Ahad, 7 Jun 2009

Isu kerajaan perpaduan dijangka selesai selepas Hadi beri penerangan



SHAH ALAM 7 Jun — Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi penjelasan mengenai konsep kerajaan perpaduan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Nasharudin berkata PAS tidak akan menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN)dan beliau yakin kerisauan di kalangan pemimpin PR itu akan dapat diselesaikan setelah Abdul Hadi memberikan penjelasan kepada mereka.

Perbincangan antara PAS dan Umno bukanlah ke arah perkongsian kuasa tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat dan negara, katanya pada persidangan akhbar pada hari terakhir Muktamar PAS ke-55 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS bimbang kehilangan sokongan daripada rakan-rakan dalam PR dengan rancangannya untuk mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai kerajaan perpaduan.

Ditanya mengenai bantahan perwakilan PAS sendiri yang tidak bersetuju dengan perbincangan antara parti itu dan Umno, Nasharudin berkata PAS mengamalkan kebebasan bersuara di kalangan anggotanya dan mereka dibenarkan memberikan pendapat masing-masing dan pandangan perwakilan akan direkodkan oleh parti untuk rujukan dan kajian.

- BERNAMA

Nasa kesal istilah 'konservatif' yang digunakan media perdananonse

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar pihak media yang menggunakan istilah ulamak konservatif dan profesional dalam menggambarkan perpecahan di dalam PAS.

"Pesanan saya, kita tidak perlu terikut-ikut dengan budaya dan istilah asing seperti laporan media yang mengulas mengenai pemilihan parti dengan menamakan tertentu kononnya sebagai konservatif ulamak dan golongan profesional," ujarnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam, petang ini.

Tegsnya, jika terdapat golongan seperti yang didakwa itu sudah tentulah kita tidak sampai ke tahap ini dengan kejayaan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat serta mengadakan kerjasama dengan pihak luar yang lain.

"Kita buat keputusan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat adalah suatu ijtihad, kalau kita konservatif, susah kita duduk bersama rakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat.

"Kalau kita konservatif, mungkin kita tidak akan sampai ke tahap ini. Maka, istilah itu tidak tepat kerana kita bukan jumud," katanya.

Malah, beliau menegaskan sekali lagi agar pimpinan dan ahli PAS tidak mudah terperangkap dan terpedaya dengan mainan pihak tertentu khususnya media dalam memporak-perandakan kesatuan dalam jamaah.

"Kita jangan mudah terperangkap dengan permainan orang luar memporak- perandakan kita di dalam PAS," katanya lagi.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa PAS juga banyak merangka banyak pertemuan atau 'engagement' dengan pelbagai pihak bagi membantu memperkasakan parti.

"'Engagement' ini tidak akan mengubah sama sekali dasar parti yang meletakkan Islam sebagai teras perjuangan, memandangkan ianya dibuat mengikut keputusan majlis Syura Ulamak, bukan secara individu," ujarnya lagi.

Katanya, sekarang ini PAS telah mempunyai resepi untuk menaikkan imej Islam.

Walaupun begitu katanya, aplikasi sikap keterbukaan yang disebutkan sebelum ini bukanlah bermaksud untuk mengadakan kerjasama dengan Umno sebagai musuh politik PAS.

"Kita tidak akan membuat sebarang kerjaama dengan Umno dan tiada usaha -usaha untuk membawa PAS masuk ke dalam Umno," katanya lagi.

Beliau turut membentangkan beberapa pindaan perlembagaan yang akan dikuatkuasakan selepas berakhirnya muktamar ini._

UMNO ADALAH NAJIS.....!!!! SEBENARNYA SAMA TARAF DENGAN SEKULAR@JAHILIAH...???



Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad mengancam mereka yang menyertai PAS untuk mengetengahkan agenda peribadi apatah lagi untuk bersama-sama Umno-BN.

"Kita takut ada yang akan menggunakan perjuangan Islam untuk kepentingan agenda perjuangan mereka, kita mengancam golongan mereka yang melakukan tindakan sedemikian.

"Pemuda juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan individu yang terbabit," katanya ketika membahaskan usul mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden rampasan kuasa di Perak.

Tegasnya, tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan.

"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.

"Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka," tegasnya.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai munafik dan najis dalam perjuangan ini.

"Tolonglah jangan menjadi seperti najis dalam perjuangan," ujarnya.

Beliau yang juga Pemuda PAS Pandan mengingatkan agar semua pihak khususnya mereka yang telah dipilih menduduki saf kepimpinan agar sentiasa menyedari bahawa tanpa sokongan daripada perwakilan di peringkat kawasan bahawa mereka tidak mungkin berada di tempat tersebut.

"Bak kata satu pepatah india yang berbunyi 'kamu hendaklah bekerja dan rajin dan jangan cemburu dengan jawatan orang lain' kerana mereka tidak mungkin dapat berada di sana tanpa sokongan daripada cawangan dan kawasan.

"Tidak mungkin mereka dapat menjadi wakil rakyat ataupun apa-apa tempat yang tinggi kerana kesemua itu bukanlah bergantung kepada kekuatan diri sendiri semata-mata," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahwa pimpinan perlu mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak mengadakan kerjasama dengan Umno-BN. -harakahdaily

PAS jangan terlalu Overconfident



by: myzaidibrahim

Semasa saya meninggalkan dewan Stadium Melawati di mana Muktamar PAS ke-55 diadakan, seorang pemberita akhbar bertanya apakah pandangan saya tentang ucapan Dasar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang. Sebelum sempat saya menjawab, dia juga cepat-cepat menambah satu lagi soalan iaitu apakah perancangan besar yang PAS akan laksanakan itu akan menimbulkan kebimbangan dan keresahan dua parti lain dalam Pakatan, PKR dan DAP.

Inilah kali pertama saya hadir di Muktamar Tahunan PAS. Saya berasa kagum dengan persiapan, perjalanan dan sambutan penuh semangat oleh para perwakilan yang mengikuti ucapan Presiden. Pujian ini bukanlah kerana Pengerusi Tetap bermurah hati memperkenalkan saya, dan kerana itu saya diberi sambutan meriah daripada para Perwakilan. Saya tertarik kerana kalau dulu PAS hanya memberi tumpuan yang agak sempit dan khusus dalam Ucapan Dasar Presiden, tetapi kali ini PAS menunjuk minat dan kemampuan yang menjangkau isu dan perspektif yang lebih luas dan menunjukkan keyakinan yang tinggi tentang peranannya sebagai sebuah parti besar dalam politik negara. Hadi telah menunjukkan perubahan bukan sahaja dari segi kupasan terhadap dasar dan pendekatan PAS, malah dari sudut peribadinya pun telah menampakkan kesanggupan serta komitmen dalam membicarakan isu yang rumit dan mencabar seperti soal ekonomi, hak asasi rakyat dan hubungan antara kaum. Ucapan beliau selama 1 jam 40 minit itu jauh bezanya dengan muktamar yang terdahulu.

Tema Muktamar ialah Islam Memimpin Perubahan. Ada pemerhati yang cepat-cepat mencelah tema itu sebagai Islam (PAS) memimpin Pakatan. Dan yang ketara selain daripada slogan itu ialah pengumuman perancangan PAS untuk membina Pusat PAS di Putrajaya, memperluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak dengan lebih bersungguh-sungguh, dan penerimaan Kelab Penyokong PAS di kalangan bukan Islam sebagai salah satu sayap parti yang rasmi. Dan sebaik sahaja selesai ucapan dasar; semasa mengadakan sidang akhbar hari itu Hadi terus mempertahankan pependiriannnya supaya PAS meneruskan usaha menyokong konsep Kerajaan Perpaduan (Unity Government), iaitu berkerjasama dengan Barisan NasionalUMNO. Sedangkan dia tahu perasaan Tok Guru Nik Aziz dan ramai lagi pemimpin PAS dalam hal ini. yang kelihatan tidak begitu bersetuju dengan saranan Dato’ Seri Hj Hadi. Namun tanpa gentar, ia tetap diluahkan oleh beliau dengan penuh yakin. Sekaligus mempamerkan ketegasan dan keyakinannya, tetapi bagi saya, Hadi telah menjadi terlalu yakin (Overconfident).

Inilah yang menjadi kebimbangan saya. Hari ini parti-parti dalam Pakatan, sama ada PAS, DAP dan Keadilan semuanya menunjukkan keyakinan mereka yang tinggi untuk mencapai kejayaan seterusnya, khususnya dalam piliharaya umum yang akan datang. Mereka semua ada national aspirations, atau cita-cita untuk menjadi parti nasional yang terbesar dan berpengaruh dan sekaligus bakal membentuk Kerajaan. Tidak salah kita ada cita-cita besar kerana apabila parti komponen itu kuat, sepatutnya gagasan dan Pakatan parti-parti tersebut sepatutnya akan menjadi lebih kuat. Tetapi mereka juga perlu ingat kalau Pakatan atau kerjasama yang ada sekarang ini sebenarnya rapuh, maka mereka tidak akan mampu mengatasi BN, walaupun tinggi melangit cita-cita mereka. Kekuatan mereka yang sebenar ialah kekuatan yang timbul daripada usaha dan kerjasamna yang ikhlas daripada ketiga-tiga parti tersebut. Tidak ada parti dalam Pakatan termasok PAS sekalipun yang boleh mendabek dada dan berkata mereka kuat walaupun bersendirian. Mungkin mereka berasa kuat kerana UMNO sudi memberi “back up” yang kuat. Kalaulah ini politik PAS yang baru maka itu bererti pemimpin mereka tidak memahami perjuangan PAS Burhanuddin Helmi Zulkifli Mohamad dan Nik Aziz.

Bilakah agaknya Pakatan akan memberi tumpuan khusus untuk berusaha mencari dan memupuk dasar bersama dalam hal-hal yang kontroversi dan sensitif. Soal pokok pentadbiran yang baik atau good governance dan kaedah melaksanakannya mesti dipersetujui lebih awal kerana prinsip atau dasar yang kita laungkan sebenarnya amat berbeza apabila dilaksanakan. Apakah pendirian parti-parti dalam Pakatan dalam soal-soal seperti Perlembagaan, bahasa dan pendidikan, dasar ekonomi yang mempraktikan keutamaan atau Awlawiyat, semua ini nampaknya memang mudah dikatakan tetapi sukar dalam mencari atau mendapatkan persetujuan. Bagaimanakah kita mahu laksanakan “musyarakah bil gharam wal ghanam” apabila sebahagian besar ekonomi telahpun diswastakan kepada pihak yang kuat dan terpengaruh. Persoalan rumit juga akan pasti timbul dalam usaha “mengakhlakkan” aktiviti hiburan dan sosial tetapi dalam masa yang sama menghormati hak kebebasan individu dan menerima kepelbagaian masyarakat majmuk. Ini semua memerlukan perancangan yang rapi dan yang lebih penting perbincangan di peringkat kepimpinan tertinggi Pakatan yang seterusnya dipersetujui dan diterima oleh semua pihak sebagai dasar untuk dilaksanakan. Sekiranya ini boleh dibuat, maka pastilah akan kelihatan parti-parti dalam Pakatan akan bersuara dalam nada yang sama dalam apa juga persoalan Negara dan masyarakat, dan tidak lagi dilihat bercanggah antara satu dengan lain.

