Isnin, 8 Jun 2009

Tergamaknya mereka menghiris hati rakan-rakan mereka di dalam PR

Percubaan pertama yang gagal dilaksanakan di Selangor, kini dicuba di peringkat yang lebih tinggi pula. Amat memalukan , muktamar telah menjemput pimpinan tertinggi PR untuk hadir semasa perasmian muktamar semata-mata untuk mereka mendengar bahawa Pas akan teruskan usaha Kerajaan Perpaduan ini. Saya rasa kita masih ada kelemahan dari segi adab dan sopan dengan tetamu...

Muktamar kali ini dapat mengembalikan semula `nyawa-nyawa ikan’ Umno

Kisah Kerajaan Perpaduan ini sudah lama timbul sebelum muktamar lagi. Percubaan untuk ke arah `kerjasama’ dengan Umno ini pun sudah lama cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan Pas. Ramai yang sudah maklum cerita `merayap’ malam masuk kelambu Umno oleh beberapa pimpinan Pas sejurus sahaja PR merampas Selangor di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Ini bermakna cita-cita untuk bersama Umno yang pernah `menerajang’ Pas ini memang sudah lama ada dihati beberapa pimpinan Pas. Saya percaya jika perkara ini dilakukan oleh PKR atau DAP di Perak yang berpakat untuk `bersatu’ dengan Umno/Bn, nescaya Ir Nizar dari Pas ini tidak akan merasa duduk di kerusi MB Perak walau sesaat pun. Tetapi, kelakuan buruk ini dilihat molek dan mulia jika `Ulamak’ yang melakukannya di Selangor.

Amat sukar untuk memahami apakah strategi mereka yang bersungguh-sungguh benar untuk bekerjasama dengan Umno. `Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. Setahu saya di dalam Perhimpunan Agung Umno sendiri pun mereka tidak pernah hendak menyebut betapa Umno perlu bekerjasama atau untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Pas. Tiba-tiba di dalam muktamar Pas baru-baru ini, begitu lantang pimpinan Pas mempertahankan hasrat inginkan Kerajaan Perpaduan ini. Kononnya demi rakyat. Betulkah rakyat kini kepingin sangat agar Pas bekerjasama dengan Umno? Seingat saya, pimpinan tertinggi Pas pernah menyatakan sebaik sahaja Najib ditabalkan sebagai PM yang baru menggantikan Pak Lah, isu Kerajaan Perpaduan tamat. FULL STOP. Sekarang apa sudah jadi? Siapa yang bergembira dan siapa yang berduka sekarang? Jelas, media-media kerajaan Umno/Bn saban hari memuji idea Pas di dalam muktamar baru-baru ini dan tentunya Umno juga turut bergembira. Lihatlah apa komen Najib dan Mukhriz serta beberapa pemimpin Umno sehari dua kebelakangan ini. Sebaliknya yang kecewa, duka dan bersedih adalah rakan-rakan seperjuangan Pas sendiri. Lihat apa pula komen pimpinan PKR dan DAP. Gembirakah mereka?

Saya tidak menyangka samasekali muktamar kali ini dapat mengembalikan semula `nyawa-nyawa ikan’ Umno. Tidak terfikir juga oleh saya betapa tergamaknya mereka menghiris hati rakan-rakan mereka di dalam PR. Percubaan pertama yang gagal dilaksanakan di Selangor, kini dicuba di peringkat yang lebih tinggi pula. Amat memalukan , muktamar telah menjemput pimpinan tertinggi PR untuk hadir semasa perasmian muktamar semata-mata untuk mereka mendengar bahawa Pas akan teruskan usaha Kerajaan Perpaduan ini. Saya rasa kita masih ada kelemahan dari segi adab dan sopan dengan tetamu apatah lagi mereka adalah rakan-rakan kita yang bersama setia dengan kita sewaktu susah. Pada saat Speaker Perak dari DAP ditarik dengan ganas oleh pihak keselamatan di dalam Dun Perak semata-mata untuk mempertahankan kerajaan di bawah MB Ir Nizar dari Pas, pimpinan Pas masih bersangka baik dengan mereka yang merampas kerajaan negeri Perak itu. Bayangkan hati mana tak luluh.

Sekiranya pimpinan Pas menganggap bekerjasama dengan Umno akan membolehkan Pas melaksanakan dasar Islamnya, sudah tentu saya pun akan menyokong kuat. Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Presiden Pas sewaktu penggulungannya di muktamar bahawa Islam menyeru kepada perdamaian. Perdamaiankah namanya jika kita menghulurkan tangan kepada `perompak’ yang merompak rumah kita sedangkan perompak itu masih tidak mengaku kesalahannya dan tidak memulangkan kembali hasil rompakannya kepada kita? Tentu Pas masih ingat sewaktu Parti Melayu S46 di bawah Ku Li mengikat perdamaian dengan Umno, maka segala skandal atau salah laku pimpinan Umno yang sebelum ini lantang disuarakan oleh Ku Li dan Rais Yatim diam setakat itu sahaja. Ku Li dan Rais dapat jawatannya dan segala skandal dan penyelewengan dikira selesai dengan perdamaian itu. Apakah masalah Melayu selesai selepas perdamaian tersebut?

Saya yakin, ahli-ahli Pas majoritinya mahukan Pas meneruskan agenda perjuangan mereka bersama PR dan tidak akan mengambil jalan mudah untuk bersama Umno. Buktinya, suara-suara mereka telah diterjemahkan di dalam pemilihan pimpinan Pas baru-baru ini. Meskipun dikatakan bahawa tokoh yang pro PR (Erdogan) gagal dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas, tetapi yang menang jawatan tersebut ditolak majoritinya oleh perwakilan. Husam dan Mat Sabu dikenali oleh rakyat sebagai yang terlalu anti Umno telah mendapat sokongan yang lebih besar dari perwakilan. Kekalahan Husam dan Mat Sabu adalah kekalahan `teknikal ‘ atau di atas kertas sahaja kerana undi kepada mereka telah berpecah. Lihat bagaimana perwakilan memilih Naib-Naib Presiden Pas serta AJK yang lain, majoritinya mereka yang dipilih adalah tokoh-tokoh yang menolak idea Kerajaan Perpaduan ini. Amat malang sekali jika mana-mana tokoh atau ahli Pas yang menolak idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno ini dilabelkan sebagai anti Ulamak.

