Rabu, 17 Jun 2009

SPRM tutup satu daripada kertas siasatan video Lingam


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup satu daripada empat kertas siasatan yang dibuka berhubung kes klip video V.K.Lingam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ini kerana tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan pertuduhan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

"Lanjutan daripada cadangan-cadangan yang dibuat Suruhanjaya Diraja berkenaan pita rakaman V.K.Lingam, empat kertas siasatan dibuka oleh Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM).

"Tiga daripada kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara," katanya dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

I Have Been Sodomised By...!!!!!

The prime minister has likened the potential ‘unity talks’ with the opposition to a marriage proposal. Before the two sides go to far courting each other, I want to remind them both that I have been sodomised. Any perhaps PAS and any potential suitor to so-called ‘unity talks’ with UMNO will never – ever – lose sight me and the millions like me who have been sodomised against my will by UMNO. Let me give you a brief rundown.

I have been sodomised against my will by politicians who have abused the public trust to indulge in money politics.

I have been sodomised by the PKFZ scandal.

I have been sodomised by inept, self-serving, and morally bankrupt Indian and Chinese politicians who have mortgaged my civil and human rights to Umno and made me a second class citizen.

I have been sodomised because my country’s police are too busy playing politics and disinterested in dealing with crime and corruption especially at the highest levels.

I have been sodomised as I am disqualified from certain government programmes because of my name.

I have been sodomised as I cannot get access to equal education because of my name.

I have been sodomised because narrow-minded, ultra-nationalistic cultural infants have ruined the quality of the schools, universities, and curriculum.

I have been sodomised because the MIC has taken the public’s monies and flushed them down the drain in schemes like Maika investments.

I have been sodomised because parties like MIC, Gerakan and MCA are more interested in their crumbs from UMNO than in ensuring that all citizens are treated equally under the law.

I have been sodomised by BN conspirators who hide behind the Official Secrets Act and shield from the public just how they may be lining their pockets with public contracts and programmes, while they have the audacity to accuse others of being opportunistic and dishonest.

I have been sodomised because my fellow citizens like Kugan get killed while in police custody and no one is charged for causing his death.

I have been sodomised because apparently no police officer has been held accountable for the torture of B. Prabakar.

I have been sodomised because my fellow citizens have been held indefinitely without being charged of a crime and denied their day in court.

I have been sodomised by uncouth racists who call me and my fellow native born Malaysians ‘pendatang’ and ‘orang asing.’

I have been sodomised by foul-mouthed xenophobic who think they have the right to preach blatantly racist propaganda and paranoia.

I have been sodomised by feudal-minded, reactionary, sexist bigots because they want to deny women equal rights.

I have been sodomised by fascist-like, maniacal bigots who want to deny me my right to free speech.

I have been sodomised by Taliban-like religious terrorists because they assume that they have the right to determine others’ religious orientation.

I have been sodomised by characteristically zealous religious hypocrites whom the BN cabal allows to prey on others, and who think they know how God wants us to lead our lives.

That’s how badly I have been sodomised against my will. And for the record, I could reveal more instances of such abuse under the auspices of the BN cabal.

So, before you in the opposition get into any type of ‘marriage proposal’ with the UMNO cabal, be reminded exactly what we’re dealing with.

That aside, for now I’d like an appointment at the deputy prime minister or prime minister’s residence to discuss my experiences of being sodomised against my will.

G. Krishnan

Jikalah sejuta ahli PAS meluahkan emosinya?

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Saya pernah berdiskusi hangat dengan seorang teman. Dia kata, jangan mudah melatah dengan mainan media Umno. Semuanya berkaitan isu Unity Government-lah…apa lagi. Saya marah juga, kerana yang mula gatal-gatal buka mulut isu UG ini ialah Pak Presiden PAS. Jika ia keluar dari Lidah Bergerigi Presiden Umno, okaylah. Saya tak kisah. Tapi kerana ia keluar mula-mula dari mulut Tuan Guru yang mengarang kitab tafsir, jadi rujukan sebagai teks usrah, yang mengarang kitab seerah hingga berjilid. Maka, saya jadi pening. Kenapa…kenapa mesti datang dari Tuan Guru, bukannya Hamid Albar, Pak Lah atau Najib Razak sendiri?


“Isk…anta jangan cepat melatah. Anta dah baca apa ‘full statement’ daripada TGHH?” Demikianlah ujar kawan saya.


Saya menung…full statement? Yang saya tahu, idea UG ini mula-mula keluar ialah menerusi akhbar tabloid SIASAH beberapa bulan dahulu. Semuanya bermula dengan cadangan Tuan Presiden PAS, setelah dilihat kemelut politik negara yang tak berkesudahan…sedang Malaysia bakal dihimpit dengan masalah ekonomi yang mencengkam. Maka, dianggap rakyat makin muak dengan kemelut politik. Maka, dicadangkanlah sebuah UG – Kerajaan tanpa pembangkang. Sama macam Indonesia kini…saya rasa, itulah yang saya baca, yang saya fahami dan yang dipertegaskan berulang kali. Entahlah, jika saya ‘mamun’ dan tersalah baca, tersalah faham dan tersalah tangkap maksud Presiden PAS yang ‘murni’ itu.


Kawan saya menegaskan lagi: Seorang presiden mestilah membaca dan menghitung semua segi dan semua sudut sebelum mengeluarkan idea UG ini. Anta jangan cepat hilang keyakinan!”


Jenuh juga saya memikir. Saya ini ahli PAS kerdil, tak ada jawatan apa-apa. Maka, mungkin benarlah…Presiden selaku orang besar, pasti menilai dari semua aspek sebelum sesuatu ideanya terkeluar kepada public.


Tup-tup, isu UG jadi hangat - sehangat mentari petang di bumi sahara. Garing dan membakar apa sahaja. Rupa-rupanya, isu UG ini isu peribadi. Ia bukan lahir dari pemurnian idea yang dibahas secara matang dalam mana-mana mesyuarat tertinggi parti mahu pun pakatan. Tup-tup TGNA marah. Tup-tup Lim Guan Eng marah. Tup-tup Presiden Kelab Penyokong PAS marah. Eh…kenapa semua ini terjadi? Jika idea sudah dimurnikan terlebih dahulu, pastinya semuanya jelas. Pasti dalam muktamar yang ke 55 dahulu, isu UG ini tidak timbul lagi. Tapi, kenapa ia terus ‘menggelegak’?


Saya juga ditegur seorang sahabat, katanya: “TGHH mungkin bimbang jika PAS bersama PR…kerana kelak bakal didominasi oleh non-muslim. Maka, apakah akan terjadi kelak kepada Malaysia?”


Lah…sampai ke situkah pemikiran TGHH? Entah…saya tak ada nombor hand phone beliau, jika tidak mungkin saya sudah mendapat jawapan segera daripada beliau.


Namun, saya mengandaikan…itu semua telahan. Masakan sebelum TGHH menandatangani persefahaman di antara DAP dan PKR, semua ini – isu perkauman, komposisi agama dan negeri – tidak diambil kira. Jika TGHH main ‘sain’ sahaja, alamak…careless-nya Tuan Presiden saya. Ini bukan soal main-main, ini hal serius. Ia isu negara. Pakatan adalah kerajaan di lima buah negeri termasuk Perak satu masa dahulu.

Bahkan kerajaan menanti di Malaysia. Apakah TGHH tersilap…tidak, fikir saya memujuk diri.


Maka, ada yang menyatakan: “Jika PAS bersama Umno, maka kelak akan menguntungkan Melayu-Islam. Buktinya, MCA sudah memberi amaran agar Umno tidak menerima PAS.” Demikianlah pula ilham seorang kawan yang lain.


Wah-wah…semuanya makin cerdik menganalisis dan membuat hipotesis. Saya…hanya teringat sejarah. Saya tak arif mengenai seerah nabi, tapi TGHH karang kitab seerah hingga tiga jilid.


Semasa Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya berhijrah ke Habsyah…apa agamanya Raja Najasyi? Begitu juga saat mereka berhijrah ke Madinah…apakah komposisi agama dan kaum di sana? Tidakkah wujudnya pluralisme di Madinah. Tapi Nabi tegar ke sana juga. Lalu terakam dalam sejarah, nabi menyatukan semuanya dalam satu ikatan yang bernama ‘Piagam Madinah’. Piagam yang berupa perjanjian – antara lain – antara Islam dan bukan Islam. Hm…takkah sedikit sebanyak, perjanjian yang ditandatangani oleh PAS dalam usaha membentuk PR adalah seumpama persetujuan nabi dengan non-muslim dalam Piagam Madinah? Maksud saya…adakah wajar perjanjian itu diengkari…walau atas nama apa sekali pun? Apatah lagi jika PAS yang mula mencabulinya…? Isk…amat tidak wajar sekali!


Makanya, fikir saya…atas nama apa sahaja, adalah satu kewajipan bagi PAS mempertahankan roh dan kekukuhan perjanjian itu. Tugas utama PAS bersama Pakatan Rakyat adalah memecah belahkan Umno, menggoyahkan Umno dan jika boleh menghancur-leburkan Umno. Bukankah ini doa yang selalu disebut oleh PAS. Ya…doa di dalam qunut Nazilahnya.


