Rabu, 3 Jun 2009

Keadaan tidak selamat bumbung stadium dikesan tahun lepas..!!! SELAMA 1 TAHUN UMNO@BN MEMPERJUDIKAN NYAWA PENGUNA STADIUM..!!!SILA DAKWA UMNO@BN...!!

Dengan Pengakuan Rasmi Mb Terengganu hari ini, semua pengguna Stadium Sultan Mizan disarankan membuat laporan POLIS kerana nyawa dan harta benda mereka sengaja diperjudikan oleh KERAJAAN UMNO@BN TERENGGANU selama ini...??? Kita mohon siasatan segera dan pendakwaan dibuat kepada pihak yang bertanggungjawap yang dengan sengaja mempertaruhkan nyawa setiap individu bila berada atau mengunakan Stadium tersebut.



KUALA TERENGGANU: Keadaan tidak selamat pada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dekat sini, yang runtuh semalam telah dikesan sejak tahun lepas semasa pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) ke-12.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata ketika itu, pasukan komando hendak memasang tali untuk acara pembukaan stadium tersebut, namum membatalkannya kerana bumbung itu bergoyang.

"Saya dimaklumkan, komando tidak berani turun kerana bumbung bergoyang semasa mereka membuat latihan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau berkata disebabkan keadaan itu, helikopter telah digunakan bagi menurunkan anggota-anggota komando itu pada malam pembukaan stadium berkenaan 10 Mei tahun lepas.

Katanya bumbung stadium yang runtuh itu panjang serta lebar dan struktur sokongannya tidak dapat menampung berat bumbung tersebut kerana saiznya yang lebih kecil.

Beliau berkata sebelum acara pembukaan Sukma, beliau melihat bumbung stadium itu tidak sama rata seolah-olah ada yang tidak betul.

"Saya tanya kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kenapa perkara ini berlaku dan mereka berjanji untuk memperbaikinya selepas Sukma. Itulah perakuan yang diberikan kepada saya," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad berkata tiga minggu lepas, beliau telah memanggil Timbalan Pengarah Kerja Raya negeri Ghazali Hashim dan melahirkan rasa bimbang terhadap struktur bumbung stadium itu.

"Dua minggu lepas, dia telah menulis surat kepada pihak kontraktor supaya menyemak semula perkara ini. Maka, JKR sebenarnya telah mengambil tindakan terhadap perkara ini (sebelum ia runtuh semalam)," katanya.BERNAMA

STRATEGI UMNO@BN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE13



Senario Politik PRU12-2008 Jauh Berbeza Dengan Senario Politik PRU13-2011

----------Oleh Halik Zaman----------


Walaupun masih jauh PRU13 Malaysia. Biasanya belum cukup 5 tahun Parlimen dan DUN seluruh Malaysia akan dibubarkan, kecuali Sarawak. Mungkin tahun 2011? Boleh jadi juga awal tahun 2012. Atau bila bila masa sahaja, jika PM Najib fikirkan boleh memberi keuntungan kepada UMNO dan BN.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi membubarkan Kerajaan UMNO/BN pada awal tahun 2008. Ketika itu pemimpin pemimpin UMNO/BN "over confident", kononnya mereka boleh mendapat kerusi Parlimen lebih dari 2/3 dalam Dewan Rakyat. Mereka tidak menjangka sebaliknya.

PRU13 pemimpin pemimpin UMNO lebih berhati hati. Lebih sensitif dengan perkembangan politik Pakatan Rakyat. Lebih sensitif dengan kepincangan dalam UMNO dan rakan rakannya dalam BN. By hook or by crook UMNO/BN mesti mahu menang dalam PRU13, mereka mesti mahu buat apa sahaja, dalam erti kata politik, "kill or to be killed".

STRATEGI UMNO/BN DALAM PRU13

Kerajaan UMNO/BN boleh lakukan dalam PRU13, katakan lah (cuma misalan sahaja) pada 1hb. May 2011 Karajaan UMNO/BN dibubarkan. Penamaan calon pada 25hb. Julai, 2011. Pada 31hb.Julai 2011 hari mengundi dan keputusannya. Tempoh berkempen cuma 7 hari sahaja.

masa 3 bulan Kerajaan UMNO/BN sudah dibubarkan. Pakatan Rakyat cuma ada masa 7 hari sahaja untuk berkempen. Tapi Menteri Menteri Kerajaan UMNO/BN punyai masa 90 hari untuk berkempen.

Menteri Menteri UMNO/BN masih boleh mengadakan perjumpaan terbuka kepada rakyat "atas nama pemimpin bersama rakyat" atas kapasiti "Caretaker Government".

Hari ini UMNO bicara rasuah politik wang, begitu panas dan kental. Kerajaan secara terbuka menunjukkan sikap anti rasuah politik wang. Kerajaan telah bertindak tegas dengan menggunakan SPRM "tegas, tapi pilih pilih". Misalnya YAB. Mohammad Ali Rostam (Ketua Menteri Melaka) dan Khairy Jamaluddin, ( anak menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi, cuma amaran sahaja). Tidak ada apa apa tindakan pun. "Pisau dan mentimun ditangan Kerajaan UMNO/BN".