Di dalam keadaan begini, saya penuh yakin bahawa para Ulamak di dalam Pas mampu berijtihad untuk mendapatkan kebenaran. Jelas kita lihat pandangan dua tokoh Ulamak di dalam Pas iaitu Mursyidul Am dan Presiden Pas agak bertentangan. Kedua-duanya boleh kita pakai ijtihad mereka sebagai panduan tetapi kita harus memilih pandangan yang kurang mudharatnya kepada parti kita. Jika Umno kita anggap tidak pernah dan tidak mungkin memudharatkan kita, maka terimalah Kerajaan Perpaduan ini. Sebaliknya jika kita anggap PKR dan DAP terlalu banyak memudharatkan kita, kita tolak sahaja kedua-dua parti tersebut. Habis cerita.

http://wfauzdin.blogspot.com

Apa Beza Nasharudin, Ibrahim Ali, Ezam & Katak-Katak Perak?....Apakah Rakyat mahu pimpinan mengikut segala acuan minda rakyat...???

"A man of principles will resist an evil system with his whole soul. Non-collaboration with evil is a sacred duty!" -- Gandhi

Salah satu tragedi yang muncul sebaik berakhirnya muktamar ke 55 PAS ialah kemenangan Nasharudin untuk mempertahankan kerusi Timbalan Presiden. Tragedi kerana kemenangan itu diraikan dengan penuh semangat 'perpaduan' oleh media UMNO (Baru)yang tentunya adalah suara kepimpinan parti Melayu terbesar di dunia itu.

BARISAN kepimpinan baru Pas yang terpilih dari kiri Naib Presiden Salahudin Ayub, Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa, Presiden Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) dan Mahfuz Omar menjulang tangan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.

Baca tajuk-tajuk Utusan Malaysia hari ini:-

Kuasa ulama terus teguh
MUKTAMAR Tahunan Pas Ke-55 yang berakhir semalam telah membuktikan bahawa kepimpinan ulama di dalam parti berkenaan terus kukuh tetapi dalam masa yang sama tidak menolak sumbangan kumpulan profesional dan aktivis.

Sahut cadangan Presiden Pas wujudkan kerajaan perpaduan
idea Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara nampaknya mendapat sahutan positif dan negatif daripada pemimpin politik.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
ISU kerajaan perpaduan sepatutnya diterima secara terbuka oleh semua pihak. Jangan terburu-buru menolak. Berilah ruang kepada pemimpin bertemu dan berbincang. Usah diragui keupayaan pemimpin yang mengendalikan isu ini.


Melihat kegelojohan media UMNO (Baru) memberi sokongan, berkempen dan merayakan kemenangan Nasharudin mencerminkan ada udang disebalik batu.

UMNO (Baru) tentunya tidak peduli pada kepimpinan parti lawan kalau tiada apa-apa muslihat dan strategi 'devil plan' yang menguntungkan mereka.

Lantas 'scam' 'Perpaduan Melayu' dan 'kerajaan perpaduan'. UMNO (Baru) menjadi tema yang cukup mega. Secara realitinya, UMNO (Baru) bukan gerombolan suci, bersih dan mulia untuk mempertahankan institusi ulamak dalam PAS. Malah sebelum ini habis-habisan mengutuk kepimpinan ulamak PAS.

Maka kemenangan Nasharudin boleh membuka jalan kepada objektif utama UMNO (Baru). Kita tidak perlu menduga lautan dalam. Semuanya sudah terbuka dan bukan rahsia lagi.

Harun Din ada menyebut mengenai musuh dalam selimut. Sama ada kumpulan Erdogan atau kumpulan ulamak menjadi musuh dalam selimut masing-masing, memang ada musuh sedang berselimut untuk mengubah haluan PAS. Sama ada ke arah lebih baik atau buruk, terpulang pada 'musuh-musuh' dalam selimut tersebut.

Melihat gelagat kurang ajar Ibrahim Ali yang menang atas tiket PAS tetapi masih berjiwa UMNO (Baru) dan tindakan dua katak PKR yang melompat untuk menyokong UMNO (Baru) sekaligus meruntuhkan kerajaan PR di Perak , mungkinkah Nasharudin sama sahaja taraf perjuangannya?

Mungkin Nasharudin, ada sedikit kelas sebagai Timbalan Presiden PAS. Sebelum ini pernah ada mantan Presiden PAS yang mati sebagai ahli UMNO.

Kalau Hadi Awang dan Nasharudin, tanpa mengindahkan nasihat Mursyidul Am PAS sendiri, mengambil langkah untuk berpadu dan tidur satu selimut dengan kepimpinan UMNO (Baru), konon-kononnya demi perpaduan dan ketuanan Melayu (baca meneruskan kebobrokan, rasuah, penyelewengan, penipuan dan survival UMNO (Baru)), maka tiada bezanya mereka dengan Ibrahim Ali, katak-katak di Perak, Ezam & lembu-lembu GERAK, dsbnya yang kini berselimut dan berjiwa UMNO (Baru).

Mereka sekadar pencacai yang menjadi hero UMNO (Baru) demi survival sebuah parti yang sudah lupus tarikh hayat dan hanya berharap kepada PAS untuk bekalan oksigen.

Ulang semula:

Menteri besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".

"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.

"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut" (Petikan dari berita Malaysiakini 7/6/09 bertajuk "Nik Aziz: K'jaan perpaduan 'mengarut'")

ADAKAH INI YANG DITUNTUT OLEH ISLAM...??? ATAU RAKYAT TELAH TERMASUK DALAM HELAH UMNO@BN aka Beruk Negara...???


(ADAKAH INI SIKAP KITA KEPADA PIMPINAN ATAU EMOSI AMARAH MENGUASAI KITA AKIBAT SYAITAN YANG TELAH MENGUASAI DIRI )

UNITY GOVT:USAHA MEMBAWA PAS MASUK BN
Assalamualaikum,

Now you see it. Now you don't. Now you see it again. Begitulah keadaan unity government yang dicetuskan oleh idea presiden PAS dan disokong kuat oleh timbalan presiden PAS tetapi dicemuh oleh mursyidul 'am PAS.


Presiden dan timbalannya berkata kita tidak akan menutup pintu perbincangan dengan mana mana pihak. Kan kelihatannya seperti siuman kenyataan itu. Tetapi itu adalah satu smoke screen. Kalau UMNO/BN selalu gunakan smoke screen, PAS pun gunakan taktik yang sama.

