Sabtu, 6 Jun 2009

PAS Lulus Usul Lantik Badan Penyiasatan Bebas Kes Altantuya...Adakah UMNO@BN aka Beruk Negara akan Saman PAS dan Pakatan Rakyat Pulak.....???

Muktamar PAS ke-55 hari ini meluluskan usul mendesak Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansur membersihkan nama mereka dengan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan model Mongolia , Altantuya Saribbu.

Usul yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS itu juga memohon kepada Yang Dipertuan Agong supaya memperkenankan perlantikan badan penyiasatan bebas terhadap kes pembunuhan model berkenaan.

Dalam pada itu, Muktamar PAS yang bersidang hari ini di Stadium Malawati, Shah Alam meluluskan usul menggesa Pakatan Rakyat untuk mewujudkan system saringan bersama untuk memilih calon-calon pilihanraya yang berkelayakan.

Selain itu, Dewan Pemuda juga mencadangkan supaya satu formula baru dibuat bagi menentukan kuota calon pilihanraya yang sesuai dengan keperluan semasa.

Mengenai usul kepimpinan, pihak majlis syura dan dewan ulama mengambil inisiatif melahirkan ulama-ulama pelapis serta memfokuskan pembinaan keupayaan dalam pelbagai disiplin ilmu, termasuk ilmu siasah dan pengurusan.

Muktamar juga membuat ketetapan supaya pimpinan PAS Pusat, negeri, kawasan dan ahli menumpukan usaha membina kekuatan parti, bukan merosakkan parti atau memecah belahkan parti dengan label-label seperti kumpulan pro-muzakarah, pro-pakatan dan kumpulan erdogan.

Muktamar juga meluluskan tanpa bahas PAS kawasan Shah Alam, Jerlun dan Hulu Selangor demgan membuat ketetapan untuk mengekal dan melebarkan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU-13 demi menegakkan syiar islam.
PAS juga akan berusaha mewujudkan struktur organisasi yang berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif atau pengganti kepada Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan Negara.

Dalam usaha menawan kawasan parlimen pada PRU-13, muktamar meluluskan usul mendesak PAS Pusat merangka strategi yang berkesan bagi merampas sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen di kawasan luar Bandar, meliputi kawasan Felda di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu.

Mengenai pergerakan Sister In Islam (SIS), Muktamar mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.
Muktamar PAS 2009 juga meluluskan usul Dewan Muslimat untuk mendesak Kementerian Kesihatan menghapuskan pembayaran rawatan penyakit kronik kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.

Pintu perbicangan sentiasa terbuka dengan sesiapa jua - Nasharudin


SHAH ALAM, 6 Jun - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan bahawa beliau akan meneruskan perbicangan dengan mana-mana pihak termasuk parti lawan.

"Jika merujuk kepada Ucapan Dasar Presiden sebelum ini, kita tidak pernah menutup pintu perbincangan dengan sesiapapun sama ada badan bukan kerajaan yakni NGO, parti politik mahupun mana-mana pihak dalam berbincang apa jua isu," katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam hari ini.


Malah, beliau mengulangi ayat tersebut sekali lagi dalam menegaskan bahawa pintu perbincangan mengenai hal tersebut tidak pernah tertutup.

"pintu tersebut tidak akan tertutup, dengan sesiapa pun kita akan berbincang,"demikian ujarnya menjawab persoalan mengenai kemungkinan isu muqabalah akan diteruskan.

Ditanya mengenai kemenangan beliau yang kelihatan selari dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam memperjuangkan isu kerajaan perpaduan beliau menyatakan bahawa keputusan untuk meneruskan idea tersebut dibuktikan menerusi sokongan yang dibuat oleh perwakilan dalam keputusan pemilihan kepimpinan PAS Pusat kali ini.

"Ia adalah dibuktikan oleh sokongan perwakilan dalam keputusan pemilihan pada hari ini," tegasnya.

Walau bagaimanapun, beliau yang merupakan ahli parlimen Bachok masih tetap menyatakan komitmen bersama Pakatan Rakyat.

"Saya masih tetap komited dan meneruskan kebersamaan dengan Pakatan Rakyat dalam membentuk 'government in waiting'," ujarnya.

Membela PKM dan Chin Peng..!!!

Oleh : Lee Ban Chen

Dua puluh tahun dahulu, perjanjian damai Haadyai ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM), maka perang saudara ditamatkan, dan bermulalah suatu proses persefahaman yang menguntungkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.

Antara lain, sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan akhirnya diakui kerajaan. Datuk Rahim Noor, bekas ketua polis negara dan ketua rombongan perunding masa itu mengumumkan bahawa sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan tidak dinafikan atau diperkitaikan oleh kerajaan.

Di samping itu, menurut Darshan Singh Khaira - peguam Chin Peng, Fasal 3.1 perjanjian damai itu menyatakan anggota PKM yang telah meletakkan senjata dan ingin kembali ke kampung halaman mereka di Malaysia dibenarkan berbuat demikian secara bebas.

Dengan kata lain, jika perjanjian damai diterima bulat oleh kerajaan, Chin Peng sewajarnya dibenarkan kembali ke Malaysia bersama-sama kawan-kawan seperjuangannya 20 tahun dahulu!

Oleh kerana permohonan Chin Peng untuk kembali ditolak oleh kerajaan, beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah. Mahkamah di semua peringkat hingga Mahkamah Persekutuan sama-sama tegas agar Chin Peng kemukakan surat kelahiran dan kewarganegaraannya untuk membuktikan beliau diperanakkan di sini.

Permintaan ini mustahil untuk Chin Peng, kerana dokumen-dokumen tersebut sudah hilang dalam huru-hara peperangan. Hakikat Chin Peng dilahirkan di Setiawan, Perak diketahui umum di dalam dan luar negeri, dan sanak-saudaranya dengan senang saja dapat menjadi saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.

Rasanya permintaan mahkamah hanya merupakan alasan untuk menafikan hak Chin Peng untuk menetap di Malaysia berasaskan prinsip jus soli.

Pada 21 Mei, pengerusi Citizens International, SM Mohamed Idris merayu kepada kerajaan supaya membenarkan Chin Peng pulang atas alasan-alasan berikut:

• Melalui perjuangannya menentang imperialisme, penjajahan dan penindasan, beliau telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita;

• Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya;

• Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Ghafar Baba, seorang lagi mantan timbalan perdana menteri;

• Perjanjian PKM dengan kerajaan Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair dan menetap, kerajaan digesa menghormati butiran perjanjian tersebut.

• Beberapa bekas pemimpin kanan PKM seperti Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad telah dibenarkan oleh kerajaan untuk kembali, malah menetap di Malaysia.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan menyokong saranan Citizens International dan turut menggesa agar kerajaan mengkaji semula keputusan menolak permohonan Chin Peng berasaskan semangat kemanusiaan, demi mengenang jasanya dalam proses memperjuangkan kemerdekaan Malaya.

Rayuan mereka berasaskan kerasionalan dan keadilan, dan sesuai dengan butiran dan semangat perjanjian Haadyai 1989.

Malangnya Dr Teng telah dijadikan kambing hitam oleh beberapa golongan berkepentingan politik yang cuba mengapi-apikan sentimen anti-komunis dan kebencian kaum, mereka cuba menyimpang tumpuan orang ramai terhadap kebuntuan politik mereka.

Seperti biasa, Utusan Malaysia tampil untuk mengorkestrakan gelombang anti-komunis, dan dalam beberapa hari saja, kita kembali dalam suasana seolah-olah ketakutan menjelang Operasi Lalang apabila sesiapa sahaja boleh dicap komunis atau pelampau dan ditahan bawah undang-undang ISA.

Menteri Penerangan, Komunikasi, Seni dan Kebudayaan, Rais Yatim mengancam akan mengambil tindakan terhadap blog-blog yang dianggap menyebarkan “ideologi komunis”, dan mahu sentimen yang menganggap komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.

Rais seolah-olah masih terbelenggu dalam mind-set anti-komunis zaman perang dingin. Kepada beliau, PKM masih dianggap sebagai musuh sungguhpun perjanjian damai telah ditandatangani selama 20 tahun!

Dalam sebuah negara demokrasi, siapakah berhak untuk menegah orang lain daripada mengenang dan menyanjung pengorbanan dan perjuangan masa silam mereka yang membanggakan, atau bertafakur dan mengambil iktibar daripada pengalaman-pengalaman dan kejadian-kejadian lepas?

Tidak kira kamu seorang konservatif, beragama, liberal, radikal atau berlatarbelakangkan sebarang fahaman politik atau ideologi lain, kamu mempunyai hak-hak kemanusiaan terhadap kebebasan-kebebasan bersuara, pemikiran, kepercayaan dan keyakinan.

Dengan kata lain, bekas ahli-ahli PKM, termasuk Mat Amin, dan mereka yang masih percaya ada nilai-nilai positif dalam komunisme/Marxisme, atau apa-apa isme sekalipun, mereka juga berhak mempunyai blognya sendiri (seperti ruang siber menempatkan beribu-ribu blog seperti ini).

Mereka harus dibenarkan berblog, jika mereka hanya menggunakan komputer dan patuh kepada undang-undang siber negara kita, bukan melancarkan perjuangan bersenjata terhadap negara.

