Jumaat, 12 Jun 2009

ROSMAH MANSOR BETINA PUAKA...!!! PART 2

SILA KLIK TAJUK

Pre dan Post Muktamar PAS - Kecelaruan yang Semakin Membusung

By Zulkifli bin Mahamud

Adakah PAS bertambah mantap dan dapat melingkari lompang-lompang yang wujud sebelum dan semasa bermuktamar? Dan harus di ingat di peringkat bawahan @ grassroot - muktamar rakyat baru sahaja bermula!!! Ahli dan rakyat sedang menilai PAS, bahkan ramai dah loya dan termuntah!!

Pendedahan demi pendedahan timbul semakin menyerabutkan minda dan mengocak kesabaran ahli-ahli PAS yang begitu setia mendambakan jiwa dan raga bagi kesucian perjuangan yang di bawa oleh PAS. Namun pendedahan yang menyesakkan dada ini kelihatan tiada berpenghujung walaupun sesetengah pimpinan cuba 'memujuk' agar masalah dalaman atau pertikaian ini tiadak dibicarakan secara terbuka demi kemaslahatan parti dan perjuangan - kononnya. Akan tetapi di manakah sumber ahli dan rakyat jika bukan melalui wadah blog, TV dan surat khabar untuk mengikuti perkembangan terkini?

Bagi pandangan saya jika kita terlalu menyimpan sesuatu perkara atau rahsia jika isinya terbongkar kemudiannya seperti 'Peristiwa Muqabalah Jahaman' tempoh hari lagilah buruk dan busuk kesannya. Bermacam-macam alasan dan pandangan yang menyesakkan minda dan meloyakan tekak ahli dan lawan kedengaran. Yang tahu pun bercakap dan yang tak tau apa-apa pun cuba bercakap..Al-hasilnya, kita di lihat seperti orang bodoh di mata khalayak ramai.

Justeru itu, saya meminta agar dapat kita selidiki perkara-perkara berikut akan kebenarannya dan jika terbukti benar sewajarnya satu tindakan di ambil dan jika tidak pimpinan harus bertegas mematikan perkara tersebut.

1. Siapakah yang dimaksudkan oleh Ustaz Ahmad Awang yang menyeru agar di buat kerjasama dengan UMNO di Perak? Rumours mengatakan orang itu ialah Nasharudin Mat Isa kerana di sebut orang itu bertaraf Dewan Harian. Jika di teliiti ahli Dewan Harian penggal lalu ialah TG Haji Hadi (tak mungkin) , Nasaharudin, Husam/Ustaz Ahmad/Mat Sabu (ketiga2nya tak mungkin), Dr Hatta & Dato' KJ (juga tak mungkin) dan Ustaz Mat Daud & Ustazah Nuridah (juga tak mungkin). Adakah ianya Nasharuddin? Kalau betul - dia melanggar ketetapan Muktamar di Perak tahun lepas. Itu sahaja pointnya.

2. Nasharuddin diberitakan bertemu dengan Pak Lah sampai ke tahap membincangkan pembahagian kerusi kabinet pada tahun lepas. Betul ini cerita lama tetapi kembali panas di sebabkan beliau kelihatan agak terliur untuk 'bersama' UMNO yang agak 'syarie' kononnya. Sampaikan bertemu Mahdi Akef di London bertanyakan kewajaran menyertai UMNO tapi malangnya di tolak oleh Mahdi Akef / Ikhwanul Muslimin.

3. Nasharudin di katakan dan mengatakan bahawa beliau tidak berkempen sebagaimana Husam. Tetapi mengapakan terdapat pimpinan kanan yang memanggil perwakilan negeri tertentu bagi di terangkan kewajaran memilih Nasaharuddin berbanding Husam dan kewajaran berbaik dengan UMNO yang umum mengetahui amat kafir di Terengganu pada pandangan sesetengah kumpulan? Bahkan terdapat pesuruhjaya negeri yang di panggil bagi menerangkan perkara ini oleh pimpinan kanan Pusat. Tentunya ada yang menuduh ini tak lain mesti pencacai UMNO... Tolonglah kaji dan selidik dahulu. Kalau perlu saya akan dedahkah negeri mana dan siapa pemimpin tersebut tapi kesannya lebih buruk. Ramai yang menyedari terdapat arahan tersembunyi agar perwakilan memilih Nasaruddin di kala Husam di serang dengan begitu teruk sekali. Sebab itu kita melihat pola pemilihan selain dari Nasahruddin - Naib2 dan AJK kebanyakkannya adalah meraka yang menentang kerjasama dengan UMNo kerana mereka tidak terikat untuk jawatan lain selain Timbalan Presiden. Dah lebih teruk dari UMNO...haa berbaik lagi dengan lanun tu.

4. Tindakan memecut dan U-turn mengejut oleh Ustaz Mat Daud amat memeranjatkan ramai ahli bawahan. Beliau mengatakan terdapat amalan politik wang dalam PAS tetapi kemudiannya menarik balik dakwaan tersebut. Hasil dari mainan media yang diolah oleh tangan jahat tertentu dalam dan luar PAS iaitu pertembungan Ulamak dan Professional - secara tidak langsung kebanyakkan mata memandang ke arah Husam kerana beliau bukan ulamak dan tidak kepada Nasahruddin sebabnya beliau Ulamak - arrgghhh liciknya.. Sebagai Ketua Dewan Ulamak, sepatutnya teliti dan kenalpasti dulu sumber dan cuba menjadi cerdik sedikit dalam mangeluarkan kenyataan kerana silap haribulan orang akan kata kita bodoh macam UMNO. Tindakan Ustaz Mat Daud sememangnya menyukarkan Husam untuk menepis serangan secara peribadi lantaran beliau tiada medium untuk menjawab.

5. Permhonan maaf oleh Norzula kepada Husam dan kerajaan Kelantan atas fitnah jahatnya tidak disambut secara hati terbuka dan sewajarnya oleh PAS. Sepatutnya Harakah memberikan liputan secara esklusif perkara tersebut dan jadikan ianya serangan balik kepada UMNO!! Ini hanya ulasan kecil sahaja.. Kenapa? Bukanlah Husam patut di puji tetapi beliau sewajarnya di bersihkan dan Kerajaan Kelantan di bawah TGNA sepatutnya di war-warkan dan dibersihkan. Adakah lebih baik Husam Dan TGNA di kesampingkan demi menjaga peluang kemenangan Nasaruddin yang di gemari oelh UMNO? Mohd Sayuti Omar yang dibayar lesen Siasahnya oleh PAS lebih kuarang RM 5,000.00 sebulan mesti lebih arif perkara ini. Adakah wujud tangan ghaib dibelakang Harakah yang menggelapkan isu ini?

Nasaharuddin bagi saya harus berdepan dengan ahli dan massa berhubung perkara ini. Jangan melepaskan bebanan ini kepada TGHH yang mana majoriti ahli dan pendokong merasakan 'mastermind' di belakang semua ini adalah beliau. Saya tidak secara peribadi kecewa batang tubuh Husam yang kalah tetapi 'pemikiran' Husam yang paling pentingnya harus di kedepankan dan UMNO yang kafir di Terengganu itu harus di benamkan segera. Mengapa pula di berikan air penawar jampi kepada bangkai bernyawa itu? Benamkan saja UMNO.

Dengan puluhan ribu 'ulamak' dalam PAS takkan tak boleh nak dakwah DAP dan PKR agar lebih lunak dan simpati dengan Islam? Atau ini yang menghantui para 'ulamak' Pas takut tak dapat nak mendakwah orang DAP dan PKR maka lebih baik berkawan dengan orang yang ICnya sedia tertulis Islam?

Mungkin akan ada yang kata saya membelakangkan pimpinan dan menghina pimpinan tetapi kata orang tua- GURU KENCING BERDIRI MURID KENCING ATAS MOTO!! Nasahruddin mengajar saya dengan secara biadap dan keji beliau menghina TOk GUru Nik Aziz di depan media dengan mengatakan TGNA hanya memberikan pandangan peribadinya sahaja apabila TGNA mengatakan idea Unity Government ini dalah mengarut!! Kamu baru setahun jaging sudah kurang ajar dengan Tok Guru.

Hari ini timbul pula gerakan nak me'nyahkan' terus pengaruh Husam dalam AJK Pas Pusat! Percaturan agar Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nik Amar di lantik ke jawatan S/U Agung dan Ketua Penerangan agar Husam dan Mat Sabu lenyap terus semakin kuat kedengaran. Apa dah jadi ni? Adakah percaturan ini di buat agar lebih mudah komplot nak berbaik dengan UMNO? Nauzubillah....

Akhirnya saya cadangkan agar kedua-duanya - Husam dan Nasahruddin disiasat dan di bersihkan oleh pimpinan PAS PUsat atas apa dakwaan yang berlegar sekarang. Dan saya cadangkan satu perkara yang simple - dapatkan butiran SMS semasa isu muqabalah dulu dan sebulan sebelum muktamar dari handpone kedua-dua mereka dan kita teliti sama-sama. Macam kita teliti perbincangan Najib dan Muhamad Shafeei satu masa dulu... Rasanya tentu amat menarik kan?? Wassalam

Arahan tutup tu kerana apa? Dalam Islam tidak ada masalah tutup mulut – TGNA

Arahan tutup tu kerana apa? Tutup kerana apa? Soal dia? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas (parti), tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas. Dia sudah berasa bahaya, maka dia minta tutup mulut - TGNA


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, marah dan mempertikaikan tindakan pihak tertentu dalam Pas yang meminta pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kerajaan perpaduan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan pendapat.