Apabila UMNO berbincang dengan PAS, persepsi orang, bacaan orang dan tafsiran orang adalah tidak sama kalau PAS berbincang dengan persatuan penjual cincalok. Atau pun persatuan kompang. Apabila PAS berbincang dengan UMNO, ia adalah sesuatu yang membentuk hala uju negara. Ia pasti akan diterjemah PAS nak masuk BN semula.

Nafikan dengan seribu penafian, tetapi itulah tafsiran dan bacaan umum terhadap isu seperti ini. Dengan terlantiknya semula presiden PAS dan timbalannya, nyawa UMNO yang tinggal nyawa nyawa ikan dapat suntikan semula. UMNO dapat nafas baru. UMNO dapat nyawa baru.

Diperkuat lagi dengan perlekehan terkini timbalan presiden terhadap mursyidul am .

Muzakarah - Masing-masing ada respon...
Salam Sejahtera....
Kalau semalam Ketua Pemuda UMNO membuka bicara mengajak bermuzakarah dengan Pemuda PAS.. maka pada hari ini bermadahlah pula Ketua Pemuda PAS dengan alunan yang cukup lunak jawapan balasnya...aduhai...Jangan letak kebencian terhadap UMNO - Dewan Pemuda....!!!!

Hujah yang diambik pakai ialah ikut kaedah Nabi Allah Musa berjumpa Firaun...Aku tak mau nak komen apa-apa.. sebab aku ni bukan Ustat... belajar pun sampai tkt 5 sahaja.. SPM pangkat 3...Pengetahuan Islam pun dapat pangkat 6 pada periksa SPM.. tahun 78...

Cuma yang aku keliru ialah kalau kaedah tu diambik pakai... apakah UMNO tu sama dengan Firaun....tapi kalau hangpa tanya aku memang... UMNO sekarang ni lebih teruk dari Firaun....pasai lebih teruk... Firaun tu memanglah... comform kafir... Tetapi UMNO ni mengaku Islam... sembahyang, mengucap, posa, haji, nikah kahwin semua macam kita... depa pun ada Ulamak, cerdik pandai temasuk bekas Naib presiden PAS Nakhaei pun duduk dalam UMNO.. Tok Mufti tok segala tok pun ramai dalam UMNO...malah sampai ke raja, sultan pun semua pakat setuju dengan UMNO...tup-tup depa tolak Islam bila PAS nak jadi perlembagaan negara.. UMNO rampas negeri aku dengan cara terkutuk... Depa guna hakim untuk memenangkan kes MB Perak.... alih-alih nak Muzakarah....

Apa Muzakarah hangpa Negeri Perak depa boleh bubar ka DUN!!!!!!!!!!!. Tak payahlah nak ikat kepala kain Hitam tulis bubar DUN... UMNO tak kan peduli semua tu....UMNO cuma nak ambik apa yang menguntungkan mereka...hak merugikan sorry no keooot...

Tengoklah balik Sirah Rasullulah... hanya sekali Nabi membuat perjanjian berbaik dengan kaum Yahudi di Madinah... Bila kaum Yahudi mungkir dan khianat pada janji Nabi Muhammad (S.A.W) tak lagi dok pi ajak bermuzakarah... Nabi terus ishtihar perang dengan yahudi sehingga hari kiamat. Umno ni dak berapa ratus kali mungkir janji dan khianat dengan PAS... tu pun dok nak pi muzakarah.....

Mursyidul Am TGNA cakap dah betui dah... aikk Timbalan Presiden pulak sangkal... itu bukan mewakili PAS... kepala hotak hang...mentang-mentanglah hang masuk jadi ahli terus PAS lantik jadi Setiausaha Agung, lepas tu menang Timbalan presiden nak 3 penggal boleh bersuara macam tuuu...Aduhai Nasib baik PAS ni Allah bagi kat ahli-ahlinya TGNA, kalau tidak lama dah PAS jadi komponen BN...

Jangan letak kebencian terhadap UMNO - Dewan Pemuda

SHAH ALAM 7 Jun - Dewan Pemuda Pas mengingatkan ahli-ahli Pas supaya tidak meletakkan kebencian dan kemarahan terhadap UMNO sehingga menyebabkan proses dakwah terhalang serta tidak sampai kepada sasarannya.

Ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, ketika Pas mengambil pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dalam pakatan rakyat, parti itu perlu bersikap terbuka bagi mengadakan perbincangan dengan sesiapa sahaja.

''Ini mengingatkan bagaimana Nabi Musa dihantar untuk berjumpa dengan Firaun. Saya berharap kita dapat mengembangkan dakwah kepada sesiapa sahaja untuk mengembangkan Islam dan seterusnya mampu memimpin perubahan,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas ke-55 di Stadium Malawati di sini hari ini.

Nasruddin bagaimanapun berkata, pihaknya tetap mengambil kira ingatan yang diberikan oleh perwakilan Kelantan tentang sikap UMNO terhadap Pas yang mereka kenali selama ini.

Justeru katanya, sayap parti itu bertekad untuk melaksanakan sekurang-kurang 103 perkara penting perubahan yang perlu dilakukan oleh Pas sebagaimana digariskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya semalam.

''Kami berikrar, Pemuda Pas akan menjadi rijal al-taghyir (pemuda merubah), jika Presiden bertanya di manakah penolong ku, maka kami akan menjawab 'Nahnu ansarullah' (kamilah pembantu-pembantu Allah)," katanya.

Beliau menjelaskan, sayap parti yang dipimpinnya tidak sekali-kali akan menjatuhkan air muka atau mencemar air muka Mursyidul Am dan Presiden parti kerana kedua-duanya didukung oleh semua ahli Pas.

Selain itu, katanya, Pemuda Pas akan bertindak mengadakan proses semak dan imbang terhadap kerajaan yang dipimpin pakatan rakyat bagi memastikan ia memenuhi tuntutan Islam dan harapan rakyat.

Tegas beliau, pihaknya akan memastikan ketulenan manhaj Islam dan identiti gerakan Islam yang berasaskan dakwah, tarbiyah dan siasah dapat dilaksanakan dalam parti itu.

''Kita akan pasti Pemuda akan bersifat fundamental daripada segi prinsip perjuangannya, kontemporari dari segi kepimpinan dan futuristik dari segi persiapan,'' katanya.

Namun Wakil Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof mahu sebarang usaha untuk menjalin kerjasama dengan UMNO ditolak sama sekali kerana Pas sudah mampu berdikari bagi memajukan rakyat di negara ini.