Dengan lain perkataan, dalam usaha parti-parti politik pembangkang mencari kekuatan untok memerintah, janganlah ulangi apa yang berlaku dalam BN. Budaya, nilai dan perjuangan politik BN ditentukan hanya oleh sebuah parti. Sebab itu mereka menghadapi masalah mencari formula perubahan yang mereka laung-laungkan. Untok berubah kita perlu mendengar dan menerima pandangan yang berbeza dari perspektif yang luas terutama daripada rakan kongsi kita. Tetapi hari ini dalam BN mustahil perubahan ini dapat dilaksanakan kerana apabila setiap kali ada usaha untuk menerima pandangan dari kumpulan yang dahulunya hanya mengangguk, tindakan ini akan dianggap mengalah oleh kumpulan yang lain. Sebab itu kita sentiasa mendengar jeritan “jangan tunduk” daripada UMNO setiap kali ada isu yang agak rumit yang cuba ditimbulkan oleh sesetengah parti komponen dalam BN. Gagasan Pakatan perlu bermula dengan pendekatan yang berbeza berbanding UMNO. Tidak perlu sesebuah parti itu menjadi “dominant”. Biarlah mereka bermula dengan keinsafan dan sikap bahawa ketiga-tiga parti dalam Pakatan itu sama-sama kuat, tetapi hakikatnya sama-sama memerlukan satu sama lain. Ingatlah pepatah Melayu, sebatang ranting mudah dipatahkan, tetapi seberkas ranting, sukar atau tidak boleh dipatahkan dengan mudah.

Mereka perlu mencari kekuatan dengan maufakat dan kerjasamaa., bukan dengan dengan sikap `aku lebih kuat daripada kamu’ dan mencari usaha mengatasi kemampuan parti lain. Mustahak sekali Pakatan dapat menyediakan satu Master Plan bagaimana Malaysia dapat diperintah dengan baik adil dan saksama. Biarlah buat pertama kalinya rakyat merasakan bahawa pemimpin mereka mendengar rintihan mereka dan pemimpin pula berusaha mencari jalan penyelesaian yang baik untuk semua rakyat dan semua kaum. Kekuatan bukan sahaja datang daripada kemenangan kita melawan atau mengatasi pesaing kita, ia juga menjelma apabila kita tahu dan menghargai erti dan kebaikan amalan muafakat yang sebenar.

Husam persoal 'musuh' Haron Din


Datuk Husam Musa memohon penjelasan daripada Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberi penjelasan berhubung ucapannya mengenai "musuh dalam selimut" parti itu.

Husam, yang gagal dalam percubaan merebut jawatan timbalan presiden semalam, berkata penjelasan ungkapan tersebut "mustahak".

"Saya minta Dr Haron menjelaskan ungkapan itu dalam kertas kerja tersebut," katanya, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan sebagai mantan naib presiden PAS hari ini di muktamar PAS di Stadium Malawati, Shah Alam.

"Penjelasan (ungkapan) mustahak."

Dua minggu sebelum persidangan, Dr Haron berkata PAS harus berhati-hati terhadap musuh parti, termasuk tajaan Umno atau negara asing, yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti.

Ketika bercakap di seminar kepemimpinan ulama 23 Mei lalu, tokoh ulama PAS itu berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media.

"Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain.

"Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti," katanya, seperti dalam satu teks ucapan di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak.

"(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

"Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."

Menjawab pertanyaan Husam, pengamal perubatan alternatif itu bagaimanapun menafikan ucapannya ditujukan kepada pihak tertentu, sebaliknya menyatakan ia dibuat secara umum.

Dr Haron juga berkata "Husam tidak pernah cakap dengan saya secara peribadi" tentang perkara tersebut.

"Saya ingat, tidak ada saya sebut ("musuh dalam selimut"). Saya tidak kata dalam PAS ada musang berbulu ayam. Dan saya tidak kata ada musuh dalam selimut.

"Tetapi saya sebut, musuh sentiasa ada, mungkin sebutan itu orang mengulas dan menambah," jelasnya, sambil meminta maaf jika ucapannya itu disalahfaham.

Bekas pensyarah agama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga mengingatkan penyokong PAS supaya berhati-hati dengan laporan media "selain Harakah dan Siasah" yang belum dapat dipastikan kesahihan laporan mereka.

Mengulas lanjut isu "musuh dalam selimut", Dr Haron hari ini berkata, dengan keahlian parti mencecah jutaan orang, sudah tentu musuh besar seperti Amerika Syarikat dan Israel merancang menggendalakan agenda Islam yang ingin dibawa PAS.

Dr Haron sebelumnya mengkritik sikap tidak patuh kepada pemimpin dan "lawan taukeh" yang disifatkannya sebagai "penyakit parti politik tidak Islam" agar tidak berjangkit ke dalam PAS.

Tidak jelas sama ada ungkapan ini ditujukan kepada Husam atau pemimpin lain yang menolak saranan kerajaan perpaduan seperti anjuran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan dengan laungan takbir daripada kira-kira 2,000 hadirin yang hadir.

PAS parti autokratik, hipokrit dalam perjuangan - SIS...Tapi SIS boleh tolak Dasar Islam dan Sunnah Nabi...????

(BUDAYA YANG SIS TERIMA)

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sisters in Islam (SIS) hari ini mengecam tindakan PAS meminta parti itu diharamkan jika perjuangannya bertentangan dengan syariat Islam.

Menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuagannya.

"PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini.

"Hal ini jelas bertetangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara yang diamalkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat," kata Pengurus Program SIS, Nohayati Karpawi kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan usul yang dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam pada Muktamar parti yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Hayati berkata PAS sering melaungkan isu mengenai kebebasan bersuara dan berpersatuan untuk kepentingan parti itu semata-mata.

"Jika mereka tidak setuju dengan perjuangan kita kenapa perlu minta kerajaan SIS. Hanya kerana kami perjuangkan hak wanita, kami dilabel sebagai bersikap 'feminis'..Ini tidak betul dan ada 'double standard' di sini..

"Mereka (PAS) tidak boleh membuat tuduhan melulu, mereka perlu buktikan jika perjuangan kami menyeleweng dari ajaran Islam," katanya.

Tegas beliau, hal ini menunjukkan parti itu bersifat 'angkuh' dengan meminta SIS diharamkan.

"Lihatlah mereka (PAS) belum dapat kuasa sudah begini, apa akan jadi bila mereka berkuasa nanti. Mereka akan gunakan nama Islam untuk membuat perkara-perkara lain pula.

"Parti gabungan dalam Pakatan Rakyat seperti, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu buat pendirian yang jelas dalam isu ini kerana pendirian PAS terhadap SIS akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Jelasnya, pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian mereka dalam masa terdekat.

SISTEM POLITIK, DEMOKRASI ALA WESTMINSTER ABBEY

Oleh Dr. AQ Laman M@RHAEN

*Kita dicipta sebagai makhluk sering gopoh gapah ; banyak cakap "besar" dan kurang "strategic" dan lemah mengenai rancangan dan m,endapatkan matlamat ; tiada persediaan yang lengkap.

Ini banyak berlaku kepada orang Islam, perkumpulan Islam dan parti politik yang berdasarkan fiqh Islam dalam penilaiannya. Berani saya sebut bahawa kita kalah kerana tiada “logistik perjuangan”. Pemimpin banyak cakap ikut pewrasaan, tanpa penyelidikan lantas mereka cepat keluar hukum dan fatwa.

Satu daripada contoh kegagalan di hadapn mata Contoh lain ialah PAS di dalam rumah kita. Lebih setengah abad Plastin berjuang dan berperang. Nayawa terbang , harta habis entah ke mana.

Apa yang nampak ialah Arafat dengan kehidupannya...Senjata banyak. Makanan tidak ada. Wang tersimpan d berbagai bank tetapi tidak manfaatkan membeli tanah di luar negara untuk tanaman, berkongsi kilang perubatan dan institusi pendidikan.

* Malahan di rumah orang Islam ketiadaan "panadol" dan "plasters" atau biskut atau kruma kering...

* Malahan Orang Islam dengan pemimpin yang mengaku ulama, rebah dan tekoran disapu Tsunami. Ratusan ribu terkorban dalam berbagai bencana.

* Bandingkan dengan bencana alam di Jepun. Ratusan tahun, begitu lama tercabar, setiap tahun ada-ada sahaja bencana tetapi berapa ramai yang terkorban ?. Bandingkan dewngan orang Islam di merata dunia yang kena bencana.


ORANG ISLAM kena tipu oleh musuh Islam dan oleh pemimpin Islam sendiri. Mereka “malas” untuk memerah otak ; malas membaca ; malas bermuzakarah sama sendiri ; pemimpin menganggap diri mereka sudah “ARRIVE’” – tidak perlu ijma dan tidak perlu pemikiran orang yang tidak dididik awal dengan agama. Padahal maqam ilmu kebanyakan terpelajar agama agak tidak begitu penuh. Universiti terkenal tidak muncul dengan penemuan yang cemerlang. Universiti ada pengawas politik dalam berbagai bentuk. Pemimpin politik Islam menutup telinga dan mata. Meniru itu dan ini dari sukan, hiburan, lakunan, perckapan malahan hampir semua sudut termasuk cara berdakwah.

Maka justeru itu dikehenaki fikiran ramai dari mereka yang ahli atau pakar. Lantas mereka disebut ULAMA. ERTINYA BUKAN SEORANG SAJA YANG ALIM. ULAMA adalah jama, bukan hakmilik peribadi atau seorang sahaja. Alim ialah “expert’ yang ahli dalam bidang apa sahaja. Lantas perkataan ‘SECULAR’ ITU ADALAH MAINAN POLITIK YANG MEMERANGKAP PEMIKIRAN ISLAM yang tidak berfikir.