Nik Aziz berkata, langkah itu tidak perlu kerana percanggahan pendapat itu bukannya datang dari Pas tetapi diwujudkan oleh orang-orang tertentu dalam Pas.

“Arahan tutup tu kerana apa? Tutup kerana apa? Soal dia? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas (parti), tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas. Dia sudah berasa bahaya, maka dia minta tutup mulut.

“Dalam Islam tidak ada masalah tutup mulut. Dalam demokrasi tidak ada tutup mulut. Nabi Muhamad SAW tidak pernah tutup mulut orang. Tidak boleh, kerana semua soalan ada jawapan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, semalam.

Beliau turut mempersoalkan siapa yang mewujudkan dan menimbulkan kecelaruan dalam Pas.

“Yang menimbulkan kecelaruan itu siapa dia, orang Pas atau orang perpaduan? Orang yang menimbulkan kecelaruan itu sedar perkara itu bukan dari Pas sebaliknya daripada orang tertentu di dalam Pas yang menjadi boneka UMNO. Itu jelas pada saya.

“Benda tutup mulut ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kenapa sekarang baru berlaku? Ini soalan, tidak pernah berlaku pemimpin Pas mengarahkan orangnya supaya tutup mulut. Sekarang ini baru timbul kerana apa? Kerana dia sendiri mengeluarkan perkara yang mencelarukan.

“Itu logik. Kenapa wujud arahan dari orang tertentu dari pusat supaya tutup mulut, kenapa? Sedangkan demokrasi suruh buka mulut. Dalam Islam hanya satu benda yang tidak boleh iaitu Zat Allah. Saya memang marah. Marah ini Islam suruh, Islam minta manusia ini benci pada kerja-kerja derhaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali yang meminta supaya isu berkenaan tidak diperkatakan kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan salah tafsir pihak tertentu termasuk dalam kalangan pemimpin PR sendiri.

Mustafa dalam kenyataannya dilaporkan meminta seluruh pimpinan Pas dan PR menghentikan segala kenyataan berkaitan isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong Pas berkaitan kerajaan perpaduan.

Mustafa berkata, idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah sekadar teori dan konsep dan idea itu tidak relevan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mengulas mengenai cadangan itu, Nik Abdul Aziz turut membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan itu dan menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.

“Saya hanya mempertahankan perjanjian lama Pas yang memberikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat seperti keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu.

“Saya sokong Pakatan Rakyat. Kita masuk pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini pun atas dasar Pakatan Rakyat. Saya tidak boleh lari daripada ikrar perjanjian keputusan kita.

“Perjanjian itu adalah keputusan muktamar Pas. Keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat bukannya menyokong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Tidak ada. Hal perpaduan ini adalah boneka UMNO,” katanya.

Beliau berkata jika ada pihak yang memperkatakan cadangan itu ia sebenarnya ilham UMNO memandangkan perkara itu tidak ada dalam agenda dan tidak dibincangkan di dalam muktamar.

“Tiada dalam ucapan dasar pun. Cadangan itu dibuat selepas daripada sidang. Insya-Allah kita boleh selesai masalah ini. Bagi saya tak perlu langsung buat kajian semula,” katanya.

Idea UG-Hadi : Apek tua susah hati, Hadi susah hati kaa ?

Wak pun tak setuju dengan idea Hadi ni (UG). Tapi tak ler sampai wak maki Hadi. Lagipun wak dah cakap wak tak mau sentuh lagi isu tu. Wak tahu isu ni telah dimainkan sepuas-puasnya oleh Umno. Kesian PAS. Kerana Hadi, TGNA terpaksa bercakap lagi. Sebenarnya hati wak pedih, bila ramai bloggers belasah PAS. BloggersNetwork pun sama belasah PAS. Wak jadi lemah sekejap. Gila kau..depa dok belasah ulamak main hentam kromo, pukui rata SEMUA sama saja. Wak juga tentu terasa, walaupun wak bukan seorang ulamak. wak dulu rockers...seluar senten' baju lipat. Walaupun wak tak tanam cili macam radenjowo, tapi wak tetap rasa pedasnya.

Hari ni Utusan main lagi isu ini. Memang Umno nak tengok sungguh PAS pecah belah. Baru lengkap agenda 'pecah dan perintah'. Malah cakap2 di kedai gunting india juga nadanya sama, wak curi dengar apa yg mereka bualkan 2 hari lalu. Antara seorang cina dan tukang gunting india. Apa depa kata ? PAS dah pecah 2, satu team UG yg pro Hadi. Dan satu lagi team erdogan. PAS makin bermasalah. Itu pandangan non-muslim sekarang melihat suasana yg berlaku. Apek cina pulak yg susah hati. Wak tak tahulah pulak, Hadi susah hati ka tidak ! Apek tu susah hati ada sebabnya, dia ahli kelab penyokong PAS di tempat wak. Wak tahu bila dia bagitau kat india tu. Oleh kerana wak datang untuk gunting rambut, wak simpan kopiah wak dalam kereta. Jadi mereka berdua tak tahu siapa wak. Mudah untuk wak letak telinga dengar butiran cerita depa.

Seorang sahabat wak juga tetap tak setuju dgn idea UG ini. Tetapi bila dirujuk kepada hujah yang dibentangkan oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menjelaskan kepada kita bahawa lontaran idea Hadi adalah bersifat universal, itu adalah lontaran idea, berbeza apabila Dato' Seri Nizar yang mempelawa Adun UMNO Perak menyertai PAS & PR..lupakah kita ? Ya..belum lupa lagi..memang berbeza, Hadi lontar idea, Nizar seru mereka.

Konsep kerajaan perpaduan(UG) kata sahabat wak, adalah bersifat umum dan hanya menyatakan sifat sebuah kerajaan yang yang baik dari segi urus tadbirnya dan menyatukan semua rakyat di bawah satu bumbung dan antara kerangkanya hendaklah kerajaan itu mendaulatkan islam, persoalannya mahukah Umno menerima konsep ini ? Tidak pula disebut bahawa kerajaan perpaduan(UG) ini difokuskan kepada Umno semata-mata..bahkan tuntutan ta'awan dari allah seperti mana ayat al-Quran menuntut kita berlapang dada atas dasar kebaikan dan menegakkan kebenaran, tapi mahukah Umno kepada semua ini ? Itulah cabaran kita kepada sesiapapun manusia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Malah lontaran idea yang cadangkan oleh Hadi katanya, adalah bertepatan dengan PERLEMBAGAAN PAS FASAL 6(4)&(6) TERTAKLUK KEPADA FASAL 5(1) JUGA FASAL 7(1).(sila rujuk perlembagaan PAS pindaan 2001).

Maka apakah kita sudah lupa peringatan ALLAH kepada kita dalam surah al-Anfal ayat 60-63 yang mafhumnya;

60)" dan siapkanlah persediaan untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)kamu menggetarkan musuh allah, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang allah mengetahuinya.apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya "

61)" Dan jika mereka condong kepada kabaikan maka condonglah kepadanya dan bertawakkal lah kepada allah, sesungguhnya dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui "

62)" dan sekiranya mereka hendak menipu engkau, cukuplah allah sebagai pelindung engkau, dia memperkuatkan engkau dengan pertolongannya dan dengan pertolongan orang mukmin "

63)" Dia (ALLAH) menyatukan hati mereka (mukmin),kalau engkau belanjakan segala apa yang ada di bumi nescaya engkau tidak akan dapat menyatukan hati mereka, tetapi allah jualah yang dapat menyatukan mereka, sesungguhnya allah maha perkasa lagi maha bijaksana" (surah al-Anfal 61-63)

Benar UMNO adalah musuh kita yang nyata dari segi dasar dan amalan partinya, tetapi bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO yang mungkin sedarah sedaging dengan kita yang masih terperangkap dengan kejahilan mereka ? Dan apakah pula dalam kita gembira non-muslim sudah menyokong kita dalam masa yang sama kita lupa menyelamatkan akidah saudara sedara sedaging kita yang masih dalam umni yg mana dalam dadanya masih ada sedikit iman ?

Tidak mahukah kita mendekati mereka dan membawa mereka keluar dari kejahilan dan kekufuran agar mereka kembali menegakkan Islam ? Dari peringatan Allah dalam surah al-Anfal maka apakah kita kita hanya bertawakkal kepada sokongan manusia dan mula meninggalkan tawakkal kepada Allah ? Wak tak boleh nak jawab hujah sahabat wak itu. Wak kalah hujah. Hujahnya mantap. Kerana miang rambut wak yg baru dipotong, buat wak segera balik meninggalkan sahabat wak yg masih lagi banyak hujahnya untuk wak sumbat dalam kepala hotak wak. Wak terus berlapang dada. Namun sampai bila mahu berterusan berlapang dada ? !

Idea UG-Hadi : Apek tua susah hati, Hadi susah hati kaa ?

Wak pun tak setuju dengan idea Hadi ni (UG). Tapi tak ler sampai wak maki Hadi. Lagipun wak dah cakap wak tak mau sentuh lagi isu tu. Wak tahu isu ni telah dimainkan sepuas-puasnya oleh Umno. Kesian PAS. Kerana Hadi, TGNA terpaksa bercakap lagi. Sebenarnya hati wak pedih, bila ramai bloggers belasah PAS. BloggersNetwork pun sama belasah PAS. Wak jadi lemah sekejap. Gila kau..depa dok belasah ulamak main hentam kromo, pukui rata SEMUA sama saja. Wak juga tentu terasa, walaupun wak bukan seorang ulamak. wak dulu rockers...seluar senten' baju lipat. Walaupun wak tak tanam cili macam radenjowo, tapi wak tetap rasa pedasnya.

