mereka jinak, tenang. Selepas mereka jinak dan faham, insya Allah kita boleh laksanakan sistem keadilan itu.

Jadi, untuk bukan Muslim , saya lihat usaha memahamkan mereka ini perlu dipergiatkan, termasuklah dengan memahami budaya-budaya mereka. Kalau boleh kita hendak gerakkan selepas ini, lebih banyak terjemahan buku agama kepada bahasa Inggeris dan Cina.

Kempen politik sebelumnya yang dibuat Pemuda PAS misalnya menentang konsert, penggunaan alkohol dan budaya asing. Apakah ada pendekatan baru atau ustaz akan teruskan sahaja?

Pada dasarnya, kita teruskan. Dan kita akan kaji.

Soalan saya ini itimbulkan kerana ada reaksi dalam dan luar Pakatan yang agak negatif (terhadap pendekatan ini), akan meliarkan dan larikan orang (daripada PAS). Jadi, adakah...

Yang pertama, kita akan teruskan dasar itu. Sebab apa pun masalahnya, keadaannya, kita tetap tidak boleh berkompromi dengan kemaksiatan, kemungkaran, kerana itu sangat asas dalam Islam. Yang haram itu tetap haram hukumnya. Sementara yang halal itu tetap halal hukumnya.

Isunya adalah isu pendekatan, cara kita menangani isu itu. Untuk itu, kita akan kaji pendekatan yang telah kita bawa sebelum ini. Sejauh mana ia berkesan dan sejauh mana memberikan kesan negatif kepada parti dan perjuangan yang kita dukung ini.

Insya Allah, apabila kita melihat semula perkara itu, kita akan dapat melihat rumusannya bagaimana untuk bertindak selanjutnya. Tetapi pada dasarnya, untuk kita bersetuju dengan kemungkaran, bersetuju dengan segala tindakan yang bercanggah dengan Islam, (perkara) itu telah menjadi prinsip yang tidak boleh kita abaikan.

Dalam konteks ini, PAS sebagai gerakan Islam terlalu cepat atau aktif melarang tetapi alternatifnya tidak ada.

Saya akui faktor kelemahan dan kekurangan itu. Tetapi kita kena adil, sebab (PAS) ini hanyalah sebuah parti yang tidak ada keupayaan besar untuk menaja alternatif terhadap kemungkaran dan kemaksiatan.

Sebagai contoh, untuk menganjurkan satu konsert alternatif, kita memerlukan kos yang sangat tinggi. Untuk membikin filem-filem Islamik, bagi menggantikan kemunculan filem yang kotor dan tidak bermoral, kita memerlukan kos yang tinggi – untuk melatih atau membentuk pelakon yang baik. Sebab kalau kita ambil pelakon yang tidak baik, filem itu tidak laris dan diminati.

Jadi, di situ saya melihat kita perlukan kerajaan. Kita perlukan kerajaan dan islahkan kerajaan itu. Sebab itu kita sudah jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kita mahu Jakim bertegas kepada agensi dan kementerian yang berkenaan, supaya mereka memastikan filem yang hendak disiarkan itu tidak bercanggah dengan norma-norma adat dan tatasusila orang Timur, atau lebih tepat lagi dengan syariah Islam.

Jadi, kalau mereka mendengar (pandangan PAS), cukuplah, tidak perlu kita wujudkan satu industri baru untuk menyaingi (yang sedia ada). Islam datang bukan membawa benda baru, tetapi memperbaiki apa yang telah ada.

Bagaimanana dengan usaha (memperkenalkan hiburan alternatif) di negeri-negeri Pakatan?

Ketiga-tiga negeri ini masih baru. Mereka masih berusaha menstabilkan kepimpinan dari aspek politik, pentadbiran dan seumpamanya. PAS dalam muktamar baru ini menyuarakan supaya menubuhkan skuad pemantau (negeri Pakatan), bahkan disebut dalam ucapan dasar presiden supaya negeri-negeri Pakatan Rakyat agar bertindak selari dengan syariah.

Apa pandangan ustaz terhadap kes Manohara Odelia Pinot?

Saya sudah membuat kenyataan dalam isu ini. Saya kata, kerajaan jangan biar ia menjadi macam isu Altantuya (Shaariibuu) pula selepas ini. Ia (kerajaan) mesti bertindak bijak sebab kes ini juga melibatkan golongan berprofil tinggi, melibatkan istana. Saya boleh komen setakat ini sahaja.

