
Merujuk kepada kewujudan akuan bersumpah dibawah :
* Akuan Bersumpah Sarjan Major Manimaran a/l Palaniappan (D/94894)
* Akuan Bersumpah ASP Mior Fahim Bin Ahmad (G/13237)
* Akuan Bersumpah Detektif Sarjan Raja Kumar (D/104700)
* Akuan Bersumpah Sarjan Mohd. Yasin Bin Malik (RF/89379)
* Akuan Bersumpah ASP Hong Kin Hock (G/10990)
* Akuan Bersumpah ASP Md. Yusof Bin Ahmad (G/10608)
jelas menunjukkan kewujudan 'layanan perlindungan istimewa' terhadap beberapa kelompok kongsi gelap yang dikaitkan dengan Ketua Polis Negara.
AKUAN BERKANUN
Saya, Md. Yusof Bin Ahmad (K/P Polis No: G/10608) yang beralamat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis, Kluang, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintenden Polis (ASP) di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kluang, Johor (JSJ). Sebagai pegawai JSJ, saya menerima arahan dari pegawai atasan di JSJ. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2. Diantara Ogos dan September 2004, saya terima arahan dari KPP D7, Bukit Aman melalui semboyan mengarahkan supaya kes fail AKT terhadap salah seorang penganjur judi ekor haram di Kluang bernama Chai Ngew atau nama panggilan Ah Chai. Saya arahkan D/Sjn Yassin untuk membawa kes fail tersebut ke D7, Bukit Aman untuk tatapan YDH KPP D7, Bukit Aman. YDH KPP D7 mengarahkan supaya kes fail tersebut dikemaskini dengan segera.
3. Pada Mac 2005, Waran Tangkap dan Tahanan (WTT) terhadap Ah Chai dikeluarkan oleh KKDN. WTT telah disempurnakan oleh PPKG Kluang, C/Insp. Mohd. Shah Bin Kamaluddin dan Ah Chai kemudian dikenakan tindakan buang daerah selama satu tahun setengah di bandaran Nilai, Negeri Sembilan. Selepas 6 bulan dalam buangan, Ah Chai kemudian telah dibebaskan setelah memenangi kes habeas corpus.
4. Pada September 2005, setelah dibebaskan Ah Chai dapati masih meneruskan aktivitinya sebagai penganjur perjudian ekor haram di kawasan Kluang. Pada 08/03/2006, hasil maklumat yang diberikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara pada masa itu Dato’ Musa bin Hassan, saya bersama sepasukan anggota D7, IPD Kluang telah menyerbu sebuah ‘Counting Center’ kepunyaan Ah Chai dan berjaya menangkap 4 orang termasuk isteri kepada Ah Chai serta merampas peralatan penganjuran judi ekor haram. Kemudian pada 18/03/2006, satu serbuan lagi telah dibuat oleh D7, IPK Johor terhadap sebuah lagi ‘Counting Center’ juga kepunyaan Ah Chai dan berjaya menangkap 5 orang pekerja dan merampas peralatan judi ekor haram. Intelligent statement 9 tangkapan tersebut telah diambil oleh PPKG dan anggota D7 saya dan kesemuanya menjurus kepada aktiviti yang dijalankan oleh Ah Chai.
5. Pada 30/03/2007 jam 0100, Ah Chai bersama isteri keduanya serta PR nama Ah Chin telah ditangkap dibawah Sek 3(1) Ordinan Darurat oleh pegawai D7 IPK Johor, ASP Mior Fahim Bin Ahmad dan dibawa balik ke IPK Johor untuk ditahan di sana selama 60 hari bagi meneruskan siasatan (soal siasat). Saya berasa hairan kerana pihak JSJ, IPD Kluang belum membuka kes fail yang baru terhadap sabjek yang ditangkap dan percakapan risikan yang ada hanya berdasarkan 2 serbuan terhadap counting center. Pihak D7, IPK Johor juga ada meminta kersemua percakapan risikan sabjek yang dirakam oleh IPD Kluang supaya dihantar ke D7, IPK Johor pada bulan Feb 2007. Saya juga berasa hairan kenapa masih ada lagi tindakan terhadap Ah Chai sedangkan dia baru saja dibebaskan dari sekatan di bawah AKT.
6. Pada 07/04/2007, saya terima panggilan telefon dari D7 Johor, DSP Ng Fook Long bertanyakan kepada saya adakah Ah Chai, isterinya dan Ah Chin dari group MIMI (salah satu penganjur judi ekor haram di kawasan Kluang). Saya beritahu kepada DSP Ng, mereka bukan dari group MIMI tetapi group Ah Chai sendiri.
7. Pada 08/04/2007, sehari selepas mereka dibebaskan saya telah berjumpa Ah Chai di bandar Kluang dan telah berbual berkaitan pembebasannya. Ah Chai berkata kepada saya yang dia tidak berpuas hati terhadap saya kerana telah menganiayakannya. Saya bertanya kepadanya bagaimana dia boleh bebas. Ah Chai beritahu ada seorang kawannya (nama tidak diberitahu) baik dengan IGP sekarang. Saya bertanya lagi kepada Ah Chai, adakah orang itu bernama Tengku, Ah Chai hanya tersenyum sahaja. Sejak dari itu, saya merasakan bahawa group Ah Chai mungkin bernaung dibawah group Tengku.
8. Pada Mei 2006, saya dipanggil oleh Supt. Navamany untuk berjumpa beliau dan membawa 2 Kertas Siasatan berkaitan serbuan tersebut, statistik serbuan dan kes fail. Dalam temuduga, soalan yang diajukan kepada saya menjurus kepada percakapan risikan keatas sabjek-sabjek yang ditangkap keatas 2 serbuan tersebut serta 3 kes fail terhadap Ah Chai, isterinya dah Ah Chin. Saya merasakan persoalan yang diajukan kepada saya mempertikaikan kesahihan percakapan risikan yang telah diambil. Semasa itu, saya telah diarahkan bertukar ke IPD Kajang, Selangor Sebagai KBLD. Pertukaran ini adalah merupakan sesuatu yang tidak adil bagi saya kerana saya tidak pernah melakukan kesalahan tatatertib mahupun prestasi tugas berdasarkan kejayaan-kejayaan yang telah saya capai sepanjang tempoh saya bertugas sebagai KBSJD Kluang dan saya rasa saya masih lagi berupaya dan mampu menyumbangkan tenaga saya dalam JSJ. Dengan pertukaran saya ke bahagian Logistik saya tidak dapat memberi kesinambungan dalam tugas saya untuk memerangi jenayah.
9. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah dan membuat rakaman risikan ke atas Ah Chai yang membabitkan nama Tengku boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib dan dipindahkan tugas ke Bahagian Logistik. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh Md. Yusof Bin Ahmad )
(K/P Polis No: G/10990) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).
AKUAN BERKANUN
Saya, Hong Kin Hock (G/10990) yang beralamat ……………………………………………………………………….. dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintenden Polis (ASP) di Cawangan Operasi/Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Kompleks Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn 50502 Kuala Lumpur. Sebagai pegawai JSJK, saya menerima arahan dari pegawai atasan di JSJK. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2. Pada 20/06/2006, saya menerima arahan daripada YDH Dato’ Pengarah JSJK melalui ACP Hamzah Md Som, KPP Operasi untuk mengumpul maklumat-maklumat mengenai kegiatan ceti haram di kawasan Johor dan Melaka, terutamanya yang melibatkan Sindiket Along “Tangkak Kia” yang dikatakan sangat aktif and mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia. Saya telah menghantar 5 anggota detektif untuk membuat siasatan dan pengumpulan maklumat di Johor dan Melaka.
3. Pada 24/10/2006, susulan dari siasatan ini saya telah berjumpa dengan “Sumber“ yang mendedahkan beberapa maklumat mengenai kegiatan ceti haram di Tangkak, oleh penama yang dikenali sebagai Ah Kooi, Ah Seng, Ah Hang dan Tengku. Sumber dedahkan bahawa disamping terlibat kegiatan ceti haram, mereka juga terlibat dalam kegiatan haram lain seperti ekor haram, bookie bola dan bookie lumba kuda. Sindiket ini dikatakan sering menggunakan nama YDH Tan Sri KPN untuk melindungi aktiviti mereka tetapi tiada bukti jelas menunjukkan terdapatnya hubungan sedemikian.
4. Pada 20/01/2007, Sumber memberitahu saya bahawa seorang kawannya yang dikenali sebagai Richard adalah sangat rapat dengan YDH Tan Sri KPN dan banyak membantu kawan-kawan dalam pasukan polis untuk dinaikkan pangkat. Sumber meminta saya untuk memberi butir-butir peribada saya kepada Richard untuk disampaikan kepad YDH Tan Sri KPN. Saya tidak membantah dan memberi nombor polis, nama dan tempat tugas saya yang terkini.
5. Pada 24/03/2007 jam 1500 – 1600, dalam perjumpaan ini beliau memberitahu saya bahawa Ah Kooi dan Ah Sang (Melaka) telah bergaduh kerana masalah kewangan. Orang yang menjadi batu api adalah Tengku (Johor). Hal ini telah saya maklumkan kepada ACP Hamzah bin Md Som dan juga YDH Dato’ PJSJK. Pada masa yang sama Sumber juga memberitahu bahawa Richard memaklumkan bahawa nama saya telah diberikan kepada YDH Tan Sri KPN dan kemungkinan bila-bila masa Tan Sri akan memanggil saya.
6. Pada 23/04/2007 jam 2030 – 2100, saya diberitahu oleh Sumber bahawa pihak sindiket Tengku mengetahui Orang Tahanan (OT) Ong Yong Hoe telah disoal siasat oleh pegawai JSJK Bukit Aman dan mereka sedang menyiasat siapa pegawai tersebut dan tujuan soal siasat dijalankan. Saya tidak menafikan bahawa saya telah membuat soal siasat tersebut atas arahan YDH Dato’ PJSJK untuk mendapatkan maklumat-maklumat ceti haram. Sumber juga meminta saya supaya berhati-berhati kerana kemungkinan pihak Tengku akan menggunakan pengaruh mereka terhadap saya jika apa-apa berlaku.
7. Pada 22/05/2007 jam 1530, ketika sedang menjalankan serbuan bersabit “Ops. Tiong“ dikawasan Kondominium Heritage, Setapak, saya telah menerima panggilan telefon daripada Sumber bahawa Richard telah mengaturkan perjumpaan saya dengan YDH Tan Sri KPN pada jam 1700 bertempat dirumah Tan Sri, dan Sumber bersetuju untuk pergi bersama-sama saya dengan menaiki kereta saya.
8. Pada 22/05/2007 jam 1630–1730, semasa dalam perjalanan ke rumah Tan Sri di Jalan Gasing, Petaling Jaya, saya telah bertanya kepada Sumber tujuan Tan Sri hendak berjumpa dengan saya. Sumber beritahu bahaw Richard telah berikan butir-butir peribadi saya dan kemungkinan Tan Sri hendak berjumpa untuk “temuduga“. Bila ditanya apakah perlu saya beritahu jika Tan Sri bertanya mengenai hal di Skudai yang mungkin dalam pengetahuannya. Sumber cadang agar saya beritahu hal sebenar iaitu saya hanya menjalankan tugas atas arahan Pengarah JSJK dan tidak tahu hal-hal lain.
9. Pada 22/05/2007 jam 1915–1930, perjumpaan telah dibuat dengan Tan Sri KPN dengan kehadiran bersama Sumber. Antara perkara-perkara yang berbangkit adalah seperti berikut:-
Sebaik sahaja masuk ke rumah, Tan Sri KPN telah mempersilakan kami untuk duduk dan terus bertanya siapa saya dan tujuan saya berjumpa dengan beliau. Saya diam seketika dan terus melihat “Sumber“ dengan harapan beliau dapat menjelaskan tujuan sebenar perjumpaan ini. Sumber terus beritahu Tan Sri tentang nama Richard. Tanpa berfikir panjang, saya terus beritahu Tan Sri bahawa pada 17/04/2007 saya telah diarahkan oleh YDH Dato’ PJSJK untuk membuat satu rakaman percakapan risikan ke atas seorang lelaki Cina di IPD Skudai yang merupakan tahanan Emergency Ordinan (“EO“) oleh JSJ. Apabila ditanya, saya dedahkan nama OT tersebut adalah Ong Yang Hoe. Saya juga diberitahu bahawa selepas selesai rakaman percakapan ini, saya mendapat berita bahawa ada siasatan sedang dibuat oleh pihak tertentu ke atas saya atas sebab-sebab yang tidak saya ketahui. Kemudian YDH Tan Sri telah bertanyakan beberapa soalan seperti berikut:-
(a) Saya memberitahu bahawa pada 16/04/2007 selepas menerima arahan ini, saya telah maklumkan kepada DSP Mohd Salleh, PP Operasi tentang tujuan dan arahan Dato PJSJK. DSP Mohd Salleh, telah mengatur untuk saya berjumpa dengan Insp. D7 (nama tak ingat) di IPD Skudai. Saya tiba di IPD Skudai pada 17/04/2007 dan dengan kerjasama seorang anggota D7 IPD Skudai (nama tak ingat) saya telah berjaya berjumpa dengan OT Ong dan rakaman dijalankan di Bilik Mesyuarat IPD Skudai.
