Ahad, 14 Jun 2009

NIK AZIZ HAPUS KESANGSIAN KAUM CINA

Apabila Lee Kuan Yew sangup datang dan bertandang kepada Tuan Guru Nik Aziz, seluruh kesangsian kaum Cina, samada di Malaysia, atau Singapura, atau di Asean, atau di dunia hapus, terhadap Islam dan terhadap PAS.

Kejernihan ini hendaklah dibela dan dibelai oleh semua pihak.

UBN Terus Melakukan Kesilapan Yang Sama

BIASANYA orang yang melakukan kesilapan yang sama adalah orang yang bodoh! Orang yang tidak bersekolah. Otaknya lembab dan bebal. Kurang sel! Orang cerdik tidak akan melakukan kesilapan lebih daripada sekali atau sekurang-kurangnya dua kali. Kesilapan kali pertama boleh dikatakan kerana kelemahan semula jadi manusia kerana dia adalah mahluk dicipta bukannya Pencipta.


Manakala kesilapan kali kedua kerana kesilapan pertama tidak diperbaiki disebabkan kelalaian ataupun kekurangan ilmu. Tetapi kalau melakukan kesilapan yang sama lebih daripada dua kali ternyata orang itu bodoh. Bodoh sengoti, kata orang Kelantan. (Tak faham sila telefon).


Apabila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed telah membuat janji untuk menjadikan kawasan Manik Urai sebagai anak angkat sekiranya UBN memenangi pilihan raya kecil 14 Julai nanti, ia satu janji dan strategi politik yang bodoh.


Kata Mustapa bila dijadikan anak angkat kawasan itu akan dibawa banyak projek. Pembangunan prasarana akan dibina di kawasan berkenaan. Maka akan jadi bermanik-maniklah Manik Urai!


Orang Manik Urai hanya mengangguk-ngangguk mendengar janji itu dan bila sampai di rumah mereka akan tersenyum sendiri dan akan dikongsi dengan bini dalam selimut, geli hati dengan janji Menteri MITI itu. Mustapa sudah silap bila menabur gula yang sama kepada kumpulan semut yang sudah ‘celika’ dan tahu akan tujuan gula itu ditabur. Orang Manik Urai bukan bodoh. Mereka sudah celik mata dan 'celik' telinga.


Cara janji Mustapa itu juga cuba merendahkan taraf pemikiran dan politik orang Manik Urai. Walaupun mereka duduk jauh di pedalaman tetapi mereka tahu apa yang berlaku di sekitar dunia luar. Apa lagi mengenai politik yang merupakan sebahagian menu sarapan pagi mereka di kedai-kedai kopi yuang berderetan di Manik Urai. Benar mereka tidak tahu mengenai pasaran saham Hong Kong, Jepun, London atau Amerika, tetapi mereka tahu bagaimana denyut nadi politik Pas dan Umno. Jantung politik Pas dan Umno Kelantan sentiasa dalam dada mereka.


Mereka tahu dan kenal siapa dia Annuar Musa. Apa yang Annuar pernah lakukan. Apa dosa-dosa besar dan dosa kecil Annuar. Dengan siapa Annuar digossipkan. Begitu juga mereka tahu dan kenal siapa dia Husam Musa. Bahkan kalau disebut baju petak-petak merah pun mereka sudah kenal wajarnya. Itulah menunjukkan orang Manik Urai sangat ‘makrifah’ dengan dunia politik siasah.


Janji sebegitu bukan yang baru bagi UBN. Janji itu adalah perulangan janji-janji lama yang meloyakan. Di mana-mana ada pilihan raya, janji-janji lunak begitu berlori-lori ditaburkan. Masa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Pasir Mas akhir tahun 2006 dulu itulah juga janji yang ditaburkan. Mulut itu jugalah yang mengukir janji berkenaan. Kalau Pengkalan Pasir dimenangi UBN, kawasan itu kononnya akan dimajukan segala prasarana akan dibawa ke situ.


Mendengar segala janji ditaburkan pada masa itu seolah seluruh kawasan Pengkalan Pasir akan padat dan penuh dengan projek. Seolah-olah seluruh jalan di kawasan itu bukan lagi diturap dengan tar tetapi diturap dengan gansa dan perak. Tiang lampunya diperbuat dari testil. Setiap orang di Permatang Pasir bukan lagi pakai baju pagoda tetapi pakai baju besi...


Tetapi apa jadi selepas UBN memenangi kawasan berkenaan? Nah, tegok dan pergilah jenguk sendiri. Pengkalan Pasir masih menjadi pengkalan yang berpasir dan dilanduni air bila hujan lebat turun. Longkang masih tersumbat dan jalan belum sempurna sepenuhnya. Apa yang ada kini nasib baiklah kerajan Pas yang sesak dan miskin lakukan. Kalau harapkan kepada UBN habuk pun tadak!