PAS UMNO : Kalau Muhyiddin Ikhlas, Mohon Sultan Adakan Pilihanraya Di Perak ..!!! ADA BERANI...???

Bernama melaporkan Umno mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini hari ini. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Demikianlah halnya Muhyiddin memasang perangkap besar untuk PAS supaya termakan umpan itu yang mana katanya "kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas" akan menyebabkan PAS meliur air lelehnya untuk tidak dapat tidak menyatakan persetujuannya nanti sekalipun ia hanya kata-kata manis bagi mempastikan berlaku satu pertemuan yang nantinya akan memberi kemenangan moral kepada UMNO BN sendiri.

Beliau meminta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara PAS dan Umno pada era 70an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi Pas kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.

Muhyiddin berkata pemimpin PAS yang tidak bersetuju harus melihat sengketa lama itu berlaku di bawah kepimpinan yang lama dan kini kepimpinan PAS telah diterajui oleh pemimpin baru yang mempunyai hala tuju dan matlamat baru.

Begitulah ajakan Muhyiddin meminta kita melupakan semua kezaliman yang dilakukan UMNO selama ini malah sehingga kini UMNO terus melakukan kezalimannya terhadap PAS dan Pakatan rakyat.

JIKA GB PEMIMPIN TERTINGGI PAS ATAU PR,INI YANG GB NYATAKAN KEPADA PELAWAAN TPM ITU:

Perak adalah contoh terbaik dan jika Muhyiddin dan UMNO/BN jujur dan ikhlas, kembalikan Perak kepada Pakatan Rakyat atau bersegeralah PM dan TPM pergi menghadap Sultan Perak untuk merafak sembahkan pembubaran DUN dan diadakan pilihanraya semula!

Seterusnyanya, hal lain boleh dibincang kemudian.

Terbaru Dari Manek Urai…. Undi BN boleh masuk syurga juga: Fatwa Muhyiddin

( UDAH LE ANGKAT TANGAN GAYA HITLER...ADA HAJAT BAGI FATWA MAZHAB UMNO@BN LA...!!!)

Maksud TPM mengundi PAS ka mengundi UMNO ka masuk syurga belaka...kepala hotak dia...wartawan Bernama yang melaporkan ni pun sama juga bangang.. buat laporan merosakkan aqidah umat Islam... Cuma aku nak tanya?... undi UMNO tak berdosa ka?.... habaq mai...yang segala kerja mungkar tu bawah arahan sapa, semua hangpa langgar tak peduli, semua undang-undang ISA kerja sapa, arahan sapa, runtuh masjid, runtuh surau, runtuh rumah setinggan arahan siapa, kerja sapa..rampas negeri aku sapa punya kerja, tipu pedaya orang... - manjung mari

ISU "KERAJAAN PERPADUAN" MANTAPKAN PAS

Dalam Muktamar Tahunan PAS di Ipoh tahun lepas, beberapa orang perwakilan bercakap mengenai betapa parti itu perlu dilayan sebagai rakan kongsi utama dalam kerajaan campuran bersama DAP dan PKR. Di beberapa majlis yang lain, isu yang sama dibangkitkan.

Hakikatnya, PAS adalah parti kecil dalam kerajaan campuran itu. Di Parlimen, PAS hanya mempunyai 23 kerusi, berbanding PKR 30 dan DAP 28. Di Selangor, DAP dan PKR yang menguasai 28 kerusi secara teorinya tidak memerlukan PAS untuk membentuk kerajaan negeri itu. Di Perak sebelum ini, PAS yang menjadi Menteri Besar hanya ada enam orang ADUN berbanding 18 DAP, dari keseluruhan 59 kerusi DUN.

Kedudukan PAS sebagai sebuah parti kecil tetapi yang paling berusia dalam kerajaan campuran tersebut menjadikan sesetengah ahli PAS mendesak agar ia diberikan layanan yang lebih baik, sesuai dengan kedewasaannya. Malah sesetengah ahli PAS secara terbuka mempertikaikan betapa kemenangan calon-calon PKR adalah disebabkan oleh sokongan PAS yang dikatakan mempunyai jentera yang lebih ramai dan tersusun.

Sewaktu sidang akhbar Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam tahun ini, presidennya Dato' Seri Abd Hadi Awang menyebut mengenai "kerajaan perpaduan". Beliau tidak menyebut isu ini dalam ucapan dasar untuk didengari oleh perwakilan dan pemerhati muktamar, sebaliknya memilih menggunakan platform media.