Kutukan Rais terhadap komunisme secara tuntas menjelang kunjungan rasmi Perdana Menteri Najib Razak ke negara komunis China adalah tidak wajar dan melanggar kesusilaan diplomatik, terutamanya apabila hubungan setiakawan dan ekonomi kedua-dua negara sedang meningkat ke tahap kerjasama strategik.

Menteri Pertahanan Dr Ahmad Zahid Hamidi juga tiba-tiba terhidu semacam ada usaha yang berbau komunis cuba hidupkan di negara kita. Saya tidak pasti gerangan apa yang dimaksudkan Zahid sebagai “ideologi dan nilai-nilai komunisme” yang amat abstrak itu.

Kini, kita hidup dalam dunia di mana semua ideologi dan nilai sedang mengalami perubahan yang pesat. Tanpa diberi definisi yang tepat, tuduhan beliau itu boleh ditafsirkan dengan sesuka hati untuk tujuan memomokkan orang ramai.

Bagaimanapun, jika sengaja dikaitkan pihak-pihak seperti Gerakan, DAP, PAS, PSM dan seterusnya – yang pernah mengakuri sumbangan PKM dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita – sebagai ingin menghidupkan semula komunisme di negara kita, maka mungkin Rais dan Zahid sendiri juga tidak percaya!

Zahid tidak setuju Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, beliau berpendapat jika Chin Peng kembali, ia merupakan penghinaan terhadap keluarga hampir 50,000 anggota pasukan bersenjata penjajah British dan kerajaan Malaysia yang maut semasa era darurat di Malaya.

Bercakap bagi pihak British, bukan bagi pihak PKM yang memperjuangan kebebasan nasional, membuktikan Zahid mengabdikan diri kepada kepentingan penjajah.

Perlu juga Zahid menerangkan kenapa bilangan kematian pasukan bersenjata British dan kerajaan Malaysia diperbesar-besarkan sehingga 50,000, sedangkan ahli sejarah pernah menganggarkan jumlah itu kurang daripada 2,000 bagi anggota pasukan bersenjata British dan kerajaan yang gugur dalam perang, dan kematian pasukan PKM pula mencecah 7,000.

Dua perkara penting berikut perlu dijelaskan. Pertama, dalam mana-mana perang sekalipun, tentu ada kematian dan kesengsaraan bagi kedua-dua pihak yang terlibat, cerita satu pihak saja tentu tidak adil kepada pihak yang satu lagi.

Padahal, dalam perang berjangka panjang seperti dalam perang anti-Jepun, perang pembebasan anti-British dan perang saudara selepas British meninggalkan negeri kita, jumlah kematian pihak PKM sebenarnya lebih beberapa kali ganda berbanding dengan jumlah kematian pihak British dan kerajaan Malaysia.

Di samping itu, beribu-ribu ahli dan penyokong PKM telah digantung mati, dipenjarakan, diseksa dan dibuang negeri. Rumah-rumah penduduk desa dimusnahkan, dan mereka dipaksa untuk pindah ke khemah-khemah tahanan (kampung-kampung baru) di merata negeri.

Kenapa kesemua pengorbanan dan kesengsaraan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKM dan penduduk-penduduk desa tidak disebut langsung oleh media-media arus perdana dan menteri-menteri berkaitan?

Yang kedua, kita perlu membezakan antara perang adil dengan perang tidak adil. Jelas sekali, perang anti-Jepun dan perang anti-British yang dilancarkan PKM adalah perang adil untuk mempertahankan negara dan rakyat.

Oleh itu, mereka adalah patriot tulen, jasa-jasa mereka yang membanggakan ini patut dicatat dalam buku sejarah di peringkat persekolahan kita. Mereka yang berperang sebagai proksi British tidak berhak untuk menuntut simpati daripada rakyat.

Mungkin kamu akan bertanya: kenapa PKM masih berperang selepas British meninggalkan Malaysia? Mereka sebenarnya terpaksa meneruskan perang kerana inisiatif mereka untuk mencapai perjanjian damai di Rundingan Baling pada 1955 telah digagalkan oleh penjajah British dengan meletakkan prasyarat PKM mesti menyerah diri.

Jawaban Chin Peng ialah: “Jika kamu menuntut kami serah diri, kami rela melawan hingga orang terakhir!” PKM padahal tidak meminta lebih daripada apa yang pernah Tunku Abdul Rahman tawarkan.

Saya petik daripada memoir Chin Peng yang telah diterbitkan:

“Memandang lurus merentangi dua meja, saya katakan, dulu Tunku pernah sebut jika perjuangan bersenjata kami dihentikan, parti kami akan diberi kedudukan setaraf agar kami dapat memperjuangkan kemerdekaan melalui cara perlembagaan. Namun syarat-syarat pengampunan sekarang tidak mengandungi perkara tersebut.” (alias Chin Peng, My Side of History, halaman 379)

Jadi, siapa yang harus disalahkan, Chin Peng atau Tunku?

Rundingan Damai Haadyai 1989


Rundingan Damai Haadyai merupakan perjanjian damai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai. Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini mebawa kepada pembubaran dan perletakan senjara PKM.

Lokasi

Perjanjian damai bersejarah ini diadakan di Hotel Le Garden , Haadyai, selatan Thailand. Haadyai terletak berhampiran sempadan Malaysia dan Thailand. Perjanjian itu ditandatangani pada jam 11.30 pagi waktu Malaysia.

Seramai 400 perwakilan, pemerhati dan wartawan dari malaysia, Thailand dan seluruh dunia telah hadir. Hotel itu tidak terkawal ketat di bandar Haadyai, majlis tidak teratur, bising dan kelam-kabut dengan jurugambar dan para wartawan yang tidak lagi menghormati protokol tetapi berdiri membelakangi para tetamu kehormat yang sepatutnya menyaksikan peristiwa itu.

Majlis itu berderai dengan ketawa apabila seorang dua jurugambar jatuh tersungkur kerana pasu bunga yang dipijak oleh mereka untuk membuat sudut penggambaran menarik telah pecah dan memecahkan suasana yang sepatutnya hening dan tenang itu.

Sebab Perjanjian Damai berjaya

Pada 28 dan 29 Diember 1955 Rundingan Baling telah diadakan antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu.

Setelah empat kali kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand berunding dengan PKM akhirnya rundingan kelima berjaya diadakan .

Perjanjian Damai ini berjaya diadakan kerana ;


* Situasi dunia yang tidak menyebelahi komunisme. Ekonomi Rusia selaku juara komunis telah tewas di Afghanistan.
* Di bawah presiden Rusia , Rusia mengamal dasar ekonomi terbuka yang menuju ke arah ekonomi kapitalis dan sistem demokrasi pada tahun 1989.
* Tembok Berlin antara Jerman Barat dan Jerman Timur telah runtuh. Tembok ini memisahkan Jerman Timur yang mengamalkan komunisme dan Jerman Barat yang mengamalkan demokrasi. Jerman Timur terlalu mundur berbanding dengan Jerman Barat. Akhirnya Jerman Barat dan Jerman Timur telah digabungkan dan diharapkan dapat menyaingi Amerika Syarikat.
* Negara China juga membuka pintunya kepada pelabur asing khususnya Amerika, Korea Selatan dan Jepun sejak Presiden Li Peng dan sebelum itu.
* Kerajaan Britain menyerahkan kembali Kepulauan Hong Kong kepada pemiliknya China pada tahun 1997. Hong Kong lebih maju daripada tanah besar China dan bukti bahawa sistem kapitalis dan demokrasi lebih berwibawa.
* Chin Peng . Rashid Maidin, Abdullah C.D , Chan Tien merasakan pemberontakan bersenjata tidak berfaedah lagi kerana Malaysia telah benar-benar merdeka dan pemimpinnya bukan boneka kerajaan Britain. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melaksanakan dasar Buy British Last.

Perwakilan

* Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
* Tan Sri Mohd. Hanif Omar - Ketua Polis Negara
* Jeneral Hashim Mohd Ali - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
* Jeneral Yodhana Yamphundi - Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Bahagian ke-4
* Jeneral Chavalit Yongchaiyudh =Pengarah Operasi Keselamatan
* Jeneral Sawaeng Therasawat - Ketua Pengarah Polis diraja Thailand.

PKM diwakili oleh :

* Chin Peng - Setiausaha Agung PKM
* Abdullah C.D - Pengerusi PKM
* Rashid Maidin - Komander Regimen ke-10

Turut hadir ialah :

* Dato Megat Junid Megat Ayub - Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
* Ai Ying atau Zainon - isteri Chin Peng
* Chan Tien - Komander Regimen ke-12 PKM

Isi Kandungan Perjanjian Damai

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

* PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
* Parti Komunis Malaya dibubarkan
* Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
* Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
* Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

* Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.

* Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

Pelaksanaan Perjanjian Haadyai

Selepas perjanjian tersebut dimeterai :

* Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.
* Di hutan Malaysia - Thailand terdapat 694 rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan 2 bekas anggota tentera Jepun.
* Terdapat 330 ahli PKM pulang ke tanahair
* Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.