(b) Saya memberitahu bahwa saya tidak tahu dan saya telah diarahkan oleh Dato’ PJSJK untuk membuat rakaman risikan ke atas OT ini dengan tujuan mendapatkan maklumat mengenai ceti haram terutama yang melibatkan sindiket di Johor dan Melaka;
(c) Saya diberitahu bahawa saya telah bertanyakan OT Ong tentang penglibatannya dalam kegiatan ceti haram, tetapi OT Ong menafikan penglibatannya dalam kegiatan ceti haram kecuali penglibatan dalam ekor haram yang mana telah beliau berhenti sejak 2006. OT Ong juga berasa hairan kenapa kini beliau boleh ditangkap dan dituduh atas kesalahan EO. Pada masa yang sama OT Ong ada beritahu bahaw dia tahu ada kumpulan ceti haram dikenali sebagai “Tangkak Kia“ yang sangat aktif di Johor dan sangat ganas tetapi tiada maklumat-maklumat mengenai mereka;
(d) Saya memberitahu bahawa saya terpaksa merakam segala pendedahan haram yang dibuat oleh OT Ong memandangkan saya telah berada di Skudai dan “statement“ ini perlu disiapkan kerana ia menjadi tanggungjawab saya mendapatkan semua pendedahan yang hendak dibuat oleh OT Ong untuk dimajukan kepada YDH Dato’ PJSJK. Saya terus mencatatkan segala yang OT Ong hendak dedahkan kepada pihak polis. Seperti biasa saya ada menganjurkan beberapa soalan seperti siapa ketua sindiket ekor haram. OT Ong ada dedahkan bahawa dia bekerja dengan Heng Kiah (juga dikenali dengan panggilan Allen oleh orang lain). OT Ong juga ada dedahkan boss Heng Kiah adalah Tengku yang beliau tahu berasal dari Tangkak, tetapi tidak tahu samaada Tengku ada terlibat dalam kegiatan ceti haram.
(e) Pada masa ini saya dapati YDH Tan Sri berasa hairan dan beritahu bahawa semasa JSJ buat rakaman tidak pula OT Ong mendedahkan nama Tengku dan kini bila JSJK rakam OT Ong dedahkan pula nama Tengku. Tan Sri kemudian didapati membuat panggilan kepada seseorang dengan beliau panggil sebagai “Dato Khalid” dan bertanyakan mengenai pengetahuannya tentang pengawai JSJK yang telah diarahkan oleh Pengarah JSJK untuk membuat rakaman ke atas tahanan EO di Skudai yang bernama Ong Yong Hoe. Dalam nada yang tegasTan Sri juga telah mengarahkan “Dato’ Khalid” untuk menyiasat mengapa pegawai JSJK boleh membuat rakaman percakapan tahanan EO tanpa pengetahuan pihak JSJ. Selepas berbual, Tan Sri beritahu saya bahawa tindakan telah dibuat dimana kes fail OT Ong telah pun dihantar kepada KKDN untuk tindakan.
(f) Saya maklumkan bahawa selepas kembali di pejabat, oleh kerana arahan ini disampaikan terus daripada YDH Dato’ PJSJK, saya telah menghantar laporan ini terus kepada YDH Dato PJSJK disamping memberi taklimat ringkas. Tan Sri kemudian mahu saya laporkan perkara ini kepada Bahagian Tatatertib kerana merasa sesuatu tidak kena kerana saya dari JSJK telah diarah membaut rakaman seorang OT yang sedang di siasat JSJ tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran JSJ ataupun tanpa pengetahuan pihak JSJ. Saya dapati Tan Sri terus menghubungi seorang pegawai Tatatertib dan meminta nombor telefon saya untuk diberikan kepada pegawai tersebut. Kemudian, Tan Sri memberitahu saya bahawa pegawai Tatatertib bernama Supt Nava akan hubungi saya dan meminta saya berjumpa dengan beliau esok unuk laporkan bagaimana saya boleh mendapat arahan PJSJK untuk menyiasat seorang OT dari JSJ tanpa mendapat kebenaran JSJ terlebih dahulu. Saya terpaksa mematuhi arahan Tan Sri dengan memberikan nombor telefon saya. Selepas lebih kurang lima minit, Supt Nava telah hubungi saya dan mahu saya berjumpa beliau esok pada jam 0900. Saya menjawab “ya”.
10. Pada 22/05/2007 jam 2030, selepas perjumpaan ini, saya merasa sesuatu tidak kena kerana hajat perjumpaan saya adalah seperti yang telah saya jelas seperti di atas. Saya kemudian terus menghantar SMS kepada ACP Hamzah Md Som maklumkan bahawa Bahagian Tatatertib ingin temuduga saya bersabit kes soal siasat di Skudai tempoh hari. Saya kemudian mendapat SMS kembali daripada ACP Hamzah untuk berjumpa dengan YDH Dato’ PJSJK pada keesokkan hari.
11. Pada 23/05/2007 jam 0915, saya menerima panggilan daripada Supt. Navamaney untuk berjumpa di pejabatnya di Tingkat 13, Bukit Aman. Tetapi saya beritahu bahawa saya terpaksa mendapat kebenaran daripada Pengarah JSJK terlebih dahulu sebelum boleh berjumpa beliau. In sepatutnya di fahami oleh Supt. Nava kerana saya adalah seorang pegawai JSJK dan tidak boleh melanggar arahan pegawai atasan saya di JSJK.
12. Pada 23/05/2007 jam 0950, saya telah berjumpa dengan YDH Dato’ Pengarah JSJK dan memberitahu tentang perjumpaan saya dengan YDH Tan Sri pada petang 22/05/2007 dan arahan untuk saya berjumpa dengan Supt. Navamaney, Bahagian Tatatertib. YDH Dato’ Pengarah memberi arahan supaya saya tidak berjumpa dengan Supt. Nava sehingga Dato’ Pengarah JSJK memberi kebenaran.