Tidak heran dalam masa 90 hari semasa berkempen PRU13 nanti, Menteri Menteri UMNO dan BN berkempen (boleh jadi?) menggunakan rasuah politik wang kepada rakyat? Bicara panas rasuah politik wang, boleh sahaja disejukan dan dicairkan, kalau ada restu dari orang atasan. UMNO punya SPR, SPRM, polis dan mahkamah.

Jangan buat bandingan senario politik PRU12--2008, ketika itu pemimpin pemimpin UMNO/BN terlalu over confident boleh menang, lebih dari 2/3 . Mereka fikir tanpa banyak wang dikeluarkan, UMNO/BN boleh menang mudah. Senario 2011 jauh berlainan. "God is everything but money is something". (Ini cuma satu andaian, manalah tahu, andaian ini betul, siapa tahu?)

Selain itu project kilat Mi Segera, mesti ada. Buat jambatan, buat masjid, buat surau, bantu penduduk kampung buat sekolah tadika, buat rumah miskin tegar, buat rumah setinggan, tambah alaun orang tua tua, tambah alaun balu balu, buat jalan kampung, naik taraf jalan kampung, beri orang kampung letrik dan tali air, bantu peniaga peniaga kecil. Ini kerja kerja dibuat oleh Menteri Menteri Caretaker Kabinet, bantuan serta merta 100% betul. Bukan lagi main janji janji politik, macam PRK dulu. Janji PRU13 serba ada. Sebelum tamat 90 hari berkempen, semua janji ditunaikan.

Peranan Pegawai Pegawai Penerangan UMNO dan rombongan, mereka tinggal dirumah penduduk penduduk kampung dan bantu individu dengan moral dan material. Penghulu Penghulu Kampung, project project kecil JKKK, tambah alaun imam, beri alaun khatif, beri alaun bilal masjid. Buat longkang, nelayan nelayan diberi bantuan percuma, enjin bot, pukat dan segala keperluan alat penangkapan ikan. Peladang diberi bantuan baja percuma dan benih benih, segala jenis tanaman. Penternak diberi bantuan keperluan mereka.

Disetiap kawasan pilihanraya, Pekerja pekerja pilihanraya UMNO mendapat alaun yang lumayan dari koprat koprat UMNO. Siapa kisah perkara sebegini boleh berlaku? JKKK setelah mendapat peruntukan dari koprat koprat UMNO, setiap rumah penduduk diagih agihkan beras, kopi, gula, tepung, garam, minyak masak, ikan sardin, kain pelikat, kain batik, tangki air, mesin rumput, plywood, papan, beruti, zink dll. (Siapa boleh jaga perkara sebegini tidak boleh berlaku? Saya tahu, pengalaman mengajar saya).

Selama UMNO/Perikatan/BN wujud, pemimpin pemimpinnya sudah awal awal siapsiagah, siap membangunkan koprat kopratnya, kroni kroninya, proxi proxi pemimpin pemimpinnya, satu call sahaja, bantuan melambak datang.

Belum terlambat lagi, kalau Pakatan Rakyat boleh mengenalpasti usahawan usahawannya sendiri. Tidak salah kalau Pakatan Rakyat nak berikan tender terbuka kepada usahawan usahawan terdiri daripada Warga Negara Malaysia yang punya merit, dengan syarat diri sendiri tidak ada kepentingan. Parti tidak ada kepentingan, macam UMNO/BN buat, nak tolong Bumiputra, tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan. "Gunakan tongkat yang sama untuk pukul musuh yang sama".

Pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat asyik melayan kerenah politik UMNO sahaja, Ketua Menteri, Menteri Menteri Besar dan Exco-Exco Pakatan Rakyat, bisa lupa untuk membina empire Pakatan Rakyat menerusi berbagai cara, atau melalui usahawan usahawan Bumiputra dan Warga Negara Malaysia.

Hari ini, hampir semua tender tender terbuka, jatuh ketangan empire UMNO/BN, kerana usahawan usahawan UMNO/BN punya lesen kontrektor kelas A. Usahawan usahawan Pakatan Rakyat belum ada lesen A. Mahu atau tidak mahu, semua tender terbuka jatuh juga kepada usahawan usahawan belaan UMNO/BN.

Mungkin bisa sahaja Ketua Menteri dan Menteri Menteri Besar dan Exco Exco Pakatan Rakyat bilang, "Jawatankuasa Tender Board disetiap jabatan Kerajaan Negeri, masih lagi kental amalkan UMNOLISME mereka". Walaupun bukan semua. Soalannya kenapa tidak reshuffle Jawatankuasa Tender Board? Jawatankuasa Tender Board sangat penting, ia mesti dibawah kuasa Ketua Menteri, Menteri Menteri Besar dan Exco Exco Kerajaan Negeri.

Pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat sendiri mahu ingat lahhh, bukan bila tiba masanya PRU baru "menggelabah". Sudah sakit perut, baru nak buat tandas. Tidak ada parti politik dalam dunia ini, tanpa wang boleh bentuk Kerajaan. Wang perlu untuk segala galanya. Tentunya tidak cukup membantu, untuk Pakatan Rakyat nak tunjukkan bahawa dia lah "The People Champion", tanpa ada usaha untuk mendidik ahli ahlinya yang berkat menjadi usahawan usahawan yang berjaya. Sangat tidak percaya, kalau di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tidak ada orang orang muda yang berbakat dalam perniagaan.

