Isnin, 15 Jun 2009

Pas kuda tunggangan; sapa patut jawab?


Bila Hj Mustafa Ali buat PC 'gesa' semua pihak berenti dari bercakap mengenai Kerajaan Perpaduan, TG Nik Aziz cepat-cepat mengingatkan "Mana boleh tutup mulut manusia.".

Bukan takat tu saja tapi sebelum tu TG Nik Aziz bagi gelaran "boneka Umno" pada sapa-sapa yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan.

Bacaan TG Nik Aziz sangat tepat pasai sejak gesaan dari Hj Mustafa Ali tu bukan saja ahli dan penyokong Pakatan Rakyat masih ada yang semakin lantang mengkritik tapi media BN pulak semakin menyambut idea tu.

Utusan hari ni siarkan artikel bertajuk Pas 'tunduk' kepada DAP.

Kecaman demi kecaman daripada sekutu pakatan pembangkang terutamanya DAP menyebabkan Pas 'tunduk' kepada parti itu dalam isu kerajaan perpaduan.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2009/2011 yang berlangsung di sini pada Khamis lalu, secara rasmi membuat keputusan supaya pimpinan parti itu 'tutup mulut' daripada membuat sebarang ulasan mengenainya.

Menteri Belia dan Sukan pulak menuduh Pas kuda tunggangan DAP, PKR,

Pas sukar untuk menjadi peneraju dalam pakatan pembangkang menyebabkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perkembangan sekarang menyaksikan Pas hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun parti itu mempunyai pengaruh lebih besar berbanding kedua-dua rakan dalam pakatan itu.

Tambahnya, Pas sedar jika keadaan tersebut dibiarkan pemimpin dari parti itu tidak akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika pakatan tersebut memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Kedudukan Pas hanya boleh jadi nombor dua atau tiga dalam pakatan," katanya.


Nasib baik la TG Nik Aziz cepat-cepat 'mansuhkan' gesaan dari Hj Mustafa Ali, kalau la semua ahli dan penyokong PAS wala' dengan gesaan dari SUA Agung, nak jawab tuduhan tu pun tak boleh, boleh jatuh tak wala'

Tapi bila dah dimansuhkan, takdak masalah langsung bila Ust Tuan Inrahim Tuan Man sebagai Naib Presiden menerangkan versi dia mengenai ciri-ciri Kerajaan Perpaduan dan seterusnya mencadangkan penubuhan Sekretariat Pakatan Rakyat.

Ingatkan boleh la lega sikit, tiba-tiba keluar pulak kenyataan KPP minta penyokong k'jaan perpaduan jangan berkempen

Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.


Yang lebih mencabar bila Harakahdaily sebelum ni melapurkan yang KPP punya lebih banyak cawangan daripada PAS di Kuala Selangor

Semasa mempengerusikan Muktamar hari ini beliau berkata, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad kepada beliau bahawa PAS mempunyai 34 cawangan manakala Kelab Penyokong PAS mempunyai 36 cawangan.

"Ini sesuatu yang cukup ajaib, kalau dia patah balik rebah kita," katanya selepas wakil dari Kelab Penyokong PAS Vincent Lee, selesai menyampaikan ucapannya dalam persidangan Muktamar hari ini.

Sementara itu, dalam ucapannya, Vincent mencadangkan agar slogan 'PAS untuk Semua' dijadikan slogan untuk parti PAS.

Ini katanya, biar PAS menjadi pilihan semua orang.

Tegasnya pimpinan PAS perlu menolak perpaduan dengan Umno dan menjadikan 'PAS the only choice'.

Istilah 'perpaduan' katanya hanya memberikan pandangan 'negatif' kepada bukan Islam terhadap PAS.



Perlu aku tekankan yang semua tu dilapurkan oleh media hari ni, dalam masa sehari ja macam-macam nak kena jawab. Tu tak termasuk lagi statement yang aku terlepas pandang. Yang tak dilapurkan aku yakin lagi laa banyak.

Kesimpulannya, kerja berat untuk Ust Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS yang baru.

LKY tahu siapa berkuasaLKY tahu siapa berkuasa...!!! Tapi Rakyat tahu tak...???Atau rakyat telah dibutakan hati dan jiwa,,,!!!

Adakah Lee Kuan Yew (LKY) sanggup membazirkan masanya berjumpa orang tidak berkuasa? Mengapa LKY memperuntukkan masa menemui Datin Seri Rosmah Mansor? Dalam berita bertajuk "MM asked to meet Rosmah," akhbar The Straits Times Singapura 13/6/09 melaporkan:

MM Lee said he called on Datin Seri Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team and it was necessary for him to understand both members of the team.

Rosmah dan suaminya berkerja sebagai satu pasukan, itu sebabnya LKY memperuntukkan masa berjumpa Rosmah. Adalah perlunya baginya memahami kedua-dua anggota pasukan itu.

Jika LKY melawat Amerika Syarikat, adakah beliau akan bertemu Michelle LaVaughn Robinson Obama, isteri Presiden Barack Obama? Cuba tanya soalan itu kepada diri sendiri. Kemudian, jawablah sendiri dalam hati.

Cuba tanya pulak lagi, siapa perintah Malaysia? Blogger Umno, Amin Yatim pernah menulis tentang "Perdana Menteri sebenar" di negara ini. Siapa Perdana Menteri sebenar sekarang? Seorang atau dua orang? Atau seorang de facto Prime Minister di belakang de jure Prime Minister?

Sesungguhnya, Tun Dr Mahathir Mohamad kini adalah seorang yang sangat penyabar.

Sementara itu, adakah kita akan membaca berita bertajuk "Umno telah berubah"? Dalam Harakah yang baru dicetak, ada berita di muka dua yang khabarnya bertajuk "Muqabalah bila Umno berubah".

Kerajaan perpaduan: Jom kita lawan!

Berikut ialah email yang saya terima dari seorang ahli PAS yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS kawasan (saya tak edit sikit pun):

Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.Semenjak habisnya Mukhtamar PAS 2009 jiwa saya tidak senang dan senantiasa tertanya-tanya akan halatuju PAS .

2.Persoalan akan halatuju PAS dengan kepimpinan yang dibawa oleh Presiden ,Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bukan saja menghantui saya, malah perasaan sedih juga meresap dijiwa.Sedih kerana PAS suka 'shoot its own foot'.Sedih kerana apabila PAS dan rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat sudah dalam 'cruising mode' gear 5, tiba-tiba nak masuk gear 'gostan' (i.e. patah balik dalam bahasa Kedah).

3.Pilihanraya Umum Mac 2008 merupakan satu titik tolak baru dalam sejarah politik negara.Lebih kurang 49% daripada pengundi yang menolak UMNO/BN.Pada mulanya saya beranggapan bahawa ini hanyalah 'an occurance' atau hanya satu 'event' rakyat hendak mengajar UMNO/BN.Saya juga berpendapat bahawa susah untuk rakyat 'continously reject' UMNO/BN, sebabnya persepsi UMNO/BN = Malaysia menular disanubari majoriti rakyat.Namun pilihanraya-pilihanraya kecil diPermatang Pauh, Kuala Terengganu,Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Penanti memberi kefahaman yang berbeza kepada saya.Daripada 'an occurance' atau 'only an event' penolakan rakyat terhadap UMNO/BN telah menular kepada satu 'trend' dan keputusan diBukit Selambau dan Penanti adalah bagi saya satu manifestasi akan citarasa rakyat BERKEHENDAKKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT ! Bagi warga koperat, ini bermakna Kerajaan Pakatan Rakyat adalah 'VIABLE'.

4.Didalam dunia koperat persaingan adalah lumrah.Setiap syarikat malah individu akan berlumba bersaing.Didalam perlumbaan ini ada batasannya, nilai-nilai moral dijaga dan ini dimanifestasikan dalam konsep dan tindakan 'Rules of Engagement' yang menghormati undang-undang dan pegangan nilai akhlak dan moral masing-masing.Namun sebagai warga koperat saya perasan sejak 10 tahun kebelangkangan ini unsur rasuah menjadi-jadi.Didalam tempoh pentadbiran Perdana Menteri yang ke5, amalan rasuah berkemuncak dan saya rasa dibawah pentadbiran sekarang pun ayat 'amalan rasuah' harus ditukar kepada 'wabak rasuah'.Apabila kita kaji akan fenomina wabak rasuah ini asal usulnya, atau ' the roots of the problem' adalah UMNO.Amalan rasuah menjadi wabak kerana parti ini.Merekalah bukan saja mengamalkan amalan ini, malah mereka mempelopori wabak ini.Teringat kembali saya akan ucapan-ucapan Almarhum Ustaz Fadhil bahawa UMNO ini adalah 'toghut' dan 'toghut' itu jahat dan mengajak masyarakat membuat kerja jahat.Dan rasuah adalah kerja jahat yang paling besar, yang bukan saja meruntuhkan negara, malah empayar sekalipun runtuh kerana wabak rasuah.Andaikata kita tidak membendung amalan rasuah, Malaysia akan hancur....

5.Bagaimanakah kita hendak membendung amalan rasuah dinegara tercinta ini ? Bagaimana bisa Pak (seperti cakapnya orang Indonesia) ? Bagaimana bisa sedangkan UMNO HIDUP dalam rasuah ! Bagaimana bisa,apabila UMNO itu sendiri 'TRIVE ON' rasuah ! Semalam dalam Harakah , Presiden PAS seolah-olah menunggu UMNO berubah kearah kebaikan.Bolehkah 'toghut' berubah ? UMNO dalam mabuknya, dalam rasuahnya, dalam kehinaanya bolehkah berubah ? Atau bukankah lebih baik daripada menunggu dia berubah kita BUANG saja dia !

6.Berdasarkan kepada fakta-fakta yang tertera diatas , saya menjadi bingung apabila Presiden Pas bercakap-cakap tentang Kerajaan Perpaduan.Mula-mula saya ingat kenyataan - kenyataan itu adalah ' slip of the tongue' atau ' a slip of the mind' tetapi tingkah laku beliau sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa beliau istiqamah dengan kenyataannya.Apabila dilihat jawatan-jawatan penting dalam PAS diisi dengan orang-orang yang sekepercayaan dengannya, ia memantapkan kefahaman saya bahawa Presiden dan orang-orang kuatnya 'will follow up and follow through the unity government with UMNO'.