Hari ni Utusan main lagi isu ini. Memang Umno nak tengok sungguh PAS pecah belah. Baru lengkap agenda 'pecah dan perintah'. Malah cakap2 di kedai gunting india juga nadanya sama, wak curi dengar apa yg mereka bualkan 2 hari lalu. Antara seorang cina dan tukang gunting india. Apa depa kata ? PAS dah pecah 2, satu team UG yg pro Hadi. Dan satu lagi team erdogan. PAS makin bermasalah. Itu pandangan non-muslim sekarang melihat suasana yg berlaku. Apek cina pulak yg susah hati. Wak tak tahulah pulak, Hadi susah hati ka tidak ! Apek tu susah hati ada sebabnya, dia ahli kelab penyokong PAS di tempat wak. Wak tahu bila dia bagitau kat india tu. Oleh kerana wak datang untuk gunting rambut, wak simpan kopiah wak dalam kereta. Jadi mereka berdua tak tahu siapa wak. Mudah untuk wak letak telinga dengar butiran cerita depa.

Seorang sahabat wak juga tetap tak setuju dgn idea UG ini. Tetapi bila dirujuk kepada hujah yang dibentangkan oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menjelaskan kepada kita bahawa lontaran idea Hadi adalah bersifat universal, itu adalah lontaran idea, berbeza apabila Dato' Seri Nizar yang mempelawa Adun UMNO Perak menyertai PAS & PR..lupakah kita ? Ya..belum lupa lagi..memang berbeza, Hadi lontar idea, Nizar seru mereka.

Konsep kerajaan perpaduan(UG) kata sahabat wak, adalah bersifat umum dan hanya menyatakan sifat sebuah kerajaan yang yang baik dari segi urus tadbirnya dan menyatukan semua rakyat di bawah satu bumbung dan antara kerangkanya hendaklah kerajaan itu mendaulatkan islam, persoalannya mahukah Umno menerima konsep ini ? Tidak pula disebut bahawa kerajaan perpaduan(UG) ini difokuskan kepada Umno semata-mata..bahkan tuntutan ta'awan dari allah seperti mana ayat al-Quran menuntut kita berlapang dada atas dasar kebaikan dan menegakkan kebenaran, tapi mahukah Umno kepada semua ini ? Itulah cabaran kita kepada sesiapapun manusia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Malah lontaran idea yang cadangkan oleh Hadi katanya, adalah bertepatan dengan PERLEMBAGAAN PAS FASAL 6(4)&(6) TERTAKLUK KEPADA FASAL 5(1) JUGA FASAL 7(1).(sila rujuk perlembagaan PAS pindaan 2001).

Maka apakah kita sudah lupa peringatan ALLAH kepada kita dalam surah al-Anfal ayat 60-63 yang mafhumnya;

60)" dan siapkanlah persediaan untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)kamu menggetarkan musuh allah, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang allah mengetahuinya.apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya "

61)" Dan jika mereka condong kepada kabaikan maka condonglah kepadanya dan bertawakkal lah kepada allah, sesungguhnya dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui "

62)" dan sekiranya mereka hendak menipu engkau, cukuplah allah sebagai pelindung engkau, dia memperkuatkan engkau dengan pertolongannya dan dengan pertolongan orang mukmin "

63)" Dia (ALLAH) menyatukan hati mereka (mukmin),kalau engkau belanjakan segala apa yang ada di bumi nescaya engkau tidak akan dapat menyatukan hati mereka, tetapi allah jualah yang dapat menyatukan mereka, sesungguhnya allah maha perkasa lagi maha bijaksana" (surah al-Anfal 61-63)

Benar UMNO adalah musuh kita yang nyata dari segi dasar dan amalan partinya, tetapi bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO yang mungkin sedarah sedaging dengan kita yang masih terperangkap dengan kejahilan mereka ? Dan apakah pula dalam kita gembira non-muslim sudah menyokong kita dalam masa yang sama kita lupa menyelamatkan akidah saudara sedara sedaging kita yang masih dalam umni yg mana dalam dadanya masih ada sedikit iman ?

Tidak mahukah kita mendekati mereka dan membawa mereka keluar dari kejahilan dan kekufuran agar mereka kembali menegakkan Islam ? Dari peringatan Allah dalam surah al-Anfal maka apakah kita kita hanya bertawakkal kepada sokongan manusia dan mula meninggalkan tawakkal kepada Allah ? Wak tak boleh nak jawab hujah sahabat wak itu. Wak kalah hujah. Hujahnya mantap. Kerana miang rambut wak yg baru dipotong, buat wak segera balik meninggalkan sahabat wak yg masih lagi banyak hujahnya untuk wak sumbat dalam kepala hotak wak. Wak terus berlapang dada. Namun sampai bila mahu berterusan berlapang dada ? !

Bagaimana corak PKR setelah pembaharuan dilakukan?

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR 12 Jun — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan kongres khas esok untuk meluluskan pembaharuan yang dicadangkan, yang antara lain mengesyorkan agar pemilihan terus presiden dan mengehadkan tempoh jawatan presiden parti.

Pembaharuan itu kemungkinan diluluskan oleh kira-kira 2,000 perwakilan tanpa banyak masalah dan PKR akan mencerminkan dirinya sebagai lebih demokratik dan parti yang menarik kepada anggota akar umbi.

Persoalan kini ialah mengenai masa depan parti, yang ditubuhkan kira-kira 10 tahun lepas ekoran Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Penganalisis politik berkata untuk parti itu hidup secara bersendirian, PKR hendaklah mengadakan strategi jangka panjang dan bukan hanya meminda perlembagaan parti untuk menjadikan ia lebih demokratik.

“Bagi menjadikan parti itu hidup bersendirian, ia hendaklah memikirkan realiti parti tersebut dengan atau tanpa Anwar,” kata Dr Oh Ei Sun. - Bernama

Boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS


Boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS. Jika kepimpinan tidak bersedia membetulkan keadaan, maka ahli-ahli PAS mesti bertanggungjawab diatas kemungkaran yg berlaku iaitu melantik atau memilih pemimpin yang tidak beramanah!. Benarlah apa yg disebut dlm hadis-hadis yg masyhur, ingatlah jika kamu melantik org yg bukan ahlinya (yg amanah) maka tunggulah saat kehancurannya!!! Apakah kita menunggu saat itu atau saat kehacuran itu sudah tiba?

Sebenarnya banyak perkara misteri belum terjawab terutama apabila terdapatnya dakwaan wujudnya faksi UMNO dlm kepimpinan PAS dan ini bukannya rahsia lagi apabila ianya dibuktikan dgn pengakuan lisan Ustaz Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS). Saya rasa tak ada sesiapapun yang berani menolak kenyataan ini. Cuma dalam perkara yang serius seperti ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh kepimpinan PAS Pusat?

Adakah ingin menyapu sampahkan kebawah karpet sepertimana lazim diamalkan oleh UMNO dan BN dlm menyelesaikan sesuatu masalah dlm BN? Fraksi UMNO dlm PAS bukannya isu kecil atau remeh kerana ianya adalah musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan sepertimana kata Ustz Haron Din (Timb. Mursyidul Am PAS). Saya minta Ust Ahmad Awang berani tampil mendedahkan petualang sebenar dalam PAS ini tanpa kompromi atau dolak dalik demi meyelamatkan bahtera PAS yang kita sayangi.

Ingatlah kisah seorang anak kapal yang ingin mengambil jalan mudah utk mendapatkan air dgn cara menebuk lubang pada dasar kapal tersebut. Hakikatnya ia akan menenggelamkan kapal tersebut jika anak kapal itu bertindak bodoh bersendirian. Jika kapten kapal tidak bertindak apa akan terjadi kepada kapal tersebut? Tentulah kalau dibiarkan ia terus menebuk lubang, bahtera tersebut akan karam sekaram-karamnya.

Mursyidul Am PAS telah menyataan pendiriannya berpegang kpd syura muktamar iaitu memperkasakan PAKATAN RAKYAT (dan bukannya memperkasakan KERAJAAN PERPADUAN). Jgn jadi boneka UMNO. Saya pertegaskan; boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS. Jika kepimpinan tidak bersedia membetulkan keadaan, maka ahli-ahli PAS mesti bertanggungjawab diatas kemungkaran yg berlaku iaitu melantik atau memilih pemimpin yang tidak beramanah!.

Benarlah apa yg disebut dlm hadis-hadis yg masyhur, ingatlah jika kamu melantik org yg bukan ahlinya (yg amanah) maka tunggulah saat kehancurannya!!! Apakah kita menunggu saat itu atau saat kehacuran itu sudah tiba? Nauzubillahi min zaalik! Kepada ALlah hambaMu memohon perlindungan dan keampunan. Moga diberi petunjuk dan hidayah Allah kepadaku dan pemimpinku yg kukasihi.

Aku bukanlah ulama atau profesional, aku hanyalah insan biasa yg ingin melihat kalimah Allah berdaulat di atas mukabumi Allah ini. Aku tak ingin melihat tangan-tangan syaitan menghalang perjalanan suci ini. Wallahu a’lam.

Makkal Sakhti

Meetings with an old friend and key political players...??? LEE KUAN YEW MALAYSIAN KEY PLAYERS...???

KUALA LUMPUR, June 12 — Singapore Minister Mentor Lee Kuan Yew yesterday met former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi and Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

On the last of his four-day visit to Kuala Lumpur, he also had private meetings with other key players on the Malaysian political scene.

The Minister Mentor's press secretary Yeong Yoon Ying told reporters that Lee's meeting with Abdullah was a meeting between old friends, with Lee telling Pak Lah he was in Malaysia to get a feel of the ground.

