Khamis, 11 Jun 2009

Razak Baginda gets doctorate from Oxford...!!! C4 Doctorate...???

KUALA LUMPUR, June 11 – Political analyst Abdul Razak Baginda, who was at the centre of a high-profile trial for abetment in the murder of a Mongolian woman until his acquittal late last year, has been awarded a Doctorate of Philosophy in International Relations by Oxford University, one of the world’s top universities.

Dr Abdul Razak, 49, told Bernama here today that he submitted his doctorate dissertation in September 2006 but the university put it on hold because of his arrest two months later in connection with the murder of Altantuya Shaariibuu.

“When I was acquitted and released from prison on Oct 31 last year, I wrote back to the university, they revived the whole process and early this year they told me that I had passed and been awarded the Doctorate of Philosophy (DPhil). At Oxford, the Doctorate is called DPhil and is equivalent to PhD in other universities,” said Dr Abdul Razak.

He said in October, he would take up an appointment as a senior associate member of St Anthony’s College at the university.

In this capacity, he will undertake research on international issues.

Dr Abdul Razak, who studied at Oxford’s Trinity College in preparation for his doctorate, said he hoped more Malaysians would strive to study at top universities.

“There have been very few Malaysians who made it to Oxford, fewer still who obtained DPhil and even fewer among them are Malays,” he said.

He also said he was in the midst of writing a book of his life with the focus on his 22 months under remand in the Sungai Buloh Prison during the trial.

Two policemen, Chief Inspector Azilah Hadri, 33, and Corporal Sirul Azhar Umar, 37, who were charged for the murder were found guilty and sentenced to death. Both have appealed against the conviction and sentence. – Bernama

Fikir Kadir Jasin : Mengapa Kita Tidak Meragui Kuan Yew ? Tapi Mahathir dan Najib Lebih Memahaminya...???

PENGAMATAN yang dilontarkan oleh blogger A Kadir Jasin dalam posting terbaru dalam blognya dibawa tajuk: Lee Kuan Yew - fahami yang tersurat dan tersirat, patut dibaca oleh semua waga politik negara ini. Tulisan ringkas itu memberi gambaran kemungkinan-kemungkinan yang wujud di sebalik lawatan bekas Perdana Menteri Singapura itu dan mungkin tidak ‘terkelih’ oleh mata lain.

Kesimpulan kepada tulisan Kadir itu bahawa beliau ada perasaan curiga atas lawatan Kuen Yew itu bukan sebagai satu lawatan biasa hanya untuk berbernostalgia tetapi ada maksud-maksud lain lagi.
Menurut Kadir ada beberapa tujuan Kuan Yew membuat lawatan ke Malaysia. Antara yang digarapnya untuk direnungi bersama ialah;

1. Singapura bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia, khasnya kelemahan Umno/Barisan Nasional dan kemungkinan kemunculan Pas sebagai parti induk politik Malaysia;

2. Singapura bimbang sokongan orang bukan Melayu, khasnya pengundi Cina, kepada Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan kedudukan dan peranan Pas;

3. Kalau boleh, LKY mahu mempengaruhi masyarakat Cina Malaysia supaya kembali menyokong BN; LKY sedar bahawa Malaysia yang stabil adalah penting kepada kestabilan politik dan ekonomi Singapura;

4. Dengan suasana Ekonomi Harimaunya dalam keadaan yang sangat lemah, Singapura perlu berbaik-baik dan berpakat dengan semua negara jiran;

5. LKY sedar bahawa pembatalan rundingan isu-isu tertangguh antara kedua negara seperti Perjanjian Bekalan Air, Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura dan simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura akan menjejaskan perhubungan jangka panjang; dan

6. Singapura masih menaruh harapan yang Malaysia pada suatu hari nanti bersedia memulakan semula penjualan pasir kepadanya dan membuka ruang udaranya kepada kapal terbang tenteranya.

Sekiranya apa yang diamati Kadir mengenai perkara 1, 2 dan 3 itu benar maka lawatan Kuan Yew itu tidak memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Lawatan itu seolah mahu menghentikan ombak perubahan dan peralihan politik negara ini yang kini mula meluas dan mengganas.

Kalau kunjungan itu benar untuk memberi semangat dan signal kepada pengundi Cina agar menyokong BN seharusnya kunjungan itu ditentang leh Pakatan Rakyat. Ada juga kemungkinan disebut Kadir itu kerana tidak boleh dinafikan masih ada segelintir komuniti Cina negara ini yang begitu megkagumi stail dan politik Kuan Yew. Malahan uslub politik Kuan Yew boleh mempengaruhi mereka.

Malangnya “maknawi” ini tidak terhidu oleh penyokong Pakatan Rakyat dan melihat sahaja kunjungan Kue Yew seolah ia tidak membawa apa-apa misi melainkan untuk melancung ke Tanah Melayu. Dan bagi Najib Razak dan UBN pula tentulah gembira kalau kunjungan itu seperti mana dibayangkan Kadir Jassin itu kerana mereka akan mendapat lapa politik masa depan.

Dalam pada itu Kadir juga membayangkan rasa terkilannya dengan sambutan yang diberikan kepada Kuan Yew. Padanya sambutan itu berlebih-lebihan yang tidak standing dengan apa yang mungkin Singapura berikan kepada Malaysia.

Kadir yang dikenali sebagai pengkagum Dr Mahathir menyoal apakah kalau negawaran Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Pulau Temasik itu Dr Mahathir akan diberi sambtan negarawa seperti Malaysia berikan kepada Kuan Yew itu?

Mengenai kebimbangan Kadir bahawa kunjungan Kuan Yew ada motif tertentu beliau mengkiaskan bagaimana maharaja Cina tidak mudah untuk menjejak kaki ke tanah asing melainkan ada niat tertentu.

Menurutnya maharaja Cina yang menganggap dunia lain termasuk orang jajahan takluknya sebagai orang liar (barbarians) dan orang tidak beragama (heathens). Ertinya pandangan dan penerimaan mahaja Cina kepada orang lain begitu hina. Jadi bila Kuan Yew yang dianggap sebagai ;maharaja Cina; itu datang ke Tanah Melayu tentulah ada yang tersurat di sebalik yang tersirat.

Memang kita baik dan berbudi tinggi dan lambat dalam menilai sesuatu. Hanya dengan sekali datang sahaja Kuan Yew boleh menerobos masuk semua pejabat pembasar di negara ini dari pejabat Perdana Menteri, Menteri Besar dan Istana Negara. Inilah mungkin dikatakan Kadir sebagai layanan agak berlebihan yang tidak wajar diberikan kepada Kuan Yew.

Akhirnya Kadir menyimpulan lawatan Kuan Yew itu sebagai risikan untuk mencari maklumat. Dalam hal ini tentulah bagi mengukuhkan kedudukan kuasa politik, sosial dan ekonominya.

Sekiranya apa dibimbangi Kadir itu satu kebenaran, soalnya kenapakah kita jadi semudah itu dan setulus itu terhadap pemimpin negara jiran yang banyak menyakiti hati kita itu?

Dimana peranan pakar strategi pertahanan, pakar risik, para diplomatik kita dan bagaimana mereka membuat simpulan atas tujuan lawatan Kuen Yew itu. Iya mungkin sebagai lawatan balas ke atas kunjungan Najib ke republik itu namun ia harus juga diselidiki apakah motif lain di sebalik kunjungan berkenaan.

Hanya Najib Razak yang kini perdana menteri sahaja yang mengetahui apa yang tersurat di sebalik lawatan itu.

TAHNIAH KEPADA MEREKA-MEREKA INI DAN PAS PERLU BANGKIT...!!!!!!

Oleh: WFAUZDIN NS

PERLANTIKAN Datuk Mustafa Ali ke dalam jawatan yang lebih kanan dan penting di dalam Pas iaitu selaku Setiausaha Agung Pas memang telah dijangka dan diramalkan ramai pihak. Tahniah dan syabas buat beliau. Tahniah juga buat semua tokoh Pas yang terpilih menganggotai jawatan-jawatan penting di dalam Pas yang baru diumumkan tadi. Kesyukuran juga diucapkan kerana terpilihnya Husam Musa dan Mat Sabu serta Dr Mariah ke dalam AJK Pas Pusat.

Tanpa mahu mengulas panjang tentang perlantikan tersebut, saya cuma dapat menyandarkan harapan agar kesemua tokoh yang terpilih dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan efisyen. Menyelami hati dan perasaan ahli-ahli serta rakan-rakan di dalam PR amat penting bagi membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih adil dan bijaksana. Sikap mengutamakan parti dan jemaah di samping mengutamakan `rakan-rakan serumah' amat penting agar Pas terus berkembang serta dihormati dan disegani rakan dan lawan. Lupakan kisah pahit jika ada, lupakan niat serong jika masih berbuku dihati kerana kepimpinan Pas serta kepimpinan PR telah membuat keputusan muktamad baru-baru ini bahawa PR tetap diutamakan sepertimana kenyataan media oleh DS Anwar semalam.