"Bukan nak ajar itik bernang, tahu memang itik pandai bernang, tapi sekadar menyediakan "KOLAM" sahaja, tempat itik yang tahu berenang.

Bila kita sudah baca strategi PRU13 UMNO diatas. Berbagai bagai taktik UMNO/BN untuk persediaan menghadapi PRU13. Pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat dan seluruh anggota ahli ahlinya, mesti lah bersiapsiagah dari mulai sekarang ini, turun padang memberi tahu rakyat bahawa PRU yang 5 tahun sekali diadakan itu, terlalu lama. Habuan yang diberikan oleh UMNO/BN untuk memenangi PRU, tidak akan dapat menjamin "Nasib masa depan anak anak bangsa anda". Banyak lagi isu berkesan boleh dikhabarkan kepada rakyat. Jauhi ucapan yang berunsur hasutan. Jangan sentuh perkara perkara sensitif. Teruskan perjuangan hingga kemenara gading .KePutrajaya. Amin.
HZ

Kabinet setuju tubuh jawatankuasa siasatan

KUALA LUMPUR 3 Jun – Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan jawatankuasa siasatan insiden runtuhan Supermarket Jaya.

Jawatankuasa pelbagai jabatan dari beberapa kementerian itu akan diketuai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - Utusan

SUPERMARKET JAYA - DALAM NEGERI SELANGOR...PASTI TAN SRI KHALID TERBABIT DENGAN RUNTUHAN TERSEBUT...KERANA BELIAU ADA KEPENTINGAN...??? JADI KENA SIASAT CEPAT....????

STADIUM SULTAN MIZAN - DALAM NEGERI TERENGGANU....TAK PERLU TUBUH JAWATANKUASA SIASATAN PASAL IA RUNTUH OLEH BENDA NI



....ULTRAMAN CUTI SAKIT...JADI TAK PERLU SIASAT...!!!!

67% Rakyat Dakwa Langkah BN Tidak Berkesan Perangi Rasuah


Purata hampir 70 peratus daripada rakyat Malaysia menolak usaha kerajaan Barisan Nasional dalam membendung gejala rasuah di Negara ini yang dilaporkan semakin serius.

Transparency International atau (TI), sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, mendapati 67 peratus daripada responden di Malaysia berpendirian segala langkah BN itu tidak berkesan untuk mengurangkan rasuah.

Menurut presiden (TI), cawangan Malaysia, Datuk Paul Low, 42 peratus daripada responden juga menganggap parti politik sebagai organisasi yang paling korup di negara ini, dikuti oleh sektor perkhidmatan awam.

Pada sidang akhbar itu Low kerap menggunakan ungkapan politik wang yang diakui sebagai masalah serius dalam UMNO oleh kepimpinan tertinggi parti itu sendiri.

“Saya fikir amat jelas bahawa rakyat sudah muak dengan politik wang. Saya berpendapat pemimpin politik sendiri sedar perkara ini. Memang tahap ketelusan parti politik amat rendah,” kata Low.

“Untuk menukar persepsi orang ramai ini, usaha hendaklah dibuat untuk parti politik membendung politik wang dan menjadi lebih telus,” tambah Low.

Low berkata 5 peratus daripada mereka yang ditemu bual dalam tinjauan itu turut berpendapat badan kehakiman negara ini dicemari dengan rasuah manakala 12 peratus lagi melihat sektor perniagaan dan sektor swasta dibelenggui dengan rasuah.

Hanya 28 peratus sahaja yang bersetuju kerajaan Barisan Nasional pro-aktif dalam menangani rasuah di Negara ini.

Low berkata tinjauan itu menzahirkan keperluan untuk kerajaan bertindak lebih tegas dalam usaha membanteras rasuah demi meningkatkan keyakinan pelabur asing.

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan pelaburan di Malaysia berasal dari Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah yang mempunyai undang-undang ketat mengenai rasuah,” kata Low.

“Jadi sudah tentu mereka mahu melabur di Negara yang bebas dari rasuah dan mengamalkan proses telus untuk tender projek,” kata Low.

Selain Malaysia, tinjauan oleh Transparency International itu turut membabitkan 68 negara lain di Eropah, Amerika Selatan dan Afrika dengan 73,000 responden.

Merujuk kepada skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang PKFZ yang membabitkan dana awam sehingga RM 7.4 billion, Low berkata kerajaan persekutuan seharusnya lebih pro aktif dalam mendedahkan butiran penuh skandal yang membabitkan dana awam.

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendedahkan penyelwengan BN dalam menguruskan amanah rakyat.

Kos projek itu meningkat daripada RM 2 billion kepada kepada RM 3.5 billion manakala pinjaman faedah rendah kerajaan untuk projek itu melonjak dari lebih RM 4 billion kepada RM 7 billion.

