Rabu, 10 Jun 2009

Penemuan 14 keping My kad dan Kad Perwakilan UMNO di Johor...????







TERKINI! Laporan Polis Pemuda PAS Johor

Hari ini Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Skudai, Batu Sepuluh Johor Bahru berkaitan dengan penemuan 14 keping kad pengenalan bersama beberapa keping kad perwakilan UMNO oleh Sdr Za’aba Bin Haji Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pulai pada 6 Jun 2009 lebih kurang pukul 6.15 petang di tempat pembuangan sampah berdekatan Taman Dahlia, Tampoi.

Penemuan ini merupakan satu sejarah yang cukup besar ertinya kepada politik negara kerana ia sudah pasti akan menguatkan bukti bahawa berlakunya penyelewengan terhadap sistem pengundian di dalam pilihanraya Malaysia.

DPPNJ mempersoalkan bagaimana kad pengenalan sebanyak ini boleh dijumpai dalam keadaan yang elok tanpa ada tanda-tanda ianya telah dilupuskan dan lebih mencurigakan ianya dijumpai bersama-sama kad perwakilan serta baju dan topi berlambangkan UMNO.

DPPNJ mendesak agar PDRM akan membuat penyiasatan segara terhadap laporan polis ini terutamanya kepada seorang Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Baru yang mana kad perwakilannya turut sama dijumpai bersama-sama IC tersebut.

DPPNJ tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat atasan termasuklah kepada ahli Parlimen PAS/PR untuk dibentangkan di dalam persidangan.




Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

1 Malaysia: Idealistik Tetapi Tidak Realistik





Pendapat Oleh: muih

" Sekali pandang, slogan ini nampak hebat dan bergaya. Ia sungguh mudah disebut sehingga mudah meniti di mulut- mulut kanak- kanak tadika sekalipun. Perpaduan adalah skop yang dicanangkan sempena slogan ini.

Memandang Dalam Gelap Tetapi, apakah dasar dan pelaksanaan yang menunjangi definisi bagi 1 Malaysia?

Siapakah pendokong 1 Malaysia?

Bagaimanakah seseorang itu layak dinobatkan sebagai pendokong 1 Malaysia?

Ini memerlukan satu kertas kerja atau sebuah buku yang bertajuk “1 Malaysia: Definisi Hari Ini”

Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa. Itu tak payah sebut, semua orang tahu. Tetapi apa yang selalu orang lupa dalam terdiri dari pelbagai bangsa sudah tentulah pengamalan budaya juga berbeza. Dalam istilah, kita sebut Kesamaan dalam Kepelbagaian (Unity In Diversity).

Oleh kerana tidak ada dasar yang jelas mengenai gagasan ini, saya memahami bahawa perpaduan yang dicanangkan adalah semua kaum adalah sama. Sudah pastinya bila semuanya sama maka mereka mengamalkan kebudayaan yang sama. Sehingga hari ini, pelaksanaan mengenai gagasan ini tiada.

Dalam hal ini, saya teragak- agak adakah 1 Malaysia bertentangan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ? Saya simpulkan bahawa 1 Malaysia tidak bertentangan secara terus tetapi adakah gagasan ini benar- benar menyokong Dasar Kebudayaan Kebangsaan ? Perkara ini berikutan pelaksanaan masih tiada sehingga hari ini.

Serupa tapi Tak Sama
Dalam masyarakat Islam sendiripun, gerakan- gerakan Islam mempunyai pendirian berbeza dan tersendiri. Adalah tidak adil untuk kita menyapu rata semua gerakan Islam di dalam satu bakul, apatah lagi umat Islam di dalam satu bakul.Memanglah umat islam itu merupakan satu ummah, satu entiti, tetapi metode mereka berbeza. Malah bangsa mereka juga berbeza-beza. Cara pemikiran dan pendekatan mereka juga berbeza. Adalah tidak adil untuk menyamaratakan mereka semua.

Ikhwan Muslimun di Mesir tidak sama dengan Jamaah al-Adl wal Ihsan di Maghribi, HAMAS tidak sama dengan Hizbullah di Lubnan, Parti Nahdah di Tunisia tidak sama dengan FIS di Algeria, malah Hizbut Tahrir tidak sama dengan al-Muhajiroun di UK, AKP di Turki tidak sama dengan PKS di Indon, malah PAS di Malaysia tidak sama dengan Jabhah al-Amal al-Islami di Jordan. Taleban di Afghanistan tidak sama sekali serupa dengan Jamaat Islami di Indo-Pakistan, dan jamaah Tabligh tidak sama sekali serupa dengan golongan tarekat di Hadral Maut dan di Tarem. Golongan Salafi pro-Albani di Jordan tidak sama dengan Jamaah Salafiyyah di Kuwait, malah golongan pro-Madkhali di Saudi jauh sekali bezanya dengan golongan Deobandi di Indo-Pakistan.

Sesiapa yang ingin mengkaji setiap gerakan perlu melihat ruang-ruang perbezaan ini agar tidak terjerumus ke lembah generalisasi. Jika tidak kita tidak akan berlaku adil. Untuk melihat perbezaan ini, dan juga untuk mengkaji secara akademik, para pengkaji harus berlaku adil dan bersikap neutral. Kajian mereka bukanlah untuk menjatuhkan ataupun memenangkan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain. Ruang bias dan taksub hanya akan merosakkan nilai akademik sesuatu kajian. Biarlah setiap individu membuat konklusi mereka sendiri berdasarkan maklumat dan ilmu yang mereka ada. Ruang akademik bukanlah ruang indoktrinisasi dan rekrutmen.

Khatimul
Bagaimana hendak menyamaratakan kebudayaan yang didokongi oleh pelbagai bangsa malah pelbagai agama pula?

Artikel ini tidak pernah menidakkan perpaduan, malah golongan muda seperti saya mudah sahaja menolak UMNO yang bersifat racis tetapi dek kerana pelaksanaan dan dasar yang masih samar maka saya menolak konsep 1 Malaysia.

Sungguh, 1Malaysia adalah gagasan yang idealistik tetapi tidak realistik.


p/s: Pasukan Bahas sekolah saya menumpaskan pasukan bahas Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCKK) dengan hujah ini~

http://asyrafmuiz.blogspot.com/

Tok Selampit Siber UMNO ....Tak pe Tok Selampit ni makan gaji dengan UMNO@BN akan Beruk Negara...!!!!



Ceritanya, datanglah seorang penjaja herba tradisional kepada kita dan mengatakan ramuan ini amat baik untuk kesihatan kita. Kita tidak akan menelan bulat-bulat apa yang dikatakan oleh orang itu – semestinya di mahu jualannya laris lantas segala penyakit boleh sembuh dengan herba yang dijualnya. Berlainan sekali kalau kita melihat seorang yang sihat dan sasa perkasa datang mengatakannya bahawa sebelum ini dia sakit tetapi setelah makan herba tradisional – cap X itu maka beliau sembuh dan sihat sekali – itu boleh di terima pakai dan itu boleh di terima.

Hari ini datang orang politik UMNO menceritakan kepada kita kebaikan UMNO, kebaikan yang telah dilakukan dan kebaikan akan datang kelak – maka senario di atas berlaku kembali berbanding tiba-tiba hadir seorang yang bukan berimej UMNO mengatakan dan memberi justifikasi apa yang sebenarnya baik telah dilakukan oleh UMNO – mungkin itu lebih mudah diterima pakai.

Hatta, demikian adanya mainan politik yang ada. Di media alternatif – ramai yang tidak nampak kecenderungan politik – kecenderungan yang ada adalah pada isu rakyat – isu semasa – mengkritik polisi dan pelaksanaan – lantas akhirnya menunjukkan belang menyokong parti politik – di terima oleh parti itu – memang menjadi metodologi pintar dan hari ini menjadi wakil rakyat. Itu caranya dan itu yang ada selama 10 tahun kebelakangan ini sehingga UMNO dan BN secara moral tewas secara keseluruhan dan beberapa negeri tumpas dan terlepas dari genggaman BN dan UMNO. Mereka ini terus menjadi wakil untuk pilihan raya – dan kriteria calon adalah yang ada dan mampu membawa kemenangan. UMNO bagaimana? Hadir hanya pada pilihan raya – berceramah dan hanya wujud pada musim mengundi. Berlainan sungguh dengan iltizam mereka yang bertindak sebagai blogger yang kononnya bebas tetapi menyokong PR. Mereka berterusan – yang patah hilang di ganti. Mereka komited – mereka kritikal dan fokus. Adakah ini ada pada UMNO.

Hari ini UMNO terus begitu. Menyediakan mereka dari kalangan Pemuda – kononnya penceramah handalan Pemuda UMNO - untuk bangkit menangkis isu – macam saudagar herba tadi. Masih tidak sedar dan masih berpaksi kepada kepompong lama untuk mencari formula bagaimana menangkis dan bagaimana untuk mengimbangkan kekurangan dalam media alternatif. Masih terlalu pasif dan masih teraba-raba mendengar tok-tok selampit menjual herba kononnya mahir dalam apa yang dilakukan. Sayang UMNO terus begitu – melihat pada manipulasi dan tidak bertindak secara realiti sebenarnya.

UMNO masih tidak sedar bahawa tok-tok selampit siber penuh mengerumuni kepimpinan untuk menceritakan cara dan bagaimana jalan untuk bertindak dalam dunia siber – sedangkan mereka sendiri tidak tahu. Mereka bercerita – atas cerita yang di dengar – hebat menyatakan cara tetapi hampas kerana sekali lagi mereka akan menyapu bersih peruntukkan dan akhirnya gagal untuk berdepan dengan media alternatif yang semakin canggih dan berkesan.

Mahkamah Batal Keputusan Sendiri Bersabit Kes Raja Petra...Kan Dah Kata Mahkamah Naik Merapu...???




Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan awalnya dalam menolak permohonan editor Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin untuk Hakim Datuk Seri S.Augustine Paul menarik diri daripada mendengar rayuan habeas corpus beliau.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum berkata keputusan menolak permohonan Raja Petra itu tercemar kerana hanya dibuat oleh kuorum dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nik Hashim Nik Abd Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

"Apabila dua anggota panel meneruskan untuk mendengar permohonan menarik diri, Seksyen 74(1) Akta Mahkamah Kehakiman (CJA)’ telah di kompromi.