Dalam ucapan penangguhan, katanya, Pas tidak perlu menjadi khadam sebaliknya kerjasama dengan parti-parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang mesti diperkasakan.

''Inilah inisiatif yang perlu dilakukan oleh barisan kepimpinan parti kerana usaha tersebut bukan sahaja mengukuhkan negeri-negeri yang sudah ditawan malah dapat menawan negeri-negeri lain daripada kuasa Barisan Nasional (BN),'' jelasnya.

Siti Zailah juga meminta supaya gagasan kerajaan perpaduan dikaji dengan lebih teliti sebelum sebarang keputusan muktamad mengenainya diambil.

''Usaha mendalami perlu dilakukan supaya kita tidak memberi mesej yang salah kepada ahli serta rakyat,'' tambahnya.

Majoriti Perwakilan Menolak Rundingan/Kerjasama Dengan UMNO

Keputusan Timbalan Presiden dan Jawatan2 lain menunjukkan perwakilan PAS telah mengundi dengan begitu jelas akan calon-calon yang menolak kerjasama dan rundingan dengan UMNO.

Ust Nasaruddin Mat Isa jelas ditolak oleh majoriti perwakilan. Ini kerana kedua-dua Husam Musa dan Mat Sabu telah berkempen atas platform menolak apa-apa kerjasama dan rundingan dengan UMNO.

Ustaz NAsa bernasib baik kerana undi menentang beliau telah pecah. Seharusnya peringatan ini masuk ke dalam minda beliau.

Namun yang menyedihkan adalah kedegilan beliau menerima signal yang diberikan oleh perwakilan. Ustaz Nasa masih mempertahankan idea Kerajaan Perpaduan dan muqabalah dengan UMNO.

Setelah keputusan pemilihan, jelas mereka yang terlibat dalam perjumpaan dalam gelap masih berdegil dengan sikap mereka. Mereka tidak sedikit pun mahu mengeluarkan kenyataan menolak perundingan dan kerjasama dengan UMNO.

Saya menunggu sepanjang Muktamar akan satu kenyataan dari mereka yang dipilih untuk menyatakan bahawa mereka akan menghentikan perundingan dengan UMNO sama sekali kerana ianya bertentangan dengan semangat dan usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Namun tiada satu kenyataan datang dari Ustaz Nasa dan mereka yang pernah terpalit kes ini.

Malahan kita membaca kenyataan seperti ini:

Nasharudin defends Hadi on unity government

dan cadangan tersebut disambut dengan bangganya oleh UMNO:

Umno dan PAS perlu ikhlas bincang pembentukan kerajaan perpaduan - Muhkriz

Ertinya, PAS akan mengambil arah dan tujuan yang terus mengarah kepada pengukuhan hubungan dengan UMNO selepas ini.

Dan ianya jelas berlawanan dengan aspirasi dan suara perwakilan PAS baru2 ini.

Saya sendiri akan terus menegur serta mendedahkan segala kebobrokan yang dilakukan atas dasar mengkayakan pribadi seseorang dengan menggunakan parti.

Itu adalah sumbangan saya yang kerdil kepada perjuangan Islam dan kelangsungan jihad saya di Malaysia.

Ini bukan usaha untuk membasuh kain di luar (washing dirty laundry in public). Ini adalah teguran dan peringatan kepada pimpinan PAS supaya tidak melakukan kesalahan yang akan merosakkan parti.

Saya menyokong PAS dan Jemaah. Saya tidak taksub kepada mana-mana pimpinan. Mereka yang bersalah, saya akan kritik. Mereka yang korup, saya akan dedah.

Tiada peruntukan dalam Perlembagaan PAS yang mengatakan tindakan saya ini salah.

Itu janji saya kepada Allah SWT.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

UMNO KINI MENDAPAT KEKUATAN, PKR DAN DAP BERDUKACITA
Oleh: WFAUZDIN NS

Kisah Kerajaan Perpaduan ini sudah lama timbul sebelum muktamar lagi. Percubaan untuk ke arah `kerjasama' dengan Umno ini pun sudah lama cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan Pas. Ramai yang sudah maklum cerita `merayap' malam masuk kelambu Umno oleh beberapa pimpinan Pas sejurus sahaja PR merampas Selangor di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Ini bermakna cita-cita untuk bersama Umno yang pernah `menerajang' Pas ini memang sudah lama ada dihati beberapa pimpinan Pas. Saya percaya jika perkara ini dilakukan oleh PKR atau DAP di Perak yang berpakat untuk `bersatu' dengan Umno/Bn, nescaya Ir Nizar dari Pas ini tidak akan merasa duduk di kerusi MB Perak walau sesaat pun. Tetapi, kelakuan buruk ini dilihat molek dan mulia jika `Ulamak' yang melakukannya di Selangor.

Amat sukar untuk memahami apakah strategi mereka yang bersungguh-sungguh benar untuk bekerjasama dengan Umno. `Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Setahu saya di dalam Perhimpunan Agung Umno sendiri pun mereka tidak pernah hendak menyebut betapa Umno perlu bekerjasama atau untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Pas. Tiba-tiba di dalam muktamar Pas baru-baru ini, begitu lantang pimpinan Pas mempertahankan hasrat inginkan Kerajaan Perpaduan ini. Kononnya demi rakyat. Betulkah rakyat kini kepingin sangat agar Pas bekerjasama dengan Umno? Seingat saya, pimpinan tertinggi Pas pernah menyatakan sebaik sahaja Najib ditabalkan sebagai PM yang baru menggantikan Pak Lah, isu Kerajaan Perpaduan tamat. FULL STOP. Sekarang apa sudah jadi? Siapa yang bergembira dan siapa yang berduka sekarang? Jelas, media-media kerajaan Umno/Bn saban hari memuji idea Pas di dalam muktamar baru-baru ini dan tentunya Umno juga turut bergembira. Lihatlah apa komen Najib dan Mukhriz serta beberapa pemimpin Umno sehari dua kebelakangan ini. Sebaliknya yang kecewa, duka dan bersedih adalah rakan-rakan seperjuangan Pas sendiri. Lihat apa pula komen pimpinan PKR dan DAP. Gembirakah mereka?