7.Saya mengambil peluang ini untuk merayu kepada rakan-rakan sekalian yang sayang kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk terus kita berjuang dan berusaha menggagalkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO ini. Dan usaha kita perlulah ditingkatkan kepada landasan kefahaman bahawa andaikata puak-puak mukabalah ni masih nak berkawan dan berkahwin dengan UMNO, mereka pun harus disingkir daripada PAS dan Pakatan Rakyat.Kalau kita perlu 'menebas' mereka sebelum kita hancurkan UMNO, maka adalah wajib bagi kita berbuat demikian.Kita tebaskan habis mereka dan UMNO, barulah negara kita yang tercinta ini dapat ditanam semula dengan benih-benih yang lebih baik.Benih-benih yang dapat memberi kebahagian kepada kita didunia dan diakhirat nanti.

8.JOM KITA LAWAN !

Sekian terimakasih.Wassalam.

Keretakan Dalam PAS

Teguran Oleh: ramziredang

"Dalam beberapa artikel yang saya tulis di TKO dan detikdaily, saya ada membayangkan keretakan yang akan berlaku di dalam PAS. Padahal masa saya tulisan artikel tersebut keadaan masih baru dan suasana masih belum nampak secara jelas.

Tetapi kerana saya selalu berulang alik dari kelantan dan terengganu, sedikit sebanyak saya dapat mengesan sesuatu yang makin membarah ini. Saya menulis artikel lebih awal supaya ahli dan pemimpin PAS berwaspada tentang gelombang bawahan yang nampak akan berlaku perpecahan. Tetapi sebaliknya saya menerima banyak teguran tentang artikel saya.

Yang terbaru artikel saya yang bertajuk : "Beberapa Rumusan Kenapa Isu Kerajaan Perpaduan Sukar Dihentikan", pada isu ke 7 saya ada menulis :

Agenda perpecahan oleh musuh PAS ini sedikit sebanyak telah berjaya, hinggakan setengah ahli PAS di Kelantan tidak mahu TGHH dan Ustaz Nasa terlibat dalam kempen di Manek Urai. Sesuatu yang sangat gerun dan menakutkan kita dengar andainya betul ahli PAS sudah jadi macam ni.(Pemimpin dan ahli PAS diharap siasat betul betul hal ini, memang ada)

Kenyataan ini saya tulis kerana semasa saya berulang alik dari kelantan ke terengganu, bualan bualan di kedai kopi mula berubah arah kepada kritikan kasar. Suasana penyokong bawahan memang berlaku keretakan sepertimana yang saya tulis. Terbukti dalam malaysiakini KPP(Kelab Penyokong PAS)kelantan telah membuat kenyataan terbuka supaya penyokong kerajaan perpaduan tidak hadir ke kempen manik urai.(sila rujuk Malaysiakini 15jun)
Saya rasa keadaan masih awal dan masih dapat dibendung seandainya semua penyokong dan pemimpin PAS dapat berlapang dada. Muhasabahlah kembali segala tindakan kita. Janganlah sindrom penafian seperti UMNO meresap ke dalam PAS. UMNO hampir roboh kerana sindrom penafian yang diamalkan. UMNO sentiasa berfikir rakyat akan terus menyokongnya walaupun apa yang berlaku. UMNO sentiasa perasan dia kuat hinggalah keadaan benar benar parah dan tidak dapat diubati lagi, baru dia hendak tersedar, malangnya sudah terlalu lewat.

Ramai pemimpin PAS masih sambil lewa tentang bibit bibit perpecahan yang berlaku di kalangan bawahan. Masih beranggapan itu semua tidak berlaku. Tidak ada sesuatu langkah segera dan serius yang diambil untuk menangani sesuatu isu. Seolah olah ianya akan selesai dengan cara sendiri.

Di zaman mana, kurun mana dan masa mana sekalipun umat islam akan diuji dengan ujian ke arah perpecahan dan berbeza pendapat. Cuma kita perlu cari cara terbaik untuk menyelesaikannya. Janganlah kita terlalu memandang rendah terhadap bibit bibit keretakan kerana sejarah dalam Islam banyak membuktikan akan berlakunya keruntuhan jika ianya ditangani dengan nafsu dan rasa dendam.

Kepada pemimpin PAS yang memang mempunyai ilmu mendalam tentang sejarah islam sepatutnya lebih memahami akan situasi ini dan dapat mengambil langkah awal. Menyatakan tindakan menyokong kenyataan sebelah pihak tidak semestinya akan dapat menegakkan kebenaran tersebut. Yang lebih penting mengawal suasana agar yang panas menjadi sejuk dan segala perselisihan dapat ditaup kembali.

Mengambil sikap saling salah menyalahkan tidak akan memberi keuntungan sedikitpun kepada ikatan ukhuwah, sebaliknya sikap merenung diri sendiri itulah yang lebih membawa kebaikan kepada kita semua. Semoga segalanya bersama sama dapat kita perbetulkan kembali. Janganlah kita menjadi menang sorak kampung tergadai."

Syed Husin: UMNO Guna Chin Peng Untuk Bakar Sentimen Perkauman

Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali bimbang isu Chin Peng digunakan oleh UMNO untuk meniup api perkauman bagi meraih sokongan di kalangan pengundi Melayu. . Rayuan Chin Peng untuk pulang ke negara ini juga diperbesarkan oleh BN untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu utama seperti kemelut di Perak dan kemelesetan ekonomi, kata Syed Husin.

Berikut pandangan beliau bersabit beberapa persoalan utama mengenai isu Chin Peng.


SOALAN 1: Haruskah Chin Peng diberi peluang pulang ke Malaysia? Apakah sebabnya?

JAWAB: Sangat aneh soal Chin Peng ini dibesar-besarkan sebelum, semasa dan selepas PM Najib melawat negara China komunis. Lebih aneh lagi kenapa Chin Peng hendak disekat pulang kerana Abdullah C.D., Pengerusi PKM,pernah diraikan oleh Sultan Azlan Perak dan Rashid Maidin, seorang pemimpin PKM terkenal, pernah diterima bertemu dengan bekas PM Mahathir, sebelum mereka berangkat ke Mekah beberapa tahun lalu. Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh diampunkan. Tun Daim dan beberpa pemimpin Umno pula diketahui melawat tempat kediaman sebuah pasukan PKM yang diketuai Rashid Maidin dan menghulurkan derma untuk membina surau mereka. Adakah sekiranya Chin Peng Melayu sikap dan layanan terhadapnya akan berlainan?

Kita tahu Chin Peng sudah berumur 84 tahun. PKM telah menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989 dan meletakkan senjata. Bahkan mereka memusnahkan senjata mereka, berikutan perjanjian itu. Pengaruh komunisme di Malaysia dan di seluruh dunia merosot, jadi saya tidak nampak Chin Peng boleh menimbulkan masalah keselamatan. Mungkin masalah yang ditimbulkan oleh penjenayah-penjenayah sekarang lebih mengancam.

Benar, ada juga keganasan serta kezaliman yang pernah dilakukan oleh sesetengah anasir komunis. Tetapi bukankah penjajah British dan Fasis Jepun juga banyak melakukan kezaliman ke atas rakyat negara kita ini? Mengapakah mereka mudah saja dimaafkan bahkan dijadikan teladan? Kenapa tidak ada tindakan terhadap tentera British yang membunuh beramai-ramai rakyat tidak berdosa di Batangkali dulu, misalnya? Kenapa tiada bantahan terhadap tentera fasis Jepun yang menjadikan ramai wanita sebagai hamba sex?

Jikalau kita boleh memaafkan anasir-anasir zalim penjajah dan fasis tersebut, dan meraikan para pemimpin PKM yang lain, kenapa masih dendam kesumat terhadap Chin Peng? Beliau memimpin PKM berperang gerila terhadap penjajah Inggeris. Ramai tentera British beserta tentera Gurkha, Fiji dan Kenya yang berkhidmat dengan British turut terbunuh. Mereka mempertahan kepentingan penjajah British di Malaya ketika itu.
Begitu jugalah ramai tentera dan polis Melayu dan sebilangan kecil bukan Melayu yang terpaksa bekerja dengan British untuk menyara hidup.Secara disedari atau tidak mereka mula-mula mempertahan kepentingan penjajah British. Ada yang terbunuh ataupun tercedera. Begitulah akibat peperangan. Sudah tentu kita bersimpati penuh kepada keluarga mereka yang terbunuh itu. Peranan mereka dalam sejarahpun perlu dinilai.

SOALAN 2: Dari segi sejarah, adakah PKM telah memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan Negara?

JAWAPAN: Saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Tun Ismail, bekas TPM, dalam sebuah ucapan sewaktu menerima ijazah kehormat dari USM pada bulan Jun 1973, jikalu tidak silap. Beliau mengakui setiap golongan telah memberikan sumbangan mereka dalam perjuangan kemerdekaan. Ini termasuk golongan kiri. Pada pendapat saya, perjuangan bersenjata PKM menentang penjajah British telah menolong mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan negara.

Saya membaca bahawa semasa perbincangan perjanjian perdamaian, perwakilan PKM minta supaya dirakamkan peranan parti itu dalam perjuangan kemerdekaan. Walaupun semasa rundingan ketua perwkilan Malaysia mengakui peranan PKM, tetapi perwakilan Malaysia tidak bersetuju ini dimasukkan ke dalam teks perjanjian. Akhirnya disetujui oleh pihak perwakilan Malaysia supaya perkara ini diserahkan untuk dibincang dan ditulis oleh ahli-ahli sejarah dan lain-lain. Sepatutnya sekarang ini kita memulakan dan membenarkan proses kajian dan perbincangan akademik yang objektif.

SOALAN 3: Adakah isu ini dibangkitkan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu lain?

JAWAPAN: Selain dari cuba mengalihkan pandangan rakyat dari pelbagai isu yang dihadapi serta menghantui Najib dan kerajaan dipimpinnya sekarang, seperti kemelesetan ekonomi, kemelut negeri Perak, pembunuhan Altantuya, mungkin ada satu lagi perkara lebih besar.

