Khamis, 4 Jun 2009

MEMPERLEKEH PERJUANGAN UMNO....TUN PERNAH HINA...PERLEKEH...HARAMKAN UMNO...!!!! ADA ORANG UMNO BERANI SANGGAH ISU NI...???


By Dr. Mahathir Mohamad

1. Terdapat usaha berterusan untuk memperlekeh perjuangan UMNO dan orang Melayu untuk kemerdekaan.

2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.

3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.

4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.

6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.

8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.

9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.

10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.

11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.

12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga.



41 Comments
By mfaiz83Author Profile Page on June 4, 2009 12:37 PM

Sekarang ada pula orang Melayu membela Chin Peng ini,
Kena buat sesuatu Tun,
mereka-mereka ni makin melampau.
orang Melayu mudah lupa,
mereka tidak mahu tegas dalam mempertahankan hak dan sensitiviti Melayu,
berapa kerat je yang datang untuk Pertubuhan perkasa?
2000 lebih jer?
Bukanlah mahu menjadi perkauman,
tetapi isu ini tidak pernah timbul dahulu yakni di zaman pemerintahan Tun Dr M,
Banyak kerosakkan yang berlaku selepas pemerintahan Tun AAB.
Saya lebih selesa membaca Blog Tun dalam memperjuangkan bangsa kita.
Kerana Tun lebih tahu dan pernah hidup di zaman pemerintahan Penjajahan Jepun,
Makanya tun lebih memahami keperitan hidup di Zaman penjajah

Moga Allah panjangkan usia Tun dan keluarga.


By nmjnhAuthor Profile Page on June 4, 2009 12:46 PM

Apakah perbezaan ahli Melayu dengan ahli bukan Melayu yang menganggotai PKM? Kenapa segelintir ahli PKM Melayu diterima kembali keMalaysia spt Samsiah Fakeh?

4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

Jika UMNO hanya wujud selepas mereka yang dinyatakan seperti diatas, kenapa perjuangan mereka sebelum UMNO tidak dinyatakan secara ilmiah khusus dalam sejarah kemerdekaan tanahair?


By Yahya KhanAuthor Profile Page on June 4, 2009 12:49 PM

Dear Tun,

People still wonder that what actually had happened during the counting of votes of Umno Youth elections and why it took more than 6 hours just to count 700+ votes ????????

Besides, people also question why KJ was allowed to contest despite being convicted for the charge same as the Datuk Mohd Ali Rustam who was banned from Umno elections, why two treatments for the same crime??????

UMNO has to answer these questions or else disappear from the centre of power in the next PRU.

Salaam.
By 7SenChatAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:01 PM
Dear Tun,

1. I was sad and somber over the intention of certain squatters that support Chin Peng and to bring him home.
2. As a full time history tutor, I strongly agree that such notion is illogical and out of question.
3. The person who suggest such, as we all know who, should be punished to attend history lessons.
4. At the same time, it has shown us that our history teaching system has partially failed to nurture 100% patriotism among the MAlaysiam.
5. May Tun be healthy and happy.

From: 7SenChat
By icucu tok buyungAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:06 PM

TUN.
Akhir nya TUN bersuara juga tentang issu Chin Peng. Walaupun pendek ulasan TUN akan hal sebenar nya Chin Peng dan parti komunis ini sudah cukup untuk rakyat Malaysia melihat sejarah sebenar nya.
Dan sekarang terpulang lah pada rakyat Malaysia untuk menilaikan siapa yang harus di lihat perjuangan sebenar negara Tanah Melayu ketika itu sehingga Tanah Melayu dapat kemerdekaan dari British dan di perintah secara amalan demokrasi oleh anak bumi sejati. Atau sebalik nya jika PKM yang berkuasa ketika itu maka Tanah Melayu sudah pasti di bawah kuasa komunis. Dan kehidupan rakyat tidak lebih dari rakyat negara2 yang di kuasai pemerintahan komunis bersifat kuku besi dan diktator seperti Korea Utara, Kemboja dan Vietnam ketika itu. Mundur dan kebelakang pelbagai aspek kehidupan.
Sudah pasti orang2 Melayu sebagai penduduk asal negara ini akan hilang identiti nya. Maka lahir lah sebuah lagi Mini China di Tengara Asia selain Singapura.
Anak2 muda genarasi sekarang perlu melihat bertapa baik nya nasib mereka kerana telah di lahirkan didalam sebuah negara yang demokrasi, aman dan boleh di anggap sebuah negara yang maju. Ini adalah usaha dan perjuangan datuk nenek mereka terdahulu dan mesti di kenang. Mereka mesti mempertahankan nya sehingga ke genarasi akan datang.
UMNO mesti di pertahankan jika mahu identiti Melayu tidak mahu hilang. UMNO di bawah pinpinan Tunku Abdul Rahman lah yang telah bertanggung jawab memerdekakan Tanah Melayu dari British ketika itu.Sebelum itu perjuangan orang Melayu telah di dahulu dan di mulakan oleh perjuang2 Melayu seperti Datuk Bahaman, Mat Daud Kilau, Datuk Maharaja Lela dan lain2.
Jika orang Melayu ketika itu tidak memulakan tentangan terhadap British mungkin Tanah Melayu telah diserahkan kepada bangsa lain atau pun menyerah nya pada PKM.
Pemimpin2 UMNO yang ada sekarang mesti lah terus mempertahan kan negara ini. Walau pun terdapat parti2 orang Melayu yang lain masa ini namun agak mencuriga kan perjuangan mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan agama.
Parti2 ini lebih cenderung untuk mengadaikan negara, bangsa dan agama semata2 untuk kepentingan perjuangan peribadi.
By shearirAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:07 PM

Salam Tun.

Inilah jadinya sekiranya matapelajaran Sejarah sudah menjadi sejarah...
By NSZAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:09 PM

Assalamualaikum Ayahanda Tun,

Tentang Chin Peng ini, janganlah kita semua melatah,
ada bagusnya juga kalau dia dibenarkan pulang.

Chin Peng adalah seorang penjenayah negara, biarkanlah
dia pulang. Senang sikit kita menangkapnya, mendakwanya
dan menghukumnya dengan hukuman yang setimpal.

Janganlah kita semua melompat macam orang yang tidak
waras bila ada yang minta dia pulang. Bila lagi UMNO,
Askar Wataniah, Polis dan mangsa kekejaman Komunis dapat
menuntut hutang piutang darah yang mereka bayar semasa
zaman kekejaman komunis dulu??

Masih panas lagi kisah Bukit Kepung.......

Marilah kita bersama sama menyambut kepulangan Chin Peng
dengan Black Maria....

Moga Allah sentiasa mangasihani kita...
By zebramonesAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:20 PM

jangan sekali-kali benarkan Chin Peng pulang ke Malaysia.
By Abdullah IsmailAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:21 PM

SAYA SETUJU SEPENUHNYA PANDAPAT Y.BHG TUN. Kalau MCP berjaya, Malaysia sudah menjadi macam Singapura: Melayu hilang segalanya.Cuma menjadi hiasan saja! Semoga Y.Bhg Tun & isteri terus sihat sejahtera!
By afagAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:22 PM

Selamat tengahari Tun...

members chedet.com...

Please do read this true story...it's releven to this matter...relate to why and what is happening in Malaysia politics now, those problems and hot issues uprissing by the extrem groups and by some individual...(nak jadi jaguh kot...jaguh kampong yang terselindung maksud dan tersirat niat dan hasrat)...

1. Recently there has been an uproar over some section of the Malaysian political parties that are advocating the return of a well known man that has been EXCILED from Malaysia forever, Chin Peng.

2. For those that has not learn their history, or a non Malaysian, or even an ignorant Malaysian, Ching Peng was the leader of the “Parti Komunis Malaya” or “Malayan Communist Party” better known by the older generation as “Bintang Tiga” due to their usage of 3 "red stars" as their logo.

3. Chin Peng and several other PKM leaders were exiled after the “Baling Treaty”, where the party refused to agree to the first Malaysian Prime Minister, Tunku Abdul Rahman to put down their weapon and work together in the newly independent Malaya.

4. BUT recently some party had put up the simply motion to forgive Chin Peng, and let him return easily to this country, much to the chagrin of many, especially older Malays, the ex-soldiers, ex-police and ex volluntters during the emergency era, 70's and 80's operations.

5. For SOME BLURED younger generation, it seems that this is what they want. Blogs have popped up telling the PKM’s WHITE side of history, that they in fact did fight for the independence of Malaya at the time. They are saying that what the Government had feeding the people all this while were untrue, and they were not as bad as they have been portrayed. Indeed, some of them even described how they had helped community and such.

6. Such blogs right now have a LARGE following from the younger Malaysians. Indeed why not? They never has known how was it to live during the “DARURAT”, and for them, most of what the government tell them is bullshit, thus if this is something the contradict what the government is saying, it must be true. Thus they are quite open to the idea of allowing back Chin Peng to Malaysia. AND THIS IS THE IMPORTANT POINT FOR THE DARKSIDE OF "POLITINGHKING" AND THE BAD "POLITIKUS" TO SPREAD THE COMMUNISME PROPAGANDA AND DOCTRINE.

7. It’s full of ONE SIDED story, where they are just telling people the good side of things, and LEFT OUT SO MANY other DARK facts. TRUTH facts that has leaved bad scars in many of the older generation that they would rather die than let the leader of PKM return to this country.

8. Indeed, many of the PKM’s EXTREM action was horrendous. Relying on guerilla tactics and scare, they terrorised villagers, looted them and in many cases, KILLED them in cold blood. They considered themselves freedom fighters, to fight for a free Malaya, but indeed did they? Did Chin Peng and others PKM member still remember to the most horrific and bloody killing of the BUKIT KEPONG POLICE STATION TRAGEDY...we all Malaysians will never simply forget about it!

9. If they had wanted to do that, why did they resorted to this action in the first place, and did not work alongside some of the major party at the time that also wanted to do the same thing? The reason is simple, their idea of a “free” Malaya was different from what the majority of the people of that time wanted.

10. They wanted to create a COMMUNIST MALAYA!, something that does not suit well, not only with the people, but even in their ranks. Shamsiah Fakeh, one of the most prominent leaders of PKM left the party after she didn’t see eye to eye with Chin Peng over this issue after she realised that what she fought for for so long was nothing more than a false promise.

11. Indeed, some of the action rattled her because not only it was cruel, but unIslamic. How Islamic is it to kill someone who not only has the same religion as you, but unarmed?