Jalan Ke Putrajaya Sudah Tiba.....!!! Tapi Pakatan Rakyat Jangan Masuk Perangkap UMNO@BN aka Beruk Negara...!!!





STATUS AGAMA PENDUDUK MALAYSIA – BACAAN POLITIK SEPINTAS LALU



Sebagai sebuah Negara berbilang kaum, penduduk Malaysia juga menganut pelbagai agama. Penganut Agama Islam adalah yang terbesar di Malaysia dengan 59.1% penduduknya beragama Islam.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan satu-satu parti politik di Malaysia yang berteraskan agama. Bagaimanapun, sejak awal penglibatan parti ini di dalam politik, PAS sudah mengamalkan dasar PAS untuk semua dengan menekankan perjuangan kebajikan untuk semua lapisan masyarakat. Ini bersandarkan kenyataan Timbalan Presiden PAS kepada Majalah Belia Bilangan 16 Tahun 1, 27 Julai 1955 sewaktu berkempen untuk kerusi Parlimen Selangor Tengah.

Namun agenda Islam yang dibawa PAS seringkali digunakan oleh parti lawannya untuk menjadikan PAS sebuah parti yang sempit perjuangannya atau parti untuk perjuangkan orang-orang Islam sahaja.



Walaubagaimanapun, jika dilihat dari skop sempit sekalipun, perjuangan PAS mempunyai pasaran yang lebih besar kerana penduduk Malaysia beragama Islam adalah lebih besar jumlahnya daripada penduduk Malaysia dari kumpulan etnik Melayu. Iaitu Islam sebanyak 59.1% dan Melayu pula ialah 50.3%.

TABURAN PENDUDUK ISLAM DAN MELAYU – BACAAN POLITIK SEPINTAS LALU


Walaupun jumlah penduduk Malaysia beragama Islam adalah lebih ramai daripada kumpulan etnik Melayu, bagaimanapun dari segi politik, PAS sentiasa lebih lemah dari UMNO dalam banyak aspek seperti terutamanya,

* Jumlah keahlian, cawangan dan kawasan.
* Jumlah kerusi di Parlimen.
* Jumlah negeri yang ditadbir.

Namun begitu PAS sentiasa menunjukkan prestasi yang membanggakan di Kelantan di mana ia pernah memerintah semenjak merdeka sehingga 1978 (1974-1977 PAS di dalam Barisan Nasional). PAS berjaya menawan semula Kelantan pada 1990 dan mentadbirnya sehingga ke hari ini.

Terengganu, negeri yang mempunyai bilangan penduduk Islam dan Melayu terbesar juga pernah ditadbir oleh PAS dan kali terakhir ialah selama satu penggal dari tahun 1999 hingga 2004.

Pada Pilihanraya Umum ke 12, PAS juga dapat menawan Negeri Kedah dari BN.

Perlis, sebuah lagi negeri yang mempunyai peratus penduduk beragama Islam yang tinggi juga sering dilihat sebagai berpotensi di tawan oleh PAS, namun masih gagal. Pilihanraya 2008 bagaimanapun menampakkan peningkatan yang memberangsangkan.

Di negeri-negeri dan wilayah lainnya PAS gagal menyaingi UMNO dan BN. Ini kerana sebelum 2008, UMNO sering mampu meraih sokongan daripada pengundi bukan Melayu. Sokongan ini diantara lain disebabkan faktor hubungan UMNO dengan parti-parti komponen BN yang mewakili lain-lain etnik.

Politik berteraskan ras sebelum ini juga dilihat sebagai sesuatu yang perlu dan penting bagi mengekalkan kerhamonian masyarakat berbilang kaum.

Segregasi politik mengikut ras juga adalah senjata utama BN yang telah bertahun-tahun menanam ke dalam masyarakat bahawa keseimbangan dan kestabilan politik negara hanya akan tercapai menerusi sokongan kepada parti-parti politik berteraskan ras.

Oleh yang demikian, pengundi-pengundi merasakan perlu mereka mengundi mengikut garisan perkauman kerana takut etnik mereka kehilangan suara dan pengaruh di dalam Kerajaan.

Bagaimanapun sebelum pilihanraya 2008, perlahan-lahan arus perubahan sudah mula dapat dirasai. Arus itu pada mulanya datang bersama gerakan reformasi pada tahun 1998 tetapi reda setelah Tun Dr. Mahathir Mohamed meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, gerakan reformasi 1998 membawa keprihatinan di dalam generasi baru tentang peranan mereka dalam menentukan hala tuju politik negara.

Sebelum 2008, kebanyakan masyarakat Malaysia semakin resah dengan corak pentadbiran UMNO dan BN yang antara lain dilihat semakin berleluasa dengan

* Amalan korupsi
* Kronisma
* Nepotisme
* Diskriminasi kaum dan agama

Beberapa insiden pemusnahan rumah ibadat pelbagai agama mendapat liputan meluas terutamanya dengan berkembangnya teknologi informasi.

Lahirnya web portal dan laman-laman blog serta jaringan penetrasi jalur lebar yang lebih meluas memudahkan audio dan video dipamer dan ditonton.

Perkembangan teknologi informasi ini akhirnya menamatkan cengkaman kerajaan didalam penyebaran maklumat.

Akhirnya, Pilihanraya Umum 2008 menyaksikan satu trend baru pengundian yang melampaui batasan agama dan etnik.

ANALISA PEMILIH DALAM PRU12



Menurut statistik pengundian yang didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia jumlah pemilih dalam PRU12 ialah 10,740,277 orang. (Daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 jumlah pemilih sekarang ialah 10,922,141 orang).

PRU 12 menyaksikan jumlah pemilih keluar mengundi yang tinggi iaitu 76%. Laporan dari parti-parti politik juga memaklumkan kadar pengundi saluran muda yang tinggi (tiada data rasmi dari SPR).

Didalam forum-forum pasca PRU12, para penganalisa politik dan pemerhati pilihanraya berpendapat, PRU12 adalah penamat kepada trend pengundian menerusi garisan ras.

Pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU12 juga membenarkan kesimpulan itu apabila parti yang tidak berteraskan ras memenangi 4 daripada 5 kerusi yang diadakan pilihnaraya semula.

ANALISA UNDI YANG DITERIMA OLEH PARTI-PARTI BERTANDING



Di dalam PRU12, BN yang bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen menerima hanya 51% undi popular. Dalam erti kata lain, daripada sejumlah 7.9 juta kertas undi yang dipulangkan, 3,861,688 tidak mengundi BN.

Malangnya pihak SPR mengeluarkan statistik undi yang diterima oleh setiap parti komponen BN sebaliknya ianya disatukan dibawah satu sahaja,

Walaupun tidak mustahil, tetapi ia akan mengambil masa untuk secara tepat mengumpulkan semua undi-undi yang BN terima menurut parti komponennya. Bagaimanapun adalah menarik untuk menghitungnya bagi melihat undian yang dibuat berteraskan garisan ras.

PAS adalah parti kedua yang menerima undi popular terbanyak dan merupakan parti pembangkan yang memperolehi undi popular paling banyak di Parlimen.

PAS bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 19.3% undi popular. Ini diikuti oleh PKR yang bertanding di sejumlah 97 kerusi dan memperolehi 14.8% undi.

DAP pula bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 13.8% undi popular.

Walaupun begitu dari segi kerusi Parlimen, PKR memperolehi 31 kerusi, DAP 28 dan PAS 23 (termasuk kerusi PAS yang ditandingi oleh bukan ahli).

PAS memperlehi tambahan satu kerusi apabila berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dari UMNO BN di dalam Pilihanraya Kecil yang diadakan pada Januari 2008.

ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA DEWAN RAKYAT / PARLIMEN – SEPINTAS LALU



Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 mengejutkan semua pihak. Buat pertama kali di dalam sejarah, BN kehilangan majoriti 2/3 nya di Parlimen.

Barisan Nasional memenangi sebanyak 140 (sekarang 139) kerusi di Dewan Rakyat. Gabungan PAS PKR dan DAP yang bergelar Pakatan Rakyat memperolehi sejumlah 82 (Kini 83) kerusi di Parlimen. Bagaimanapun satu kerusi Pakatan Rakyat yang dimenangi oleh PAS di Pasir Mas di kira sebagai kerusi Bebas.



Daripada jumlah tersebut, BN hanya memenangi 85 kerusi (kini 84) kerusi di Semenanjung Malaysia manakala Pakatan Rakyat memperolehi 80 (kini 81) kerusi.

Dalam erti kata lain, Semenanjung Malaysia bukan lagi kubu bagi BN. Harus diingat bahawa UMNO adalah parti tunjang bagi BN dan agenda UMNO adalah agenda Melayu.

Adalah ironi bila Malaysia Timur menjadi kubu kuat BN sedangkan UMNO parti tunjang BN hanya bertapak di 26 daripada 57 kawasan Parlimennya.

Dan di 25 daripada kawasan Parlimen tempat UMNO dibenarkan wujud ini, iaitu di Negeri Sabah, peratus penduduk Melayu hanyalah 15.3%.

Jika suasana politik dan sentimen yang membuak dikalangan rakyat di Semananjung berterusan, BN berkemungkinan akan menjadi minoriti di Semenanjung Malaysia.