Lembaga Pelabuhan Kelang dijangka tidak berupaya membayar faedah pinjaman selepas tahun 2012, menyebabkan kos projek PKFZ akan naik kepada lebih RM12 billion

SPRM Cepat Bertindak Bila Dakwaan Rasuah Membabitkan Pakatan Rakyat...Tapi membabitkan Barisan Nasional...sorry no time...tak de kes..!!!



Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas fail dan dokumen daripada pejabat exco Kedah berhubung dakwaan seorang Exco negeri itu telah membuat tuntutan berlebihan sejak beliau dilantik Mach tahun lalu menimbulkan persoalan sama ada SPRM benar-benar bebas dan telus dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu tuduhan rasuah.

Pegawai SPRM cawangan Kedah juga mengambil dokumen daripada pejabat Menteri Besar berkaitan tuntutan sebanyak RM150,000 oleh exco terbabit.

Berdasarkan laporan sebuah akhbar arus perdana bahasa Inggeris minggu lalu mengenai isu tersebut SPRM dilihat begitu pantas melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk membanteras gejala rasuah dalam negara.

Namun tindakan cepat bagaikan kilat membabitkan seorang exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak pula dilihat dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang bakal menelan kos RM12.8 bilion sudahpun didedahkan minggu lalu malah Pengerusi PKRZ pun sudah menyerahkan laporan audit kepada SPRM.

Sehingga kini SPRM masih membisu dan tidak memanggil pemimpin-pemimpin BN yang nama mereka disebut dalam laporan audit tersebut.

Semalam Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM300 juta runtuh walaupun ia baru berusia setahun jagung.

Rakyat akan melihat apakah SPRM akan menyiasat kontraktor yang membina stadium tersebut dan merampas fail dan dokumen daripada Jabatan Kerja Raya yang memantau projek tersebut.

Bagaimana pula dengan tuduhan rasuah terhadap dua bekas ecxo Pakatan Rakyat Perak yang menyeberang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas, Mohd Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar?

Perbicaraan kes mereka sepatutnya didengar di Mahkamah Sesyen Ipoh 10 Feb lalu tetapi sehingga kini SPRM terus membisu seribu bahasa.

Dakwaan kedua-dua ADUN tersebut melompat daripada Pakatan Rakyat kerana menerima habuan wang ringgir tidak disiasat oleh SPRM tetapi badan yang sama juga begiti cepat menuding jari menuduh ada elemen salahguna kuasa apabila Speaker DUN Perak V. Sivakumar menggantung Dr Zambry Abd Kadir dan enema exconya.

SPRM bagaimanapun petah bercakap mengenai dakwaan rasuah Menteri Besar berhubung lembu korban dan kereta rasmi walaupun pejabat Peguan Negara belum lagi mmeberi apa-apa komen mengenai kertas siasatan kes tersebut.

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didapati terbabit dalam rasuah politik semasa kempen pemilihan Umno baru-baru ini juga terpelas daripada siasatan SPRM malah badan itu mengambil sikap menyepi.

Dasar pendakwaan terpilih ini dilihat rakyat sebagai sikap dwi standar tegar yang diamalkan oleh SPRM dalam memilih-milih tuduhan rasuah mana yang patut disegera siasat dan kes mana yang patut ditunda sehingga luput daripada ingatan.

Memori rakyat terhadap kes-kes rasuah pemimpin Umno dan BN yang dilupakan SPRM bagaimana pun tidaklah sependek SPRM.

Samy: Dakwa penulis Utusan di bawah Akta Hasutan....Tapi kerana ia UTUSAN MELOYA...Buah Hati UMNO@BN...No Problem...cakap I (ikut) S (suka ) A (aku ).


Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu hari ini menggesa supaya penulis artikel yang didakwa berunsur perkauman yang disiarkan dalam Utusan Malaysia - akhbar milik Umno - didakwa di bawah Akta Hasutan.

Beliau mengutuk penulis tersebut kerana secara tidak langsung telah merujuk kepada kaum India dan Cina di Malaysia sebagai "kaum pendatang".

Sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang menjijikkan, Samy Vellu berkata, beliau mengesyaki penulis tersebut bukan dari akhbar tersebut, tetapi telah menggunakannya untuk mempromosi agendanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden MIC itu berkata, penulis Utusan itu yang menggunakan nama Awang Selamat "mesti dan sepatutnya didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan".

"Komennya adalah tidak wajar sama sekali, terutama ketika perdana menteri kita sedang mempromosikan konsep 1Malaysia," katanya.

Berikutan itu, Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan mengambil tindakan segera terhadap penulis berkenaan kerana membangkitkan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia, terutama kaum Cina dan India.

Malah, katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menegurnya kerana ia bercanggah dengan konsep 1Malaysia.

P/S Kalau yang bercakap macam Awang Selamat tu dari Pakatan Rakyat atau Rakyat Marhaen tak sempat siang POLIS dah tangkap serta sumbat dalam lokap....????

Polis kenalpasti beberapa dalang Ah Long aktif di Johor.....!!!!...Bila nak haramkan AH LONG...???? AH LONG ni macam JUDI juga ketagih...!!!