Saya tidak menyangka samasekali muktamar kali ini dapat mengembalikan semula `nyawa-nyawa ikan' Umno. Tidak terfikir juga oleh saya betapa tergamaknya mereka menghiris hati rakan-rakan mereka di dalam PR. Percubaan pertama yang gagal dilaksanakan di Selangor, kini dicuba di peringkat yang lebih tinggi pula. Amat memalukan , muktamar telah menjemput pimpinan tertinggi PR untuk hadir semasa perasmian muktamar semata-mata untuk mereka mendengar bahawa Pas akan teruskan usaha Kerajaan Perpaduan ini. Saya rasa kita masih ada kelemahan dari segi adab dan sopan dengan tetamu apatah lagi mereka adalah rakan-rakan kita yang bersama setia dengan kita sewaktu susah. Pada saat Speaker Perak dari DAP ditarik dengan ganas oleh pihak keselamatan di dalam Dun Perak semata-mata untuk mempertahankan kerajaan di bawah MB Ir Nizar dari Pas, pimpinan Pas masih bersangka baik dengan mereka yang merampas kerajaan negeri Perak itu. Bayangkan hati mana tak luluh.

Sekiranya pimpinan Pas menganggap bekerjasama dengan Umno akan membolehkan Pas melaksanakan dasar Islamnya, sudah tentu saya pun akan menyokong kuat. Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Presiden Pas sewaktu penggulungannya di muktamar bahawa Islam menyeru kepada perdamaian. Perdamaiankah namanya jika kita menghulurkan tangan kepada `perompak' yang merompak rumah kita sedangkan perompak itu masih tidak mengaku kesalahannya dan tidak memulangkan kembali hasil rompakannya kepada kita? Tentu Pas masih ingat sewaktu Parti Melayu S46 di bawah Ku Li mengikat perdamaian dengan Umno, maka segala skandal atau salah laku pimpinan Umno yang sebelum ini lantang disuarakan oleh Ku Li dan Rais Yatim diam setakat itu sahaja. Ku Li dan Rais dapat jawatannya dan segala skandal dan penyelewengan dikira selesai dengan perdamaian itu. Apakah masalah Melayu selesai selepas perdamaian tersebut?

Saya yakin, ahli-ahli Pas majoritinya mahukan Pas meneruskan agenda perjuangan mereka bersama PR dan tidak akan mengambil jalan mudah untuk bersama Umno. Buktinya, suara-suara mereka telah diterjemahkan di dalam pemilihan pimpinan Pas baru-baru ini. Meskipun dikatakan bahawa tokoh yang pro PR (Erdogan) gagal dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas, tetapi yang menang jawatan tersebut ditolak majoritinya oleh perwakilan. Husam dan Mat Sabu dikenali oleh rakyat sebagai yang terlalu anti Umno telah mendapat sokongan yang lebih besar dari perwakilan. Kekalahan Husam dan Mat Sabu adalah kekalahan `teknikal ' atau di atas kertas sahaja kerana undi kepada mereka telah berpecah. Lihat bagaimana perwakilan memilih Naib-Naib Presiden Pas serta AJK yang lain, majoritinya mereka yang dipilih adalah tokoh-tokoh yang menolak idea Kerajaan Perpaduan ini. Amat malang sekali jika mana-mana tokoh atau ahli Pas yang menolak idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno ini dilabelkan sebagai anti Ulamak.

Di dalam keadaan begini, saya penuh yakin bahawa para Ulamak di dalam Pas mampu berijtihad untuk mendapatkan kebenaran. Jelas kita lihat pandangan dua tokoh Ulamak di dalam Pas iaitu Mursyidul Am dan Presiden Pas agak bertentangan. Kedua-duanya boleh kita pakai ijtihad mereka sebagai panduan tetapi kita harus memilih pandangan yang kurang mudharatnya kepada parti kita. Jika Umno kita anggap tidak pernah dan tidak mungkin memudharatkan kita, maka terimalah Kerajaan Perpaduan ini. Sebaliknya jika kita anggap PKR dan DAP terlalu banyak memudharatkan kita, kita tolak sahaja kedua-dua parti tersebut. Habis cerita.

An open letter to PAS Deputy President Nasharuddin Mat Isa
Monday, 08 June 2009 10:32


Don't test PAS members on Tok Guru Nik Aziz. Don't test PAS members' patience in this regard. Don't test PAS members' loyalty to Nik Aziz.

By An angry PAS youth leader (Malacca)

Newly re-elected PAS Deputy President Ustaz Nasharuddin Mat Isa was quoted by The Malaysian Insider rubbishing the stance of PAS's spiritual leader Tok Guru Dato' Nik Aziz's position on PAS-Umno talk. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/28831-no2-says-tok-guru-is-not-pas. Mat Isa said Tok Guru's statement regarding his total rejection of PAS-Umno unity talk was personal and that PAS members “take the party's stance.” He added that there were many issues that could be discussed between the political parties and that he (and his ilk) have “an open attitude when it comes to holding discussions.”

Before I proceed, I would like to say this to Mat Isa: Don't test PAS members on Tok Guru Nik Aziz. Don't test PAS members' patience in this regard. Don't test PAS members' loyalty to Nik Aziz. Woe and woe unto you if you dare to do that. I can assure you that you will lose ignominiously if you continue with this kurang ajar culture in PAS.

Dear Nasa, you are overreaching yourself and you are pushing many a silent people to the limits. You would have to shoulder the consequences. Who are you to contradict Nik Aziz? Dato Dr Haron Din was quoted saying yesterday that “the difference between an Islamic and a non-Islamic party is loyalty to leadership”, now you are turning PAS into “un-Islamic” party by being kurang ajar and utterly nefarious and a disloyal figure to PAS's ultimate leadership.

You weren't born when Tok Guru Nik Aziz was fighting for PAS and its ideals. You can't lecture him on PAS and what it stands for. No one in PAS can do. He is PAS's conscience and his courage and fatigue represents the spirit of this nation. Despite his advanced age, deteriorating health and uninterrupted 20-year rule of Kelantan, he continues to wake up every morning to serve Islam, his people and nation (you do nothing). And Malaysians (Muslims and non-Muslims) can attest to one hard fact: that Nik Aziz is the conscience of this nation.

In 2008, you used his magic to win a seat in Kelantan while you couldn't dare to stand in your home state of Negri Sembilan. In 1999, you won a seat in Kedah purely on Anwar Ibrahim's expulsion from Umno which rocked the Malay community to the extreme. When you stood in Besut, Terengganu in 2004, you lost badly in a purely Malay constituency. What does that tell you? You have no influence on your own to steer PAS to greater heights neither do you have the vision to strengthen it for future challenges. All that you do is engage in shadowy work and even contradict our leaders and betray our friends who have been useful to us.