12. It is not something that you can simply say “Hey, I’m kinda sorry for what happen. Can you let me in?”. It's true, Chin Peng was born in Perak,Malaya, but he NEVER FOUGHT TRULY for the Malayan sake. His original goal is to get the (then) Communist Doktrine influence to live here through his party, and thus create a "republic country" that would in fact be just a puppet to the communist movement.

Sounds too much? Might be, but that was certainly what the TRUTH was. And to quote what Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Khim had said;
"It was the MCP that put pressure on Britain to pull out of Malaya. The leftists always think it was because of them. But world politics was changing, and America felt it had to play a part in stopping Communism; and it felt that nationalism was the only way to check Communism. This put pressure on Britain to give us independence.
During the two weeks the MCP had control of the country, between the Japanese retreat and British return, the communists had in their hands the opportunity to prove that they could govern this country well. Instead, the MCP SOUGHT REPRISAL AND STARTED THE FIRST MAJOR RACIAL RIOTS IN THIS COUNTRY. They should have gone around helping the people get over the war, but they didn’t.

This is where they FAILED.

People wonder why the Baling talks of 1955 failed, when we could have ended the entire communist problem there and then(Prime minister designate) Tunku Abdul Rahman turned down their REQUEST to be registered as a political party BECAUSE the communist constitution calls for a "REPUBLIC COUNTRY". And that militates against our own constitution!"

13. For information... I never experienced the "Emergency", thus I don’t really have that emotional scare from the PKM unlike the older generation like my parents and grandparents. But I do agree with Prof. Khoo’s TRUTH view on this matter.

14. And now we can feel and see those Communist Doktrine influence are being spread through the movement of some political parties and individuals in Malaysia. The mind and soul of our younger generation of Malaysians now is been feed countinuosly by those extremist group action, outlaw behave and by the untruth individual voices and request.

REMINDER TO ALL MALAYSIANS, WE ALL MUST ALWAYS STAND TRUE TOGETHER TROUGH THIS TOUGH TIME.

Thank You Tun...
By HajarAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:25 PM

Salam YAB dan Di Kasihi Tun,

Seboleh mungkin MEREKA YANG MENYOKONG CHIN PENG & KOMUNISMA akan cuba merobah SEJARAH Malaysia.

AMAT KELAKAR bila Chin Peng dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan yang terawal...Kah! Kah! Kah! Very FUNNY!

** Semoga Tun sekeluarga dirahmati Allah SWT **
By kamal ahmadAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:25 PM

Salam kasih dan hormat Ayahanda Tun.
Essential goods prices are spiraling up and up again. What is the government doing? Wasting time trying to level things off and trying to talk sense into the retailer’s greed chain. Is it working? No it has never worked and yet the government is still at it ridiculously. The system has failed. PERIOD. The supply vs. demand and the market sentiment system has FAILED. With a weak government mechanism such as the one we have in Malaysia, this system has been modulated unscrupulously by greedy traders into a greed driven economic sentiment. The (many) Menteri says; “let the market driven sentiment fix the prices”, I say you pack up and leave office. Because you are a poorly trained talking parrot and your lackadaisical lines are starting to unnerve many already. For goodness sake, you have so much logistic and authority to rule at your hands, we entrusted you with that, so why don’t you just summon up all agencies and map out a new retailing economic system for the country and for the rakyat. You are falling back to reciting figures on the media again, you are finding comforts on the blurry sides of reality and how would that augurs with the average rakyat? How would they perceive you to be? The prices of essential goods must be liberated from this greed driven sentiment cycle. The prices of these basic essential goods must be traded at a SUSTAINED, just and fair value pricing system. Admittedly, it is impossible to achieve this on the present greed driven economic module. So take that out of the present cycle for goodness sake! Use the Military logistic; utilize the KTM logistics, set up government run stores manned by government salaried staffs. Use the existing government owned facilities for this purpose; the stadiums, the public halls, the Koperasi Negeri/Daerah and so much more that you already have. Return back cash liquidity to the rakyat. Today you are in power, you take the limelight, you fly in private jets and you are chauffeured around to your destination. In your heart in your mind in your souls, you say “I want what is best for the rakyat, I want success”. That is what you keep telling yourself. But is your best showing, has it sufficed the needs and expectations of poor hungry souls? Has it reached out, touched and cared like you have promised us and yourself way back then? And caring goes a long way.

“Success is not a destination, rather success is a journey and if you lose that perspective, than your journey has practically ended”. It was narrated to me by an old and wise hard working street cobbler I befriended. Walk humbly in life; listen, see and appreciate the world for what it is and finally you won’t be able to lie to your own self anymore. And when you start telling the truth to yourself, you would suddenly see that time is a never enough factor. If any one of us thinks success is securing victory in PRU13, well we are dead wrong. Success is a journey. A journey that would still runs its path even when we have all left the stage. So think about it, think about the basics again away from all the plushest that this life has brought. Eliminate greed from the basics of living, eradicate gluttony from that cycle and you may again have contentment and recognition from the hard working class. Deliver success in this journey with that each and every step taken. Come to a full realization that destination is never in our hands. Have we not comprehend that yet? Tun please advice those whom you can, to stop being seen around in modes of opulence. Tell them to return back to basic, please come back down. Tell them that they are nonentity – all highly disposable. I love my country, I want BN to lead. In my own capacity, I have given so much to my country over the years. But if that leading edge means desperations and halfhearted policies, I would gladly back down and let “market sentiment” pronounce the end to that. We are all merely replaceable players, we are nothing. We have no value in this cycle. So live with this and deliver on all promises beyond expectations for survival. Disappointments had dictated this cursor – please do forgive me Tun and please do continue your very familiar and tuned to perfection arpeggio when and where it is needed.

Aviation lingo and equipments is precise and efficient, I prefer to lean on them for pointers in daily living at times. You are a pilot Tun (do you still fly anyway sir?); and even the best of the KFC autopilots needs calibrations every 2 seconds right? So I say let this blog keep the logs working and smoking.
By damrezaAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:25 PM

Bila kita dibutakan tentang sejarah yang sebenarnya ramai akan mengambil peluang atas kapasiti politik semata-mata.Tanpa kita sedar sebenarnya ada inividu @ pertubuhan @ organisasi yang ingin meluaskan ideologi kebebasan bersuara dan meminta yang bukan-bukan.Di harap tiada yang akan memikirkan Malaysia untuk kepentingan sendiri sahaja.
By ramjiAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:27 PM

Salah siapa rakyat sekarang lupa sejarah kita... cuba fikir betul - betul, apakah buku sejarah di sekolah menengah sekarang ini mengandungi sejarah yang betul. Cuba mengimbas balik buku sejarah awal 80an kemudian 90an dan sekarang ia jauh beza dengan antara satu sama lain. Buku sejarah sekarang semata - mata untuk membanggakan satu kelompok sahaja. Salah siapa tepuk dada tanya sendiri.
By SiMataSepetAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:31 PM

salam Tun..

Kenapa orang Melayu tak sedar-sedar lagi!!
By Fazil77Author Profile Page on June 4, 2009 1:32 PM

Askm Tun...
Saya amat bimbang kerana ada kumpulan cuba memberi tempat kepada perjuangan komunis...
Adakah mereka mengambil kesempatan diatas perpecahan orang melayu pada masa kini???
Adakah pihak pembangkang dr kalangan org melayu hanya membutakan mata dlm hal ini kerana ini dapat memberi kelebihan pada mereka???
Tapi bila org melayu UMNO khususnya membuka sejarah asal usul kaum cina dan india mereka dituduh bersifat perkauman.....

Wahai Pembangkang Melayu sedarlah..
Jgn la kita menang bersorak
Kampung tergadai....
By ayikontuitAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:34 PM

Ya betul kata Faiz banyak kerosakan sudah berlaku semasa pemerintahan sebelum ini...satu tugas berat buat Dato' Seri Mohd Najib memperbetulkan...semoga Allah s.w.t. memberkati usaha Dato' Seri!
By Syah AZisAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:35 PM

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya terpanggil untuk memberikan pandangan berhubung perkara yang diutarakan oleh Yang Berbahagia Tun......

Sebagai generasi yang lahir pasca kemerdekaan, tidak ada pengalaman pahit maung yang boleh saya kongsi dengan pembaca sekalian berhubung bintang tiga.

Tetapi saya lebih dari bersetuju dgn Y.Bhg.Tun dalam hal ini kerana dengan senario politik negara ketika ini, tiada apa yg lebih penting selain dari mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Jgnlah ada pihak yg cuba membakar sentimen perkauman dan memanipulasi isu-siu sensitif yang boleh menggugat kestabilan kontrak sosial yang sekian lama terjalin dan tersimpul dlm liputan sejarah kita.

Cukuplah dgn keperitan dan kesengsaraan org terdahulu. Biarlah sejarah tinggal sejarah. Kita seharusnya belajar dari sejarah dan bergerak terus ke hadapan dengan sejarah menjadi pedoman agar kita tidak tersesat dgn perjuangan politik sempit yang hanya akan membawa negara ke arah kehancuran.

Kita boleh berbalah pendapat selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum. Semoga dgn bimbingan dan nasihat daripada Y.Bhg. Tun, kerajaan hari ini akan terus meneruskan misi membela nasib rakyat seterusnya membawa Malaysia kembali ke prestasi terbaik seperti yg pernah dicapai sebelum ini. Sekian, wassalam...
By thebigdipperAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:40 PM

Aslmkm Tun,

Terima kasih kerana sudi memberi penjelasan. Inilah sebabnya
mengapa subjek sejarah perlu dipelajari di sekolah secepat
mungkin. Ini adalah supaya generasi akan datang tidak mudah disesatkan kerana buta sejarah.

Orang2 cina umumnya tahu siapa chin peng. Mereka juga pada zaman
itu turut menderita, angkara keganasan dan kezaliman komunis.

Cumanya sekarang, disebabkan kelemahan pentadbiran AAB dahulu, kumpulan2 extremis dan chauvanis dikalangan kaum cina lebih berani bersuara lantang. Dengan alasan M'sia sekarang lebih terbuka dan demokratik. Bullshit! Janganlah keterbukaan
K'jaan disalah erti atau ada pihak yang berkepentingan sempit
menyalahgunakannya bagi merosakan perhubungan antara kaum.

Saya khuatir kalau najib tidak tegas berani, terlampau mengejar
populariti, puak2 pelampau ini bukan sahaja boleh
mengugat malah memporak porandakan negara ini.