PAS sudah banyak kali kena kelentung dari dalam dan luar. Lihat kembali sejarah PAS dari beberapa sudut perjuangan. PAS mahu barang “ready made” macam pengantin ; mereka mahu naik motokar di belakang tanpa susah payah memandu dan belanja banyak. TANGGUNG BERES. “Everything will be taken care”- MENTERI, Timballan Menteri, Menteri Besar, Duta, Setiausaha politik dan pegawai atau pengarah menurut HARGA ATAU NILAI “PENJUALAN KUASA”. Ramai rebut jadi broker besar , pertengahan dan bawahan. Berjuang kerana Allah.

Awasilah diri bahawa semua sistem politik termasuk terdirinya PAS adalah dibawah ‘falasafah” Barat dan sistem politik demokrasi WESMINSTER. Kita tidak memilih “AHLIWAAQDI”. Suara seorang pakar ekonomi samalah sahaja harga undinya dengan dengan penjual nasi lemak atau nasi dagang.

Sabar Dalam Mengajak Manusia Ke Arah Kebaikan - Presiden

SHAH ALAM, 7 Jun - Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di dalam ucapan penutupnya mengumpamakan PAS sebagai sebuah bahtera yang kukuh dan selamat walau dilanda pelbagai ombak dugaaan. Islam yang memimpin perubahan kerana hanya Islam yang sempurna dan lengkap. Hanya Islam yang berjaya membina tamadun manusia walaupun pada masa kedatangan Islam, telah wujud pelbagai tamadun lain seperti Rom dan Parsi.

Tugas utama pejuang agama Allah ialah menyelamatkan manusia keseluruhannya. Oleh itu hanya melalui pemerintahan usaha ini dapat dilakukan. Pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan dan dibenarkan oleh Islam. Allah mengharamkan umat Islam daripada menyerah kalah, sehingga dibenarkan peperangan dalam usaha mempertahankan Islam.

Namun begitu, pendekatan yang paling utama ialah perdamaian kerana matlamat utama adalah untuk menyelamatkan manusia seluruhnya. Kerana itu, tidak boleh menutup pintu perbincangan dengan mana-mana pihak. Perbezaan yang wujud mestilah ditolak dengan cara yang baik.

Dalam mengajak manusia ke arah kebaikan, pelbagai ujian yang dihadapi. Hanya orang-orang yang bersabar sahaja yang dapat menghayati usaha dalam mengajak manusia ke arah kebaikan. Beliau mengingatkan ahli-ahli akan konsep penting dalam jemaah Islam iaitu:

1. Menyuburkan sifat takwa. Ini kerana takwa adalah asas bagi mendapat kemenangan dan pertolongan daripada Allah.

2. Ketakwaan dan wala’. Islam mengajar kita agar taat kepada pemimpin dalam perkara yang tidak melibatkan maksiat.

3. Ukhuwah atau persaudaraan Islam penting dalam membentuk persatuan tidak kira dalam perkara yang dipersetujui atau dalam perkara yang tidak dipersetujui.

Akhir sekali, Tuan Guru merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang hadir, termasuklah pihak media dan bloggers.

Mohon penjelasan, rungkai kebenaran

SHAH ALAM, 7 Jun - Dato' Husam Musa dalam ucapan penggulungan tadi memohon penjelasan daripada Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Haron Din berkenaan beberapa ungkapan di dalam salah satu kertas kerja yang dibentangkan dalam Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulamak.

Menurut beliau, penjelasan itu perlu bagi meneutralkan tanggapan ahli pas sekaligus merungkaikan kebenaran sebenar berikutan adanya sesetengah pihak yang telah menyalahguna ungkapan yang disebut oleh Dato’ Haron Din itu.

"Malah, penyalahgunaan tersebut sehinggakan mengaitkan pihak-pihak tertentu," tambahnya.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa Dato’ Haron Din tidak menujukan tulisan tersebut kepada sesiapa, tetapi beliau hanya memohon penjelasan supaya semua pihak mendapat penjelasan yang sebenar lebih-lebih lagi dalm sidang muktamar ini.

“Ada tindakan politik yang nampak kecil tetapi memberi kesan jangka panjang,” ulas Husam berhubung gagasan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

Namun, tindakan penolakan gagasan tersebut akhirnya menyebabkan PAS ketinggalan hampir 30 tahun dan hanya pada tahun 80-an barulah PAS mula mengembangkan pengaruh di Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, beliau sangat berharap agar barisan pimpinan PAS lebih terbuka dalam menerima pandangan yang berbeza. Keterbukaan politik Islam yang ditunjuk oleh PAS merupakan satu model yang perlu dihayati oleh semua pihak.

Teruskan Program 'Jom Sertai PAS'

SHAH ALAM, 7 Jun - Ustaz Ahmad Awang dalam ucapan penggulungannya pada hari ini selaku Naib Presiden Pas sesi 2007-2009 melahirkan harapan agar program 'Jom Sertai PAS' tetap diteruskan oleh saf kepimpinan baru PAS sebagai usaha untuk menambah ahli PAS.

"Program Jom Sertai Pas setakat ini baru berjaya menarik seramai 1000 orang ahli sejak dilancarkan pada November 2008 yang lalu walaupun belanja yang agak besar telah dilkeluarkan sepanjang kelangsungan program tersebut" ujar beliau.

Beliau turut menekankan bahawa Pemuda harus memikul tanggungjawab lebih ke hadapan dan memainkan peranan paling penting dalam usaha memperbaiki perlaksanaan program tersebut kerana golongan paling besar di negara ini adalah golongan muda.

Kurangnya kerjasama dari peringkat kawasan merupakan salah satu punca program tersebut kurang berjaya, jelas beliau.

Beliau turut berharap agar perancangan untuk memberi latihan dan kursus kepada para petugas PAS akan diteruskan kerana modul untuk kursus-kursus tersebut telah pun disediakan.

Ustaz Ahmad Awang juga menyampaikan beberapa pesnan dan ingatan khusus kepada semua kepimpinan dan perwakilan agar tidak terpengaruh dengan momokan UMNO yang cuba melaga-lagakan individu dalam kepimpinan Pas dengan membangkitkan isu kepimpinan Ulama' dan Profesional.

"Mursyidul Am Pas pernah menyebutkan bahawa kita di dalam PAS adalah satu pakej yang terdiri daripada daripada ulama', profesional, kepimpinan atau ahli biasa" tegas beliau.

Berkaitan isu meminta jawatan, beliau dengan tegas menyatakan tidak setuju dengan pendapat tersebut kerana setiap calon yang bertanding untuk sesuatu jawatan itu dicalonkan di peringkat kawasan.

"Jadi tiada istilah meminta jawatan di dalam PAS" katanya.

Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau dengan tegas menyatakan bahawa PAS tidak seharusnya memikirkan idea untuk berpakat dengan UMNO kerana sejarah sebelum ini telah membuktikan segala pengkhianatan UMNO terhadap usaha kerjasama yang dihulurkan oleh Pas.

Najib amal sikap terbuka cadangan wujudkan kerajaan perpaduan....Terbuka ape..??????

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengamalkan sikap terbuka berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana masih belum mengetahui maksud sebenar di sebalik saranan itu.

"Saya berterima kasih kepada Presiden PAS Datuk Seri Hadi (Awang) yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan. Tetapi saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan, jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini.

"Terpulang kepada pihak Datuk (Seri) Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) ke-56 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hadi di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas ke55 di Stadium Malawati barubaru ini sekali lagi mempertahan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Bagaimanapun, Hadi berkata gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.

Mengulas lanjut Najib berkata, beliau juga tidak boleh membuat keputusan berhubung perkara itu secara bersendirian kerana ia merupakan satu keputusan yang amat besar dan mesti diterima oleh pimpinan atasan Umno dan Barisan Nasional (BN). BERNAMA

PAS diseru tidak abai isu murtad

PAS diminta tidak meringan-ringankan perkara teras perjuangannya dalam mempertahankan isu-isu agama, terutamanya dalam menentang keras fenomena murtad di negara ini.

Seorang perwakilan yang membangkitkan perkara itu dalam muktamar parti itu hari ini berkata, PAS kelihatan seolah-olah sudah meringankan perjuangan membela dan mempertahankan agama.

"Terkini di Tampin, Negeri Sembilan, mahkamah syariah isytihar seorang wanita Melayu telah murtad. Berapa ramai orang PAS keluar membantah pengisytiharan tersebut?

"Di mana Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS dalam menghadapi isu ini?

"Dulu kita bangga mempertahankan Natrah (di Singapura), tetapi hari ini kita membisu seribu bahasa," kata Ahmad Zulkarnain di muktamar PAS ke-55 petang semalam.

Kes murtad seorang wanita Belanda yang dikenali Natrah mencetuskan bantahan besar dan penuh emosi umat Islam di Singapura pada awal 1950-an.

Sehingga kini, setiap kali berdepan dengan isu murtad, kisah Natrah akan sentiasa dijadikan teladan perjuangan parti itu dan NGO Islam.

Budaya 'angguk-angguk'

Sementara itu, perwakilan Dewan Muslimat, Dr Halimah Ali pula menekankan pentingnya membudayakan kritikan terbuka dalam parti itu, termasuk pemimpin tertinggi parti sehingga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, dewan itu tidak mahu "budaya angguk-angguk, geleng-geleng" menular dalam parti itu.

"Kita tawarkan ini agar menjadi agen semak dan imbang dalam parti, kita tidak mahu budaya seperti dalam Umno menular dalam parti ini," kata exco kerajaan Selangor itu.

Dalam perbahasan usul ucapan dasar presiden semalam, perwakilan Dewan Ulama, Muhammad Mustaffa sekali lagi menekankan kepentingan kepemimpinan ulama.

"Kita mesti pertahan kepemimpinan ulama yang telah dipersetujui. Jangan ada yang pertikaikan yang sudah kita sepakati. Ulama dan profesional dalam PAS sebagai satu pasukan yang tidak boleh dipisahkan," katanya.

Muktamar PAS 55 - Mengiktiraf blogger, lu sapa ?? Syohh...syoohh !!...Media Baru Yang Cuba Dipinggirkan..!!!



Wak baru selesai bermesyuarat. Mesyuarat yg dikira penting dan mempunyai manfaat yg banyak utk pejuang2 maya(baca penulis blog PR). Ringkasnya bloggers. BloggersNetwork. Dan selepas ini tidak ada lagi group2 BloggersNetwork yg bersifat kenegerian, hang dari Perak, hang dari Kerajaan Pakatan, hang dari S'gor , ambo dari Kelantan, atau apa jadah lagi. Dan akan hanya dikenali dengan BloggersNetwork. Noktah. MSK bersetuju, wak juga bersetuju, lain2 bloggers yg hadir pagi tadi juga bersetuju. Ini deklarasi. Dan akan dipanjangkan sebaik mungkin melalui agenda2 khusus pada bulan ini, bulan depan dan mega agendanya pada awal bulan Ogos. Cukuplah sebanyak itu wak tuliskan. Selebihnya biar MSK yang mendetailkannya.