Nampaknya ada percubaan oleh sesetengah pihak di kalangan pucuk pimpinan Umno yang mahu membesarkan isu Chin Peng ini untuk menghangatkan suasana perkauman - iaitu menimbulkan kebencian rakyat Melayu terhadap seorang tokoh Cina yang memimpin sebuah gerakan politik yang dianggap sebagai becorak keCinaan. Anasir-anasir berbayaha dalam Umno ini kelihatan mahu menggunakan isu perkauman bagi menggalakkan perpaduan orang Melayu. Ini perbuatan paling tidak bertanggung jawab kerana pada jangka panjangnya boleh membawa malapetaka kepada rakyat dan negara.

Suara Hati Tuan Guru Haji Hadi di London

1. Habis kerja jam 3 pagi, aku bersiap untuk ke London dengan isteri. Tolong isteri buat bekalan makan. Solat subuh sekarang pukul 3.30 pagi. Tak boleh tidur takut terlajak, kerana bas 6 pagi. Lebih 4 jam perjalanan, sampailah kami di Kota London.

Makan tengah hari di tengah padang Hyde Park di bawah mentari cerah. Rehlah sebelum dengar kuliah. Sampai di Corus Hotel di Bayswater Road tempat program tersebut, rupanya kami orang pertama yang sampai. Wow semangatnya gue!

2. Menanti rombongan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, aku bersembang tidak kosong dengan beberapa orang yang hadir. Melayu, India, Benggali dan Cina pun ada. Semua datang dengan seribu satu soalan. Macam semua nak nasihat agar Presiden PAS itu berhenti bercakap tentang `Unity Government'. Bersungguh benar mereka. Naik gabra aku dibuatnya.

3. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berucap ringkas. Sebab beliau tahu, ramai yang datang bawa dengan soalan. Bukan datang dengan telinga atau kaki yang tak bermata. Pertama, sebagai pemimpin sebuah parti politik Islam, mesej beliau tidak boleh lari daripada Islam itu sendiri. Itulah juga yang dinyatakan oleh beliau sewaktu bertemu dengan Lee Kuan Yew sebelum berangkat ke London. Walaupun yang datang dalam majlis itu pelbagai kaum dan agama, Presiden PAS itu terus menyampaikan butir-butir al Quran sebagai asas ucapannya. Itulah yang dicakap samada dalam Pakatan Rakyat, Barisan Nasional ataupun yang tak tahu apa-apa tentang politik.

4. Kedua, Islam mengutamakan pembangunan insan tanpa menafikan keperluan ekonomi sebagai keperluan kesejahteraan hidup. Ilmu pengetahuan, tamadun dan keperibadian tinggi itulah yang mewujudkan kebijaksanaan manusia untuk hidup dengan saling bantu membantu, berhubungan antara satu sama lain. Manusia tidak boleh hidup sendiri untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,
'kebijaksanaan adalah barang tercicir milik orang beriman'.

5. Kebijaksanaan itulah yang menjadikan kita berkongsi tamadun dengan tamadun bangsa dan agama lain. Tamadun China yang menemukan teknologi alat letupan dan kertas telah digunakan oleh dunia untuk membangunkan ketenteraan dan meningkatkan keselamatan mereka. Tamadun Yunani purba tentang pentadbiran seperti demokrasi digunakan oleh dunia untuk mengurus masyarakat dan negara. Manakala tamadun dan perkembangan sains dan ilmu pengetahuan di Baghdad dan Andalusia juga dimanfaatkan oleh dunia.

6. Kerajaan Islam memanfaatkan semua tamadun dunia untuk membangunkan masyarakat sehinggalah terdiri sebuah kerajaan yang kuat dan maju. Akhirnya, kerajaan Islam yang kuat dan maju itu sedikit demi sedikit meninggalkan Islam sebagai sumber kekuatan mereka. Kerajaan Islam menjadi zalim, menindas rakyat dan menyebabkan pemberontakan berlaku. Dari bangsa Quraish yang dianggap bangsa terkuat, telah berpindah kepada bangsa Kurdis, kemudian kepada bangsa Mogul. Inilah yang pernah disebut oleh Imam Mawardi tentang ciri kepimpinan yang ketujuh;berbangsa Arab Quraish. Bukanlah Imam Mawardi menyatakan hanya Arab Quraish mempunyai darah kepimpinan tetapi sebenarnya ia merujuk kepada kualiti kepimpinan semasa yang memiliki pengaruh luas.

7. Tuan Guru Presiden ada sebut istilah 16 Sep sepintas lalu. Terus kepala aku menangkap ada benda di sebalik itu yang beliau tak mahu ulas lanjut.Tetapi bagi aku penting. Namun barangkali, ada yang lebih penting mengapa beliau tak ulas.

8. Masyarakat mula naik angin bila perut mereka diganggu. Otak sudah letak bawah kaki. Masalah riba, rasuah, untung atas angin, monopoli, manipulasi dan sebagainya. Semua itu ditentang oleh Islam. Dalam menentang amalan riba, al Quran mengisytiharkan perang kepada yang mengamalkannya. Tapi riba adalah amalan lumrah dalam ekonomi. Mengapa manusia tidak menentangnya, sebab perut mereka masih terisi. Mereka tidak kisah kalau timbul masalah sosial sebab kerangka otaknya adalah perutisme. Ini istilah aku pinjam dari Dr. Siddiq Fadhil.

9. PAS mempunyai pengalaman yang luas dalam kerjasama dengan parti-parti politik pembangkang dan kerajaan. Kemuncak kerjasama PAS dengan bukan Islam adalah dengan mewujudkan Kelab Penyokong PAS. Kemuncak kerjasama PAS dengan Umno ialah mewujudkan kerajaan campuran (1971) dan Barisan Nasional (1973). Tiada parti lain seluas pengalaman PAS di Malaysia dalam soal ini. Ini aku cakap.

10. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat adalah atas prinsip yang sama. PAS terus dengan dasarnya dan menghormati dasar parti rakannya yang lain. DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001, kerana tidak bersetuju dengan konsep negara Islam PAS. PAS tidak pernah berhenti dalam perjuangan yang melibatkan dasar parti . DAP dan PAS sekali lagi bertemu dalam Pakatan Rakyat yang diwujudkan selepas PRU12 .

11. Akhirnya, Tuan Guru bercakap tentang `Unity Government' . Menurutnya, konsep tersebut timbul sewaktu zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM. Dasar terbuka Abdullah terhadap institusi kehakiman, langkah pencegahan rasuah, keterbukaan kepimpinannya membuka ruang idea itu dikemukakan. Abdullah Badawi memang awalnya berminat tentang idea tersebut tetapi tekanan dalaman Umno akhirnya menyebabkan beliau terpaksa berundur dari jawatan PM.

12. Apakah itu `Unity Government'? Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.

13. Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Sebabnya mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden jelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.

14. Sambil menuding jari kepada Tuan Guru Presiden, mamat itu bertanya macam-macam. Kurang ajar betul (semangat sebenarnya) mamat ni. Lepas tamat majlis, mereka yang awal tadi tak puas hati dengan Tuan Guru nampaknya semakin jelas. Tiada jawapan yang skema dari Tuan Guru , tiada retorik atau janji politik kosong. Dia jawab dengan lurusnya sebagaimana ketika beliau menjawab soalan wartawan selepas muktamar. Bak kata Tuan Guru sebelum sesi soaljawab tu, yang boleh dijawab, dia jawab. Yang tak boleh, jangan temberang. Oleh kerana kami datang ingin mengetahui, kami faham. Kami dengar sendiri dari mulutnya. Sebaliknya jika yang datang nak mencari kesilapan, mereka akan buat berita yang mengelirukan orang.

15. Memang ada soalan yang tidak dijawab dan tidak menjawab pertanyaan. Bagi aku itu bukan isu sangat. Aku tak sempat nak sembang meski satu ayat dengan Tuan Guru selepas program tamat. Tapi aku sembang dengan Dr. Shamsuri dan Hj. Asmuni yang datang sekali. Agak tidak panjang. Nanti aku cerita kemudian.

Daripada: Muhaimin Sulamat
http://abuyusuff.blogspot.com/2009/06/suara-hati-ustaz-hadi-di-london.html

SISTERS IN ISLAM, KHALID SAMAD & POLITIK PAS

Isu "pengharaman" Sisters in Islam (nama sebenar: SIS Forum Malaysia) yang timbul dalam Muktamar PAS ke 55 baru-baru ini menarik untuk dianalisis. Usul ini dikemukakan oleh PAS Shah Alam dan diterima oleh Muktamar PAS. Tanpa liputan media yang meluas, isu ini habis begitu saja. Bagaimanapun, dalam politik alaf baru di mana "politik isu" mula menggantikan "politik keahlian", maka apa saja yang boleh dijadikan isu akan menjadi isu. Isu-isu inilah yang akan dimanfaatkan bagi membentuk persepsi masyarakat.

Agak menarik, sewaktu muncul dalam rancangan Hujah TV9 bersama Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob, Saudara Khalid Samad yang mengetuai PAS Shah Alam mempertahankan usul itu dengan mengatakan ia merupakan "pengharaman bersyarat." Kata Khalid, syaratnya ialah sekiranya Sisters in Islam melanggar ajaran agama.

Saya dapat menerima hujah itu dan saya fikir ia wajar. Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, Khalid dilaporkan berkata usul itu adalah satu "kesilapan" dan dia sedang berusaha "membetulkan" usul tersebut. Bagaimana seseorang ingin "membetulkan" satu keputusan yang dibuat oleh lebih 1,000 perwakilan dalam Muktamar PAS, saya tidak pasti.

Pun begitu, saya puji usaha Khalid. Sekurang-kurangnya beliau menyedari bahawa usul tersebut sekiranya dibiarkan boleh menjadi satu isu yang menjadi liabiliti kepada PAS, sekurang-kurangnya kepada pengundi di kawasan bandar. Atas kesedaran itu jugalah maka Khalid dilaporkan berkata dia memikul tanggungjawab tersebut; untuk mengelakkan parti menanggung liabiliti.