Itu adalah strategi yang bijak bagi mencapai hasrat yang dibangkitkan oleh perwakilan ketika PAS bermuktamar di Ipoh -- PAS mempunyai kerusi yang sedikit di Parlimen, Selangor dan Perak, namun ia harus dilayani oleh DAP dan PKR sebagai rakan kongsi yang bermakna.

Selepas mengeluarkan kenyataan itu, Abd Hadi tidak langsung bersuara. Selepas Muktamar, beliau ke luar negeri bagi menghadiri pelbagai program di sana. Tidak ada kenyataan akhbar. Tidak ada penjelasan. Yang berhujah dan berbalah adalah orang lain; bukannya Abd Hadi yang memulakan isu ini.

Adakah Abd Hadi tak boleh buat kenyataan akhbar dari luar negeri atas isu yang cukup besar bagi PAS ini? Adakah Abd Hadi tidak boleh bersuara ketika dia di sebarang laut bagi meredakan bara dalam parti itu yang menyaksikan Dato' Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan?

Beliau boleh melakukan semua itu, tetapi Abd Hadi memilih untuk berdiam diri. Dia menggunakan prinsip "48 Laws of Power" -- berdiam diri supaya dia kelihatan hebat dan orang menanti-nanti kenyataan beliau. Bijak!

Lebih bijak lagi ialah keseluruhan episod dan drama ini akan menaikkan "nilai" PAS dalam kerajaan campuran bersama DAP dan PKR.

Menyedari keadaan inilah, maka beberapa orang pemimpin DAP termasuklah Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata "isu kerajaan perpaduan ialah masalah dalaman PAS" walaupun beberapa hari lalu Dato' Mustafa Ali mensyaratkan perbincangan dengan Barisan Nasional harus melibatkan DAP dan PAS. DAP tidak mahu diheret untuk memberikan "nilai" kepada politik PAS dalam kerajaan campuran.

Nah! Dalam hal ini Abd Hadi adalah seorang ahli politik yang hebat. Dia berjaya merealisasikan hasrat perwakilan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu yang ingin parti itu diberikan kedudukan yang sewajarnya. Dalam perkataan lain, isu "kerajaan perpaduan" telah memantapkan kedudukan dan nilai PAS dalam hubungannya dengan DAP dan PKR.

Semuanya, gara-gara "kerajaan perpaduan!"

PAS UMNO : Beranikah Najib Penjarakan Anwar?

Sekalipun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan pendakwaan fitnah liwat terhadapnya di Mahkamah tinggi Kuala Lumpur akan menyaksikan beliau dijatuh hukuman dengan segera dan dikembalikan ke penjara Sungei Buloh sekali lagi, keadaan tersebut kemungkinan besarnya tidak akan berlaku.

Perbicaraan atas tuduhan liwat terhadap Anwar akan bermula pada 1 Julai meskipun dua laporan perubatan membuktikan tidak ada tanda-tanda pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa beliau.

"Senario terburuk yang mungkin saya hadapi ialah mereka menolak permohonan ikat jamin saya dan segera menjatuhkan hukuman," anwar dipetik berkata oleh agensi berita Peranchis, AFP.

Menurut Anwar, beliau menjangkakan bukti-bukti palsu akan dibentangkan di mahkamah oleh pendakawaan sekali lagi sebagaimana yang dilakukan pada perbicaraan 1998 dalam cubaan UMNO-Barisan Nasional menamatkan kareer politiknya.

"Itu adalah cara termudah bagi Umno untuk menghapuskan saya bagi menyelesaikan masalah politik mereka," tambah beliau lagi.

Saya menyatakan kemungkinan besarnya tidak akan berlaku pemenjaraan ke atas Anwar, kerana jika demikianlah konspirasi Najib-Musa Hasan-Gani Patail maka ia adalah langkah silap mereka bertiga di dalam mengaturkan plot konspirasi itu.

Jika Anwar dipenjara, Permatang Pauh akan menghadapi pilihanraya semula. Apakah Najib dan UMNO sedia menyaksikan ia diaibkan lagi di tempat yang telah banyak kali UMNO diaibkan?