Maka, apakah cerdiknya idea UG ini…yang dilihat oleh ramai pihak – lebih kepada menjadi ‘talian hayat’ kepada Umno di saat mereka sudah kehilangan tabung oksigen-nya?


“Huh! Saya akan keluar PAS jika PAS nak bersama Umno!”


Inilah luahan hati seorang lelaki separuh baya yang baharu beberapa tahun menandatangani borang keahlian PAS. Itu baharu seorang meluahkan emosinya. Fikirkan jika berjuta ahli lain memikirkan perkara yang sama!

Najib Rosmah Sdn Bhd – LKY came with Hammer and Nails?

Singapore Minister Mentor Lee Kuan Yew last visited Malaysia in 1989. The architect of the current modern Singapore has never step onto the soil since then, at least officially, due to obvious reason – former Malaysia Prime Minister, Mahathir, won’t allow it. And now that Najib Razak has become the sixth prime minister, Lee Kuan Yew who has close relationship with the Razak family paid a visit to the country and his visit was front-paged by all Chinese-newspapers. As expected the old dictator Mahathir wasn’t amuse with his presence and was as sarcastic as before about the visit. The fact that Lee Kuan Yew was given the welcome carpet as if he was still the Prime Minister of Singapore really anger Mahathir who still hates the senior Lee.

Lee Kuan Yew couldn’t help but to go down the ground to smell the current political sentiment ever since the arrogant and corrupt BN (Barisan Nasional, the coalition governing the country) lost heavily in the Mar 2008 general election. You don’t think this old guy came here for the local durian, do you? He may wish that his country’s intelligence didn’t possess the “evidence” linking Najib to Mongolian beauty Altantuya, if the claim that Singapore intelligence has a file on Najib was true. After all, it’s better to work with a devil that you know than a devil you don’t. In reality senior Lee would rather work with BN than the coalition of PAS-PKR-DAP. Furthermore it’s easier to tell a guy what to do by constantly whispering “I Know What You Did Last Summer”?

But the political landscape has since changed and Singapore needs to assess the situation (in Malaysia) in preparation for a sudden political change, again. The fact that Lee’s opinion after each of his visits to some states inclusive of Penang and Kelantan was given wide coverage as if he was the Prime Minister of Malaysia carries weights. Penang Chief Minister Lim Guan Eng and the former Chief Minister (the loser) Koh Tsu Koon immediately started the blaming game after Lee commented that the Penang state infrastructure progress very little since his last visit in 1989. It’s funny that the local politicians took seriously comment by Lee Kuan Yew but did nothing when the actual taxpayer complained on the same issue.

The strangest and amazing about Lee’s visit was none other than his visit to have a four-eye talk with Najib’s wife, Rosmah. Maybe it was the satay but when it was reported that the reason he paid a separate visit to Rosmah because she and her husband worked as a team and it was necessary for him to understand both members of the team, it raised many eyebrows. On the surface it seems the country is governed by a tag-team of husband and wife – Najib and Rosmah Private Limited (or Sdn Bhd). This is laughable although has serious impact especially on the business community. The last thing investors would like to hear is their money was parked at such a risky country. Maybe Rosmah was trying to show who the actual boss was and perhaps she was wearing the “Bossini” attire during Lee’s visit to her *grin*.

Of course you can’t beat the naughty talks that Lee Kuan Yew was actually flexing his muscle now that Najib has become the most powerful person in Malaysia yet Singapore’s intelligence has sufficient, well, you know what that is, to nail the husband and wife’s balls on the public gallery. If there’s a plan to control Najib’s administration remotely from Singapore, now is perhaps the best time. And to think that Mahathir was smiling from ear to ear after he successfully removed the sleepy head Abdullah Badawi. However I bet nobody would complain if Malaysia will become as developed as Singapore under Lee’s special “advice and guidance”, minus the corruption of course. But then there would be an old man sulking till the day he rest in peace, because nobody give a damn to what he has to say after his 22-year-rule that corrupt the whole country’s administration. The senile old man will not stop and will continue to belittle “Little Emperor” Lee Kuan Yew.

Kerajaan perpaduan: Anwar yakin 'konflik' Nik Aziz-Hadi dapat diselesaikan

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan boleh diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Nik Aziz adalah pandangan peribadi.

Namun Anwar percaya pimpinan PAS akan berusaha untuk menyelesaikan isu.

"Itu pandangan beliau (Nik Aziz). Selalunya dalam sistem berpolitik sama ada dalam PAS atau Pakatan Rakyat, kita mengambil kira pandangan.

"Teguran beliau tentulah akibat daripada perasaan beberapa rakan PAS akar umbi.

"Saya ingat, beliau ada konteks berbangkit sebelum ini tapi saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dapat meleraikan isu ini dengan bijak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Nik Aziz hari ini meminta Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Semalam, Nasharudin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan Nik Aziz itu bukan bermakna wujud pergolakan dalam PAS.

Katanya, tidak wujud kekeliruan berhubung isu kerajaan perpaduan kerana PAS telah menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu melalui ucapan Presiden parti pada muktamar baru-baru ini.

"Pertama, PAS kekal dengan Pakatan Rakyat dan kedua, kemungkinan perbincangan diadakan dengan syarat Umno menjamin pilihan raya yang bebas, menghentikan tindakan zalim dan memastikan badan kehakiman bebas.

"Jadi perkara ini tidak sangat membimbangkan dari segi tafsiran kami, tak tahulah dari segi tafsiran orang lain," katanya.

Anwar berkata, Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Isnin ini akan memberi penjelasan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan.

Nizar: Saya Rela DiHalau Kerana Pertahan Perlembagaan


Ia berlaku secara spontan”, kata Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin ketika disoal mengapa beliau melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di dalam Dewan Rakyat sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dari dewan legislatif itu.

Menurut Nizar, saat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang adalah saat yang memilukan kerana dalam masa beliau mengucapkan sumpah setia mempertahan Perlembagaan Negara, ketika itu juga BN bermaharajalela di Perak.

“Kita sebagai seorang insan, mesti ada perasaan. Apabila kita megangkat sumpah mempertahan Perlembagaan, hati kita tidak boleh berasa lain – tidak boleh begitu. Apa yang berlaku hari itu adalah spontan, bukan sesuatu yang dirancang,” kata Nizar.

“Saya percaya apa yang saya lakukan hari itu adalah apa yang sepatutnya saya lakukan. Saudara tahu kenapa saya berbuat begitu. Ketika saya mengangkat sumpah setia mendaulatkan Perlembagaan dan undang-undang, Perlembagaan yang sama ini diliwat Umno-Barisan Nasional,” tegas beliau.

Nizar dan enam Ahli Parlimen lain digantung Speaker Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan mereka menyatakan protes terbuka di dalam Dewan Rakyat terhadap kudeta haram Barisan Nasional di Perak.

Mereka memakai lilitan “Bubar Dun” di kepala dan tangan masing-masing yang menjadi sebahagian daripada kempen Pakatan Rakyat memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan.

Namun sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Nizar menganjak protes hari itu dengan melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di hadapan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang dituduh sebagai dalang kudeta haram itu, kelihatan terkebil-kebil melihat Dewan Rakyat bergema dengan protes Pakatan Rakyat.

Perak diheret dalam kemelut politik berpanjangan setelah BN dituduh mendalangi rampasan kuasa dengan “membeli” tiga ADUN Pakatan Rakyat termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah.

Polis pelbagai unit dari serata negara dikerah ke ibu negeri Ipoh dan menyaksikan ratusan orang awam yang turun membantah rampasan kuasa itu ditahan termasuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Barisan Nasional melantik Setiausaha MIC Perak, R. Ganesan, sebagai Speaker Dun walaupun Ganesan bukan seorang wakil rakyat.

BN kemudiannya mengarahkan pihak polis mengheret Speaker yang sah, V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri Perak lalu mengurungnya di dalam sebuah bilik, sementara wakil-wakil rakyat Pakatan yang lain dikasari dan dicederakan.

Nizar menjelaskan hari pertama persidangan Dewan Rakyat berlangsung adalah masa terbaik untuk menyatakan protes terbuka kerana semua wakil rakyat dan khususnya Perdana Menteri Najib Abdul Razak turut hadir hari itu.

“Hari itu adalah masa terbaik untuk menunjukkan bantahan rakyat. Dimana lagi kita boleh berhadapan dengan wakil-wakil rakyat BN? Bahkan dalang rampasan kuasa, Perdana Menteri Najib Abdul Razak, tidak hadir hari ini. Jadi beritahu pada saya bila masa yang terbaik melainkan hari itu?” kata Nizar. -TVA

PPSMI Alami Krisis EPISTEMOLOGI

ISU Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diselesaikan dahulu daripada polemik mewajibkan calon lulus minimum mata pelajaran bahasa Inggeris (BI) untuk mendapat sijil lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkannya kerana subjek bahasa Inggeris yang diajar di sekolah pada masa ini tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi.