Ustaz Nasharuddin, when talking about PAS-Umno unity talk, please answer the following questions:

1.

Why now?
2.

Why not before the March 08 general elections?
3.

What should we unite for? On what? About what? For what?
4.

Is PAS a pure Islamic party that represents Malays and non-Malay Muslims or a Malay party?
5.

What are the issues that we need to talk about? List them ONE by ONE. No cheap talk please!
6.

Why PAS and Umno and not PAS, PKR DAP on one hand and Umno/BN on the other?
7.

Why PAS and Umno and not PAS and PKR on one hand and Umno on the other?
8.

Why you and not Najib Razak and Anwar Ibrahim, after all Anwar has more Malay support than you do and he is the head of Pakatan?
9.

What is it that Umno lacks that need PAS support? The passage of Hudud laws in Parliament? Did Umno bring such laws to Parliament in the first place? And even if Umno were to do so, (which will never happen anyway), do we need to talk? Can't we support such amendments while we are pure PAS members in Parliament?
10.

Why did we go into the elections to get PAS leaders of our own and now you are telling us that we need to follow Umno leaders? Do you know we paid many prices for being in PAS? Do you know that Umno tormented us for decades for being in PAS? Do we need to list the agony and pain we went through? Or Nik Aziz as Kelantan MB went through?
11.

What is it that Umno led by Najib Razak realizes today that needs our support? Be specific. You aren't singing lullabies to children.
12.

In what way do we keep the legacy of all past PAS Presidents by betraying their legacies when they left us for God's mercy?
13.

Is Umno ready to improve the police, judiciary and civil service personnel that it needs our Parliamentary support?
14.

And if that's the case, PKR and DAP will support such plans (which Umno will never do anyway), so when will we have PAS, PKR and DAP vs Umno “unity talk”?
15.

Is it us who chose to be the enemies of Umno or Umno chose otherwise?
16.

Is it us who tormented Umno people or it is us who paid heavy prices for being in PAS?
17.

If the talk is about “issues concerning the nation” as you said, then why do we need constant talk about it in the media so much so that you fail in your parliamentary duties and as a PAS leader?
18.

Is it PAS alone that's concerned about the nation? What about PR parties and NGOs? Are they part of the “issue driven discussions”?
19.

Why are you interested in something that will divide PAS and make us lose focus while we are on threshold of achieving an imminent victory in the near future insya Allah?
20.

Perak PAS Commissioner Ustaz Ahmad Awang revealed in the Muktamar that a “national PAS” leader has tried to influence him to accept an all Malay state government in Perak, who is this leader?
21.

Do you think Malaysia as a nation state can continue to exist if we go on that road and impose Malay leadership on a state like Perak which has more than 45% non-Malay inhabitants?
22.

In your opinion, was that leader right in suggesting that idea that Ustaz Ahmad Awang rejected?
23.

Non-Muslims who have shunned us for 5 decades are running to us; do we embrace them and show them the hospitality and protection Islam offers them or do we return them to the “enemy” they ran from?
24.

Umno started attacking the Chinese and Indians when they deserted Umno for PAS, yet Umno won in 1999 on Chinese and Indian vote and not Malay vote, why did Umno not call for Malay unity?
25.

Is it only PAS that needs to be fearful of Malays when it gets non-Malay vote? Since when did PAS Malay supporters show enmity towards non-Muslim PAS supporters? Did PAS lose Malay ground by getting Chinese and Indian support? If that's the case, why is Umno desperately trying to woo them back?
26.

Do you think Umno would talk of Malay unity if it was getting the “fixed deposit” Chinese and Indian votes as usual?
27.

How would Islam's image be affected by your betrayal to the non-Muslims?
28.

Do you know that for Islam to be implemented in Malaysia, we need the understanding of the non-Muslim community? Did we learn from Sudan's former military President Jaafar Nimeiri who imposed Sharia while ignoring the views of the non-Muslim community? Many Islamic scholars implored him to “at least” make the non-Muslim community to understand what was being done. But Nimeiri being a military man went ahead and declared Sudan an Islamic state and crushed all the opposition. Today, we have Southern Sudan (to be a separate nation in 2011) as a result. The nation continues to bleed till today. All it took was for one man to rush and pretend that he was intelligent and “God fearing” and that he was “uniting Muslims under God's decrees”.
29.

Do you appreciate that Anwar Ibrahim and Lim Kit Siang have been useful to us?
30.

Do you appreciate that DAP has improved our image in the Chinese heartland so much so that Chinese villagers who would have puked at seeing PAS's flag today overwhelmingly vote for us?
31.

If yes, how do we repay them? Do we betray them and ignore them or we build better bridges with them and from thereon move forward and have our direct contact with the Chinese community established?
32.

Do you appreciate that PKR and DAP have been useful to us? Between Umno and PKR and DAP, which party(ies) has helped us to be where we are now? Umno fought us, fights us and continues to do so in a cruel manner, do PKR and DAP do the same?
33.

Do you believe PAS alone can rule Malaysia NOW? If yes, how? If not, how do we go about it?
34.

Do you believe that Anwar Ibrahim's New Economic Agenda, the Lingam Tapes, his detailed NEP misuse information, his mistreatment at the hands of Umno, the 1998 episode, his charisma, his experience, his networks, his campaign for our members in different states and his ability to convince DAP leaders to stop attacking PAS and instead concentrate on Umno has been useful to PAS and enabled us to win in a number of places we couldn't imagine? Remember, it was only Anwar and Raja Petra Kamaruddin who repeatedly said Umno will be routed prior to the elections while BN media practically lynched Anwar and asked “who is Anwar”?
35.

If your answer is yes, how do we repay him? Do we betray him now or we work with him and after he leaves, we install either you, Husam or Mohd Nizar as a replacement? If not, tell us how you won your seat in Yan in Kedah in 1999.
36.

If you have popular Malay support, why did you lose in Besut? Why did PAS lose Terengganu since we are “more Malay” than Umno itself? Did you learn something? Why did Nik Aziz maintain his grip on Kelantan? Any lessons?
37.

We used Mohd Nizar as an experiment and it yielded results; how do we achieve a national result now? And in what way does talking to Umno make PAS's ideals realized?
38.

An Islamic party has a moral duty to its Muslim and non-Muslim friends. Why are you reluctant to have a “unity talk” with either PKR or DAP or at least PKR which is a multiracial party but a Malay majority party in the grip of Malay leadership as well? Where is your honour in showing respect to comrades who struggle(d) with you?
39.