"Kita ketepikan keputusan panel dua anggota berkaitan permohonan untuk Augustine Paul menarik diri. Ini diikuti bahawa keputusan dan perintah lain yang dibuat seterusnya terhadap keputusan yang was- was di mana juga diketepikan," kata Malanjum dalam keputusan yang dibacakan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin.

Pada 20 Feb, Raja Petra memfailkan satu permohonan di bawah Peraturan 137 CJA untuk semakan keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 17 Feb dalam menolak permohonannya untuk Paul menarik diri daripada mendengar kes habeas corpus.

Raja Petra memberi alasan bahawa ada bahaya Paul akan berat sebelah jika beliau menimbang rayuan berkenaan oleh kerana Raja Petra sangat kritikal tehadap beliau dalam laman webnya.

Pada 17 Feb, apabila permohonan Raja Petra untuk Paul menarik diri didengar, Paul memberitahu mahkamah itu bahawa beliau tidak mahu mendengar proseding itu dan kemudian meninggalkan pendengaran tersebut.

Hakim-hakim lain terus mendengar permohonan itu walaupun bantahan daripada peguam Malik Imtiaz Sarwar, untuk Raja Petra, ia tidak berperlembagaan untuk panel berbuat demikian.

Nik Hashim, dalam menolak bantahan itu, berkata mereka diberikan kuasa untuk mendengar permohonan tersebut di bawah Seksyen 78 CJA dan menolak permohonan Raja Petra untuk penarikan diri.

Mahkamah, selepas menolak permohonan untuk tarik diri, menjemput Paul duduk dan kemudian panel tersebut menolak permohonan Raja Petra untuk mendapatkan kuorum lima atau tujuh hakim bagi mendengar rayuan itu dan dua permohonan untuk membuktikan lagi keterangan dalam kes ini.

"Persoalan dalam kes ini ialah sama ada pendengaran permohonan menarik diri oleh dua anggota panel menyalahi Seksyen 74(1) CJA."

"Perbicaraan seperti itu bertentangan dengan Seksyen 74(1) CJA yang menyatakan bahawa setiap proseding dalam Mahkamah Persekutuan hendaklah didengar dan diputuskan oleh tiga hakim atau lebih ramai bilangan tidak genap hakim," kata Malanjum bahawa Mahkamah Persekutuan telah mewarisi bidangkuasa untuk semakan keputusannya sendiri bagi mencegah ketidakadilan.

Mahkamah hari ini menetapkan satu tarikh baru untuk mendengar semula permohonan Raja Petra.

Raja Petra, 58, ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 12 September tahun lepas dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak.

Pada 7 November, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad mengeluarkan satu writ habeas corpus kepadanya bahawa penahanan di bawah Seksyen 8 akta itu tidak ada dalam skop seksyen tersebut. Menteri Dalam Negeri merayu terhadap keputusan itu.

Raja Petra juga diwakili peguam Azhar Azizan Harun, Ashok Kandiah, J.Chandra dan Neoh Hor Kee sementara Timbalan Pendakwa Raya, Tun Majid Tun Hamzah dan peguam kanan persekutuan Abdul Wahab Mohamad dan Najib Zakaria bagi Menteri Dalam Negeri.

Dr Mahathir: Umat Islam kini berada dalam keadaan cemas..Tapi Rakyat tau puncanya...UMNO@BN aka Beruk Negara yang melakukanya!!!!!

(CONTOH TERBAIK )

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa bimbangnya terhadap situasi umat Islam di negara ini yang kini berada dalam keadaan cemas ekoran suasana politik yang tidak menentu.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, sejak negara mengecapi kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, umat Islam berasa selamat namun perpecahan yang berlaku akibat perbezaan fahaman politik menyebabkan perasaan selamat itu tidak lagi begitu dirasai.

Dr. Mahathir bimbang terhadap situasi umat Islam di negara ini yang kini berada dalam keadaan cemas ekoran suasana politik yang tidak menentu

"Sejak Merdeka lagi, kita rasa terselamat. Kita berada dalam kerajaan campuran, kepimpinan orang Melayu tidak perlu dipertahankan, banyak masjid untuk buat ibadat, semuanya rasa selamat...," katanya ketika ditemui di majlis Pidato Perdana Dr Asri Zainul Abidin yang berlangsung di Masjid Wilayah, lewat malam tadi.

Turut hadir ialah Penasihat Khas Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, banyak cabaran sedang dihadapi oleh umat Islam negara ini yang menyumbang kepada perpecahan tersebut.

"Banyak cabaran-cabaran yang tidak disangka-sangka seperti perbincangan berkenaan perpaduan.

"Umat Islam perlu bersatu padu tapi kerana fahaman politik berbeza-beza, kita jadi berpecah kepada beberapa parti. Tidak ada persefahaman walaupun berkenaan masalah orang Islam sendiri," katanya.

Pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 Jumaat lalu, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan supaya kerajaan perpaduan diwujudkan antara PAS dan BN bagi menyelesaikan pelbagai isu termasuk masalah politik dalam negara secara menyeluruh.

Bagaimanapun, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bersetuju dengan saranan itu.

Dr Mahathir berkata, beliau menyambut baik cadangan kerajaan perpaduan yang disarankan Abdul Hadi namun ia perlu diteliti kerana melibatkan perpaduan parti politik.

"Kalau dulu perbalahan ini berlaku di dunia-dunia Islam apabila konsep-konsep barat diutarakan dan ini berterusan tapi kini ia berlaku di negara kita sendiri.

"Perpecahan telah berlaku di kalangan umat Islam kerana fahaman politik yang berbeza.

"Umat Islam jadi begitu lemah kerana perpecahan ini. Perkara ini perlu diberi perhatian dan sesuatu harus dilakukan," katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, konsep kerajaan perpaduan yang disarankan oleh Abdul Hadi itu sebenarnya masih belum dapat digambarkan secara jelas.

"Apa yang dimaksudkan (Abdul Hadi) tidak jelas, sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau BN (Barisan Nasional) dengan pakatan pembangkang.

"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti-parti yang terlibat) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.

"PAS pun pernah masuk BN tapi kemudian berpisah sebab PAS guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia," katanya.

Dr Mahathir berkata, usaha untuk mewujudkan kerajaan perpaduan akan mendatangkan kebaikan seandainya semua pihak benar-benar ikhlas untuk cuba melaksanakannya.

"Soal umat Islam berpecah belah perlu diberikan perhatian segera. Itu lebih penting," kata Dr Mahathir.




KENANGILAH JASA DAN KEPIMPINAN MEREKA....!!!

ROSMAH MANSOR BETINA PUAKA...!!!

(Sila Klik Tajuk Untuk Video Khas)



Ditembak dalam masjid..Tak Mustahil Berlaku Di 1Malaysia....!!!!


KEJAM...Waris dan penduduk kampung melihat jenazah ahli keluarga yang ditembak mati ketika berjemaah solat isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan di selatan Thailand, kelmarin. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI

(Nota Khas : BEBERAPA PIMPINAN PAS BERUSAHA UNTUK MENGHALANG KEJADIAN INI BERLAKU DI SELATAN THAI SERTA MEMBERI PERLINDUNGAN DAN MEMBANTU KEAMANAN TERUS TERJAMIN...TETAPI....????)

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

PKR, DAP tidak berhak membantah..Rais...!!! Ini lah bukti pemimpin UMNO@BN yang sentiasa berkuasa VETO dalam kompenan mereka...PAKATAN RAKYAT LAIN BEB

Oleh WAN SYAMSUL AMLY
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diminta tidak 'membuat kacau' berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, DAP dan PKR sebenarnya tidak berhak untuk membangkang sebarang cadangan baik yang diberi Pas terutama bagi tujuan perpaduan rakyat negara ini.

Tegasnya, yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, nasihat kedua-dua parti 'pengacau' itu dilihat tidak langsung menguntungkan negara sekali gus membantutkan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Kita percaya Pas mempunyai pendirian sendiri dan kedua-dua parti berkaitan diminta tidak memberi nasihat yang tidak menguntungkan.

"Soal perpaduan harus diutamakan mana-mana parti politik di negara ini. Sesiapa yang tidak suka perpaduan bermakna tidak mempunyai pendirian kukuh untuk membina negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pemangku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Republik Singapura, Lui Tuck Yew di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Abdul Hadi mengutarakan idea tersebut pada Muktamar Pas ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam minggu lalu.

Bagaimanapun PKR dan DAP tidak bersetuju dengan idea Abdul Hadi terhadap pembentukan kerajaan perpaduan itu yang dilihat hanya akan melemahkan pakatan pembangkang sendiri.

Tambah Rais, penghargaan harus diberikan kepada Abdul Hadi di atas keterbukaan dan pandangannya untuk melihat suasana politik negara yang baik pada masa depan.

Katanya, pujian tinggi juga harus diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memandang idea itu dengan penuh keterbukaan.

"Kita hargai usaha Abdul Hadi itu dan kita juga mengagumi Najib dan Muhyiddin kerana keterbukaan mereka menerima idea tersebut.

"Kita yakin usaha itu akan dibincangkan dalam masa terdekat," ujarnya.

Dari Kaherah, Obama Meraih Suaka....!!!

Isu Luar Negara Oleh: azzati

"[Tulisan iniku tujukan kepada mereka yang telah disihir dengan mentera-mentera Obama].

Dengan menggunakan nama Barrack Hussain Obama, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu telah memenangi perasaan umat Islam dengan menggunakan retorik perpaduan agama di dalam pidato 55 minit-nya di Universiti Kaherah.

Tidak dapat dinafikan bahawa ucapan Obama pada 4 Jun lalu, telah meletakkan harapan yang amat tinggi sehingga sebahagian umat Islam terpesona dengan pidatonya, termasuklah ‘mereka’ yang berada di bumi al Azhar ini.