JOHOR BAHARU: Polis akan mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang dikenalpasti bergiat sebagai dalang ceti haram atau Ah Long yang aktif menjalankan kegiatan itu di negeri ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pihaknya kini sedang giat mengumpul maklumat mengenai individu terbabit dan akan menggunakan undang-undang sedia ada ke atas mereka.

"Siasatan sedang dibuat atas pelbagai sudut kerana dipercayai kebanyakan mereka terlibat dengan kegiatan jenayah lain termasuk pengedaran dadah, pelacuran dan perjudian," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini. Hadir sama, Datuk Bandar Johor Baharu, Datuk Mohd Naim Nasir.

Sebelum itu, Mohd Mokhtar mengetuai operasi pembersihan iklan pinjaman Ah Long bersama polis dan Majlis Bandaraya Johor Baharu, di Taman Daya, di sini.

Beliau berkata operasi pembersihan yang turut dilakukan serentak di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah memberi isyarat kepada kumpulan Ah Long supaya menghentikan kegiatan mereka selain mendidik masyarakat supaya tidak membuat pinjaman dengan pihak terbabit.

"Kajian polis mendapati ramai yang membuat pinjaman dengan Ah Long untuk berjudi.

Jadi, kita tidak mahu mereka meneruskan pinjaman seperti ini dan dalam masa yang sama kita juga mahu memberi amaran kepada Ah Long supaya tidak menggunakan kekerasan terhadap peminjam," katanya.

Sementara itu, Mohd Naim berkata pihak berkuasa tempatan memerlukan sokongan polis dan orang ramai dalam membanteras kegiatan Ah Long.

Katanya, tindakan Ah Long yang menampal poster dan pelekat iklan pinjaman di papan tanda jalan, tiang lampu dan bangunan turut mengganggu pengguna jalan raya selain memburukkan imej bandaraya ini. BERNAMA

Perak crisis goes to apex court despite no written judgment...!!!!! Kah...kah...kah...woi!!! wait ahh...!!!!! another year...!!!


By Shannon Teoh

IPOH, June 3 — Pakatan Rakyat's inevitable appeal to the Federal Court will go ahead next Monday despite the appeals court failure to provide the written judgment overturning a High Court ruling that Datuk Seri Nizar Jamaluddin is the lawful Perak mentri besar.

Nizar said today he has instructed his lawyers to file the appeal and frame constitutional questions to the apex court despite not being able to go through the Court of Appeal's grounds of judgment.

However, Perak PKR deputy chief Chang Lih Kang told The Malaysian Insider that they could still amend the appeal if they had reason to do so later.

Perak DAP deputy chief M. Kulasegaran also questioned why the Court of Appeal was taking so long when it had promised to produce the judgment within a week of declaring Datuk Seri Zambry Abd Kadir as mentri besar on May 22.

Pakatan Rakyat has been sceptical of the Court of Appeal as it has been swift to grant Zambry a stay of the High Court ruling less than 24 hours after judge Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim had declared Nizar to be the MB at all times despite the Feb 5 takeover bid by Barisan Nasional.

It will be the final round of legal proceedings in a saga that observers realise would only end at the apex court as whichever party that lost out prior to this would definitely bring the issue to a higher court.

Both Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Razak and Zambry have said that they would wait for the legal process to be over before deciding on the next move amid speculation that it would either call an assembly sitting to show it had a majority or bow to pressure to call fresh polls in Perak.

Meanwhile, Pakatan Rakyat leaders are stepping up their pressure on the police who they claim have been acting in the interest of Barisan Nasional after numerous arrests since the political impasse began.

They will lodge reports against police action which includes physical harm and also to the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) to ask for a inquiry into the role of the police in the ongoing Perak crisis.

They are also ready to post bail amounting to RM138,000 for the 69 individuals including several elected representatives arrested on May 7 when the chaotic emergency sitting to remove V. Sivakumar as speaker had occurred.

Menjelang pilihan raya: Pemimpin Umno tiba-tiba bertukar watak ...!!!!

Biasanya orang yang berlakon drama atau filem digelar sebagai artis. Tetapi jarang pula orang melihat pemimpin politik juga pandai berlakon.

Bukannya sekadar Joseph Estrada atau Ronald Reagen yang pandai berlakon, tetapi di Malaysia juga pelakon-pelakon politik akan muncul setiap kali menjelang pilihan raya diadakan.


Kalau ketika kempen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional ketika itu, Dato' Seri Najib Razak memakai kain sarung menemui penduduk.


Dan kali ini menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai lakonan serupa diulang kembali.

Pelakonnya sekarang iaitu Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dipaparkan gambar sedang menoreh getah milik seorang penduduk di Bukit Budu.

Pengerusi Perhubugan KeADILan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, menjelang pilihan raya kecil di Manek Urai sekarang, ramai pemimpin tampil dengan lakonan tersendiri.

"Mengapa sekarang tiba-tiba mahu berlakon menoreh getah dan tidur di rumah penyokong Umno di beberapa kampung di Manek Urai. Sedangkan sebelum ini penduduk miskin dibiarkan.

"Kalau hendak berlakon di zaman belum ada media baru mungkin orang boleh terima. tetapi sekarang rakyat di kampung sudah pandai SMS dan tengok internet," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini memaparkan gambar Ketua Penerangan Umno sedang menoreh getah di milik kebun milik seorang penduduk, Ibrahim Omar di Kampung Budu, Lata Rek.

Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, lakonan bermusim sering kali dipamerkan pemimpin Umno tidak mudah mempengaruhi rakyat.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pemimpin Umno terkenal dengan gimik politik yang bersifat sementara setiap kali berlangsung pilihan raya.

Katanya, pemimpin Umno sanggup menukar imej ketika berada di kampung dengan memakai kain sarung berjumpa penduduk di kedai-kedai kopi.

Sedangkan katanya, ketika rakyat hendak menemui mereka di Kuala Lumpur begitu sukar sekali sehingga terpaksa membuat temu janji berkali-kali.

Sementara itu PAS akan menganjurkan ceramah di Kampung Peria malam ini dijangka dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan anggota Majlis Tertinggi KeADILan, N Gobalakrishnan

STADIUM SULTAN MIZAN Info:...???? BERITA BERKAITAN...!!!!

Beginilah keadaan bumbung di bahagian timur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pagi semalam.



Sumber: Internet

Client/Owner
Terengganu State Government

Architecture Firm
Senibahri Arkitek

Principal Architect
Ar. Raja Kamarul Bahrin Shah

Project Architect
Badrul Hisham

Main Contractor

Main stadium: Bina Structur-Genggam Mercu-Emarcon JV;
Indoor stadium: Ahmad Zaki Sdn Bhd

Mechanical & Electrical Engineers

Main stadium: Public Works Department, Terengganu (Mechanical & Electrical Division);
Indoor stadium: Samudra Consult

Civil & Structural Engineers
Main stadium: AZM Engineers- MA Consult-Protech Consultant consortium Indoor stadium: MECIP (M) Sdn Bhd


(IKUT MAKLUMAT BENDA NI YANG BUAT HAL)
BERITA BERKAITAN

Terengganu perlu siasat secara menyeluruh kes bumbung stadium runtuh

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kerajaan negeri Terengganu menyiasat dengan menyeluruh kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak runtuh awal pagi ini, memandangkan bangunan itu baru dibina.

Beliau berkata perlu disiasat sama ada kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dan pengesahan bangunan stadium itu selamat digunakan, dibuat mengikut prosedur yang betul ataupun tidak.

"Kerosakan sikit-sikit tu biasalah, tapi kalau runtuh sana, runtuh sini, ia tidak menggambarkan profesionalisme," katanya pemberita selepas menutup Program Titian Gemilang V yang merupakan kursus motivasi bersepadu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2009 anjuran Pertubuhan Alumni KelabKelab Umno Luar Negara di sini hari ini.

Beliau berkata apa yang penting ialah semua pihak mahu tahu punca kepada kejadian itu.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi tadi, hampir 60 peratus struktur bahagian bumbung stadium yang berharga RM270 juta yang dirasmikan oleh Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas telah runtuh.

Ditanya mengenai cadangan agar kerajaan membenarkan bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia atas dasar kemanusiaan, Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air adalan tegas.

"Hentikan debat mengenai Chin Peng dan komunis agar luka lama tidak berdarah kembali, terima keputusan kabinet dan kerajaan dan hargailah wira-wira Malaysia yang terkorban akibat memerangi komunis ketika zaman darurat," katanya.

Kerajaan tidak akan melayan cadangan dari mana-mana pihak untuk membangkitkan isu Chin Peng dan komunis, katanya.

Rakyat Malaysia harus sedar mengenai betapa zalimnya komunis, ramai orang yang meninggal dunia, ada yang menjadi orang kurang upaya, itu sudah jelas menunjukkan kezaliman mereka, katanya.

"Kalau keluarga anda yang terlibat, mesti ada perasaan marah, cuba bayangkan kalau kita lah yang mempunyai ahli keluarga yang terseksa akibat kezaliman komunis, takkan kita (kata) balik lah, sila lah, kita sediakan permaidani merah untuk mereka (Chin Peng dan golongan Komunis)," katanya.

Mengenai kemelut isu kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP), Muhyiddin berkata pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROs) memaklumkan kepada beliau yang mereka memerlukan masa untuk menyediakan laporan lengkap.

Katanya ROS akan memaklumkan kepadanya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila laporan tersebut siap kelak.

Mengenai masalah kekeliruan pengambilan pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah menimbulkan rasa kurang puas hati ibu bapa dan pelajar terbabit, Muhyiddin berkata beliau akan berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dalam mesyuarat kabinet esok untuk maklumat terperinci mengenainya. BERNAMA

Bumbung stadium runtuh - Utusan

Oleh IRMAN HASHIM

KUALA TERENGGANU 2 Jun - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Runtuhan pada pukul 9.30 pagi itu berlaku kira-kira setahun stadium tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu.

Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter itu menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).

Kejadian itu turut merosakkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil serta tiga buah motosikal, tetapi tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.

Ini berikutan kesemua 19 pekerja di sebuah pusat boling yang berada di aras satu, stadium setinggi lima tingkat itu berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari runtuhan.