Aspek tersebut telah diajar berbanding kaedah penyampaian, ruang dan peluang penggunaan , kelas bimbingan dan sikap serta motivasi pelajar masih rendah. Lagipun perkara mustahak perancangan strategik dari aspek sumber kewangan, tenaga pengajar, kemudahan peralatan, modul yang berkesan serta menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Meskipun secara individu dan sikap saya menyokong usaha sedarap dasar penguasaan bahasa kedua yakni mana-mana bahasa dunia tetapi kita perlu insaf antara ‘kuasa bahasa’ dengan ‘komuniti bahasa’ memerlukan cara epistemologi yang betul dan matlamat yang benar dan telus. Sebagaimana dasar PPSMI yang alami krisis epistemologi, iaitu batasan sesuatu pengetahuan perlu kajian empirikal agar tidak hadapi kegagalan dan diusir rakyat dalam pilihan raya apabila dasar baharu yang dirangka dan dilaksanakan kelak.

Apa yang lebih penting tentang penguasaan bahasa Inggeris menjadi wajib lulus SRP dan SPM bukan syarat lulus untuk mendapat sijil SPM. Dengan demikian pelajar rendah dan menengah rendah kembali belajar asas bahasa melalui English Book One dan English Book Two keluaran Oxford of London sebagai bahan pembelajaran untuk mengenal dan memahami penggunaan nahu bahasa Inggeris

Manusia yang berpaksikan ilmu dapat membezakan antara akal budi, hakikat atau ilusi, sejarah, peristiwa dan cerita atau berita kerana ilmu lebih bermakna jika dapat diterjemahkan dalam kebokrokan dunia tanpa sempadan ini. Manusia yang berilmu disulami nilai kesopanan dan kesusilaan menjadi sendi budaya masyarakat dan merupakan elemen penting untuk mewujudkan kestabilan negara.

Sebaliknya orang yang bijaksana dan professional serta kaya raya tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh akan merosakkan tamadun dan nilai sosiobudaya tempatan. Kemajuan dan kesejahteraan hidup tidak bergantung pada rekayasa teknologi dan ekonomi semata-mata. Seharusnya agama, kekuatan akhlak, etika, dan kebudayaan sebagai benteng rasuah dan batasan keangkuhan.

Kita mudah lupa bahawa bahasa Melayu itu telah menjadi bahasa agama yakni bahasa dakwah melalui tazkirah, khutbah dan tarbiyah, sejak zaman dahulu kala. Bahasa agama ini menjadi wahana dakwah yang dapat membina pemikiran generasi moden dan berupaya melangsungkan tugas tradisinya menunjangi akidah, mengisi jiwa dan membina kemajuan setara.

Kuasawan yang menyekat penguasaan ilmu melalui bahasa asing menandakan wujud krisis epistemologi dan sikap serakah dalam kalangan pemimpin politik Melayu yang menghalang usaha pengembangan Islam di rantau ini malah wujud diskriminasi terhadap bangsa dan agama sendiri.
Inilah yang perlu diruntuhkan melalui pelbagai teknik dan strategi kurikulum dan ko-kurikulum bukan dengan vakum dan akuarium pelajar dengan dasar PPSMI dan subjek wajib lulus bahasa Inggeris dalam masa singkat.

Masyarakat menentangnya kerana kualiti dan komposisi pelajar berbeza-beza. Malah elemen pengajaran dan pembelajaran, pelajar dan guru luar bandar tidak setara dengan pelajar bandar khususnya sekolah desa dan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Keutamaan menangani isu PPSMI perlu terminal kukuh daripada isu baru yang menjadi sisipan atau isu berbingkai yang tersasar daripada tema. Sebagaimana menangani isu pendidikan melalui prinsip KESEPADUAN, iaitu intelek, emosi, rohani dan jasmani dan prinsip PEMBINAAN INSAN, iaitu berilmu, berkemahiran, berfikir kreatif dan kritis, akhlak dan jati diri telah jelas dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Mungkinkah Falsafah Pendidikan Negara masih relevan menjadi rujukan pelaksanaan dan pengisian sistem pendidikan negara. Malahan prinsip ‘MERENTAS’ semua aspek kurikulum baik bahasa, nilai murni, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, malah menjadi teras sistem pendidikan bersepadu bukan sebagai dokumen dan fail dokumentasi. Sebaliknya penguasa sistem pendidikan negara di pelbagai sektor mengaplikasikan tema tersebut kerana melibatkan sejumlah pemikir, waktu, tenaga dan biaya yang cukup besar suatu ketika dulu.

Selanjutnya usul PPSMI minta dimansuhkan oleh perwakilan PAS Rembau, Taufik Abdul Ghani dan diluluskan sebulat suara oleh 1000 perwakilan di mukhtamar PAS ke-55 di di Stadium Malawati , Shah Alam dan kes pelaksanaannya disebut di mahkamah kelak menjadi isu khalayak yang cinta akan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu menjadi fasal menarik dalam kerangka isu negara yang belum selesai.

Perbahasan hangat menggodam Datuk Seri Hishammuddin Hussein mantan Menteri Pelajaran yang kini beralih kementerian Dalam Negeri. Meskipun dasar itu dibuat setelah setahun pelaksanaannya hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 ketika Musa Mohamed selaku menteri yang dilantik senator oleh Tun Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri yang menjadi pelopor dasar kontroversi .

Perwakilan mempersoalkan tentang banyak wang rakyat, dibelanjakan yakni kerajaan menyediakan peruntukan hampir RM5 bilion dalam tempoh tujuh tahun (2002-2008) dalam belanjawan 2003 dan anak bangsa menjadi mangsa dengan purata 500,000 orang murid mendaftar darjah satu bermakna sehingga 2009, 3.5 juta pelajar sekolah rendah.

Kos yang besar telah digunakan semata-mata sikap rakus dan lupa bahawa mereka telah menggadai dan mempertaruhkan nasib anak bangsa demi memuaskan kehendak segelintir pemimpin Umno tanpa akar dan menjiwai ‘bahasa sendi tamadun bangsa Malaysia’.

Sementara kes saman pelaksanaan dasar PPSMI oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan beberapa pimpinan PAS Perak pada tahun. 2004 setelah setahun dasar ini dilaksanakan akan didengar di mahkamah. Dasar kononnya keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Mungkinkah saman yang tertunggak sejak 2008 akan didengar buat pertama kali pada 25 Jun ini di mahkamah tinggi. Saman itu dibuat atas keputusan kerajaan sebaik meluluskan PPSMI, melalui pekeliling 11/2004 kepada Sekolah Kebangsaan dan SK Jenis Kebangsaan Tamil memaksa pengajaran Sains dan Matematik dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Namun dalam satu lagi sekular 12/2004 yang dihantar kepada SK Jenis Kebangsaan Cina pula, memutuskan mereka boleh mengajar PPSMI dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin.

Dalam saman itu, kerajaan persekutuan, menteri pelajaran dan ketua pengarah pelajaran Malaysia dinamakan sebagai responden didakwa melanggar beberapa peratutan antaranya perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, dan Akta Bahasa Kebangsaan.

Sementara Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 telah menetapkan asas Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum serta bahasa pengantar utama yang selayaknya menjadi bahasa ilmu.

Malah Akta Pendidikan 1996 memperakui bahawa kemajuan negara dapat dicapai melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama serta menggunakan satu bentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama.

Dasar PPSMI menjadi rujukan generasi depan bahawa rakyat yang tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan akan dibawa ke mahkamah. Ini bukan soal menang atau kalah tetapi imej kerajaan dan parti pemerintah malah kepercayaan rakyat terhadap suatu dasar yang dirangka tidak menjamin kesejahteraan rakyat.

Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin mendepani isu apabila tidak berpuas hati dengan laporan persidangan enam meja bulat lalu dan mengemukakan syarat lulus bahasa Inggeris untuk memperoleh sijil SPM telah memberi peluang mendapatkan reaksi rakyat.

Inilah ruang kuasawan merencanakan pembinaan generasi muda yang berilmu, berketrampilan tinggi dan bersahsiah luhur selaras dengan usaha menjadikan 1 Malaysia dan negara bangsa.

Justeru, sistem pendidikan bukan makmal uji kaji atau agenda parti tetapi medan melahirkan umat dan masyarakat yang maju seiring globalisasi dengan mencintai tuhan dan mengamalkan cara hidup bercirikan tamadun ‘Malaya’ yakni topografi yang bertanah tinggi dan demografi pelbagai agama, suku kaum,
budaya dan aneka bahasa serta dialek.

Sekian. Terima kasih.

HAJI ZULKEFLEE HJ YAACOB
Kota Bharu,
Kelantan.

Pakatan Rakyat ~ Agenda Rakyat Dikesampingkan



OLEH Antikusut

Hari ini sudah lebih 465 hari Pakatan Rakyat mentadbir 4 buah negeri
yang pada asalnya kemenangan yang penuh gembira disambut di 5 buah
negeri sehinggalah tragedi malang yang menimpa negeri Perak Darul
Ridzuan.