What are the similarities between Umno and PAS that necessitates talk in the first place?
40.

Many of our leaders are victims of ISA and other cruel Umno engineered rulings just like all PKR and DAP leaders are as well, what are the ideals we share with Umno that calls for PAS to desert like-minded PKR and DAP leaders for Umno leaders like Najib, Nazri Aziz, Kerismuddin, Bung Mukhtar Radin and Khairy?
41.

PAS contested non-Malay seats and won (take Dr Siti Mariah for example); PKR (Malay MPs) have contested non-Malay seats (take Zahrain Mohd Hashem of Penang-PKR) but DAP didn't contest a single seat with Malay majority. So, in what way does DAP constitute a danger to us?
42.

If Malays are divided, who is to blame? And when did this division start? How and why was PKR formed? Why was PAS ejected out of BN when we joined them after we lost everything?
43.

Which party closed its door on many Malays and even passed a resolution banning the return of any party member who has defected to another party? Umno! The same Umno wants Malay unity now? You buy that? And that unity is about what? After all, even a husband and a wife are not united!
44.

PAS has been there for decades, were we united with Umno? If the unity talk is about issues, we supported Umno on certain issues in the past and we can do now when need be, so why talk about unity?
45.

Does Umno have a heavenly decree to rule Malaysia and lead the Malays? Why NOT insist on PAS totally replacing Umno as the dominant party in Malaysia and lead Malaysia as well?
46.

In what way do we achieve PAS's struggle by talking to Umno or uniting with it?
47.

PKR and DAP have supported issue based discussions in the past. Anwar said he is ready to meet Najib on Perak. Anwar said he is ready to support constitutional changes that improve the judiciary and other state institutions. Lim Kit Siang repeated the same. But they didn't talk about PKR-Umno unity or Umno-DAP unity! Why us? Can't we be a constructive opposition party without ever meeting Umno face to face?
48.

Why do you need to demoralize the highly charged PAS now?
49.

Umno Kelantan leader Che-Alwi has called on Tok Guru Nik Aziz to resign since he couldn't get his “people” into PAS Central working committee, do you realise that it is you more than any one else who has divided PAS and is confusing the younger cadres? And do you cherish Umno leaders badmouthing PAS' most respected political figure? Yet you want to talk to Umno? So you want to reward them for humiliating Nik Aziz?
50.

Khairy launched a scathing attack on Tok Guru Nik Aziz and hired Mat Rempits during last year's elections, he said Nik Aziz failed and can't provide leadership. He came up with the Pade-doh campaign that humiliated the elderly leader. Tok Guru cried and many of us did whatever we could to rally to him. The same Khairy today says we should unite. So you support Khairy instead of Nik Aziz? For you Khairy and his ilk are better than Nik Aziz? Explain yourself!
51.

Why are you wasting PAS's time on irrelevant issues that will never happen rather than strengthen the party, raise its profile among the unwilling Malay supporters and further engage the non-Malays, Sarawakians and Sabahans?
52.

Why are you silent? Why is Utusan your media? Why not the popular blogs, Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia-Today, The Nutgraph etc?
53.

Tell us what you have done for PAS and PR in regard to making policies, revising them or coming up with issues that are of concern to Malaysians.
54.

Rather than wasting your time in seeking Utusan Malaysia coverage, why not spend time with PAS's soldiers in the trenches in Negri Sembilan, Johore, Pahang, Malacca and other states who are preparing for the future?
55.

Umno won't give PAS the PM post, so why should we talk? Doesn't that mean you despise your own leaders?
56.

You can't manage a simple victory like the one we have had now, how do you intend to manage a bigger one? You are exactly the kind of leaders martyr Sayid Qutb warned against when he wrote in his “This Religion” book that an Islamic leader who can't manage victory will betray Islam's cause.
57.

Do you know for a leader to succeed, he has to be loved by his soldiers? Why are you making yourself hated in PAS and Pakatan? Why not listen to what the voters want? Are you honest with your Creator and yourself and with us?
58.

What gives you the strength to contradict Tok Guru Nik Aziz? Is he your age-mate? Can you tell us one achievement he has accomplished on any front that you remotely even tried to achieve let alone achieving?
59.

Many people (the intellectuals, economists, authors, NGO's and highly educated/urbanite Malays) don't understand PAS. What have you done in the past one year for them to understand us? What have you done to make PAS liked by all people so that it becomes a giant party in the future and even rule alone or with PKR?
60.

Umno is for racism which is haram in Islam, selective justice, tribal hegemony, oppression, exploitation, endemic corruption, family rule, hatred, division, lies, sodomy and dirty politics, total destruction of state institutions (look at Perak), and in Umno's history, it has the least popular leader in Najib Razak today. For God's sake, what do we benefit from such a party and scandalized leadership? Do you believe we share more with Umno than with PKR and DAP?

We are waiting for answers and we demand them now. We are becoming impatient. When we voted for you (including myself who is a youth leader from Malacca), we did it because we hate to humiliate incumbent leaders and your age also mattered.

You were young and we thought a new chance had to be given to you. Removing an incumbent was more traumatizing for us as PAS members than installing a new one. That is why Datuk Husam Musa was not elected. It is not that he is not liked. He is indeed. Far more liked than you. From now on, we demand that you stop your unity talk nonsense and concentrate on PAS and PR. Otherwise tell us the truth and then we can go our separate ways. As simple as that!

P/S : komen & artikel yang pro dan kontra selepas muktamar PAS... tapi kita perlu muhasabah diri serta tenang dalam perjuangan mempertahankan perjuangan ISLAM...lagi cepat kita melatah dan mengikut emosi syaitan akan menguasai kita...UMNO@BN akan terus mengambil peluang dengan kelemahan PAS dan Pakatan Rakyat....!!! Adakah ini yang kita mahu lebih 10 tahun GERAKAN REFORMASI berkumandang...dan lebih 55 tahun PAS berjuang menentang UMNO@BN...adakah kita mahu musnahkan serta hancurkan perjuangan ini kerana emosi dan perbezaan pendapat....???? jawapan ada anda semua...!!!

Bila ulamak ditempelak, digelar dan dihinakan ? adakah kerana amarah kita sanggup hina Ulamak...!!!