Kepada YB Husam dan Mat Sabu yang telah dilantik menganggotai AJK Pas Pusat, diharapkan mereka menerimanya walaupun tidak meminta. Tenaga serta buah fikiran kedua-dua tokoh ini amat penting buat Pas dan PR meskipun amat digeruni oleh Umno. Tunaikan janji kelian iaitu untuk menentukan bahawa Pas tidak akan `terperangkap' dengan Umno lagi. Kami mahu agar suara-suara kelian lantang di dalam Pas semata-mata kami mahu Pas sentiasa dihormati dan tidak dicaci selama-lamanya.

Perlantikan Ketua Penerangan yang kini diterajui oleh Us Idris Ahmad memang dialu-alukan kerana beliau juga seorang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama. Beliau juga sentiasa aktif berceramah dan juga aktif di dalam kuliah-kuliah serta usrah. Manakala, kepada tokoh yang akan menerajui akhbar Harakah juga diharapkan berupaya mengekalkan tahap profesional media berkenaan. Perlu diingat, akhbar tersebut kepunyaan parti dan semua ahli parti perlu diberi kepuasan dan keadilan di dalam bahan beritanya. Sekiranya akhbar tersebut semakin merosot pengedarannya, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan cara atau pengisian beritanya.

Mudah-mudahan Pas bangkit selepas ini setelah melutut seketika. Masih banyak perkara yang perlu Pas lakukan selepas ini untuk memperbaiki beberapa `luka dan kecederaan' yang terhasil daripada muktamar yang lalu. Apa yang penting, semua pihak yang mengkritik atau menegur Pas beberapa minggu ini adalah untuk membuktikan bahawa sememangnya `Pas For All' dan kami amat menyayangi Pas. Memang tidak dapat dielakkan, kadangkala kritikan terhadap Pas disertakan dengan sentimen dan emosi yang kadangkala melampau batasan. Di dalam Pas juga begitu, kadangkala bila sesetengah pimpinan Pas mengkritik kerajaan Umno/Bn, mereka juga tidak dapat lari dari sentimen dan emosi apatah lagi melibatkan sesuatu isu yang terlalu mengganggu fikiran mereka. Cuma yang perlu dilihat, isi hati dan isi perut masing-masing samada ikhlas atau tidak meluahkan kritikan. /wfauzdin.blogspot.com.

KONSEP ' UNITY GOVERNMENT '...SILA FAHAMINYA....HAK RAKYAT MENENTUKANYA.......?????

KONSEP ' UNITY GOVERNMENT '

01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliament ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.

02 'Unity Government" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun mereka dibayar oleh kerajaan ( Rakyat) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sediaada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" ( Kerajaan Campuran ) maupun 'National Front" BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan samasekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT.
.
03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind -set " parliamentarians kena berubah kerna tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja, yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI. Justeru kerna, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan (Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.

04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia (WANG RAKYAT) . Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang ikatan dan kongkongan parti (parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja ). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia, automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga. Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajar sokong pembangkang ( Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesemua akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku wakil rakyat.

06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT ) THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA

07 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.

08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;

Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat keredhaan Allah Hu Ta'ala.

09. PSRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua Tulus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus dibawah kuasa Parliament ( DYMM Agong ) Justuru , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam 'Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala, dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan ' Bias" dan berkepentingan Kroni bisa bertapak kerna PM ,Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan ( Mahkamah ) jika berlaku korupsi, salah guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik . Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utk menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma. Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.

10. 'Unity Government" juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman (sudisciary ), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif ( Speaker ). tetapi berlakumnya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu :

i] Judiciary (badan Kehakiman )
ii)]Badan Eksekutif dan
iii] Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.

THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parliamen membolehkan AKta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana ' la ikro hafideen " (Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be abide to the present civil Law. Parliamen juga menerima pakai SISTEM KEWANGAN DINAR sebagai penyelesaian 'Global Economic Recession' bebas-lepas daripada sistem kewangan riba, laba dan cengkaman kapitalisma monopolisma.

Nash Ar-Rawy / 23.04.05

Hadi pertahan syor SIS diharam, bukan NGO Islam

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Sisters in Islam (SIS) sebagai pertubuhan bukan Islam kerana pandangan yang dikeluarkan pertubuhan tersebut bercanggah dengan ajaran Islam.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebahagian ahli SIS tidak mempunyai kelayakan untuk bercakap mengenai agama Islam.

"Kepada kita itu (SIS) bukan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Islam kerana banyak pandangan bercanggah dengan Islam dan salah gunakan Islam.

"Malah ada antara mereka tak layak bercakap mengenai agama Islam," katanya di sini hari ini.

Isu ini timbul ekoran usul yang diluluskan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 agar SIS diharamkan sekiranya didapati pertubuhan itu mengancam akidah umat Islam di negara ini.

Ditanya sama ada PAS mempunyai perancangan untuk menyelesaikan isu berkenaan, Abdul Hadi berkata perkara tersebut perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan.

"Itu bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Sepatutnya mereka menangani hal ini, kita hanya beri pandangan kerana sebahagian dari mereka (SIS) bukan ahli dalam ilmu Islam," katanya.

Jelas Abdul Hadi, PAS juga pernah mengadakan perbincangan dengan SIS bagi memperbetulkan pandangan mereka mengenai Islam.

"Kita pernah mengadakan perbincangan dahulu dengan SIS untuk memperbetulkan pandangan mereka tentang Islam.

"Kita pernah hantar Dr Mariah Mahmud menghadiri majlis SIS dan menegur pandangan mereka yang bercanggah dengan Islam," katanya.

PAS Ganti Umno Perintah Bersama PAKATAN

Oleh : Nash Ar-Rawy

Alhamdulillahu , Kemenangan PAS di PRK di BUkat Gantang dan Kuala Terengganu yakni Kawasan Parliamen dan Kemenangan Keadilan di Permatang Pauh ( Parlimen ) dan Penanti (DUN) membuktikan bahawa PAS sudah boleh menggantikan Umno sebagai parti induk untuk memerintah Malaysia insyaAllah bersama Keadilan dan Dap.

Umno bukan lagi teras atau tonggak parti pemerintah dengan rakyat bukan Islam dan Bukan Melayu tiada lagi mempercayai Umno atau meletakkan harapan pada Umno . Lebih-lebih lagi Umno telah mempamirkan kerakusan dan gilakuasanya merampas kuasa ( Kudeta ) kerajaan negeri Perak dengan memperalatkan PDRM , SPR dan Mahkamah .

Rakyat bukan Islam dan Bukan Melayu terutamanya kaum Cina dan India yang selama ini
selaku 'Undi Penentu' yang memberikan kemenangan kepada Umno selama 50 tahun untuk memerintah Malaysia bersama Perikatan dan Barisan Nasional sudah dapat melihat dan memahami wajah Umno yang sebenar.

Bahkan mereka juga selama ini tertipu dengan MCA , GERAKAN dan MIC yang mengkayarayakan kroni masing-masing dan meminggirkan rakyat marhein. Namun, untuk mendapatkan kembali mandat daripada pengikut mereka ; isu perkauman ditiupkan dan sentimen kaumiyyah assobiyyah di lakukan sebagai sandiwara politik Umno /BN sebagai alat penyambung hajat mereka yang sudah pun sampai ke penghujung itu.

Manakala orang -orang Melayu dan kaum Bumiputra pula di gula-gulakan denga DEB yang mengkorunkan ramai ahli politik Umno sebagai " OKB -OKB Elit-Umnoputra " Yakni, Kekayaan Suku-Sakat ; yang sarat dengan rasuah politik, kronisma , nepotisma sebagai kanser yang tiada lagi obot untuk menyelamatkannya sepertimana kenyataan bekas Presiden Umno sendiri, Tun Mahathir dalam blognya.

Justeru itu , ternyatalah fahaman nationalist sesat sama dengan sesatnya ajaran komunis tiada upaya untuk menyelamatkan bangsa , agama dan negara; kerna ciptaan manusia bukan dari Tuhan ; sebaliknya memporakperandakan negara dan bangsa. Apalagi sentimen perkauman yang di cetuskan oleh Gerakan, MCA disandirawarakan bersama Umno sebagai talian hayat mereka.( Hadis Nabi : "Barangsiapa yang tegakkan assobiyyah adalah sesat" )

Kekuatiran Umno makin memuncak apabila Kelab Penyokong PAS sudah pun mencecah angka 20,000 keahlian dan ramai lagi bukan Melayu menganggotai Keadilan. Ini bermakna isu Perkauman dan pembangunan yang dijuarai oleh Umno, MCA, Gerakan, MIC selama ini sudah tiada boleh digunapakai lagi dan sudah ketinggalan zaman dan lapuk( 'out-dated ' )

Umno sekarang ibarat bahtera yang menunggu masa untuk karam. Justeru itu, sudah tiba masa dan ketikanya PAS menggantikan Umno sebagai bahtera yang bersih daripada penyakit Umno seperti terbukti pemerintahan telus, dinamik dan islamiknya di Kelantan, Terengganu dan Kedah bersama rakan Pakatan di Perak, Pulau Pinang dan Selangor .

Kelantan khususnya menjadi model 'living example" sistem pemerintahan Islam yang berasaskan Negeri Berkebajikan tanpa kira ras, agama , fahaman politik dan anutan memberikan keadilan sejagat kepada semua anak Adam tanpa mempermainkan isu perkauman dan pembangunan yang menjadi teras politik Umno.