Alhamdulillah,
Kerajaan telah membuat pendiriannya yang jelas dan tegas dalam
perkara chin peng ini.
By MustexAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:44 PM

Tun,

My fervent hope that many more Malaysians should refer to the correct historical facts and data....just in case they doubt what Tun has mentioned in this article. I was browsing several blogs and felt sad that many made comments without really understanding what has happened. Either it is sheer ignorance or just refuse to accept facts. Funny though a number of Malays in Malaysia who believes that Singapore is a much better country to live in!! I really am flabbergasted with this group of Malays. Probably they do not really know how the Malays in Singapore are treated. I remember what my late father said..."only the Japanese were able to teach the Malays how to survive and be creative"....that is referring to how entrepreneurial and creative the Malays were during the Japanese occupation.

Some even question why we have strong ties with China and Japan and yet set a double standard by not allowing Chin Peng to return....in fact the explanation given by Dato Rais Yatim also is being mocked!! Guess you cannot please everybody or they purposely try to find fault in whatever is being done. They claim that as a Communist country with 1 billion population China thrives well so what they do must be right. Maybe what these people does not realize is that the Communist leaders has a different life and enjoy better privileges than the normal citizens. Just look at what Chairman Mao and his band of Ministers and high ranking officials enjoy!!

History lessons for everyone....the true facts of history is in order so as to circumvent anymore misguided thoughts!!

By NHRAuthor Profile Page on June 4, 2009 1:48 PM

Salam Buat Tun Sekeluarga, Kalau yg meminta Chin Peng dibenarkan pulang adalah kaum Cina, saya faham bebenor, tapi mcm mana melayu yg tak sedaq diri boleh menyokong atau ada hati lg katakan nahaya Chin Peng lh pejuang kemerdekaan Malysia?????? dh nyayuk ke mereka????? Inilah bukti keadaan masyarakat kita telah teruk.Sejak DSAI keluar dri hotel dia........ mcm2 yg di buatnya..... sampai bila org melayu kita nak sedaq!!!!! jgn jadi hamba di bumi sendiri sudahlah.....jgn kerana kuasa sanggup jual maruah diri,keluarga dn bangsa.....
By missleen09Author Profile Page on June 4, 2009 2:10 PM

Org melayu makin lupa.
Kita makin di tindas oleh bangsa lain dalam senyap.
Org Melayu harus sedar dan bangkit untuk mempertahankan hak kita.
Sikap suka menyokong bangsa lain demi kepentingan poket sendiri akan membawa pada kerugian pada generasi pewaris bangsa akan datang.
By sylyester kuanAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:18 PM

Salam sejahtera Tun,
adalah sangat mendukacitakan apabila ada orang yang mengeluarkan kata-kata yang kurang ajar sepert itu.Memandangkan ISA ditubuhkan bagi membanteras komunisme maka tangkap saja semua penyokong komunisme dalam negara.

Walaubagaimanapun saya ingin menambah bahawa kemerdekaan Malaysia bukan merupakan jasa UMNO sahaja tetapi seluruh Barisan Nasional terutamanya UMNO,MCA dan MIC.Jasa yang ditaburkan adalah setimpal.
By ,Melayu merantauAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:19 PM

Salam Ayahnda Tun..

Kita seharusnya membuka kembali sejarah perjuangan komunis kepada pemuda-pemuda di Negara .Biar mereka memahami agenda perjuangan PKM yang dipimpin oleh Chin Peng.

Chin Peng mempunyai agenda dia untuk mempengaruhi orang-orang Melayu. Chin Peng telah menjadikan Mou Tze Thung sebagai Idola dia. Majoriti orang melayu menentang PKM dan tidak menerima idelogi PKM.

Pihak Kementerian Penerangan seharusnya memberi penerangan meluas kepada Rakyat Malaysia dengan efektif dan jangan hanya suka menayang filem-filem hindustan saja.

Nampaknya ada agenda untuk menghidupkan semula fahaman ini selepas 50 tahun merdeka. Sekiranya setiap ibubapa melayu tidak memberi cerita sebenar agenda PKM ini kepada anak-anak dan cucu-cucu meraka, lambat laun Malaysia akan menjadi negara Komunis yang akan merosakkan agama, bangsa dan Melayu.


By HOT ZOOMAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:24 PM

Salam ,
Artikel Tun bertepatan dengan apa yang generasi muda mahukan.Mereka sekarang terumbang-ambing dengan berbagai cerita tanpa pengajaran akademik.
Saya rasa artikel ini memberi satu bayangan kepada mereka yang masih berfikiran songsang.

7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.

Ini adalah perjuangan orang Melayu yang mahu menghindarkan dari Malaya jatuh ke tangan Komunisme walaupun ideologi British juga ditolak.

http://www.zoompanas2.com
By AloQStaQAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:27 PM

Salam untuk Tun berdua (Tun Dr.M & Tun CT)

Tiada siapa yang boleh merubah sejarah. Tun yang kami hormati adalah seorang insan yang berada di zaman itu, Tun pastinya dapat memahamkan kami sekalian warga Malaysia untuk terus ingat sejarah negara.

Putar belit pembangkang tak main laaa ... Sejarah pun depa sanggup ubah demi menonjolkan diri mereka kepada "sesuatu kaum" agar kelihatan membela & samarata.

Mereka sedaya upaya cuba mempertahankan sesuatu yang berlawanan dengan kehendak & prinsip kerajaan, semata-mata ingin jadi "jaguh" di mata rakyat yang kini sudah terlalu ramai yang sengaja "memejamkan mata" dan "tutup telinga" dari mendengar kebenaran dari pihak Kerajaan.

Jadi, mudahlah mereka meracuni pemikiran rakyat. Dan pembaca akhbar yang bertentangan arus dengan Kerajaan seperti HRKH, RKT, KDILN dan lain-lain lagi akan terus mudah terpedaya, percaya bulat2 songsangan serta putar belit fakta Pakatan.

"Rosak sejarah, rosaklah generasi akan datang"


AloQStaQ
http://AloQStaQBlog.blogspot.com
http://www.KMU.net.my

By PulauAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:27 PM

Dearest Tun

This topic is a boiling issue off late.

The DAP and Penang Gerakan Chairman (Dr. Teng Hock Nan) and also SM Idris of Consumer Association Penang suggested the goverment to allow Chin Peng to return to Malaysia.

Their proposal is ill intend. They being the immigrated citizen of Malaysia seem to purposely ignore the feeling of majority of the Malays in Malaysia with regard to the subject of PKM.

How can the Malays accept and allow Chin Peng to return to Malaysia when PKM motive was to conquer and rule this country and turn it into communist state.

Like all our arm forces and Home Guard, who has sacrificed their lives defending the country, my ancestors and family members whom have suffered and died fighting the communist will never forgive PKM for their brutality.

Should the goverment were to reverse their decision on Chin Peng, I'm sure that the Malays will retaliate and take revenge. This country will be in turmoil.

Come what may, we can never forgive.
By jebatmustdieAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:28 PM

Salam Tun,

Untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai 'perjuangan' Chin Peng, bolehlah membacanya di sini:

1) http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/01/28/the-atrocities-of-the-freedom-fighters/

2) http://jebatmustdie.wordpress.com/2008/12/19/raja-petra-and-his-history-lessons/


Sesungguhnya, mereka yang tidak menginsafi sejarah akan dipermainkan oleh anasir anasir yang merosakkan.

Terima kasih Tun.
By leadingAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:29 PM

Tun,

"Forgiveness is God's invention for coming to terms with a world in which, despite their best intentions, people are unfair to each other and hurt each other deeply. He began by forgiving us. And he invites us all to forgive each other." ..Lewis B. Smedes.

Whatever mistakes Chin Peng could have done in the past,
we must seriously consider "forgiving" him.

Afterall he is already 85, not 35 and we are supposed to be serious about 1Malaysia.

Regards,
www.leading.com.my
By lanbabaAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:32 PM

Salam Tun,

Tidak ada sebab nama Chin Peng (CP) disebut lagi.Pengerusi Gerakan P.Pinang dah tak ada cara lain nakkan populariti.Sepatutnya dia memikirkan bagaimana nak menguatkan partinya diP.Pinang dan secara langsong memperkuatkan BN.Pemimpin macam ni patut disumbat kedalam je.Dia tidak menghargai jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dan pasukan keselamatan yang melawan kominis.Jangan layan orang yang semacam ini. Maafkan saya kerana mungkin lari sedikit daripada topik.

Saya kekadang tertanya-tanya bagaimana konsep Satu Malaysia oleh DSN ini akan berjaya.Kalau ia juga bertujuan untuk menyatukan semua rakyat Malaysia dan mengukuhkan sifat patriotik, maka saya rasa parti-parti politik kena ubah dari berbaur perkauman.Contohnya dalam BN hanya BN saja dan tidak lagi ada parti-parti komponen BN.Tidak ada lagi SRJK hanya Sekolah Kebangsaan kerajaan sahaja.Disini kanak-kanak semua kaum dari kecil lagi dapat bercampurgaul dan mempelajari benda yang sama. Matapelajaran gunakan bahasa kebangsaan dan saya amat bersetuju matapelajaran Matematik dan Sains diteruskan dalam Bahasa Inggeris. Selain itu matapelajaran bahasa Malaysia,Mandarin ,Tamil dan Inggeris dimestikan kepada semua murid.At the end of the day , rakyat Malaysia dapat menguasai 4 bahasa sekurang-kurangnya.Dalam masa yang sama mereka juga dapat memahami lebih baik akan budaya masing-masing sejak dari kecil lagi.Dasar pelajaran seperti ini sepatutnya dimulakan sejak Merdeka lagi.