13. Pada 23/05/2007 jam 1030, saya menerima panggilan telefon dari Supt Navamany samada boleh berjumpa beliau sekarang. Saya maklumkan bahawa saya masih belum menerima arahan/kebenaran daripada YDH Dato’ Pengarah JSJK.
14. Pada 23/05/2007 jam 1530, sekali lagi saya menerima panggilan telefon dari Supt Navamaney, dan saya maklumkan bahawa kebenaran/arahan masih belum diperolehi daripada YDH Dato’ PJSJK. Saya juga beritahu Supt. Navamaney bahawa saya akan hubungi beliau sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada YDH Dato’ PJSJK.
15. Pada 28/05/2007 jam 1030, ketika berada di Pulau Pinang, saya telah menerima SMS Supt. Nava bertanyakan bila boleh berjumpa dengan beliau. Saya membuat panggilan kembali memberitahu bahawa saya masih belum mandapat kebenaran/arahan daripada YDH Dato’ Pengarah JSJK, dan pada masa ini saya sedang menjalankan siasatan rasmi di Pulau Pinang.
16. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya di JSJK dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan ceti haram dan membuat rakaman risikan ke atas OT Ong yang membabitkan nama Tengku dan untuk memperolehi maklumat mengenai ceti haram, terutama yang melibatkan sindiket di Johor dan Melaka, boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh ASP Hong Kin Hock )
(G/10990) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).
AKUAN BERKANUN
Saya, Mohd. Yasin Bin Malik (K/P Polis No: RF/89379) yang beralamat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1. Saya bekerja sebagai seorang anggota polis berpangkat Sarjan (Sjn) di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kluang, Johor (JSJ). Sebagai anggota JSJ, saya menerima arahan dari pegawai atasan di JSJ. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang anggota polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2. Pada Mac 2005 jam 0030, saya bersama PPKG C/Insp. Mohd Shah Bin Kamaluddin dan anggota telah melaksanakan tangkapan WTT terhadap Ah Chai. Ketika itu saya nampak Ah Chai menelefon seseorang (panggilan Dato’) dan bercakap dalam keadaan gelisah. Kemudian saya telah menyemak nombor telefon orang yang bergelar Dato’ tersebut dan saya dapati nombor telefon tersebut adalah kepunyaan YDH Tan Sri Ketua Polis Negara yang ketika itu adalah Timbalan Ketua Polis Negara.
3. Pada Mac 2005 jam 0200, ketika sedang menguruskan tangkapan terhadap Ah Chai di pejabat D7, IPD Kluang PPKG, C/Insp. Mohd Shah ada beritahu kepada saya bahawa seorang pegawai dari IPK Johor, DSP Tukiman ada menelefonnya dan mengatakan YDH Timbalan KPN meminta supaya Ah Chai dibebaskan pada malam itu juga dan meminta pendapat saya. Saya memberitahu kepada PPKG bahawa kita tidak boleh berbuat demikian kerana repot tangkapan telah dibuat. Semasa dalam perjalanan untuk menghantar Ah Chai ke penjara Air Molek, Ah Chai ada beritahu kepada saya yang beliau hanya akan menjalani sekatan selama 6 bulan sahaja. Saya dapati Ah Chai kelihatan tidak puas hati dengan saya kerana membuka kes fail keatasnya.
4. Pada 08/03/2006, saya menyertai pasukan serbuan terhadap premis bersama ASP Md. Yusof dan anggota dan telah berjaya menangkap 4 orang termasuk isteri kedua Ah Chai nama Than Lee Poey dan merampas peralatan perjudian ekor haram.
5. Pada 30/03/2007 jam 0100, Ah Chai bersama isteri keduanya serta PR nama Ah Chin telah ditangkap dibawah Sek 3(1) Ordinan Darurat oleh pegawai D7 IPK Johor, ASP Mior Fahim Bin Ahmad dan dibawa balik ke IPK Johor untuk ditahan di sama selama 60 hari bagi meneruskan siasatan.
6. Pada 08/04/2007, saya dihubungi oleh sumber memberitahu Ah Chai terlalu marah pada saya dengan menuduh saya membuka kes fail keatasnya. Sumber memberitahu bahawa group Ah Chai akan menukarkan saya ketempat lain.
7. Pada 07/05/2007, saya mendapat tahu melalui E-siar yang saya ditukarkan ke Bahagian D4, JSJ Bukit Aman.
8. Pada 09/05/2007, saya membuat rayuan pertukaran atas alasan untuk menjaga bapa saya yang sakit. Untuk itu, say tidak ditukarkan keluar dari Johor. Saya meminta bantuan abang saya SM Tahir yang merupakan imam Masjid Bukit Aman untuk merayu bagi pihak saya supaya saya ditukarkan ke daerah Johor Bahru tetapi selepas 2-3 hari abang saya memberitahu saya dia telah berjumpa dengan pengawai tinggi di Jabatan Pengurusan dan menurut pengawai terebut arahan pertukaran saya telah dikeluarkan sendiri oleh YDH Ketua Polis Negara dan tidak boleh berbuat apa-apa. Pada 21/05/2007, saya dapat tahu melaui E-siar yang arahan pertukaran saya ke D4, Bukit Aman telah dibatalkan dan ditukarkan ke D6, JSJ, IPD Kemaman.
9. Pada 04/06/2007, saya berjumpa Sumber di bandar Kluang dan Sumber memberitahu sebelum arahan pertukaran saya ke Terengganu dikeluarkan dia bersama dengan kawannya telah pergi ke rumah YDH Tan Sri KPN dan semasa dalam perbualan tersebut sumber dengar bahawa YDH Tan Sri KPN beritahu yang SM Yasin akan ditukarkan ke Terengganu.
10. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang anggota polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya menjalankan tugas terhadap Ah Chai boleh menyebabkan saya dikenakan pertukaran yang memberikan gambaran negativ terhadap kerjaya dan integriti saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh Mohd. Yasin Bin Malik )
(K/P Polis No: RF/89379) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).
AKUAN BERKANUN
Saya, Raja Kumar (K/P Polis No: D/104700) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1. Saya bekerja sebagai seorang anggota polis berpangkat Detektif Sarjan di Bahagian D7, IPK, Johor (JSJ). Sebagai anggota JSJ, saya menerima arahan dari pegawai atasan di JSJ. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2. Pada 16/06/2005 jam 1430, semasa saya berada di pejabat JSJ IPD JB(U) dimana Si Ng Swee Min bertanya kepada saya, adakah saya mahu masuk ke IPK cawangan D7. Saya memberitahu bahawa saya tidak minat dan tidak mempunyai pengalaman di dalam cawangan D7. Semasa itu beliau memberitahu, kalau kamu masih didalam cawangan D9 hanya boleh dapat surat penghargaan sahaja, naik naik pengkat pun susah dapat.