Strategi berjanji tetapi tidak tunai tidak diterima rakyat lagi. Cara Mustapa lakukan salah. Ia tidak akan mengubah pendirian orang Manik Urai. Orang Manik Urai tidak pun akan merasa terhibur dengan janji-janji demikian. Mereka juga tahu hanya seminggu dua ini sahaja pembesar negeri singgah di kawasan mereka. Selama ini mereka sunyi dan hidup di kalangan mereka sahaja. Tiada ada mana-mana pembesar yang berkunjung ke tempat mereka jauh sekali untuk duduk-duduk bersembang di atas jemburan atau tangga.


Kerana itu mereka tidak merasakan orang lain sebagai pemimpin mereka, melainkan Allahyarham Ismail Yaacob atau Pak Su Weil saja. Kerana Pak Su Weillah yang bersiang bermalam dengan mereka. Apa orang nak bilang pada Pak Su Weil, tetapi Pak Su Weillah hero mereka. Pak su Weillah tempat menggantung harap!


Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang, seorang anak raja yang berjiran dengan kawasan mereka, seorang pakar ekonomi dan hampir-hampir nak jadi Perdana Menteri, mereka tidak pun merasakan Tengku Razaleigh adalah pemimpin mereka.


Ramzi Abdul Rahman, Ketua Umno Bahagian Kuala Krai ada rumah tinggi atas bukit di Jelwang, mereka tidak merasakan Ramzi sebagai pemimpin mereka. Ataupun Zulkefli Yaacob bekas Adun Guchil (ada Mercedez putih) dan sepupunya Abdul Latif Abdul Rahman yang juga Ketua Pas Kawasan Kuala Krai juga mereka tidak merasakan kedua ustaz itu sebagai pemimpin mereka. Yang mereka lihat dan ingat sebagai pemimpin dan tokoh mereka hanya Pak Su Weil. Sebab itu Pak Su Weil tidak pernah kalah dan boleh menang sampai lima kali. Walaupun Pak su Weil terbaring dalam ward tetapi masih menang sebagai timbalan ketua Pas Kuala Krai.


Kenapa keadaan jadi begini. Kerana selama ini tidak ada mana-mana orang nak pedulikan mereka. Nasib mereka dibiarkan dengan mereka sesama mereka saja uruskan. Kalau ada sesekali datang menjenguk pun kerana ada tujuan lain bukan ikhlas untuk bertanya khabar mengenai kehidupan mereka.


Jadi bila tiba-tiba seminggu dua ini baru ada pemimpin tergila nak singgah dan bertanya berapa harga pot (getah sekerap) sekarang, atau durian berbuah atau tidak, atau datang untuk bagi benih ikan keli, ia tidak memberi bekas. Mereka sudah tahu pertanyaan itu hanya menanam tebu di bibir mulut saja.


Kalau hanya seminggu dua ini baru ada pemimpin turun nak belajar toreh getah ia tidak juga merujakan mereka. Mungkin tupai, kera, musang genggalung dan 'kangka' binatang macam beruk tetapi kening putih bergerak secara melompat sahaja yang terkejut bila ada timbalan menteri tiba-tiba pergi toreh getah.


Mungkin segala unggas dan haiwan itu berfikir bahawa keadaan ekonomi negara ditangan Najib Razak ini sudah terlalu teruk sangat sampai timbalan menteri pun terpaksa mengambil upah toreh getah di Manik Urai!


Kalau Mustapa dan mana-mana pemimpin ikhlas dan suci hati nak bangunkan Manik Urai atau kawasan luar bandar jangan tunggu bila ada pilihan raya. Mustapa boleh jadikan mana-mana saja kawasan yang daif, ketinggalan untuk dijadikan anak angkat. Bila diambil anak angkat selepas ada pilihan raya jelas sangat ianya tidak ikhlas dan tindakan bermotif politik jangka pendek dan segera yang bodoh.


Jangan haraplah UBN akan mencapai kemenangan dengan cara itu. Melainkan kalau awal-awal lagi UBN jadikan anak angkat seluruh kawasan dimenangi Pas, mungkin ia akan membawa keuntungan kepada UBN. Bila ada pilihan raya kecil mereka tidak payah susah-susah lambakan janji manis, rasuah dan pasang papan tanda baru mengenai projek itu dan projek ini. Bila mereka sudah lama dianakangkatkan mereka sudah merasa dan bila ada pilihan raya mereka terus pilih UBN.


Jadi kepada Mustapa dan pemimpin UBN lain janganlah merendahkan minda orang Manik Urai dengan janji-janji molok begitu. Bawalah pendekatan dan pendidikan politik yang boleh mendidik jiwa dan minda. Dan cubalah belajar berpolitik daripada orang kampung yang jujur, ikhlas dan tidak mengharap apa-apa benda keduniaan melainkan Allah.