Dalam dunia yang mendatar (rujuk "The World is Flat" oleh Thomas Friedman), kemampuan sesebuah organisasi bukan lagi diukur dengan ramai ahli. SIS Forum Malaysia yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hanyalah sebuah organisasi kecil. Ia terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan PAS, sebuah organisasi massa yang mempunyai ahli di seluruh negara.

Dalam politik hari ini, sementara keahlian penting namun kemampuan sesebuah organisasi itu untuk menggarap sesuatu isu adalah jauh lebih penting. Dalam hal ini, Sisters in Islam jauh lebih artikulatif berbanding PAS. Dalam isu "pengharaman" ini, Sisters in Islam dilihat lebih berjaya mempengaruhi pendapat awam.

Seperti yang saya tegaskan di awal tadi, politik isu sekarang menggantikan politik keahlian. Seringkali, pemimpin-pemimpin UMNO mengatakan parti itu mempunyai 3.5 juta ahli. Satu ketika dulu, ahli-ahli sesebuah parti akan mengundi parti tersebut. Hari ini keadaan sudah berubah.

Kewujudan media baru telah memberikan rakyat akses kepada pendapat yang pelbagai. Dalam keadaan ini, tidak menghairankan sekiranya ahli sesebuah parti politik tidak lagi mengundi parti sendiri seperti sebelumnya. Secara khusus, ahli-ahli UMNO sendiri tidak mengundi calon parti itu yang tidak mampu menggarap isu dengan baik.

Rakyat menilai sesuatu isu dan untuk meraih sokongan (sama ada ahli atau tidak), sesebuah parti politik mesti mampu menggarap isu dengan baik. Maka di sinilah letakkan keperluan kepada pemimpin-pemimpin politik yang artikulatif. Dalam ertikata lain, ini bermaksud "engagement" antara pemimpin dan rakyat.

Saya meramalkan "politik isu" akan lebih menentukan keputusan PRU13 berbanding "politik keahlian." Jumlah keahlian sesebuah parti politik tidak menentukan sama ada ia menang pilihanraya atau sebaliknya. Sesebuah parti politik atau seseorang calon akan menang pilihanraya sekiranya ia mampu menggarap isu dengan baik, artikulasi isu secara yang dapat diterima oleh rakyat dan menentukan ia sentiasa menang dalam perbahasan apa saja isu.

Dalam keadaan di mana politik isu adalah penentu kemenangan, sesebuah parti politik harus menguasai media. Oleh kerana pengundi muda (yang dikenali sebagai "Net Generation" -- meminjam istilah Dan Tapscott dalam bukunya "Grown Up Digital") ramai dalam PRU13, parti yang menguasai media baru (baca: internet) akan menang dalam politik isu.

Khalid Samad sedar bahawa politik isu ialah politik PRU13. Menguruskan isu jauh lebih penting dari menguruskan keahlian parti. Atas alasan itulah saya fikir Khalid mengatakan usul itu adalah satu "kesilapan" walaupun beberapa hari sebelumnya Presiden PAS Dato' Seri Abd Hadi Awang mempertahankan usul tersebut!

Kerajaan Perpaduan Dan Persaudaraan Islam

Oleh : Dr. Mohd Asri Zainuil Abidin

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian.

Allah menyebut: (maksudnya)“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya.

Nabi s.a.w bersabda:“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda:“Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).

Penyakit ‘asabiyyah bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya.

Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.

Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu’awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan.

Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin `Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari).

Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu`awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina `Ali. Mu`awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba`ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr).

Di samping itu, Mu`awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:”Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)” (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu `tuan’.

Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).

Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan PAS dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka.

Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut:“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan PAS berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.

Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama muslim.

Firman Allah: (maksudnya)“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).

Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri.

Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya `Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak…(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.

http://drmaza.com/

Dr M rails against ‘little Emperor’ Kuan Yew....kah..kah atuk umno dah berbunyi...???? Kita lihat sape yang kena...!!!!!

KUALA LUMPUR, June 15 – With no love lost between him and Lee Kuan Yew, Tun Dr Mahathir Mohamad pulled no punches today and called the Singapore leader “a little Emperor … of a tiny Middle Kingdom” lecturing Malaysian leaders on how to run the country in his recent “triumphant visit to Malaysia”.

The longest-serving Malaysian prime minister also took a swipe at his successor, Tun Abdullah Ahmad Badawi, calling him “the great 5th Prime Minister” who had decided not to build a new bridge or settle other outstanding issues with the island republic when Johoreans said they did not want to sell sand to Singapore for its reclamation works.

“During Lee Kuan Yew’s triumphant visit to Malaysia, he made it known to the Malaysian supplicants that Singapore regards the lands within 6,000 miles radius of Singapore as its hinterland. This includes Beijing and Tokyo and, of course, Malaysia,” Dr Mahathir said in posting at his popular www.chedet.cc.

He did not meet Kuan Yew, who is Singapore’s longest-serving prime minister, during the latter’s eight-day visit to Malaysia which ended today. The two leaders had an acrimonious relationship while in power.

“Of course this self-deluding perception places Singapore at the centre of a vast region. It is therefore the latter day Middle Kingdom. The rest are peripheral and are there to serve the interest of this somewhat tiny Middle Kingdom,” he added.

Dr Mahathir pointed out Kuan Yew’s explanation that Singapore Chinese would control the “Iskandar whatever” was not justified as Malays could work there, sarcastically saying “It is good to know that Malays can also work in their own country. I wonder as what? Maybe someone should make a study of the Malays of Singapore just to know what it is like to be a Malay minority in their own country”

He has been a long-term critic of the Iskandar development corridor launched by Abdullah three years ago, saying Singapore would dominate Malaysian territory, which is modelled on the fast-growing Shenzen region across Hong Kong.

Dr Mahathir also picked up his pet peeve about the price of raw water being sold to Singapore at 3 sen per 1,000 gallons under two agreements made in the 1960s.

“Lee says it was absurd for the former Prime Minister of hinterland Malaysia to ask to increase it to RM8 per 1,000 gallons. I don’t know where he got this. Some Malaysian officers did suggest this figure but we were ready to bargain and maybe settle for RM3.

“And why not? Johor sells raw water to Malacca for 30 sen, 1,000% higher than to Singapore. And Malacca is, I believe, a part of Malaysia! Some Malaysians may see the irony of this,” he added.

Reserving some vitriol for his favourite whipping boy, Abdullah, Dr Mahathir said, “The great 5th Prime Minister has decided that since the people of Johor did not want to sell sand to Singapore, Malaysia would not build any bridge, straight or crooked, or negotiate and settle the other issues like the Central Provident Fund, the Railway land.

“Maybe the 5th Prime Minister thinks he is punishing Singapore. Actually he is giving Singapore what its wants, including the 3 sen per 1,000 gallons water until 2060. Think of how many grains of nasi lemak we can buy with 3 sen in 2060. Imagine what 1,000 gallons will earn for Singapore at that time. Can’t think of a more astute PM for Malaysia,” he added

He also made a stinging observation about Kuan Yew’s visit to Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh, Penang, Kota Bharu and Kuantan with his delegation in the past week.

“All those who met the great man from the little country were lectured on how Malaysia should be run. We should not have any more problems now. We have been told the direction to take. MCA must help Umno to win because Singapore does not want an Islamic party like PAS to win. We must ensure this.

“Sorry, PAS. Working with the DAP, the offspring of PAP has not endeared you to Mr Lee,” he wrote.

But he promised this was not the end of his diatribe against Kuan Yew.

“I have a lot more to say about this little Emperor but I will reserve it for later,” Dr Mahathir vowed.

Dr M rails against ‘little Emperor’ Kuan Yew....kah..kah atuk umno dah berbunyi...????

[If there is any subject, aside from his predecessor, guaranteed to set Dr Mahathir off on a rant, it's Lee Kuan Yew. - File picture by Choo Choy May] KUALA LUMPUR, June 15 – With no love lost between him and Lee Kuan Yew, Tun Dr Mahathir Mohamad pulled no punches today and called the Singapore leader “a little Emperor … of a tiny Middle Kingdom” lecturing Malaysian leaders on how to run the country in his recent “triumphant visit to Malaysia”.

The longest-serving Malaysian prime minister also took a swipe at his successor, Tun Abdullah Ahmad Badawi, calling him “the great 5th Prime Minister” who had decided not to build a new bridge or settle other outstanding issues with the island republic when Johoreans said they did not want to sell sand to Singapore for its reclamation works.

“During Lee Kuan Yew’s triumphant visit to Malaysia, he made it known to the Malaysian supplicants that Singapore regards the lands within 6,000 miles radius of Singapore as its hinterland. This includes Beijing and Tokyo and, of course, Malaysia,” Dr Mahathir said in posting at his popular www.chedet.cc.

He did not meet Kuan Yew, who is Singapore’s longest-serving prime minister, during the latter’s eight-day visit to Malaysia which ended today. The two leaders had an acrimonious relationship while in power.

“Of course this self-deluding perception places Singapore at the centre of a vast region. It is therefore the latter day Middle Kingdom. The rest are peripheral and are there to serve the interest of this somewhat tiny Middle Kingdom,” he added.

Dr Mahathir pointed out Kuan Yew’s explanation that Singapore Chinese would control the “Iskandar whatever” was not justified as Malays could work there, sarcastically saying “It is good to know that Malays can also work in their own country. I wonder as what? Maybe someone should make a study of the Malays of Singapore just to know what it is like to be a Malay minority in their own country”

He has been a long-term critic of the Iskandar development corridor launched by Abdullah three years ago, saying Singapore would dominate Malaysian territory, which is modelled on the fast-growing Shenzen region across Hong Kong.

Dr Mahathir also picked up his pet peeve about the price of raw water being sold to Singapore at 3 sen per 1,000 gallons under two agreements made in the 1960s.

“Lee says it was absurd for the former Prime Minister of hinterland Malaysia to ask to increase it to RM8 per 1,000 gallons. I don’t know where he got this. Some Malaysian officers did suggest this figure but we were ready to bargain and maybe settle for RM3.

“And why not? Johor sells raw water to Malacca for 30 sen, 1,000% higher than to Singapore. And Malacca is, I believe, a part of Malaysia! Some Malaysians may see the irony of this,” he added.