3. Setelah mendengar jawapan tersebut, saya hanya mendiamkan diri sahaja. Setelah lebih kurang satu (1) jam kami berdua berbual-bual, Si Ng Swee Min terima panggilan daripada kawannya. Selepas panggilan tersebut, beliau mengajak saya keluar makan. Jam lebih kurang 1500, saya bersama beliau keluar daripada IPD JB(U). Sampai di tepi jalan hadapan balai datang sebuah kereta berhenti. Si Ng Swee Min menyuruh saya naik kedalam kereta tersebut, dimana beliau duduk dibahagian hadapan bersama pemandu kereta tersebut iaitu seorang lelaki Cina, rupa bentuk pendek dan kepala botak, pakaian kemas.
4. Pada jam lebih kurang 1520 kami bertiga sampai disebuah restoran Sea Food, kawasan Taman Seleseh Jaya, Skudai. Lelaki Cina tersebut order makanan. Lelaki Cina tersebut bersalam dengan saya dan Si Ng Swee Min kenalkan saya kepada lelaki Cina tersebut. Setelah makan sampai kami bertiga pun makan. Si Ng Swee Min berbual-bual dalam bahasa Cina dan saya hanya mendiamkan diri sahaja. Setalah kami bertiga habis makan lelaki Cina tersebut membayar bill makanan tersebut. Pada jam lebih kurang 1620, lelaki Cina tersebut menghantar saya bersama Si Ng Swee Min balik ke Balai Polis Skudai. Selepas itu, saya pun balik ke rumah dan Si Ng Swee Min pun beredar daripada Balai.
5. Pada 16/06/2005 jam 2300, semasa saya berada di Pejabat JSJ IPD JB(U) saya terima panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina daripada Muar, No Tel: 012 - 6170595, nama panggilan lelaki Cina tersebut adalah Botak Seng (seorang ejen empat nomber haram yang tinggal dikawasan Kersang Muar). Di dalam perbualan telefon tersebut, Botak Seng bertanya kepada saya “Kawan petang lu keluar makan sama siapa, lu tahukah?”. Saya memberitahu yang saya tidak tahu, Botak Seng kata “Itulah boss Tengku Tangkak“. Kami kemudain berbual-bual selama lebih kurang 10 minit dan saya pun memberitahu Botak Seng bahawa saya ada kerja dan kami pun tamatkan perbualan.
6. Pada 22/06/2005 jam lebih kurang 1400, semasa saya bersama Si Ng Swee Min berada di pejabat JSJ IP JB(U) beliau bertanya kepada saya adakah saya mahu tukar ke IPK JSJ cawangan D7. Saya kata saya tidak minat kerja di cawangan D7. Beliau memberitahu saya bahawa beliau akan mengajar saya cara-cara penugasan di cawangan D7. Beliau juga kata boleh mengaturkan saya cepat dapat pakai pangkat sarjan dan boleh mengaturkan saya mahu pindah mana-mana tempat yang saya mahu nanti. Beliau juga memberitau beliau mempunyai pengalaman di cawangan tersebut selama 20 tahun.
7. Beliau juga memberitahu bahawa walaupun saya pernah bertugas di cawangan JSJ di daerah B/Pahat dan Muar, selagi saya di cawangan JSJ, IPD JB(U) saya tidak ada peluang buat tangkapan di daerah-daerah tersebut. Setelah saya mendengar perbualan tersebut saya mendiamkan diri sahaja. Lebih kurang jam 1400. Si Ng Swee Min mengajak saya makan, saya pun setuju.
8. Semasa saya bersama beliau keluar daripada Balai Skudai, sebuah kereta sudah menunggu diluar IPD JB(U). Apabila sampai di situ lelaki nama panggilan TENGKU sudah berada di dalam kereta tersebut. Saya tidak cam nombor kereta tersebut, yang berwarna hitam jenis Mercerdes iaitu kereta yang sama di gunakan oleh TENGKU tempoh hari semasa kami keluar makan.
9. Apabila sampai di restoran yang sama, TENGKU bertanya kepada saya “Kerja ada baik kah?”, saya kata biasa lah CID punya kerja. Semasa itu Si Ng Swee Min mendiamkan diri sahaja. Setelah makan, TENGKU menghantar kami berdua balik ke IPD JB(U). Sampai di situ saya balik kerumah dan Si Ng Swee Min memberitahu beliau juga balik kerumahnya.
10. Pada bulan tersebut, tetapi tidak ingat tarikh, saya dapati pada hari Sabtu dan Ahad Si Ng Swee Min selalu jarang-jarang ke Pejabat. Saya pernah bertanya kepadanya kenapa selalu tidak datang ke Pejabat pada hari Sabtu dan Ahad. Beliau memberitahu bahawa beliau ada mesyuarat di Kuala Lumpur dan mengarahkan saya supaya jangan beritahu pada sesiapa. Saya pun kata ok.
11. Pada 26/06/2005 jam 1400, semasa saya berada di Pejabat JSJ IPD JB(U) saya bersama-sama beberapa anggota Detektif dan pengawai terima semboyan arahan di kehendaki lapor ke cawangan JSJ D7 IPK Johor. Apabila terima berita tersebut, saya berhubung dengan Si Ng Swee Min dan tanyakan macam mana ini boleh berlaku. Beliau memberitahu ikut sahaja arahan DIG seperti dalam semboyan tersebut. Saya merayu kepadanya supaya gantikanlah dengan orang lain tetapi beliau memberitahu ini adalah arahan DIG.
12. Pada hari yang sama, saya berjumpa dengan KBSJD DSP Ahmad Zamri dan memberitahu bahawa saya tidak mahu pergi, tetapi diberitahu ikut sajalah kerana ini adalah arahan DIG. Pada malam tersebut saya juga menelefon Si Ng Swee Min dan bertanyakan macam mana perkara ini boleh terjadi. Beliau memberitahu bahawa beliaulah mengaturkan perkara tersebut. Beliau juga memberitahu pada dalam bulan tersebut beliau sering pergi ke Kuala Lumpur hari Sabtu dan Ahad kerana inilah yang beliau bincangkan dengan pihak atasan. Setelah saya mendengar berita tersebut saya mematuhi dan tidak memberitahu kepada sesiapa pun.