Keamanan dan kesejahteraan rakyat jelas terpapar dalam Kerajaan Pakatan dan kebebasan serta ketelusan dinikmati oleh rakyat berbilang kaum tanpa menjadikan sentimen perkauman sebagai sandiwara politik mereka sebagaimana Umno , MCA, dan Gerakan.

Justreru itu , trend kemenangan rakyat di beberapa PRK secara berturut-turut itu insyaAllah akan terus menjadi momentum yang kekal dan berterusan sehinggalah pada PRU yang ke 13 nanti, InsyaAllah.

Dimana PAS sudah pun diterima rakyat berbilang kaum dan tiada lagi ditakuti mereka dengan momokan Umno sebagai parti ektrimis begitu juga wajah DAP tiada lagi di lihat oleh PAS dan Keadilan sebagai Chauvinist extreme Cina. Ini terbukti dengan sokongan padu DAP kepada Nizar selaku MB rakyat( Bukan MB Mahkamah ) dan kemenangan selesa nizar dengan sokong warga Cina dan DAP kepada PRK di Bukit Gantang. Ini bukti kemantapan gandingan PAS dengan Pakatan yang dikagumi rakyat semua kaum di Malasysia.

Justeru itu , Islam yang menjadi teras perjuangan PAS bukan sahaja sudah mula di terima dan difahami oleh warga Cina dan India , bahkan diterima dengan dada dan fikiran yang lapang oleh DAP. Bahkan ada kalangan pemimpin DAP yang sering berceramah dengan Tuan Guru Presiden dan Mursyidul Am PAS sudah mula mendekati Al Qur'an dan menjadikan Al Qur'an sebagai rujukan dalam ceramah mereka. Bahkan Ketua Menteri Pulau Pinang tanpa segan silu dan bangganya mengisytiharkan sistem pemerintahan Islam kalifah Omar Abdul Aziz sebagai model sistem pemerintahan Pakatan di Pulau Pinang.Ternyata Islam bukan cetus 'Anarchy' tapi Aman.

Tenyatalah sekarang penyelamat Agama, Bangsa dan Negara adalah Islam dan PAS sebagai tonggak dan teras politik Malaysia sekarang sudah upaya gantikan umno sebagai Bahtera Penyelamat Malaysia dan ummah bersama Pakatan. InsyaAllah Hu Ta'ala. Sewajarnyalah ahli umno memasuki PAS atau Keadilan demi kebenaran dan keadilan bersama, yakni: PAS 4 all.

" PAS BAHTERA PENYELAMAT GANTI UMNO DAN TERAS POLITIK MALAYSIA "
" Alla Hu Akbar ! Alla Hu Akbar! Alla Hu Akbar ! "

Hadi: Tiada Muqabalah Hingga Umno Patuh Perlembagaan, Bebas Media, Pulih Kehakiman

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan PAS tidak akan mengadakan sebarang muqabalah, atau dialog, dengan Umno sehingga parti tonggak Barisan Nasional itu patuh kepada Perlembagaan, membebaskan media dari kongkongan dan memulihkan kewibawaan institusi mahkamah.

Selagi Umno terus mencabul prinsip pemisahan kuasa dan undang-undang, sebarang perbincangan adalah sia-sia, kata Hadi .

Beliau menegaskan idea kemungkinan PAS-UMNO mengadakan muqabala hanya dilontarkan sebagai perbincangan dan tidak ada sebarang ketetapan yang diambil oleh parti itu.

“Ia hanya satu perbincangan ilmiah. Sehingga hari ini kita tidak membuat sebarang keputusan,” kata beliau.

Beliau berkata sebarang rundingan dengan UMNO akan bergantung kepada kesediaan parti itu untuk “memulihkan demokrasi negara kita,” di samping memulihkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihanraya.

“Pemisahan kuasa juga harus jelas dan media harus dibebaskan. Ini merupakan pendahuluan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan” Barisan Nasional, kata Hadi.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur hari ini, selepas mempengerusikan mesyuarat 6 jam bersama saf pimpinan
Diapit Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan baru, Idris Ahmad, Abdul Hadi bertegas Umno harus akur pada tuntutan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan reformasi keatas sistem negara, sekiranya parti itu ikhlas mahu memupuk perpaduan.

“Saya mahu melihat kerajaan membuat perubahan terlebih dahulu. kita bincang pasal pemulihan demokrasi, itu agenda yang pertama.” tambah beliau

Menyentuh permintaan pemimpin-pemimpin Pakatan supaya beliau memperjelaskan isu kerajaan perpaduan, Abdul Hadi berkata beliau akan berbuat demikian dalam perbincangan dari hati ke hati dan bebas daripada cubaan media arus tempatan untuk memutar belitkan kenyataan-kenyataannya.

Tambah Hadi, isu kerajaan perpaduan BN-Pakatan ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia tidak dibahaskan secara menyeluruh oleh PAS, mahupun pada peringkat mesyuarat dasar Pakatan Rakyat.

Hadi berkata kepimpinan PAS yang memperolehi mandat perwakilan pada muktamar minggu lalu akan memberi tumpuan penuh memperkukuhkan saf parti disamping memperkasakan pakatan rakyat.

PAS UMNO : Hadi Lantik Kabinetnya Sendiri Dalam PAS

Sebagaimana yang diramalkan, Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru, demikian lapor malaysianinsider.

Perlantikan ini dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusi Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bermesyuarat hari ini di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Perlantikan Mustafa bermakna Abdul Hadi mahu menguatkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana Mustafa adalah orang kepercayaan beliau dan antara negotiotor yang baik dalam PAS selain Datuk Husam Musa.

Mustafa dijangka dapat memainkan peranan yang baik dalam mewakili PAS dalam sebarang perbincangan dengan rakan-rakannya dalam PR dan akan benar-benar mewakili pemikiran presiden.

Dengan perlantikan Mustafa bermakna Abdul Hadi mendapat orang kepercayaan beliau memegang jawatan penting dalam menentukan halatuju PAS itu.

Jika dilihat kepimpinan dalam PAS, perlantikan Mustafa bermakna, tiga tokoh penting dalam pengurusan tertinggi PAS (presiden, timbalan dan setiausaha agung) kini di kalangan orang dalam sekolah pemikiran yang sama.

Bermakna, apa-apa idea atau perancangan yang akan dibuat oleh presiden PAS selepas ini akan dilaksanakan dengan baik oleh ketua pengurusan parti iaitu setiausaha agung.

Ini akan menyebabkan rakan-rakan PAS dalam Pakatan akan ternanti-nanti apakah pendekatan PAS terutama dalam isu kerajaan perpaduan.

Sebelum ini, Mustafa dalam sidang medianya selepas muktamar PAS ke-55 telah menegaskan agar isu kerajaan perpaduan ini jangan dibincangkan lagi kerana ia bakal mengelirukan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Turut berada dalam jawatan yang penting dalam kabinet PAS kali ini adalah Ustaz Idris Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Sebelum ini, Idris adalah timbalan kepada Nashrudin dalam Lajnah Tarbiyah PAS, juga dikira berada dalam sekolah pemikiran yang sama dengan Abdul Hadi iaitu dalam kumpulan penyokong ulama.

Yang dikira kumpulan lain dalam kebinet kali ini adalah Dr Hatta Ramli yang dikekalkan sebagai Bendahari.

Orang kuat Mustafa sebelum ini dalam Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Buat sementara sehingga perlantikan baru dibuat, Datuk Mustafa akan kekal sebagai Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah manakala Datuk Kamarudin Jaffar kekal sebagai Pengarah Urusan Harakah.

Husam dan Haji Mohamad Sabu yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden hanya dilantik sebagai AJK PAS Pusat bukan dalam Dewan Harian PAS iaitu badan pengurusan tertinggi dalam PAS.

Usaha dua naib presiden yang baru menang, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar agar Husam dan Mohamad dilantik dalam Dewan Harian nampaknya tidak berjaya.

Ini bermakna, Abdul Hadi sebagai presiden melantik mereka yang benar-benar boleh bekerja dengan beliau dalam kabinet PAS kali ini kecuali Dr Hatta yang dianggap kumpulan profesional atau dipanggil kumpulan Erdogan oleh media.

Jangan Mudah Benci Sesama Islam

Sisters In Islam (SIS) sebagai sebuah badan NGO yang ditubuhkan sejak lebih 20 tahun lalu begitu aktif bergiat dalam membantu wanita Islam mengatasi permasalahan seperti menuntut hak mereka dalam kes perceraian, tututan tanggungan (maintenance), hak penjagaan anak (custody) dan sebagainya. SIS sentiasa memberi tunjuk ajar kepada wanita Islam supaya peka dan sedar hak mereka di bawah undang-undang negara. Mereka juga aktif memperjuangkan hak asasi manusia seperti yang dituntut oleh Islam dan nilai-nilai sejagat. Ramai peguam muda dalam latihan (chambering) turut mendapat manfaat dengan bekerja secara sukarela dengan SIS.