76% Setuju MCA keluaq BN....

MCA nak keluar barisan?
Satu pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dalam laman blog Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah dikeluarkan hari ini bersama-sama dengan pungutan suara yang lain.

Respons pertama kepada pungutan suara “Adakah Perlu MCA Keluar BN" dikemukakan pada 27 Ogos tahun lepas sewaktu Ong masih belum menjadi presiden parti itu. Setakat semalam, pungutan suara itu berjalan sperti biasa.

Akhbar harian berbahasa China, Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan bahawa 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar dari Barisan Nasional.

Bagaimanapun, bahagian pungutan suara itu telahpun dibersihkan pagi ini dan tiada soal selidik yang ditinggalkan di dalamnya.

Jurucakap MCA dan juga anggota jawatankuasa pusat parti Lee Wei Kiat ketika dihubungi hari ini berkata beliau tidak dapat menjawab bagi pihak Ong berhubung tujuan pungutan suara itu diadakan kerana ia ditempatkan dalam blog peribadinya.

“Bagaimanapun, kami menghormati dan menghargai respons di dalam pungutan suara itu..kami sentiasa mengkaji dan meneliti pendapat dan pandangan daripada orang awam demi kemajuan parti,” katanya.

Lee berkata orang ramai mempunyai kebebasan bersuara dan parti itu akan sentiasa menghormati pandangan umum sambil menambah parti itu akan terus memainkan peranannya di dalam BN dan terus berkhidmat untuk rakyat. - Bernama

Ulasan Muktamar PAS ke-55 - KHALID SAMAD



Beberapa pengamatan setelah seminggu tamatnya muktamar PAS yang ke-55 di Shah Alam.

1. SUASANA PERBAHASAN

• Isu PR & Isu Terpinggir

Ramai yang menumpukan perhatian mereka sepanjang Muktamar yang ke 55 ini kepada hanya persoalan pemilihan dan ‘kerajaan perpaduan’. Sehingga mereka terlepas pandang satu perbezaan yang amat ketara sekali pada pandangan saya di antara Muktamar tahun lepas di Ipoh dan Muktamar yang berjalan seminggu yang lalu.

Perbezaan ini bukanlah berhubung tempat, sistem PA, pentas atau sebagainya. Perbezaan ini adalah berhubung isi kandungan perbahasan ucapan dasar. Tahun lalu, wakil Pemuda, Selangor, Terengganu dan beberapa Negeri yang lain begitu kritikal terhadap kerajaan PR dan juga Anwar. Ada yang menyatakan ‘terpinggir’, ada yang mendakwa di anak tirikan, melukut di tepi gantang dan sebagainya.

Tahun ini senyap.

Pada pendapat saya sekiranya masih ada golongan yang tidak berpuas-hati dengan PR, mereka terpaksa mendiamkan diri. Mereka melihat bahawa di sisi perwakilan, PR telah diterima secara sebulat suara. Mempertikaikan PR merupakan satu pendekatan yang tidak dapat diterima oleh perwakilan. Ini jelas terbukti apabila kita melihat kenyataan PJ Selangor di dalam Harakah keluaran minggu Muktamar yang bertajuk ‘Rakyat Selangor Bahagia di bawah PR’. Ini jauh sekali berbeza dari yang lalu.

Ini merupakan berita baik bagi penyokong PR.

• Isu kerajaan perpaduan

Isu kerajaan perpaduan tidak dibawa dalam Ucapan Dasar dan tidak juga dikemukakan semasa perbahasan. Ianya timbul semasa sidang akhbar apabila ditanya oleh wartawan. Jawapan ikhlas dan terbuka Dato’ Seri Presiden selepas itu di ‘spin’ untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan penyokong.

Status isu ini sebenarnya adalah tertunda sehingga dibahas di dalam AJK PAS Pusat dan seterusnya oleh Muktamar khas, iaitu sekiranya diterima AJK PAS Pusat. Seterusnya ke Majlis PR untuk dibincangkan bersama dengan PKR dan DAP. Secara prinsipnya, proses ini sepatutnya terhenti sekiranya cadangan ini ditolak di mana mana peringkat.

Oleh yang demikian, hakikat bahawa ianya disebut atas sebab ‘jolokan’ wartawan perlu diambil kira dalam kita menangani isu ini. Ianya tetap merupakan pandangan peribadi dan bukan pandangan parti.

Ini juga berita baik bagi penyokong PR.