Banyak hal-hal yang merungsingkan dan menyemakkan kepala otak telah
terhidang dan dengan penuh harapan untuk dijadikan santapan istimewa
untuk pendokong dan pejuang Pakatan Rakyat. Semuanya perlu dikunyah
dan ditelan terutamanya mereka-mereka yang berada di bawah yang telah
menaruh berjuta harapan kearah kebaikan dan kesejahteraan

Mereka-mereka yang diatas terus menggila !!! Terus menerus mengejar
populariti, mengwar-warkan segala jenis program dan perancangan,
berebut status dan pangkat, tuding menuding serta salah menyalahkan
dan rakyat marhaen sentiasa di suruh akur dan bersabar.

Tanahairku yang tercinta.. ku sematkan harapan untuk melihat
lahirnya pemimpin yang benar-benar jujur dan ikhlas mungkin terpaksa
ku lupakan. Semakin hari pemimpin pilihan semakin hilang arah dan
akhirnya agenda untuk rakyat semakin pudar dan telah tidak kelihatan.

Kedah Bercelaru

Semalam kita dikejutkan dengan kehampaan sebilangan besar penjawat
jawatan Ketua Komuniti yang telah dinafikan hak mereka. Dimanakah
janji-janji yang ditaburkan untuk mereka ?. Khidmat mereka ditagih dan
dituntut untuk menjanakan agenda rakyat namun pentabiran negeri Kedah
dibawah Pakatan Rakyat seolah-olah lupa apa yang sewajibnya mereka
lakukan. Dimanakah Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua ?

Silapnya dimana ? adakah kelemahan PAS, PKR ataupun DAP yang bergelar
YB Pakatan Rakyat yang tidak searah dalam menetapkan halatuju untuk
rakyat.

Ungkapan yang sering dilaung-laungkan ialah Kedah adalah negeri
miskin, banyak hutang dan kerenah birokrasi dari kerajaan pusat
sentiasa dijadikan alasan. Tidak malukan kalian-kalian semua sentiasa
hidup dalam beralasan ? Lupakah kalian semua kerana alasan-alasan
tersebutlah yang membolehkan rakyat bawahan membuka mata untuk
menyokong kalian pada 8hb Mac 2008 agar sesuatu yang lebih baik dapat
dilaksanakan.

Pelbagai projek yang tidak terlaksana termasuk juga didalam
perancangan mungkinkah akan berterusan akan mengalami kegagalan
seperti mana projek ternakan lembu dan yang akan datang datang
penanaman tomato.

Kecelaruan dan tidak sekata antara PAS dan PKR akan terus dapat
diperhatikan bilamana ada suara-suara sumbang menyatakan ahli-ahli PKR
dianaktirikan kerana PAS lebih mengutamakan ahli-ahli termasuk dari
Kelab Penyokong PAS. Sehinggakan dikatakan Batu 9 lebih menguasi
pentadbiran negeri Kedah berbanding keputusan-keputusan yang dibuat
melalui mesyuarat Exco.

PKR Kedah pulak semakin menunjukkan kelemahan terlalu berlembut dengan
PAS dalam beberapa isu :-

a) Kes YB Arumugan.
b) Pemilihan YB Manikumar yang dikatakan didalangi oleh pihak tertentu
c) Penganugerahan pingat kebesaran
d) Penyaluran projek-projek.
e) Penganugerahan GLC
f) Peruntukkan tahunan untuk YB-YB dari PKR

PAS, PKR Kedah dan Halatuju

Satu kegemparan telah dilakukan oleh ahli-ahli PAS semasa Muktamar
baru-baru ini dan semakin hari ungkapan Kerajaan Perpaduan (UG)
dicanang-canangkan. Rakyat bawahan semakin susah untuk memahami apa
yang tersirat dan tersurat.

Kongress Khas Nasional 2009 PKR pula memperlihatkan sesuatu yang luar
biasa tetapi hilang arahtuju bilamana perlembangaan seolah-olah untuk
memberi kelebihan kepada pihak-pihak tertentu.

Halatuju dan janji-janji yang ditaburkan semasa PRU12 semakin jauh
untuk digapai kerana pihak-pihak atasan hanya berusaha untuk
melepaskan dan mencari keuntungan untuk diri masing-masing.

YAB Dato’ Seri MB seharusnya lebih berusaha untuk meningkatkan
kesejahteraan rakyat negeri Kedah. Amatlah malang apabila kita
didengarkan tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat bawahan yang
rumah mereka dirobohkan dan penternakkan babi diberi perlindungan. YB
Dato (Melayu) dari PKR dikhabarkan menjadi pengerusi rumah sembelihan
babi.... hebat sungguh keputusan yang dilakukan.

Isu-isu yang sensitif sewajibnya ditangani dengan penuh berhemah dan
bijaksana. Tetapi malangya YB-YB yang dipilih masih tidak reti atau
cerdik untuk mencari jalan penyelesaian. Tidak mungkin Pakatan Rakyat
mampu bertahan sehingga 50 tahun sepertimana BN kerana rakyat bawahan
sebenarnya ramai yang lebih cerdik dan pintar dari YB-YB sekalian.

PAS Batu 9 (Hanya Gelaran)

Janganlah cuba menjadi jaguh dan befikiran sempit serta menganggapkan
segala keputusan dari kalian semua adalah yang terbaik. Berilah
peluang kepada YB-YB Pakatan Rakyat membuat keputusan tanpa
dipengaruhi oleh agenda-agenda kalian. Mereka-mereka ini dipilih oleh
rakyat pelbagai lapisan dan sebarang keputusan yang salah akan
menyusahkan seluruh rakyat negeri Kedah.

PKR Negeri Kedah

Terlalunya berlembut dan mungkin juga ada keputusan yang menguntungkan
pihak atasan pentadbiran telah menyebabkan hilangnya arah tuju dan
terbantutnya perlaksanaan agenda untuk rakyat. Kamu boleh berbangga
dengan anugerah dan pingat yang diberikan tapi mata ahli-ahli PKR
bawahan melihat bahawasanya kalian semua masih belum mampu untuk
dibanggakan sebagai pemimpin.

"TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA, BURUK PADAHNYA"

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz tepat lagi jitu dan maka pada sesiapa yang berkenaan terutama Timbalan Presiden PAS yang menyambut baik cadangan Presiden UMNO ini perlulah keluar dari PAS dan meletak jawatan sebagai ahli parlimen di Bachok.

Dan jika berasakan nasihat Mursyidul Am PAS itu tidak dapat dipatuhi maka berhentilah berbincang mengenai kerajaan perpaduan.

Inilah kali pertama Tok Guru marah sungguh dengan kepimpinan PAS baru yang dilantik. Manalah tak marah....suruh pemuda pakatan tutup mulut...tup tup ada pulak hamba Allah yang sengal atau tak faham bahasa, mengeluarkan kenyataan yang mungkin menyinggung perasaan tok guru dan kepimpinan tertinggi di dalam pakatan rakyat.

Beginilah manusia....dulu bila bertanding kalah selalu....dengan izin PAS Kelantan, diberikan kerusi selamat di Bachok melawan Awang Adek. Mula-mula nampak bersemangat dengan Pakatan Rakyat tapi sekarang mahu membelot dan membelakangi nasihat Mursyidul Am PAS.

Apabila isu ini dibangkitkan...ada yang tak puas hati tapi kalau tak diselesaikan sekarang masalah yang kecil akan menjadi besar. Kalau sudah rasa diri itu kuat sangat...keluar dan tinggalkan pakatan rakyat.

Tak dinafikan PR masih muda tetapi masih lagi suci ibarat bayi yang dilahirkan berusia setahun dua, tetapi UMNO parti tua, umur sudah lebih 50 tahun tetapi perangai tetap sama, maka bagaimanakah caranya untuk berpadu dengan parti tua yang sudah mamai dan nyanyuk diusianya.

Tok Guru sudah lama berjuang maka asam garam dan tipu helah UMNO sudah boleh dibacanya.
Ibarat kita benci kan komunis kerana kezaliman kan keganasannya, begitu jugalah UMNO.

Pesanan cuma satu, 'JANGAN MENYESAL KEMUDIAN HARI SUDAHLAH'.

Cuba renung-renungkan nasib pemimpin dari PKR dan PAS yang melompat ke UMNO.
Apa jadi pada mereka sekarang, tak lebih seperti anjing kurap yang menagih simpati di tepi jalan.

"TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA, BURUK PADAHNYA"

Muktamar khas PAS redakan isu k'jaan perpaduan

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan cadangan kerajaan
perpaduan kerana ia satu isu yang besar.

"Ini perkara besar dan baru, tidak boleh buat begitu sahaja... kena bawa ke peringkat akar umbi melalui muktamar khas.

"Bila muktamar khas sudah bersetuju, baru kita boleh laksanakan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau juga berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka memberikan penerangan secara terperinci kepada pemimpin-pemimpin parti itu berhubung cadangan berkenaan.