Pengiktirafan ? Wakakaka..tak payah. Tapi kesian kat UmmiAnni. Lepas ni wak nasihatkan, pas Media yg hang dok simpan tu humban saja ke dalam laut, dihujung beting pantai Bagan Datoh. Wak dah lama buat macam tu. Wak punya, mungkin flower hon yg dok pakai laaa..ada dalam dasar Sungai Kerian ! Isu ini juga ada dibincangkan di mesyuarat pagi tadi.

Sebab itu wak tak buat LIVE Sidang Muktamar PAS baru-baru ini, biarkan saja media tersohor yg buat kerja tu. Media itu lebih banyak memberi budi kepada PAS. Bloggers ? Lu sapa ? Untuk yg sms, email wak bertanyakan mengapa tak buat LIVE, itu sebabnya. Dari awal wak dah diberitahu bahawa tiada pas media utk bloggers. Wak akur dan berlapang dada. Tapi walaupun wak tak punya pas media, sumber berita wak dapat jugak. Terima kasih sahabat wak dari Dewan Ulamak S'gor yg menjadi mata dan telinga untuk wak, serta 3-4 perwakilan lain. Budi anda semua wak kenang sampai mati. Bila membaca tulisan cenangau pagi tadi, wak berminat dengan komen yang dilontarkan oleh saudara penyapujagat , wak setuju dengan komen beliau.

Beliau menulis, " Saya wartawan pencen. Sepanjang jadi wartawan dan hari ni masih lepas gian tulis satu dua karangan, saya tak pernah kisah samada apat akses atau pas masuk dalam satu satu events. Jika ada saya terima tak ada tak apa. Mengapa? Tulisan yang menarik tidak semestinya ada dalam dewan utama. Yang penting sudut penulisan itu berfakta, berbahasa dan menarik.

Bagaimana blogger dihargai? Pingat? Anugerah Kajai? Terima kasih, ingatan sudah cukup. Yang penting hits. Itulah penghargaan sebenar.

Muktamar 55, menunjukkan PAS sudah menjadi parti arus perdana. PAS bukan lagi parti kecil yang bersidang di markaz tarbiah atau rumah ketua cawangan atau bawah pokok. Stadium. Stadium Shah Alam. PAS sendiri mungkin tidak terfikir besarnya dia kini.

Hasan Ali selaku Tuan Rumah muktamar kali ini juga mungkin tidak terfikir pentingnya blogger biarpun ketua penerangan PAS Selangor, Roslan SMS seorang blogger tersohor. Mungkin Roslan SMS adalah orang yang bertanggungjawab atau perlu jawab jika ada masalah blogger dalam muktamar ini. Kembali kepada penlisan blog realitinya masih jauh. Nada bloggers perlu merentas jalan untuk mendapat tempat diruang-ruang pilihan.

Saya masih ingat ketika mula menjadi wartawan dahulu, tulisan saya dibakul sampahkan oleh boss saya dihadapan saya. Ini tidak ambil kira maki hamun orang ramai, orang politik, dan macam-macam orang lagi. Tidak campur saman parking yang tebal tiap-tiap bulan.

Kepada sahabat blogger jangan cepat melatah. Anda adalah bos kepada diri anda. Anda perlu bijak. Anda mahu menulis atau mengulas atau anda mahu pas media??

Bagaimana setelah berpusing-pusing sekitar stadium Melawati Shah Alam, makan sup gear box atau briyani Johor, kita menghala ke Lobi hotel, coffee house dan menulis dengan aman sambil ikuti terus menerus ucapan melalui web TV?

Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu kita kena duduk dalam dewan untuk ambil gambar atau tengok depan mata baru boleh buat liputan. Semua disediakan dengan mudah. Dalam website muktamar disediakan galeri, samada video atau foto, jadi apa perlu pas liputan? Glamour? Boleh tunjuk pada kekawan? Bloggers perlu faham, kekadang berita diluar lebih menarik dari yang didalam.

Hits, bukan pas media yang penting bagi bloggers. Jika hits setakat puluhan atau ratusan ribu, itu masih kecil untuk mendabik dada bahawa anda blogger besar. Panulis yang bijak dan kreatif sentiasa punya ruang untuk berkarya walau dalam kerangka sempit sekalipun.

by : Al-Banjari Online.

p/s : Peranan dan pengorban blogger amat dihargai oleh rakyat marhaen yang selama ni dihalang segala maklumat cepat dan tepat oleh media arus perdana...tahniah serta terima kasih buat Blogger yang ikhlas lagi telus.

Tingkat Empat PAS



"Berdasarkan kepada pemimpin kali ini seolah-olah pemimpin yang menang bukan keraja kerja yang dilakukan tetapi berdasarkan populariti.

"Kita risau keputusan tadi tamai yang tidak turun ke medan tetapi menang dalam pemilihan. Kita melihat ada di antara dipilih bukan berdasarkan kerja malangnya lagi jika ia dipilih berdasarkan puak-puak" - Perwakilan negeri Pahang, Yusuf Embong (Dari berita Malaysian Insider 7/6/09 bertajuk "Wujudkah ‘chai’ di dalam pemilihan PAS?")

Dengan kemenangan Ustaz Nasharudin Mat Isa, Tingkat Empat PAS sudah mula naik tocang. Mereka mula nak mencaturkan siapa pemegang-pemegang jawatan penting di dalam parti itu.

Antara lain, mereka mahu Ustaz Idris Ahmad menjadi Setiausaha Agung dan Ustaz Nik Amar Nik Abdullah menjadi Ketua Penerangan. Tidak ada masalah siapa pun yang akan dilantik ke jawatan mana pun. Presiden PAS berhak berbuat demikian.

Secara naturalnya, Presiden tentulah akan melantik orang-orang yang boleh berkerja dengannya sambil mengambilkira faktor perpaduan parti. Menurut Perlembagaan PAS, beliau boleh berbuat demikian di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Presiden boleh melantik. Lainlah kalau dipilih oleh muktamar. Beliau terpaksa menerima sesiapa sahaja yang dipilih muktamar walaupun berkali-kali beliau merungut orang itu "tidak membantu".

Tetapi kalau perlantikan pemegang jawatan utama dalam parti dicaturkan oleh penagih-penagih Umno, tidak kira Tingkat Empat atau apa yang digelar Komiti 7, adakah akan berlaku satu lagi fenomena seperti yang melanda Tun Abdullah Ahmad Badawi?

Tahniah kutu cikai yang bernama Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010.


Ramai terkejut Nasa boleh menang

Kalau umno ada yang tok tok .. PAS pun ada juga. Apa pun Umno temberang, takkan percaya. Kalau berita kat Media Arus Perdana cerita kebaikan UMNO, terus tolak. Tanpa usul periksa. “Ellllehhhhh .. membohong la tu.”

Usul muqabalah PAS dengan UMNO memang dah diketahui sejak lepas PRU12. Tapi awalnya jenuh la di rahsiakan. Bila dah terbongkar, baru satu satu aib ni di ceritakan. Tapi niatnya di lainkan. Kononnya hanya bincang, tak lebih dari tu. Agenda di pesongkan. Selagi pakai kopiah, selagi tu orang boleh caya.

Penyokong PAS tak tau main politik. Selagi bukan UMNO, diorang sokong, tapi yang pandai politik kat atas nun .. pusing punya cerita. Nampak marah, tapi baik. Nampak garang, tapi mesra. Yang kena tipu, orang bawah. Ahhh biasa la orang politik. Benda ni bukan lagi benda baru.

Pelik sungguh bila orang yang usaha untuk perpaduan dengan UMNO boleh menang. Semua orang pusing kepala. Apa yang berlaku ni?

Bertanya lah aku dengan orang PAS yang tok tok. Dia ni jenis di cincang tak putus, di bakar tak rentung.
“Apa pandangan tentang kemenangan Nasaruddin?”
Dia jawab .. “Ntah la .. pelik. Kitorang tak suka usaha perpaduan dengan UMNO, tapi undi boleh menang kat dia”. Sambungnya, ” Kami yang ada kat dewan pun jenuh kerut dahi, muka masing masing macam tak senang. Kurang sangat orang yang gembira. Tapi .. ntah .. macam mana boleh jadi.”

Selepas aku letakkan talipon, dia jawab dalam sms, “tapi dgr kata dr halimah mlm tadi? Apa pun murshidul Am lbh tinggi dr presiden” …

Semuanya terima kerana selagi ada TG Nik Aziz, diorang rasa selamat. PAS ni mudah je. Apa kata TG Nik Aziz, mengalahkan usul sesiapa pun dalam PAS. Kalau TG Nik Aziz, kata A .. maka A lah dia dan begitu lah sebaliknya. Walaupun TG dah kempen sebelum pemilihan, tapi yang di suruh tak buat …. memang jadi benda pelik.

Tapi bila kita lihat .. siapa yang uruskan semua urusan undi ni .. baru la kita kata .. “Ahhh patut la .. yang uruskan pun orang dia.”

Kalau paham apa yang dia tulis, maka tak perlu nak kecoh kecoh .. paham paham sendiri dah la. Apa yang perlu buat sekarang, kita pantau karenah karenah yang pro muqabalah ni betul betul. Jangan sampai mereka ni menjahanamkan parti yang kita sayang selama ni.

Tidak ada musuh dalam selimut dalam PAS

SHAH ALAM, 6 Jun - Dalam ucapan penggulungan sebentar tadi, Dato' Dr Ustaz Haji Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS menjelaskan beberapa isu yang timbul di kalangan ahli PAS baru-baru ini.

"Tidak ada musuh dalam selimut dalam PAS, " jelasnya bagi menafikan kenyataannya dalam akhbar tertentu yang mengatakan wujudnya musuh dalam PAS semasa membentang kertas kerjanya dalam majlis Sambutan Jubli Perak Dewan Ulamak baru-baru ini.

Beliau juga mengingatkan para perwakilan dan ahli PAS seluruhnya supaya berhati-hati dengan musuh yang sentiasa ada dalam liku-liku perjuangan Islam.

Di samping itu, beliau juga mengingatkan akan kewajipan mentaati arahan dan keputusan ketua dan wakil-wakil yang telah dilantik oleh para perwakilan.

"PAS perlu mempunyai mekanisme untuk menapis calon-calon yang bakal bertanding dalam pilihanraya," sarannnya lagi.