Oleh itu, alangkah pelik dan terkejutnya bila saya terbaca berita bahawa Muktamar PAS baru-baru ini meminta supaya siasatan dibuat ke atas SIS dan tindakan diambil terhadap mereka jika dianggap terpesong dari ajaran Islam. Selain itu, saya juga terkejut dengan kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Nordin dari Parti Keadilan Rakyat yang mendesak supaya SIS dilarang menggunakan perkataan Islam dalam nama pertubuhan itu. Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo dari UMNO juga masuk gelanggang untuk menyokong musuh politiknya dari PKR untuk mempertikaikan niat dan tujuan SIS dengan mencadangkan supaya SIS tidak boleh menggunakan perkataan Islam sebagai nama pertubuhan itu. Begitulah budaya toleransi di Malaysia hari ini, hanya Khir Toyo dan Zulkifli Nordin layak membuat penentuan siapa boleh guna Islam, siapa tidak boleh.

Besar kemungkinan mereka yang membuat berbagai tuntutan di atas sedikit pun tidak mengetahui atau mengenali tentang kegiatan SIS. Mungkin mereka yang benci pada SIS langsung tidak pernah berhubung atau mengambil tahu apa yang SIS lakukan selama ini. Kalau mereka benar-benar mengetahuinya, mustahil mereka akan begitu marah.

Mengenai hak asasi manusia dalam Islam, SIS mempunyai pendirian yang kukuh dan berasas. Kita mungkin tidak setuju dalam segala aspek hak yang diperjuangkan oleh SIS tetapi ini tidak bererti mereka itu songsang atau menentang Islam. Ayatollah Mahmoud Hashemi Shahroud, Ketua Hakim Iran, telah pun menyatakan pendiriannya tentang perlunya hak asasi manusia dari perspektif Islam diterima oleh dunia. Malah beliau mencadangkan sebuah Mahkamah Antarabangsa khusus seperti European Court of Justice ditubuhkan.

SIS memberi pandangan mereka bagaimana aspek hak asasi ini perlu dipupuk di negara majoriti umat Islam seperti Malaysia. Kalau kita tidak setuju, kita memberi hujah dan alasan kita. Seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir Mohamad, janganlah sampai nak haramkan mereka semata-mata kerana kita tidak faham atau tak boleh terima pandangan mereka.. Jawab sahaja hujah mereka. Itulah cara minda orang Islam boleh berkembang. Akidah orang Islam tidaklah begitu rapuh seperti yang disangkakan oleh pihak yang suka mengharam dan menghentam pihak lain. Itu bukan cara kita mahu memerintah negara ini.

Lagi pun SIS banyak membuat kerja sukarela menolong wanita Islam dalam banyak perkara. Program pertolongan melalui telefon Telenisa yang memberikan khidmat nasihat percuma kepada wanita dalam kesusahan sungguh berkesan. Melalui khidmat ini, wanita diberitahu hak mereka sewaktu menghadapi perceraian, hak untuk penjagaan anak dan hak tanggungan. Program SIS memerhati prosiding mahkamah (court watch) pula banyak membantu mempercepatkan prosiding mahkamah; kelemahan pentadbiran Mahkamah Syariah diteliti dan diberitahu kepada pihak atasan. Di sini kelemahan yang ketara dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa supaya kes-kes Mahkamah Syariah dapat dipercepatkan dan perjalanannya lebih licin. Malah dalam aspek pendidikan kepada wanita Islam, saya pasti tak banyak organisasi yang lebih banyak berjasa kepada wanita Islam selain dari SIS.

SIS juga sebuah badan yang dihormati di peringkat antarabangsa. Kalau tidak masakan Mufti Besar Mesir Sheikh Ali Gomaa mahu berjumpa dan berbincang dengan SIS. Banyak penulisan ilmiah disiarkan di majalah antarabangsa hasil kerja mereka yang bersama-sama dengan SIS dan ini mencerminkan kejayaan badan NGO dari Malaysia itu.

Dalam masyarakat Islam hari ini ramai pemimpin yang suka menggelar diri mereka pembela dan pejuang Islam tetapi hasil kerja mereka kurang sekali; langsung tak siapa yang mengetahui sumbangan mereka. Mereka hanya tahu bercakap mahu membela Islam. Ini berbeza dengan sikap dan amalan ramai sukarelawan Islam yang bertungkus-lumus menolong nasib sesama orang Islam membantu menyelesaikan permasalahan mereka, khususnya dari kaum wanita. Namun kumpulan inilah yang selalu dihina dan dicerca. Inilah nasib ummah hari ini.

Orang Islam dan parti politik Islam (Melayu) berbangga bila mereka dikatakan mempunyai sikap terbuka terhadap orang bukan Islam, iaitu menunjukkan sikap toleran dan memberi kebebasan kepada kumpulan bukan Islam melakukan sesuatu aktiviti. Tetapi alangkah cepat mereka menuduh sesama Islam dengan berbagai-bagai tohmah, dan cepat menghukum mereka ini jika kumpulan ini sedikit berbeza dengan mereka.

Saya difahamkan ramai ahli Kelab Penyokong PAS yang semuanya dari kalangan bukan Islam berpegang kepada prinsip demokrasi dan kebebasan, termasuk kebebasan beragama dan kebebasan bersuara. Jadi mengapa double standard dalam sikap PAS terhadap SIS dan mereka yang menjadi ahli Kelab Penyokong PAS?

http://myzaidibrahim.wordpress.com/

'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, kini setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan, lapor Bernama.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno".

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia."

SENJATA AMPUH YANG TERKUAT BAGI PAKATAN RAKYAT !


Teman ringkaskan bagaimana senjata ini masih ampuh,masih kuat dan gagah dan mengancam orang kata.

1. Jangan perlekeh orang baru pencen baru nak daftar mengundi.
2. Jangan perlekeh orang pencen baru nak daftar ahli PAS, PKR atau DAP.
3. Jangan perlekeh orang muda baru mendaftar daftar mengundi atau ahli Pakatan Rakyat.
4. Jangan memperlekeh orang ABU (Ahli Bekas UMNO) atau ahli bekas BN yang mahu keluar dari parti dan fahaman lama.
5. Jangan perlekehkan isteri yang belum daftar pemilih dan daftar ahli Pakatan rakyat.
6, Jangan perlekah anak muda dari pelajar Universiti yang mendaftar pemilih dan ahli Pakatan Rakyat.

Daftar Pemilih Senjata Utama Untuk Menang.
Selepas PRU tahun 1999,seorang pakar ekonomi tekenal yang selalu muncul di pentas PAS Taman Melewar telah menyaman SPR kerana kegagalan SPR meluluskan namanya sebagai pemilih.Dia mengakui itulah kali perama dia mendaftar sebagai pemilih untuk mengundi di zaman reformasi itu.Dalam perkiraan saya umurnya telah mencecah 50an ketika itu.

Kalau seorang yang bependidikan tinggi macam pakar ekonomi itu pun sukar untuk mendaftar sebagai pemilih ketika usianya mencecah 21 tahun,maka tentulah lebih teruk lagi keadaannya bagi orang awam yang kurang kesedaran untuk berbuat demikian.

Ketika telibat dalam membantu kerja kerja daftar pemilih sebelum pilihanaya umum yang lalu,hampir sebahagian besar pengundi baru yang didaftarkan itu sepatutnya telak layak mengundi lebih daripada sekali tetapi mereka tidak penah mendaftar sebagai pemilih.

Paling mengejutkan sepasang suami isteri yang terkenal sebagai penyokong kuat PAS dalam usia warga emas baru hendak mendaftar sebagai pengundi.Ada juga ahli tegar PAS yang sudah becucu,tapi tak seorang pun dari anaknya yang juga menyokong PAS didaftar sebagai pengundi.Sebab itu saya kurang setuju kalau ada ahli ahli yang cawangannya lemah bersungut mengatakan mereka dah tak boleh buat apa,Umno kuat sangat di cawangan mereka.

Tetapi hakikatnya Umno bukanlah kuat sangat,tapi ahli PAS lah yang gagal menggunakan segala kekuatan yang masih tersimpan. Bagi saya senjata utama untuk menang pilihanraya ialah daftar pemilih.Sehebat mana pun berjuang melawan Umno,tapi kalau nama tak di daftarkan sebagai pemilih,ibarat senapang yang canggih tapi tak berpeluru!

Ramai juga lagi di kalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu daftar pemilih telah dibuka sepanjang tahun.Manakala pihak SPR juga telah melantik Penolong Pendaftar Pemilih dari kalangan parti parti politik untuk memudahkan mendaftar para penyokong mereka.

Oleh kerana pilihanaya boleh saja berlaku bila bila masa,maka pastikan anda semua telah mendaftar sebagai pengundi.Jika belum segeralah ke pejabat Pos,pejabat SPR atau hubungi wakil wakil yang telah dilantik oleh SPR.
Pastikan anda mempunyai saham bagi menumbangkan BN pada PRU ke 13 nanti.

PILIHANRAYA LAGI...???? KALUT SPR LAGI...!!! BN aka Beruk Negara Melatah Lagi...!!!!

Laa...kali ni DAP pulak yob!! Jenuhlah SPR..he he...

DAP rep submits quit letter, by-election no 8?