"Kita tunggu presiden pulang dari luar negara. Insya Allah, selepas
diberikan penerangan, kita bersedia turun padang menjelaskan mengenai perkara itu," kata Harun, yang baru dilantik pesuruhjaya PAS Terengganu.

Hari ini, dengan gaya penentangannya, mursyidul am PAS menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan tersebut dan juga melepaskan kerusi parlimen Bachok.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan rasa kesalnya terhadap kenyataan Nasharuddin semalam yang menyambut kesediaan perdana menteri untuk berbincang berhubung isu tersebut.

Bercakap selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan, menteri besar itu mengulangi penegasannya bahawa isu kerajaan perpaduan dibawa "boneka Umno" dalam partinya dan satu agenda BN untuk memecah-belahkan PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media yang sama, Harakahdaily.net pula melaporkan, beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang didakwa memutar belit kenyataannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," Nik Aziz dipetik berkata.

Dengan tajuk berita 'Boneka UMNO' nasihat awal - Nik Aziz', harian tersebut melaporkan Nik Aziz dipetik berkata "boneka Umno" hanya nasihat awalnya dan perlu didengar oleh pemimpin lain PAS.

Nik Aziz bagaimanapun menyifatkan berita itu "ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri", lapor akhbar web itu lagi.

"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam' diterbitkan semalam.

Nizar – Rakyat’s MP, heart and Soul

Just wanna highlight Nizar’s words when asked why he did what he did in parliament on his first day (also Jibby’s first day on his dream PM seat btw)… also tell all those who brand his action as “mindless rebellion” to KISS MY ASS.

There he was, reading out a pledge to uphold the laws embodied in the Federal Constitution which was, ironically, drafted by mostly Umno pioneers themselves and yet, his home state of Perak has been engulfed by a crisis started by the said party itself.
“I am a human being. When I held my right hand up to swear in, with the deepest part of my heart, I pledged that I would serve and uphold the Constitution. (And at that time), I spontaneously shouted out Bubar DUN (Dewan Undangan Negeri or state assembly) Perak.”

Bukit Gantang, Perak, Malaysia… we are lucky to live in Nizar’s time.

How many others do we know in public office conjures such touching, heart-wrenching honesty, dignity and righteosness??

How many MPs and Aduns truly feel, think, mean the words when they swear into office like Nizar did??

Heart and Soul… a decent human being, a true leader…. NIZAR!!!!!

ROSMAH MANSOR BETINA PUAKA...!!! PART 3

SILA KLIK TAJUK

UMNO CHERAS SEDIA TERIMA NASHARUDDIN...KAN DAH KATA UMNO SEDIA DENGAN PERANGKAPNYA...!!!! KENAPA PAS TAK FAHAM2 LAGI...111

Memang telah diduga. Umno akan sentiasa menunggu umpan dikailnya di makan. Walaupun kenyataan Mursyidul Am Pas yang mahukan Ustaz Nasha keluar dari Pas serta dari MP Bachok SEKIRANYA Ustaz Nasha ingin bersama Kerajaan Perpaduan bersama Umno adalah satu kenyataan berunsur AMARAN dari seorang Mursyidul Am, tetapi Syed Ali Al-Habshee Ketua Umno Bahaian Cheras telah mula merasa seronok. Apakah Ustaz Nasha berselera dengan Umno? Itu kita belum tahu, cuma kita inginkan satu penjelasan muktamad dari Ustaz Nasha bahawa tiada Kerajaan Perpaduan.

Ketua Umno Bahagian Cheras di dalam blognya berkata Umno bahagian itu sedia menerima Ustaz Nasha menjadi ahli Umno. Isu Kerajaan Perpaduan kini berada di kemuncaknya dan Mursyidul Am Pas telah mula lantang mengeluarkan pendapatnya selaku Mursyidul Am. Apakah MB Kelantan ini tidak suka kepada perpaduan umat? Sudah tentu tidak, kerana di bawah pentadbirannya di Kelantan, usaha untuk menyatupadukan rakyat tidak mengira bangsa, ugama dan parti giat dijalankan. Hasilnya, Pas semakin kuat di Kelantan dan semua rakyat di Kelantan hidup dengan aman dan makmur. Ini membawa maksud, tanpa Umno penyatuan Melayu boleh dicapai. Tanpa Umno juga, Islam boleh dikembangkan.

Sejarah lampau banyak mengajar Pas tentang perpaduan bersama Umno. Pas pernah ditendang keluar dari Umno, dan Pas juga pernah `diceraikan' oleh rakannya Parti Melayu Semangat 46 apabila parti tersebut menyertai Umno. Bahkan, pemimpin Kanan Pas sendiri Ustaz Nakhaie menyertai Umno. Apakah kesemuanya itu boleh menyatupadukan umat? Perpaduan hakiki hanya boleh dicapai melalui ajaran Al-Quran, apakah Umno bersedia untuk menerima Al-Quran sebagai panduan untuk merealisasikan perpaduan ini? Timbul persoalan, mengapa Pas sanggup bersama dengan PKR dan DAP di dalam PR?

Persepakatan Pas dengan PKR dan DAP juga bukan persepakatan mutlak. Persefahaman di dalam PR juga mempunyai syarat-syarat tertentu yang di antaranya semua parti di dalam gabungan tersebut mestilah sentiasa menghormati prinsip dan dasar parti masing-masing. Jangan ada penentangan terhadap dasar parti oleh parti yang lain. Tumpuan ketiga-tiga parti di dalam PR ini juga adalah terarah kepada perkara yang perlu diperjuangkan bersama seperti menolak amalan rasuah, kezaliman, kebebasan media, kehakiman, kedaulatan undang-undang dan beberapa perkara yang semakin rosak di bawah kerajaan Umno/Bn sekarang. Tidak masuk di akal oleh kita, bagaimana mungkin Pas boleh memperjuangkan semua isu ini sekiranya Umno dijadikan rakan sepakat mereka. Lihatlah siapa pemimpin Umno sekarang di semua peringkat. Lihatlah betapa Umno masih segan atau tidak mampu memisahkan perasuah dari kepimpinan mereka. Apakah jika Pas bersama dan berpakat dengan Umno, maka Pas berupaya mengatasi masalah-masalah tersebut? Bagaimana dengan isu di Perak, bagaimana pula tentang jenayah yang berlaku terhadap Altantuya? Dan, banyak lagi.

Oleh yang demikian, pada pendapat saya Mursyidul Am Pas telah mengeluarkan kenyataan yang amat tepat, bijak dan berpandukan kepada sejarah silam serta keadaan semasa. Betapa sayangnya beliau kepada Ustaz Nasha sekalipun sudah tentu tidak dapat melebihi cinta, kasih dan sayangnya Mursyidul Am ini kepada Pas. Apakah Mursyidul Am mempunyai kepentingan peribadi apabila menentang Kerajaan Perpaduan ini? Tidak masuk akal, kerana beliau tidak akan bermimpi untuk menjadi PM dalam waktu usia sekarang tambahan pula keadaan kesihatannya. Sedangkan jawatan MB Kelantan yang dipegangnya beberapa penggal ini pun sudah mula dirasakannya perlu dilepaskan. Beliau tiada hasrat dan cita-cita lain melainkan inginkan Pas menjadi satu parti yang akan menggantikan Umno memerintah negara ini walaupun pada ketika itu mungkin beliau telah kembali ke alam yang lain.

Selaku seorang ayah, apabila anak tidak mendengar kata setelah diberikan teguran secara baik, dijerkah, akhirnya ayah terpaksa menggunakan rotan untuk mendidik anak kesayangannya. Bagi saya, Ustaz Nasha adalah anak kesayangan Mursyidul Am kerana itulah beliau sanggup mengenepikan beberapa calon anak jati Kelantan yang layak di Bachok dan merestui Ustaz Nasha sebagai MP Bachok. Pengorbanan seorang ayah dan kasih sayangnya perlulah disanjungi oleh seorang anak. Tiada ayah yang sanggup melihat anaknya terbiar dan tersesat jauh dipengaruhi oleh dunia luar yang terlalu banyak bahaya, mudharat dan risikonya. -wfauzdin

Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan

Wan Abdul Rahman Wan AB Latif

SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.

Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.

Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti.

Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.

Takrifan dan latarbelakang sejarah

Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara."

Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.

Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.

Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.

Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.

Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara.

Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.

Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik.

Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain.

Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet.

Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.

Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan "kerajaan perpaduan" sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.

Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.

Halangan ke arah pencapaian

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.

Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini.

Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS

Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut: Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition.

Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.

Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip 'pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif'.

Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.


Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.

Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan. - mks.

(Penulis adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP). _

Nizar harap segera peroleh penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mempersoalkan kelewatan Mahkamah Persekutuan menyediakan penghakiman bertulis kepadanya berhubung keputusan status Menteri Besar Perak yang memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bulan lalu.

Beliau berkata, kelewatan memperoleh penghakiman bertulis telah menyebabkan pihaknya terpaksa menangguhkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Keputusan Mahkamah Rayuan untuk buat penghakiman sungguh cepat. Kita juga alu-alukan supaya alasan itu dikeluarkan cepat tapi sehingga hari ini, ulasan itu tidak kelihatan," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pada 22 Mei lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu yang memihak kepada Mohammad Nizar.