Pemilik kereta berkenaan, Hanafiah Osman, 27, yang berada di luar stadium berkata, dia bersama empat rakannya sedang menjalankan kerja-kerja memasang lampu apabila tiba-tiba mendengar bunyi seperti benda 'patah' kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Bunyi kuat itu datang daripada tempat saya meletakkan kereta. Saya terus bergegas ke sana dan melihat bumbung tersebut runtuh perlahan-lahan lalu menghempap kereta saya.

"Saya tergamam melihat runtuhan itu dan menelefon bapa untuk memberitahu kejadian yang berlaku," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Hanafiah yang menetap di Kampung Bukit Bayas di sini berkata, tiga motosikal rosak itu adalah milik rakan sekerjanya dan turut melakukan kerja-kerja pemasangan lampu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba 1 Pauzan Ahmad berkata, terdapat seramai 19 orang berada di dalam stadium ketika kejadian berlaku.

"Bagaimanapun mereka iaitu 17 pekerja di Pusat Boling Si Diman dan dua pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan diri.

"Namun pihak bomba tetap menjalankan pemeriksaan di setiap tingkat stadium yang terlibat dalam runtuhan itu," katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 9.45 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.

"Seramai 25 anggota dengan tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hiliran serta Jalan Kota dikejarkan ke tempat kejadian," ujarnya.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan salah sebuah daripada dua stadium yang terdapat di Kompleks Sukan Negeri selain stadium tertutup.

Pembinaan Kompleks Sukan Negeri dimulakan pada 2005 dengan kos keseluruhan RM452 juta, lebih sedikit daripada kos asal berikutan kenaikan harga bahan binaan.

Kos berkenaan meliputi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan harga RM292 juta manakala stadium tertutup RM160 juta dengan pelbagai kemudahan sukan serta rekreasi lain.

MANTAPKAN PAS MELALUI GANDINGAN ULAMA DAN PROFESIONAL





Oleh M3M

Topik hangat yang menjadi labun popular di sana sini ialah pemilihan calon-calon pimpinan tertinggi PAS menjelang muktamar PAS di Shah Alam. Kategori yang paling hot ialah Timbalan Presiden PAS. 3 calon akan bertanding…… Ustaz Nasaruddin, Mat Sabu dan Husam Musa.

Pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden telah menimbulkan tanggapan seolah-olah dua kumpulan sedang berentap. Satu pihak mewakili golongan ulama manakala di satu pihak lagi mewakili golongan professional pro-Islam. Ini ler gambaran yang dimainkan oleh media arus perdana dan yang syiuk nyer, banyak pulak demer bagi publisiti kepada Ustaz Nasaruddin. Mengapa….???? Kerana dia pro-muzakarah/muqabalah dengan UMNO ke???? Ehem… ehem…. publisiti ada makna tu…….

Dan…. ada pulak dalam kalangan blogger yang berkempen menolak Husam secara tak langsung. Apa tujuan nyer, wallahualam. Malas teman nak campor dan ulas. Komer cari dan baca ler sendiri. Tapi tak kurang jugak yang berkempen untuk Ustaz Nasaruddin hanya semata-mata nakkan gandingan ulama dengan ulama, bagi menonjolkan lagi kepimpinan ulama dalam PAS….

Entah ler…. teman ni bukan ahli PAS, juga bukan ahli PKR…. jauh sekali ler UMNO keparat tu, tapi….. hati teman tenang dengan PAS dan seronok dengan PKR. Sebab itu, teman all out menyokong Pakatan Rakyat. Tambahan pulak teman tengok DAP pun dah ‘open’ terhadap PAS. Pada teman, this is something very refreshing…… satu fenomena politik baru di Malaysia. And, teman rasa…. we can achieve something good dalam usaha untuk mengubah lanskap politik negara ke arah sesuatu yang lebih vibrant and colourful.

50 tahun di bawah pemerintahan UMNO, apa yang kita dapat???? Habuk pun tarak!!! Sesak nafas ada…… Strategi ‘divide and rule’ yang demer ikut sejak diperkenalkan oleh penjajah dulu, semakin melemaskan kita. Strategi politik ini ler yang menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Dari segi luaran nyer memang ler nampak baik, tapi hakikat sebenarnyer…. jurang antara kaum masih luas dan ketara. UBN semakin bermaharala lela dalam melaksanakan pemerintahan negara….. pembaziran dan penyelewengan wang rakyat semakin ketara, dan kezaliman serta ketidakadilan semakin berleluasa!!! Apa yang jelas….. keadilan bukan untuk semua tetapi lob-sided kepada species-species UBN sahaja. Baik ke ini untuk pembinaan sebuah negara bangsa…..??? Ini ler nama nyer, cakap tak serupa bikin!!! Dan, itu ler dia….. UBN, kalor komer nak tau!!!

Apabila PAS-PKR-DAP bersepakat membentuk satu kesepakatan politik, yang kemudian dipanggil Pakatan Rakyat dan ia mula diterima oleh rakyat….. mengapa pulak kita perlu berasa curiga antara satu sama lain, sehingga mahu bekerjasama pulak dengan UMNO yang semakin ditolak oleh rakyat. Ingat….. rakyat khusus nyer di Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengundi PR dalam PRU 12 yang lalu….. kerana mereka sudah muak dan jemu dengan politik UBN. Pakatan Rakyat dan konsep politik baru ini memberikan nafas baru kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang adil, sejahtera dan makmur………….