Anwar, 61, secara konsisten menolak dakwaan yang dilemparkan ke atasnya oleh Saiful dan laporan perubatan Hospital Pusarawi dan Hospital Kuala Lumour yang disahkan oleh tiga pakar perubatan menguatkan hujah Anwar bahawa tuduhan itu satu lagi rekacipta dan konspirasi politik oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat oleh Anwar beberapa hari selepas bertemu dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Najib ketika itu sedang mengarahkan kempen untuk menumpaskan Anwar pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.

Najib menggunakan laporan polis itu sebagai modal politik namun rakyat menolak fitnah berkenaan. Anwar menang dengan majoriti besar di Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Meskipun tuduhan liwat oleh Saiful amat rapuh, Najib merestui tindakan Peguam Negara Gani Patail membawa pertuduhan terhadap Anwar ke mahkamah.

Anwar berkata dua laporan perubatan itu harus cukup untuk menyakinkan mana-mana pihak bahawa pertuduhan terhadapnya tidak berasas sama sekali.

"Kes ini tidak harus diteruskan apabila ia begitu jelas dilaporkan oleh pasukan doktor perubatan... yakni pakar perubatan bahawa tidak ada kesan (saiful) diliwat, jadi mengapa mereka tetap meneruskannya kecuali ia adalah menjadi satu konspirasi politik," tambah beliau lagi.

Anwar berkata Parti Keadilan Rakyat akan mengatur langkah secara terancang dan aman untuk menarik perhatian rakyat terhadap cubaan UMNO-Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan institusi-institusi negara untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.

"Kita akan lawan dan saya juga kini lebih bersedia, tidak seperti 1998 kerana ketika itu ia berlaku secara mengejut dan tidak sesiapun menjangkakan rancangan jahat sedemikian dirancangkan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful.

"Saya tiada masalah berhadapan dengannya. Isunya adalah beliau (Saiful) perlu bersedia dengan semua bukti yang menentang tuduhannya, terutamanya bukti laporan perubatan," tambah beliau lagi.

Anwar berkata perbicaraan itu tidak akan memberi kesan kepada keutuhan Pakatan Rakyat sebagai gagasan berwibawa.

"Pakatan Rakyat bersedia menghadapi hakikat kemungkinan saya dipenjarakan dan sudahpun mengambil langkah yang sepatutnya," tambah beliau.

Najib telah diperbodohkan oleh Saiful

Mohd Saiful Bukhari b Azlan telah menemui Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengadu kepadanya bahawa beliau telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26hb Jun 2008. Memandangkan ini sebagai satu peluang gemilang untuknya menghancurkan karier politik Anwar, Najib telah mengarahkan Saiful membuat laporan polis.
Pada 28hb Jun 2008, Saiful telah pergi ke Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur untuk membuat pemeriksaan doktor, dan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, yang membuat pemeriksaan dan apabila diberitahu oleh Saiful bahawa dia diliwat, maka Dr Osman mengarahkan supaya Saiful pergi menemui doktor kerajaan untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Saiful telah pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. Yakin bahawa doktor-doktor kerajaan akan mengeluarkan laporan perubatan pengesahan liwat itu, Saiful membuat Laporan Polis bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar.
Maka tragedi yang begitu kalut telah berlaku dan menimpa Datuk Seri Anwar, sehingga beliau ditangkap dan disumbat kedalam lock-up, dan semua Menteri-Menteri terutamanya Menteri Dalam Negeri pada waktu itu mengeluarkan kenyataan-kenyataan seolah-olah Anwar sudah bersalah kononnya kalau Anwar tak bersalah apa yang nak takut diambil DNA. Begitulah hinanya Anwar diletakkan dari kaca mata umum.
Sementara itu Saiful disorok entah kemana kononnya untuk melindungi keselamatan seorang saksi yang sangat penting. Saiful terus hilang dari mata orang ramai sehinggalah dia membuat satu Sumpah Quraan yang begitu kontrobersi mengikut cara Islam dan kemudian pergi pulak ke Permatang Pauh untuk membantu calon Barisan Nasional semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dimana Anwar menjadi calon Parti Keadilan Rakyat.
Apabila Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi Kuala Lumpur mengesahkan bahawa Saiful tidak diliwat dan tidak ada tanda-tanda beliau diliwat samada oleh Anwar atau oleh sesiapa pun, maka berkokok Menteri-Menteri mengatakan bahawa Dr Osman bukan seorang pakar, walhal semua mereka mengetahui bahawa Dr Osman mempunyai pengalaman melebihi 15 tahun sebagai pengamal perubatan.
Dari masa ke semasa Saiful mengeluarkan kenyataan akhbar seolah beliau itu adalah seorang ahli politik terkemuka tanah air dan bukan sebagai seorang "mangsa" kes liwat, bercakap untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Anwar.
Sekarang apabila Laporan Perubatan yang disahkan oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur dikeluarkan, isi kandungannya adalah sama dengan apa yang dilaporkan oleh Dr Osman, iaitu tidak ada tanda-tanda tusukan didubur Saiful, ertinya Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapapun.
Sekarang mana nak letak air muka Najib. Kamu telah ditipu disiang hari oleh budak bernama Saiful ni! Saiful adalah seorang budak yang gagal didalam pengajiannya di Universiti berjaya memperdayakan Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri semasa kejadian, dan kini seorang Perdana Menteri! Alangkah malunya si Najib ini!