Tidak kurang juga, ada yang sudah mengiktiraf Obama sebagai idolanya. Biarpun kita tidak tahu apakah ‘udang di sebalik batu’ pada hakikat yang tersirat di sebalik itu, masih ada yang terus berbaik sangka dan tidak kurang juga – tetap selamanya berburuk sangka.

Ucapan Obama, begitu memukau sebahagian besar umat Islam dengan konsep toleransi yang tinggi. Obama diangkat menjadi ‘Harapan Baru Dunia Islam’. Walau bagaimanapun, penulis menganggap, kemunculan Obama hanyalah sebagai usaha untuk melenyapkan plan radikal yang dimanipulasi Bush ketika mentadbir Amerika. Plan tindakan yang ada dicorak Bush dahulu telah berubah wajah daripada diktator menjadi moderat ketika Obama melayakkan dirinya sebagai presiden. Kerana, walaupun jawatan presiden bertukar tangan, ia sedikitpun tidak mengecewakan cita-cita Bush agar segala projek penaklukannya ke atas wilayah Islam menjadi kenyataan.


Kata Dr.Mahdi Akef, mursyidul ‘am Ikhwanul Muslimin mengenai pidato Obama, ‘yang berubah hanyalah uslub (metod) tetapi bukanlah perlaksanaan yang hakiki’.


Melanjutkan tulisan ini, penulis meletakkan prinsip dalam menilai pidato Obama tempoh hari sebagaimana berikut ;


أنا لست مع المسرفين في التفاؤل ولا المسرفين في سوء الظن

[ Saya bukanlah orang terlalu bersikap optimis (dengan pidato Obama) dan tidak juga terlalu bersikap sangka buruk ]


Pendekatan penulis ialah wasatiyyah (sederhana), mengkritik dan menimbang kebenarannya. Khususnya apabila pidato Obama pada 4 Jun lalu, masih memberikan gambaran kepada kita bahawa Amerika masih berangan-angan mahu mencorak geopolitik global dan merangkul umat Islam mengikut telunjuknya. Kita tidak boleh mengadili Amerika hanya disebabkan pidato Obama yang berlangsung di Universiti Kaherah yang berlangsung selama 55-minit itu. Obama adalah Obama dan Amerika adalah Amerika.


Tiada banyak polisi Amerika dilihat berbeza dari sebelumnya, cuma Obama lebih banyak mengambil pendekatan yang dikira halus dalam usahanya merapatkan jurang antara Muslim dan Amerika. Secara keseluruhan, ucapan-ucapan beliau bolehlah dibahagikan kepada beberapa tumpuan, iaitu ;
1) Mengajak masyarakat Islam agar tidak lagi mengganggap Amerika sebagai musuh utama.
2) Mengembalikan imej baik luaran Amerika yang sebelum ini tercalar teruk sebagai negara yang mendiskriminasikan Islam.
3) Menangani keganasan ekstremis di seluruh dunia dan mencari perdamaian di Asia Barat.
4)Menyatakan janji untuk menyelesaikan segala ketegangan yang berlaku di wilayah-wilayah Islam yang berkecamuk, yang melibatkan hati dan perasaan umat Islam.
5) Menyeru kepada masyarakat Islam agar dapat menerima Israel sebagai tetangga baru di Asia Barat, dengan berasaskan kisah Holocoust untuk memancing simpati umat Islam.
6) Menegaskan tragedi hitam pada 11 September 2001 merupakan serangan yang dilakukan oleh al Qaedah.
7) Menceritakan isu hak asasi terutamanya wanita yang dianggap Obama tidak stabil di negara-negara Islam.
8) Menyatakan keazamannya untuk mengerahkan kerajaan AS, melupuskan penjara Guantanamo Bay pada pada awal tahun depan.
9) Menutup semua kegiatan nuklear dan mewujudkan suasana dunia tanpa genjatan senjata.


Ramai yang menafsirkan bahawa pidato Obama di Kaherah, sangat berbeza dengan ucapan presiden-presiden Amerika sebelum ini. Tetapi tidak bagi penulis. Ucapan Obama hanya berbeza disebabkan pujian-pujian yang ditujukan kepada warga Mesir dan peradabannya, pujian ke atas institusi al Azhar, dan kerana itulah ia menambahkan kekuatan vokalnya untuk terus disenangi para pendengar terutamanya warga awam Mesir yang sangat sukakan ‘pujian’. Penulis merasakan, kita sebagai masyarakat Islam dan masyarakat al Azhar khususnya tidak terkesima dengan pujian-pujian seperti yang dilakukan oleh Obama.

Firman Allah Taala ;


لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوْا وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُواْ بِمَا لَمْ يَفْعَلُواْ فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِّنَ الْعَذَابِ


[ Jangan sekali-kali engkau menyangka, orang-orang yang riang (bergembira) dengan apa yang telah tunaikan, dan mereka pula suka diPUJI dengan apa yang mereka tidak lakukan – jangan kamu menyangka mereka akan terselamat dari seksa ] – Surah al Imran:188, al Quranul Karim


Pujian dan keredhaan Obama tidaklah sama taraf dengan keredhaan dan pujian Allah Taala ke atas orang yang beriman. Janganlah kita terpedaya. Obama sebenarnya berusaha menjaga hati semua pihak bagi meraih sesuatu yang luar biasa sebagai Presiden Amerika yang baru.


Fawzi Barhoum, salah seorang juru cakap HAMAS berkata, “pidato Obama sangat berbeza dengan kelibat Bush sebelum ini, bagaimanapun masih banyak yang perlu dikaji mengenai ucapan Obama”. Menurutnya lagi, ucapan-ucapan Obama hanya lisannya semata dan bukanlah mekanisme dalam pentadbiran Amerika. Ini kerana, bermula dari tarikh Obama dijadualkan berucap di Kaherah – HAMAS masih lagi tidak diiktiraf sebagai kerajaan yang sah, dan sehingga ke hari ini, Amerika terus melabelkan HAMAS sebagai kumpulan ekstremis.


Dan sekali lagi. Obama masih menggunakan isu World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001 sebagai modal yang seharusnya ditanggung oleh masyarakat Islam. Modal ini pernah digunakan Bush untuk melakukan penjajahan ke atas Afghanistan dan Iraq. Tragedi hitam 11 September itu, ibarat kejadian tragis di Pearl Harbour untuk mendapatkan restu dunia kepada polisi Amerika bagi menekan wilayah-wilayah Islam. Sedangkan, “isu tersebut tiada Muslim, tiada Arab, tiada pengganas yang terlibat, tetapi hanya Rumah Putih, bandar raya New York, dan pejabat Datuk Bandar New York yang menipu rakyat Amerika dan dunia” – ini sebagaimana yang disebut oleh Jimmy Walter, pengasas ReOpen 911.


Mengenai kitab-kitab Samawi termasuk Talmud yang dinaqalkan oleh Obama mengenai ‘as Salam’ (perdamaian) ;

The Talmud tells us: "The whole of the Torah is for the purpose of promoting peace".
[ Kitab Talmud mengatakan kepada kita: “Seluruh Taurat memberikan cadangan dengan menggalakkan perdamaian” ].


Saya (penulis) pelajar kuliah Usuluddin yang belajar ilmu ‘muqoronah adyan’ (komparatif agama) sebagai subjek teras di dalam jabatan Dakwah & Ketamadunan Islam, bersaksi sebenarnya tiada perkataan ‘as Salam’pun di dalam Taurat sebagaimana didakwa oleh Obama. Tiada satu pun perkataan yang mengajak kepada perdamaian di dalam Taurat! Sebaliknya semua kandungan Taurat itu mengajak kepada peperangan dan penaklukan. Di dalam Taurat sendiri, Allah Taala menyifatkan ‘mereka’ (kaum Yahudi) sebagai ‘lord of the soldiers’ (rabbu al junud).


Obama turut menggunakan kekuatan latar belakangnya seperti memaklumkan bahawa keluarga di sebelah ayahnya seorang Muslim, serta beliau pernah tinggal di Indonesia – negara Islam terbesar di Asia. Perkara ini bukan pertama kali beliau isytiharkan di Kaherah, tetapi telah diulang berkali-kali untuk meyakinkan masyarakat Islam di mana-manapun, bahawa hubungan beliau dengan masyarakat Islam sangat rapat. Tetapi, sanggupkah Obama berubah menjadi seperti Malik as Shabbaz (Malcolm X), Cassius Clay (Muhammad Ali) ataupun Nicholas Anelka (Abdul Salam Bilal)? Sekalipun itu yang kita harapkan, Obama tetaplah seorang Kristian apabila beliau sekeras-kerasnya membantah ‘rumour’ yang mengatakan bahawa dirinya adalah seorang Muslim.


Manakala adengan Obama memetik mafhum ayat-ayat al Quran yang berbunyi ;

“Be conscious of God (Allah) and speak always the truth”. Surah al Ahzab:70.
“Whoever kills an innocent is as – it is as if he has killed all mankind. And the Holy Koran also says whoever saves a person, it is as if he has saved all mankind”. Surah al Maidah:32.
“O mankind! We have created you male and a female; and we have made you into nations and tribes so that you may know one another”. Surah al Hujurat:13.


Apa yang dilakukan Obama bukanlah satu perkara yang baru, malah ia pernah menjadi polemik hangat di negaraku Malaysia. Seperti YB Nga Kor Ming, EXCO Kerajaan Negeri Perak yang membaca beberapa petikan ayat al Quran. Apa yang telah dilakukan oleh Kor Ming telah dicemuh sebagai taktik mempermainkan ayat al Quran.


Sekarang ini, Obama pula memetik beberapa nas al Quran; Adakah perbuatan Kor Ming salah, manakala perbuatan Obama betul?