Parti politik berteraskan ras di Semenanjung seperti Gerakan, MCA, MIC dan PPP berkemungkinan untuk pupus di Parlimen.

UMNO juga tidak terlepas untuk kehilangan tapaknya di Semenanjung.

APA AKAN JADI PADA MELAYU SELEPAS PRU 13?

Pasca PRU 12, keresahan dikalangan segelintir orang-orang Melayu mula membuak-buak. Melayu dilihat bukan sahaja semakin mengecil dari aspek komposisi kaum tetapi juga semakin kehilangan ketuanannya dalam politik Malaysia.

Perangkaan 2003 menunjukkan etnik Melayu adalah 50.3% sahaja. Jumlah ini diambil berdasarkan kelahiran seseorang itu daripada etnik Melayu, iaitu tidak mengambil kira sama ada individu tersebut membesar dengan mengamalkan budaya dan cara hidup Melayu.

Bancian dibuat setiap 10 tahun dan ia akan dilakukan semula pada tahun 2010. Kemungkinan besar perangkaan baru selepas 2010 akan menunjukkan bahawa etnik Melayu akan kurang dari 50%.

Secara langsung ini akan menjadi masalah utama bagi UMNO yang memperjuangkan agenda Melayu. Ia kerana pasaran bagi mereka semakin menguncup.

ISLAM SEMAKIN BERKEMBANG


Hampir 60% penduduk Malaysia beragama Islam. Tidak seperti masalah menguncupnya etnik Melayu di Malaysia, Islam sebagai sebuah agama boleh terus dikembangkan.

Adalah mustahil untuk meMelayukan orang bukan Melayu tetapi tidak mustahil untuk mengembangkan Islam di kalangan bukan Melayu.

Perangkaan terkini menunjukkan hampir 10% penduduk Islam di Malaysia adalah bukan dari etnik Melayu. PAS sebagai gerakan Islam telah memainkan peranan dan perlu terus memainkan peranannya untuk mengembangkan umat Islam di Malaysia.

Pas dapat mengembangkan Islam bukan sahaja menerusi dakwah tetapi menerusi dasar pentadbiran Islam.

PERANAN BARU PAS

PAS perlu bersedia untuk mengambil alih peranan UMNO sebagai parti induk etnik Melayu.

Adalah amat sukar bagi UMNO untuk mengikis persepsi masyarakat terhadapnya sebagai sebuah parti politik yang korup, mengamalkan dasar diskriminasi kaum, kronisme dan nepotisme.

Sebahagian orang Melayu telah menolak UMNO dalam PRU12. Namun begitu, itu bukanlah kerisauan utama. Apa yang merisaukan UMNO ialah majoriti penduduk bukan Melayu telah menolaknya.

Mungkin UMNO berpeluang mengembalikan sokongan sebahagian orang Melayu yang menolaknya, tetapi adalah mustahil untuk UMNO melaksanakan satu polisi yang boleh berjaya dalam jangka masa pendek untuk menarik orang Melayu dan bukan Melayu serentak kembali kepadanya dan BN.

Tambahan pula isu rampasan Kerajaan menerusi jalan belakang oleh UMNO dan BN di Perak terus membuat orang-orang bukan Melayu jauh hati dengannya.

UMNO memerlukan sokongan padu bukan Melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di negeri-negeri di Pantai Barat. Tanpa sokongan orang-orang bukan Melayu, UMNO dan BN akan berdepan dengan cabaran getir di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Untuk mengambil alih teraju UMNO sebagai parti induk Melayu, PAS harus memperkukuhkan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat.

Tetapi untuk tujuan itu, PAS harus terlebih dahulu meperkasakan hubungannya dengan parti-parti lain di dalam Pakatan.

MENGAPA PAKATAN RAKYAT ADALAH PILIHAN YANG LEBIH BAIK DARI BN?

Sekiranya PAS bersama BN pada hari ini, PAS akan menjadi parti kedua terbesar di dalam BN. Tetapi, PAS akan selamanya menjadi parti yang lebih kecil dari UMNO.

Ini bermakna UMNO akan sentiasa boleh mengawal perkembangan PAS.

Memandangkan kebanyakan kerusi Parlimen yang ditandingi PAS adalah menentang UMNO, sudah tentu berlaku perebutan kerusi ini dalam pilihanraya akan datang.

UMNO mungkin bersedia memberi PAS lebih kerusi tetapi sudah tentu ia tidak akan melakukan sesuatu yang boleh melemahkan kekuasaan dan ketuanannya dalam BN.

Menerusi pembahagian kerusi Parlimen sahaja UMNO sudah boleh melemahkan PAS. Sudah tentu keutamaan bagi UMNO ialah untuk memberikan kepada PAS kerusi-kerusi parlimen yang tidak selamat untuk UMNO tandingi.

Akibatnya, UMNO akan sentiasa lebih besar dan PAS akan sentiasa lebih kecil.

Implikasinya, agenda PAS untuk melaksanakan pentadbiran berlandaskan ajaran Islam akan tidak tercapai kerana UMNO akan sentiasa lebih besar dari PAS.

Bagaimanapun, jika PAS bersama PR, peluang untuk PAS mengambil alih kedudukan UMNO terbuka luas. PAS hanya perlu menewaskan UMNO di kubu-kubu terakhirnya.

Dengan itu, PAS akan terus berkembang dan mempunyai harapan menjadi parti yang terbesar pengaruhnya dan dengan itu ia akan dapat melaksanakan agenda-agendanya.

Menewaskan UMNO di kubu-kubu kuat UMNO adalah bukan tugas mudah tetapi ianya juga bukanlah tugas yang mustahil dilaksanakan.

Keputusan PRU12 dan keputusan-keputusan pilihanraya kecil membuktikan kenyataan di atas.

ANALISA KONSTITUENSI PARLIMEN PAS TEWAS DALAM PRU 12



Daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandingi, PAS tewas 43 buah kerusi. Bagaimanapun ia berjaya merampas Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil.

Dalam PRU12 PAS telah bertanding di 30 konstituensi di negeri-negeri penduduk Melayunya lebih 60%. Daripada jumlah tersebut, PAS telah menang di 17 konstituensi dan tewas di 18 konstituensi lain. Prestasi PAS di Terengganu adalah amat mengecewakan memandangkan secara keseluruhan PAS mendapat peningkatan besar undi popular di negeri-negeri lain.

PAS tewas di kesemua 2 konstituensi yang ditandinginya di Perlis tetapi ia telah mendapat undi yang memberangsangkan. Di Arau PAS tewas dengan majoriti kurang dari 1% manakala di Padang Besar PAS tewas dengan majoriti kurang dari 5,500 undi.

Di Kedah PAS menang 6 dari 8 kerusi yang ditandinginya manakala di Kelantan, PAS menang 9 kerusi dan tewas di konstituensi Gua Musang dan Jeli.

Di negeri Perdana Menteri Malaysia, PAS melihat harapan untuk melakukan sesuatu walau tewas kesemua 6 konstituensi Parlimen yang ditandinginya. Di konstituensi Jerantut, Bera, Lipis dan Kuala Krau, kesemuanya PAS tewas dengan peratusan majoriti kurang dari 20% atau jumlah undi kurang dari 5,300 undi.

Prestasi PAS di Negeri-Negeri Melayu Kurang 60%

PAS meletakkan calonnya di 31 konstituensi di 9 negeri dan wilayah yang majoriti penduduk Melayunya kurang dari 60%. PAS telah berjaya meraih 7 kerusi Parlimen iaitu 1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua di Perak dan 4 di Pahang.

Terdapat 7 konstituensi di mana jika diteruskan momentum PRU12, PAS mempunyai harapan untuk merampasnya. Konstituensi tersebut ialah,

* Larut
* Kuala Kangsar
* Sepang
* Tasek Gelugor
* Parit
* Tanjong Karang
* Sungai Besar
* Lenggong

Calon-calon PAS tewas dengan peratusan minima 6% dan undi maksimum 5,000 undi sahaja.

Di dalam konteks PRU 12, prestasi PAS paling corot adalah di Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, jika sentimen yang di lihat di Bukit Gantang berterusan, PAS ada harapan menawan 3 kerusi Parlimen di Johor.

Kesimpulan

Berdasarkan momentum PRU12 dan sentimen semasa hari ini, harapan PAS untuk melangkah sebagai parti induk orang Melayu memang cerah. Bahkan, tidak mustahil untuk PAS akan berjaya mengambil alih peranan UMNO jika langkah yang tepat diambilnya.

Bagaimanapun, PAS perlu belajar dari UMNO, iaitu, kekuatan UMNO sebagai parti induk orang Melayu bukanlah pada konstituensi yang majoriti Melayunya tinggi. Tetapi UMNO menjadi parti induk Melayu di arena politik Malaysia untuk sekian lamanya ialah kerana ia berjaya meraih sokongan dari pengundi-pengundi bukan Melayu.

Kejayaan UMNO adalah kerana ia bertanding di bawah banner Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional.

PAS hari ini sudah berada dilandasan yang betul bersama Pakatan Rakyat. PAS hari ini sudah berjaya meraih undi bukan Melayu. Apa yang perlu ialah memperkukuhkan kedudukannya dan komitmennya didalam Pakatan Rakyat.