Mohammad Nizar berkata, peguam beliau telah menghantar surat kepada ketiga-tiga hakim tersebut dan satu salinan kepada setiausaha masing-masing untuk mendapatkan salinan penghakiman bertulis itu, namun masih gagal mendapatkannya.

Beliau berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan itu pada minggu ini walaupun tanpa penghakiman bertulis tersebut memandangkan tempoh 30 hari untuk melakukannya akan tamat Isnin ini.

"Kita terpaksa membuat permohonan pada minggu ini walaupun tiada alasan."Bayangkan bagaimana kami hendak merangka soalan-soalan tanpa merujuk kepada mana-mana alasan (dalam penghakiman bertulis)," katanya.

Sementara itu, Mohammad Nizar turut meminta satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca krisis politik Perak.

"Kita minta kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat kes rampasan kuasa di Perak kerana kami sebenarnya hendak tahu kalau ada kena mengena dengan rasuah.

"Kita nak tahu siapa rasuah siapa supaya ia tidak berlaku di mana-mana lagi pada masa akan datang," katanya.

Laungkan "Bubar DUN": Saya buat apa yang patut, kata Nizar


Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tindakan beliau melaungkan perkataan "Bubar DUN" Perak sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kelmarin adalah reaksi spontan yang tidak langsung dirancang.

Bagaimanapun kata beliau, apa yang dilakukan sebaik mengangkat sumpah adalah "apa yang patut dibuat."

Beliau berkata, ia adalah reaksi yang meluahkan perasaannya serta seluruh rakyat Perak berhubung krisis politik yang melanda negeri itu pada masa ini.

"Ia merupakan satu situasi spontan yang membawa kesan luar biasa.

"Sebagai seorang yang mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan, tidak boleh kalau dalam hati rasa lain.

"Apa sahaja yang saya kata dan percaya dalam hati, ia perlu seiring," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Dewan Rakyat kecoh selepas Mohammad Nizar melaungkan perkataan "Bubar DUN" Perak sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Beliau dan enam lagi Ahli Parlimen Pakatan iaitu Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (PAS-Kuala Krai) telah diarah keluar Dewan dan digantung sidang selama dua hari kerana melanggar peraturan Dewan selepas kesemua mereka enggan menanggalkan lilitan bertulis "Bubar DUN".

Mohammad Nizar berkata, saat tersebut adalah peluang keemasan untuk beliau melaungkan perkataan itu kerana semua menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berada di dalam Dewan.

"Ia adalah peluang keemasan. Ketua yang merampas Perak tidak ada hari ini, jadi bila lagi masa yang terbaik.

"Saya percaya apa yang saya buat adalah apa yang saya patut buat," katanya.

Sementara itu, Ngeh meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf atas tindakan beliau menghalau mereka keluar kerana katanya, tidak ada peruntukan khusus yang menyatakan lilitan seperti yang dipakai mereka Isnin lalu adalah menyalahi peraturan Dewan.

"Speaker Parlimen tidak ada hak menghalau kami keluar kerana tidak ada dalam perintah tetap Parlimen di mana Speaker ada kuasa menggantung kami kerana memakai lilitan itu," katanya.

Laungkan "Bubar DUN": Saya buat apa yang patut, kata Nizar Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tindakan beliau melaungkan perkataan "Bubar DUN" Perak sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kelmarin adalah reaksi spontan yang tidak langsung dirancang.

Bagaimanapun kata beliau, apa yang dilakukan sebaik mengangkat sumpah adalah "apa yang patut dibuat."

Beliau berkata, ia adalah reaksi yang meluahkan perasaannya serta seluruh rakyat Perak berhubung krisis politik yang melanda negeri itu pada masa ini.

"Ia merupakan satu situasi spontan yang membawa kesan luar biasa.

"Sebagai seorang yang mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan, tidak boleh kalau dalam hati rasa lain.

"Apa sahaja yang saya kata dan percaya dalam hati, ia perlu seiring," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Dewan Rakyat kecoh selepas Mohammad Nizar melaungkan perkataan "Bubar DUN" Perak sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Beliau dan enam lagi Ahli Parlimen Pakatan iaitu Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (PAS-Kuala Krai) telah diarah keluar Dewan dan digantung sidang selama dua hari kerana melanggar peraturan Dewan selepas kesemua mereka enggan menanggalkan lilitan bertulis "Bubar DUN".

Mohammad Nizar berkata, saat tersebut adalah peluang keemasan untuk beliau melaungkan perkataan itu kerana semua menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berada di dalam Dewan.

"Ia adalah peluang keemasan. Ketua yang merampas Perak tidak ada hari ini, jadi bila lagi masa yang terbaik.

"Saya percaya apa yang saya buat adalah apa yang saya patut buat," katanya.

Sementara itu, Ngeh meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf atas tindakan beliau menghalau mereka keluar kerana katanya, tidak ada peruntukan khusus yang menyatakan lilitan seperti yang dipakai mereka Isnin lalu adalah menyalahi peraturan Dewan.

"Speaker Parlimen tidak ada hak menghalau kami keluar kerana tidak ada dalam perintah tetap Parlimen di mana Speaker ada kuasa menggantung kami kerana memakai lilitan itu," katanya.

Kerajaan perpaduan: Nik Aziz mahu Timbalan Presiden keluar PAS

KOTA BAHRU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa keluar parti itu dan sertai Umno ekoran isu perbincangan kerajaan perpaduan PAS-Umno-BN.

Roda kereta Firaun di Laut Merah?

Oleh IBRAHIM ABDULLAH

MASIH ramai yang ingat kisah mukjizat Nabi Musa a.s membelah Laut Merah dengan tongkatnya ketika dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Kini penyelidikan telah membongkar rahsia ajaib tersebut.

Seorang arkeologi Ron Wyatt, akhir tahun 1988, menyatakan dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah


Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di laut itu sewaktu digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.

Selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.

Penemuan ini tentunya semakin memperkuat dakwaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentera Firaun yang tenggelam di Laut Merah.

Di samping itu, hasil ujian di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan, mengesahkan adanya struktur dan kandungan beberapa tulang berusia sekitar 3,500 tahun silam, di mana sejarah, kejadian pengejaran dalam kurun waktu yang sama.

Adalah suatu hal yang menarik, yang juga berhasil ditemukan iaitu roda salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang. Sehingga waktu ini bentuk aslinya sangat sukar untuk dilihat secara jelas dan nyata.

Mungkin Allah SWT sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada para nabi-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan cerita dongeng.

Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan empat jeriji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta yang ditunggangi oleh Firaun.

Pada bahagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli, kira-kira di situlah lokasi di mana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.

Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900m di sisi ke arah Arab.

Sementara itu, di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1,500 meter.

Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 darjah, dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.

Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1,800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan, berapa gaya (tenaga) yang diperlukan untuk membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1,800 meter untuk membolehkan ratusan ribu pengikut Nabi Musa melaluinya.

Tujuh kilometer

Menurut tulisan lain dikatakan jaraknya mencapai tujuh kilometer, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600,000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberangi sekitar empat jam.

Kajian sebuah perhitungan, dianggarkan diperlukan tekanan sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.

Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa perhitungan, sekurangnya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan malar 30 meter/detik (180 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu empat jam.

Sungguh aneh dan ajaib ciptaan Allah SWT. Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Firman Allah bermaksud: Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami, Kami menyeksa mereka, iaitu Kami menenggelamkan mereka semuanya di laut hingga binasa. Maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian. (az-Zukhruf: 55-56).

Menurut pendapat lain, kata yang diterjemahkan sebagai Laut Merah (Red Sea) sebenarnya adalah Laut Alang-Alang (Sea of Reeds). Kata ini dikenal sebagai Laut Merah, namun Laut Alang-Alang sebenarnya digunakan untuk merujuk kepada pantai Laut Tengah di Mesir.

Dalam Perjanjian Lama, ketika menyebutkan jalur yang diambil oleh Nabi Musa dan para pengikutnya, ia terletak di utara Delta Nil di pantai Mesir.

Sebagai implikasinya Laut Alang-Alang mendukung kemungkinan bahawa kejadian tersebut terjadi di pantai Mesir, kerana di daerah ini sesuai dengan namanya, banyak tumbuh alang-alang berkat tanah lumpur delta.

Pendapat majoriti terkini mengenalpasti Laut Merah dalam Eksodus sebagai sebuah laguna di pantai Laut Tengah yang terletak di sebelah utara delta di sekitar Semenanjung Sinai.

Al-Quran menggambarkan saat-saat terakhir kehidupan Firaun sebagai berikut: Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas mereka, hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia: "Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah). (Yunus: 90).

Namun apa yang diucapkan oleh Firaun telah terlambat, pintu taubat telah tertutup. Pengakuannya menjadi sia-sia sahaja, walaupun ia mengakui menyerah diri kepada Allah SWT.