Idea Pluralisme Obama

Kenyataan Obama turut membayangkan aspirasinya yang tulus mengenai pluralisme agama. Kerana itu, Obama mencipta satu kelainan daripada kelaziman pidato-pidato presiden Amerika sebelum ini, sehingga berjaya menyihir sejumlah besar pendengar pidato-nya;


All of us have a responsibility to work for the day when the mothers of Israelis and Palestinians can see their children grow up without fear; when the Holy Land of the three great faiths is the place of peace that God intended it to be; when Jerusalem is a secure and lasting home for Jews and Christians and Muslims, and a place for all of the children of Abraham to mingle peacefully together as in the story of Isra, as in the story of Isra, when Moses, Jesus, and Mohammed, peace be upon them, joined in prayer.
[ Kita semua memiliki tanggung jawab untuk berjuang mencipta tempoh dimana para ibu Israel dan Palestin boleh menyaksikan anak-anak mereka lahir tanpa rasa takut; Tempoh di mana Tanah Suci ini untuk tiga agama terbesar menjadikan ia sebagai tempat perdamaian yang diinginkan Allah; Tempoh di mana Jerusalem (Darussalam) menjadi tempat kediaman yang aman makmur bagi penganut Yahudi, Kristian dan masyarakat Muslim, dan ia merupakan sebuah tempat untuk semua keturunan Nabi Ibrahim hidup bersama secara damai sebagaimana dikisahkan dalam sejarah Isra’, iaitu ketika Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad salallahualaihi wasalam (rahmat dan salam ke atas mereka semua) masing-masing bersama menunaikan ibadah ].


Mengapa kita boleh terpukau dengan teater Obama seperti ini?


Penulis tidak mengatakan apa yang diucapkan oleh Obama ini semuanya salah, kerana harapan Obama itu juga merupakan harapan penulis. Tetapi ingatkah sahabat-sahabat sekalian apa yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah salallahualaihi wasalam dari lisannya yang bercahaya ;


والذى نفسى بيده، لو أن موسى عليه الصلاة والسلام – كان حيـــــا ما وسعه إلا أن يتبعنى

[ Demi jiwa ragaku di tangan-Nya (Allah Taala), jika Musa alahissalam itu masih hidup tentulah Musa akan menjadi pengikutku(Muhammad salallahualaihi wasalam) ] Imam Ahmad di dalam Musnad.


Jika kita menerima kata-kata Obama ini secara bulat-bulat, apa mustahaknya Allah mengutuskan perutusan terakhir kepada umat di seluruh alam ini Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam? Tentulah disebabkan perutusan Nabi-Nabi sebelum kedatangan Muhammad salallahualaihi wasalam telah didustai oleh mereka dari kaum Yahudi dan Nasrani.


Obama dikira berjaya apabila cuba mengelirukan masyarakat Muslim mengenai hak tanah al Quds yang sepatutnya dikongsi bersama oleh rakyat Palestin dan Yahudi. Tahukah Obama, saat ini siapa yang paling teraniaya dengan penindasan dan sikap ‘double standard’ dunia terhadap Palestin?


Kata Obama ;

If we see this conflict only from one side or the other, then we will be blind to the truth: The only resolution is for the aspirations of both sides to be met through two states, where Israelis and Palestinians each live in peace and security.
[ Jika kita melihat konflik ini (ketegangan di Palestin) di mana-mana sisi pun, maka kita akan dibutakan kebenaran: Satu-satunya resolusi adalah aspirasi pihak kedua diwujudkan melalui dua negara, di mana rakyat Israel dan Palestin masing-masing hidup dalam damai dan keamanan ]


Benar, Yahudi berhak tinggal di mana-mana penempatan di muka bumi Allah ini hatta di Malaysia sekalipun. Tetapi, mereka tidak berhak mencipta negara di perbatasan yang telah mempunyai penduduk tetap (rakyat Palestin) di dalamnya. Islam bersikap akomodatif; tidak pernah menafikan hak-hak kerakyatan bangsa Yahudi sejak zaman Nabi Adam diturunkan lagi. Ini terbukti sebelum kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924M, telah ada kaum Yahudi yang menduduki bumi Palestin dan mereka hidup aman damai bersama masyarakat Islam. Tetapi perbuatan rejim Israel menganyang umat Islam Palestin, membina negara haram Israel di Palestin adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan dan wajib dituntut.


Mengapa Obama tidak mahu mengulas peristiwa menyayat hati yang berlaku di Shabra dan Shatila? Mengapa Obama menyembunyikan kejahatan rejim Israel semasa serangan Ghazah 1430 H yang lalu? Mengapa Obama tidak mahu menceritakan kisah menyayat hati seorang lelaki Muslim, sudah tua dan uzur menggunakan ’wheel chair’ yang telah disasarkan bom oleh tentera Israel dengan holikopter Apache!


Untuk mendapat simpati masyarakat Islam, Obama sekali lagi meyakinkan akan kebenaran peristiwa Holocaust. Satu lagi modal Bush yang menjadi punca kaum Yahudi dibenarkan mendirikan negara haram Israel. Ya, penulis bersimpati dengan jenayah Holocoust. Tetapi mengapa jenayah Holocoust yang dilakukan oleh Nazi Jerman itu, menjadi lesen untuk rejim Zionis mendera rakyat Palestin? Renungkanlah, Obama tidak ubah seperti seorang ‘salesman’ yang menjual produk-produk Bush, manakala umat Islam ibarat pembeli barangan jualannya. Obama sebenarnya hanya cuba untuk menyembunyikan jenayah perang rejim Zionis ke atas umat Islam dengan hanya menjaja cerita-cerita 1001 malam yang bertajuk ‘Holocoust’.


Kerana itu, jadual perjalanan yang menjadi destinasi seterusnya selepas mem-’brain-wash’ umat Islam di Kaherah ialah, ke kem-kem Nazi di Buchenwald, Jerman. Satu ‘swing’ yang dilakukan Obama untuk membuktikan kepada masyarakat Islam bahawa Yahudi benar-benar teraniya semasa peristiwa Holocoust. Dan masyarakat Muslim pula perlu menelan hakikat bahawa pembunuhan rakyat Palestin oleh rejim Israel tidak mengapa.


Sekarang Adakah Anda Mempercayai Obama?


Segala gula-gula ditabur oleh Obama pada 4 Jun lalu, pasti tercabar jika beberapa polisi Amerika yang lalu masih diteruskan. Hal ini berhubung kepada perkara seperti ;


PERTAMA : Kepentingan Yahudi-Israel dipertahankan dengan penguasaan ‘neo-konservatif’ ke atas seluruh keputusan penting pentadbiran Amerika. Di Amerika, ada sebuah pertubuhan yang paling berpengaruh terhadap jangka hayat presiden-presiden AS yang dikenali sebagai ‘The American Israel Public Affairs Comittee’(AIPAC) – pada asalnya organisasi ini dikenali sebagai The American Zionist Public Affairs Committee, sebuah organisasi yang pro-Israel di Amerika yang diasaskan oleh Isaiah L. Kenen pada tahun 1954. Apa yang menarik lagi mengenai pertubuhan tersebut telah menerima pengiktirafan semua presiden-presiden Amerika termasuk Barrack Hussain Obama.


KEDUA : Menyifatkan serangan 11 September 2001 berpunca dari angkara ektremis Islam dengan meletakkan al Qaedah sebagai penggerak konspirasi. Al Qaedah bukanlah sebuah negara, malah bukan juga sebuah pertubuhan, tetapi mengapakah Obama sangat runsing dengan al Qaedah? Ia hanyalah rangkaian bersenjata yang tidak bertunjang pada satu kepimpinan politik. Apa yang dinyatakan Al Qaedah berhubung dengan membina khalifah merupakan idea yang sangat tidak berstrategi, kabur dan retorik. Mereka hanya rangkaian yang mendatangkan kesan buruk terhadap citra Islam yang suci. Momokan apakah yang dibawa oleh rangkaian al Qaedah, sehingga ia digeruni oleh AS? Benarkah al Qaedah kumpulan mujahidin yang menepati kehendak al Quran dan Sunnah? Atau ia hanya menjadi alat ‘pass masuk’ tentera-tentera Amerika ke wilayah-wilayah Islam.


KETIGA : Menceroboh wilayah-wilayah Islam sesuka hati dengan matlamat menghentikan keganasan dan mempertahankan hak asasi manusia. Penulis percaya memang AS tidak mempunyai niat yang buruk terhadap usahanya menangani ’keganasan’. Menangani ‘keganasan’ tentulah ia merupakan langkah yang murni dan baik, malah Islam sendiri menolak perbuatan-perbuatan ganas, ‘barbarian’ dan melampau. Tetapi pendirian AS dalam menangani keganasan itulah pendirian yang buruk dan korup, kerana tindakan mereka adalah untuk ‘mengekalkan dan melebarkan kuasa’.


Inilah temberang Obama, agar masyarakat Muslim redha dengan apa yang pernah dilakukan kerajaan AS sejak tahun-tahun dulu semasa pentadbiran Bush. Kata Obama ;

Over seven years ago, the United States pursued al Qaeda and the Taliban with broad international support. We did not go by choice; we went because of necessity
[ Lebih 7 tahun lalu, Amerika mencari rangkaian Al Qaedah dan Taliban dengan dokongan antarabangsa (menghentikan paksi kejahatan; sebagaimana yang didakwa Bush). Kami tidak melakukannya karena ada PILIHAN, kami melakukannya karena PERLU ].


KEEMPAT : Tidak mengambil kira pengiktirafan HAMAS sebagai kerajaan yang sah di Palestin, dan menekan HAMAS supaya mengiktiraf Israel. Sekalipun Obama tidak melabelkan HAMAS sebagai terrorist, tetapi beliau sering mengaitkan HAMAS sebagai pertubuhan ekstremis. Ini adalah analisis Obama yang salah terhadap HAMAS. Obama masih naif menilai apakah yang dimaksudkan dengan ‘ekstrem’, dan apakah sebenarnya ‘terrorist’. Serangan rejim Israel yang menggunakan fosforus di Gaza awal tahun ini, tidak pula diperbesarkan sebagai hal yang mengancam keamanan sejagat atau ‘terrorist’. Inilah sikap bias Obama, apabila beliau terus tegar meletakkan imej HAMAS sebagai ekstrem demi memastikan kestabilan sekutunya iaitu Israel, terjamin.