Reserving some vitriol for his favourite whipping boy, Abdullah, Dr Mahathir said, “The great 5th Prime Minister has decided that since the people of Johor did not want to sell sand to Singapore, Malaysia would not build any bridge, straight or crooked, or negotiate and settle the other issues like the Central Provident Fund, the Railway land.

“Maybe the 5th Prime Minister thinks he is punishing Singapore. Actually he is giving Singapore what its wants, including the 3 sen per 1,000 gallons water until 2060. Think of how many grains of nasi lemak we can buy with 3 sen in 2060. Imagine what 1,000 gallons will earn for Singapore at that time. Can’t think of a more astute PM for Malaysia,” he added

He also made a stinging observation about Kuan Yew’s visit to Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh, Penang, Kota Bharu and Kuantan with his delegation in the past week.

“All those who met the great man from the little country were lectured on how Malaysia should be run. We should not have any more problems now. We have been told the direction to take. MCA must help Umno to win because Singapore does not want an Islamic party like PAS to win. We must ensure this.

“Sorry, PAS. Working with the DAP, the offspring of PAP has not endeared you to Mr Lee,” he wrote.

But he promised this was not the end of his diatribe against Kuan Yew.

“I have a lot more to say about this little Emperor but I will reserve it for later,” Dr Mahathir vowed.

Kecoh: Nizar bertindak "Hang Tuah" di Dewan?

Tindakan MP Pakatan jerit, pakai lilitan memalukan - NazriOleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Tindakan melaungkan dan memakai lilitan "BUBAR DUN" oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan sebahagian ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat pagi tadi disifatkan sebagai "tindakan memalukan."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tindakan itu sememangnya telah dirancang oleh pembangkang sempena majlis angkat sumpah Nizar sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

"(Apa yang berlaku) satu perkara yang amat memalukan kerana tidak menunjukkan satu teladan, satu contoh sebagai ahli Yang Berhormat.

"Saya kesal dan berharap ia tidak menjadi contoh, berharap tindakan dan perangai ini tidak mewakili pandangan majoriti ahli-ahli Parlimen," kata Nazri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen.

Nazri mengulas tindakan Nizar yang melaungkan "bubar DUN" dan kemudian mengikat lilitan "BUBAR DUN" Perak sambil diikuti beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Nizar memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang awal April lalu.

Termasuk beliau tujuh wakil rakyat Pakatan diarah keluar Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mereka 'digantung' selama dua hari ini sehingga esok.

Jelas Nazri, setiap pihak yang memasuki Dewan Rakyat dikehendaki mematuhi kod etika pakaian yang ditetapkan.

"Pakaian kita pun, masuk ke dalam Dewan ditetapkan oleh kod pakaian," katanya.

Sebarang pakaian di luar kod etika, kata beliau, jika hendak diamalkan perlu mendapatkan kebenaran Speaker, kata Nazri.

"(Malah) apa-apa dokumen yang hendak diletakkan di atas meja (wakil rakyat di Dewan) pun kena mendapat kebenaran," katanya.

Mengenai komen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pemakaian lilitan diamalkan di negara lain, Nazri memberitahu, "kalau Ketua Pembangkang kata di luar negara, itu di luar negara, ini Malaysia... tak boleh dilakukan, perlu dihormati."

Ketika ditanya mengapa pemakaian lilitan di kalangan wakil rakyat dibenarkan semasa kempen anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) beberapa tahun lalu, beliau memberitahu, banyak perkara yang dilakukan pada masa lalu adalah atas "dasar terlepas pandang."

"Yang penting daripada pemerhatian mata Speaker, kalau Speaker tidak nampak terlepaslah... tapi apabila perkara gila berlaku macam pagi tadi, dia menarik perhatian, tiba-tiba ramai yang pakai.

"Maka daripada segi perhatian Speaker dan mengambil keputusan dia.

"Dulu dia pakai lilitan, kita tak sedar pun, kita tidak tahu pun ada yang pakai... ada juga Ahli Parlimen yang tidak membangkitkan perkara itu pun.

"Jadi keputusan dibuat berdasarkan tarikan perhatian berdasarkan perkara itu baru kita ambil keputusan (mengarah keluar Dewan Rakyat)," katanya.

BAHAS PLKN BERALIH FOKUS

Dalam pada itu, sesi bahas Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008 mencuri tumpuan apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) turut membangkitkan insiden yang mewarnai Dewan Rakyat pagi tadi.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengecam tindak-tanduk beberapa Ahli Parlimen Pakatan sambil menekankan, "sebagai golongan terpelajar, wakil rakyat berkenaan seharusnya membincangkan rasa tidak puas hati mereka menggunakan saluran yang sesuai." "Sebagai golongan dewasa kita seharusnya menunjukkan teladan baik kepada golongan muda jika kita mahu menjadi warganegara yang baik," katanya.

"Tetapi, melihat kepada apa yang berlaku hari ini, kita tidak dapat menunjukkan contoh yang baik di Dewan ini," katanya lagi.

"Ini (insiden pagi ini) sesuatu yang memalukan," kata Ahli Parlimen BN dari Lipis, Datuk Mohamad Shahrum Osman.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN, Datuk Bung Moktar Radin berkata, Nizar bertindak sebagai Hang Tuah apabila mengenakan lilitan dan melaungkan slogan membubarkan Dewan Undangan Negeri. "Nasib baik beliau tak bawa keris ke dalam Dewan, jika tidak beliau pun sudah tentu hunus keris, nasib baik beliau tidak bawa pistol," katanya.

"Beliau kata jurutera, apa punya jurutera... beliau kena menjuruterakan diri beliau dulu," katanya lagi.

Tambah wakil rakyat BN dari Kinabatangan itu, "ini Dewan Rakyat, bukan Dewan Undangan Negeri Perak, yang boleh bersidang di bawah pokok." Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir ketika ditemui di ruang lobi Parlimen berkata, adalah sesuatu yang mengecewakan apabila Nizar cuba mengalih fokus perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat dengan laungan dan pemakaian lilitan.

Tindakan beliau melakukan demikian pada hari pertama lebih memburukkan lagi keadaan, kata beliau.

"Bagaimanapun saya tidak terkejut dengan tindakan beliau," katanya.

Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula berkata, Nizar tidak seharusnya bertindak demikian untuk menarik perhatian media.

"Saya faham perasaan mendalamnya berhubung isu politik Perak tetapi seharusnya telah membahaskan perkara itu secara lebih bertamadun," katanya.

KOMEN NIZAR

Nizar apabila dihubungi The Star berkata, tiada sebab bagi Speaker untuk menggantung beliau dan enam wakil rakyat Pakatan yang lain.

Katanya, beberapa Ahli Parlimen pernah mengenakan lilitan putih bagi membantah penggunaan ISA pada tahun 2001 terhadap pemimpin pembangkang. "Saya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan telah mendapatkan kebenaran Speaker untuk mengatakan sesuatu di Parlimen.

"Beliau meminta saya menanggalkan lilitan dan saya telah melakukan. Kemudian saya duduk di tempat saya dan tidak sampai 10 saat, beliau mengarahkan saya keluar Dewan," katanya.

Nizar menambah, beliau kemungkinan mempertimbangkan untuk menyoal penggantungannya apabila kembali ke Dewan Rabu ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyokong kempen memakai lilitan "BUBAR DUN".

PAS melancarkan kempen itu pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 minggu lalu.

"Apa yang dilakukan oleh Nizar hari ini menunjukkan manifestasi beliau tentang perkara yang berlaku di Perak. Beliau cuba nak sampaikan perkara itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

HORMATI PILIHAN RAKYAT PERAK DI BUKIT GANTANG

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana sokongan padu dari Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) diatas kempen lilitan hitam “Bubar DUN Perak” untuk mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan terutamanya semasa berlangsungnya sidang Parlimen Malaysia hari ini.

Insiden angkat sumpah Dato’ Seri Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin yang dicemari dengan gangguan dari Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sangat mendukacitakan tanpa ada tindakan sewajarnya daripada Speaker. Sikap Speaker yang tidak professional juga sangat mendukacitakan DPPN Pk.

Sepatutnya Speaker yang bersifat mempengerusikan sidang Dewan Rakyat perlulah memberi budi bicara awalnya dengan amaran atau peringatan terlebih dahulu dan bukan terus mengeluarkan arahan mengusir keluar seseorang Ahli Parlimen tersebut.

Kemenangan Dato Seri Ir. Nizar adalah kemenangan rakyat yang mahukan pembubaran melalui isyarat gelombang Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang. Kekalahan BN dengan peningkatan majoriti undi Pakatan Rakyat jelas membuktikan rakyat menolak kerajaan haram dibawah Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir yang rampas melalui pintu belakang.

Oleh itu, DPPN Pk mendesak supaya Speaker manarik semula pengarahan keluar semua ahli-ahli Parlimen PR terutamanya Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru serta memohon maaf atas tindakan singkat beliau demi untuk membersihkan perjalanan Parlimen Malaysia dari unsur-unsur ketidakadilan terhadap ahli-ahli Parlimen.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

TV Islam, BN cuba pancing undi Melayu

Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba menarik sokongan undi orang Melayu dengan mengadakan saluran TV Islam sebagai persiapan mereka untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, tegas Ketua Penerangan PAS yang baru, Ustaz Idris Ahmad.

Tegas beliau, sudah menjadi trend setiap Perdana Menteri yang baru dilantik akan membina imej untuk menarik sokongan dan saluran TV Islam merupakan strategi Dato' Seri Najib Razak Tun Razak untuk dilihat Islamik.

Malah perkara ini pernah dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad dalam buku 'The Malay Dilema' yang mengaitkan usaha kerajaan Perikatan membuat program untuk menarik sokongan orang Melayu.

"Ini merupakan cara Umno/BN untuk menarik sokongan orang Melayu terutama di luar bandar. Usaha seperti ini perlu dilakukan untuk membina imej seorang Perdana Menteri yang baru dilantik bagi mendapatkan sokongan.

"Ia bukan perkara baru kerana di zaman Tunku Abdul Rahman dianjurkan musabaqah membaca al-Quran untuk dilihat Islamik dan menarik sokongan orang Melayu," tegas beliau.