Saya rasa jika ini dilakukan dulu , kita munkin tidak mendengar kata-kata seperti "I am Malaysian Chinese atau Malaysian Malay atau Malaysian Indian." Apa yang patut didengar ialah I AM MALAYSIAN!
By sedAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:37 PM

Tun,
Bagi mereka yang tidak pernah melihat kekejaman komunis mungkin tidak begitu tersentuh malah menyokong kepulangan Cheng Peng ke negara ini.Bagaimanapun bagi mereka yang pernah hidup ditahun tahun 70an dan 80an pasti tidak dapat melupakan bagaimana kejamnaya komunis.Ramai anggota tentera kita yang terkorban dan tercedera dan hingga hari ini masih menanggung derita.Janganlah kerana hendakkan sokongan politik kita gadaikan segala-galanya.Akhirnya orang kita ini bolehlah diibaratkan menang sorak kampung tergadai.Orang lain amat bijak mengesploitasikan kebodohan kita.Orang politik kita lebih rela diperalatkan berjuang memenuhi agenda orang lain.Hingga kini bangsa kita masih ketinggalan dari pelbagai segi,samada pendidikan,ekonomi dan teknologi.Mengapa kita yang rasa amat bijak berpolitik tidak boleh mempengaruhi ahli-ahli politik bagsa lain untuk memperjuangkan agenda membangunkan bangsa kita?.
By adilaAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:40 PM

Salam Tun,

sy sependapat dengan saudara mfaiz, memang sesuatu perlu dilakukan dengan orang-orang Melayu yang menyokong Chin Peng untuk pulang ke tanah tumpah darahku ini,

baik yang muda mahupun tua,melulu sahaja menyokong perjuangan Chin Peng, beria-ia mengatakan Chin Peng lah pencetus semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu ini,

mungkin kurang membaca atau memang tidak mahu ambil tahu, atau mungkin kerana fanatik sangat, maka apa-apa sahaja yang melibatkan pro-pemikiran kerajaan ditentang habis-habisan,

yang menyedihkan apabila mereka adalah orang Melayu sendiri,
ada yang lupa diri sejurus mampu bangkit sendiri,

dan apabila kami golongan muda bersuara memberi pendapat,
maka ramai pula yang suruh kami diam-diam sahaja kerana apa pon yang kami suarakan konon hanya untuk stok bahan ketawa kerana kami buta kata mereka, senang dipengaruhi propaganda,

saya senang sekali dengan entri Tun yang ringkas dan padat ini,
harap pihak2 yang menyokong perjuangan Chin Peng yang tidak tahu sejarah ini akan take note dengan entri ini kerana mungkin buku teks sekolah dulu sangat tidak menarik atau mungkin juga kerana buku-buku di negara ini tidak cukup.

tidak menyokong permintaan Chin Peng bukan perkauman tetapi adalah satu tindakan rasional, sejarah tidak pernah menipu kita.
By pelangi butlerAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:42 PM

salam YAB Tun berdua dan seisi keluarga....

tepat dan padat, penjelasan simple dari Tun, pemimpin kita...,

kepada orang Melayu yang berkenaan...,
"jangan nila setitik rosak susu sebelanga"

i) kemelut melanda kepimpinan UMNO sekarang tidak boleh merubah sejarah perjuangan UMNO pra-kemerdekaan, demi orang Melayu, rakyat berbilang bangsa dan negara amnya.

ii) kebijaksanaan kepimpinan Parti Perikatan, yang terdiri daripada pemimpin2 Melayu (Datuk Onn, Tungku, Tun Razak, tun Mahathir, dll), pemimpin2 Cina (Tun Tan Cheng Loke, termasuk pemuda Cina Tun HS Lee, dll) dan pemimpin2 India (Tun Sambanthan, Dt. seri Seenavasagam, dll) - yang telah bersepakat menaikkan mertabat kaum diMalaya, memperlambangkan Demokrasi jagat - telah membuka mata British dan Westerners lalu dengan kepintaran dan usaha gigih dan bersemangat waja-jati, DEMI MARUAH, telah MERDEKA = MALAYA.
--Ini tidak boleh dinafikan--

iii) Atas usaha pemimpin UMNO yang disokong oleh kepimpinan dan pengikut MCA dan MIC--negara merdeka tanpa pertumpahan darah dan telah terbukti suatu 'Kejayaan Mutlak'.

Lantas, merdeka dan berkembang biak kemakmuran negara...dan sehingga kini...,rakyat bebas bersuara - sehingga mereka yang dianggap pembunuh dan penderhaka...bisa berlagak dan menggatakan hak mereka pada perjuangan dan kemakmuran yang dikecapi...

....Bayangkannnnn........,

Komunis berjaya tawan negara dari British..,
Yang bersama mereka akan angkuh bebas bermaharajalela...ntah2 bini dan gundek raja dah jadi milik mereka..., sehingga orang Melayu Fasa II akan bangkit melawan dalam gelap....dan kalah , syahid! mati tanpa kubur!...ntah!!

British mungkin akan serang dan tawan balik akhirnya....ntah2 Chin Peng dan kuncu2 dah lama kena tembak!

Negara mungkin selepas itu dapat merdeka jugak...tapi lambat sikit Kot!...
Mana daknya, sementara Komunis nak menang - ntah berapa lama berlawan, brapa yang mati, brapa yang hancur dan ranap..
Sementara tunggu British lawan dan tawan balik, ntah brapa tahun....
Ntah2 raja pun dah takdak, pemimpin2 UMNO, MCA dan MIC dah ditembak komunis terlebih dahulu....

Sementara pertubuhan baru terbit, negara di susun dari ranap....agak saya, congak2, ntah2 selepas 30 tahun...Mungkin kita merdeka tahun 1987...he..he..he...

Kalau itulah yang berlaku...tak nampak lagilah menara kuala lumpur, KLCC Twin Tower ke,, sekolah2 tinggi...

Ntah2 kita lebih mundur daripada Myanmar (yalah 30 tahun tu 1 1/2 generasi)..

......Renung2 kan lah ...buat mereka yang mempertahan kan orang yang sepatutnya dah lama tiada...dan tak dengar dan engkar cakap pemimpin kita ni....

maaf Tun kira ada yang tak tepat....falsafah dan pendapat saya yang rendah ini, itu saja...

terima kasih dan Wassalammu...

E1.
By AdliayobAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:48 PM

Cerita dia mudah Tun, mereka termakan cakap-cakap 'komunis pun boleh jadi negara maju'. Satu contoh yang biasa digunakan adalah NEGARA CHINA. Dalam mazhab politik, mungkin komunisme sesuai untuk China, tetapi bukan di negara ini.

Memang kebelakangan ini banyak cakap-cakap yang menidakkan mazhab 'demokrasi' yang kita ambil sebagai tulang-belakang politik negara kita. Semua ini saya istilahkan sebagai 'cabaran luar' yang cuba menyerap masuk ke dalam sistem negara kita. Yang termakan dakyah ini biasanya mereka yang tidak matang berpolitik dan 'golongan atas pagar' dan 'lalang'. Ini adalah senario biasa untuk kematangan sebuah negara Tun. Apatah lagi negara kita nih baru jer 50 tahun lebih. Belum 100 tahun lagi.

Bagi saya, yang lebih penting adalah 'nasionalisme' yang akhirnya menciptakan seorang 'statesman' seperti Tun. Semangat 'mendahului negara dan bangsa melebihi diri sendiri' macam tidak wujud dalam kamus pemimpin kita sekarang ni Tun. Semuanya 'olok-olok' dan tidak 'original'.

Mungkin mereka masih leka dan tidak mempercayai langsung gerakan-gerakan (secret society) dunia seperti 'Black Brotherhood', 'Knights Templar', 'Rockafella', 'Freemason' dan 'Illuminati'. Hanya setelah terhantuk baru hendak mengadah.

Agaknya lah...

http://www.symbianku.com
By mharAuthor Profile Page on June 4, 2009 2:49 PM

Assalamualaikum YAB Tun Dr Mahathir & Family.

Terima kasih kerana memberi penjelasan yang cukup bermakna tun..
kalau tak diorang count yang melaka tuu chin peng yang jumpa kot
bukan parameswara.
By aboriginalAuthor Profile Page on June 4, 2009 3:17 PM

Hidup Tun!!..

Tun lah Negarawan Bangsa dan Negarawan Malaysia yang paling unggul.Ya Allah rahmati lah bekas pemimpin Malaysia yang banyak berjasa ini.Semoga hidup Tun sentiasa diberkati dan di naungi dengan rahmat Allah sentiasa. Amin.

Tun, saya tau ada orang bila membaca doa saya pada Tun, hati mereka berkata " Ah, orang fasih berdoa... jangan kata nak makhbul,sampai pun tidak" cuma kerana bagi mereka, Tun la punca penyebab negara kita lebih kepada ‘secularism’. Isu PPSMI pun di anggap menyimpang dari agama.

Bagi mereka, Tun la penyebab budaya rasuah bermaharajalela sekarang ni. Tun menolak ajaran Islam yang sebenar dan dengan sebab itu Tun di chop sebagai orang yang fasik. Orang yang tak mau menjadikan negara kita Islam sepenuhnya dan saya pulak salah sorang penyokong Tun pun jadi fasik sama.

Ya, saya tahu negara kita tak sepenuhnya menggunakan hukum Islam. Tapi ini tak menjadikan Tun sorang yang fasik atau kafir kerana ALLAH saja yang tau keimanan seseorang itu .
Apa, mereka yang mau menegakkan Islam sungguh-sungguh tahu yang amalan mereka di terima. Apa mereka tau nasib mereka di sana?

Ketahuilah saudara ku sekelian, terutama yang suka mencerca, hari ini mungkin orang itu kafir, esok mungkin dia dah jadi seorang hamba Allah yang beriman dan layak untuk syurga ALLAH.

Jadi insaflah... ternyata Tun telah banyak berjasa pada negara. Mereka yang mencaci beliau belum tentu selamat di akhirat kerana mereka pun berpenyakit di hati kerana selalu mencerca orang.

Persoalan saya, apa Parti PAS betul2 mau mengangkat martabat Islam?? Dulu saya percaya sepenuhnya yang PAS tak mau dunia, perjuangan mereka semata-mata mahu mengangkat martabat Islam. Saya juga kuat menyokongnya. Tapi sekarang PAS sudah banyak menyimpang. Kalau tak kerana maukan dunia, PAS tak akan bergabung dengan DAP dan PKR yang wujudnya cuma nak cari salah orang dan nak mencerca orang saja...Ini bukan budaya Islam yang di ajari Rasullullah.
By sweetymyaAuthor Profile Page on June 4, 2009 3:25 PM

Assalamualaikum Tun.

Oh I love reading your thoughts.