Lee also said he was glad to meet both Malaysian government leaders and businessmen.

He spoke of his visit to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's home on Wednesday, when Datin Seri Rosmah, the wife of the Malaysian Premier, expressed interest in Singapore's Gifted Education programme. They also spoke about Mrs Lee, who has suffered a series of strokes. Abdullah remarked on her resilience. Yesterday, Lee also met Khalid, the mentri besar of Selangor, Malaysia's most industrialised state.

During last year's general election, control of Selangor's state government fell to the opposition for the first time in Malaysia's 50 years of independence. The state is now governed by the Pakatan Rakyat, an alliance of three opposition parties comprising the Parti Keadilan Rakyat, to which Khalid belongs, the DAP and PAS. Pakatan Rakyat also won more than a third of the seats in the Federal Parliament.

Khalid later told reporters that he and members of his executive committee were delighted to meet Lee, who expressed great interest in developments in Malaysian politics after last year's landmark election. “Minister Mentor wants to know where the Pakatan Rakyat is heading,” Khalid said.

He told Mr Lee in reply that the alliance had to work hard to prove to the people of Selangor that they could deliver on their promises.

Lee and the Singapore delegation left Kuala Lumpur last night for Ipoh. —The Straits Times

Pakatan Rakyat Perlu Ada Himpunan Raksasa

KEMAMPATAN dan kesatuan Pakatan Rakyat (PR) akhir-akhir ini sedikit goyah dan bergoyang. Semua rakyat yang rindu untuk melihat perubahan politik dan kerajaan bimbang dengan suasana yang ada kini. Kerana bimbangkan perpaduan itu roboh semua pihak telah bangkit mengambil berbagai langkah untuk menenangkan keadaan. Usaha ini baik secara individu ataupun berpasukan. Bingkasan ini menandakan betapa Pakatan Rakyat telah dijadikan satu pengharapan kepada anjakan politik negara ini.

Suara kebimbangan dan cemas ini tidak dapat dilihat dari luar. Namun dalam blog, internet dan sebagainya kerungsingan dan kebimbangan ini sangat jelas sekali. Sesetengah penyokong Pakatan Rakyat sudah jadi tidak rasional lagi, memaki hamun tanpa hujung pangkal. Kerana kecelaruan dan ghairah itu ada kalanya penawar disangkakan racun! Teguran yang baik dan dianggap sebagai khianat.

Jika dilihat kepada kronologi kocakan ini ia bermula bila mana pemimpin Pas berjumpa dengan pemimpin Umno sebaik selesai pilihan raya umum lalu, merisik khabar untuk mengadakan kerjasama politik untuk menyelamatkan bangsa. Perjumpaan yang setengah dianggap sulit dan setengah terbuka itu menyebabkan timbul berbagai interpetasi. Malang lagi, bukan saja diluar dari kalangan PKR dan DAP, tetapi sesama Pas sendiri juga berpecah pendapat mengenai hal ini.

Kalangan Pas timbul keraguan antara satu sama lain. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Ekoran itu maka berlakulah tuduh menuduh dan nafi menafi antara satu sama lain. Mulanya persoalan Pas berbincang dengan Umno, (ketika itu Abdullah Badawi) sudah pun hampir selesai dan tidak berbangkit lagi.

Bagaimana pun ia timbul semula apabila Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mencampakkan idea unity government. Idea ini ditimbulkan selepas projek 16 September tidak menjadi. Kita tidak tahu kenapakah Abdul Hadi melemparkan cadangan itu. Apakah ia reaksi balas kepada cadangan 16 September? Kerana sebagai presiden sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat beliau juga berhak berbuat demikian, mencuba idea untuk berubah! Yang pastinya, ia mempunyai motif dan maksud tertentu. Ada yang mengatakan ia memberi isyarat kepada pihak tertentu dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Isyarat apa?

Ternyata idea ini menjadi kalut dalam Pas. Ia menjadi konflit dan terheret ke luar. Ia diburukkan lagi dengan mainan dan eksploitasi oleh media massa penjilat buntut kerajaan yang mahu melihat Pakatan Rakyat roboh. Masyarakat di luar kalangan penyokong khsusnya yang baru meminati dan mengenali kerencaman dunia politik jadi terkejut. Cadangan itu menjadikan mereka shock dan merasakan satu tindakan ganjil dari Pas?

Nampaknya kecelaruan mengenai unity goverment ini sudah terbwa ke luar. Ia sudah menjadi topik di forum-forum awam dibincang oleh semua lapisan, dari pencandu kopi hinggalah ke bilik kuliah di menara gading. Setiap hari ianya dibincang, kupasan dan ulasannya mengikut nafsu dan maklumat diperolehi masing-masing. Ternyata dalam kupasannya itu menampakan pro dan kontra.

Keadaan ini menjadikan orang ramai keliru mana pihak yang benar dan mana pihak yang salah. Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri juga sudah memberi kenyataan meminta Pas menilai kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat. Pandangan Karpal itu agak melampau kerana ia menggambarkan seolah-olah seluruh orang dalam Pas inginkan kerajaan perpaduan atau bersetuju dengan cadangan Abdul Hadi itu.

Sebagai pemimpin tertinggi, Karpal sepatutnya kena bijak dan beliau kena arif memahami apakah gelora yang berlaku dalam Pas sebenarnya. Bukan semua dalam Pas mahukan kepada unity goverment. Pas sendiri kini berpecah kepada dua puak, satu yang menyokong atas alasan-asannya dan satu lagi yang menentang juga atas alasan-alasannya. Pertentangan ini semakin tegang meskipun sudah ada penjelasan dari pihak yang mahu, namun ia tidak diyakini oleh pihak yang menolaknya. Unity gorvement kini benar-benar menjadi isu dan masalah kepada Pas. Ia seolah-olah menjadi batu loncatan untuk dua pihak dalam Pas ‘berkekah’ antara satu sama lain.

Apa yang berlaku dalam Pas itu merugikan Pakatan Rakyat sendiri. Ia bukan sahaja kepada Pas yang terlibat dengan isu itu tetapi DAP dan PKR juga. Sekiranya Pas berpecah dan sokongan Pas tidak padu ia memberi naas kepada ketiga parti dalam pilihan raya umum nanti. Sudah tentu jika ada perpecahan dan ketidakmantapan, sokongan padu dan jitu seperti diperolehi 8 Mac lalu tidak akan berulang. Kalau ini gagal dipertahankan tidak mustahil prestasi pembangkang akan merudum semula.

Kini sudah sampai masanya ketiga-tiga pemimpin bertindak mengekang perkara ini dari merebak. Untuk ini barang kali elok kalau satu himpunan raksasa Pakatan Rakyat diadakan bagi menggambarkan Pakatan Rakyat masih mantap dan mendapat sokongan padu. Walaupun perjumpaan dan penjelasan akan diadakan di peringkat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah ini. Orang ramai ingin menyaksi sendiri kepaduan dan kerjasama Pakatan Rakyat dengan mata kepala mereka sendiri secara realitas dalam sebuah himpunan perdana.

Penyelesaian dan pengakuan bukan saja setakat dimulut, di blog-blog persendirian atau di dada akhbar terpilih, tetapi haruslah dibumi nyata. Rakyat mahu melihat kenyataan itu dan mahu sesama mereka menjadi saksi.

Untuk tujuan ini mungkin stadium Shah Alam atau Bukit Jalil yang boleh memuatkan 80,000 hingga 100,000 orang boleh dijadikan tempat himpuan itu. Semua penyokong Pakatan Rakyat boleh hadir menyatakan perpaduan dengan membawa lambang dan bendera masing-masing. Kehadirannya kelak nanti akan memberi petanda bahawa semangat Pakatan Rakyat masih utuh dan menyemarak untuk menghancurkan UBN.

Untuk menjayakan ini Penasihat PKR, Anwar Ibrahim adalah seelokknya menjadi kepalanya memandangkan Anwar diterima dan dihormati oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat. Pada himpunan itu nanti semua pemimpin hendaklah memberi ucapan pengukuhan ikatan Pakatan Rakyat dan akur janji terbuka kepada umum mengenai kesatuan dan persepakatan mereka. Bukan saja kalangan pemimpin tetapi aktivis politik, NGO yang bersama Pakatan Rakyat juga perlu diberi peluang sama menyampaikan aspirasi dan gelodak jiwa masing-masing.

Insya-Allah kalau ada himpunan yang gah dan besar nanti masalah kecelaruan dan keretakan, perasaan curiga antara sesama Pakatan Rakyat yang berlaku kini dapat dipulihkan. Dengan terlaksananya himpunan raksasa itu ia akan menjadikan musuh Pakatan Rakyat akan ‘terkanyak’. Dan selepas selesai himpunan itu janganlah lagi ada kenyataan dari mana-mana pihak yang boleh mencetuskan keadaan tidak aman atau salah tanggap dalam Pakatan Rakyat.

AWAS SERANGAN SAIKOLOGI MEDIA...INILAH YANG PERLU DIPERHATIKAN OLEH PAKATAN RAKYAT...!!! AGAR TIDAK TERPERANGKAP..???


Assalamualaikum

Sila rujuk banyak link yang mengulas tentang perlantikan Dato Mustaffa Ali sebagai SETIAUSAHA AGONG Baru PAS

http://malaysiakini.com/news/106250
(sekadar satu contoh, banyak lagi artikel dan ruang forum yang lebih teruk ulasannya)

berkenaan ayat ini "Pelantikan Mustafa, yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu, sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea-idea yang dibawa oleh Abdul Hadi, termasuk kerajaan perpaduan."