TOK GURU NIK AZIZ 'PEGHUT BETUL'




Wakil PAS Kelantan, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyifatkan Tok Guru Nik Aziz sebagai pemimpin 'Perut Betul' yang mudah memaafkan orang, berkawan dengan lawan, bersih telus dan sebagainya.
Oleh kerana Tok Guru bersifat peghut betul maka PAS diterima ramai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk artis, bukan Melayu dan lain-lain.
"Tak ramai pemimpin PAS yang ada hari mempunyai 'peghut betul' seperti Tok Guru" kata Cikgu Rahim.
Cikgu Rahim juga mengingatkan ahli dan pimpinan PAS supaya berhati-hati dengan Umno. Jangan berkawan, percaya dan berbaik dengan Umno.
"Umno bukan spesies yang boleh dibuat kawan, selalu tikam belakang" kata beliau.
Beliau juga mengajak seluruh ahli PAS supaya turun ke DUN Manek Urai pada Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai.
"PAS Kelantan akan membiayai tempat tinggal dan makan secara percuma siap dengan pelayan" kata beliau.

Husam Terima Kekalahan. Naib Presiden Dan AJK Akan Teruskan Wawasannya




Calon Timbalan Presiden PAS, Husam Musa sudah menjangka beliau akan tewas dalam pemilihan merebut kerusi tersebut namun yakin kepada saf baru kepimpinan parti.

Beliau berkata demikian kepada media selepas keputusan pemilihan muktamar diumumkan.

"Saya lebih dulu mengucapkan tahniah kepada rakan saya yang telah memenangi jawatan Timbalan Presiden, dan terima kasih kepada perwakilan yang telah mengundi saya semalam," kata Husam.

"Saya telah tahu dari awal lagi saya akan kalah. Saya bertanding untuk menyatakan pandangan politik saya. Saya bagaimanapun bersyukur dengan perlantikan Naib Presiden dan majoriti ahli jawatankuasa pusat insyallah dapat melaksanakan pandangan politik saya dan konsisten dengan ketetapan yang telah diambil Pas sebelum ini," tegas beliau.

Menjelaskan maksud pandangan politik beliau, Husam berkata:

"Pas perlu menggantikan umno demi Islam dan perubahan di negara kita, dan tidak ada jalan pintas untuk bekerjasama dengan Umno melalui apa-apa cara. Kerana itulah saya bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden," katanya.

Di sidang media itu juga, Husam akui pertarungan tiga penjuru mencabar penyandang Nasharuddin Mat Isa dan calon popular akar umbi Mohammad Sabu bukan mudah.

Ia memerlukan gerak-kerja kempen yang kuat serta jaringan akar umbi yang kuat bagi memungkinkan kemenangan itu, tambahnya.

"Saya tidak melaksanakan satu kempen yang agresif. Banyak elemen yang tidak menyebelahi saya. Saya tidak mahu perbesarkan. Dah tahu padang tinggi rendah, jangan disalahkan padang itu," katanya.

"Saya terima kekalahan ini, tetapi saya gembira mesej saya diterima dalam pemilihan AJK Pusat dan Naib. Bahkan undi kolektif saya dan mohd sabu lebih besar, jadi itu juga boleh dikatakan pencapaian saya," tambah Husam.

Beliau menerima kekalahan secara terbuka, dan tidak kesal tidak lagi berjawatan dalam PAS.

"Saya juga dahulu seorang aktivis biasa, dan saya tidak bercita-cita naik. Saya mahu teruskan perjuangan supaya Pas dapat mentadbir Malaysia dan menggantikan Umno-Barisan Nasional," tegas Husam.

Perwakilan Undi Tolak Orang-Orang Nik Aziz



Analisa ringkas – keputusan perwakilan menunjukkan kemenangan kepada calon-calon pro Pakatan Rakyat dengan 12 orang dari mereka memenangi pertandingan bagi 18 jawatan AJK PAS Pusat. Keputusan Naib Presiden memihak kepada Husam Musa bila ketiga-tiga yang dikatakan menjadi pilihan Husam menang.

Mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim juga menang dengan undi besar.

Jika dilihat analisa itu, seharusnya Husam telah menang. Tetapi Husam tewas besar.

Bagaimanapun, Husam (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan) tewas bersama Dato’ Mohd Amar (yang disebut bakal MB Kelantan dan seorang Ulama, Ahli exco dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan), Dato’ Takiyuddin Hj Hassan (Ahli Exco dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan) dan Dato’ Anuar Tan (Ahli Exco dan Bendahari PAS Kelantan). Keempat-empat mereka adalah pembantu-pembantu Nik Aziz dan mereka tewas bersama 3 lagi tokoh PAS Kelantan.

Hanya Dato’ Kamaruddin Jaafar, Setiausaha Agung PAS yang disebut sebagai sahabat baik Anwar Ibrahim adalah calon dari Kelantan yang menang.

Analisa jelas menunjukkan tidak berlaku trend menolak calon Ulama, Pro Pakatan, Profesional atau Pro UMNO. Yang jelas menjadi mangsa ialah kesemua orang kanan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Apakah yang berlaku adalah manifestasi penolakan atau undi tidak perjaya kepada Nik Aziz oleh Perwakilan PAS atau ianya hanya satu kebetulan. Para perwakilan harus bertanya, apakah mereka memang berniat menolak calon-calon dari Kelantan?

Ini bagaimanapun adalah petanda baik bagi Kelantan. Setidak-tidaknya pemimpin-pemimpin kanan PAS Kelantan boleh fokus kepada mempertahankan Negeri Kelantan, sama ada melalui sudut kewangan maupun tenaga kepakaran mereka.

by : Sheih Kickdefella

Perwakilan Undi Tolak Orang-Orang Nik Aziz



Analisa ringkas – keputusan perwakilan menunjukkan kemenangan kepada calon-calon pro Pakatan Rakyat dengan 12 orang dari mereka memenangi pertandingan bagi 18 jawatan AJK PAS Pusat. Keputusan Naib Presiden memihak kepada Husam Musa bila ketiga-tiga yang dikatakan menjadi pilihan Husam menang.

Mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim juga menang dengan undi besar.

Jika dilihat analisa itu, seharusnya Husam telah menang. Tetapi Husam tewas besar.

Bagaimanapun, Husam (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan) tewas bersama Dato’ Mohd Amar (yang disebut bakal MB Kelantan dan seorang Ulama, Ahli exco dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan), Dato’ Takiyuddin Hj Hassan (Ahli Exco dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan) dan Dato’ Anuar Tan (Ahli Exco dan Bendahari PAS Kelantan). Keempat-empat mereka adalah pembantu-pembantu Nik Aziz dan mereka tewas bersama 3 lagi tokoh PAS Kelantan.

Hanya Dato’ Kamaruddin Jaafar, Setiausaha Agung PAS yang disebut sebagai sahabat baik Anwar Ibrahim adalah calon dari Kelantan yang menang.

Analisa jelas menunjukkan tidak berlaku trend menolak calon Ulama, Pro Pakatan, Profesional atau Pro UMNO. Yang jelas menjadi mangsa ialah kesemua orang kanan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Apakah yang berlaku adalah manifestasi penolakan atau undi tidak perjaya kepada Nik Aziz oleh Perwakilan PAS atau ianya hanya satu kebetulan. Para perwakilan harus bertanya, apakah mereka memang berniat menolak calon-calon dari Kelantan?

Ini bagaimanapun adalah petanda baik bagi Kelantan. Setidak-tidaknya pemimpin-pemimpin kanan PAS Kelantan boleh fokus kepada mempertahankan Negeri Kelantan, sama ada melalui sudut kewangan maupun tenaga kepakaran mereka.

by : Sheih Kickdefella

Mulai Hari Ini Husam Perlu Menelan Jadam


KEGAGALAN Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa untuk merampas kerusi Timbalan Presiden Pas dan menendang Nasharudin Mat Isa keluar dari ibu pejabat agung di Jalan Raja Laut sesuatu yang mengejutkan ramai pihak. Paling mengejutkan ialah mereka di luar sana, anak-anak muda dan mereka yang menerima konsep liberalisasi dan modenisasi politik yang dicanang oleh Husam.

Secara umum anak-anak muda yang baru menjejak kaki ke gelanggang siasah – berusia 25 tahun hingga 45 tahun atau yang tetas dan terbuka mata sejak meletusnya reformasi 1998, melihat Husam sebagai tokoh baru menjadi idola mereka. Husam adalah pemimpin masa depan yang bakal menerajui Pas dan politik bangsa negara. Husam dicami sebagai pemimpin pemangkin kekuatan Pas dengan pendekatan dan lenggang lengguknya berpolitik melewati ruang kepompong Pas.

Tidak dinafikan aura Husam memang hebat. Beliau sudah berjaya mencetakkan dirinya sebagai pemimpin nasional. Gaya, perwatakan dan penerimaan umum ke atasnya ada iras-iras penampilan ‘kewayangan’ politik Anwar Ibrahim.

Kesempatannya menduduki kerusi Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan memberi kesempatan baik untuk beliau menampil dan mengasah bakatnya dalam politik menungkah arus.