We don't need Chin Peng even to bring him back. Luka tetap meninggalkan bekas. Dan tidak perlu terus memperlekeh negara dengan isu beliau. Sejarah untuk diteladani dan disempadani agar dapat mempertahan Melayu; bangsa dan bahasanya. Sekian.
By Mis_bahAuthor Profile Page on June 4, 2009 3:27 PM


Assalamu Alaikum Tun,

Saya memang bimbang dengan perpaduan Melayu hari ini. Yang ketara mereka sudah berpecah tiga. Pecahan-pecahan kecil lagi banyak. Jika Melayu sendiri tidak dapat mengawal diri dan menjaga kepentingan mereka sendiri pasti mereka akan lemah dan mudah diperkotak katikan. Maka adalah pihak bukan Melayu akan ambil kesempatan. Jika orang Melayu tidak berhati-hati, mereka akan meremapt di negara sendiri. Nak merasa hidup di bawah telunjuk orang lain? Kalau belum pasti jawapnya, pelajari kepedihan hidup nenek moyang kita diperintah jepun. Dan terpenting sekali baca sejarah kekejaman Chin Peng kepada orang Melayu. Itu baru mentadbir 13 hari. Bayangkan kalau 13 kurun. Di mana orang Melayu ketika itu?


By pakpandir08Author Profile Page on June 4, 2009 3:32 PM

sekali lagi Tun cuba mengeruhkan keharmonian di negara ini dengan sengaja menyemarak kebencian di antara kaum ...

komunis hanyalah sejenis ideologi yg disanjungi oleh sesetangah orang kerana mereka menganggap ia dapat membantu masyarakat mereka ... dan ideologi ini sebenarnya tidak berkaitan dengan isu kaum ...

malangnya Tun cuba menanam persefahaman bahawa orang Cina di negara ini semuanya komunis ... entahlah kenapa sampai hari ini, Tun masih suka menggunakan taktik untuk menakut-nakutkan pihak sendiri bahawa pihak lain sentiasa berhasrat untuk mengancam pihaknya ...

biarlah mahkamah yg membuat keputusan untuk isu kepulangan Chin Peng, dan bukannya ahli politik yg mempergunakan isu ini dengan tujuan mengaut modal politik ...

sekiranya Tun benci sangat dengan orang Cina yg bersefahaman dengan ideologi komunis, sepatutnya Tun menelefon Perdana Menteri agar segera pulang ke negara, kerana beliau sekarang ini menjejak langkah ke tanah besar republik China yg merupakan negara Komunis terbesar, untuk rawatan rasmi ...

selain itu, entah kenapa Tun mengagung-ngagungkan prinsip siapa dahulu yang bersifat takut kalah ... dah lama kita merdeka dan biarlah rakyat berganding bahu untuk menuju ke mercu kecemerlangan, dan bukannya bergaduh sesama sendiri tengok siapa lebih berjasa ...

sekiranya semua orang bersifat seperti Tun, keadaan ini bakal berlaku ... Orang Amerika akan mengamuk dan berkata .... sebenarnya Amerika yg merupakan tokoh kemerdekaan Malaysia. Kerana sekiranya bukan bom atom yg dilepaskan Amerika ke Jepun, maka negara ini sampai hari ini masih dijajah oleh Jepun ....

jikalau mengikuti teori seperti keadaan di atas ... logiknya betul juga ... tetapi adakah ia memang benar? sudah pastinya tidak ...

bertaubatlah dan berusaha memelihara masyarakat penyayang di negara ini, dan bukannya sering mengungkitkan isu perkauman ... tak baik oh ....
By Warongkopi56Author Profile Page on June 4, 2009 3:35 PM

Assalamua'laikum Tun,

Akhirnya Tun pilih juga tajuk berkaitan Chin Peng. Sememangnya Tun pemimpin yang terbaik untuk memperjelaskan isu isu Chin Peng ini. Kenapa saya berpendapat demikian, kerana apabila PKM dibawah pimpinan Chin Peng mengambil keputusan meletak senjata pada 1989, Tun ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia dan saya percayai segala maklumat termasuk isi kandungan perjanjian dibawa kepengetahuan Tun. Saya berharap Tun lebih terprincikan topik ini agar semua rakyat tidak akan diputar belitkan oleh "cerdik pandai."

Bagi saya penglibatan Chin Peng ini, saya taril sedikit kepada sejarah Negeri China. Terjadi dua insiden peperangan china dan jepun yang dikenali sebagai Sino-Japanese War dan takala itu juga pihak British yang berdagang disana telah mengeksplotasikan keadaan itu dan membawa orang cina ini untuk bekerja diTanah Melayu.

Apabila tercetus Peperangan Dunia Kedua sekali lagi pihak British memberi restu kepada PKM (walau pun ketika itu bukan Chin Peng pemimpinnya} untuk bergerak menentang Jepun dengan mengambil kira apa yang telah berlaku dinegeri ibunda mereka. Persoalannya kenapa PKM ini tidak diserap sebagai tentera British dan kenapa memberi satu entity lain kepada PKM? Inilah "political game" pihak British yang impaknya belum bernoktah dinegara tercinta Malaysia.

PKM ini umpama parti pembangkang sekaranglah, menang sedikit sudah mimpi nak memimpin negara.Bila tak dapat huru hara negara macam gambar Tamil Box Office Astro.

Harap Tun dapat perjelaskan lagi dan perbezaan seorang patriot dan pemberontak.

wasalam

warongkopi56
By ZINNZAINAuthor Profile Page on June 4, 2009 3:51 PM

YAB Tun,

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Petang.

Minta izin Tun,

Saya dilahirkan semasa zaman darurat, yakni semasa zaman komunis mengganas.

Betapa seksanya hidup di waktu itu. Saya masih ingat lagi ayah saya yang ketika itu seorang penoreh getah, terpaksa menjadi 'Home Guard' dan turut mengawal keselamatan di kawasan kampung dan pekan. Setiap kali tiba giliran ayah saya berkawal, kami tidak tahu sama ada ayah akan pulang hidup atau sebaliknya.

Hidup kami menderita kerana setiap kali ayah menjadi pengawal, ayah dan ibu tidak dapat menoreh getah. Ibu tak berani menoreh sendiri kerana takut dikacau komunis.Ini menjejaskan pendapatan keluarga, yang memang ketika itu susah.

Kehidupan masa itu memang sengsara kerana beras pun dicatu. Ayah membeli beras menggunakan kupon dan dihadkan kepada beberapa 'kati' saja setiap keluarga. Pendek kata, hidup ketika itu memang sengsara dan sentiasa didalam ketakutan. Bas awam pun dibakar....

Jadi, kepada anak anak dan adek adek yang tidak menempuhi zaman susah, sengsara dan ketakutan angkara tindak tanduk komunis yang diketuai oleh seorang yang bernama 'CHIN PENG', janganlah cuba untuk membelakangkan sejarah kerana banyak luka lama yang masih berdarah.

YAB Tun, terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan memberi ingatan dan pembelajaran sejarah kepada mereka yang mungkin tidak didedahkan kepada perkara sebegini sebelum ini.

Semoga ALLAH SWT sentiasa mencucuri rahmat dan dipanjangkan umor kepada YAB Tun dan Tun Siti Hasmah.

Kegiatan Ah Long kini berunsur jenayah: Hishamuddin...Tapi sape yang melindungi Ah Long selama ini....?????

PUTRAJAYA: Kegiatan Ah Long akan dibanteras sehabis-habisnya kerana ia bukan lagi hanya berkisar kepada aktiviti peminjaman wang tetapi berkait dengan jenayah seperti pengedaran dadah, pelacuran dan samseng, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sambil menyifatkan isu itu sudah berada pada tahap yang amat serius dan membimbangkan, beliau berkata polis akan terus bertindak tegas bagi menyekat kegiatan Ah Long daripada terus berleluasa.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata polis telah mengenal pasti dan sedang memantau kegiatan beberapa kumpulan ah long khususnya di kawasan Lembah Klang, Selangor, Johor dan Pulau Pinang yang didapati bertindak kejam dan ganas terhadap peminjam.

"Ini termasuk kegiatan ahliahli kumpulan Kristal 9Gem Enterprise (K9) yang disyaki terlibat dengan kes tiga peminjam wang yang dikurung dan dirantai seperti binatang di sebuah rumah kedai di Serdang, minggu lalu.

"Saki baki kumpulan ini sedang diburu polis," katanya. Hishammuddin berkata beliau telah mengarahkan timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mahmood Adam menghidupkan semula jawatankuasa yang telah wujud sebelum ini bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan dan Kementerian Penerangan bagi menangani isu ah long secara menyeluruh.

Katanya pihak polis akan memantau kegiatan pemberi pinjaman wang berlesen yang berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Usaha ini penting bagi memastikan pemberi pinjaman wang berlesen ini tidak terlibat dengan amalan atau corak perniagaan ala ah long," katanya.

Hishammuddin berkata jika didapati terlibat dengan kegiatan seperti itu, kementerian akan mengambil tindakan tegas termasuk mendapatkan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menggantung atau membatalkan lesen pemberi pinjaman wang berlesen itu. BERNAMA

Pendapat orang PAS kampong aku tentang pemilihan timbalan presiden PAS.



Petang tadi aku jumpa Pak Long terus aku ngajak dia nyembang di kedai kopi.

Lepas order kopi O dengan roti bakar 2 set terus aku tanya Pak Long “Apa citer pemilihan Timbalan Presiden Pas nih Pak Long!? Teman baca blog hangat bebenor!

Pak Long nyeghongin “Huh! Hangat bebenor kopi ni, aku ingatkan sejuk! Ghaser nak tebakor tali perut aku! Apa benda kamu kabor tadi!? Tanya Pak Long

“Ni ha! Pertandingan Timbalan Presiden Pas, Husam, Mat Sabu dengan ustaz Nasha! Apa kehei!? Sughat abor UMNO asyik nyokong ustaz Nasha aje 2,3 hari ni!” sambung aku.

“Huh! Memang ler! Kalau Husam atau Mat Sabu yang naik, tumpor UMNO! Kalau Ustaz Nasha yang naik, seghgonok bebenor ler deme! Boleh ler sambung projek demer!” kabor Pak Long sambil kunyah roti bakar.

“Hah! Projek!? Projek apa kebender pulak? Nak buat highway ke stadium!?” macam biasa aku jolok.

“Aku luku dahi kamu baru tau! Bengap benor! Projek muqabalah macam masa Pak Lah ada dulu ler!” Pak Long jegil mata kat aku.

“Ate! Ngapernya kalau Husam dengan Mat Sabu naik Pak Long kata UMNO tumpor pulak!? Tanya aku pasal nak tau isi hati Pak Long tentang Husam dengan Mat Sabu.