Racun yang berbisa yang menusuk secara diam namun malangnya ramai blogger dan Web yang telah copy paste dari Malaysiakini dan menyiarkan artikel ini di dalam web mereka.

Ingatlah dan Hayatilah tafsir ayat Quran yang berbunyi
" Apabila datang seorang fasik kepada kamu membawa satu berita, hendaklah kamu selidiknya semoga ianya tidak membawa bencana kepada sesuatu kaum"
Surah Lupa lak penulis...nanti cari semula.

SO Jangan Terjebak dan terheret dengan agenda musuh2. Tolong Selidiki setiap berita dan rujuk dengan pimpinan jika tidak faham dan ada kemuskilan. Pemilihan pimpinan pastinya ada asas yang kukuh dan mempunyai sebab2 yang relevan dengan persekitaran semasa.

Ingatlah kami Pemuda Ladang juga tidak akan bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan. Mari kita kukuhkan Perpaduan dalam pakatan rakyat yang dicemburu sangat2 oleh BN. Satu demi satu kompenan BN bertelagah dan menunggu retak. Namun jangan kita lupa Wala' dan ikrar kita kepada Jemaah mengatasi segala2nya. Sesiapa yang di lantik semestinya bukan keputusan seorang diri mana-mana individu dan pastinya ianya adalah dari musyawarah antara pimpinan dan yang terbaik dirasakan.

Ingatlah tentang nasihat Tuan Guru Timbalan Mursyidul AM Dato Dr Harun Din tentang ketaatan dan kepatuhan kepada Pimpinan. Kami pemuda pertahankan segala keputusan Jemaah walaupun kadang-kala memang terasa jua sebagai manusia biasa namun apa yang lebih penting sebagai Pejuang Islam Fokus Memastikan islam berdaulat mengatasi segala-galanya.
Kepentingan Jemaah mengatasi kepentingan individu.

Pastikan Islam Menang dan menawan Putrajaya.

Najib Terus Dengan Janji Manisnya....!!Macam janji pada ALTANTUYA

Johor Bahru - Setelah 'Bajet Rangsangan ke-2' yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia. Hari ini Najib berkata beliau akan membuat satu "pengumuman besar" berkaitan liberalisasi yang lebih meluas pada persidangan "2009 Invest Malaysia" pada akhir tahun ini.

Mungkin akhir tahun 2009 nanti rakyat Malaysia akan lupa skesta yang Najib sebutkan hari ini. Johor Daily berharap ianya bukannya sekadar 'omong-omong' kosong seperti perlaksanaan Bajet Rangsangan pertama dan ke-2 yang lepas. Angkanya besar tetapi rakyat terus menderita.

Najib yang sering dipersendakan oleh setiap ceramah Pakatan Rakyat tentang perlaksanaan dan menguruskan ekonomi negara berkata, "Kami sedang menangani cabaran jangka pendek, adalah penting bagi kita untuk melakar satu hala tuju baru bagi negara ini, satu model ekonomi baru akan dibangunkan oleh kerajaan."

Mengenai Bajet 2010, Najib berkata ia akan menekankan mengenai cara-cara untuk merangsangkan lagi ekonomi negara dengan merubahnya menjadi sebuah ekonomi berasaskan pendapatan tinggi dengan sektor perkhidmatan memainkan peranan penting di dalam model baru ekonomi yang sedang dirancang.

Najib turut berjanji lagi, "tidak mengubah dasar sewenang-wenangnya atau mempunyai kepincangan di dalam dasar kita."

Walaupun sehingga hari ini Najib belum berani menyaman individu atau media yang mendakwa beliau terbabit dalam siri penyelewangan kuasa dan terbabit dalam pembunuhan Altantuya berkata, "Pada masa yang sama, kita perlu mewujudkan satu masyarakat yang adil dan jujur .. matlamat ini telah dilupai atau diketepikan. Kita perlu menjadikan terasnya lebih mesra pasaran dan pada masa yang sama mempunyai satu mesyarakat yang adil dan jujur,"

Katanya lagi , "Langkah membantu bumiputera dengan cara yang salah tidak akan memberikan hasil yang mampan. Kita mahu menjadikan mereka lebih berdaya tahan dan kompetitif.

Johor Daily berharap Datuk Ahmad Maslan tidak bersendiri menginap dan tidur dirumah rakyat bawahan. Johor Daily berharap Najib satu hari nanti akan turut serta Ahmad Maslan menginap dirumah peneroka Felda dan merasai keperitan hidup rakyat yang sering ditabur janji-janji tidak pasti..

Hakim Mahkamah Rayuan Gagal Serah Alasan Kehakiman Bertulis, Bantutkan Proses Rayuan Nizar..!!! Hakim Tu Dok Fikir Apa Nak Tulis...???? Jawap 5 Minit.


Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada mahkamah persekutuan untuk menyemak balik keputusan mahkamah rayuan, mengisthiarkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai menteri besar Perak.

Datuk Seri Nizar tidak dapat mengemukakan rayuan itu kerana sehingga sekarang ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujahan bertulis mengenai keputusan berkenaan.

Tiga hakim berkenaan ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie.

Hakim Md Raus sebelum ini pernah berjanji untuk memberikan alasan kehakiman bertulis kepada peguam Datuk Sri Nizar dalam masa 7 hari.

Tapi 2 minggu sudah berlalu dan peguam Datuk Seri Nizar masih belum menerima hujahan bertulis dari 3 hakim berkenaan.

Exco Kerajaan Negeri Perak, Ngar Kor Ming ketika dihubungi Tv Antara melahirkan rasa kesal dengan perkembangan itu.

“Kita amat kecewa sekali sehingga hari ini, telah lebih 2 minggu peguamcara Datuk Seri Nizar masih belum terima daripada Mahkamah Rayuan demi membela kewibawaan institusi kehakiman. Saya memohon kepada Ketua Hakim Tun Mohd Zaki supaya mengarahkan arahan kepada Mahkamah Rayuan sediakan alasan kehakiman yang betrtulis dengan segera. Kerana tempoh 20 hari untuk memfailkan rayuan sudah semakin dekat tanpa alasan kehakiman ia akan menyulitkan Datuk Sri Nizar untuk kemukakan isu rayuan diperingkat Mahkamah Persekutuan.” Ujar Ngar.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Sri Nizar adalah menteri besar Perak yang sah.

Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan itu dan justeru itu terus menjadi menteri besar yan sah.

Panel hakim Mahkamah Rayuan bagaimanapun membuat keputusan sebaliknya, dan menyanggah hujah bertulis Abdul Aziz.

Tiga hakim berkenaan mengambil masa hanya 5 minit untuk mengumumkan keputusan yang memihak kepada Zambry, tanpa disokong oleh hujah bertulis.

Ngar berkata seluruh proses bersabit krisis perak di Mahkamah Rayuan menimbulkan persoalan mengenai kewibawaan institusi kehakiman.

“Ini adalah satu perkara yang amat aneh sekali kerana apabila Barisan Nasional membuat permohonan kita dapati Mahkamah Rayuan cepat dan cekap membuat keputusan seperti pergantungan perlaksanaan penghakiman. Bermakna Yang Arif Ramli Ali membuat keputusan dalam tempoh beberapa jam sahaja untuk menggantung keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tapi bila pakatan rakyat membuat rayuan sehingga hari ini tiada apa- apa berita.” Tambahnya lagi.

Datuk Sri Nizar kini hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir bagi mengatasi krisis politik negeri Perak yang berpanjangan sejak awal Febuari lalu.

Jika disahkan sebagai menteri besar Perak, beliau bertekad untuk memohon istana Perak membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan pilihanaya negeri diadakan semula.

Sivakumar tidak ada kuasa gantung Zambry dan enam Exco Perak

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya tidak boleh digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri atas dakwaan menghina kerana kesalahan itu tidak diperuntukan di bawah perlembagaan negeri, demkian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini.

Hakim Datuk Seri S. Augustine Paul, dalam penghakiman bertulis, berkata Parkara 44 Perlembagaan Negeri Perak dibaca bersama Perintah Tetap Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 tidak memperuntukan kesalahan menghina dan hukuman penggantungan daripada menghadiri sidang DUN.

Oleh itu, perintah penggantungan selama 18 bulan bagi Zambry dan 12 bulan bagi ahli exco itu dibuat oleh Speaker V. Sivakumar adalah tidak sah dan batal kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, katanya.

"Kuasa menangani isu menghina, yang tidak diperuntukan dalam Perintah Tetap DUN, bukan sesuatu yang Speaker boleh mengambil maklum kerana ia memerlukan satu undang-undang berkaitan dengan itu," kata Augustine dalam penghakiman 64 muka surat bertarikh 3 Jun dan diperoleh hari ini.

"Perlu ada pihak berkuasa undang-undang yang khusus untuk mengetahui dan memberi hukuman bagi kesalahan menghina. Ini khususnya ketara di mana dakwaan menghina dilakukan di luar persidangan DUN," katanya.

Pada 16 April lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perintah penggantungan terhadap Zambry dan enam anggota exco Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon oleh Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri dan oleh itu tidak sah dan batal.

Pada 2 Mac lepas, Zambry dan anggota exco berkenaan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Mereka juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Pada 18 Februari lepas, Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam exco berkenaan kerana didakwa melantik seorang ahli exco bertentangan dengan undang-undang dan tindakan menghina itu telah memalukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak.

Mereka turut didakwa menghalang barisan exco Mohamad Nizar daripada menjalankan tugas di bawah Perlembagaan Negeri Perak.