Sekali lagi, Obama telah berjaya melupakan umat Islam di seluruh dunia semasa saat tragis yang menimpa saudara seaqidah kita di Palestin.


KELIMA : Tekanan terhadap Iran agar memberhentikan segala proses nuklear yang dianggapnya boleh mengancam ‘keamanan'. Mari sekali lagi kita perhatikan temberang Obama ;


I strongly reaffirmed America's commitment to seek a world in which no nations hold nuclear weapons.
[ Saya secara kuat mempertegaskan komitmen Amerika untuk mengusahakan sebuah dunia di mana tiada satu pun negara yang memiliki senjata nuklear ].


Sedangkan sejak tahun 1958 lagi, Israel telah membina loji Reaktor Nuklear Dimona di Negev. Obama tidakpun menyebut perihal ini, Obama sekadar mendiamkan diri dan berkecuali terhadap program pembangunan nuklear Israel. Polisi berat sebelah Amerika seperti ini pasti berlaku. Ini kerana, Iran adalah musuh sejak Revolusi Islam Iran tahun 1979, manakala Israel adalah rakan tadbir AS sejak dahulu lagi.


Lebih ketara lagi ialah, sokongan Iran terhadap Hizbullah yang berperang menentang Israel, ini tentunya mengukuhkan kedudukan Iran menjadi musuh utama AS. Maka antara hujah yang sentiasa dibahaskan ialah kebimbangan bahawa senjata nuklear Iran ini jatuh ke tangan al Qaedah. Sedangkan, al Qaedah (ideologi Salafi-Wahabi) dan Iran (Syiah) bagaikan minyak dan air, sangat mustahil mereka bersatu dan bekerjasama.


Di sini kita dapat melihat satu aspek, kerajaan Amerika merasakan kedudukannya tidak selamat. Tetapi pada aspek yang lain, dunia Islam sebenarnya telah dianiaya dengan polisi-polisi AS yang direka-reka.


Kesimpulan & Penutup


Secara peribadi, saya merasa yakin Obama - tidak mampu mengubah banyak perkara besar terhadap dasar Amerika, sekalipun ucapan beliau begitu memujuk jutaan hati umat Islam.


Dan keseluruhannya, Obama hanya bercakap mengenai keazaman pentadbiran ‘Amerika Baru’ di bawah kepimpinan beliau. Tetapi, bukan untuk memperbaiki polisi-polisi Amerika yang bersikap bias terhadap Islam. Obama mungkin sedang membangunkan hubungan Amerika dan masyarakat Muslim dengan statusnya sebagai presiden yang baru. Tetapi, tanpa kita sedari banyak perkara-perkara penting yang tidak diambil kira oleh beliau.


Namun dengan sikap adil dan teliti, jujur penulis rasakan; saya masih boleh bersangka baik dengan hasrat sucinya itu. Jika sedikitpun perubahan yang ditawarkan berjaya dilakukan, sekurang-kurangnya Obama telah meletakkan dirinya sebagai penganut Kristian yang mengakui keunggulan Islam dan berusaha menentang stereotaip negatif terhadap Islam dengan mempamerkan sumbangannya melalui sejarah yang diceritakan oleh beliau semasa pidato 55-minit tersebut.


Penulis juga bersetuju dengan Obama apabila turut mengenal pasti kelemahan umat Islam yang ketara berlaku saat ini ialah perpaduan yang rapuh di kalangan mereka. Analisis Obama ini disambut baik oleh Dr.Yusuf al Qardhawi hafizahuLlah, dengan memberikan pesanan kepada umat Islam di dalam khutbah-nya pada 5 jun ;


إذا رأى خصومنا قوتنا ووحدة صفنا احترمونا وحاولوا أن يوجدوا حلولا لمشاكلنا، وإذا تمزقنا وتنازعنا وحارب بعضنا بعضا فلن يحترمنا أحد

[ Jika kita (umat Islam) gagah berdepan dengan permusuhan dan menghargai kesepaduan barisan kita (menghadapi penentangan mereka) nescaya kita berupaya menganalisis masalah-masalah (dalaman mahupun luaran) yang menimpa kita. Sebaliknya jika kita berpecah, Ikatan kita longgar dan kita saling bermusuhan antara satu sama lain, tentulah kita tidak akan dihormati oleh sesiapapun ]


Walau bagaimanapun, penulis tidak menganggap umat Islam itu perlu bersatu pada setiap perkara, adakalanya kita berhak berbeza pendapat namun masih diliputi sikap saling hormat-menghormati, bukan saling rendah-merendahkan. Masing-masing punya pendapat sendiri. Namun, bagi penulis yang masih belajar mencari kebenaran dan berusaha membelah kesamaran ini, penulis tidak mudah menelan bulat-bulat apa yang telah dikatakan oleh Obama.


Penulis tidak memusuhi Amerika. Penulis juga tidak membenci Amerika, kerana penulis percaya satu hari nanti Amerika mampu mengulangi sejarah Parsi yang ketika dahulu adalah kuasa besar yang begitu sengit memusuhi Islam. Tetapi akhirnya, kerajaan Parsilah yang menjadi salah satu tonggak kekuatan kepada dunia Islam masa kini. Firman Allah Taala ;


لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ

[ Sesungguhnya engkau akan mendapati manusia yang keras sekali permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya engkau akan dapati pula orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang beriman ialah orang-orang yang berkata, ‘Kami ialah orang-orang Nasrani (Kristian)’, yang disebabkan itu di antara mereka ada pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat. Malahan pula mereka tidak bersikap sombong ] – Surah al Maidah:82, al Quranul Karim.


Bagaimanapun, penulis tetap melihat pidato Obama ini dengan sikap hazar (waspada), dan meminta agar masyarakat Islam tidak terpedaya mengharapkan janji-janjinya. Firman Allah Taala ;


وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ

[ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha kepadamu sehingga engkau menuruti agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), ‘Sesungguhnya petunjuk agama Allah (Islam) itulah petunjuk yang benar’. Dan jika engkau terpedaya lalu menuruti kehendak nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran itu), maka tiadalah engkau akan perolehi daripada Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu ] – Surah al Baqarah:120, al Quranul Karim.


Wallahua’lam
http://satukalimah.blogspot.com/

MENCARI PENGERTIAN YANG TEPAT "KETUANAN MELAYU"

----------Oleh Halik Zaman----------

Sudah saya ungkap sejarah Melayu, untuk mencari sebenarnya erti yang tepat "Ketuanan Melayu". Saya masih gagal menemui erti sebenarnya "Ketuanan Melayu" secara tersurat. Mungkin kah ia hanya suatu andaian sahaja bahawa Ketuanan Melayu itu bererti Tanah Melayu ini, milik orang Melayu? Mungkin itu hanya satu ilusi sahaja, bukan pada hakikat dan fakta?

Ketuanan Melayu "Malay superiority" semacam perkauman sahaja bunyinya, menggambarkan satu bangsa yang angkuh. Sedang orang Melayu dikenali dari satu bangsa yang mempunyai nilai nilai murni, bersopan, berhemah tinggi, berbudi bahasa halus, lembut. Jauh dari tangkapan angkuh.

Ada kah Ketuanan Melayu ini punya hubungkait dengan Tanah Melayu? Orang Melayu punya? Atau ia hanya satu keangkuhan seseorang berketurunan Melayu?

Jika ada ketuanan pada satu puak, tentunya ada pula hamba dari puak yang lain sebagai kasta kelas bawahan? Jika "Ketuanan Melayu" di bentuk berkasta, tidak kah bertentangan dengan aspirasi satu bangsa Malaysia yang tiada berketuanan? Tapi bangga dengan satu bangsa Malaysia yang mulia, bertertib, bersatu menjunjung Rukun Negara?

Seperti kata Profesor Dr. Nik Annuar dalam tv1 baru baru ini, "erti Ketuanan Melayu, bahawa Tanah Melayu ini, orang Melayu punya". Saya tidak bersetuju dengan pendapat Profesor Dr.Nik Annuar. Kerana tidak ada tertulis dalam mana mana sejarah. Itu mungkin cuma satu ilusi sahaja dari kefahaman Profesor Dr. Nik Annuar.

Kalau benar kata Profesor Dr. Nik Annuar itu, ingin pula saya nak tanya, siapa nama Tuan Melayu itu, yang punya Tanah ini? Ada H/P No kah Tuan itu?

Kefahaman saya, bila lahir sahaja gagasan Malaysia, Malaysia ini dipunyai oleh semua warga negara Malaysia. Warga Malaysia itu ertinya rakyat Malaysia. Mungkin tepat kalau negara Malaysia ini dianggap "Ketuanan Rakyat Malaysia". Ini cuma pendapat saya sahaja.

Kalau dikaji dari sudut agama pula, "Manusia semua sama sahaja, dari keturunan Adam dan Hawa". Tidak ada darjat dan tidak ada kasta yang bersifat sementara itu. Bumi ini Allah swt yang punya, manusia cuma penumpang sementara sebelum mati.

Untuk mengetahui siapa punya Tanah Malaysia ini? Dekati lah Allah swt, taati lah suruhanNya, pelajarilah agamaNya, maka insya Allah anda tidak akan sesat dalam lamunan" ilusi ketuanan" yang selama ini menjadi jurang berbezaan manusia yang semua berketurunan dari Adam dan Hawa.
HZ

Zulkifli Sulong: Muktamar Yang Gagal...Umno yang untung..???


Muktamar gagal selesaikan masalah sebenar dalam PAS

JUN 9 — PAS telah terlepas peluang keemasannya apabila muktamar tahunan yang ke 55nya berlalu tanpa menyelesaikan secara tuntas isu hubungannya dengan Umno.

Para penyokong dan ahli parti itu terus keliru dan menerima mesej yang berpecah tentang isu itu walaupun muktamarnya telah berakhir.

Ia telah dipergunakan sepenuhnya oleh media yang dimiliki musuhnya untuk terus mengeliru dan memasukkan jarum-jarum perpecahan di kalangan mereka.