13. Pada 01/07/2005 jam 1100, saya mohon cuti 7 hari daripada KBSD dan tidak mahu lapor diri di cawangan D7. Setelah tamat cuti KBSJD menyuruh saya lapor ke IPK D7 dan memberitahu ini adalah arahan DIG. Apabila saya mendengar arahan tersebut, saya memberitahu kepada KBSD bahawa saya akan lapor diri pada 16/07/2005.
14. Sebelum tarikh saya lapor diri di IPK Johor, jam lebih kurang 2200 saya terima panggilan telefon daripada DSP Mohd Hedzir menyuruh saya datang ke sebuah restoran kawasan Taman Tasek Johor Bahru. Apabila, sampai disitu saya dapati DSP Mohd Hedzir, Si Ng Swee Min dan semua anggota yang sudah lapor diri pada 01/07/2005 berada direstoran tersebut. Disitu kami semua berkenalan.
15. Setelah berkenalan satu sama lain, DSP Mohd Hedzir bertanya kepada setiap anggota kebolehan masing-masing. Apabila sampai giliran saya, saya memberitahu tak ada apa-apa kelebihan. DSP Mohd Hedzir kemudian bertanya kepada saya, jika saya tahu aktiviti kegiatan kongsi gelap dan perjudian di daerah yang saya pernah kerja. Saya jawab bahawa maklumat berkaitan aktiviti dan ketua sindiket adalah dalam pengetahuan saya, walaupun saya bertugas di daerah Batu Pahat dan Muar cawangan JSJ. Selepas lebih kurang (1) satu jam, saya minta izin untuk balik ke Skudai. Semasa itu, DSP Hedzir mengarahkan “bahawa kamu mesti lapor pada 16/07/2005”. Beliau juga memberitahu tugas beliau akan beroperasi dan berhubung dengan saya bila-bila masa. Saya kata akan patuh arahan.
16. Pada 11/07/2005 jam 2200, semasa saya berada di Pejabat JSJ IPD JB(U) Si Ng Swee Min telah menghubungi saya dan mengarahkan supaya saya segera datang ke kawasan Taman Pelangi Johor Bahru atas arahan DSP Hedzir kerana mereka memerlukan anggota untuk buat serbuan. Saya terus pergi ke kawasan Taman Pelangi dan apabila sampai di hadapan kedai perabut, saya nampak DSP Hedzir, Si Ng Swee Min, Insp Zainal D7 IPK, C/Insp Junah dan anggota D6 IPD JBS sudah berada disitu. DSP Hedzir memberi taklimat bahawa beliau akan membuat serbuan terhadap sebuah rumah di kawasan tersebut untuk menangkap suspek Hok Soon. Beliau mengatakan bahawa suspek ini adalah seorang di kehendaki terlibat di bawah sek/324 KK kes pukul seorang peguam di Johor Bahru yang telah menjadi perhatian pihak Bukit Aman.
17. Setelah terima taklimat, saya juga menaiki kereta, Si Ng Swee Min dan yang lain anggota naik kereta masing-masing, DSP Mohd Hedzir juga menaiki keretanya. Jam lebih kurang 2330, serbuan di buat di rumah tersebut dan di ketuai oleh DSP Mohd Hedzir. Semasa serbuan dibuat, didapati suspek tiada di rumah. Yang ada hanya anak dan isterinya sahaja walaupun kad pengenalan suspek berada di dalam rumah tersebut. Kami membuat pemeriksaan selama lebih kurang satu jam dan selepas itu, C/Insp Junah dan anggotanya mula beredar daripada rumah tersebut.
18. Pada masa yang sama, saya ternampak ada sebuah kereta jenis Rexton warna silver nombor tak pasti, ada dua lelaki Cina parking ditepi rumah tersebut. Seorang lelaki Cina berbadan tegap dan lengan ada tattoo, memakai rantai emas besar masuk kedalam rumah tersebut. Saya perhati bahawa DSP Mohd Hedzir berbual-bual dengan lelaki Cina tersebut. Saya ada bertanya kepada anggota D6 JBS siapakah Cina ini. Mereka memberitahu bahawa Cina tersebut adalah bekas penjenayah nama panggilan ONG CHEE KIONG tinggal di Senai, terlibat di dalam kes samun senjatapi dan colek. Mereka juga memberitahu mungkin Cina tersebut “source” DSP Mohd Hedzir. Saya perhati bahawa lelaki Cina itu masuk ke dalam rumah tersebut dan menjalankan pemeriksaan di semua bilik di dalam rumah tersebut. Saya perhatikan lelaki Cina itu hanya berbual-bual dengan DSP Mohd Hedzir dan Si Ng Swee Min sahaja.
19. Setelah membuat pemeriksaan di dalam rumah tersebut, DSP Mohd Hedzir mengarahkan kami semua bersamanya tunggu sampai 0400 kerana kemungkinan suspek akan balik. Saya menghampiri ke kenderaan dan nampak lelaki Cina butir-butir fizikal gemok pakai cermin mata, sedang berbual-bual dengan lelaki Cina yang memandu kenderaan tersebut. Saya bertanya “Boss datang dari mana?”. Beliau memberitahu dari KL dan beliau juga memberitahu suspek mesti balik. Semasa itu saya juga nampak lelaki tersebut menghantar laporan mengunakan computer note book tetapi saya tidak tahu kepada siapa laporan itu dihantar. Setelah itu, saya balik kerumah tersebut dan bertanya kepada Insp Zainal “Tuan, siapa lelaki yang dalam kereta tersebut”. Beliau memberitahu lelaki Cina yang saya berbual-bual tadi adalah pegawai dari cawangan E 1 Bukit Aman, itu pun beliau dapat tahu daripada DSP Mohd Hedzir. Pada jam lebih kurang 0430 kami semua beredar daripada rumah tersebut.
20. Pada 16/07/2005, saya telah lapor diri ke cawangan D7 IPK Johor. Setelah lapor diri, penugasan saya adalah dapatkan maklumat tempat menulis nombor ekor haram, mengesan ketua-ketua sindiket dan aktiviti mereka di kawasan Johor, Daerah Muar dan di Batu Pahat.
21. Pada bulan tersebut semasa kami membuat serbuan atau risikan bersama DSP Mohd Hedzir saya juga nampak lelaki Cina yang menggunakan kenderaan Rexton selalu mengekori kami. Apabila saya bertanya kepada DSP Mohd Hedzir dan Si Ng Swee Min siapa mereka kerana selalu ada ditempat kita minum. Saya juga pernah nampak ada masanya beliau menaiki teksi berada di sekitar tempat kita melakukan serbuan. Mereka memberitahu bahawa lelaki Cina adalah pegawai E1 Bukit Aman akan membuat pemantuan tugas yang kita buat.