Walaupun kedudukan Husam nombor tiga dalam hieraki Pas, tetapi sikap, pemikiran dan penampilannya menunjukkan dia setanding dan membayangi kehebatan Anwar. Dalam satu-satu masa lain dalam konteks Pakatan Rakyat beliau dilihat sebagai presiden de facto Pas seperti mana Anwar satu masa dulu presiden de facto kepada PKR.

Inilah hakikat yang ada kepada diri ketua Pas kawasan Pas Kubang Kerian Kelantan itu. Jadi apabila beliau kalah pagi tadi, menyebabkan para penyokong Husam merasakan bagai dalam satu mimpi saja. Mereka terpinga-pinga sukar untuk mempercayai bahawa tokoh bintangan mereka telah terjelapak ke bumi. Apa lagi media penyokongnya telah membuat sebaran awal kononnya beliau menang besar.

Kekalahan Husam itu memberi petunjuk dan membawa implikasi tertentu kepada dirinya dan juga individu lain. Yang jelasnya penolakan Husam oleh para perwakilan itu menunjukkan aura dan arus di luar sana tidak cukup kuat untuk merombak serban dan mencabut kopiah para perwakilan. Kekuatan di luar hanya gah yang tidak menggerunkan perwakilan.

Kekalahan itu tentulah memeranjatkan pengamal media atau pun bloger yang menyinsing lengan, tidak tidur malam, membuka surat khabar lama mencari bahan untuk berkempen dan mendaulatkan Husam sebagai pemimpin hebat sejak beberminggu-minggu lalu. Mungkin masih ada kalangan blogger tidak membuka laptop kerana tidak sanggup melihat laporan mengenai kekalahan bekas Naib Presiden Pas selama dua penggal itu yang berjaya hanya meraih 281 undi saja.

Betapa tidak jika ditinjau ke laman blog dan media internet, hampir seluruh berpihak kepada Husam. Semuanya teruja dengan Husam dan seolah-olah melihat Husam adalah Ahmad al Fateh yang akan membuka pintu Putrajaya bersama Pas. Seolah segala-galanya pada Husam. Dari sudut tertentu Husam lebih hebat daripada Anwar Ibrahim itu sendiri khasnya tentang kebersihan jiwa dan peribadinya?

Tetapi bagi orang yang memahami, kenal sepak terajang politik dan kamil dengan sifat dan sikap politik Pas yang berorentasikan Islam tidak mudah terpesona dengan segala lambungan dan junjungan ke atas Husam yang melampau-lampau. Para perwakilan menilai dari sudut dan perspektifnya sendiri dan bukan retorik. Sebab Islam itu sendiri bukan bahan retorik atau mainan. Islam itu ialah hakiki!

Mata yang memandang Husam diluar berbeza dengan mata yang melihat dari dalam dewan muktamar. Saya sudah menyatakan ini. Di luar, mata mereka dikenakan kanta sentuh ketaksuban yang tebal. Manakala di dalam dewan, perwakilan yang dikenakan dengan kanta sentuh yang tebal dengan kepentingan parti dan perjuangan dan mengkesampingkan agenda politik keorangan.

Begitu juga. Di luar atau mereka yang tidak pernah berada di laman Pas melihat Husam dari jauh, dari atas pentas. Penglihatan itu semuanya indah dan mempersonakan. Manakala di dalam (orang Pas) melihat dengan kedirian dan pengalaman mereka bersama Husam di mana setiap aroma yang keluar dari tubuh Husam dihidunya. Betapa pun di luar sana ribuan orang yang suka Husam namun mereka tidak dapat memberi oksigen langsung semasa pemilihan.

Saya yakin kalau pengundian di buat di luar, Husam akan mendapat undi tertinggi manakala dua calon lagi akan kalah teruk.

Saya cukup yakin seramai 741 para perwakilan iaitu kira-kira 70% yang menolak beliau ialah menolak gagasan politik dan keperibadian Husam dan juga gaya dia berpolitik. Jumlah ini bukan sedikit ianya harus dikaji dan dianalisa oleh Husam. Jika beliau mahu kembali ke persada kekuasaan Pas, maka beliau kena perbetulkan kekhilafan dan keterlanjuran yang beliau lakukan baik sedar atau tidak.

Kesilapan lain Husam ialah bukan kerana tidak cukup hebat. Husam cukup hebat berbanding dengan sesiapa sahaja dalam Pas. Ini juga hakikat. Mungkin beliau merasa seronok tetapi melupai aspek lain. Bahawa Pas tidak boleh digerakan dengan kehebatan seseorang. Kalau ia tidak selari dengan kehendak parti dia akan ditentang tidak kira siapa.

Sejarah yang menimpa, bekas Presiden Pas, Mohd Asri Muda, bekas Setiasusaha Agung Abu Bakar Hamzah, bekas Naib Presiden, Nakhaei Ahmad dan beberapa pemimpin lain sepatutnya diambil iktibar olehnya. Orang ini semua hebat, tetapi bila ia cuba membawa pemikiran melencung dari gagasan dan prinsip parti maka mereka akhirnya ditolak tanpa ada simpati dan kompromi.

Kesilapan lain Husam ialah cara beliau berkempen. Husam begitu percaya kepada bentuk kempen agresifnya yang sistemetik! Kempen bentuk baru ini juga satu testing kepada Pas sendiri. Saya tidak nampak ianya dinasihati atau dipantau oleh Husam seluruhnya. Kebanyakan blog adalah dibangun sukarela atas minat dan berkenan mendalam kepada Husam. Mereka ini juga suka kepada Pakatan Rakyat dan menolak sama sekali idea perbincangan dengan Umno.

Bagaimana pun disebabkan bahan kempen mereka ini tidak diselia maka timbullah kecelaruan.
Husam terlampau mempamerkan keghairahan (excited) untuk menduduki kerusi berkenaan. Sikap ini pada bila-bila masa bertentangan dengan prinsip dan akhlak parti Pas. Dan bagi ahli Pas seperti mana kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, Mustafa Ali sesiapa yang kuat berkempen biasanya akan kalah. Signal awal itu tidak dipedulikan Husam untuk menarik brek jentera kempennya dari terus melampau. Malahan beliau jadikan kata-kata Mustafa itu sebagai musuhnya pula.

Tetapi sebagai pemimpin futurustik yang kaya dengan idea, sukar untuk menerima nasihat dan signal begitu. Bahkan mungkin beliau beranggapan ianya satu halangan atau tektik untuk menggoncangkan mimpinya untuk berkuasa.

Hakikat ini jelas dalam blog-blog menyokong Husam di mana kritikan dan sanggahan terhadap idea yang cuba membetulkan tindakan dan aksi politik Husam dilawan dan dibelasah secara emosional dan keras. Nampak sekali sikap keras pedal dan keras kepala ini menggambarkan akan sikap ego tinggi bakal MB Kelantan itu.

Kekalahan Husam boleh dirumuskan;

1. Gagasan politiknya; liberalisme dan modenisasinya kontradik dengan gagasan parti yang dibawa oleh Presien. Gagasannya baik dan bernas tetapi silapnya beliau tergesa-gesa mahu melaksanakan tanpa melihat kepada keupayaan dirinya.

2. Bentuk kempen yang agresif, mendahului kaedah dan amalan sebelum ini dan bahan kempen yang tidak dipantau menyebabkan ia bersifat emosi dan menyimpang dari amalan Pas.

3. Menyerlah keghirahan yang tinggi untuk membuat perubahan ke atas parti. Sikap ini dianggap sebagai gelojoh dan kurang fatanah.

4. Kenyataan-kenyataan yang bersifat ego dan terlalu profesional misalnya pertandingan itu sebagai mesej teguran kepada parti, ataupun meletakkan dirinya sebagai harapan masa depan parti sekaligus merendahkan pencapaian orang lain. Sikap sebegini tidak berapa disenangi oleh veteran Pas.

Saya tidak nampak penyertaan Mohamad Sabu sebagai penghalang kepada Husam. Kerana kalau Husam memang sudah kuat, mantap dan diterima Pas, siapa pun dan berapa ramai calon bertanding, perwakilan akan tetap memilihnya untuk digandingkan dengan Abdul Hadi Awang.

Kekalahan Husam itu sedikit sebanyak memberi implikasi dan persepsi buruk kepada kemuliaan Musyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Husam secara sedar atau tidak telah mempergunakan Nik Aziz sebagai menguatkan sokongan kepadanya dengan mempamirkan kononnya beliau menjadi kesayangan kepada Nik Aziz.

Kegagalan Husam menterjemahkan bahawa dia adalah segala-galanya bagi Nik Aziz satu kesalahan besar seumpama beliau memasuki perangkap harimau dan menguncinya dari luar kemudian melemparkan anak kunci ke dalam sungai berarus deras.

Kekalahan Husam itu memberi pengajaran cukup berguna kepadanya bagi beliau membuat mahasabah dirinya dari dalam dan luar. Kekalahan itu adalah jadam pahit yang harus beliau telan kerana penyakit yang ada pada dirinya sangat memerlukan ubat sepahit jadam.