Kehancuran institusi legislatif - Mad Sabu

SHAH ALAM, 7 Jun - "Mobilisasi demokrasi akan menyokong himpunan besar-besaran anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada 1 Ogos nanti," tegas Mohd Sabu ketika ucapan penggulungan sempena Muktamar PAS kali ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam dekat sini

"Asas negara menuju kehancuran apabila tempat-tempat legislatif tidak lagi dihormati. Dato Mustafa Ali ditangkap di kawasan legislatif, Karpal Singh diserang dan dikepung oleh orang awam dalam kawasan legislatif,


"Malah dalam situasi Perak, eksekutif polis telah menggantikan bentara hingga menyebabkan kerajaan Perak terpaksa bersidang di bawah pokok. Speaker yang bertanggungjawab untuk mendisiplinkan ahli dewan diusung keluar oleh eksekutif polis dan dikurung di dalam bilik," ujar beliau.

Merujuk kenyatakan demokrasi di Malaysia telah tercemar dengan sangat dahsyat, Mohd Sabu dalam ucapannya turut mengingatkan pemuda supaya menjalankan tugas masing-masing dan istiqamah dalam perjuangan.

"Ungkapan istiqamah paling mudah untuk disebutkan namun begitu ia merupakan perkara yang paling sukar untuk dilaksanakan," tambah beliau.

Mohd Sabu dalam mengakhiri ucapan penggulungannya sempat menarik muktamirin dengan pantunnya, "Tuai padi sementara masak, jangan sampai layu-layuan. Intailah aku sementara nampak, jangan sampai rindu-rinduan," beliau mengakhiri kata.

Pimpinan mesti bijak depani agenda media

SHAH ALAM, 7 Jun - Dato' Mahfuz Omar dalam ucapan penggulungan menyarankan agar setiap pimpinan PAS mesti bijak dalam menjawab persoalan-persoalan yang dikemukan oleh pihak media.

Beliau mengingatkan pimpinan terutamanya, agar sedar agenda tertentu pihak media dalam penulisan mereka.

Mengulas ucapan wakil dari Sabah dan Sarawak semalam, beliau turut mencadangkan supaya penumpuan dan strategik diteruskan bagi tempat-tempat yang telah diterokai oleh PAS.
Malah usaha ini akan menjadi agenda utama kepada semua pihak supaya ianya membawa penjanaan yang baik kepada PAS dan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Mahfuz yang mencadangkan supaya mewujudkan rakan bukan Islam menjadi 'smart partnership' dan sayap kepada PAS, turut mengingatkan ahli PAS supaya turut memperbaharui program-program PAS supaya PAS sentiasa relevan dengan nilainya tersendiri bermula pada masa ini hingga masa-masa akan datang.

"Malah, proses naik taraf juga perlu bagi setiap pimpinan sama ada bermula daripada pimpinan tertinggi dan cawangan supaya mereka sedar tentang tanggujawab mereka sebagai pimpinan," ujarnya lagi.

Tiada liputan banteras isu judi di Kedah


SHAH ALAM, 7 Jun - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ustaz Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah menjelaskan bahawa isu yang terdapatnya banyak tempat perjudian di Kedah yang diperintah oleh PAS tidak mendapat liputan pihak media arus perdana.

"Banyak tempat perjudian dan karaoke telah pun diambil tindakan dan cuma ia tidak medapat liputan akhbar terutamanya media arus perdana, media kerajaan.

"pembanterasan judi termasuk tidak membenarkan orang Islam masuk ke dalam pusat judi dan minum arak telah pun dilakukan," tambah beliau.

Tindakan ini telah dilakukan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan yang melibatkan beberapa pihak seperti Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi kerajan lain.

Beliau mengakui bahawa Kedah yang baru ditadbir oleh Pakatan Rakyat selama 19 bulan ini perlu diperbaiki dalam melaksanakan janji manifesto pada pilihan raya umum yang lalu.

Selain itu, beliau yang menyatakan penghargaan terima kasih kepada Kelab Penyokong PAS yang telah banyak membantu dalam Pilihanraya Kecil di Bukit Selambau yang lepas.

Semarakkan semula usrah - Ust Idris


SHAH ALAM, 7 Jun - Ustaz Idris Ahmad, Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat memberi respon kepada 3 perwakilan yang mengemukakan soal tarbiyah. Menurut beliau, ILHAM telah melaksanakan program-program yang memfokuskan kepada pimpinan PAS sahaja tetapi tidak terbuka kepada orang ramai.

Manakala kursus yang dianjurkan oleh ILHAM menawarkan 14 subjek bagi setiap semester. Kursus tersebut ditumpukan kepada mereka yang tidak mendapat pendidikan Islam secara formal.

Menyentuh tentang perjalanan usrah pula, beliau menyeru kepada semua ahli terutamanya di peringkat cawangan agar menyemarakkan semula usrah. Terdapat kawasan yang mempunyai banyak cawangan tetapi hanya 2 cawangan yang aktif melaksanakan usrah.

Antara masalah yang dinyatakan oleh ahli ialah ketiadaan naqib. Oleh itu, Ust Idris mencadangkan agar program diisi dengan bacaan yaAsin, bertanya khabar bagi mengeratkan hubungan sesama ahli dan menjaga kebajikan ahli.

Beliau memberi contoh usrah yang dilaksanakan di Kampung Delik, yang sudah lama berjalan dengan baik sehingga berjaya mewujudkan suasana ukhuwah dan ekonomi yang begitu membanggakan.

Akhir sekali, beliau meminta agar setiap perwakilan pulang dan menggerakkan semula usrah di cawangan-cawangan kerana inilah sumber kekuatan PAS yang sebenar.

Jangan pandang ringan Manek Urai - Mustafa Ali


SHAH ALAM, 7 Jun - Dato' Mustafa Ali selaku Ketua Pengarah Pilihanraya PAS meminta para petugas dan ahli tidak memandang ringan sebaliknya memberikan sepenuh perhatian kepada Pilihanraya Kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai meskipun PAS telah memerintah Kelantan selama hampir 20 tahun.

UMNO telah mengumumkan untuk bertanding di Manek Urai kerana beranggapan mereka masih mendapat sokongan penduduk Melayu di kawasan tersebut berbanding telah menarik diri dalam Pilihanraya Kecil Penanti yang berlangsung baru-baru ini.

PAS Kelantan telah menyatakan komitmen untuk menanggung seluruh perbelanjaan logistik petugas negeri-negeri di Manek Urai. Justeru itu, semua jentera dari seluruh negara diseru untuk turut bersama-sama bekerja demi mengekalkan Manek Urai yang dikuasai oleh PAS sebelum ini. Jentera Pilihanraya akan dilancarkan pada 13 jun 2009 nanti.

Pimpinan PAS diseru supaya berhati-hati


SHAH ALAM, 7 Jun - Pimpinan PAS diseru supaya berhati-hati sama ada dari segi perbuatan mahupun percakapan serta mengambil kira sensitiviti yang merangkumi budaya, agama dan pantang larang agar tidak menjadi senjata UMNO untuk membunuh PAS.

Demikian ujar wakil Kelab Penyokong PAS, En.Vincent Lee ketika memberi ucapan penangguhan di Stadium Malawati sempena Muktamar PAS kali ke-55 hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa kebimbangan penyokong bukan Islam terutama Kelab Penyokong terhadap PAS atas rundingan sulit yang disebut-sebut antara pimpinan PAS dan UMNO. Para pimpinan dan akar umbi diharapkan tidak melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan ahli dan diberi sokongan penuh untuk terus bergerak di atas landasan yang betul.

Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan pada tahun 2004 sempena Pilihanraya Umum ke-11 bertujuan untuk menggembleng tenaga bukan Islam bagi menjayakan misi PAS. Slogan 'PAS for All' telah berjaya meyakinkan pengundi bukan Islam yang telah diterjemahkan dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Turut diluahkan harapan supaya Kelab Penyokong PAS dinaikkan menjadi sayap parti dapat direalisasikan. Dalam usaha untuk memperkasakan kelab, program
orientasi untuk ahli kelab hendaklah dilaksanakan agar kefahaman yang lebih jelas mengenai perjuangan PAS dapat dikukuhkan.

PAS juga diharapkan dapat memperuntukkan dana untuk aktiviti kelab dan Lajnah Perpaduan Nasional. Setiap aktiviti berupa majlis perjumpaan dan
sebagainya hendaklah melibatkan semua kaum tanpa menunggu musim pilihanraya.

Semua ahli dan pimpinan disaran untuk memastikan bahawa "PAS the only choice" bagi seluruh rakyat Malaysia.

Usul Sosial - Diterima tanpa bahas


SHAH ALAM, 7 Jun – Usul sosial dari Dewan Muslimat Pas Pusat iaitu isu pembuangan pekerja, penghapusan bayaran ke atas pesakit kronik yang dhaif dan masalah pendatang asing menjadi antara tiga usul yang diterima tanpa bahas dalam Muktamar Pas Pusat ke -55 kali ini.

Ekoran daripada kegagalan Kementerian Sumber Manusia menggubal undang-undang berkesan bagi mengatasi masalah pembuangan pekerja secara berleluasa oleh para majikan, usul ini mencadangkan agar mendesak kerajaan mengkaji semula status dan kebajikan mereka yang diberhentikan kerja termasuklah mendakwa majikan yang memberhentikan pekerja tempatan tanpa mengikut peraturan dan notis yang singkat. Tambahan lagi, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang menyalahgunakan kaedah seperti Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Pelbagai penyakit yang datang dengan tiba-tiba seperti Chikugunya, Influenza A (H1N1) atau penyakit kronik tradisi seperti jantung dan kanser meragut kegembiraan serta menjejaskan keselesaan rakyat tidak mengira umur, kedudukan, kaya mahupun miskin. Menyedari hal ini, Dewan Muslimat Pas percaya bahawa perlunya Kementerian Kesihatan menghapuskan bayaran rawatan penyakit kronik kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban serta memberikan hak kepada golongan tersebut untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Masalah kebanjiran pendatang tanpa izin ke Malaysia kini sangat membimbangkan kerana kehadiran mereka telah banyak mencemar keselamatan negara. Namun begitu, sumbangan tenaga mereka yang berkhidmat sebagai tenaga kerja separuh mahir dan kurang mahir kepada kemajuan Malaysia tidak wajar dinafikan. Justeru itu, undang-undang kewarganegaraan yang sedia ada perlu dipinda untuk membolehkan anak-anak pendatang tanpa izin sehingga era 60-an diberikan hak kewarganegaraan.

Kesemua usul tersebut menunjukkan Pas komited dan telus dalam membela nasib rakyat di negara ini.