The already election fatigued Malaysian public may yet again see another contest, this time in the Jawi state seat in Penang.

Its embattled assemblyperson Tan Beng Huat has submitted an undated resignation letter to the party leadership.

In the letter, the first-time elected rep said he would vacate his seat should be found guilty with regards to an ongoing graft probe.His 'quit notice' sparked off rumours of another by-election in Penang, less than two weeks after the Penanti by-election on May 3.

Penang had another by-election in the Permatang Pauh parliamentary constituency last August.

Sultan Perak: Jangan pertikai kedaulatan Yang di-Pertuan Agong

Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah bahawa sebarang gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, bukan sahaja telah melanggar peruntukan asas dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri ini adalah persetujuan yang dicapai secara bersama dalam semangat memberi dan menerima, serta dalam semangat memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.

"Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu," titah baginda pada perasmian Majlis Wacana Ilmu di Institut Tadbiran Islam Perak di Ipoh hari ini. Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, lapor Bernama.

"Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang telah dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka," titah Baginda.

Sultan Azlan bertitah penyimpangan daripada semangat asal yang telah dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.

"Pada masa yang sama, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.

"Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi," titahnya.

Baginda bertitah amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warganegara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal.

Tafsir berdasar ilmu

Sultan Azlan bertitah manusia biasanya dapat berfikir dengan rasional jika asas pertimbangan sentiasa didasarkan kepada ilmu pada sesuatu peristiwa yang ditafsirkan secara objektif berdasarkan fakta.

Manusia yang mengasaskan tafsiran berdasarkan ilmu dapat memisahkan diri daripada pengaruh sentimen dan emosi yang dapat membezakan tentang apa yang dianggap fakta dengan apa yang diharapkan berlaku, titah baginda.

"Ilmu menjadi bernilai jika yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Ujian sebenar terhadap penguasaan ilmu adalah di peringkat aplikasi. Manusia yang berjaya menghayati ilmu akan memperlihatkan penguasaannya terhadap ilmu di peringkat aplikasi," titahnya.

"Lima puluh tahun yang lalu ketika negara masih kurang bilangan cerdik pandai dan profesional, kesopanan dan kesusilaan merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat di negara ini, merupakan komponen yang ditekankan dalam proses pendidikan dan penyampaian ilmu, merupakan elemen penting untuk mewujudkan kestabilan," titah Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah negara telah memiliki bilangan cerdik pandai dan profesional yang jauh lebih ramai namun ia mula memperlihatkan kelunturan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang menjadi prinsip kelima dalam Rukun Negara.

Titahnya aspek kesopanan dan kesusilaan juga bagaikan tidak diutamakan lagi walaupun institusi ilmu tumbuh bercambah pada hari ini.

"Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian, atau kemungkinan berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga teralpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan," titahnya.

Sultan Azlan bertitah ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat.

"Semoga komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian penting dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan," titah baginda.

Marilah kita renungi bersama...

Di kalangan ahli bawahan ada yang mengatakan...kita serahlah kepada pemimpin...taulah mereka nak selesaikan. Kita pasang bendera ajelah...
Tak taulah teman nak tafsirkan macam mana sikap macam ni? Wala', "couldn't careless!" atau demer dah 'fed up?"

Perang Siffin dan ‘Perpaduan’ BN

Pada hari terakhir Muktamar, saya telah ke depan, menyokong usul yang dibawa oleh PAS Tambun berhubung pembentukan Suruhnjaya Di Raja untuk mengkaji ‘rampasan kuasa’ di Perak. Dalam penghujahan saya pada hari itu, saya telah menyebut peristiwa perang Siffin dan bagaimana ianya mempunyai kaitan dengan keadaan politik kita pada ketika ini. Oleh kerana masalah masa yang diberikan amat singkat, saya tidak sempat untuk menjelaskan persoalan ini dengan lebih terperinci. Saya akan cuba lakukannya di sini.

Untuk mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa Perang Siffin, ianya merupakan peperangan di antara tentera Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah. Ianya berlaku pada penghujung pemerintahan Saidina Ali.

Dalam peringkat-peringkat awal peperangan ini, tentera Saidina Ali memang jelas menguasai pertempuran. Mereka mengasak kedudukan Muawiyyah hingga kelihatan seolah-olah mereka akan mencapai kemenangan. Dalam saat-saat yang genting sebegini, Amr Al-As, yang bersama Muawiyyah telah mencadangkan supaya tentera mereka meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran di hujung lembing-lembing mereka sambil melaung, “Inilah yang akan menjadi hakim di antara kita”. Tindakan ini bertujuan untuk meminta pihak Saidina Ali untuk sama-sama menghentikan peperangan dan merujukkan persoalan dan perbalahan yang sedang mereka hadapi kepada Al-Quran. Dalam erti kata lain, biarlah ianya diputuskan secara berbincang berdasarkan Al-Quran dan bukannya peperangan.

Matlamat sebenar tindakan ini dijelaskan oleh Amr Al-As sendiri. Beliau berkata kepada Muawiyyah, “Bila sebahagian dari mereka menolak, pasti akan ada kelompok yang lain yang berkata; ‘Sepatutnya kita menerima’. Maka dengan demikian akan terjadilah perpecahan di kalangan mereka. Dan sekiranya mereka semuanya sepakat untuk menerima saranan kita ini, kita mendapat kesempatan untuk menunda peperangan ini hingga waktu yang tertentu.” Penundaan ini bertujuan untuk melepaskan diri mereka dari keadaan yang begitu tertekan pada ketika itu.

Saidina Ali (KW) yang tidak kurang handalnya dalam soal peperangan serta tipu helah musuh dan juga sebagai seorang yang mengenali Muawiyyah, telah berusaha untuk meyakinkan tenteranya supaya tidak terpedaya dengan helah ini. Namun Ali tidak berjaya. Tenteranya berbalah di antara satu sama lain atas persoalan ini dan akhirnya, untuk mendamaikan mereka kembali, Saidina Ali terpaksa bersetuju.

Dengan itu tercapai hajat Amr Al-As. Tentera Ali tidak lagi mengasak kedudukan mereka, kekalahan pada hari itu dapat dielak dan akhirnya Muawiyyah mencapai kemenangan pada waktu lain selepas peristiwa itu.

Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang, bagaikan tentera Saidina Ali yang sedang mengasak kedudukan tentera Muawiyyah iaitu UMNO/BN. Kita maju selangkah demi selangkah dan jelas dalam BN ketakutan. Tiba-tiba ada yang mencadangkan perpaduan, perdamaian! Pakatan Rakyat, seperti tentera Saidina Ali, mula berbalah sesame kita. PKR dan DAP terpingnga-pingnga dengan sebutan-sebutan ‘perpaduan’. Malah PAS sendiri pun terbahagi dua dalam menghadapi persoalan ini. Kesatuan yang terbentuk selama ini seolah tergugat dan UMNO/BN dengan segeranya menyatakan persetujuan mereka terhadap perdamaian dan persatuan yang dicadang-cadangkan.

Syarikat kroni mereka mengibarkan sepanduk ‘Selamat Bermuktamar’ seperti mana tentera Muawiyyah meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing. Ini dinyatakan sebagai bukti keikhlasan mereka untuk ‘berdamai’ dengan kita. Tetapi seperti yang saya katakan tempohari, “apalah nilai sepanduk-sepanduk ini berbanding mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing”? Walaupun dengan mushaf-mushaf Al-Quran sendiri, sejarah membuktikan penipuan berlaku! Ya, memang, kita tidak sebaik tentera Saidina Ali. Tetapi ingat! Mereka juga jauh lebih buruk dari tentera Muawiyyah!

Seterusnya mereka akan memuji dan melambung pemimpin-pemimpin yang mencadangkan ‘perpaduan’ ini dan menyatakan betapa mereka berterima kasih dengan cadangan tersebut. Mereka bermesra dengan PAS, bermanja dengan pemimpin-pemimpin pro-perpaduan ini dan dengan itu merejamkan lembing perbalahan di antara kita!

Punca perbalahan dan ‘perpecahan’ di kalangan kita adalah kerana cadangan ‘perpaduan’ yang datang tanpa perbahasan dan tiada yang mempersetujuinya kecuali sedikit. Namun yang sedikit yang setuju bercakap bagi yang ramai yang tidak!

Yang agak pelik, dalam senario peperangan Siffin, cadangan perdamaian datangnya dari pihak yang diasak kerana hampir-hampir dikalahkan. Dalam keadaan kita sekarang, perdamaian dicadangkan oleh kita yang sedang mengasak yang hampir-hampir menang! Dengan itu akan terlepaslah peluang untuk mencapai kemenangan yang muktamad!

UMNO/BN akan menggunakan ‘persetujuan’ mereka untuk menimbangkan cadangan PAS sebagai bukti keikhlasan mereka. Penolakan oleh PKR dan DAP yang hampir pasti berlaku akan digunakan sebagai bukti ketidak-ikhlasan mereka berdua. “Mereka tidak mahu orang Islam Melayu bersatu” akan dilaungkan secara nyaring oleh pemimpin-pemimpin yang sedang seronok dilambung pujian dan sanjungan dari semua pihak. Pegawai Kerajaan, Professor Universiti, Pakar perubatan Melayu UMNO dan sebagainya akan disusun satu demi satu untuk memberi sanjungan dan akhirnya apa yang dinginkan akan berlaku, seperti berlakunya apa yang diinginkan oleh Amr Al-As dalam perang Siffin.