Dalam penghakiman itu, Augustine berkata: "Penggantungan terhadap pemohon dilakukan berdasarkan Perintah Tetap 72 DUN. Tuduhan terhadap mereka menyatakan tindakan mereka itu diibaratkan sebagai menghina.

"Oleh kerana penghinaan tidak dinyatakan secara khusus, tindakan itu tidak boleh diletakkan di bawah bidang Perintah Tetap 72.

"Perintah Tetap 72 memberi kuasa kepada Jawatankuasa Hak Istimewa mengambil maklum sebarang perkara yang nampak menjejaskan kuasa dan hak istimewa dewan itu," kata Augustine.

Zambry dan enam anggota exco itu diwakili oleh peguam utama Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala Sulaiman Abdullah bertindak bagi Sivakumar. BERNAMA

Mari Kenali Unity Government


Artikel Oleh: allahummahdina

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat dan juga yang mengikuti jejak langkahnya sehingga hari akhirat.

DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah pun melontarkan idea unity goverment yang menggemparkan. Ramai terpingga2. Ada yang berkata Hadi perlu perjelaskan padahal kenapa sibuk marahkan kalau belum jelas.

Banyak orang menolaknya tanpa diberikan hujjah2 yang baik. Nyatakan di mana baik dan buruknya. Ambil keputusan bersama. Tapi ini tidak berlaku. Masing2 dengan tuduhan yang tidak berasas. Penuh dengan pransangka buruk. Oleh itu, di sini suka saya berkongsi dengan para pembaca budiman luahan saya.

Sebelum saya pergi lebih jauh suka saya nyatakan ciri kerajaan perpaduan dan sedikit perbezaan dengan kerajaan campuran Antaranya ialah ;

1. Perdana Menteri dilantik oleh suara terbanyak ahli parliment daripada mana-mana parti manakala kerajaan campuran ialah biasanya dilantik daripada parti yang terbanyak kerusinya.

2. Perdana Menteri ini boleh bertukar bila2 masa saja mengikut suara terbanyak ahli parliment.

3. Ahli kabinet juga dibentuk mengikut suara parliment bukannya parti2 tertentu kerana bila masuk ke dalam parliment ia seolah2 bermaksud semuanya menjadi ahli parti kerajaan.

4. Masing-masing parti masih mengikut haluannya sendiri

5. Tiada pembangkang tapi bukan pula tidak boleh membangkang.

6. Biasanya diadakan kerana keperluan mendesak atau menghadapi satu2 isu yang besar seperti perang atau kemelesetan ekonomi yang teruk. Kerajaan campuran pula tidak semestinya ditubuhkan kerana menghadapi isu2 besar.

Pastinya kerajaan perpaduan ini mestilah mengikut acuan malaysia setelah melalui pelbagai perbincangan. Maka tak hairanlah kenapa DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak memperincikannya. Ini kerana ia perlu kepada pendetailan bersama-sama antara parti yang terlibat.

Kalaulah secara terperinci ianya datang daripada DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pasti namanya kerajaan DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atau kerajaan PAS dan pastinya semua parti akan menolaknya. Bagi saya DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengambil langkah tepat dengan tidak memperincikannya tetapi hanya memberi konsep antaranya kerajaan tiada pembangkang dan bagi menghadapi kemelot politik dan ekonomi yang teruk.

DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang nampak teragak2 pada mulanya kerana saya rasa ianya seolah2 menjadi kejutan kepada sesetengah pemimpin lalu mengeluarkan kenyataan yang kurang berhemah (saya rasa pada lahirnya) tetapi setelah selang beberapa ketika, ketenangan dan keberanian datang kembali.

Biasalah mana2 idea yang besar pasti juga mendatangkan kritikan yang banyak (adalah malang pemimpin PAS tidak bersatu hati dalam perkara ini. Kalau orang yang kebanyakan saya tak sedih kerana mereka pasti kekurangan ilmu agama yang dapat mendidik mereka tapi tidak wajar kalau ianya adalah pemimpin gerakan Islam!! Mereka mesti alim asas2 agama kerana ilmu fardhu kifayah sudah menjadi ilmu fardhu ain buat mereka..kalau tolak mesti semuanya menolak..kalau terima semuanya mesti menerima walaupun di sana ada beberapa perkara yang tidak puas hati).

Mereka berkata BN penuh dengan kejahatan dan kekejian. Apakah hanya ini alasan sehingga kita tak boleh berurusan dengan mereka. Strategi kita mestilah kadang-kadang menyerang, kadang-kadang memujuk, kadang menawarkan sesuatu dan sebagainya mengikut kesesuaian. “janganlah kecenderungan kamu kepada sesuatu kaum itu menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka” janganlah kita terburu-buru menolak atau menerima sesuatu perkara kerana terburu-buru itu daripada syaitan.

Antara hikmah DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak memperincikan walaupun sudah menerangkan konsep ialah ;

1. Strategi, ia tidaklah boleh didedahkan. Inilah pentingnya thiqah dan wala’. Percaya dan yakin kepada pemimpin kerana bukan semua perkara boleh didedahkan kepada umum. Tapi ini tak berlaku kerana mereka tak percaya dan tidak berserah kepada pemimpin bahkan di kalangan pemimpin besar sekalipun tidak menunjukkan teladan yang baik. Sehingga ia menjadi senjata musuh pula. (Bagi saya Datuk Tuan Guru Menteri Besar perlulah taat kepada Presiden dan Presiden mesti taat kepada Majlis Syura, kalau Datuk Tuan Guru Menteri Besar ingin menegakkan pendapatnya maka sayugialah Datuk Tuan Guru Menteri Besar memanggil ahli majlis Syura dan membuat keputusan dan bercakap atas kapasiti Majlis Syura bukannya atas kapasiti peribadi atau Mursyidul Am-maaf insan yang kerdil ini mahu mengajar Datuk Tuan Guru Menteri Besar). Mereka mengambil contoh peperangan siffin sedangkan pepecahan berlaku kerana mereka tidak wala’ dan thiqah kepada Ali ra. Mereka tidak patuh kepada pemimpin mereka. Hati2 mereka bersama kamu tapi pedang2 mereka bersama musuh.

2. Memberi peluang kepada semua parti politik agar hendaklah bersama2 merangka kerajaan. Bersama2 menentukan peluang dan keperluan yang perlu dicapai. Banyak sejarah perang Rasulullah saw membuktikan setelah tiada jalan melainkan perang barulah berlakunya peperangan. Pada peperangan Uhud Nabi saw tidak mengejar tentera musuh walaupun tentera Quraisy berundur. Hanya kejar olok2 agar musuh merasai kekuatan Islam.

3. Bagi rakyat bersuara juga memberi pandangan. Biasalah mereka yang bersuara ini punyai pelbagai latar belakang, ada yang beremosi, ada yang fasik, ada yang kafir harbi dan sebagainya. Cuma masalahnya terdapat pemimpin PAS yang tidak seiya dan sekata dalam melontarkan pandangan. Sepatutnya mereka menyokong dengan hujjah ilmu yang jelas. mana2 yang tidak puas hati rujuk kepada Presiden. Jangan menampakkan mereka tidak ada thiqah dan wala’. Kalau mereka begini apalah yang ingin diharapkan sangat daripada ahli.

Inyaallah akan bersambung di lain kali..Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu saya memohon keampunan Allah.

Amintahar.wordpress

Apa Kata Malaikat Izrael...? Jeng..Jeng...???


Dalam serba kemungkinan bakal akan ada pilihan raya kecil di Jawi, Pulau Pinang. Dan kali ini melibatkan kerusi DUN milik DAP pula. Berkaitan dengan ADUN Jawi - Tang Beng Huat, yang kini dalam siasatan dengan SPRM, atas tuduhan penyelewengan tuntutan.

Kalau betul pun, bagi aku berita ni… tak best… tak mencabar lansung… sebab UBN takan bertanding punyer… sebab Presiden Gerombolan akan kata ini mainan politik PR... macam kes Penanti.

Dan yang paling tak seronoknya… balik… balik… kerusi Pakatan Rakyat jer… kalau tak disebabkan letak jawatan… mesti kerana adanya kematian. Yea.. lah… bab hidup dan mati ni… tak dapek den nak nolong ehh…, tapi bab lotak jawatan ni… yang buek den lomah sikit… boring aarrr… tapi kalau kerusi UBN yang kosong… barulah best sikit… ada umph... ada fight wa cakap lu…

Ok… aku tak nak buang masa korang semua… ni aku nak bagitau… tapi masih dalam bentuk berteka-teki lagi ni… jangan marah aaarrr….. ha..ha..ha…

Jika benar kisah Adun Jawi… ok kita terima sajalah… PRK di Pulau Pinang, tetapi di antara itu pula yang paling bestnya ada Adun/MP dari UBN yang kini terlantar di bilik ICU Hospital Pulau Pinang, sudah hampir 2-3 hari terkulai layu di situ.

Mari kita teka… kawasan DUN/Parlimen yang mana dahulu bakal di umumkan oleh SPR bakal adanya PRK…. jeng... jeng... jeng...

(Pembayangnya atau Clue…) - Macam aku katakan tadi… soal hidup dan mati bukan urusan kita semua… tetapi eloklah dibacakan Yassin… dah dekat sangat tu… ICU… beb…

Isa: Siapakah YB - UBN di Pulau Pinang yang dah terkulai layu di tasik madu (macam lagu Poziah Latip pulak). Kenapa gang UBN buat senyap jer… perkara ni… (Presiden Gerombolan kali ini tak boleh mengelak lagi beb… ini kes… kena refer to Malaikat Izrael dulu).

Nota: Dalam mengutuk dan gelak ketawa berkaitan isu ni, namun sejujurnya dengan perasaan ikhlas aku mendoakan semoga YB kita ni cepat sembuh dan sihat kembali, Insyallah...

ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR YANG SENTIASA DIRINDUI

Aku kenal perjuangan PAS secara jelas menerusi Ust Fadhil. Terima kasih kepada Rasydan dan Muhaimeen yang kenalkan aku kepada Ust Fadhil ketika mula mula aku pijak universiti dulu.

Hampir setiap minggu, pasti ada nasihat yang Ust Fadhil titipkan kepada kami bertiga. Paling kurang pun Ust Fadhil akan pesan “Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”.

Ust Fadhil pesan – “Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang Islam kalau hampa nak manusia puji hampa. Hampa jangan dok perasan macam hampa ulama kalau perjuangan hampa hanya setakat serban, jubah dan kopiah”.

“PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta’ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta’ala”.

“Mana ada manusia tak pernah buat dosa? Rasulullah saw jadi ma’sum sebab Allah Ta’ala belah dada dia. Dia manusia pilihan Allah Ta’ala untuk didik dan selamatkan kita semua. Dia kekasih Allah Ta’ala. Jangan dok pikiaq, ooooo kita banyak dosa, kita banyak dosa, lepas terus lupakan perjuangan”.

“Baca, faham dan kaji sejarah Umar al-Khattab. Baca sejarah Khalid al-Walid. Baca, faham dan kaji. Semua pernah lawan Islam tapi lepas depa taubat, mereka jadi orang orang yang mati hidup dengan Islam. Dosa hampa tentu bukan dosa lawan Islam. Dosa depa nih dosa lawan Islam. Allah Ta’ala terima depa dan bagi penghormatan kepada depa”.

“Yang penting, minta ampun dengan Allah Ta’ala walau di mana hampa berada. Allah Ta’ala Maha Mendengar. Hampa minta, InsyaAllah, Allah Ta’ala akan bagi. Dia bukan zalim atau kedekut macam manusia”.

“Jangan dok cari salah orang lain. Cermin diri sendiri dulu. Diri sendiri tu pun belum tentu masuk syurga. Jangan pertikai latar belakang orang lain. Jangan dok bahas iman orang lain. Jangan dok debat amalan orang lain. Tak pasai pasai masuk neraka pasai dok sibuk pasai orang lain. Cermin diri kalau nak masuk syurga. Syurga nih bukan hak milik sapa sapa. Jadi, toksah dok nilai iman dan amalan orang lain”.

Itu antara nasihat Ust Fadhil yang aku catatkan dalam buku catatan aku lebih kurang 11 tahun yang lalu. Aku simpan buku tu sampai hari nih. Kalau aku nak tulis semuanya di sini, rasanya esok pun belum tentu habis.

Alangkah leganya jika Ust Fadhil masih bersama kita di saat ini. Alangkah bahagianya jika Ust Fadhil masih memimpin kita hari ni. Bukan maksud aku untuk kata pimpinan yang ada nih kurang cerdik tetapi takde sorang pun yang memimpin seperti Ust Fadhil walaupun semuanya sibuk nak dakwa merekalah anak didik Ust Fadhil.

Bab protokol pun dah cukup. Ust Fadhil hidup tanpa protokol walaupun dengan ahli biasa tapi yang dok ada laa nih kalau dengan ahli biasa nih senyum pun plastik. Bersembang jauh sekalilah. Bermula daripada YDP Kawasan sampailah yang atas atas, kalau 10 orang, 8 orang confirmed senyum plastik dengan ahli biasa. Kalau tak percaya, tengok jer ketika pilihanraya kecil.

Ya Allah, rahmatilah almarhum Ust Fadhil. Bangkitkanlah dia bersama sama dengan Rasulullah saw di sisi-Mu. Kurniakanlah syurga kepadanya”.

Catatan di bawah nih adalah artikel yang aku copy daripada blog adukataruna.blogspot. pada aku, artikel nih cukup bermakna untuk direnungi dan difahami di saat saat PAS berada dalam keadaan seperti sekarang.

Sebelum gua cerita, sumber yang gua ambil ni tak terlibat langsung dalam corak tulisan dan fikrah gua. Cuma gua nak rakam benda sedih berharga ni dalam blog gua.

Masa dulu gua lagi berdarah panas dari ini. Memang suka melawan punya. Walau gua masih belum menjadi penulis nyamuk, tp hati gua tak pernah memberontak akan Ostad Fadhil.

Gua follow jer seni orang tua ni. Macam follow citer CSI kekadang. Tak bosan beb. Ada jer isu panas, memang gua beli Harakah punya. Masa tu internet2 ni gua belum heavy lagi. Tujuannya, nak baca kenyataan Ostad.

Dapat jer kenyataan Ostad, gua ada guide line beb. Member tanya ke, bertekak dengan sesiapa pun gua kompiden. Punya lapang kepala otak gua. Memangla ada kala tak setuju, tapi kebanyakannya best. Laju giler.

Zaman tu macam mustahil penyokong PAS dibiarkan teraba-raba terlalu lama. Cepat gile settle. Isu A keluar pagi, lewat petang Ostad dah bagi penjelasan. Kepala otak laju giler. Perwatakan sempoi.

Semua tu hanya kenangan gua. Lepas Subuh ni, gua boleh terbaca pulak benda alah ni. Teringat fasa dulu.

Manusia tetap ada kelemahan. Walaupun beliau banyak kelemahan kerana sifatnya sebagai manusia, saya lihat sedikit sebanyak almarhum Ustaz Fadhil Noor memenuhi ciri ciri itu.


1. Tak lupa Allah bila melihat dunia

Hampa ingat orang tak umpan Ustaz Fadzil dengan macam-macam benda? Selepas 29 Mac 1982 bila Anwar mengkhianati rising tide of Islam di negara ini, tergedik-gedik kawan-kawan Anwar menggelinjang dalam Umno. Waktu itu, selepas Anwar, Ustaz Fadzillah yang paling diidamkan untuk menjadi panglima pembunuh rising tide of Islam. Kalau setakat orang-orang Abim yang lain, taraf nasi tambah ja depa tu!

Saya tahu pelbagai umpan yang terhidang di depan Ustaz Fadzil, sesetengahnya atas nama ulama Pak Arab mana aku pun tak tau. Tetapi, Ustaz Fadzil tetap istiqamah dengan perjuangan Islam sehingga ke akhir hayatnya.


2. Tak jakun dunia

Hidup Almarhum sangat sederhana. Dan, tidak pula kedekut taik idung masin. Tak bina istana walaupun berlambak korporat yang nak sponsor kereta dan rumah lebih selesa kepadanya. Seingat saya, harta paling banyak yang dia perolehi adalah apabila beliau menyaman pihak yang menganiayai atau memfitnahnya. Sebelum dapat duit saman, dok pakai kereta Mazda kecik yang buruk tu lah!

Selepas dipecat sebagai pensyarah UTM, saya tak lupa Kak Jah isterinya jual asam keping dan beras pulut kerana nak cari rezki dan Allahyarham Pak Mat Jawa pula tolong jual kain pelikat dan batik untuk Ustaz Fadzil.

Bila dia jadi Ketua Pembangkang, memang dia pakai Mercedez terpakai, tetapi berhutang. Bila beliau kembali ke pengkuan Kekasihnya, hutang tak habis bayar lagi dan anak-anak dia tolak balik kereta tu.

Saya malas nak sebut ulasan-ulasan spontan Ustaz Fadzil terhadap orang-orang yang mewajarkan tindakan mereka pakai kereta mewah dan duduk hotel mewah. Takut ada yang terkena pula.


3. Sahabat rakyat

Saya tak ingat siapa sebut kat saya. Tetapi orang tu kata, "Semua orang rasa dia rapat dengan Ustaz Fadzil". Dalam ayat saya sendiri, saya selalu kata, "Ustaz Fadzil ni jenis orang yang kita rasa kita boleh pegang-pegang dia. Kita rasa rapat sangat dengan dia. Padahal, takkan Ustaz Fadzil rapat dengan bakaq!"

Itu illustrasi saya tentang Ustaz Fadzil. Kalau hampa tak faham, jangan nak kona-kona cakap aku!


4. Rajin

Orang tua tu tua atas jalan, tak rajin apanya! Hampa tau ka apa maksud tua atas jalan? Maknanya tak lekat di rumah, dok pi sana sini kerana nak ajak orang sokong perjuangan Islam, nak kuatkan PAS, apa saja kerana Allah. Maksudnya, sebahagian besar usianya dihaabiskan dalam perjalanan kerana berjuang.


5. Berani

Antara pemimpin PAS yang paling kuat maki polis yang kurang ajar ialah Ustaz Fadzil. Hampa mungkin tak pernah dengar pemimpin PAS yang cakap pandai tapi tanya ada permit ke tidak bila orang jemput berceramah. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Kalau Pemuda PAS Kedah umpamanya kata "kita langgar ja, Ustaz," dia langgar.

Ada pemimpin yang suruh Pemuda PAS Kedah ubah tempat ceramah kerana takut kat polis. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Setakat polis jaga road block selalu kena jerkah dengan dia, "Tepi! Orang nak pi ceramah ni!"

Saya tak lupa kata-katanya ketika berceramah sempena Muktamar PAS di Dewan KIA, Alor Setar pada tahun 1984, "Umno ni kita nampak kecik ja!"

Sebab itulah, apabila disembur oleh polis dengan air beracun yang celaka di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, dia tak berganjak.


6. Ada otak

Haji Subky Latiff pernah menceritakan kepada saya bahawa ketika mesyuarat AJK PAS Pusat menemui jalan buntu, Ustaz Fadzil ada saja curahan idea dari Allah s.w.t. yang bersandarkan nas. Otak dia ligat!