Dalam pada itu, Idris berharap jika saluran ini diadakan, dakwah yang dilakukan hendaklah mengikut versi Nabi Muhammad s.a.w. bukan dakwah versi Umno. Jika dakwah versi Umno dimuatkan dalam setiap program saluran tersebut, ia dibimbangi tidak akan mencapai matlamatnya.

Kerajaan baru-baru ini meluluskan sebuah lagi saluran televisyen baru yang dikhaskan untuk televisyan Islam. Ia dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Khir Baharom. -

Nizar, Mahfudz dan Anwar Persoal Tindakan Speaker

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia menggantung Ahli Parlimen Nizar Jamaluddin dan enam ahli Parlimen lain daripada Parlimen dua hari kerana kononnya melanggar kod baju Dewan Rakyat.

Nizar dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis), Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di halau dari Parlimen kerana memakai lilitan bubar DUN Perak.

Nizar cuba membawa bahas mengenai kemelut politik Perak ke dewan tertinggi demokrasi di negara ini setelah menangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

“Ketika mengangkat sumpah, saya berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan. Demikian itu saya meminta izin dari Speaker untuk memaklumkan kepada Dewan berkenaan isu Perlembagaan yang dipinggir di Perak,” kata Nizar.

Nizar bagaimanapun tidak diberi peluang itu kerana diarahkan keluar Dewan oleh Pandikar bersama enam Ahli Parlimen lain.

"Saya diarahkan keluar kerana saya menyalahi beberapa tradisi angkat sumpah, sebab saya nyatakan itu sebaik-baik saja tandatangan sumpah itu maka sebut bubar bubar bubar DUN Perak, hidup hidup rakyat," kata Nizar.

Datuk Mahfudz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena yang turut diarahkan keluar mempersoalkan mengapa memakai lilitan di lengan pun diarahkan keluar seolah-olah ia menjadi satu kesalahan mengatakan ini bukan satu pakaian yang diizinkan oleh dewan.

Pandikar berkata kesemua mereka di gantung dua hari atas kesalahan melanggar kod pemakaian Dewan Rakyat.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Anwar (PKR-Permatang Pauh)
Dewan Rakyat perlu mendengar penjelasan Krisis Perlembagaan Perak kerana institusi Parlimen adalah mercu dewan-dewan legislatif negara ini.

“Kita dapat lihat bagaimana Dewan Undangan Negeri dilanggar, serta kekerasan yang dilalui oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kes-kes ini perlu diberi perhatian serius oleh Dewan Rakyat,” kata Anwar.

“Tidak ada bezanya proses Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Perak. Dewan perlu mendengar penjelasan dan membahaskan isu ini,” kata Anwar.

Beliau kesal kelima-lima wakil rakyat lantang itu digantung dua hari atas alasan kod pemakaian, sedangkan isu yang di bawa adalah serius dan menjurus kepada pencabulan proses legislatif negara ini.

TG Nik Aziz: Layanan samarata kepada semua rakyat Malaysia jika PAS memerintah...

Itulah yang diberitahu oleh TGNA kepada Lee Kuan Yew apabila ditanya corak pemerintahan PAS apabila menguasai Malaysia. PAS for all bukan hanya slogan...

Kuan Yew mahu tahu apa jadi jika PAS perintah Malaysia
KOTA BHARU, Jun 14 — Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew membuat kunjungan bersejarah ke Kelantan dan bertemu dengan rakan sejawatnya dalam PAS iaitu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lee yang turut disertai oleh anggota kabinet Singapura menemui Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim.

Mereka bertukar-tukar fikiran di samping bertanya khabar antara satu sama lain. Fokus utama Lee nampaknya adalah apa akan berlaku kepada rakyat berbilang kaum di negara ini jika parti Islam itu memerintah.

Nik Aziz menjelaskan, PAS akan menjadi pembela kepada semua kaum kerana itulah slogan PAS iaitu "PAS untuk semua".

Rasa ingin tahu Lee mungkin sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi ekoran kemenangan besar PAS bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Tambahan pula Umno sejak akhir-ahkir ini dilihat semakin hilang pengaruhnya. Muktamar PAS baru-baru ini pula semacam mengambil pendekatan untuk PAS memimpin perubahan bersama Pakatan Rakyat.

Kata Nik Aziz, rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam.

Jaminan yang diberikan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu diberikan apabila Lee mahu mendengarnya sendiri dari mulut pemimpin utama PAS itu sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Nik Aziz memberitahu, contoh harmoni yang dilaksanakan terhadap masyarakat minoriti di negeri ini seperti Cina dan India serta lain-lain bangsa sudah cukup menjadi bukti.

Katanya lagi, kehadirannya ke rumah ibadat masyarakat Buddha sebelum ini termasuk menerima rombongan pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di negeri itu juga turut menjadi bukti dasar hubungan baik dan mesra menurut Islam telah diamalkan oleh parti Islam itu di negeri berkenaan hampir 20 tahun lalu.

Bahkan, menurutnya antara negara pertama yang dilawatinya sewaktu mendapat mandat sebagai Menteri Besar adalah Negara China yang berbanding negera lain memandangkan negara tersebut menerima Islam sejak awal berbanding Tanah Melayu.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung hampir sejam di pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim itu Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajarannya, Ng Eng Hen di samping beberapa orang pegawai dari Kedutaan Singapura.

Turut hadir mengiringi Nik Aziz selain Setiausaha Politik, Haji Annual Bakhri Haroun dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah ialah, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar dan Datuk Anuar Tan Abdullah.

Dua kali ditunda, demo besar sambutan 49 tahun ISA 1 Ogos

Setelah berbulan-bulan Kuala Lumpur tidak dilanda demonstrasi besar sejak Mac lalu, ibu negara akan menyaksikan sambutan ulang tahun ke-49 pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.

Perhimpunan besar ini, pada asalnya dirancang selepas demonstrasi membantah dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 7 Mac lepas (foto kiri), tetapi ditunda ke bulan ini.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai lebih 80 NGO dan parti pembangkang, menangguhkan lagi ke 1 Ogos ini bersempena kelulusan akta tersebut yang dikuatkuasakan mulai tarikh tersebut pada 1960.

Malaysiakini difahamkan gabungan NGO akan mengumumkan tarikh terbaru demonstrasi tersebut di satu sidang media dalam masa yang terdekat.

Demonstrasi besar "Himpunan Mansuhkan ISA" ini dibuat susulan kempen menentang akta kontroversi itu yang telah dilancarkan hujung Disember lepas di Bangi.

GMI menangguhkan buat pertama perhimpunan itu setelah mengambil kira tiga pilihanraya kecil yang berlangsung serentak antara 29 Mac hingga 7 April lalu.

Bagaimanapun tiada sebab dinyatakan bagi penangguhan kali kedua.

Demonstrasi membantah PPSMI yang dikepalai Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, menarik kira-kira 8,000 penyokong dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

Datuk Seri Najib Razak, sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam, berikrar ingin menyemak kembali ISA yang terus-menerus menjadi bahan kritikan NGO dan pembangkang.

Bagaimanapun sehingga kini tiada langkah konkrit diumumkan.

Nizar ditendang keluar selepas angkat sumpah

Oleh Sam Ahmad

Nizar angkat sumpat sebagai ahli parlimen (AP) dan selepas itu diarahkan keluar dewan dengan alasan enggan menanggal pengikat kepala ‘Bubar Dun’ dan berkelakuan kasar menurut speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dan bersamanya lima orang lagi AP turut ditendang keluar. Mereka yang ditendang keluar ialah Nizar (PAS - Bukit Gantang), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Ketika kekecohan tersebut Perdana Menteri Najib Razak turut hadir. Sementara itu, di luar Dewan pihak keselamatan telah mengarahkan mereka yang bukan MP untuk menanggalkan pengikat kepala ‘Bubar DUN’ tersebut.

Mahfuz Omar yang turut diusir dipetik sebagai berkata kepada The Malaysia Insider yang bekas Speaker Tun Zahir Ismail, telah membenarkan kain pengikat lengan anti-ISA ketika sesi Parlimen ke 10.

Selain daripada ditendang keluar dari dewan, mereka juga turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Keadaan keselamatan di Bangunan Parlimen dikawal ketat dengan jumlah kehadiran polis adalah ramai. Dewan akan bersidang selama dua minggu bermula hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan dengan ‘rampasan kuasa’ di Perak, Hishamuddin Hussein (Meteri Dalam Negeri) menjawab soalan DS Anwar (ketua pembangkang) mengenai penggunaan polis mengheret keluar Speaker keluar dewan pada persidangan DUN negeri Perak 7 Mei yang lalu. Dan menurut Lim Kit Siang dalam Twitternya, “Seperti dijangka, Hishammuddin membenarkan penggunaan polis pada hari [tersebut]“.

Drs. Khalil Idham Lim mengulas perbahasan Hishammudin yang menjawab soalan dari ketua Pembangkang mengenai salah guna kuasa polis di DUN Perak itu berkata, bahawa Hishammudin sebagai Menteri dalam Negeri telah berbohong di dalam dewan, dengan menyatakan bahawa penggunaan polis adalah sah kerana dipanggil oleh speaker BN, Ganeson. Walaupun di dalam masa yang sama terdapat speaker sah dari PakTAN, v. Sivakumar.

Beliau yang juga ADUN Perak dan hadir ketika persidangan dewan 7 Mei lepas berkata, [s]ebagai salah seorang ADUN Perak saya mendapati percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan dan dari itu saya dapati dia cuba berbohong.

“Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaanSpeaker BN, Ganesan bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.”

Barisan Perpaduan 1 & 2

Haji Hadi dah bagi ‘penjelasan’, tapi sama ada penjelasan dia telah menjelaskan suasana atau tambah mengharubirukan suasana..terpulang kepada tafsiran masing-masing. Dan nampaknya..yang memerlukan penjelasan bukan ahli-ahli dan penyokong Pas di tanah air, tetapi orang di England. Baca kat sini.

Diwaktu yang sama, Nik Aziz terus menghentam Kerajaan Perpaduan. Siapa yang menyokong Kerajaan Perpaduan adalah BONEKA UMNO!. Kat sini. Manakala Kelab Penyokong Pas pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pemimpin Pas yang menyokong Kerajaan Perpaduan dari turun ke Manik Urai.