22. Lama kelamaan, saya dapat tahu bahawa lelaki Cina itu adalah adik ipar Si Ng Swee Min. Beliau juga adalah ahli sindiket kegiatan aktiviti haram. Setelah lebih kurang 6 bulan saya bertugas di cawangan JSJ D7 IPK Johor. Banyak juga kami telah membuat tangkapan kes berkaitan sindikit ekor haram walaupun kegiatan kongsi gelap, kegiatan kumpulan samun dan bunuh masih berlaku. Setelah masuk lapan bulan, saya diberitahu bahawa segala maklumat berkait kegiatan ekor haram mestilah disalurkan kepada DSP Mohd Hedzir dan Si Ng Swee Min. Saya ada bertanya kepada DSP Hedzir “Dulu semasa kita mula-mula buat kerja ada maklumat sahaja tuan boleh buat tangkapan, kenapa sekarang maklumat di kehendaki hanya disalurkan kepada tuan atau Si Ng Swee Min sahaja”. Beliau memberitahu itu adalah arahan pihak atasan. Setelah saya mendengar berita tersebut, saya mendiamkan diri sahaja.
23. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang anggota polis, saya merasakan ada yang tidak kena dengan tindakan pegawai atasan di atas.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh Sarjan Raja Kumar )
(K/P Polis No: D/104700) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).
AKUAN BERKANUN
Saya, Manimaran a/l Palaniappan (K/P Polis No: D/94894) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1. Saya bekerja sebagai seorang anggota polis berpangkat Pemangku Sarjan Mejar (P/SM) di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Sebagai anggota JSJ, saya menerima arahan dari pegawai atasan di JSJK. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2. Pada 11.07.2005, saya telah terima arahan dari T/KPD Johor Baharu Utara (Skudai) Johor iaitu Supt. Tan Sook Fuan mengarahkan saya menjalani pertukaran ke D7, IPK Johor. Saya dikehendaki melapor jam 1400 hrs hari yang sama dan diarahkan melaporkan diri kepada ASP. Hedzir Bin Hussin – T/PT – D7, IPK Johor. Saya juga diberitahu secara lisan dan menurut Supt. Tan, arahan pertukaran saya secara bertulis akan menyusul kemudian.
3. Saya telah merayu dengan T/KPD dan KBSJD dan IKG Johor Bahru Utara agar saya tidak ditukarkan ke IPK Johor, di atas alasan saya baru sahaja bertukar Daerah JBU iaitu pada 1.11.2002. Namun rayuan saya ditolak dan diarahkan untuk menjalani pertukaran ini kerana arahan dari DIG-Dato Seri Musa Bin Hj. Hassan. Kemudian saya merayu untuk menjalani pertukaran pada 15.07.2006 dan permintaan tersebut diluluskan.
4. Pada 13.07.2005, saya telah menerima arahan pertukaran dari pihak KP Johor yang mengarahkan saya menjalani pertukaran serta merta ke Caw. D7, IPK Johor.
5. Pada 15.07.2005, saya telah melaporkan diri di Cawangan D7, IPK Johor. Kemudian saya telah ditugaskan dibawah ASP. Mohd Hedzir Bin Hussin (T/PT-D7).
6. Saya dan anggota Cawangan D7, IPK Johor yang baru melaporkan diri hadir perjumpaan dengan ASP. Mohd Hedzir Bin Hussin di Balai Polis Tampoi. Dalam perjumpaaan itu, saya dan anggota dikehendaki mengikut arahan ASP. Mohd Hedzir Bin Hussin dalam membantu beliau melaksanakan tugasan yang akan diarahkan dari masa ke semasa oleh pihak pucuk pimpinan iaitu IGP dan DIG.
7. Pada Ogos 2005, saya diarahkan oleh P/DSP. Mohd Hedzir Bin Hussin (dinaikkan pangkat dari ASP) untuk membuka kes fail ke atas tiga (3) orang subjek terlibat dalam kegiatan judi loteri awam haram iaitu penama LAW KENG SING, LAI SIN YAI dan CHEAH HUA SEAY (Hock Soon) di bawah undang-undang pencegahan Akta Kediaman Terhad 1933. Setelah siap ketiga-tiga kes fail di atas telah dikemukakkan kepada pihak D7, Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
8. Pada hari yang sama, pada diwaktu malam saya telah dibawa oleh P/DSP. Mohd Hedzir Bin Hussin dan SM/D.59920 NG SWEE MIN ke Restoran Lotus di kawasan Petaling Jaya, Johor Bahru, Johor. Kemudian saya telah diperkenalkan kepada seorang lelaki Cina gemuk yang dikenali sebagai AH HON yang kemudiannya saya dapati beliau adalah adik ipar kepada SM/D.NG SWEE MING.
9. Dalam masa itu telah datang seorang lagi lelaki Cina yang mana diperkenalkan kepada saya sebagai IVAN. Selepas itu, muncul seorang lagi lelaki Cina lagi yang mana diperkenalkan kepada saya oleh P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN bahawa lelaki Cina itu tersebut adalah dikenali sebagai BK TAN. Apabila lelaki Cina datang saya dapati P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SM/D 59920 NG SWEE MIN juga memanggilnya sebagai BK TAN. Oleh itu, saya pun percaya beliau adalah seorang TAN SRI. Setelah lama baru saya dapati lelaki Cina itu adalah BK TAN.
10. Dalam masa itu, P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN telah mengenalkan saya kepada BK TAN tersebut dan menyatakan saya adalah pembantunya dalam memproses kes fail. Saya jiuga dapati ketika itu, P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SM/D, NG SWEE MIN telah menyatakan hal Pengedaran kes fail ke atas 3 orang suspek tersebut. Kemudian P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan telah ditanya oleh BK TAN kenapa penama-penama ini tidak diambil tindakan dibawah Ordinan Darurat (KA/MJ) NO. 5/69 keatas mereka. Lalu P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN menyatakan kegiatan perjudian tiada arahan untuk membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat kerana tiada kekerasan ataupun ancaman.