Kalau berdebat, banyak orang boleh bercerita kelincahannya berdebat.


Setakat tu la cerita Almarhum.

Akhir sekali, pilihlah pemimpin yang diyakini boleh memartabatkan PAS sebagai parti politik berteraskan Islam.

Bacalah.....!!!! Fahamilah....!!!


Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King dengan Kerajaan Terengganu, 1910

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 – 1965, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

Perjanjian ini adalah untuk menentukan sesetengah perkara berkenaan hubungan antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Kerajaan Terengganu, iaitu sebuah Negeri Melayu Islam berpemerintahan sendiri.

Dibuat antara wakil Duli Yang Maha Mulia Baginda King Gerat Britain, iaitu Tuan Yang Terutama Sir John Anderson, G.C.M.G., Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Baginda King.

Dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Zainal Abidin, yang memiliki dan mentadbir Kerajaan Terengganu dan segala wilayah tanggungannya, bagi pihak diri dan waris baginda yang menggantikan baginda sebagai Sultan menurut adat istiadat Melayu dalam Kerajaan Terengganu.

Perkara I

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini bersetuju bahawa kedua-dua Kerajaan akan saling membantu.

Demikian juga kedua-dua Kerajaan akan saling serah-menyerah pesalah atau tertuduh atau orang yang disabitkan terhadap apa-apa kesalahan menurut persetujuan yang akan dibuat antara kedua-dua Kerajaan.

Maka adalah juga dipersetujui bahawa kedua-dua pihak akan mematuhi dengan seketat-ketatnya peruntukan dokumen ini.

Perkara II

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengisytiharkan bahawa baginda hanya berhasrat menempatkan seorang Pegawai British bermastautin di Terengganu sebagai wakil yang tugasnya adalah serupa dengan tugas Pegawai Konsul.

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu mengaku janji menerima Pegawai itu dan memberi percuma sekeping tanah di negeri ini bagi membina sebuah rumah untuk diduduki Pegawai tersebut.

Perkara III

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bagi pihak dirinya untuk melindungi Kerajaan dan Negeri Terengganu dan segala wilayah tanggungannya daripada serangan musuh asing, dan bagi maksud ini dan maksud seumpamanya pegawai Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King akan pada setiap masa dibenarkan keluar masuk dengan bebas ke laut dan wilayah Terengganu dan wilayah tanggungannya dan menggunakan cara yang munasabah untuk menentang serangan tersebut.

Perkara IV

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini bersetuju bahawa tanpa pengetahuan dan keizinan Kerajaan British baginda tidak akan membuat apa-apa persetiaan, berurusan atau berutus-utus surat tentang perkara politik atau menghantarkan utusan kepada mana-mana Kerajaan asing, mengganggu dalam politik mana-mana negeri Melayu atau memberikan apa-apa konsesi perlombongan yang melebihi 500 ekar atau tanah lain yang melebihi 3,000 ekar kepada mana-mana orang selain penduduk asal dan rakyat Terengganu.

Maka adalah juga dipersetujui bahawa jika timbul apa-apa sebab yang menghendaki perutusan politik antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan mana-mana Kerajaan asing, perutusan itu hendaklah dijalankan melalui Kerajaan British yang Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu bergantung bantuan dan untuk menyelesaikan apa-apa perkara antara Kerajaan Terengganu dengan Kerajaan asing itu.

Fasal yang terakhir di atas tidak merujuk perutusan bukan politik atau lawatan yang bersifat persahabatan atau seumpamanya.

Pada menyaksikannya, Tuan Yang Terutama Sir John Anderson, G.C.M.G., dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini menurunkan meterai dan tandatangan masing-masing.

Ditandatangani di Singapura pada dua puluh dua hari bulan April tahun 1910 bersamaan dengan sebelas hari bulan Rabiulakhir tahun 1328.

Meterai Pesuruhjaya Tinggi.
JOHN ANDERSON.

Saksi.
Cap Mohor Sultan.

Saksi.
T. PERROT, PemerintahAskar, N.N.S.
F. BELFIELD,

Peguam Negara, N.N.S.
ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD.
OMAR BIN ABDUL RAHIM. HAJI NGAH BIN YUSOP. AHMAD BIN ABDUL RAHMAN.

Teks diambi1 dari Maxwell & Gibson 1924: 112-113.
Perkara II dimansuhkan dan digantikan melalui Perjanjian 24 Mac 1919 (lihat Maxwell & Gibson 1924: 113-114).

Lee Kuan Yew bertandang sampai ke rumah Najib

Earlier in the day, Mr Lee called on the Malaysian King, Tuanku Mizan Zainal Abidin, at the Istana Negara.

He was also invited to Datuk Seri Najib's home, where he received a warm welcome from the premier's wife, Datin Seri Rosmah Mansor. They chatted for an hour and she asked after Mrs Lee. Mr Lee replied that Mrs Lee's condition was stable and she could respond when he spoke to her.

Datin Seri Rosmah, who works closely with her husband, spoke about her two children and told Mr Lee her son was learning Mandarin as a third language, while her daughter had plumbed for Arabic. Both are studying at Georgetown University in the United States.

KOMEN
Nampaknya perhubungan diplomatik Lee Kuan Yew sampai ke tahap masuk ke dapur rumah Najib. Sebelum ini belum lagi kita dengar Lee Kuan Yew bertandang ke rumah Tun Mahathir.

Apa pun Najib harus berhati-hati jangan sampai Mahathir tegur yang bukan-bukan nanti.

SIAPA MENGAJAR AHLI PAS TIDAK HORMATI ULAMAK?

Harap anda semua dapat baca dengan jiwa yang tenang dan buat kesimpulan berpandukan iman.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam temuramah yang disiarkan dalam NST Online berkata,ada pemimpin PAS yang melobi agar PAS bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan campuran di Perak selepas PRU yang lepas.Bila ditanya,beliau enggan menjelaskan identiti individu yang terbabit.

Memang haru sampai penyokong-penyokong PAS di peringkat akar umbipun keliru.Ketua Dewan Ulama,Ustaz Harun Taib ketika ditanya mengenai kerajaan perpaduan juga keliru.

Setahu tok, dalam hirarki kepimpinan PAS,Mursyidul Am,TG Nik Aziz adalah tempat rujukan semua ahli PAS dan segala keputusannya tidak boleh dibantah sesiapapun hatta Presiden PAS sendiri.Persoalannya,agenda kerajaan perpaduan ini tidak dibincangkan langsung dalam muktamar PAS.

Ada ahli PAS menganggapnya sebagai gimik politik sahaja.Ada ahli PAS yang bingung kerana majlis syura sudah bersetuju untuk memperkasakan Pakatan Rakyat.

Bantahan keras TG Nik Aziz yang mengatakan kerajaan perpaduan itu mengarut dalam ucapannya di Stadium Melawati pada Sabtu lepas dikatakan pandangan peribadinya amatlah menyedihkan.Sekarang siapa tak hormat kepada ulama dan mereka yang lebih tua daripadanya.

Paling menghairankan kenapa ucapan TG Nik Aziz ini tidak disiarkan oleh laman web harakahdaily.Beliau adalah seorang tokoh pemimpin PAS dan bukannya pemimpin UMNO.Siapa pula di belakang tabir harakahdaily yang begitu berani untuk tidak menyiarkan ucapan TG Nik Aziz.

Ahli-ahli UMNO sendiri turut keliru dengan agenda kerajaan perpaduan.Menurut sumber dalam UMNO sendiri,kerajaan perpaduan ini melibatkan Pak Lah dan proksinya kerana mereka meragui kredibiliti Najib memerintah negara.

Jika berlaku,mungkin rundingan ini di antara PAS dengan Pak Lah yang masih mempunyai pengaruh di kalangang pengikutnya di parlimen.Pada pandangan peribadi tok,eloklah TG Haji Hadi menyatakan dulu perancangannya kepada TG Nik Aziz kerana ahli-ahli PAS melihat tindakannya membelakangkan TG Nik Aziz adalah kurang wajar.

Sebelum menerangkan kepada rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat,eloklah bersemuka dengan TG Nik Aziz.Jangan kita lupa persediaan di Manik Urai dan sebarang keputusan PAS mengenai kerajaan perpaduan akan menjauhkan parti itu dengan rakan-rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat.

Tidak mustahil ketika itu PAS akan kehilangan sokongan bukan Melayu.Tok seperti majoriti ahli PAS yang lain akan berdiri teguh bersama-sama TG Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang mengarut ini.Kami tidak bersalah kerana kami sekadar mengikut pendirian pimpinan tertinggi kami.


Oleh : TOKISKANDAR www.pemudakemehe1.blogspot.com

APAKAH SALAH USAHA BEBERAPA PEMIMPIN PAS MEMBELA MEREKA INI....????

PERINTIS
SEBAHAGIAN daripada pembantu jururawat menunjukkan sijil masing-masing pada majlis penutup dan penyampaian sijil Program Latihan Pembantu Jururawat Beliawanis Selatan Thailand di Kuala Lumpur semalam.

Selepas setahun menjalani Program Latihan Pembantu Jururawat Beliawanis, sekumpulan 40 gadis dari selatan Thailand kini sedia untuk pulang menabur bakti di kampung halaman mereka.

Mereka merupakan kumpulan pertama yang mendapat latihan tersebut di Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Kolej Perubatan Diraja Perak (RCMP).
(APAKAH KERANA POLITIK KITA RELA JIRAN SESAMA ISLAM JADI BEGINI...??? TAK MUSTAHIL DIMALAYSIA AKAN TERJADI...???? )