“Husam kamu tau ler, orang PAS yang gila nak kaya pun tak boleh nak makan dia! Cer kamu tengok pentadbiran Kelantan tu, kirim salam ler kalau orang PAS nak mintak projek ikut pintu belakang ! Husam ni transparent orangnya, nak projek mohon ikut saluran yang betoi! Ikut pintu belakang waalaikumsalam ler!” Cis! Selit cakap oghang puteh juga Pak Long ni!

“Mat Sabu pulak, peghonah kamu dengor dia nak perpaduan dengan UMNO!? Nak bagi penerajang ada ler!” sambung Pak Long lagi.

“Sebagai ahli PAS, apa pulak pendapat Pak Long tentang siapa yang layak jadi Timbalan presiden!?” tanya aku lagi.

“Kalau ikut pendapat aku, mula2 jadikan timbalan president u 2 oghang! Timb. Presiden 1 dengan Timb. Presiden 2! Bior Husam dengan Mat Sabu yang naik! Siapa nombor 1 siapa nombor 2 tak kisah ler! Kalau dua2 tu combine, insyaalah, PRU 13 kita dapat peghentah Negara! Kalau Ustaz Nasha yang naik, ghoper ini ler aku sampai sudah! Oghang buat keghojer penat2 nak jatuhkan UMNO, dia sebok nak perpaduan! Jaga perpaduan sesama parti2 dalam Pakatan Rakyat ada le juga pekdahnya!”

He he! Aku tak tau! Itu orang PAS bawahan yang cakap! Aku tak campor. Aku sokong semua parti dalam Pakatan Rakyat!

Parlimen fail afidavit jawab saman Gobind

Setiausaha Parlimen, Datuk Roosme Hamzah memfailkan Selasa lalu afidavit menjawab saman ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo terhadap penggantungannya daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun.

Roosme, dalam afidavit tersebut, mencabar dakwaan Gobind bahawa penggantungannya itu adalah tidak sah dan terbatal.

Afidavit itu juga difailkan bagi pihak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Februari lalu, ahli parlimen Puchong itu digantung tanpa dibayar elaun dan ganjaran kerana ucapannya di dewan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam samannya, Gobind memohon penggantungannya sebagai ahli parlimen pada 16 Mac lalu, diisytiharkan tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memohon agar surat pemakluman penggantungannya, yang ditandatangani oleh Roosmee dan arahan dalam surat tersebut, tidak boleh dikuatkuasakan.

Gobind juga memohon pengisytiharan supaya disambung semula pemberian ganjaran dan faedah-faedah lain yang layak diterima oleh ahli parlimen mengikut Artikel 64 Perlembagaan Persekutuan.

MUKTAMAR PAS: YANG NAMPAK DAN TIDAK NAMPAK


Oleh: Amin Ahmad

Latar belakang ringkas

Jika kita ingat, pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada tahun 1999, muktamar PAS adalah medan mula yang mendorong kepada perpecahan dalam Barisan Alternatif (BA) apabila suara muslimat mempertikaikan agenda Hudud yang ‘tercicir’ untuk dijuarai oleh Parti Islam se-Malaysia (PAS) itu. Hasilnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) memutuskan untuk keluar daripada Barisan Alternatif (BA) pada waktu itu yang menghubungkan PKR-PAS-DAP.

Dan PAS kini sedang melalui muktamarnya untuk sekian kali, pertama pasca PRU ke-12 pada tahun 2008 dan pemerhati serta penggiat politik umumnya melihat muktamar kali ini sangat berbeza berbanding muktamar sebelum-sebelumnya dek kerana ‘rempuhan’ PKR-PAS-DAP terhadap hegemoni UMNO-BN selama ini. Dari ‘rempuhan’ ini, hubungan lama bertaut kembali dan PKR-PAS-DAP menjadikan Pakatan Rakyat (PR) sebagai platform baru kerjasama yang pernah terputus dulu. Apa yang membezakan ialah dulunya ia dipimpin oleh Ustaz Fadzil Noor dan kini Dato’ Seri Anwar. Tentu sekali ramai berharap kombinasi Ustaz Fadzil dan Dato’ Seri Anwar yang akan memandu hala tuju kerjasama ini dengan lebih jelas. Namun Allah s.w.t. telah memanggil Ustaz Fadzil menghadap-Nya terlebih dulu. Al-Fatihah.

PAS untuk semua pasca PRU-12

Sebelum PRU ke-12, PAS mengguna pakai slogan PAS untuk semua, dan momentum reformasi telah memperlihatkan beraninya rakan-rakan dari kaum India dan Cina bersama-sama mengibarkan bendera PAS, memakai baju PAS, ikut sama bertakbir dan berkempen serta lain-lain tindakan yang hampir sukar dibayangkan. Ia sebuah tanda positif untuk kemajuan PAS.

Namun sayang, tanda-tanda ini tergugat dengan perkembangan yang berlaku dan ternampak PAS seolah-olah tidak serius mendalami agenda mereka, sama seperti UMNO, bersandarkan slogan tetapi gabra dek ujian.

Muktamar PAS kali ini dilihat luar biasa kerana beberapa sebab terutamanya perkembangan politik Malaysia pasca PRU ke-12. Umum maklum, kekalahan UMNO-BN menjadikan isu Ketuanan Melayu, keselamatan Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai simbol Ketuanan Melayu dan keselamatan Islam telah dipalu sekuat-kuatnya. PAS, sebagai parti yang memakai kata nama Islam sebagai produk kempen mereka nampak terhimpit. Apatah lagi dalam konteks Malaysia, majoriti pengundi Islam itu adalah pengundi Melayu. Kemahuan menjaga hati majoriti pengundi mereka inilah yang menjadikan mereka terhimpit, barangkali.

Maka dari situ tiba-tiba muncul berita beberapa pemimpin PAS membuat pertemuan sulit dengan beberapa pemimpin UMNO untuk berunding tentang KUASA, dengan anggapan bahawa isu-isu di atas: Ketuanan Melayu, keselamatan Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu dapat dipelihara. Mereka fikir, dengan KUASA yang dirundingi ini, mereka akan bekerjasama untuk mempertahankan isu-isu berbangkit ini.

Tuhan Maha Kuasa, isu rundingan belakang tabir ini terbongkar. Dari desas-desus gossip politik, ia akhirnya menjadi kenyataan dari mulut Perdana Menteri waktu itu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri.

Dari situ kita melihat adanya usaha “control damage” dibuat. Bagaimana?

1. Mewar-warkan bahawa Majlis Syura telah dimaklumkan. Maka, dengan itu diharapkan tidak timbul pertikaian.

Tindakan menjustifikasikan rundingan sulit ini dengan memindahkan beban untuk menjawab kepada sebuah badan lain yang lebih besar dalam struktur PAS ini pada saya amat memalukan. Sebuah badan yang lebih besar, malah sangat penting dalam organisasi PAS terpaksa menghalalkan rundingan sulit yang membelakangkan mereka beberapa kali.

Jika kita faham politik organisasi, memang ada kewajaran Majlis Syura mengizinkan, kerana ia TELAH BERLAKU dan mereka tidak ada pilihan. Sekiranya mereka menjawab “kami tidak izinkan”, ia akan memberi kesan lebih buruk kepada PAS kerana yang terlibat dalam rundingan ini adalah orang nombor 2 parti! Akan terlihat bahawa INDIVIDU MELEBIHI STRUKTUR PARTI! Justeru, dengan ‘memberi izin’, maka isu individu melebihi struktur parti akan dapat diredakan melalui alasan bahawa ‘pandangan yang ada selari’. Ini adalah satu bentuk falasi yang terpakai kepada mereka yang tidak mahu merenung semula kaedah berfikir mereka.

Tapi ternyata tidak kepada semua. Kenyataan demi kenyataan oleh Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am yang mempengerusikan Majlis Syura PAS adalah sebaliknya. Sebagai orang lama dalam PAS, ternyata meskipun Majlis Syura telah memberi ‘green light’ tentang rundingan itu, ia tidak memadamkan isu adanya pemimpin yang memandai mewakili PAS untuk sebuah rundingan sulit yang memaksa PAS menjustifikasikannya kemudian, hatta melalui Presiden, Pengerusi Dewan Ulama’ dan PAS sebagai parti!

2. Mewujudkan Kem dan Slogan serta menukar bentuk kempen

Kini telah tersohor wujudnya 2 kem besar dalam PAS: satu mewakili apa yang dipanggil Erdogan (merujuk kepada nama pemimpin Turki yang juga berasal dari gerakan Islam) dan satu lagi dinamakan Ulama’.

Penamaan ini jelas satu agenda tersusun. Ia cuba memberi gambaran kepada umum bahawa ini adalah pertentangan modernis dan konservatif. Tetapi perbandingan Erdogan dan Ulama’ adalah perbandingan senget. Ia sepatutnya menjadi Erdogan dan Erbakan (satu lagi pemimpin dari parti Islam yang sama dengan Erdogan sebelum mereka berpecah untuk menggerakkan kekuatan masing-masing).

Kenapa? Kerana kata Ulama’ itu mempunyai sentimen khusus kepada umat Islam, apatah lagi pendokong PAS umumnya. Mereka ‘buat-buat pejam mata’ bahawa Tuan Guru Nik Aziz itu juga diiktiraf sebagai seorang ulama’ yang dikasihi pendokong PAS. Mereka membayangkan Tuan Guru Nik Aziz seolah-olah sedang dikepung, ditipu dan mudah diperolok oleh kumpulan yang mereka namakan Erdogan.

Sebahagian anak muda yang terlibat di lapangan professional tertawa. Tayangan filem Angel and Demon, sekuel filem Da Vinci Code seolah-olah sedang memerli PAS. Ia kisah tentang pertarungan saintis dan gereja yang dikembangkan plotnya. Memang tidak sama gereja dan masjid. Tapi cara berfikir dan bertindak manusia itu nyata ada patennya.

Kini kelompok yang mahu dilihat sebagai mewakili kem Ulama’ mengguna semahu-mahunya slogan ‘kepimpinan Ulama’’ dan anak muda professional melihat betapa ianya dieksklusifkan dan bertujuan politik. Dan plot terakhir juga membayangkan mereka mahu menonjolkan diri bahawa mereka juga setia kepada pengukuhan PR. Lebih jauh lagi, mereka memberi label ‘musuh dalam selimut’, ‘anasir memecah belah’ dan sebagainya kepada lawan politik mereka (sesama parti!).

PAS for who?