2. KEPUTUSAN PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN

• Asas Pemilihan

Ada yang berkata kepada saya bahawa kemenangan Ust Nasha menunjukkan bahawa kumpulan pro-Muzakarrah telah menang. Oleh itu Muzakarah dengan UMNO boleh diteruskan. Saya menjawab malangnya itu bukan asas pemilihan! Betul, saya telah meminta para perwakilan memilih atas dasar tersebut, iaitu siapa pro-kerjasama dengan UMNO dan siapa tidak. Tetapi pandangan saya ditolak esoknya oleh Ketua Penerangan PAS Selangor dan beliau menggesa perwakilan memilih atas dasar yang lain.

Oleh itu, keputusan ini tidak boleh dilihat dari sudut pro dan kontra kerjasama dengan UMNO.

Kedua, hakikatnya dalam beberapa program sebelum hari pemilihan, calon yang dianggap pro-kerjasama membuat penafian demi penafian bahawa mereka ingin “membawa PAS masuk UMNO dan BN”. Akhbar Sinar hari Jumaat berkenaan, muka depan, disebut sebagai berkata “Tidak mungkin di adakan kerjasama PAS dan BN”.

Penafian-penafian sebegini menyebabkan pewakilan yang anti-kerjasama turut mengundi kumpulan ini. Oleh itu ianya bukan keputusan yang menunjuk sokongan terhadap usaha kerjasama dengan UMNO.

Perlunya calon-calon menafikan keinginan bekerjasama dengan UMNO untuk berpeluang menang adalah juga berita baik bagi penyokong PR.

• 46% Nasha 28% Husam 26% Mat Sabu

Turut perlu dikupas adalah keputusan pemilihan. Ianya dapat dibahagikan kepada 3 point seperti berikut :

i.) Isu Ulama

Ada yang mengatakan bahawa keputusan ini membuktikan perwakilan inginkan ulama’ sebagai TP. Ini tidak benar kerana lebih ramai memilih calon yang bukan berpendidikan agama secara rasmi sebagai pilihan mereka. Husam dan Mat Sabu mendapat 28% dan 26% dan ini menjadikan jumlah perwakilan yang memilih bukan ulama’ sebanyak 54%.

Ini juga tidak bererti perwakilan inginkan bukan ulama sebagai TP. Ianya hanya merupakan bukti bahawa perwakilan merasakan tidak semestinya seorang ulama menjawat jawatan berkenaan.

ii) Isu Kerajaan Perpaduan

Ada juga yang menyatakan ini bukti bahawa konsep kerajaan perpaduan diterima. Ini juga tidak benar kerana ianya bukan asas pemilihan dan kedua, Ust Nasha hanya mendapat 46%.

iii) “Saya tetap menang”

Saya agak kecewa bila membaca Ust Nasha menjawab “I still won” atau “saya tetap menang” apabila disebut oleh wartawan bahawa dia hanya memperolehi 46% dari undi perwakilan. Ini adalah kerana ia mengingatkan saya kepada jawapan Dr. M bila dia menyebut “walaupun dengan majoriti satu undi, saya tetap menang”. Sebagai pemimpin dia harus lebih peka kepada hakikat bahawa dia tidak mendapat sokongan majoriti dan bagaimana PAS seolah-olah terbahagi dua dalam persoalan pemilihan ini. Jawapan “saya tetap menang”, sekiranya benar, merupakan jawapan yang agak kebudak-budakan bagi saya dan kurangnya sifat kepimpinan. Ini juga menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap kehendak majoriti perwakilan.

3. SOAL BERKEMPEN

Pengharaman berkempen diumumkan secara meluas. Namun hakikatnya unsur-unsur kempen berlaku secara terbuka. Dalam soal ini, saya tidak berpuas hati dengan beberapa persoalan seperti berikut:

• Peranan Harakah

Harakah keluaran muktamar menyiarkan lapuran ‘Fokus Selangor’. Ia merupakan kempen yang jelas terhadap beberapa personaliti Selangor yang bertanding di dalam muktamar pada kali ini. Ia tidak sepatutnya dibenarkan berlaku.

• Perasmian Muktamar Dewan-Dewan

Calon ‘incumbent’ atau yang sedia memegang jawatan dapat merasmikan mesyuarat agung tahunan dewan-dewan. Ini memberi kelebihan kepada mereka kerana mereka dapat memanfaatkan peluang ini untuk menjelaskan beberapa persepsi negatif terhadap diri mereka.

• Program Jubili Perak Kepimpian Ulama’

Program ini malangnya merupakan program kempen yang jelas bagi calon yang dilihat sebagai ulama. Termasuk dalam soal ini kenyataan oleh Ust Daud Iraqi dan Dr Harun Din. Ini juga tidak sepatutnya berlaku.