11. Semasa dalam perjalanan balik ke Johor, saya telah bertanya dengan SM/D. NG SWEE MING siapakah BK TAN dalam organasasi PDRM dan saya diberitahu beliau adalah seorang ahli panel penasihat yang dilantik oleh PM untuk menasihati pucuk pimpinan PDRM iaitu IGP/DIG dalam penambahbaikan pasukan PDRM. Saya juga dimaklumkan BK TAN adalah seorang bekas pegawai risik tentera. Manakala AH HON adalah seorang ‘ground comander’ bagi zon selatan dalam usaha mengesan merisik intergriti ahli pasukan PDRM.
12. Pada September 2005, saya telah bersama P/DSB. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN pergi ke Bukit Aman untuk mengambil tiga (3) buah kes fail untuk diproses semula dibawah Ord. Darurat (KA& MJ) 5/69 mengikut arahan PJSJ NO.2
13. Pada September 2005, saya telah membantu P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN memproses kembali tiga kes fail tersebut dan dimajukan kembali untuk kelulusan. Kelulusan telah diperolehi pada hari yang sama.
14. Pada hari yang sama, saya dapati P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN mengaturkan untuk menangkap subjek-subjek tersebut. Kemudian saya dapati AH HON pun berada di Johor Bahru, Johor dengan beberapa orang lelaki Cina yang tidak kenali untuk mengesan subjek-subjek tersebut. Dimana subjek LAW KENG SING dan LAI SING YAI telah ditangkap dengan dibantu oleh AH HON dan kumpulan lelaki Cina yang dikatakan pegawai / anggota E1 Bukit Aman.
15. Pada November 2005, saya telah diarahkan oleh P/DSP. NG SWEE MIN untuk membuka kes fail ke atas subjek LEE GEE LAM. Setelah mendapat kelulusan tangkapan dibawah Sek 3(1) Ord. Darurat (KA/MJ) 5/69. Penama LEE GEE LAM telah ditangkap dan dihantar ke lokap Bukit Aman.
16. Pada Disember 2005, saya telah diarahkan oleh P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN menemani beliau ke Putra Jaya untuk berjumpa dengan KUP DATO YUSOF ZAINAL ABIDIN. Saya diberitahu oleh P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN bahawa TAN SRI CHIA (BK TAN) telah mengaturkan perjumpaan tersebut dengan DATO KUP untuk berbincang mengenai pertuduhan-pertuduhan keatas subjek LEE GEE LAM. Semasa saya dalam perjalanan TAN SRI CHIA juga telah menalipon P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan menanyakan kedudukan kami dan menyatkan beliau telah mengaturkan perjumpaan tersebut.
17. P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dengan ditemani oleh YA. WAHAB (SFC) KKDN berjumpa dengan DATO’ KUP untuk berbincang pertuduhan ke atas subjek LEE GEE LAM. Saya diarahkan oleh P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN untuk tunggu di bilik pelanggan dihadapan pejabat DATO KUP. Selepas keluar dari Pejabat DATO’ KUP, P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN menyatakan “Kita terus semua tuduhan yang telah disediakan untuk tindakan dibawah Sek. 4(1) Ord. Darurat”.
18. Pada Mac, 2007, saya telah terima arahan dari ASP. MIOR FAHIM BIN AHMAD untuk mendapatkan maklumat dan keterangan ketas sindiket TENGKU yang merupakan satu sindiket judi empat nombor ekor haram yang bergerak aktif di Negeri Johor.
19. Pada Mac 2007, saya telah arahkan oleh ASP MIOR FAHIM BIN AHMAD untuk membantu beliau membuka kes fail ke atas tiga orang subjek iaitu :-
(i) CHAI NGEW;
(ii) CHAI YEW FAH; dan
(iii) TAN LEE POEY
yang merupakan ajen (taukeh ekor) dari kawasan KLUANG, JOHOR.
20. Pada 28.03.2007, kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA/MJ) 5/69 ke atas ketiga penama telah diperolehi dan pada 03.03.2007 ketiga-tiga Penama telah ditangkap di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA/MJ) 5/69. Kemudian pada 08.04.2007 ketiga-tiga penama telah dibebaskan di atas arahan Pucuk pimpinan JSJ, Bukit Aman.
21. Pada Mac 2007, saya telah membantu ASP MIOR FAHIM BIN AHMAD untuk merakamkan percakapan risikan ke atas seorang lelaki Cina yang ditangkap di pusat pengiraan judi loteri awam haram di Taman Sentosa, Johor Bahru, Johor oleh pihak D7, Bukit Aman sepertimana Johor Bahru Selatan Repot: 7295/2007. Selepas seminggu Penama dibebaskan, beliau telah membuat laporan polis dengan mengatakan saya dan ASP MIOR FAHIM BIN AHMAD telah mengasari beliau ketika merakamkan percakapan risikan. Saya dapati beliau berbuat demikian kerana hendak mencabar keterangan positif yang didedahkan terhadap ketua sindiket tersebut iaitu TENGKU (GOH CHENG POH).
22. Saya juga telah membantu ASP MIOR FAHIM BIN AHMAD untuk membuka kes fail ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat dalam kegiatan judi loteri awam haram dibawah sindiket TENGKU dan kes fail telah dikemukakan ke D7 Bukit Aman dan masih belum ada kelulusan lagi.
23. Pada 26/06/2007, saya dan anggota D7 yang lain telah menerima arahan pertukaran. Dimana saya diarahkan untuk bertukar ke D7, Bukit Aman. Saya dapati arahan pertukaran saya dan Sjn/D.104700 Raja Kumar a/l Govindasamy adalah didorong kerana saya terlibat dalam merakam percakapan positif terhadap TENGKU (GOH CHENG POH) dan ahli sindiketnya yang lain. Keduanya kerana saya terlibat dalam pembukaan kes fail ke atas subjek-subjek di atas yang merupakan ahli sindiket TENGKU tersebut. Selain itu, saya dan Sjn/D.104700 Rajakumar sering menyalurkan maklumat-maklumat judi loteri awam serta melaksanakan Tangkapan dengan diketuai oleh Pegawai Penyelia kami C/Insp. Sundra Rajan a/l Ellumalai (I/12413) yang juga telah ditukarkan ke PGA SIBU. Tindakan saya, C/Insp. Sundra Rajan dan Sjn/D.104700 Raja Kumar mungkin menimbulkan perasaan tidak puas hati PT-D7 P/DSP. NG FOOK LONG. Oleh itu, saya dan yang lain-lain ditukarkan keluar dai Kontinjen Johor.
24. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya di JSJ dalam menjalankan risikan menyebabkan saya dikenakan pertukaran. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh SARJAN MAJOR MANIMARAN A/L )
PALANIAPPAN (D.94894) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).