Mengapa Yahudi Bijak?

Dipetik dari Forum Cari.... untuk renungan bersama

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Anwar Tidak Menolak Kemungkinan Kembali Ke Penjara Kerana Konspirasi Pendakwaan Fitnah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan pendakwaan fitnah liwat terhadapnya di Mahkamah tinggi Kuala Lumpur akan menyaksikan beliau dijatuh hukuman dengan segera dan dikembalikan ke penjara Sungei Buloh sekali lagi.

Perbicaraan atas tuduhan liwat terhadap Anwar akan bermula pada 1 Julai meskipun dua laporan perubatan membuktikan tidak ada tanda-tanda pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa beliau.

“Senario terburuk yang mungkin saya hadapi ialah mereka menolak permohonan ikat jamin saya dan segera menjatuhkan hukuman,” anwar dipetik berkata oleh agensi berita Peranchis, AFP.

Menurut Anwar, beliau menjangkakan bukti-bukti palsu akan dibentangkan di mahkamah oleh pendakawaan sekali lagi sebagaimana yang dilakukan pada perbicaraan 1998 dalam cubaan UMNO-Barisan Nasional menamatkan kareer politiknya.

“Itu adalah cara termudah bagi Umno untuk menghapuskan saya bagi menyelesaikan masalah politik mereka,” tambah beliau lagi.

Anwar, 61, secara konsisten menolak dakwaan yang dilemparkan ke atasnya oleh Saiful dan laporan perubatan Hospital Pusarawi dan Hospital Kuala Lumour yang disahkan oleh tiga pakar perubatan menguatkan hujah Anwar bahawa tuduhan itu satu lagi rekacipta dan konspirasi politik oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat oleh Anwar beberapa hari selepas bertemu dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Najib ketika itu sedang mengarahkan kempen untuk menumpaskan Anwar pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.

Najib menggunakan laporan polis itu sebagai modal politik namun rakyat menolak fitnah berkenaan. Anwar menang dengan majoriti besar di Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Meskipun tuduhan liwat oleh Saiful amat rapuh, Najib merestui tindakan Peguam Negara Gani Patail membawa pertuduhan terhadap Anwar ke mahkamah.

Anwar berkata dua laporan perubatan itu harus cukup untuk menyakinkan mana-mana pihak bahawa pertuduhan terhadapnya tidak berasas sama sekali.

“Kes ini tidak harus diteruskan apabila ia begitu jelas dilaporkan oleh pasukan doktor perubatan..yakni pakar perubatan bahawa tidak ada kesan (saiful) diliwat, jadi mengapa mereka tetap meneruskannya kecuali ia adalah menjadi satu konspirasi politik,” tambah beliau lagi.

Anwar berkata Parti Keadilan Rakyat akan mengatur langkah secara terancang dan aman untuk menarik perhatian rakyat terhadap cubaan UMNO-Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan institusi-institusi negara untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.

“Kita akan lawan dan saya juga kini lebih bersedia, tidak seperti 1998 kerana ketika itu ia berlaku secara mengejut dan tidak sesiapun menjangkakan rancangan jahat sedemikian dirancangkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful.

“Saya tiada masalah berhadapan dengannya. Isunya adalah beliau (Saiful) perlu bersedia dengan semua bukti yang menentang tuduhannya, terutamanya bukti laporan perubatan,” tambah beliau lagi.

Anwar berkata perbicaraan itu tidak akan memberi kesan kepada keutuhan Pakatan Rakyat sebagai gagasan berwibawa.

” Pakatan Rakyat bersedia menghadapi hakikat kemungkinan saya dipenjarakan dan sudahpun mengambil langkah yang sepatutnya,” tambah beliau.