Bermula hari ini Husam hendaklah menjadikan jadam sebagai bil suplimen dalam meniti hari-hari sebagai seorang ahli biasa Pas yang hanya memegang jawatan ketua Pas Kubang Kerian. [wm.kl 7:00 pm 06/06/09] By MSO

Sedutan Ucapan Perwakilan 6hb.Jun.2009 (Pagi)



Bukan perjuangkan kemenangan semata-mata

SHAH ALAM, 6 Jun - PAS Perlis menyeru agar Majlis Syura memainkan peranan yang lebih aktif demi memastikan PAS terus berjalan dengan baik dan mengikut akhlak perjuangan yang sebenarnya.


“Kita bukan berjuang kerana menang atau kalah, tetapi kita berjuang kerana kebenaran. Kita lawan Umno kerana Umno tidak betul,” wakil Perlis Yusaini Yahya menegaskan dalam membahas ucapan dasar Presiden tadi.


Ekoran sesetengah negeri yang diperintah PAS masih tidak melaksanakan Islam sepenuhnya, beliau menyifatkan janji untuk melaksanakan Islam sebelum menang pilihanraya lalu perlu diberi perhatian yang khusus dari pimpinan PAS Negeri.


Mengulas ucapan dasar presiden berkenaan gagasan 'Kerajaan Perpaduan', PAS Perlis melihat suara cadangan Presiden itu memerlukan pemimpin yang berjiwa besar untuk dilaksana dan direalisasikan.


Beliau yang mewakili suara PAS Perlis itu juga turut mengingatkan para pemimpin agar sentiasa turun ke negeri-negeri bagi mendekati ahli bawahan.

Jangan ada tangan-tangan hitam dalam PAS


SHAH ALAM, 6 Jun - Perkembangan politik Negeri Perlis yang semakin bercelaru kini dengan wujudnya tiga Menteri Besar yang mentadbir, sedikit pun tidak mematahkan semangat PAS Perlis meneruskan perjuangan mereka dalam meningkatkan keahlian PAS di sana.


"Pakatan Rakyat pula, ia makin diperkukuh apabila DAP mula memasuki Perlis untuk membantu PAS. DAP bahkan meminta agar PAS memberi sokongan kepada program-program yang mereka jalankan," jelas Yusaini Yahya dalam membahas ucapan dasar presiden sebentar tadi.


Beliau secara jelas mengingatkan agar PAS tidak sesekali mengubah perjuangan PAS sekalipun masyarakat berubah tanggapan buruk terhadap PAS.


"Bahkan, usaha untuk memberi penerangan sebenar isu semasa hingga ke akar umbi dan pelaksanakan syariat Islam mesti terus dilaksanakan tanpa henti.


Beliau mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli PAS agar memperbetulkan perkara yang salah di dalam PAS. Kepimpinan PAS diharap agar bersifat tawaduk dan bersedia untuk dikritik oleh ahli.


"Barisan kepimpinan baru yang dilantik diseru agar berdiri teguh di belakang Presiden dan tidak menjadi tangan-tangan hitam,"jelas beliau.



Perkasakan semula organisasi - PAS Perlis

SHAH ALAM, 6 Jun - Wakil Perlis mencadangkan memperkasakan organisasi PAS dengan melantik Setiausaha Agung dari kalangan mereka yang terlibat sepenuh masa dengan parti.


"Ini kerana sekiranya Setiausah Agung dari kalangan wakil rakyat, mereka terpaksa memfokuskan tugas di kawasan mereka, secara langsung akan menyebabkan mereka jarang dapat turun ke negeri-negeri," ujar Yusaini Yahya dalam membahaskan ucapan dasar Presiden Pas tadi.


PAS Perlis yang diwakili Yusaini Yahya memuji sokongan masyarakat bukan Islam terutamanya sewaktu pilihanraya kecil yang lepas. "Mereka dilihat jauh lebih bersemangat dalam mempertahankan perjuangan PAS sehingga turut menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai hujah mereka," ujarnya.


PAS Perlis yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada saf pimpinan baru yang baru dilantik dikemudi Presiden berharap PAS kekal bertahan berjuang bersendikan Al-Quran.


"Justeru itu, biarlah PAS menjadi seperti ular menyusur akar, tidak pernah hilang bisanya," tambahnya.

Teliti sebelum keluarkan sebarang kenyataan

SHAH ALAM, 6 Jun 2009 - Sokongan dan komitmen yang tinggi bakal diberikan kepada pimpinan dalam merealisasikan gagasan parti seperti yang terkandung dalam Ucapan Dasar oleh Presiden semalam.


Sofi Abdul Wahab, perwakilan dari Melaka menyifatkan Ucapan Dasar Presiden mengandungi gagasan yang tepat, relevan dan terkini kepada parti bagi mendepani perjuangan dalam kepelbagaian rakyat yang terdapat di negara ini.


Ucapan tahniah dan takziah dari PAS Melaka juga dirakamkan buat seluruh barisan kepimpinan yang baru dilantik dengan harapan agar pimpinan dapat memikul amanah mereka dengan sebaiknya.


Beliau yang turut menyokong ucapan perwakilan dari Kedah, Ahmad Yahya yang menyifatkan media massa arus perdana yang masih prejudis terhadap perjuangan parti Pas ini.


Sofi, menyarankan agar setiap ahli PAS di seluruh peringkat kawasan, negeri mahupun pusat agar lebih teliti dan berhati–hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan parti.


"Hal ini disebabkan oleh kenyataan kita yang sering dimanipulasi oleh pihak media yang akhirnya menimbulkan imej buruk seperti isu Pas terlibat dengan rasuah wang," ujarnya.

Istiqamah dengan akhlak Pejuang - PAS Kedah


SHAH ALAM, 6 Jun - "Pejuangan Islam mesti didasarkan dengan akhlak," perwakilan Kedah iaitu Ahmad Yahya dalam ucapan beliau pada pagi ini menyarakan agar setiap ahli kembali meningkatkan akhak dalam perjuangan.


Menurut beliau, sifat ikhlas dan yakin dengan janji Allah dalam mencari keredhaan Allah adalah dasar kepada akhlak perjuangan.


"perteguhkan elemen-elemen berkaitan tarbiyah, supaya bibit-bibit perpecahan yang cuba digembar-gemburkan oleh sebahagian pihak dapat dibendung," tegas beliau.


Dalam mengakhiri ucapan itu, PAS Kedah menyarankan agar setiap pejuang Islam memperkemaskan sahsiah diri dengan sifat taqwa dalam mengaharungi perjuangan Islam.

Pas Selangor sedia berhadapan Umno soal "Kerajaan Perpaduan"

SHAH ALAM, 6 Jun - PAS Selangor menegaskan bahawa pihaknya akan berdepan dengan Umno bagi membincangkan isu tahalluf siyasi dan kerajaan perpaduan.


Demikian ujar Sallahudin Nasir, perwakilan Selangor ketika perbahasan ucapan dasar Presiden sebentar tadi.


"Selangor akan berdepan dngan Umno bagi membincangkan secara terbuka mengenai tahalluf siyasi sama ada Umno Selangor mahupun Umno pusat," katanya kepada sidang muktamar Tahunan PAS kali ke-55 di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini.


Mengulas lanjut berkenaa kesan perlaksanaan Islam ke atas kerajaan Pakatan rakyat di Selangor, pihaknya menyatakan bahawa Negeri Selangor telah mengadakan rundingan bersama pihak tertentu dalam isu arak.


"Kami mencadangkan agar diwujudkan satu sekretariat untuk membincangkan hal-hal yang penting dalam usaha memperkasakan Pakatan Rakyat pada hari ini," ujarnya.


Dalam pada itu beliau yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Gombak menyatakan rasa simpati beliau terhadap pergolakan politik yang berlaku di negeri Perak sekarang ini.


"Saya berharap agar Perak dapat bertahan dengan suasana politik yang kian bergolak.


"Ini kerana perjuangan untuk menentang Umno perlu diteruskan kerana walaupun parti itu kini dalam keadaan lemah tetapi ia masih hidup," katanya lagi.


Namun begitu, beliau optimis bahawa keadaan sokongan rakyat kini tetap memihak kepada Pakatan Rakyat.



"Justeru, kita harus bersyukur dengan apa yang ada dengan tidak melupakan apa yang diperolehi sebelum ini," demikian ujarnya.

Gabungan fikrah pimpinan, ahli disaran fahami 'Fiqh Siyasi'

SHAH ALAM, 6 Mei - Ustaz Salahuddin, yang petah berbicara ketika membahas ucapan dasar Presiden semalam mencadangkan agar usul ucapan Ucapan Dasar yang dibentangkan oleh Presiden Pas semalam diterima.


Merujuk tema Ucapan Dasar "Islam Memimpin Perubahan", beliau mengingatkan setiap ahli agar tidak leka dengan kemenangan malah sentiasa istiqamah dalam perjuangan ini.


Sehubungan dengan perkara ini, beliau menyarankan supaya ahli parti memahami dan mendalami fiqh siyasi yang menggabungkan antara kepimpinan Ulama', tenaga profesional dan aktivis.


"Gabungan ketiga-tiga tenaga yang amat penting ini semestinya tidak mungkin dipisahkan bahkan perlu bergerak seiringan mendepani cabaran mendatang"


"Justeru, parti Islam mempunyai gabungan tenaga yang begitu mantap," tegas beliau lagi.