PENYAKIT PARTI LAIN SEOLAH-OLAH NAK JANGKIT PADA PAS - HARON DIN



Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata penyakit yang biasanya ada pada parti-parti bukan Islam seolah-olah hendak berjangkit ada PAS.
"Jika kita semua mendapati ianya sudah berjangkit maka kita mesti perbaikinya, ahli wajib taat kepada pemimpin"
"Ketaatan kepada pemimpinlah yang menjadikan Parti Islam kukuh selama ini" kata Dr Haron Din sambil membaca sebuah hadis yang panjang.
Beliau berkata mana mungkin ahli boleh menolak perkara yang dibentangkan oleh Presiden dan di'endorse'kan oleh Majlis Syura Ulama dalam apa juga hal.
Dr Haron juga menafikan bahawa beliau ada mendakwa ada musuh dalam selimut seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Saya tidak pernah menyebutnya dalam kertas kerja saya pada seminar sambutan jubli perak 25 tahun kepimpinan ulama".
Dr Haron juga berkata beliau mengingatkan bahawa musuh PAS berada di sekeliling PAS samada di belakang, depan, kiri atau kanan.
Ketika mengulas tentang Hadis Riwayat Abi Dzar, Dr Haron berkata bahawa bukan bermakna di dalam Islam tidak boleh meminta jawatan.
Dalam sejarah Islam, Umar pernah meminta jawatan Qadhi kerana Abu Bakar pening untuk menyelesaikan masalah siapa yang boleh menjadi Qadhi. Akhirnya Umar dilantik menjadi Qadhi tetapi selepas setahun lebih beliau meminta untuk meletakkan jawatan kerana tiada suatu kes pun yang diadili oleh Umar kerana menang tiada kes.

Ucapan Penangguhan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat 09/11




بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله الواحد القهار العزيز الغفار مكوّر الليل على النهار
تذكرة لأولى القلوب و الأبصار تبصيرة لذوى الألباب و الإعتبار
أشهد أن لا إله الا الله البر الكريم الرؤوف الرحيم
و أشهد أن سيدنا محمدا عبده و رسوله و حبيبه و خليله
الهادي إلى صراط مستفيم و الداعي إلى دين قويم
صلوات الله و سلامه عليه و على سائر النبيين و آل كل و سائر الصالحين

Jazaakallah Khairan Jaza’ saya rangkapkan buat al Fadhil Sdr Pengerusi Tetap

Kekanda saya Al Fadhil
Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub

Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani
[ Timbalan Ketua DPPP ]

Al Fadhil Sdr Sabki Yusuf [ Naib Ketua DPPP ]
Yang berbahagia seluruh saff EXCO DPPP
Yang berbahagia wakil PAS Pusat ke muktamar DPPP & tetamu
Yang dihormati seluruh sidang muktamrin
Para pemerhati , wartawan dan semua yang hadhir
سلام الله عليكم و رحمته و بركاته dan salam sejahtera .

Ikhwah yang dirahmati Allah sekelian .

Hari ini kita menyaksikan satu lagi sejarah peralihan kepimpinan DPPP dan saya di taklif untuk menerajui amanah kepimpinan ini. Ianya berurutan dengan pengunduran bekas Ketua DPPP Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub setelah tiga sessi menerajui kepimpinan DPPP dengan penuh dedikasi dan berjaya melonjak prestasi DPPP ke suatu tahap yang tinggi kualiti dan hebat identity . [ berprestij ]

Hari ini beliau secara rasminya berundur dari DPPP untuk meneruskan ‘ pengembaraan ’ ke satu marhalah yang lebih tinggi dan penting demi menabur bakti buat perjuangan suci ini.

DPPP merakamkan setinggi – tinggi nilai penghargaan dan sebesar – besar tanda kebersamaan buat Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub yang telah memimpin dan membimbing kita semua sepanjang 3 sessi kepimpinan beliau . Semoga jasa budi beliau menjadi amal soleh yang diganjari Allah swt pahala berlipat ganda .

Ikhwah yang dihormati sekelian .

Taklif [ beban amanah ] ini bukan satu tasyrif [ kemuliaan ] , malah saya bukan yang terbaik . Bahkan telah sampai kepengetahuan saya kritikan yang mempertikai kemampuan saya untuk memimpin .

Mereka berhak untuk meragui keupayaan saya . Namun apa yang boleh saya sebut di sini , bahawa kita DPPP laksana sebuah bahtera penyelamat yang sedang menjalankan operasi menyelamat di tengah – tengah laut dalam lagi bergelombang .

Saudara ! jika dibiar saya keseorangan , usahkan belayar jauh , hanya untuk menaikan sauhnya sahaja , saya pasti tidak akan mampu .

Ikhwah yang dikasihi sekelian .

Sebagai ucapan sulung , di saat saya memikul taklif yang sangat berat ini , izinkanlah saya mengingatkan diri saya sendiri dan semua rakan – rakan EXCO DPPP serta tidak ketinggalan para perwakilan yang rata – ratanya adalah pemimpin di negeri , kawasan dan cawangan .

….. dengan ucapan yang pernah diungkapkan oleh Saidina Abu Bakar as – Siddiq rha .

أيها الناس ! فإني قد وليت عليكم و لست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و إن أسأت فقوموني الصدق أمانة و الكذب خيانة

Ucapan Umar bin Abdul Aziz rhm


أما بعد، فإنه ليس بعد نبيكم صلى الله عليه وسلم نبي، ولابعد الكتاب الذي أنزله كتاب، ألا ما أحل الله عزوجل حلال إلى يوم القيامة وما حرمه الله حرام إلى يوم القيامة ألا لست بقاض ولكني منفذ، ألا لست بمبتدع ولكني متبع، ألا إنه ليس لأحد أن يطاع في معصية الله عز وجل، ألا إني لست بخيركم ولكني رجل منكم غير أن الله جعلني أثقلكم حملا.


“Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi selepas Nabi kamu saw, dan tiada kitab lagi selepas kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadanya. Ingatlah! Apa-apa yang telah dihalalkan oleh ALlah Azzawajal tetap halal sehingga hari kiamat. Dan apa yang telah diharamkan oleh ALLah tetap haram sehingga hari kiamat. Ingatlah! Aku bukan seorang hakim (penghukum) tetapi pelaksana, Ketahuilah sesungguhnya aku bukan orang yang mereka-reka (mencipta) ajaran baru, tetapi hanyalah seorang pengikut ajaran ALlah dan RasuluLlah saw. Ketahuilah! Sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling baik di antara kamu tetapi ALlah telah menjadikan aku orang yang paling berat memikul tugas.”

Sahabat yang dihormati sekelian .

Perlu diketahui , selain dari amanah ini sangat berat dan sukar , saya telah mendapat ikrar dari sahabat saya dan sahabat kita semua , iaitu Al Fadhil ustaz Azman Syafawi dan saudara Sabki Yusuf al Baasuti untuk menjadi rakan ganding , mengemudi kepimpinan pemuda bersama seluruh saff EXCO DPPP yang dipilih dan dilantik serta tidak dikecualikan walau seorang pun dari perwakilan sekelian .

Marilah saudara , sehayun tangan selangkah kaki kita pacu perjuangan ini , kita redah segala cabaran dan kita serap segala tekanan .

… untuk maksud itu , pemuda mesti miliki sikap yang


· responsive terhadap isu yang dihadapi oleh rakyat dan Negara .
· optimis terhadap kemenangan Islam yang kita dokong ,
· sensitive terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah

Pemuda PAS juga mesti menjadi lebih kuat dan tidak mengalah kepada kekuatan musuh .

Ramai orang tanya saya , sdr jadi ketua DPPP ni , boleh ker sdr nak lawan Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO?

… dengan tidak memandang rendah pada keupayaan musuh , suka saya tegaskan di sini bahawa agenda perjuangan kita jauh lebih besar dan tinggi dari sekadar untuk berdepan dengan Khairy .

Usahkan Khairy , bapa mertua dia pun kita lawan sebelum ini ! Saya nak beritahu perwakilan semua , percayalah , sekadar nak berdepan dengan pemuda UMNO ni , tak sempat pemuda pusat, boleh ke pemuda kawasan dulu !

Saudara ! Selagi mana Islam tidak menjadi asas perjuangan mereka dan selama mana Islam terus mendarah daging dan menjadi prinsip perjuangan kita , yakinlah ! kita akan mampu berdepan dengan mereka .

Kita berdepan dengan UMNO selama ini dan berjaya mengatasi mereka bukan dengan title juga tidak dengan material tetapi dengan

· aqidah perjuangan yang menunjang dalam jiwa kita ,
· Syakhsiyah yang mempamerkan indahnya akhlak & tingginya budi
· fikrah yang jelas lagi benar mengalahkan hujjah musuh .

Ingat bagaimana wasiat jihad Saidina Umar rha.


فإني آمرك وممن معك من الأجناد بتقوى الله على كل حال؛ فإن تقوى الله أفضل العدة على العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم؛ فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن بهم قوة؛ لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم، فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة. وإلا ننصر عليهم بفضلنا لن نغلبهم بقوتنا


Saudara Perwakilan yang dihormati sekelian .

Ketika menjawab persoalan yang diajukan kepada saya , bagaimana DPPP dengan kepimpinan yang baru ini akan menghadapi hari – hari mukanya ?

Saya menegaskan prinsip kepada pendekatan yang akan diambil ialah sebagaimana yang pernah disebut oleh Asy Syeikh Abu Hasan Ali An Nadawi :


الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع

Integrasi antara warisan tradisi yang soleh dengan penemuan baru yang bermanafaat .


Kita akan terus menyambung kerja – kerja yang belum selesai malah mempertautkan legasi kepimpinan terdahulu yang baik dengan pendekatan dan penemuan - penemuan baru yang akan kita laksanakan .

Sememangnya menjadi tanggungjawab kepada setiap pemimpin untuk memperkasakan DPP dari masa ke semasa , dengan melakukan transformasi dan juga persegaran kepada seluruh elemen pendekatan dan aktiviti DPP .

Namun kecemerlangan pemimpin dan segala gagasan mereka yang terdahulu tetap menjadi sandaran untuk kita mencipta sejarah gemilang di zaman kita pula . Inilah yang diajar oleh al Imam Malik rhm .


لا يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها

Tidak akan gemilang ummat akhir ini melainkan bersandar kepada pencapaian gemilang sebelumnya



Saudara ! DPPP kini telah berusia 56 tahun . Satu usia yang tiada siapa boleh mempersoalkan kematangannya , jauh sekali untuk menafikan pengalamannya berjuang di medan .