Jadi PAS….. yang berslogankan “PAS for All” harus lebih terbuka dan tidak retorik semata-mata. PAS yang dulu nyer berlabelkan parti konservatif Islam mesti bersedia berubah. Ya…. berubah menjadi lebih vibrant sambil memperkukuh perjuangan Islam itu sendiri. Baru ler PAS ada umph untuk diterima oleh semua orang….. ulama dan professioanal serta muslim and non-muslim. Kan molek…… gitu???

Golongan ulama dalam PAS tidak perlu berasa curiga dengan golangan professional Islam dalam PAS yang dilabelkan sebagai kumpulan ‘Erdogan’ ini. Salahkah mereka mahu meng’vibrant’kan PAS melalui kerjasama dengan PKR dan DAP dengan menjadikan Islam teras perjuangan mereka. Ini cuma satu strategi untuk menjatuhkan UBN, agar PR dapat menguasai tampuk pemerintahan negara. Bila dapat kuasa…. pandai ler PR mengaturkan segala-gala nyer. Tapi, jangan ler menjejaskan peluang baik yang telah diberikan oleh rakyat dan yang sudah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Ingat jangan sekali-kali jejaskan peluang PAS dan PR untuk meraih lebih banyak kejayaan dalam PRU 13 yang akan datang!!

Teman rasa gandingan ulama dan professional di peringkat pimpinan tertinggi PAS akan lebih memantapkan perjuangan PAS. Golongan ulama harus keluar daripada kepompong lama dan bersikap lebih terbuka, demi survival politik PAS dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Sikap ‘give and take’ dalam PAS/PR amat penting untuk mendapatkan a win-win situation dalam perjuangan untuk menguburkan UBN di Malaysia.

Oleh itu….. teman amat setuju dengan pandangan lain-lain orang PAS yang mahukan gandingan ulama-professional dalam menerajui kepimpinan PAS. Tak kira ler Mat Sabu ke… Husam ke… , asalkan jangan dalam kalangan mereka yang suka berkhalwat dan berkasih dengan UBN.

Sebab nyer teman udah getik….. mual….. menyampah…. loya…. wheeekkk….. dan senak perut bebenor dengan UBN dan apa yang telah mereka lakukan kepada bangsa Melayu dan bukan-Melayu, Islam dan bukan-Islam….. agama…… dan negaraku yang tercinta. Pada teman, enough is enough……..

PAS for ALL and Say tak nak to UBN!!!

Kit Siang Cabar Najib: Dapatkan undi percaya di Parlimen


Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Najib Razak untuk mendapatkan usul kepercayaan terhadap kepimpinannya daripada ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada sessi baru Parlimen bulan ini.

Usul sedemikian akan membolehkan Najib mengukur sokongan UMNO-BN untuk beliau dalam menangani kemelut seperti di Perak dan keretakan yang semakin parah dalam UMNO dan Barisan Nasional.

“Najib seharusnya mendapatkan usul kepercayaan apabila Parlimen bersidang pada 15 Jun, jika tidak, adakah ia kerana beliau khuatir tidak akan mendapat sokongan 100 peratus daripada Ahli Parlimen UMNO dan Barisan,” kata Kit Siang.

“Mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Hussein Onn masing-masing meletakkan usul kepercayaan terhadap kepimpinan mereka sebagai agenda pertama apabila Parlimen bersidang,” kata Kit Siang.

“Persoalannya kenapa kah Najib khuatir untuk mengikut jejak mereka.” Tambah beliau. Merujuk kepada pilihanraya kecil Penanti, Kit Siang membidas Najib yang menyifatkan kemenangan Pakatan Rakyat bukan sesuatu yang harus dibanggakan oleh gagasan itu.

Kit Siang berkata kenyataan Najib itu bertujuan menutup kelemahan UMNO sendiri sehingga parti itu takut untuk turun padang berdepan dengan rakyat.

“Najib seharusnya berasa malu membuat kenyataan seperti itu kerana UMNO dan Barisan Nasional yang dipimpinnya takut untuk bertanding di Penanti. Ini kerana Najib takut untuk mengalami kekalahan ketiga sejak menjadi Perdana Menteri pada Mac lalu,” kata Kit Siang.

BN-UMNO telah tewas di pilihanraya kecil Penanti, Bukit Gantang dan Bukit Selambau sejak Najib mengambil alih tampuk negara.

Sebelum itu UMNO turut tewas di pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Di Penanti, calon Parti Keadilan Rakyat Mansor Othman memperolehi majoriti undi 5,558, mengalahkan tiga calon bebas.

Mansor mendapat sokongan hampir 90 peratus pengundi yang keluar mengundi. Beliau meraih 6,052 undi manakala lawan terdekatnya, Nai Khan Ari mendapat 494 undi.

Aminah Abdullah yang menabur fitnah kononnya ditawar imbuhan oleh pakatan rakyat untuk menarik diri cuma mendapat 392 undi manakala calon bebas ketiga Kamarul Ramizu Idris hanya mampu meraih 56 undi.