• Alternatif

Kita sepatutnya membenarkan kempen secara terbuka tetapi terkawal. Iaitu mengikut garis panduan yang jelas demi menentukan perwakilan dapat memahami agenda setiap calon. Ini mungkin lebih baik demi menjamin hanya yang terbaik akan dipilih. Seperti dalam pilihan raya kecil ataupun umum, calon perlu diberi peluang bertemu dengan pengundi untuk menjelaskan segala isu yang perlu diperjelaskan. Saudara Husam ditimpa bermacam-macam fitnah seperti mandi bunga di kubur, terlibat rasuah, agen Anwar, tak wala’ kepada pimpinan dan sebagainya. Beliau sepatutnya diberi peluang untuk memberi penjelasan dan begitu juga Ust Nasha serta Mat sabu.

Apa yang boleh difikirkan ialah sesi-sesi terbuka di setiap negeri di mana calon-calon berkenaan bertemu dengan perwakilan dan menjelaskan sikap dan pendirian mereka terhadap segala isu yang dikemukakan kepada mereka. Dalam keadaan sebegitu maka segala yang tidak jelas boleh menjadi jelas dan segala keraguan dapat dilenyapkan.


4. AKHIR KATA

Akhir kata saya ingin mengucapkan JazakaLlahu khairan kathira kepada semua yang mengundi saya untuk jawatan AJK PAS Pusat. Saya dimaklumkan saya telah mendapat 408 undi dan menduduki tempat yang ke 23. Walaupun tidak dipilih, saya akan terus memberikan khidmat saya untuk memajukan perjuangan Islam yang dibawa PAS dan berusaha untuk meningkatkan tahap penerimaan perjuangan Islam oleh seluruh masyarakat negara kita ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
YB Khalid Samad PAS Shah Alam

Rasuah RM3 juta: Tiga pemimpin UMNO didakwa.....MEDIA UTAMA PRO UMNO CUBA TUTUP NAMA DATUK TERSEBUT...??? Ini dia siapa mereka...!!!!



SHAH ALAM – Tiga pemimpin UMNO akan didakwa minggu depan berhubung suapan bernilai RM3 juta bagi projek Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas keterangan pertuduhan ke atas mereka diambil dua hari lalu.

Difahamkan selain dakwaan di atas penyelewengan projek MRR2, Bendahari UMNO, Datuk Roslan Awang Chik dan Ketua UMNO Bahagian Dungun yang juga bekas Ahli Parlimen Dungun, Datuk Rosli Md Hassan akan didakwa dengan empat pertuduhan lain manakala tiga pertuduhan lain terhadap Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Selangor, Datuk Mokhtar Samad.

Konsortium Bumi Hijau kontraktor dikatakan memberi suapan kepada ketiga-tiga pemimpin berkenaan atas dasar sumbangan politik UMNO.

Peminjam wang dibunuh ala mafia....Adakah ini Amaran dari Semua AH LONG...????

Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my
Kok Chin (kiri) memeriksa lokasi Kolandasamy dibunuh di Kampung Kuala Garing, Rawang semalam.

GOMBAK – Kemunculan sebuah kereta Ford berwarna kelabu bersama tiga lelaki di Kampung Kuala Garing, Rawang di sini semalam membawa ajal kepada seorang ketua kampung yang ditembak dan ditetak hingga mati.

Pembunuhan ala Mafia terhadap D. Kolandasamy, 47, berlaku pada pukul 8.22 pagi ketika mangsa berada di hadapan rumahnya sambil memerhati ternakannya.

Dua daripada tiga lelaki tersebut turun dari kereta dan menghampiri Kolandasamy sebelum mereka melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa.

Selepas ditembak, kepala dan leher mangsa kemudian ditetak beberapa kali dipercayai bagi memastikan mangsa mati.

Isteri mangsa, K. Renganagei, 51, yang sedang bersarapan keluar menjenguk selepas hairan terdengar bunyi bising orang bertengkar dengan suaminya.

“Sebaik dua lelaki nampak saya mereka bertanya sama ada saya nampak atau tidak kejadian tembakan itu.

“Belum sempat saya menjawab, salah seorang lelaki itu melepas satu das tembakan ke arah saya tetapi nasib baik ia tersasar,” cerita Renganagei.
APA KAH KPN AKAN SIASAT KES INI ....???

MUSUH UTAMA YAHUDI...!!!! PEJUANG ISLAM ZAMAN MODEN...!!!!

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!Tahniah!!!

Alhamdulillah...... Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kekal sebagai Presiden Republik Islam Iran. Kalau dekat di hati rakyat pasti akan disajungi dan disayangi rakyat. Ini lah dia pemimpin rakyat yang tiada tolok bandingan nyer yang patut dijadikan contoh.

USTAZ DR. FATHI YAKAN KEMBALI KE RAHMATULLAH - AL FATIHAH

IkhwanJo.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa -- pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Azawajalla pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit. Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan.

Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan grup-grup usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dipetik dan diterjemah dari IslamonLine.net;Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.

Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.Baru saja kami mengupas kitab Bahtera Penyelamat di dalam Mukhayyam Dakhili yang lepas. Karangannya benar-benar sarat motivasi dan petunjuk. Cukup berkualiti sebagai rujukan oleh aktivis dakwah.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr. Fathi Yakan. Ulama' agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya. Al Fatihah...

SAMM: Siasat Musa Hassan



Gerakan mahasiswa, Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini membidas keengganan kerajaan menyiasat kenyataan bersumpah tiga pegawai polis yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bersekongkol dengan Ah Long atau ceti haram tanah air.

Pengerusi gerakan itu, Badrul Hisham Shaharin berkata kenyataan bersumpah itu sudah menjadi asas yang kukuh untuk menyiasat Musa.

“Kewujudan kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long tidak boleh ditolak begitu sahaja,” tegas Badrul.

Beliau menambah kerajaan seharusnya menggantung tugas Musa dan pegawai polis terbabit serta-merta dan mengadakan siasatan bebas, berkecuali terhadap dakwaan itu.

Badrul, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, menunjukkan kepada krew TV Antara salinan akuan bersumpah ASP Hong Kin Hock.

Turut bersama di sidang media itu ialah Adun Paroi Taufek Abdul Ghani dari Pas.

Ketika membuat akuan bersumpah itu pada tahun 2007, Hong adalah seorang pegawai di Cawangan Operasi/Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Beliau dikatakan mengesan pembabitan Musa dalam kegiatan kongsi gelap apabila diarah oleh pegawai atasan untuk mengumpul maklumat mengenai kegiatan Ah Long di Johor dan Melaka.

Menurut Hong, sindiket Ah Long berkenaan dikatakan mengguna Musa Hassan untuk melindungi mereka daripada tindakan polis.

Hong berkata Musa telah mengarahkan tindakan tata tertib diambil terhadapnya apabila beliau mula menyiasat seorang pemimpin sindiket berkenaan yang digelar Tengku.

Alasan Musa ialah Hong kononnya telah membuat rakaman risikan secara tidak sah ketika menjalankan siasatan berkenaan.

“Saya merasa tertekan kerana tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan ceti haram yang membabitkan nama Tengku, boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib,” kata Hong dalam kenyataan bersumpahnya.

Badrul berkata kenyataan bersumpah Hong dan dua pegawai polis lain atas perkara sama tidak harus ditolak oleh pihak berkenaan begitu sahaja kerana Musa adalah pegawai polis tertinggi negara.

Satu siasatan bebas dan menyeluruh harus diadakan demi kredibiliti Polis diRaja Malaysia dan untuk membela semua anggota polis yang menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengira bulu, kata Badrul.

Mengenal Ciri-ciri ‘Ulama

Artikel Oleh: dreamkiller

"
Pernah terjadi sebuah kisah di era para sahabat yang diredhai, di mana ‘Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu membawa (mengangkat) Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu yang masih tersangat muda ke dalam sebuah majlis perbincangan di antara para sahabat yang lebih senior (utama) dari kalangan ahli Badar (peserta perang Badar). Ini dilakukan oleh ‘Umar adalah di antaranya berdasarkan kepada keilmuan Ibnu ‘Abbas yang tinggi dan matang.

Ia berlaku tanpa mengira usia dan kedudukan. Apatah lagi apabila beliau (Ibnu ‘Abbas) telah didoakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan doa, “Ya Allah faqihkanlah dia di dalam urusan agama, dan ajarkanlah padanya ilmu ta’wil (ilmu tafsir).”


Begitu juga dengan halnya Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu yang diangkat oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai seorang panglima Perang sejak usianya semuda 17 tahun lagi. Dan beliau juga terus diberikan tanggungjawab tersebut di era Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu.

Setelah itu, kita juga pasti pernah mendengar tentang imam asy-Syafi’i rahimahullah yang dibenarkan memberi fatwa (mengeluarkan pendapat) kepada masyarakat seawal usia belasan tahun oleh gurunya.

Dari beberapa situasai yang disebutkan ini, jelas bahawa umur bukanlah ukuran yang muktamad untuk menentukan keilmuan seseorang.

Pernahkah kita membaca atau mendengar bagaimana imam Malik bin Anas, imam Ahmad bin Hanbal, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, dan beberapa ulama lainnya yang berfatwa dari dalam penjara? Jika kita perhatikan dari kisah ini, bukankah ia juga dapat menterjemahkan kepada kita bahawa kriteria seseorang ulama itu bukanlah semestinya mereka berada di dalam barisan Majlis Fatwa Negara, Dewan Ulama, atau pun yang menyandang jawatan-jawatan khas hal ehwal agama tertentu di dalam Negaranya. Bahkan pernah terjadi di zaman mereka ini orang-orang yang menyandang jawatan keagamaan adalah dari kalangan Jahmiyah dan Muktazilah yang menyelewengkan begitu banyak perkara-perkara agama.