Satu usia yang cukup kaya dengan jasa dan baktinya , bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada rakyat dan Negara . Sebagai contoh :

1. Baru – baru ni , PASTI yang merupakan produk DPP telah menyambut Jubli Peraknya di Tawau Sabah kini mampu berbangga dengan 1640 buah sekolahnya di seluruh Negara .

Saya berharap Jabatan PASTI dengan produk barunya pula iaitu Kelas Fardhu Ain Harian KAFFAH akan terus membawa DPP gah berbakti kepada Negara .

2. Gagasan Kepimpinan Ulama’ , juga telah meraikan Jubli Peraknya baru – baru ini terus segar mendasari system kepimpinan parti sehingga hari ini . Secara langsung terus menobatkan peranan DPP sepanjang abad .

3. Jabatan AMAL sebagai sebuah badan beruniform milik DPP kini telah mencecah usia 18 tahun dengan keahlian berdaftar seramai 4100 dengan 2000 daripadanya adalah Amal Walad .

Insyaallah , saya telah dimaklumkan oleh Pengarahnya bahawa AMAL juga akan mengadakan satu Konvensyen AMAL peringkat Kebangsaan bagi melihat semula peluang dan ruang yang perlu di teroka lebih jauh oleh AMAL .

4. Akademi Kepimpinan Pemuda , produk terbaru DPP yang merupakan legasi mantan ketua DPPP Tuan Hj. Salahudin Ayyub . Baru berusia 2 tahun , masih bertatih dan berjalan jatuh .

Saya telah berjanji dengan Yb. Tuan Hj Salahudin Ayyub untuk memastikan AKP akan mampu berlari deras dan sekaligus berjaya menjuarai isu – isu kepimpinan dan apa yang lebih penting ialah melahirkan bakal – bakal pemimpin parti dan Negara yang berkaliber tinggi .

5. Kelab Penyokong Muda , juga antara produk DPP yang terlaris di pasaran . Bukan sahaja menambat hati rakan – rakan muda non muslim tetapi mula menarik perhatian dunia apabila PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang dulunya sering dimomokkan sebagai eksterim dan suka berkonfrantasi, kini mampu mengambil ruang di dalam hati non muslim .

Fenomena ini telah membuka medan baru dalam episode dakwah kita malah lebih mencabar kepada DPP . Tentu sahaja kita tidak bermaksud menjadikan Kelab Penyokong Muda sebagai alat memenuhi keperluan politik pilihanraya ,

…. sebaliknya kita berhasrat supaya Kelab Penyokong Muda mampu bergerak seiring , memahami dan mendokong cita – cita perjuangan Islam yang menjadi teras penglibatan kita di medan politik tanahair .

DPP masih mempunyai beberapa jabatan – jabatan lain yang berfungsi sebagai “back up striker” dan jentera pengukuhan dalaman DPP .

Saudara ! Apa yang telah kita miliki ini akan kita jaga sebaik mungkin disamping satu mekanisme akan diputuskan demi memastikan tunggakan tugas dan amanah perjuangan ini dapat ditunai dan dilangsaikan dengan baik dan cemerlang .

…. disamping kita akan memberikan komitmen tanpa tangguh untuk menjelaskan tanggungjawab semasa terhadap perjuangan yang kita dokong ini agar tiada tunggakkan baru.

Sdr Perwakilan sekelian !

Bukan sahaja di Semenanjung , pengukuhan organisasi DPP dan perluasan gerakkerja dakwah , insyaallah akan diperhebatkan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Labuan . Saya kira sessi ini adalah sessi yang akan turut memberikan lebih tumpuan kepada Sabah , Sarawak dan Labuan .

Kita mahu Sabah , Sarawak dan Labuan menjadi Semenanjung ke 2 dan Projek Semenanjung 2 ini akan kita kaji satu mekanisme khusus bagaimana kita akan menjayakannya .

Penutup

Ikhwah yang dihormati sekelian .

Sebelum saya mengundurkan diri , marilah kita berjanji untuk merapatkan lagi saff perjuangan kita , agar DPP terus utuh dan gah di persada politik tanahair , dalam masa yang sama kita berupaya untuk memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa .

Saya tertarik dengan pesanan dan amanat Yb. Tn Hj. Salahudin Ayyub supaya jangan kita rosakkan pemuda dengan elemen – elemen perpecahan , sentiment sempit dan jumud , politik berpuak – puak dan jangan rosakkan dengan panggilan dan label – label yang dilemparkan oleh musuh kita , tetapi tampil dengan pemikiran yang segar , kuat dan kontemporari.

Saudara perwakilan sekelian ,

Kita pejuang bukan pemberontak . Kita pendakwah bukan penghukum . Responsive terhadap isu ummah tetapi tidak melatah terhadap provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab .

Kita hulurkan tangan membimbing biarpun lidah tegas menentang dan menegur kezaliman serta kemungkaran .

Insyaalah prinsip – prinsip ini akan meletakkan pemuda PAS terus dihormati oleh kawan dan lawan di sepanjang masa .

Saudara perwakilan sekelian .

Insyaallah , 15 hb June ini , DPPP akan bermesyuarat buat kali yang pertama bagi sessi 09/11 untuk melengkapkan carta dan mengemaskini struktur organisasi DPPP . Kemungkinan besar akan berlaku beberapa perubahan dalam pembinaan carta dan struktur organisasi DPPP yang akan kita maklumkan kemudian .

Saya percaya , transformasi akan bermula dari pengukuhan organisasi dan selepasnya kita akan segera mengadakan bengkel pemerkasaan hala tuju DPPP bagi sessi ini .

Doakan agar kita berjaya melakukan suatu yang terbaik untuk Islam dan DPP sebagai wadah perjuangan kita . Sementara itu , saya berjanji akan mengerahkan seluruh jiwa raga ini selama ia masih berfungsi dan sememangnya ia telah di waqaf kan demi membangunkan cita – cita besar perjuangan ini .

Sesungguhnya kepimpinan ini satu amanah . Sedikit kita silap melangkah , kita berdepan dengan kemurkaan Allah swt . [ saya tidak gerun dengan kritikan musuh , sebalik apa yang merisaukan saya ialah kritikan Allah swt ] Marilah kita mengambil iktibar dari apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw: [ riwayat imam muslim ]


عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.


dari Abi Zar telah berkata : Aku berkata kepada Rasulullah saw : Apakah engkau tidak memilih aku ? maka Rasulullah saw sampil menepuk kedua - dua bahuku kemudian berkata : Wahaia Abu Zar sesungguhnya engkau lemah sedang kepimpinan itu adalah amanah dan hari qiamat kelak adalah kehinaan dan penyesalan


Akhirnya , saya harap semua kita dapat bangun seketika sambil kita melaungkan kalimah takbir , tanda hormat mengiringi pengunduran penuh bergaya Mantan Ketua DPPP Tuan Hj. Salahudin Ayyub dan sebagai symbol restu buat beliau menyandang amanah baru sebagai Naib Presiden insyaallah .

PAS: ERDOGAN ATAU "ARROGANT"....!!!


Tahniah kepada Ustaz Nasharuddin atas kemenangan Timbalan Presiden PAS dan tahniah juga kepada Datuk Husam Musa kerana konsisten dalam perjuangan.

Walaubagaimanapun dalam analisa saya atas kemenangan Ustaz Nasharuddin ialah cabaran PAS di masa mendatang dalam setahun ini akan melalui satu proses yang sangat mencabar. Mampukah Nasharuddin untuk meneruskan idea kerajaan perpaduan sedangkan dia belum mampu membuktikan bagaimana dia hendak membina ikatan perpaduan dalam Parti PAS itu sendiri...!!

Dengan kemenangan Timbalan Presiden PAS kali ini yang saya anggap 'kemenangan teknikal' atau kekalahan Husam sebagai 'kesilapan taktikal', corak pengundian keseluruhan jawatan tertinggi PAS sangat-sangat membimbangkan.

Harapan orang no.1 dan no.2 dalam PAS kearah kerajaan perpaduan sangat tinggi sedangkan harapan akar umbi adalah sebaliknya. Saya khuatir dan saya harap tidak berlakunya seperti peribahasa 'Yang dikejar tak dapat dan yang dikendung keciciran".....!

Pandangan saya Nasharuddin perlu menangguhkan cita-cita kerajaan perpaduan itu dahulu dengan terus menumpukan kerajaan perpaduan dalam PAS itu sendiri....!!!

Jangan sekali berlaku propaganda UMNO dengan perginya "PAS ERDOGAN" dan lahirnya "PAS ARROGANT"...!

Tuanku Mizan dukacita @ SPRM Lena

KUALA TERENGGANU 6 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dukacita dengan tragedi runtuhan sebahagian bumbung stadium yang dinamakan sempena nama baginda di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak Selasa lalu.

Menurut Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, beliau sendiri telah menyampaikan sembah maklum mengenai tragedi itu kepada Tuanku Mizan pada hari kejadian dan baginda melahirkan perasaan sedih serta dukacita terhadap insiden yang berlaku itu.

Menurutnya, semalam beliau sekali lagi menghadap baginda untuk mempersembahkan maklumat dan gambar-gambar runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kepada baginda dan Yang di-Pertuan Agong kelihatan dukacita dengan perkara itu.

''Sudah tentu baginda sedih dan dukacita terhadap apa yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas menyertai Polis Terengganu dalam operasi membanteras lumba haram dan mat rempit di sini malam tadi.

Berhubung siasatan tragedi itu, Ahmad Said memberitahu, beliau sedia mendedahkan kepada umum apa jua kepincangan yang berlaku sebagai ingatan kepada semua pihak terutama pihak berwajib agar peristiwa sedemikian tidak berulang.

Menteri Besar sekali lagi mengingatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya melakukan pemeriksaan keselamatan terhadap semua bangunan tumpuan awam di kawasan masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.

Malah katanya, beliau sendiri akan melawat semua bangunan tersebut untuk memastikan arahan itu dipatuhi.

Menurutnya, pemeriksaan bukan hanya daripada segi struktur, tetapi juga perlu meliputi aspek pendawaian serta beban yang boleh ditampung terutama bangunan yang telah berusia.

Jelasnya, ada di antara bangunan tumpuan awam di negeri ini umpama jerangkap samar yang bila-bila masa boleh mendatangkan tragedi kepada orang ramai kerana strukturnya yang tidak sesuai.

Ahmad memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa salah sebuah bangunan tersebut ialah Pasar Raya The Store di Kampung Cina di sini yang asalnya adalah bangunan rumah kedai, namun diubah suai menjadi pusat membeli-belah.