SAJAK ALTANTUYA - OLEH MOHAMAD SABU



Di bawah ini adalah petikan sajak yang dideklamasikan Mohamad Sabu:

'Atantuya'


Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku


Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah/wann_

SENARAI KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011




PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji


TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji


PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji


TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji


NAIB PRESIDEN

Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)



AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Nasharuddin kekal timbalan presiden



Jun 6, 09 9:31am
Rasmi Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan parti itu semalam.

Menurut rasmi, Nasharuddin mendapat 480 undi, Datuk Husam Musa (281) dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man (871) dan Mahfuz Omar (636).

Dua lagi calon - Mujahiddin Yusof Rawa mendapat 277 undi dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi.

Lebih 1,000 perwakilan mengundi semalam dan pengiraan selesai sehingga awal pagi ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden tanpa bertanding.

Muktamar ke-55 PAS sedang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam.

Hadi mahu kerajaan perpaduan





Oleh HELMI MOHD. FOAD
dan SAIFULIZAM MOHAMAD

SHAH ALAM 5 Jun – Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Bagaimanapun katanya, gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.

‘‘Ia perlu difahami secara terperinci supaya kita dapat melaksanakannya dengan baik, gagasan tersebut adalah untuk kebaikan kita semua yang sekarang begitu rapuh dari segi perpaduan.

‘‘Terpulang kepada maklum balas parti-parti politik tetapi ia mesti diteliti dengan perbincangan yang mendalam kerana saya percaya ia dapat menyelesaikan masalah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas ke-55 di Stadium Malawati di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, idea tersebut sebenarnya telah dilontarkan kepada parti-parti lain dalam pakatan pembangkang termasuk DAP sebelum beliau mengumumkan perkara itu kepada rakyat.

Dalam hal ini katanya, rakan-rakan Pas dalam pakatan pembangkang telah menerimanya secara positif kerana ia adalah demi kebaikan negara.

‘‘Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menerima secara positif, bukan sahaja rakan pakatan pembangkang yang menyokong sepenuhnya termasuk UMNO yang sokong gagasan yang saya lontarkan itu untuk menyelesaikan masalah negara,” katanya.

Beliau menjelaskan, gagasan tersebut bukan sahaja bertujuan menyatupadukan seluruh rakyat malah ia akan merapatkan jurang di kalangan parti-parti politik.

‘‘Ini supaya parti-parti politik boleh berbeza pendapat tetapi tidak berkelahi dalam sebuah negara,” katanya.

Mengenai kedudukan Pas yang dilihat oleh pemimpin itu bakal menerajui pemerintahan negara, Abdul Hadi berkata, ucapan dasarnya bertemakan, ‘Islam Memimpin Perubahan’ itu bermaksud bahawa seluruh rakyat mempunyai tanggungjawab yang sama bagi menyelesaikan krisis dalam negara.

Sebelum ini kata beliau, ideologi sosialis dan komunis telah merudum dan kini ideologi kapitalis pula mengalami krisis dari sudut ekonomi.

Beliau berkata, Pas tampil memperkenalkan Islam untuk menyelesaikan masalah termasuk krisis perpecahan yang parah di kalangan parti-parti politik.

‘‘Bukan semestinya kita perintah negara, pada peringkat ini kita menjadi penasihat kepada kerajaan, bukannya pembangkang yang membuta tuli.

‘‘Mesej kita supaya perubahan dilakukan dengan Islam, UMNO juga mempunyai tanggungjawab untuk membawa contoh Islam yang terbaik,” katanya.

Pada peringkat kedua katanya, sekiranya langkah awal tadi tidak berjaya, Pas akan menghadapi pilihan raya dengan bergerak secara kolektif bersama pakatan pembangkang.

‘‘Soal siapa yang akan memimpin negara itu dibuat secara kolektif dalam pakatan (pembangkang),” katanya.

Kerajaan perpaduan tidak menguntungkan - Husam




SHAH ALAM 5 Jun - Calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Husam Musa berpendirian cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti itu.

Beliau berkata, cadangan itu dilihat tidak sesuai kerana tidak mahu Pas menjadi 'kuda tunggangan' UMNO sekiranya ia dilaksanakan.

Ini kerana, beliau khuatir pembahagian kerusi di antara Pas dan UMNO kemungkinan tidak adil.

''Kita mahu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi (sama taraf dengan UMNO)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Tambah Husam, sekiranya kedudukan kerusi Pas dengan UMNO tidak setaraf, Pas mungkin tidak ada sebarang peranan terhadap cadangan kerajaan perpaduan itu.

Sebaliknya, beliau lebih sedia untuk mengadakan kerjasama dengan parti di bawah pakatan pembangkang kerana ia dilihat taraf semua parti adalah sama.

Kenyataan Husam yang juga Naib Presiden Pas itu dilihat bertentangan dengan pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai cadangan itu.

Ini kerana, Abdul Hadi ketika sidang media sebelum itu masih menaruh keyakinan terhadap cadangan kerajaan perpaduan termasuklah mengadakan rundingan dengan semua pihak termasuk UMNO.

Menurut Abdul Hadi, usaha itu menunjukkan Pas mengamalkan dasar yang terbuka selaras dengan prinsip demokrasi.

Dalam pada itu, Husam menjelaskan sekiranya perbincangan untuk mengadakan kerajaan perpaduan itu mahu dilaksanakan juga, adalah lebih baik ia dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ini kerana beliau mahu memastikan kerusi Pas benar-benar cukup kuat untuk mengukuhkan kedudukan parti itu dalam kerajaan.

Saingan sengit, Husam menang tipis Timbalan Presiden PAS?



Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Datuk Paduka Husam Musa dipercayai menang tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru.

Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat 2 pagi tadi, Naib Presiden PAS itu menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa dan juga Mohamad Sabu.

Berada di tempat kedua ialah Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005.

Ketika ditemui, wakil dan pembantu ketiga-tiga calon berkenaan enggan berkata apa-apa tetapi difahamkan perbezaan undi Husam dan Nasharudin sangat kecil.

"Kami difahamkan perbezaan undi sangat kecil," kata satu sumber kepada mStar Online.

Proses kiraan final di Stadium Malawati selesai kira-kira 1.40 pagi tadi. Pengiraan undi bermula 8.30 malam iaitu tiga jam selepas pengundian berakhir.

Pemilihan jawatan itu menjadi tumpuan di sebalik polemik mengenai peranan golongan ulama dan profesional dalam PAS.

Di sebalik keputusan Timbalan Presiden itu yang terlalu "ketat", fokus juga beralih tempat bagi saingan Naib Presiden.

Bagaimanapun difahamkan, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar dipercayai memenangi jawatan Naib Presiden.

Lima orang bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden. Dua yang lain ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah.

Jawatan Naib Presiden kosong selepas tiga penyandangnya memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukan masing-masing. Dua daripada mereka, Husam dan Muhamad Sabu bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hanya akan mengumumkan keputusan rasmi pagi ini, dijangka pukul 10 pagi.

Proses pengundian yang bermula petang tadi dan berakhir dua jam berikutnya iaitu pada pukul 5.40 petang.

Seramai 1,044 mengundi pada pemilihan kali ini termasuk 971 perwakilan.

Jawatan Presiden dikekalkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa cabaran.

Majlis Perundingan Cina jadi sayap Pas


SHAH ALAM 5 Jun – Pas bercadang menjadikan Majlis Perundingan Cina (CCC) yang kemudiannya dikenali Kelab Penyokong Pas sebagai sayap parti itu supaya ia dapat melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah payung parti tersebut.

Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sehubungan itu perlembagaan Pas akan dipinda untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab tersebut dan statusnya dalam organisasi, keahlian dan peranannya dalam parti berkenaan.

Beliau menjelaskan, usaha itu diambil bagi memperkasakan kelab berkenaan sekali gus menghargai sokongan yang diberikan dan sehingga kini keahliannya mencecah 20,000 orang.

‘‘Ia juga bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dan tahap kefahaman ahli yang bertambah dan ia sesungguhnya merupakan satu langkah bersejarah dalam parti sebagai paradigma baru dalam Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan Pas ke-55 di Stadium Malawati di sini hari ini.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Abdul Hadi menjelaskan, masyarakat bukan Islam telah memberi kepercayaan kepada parti itu bukan sahaja sebagai penyokong tetapi menunjukkan kesungguhan semasa pilihan raya umum yang lalu apabila memenangkan calon-calon Pas.

Tambahnya, ekoran perkembangan dan anjakan paradigma yang ditunjukkan di kalangan masyarakat bukan Islam, Pas perlu mengambil langkah proaktif untuk melibatkan mereka secara langsung dalam parti berkenaan.

‘‘Ini satu petanda yang sangat baik tetapi kita tidak gopoh melaksanakannya, kita tidak mahu mereka faham kita untuk memperalatkan mereka dan kita tidak mahu menjadi parti penipu.

‘‘Sebaliknya kita mahu menjadi parti yang ikhlas dan mereka merasai sendiri peranan mereka bersama dalam Pas,” ujarnya.