Aku cuba tak mau bercakap tentang perkara ini..terutama bila orang suruh aku tutup mulut…sebab aku bukan orang Pas. Orang PKR tak boleh cakap pasai Pas..Tapi orang Pas boleh kutuk PKR!!!

Bila aku baca yang ini…bengang juga kepala.

“Aku tengok yang hentam Tok Guru Nik Aziz dengan Ustz Nasha ni tak lebih sebagai agen PKR je..bukan ahli Pas pun..sokong Pas pon tak tara mana..hangpa memang mau proksi anwar kuasai Pas bukan…???”

Begitu juga bila baca macam ni…

Ramai juga sebenarnya penyokong PAS yang berblogging terbawa-bawa dengan cara pemikiran liberal blogger PKR…
Kononnya blogger kembara jalanan..
Tau sama tau sudahlah sapa yang dimaksudkan.

Apakah Nik Aziz juga ejen PKR? Apakah Nik Aziz juga proksi Anwar? Dan bagaimana dengan Kelab Penyokong Pas yang mengharamkan pemimpin Pas pro UG dari turun ke Manik Urai…apakah mereka juga ejen PKR?

Mengapa Nik Aziz tidak mahu berhenti dari mengentam Kerajaan Perpaduan? Malah Nik Aziz juga memberi amaran…

Beliau berkata, gelaran ‘boneka UMNO’ yang diberikan kepada kalangan pemimpin Pas yang menyokong idea itu hanyalah merupakan kaedah pertama untuk menasihati golongan tersebut.

Ini cuma nasihat. Apakah kalau berterusan isu ini, Nik Aziz akan mengisytiharkan perang pula? Mengapa Nik Aziz begitu marah?

Ada banyak yang diketahui oleh Nik Aziz tapi dia tak boleh nak ceritakan secara umum. Kadang-kadang dia buat secara kiasan..dan terpulang lah kepada kita untuk berfikir dan mencari apakah sebabnya dia begitu marah.

Begitu juga bila aku tulis, aku tak meminta semua orang baca apa yang tersurat saja…ada perkara yang aku tak boleh cerita secara umum. Bila aku tulis sesuatu perkara..aku bukan duduk dirumah saja dan menatap komputer. Lepas tu karang cerita.

Aku ikut ceramah merata tempat. Bagan Datoh, Pasir Panjang, Bagan Serai, sampai Pengkalan Hulu. Bila nak tulis tentang pondok Pak Teh..kami pergi jumpa dia. Bila dengar cerita pertemuan lapan mata di Kota Bharu..kami pergi ke Kota Bharu..untuk mendapat maklumat terus. Dan ada yang boleh diceritakan secara umum…ada yang tak boleh. Mana yang tak boleh tu..hangpa kena usahakan la. Kalau nak dapat tahu dari aku pun boleh…tak ada masalah. Boleh jumpa bila-bila masa.

Tapi kalau terus bagi label..aku ejen PKR…nak pecahbelahkan Pas…susah la.

Tiap pagi..bila aku buka komputer, sudah pasti lah aku buka blog sendiri..tengok komen-komen dan jawab mana yang boleh. Lepas tu aku akan buka blog Penarik Beca.

Aku dengan Bakaq bukan ngam sangat pun. Aku pro-Anwar..dia marah kat Anwar. Tapi itu bukan sebab untuk kami bermasam muka, dan juga bukan sebab pasai apa aku nak kutuk dia Syiah ka…dia tukang kacau ka. Tapi aku suka dia pasai dia benci Umno. Tu saja. Dan dia hentam Pas pasai dia sayang kat Pas.

Dalam blog Bakaq…dia tulis pendek-pendek tapi penuh maklumat. Tapi ramai orang tak mau meneroka lebih jauh bila dia bagi clue..sebaliknya tuduh dia fitnah..buat cerita karut. Cuba perhatikan..pasai apa Bakaq buat posting pasai Task Force 2010…pasai Lt. Jen. Wan Abu Bakar..pasai apa?

Wan Abu Bakar adalah bos Risik Tentera. Perkataan yang popular ialah MIO. Task Force 2010 adalah projek MIO untuk mengekalkan kuasa Umno. Dan untuk mengekalkan kuasa Umno..Pas perlu dihapuskan dan kuasa Umno perlu dikembalikan.

Bila Umno kalah diempat negeri semasa GE2008, MIO diarahkan untuk berbuat apa saja untuk mendapat kembali Selangor, Perak dan Kedah. Dan MIO menggunakan talibarut mereka dalam Pas untuk memujuk kepimpinan Pas Negeri untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Hasan Ali mencuba diSelangor, tapi gagal. DiPerak juga gagal kerana Ahmad Awang enggan bekerjasama dengan Umno.

Bila gagal..mereka menggunakan cara lain dengan merampas Perak secara tak bertamadun. Di Selangor, mereka masih berusaha. Dan bila Tok Iskandar tulis supaya kita berjaga-jaga tentang Selangor, aku tak heran. Dan aku juga tak heran kalau Selangor jatuh ketangan Umno…sebab memang itu yang sedang diusahakan. Dan Umno tak akan mampu menjatuhkan Pakatan Rakyat tanpa bantuan orang dari dalam PR sendiri.

Isu Husam kalah..Nasharudin menang. Isu muktamar Pas ditaja oleh orang Umno…adalah isu remeh. Yang kita nak bergaduh pasal apa? Pasal apa kita tak mau pi tanya Nik Aziz…pasai apa dia marah sangat?

Masa PRK Bukit Gantang…Ustaz Nasha dan Hj. Asmuni angkat tangan pegang bendera putih. Ada orang kata aku temberang. Pi tanya kat blogger Cenangau. Dia bertugas dengan Unit IT Pas..berkampung kat markas Air Kuning..pasai apa dia terlentang dalam bilik unit IT malam tu?

Ustaz Nasha dapat maklumat dari mana? Dia dapat maklumat Pas akan kalah menerusi MIO. Dan dia percaya kat MIO…bukan dari petugas kat lapangan..bukan dari tukang gantung bendera dan tampal poster. Tapi petugas tak mahu mengaku kalah..dan orang PKR juga tak mahu mengaku kalah. Dan orang Syiah macam Bakaq pun tak mahu mengaku kalah.

Hangpa pi tanya kat Bakaq..berapa banyak SMS dan panggilan telefon yang dia buat kat aku tentang apa yang patut dibuat. Hangpa pi tanya kat Cyberboron dan Anaz, pasai apa pemimpin PKR panggil kami tengah malam buta. Hangpa pi tanya kat Pak Mat dan Tok Sidang dari Pengkalan Baru..apa yang depa buat di Trong. Aku tak boleh nak cerita semua secara umum. dan bukan aku nak kata..Pas menang pasai usaha kami…tapi apa yang aku nak bagi tau ialah…kami tak mahu Pas kalah.

Hakikatnya…kalau kami mahu Pas lingkup…ikut cakap Ustaz Nasha. Tapi kami tak ikut sebab kami mahu Pas menang.

Perana MIO bukan saja di Bukit Gantang. Semasa Muktamar yang baru lalu juga ada penglibatan MIO.

Sejak dua hari lalu…aku mendapat update dari kumpulan pemikir Ustaz Nasha. Whoa…dalam muktamar Pas pun sekarang pakai MIO! Rating Ustaz Nasha semakin meningkat..dan Ustaz Nasha menggunakan khidmat MIO!

Kita reaktif pada yang tersurat..tapi tak peduli pada yang tersirat. Kita tak mahu berfikir…sebaliknya hanya menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan. Dah jadi macam Umno..”kami menyerahkan kepada pucuk pimpinan.”

Tajuk posting aku hari ni ialah Barisan Perpaduan…bukan Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan dah jadi cacamarba. Hj. Hadi dah kelamkabut. Semalam dia kata..Kerajaan Perpaduan ialah kerajaan tanpa pembangkang..macam di Indonesia dan Afrika Selatan. Aku ingatkan dia ikut mana-mana kerajaan Islam!.

Lepas tu dia kata..Kerajaan Perpaduan cuma relevan masa Abdullah Badawi bukan masa Najib. Kalau tak relevan…diam saja la. Yang pi jolok sarang tebuan pasai apa?

Kalau aku kata Hj. Hadi bohong…nanti hangpa marah kat aku..jadi aku katakan..Hj. Hadi silap strategi. Oleh kerana idea Kerajaan Perpaduan ini terlalu besar..Hj. Hadi tak boleh nak kawal. Kalau dulu..senang. Sebab ramai orang tak tau, tapi sekarang…rahsia senang bocor.

Ini yang sudah berlaku..tapi apa dia yang sangat dirisaukan oleh Nik Aziz? Apakah ‘Grand Design’ MIO untuk menghancurkan Pas?



“Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu,”

Itu perumpamaan yang diluahkan oleh Nik Aziz terhadap Umno. Begitu lah jeleknya Nik Aziz terhadap Umno kerana dia dapat merasakan macam mana peritnya hidup dibawah pemerintahan Umno.

Begitu juga di Perak..macam mana sakitnya hati, bila Perak dirampas oleh Umno secara tidak bertamadun. Masih lagi bersimpati dengan Umno? Kalau ada sekupang dua rasa simpati pada Umno…buang la.

MIO berjaya memerangkap Jamal dan Osman dengan kes rasuah. Dan apabila mereka melompat menyokong Umno..Umno berharap Pakatan Rakyat akan berpecah. Umno berharap Pas dan PKR akan berbalah. Tetapi Umno gagal. Orang-orang PKR semuanya mengutuk Jamal dan Osman dan berdiri teguh dibelakang Nizar dan Pas. Nizar menjadi hero rakyat Perak dan sokongan kepada Pas bukan sahaj meningkat malah Pas dilihat sebagai penyelamat Pakatan Rakyat Perak. Malah Anwar sendiri berkata di Bukit Gantang..dia bersedia menyerahkan Malaysia kepada Nizar. Begitu tinggi harapan diamanahkan kepada Pas.