''Dahulu bangunan itu bukan dibuat untuk pasar raya. Asalnya ialah rumah kedai dan saya bimbang dengan ketahanan bangunan itu sendiri terutama apabila musim perayaan dengan barang yang banyak dan orang yang ramai membeli-belah.

''Bangunan itu boleh memuatkan berapa orang sahaja bebannya, tetapi telah menjadi pasar raya. Kalau ada pesta hari minggu, beribu orang berada di dalamnya. Ini merupakan jerangkap samar kepada orang ramai," ujarnya.

Mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tragedi itu jelasnya, setakat ini beliau belum dihubungi oleh suruhanjaya itu untuk diambil keterangan.

Ahmad berkata, beliau bersikap terbuka dalam hal ini dan bersedia memberi kerjasama kepada semua pihak untuk mengenal pasti punca tragedi runtuhan bumbung stadium berkenaan.

Ibrahim Ali ketuai tunjuk perasaan bantah bawa pulang Chin Peng


BANTAH..Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali mengetuai tunjuk perasaan membantah Chin Peng pulang ke Malaysia.Foto THE STAR Oleh: SAZUKI EMBONG

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengetuai kirakira 2,000 orang anggota Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan Pusat Khidmat dan Membela Rakyat mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah uraura untuk membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng kembali ke negara ini.

Demonstrasi secara aman itu bermula kirakira pukul 1 petang hari ini dengan turut mempamer kain rentang yang mengutuk keganasan Chin Peng.

"Saya menyokong keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang kerana beliau sudah dianggap sebagai pembunuh dan pengkhianat bangsa," kata Ibrahim yang juga presiden MTRK kepada pemberita kemudiannya.Beliau berkata isu tersebut sepatutnya tidak timbul.

Isu untuk membawa pulang Chin Peng dicetuskan semula oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan barubaru ini atas dasar kemanusiaan dan menganggap bekas pemimpin kanan parti komunis itu yang kini tinggal di Thailand tidak lagi mengancam keselamatan negara.BERNAMA

Usul Ekonomi oleh Dewan Pemuda PAS Pusat

SHAH ALAM, 7 Jun - Dewan Pemuda PAS Pusat mengemukan satu usul berkenaan ekonomi. Usul tersebut bertajuk Kesan Negatif Ketiadaan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi Kepada Usahawan Bumiputera Islam dan Pemansuhan Pegangan Wajib 30% Ekuiti Tempatan Di Dalam 27 Sub-sektor Perkhidmatan Serta Cabaran Kemasukan Modal Asing Ke Malaysia Melalui Dasar Liberalisasi Ekonomi.

Pemuda menyifatkan polisi ekonomi yang baru dilaksanakan oleh kerajaan BN ini sebagai langkah mundur ke belakang yang boleh menjahanamkan kedudukan ekonomi bumiputera Islam. Pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi adalah berlawanan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menurut wakil Dewan Pemuda tersebut, PAS konsisten dalam mengambil kira DEB sebagai senjata untuk mengukuhkan ekonomi Melayu yang kebanyakannya beragama Islam. PAS memperjuangkan keseimbangan ekonomi antara bangsa-bangsa di dalam negara ini.

Hakikatnya dasar yang baru diperkenalkan ini adalah gagal, ujar beliau kerana pelaksanaannya adalah bukan untuk membela bumiputera tetapi untuk membela UMNOputera.

Antara alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah polisi baru ini tidak mendatangkan kesan negative kepada bumiputera kerana ia hanya merangkumi bidang-bidang tertentu seperti computer, pengangkutan, sukan dan rekreasi di mana bidang-bidang ini kurang disertai oleh bumiputera.

Alasan kedua ialah polisi ini dibuat untuk menarik pelaburan asing. Kononnya sebelum ini pelabur asing kurang berminat kerana 30% ekuiti dipegang oleh bumiputera. Alasan ketiga pula ialah kononnya kerajaan mahu member komitmen dalam mewujudkan komuniti ekonomi asian seperti yang telah dipersetujui oleh negara-negara asian.

Hakikatnya BN cuba untuk menyembunyikan bahawa polisi ini sebenarnya mahu menghapuskan 30% ekuiti bumiputera bagi mengelak daripada diprotes oleh orang-orang Melayu.

Pemuda PAS mengingatkan kerajaan dan Kementerian Kewangan akan implikasi negative yang akan dihadapi. Pertamanya penghapusan ekuiti akan diambil kesempatan oleh syarikat besar asing. Akibatnya syarikat-syarikat tempatan akan gulung tikar kerana syarikat besar mampu untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik. Walaupun persaingan adalah sesuatu yang baik, namun realitinya syarikat tempatan masih memerlukan pertolongan dan bantuan kerajaan.

Implikasi kedua ialah jumlah wang yang dialir keluar akan bertambah dan seterusnya meningkatkan kos pertukaran wang. Kemasukan syarikat asing akan turut menyebabkan kerajaan mengubah banyak polisi untuk memberi peluang kepada mereka melabur di dalam negara ini. Peluang kepada syarikat tempatan untuk berkembang akan terhalang kerana kurang mampu bersaing.

Penghapusan 30% ekuiti bumiputera turut menyebabkan sebahagian besar ekonomi negara dibolot oleh kuasa asing. Ditambah dengan keadaan negara yang diselubungi oleh politik wang, penguasaan syarikat asing ini memungkinkan mereka untuk menguasai politik negara kerana mereka mampu untuk bekalkan wang kepada politik negara.

Dewan Pemuda mengusulkan Muktamar untuk mengambil ketetapan berikut:

1. Menggesa kerajaan Malaysia mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi supaya hak masyarakat bumiputera untuk menyertai bidang keusahawanan dapat ditingktkan agar berjaya mencapai sasaran satu rumah satu industri.

2. Menyemak dan menyusun dasar mekanisme pelaksanaan DEB dengan memberi peluang seimbang kepada semua bumiputera tanpa mengira latar politik.

3. Mengekalkan syarat 30% ekuiti tempatan dan bumiputera untuk meningkatkan nilai pelaburan tempatan dan bumiputera ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

4. Memastikan penggunaan ‘proksi kalangan tempatan dan bumiputera’ oleh pelabur asing bagi memenuhi syarat 30% ekuiti tempatan dan bumiputera yg benar-benar mempunyai kelayakan sebagai usahawan tulen bagi memastikan penjajahan ekonomi oleh syarikat antrabangsa tidak berlaku.

5. Melaksanakan mekansime kawalan modal dan beri keutamaan kepada bumiputera untuk menguasai pelaburan dalam negara khususnya projek mega di Iskandar Malaysia, ECER, NCER, SCROE dan SDC.

6. Membuat penilaian ketat permohonan pelabur asing dan kelompok ekspatriat untuk memastikan mereka tidak memonopoli sektor pelaburan serta pekerjaan domestik.

Kerajaan Perpaduan....Mahabbah atau Musibah?????



Ada orang kata Kerajaan Perpaduan samalah seperti PAS masuk ke dalam BN.
Ada orang kata jangan sesekali bekerjasama dengan UMNO/BN.
Timbalan Presiden kata hanya kerjasama, bukan gabung dengan UMNO.

UMNO kata, PAS tidak akan jadi kuda tunggangan jika terbentuknya Kerajaan Perpaduan.
Pemuda UMNO kata, muzakarah UMNO-Pas patut dimulakan semula setelah kedua-dua parti selesai pemilihan masing-masing.
Hishamuddin kata biar wujud elemen keikhlasan dan UMNO bersedia bekerjasama dengan PAS.

Apa ahli PAS kata mengenai Kerajaan Perpaduan?
Apa rakyat di luar sana kata mengenai Kerajaan Perpaduan?

Walaupun Ustaz Nasaruddin menang, apakah perwakilan semua setuju idea Kerajaan Perpaduan?
Apakah semua ahli setuju dengan idea Kerajaan Perpaduan?

Oleh kerana idea Kerajaan Perpaduan adalah perkara baru dalam lanskap politik di Malaysia, maka ada keperluan diadakan satu penerangan secara menyeluruh kepada ahli. Satu bentuk kolokium, konvensyen atau seminar dan bengkel perlu diadakan. Biar ada patisipasi dari ahli secara menyeluruh sebelum sesuatu keputusan diambil.

PAS sebagai sebuah parti yang berpotensi untuk memimpin Pakatan Rakyat dan Malaysia perlu ada kematangan atau biar kematangan ahli dan pimpinan menyerlah.

Sesuatu gagasan yang 'besar' yang dibawa oleh pucuk pimpinan parti tidak semestinya diTERIMA atau diTOLAK oleh seorang dua pimpinan tertinggi yang berpegaruh sebelum ahli memahaminya, kecualilah idea itu adalah dari AlQuran yang bersifat 'kathai' yang tidak boleh dipinda-pinda kecuali cara perlaksanaannya.

Muzakarah UMNO - Pas diharap dapat diteruskan - Khairy



KUALA TERENGGANU 7 Jun — Pergerakan Pemuda UMNO berharap muzakarah di antara UMNO dan Pas akan dapat diteruskan berikutan kejayaan Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa mengekalkan kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam pemilihan parti itu semalam.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata pemuda UMNO bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan PAS kerana sejak selepas pilihan raya umum lepas soal muzakarah atau perbincangan di antara kedua-dua parti itu sudah mula dibincangkan.

“Dengan kemenangan Ustaz Nasharudin agenda muzakarah ini dapat diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Progran Dana Bakti Remaja Terengganu 2009, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

Program itu dianjurkan bersama Kerajaan Negeri dan UMNO Negeri Terengganu.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata muzakarah berkenaan mungkin tidak sampai ke suatu tahap hendak membentuk pakatan atau membentuk kerjasama yang rasmi.

Mengenai kerajaan perpaduan, Khairy berkata percanggahan ideologi di kalangan pakatan pembangkang sebenarnya sudah sampai ke suatu tahap kritikal, seolah-olah tidak ada perbincangan tentang dasar pakatan pembangkang.

“(Presiden PAS Abdul) Hadi (Awang) kata idea tersebut diterima komponen lain, tetapi komponen lain mengatakan mereka tidak setuju.

“Jadi kita dapat melihat bahawa sebenarnya percanggahan ideologi di kalangan pakatan pembangkang begitu kritikal,” katanya.

Khairy berkata keadaan itu berlaku kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai dewan tertinggi seperti UMNO untuk membincangkan soal dasar di kalangan pemimpin-pemimpin mereka.

“Kalau dalam Barisan Nasional kita ada dewan tertinggi Barisan Nasional dimana kita bincang dasar Barisan Nasional,” katanya.

— BERNAMA