Perbalahan akan berlaku di antara kita di dalam PR dan malah di dalam PAS itu sendiri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin yang disanjung dan dilambung itu akan menjadikan PAS berseorangan berpakat dengan UMNO. Tidak mungkin PAS menolak apabila cadangan itu datang dari PAS sendiri! Pemimpin pro-perpaduan ini akan berusaha supaya perhubungan kita dalam PR semakin keruh hingga akhirnya PAS diminta keluar kerana dilihat semakin rapat dengan UMNO. Akan kedengaran pada masa itu, “Bukan kami yang nak keluar, kami diminta keluar!” dan “Kalau dengan PKR dan DAP boleh bersama, takkan dengan UMNO tidak boleh”. Mereka akan bertanya kepada ahli-ahli yang masih terpingnga-pingnga dengan keadaan yang baru ini. Hanya semalam menyerang UMNO/BN, hari ini menjadi kawan? Hanya semalam bersama PR, hari ini menjadi lawan?

Adakah ini disebabkan inginkan kemenangan yang segera seperti mi segera atau mi celup? Adakah ianya kerana tidak sedar bahawa kita sebenarnya sudah berada diambang kemenangan? Atau, lagi teruk, adakah ianya disebabkan keengganan mencapai kemenangan melalui Pakatan Rakyat? Ini semua merupakan persoalan yang valid dan wajar difikirkan bersama.

Namun, yang lebih penting untuk kita fikirkan adalah implikasi kepada masa depan PAS itu sendiri. Kita akan kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India yang melihat tindakan kita sebagai khianat dan perjuangan Islam akan dilihat sebagai satu perjuangan oppurtunis yang tidak mempunyai prinsip dan asas yang kukuh. Usaha selama berpuluh tahun akan musnah begitu sahaja dengan sekelip mata.

Namun yang lebih teruk, keadaan kita akan begitu terdedah, bergantung kepada ihsan UMNO. Sekiranya kita dikhianati UMNO, ke mana hendak kita pergi? Sekiranya selepas mencapai matlamat mereka dan berpisahnya kita dari PR dan kekuatan PR tergugat, UMNO mengusir kita seperti dahulu, ke mana hendak kita pergi?

Berseorangan, bagaikan parti politik murahan, ayam tak patuk, itik tak sudu. Ke PR pun tidak dan ke BN pun tidak. 3 penjuru? Yang akan menang ialah salah satu dari dua kumpulan parti yang lain, tetapi bukan PAS! Mahu merayu dan kekal bersama ‘perpaduan’ PAS-UMNO-BN? Kerusi dimenangi UMNO tetap ditandingi UMNO. Kita bertanding kerusi yang kita menang dan kerusi yang PR menang. Dengan sokongan golongan anti-BN yang terdiri dari Cina dan India serta Melayu yang dibelakang mereka, kita akan kalah. Kecuali di Terengganu dan Kelantan.

Maka kita akan dapati diri kita tertipu seperti mana tertipunya Abu Musa As-Syaari oleh Amr Al-As dalam peristiwa tahkim yang berlangsung selepas gencatan senjata di Siffin. Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi. Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi. Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini. Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain…

WaLlahu ‘Alam

KHALID SAMAD

Cinta – tidak semestinya bersatu! - Hajjah Ani & Rosli Dhoby

Cinta – tidak semestinya bersatu.

Pasti kita pernah mendengar / membaca ayat ini, namun sejauh mana realitinya?

Di Sibu, aku bertemu dengan wanita istimewa ini. Ini pertemuan kali kedua kami.

Beliaulah wanita yang berjaya memikat hati Rosli Dhobi. Beliaulah yang banyak menyimpan rahsia hidup Rosli Dhoby.

Namun cinta mereka tidak berakhir di jinjang pelamin. Seperti yang diketahui, Rosli Dhobi mati digantung selepas berjaya dalam misinya untuk membunuh Gabenor British yang kedua Sir Duncan Steward.

Cinta mereka terhalang antara kehendak diri atau negara. Terhalang antara terjajah atau merdeka.

Cinta mereka terhalang kerana kehidupan dan kematian.

Uniknya, sehingga hari ini – Hajjah Ani masih belum berkahwin. Cintanya pada Rosli dibawa hingga hari ini walaupun jasad Rosli telah lama dimamah bumi.

Inilah yang dikatakan, Cinta – tidak semestinya bersatu. Paling penting, sejauh mana menghargai insan yang pernah kita cintai.

Ada sesiapa yang punya cinta sedemikian?

Tribute Khas Buat Pejuang Rakyat " Allahyarham Rosli Dhoby - Pahlawan Sarawak "


Rosli Dhoby – Rakyat Sarawak pertama yang dihukum gantung sampai mati. Waktu itu, umurnya baru 17 tahun!

Selepas digantung pada 2 Mac 1950 bersama 3 lagi rakannya, mayatnya dikuburkan di dalam penjara. Hanya selepas beberapa siri permintaan, permohonan dan rayuan dari pihak keluarga, pada 1996 barulah kubur tokoh-tokoh ini dikeluarkan dari penjara dan dikuburkan sekali lagi dengan cara terhormat.

Rosli Dhoby – Al-Fatihah.

Nasihat Saya Kepada PAS : Saya Bersetuju Dengan Pendapat Datuk Seri Nik Aziz



Saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

Saya undi PAS pada pilihan raya yang lepas kerana saya tidak undi untuk UMNO.

Saya undi PAS kerana saya ingin beri peluang kepada PAS supaya untuk memerintah dengan saksama.

Sekiranya PAS ingin bersama dengan UMNO yang mengamalkan perkauman saya tidak teragak-agak untuk tidak mengundi PAS pada pilihan raya yang akan datang!

Datuk Seri Nik Aziz Kata:

“There is no need to talk to Umno about all this unity government nonsense, it is rubbish,”

“Those who speak of co-operation with Umno are definitely oblivious to its cruelty and we in Kelantan know this,”

“Umno is evil. The Umno-led federal government talks of 1 Malaysia but they instructed their officers not to co-operate with those who work with the PAS Kelantan government. This is Umno,”

“We must obliterate them once and for all. Rid this earth of their kind,”

“Saya tak faham macam mana (timbul)... kita sudah buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan Rakyat,”

“Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh,”

“Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan,”

“Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu,”



Saya kata:

Saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

Saya undi PAS pada pilihan raya yang lepas kerana saya tidak undi untuk UMNO.

Saya undi PAS kerana saya ingin beri peluang kepada PAS supaya untuk memerintah dengan saksama.

Sekiranya PAS ingin bersama dengan UMNO yang mengamalkan perkauman saya tidak teragak-agak untuk tidak mengundi PAS pada pilihan raya yang akan datang!

Saya sebagai pengundi dari Bukit Gantang telah mengundi Datuk Seri Nizar kerana beliau mengamalkan polisi yang saksama dan tidak mengira kaum di Negeri Perak!

Saya percaya inilah sebab hampir 80% Pengundi Cina yang mengundi PAS pada pilihan raya kecil yang lepas.

Setakat ini, kawan saya yang mengundi PAS pada pilihan raya yang lepas telah tertanya-tanya sama ada mereka telah mengundi parti yang salah?

Mungkin petikan ini akan menyinggung perasaan penyokong PAS, namum untuk kebaikan Pakatan Rakyat, saya tidak teragak-agak menyuarakan pendapat saya ini!

Saya sangat berharap PAS tidak mengkhinati saya yang sudah dua kali mengundi PAS!

Saya akan menulis satu blogpost yang lebih mendalam lagi tidak lama lagi.

Sekian Terima Kasih


Regards,

Malaysian Come First

Pandangan Seorang Penyokong Pakatan Rakyat Untuk PAS | 一个民联支持者对回教党的告白


Saya juga tertanya-tanya:
Kenapa PAS sanggup merosakan sistem demokrasi 2 parti yang sudah hampir wujud di Malaysia?
Kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan mereka yang merampas pentadbiran Negeri Perak?
Kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan mereka yang merampas royalti minyak ketika PAS memerintah?
Adakah PAS sudah terima ideologi sebegini?
Kenapa PAS tidak mahu tunggu sampai pilihan raya umum ke 13 baru menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Rakyat?

我们不停的问,
为什么回教党要和一个以不民主手段夺取霹雳州政权的人合作?
为什么回教党要和一个玩弄种族主义的人合作?
为什么回教党要和一个呼吁公务员不要和民联政府合作的人合作?
难道回教党接收了这一些教义?
难道回教党认同他们的斗争?
为什么回教党要破坏马来西亚开始迈向两线治的健康民主象征?
为什么回教党不能多等下一届的大选才来和国阵来个一交上下?