Sedih. Hampir menangis. Gerakan Islam kini ditohmah dengan pelbagai cara. 'Ulamak secara terbuka ditempelak dan dipertanggungjawabkan tentang kemunduran umat Islam. Digelar dan dilabelkan sesedap rasa. Kemunduran umat Islam diletakkan sepenuhnya ke atas bahu 'ulamak. Sedangkan kemungkaran dan penyelewengan para pemerintah yang menjadi faktor keruntuhan dan kemunduran umat disembunyikan. Bungkam dan kaku. Mereka cuba memutarbelitkan fakta sejarah. Mereka lupa dan alpa bahawa kejatuhan sesebuah kerajaan Islam ialah apabila para 'ulamak yang ikhlas dan berwibawa disingkir dan dinafikan fungsinya.

Kejatuhan kerajaan Abbasiyyah adalah berpunca dari sikap angkuh pemerintah yang menolak pandangan dan nasihat 'ulamak.

Pemerintah leka denga kemewahan dunia dan terpengaruh dengan tamadun yang dicapai akhirnya Negara Islam yang kuat telah berpecah dan tumbang satu demi satu. Keadaan yang sama berlaku ke atas Kerajaan Islam Sepanyol. Sikap tamak, berfoya-foya dan bermegah dengan kemajuan keduniaan menyebabkan mereka hilang pedoman.

Mereka merasa kemajuan kebendaan akan menjamin kekuasaan mereka. Mereka menolak nasihat dan pandangan dari para 'ulamak yang ikhlas, kerana mereka menganggap nasihat itu sebagai penghalang kepada pembanguna kebendaan. Mereka lebih senang dikelilingi oleh golongan pengampu yang mereka ambil termasuklah di kalangan mereka itu golongan 'ulamak duniawi.

Hasil dari sikap sombong dan angkuh ini mereka telah gagal mempertahankan Islam di Bumi Eropah. Negara Islam yang telah bertapak lebih 700 tahun itu telah hilang dari bumi Sepanyol. Islam hanya tinggal sebagai kesan sejarah yang hanya menjadi sumber kajian ahli-ahli sejarah.

Apakah kehancuran yang terjadi kepada Kerajaan Islam Sepanyol kerana peranan 'ulamak menentang kemajuan atau kehancuran itu hasil dari kemajuan yang menjadikan pemerintah lupa daratan dan melakukan sesuatu yang tidak selari dengan tuntutan Islam??

Firman Allah maksudnya;

"Dan jika kami hendak binasakan suatu negeri maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri (supaya taat kepada Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan di dalam negeri itu (ingkar perintah Allah), maka sudah sepatutnya berlaku terhadap perkataan (ketentuan kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya." ( Surah Al-Isra' : ayat 16 )

Di awal abad ke 20 ini, peristiwa sama berulang ke atas kerajaan Islam Othmaniyyah Turki. Sebelum dasar sekular diperkenalkan, Kerajaan Islam Turki merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan digeruni oleh kuasa barat. Pada abad ke 15, Islam telah tersebar di sebahagian besar Wilayah Eropah yang berhampiran dengan Turki.

Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya ;

" Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu dari manusia setelah diberikan begitu sahaja, tetapi Allah mencabut (menghilangkan) ilmu itu dari manusia dengan hilangnya 'ulamak. Sehinggalah tiada lagi yang tinggal dari karangan orang 'alim, manusia akan mengangkat dikalangan orang jahil menjadi pemimpin mereka, apabila ditanya dan mereka (pemimpin dari kalangan jahil) memberi fatwa bukan mengikut ilmunya (Islam), mereka itu (pemimpin dikalangan jahil) adalah orang-orang yang sesat dan menyesatkan orang lain. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim juga Tirmizi, dari Abdullah Bin 'Amru Bin Al-'As)

Sewajarnya para 'ulamak menyedari tanggungjawab mereka dan kembali berfungsi sebagai pemimpin ummah. Firman Allah Ta'ala mafhumnya;

"Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa, mereka tidak menjadi lemah kerana bencana menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar." ( Surah Ali-'Imran : ayat 146 )

( Petikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-40 oleh Al-Marhum Dato' Fadzil Mohd Noor yang bertajuk, " 'Ulamak : Teras Kepimpinan Ummah ") oleh YB Dato' Abdul Halim Abdul Rahman. (petikan diatas telah diubahsuai untuk paparan di blog ABO)

Update Malam !
Lantik Husam dan Mat Sabu dalam Dewan Harian Pas

Sebagai seorang perwakilan dalam Muktamar yang baru berakhir semalam, saya secara terbuka ingin mencadangkan kepada Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang supaya melantik dua orang pemimpin parti yang kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden ke jawatan-jawatan dalam Dewan Harian Pas Pusat.

Jumlah undi yang diperolehi oleh Haji Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu iaitu sebanyak 542 undi itu melambangkan sokongan lebih daripada 100 Kawasan Pas (satu Kawasan menghantar 5 orang perwakilan).

Dengan itu kita wajar tidak meninggalkan mereka berdua daripada menjawat jawatan dalam Dewan Harian Pas Pusat. Saya merasakan kerugian yang amat sangat sekiranya kita tidak memanfaatkan mereka berdua kerana mereka sebelum ini adalah dua orang Naib Presiden Pas.

Saya percaya contohnya jika Presiden melantik Abang Mat sebagai Ketua Penerangan yang baru, beliau boleh menambah baik kempen dan penerangan parti sehingga ke akar umbi terutamanya di kawasan Parlimen yang menjadi target kita untuk dimenangi pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Sesuai dengan kedudukan beliau yang tidak menjadi wakil rakyat, beliau mampu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerja penerangan parti.

Manakala Haji Husam pula saya cadangkan supaya dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Pas yang baru. Beliau boleh mengolah dan mengemukakan pelan tindakan baru yang ingin dicapai oleh Pas bagi menjadi parti utama dalam negara pada PRU yang akan datang.

Dengan perlantikan itu, kita tidak membuang Haji Mustafa Ali kerana beliau adalah Pesuruhjaya Pas Terengganu yang turut berada dalam jawatankuasa Pas Pusat. Saya berharap agar Haji Mustafa dapat memberikan tumpuan dan fokus untuk Pas menawan semula Terengganu pada PRU yang akan datang.

Diharap agar kepimpinan tertinggi parti terutamanya Tuan Guru Presiden dapat mengambil kira cadangan saya ini demi menjulang martabat dan kedudukan parti lagi di masa mendatang.Ikhlas,

By : al-banjari online