Mengapa Anwar berkata begitu? Sebab ada diantara pemimpin Pas yang tidak percaya kepada Anwar. Dan bagi Anwar, tidak mengapa kalau dia tidak menjadi Perdana Menteri, malah kalau diberikan kepada Pas juga tidak mengapa…tapi ada orang yang cemburu.

Muktamar Pas di Ipoh pada Ogos 2008 telah membuat keputusan untuk kekal kukuh didalam Pakatan Rakyat. Malah Presiden Pas sendiri membuat kenyataan tersebut. Tetapi malang..Perak dijatuhkan oleh barua-barua Umno pada 4 Februari 2009.

Imej Umno jatuh begitu teruk. Seluruh dunia mengutuk tindakan Umno yang tidak bertamadun itu, tetapi tiga minggu kemudian…Hj. Hadi menghulurkan talian hayat kepada Umno dengan mengeluarkan kembali idea Kerajaan Perpaduan.

Ketika rakyat mengutuk Umno, Hj. Hadi mahu berpeluk. Ketika Pakatan Rakyat bersatu, Hj. Hadi cuba memecahbelahkannya. Lantaran itu, satu pertemuan lapan mata diadakan di JKR 10,Kota Bharu pada 26/3/09. Dan dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah menentang sekeras-kerasnya idea untuk menyelamatkan Umno. Isu tersebut terhenti buat sementara.

Tetapi menjelang Muktamar Pas 2009, idea tersebut ditimbulkan kembali. Masalahnya bukan hanya terletak kepada Hj. Hadi, tetapi punca utama adalah mereka yang disekeliling Hj. Hadi. Ini lah yang dikatakan oleh Nik Aziz sebagai BONEKA UMNO. Secara teorinya..perpaduan. Realitinya…perpecahan. Dan apakah perpecahan didalam Pas hari ini disebabkan oleh ejen-ejen PKR …atau tingkahlaku Presiden dan Timbalan Presiden Pas?

Semuanya sudah dirancang. Puak-puak yang menyokong Kerajaan Perpaduan perlu diberikan tempat didalam kepimpinan Pas. By hook or by crook.

Dan jikalau Hj. Hadi ikhlas untuk memperkukuhkan Pas, sepatutnya dia mengambil sikap menyatupadukan kepimpinan selepas Muktamar. Tetapi apabila dia melantik Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung dan mengenepikan Nizar yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Pas…sebaliknya melantik Abu Bakar Husin yang langsung tidak dikenali oleh orang-orang diluar Pas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak, Hj. Hadi hanya mahu mengukuhkan kepimpinan yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan.

Bulan Julai ini, Anwar akan menghadapi perbicaraan kes liwat Saiful. Kalau Speaker boleh diheret, kalau kerajaan Perak boleh dirampas..kalau hakim mahkamah rayuan boleh membuat keputusan dalam masa lima minit, tetapi masih gagal membuat penghakiman bertulis walaupun sudah dua minggu..apa lagi yang boleh diharapkan?

Isu Kerajaan Perpaduan dalam muktamar ini hanyalah mukaddimah kepada perancangan yang lebih besar. Bulan Julai ini, Anwar akan didapati bersalah dan Presiden Pas akan mempunyai alasan yang yang cukup bagus untuk menyertai Umno ataupun Barisan Nasional.

Anwar tidak bermoral dan DAP menentang Islam. Maka tidak salah untuk Pas menyertai Umno..kerana Umno itu lebih baik dari Pakatan Rakyat. ADUN PKR yang tidak berpuashati di Selangor akan menyertai Pas dan akhirnya menyertai Umno membentuk kerajaan negeri.

Pas tidak rugi apa-apa, walaupun kehilangan Perak..tetapi Pas akan mendapat Menteri Besar baru diSelangor. Hj. Hadi akan menjadi Timbalan Perdana Menteri 2 yang bertanggungjawab tentang hal-hal agama.

Selain daripada itu, Pas juga akan mendapat empat lagi jawatan Menteri. Semua portfolio ini sudah dipersetujui oleh dan perjanjian ini telah pun ditandatangani dengan diselaraskan oleh seorang kerabat diraja Negeri Sembilan.

Sebahagian daripada ahli-ahli MCA dan Gerakan akan bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat. Umno dan Pas membentuk Barisan Perpaduan dan mengembalikan Ketuanan Melayu.

Hanya orang seperti Nik Aziz yang tidak sanggup melacurkan maruah demi mengejar kuasa. Bagi Nik Aziz, sifat-sifat terpuji didalam Islam itu lebih bermakna dari mengembalikan Ketuanan Melayu…tetapi dihina.

Manusia merancang…Tuhan menentukan.

BUKU YANG BOLEH MENAMBAH KEPANASAN PENDIKAR AMIN DI PARLIMEN !

Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan Islam terkini iaitu menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia. Anbakri Publika Sdn. Bhd. telah mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih yang sangat unik ini kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor raksasa di Putrajaya.

Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yang cukup 'real' oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya. Demikian rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak daripada tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.

Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya, dan hati jualah yang mampu menanggapi keruh-jernihnya sebuah kejadian samada ia tuah atau tragedi. Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.


Penulis : Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M. Hussain

Pandang Sisi oleh : Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Harga : RM 15.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 18.00 (Sabah & Sarawak)

Terbitan : Anbakri Publika Sdn. Bhd.

Ijtihad politik berani mesti diurus secara bijaksana

Pendapat Oleh: ustnik

"BN diambang kejatuhan. Mood rakyat dalam pilihanraya kecil berpihak kepada Pakatan Rakyat. Pimpinan PR tidak lagi bercakap tentang terus menjadi pembangkang tetapi government in waiting.

Kerajaan menanti yang akan menggantikan BN mesti berbeza dari BN. PAS sebagai parti Islam dan gerakan Islam mesti mengetuai dan menjadi tunggak kepada perubahan itu. Muktamar yang baru selesai mengemukakan tema hebat ‘Islam Memimpin Perubahan’. Ia bukan sebarang tema. Tetapi tema yang perlu diisi sebaik mungkin.

Dalam masa yang sama, PAS punya peranan penting memastikan Islam terus berdaulat. Soalnya, adakah berdaulatnya Islam itu melalui kerjasama dengan Pakatan Rakyat atau dengan UMNO melalui kerajaan perpaduan? Atau mungkin ada alternatif lain lagi?

DAP punya ideologi tersendiri. Begitu juga PKR. Ideologi DAP agak rigid yang terkadang agak kurang selesa dengan PAS. PKR mungkin agak longgar. Ada beberapa perkara penting yang diperjuangkan oleh PAS tidak diterima dengan baik oleh DAP. Tetapi dengan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat setakat ini menunjukkan keuntungan yang diperolehi, termasuk undi dari bukan Islam. Kelab Penyokong PAS dari kalangan bukan Islam menjadi aset penting kepada PAS, sama ada dari segi politik atau dakwah jangka panjang. Banyak tembok pemisah dengan orang bukan Islam dapat dipecahkan. Tidak mustahil undi bukan Islam terus meningkat dalam PRU akan datang jika Kelab Penyokong PAS ini dilayan dengan baik.

Soalnya, adakah DAP bersedia menerima keputusan yang berkait tentang Islam jika berjaya memerintah Malysia bersama Pakatan Rakyat. Adakah ahli Parlimen DAP akan menyokong segala perkara berkaitan kepentingan Islam dan umat Islam? Apabila PAS kemukakan usul haramkan SIS (jika terbukti menyeleweng) dan beberapa isu lain menyangkut kepentingan Islam pun sudah mendapat bantahan DAP, maka bagaimana dengan perlaksanaan Islam secara menyeluruh nanti?

Sebaliknya idea kerajaan Perpaduan pula ditolak oleh ramai perwakilan ketika Muktamar PAS baru-baru ini. Kebanyakan mereka mengungkitkan betapa jahatnya UMNO terhadap PAS, termasuk di negeri-negeri yang diperintah PAS dan Pakatan Rakyat.

UMNO adalah Melayu, tetapi keislaman mereka dan keMelayuan mereka telah teruji selama beberapa lama bahawa mereka bukanlah golongan yang mahukan Islam dengan ertikata sebenar. Merekalah juga Melayu yang menggunakan keris kuasa mereka menikam sesama Melayu, sama ada dari segi politik, ekonomi, hatta bahasa sekalipun.

Adakah jika dibentuk kerjasama kerajaan Perpaduan itu bersama UMNO, dan rakan Pakatan Rakyat terpinggir, ia akan menguntungkan Islam?

Soalan-soalan yang begitu banyak sebenarnya yang memerlukan jawapan. Implikasi masadepan negara dan Islam juga mesti diambilkira dalam meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat atau membentuk kerajaan Perpaduan. Kedua-dua pilihan dilihat punya aspek positif dan negatif masing-masing. Ayat al-Quran benar, hadis benar, sirah juga benar. Tetapi realiti politik semasa juga benar. Banyak perkiraan mesti diambilkira. Cara mengambil dalil dari al-Quran, hadis dan lain-lain sumber hukum mesti benar. Jangan jadi seperti kata fuqaha ‘Al-Istidlal fi ghairi mahallihi’ (Mengambil dalil yang benar tetapi bukan pada tempatnya yang sebenar).

Kaedah fiqh menyebut: ‘Apabila bertembung dua kemudaratan, maka diraikan yang paling kurang mudaratnya’. Sekali lagi soalnya, yang mana paling kurang mudarat? Atau di sana ada alternatif ketiga yang masih belum dibincang?

Saya cadangkan Majlis Syura dan AJK Kerja PAS Pusat atau mereka yang berkenaan yang difikirkan layak berbincang (walaupun Majlis Syura pernah berbincang) secara lumat dan halus dan satu keputusan muktamad perlu dibuat. Tidak perlu pimpinan ‘bermuktamar’ di media-media yang boleh memberi kesan negatif kepada perjuangan dan ahli. Pepatah Melayu menyebut: ‘Menarik benang dari dalam tepung biarlah benang tidak putus dan tepung tidak berselerak’.

Ijtihad politik yang berani untuk masadepan rakyat, negara, Islam dan umat Islam mestilah diurus dengan penuh kebijaksanaan. Ketika BN lemah dan parah, sementara sokongan sedang meningkat, jangan sia-siakan peluang untuk mendaulatkan Islam ini.