Inilah tanda tanya besar di kalangan orang ramai. PAS untuk siapa sebenarnya? Ia mirip tindakan Sokrates yang menyempitkan kebebasan sebagai rule of knowledge. Sama seperti PAS menjadi kepimpinan sebagai rule of knowledge.

Apa yang ada di khalayak arus reformasi – baik parti-parti dalam PR, masyarakat sivil dan individu-individu biasa – ialah isu sebenar di sebalik semua ini hanyalah pertarungan 2 kelompok: yang mahu berbaik dengan UMNO dan yang mahu PAS menggantikan UMNO sebagai wadah politik baru.

Rasanya 50 tahun sudah cukup untuk kita lihat paten kempen UMNO bahawa ketika mereka lemah dan kalah, mereka akan memainkan isu sentimen. Mereka bicara soal hak, sedangkan rakyat mempertikaikan soal peranan. Rakyat percaya masih ramai Melayu yang amanah dan bijaksana untuk menjalankan tanggungjawab. PAS harus melihat mereka dalam lingkungan Melayu ini, dan bukan Melayu yang tunduk kepada persoalan hak berbanding peranan.

Ramai mungkin terlupa bahawa UMNO bertahan pada PRU ke-10 1999 melalui undi masyarakat bukan Melayu. Ramai yang mungkin pejam mata bahawa hakikat PRU ke-12 2008 memperlihatkan bilangan kerusi Ahli Parlimen Melayu-Islam bertambah di Parlimen.

Saya tidak tahu sama ada PAS dan UMNO mempunyai fikiran ala komunis: mahu keseragaman fikiran itu terbentuk dan siapa yang berbeza akan dianggap musuh. Untuk saya, PAS hanyalah sebuah parti politik lain yang sedang meminjam kata nama Islam sebagai produk perjuangan. Saya seorang Melayu dan Islam, tetapi tidak berparti. Maka saya skeptikal dan kritis untuk sebuah kata nama yang saya juga ambil sebagai individu, tetapi bukan untuk menjustifikasikan tindakan untuk berkuasa.

_____________________________________________________________________________

Amin Ahmad merupakan penyelidik di Malaysian Think Tank dan koordinator pusat di WauBebas.org, kedua-duanya adalah NGO yang memperjuangkan liberal, demokrasi, kerajaan terhad dan pasaran bebas. Sekarang sedang melengkapkan pengajian pasca ijazah di Universiti Putra Malaysia dan mewakili Malaysia di program ASEAN Youth Development (Pembangunan Anak Muda ASEAN). Lagi tulisannya boleh ke http://waubebas.org.

DR M : PAK LAH HAPUSKAN LEGASI SAYA

Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menyampaikan satu ucapan dalam satu majlis Bloggers Universe Malaysia yang dihadiri oleh kebanyakannya para blogger.

Agak menarik juga ungkapan Dr Mahathir di majlis tersebut. Antaranya:

* Penapisan berita dalam akhbar tempatan semakin teruk selepas saya meletakkan jawatan akhir 2003. Tetapi ianya lebih menarik kerana adanya seorang "supremo" (juru tapis). - Dr Mahathir merujuk kepada Kalimullah Maseerul Hassan yang ketika itu menerajui New Straits Times Press.

** Tun Abdullah Ahmad Badawi bersungguh-sungguh untuk menghapuskan dan memadamkan legasi saya.

*** Saya ingin membuat pengakuan bahawa saya sudah tidak lagi membaca New Straits Times.

Pemuda MIC buat laporan polis terhadap Ibrahim Ali



KUALA LUMPUR: Pemuda MIC hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya dalam akhbar Utusan Malaysia yang didakwa berbentuk hasutan dan fitnah terhadap Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Biro Sosial dan Kebajikan Pemuda MIC, S.Subramaniam di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 3 petang tadi.

Subramaniam berkata Pemuda MIC mahu Ibrahim memohon maaf kepada Samy Vellu.

"Kita juga meminta Utusan Malaysia agar lebih bertanggungjawab dan melihat semula artikel yang disiarkan serta memberhentikan penulisan artikel yang menyentuh isu perkauman ini," katanya. BERNAMA

Muslimat PAS: Pakatan perlu ada kriteria calon pilihan raya



SHAH ALAM: Perwakilan Dewan Muslimat Pulau Pinang mahu kepimpinan PAS Pusat membincangkan secara serius keperluan merangka garis panduan Pakatan Rakyat meletakkan calon semasa pilihan raya. Suraya Mohd. Saad ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Muslimat menekankan bahawa berdasarkan pengalaman beberapa pilihan raya kecil yang telah dilalui, kepimpinan PAS Pusat membincangkan secara serius berkenaan garis panduan yang harus diakur oleh Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan, kepentingan garis panduan itu adalah untuk memastikan kemenangan dapat dikekalkan dan kerjasama diperkukuh supaya Pakatan Rakyat tidak menjadi seperti Barisan Nasional (BN).

"Sekiranya berlaku penyelewengan dalam satu pihak, maka pihak yang lain tidak hanya mendiamkan diri kerana kononnya mahu menjaga hati pihak tersebut," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, perwakilan dari Kelantan, Azizah Awang Hamat memberi penekanan terhadap hubungan dengan Allah dan manusia (hablun minnallah wa hablun minannas).

Menurut beliau, sebaik sahaja memperoleh kemenangan di Kelantan, Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berpesan tentang tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian.

“Pertamanya ialah perlunya meningkatkan ilmu dan iman. Oleh itu, Unit Halaqah telah diwujudkan sebagai satu platform untuk muslimat turun kepada rakyat bawahan.

“Perkara kedua ialah perlu meningkatkan ibadah dan keikhlasan manakala perkara ketiga ialah perlu sentiasa bersikap tawaduk dan menjaga ukhuwah.

"Menyentuh soal hubungan dengan Allah pula, ahli-ahli perlu memperbanyakkan hubungan dengan Allah,” katanya.

Beliau berjaya menarik perhatian ramai apabila mendedahkan rahsia amalan muslimat Kelantan terutamanya semasa 'berperang' iaitu sewaktu menghadapi pilihan raya.

"Satu unit munajat telah diwujudkan dan satu kaedah berdoa disusun. Antara amalan yang dibuat ialah solat hajat 1, bacaan surah al-ikhlas sebanyak bilangan pengundi, amalan selawat tafrijiyah sebanyak 4,444 kali, membaca tasbih Nabi Yunus, bacaan ayat qursi dan bismiliiah, semuanya sebanyak 1,000 kali. Selain itu, zikir munajat turut tidak lupa dilakukan," jelasnya.

Perwakilan dari Pahang Hamidah Daud pula memberitahu, "berjuang memburu kemenangan jauh lebih mudah daripada berjuang mengisi kemenangan." "Oleh itu, semua pihak perlu bekerja keras bagi menunaikan tanggungjawab supaya amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Beliau menambah, kemenangan mesti dipimpin dengan dua konsep iaitu tasbih dan istighfar (memohon ampun kepada Allah dan meninggalkan maksiat).

"PAS berjuang untuk mendaulatkan agama, kuasa dan politik hanyalah alat untuk mencapai perjuangan.

"Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah akhlak dalam berjemaah, berusaha mengurangkan masalah dalaman, dan menjaga perbezaaan pendapat," ujarnya lagi.

BLOGGERS BEWARE! THE INTERNET IS NOT LAWLESS



‘A lot of bloggers think of themselves as individuals or maybe writers but in the courts, they are considered a publisher’, Robert Cox, president of the Media Bloggers Association.

Blogging about other people can land you in trouble. Legal experts say bloggers are increasingly the targets of defamation suits, which are testing the bounds of free speech. A 53-year old grandmother who blogged about Anna Nicole Smith was jailed recently for contempt in a defamation case brought by the late Playmate’s mother. Like many other bloggers, Lyndal Harrington doesn’t consider herself a publisher and is shocked that she is being sued for comments posted on someone else’s blog.

Blogsphere is no longer virtual cowboy town with no holds barred. Though the majority of litigation is defamation, copyright infringement and invasion of privacy are also common. Judges have consistently applied the same standards to blogs as they would any other medium of expression. In our country, there is the other very real danger of making seditious statements in blogsphere as you would in ordinary circumstances. The Information, Com¬munications, Culture and Arts Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim has purportedly warned bloggers, hardcore perpetrators and private groups that those who have broken the law in cyberspace will have to face legal action in reality. In the same breath, “But I stress that using legal action will be our last resort,’’ he said.

With the suppression on information in Malaysia, the internet offers an alternative voice and we rightly pay homage to these citizens’ journalists in cyberspace who speak up bravely on what should be right, and how things could be better for the development of our nation. Undeniably bloggers have their responsibilities as well as their rights; at the same time self-regulation is required. A lot of bloggers are not trained in journalism (I confess I am one guilty one!); it pays to remember that double sourcing information is important, and that things could be worded differently sometimes to pass the same message, without offence.

About 200,000 new blogs are created every day according to Technorati, a blog search engine. No such statistics exist for Malaysia. With Google alerts and rss feeds, it is easy to monitor what’s being said about who, and more technology exists to find anonymous bloggers. The few errant bloggers in Malaysia who breach etiquette, are gently reminded that “People can find you”, period.

PM denies knowing murdered model




BEIJING (AP): Malaysian Prime Minister Najib Razak on Wednesday laughed off opposition attempts to link him to the murdered Mongolian mistress of one of his aides.

Najib told The Associated Press he "had nothing to do with" Altantuya Shaariibuu, a 28-year-old Mongolian model and translator who was having an affair with his close friend and aide Abdul Razak Baginda when she was shot on Oct. 19, 2006. Her body was then blown up in a forest outside Kuala Lumpur, and only fragments were found.

Opposition leaders have repeatedly tried to link Najib to Shaariibuu's death. They claim his close association with Abdul Razak makes him suspect.

"There's no evidence," Najib said. "They've not offered any evidence at all... I have sworn in the name of God, of Allah, that I had nothing to do with her and I can't go beyond that."

Najib added what he described as a "tongue in cheek comment," saying the fact that Shaariibuu was staying at "a two-star run down hotel" at the time of her death was further indication that he had not been involved with her.

"If she was my girlfriend, she will be totally insulted if I put her (there)," he said with a laugh.
The aide, Abdul Razak Baginda, has acknowledged the affair but was acquitted last October of abetting the slaying. Two policemen were sentenced to death in April for her murder, though the trial never established what their motive was. They have appealed.
Najib Diasak Media Antarabangsa Mengenai Altantuya Di China


Perdana Menteri Najib Razak menafikan beliau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu apabila diasak oleh media antarabangsa semasa lawatan rasmi beliau ke China yang bermula Selasa lalu.