Di dalam beberapa kisah yang lain pula, pernah berlaku di mana 'Ali Radhiyallahu ‘anhu mengerahkan tentera memerangi sekumpulan manusia yang tekun beribadah seperti rajin solat malam, selalu berpuasa, dan membaca al-Qur’an, yang mana akhirnya kumpulan manusia tersebut habis ditewaskan. Ini berlaku adalah kerana mereka menyelisihi manhaj para sahabat dalam memahami agama dan berpisah dari ketaatan terhadap pemerintah (menjadi pemberontak).

Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu yang menjelaskan bahawa tekun beribadah semata-mata bukanlah sebuah jaminan bahawa seseorang itu berada di atas landasan yang benar, apatah lagi untuk meletakkan mereka di dalam barisan alim ulama.

“Akan datang kepada kalian suatu kaum yang kalian akan merasa rendah apabila solat kalian dibandingkan dengan solat mereka, puasa kalian dibandingkan dengan puasa mereka, amal-amal kalian dibandingkan dengan amal-amal mereka. Mereka membaca al-Qur’an (tetapi) tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka meleset (keluar) dari (batas-batas) agama seperti terlepasnya anak panah dari (sasaran) buruannya.” (Muttafaqun ‘alaihi, dari Abu Sa’id al-Khudri)

Maka, dari itu apakah kriteria-kriteria yang tepat untuk meletakkan seseorang itu sebagai manusia yang layak dipanggil atau digelar sebagai ulama? Sekaligus tidaklah setiap orang itu bermudah-mudah dalam mengkategorikan sesiapa sahaja sebagai ulama yang wajar dijadikan sebagai contoh atau ikutan (diambil pendapatnya) dan berhak mengeluarkan fatwa (menyelesaikan masalah masyarakat dan umat Islam).

Seorang tabi’in besar, Muhammad bin Sirin rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya ilmu ini adalah dien (petunjuk yang memangkin kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik dari siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Diriwayatkan oleh Muslim sebagaimana di dalam Muqaddimah kitab Shahihnya)

Berikut kita perhatikan satu persatu beberapa kriteria utama yang wajar ada kepada para alim atau ulama. Seterusnya, kita dapat menjadikan mereka sebagai manusia rujukan yang boleh kita ambil pendapat-pendapatnya di dalam pelbagai persoalan agama dan permasalahan-permasalahan yang mendatang.

1 – Mereka adalah orang yang paling takut dan paling taat kepada Allah, disebabkan mereka sangat mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala berdasarkan ilmu yang benar.

“Sesungguhnya dari kalangan hamba Allah yang paling takut (tunduk) kepada-Nya adalah para ulama (orang yang berilmu).” (Surah Fathir, 35: 28)

“Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.” (Surah az-Zumar, 39: 9)

2 – Mewarisi dan menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berupa al-Qur’an, hadis-hadis dan sunnahnya bersertakan kefahaman yang benar (faqih).

Daripada Abu Darda’, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi itu tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, sungguh dia telah mendapat bahagian yang sangat besar.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Sahih Menurut penilaian al-Albani di dalam Shahih Sunan Abi Daud)

Ilmu di sini adalah meliputi sehingga kepada seluruh cabang-cabang ilmu dalam agama, sama ada aqidah, hadis, tafsir, fiqh, atsar para sahabat dan termasuklah penguasaan bahasa/lughah (bahasa arab). (Rujuk perkataan imam al-Ashbahani rahimahullah di point no. 4)

Juga sabdanya:

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama...” (Shahih menurut penilaian al-Albani di dalam Misykah al-Mashabih)

3 – Memiliki sifat tsiqah (dipercayai/adil) bagi tujuan membawa dan menjaga agama dari sebarang bentuk penyelewengan serta perubahan terhadapnya.

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama ini dari:

1 - Tahriful Ghalin (Penyelewengan maksud-maksud agama)
2 – Intihalul Mubthilin (Pendustaan orang-orang sesat yang mempergunakan nama agama)
3 – Ta’wilul Jahilin (Penta’wilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil.”

(Shahih menurut penilaian al-Albani di dalam Misykah al-Mashabih)

4 – Memiliki ilmu yang mendalam terhadap agama dan mampu menganalisa serta merungkaikan kepelbagaian persoalan.

“Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya di atas kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang sangat ingin kepada kehidupan dunia: “Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar memiliki keuntungan yang besar”. Berkatalah orang-orang yang dikurniakan dengan ilmu: “Kecelakaan besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperolehi pahala itu, melainkan oleh orang-orang yang sabar”.” (Surah al-Qasas, 28: 79-80)

“Dan itulah contoh-contoh yang kami buat untuk manusia, dan tiada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.” (Surah al-Ankabut, 29: 43)

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan sekiranya mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri (para ulama) di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Jika tidak disebabkan kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).” (Surah an-Nisaa’, 4: 83)

Abu Qasim al-Ashbahani (rahimahullah) memberitahu kepada kita, dia berkata:

“...seseorang dapat menjadi pemimpin di dalam agama (menjadi ulama), dan ahlul kalam (para pemikir atau ahli falsafah) tidaklah termasuk ulama.

Para ulama Salaf berkata, “Seseorang tidak boleh menjadi imam di dalam agama sehingga dia memiliki kriteria berikut: 1 - Memahami bahasa arab berserta pelbagai perkara yang berhubung dengannya, menguasai makna-makna syair arab, 2 - memahami perbezaan pendapat di antara para ulama atau ahli fiqh, 3 - seorang yang berilmu, 4 - mengerti tentang i’rab (tatabahasa arab dari kata per kata), 5 - memahami al-Qur’an berserta bacaan-bacaannya, perbezaan di antara para qurra’ (para periwayat bacaan al-Qur’an), 6 - menguasai tafsir sama ada berkaitan ayat-ayat muhkam (yang jelas) atau pun mutasyabihat (yang samar-samar), yang nasikh (yang memansuhkan) mahu pun yang mansukh (yang dimansuhkan) serta pelbagai kisah di dalamnya, 7 - memahami hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dapat membezakan di antara yang sahih dan sebaliknya, yang bersambung atau pun terputus, hadis-hadis mursal dan sanad-sanadnya, yang masyhur, yang gharib, 8 - serta mengetahui perkataan-perkataan (atsar) para Sahabat radhiyallahu ‘anhum, 9 – kemudian dia harus wara’, menjaga diri, jujur, terpercaya, membina (mengeluarkan) pendapat dan agamanya berpandukan kitabullah dan sunnah Rasul-Nya”.” (Tsaqil Shalfiq al-Qasimi, Membantai Ahlul Ahwa dan Bid’ah, Pustaka as-Sunnah, m/s. 85-86)

5 – Menegakkan tauhid dan menegakkan keadilan. Tidak menyembunyikan ilmu serta sentiasa menyebarkan kebenaran dengan cara mengajarkan ilmu, menerapkan nilai-nilai agama, mengajak kepada kebaikan, dan melarang manusia dari segala bentuk kemungkaran.

“Allah menyatakan bahwasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu).” (Surah Ali ‘Imran, 3: 18)

“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku (dari kalangan orang yang berilmu) yang membela kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menghina dan yang menyelisihi mereka, sehinggalah datang hari kiamat (ketetapan Allah)”.” (Hadis Riwayat Muslim)

6 – Menjadi tempat rujukan masyarakat sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah supaya sentiasa merujuk kepada orang yang mengetahui (berilmu).

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan sekiranya mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri (para ulama) di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Jika tidak disebabkan kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).” (Surah an-Nisaa’, 4: 83)

“Bertanyalah kamu kepada ahluz zikri (orang yang berilmu iaitu dari kalangan ulama) apabila kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, 16: 43)

Ibnu Qutaibah rahimahullah berkata:

“Sekiranya masalah yang rumit di antara kedua perkara tersebut dikembalikan kepada orang yang berilmu yang memahami al-Qur’an dan as-Sunnah, maka jelaslah bagi mereka manhaj itu dan jalan keluarnya pun menjadi luas, tetapi ada sesuatu yang menghalanginya iaitu mencari kekuasaan, suka mengikut keyakinan dan perkataan-perkataan saudara-saudaranya.” (al-Ibanah, 1/188. Dinukil dari Tsaqil Shalfiq al-Qasimi, Membantai Ahlul Ahwa dan Bid’ah, Pustaka as-Sunnah, m/s. 83)

Demikianlah beberapa kriteria yang dapat disenaraikan dari beberapa sumber rujukan berkenaan ciri-ciri ulama. Dengan itu agar kita tidak bermudah-mudah mengangkat seseorang sebagai ulama atau sesebuah pendapat manusia tertentu untuk dijadikan sebagai fatwa sekaligus sebagai rujukan di dalam agama.

Malah imam Malik rahimahullah sendiri pernah berkata dengan tegas:

“Seseorang tidak layak memandang dirinya telah wajar untuk mengeluarkan pendapat (fatwa) sehingga dia bertanya (tentang dirinya) kepada orang yang lebih ahli (berilmu) daripada dirinya.” (Diriwayatkan oleh Abu Na’aim dan al-Baihaqi)

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com