Ia bermula apabila Datuk Husam Musa menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dengan alasan untuk menjelaskan halatuju parti itu kerana timbalan yang ada Nasharudin Mat Isa terlalu liberal dengan Umno bagi beliau.

Sebagaimana diketahui, Husam bersama seorang lagi calon untuk jawatan itu, Mohamad Sabu tewas dan Nasharudin menang.

Signal yang dihantar kepada semua adalah perwakilan mahukan Nasharudin meneruskan hubungan liberalnya dengan Umno.

Nasharudin dalam laporan medianya pula terus berkata, beliau akan menyokong agenda kerajaan perpaduan yang dibawa oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, sepanjang muktamar para perwakilan bercakap dengan lantang hatta ketika ucapan penangguhan, kerjasama atau hubungan dengan Umno memberikan signal yang salah kepada penyokong dan ahli parti itu di peringkat bawahan.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP), Vincent Lee yang bercakap bagi pihak orang bukan Islam yang menyokong parti Islam itu jelas memberikan kenyataan bahawa hubungan yang baik dengan Umno akan menjauhkan orang bukan Islam yang selama ini sudah menyokong PAS.

Ini kerana, orang bukan Islam memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka tidak senang dengan lagak Umno selama ini. Jika PAS pula berbaik-baik dengan Umno bermakna PAS mengkhianati sokongan mereka kepada PAS selama ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat yang baru menang Siti Zailah Yusof ketika memberikan ucapan penangguhan di hari terakhir muktamar itu semalam juga menegaskan agar PAS berhenti dari meneruskan rundingan dengan Umno, kalau ada, berhubung dengan kerajaan perpaduan ini.

Zailah berkongsi pandangan bahawa langkah ini memberikan gambaran seolah-olah PAS mahu berbaik-baik dengan Umno yang selama ini menjadi musuh tradisi parti Islam itu.

Ketika membahaskan usul untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat rampasan kuasa terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, perwakilan Selangor dari Shah Alam, Khalid Samad mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menyerang pihak-pihak dalaman PAS yang cuba berbaik-baik dengan Umno.

Bagi beliau tindakan PAS akan mengelirukan penyokongnya sebagaimana kumpulan Muawiyah Abi Sufyan yang berjaya mengelirukan tentera Saidina Ali dalam peperangan Siffin dengan cara meletakkan Al Quran di atas tombak bagi menuntut perdamaian selepas mereka hampir kalah.
Kerana menghormati Al Quran, tentera Saidina Ali telah terpedaya dengannya.

"Apakah kita mahu mengulangi tragedi ini dengan menghantar mesej yang salah kepada penyokong kita padahal kita tahu musuh kita mahu memecahkan kita dengan cadangan perpaduan atau perdamaian atas nama Melayu dan Islam ini?" soal Khalid dalam membahaskan isu ini.

Langkah PAS yang hanya mengemukakan usul yang sudah sepakat di kalangan ahli PAS untuk dibahaskan tetapi tidak membincangkan dengan terperinci isu-isu yang tidak jelas sebagaimana kerajaan perpaduan ini juga dikesali oleh para perwakilan.

Usul yang dikemukakan untuk perbahasan adalah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) dan usul intergriti kehakiman. Ketiga-tiganya sememang bukan isu dan sudah sepakat di kalangan ahli PAS dan tidak perlu dibahaskan lagi.

Yang perlu diperbahaskan dan mendapat kata putus secara tuntas dalam PAS adalah kerajaan perpaduan ini kerana inilah isu yang selama ini kelihatan perbezaan pendapat yang ketara di kalangan ahli dan pemimpin PAS sehingga sampai ke peringkat cabar mencabar dalam pucuk pimpinan PAS sendiri tetapi ia tidak dijadikan usul untuk dibahaskan.

Hasilnya, muktamar berlalu tetapi isu utamanya tidak selesai. Menurut maklumat yang saya terima sebuah negeri mahu mencadangkan agar PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu ini.

Namun, bagi saya, PAS belum terlambat untuk menyelesaikan isu ini segera. Empat pemimpin utama PAS perlu duduk semeja dengan segera dan membuat kenyataan bersama mengenainya. Mereka adalah Hadi dan Nasharudin di samping Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam.

Ke empat-empat mereka perlu mencapai kata sepakat segera sebelum tafsiran yang berbagai-bagai terus berligar di kepala penyokong dan ahlinya.

Ketika membentuk kabinet baru pasca muktamar PAS ke 55 juga, Hadi dan Nasharudin boleh bertindak menyelesaikan segera isu ini dengan jangan sesekali mengenepikan tokoh-tokoh PAS yang kalah terutama Husam dan Mohamad Sabu. Hilangnya mereka dari kabinet baru PAS sekali lagi akan menghantar signal yang salah kepada penyokong mereka.

Yang paling saya bimbang adalah kalau-kalau Erdogan benar-benar wujud dalam PAS. Yang dibimbangi kalau-kalau Erdogan dalam PAS ini sependapat dengan Erdogan di Turki dan menubuhkan parti baru yang lebih liberal sebagaimana tertubuhkan AK di Turki yang berpecah dari Refah (kini Fadhilat) dan memenangi pilihan raya di negara itu.

Kepada mereka, suka saya katakan kebimbangan saya, kejayaan di Turki tidak semestinya membolehkan idea ini membawa kejayaan di Malaysia. Saya lebih cenderung parti baru di Malaysia akan senasib dengan Hamim dan Berjasa sahaja.

Jika perpecahan ini benar-benar berlaku, maka sahlah teori bahawa PAS akan kalah teruk dalam pilihan raya ke 13 selepas menang besar dalam PRU-12 lalu. Teori ini hanya mengulangi sejarah pilihan raya PAS yang akan kalah teruk selepas menang besar sebelumnya.

Natijah Muktamar Ke-55 : PAS Istiqomah



Istiqamah. Mungkin ini adalah perkataan paling tepat untuk menyimpulkan natijah Muktamar Parti Islam SeMalaysia (Pas) ke-55 di Shah Alam yang berakhir Ahad lalu.

Dalam keghairahan pelbagai pihak, terutama media arus perdana, untuk menafsirkan apakah kesan daripada proses pemilihan pemimpin parti itu untuk penggal 2009-2011, Pas menyerlahkan wataknya yang sebenar – istiqamah.

Konsistensi dalam Pas inilah kekuatannya. Apabila disergah dengan pelbagai cabaran baru, Pas mempamerkan sikap semulajadinya – ahlus sunnah wal jamaah. Kaedah pemikiran ini bertitik tolak daripada tuntutan al Quran dan as Sunnah.

Dalam pemilihan kali ini Pas diapit oleh beberapa persoalan politik yang agak mendesak dan juga makar atau perangkap siasah yang disusun rapi oleh musuh-musuhnya. Mengepalai helah dan kesumat ini ialah media arus perdana yang sentiasa mengintai peluang untuk memporak-perandakan saf Pas dan juga ikatan parti itu dengan sekutu politiknya.

Perangkap pertama yang dilontarkan kepada Pas ialah persoalan, apakah Pas boleh melahirkan satu pasukan yang tangkas menghadapi cabaran Umno-Barisan Nasional yang mempunyai pemimpin baru. Dikatakan pemimpin baru – Najib Razak -- tidak seperti pemimpin-pemimpin Umno sebelumnya. Helah politiknya dikatakan lebih rapi dan kadangkala jauh lebih kejam.

Justeru Pas dikatakan perlu menyediakan pasukan yang lebih gesit dan kelihatan lebih berani dan tegas dalam menghadapi cabaran ini. Maka muktamar kali ini dikatakan harus membariskan pemimpin yang mampu “berlengan” dengan Najib dan konco-konconya.

Ini kerana ada yang berpendapat pimpinan Pas sebelum ini adalah terlalu lembut dengan polisi muqabalahnya. Namun ternyata Pas tahu apa yang ia perlu buat. Ia tidak termakan dengan terjahan yang hipotetikal atau bersifat andaian ini. Perwakilan Pas dapat membaca ini hanya andaian. Apakah sebenarnya Najib itu saingan politik yang lebih kental daripada Abdullah? Pada bacaan Pas, musuh politik adalah sama sahaja – mereka tetap berhelah dan penawarnya ialah muqabalah.

Ini cara Pas dan itu formula Islam,. Bersemuka atau “engagement” adalah prasyarat penting dalam politik dan kepemimpinan. Bila kita bersedia untuk muqabalah bererti kita sentiasa bersedia membaca tingkah pihak di seberang meja.

Lantas kecewalah musuh dan media arus perdana. Yang mereka nampak lebih ramai ulama di pentas kepemimpinan Pas. Yang mereka tidak dapat mengerti ialah ulamalah yang selama ini menjadi jentera menafsirkan halatuju Pas sejak akhir-akhir ini.

Media masih cuba membaca ideologi Pas melalui penampilan pemimpin Pas dan mereka sering terlepas pandang inti atau “substance” pertimbangan mereka. Bukankah saf ini juga yang menggerakkan strategi membentuk Pakatan Rakyat kerana itu adalah pilihan politik yang lebih Islami?

Kini Pas membuka jaringan spektrum politik yang lebih luas termasuk bersemuka dengan Umno dan entiti mana sekalipun. Ini kerana Pas tahu ia memikul tanggungjawab politik lebih besar, lantas ia perlu menyerlahkan keyakinan untuk memimpin pemikiran politik baru.

Namun sebagai parti politik yang berintegriti tinggi, spektrum politik baru itu akan dilayari bersama rakan-rakan politik yang memang telah banyak membantu menyerlahkan polisi “Pas Untuk Semua”. Prestasi Nizar Jamaluddin di Perak adalah bukti pada pengertian ini. Hakikat ini harus difahami oleh rakan dan pihak manapun yang mencemburui tingkah politik Pas.

Alkisah ada politik wang dalam proses pemilihan Pas kali ini ternyata strategi media yang meleset. Begitu juga laporan dan analisis kononnya terlalu ramai ulama di barisan tertinggi. Apa yang tidak disedari khalayak umum ialah pengertian ulama Pas kini sudah menjalari penguasaan ilmu semua perspektif kehidupan, termasuk politik. Selamat berjuang!