Menurut laporan Associated Press (AP) Najib hanya "ketawakan" sahaja apabila ditanya oleh media asing mengenai kemungkinan beliau dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya tiga tahun lalu.

Najib berkata kepada AP Najib "beliau tidak ada kena mengena" dengan Altantuya, bekas model dan penterjemah yang didakwa mempunyai hubungan asmara dengan penasihat politik Najib, Razak Baginda.

Menurut laporan itu hubungan rapat Najib dengan Razak menimbulkan kemungkinan beliau terkait dengan kes pembunuhan tersebut.

"Tidak ada bukti. Mereka tidak mengemukakan apa-apa bukti pun...Saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak kena mengena dengan dia dan saya tidak boleh komen lebih daripada itu," kata Najib.

Najib menambah apa yang beliau kata hanyalah gurauan mengenai komennya bagaimana Altantuya menginap di "hotel dua bintang" sebelum kematian tragisnya dan ini membuktikan beliau tidak ada hubung kait dengan wanita tersebut.

"Kalaulah dia teman wanita saya sudah tentu beliau akan rasa terhina sekiranya saya tempatkannya di hotel seperti itu," kata Najib sambil ketawa.

Razak Baginda telah mengaku menjalin hubungan intim dengan Altantuya dan dibebaskan Oktober lalu berhubung tuduhan bersubahat dengan pembunuhan wanita itu.

Dua anggota polis dihukum mati walaupun motof pembunuhan gagal dibuktikan. Kedua mereka kini dalam telah membuat rayuan.

Perwakilan Perak pakai baju hitam

Sekumpulan 17 orang perwakilan Dewan Pemuda PAS Perak menarik perhatian di muktamar dewan tersebut hari ini apabila mereka hadir berpakaian serba hitam bagi menuntut Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ada antara mereka yang turut memakai ikat kepala berwarna hitam yang bertulis 'Bubarkan DUN Perak'.

Kehadiran mereka turut menarik parhatian pengerusi tetap muktamar Dewan Pemuda PAS, Misbahul Munir Masduqi.

Beliau secara berseloroh berkata: "Mengapa sekuriti di majlis kali ini begitu longgar...macam mana boleh benarkan mereka yang pakai hitam masuk ke majlis ini..."

Selepas itu, barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS yang duduk di pentas turut memakai ikatan berwarna hitam di lengan masing-masing.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, timbalan ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh mengajak rakyat Perak dan orang muda memakai baju hitam setiap hari Sabtu sehingga DUN Perak dibubarkan.

Menurutnya, satu perhimpunan kemuncak untuk mendesak pembubaran DUN Perak akan diadakan Ogos depan.

Perak dilanda kemelut politik apabila BN mengambil alih kuasa di negeri itu daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Ekoran itu, Perak mempunyai dua menteri besar - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pakatan) dan Datuk Seri Zambry Abd Kadir (BN)a.

Nizar kemudiannya membawa kes tersebut ke mahkamah untuk mendapat pengisytiharan menteri besar Perak yang sah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, Zambry telah merayu ke Mahkamah Ryuan yang kemudiannya mengisytiharkan bahawa beliau adalah menteri besar yang sah.

MANEK URAI, UMNO SUDAH TURUN PADANG BUAT STRATEGI BARU....SPR JADI BARUA BN aka Beruk Negara...!!!!




PM Najib Gunakan Strategi Baru Untuk Pukulan Knock Out Kepada PR.....?

---------------Oleh Halik Zaman----------------

Pilihan Raya Kecil Manek Urai, UMNO nak test kekuatannya disana. Najib hantar Ketua Penerangan Pusat Ahmad Maslan kesana. Di Manek Urai, beliau ikut bersama penduduk kampung menoreh getah. Ahmad Maslan juga telah mengarahkan kesemua Pegawai Pegawai Penerangan Perhubungan Negeri, Bahagia dan Cawangan UMNO, supaya tinggal bersama dirumah penduduk penduduk kampung. Bersama penduduk, buat kerja kampung dan bersama penduduk, turut menoreh getah orang kampung.

Dari mata pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat, ini satu lakunan sahaja untuk menambat hati pengundi pengundi Manek Urai, ia kurang berkesan.

PRU12 DUN MANEK URAI 8HB.MAC.08

Pengundi berdaftar DUN Manek Urai berjumlah 12,292

Jumlah pengundi yang turun mengundi 10,332 undi

Jumlah undi yang tidak turun mengundi 1960 undi.

Keputusan PRU DUN Manek Urai PAS 5,746 undi

Barisan Nasional 4,394 undi

Undi rosak 192 undi

Majoriti PAS cuma 1,352 undi

Peratusan 84.05%

Kalau ikut carta diatas, majoriti PAS cuma 1,352 undi sahaja. Ia boleh bertambah dan ia boleh buat kejutan. Pakatan Rakyat Jangan pandangan ringan.

Semua Pegawai Pegawai Penerangan UMNO dari peringkat Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan Tinggal dirumah penduduk kampung. Turut dengan orang kampung, menoreh getah dan buat kerja kerja kampung dengan orang kampung.

Ditiap tiap rumah penduduk kampung, tuan punya rumah, dilantik sebagai agent penduduk kampung untuk menyampaikan bekalan beras, gula, kopi, minyak makan, garam, ikan sardin, kain kain keperluan penduduk kampung termasuk wang, kepada rumah rumah penduduk kampung disekitar DUN Manek Urai. Ini dinamakan sistem piramid.

Cara UMNO gunakan taktik ini, ia bukan satu lakunan tapi satu strategi. Walaupun strategi sebegini terlalu mahal, tapi ia penting bagi Najib untuk menang di DUN Manek Urai. Najib akan gunakan kemenangan DUN Manek Urai itu, sebagai satu pukul knock out kepada Pakatan Rakyat.

Sama ada anda percaya atau tidak, pasti senario ini akan berlaku diPRK Manek Urai. Kalau UMNO/BN kalah juga PRK Manek Urai? Ini adalah kekalahan maruah UMNO, kerana PM Najib pernah berkata dalam tv3 beberapa minggu yang lalu, "Kita akan uji pengaruh Pakatan Rakyat di DUN Penanti dan Manek Urai, tengok lah nanti......(Najib tidak kasih habis perkataannya, tergantung.)
HZ

KENYATAN MEDIA: FITNAH BERKENAAN KERUNTUHAN STADIUM SULTAN MIZAN



Pihak kami membantah dengan keras wujudnya pihak yang manabur fitnah, kononnya sekutu Ultraman yang meruntuhkan Stadium Sultan Mizan. Fitnah itu dibuat bertujuan untuk merendahkan keupayaan kami yang merancang untuk membuat serang balas.

Pihak kami mengaku bertanggung jawap meruntuhkan Stadium Sultan Mizan, dan bukannya ultraman seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Pihak kami telah menghantar StarStream, untuk meruntuhkan Stadium itu, sebagai bantahan kebisingan yang dilakukan oleh Jet Sukhoi. Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai anggota yang mampu bertukar kepada Sukhoi SU 30 MKM.

Selain itu, pihak kami juga membantah cubaan pihak tertentu yang cuba menyamar sebagai Star Scream untuk berjumpa dengan saya di dasar lautan Atlantik.

Saya dapat mengesannya kerana di pesawat itu tertera tulisan "Air France", yang selama ini tidak pernah ada pada badan Star Scream.

Oleh itu, saya menyeru kepada penyokong kami supaya melakukan protes dengan memakai pakaian gelap setiap hari pada program "1 Black Decepticon".

Kemeja-T Decepticon berwarna gelap boleh di dapati di Stesyen Minyak PETRONAS berdekatan, pada kadar RM 9.90 setelah membuat pembelian minyak sebanyak RM 30.

Sekian.


Megatron
Yang diPertua
Decepticon.

HATI-HATI DENGAN SEMUA PROJEK 'SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL aka BERUK NEGARA (BN)'...KINI RAKYAT WAJIB RUNTUHKAN KERAJAAN BN aka BERUK NEGARA.??

Kerajaan Umno@BN seperti tidak mengambil pengajaran kejadian bumbung dewan runtuh di Sekolah Menengah Wakaf Tapai



Gambar stadium Sultan Mizan Gong Badak yang runtuh...mungkin benda ni jadi penyebab...!!!

Di Melaka hari ini berlaku jalan runtuh yang nyaris meragut nyawa...

Kumpulan Penyokong Idris yang cuma meruntuhkan Kesultanan Terengganu...

Kepada semua rakyat Malaysia diminta lebih berhati-hati apabila berada di mana-mana lokasi yang tertera ' Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional'. Nyawa anda mungkin dalam bahaya. Dalam minggu ini sahaja dua kejadian bangunan runtuh berlaku. Pertama melibatkan bangunan bekas Jaya Supermarket di Petaling Jaya yang meragut tujuh nyawa, kejadian terbaru di Stadium Sultan Mizan semalam nyaris membawa malapetaka yang lebih besar. Silap hari bulan mungkin akan meragut nyawa yang lebih besar berbanding tragedi pesawat Air France yang terhempas di lautan Atlantik kelmarin.

Kejadian bangunan runtuh di Terangganu yang dibina era Islam Hadhari Terangganu Bestari bukan kali pertama. Tahun lalu bumbung bangunan dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai di Marang Terangganu juga runtuh. Cuma takdirnya ia berlaku di luar waktu persekolahan. Bayangkan jika ia berlaku sewaktu perhimpunan rasmi sekolah?

Semua ini menunjukkan bahawa wujud kepincangan dalam projek pembangunan yang dijalankan di bawah Kerajaan Umno@Barisan Nasional. Sebelum ini sering diperkatakan tentang unsur rasuah dan ketelusan dalam pemberian sesuatu projek. Tetapi nampaknya, perkara yang dibangkitkan tidak mendapat respon dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Akhirnya kes yang dilaporkan senyap begitu sahaja. Tetapi bila berlaku kejadian seperti ini barulah masing-masing terhegeh-hegeh menyiasat dan menunding jari di antara satu sama lain.Mungkin inilah malang buat rakyat Malaysia apabila musibah menimpa barulah sesuatu aduan disiasat dan tindakan diambil. Inilah agaknya slogan 1Malaysia. Rakyat didahulukan prestasi diutamakan.

http://angkasanuri.blogspot.com/