Pengikut-pengikut Firaun, sebagaimana Firaun sendiri, juga menerima bahagian hukuman mereka. Ini kerana bala tentera Firaun adalah orang yang angkara murka dan penuh kebencian.

Seperti halnya Firaun, mereka pun wajar menerima hukuman dari Allah. Maka Allah pun melemparkan Firaun dan bala tenteranya ke dalam dasar laut.

Firman Allah bermaksud: Dengan sebab itu, Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut, maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. (al-Qasas: 40)

Libatkan PKR, DAP dalam k'jaan perpaduan

Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.

Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali.

Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bantahan terhadap cadangan kerajaan perpaduan juga muncul dalam PAS, khususnya Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mustafa mengumumkan sikap terbaru PAS dalam satu sidang media khas bagi menjawab kenyataan Najib, yang juga perdana menteri, semalam yang menyatakan beliau percaya parti Islam itu ikhlas untuk berbincang.

Malaysia-China: Najib mahu "bergerak lebih pantas dan jauh"

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu "bergerak lebih pantas dan jauh" dalam membangunkan hubungan dua hala Malaysia dengan China.

Beliau berkata Beijing meletakkan kedudukan amat tinggi daripada segi pertimbangan dasar luar Kuala Lumpur dan lawatan ke negara itu baru-baru ini, yang pertama di luar Asean sejak mengambil alih kepimpinan negara, menekankan kepentingan strategik China kepada Malaysia.

Dalam konteks hasrat beliau untuk "bergerak pantas dan jauh", Najib berkata beliau mahu melihat lebih ramai rakyat China melawat Malaysia untuk membolehkan negara ini lebih dikenali di kalangan rakyatnya di samping mempunyai pemahaman lebih baik tentang Malaysia.

Najib melawat China awal bulan ini sempena ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik Malaysia dengan negara itu, apabila Perdana Menteri Kedua Malaysia yang juga ayahandanya allahyarham Tun Abdul Razak melawat China pada 1974, menjadikan Malaysia sebagai negara Asean pertama mengadakan jalinan diplomatik dengan China.

"Ia bukan sekadar mengikut jejak langkah (ayahanda saya). Saya mahu bergerak lebih pantas dan jauh (dalam membangun hubungan Malaysia-China)," kata Perdana Menteri dalam satu rancangan bual bicara rangkaian televisyen China, CCTV's "Toptalk" yang disiarkan oleh Astro Awani malam tadi.

Kenapa Mesti Takut?

Dua tiga hari selepas muktamarPAS bising pasal isu pengharaman Sister In Islam(SIS). Maka berjela lah hujah perwakilan PAS mengapa SIS perlu diharamkan. Lalu usul tersebut diterima dengan sebulat suara. Tak payah debat-debat dan berhujah lagi kebanyakan ahli parti PAS tahu siapa SIS dan memang tidak setuju dengan apa yang diperjuangkan oleh SIS.

Malangnya, terdengarlah gegak gempita di kiri dan kanan. PKR membantah, DAP menghalang. Ini keterbukaan. Mengharamkan NGO bukanlah budaya kita. Maka serba salahlah pemimpin-pemimpin PAS. Yang mana nak buat ini, teruskan niat atau diamkan saja. Namun dalam pada itu sempat juga mufti Perak yang dah berbakul-bakul dikutuk dan dihina oleh penyokong PAS memberikan sokongan akan usaha ini. Namun mengambil pendekatan yang bijak dengan menyuruh dilakukan siasatan terlebih dahulu.

Malang seribu kali malang. Pejuang-pejuang Islam ini akhirnya tunduk dengan tekanan keadaan. Kerana terlalu ramainya yang menentang diharamkan SIS termasuklah mantan PM yang sedia tegar menyokong SIS ini akhirnya PAS kembali berlembut. Alasan yang dinyatakan oleh Naib Yang Dipertua PAS Shah Alam - supaya tindakan diambil dan dibetulkan. Di samping itu untuk mengukuhkan lagi ketakutan PAS mempertahankan tindakan itu dengan susulan ayat berikut - "Dalam perbincangan kita, kita bersetuju, perkataan itu (mengharamkan), menggambarkan kecenderungan dengan penggunaan kekerasan dan kuasa. Dan kalau itu yang dimaksudnya, ia bercanggah degan Islam itu sendiri," katanya dalam sidang media di Shah Alam.

Lalu ditambah lagi bahawa mereka bersetuju untuk memulihkan bukan mengharamkan. Apa yang ingin dipulihkan oleh PAS sebenarnya? Apa yang ditakutkan oleh PAS sebenarnya? Awal-awal lagi PAS telah tewas sebelum berjuang. Baru sahaja digertak sedikit angin kiri dan kanan. Lalu bergoyang-goyanglah pendirian pemimpin-pemimpin PAS. Lepas ini eloklah ditambah kita menegur SIS kerana kita sayangkan mereka. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia pun ramai yang menyokong SIS. Jadi janganlah kita menegur mereka kerana kita mungkin kehilangan sokongan pada PRU-13 nanti. Kasihan!

Giliran Najib Pula Dendangkan 'Kerajaan Perpaduan'

Baru2 ini PAS telah mengeluarkan arahan agar 'tutup mulut' kepada semua pemimpin tertinggi mereka daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan. Ini ekoran isu ini dikatakan telah diputarbelitkan oleh pihak yang ingin melihat perpecahan dalam PAS itu sendiri dan juga dalam PR.

Hari ini giliran Najib pula mendendangkannya. Beliau mengatakan beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Hadi Awang. Dalam rancangan Hujah juga telah menjadi tajuk utama mengenai isu muzakarah PAS/UMNO. Tetapi tetamu malam ini kedua-duanya sebelah UBN. Ulasannya terang dan nyata iaitu mereka bertindak sebagai 'batu api' semata-mata, tidak lebih dari itu.

Pihak yang 'pro-kerajaan perpaduan' juga turut tidak ketinggalan dalam memberi reaksi kepada kenyataan Najib. Mengikut MStar Online, Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS) berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas PM dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

Siapakah sekarang yang telah 'gagal' dalam saranan agar semua pemimpin tertinggi PAS 'tutup mulut' dari memperkatakan isu ini? Sepatutnya tak payah dilayan terus kenyataan Najib ini.

Sebelah sini arah tutup (PAS), sebelah sana (UMNO) pula perdendangkan. Bila sebelah sana perdendangkan, sebelah sini pula ikut menari mengikut rentak. Tidak diketahui samada penari ini sedar ataupun tidak, bahawa tariannya itu begitu 'sumbang dimata rakyat'.

Tidak sedarkah lagi wahai pimpinan tertinggi PAS yang 'pro-kerajaan perpaduan' ini bahawa pemimpin UMNO yang inginkan isu ini diperdendangkan tak lain dan tak bukan adalah bertujuan untuk 'merosakkan PR' dan dalam pada masa yang sama memberi peluang kepada mereka (UBN) untuk menggunakan 'talian hayat' dalam 'ikhtiar terakhir' mereka bagi memanjangkan lagi umur mereka.

Sepatutnya disaat dimana PR perlu bersiap sedia untuk menggantikan kerajaan UBN, semua pimpinan utama setiap parti komponen dalam PR perlu 'bersatu hati' bagi memperkukuhkan 'Pakatan' dan menolak terus UMNO. Ini kerana telah terbukti selama ini UMNO adalah sebuah parti yang angkuh dan tidak boleh 'dipakai langsung' untuk dibawa berunding. Ianya terbukti mengikut rekod yang dulu2...... Benar sekali pendirian tegas TGNA (Mursyidul Am PAS) berkenaan dengan isu ini.......

Pendidikan Negara Yang Semakin Tidak Faham

Sebenarnya ada sahaja satu golongan ini, mereka tidak boleh duduk diam. Ada sahaja benda yang hendak di cuba jaya dalam pentas dunia pendidikan di negara kita ini. Paling-paling pun mereka ini apabila ditamatkan perkhidmatan atau senang kata sudah tiada lagi jawatan itu, baru nak senyap habis dari idea melalut-lalut itu.

Masalah sekarang ke mana hala tuju pendidikan negara? Maka tak perlu lah nak sibuk-sibuk di mana hala tuju PAS. Tak habis-habis hendak memberi tekanan hebat kepada PAS. Fokus pendidikan ni, ia penting.

Okay, berbalik kepada cerita kita.

Alhamdulillah ada anak Melayu, orang Kelantan lagi tu, yang mendapat memecah rekod pencapaian keputusan SPM 21 A. Malah sebelum ini, banyak rekod kecemerlangan SPM dipegang oleh anak-anak Melayu. Sayangnya, UMNO tidak menghargai orang melayu seperti ini dan sekarang hendak dihadkan maksimum kepada sepuluh subjek sahaja. Perkara ini seolah ingin membantutkan sebilangan pelajar yang cemerlang untuk terus mendalami ilmu-ilmu yang banyak seluas lautan. Saya pasti anak-anak yang cemerlang ini terkilan dengan kerajaan.