'Ketuanan Melayu' dari pandangan seorang Melayu

Open Artikel Oleh Dr Azly Rahman
(Terjemahan daripada bahasa Inggeris oleh Centre for Policy Initiatives)

'Wahai Manusia! Tuhan kamu itu esa dan dan kamu semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada orang Arab yang lebih mulia dari orang bukan Arab atau orang bukan Arab lebih mulia dari orang Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih), selain daripada belas kasihannya. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.'

- Sabda Nabi Muhammad s.a.w (Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi)


'Malaysia – dipunyai oleh siapa? Kepada warga Malaysia. Tapi siapakah warga Malaysia itu? Tuan Pengerusi Majlis, harapannya sayalah warga itu. Namun kadangkalanya, duduk di kamar ini, saya meragui kalau-kalau saya dibenarkan menjadi warga Malaysia. Ia keraguan yang membuai tergantung dalam pemikiran ramai orang,.... [sekali] emosi digerakkan dalam tindakan, manusia berlaga sesama manusia sepanjang kata-kata yang tidak terucap, kamu akan berdepan dengan perang yang akan memecahkan negara dari atas ke bawah dan meleraikan Malaysia.' – Lee Kuan Yew, Menteri Kanan, Republik Singapura.

Menaksirkan Ketuanan Melayu sebagai 'Malay superiority’ (keunggulan Melayu) sebaliknya agak tidak bermakna, tidak tepat secara asal usul ilmu bahasa dan secara falsafahnya dilihat angkuh. Saya kira kata 'kediktatoran' lebih dekat pada pengertiannya. Seterusnya membaca tulisan ini, tolonglah jauhi daripada membuat penghakiman tentang nilai dan janganlah terperangkap dalam penjara bahasa yang berhubungan dengan kata 'kediktatoran'.


Mendikte ['dikte' kata akar 'diktator'] membawa erti tersirat memberitahu, yang juga bermaksud menceritakan. Menceritakan bermaksud menjalin kisah berasaskan satu ideologi. Mengideologikan bererti mengurung. Mengurung bermaksud akan diperangkap. Kediktatoran di sini bermaksud pemerangkapan. Seseorang itu bukan menyedari kebebasan untuk memerintah tetapi sebaliknya sedar dirinya dalam perangkap – dan cuba keluar dari keadaan yang menjeratnya itu. Inilah bentuk kesedaran palsu.

Kata-kata, seperti yang diungkapkan ahli teori sastera Raymond Williams, perlu dipancangkan pada konteks/diletakkan dalam keadaan ekonomi yang muncul di dalamnya. Pernyataan terkenal Marx bahawa kewujudan manusia itu berdasarkan takrif keadaan ekonomi mereka dan keadaan ekonomi tersebut telah ditentukan sebelum mereka lagi. Ini merupakan pandangan 'ketentuan' (deterministic) dalam sejarah manusia.

Saya pertama kali mendengar ungkapan Ketuanan Melayu dalam pertengahan 1980-an dari buku karangan Malik Munip. Saya membaca karyanya, dalam masa yang sama menelaah tulisan Lim Kit Siang, ‘Malaysia in the dangerous 80s’ (Malaysia dalam tahun-tahun 80an yang berbahaya) untuk mendapatkan kesan penghujahan. Waktu itu, saya seorang siswa pengajian Sastera, Pendidikan dan Politik Antarabangsa.

Saya juga mendengar, para pelajar Melayu tidak digalakkan membaca karya Kit Siang dan digalakkan membaca 'Ketuanan Melayu'. Saya sukakan buku-buku yang diharamkan dan buku yang disebut orang supaya jangan dibaca. Terdapat rasa cabaran intelektual atas keupayaan membaca buku-buku terlarang.

Saya membaca buku Mahathir Mohamad, 'Dilema Melayu' dan buku Syed Husin Ali, 'Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya' serta buku, 'Mitos Pribumi Malas' karya Syed Hussein Alatas serentak pada waktu yang sama. Sekali lagi, untuk mendapatkan rasa keseimbangan.

Saya membaca penerbitan rasmi tentang keadaan ekonomi, disamping iringan bacaan rapi analisa ekonomi-politik negara kapitalis Malaysia.

Saya membaca karya Freud dan Marx bagi melihat sejauhmanakah penghujahan tentang totalitarianisme dari para pengarang besar arus pemikiran Sekolah Kajian Kemasyarakatan Frankfurt (Frankfurt School of Social Research). Saya membaca Al-Quran dan Bhagavad Gita, Ramayana dan Mahabharata untuk melihat dimanakah berdirinya hujah berkenaan keunggulan kaum dan apakah takdir masa hadapan manusia.

Jika kita membaca sejarah perkembangan ideologi ketuanan ini, kita dapat melihat ide tentang penguasaan sosial dan keunggulan kaum kemungkinan segalanya hanyalah berpunca daripada ekonomi. Tetapi soalan saya – siapa yang berhak mendakwa bahawa tanah ini dan itu dipunyai oleh kumpulan orang ini dan itu. Di titik manakah budaya dan kewarganegaraan bertemu dan merundingkan isu berkenaan kesetaraan [fahaman egalitarianisme]? Di mana 'kebenaran satu-satu budaya' itu sampai ke batas hadnya dan datang persoalan menguasai tentang 'kebenaran kewarganegaraan'?

Ia perihal persoalan yang cukup rumit. Warga Malaysia perlu menjawabnya setelah 50 tahun kemerdekaan. Kita mesti membuka ruang perbincangan berkenaan isu ini.

Lirik propaganda

Mari kita melihat bagaimana gagasan ketuanan Melayu disebar luaskan ke dalam jiwa anak-anak muda. Salah satu caranya, melalui kem-kem pemaksaan kepercayaan (indoctrination) dengan menggunakan nyanyian lagu-lagu.

Lebih berdekad lamanya, barangkali jutaan pelajar Melayu diajarkan lagu propaganda berbahaya, ‘WARISAN/Anak Kecil Main Api’. Salah satu rangkapnya mengungkapkan kuasa orang-orang Melayu:

… kini kita cuma tinggal kuasa

yang akan menentukan bangsa

hasil mengalir, ke tangan yang lain

pribumi merintih sendiri…

(senikata lagu Biro Tata Negara)

Saya tidak fikir kita memiliki kejernihan kefahaman terhadap maksud lirik ini. Saya juga meragui penulis lagu ini benar-benar mengerti maksud 'sejarah rakyat Malaya'. Ianya lagu yang berasaskan hasrat perkauman; liriknya ditulis seorang yang tidak memiliki kefahaman ekonomi-politik sejarah warga Malaysia, apatah lagi kemajuan terkini di bidang ilmu kejiwaan (psikologi) tentang kesedaran.

Program-program latihan yang memerangkap jerat dengan tema lagu ini bertujuan menumbuhkan perasaan takut orang Melayu, bukan terhadap orang lain tetapi diri mereka sendiri, serta mengacukan kebencian terhadap kumpulan etnik lainnya tanpa menyedari siapakah musuh sebenar orang Melayu.

Ia menggunakan kaedah merehatkan tubuh bagi membawa gelombang otak dalam isyarat alpha dan keadaan yang bersesuaian untuk penyampaian pesan-pesan tidak senonoh di bawah sedar. Dalam keadaan ini para pelatih dipukau ke dalam keadaan 'separuh tidur' bagi menyerap pesan ketuanan Melayu yang menjajah kesedaran mereka. Teknik ini dipelopori ahli sains Rusia, Barzakov dan Lozanoz di awal tahun 1970-an, dinamakan ’suggestopedia’ yang digunakan untuk menanam rasa takut yang mencengkam dalam diri seseorang dan kebencian mendalam terhadap orang lain.

Sejarah adalah himpunan corak rumit tata cara aturan susunan kata-kata yang saling mempengaruhi di antara teknologi, ideologi, budaya, taksiran dan proses yang melembagakannya. Sejarah tidaklah semudahnya dapat dikurangkan setakat lirik-lirik dangkal yang pernah dinyanyikan suatu waktu dahulu sebelum perang [Dunia Kedua] di Jerman dalam alunan gubahan semangat kebangsaan yang melampau.

Sejarah juga tentang kerumitan perkembangan beransur-ansur (evolusi) kelas pemerintah yang memiliki teknologi-teknologi pengawalan. Seperti kata Marx, pada setiap zaman hanya sejarah penguasa yang mengawal perkakas-perkakas pengeluaran yang akan ditulis dan ditulis kembali. Pemenang menulis sejarah, mereka yang kalah menulis puisi atau mengkaji sains kajian budaya (antropologi), keluh sebahagian orang lagi.

Kembali ke lirik tadi. Setelah 50 tahun kemerdekaan, siapakah yang menderita di Malaysia? Siapa yang menjadi kaya-raya? Siapa yang membesar dan berkembang menjadi raja perompak? Apa yang terjadi ke atas sistem kehakiman kita, universiti kita, jalan-jalan di kota kita, jaminan keselamatan awam kita, sekolah kita, anak muda kita dan keseluruhan penyusunan sosio-ekonomi masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Bagaimana ide ketuanan Melayu menyumbang terhadap keadaan-keadaan yang wujud hari ini?

Bahasa kuasa dan ideologi di alunkan dalam lirik tersebut. Penakrifan 'bumiputera' dimainkan. Ia menjadi kata yang bermasalah dalam era dekonstruksionisme [fahaman tentang kemusnahan makna dan pembinaannya kembali dalam bermacam ragam taksiran atas dobrakan pada makna tersebut]; menurut penyair WB Yeats suatu era dimana tiada lagi pemusatan, “pusat bukan lagi penumpuan segalanya.”

Pemuzik rock akan mengingati lagu terkenal kumpulan Scorpion, 'Winds of Change' bagi mengenang runtuhnya Tembok Berlin dan permulaan pecahnya Empayar Soviet. Kita perlu berdepan dengan 'kemarahan' kata-kata.