Pandangan Seorang Penyokong Pakatan Rakyat Untuk PAS

PAS, sebuah parti yang memperjuangkan prinsip Agama Islam kini menjadi sebuah parti politik pembangkan yang penting dan utama di Malaysia selepas pilihan raya umum 08 March 2008. Untuk menubuhkan Kerajaan di beberapa negeri yang dimenangi PAS, PKR dan DAP, PAS telah bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (PR). Kewujudan Pakatan Rakyat ini telah memberikan suntikan penting kepada arena politik negara kerana Malaysia kini melangkah ke arah Negara Demokrasi yang berlandaskan sistem 2 parti (supaya check and balance dapat diwujudkan).

Masyarakat bukan Melayu kini mula melihat dan menilai PAS (Negara Kebajikan) kerana mereka beranggapan PAS sudah wujud sebagai parti politik yang penting di Malaysia. Kini, media massa cina telah mula memberikan sedikit sebanyak laporan mengenai PAS, malah ada yang memaparkan berita PAS di muka surat pertama mereka. Hal ini menunjukkan PAS semakin mendapat tempat dalam hati pengundi Cina. Tambah pula dengan masalah kenaikan harga minyak dan situasi negara, maka kita telah memberikan peluang kepada PAS (undi) pada pilihan raya yang lepas supaya mereka dapat memerintah di beberapa buah negeri.

Pandangan bukan Melayu tehadap PAS semakin bertambah baik disebabkan pemerintahan adil dan saksama yang diamalkan oleh Nizar di negeri Perak dan Nik Aziz di Negeri Kelantan (maaf, saya tidak menyatakan Kedah di sini). Malah ada orang yang menyatakan sokongan orang cina terhadap PAS adalah jauh lebih tinggi daripada sokongan kepada UMNO pada masa kini. Bukit Gantang adalah contohnya, hampir 80% pengundi bukan Melayu telah memberikan peluang kepada PAS (peratusan ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan peratusan pengundi Cina yang mengundi DAP atau MCA di sesuatu kawasan). Ya, pemerintahan adil dan saksama serta jaga rakyat yang diamalkan oleh Nizar telah mendorong kepada senariotersebut. Saya adalah salah seorang daripada kategori 80% tersebut. Sehingga kini, undi saya masih di PAS selagi BN tidak faham kenapa saya tidak mengundinya .


Akan tetapi sebaik saja selepas pilihan raya umum, wujud berita di mana Presiden PAS Hadi Awang telah berbincang dengan UMNO, malah akan menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Pada ketika itu, kepercayaan saya terhadap PAS masih teguh malah saya telah memperjelaskan kepada kawan-kawan saya yang telah mengundi PAS pada ketika itu bahawa ini mungkin merupakan taktik mereka untuk merengankan hubungan dalam PR, Kita harus percaya kepada pendirian PAS sebelum pilihan raya.

Tetapi, Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS yang sekali lagi mengungkitkan isu Kerajaan Perpaduan ini telah menjadikan pendirian saya terhadap PAS semakin goyah. Kini, ramai kawan-kawan saya (peyokong PAS) telah tertanya-tanya sama ada mereka mengundi parti yang salah pada pilihan raya yang lepas?


Saya juga tertanya-tanya:
Kenapa PAS sanggup merosakan sistem demokrasi 2 parti yang sudah hampir wujud di Malaysia?
Kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan mereka yang merampas pentadbiran Negeri Perak?
Kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan mereka yang merampas royalti minyak ketika PAS memerintah?
Adakah PAS sudah terima ideologi sebegini?
Kenapa PAS tidak mahu tunggu sampai pilihan raya umum ke 13 baru menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Rakyat?
Ya, Hadi Awang dan Nasharuddin kata Kerajaan Perpaduan bukan bermaksud UMNO dan PAS akan bergabung,
Tapi bagi saya Kerajaan Perpaduan bermaksud mereka akan menubuhkan kerajaan bersama-sama,
sekiranya ini berlaku maka mereka telah menginkari janjian mereka, dan mereka tidak akan mendapat undi saya pada pilihan raya akan datang.

Mungkin penyokong PAS akan marah sekiranya mereka membaca petikan saya ini,
tetapi demi kebaikan PR, saya tiada pilihan lain.

Saya juga akan email petikan ini kepada pemimpin PAS supaya mereka menyampaikan suara seorang penyokong PR kepada Pemimpin PAS Pusat agar isu ini dapat diperjelaskan, sekiranya mereka membalas, sudah pasti saya akan memaparkan dalam blog saya ini.

Jika anda mempunyai email pemimpin PAS, sila tinggalkan disini agar saya boleh email kepada mereka.

Lihat bawah untuk email yang dihatar kepada Pemimpin PAS.

=============================================

一个民联支持者对回教党的告白

回教党,一个以回教为斗争的政党。经过 308 大选洗礼之后的回教党,已经演变成马来西亚其中一个主要的反对党。由于政治上必须面对的现实,回教党联合了公正党以及行动党组织了人民联盟,为马来西亚的民主制度扩进了一大步。经过 308 大选之后,回教党已经慢慢的被华社接受,目前的华文主流媒体已经开始报道回教党的新闻,有些中文报章甚至把回教党党选新闻报道在头版,

这个现象表示了回教党已经在华社慢慢的建立起一个重要的地位。是的,由于当时的油价问题以及一些国家利益问题使到我们愿意给回教党一个机会,之后的回教党也逐渐令华社改观,这包括了霹雳州的尼查,以及吉兰丹州的 Nik Aziz (注意,我并没有提及吉打州)的执政方针已经让回教党在华社心中的形象慢慢的在改进,


有人甚至比喻目前华社对回教党的支持率远远高过巫统,武吉干当补选就是一个很好的比喻,超过了 80% 的选票投给了回教党。是的,笔者就是那个 80% 的其中一位,笔者到目前为止是不会投给国阵的,除非他们知道笔者为什么不投给他们,并且改进他们的政策。

是的,因为霹雳州的尼查的公平施政,亲民的政策,演变成华社投票给回教党的动力。尼查的执政方针是顾及所有霹雳州穷困的子民,并不把他们归类为什么种族,这就是我们期待的人民领袖。

然而,正当人民对民联的支持率持续攀升的时候,回教党的主席,Hadi Awang 的一句话已经在马来西亚政坛掏出了一颗炸弹,回教党将和巫统商讨组织联合政府的可能性。当时笔者还向身边的朋友帮忙回教党解释,可能这只不过是一个离间民联之间的计谋,叫他们不要上当。可是,在回教党大会一再强调的回教党的主席已经开始令我的立场动摇,不仅如此,身边一些曾经投票给回教党的朋友也开始在讨论到底他们没有投错票?

我们不停的问,
为什么回教党要和一个以不民主手段夺取霹雳州政权的人合作?
为什么回教党要和一个玩弄种族主义的人合作?
为什么回教党要和一个呼吁公务员不要和民联政府合作的人合作?
难道回教党接收了这一些教义?
难道回教党认同他们的斗争?
为什么回教党要破坏马来西亚开始迈向两线治的健康民主象征?
为什么回教党不能多等下一届的大选才来和国阵来个一交上下?


是的, Hadi Awang 和 Nasarudin 说,团结政府并不是联合政府?对他们来说这两个政府并不一样,对笔者来说,他们就是要在一起组织政府,是的,当他们组织政府时,他们就背叛选民,当他们背叛选民时,他们就会接受选民的裁判,第一个将会是我。可能我这一篇文章会引起一些回教党党员的批评,但是为了民联的好,我别无选择。

我也将会把这封部落电邮给一些回教党领袖,希望他们能向回教党领导层反映笔者的意见。当然,如果他们回复我的话,我会把他们的回复公布在我的部落格。

PS: 如果你们有任何回教党党员的部落格,欢迎留下你们的脚印。

PAS UMNO : PAS Yang Masih Mencari Partner...?????



Disini, blog Kelab GB ingin menampil satu tulisan hasil dari sorang pengkritik tersohor yang telah menulis ratusan rencana, ulasan, kritikan dan resensi buku, Sdr Mohd. Affandi Hassan mengenai PAS dan Kerajaan Perpaduan. Pandangan beliau adalah pandangan peribadinya sendiri.

Tajuk tulisan ini sengaja menggunakan perkataan Inggeris “partner” untuk maksud ironi (istilah Inggeris lagi!) dalam analisis politik, khususnya untuk menilai perilaku para pemimpin PAS sebagai “pejuang Islam”, supaya dapat dilihat perbezaannya (jika ada) dengan “pejuang Islam” dalam UMNO. Mungkin sudah ramai di antara kita yang sedar bahawa PAS masih tercari-cari partner yang selesa dengannya. Nampak gayanya PAS tidak selesa berada dalam Pakatan Rakyat, terutama sekali apabila Pakatan Rakyat gagal mempertahankan Perak daripada diceroboh oleh UMNO/BN. (Gambar, muktamar PAS baru-baru ini)

PAS jelas sekali sangat kecewa dengan kejadian itu. Keraguan PAS terhadap kepemimpinan Anwar Ibrahim tidak dapat disembunyikan lagi, apabila Presiden PAS mula “menggoda” Najib Tun Razak, Presiden UMNO dan Perdana Menteri, untuk menubuhkan apa yang dipanggil “kerajaan perpaduan”. PAS tidak berasa tersinggung untuk dituduh berusaha memecahkan Pakatan Rakyat yang diraguinya itu, dengan secara berani menggoda UMNO untuk sama-sama memerintah Malaysia.