PPSMI masih tak tahu apa kesudahannya lagi. Benda yang mudah macam ini pun tak selesai-selesai dan sekarang sibuk dan hadkan bilangan subjek. Sedangkan, masa berlalu dan anak-anak semakin hampir ke hari peperiksaan mereka dan masa depan mereka. UMNO juga lah yang mewajibkan PPSMI walaupun mereka kata mereka pembela bangsa Melayu setelah dahulu bahsa jawi yang kini hanya menjadi bacaan sesuai di muzium-muzium sahaja.

Sekarang pula ada ura-ura mahu dilanjutkan tempoh KPLI. Pulak dah. Ramai para graduan mahu segera memperolehi kerja bagi dapat membayar hutang PTPTN (baca PTPTipu). Hendak menjadi seorang guru, terlalu banyak formulanya. Maka formula-formula ini lah yang dahulu mereka lakukan, hari ini ada juga sebilangan kecil cikgu sanggup melakukan perbuatan tak senonoh. Ada kes tuisyen raba-raba seperti diberitakan dalam Harian Metro dan ada juga yang guru lemah jiwanya tergamak memaksa seks oral. Apa masalah sebenarnya apabila benda yang seaib ini berlaku, adakah disebabkan guru atau pendidikan negara yang sekular?

Pening, mengusutkan sekarang hala tuju pendidikan negara. Mangsanya ialah anak-anak atau pun adik-adik kita. Orang yang menetapkan dasar ini terus senang lenang makan kenyang-kenyang tanpa ada masalah langsung dari menerima kesan kemerosotan pendidikan negara. Cukup bulan, mereka dapat gaji, semua ok.

Ibrahim Libya dibunuh kerana 'percaya' dengan perjuangan PAS

Ibrahim Libya dibunuh kerana percaya dengan PAS bukan komunis. Jelas Kem Komandan setempat berkeras mengenai status beliau sebagai guru agama 'pro PAS' bukan komunis.

Menteri Umno mengarahkan untuk membunuh penyokong PAS yang dituduh Komunis.

Tiada anugerah untuk ahli DAP: Lim Guan Eng

GEORGETOWN – Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menganugerahkan darjah atau pingat kepada ahlinya yang aktif sempena ulang tahun Yang di-Pertuan Negeri Tun Abdul Rahman Abbas ke-71, bulan depan.

Ini merupakan kali kedua kerajaan terbabit mengamalkan pendekatan itu sejak mereka mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, DAP hanya mencadangkan kakitangan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain daripada individu yang berjasa kepada masyarakat.

“Bagaimanapun bagi ahli yang aktif dalam NGO atau pemimpin pertubuhan akan dipertimbangkan, ia bergantung kepada sumbanganya kepada masyarakat, bukan kerana politik.

“Ia telah diamalkan sejak tahun lalu, bukannya mengharapkan ganjaran darjah kebesaran dan pingat tetapi adalah khidmat kepada masyarakat,” katanya.

Bagi pi la kat Anwar!!! Awat... hangpa takut???

Pejabat Peguam Negara dan PRDM nampak nyer nak menggunakan taktik ikat tangan, tutup mata dan belasah Anwar sampai Anwar tersungkur. Satu taktik yang dipelajari oleh mereka daripada bapak polis duluuuuuuuu..... Rahim Noor. Bapak besior berdiri, anak didik nyer pulak besior, sambil berlari-lari..... Weh.... habis ler mencecior-cecior... Itu ler, kalo buat kerja, tak semiak sesaja......

Pihak demer, beriya-iya percaya tuduhan yang dibuat oleh si Sayfooool, sebab itu kes Anwar diteruskan jugak walaupun banyak perkara yang meragukan dan membenggongkan ramai orang. Walau pun nampak katun bodoh..... tapi, oleh sebab.... by hook or by crook, nak kenakan Anwar..... nampak banggang pun banggang ler, asalkan Anwar diperosokkan ke dalam penjara dengan tuduhan yang amat memalukan itu!!! Once, Anwar is out of their way...... selamat ler demer.

Boleh kah kita percaya kepada kedua-dua kapla ini.... iaitu, satu daripada pasukan polis dan satu lagi daripada Pejabat Peguam Negara.....??? Dua manusia ini, kredibilti nyer hebat dipersoalkan berdasarkan cara mereka mengendalikan kes-kes Anwar yang terdahulu dan lain-lain kes yang berprofail tinggi seperti kes Altantunya..... skandal Lingam Correct, Correct, Correct and so on ler.... Boleh caya ka???? Tanda soal bosar tu beb!!!

Eiiiiyaaa.... Tak boleh! Tak boleh!! Tak boleh!! Kita memang ler tak boleh nak percaya pada mereka tapi what can we do.... kerana, mereka mendapat kepercayaan daripada 'you know who' la... kan??? Eleh.... 'you know who' .... yang takut sesangat pada kebangkitan Anwar dalam arena politik tanah air, terutama nyer selepas gelombang tsunami politik melanda negara kita pada Mac 2008!!! Gayat demer..... gayat weh....

Selagi UBN berkuasa..... selagi itu ler, mereka akan menunjuk dan mengunakan kuasa mereka untuk menghapuskan kerjaya politik Anwar. They can do anything.... coz they've got the backing from 'you know who'. Cer kita tengok.... banyak laporan telah dibuat ke atas mereka berdua tapi apa jadi pada semua laporan-laporan tersebut??? Semua nyer di'ignore' begitu saja.... jangan kata nak bukak siasatan..... entah-entah, ngintai aduan tu pun tidak, gamak nyer!!! Jika pun disiasat...... pasti tiada kes!!! Biasa ler..... kau siasat aku.... aku siasat kau!!! You scratch my back.... I scratch your back!!! In the end..... no case!!! Lepaaaaasssssss....... bebaaaaaassssss!!!!

Dalam kes Anwar Vs Sayfoool...... ni, si Sayfooool, sejak dari awal lagi telah mendapat layanan lima bintang daripada mereka. Mengapa ya???? Apa special nyer si Sayfooooool ni pada demer??? Aha.... ini mesti ada apa-apa!!! Ha ha ha....you know, I know.... In fact semua orang, Satu Dunia sudah tahu!!! Lawak sensasi yang membuatkan orang Satu Dunia, ketawa terbahak-bahak melihat kita....... Ei.... tak malu ke??? Nak malu apa, mengkalor udah tak der kemaluan!!!!

Yang pelik nyer.... perbicaraan kes ini, akan bermula bulan depan[Julai] dan ini udah penengah bulan Jun..... tapi apabila para peguam Anwar mintak bahan bukti tentang kes yang udah dikutip oleh polis, daripada Pejabat Peguam Negara.... demer buat nohen ajer. Apa ke hal nyer??? Macam mana Anwar nak membuat persediaan rapi bagi mempertahankan diri nyer, dengan sebaik mungkin??? Adil ke ini??

Tak pasai-pasai kena pulak, dia terpaksa mintak perintah mahkamah untuk dapatkan semua bahan bukti itu daripada Pejabat Ghani Patail..... dan itu pun, sampai la ni, tak der apa-apa berita lagi....

Isy.... tak professional betul Pejabat Peguam Negara Malaysia ini...!!! Macam kura-kura buat kerja!!! Lombab.....!! Eleh.... lombab ke atau sengaja dilombab-lombabkan???? Sebab.... demer nak ambush Anwar habis-habisan!!! Macam komunis, guna taktik gerila untuk ambush pasukan keselamatan kita dolu..... dolu tu..... Hello.... Chin Peng, apa kahabar??? Ada baik????

Oleh sebab, tak nak kena ambush ler..... siang-siang, para peguam Anwar sudah mintak semua bahan bukti yang ada dalam tangan demer untuk persediaan defence Anwar. Mereka mintak rakaman CCTV, tak dapat..... mintak sampel DNA tak diberi.... minta laporan pemeriksaan doktor ke atas Saaayyyyfoool, pun eilek.... Ater, macam mana Anwar nak bela diri dan berhujah menentang bukti-bukti yang konon nyer menunjukkan Anwar melakukan apa yang mereka tuduh dia lakukan.... Itu tak adil!!! Tak adil....... tak adil......

Itu sebab nyer, teman kata..... demer nak guna taktik ala Rahim Noor. Ikat tangan Anwar ke belakang..... tutup mata dia dan dusy... dusy.... dusy..... dusy.....!!!! Anwar, nak dusy.... dusy... dusy..... balik, tak boleh...... sebab..... tangan dia terikat dan mata dia ditutup!!!! Tak menceghoya dan meraba dia??? Akhir nyer, si pengecut akan declare diri dia pemenang!!! Anwar pulak.... GUILTY!!! End of the story......

Hello...... not so easy arr!!! Anwar akan tetap jadi Anwar..... Sebab..... Anwar akan "Lawan Tetap Lawan!!! Jangan bicara pasal perjuangan.... kalau takut pada risiko!!! Komer dengor tu......

Buah bidara dalam perahu....
Belum bicara belum tahu.....

So..... kita tunggu jer ler.....
Anwar Vs Sayfoool...... GUILTY or NOT GUILTY????