Tamatkan Ketuanan Melayu

Bagi umat penganut Islam di Malaysia, sabda Nabi Muhammad S.A.W ini memang biasa didengar:
'Asal usul turunanmu tidak perlu dibanggakan. Tidak juga ia membawa kepadamu keagungan. Wahai Manusia! Tuhan kamu itu esa dan dan kamu semua manusia berasal dari Adam dan Hawa. Kamu semua sama ibarat bijirin gandum di dalam cupak ... tiada yang lebih mulia dari lainnya, kecuali dalam amal saleh dan ketaqwaanmu. Untuk melihat seseorang itu dalam kekejian, mencukupi jika dia menghina orang lain dengan wang, amarah dan pembaziran....'

Saya menyatakan ketuanan Melayu merupakan gagasan berbahaya yang mengancam hubungan kaum. Ia merupakan taksiran sombong terhadap sejarah terpilih; sejarah yang memberi keuntungan besar terhadap sekumpulan orang hasil daripada penerapan ideologi ini.

Siapapun yang mempromosikan gagasan ini adalah dangkal dalam perihal perkara falsafah sejarah. Saya tidak fikir Melayu hari ini membeli ide 'ketuanan Melayu dan kediktatorannya'. Jika ada ketuanan satu-satu kaum itu, maksudnya kaum lain hanyalah 'hamba' dan 'abdi' atau 'warga kelas kedua'. Itupun kalau kita ingin menganalisa dari sudut pandang hikayat 'Tuan dan Hamba'?

Selaku orang Melayu yang ingin melihat berakhirnya gagasan layu Ketuanan Melayu dan lahirnya kesedaran baru yang menghormati martabat semua kaum dan maruah kesemua kumpulan etnik, saya menyeru warga Malaysia untuk terus bersikap kritis terhadap apa jua usaha oleh kaum manapun untuk mencanakkan gagasan ketuanan palsu mereka. Ini kerana ianya akan mencambahkan etnocentrisme [fahaman kecintaan kaum yang melampau] yang berjiran pula dengan xenofobia [fahaman kebencian terhadap orang asing].


Kita perlu bekerja sama untuk mendobrak [dekonstruk] segala bentuk susun aturan politik berasaskan kaum. Seiring dengan itu bekerja ke arah menzahirkan tata cara baru yang berasaskan kepada reka bentuk ekonomi yang lebih setara yang mengambil kira keperluaan asasi dan martabat kesemua kaum.


Kita mesti mengajar murid-murid sekolah bagaimana untuk mendobrak rasa keunggulan ketuanan kaum itu, bukan saja dengan mengajar tolak ansur tetapi kesetaraan masyarakat – melalui strategi pendidikan kedamaian. Kita akan menuai hasilnya buat generasi akan datang.

____________________________________________________________



Salah seorang pengarah Centre for Policy Initiatives, Dr Azly Rahman kini bertugas sebagai pensyarah di Amerika Syarikat. Rencana A Malay view of 'Ketuanan Melayu’ boleh dibaca versi bahasa Inggerisnya di blog beliau berjudul 'Illuminations'.

Kuala Lumpur – tersungkurnya Melayu di sana...????



Written by anuar mohd nor

Kota metropolitan itu bukan lagi untuk kita. Kuala Lumpur akan terus kecundang dan Melayu Kuala Lumpur akan terus dilanda kegawatan sosioekonomi sehingga Melayu itu sendiri akan pupus di celah-celah kehebatan dan kecanggihan teknologi serta pembangunan kemajuan. Melayu Kuala Lumpur adalah pelesir dan pengemis kota yang hari ini berdepan dengan virus kemiskinan yang semakin membengkak.

Kemiskinan kota semakin jelas menjadi satu epidemik yang gagal di bendung oleh kerajaan. Punca dan sebab masalah ini wujud memang sudah di ketahui oleh mereka. Penyelesaian sahaja yang tersangkut dan semakin tidak keruan dalam mencari ruang untuk pembaikan. Anak–anak kota semakin liar kerana ibu dan bapa semakin runcing menghadapi saingan perniagaan kecil dengan mereka yang bukan warganegara. Indonesia, Pakistan, India , Bangladesh, Cina dan seluruh warga PATI ( pendatang tanpa izin) berniaga sewenang-wenang tanpa ada keperluan untuk melangsungkan tanggungjawab sosial untuk negara ini.

Masalah sosial terbentuk apabila masalah berkaitan dengan ekonomi semakin membengkak. Penyakit sosial – berkembang, pendidikan anak-anak tidak lagi menjadi prioriti utama. Ini semua kerana – kos hidup yang meningkat dan keperluan untuk mencari nafkah seharian lebih penting dari hadir ke sekolah menuntut ilmu.

Melayu kota, semakin tersisih. Menjadi pelacur Melayu sendiri tidak akan menjanjikan kemewahan. Saingan sengit dengan pelacur Cina yang di bawa dan di import untuk terus merosakkan nilai kemasyarakatan negara ini. Berniaga kecil-kecil tidak perlu disebut lagi – semakin sukar dan semakin payah untuk bersaing. Justeru itu Kuala Lumpur akan pupus dari terus di miliki oleh individu bumiputera yang semakin terhambat keluar dari arus kemodenan dan pembangunan.

Ini masalahnya, kepentingan pendidikan untuk anak-anak penting tetapi kepentingan ini jatuh nombor dua kerana kepentingan untuk hidup esok semakin mendesak. Apa guna ke sekolah hari ini dan terus landa kelaparan untuk sehari. Tidakkah sebenarnya penting – untuk kita mengais pagi ini untuk makan pagi ini. Ini penting untuk mereka. Anak-anak muda tutup dari mendapat pendidikan awal sekolah semata-mata mencari rezeki untuk menambah peluang untuk hidup.

Masalah kemiskinan – hanya dikaitkan dengan wang dan ringgit. Masalah ini gagal di lihat dari sudut yang lebih besar. Kemiskinan gagal di lihat dari sudut terperangkapnya kita dalam keadaan yang tidak mempunyai ruang dan peluang untuk berkembang. Kemiskinan juga gagal di definisikan dalam konteks pertandingan yang tidak seimbang. Kemiskinan kota juga gagal di rujuk secara mendalam lantas sebarang tindakan adalah bersifat jangka pendek dan tidak konklusif.

Ambil contoh masalah Ah Long dengan penyelesaian – Skim Pinjaman Khas. Adakah kita sebenarnya tahu masalah asas mereka. Kita tidak bercerita mengenai pinjaman Ah Long kepada peniaga kecil seperti di Masjid India dan di tapak-tapak tajaan DBKL untuk mengayakan kapitalis tertentu. Penyelesaian yang dikatakan Skim Pinjaman Khas itu adalah penyelesaian jangka pendek. Penyelesaian sebenarnya melibatkan kefahaman kita mengenai masalah yang ada – kehadiran ulat-ulat dan apa yang di sebut “rambo” – kapitalis yang menekan dan memaksa kehidupan peniaga di situ di himpit kemiskinan. Ini semua perlu dikaji terlebih dahulu.

Kita juga berdepan dengan kepayahan hidup yang akan melibatkan putaran ganas kemiskinan berterusan. Kita gagal menyelesaikan masalah anak-anak muda yang sudah tidak bersekolah mulai umur 14 tahun lagi. Ini satu masalah besar. Kita tidak pernah mengkaji dengan lebih mendalam masalah ini dan impak anak-anak ini yang tidak bersekolah kepada perkembangan nilai kemasyarakatan khususnya di kota. Kita perlu menyentuh isu-isu kemiskinan seperti ini sekiranya kita mahu melihat perkembangan yang serata dan peredaran masyarakat kota dari garis kemiskinan yang ada. Kita perlu melihat secara mendalam dan bukan mengharap laporan yang di buat berpandukan statistik yang di buat tanpa membicarakan secara normatif dan melihat kepada kualitatif dan nilai keadaan semasa. Kita perlu menyentuh masalah mereka dengan sempurna – melihat dan bertanya dan bukan setakat hadir untuk menunjukkan sokongan atau membuat penyelesaian secara terburu-buru yang hanya menyelesaikan masalah jangka pendek.

Hari ini Melayu seakan terpisah antara yang ekstrem miskin dengan mereka yang sebenarnya hidup di bawah tahap kemiskinan. Keadaan kemiskinan yang tidak dapat di ubah kerana terhad ruang dan peluang amat membimbangkan. Dalam keadaan ekonomi meleset – kita lihat penekanan di buat terhadap peniaga kecil. Kadar sewa di naikkan semata-mata untuk menampung perkara-perkara lain yang tidak menjurus kepada membantu mereka.

Kajian perlu di buat bagi menyelesaikan banyak perkara yang menghantui Melayu kota – khususnya mereka yang berniaga secara kecil-kecilan. Kita perlu juga melihat masalah kemiskinan dari sudut yang lebih luas dan bukan sekadar mengira pendapat purata untuk melihat perkembangan ekonomi. Keadaan sosioekonomi yang semakin bergelora akan turut memberi impak kepada keadaan politik di Kuala Lumpur. Ini tidak akan menjamin tempat orang Melayu di bandar dan Melayu di bandar khususnya peniaga akan terus tersisih sebagai kaum yang semakin pupus di negara ini.

Adakah ini bukan satu kebenaran. Adakah kerajaan sudah berjaya melakukan apa yang dapat membantu Melayu secara terperinci atau kerajaan masih bercerita mengenai polisi nasional yang tidak mengambil kira sentimen dan kepayahan yang mereka lalui.

Kita perlu membicarakan isu kemiskinan Melayu kota secara terperinci. Membuat kajian masalah yang ada – kebanjiran PATI dan pihak kapitalis yang berniaga berlandaskan rasuah – membicarakan masalah Ah Long – membicarakan kemiskinan minda dan anak muda yang tidak lagi bersekolah di peringkat yang muda. Kita perlu bangkit dengan mencari masalah sebenar dan tidak hanya menekan kalkulator dan akhirnya mendapat keputusan kita sudah maju dan nasib orang Melayu sudah terbela.