Walaupun semua alasan yang dikemukakan oleh Presiden PAS tidak boleh dipakai dan tidak boleh dipercayai, kerana gelagat politik PAS sendiri sejak menjadi pertubuhan politik menyerlahkan sejenis tabiat politik yang unik (sama uniknya dengan tabiat politik UMNO) dan meragukan, namun cadangan “kerajaan perpaduan” itu penting dalam konteks kegagalan “kepemimpinan Islam” Malaysia memberi corak yang tegas dan jelas dari segi mencapai matlamat politik Islam. Bagi Presiden PAS, cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan itu adalah “cadangan saya sendiri yang dipersetujui oleh DAP dan PKR”.

Perhatikan egoisme yang terlalu jelas dan pekat dalam ucapan itu, yang melihat semuanya dalam konteks politik yang agak sempit dan tidak kena mengena dengan matlamat politik Islam. Benarkah dalam Islam “perpaduan” itu matlamat utama? Soalan yang mudah dan bodoh ini penting kerana jawapannya nanti akan mencirikan sifat-sifat perjuangan Islam sejati dan yang tertumpu pada kelangsungan matlamat peribadi yang dibungkus atas nama Islam. Jika para pemimpin Islam tidak mahu menjelaskan persoalan ini, maka perjuangan Islam akan terus kabur dalam konteks Malaysia, dan peranan PAS sendiri akan terus diragui.

Mengapa cadangan kerajaan perpaduan itu tidak baik bagi PAS dan Pakatan Rakyat? Juga tidak berguna untuk rakyat Malaysia? PAS tentu sudah faham dengan jelas tabiat politik UMNO yang pandai menggunakan kekuatan musuh politiknya untuk memacu kekuatannya sendiri dengan menggunakan perasaan tamak dan gelojoh kuasa di kalangan musuh politiknya. UMNO tahu perasaan tamak dan gelojoh kuasa boleh diumpan dengan istilah-istilah besar yang tidak bererti bagi UMNO sendiri. Misalnya istilah perpaduan. Bagi UMNO, perpaduan itu diperlihatkan seolah-olah diperlukan oleh rakyat, dan barang siapa yang memperlekeh perpaduan adalah anti-rakyat.

Dari segi politik UMNO, perpaduan (dan keselamatan negara yang mengiringinya) adalah senjata politik yang boleh digunakan bila-bila masa untuk melemahkan musuh politiknya. Dengan menggunakan alasan “demi perpaduan dan keselamatan” negara, seorang pemimpin UMNO yang sedang berkuasa dan kumpulannya, boleh mendigulkan sesiapa juga yang dikira mengancam kedudukannya, baik dari UMNO apatah lagi dari luar UMNO. Oleh itu apa bila Presiden PAS menghulurkan senjata politik itu kepada UMNO, dengan cepat mereka mengambilnya untuk digunakan atas nama rakyat bagi melemahkan musuh politiknya.

Kini kerajaan perpaduan dijadikan satu projek propaganda untuk mengelirukan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya. Dengan nada mengejek yang tajam sindirannya, sambil tersenyum Timbalan Perdana Menteri berkata dia sendiri dan UMNO tidak tahu bagaimana bentuk kerajaan perpaduan itu kerana tidak dijelaskan oleh Presiden PAS yang baginya juga tidak jelas tentang cadangannya sendiri. Dengan itu Presiden PAS diberi imej sebagai orang yang suka bermain-main dengan politik untuk mendapat publisiti, bukan mengemukakan cadangan konkrit yang sudah difikirkan dengan mendalam dan masak-masak.

Pakatan Rakyat sendiri diletak dalam keadaan serba salah kerana tidak tahu hujung pangkal. Dalam politik Islam, peranan syura dijadikan asas untuk membuat keputusan. Bagaimana pula seorang tokoh politik Islam mengetepikan para pemimpin dalam Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan sendiri atas nama Pakatan Rakyat? Ahli politik ini kelihatan begitu gelojoh hendak mendapat kredit dan publisiti murahan dengan menonjolkan projek kerajaan perpaduannya yang dia sendiri masih kabur.

Retorik murahan begini tidak sesuai untuk dijadikan permainan politik jika sekadar untuk mengelirukan dan menimbulkan perpecahan di dalam Pakatan Rakyat sendiri. Hanya kelemahan berfikir dan bertindak sahaja yang diperlihatkan, bukan ketajaman akal dan kebijaksanaan bermain politik yang benar-benar menguntungkan rakyat. UMNO dan PAS nampaknya, seperti biasa, terus bermain sunglap atas nama rakyat- [10/6/2009] Mohd. Affandi Hassan

Ulasan Ringkas GB:
Demikianlah pandangan "orang luar" terhadap PAS semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) ini timbul.

Isu UG telah menarik perhatian banyak pihak untuk mengenali PAS dan kesan dari gagasan ini mereka ternampak pemimpin PAS telah menampilkan wajah PAS yang serupa dengan UMNO.

Haram jadah!

Oleh Rahmat Haron

Kini heboh berkenaan salah satu usul Muktamar Pas baru-baru ini yang mahu kerajaan mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sister In Islam (SIS). Aku adalah salah seorang individu yang menandatangani Kenyataan Bersama sejumlah Pertubuhan-pertubuhan Masyarakat Madani (civil society) dan individu lainnya. Kenyataan ini membantah usul Pas, yang menuntut kerajaan mengharamkan SIS atas semangat kebebasan bersuara dan berpersatuan.

Kemudian, terbaca pula berita di Malaysiakini.com tentang anak menantu Dollah Badawi yang turut sama menandatangani kenyataan bantahan tersebut. Ketua Pemuda (yang tak dapat menjadi ketua) itu tiba-tiba ingin menjadi juara demokrat. Dia menyifatkan tindakan keras Pas itu amat bercanggah dengan agenda untuk menegakkan demokrasi yang didakwa dipertahankan oleh parti itu.”Tiada seseorang atau mana-mana pertubuhan mempunyai monopoli ke atas hak-hak untuk menyuarakan pandangan terhadap perkara-perkara berkepentingan awam,” katanya. Aku dah tak larat nak bergelak ketawa dengan kepalsuan poliTIKUS. Kepura-puraan menjadikan aku mual, marah dan meluat dengan cakap-cakap sebegini.

Samalah juga, bilamana Dr. Mahathir bersuara, “kita boleh membayangkan bagaimanakah nanti bentuk kerajaan Pas di Malaysia.”

Aku meluat kerana hasrat orang-orang gerombolan Ameno ini, tidak lain dan tidak bukan hanyalah mahu menghantam Pas, selunyai-lunyainya kalau boleh. Mereka tiba-tiba mahu menjadi juara kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara. Betul, ada kebenaran dalam kata-kata mereka. Tapi kata-kata poliTIKUS semuluk apapun, hanya dapat kita nilai daripada amalan mereka.

Aku cuma mahu menyingkap sifat pura-pura gerombolan ini. Kenapa misalnya, bila Hindu Rights Action Force (Hindraf) diharamkan tidak terdengar suara-suara kunun demokratik dari gerombolan Umno ini? Atau cadangan Nor Saidi Nayau, wakil pergerakan pemuda gerombolan United Malay National Organization, agar nama Pakatan Rakyat diharamkan? Atau modul ‘membasuh otak’ Biro Tata Negara yang menyebut Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam sebagai pertubuhan haram?

Jikalau kita masih ingat lagi, pada zaman kediktatoran Mahathir pada Jun 2001 ada dua orang mahasiswa yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), saudara Khairul Anuar (Jonah) dan Fuad Ikhwan. Kemudian di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, dilaporkan berita, “Penuntut jangan terlibat isu politik kepartian.” Utusan Malaysia membuat kenyataan terdapat 10 buah pertubuhan haram yang wujud di universiti tempatan, termasuklah Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Front Anak Muda Untuk Demokrasi, Universiti Bangsar Utama, Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (MYSDM) serta Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju.

Benar ini cerita lama. Tapi ingatan tentang hal mengharamkan pertubuhan ini amat penting sekali. Kita perlu melawan lupa. Agar kita tidak lupa bahawa laungan “Merdeka Dengan Darah,” daripada Testamen Politik Api, dan pertubuhan Api itu sendiri diharamkan penjajah Inggeris lebih awal dari tarikh pengisytiharan darurat, 16 Jun 1948. Kemudian, bilamana darurat diisytiharkan barulah Parti Komunis Malaya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar (Awas), Hizbul Muslimin dan pertubuhan politik berbagai aliran yang diharamkan penjajah, kecuali United Malay National Organization, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association. Maka ramailah pemimpin dan ribuan aktivis pertubuhan yang diharamkan ini, ditangkap dan ditahan tanpa perbicaraan yang adil, malahan ramai juga yang dihukum bunuh, gantung sampai mati.

Tindakan mengharam atau menghalal, mensesat atau membenarkan sesuatu hal itu, pastilah akhirnya terpusat pada kuasa mempengaruhi orang ramai, pada penguatkuasaan undang-undang Negara Kuku Besi – hukuman, senjata dan penjara! Inilah sebenarnya punca haram dan kesesatan.