
(mereka ni yang selalu memperlekeh dan mempergunakan Melayu)
The other side of the coin;
“You are a Malay.. life is easy for you”
“It's easy to be a Malay.. what do you know about hardship”
Itu antara perkara yang kerap aku dengar bila bercakap tentang soal Melayu. Aku sebagai seorang Melayu seolah-olah harus berasa serba salah kerana terima kemudahan sejak lahir. Tapi persoalannya betul ke mudah menjadi Melayu? Mari kita lihat dari perspektif berbeza
Sukar sebenarnya jadi Melayu. Bila kita liberal ikit kita akan dilabel pengkhianat Melayu. Kalau kita menegur polisi kerajaan sikit, dikatakan kita tidak beterima kasih pada our forefathers yang bertumpahan darah untuk menegakkan hak Melayu. Bila kita katakan hak keistimewaan itu salah kita disuruh keluar dari Melayu. Macam apa terjadi pada Zaid Ibrahim. Macam mana nak keluar Melayu? Setahu aku the only way untuk keluar Melayu di malaysia ialah dengan memurtadkan diri. Pasal kata orang, Melayu itu islam dan islam itu Melayu. Let's say aku nak keluar dari Melayu dan harus mengkapirkan diri aku tak boleh jugak nak buat benda tu. Sebabnya di Malaysia haram untuk Melayu Islam untuk keluar agama. Kalau Cina hendak murtad selapas masuk islam untuk kahwin itu tak ada masalah. Masuk court 3-4 kali dan tunjukkan bukti kamu sembah berhala dan kamu boleh jadi kapir balik. Kalau kamu Melayu dan tunjuk kamu dah sembah tuhan lain atau jadi atheist kamu boleh disumbat masuk ISA atau kem pembetulan akidah.
Dengan kata lain kalau kamu Melayu, kamu tak boleh menentang hak Melayu. Kalau hendak tentang sila keluar Melayu. Tapi tak boleh juga pasal kalau hendak keluar Melayu harus jadi bukan islam. Kalau dah keluar islam kamu dihalang juga. Maka kita pun kembali semula ke kotak segiempat pertama.
Sukar sebenarnya nak jadi Melayu. Kalau kamu dapat 23 A1 pun kamu akan dikatakan tak setanding dengan bukan Melayu yang 15 A1. 23 A1 kamu dikatakan A1 simpati sahaja. Kamu kononnya diberikan mata 30% mata percuma hanya kerana kamu seorang mongoloid beragama islam. Tapi kalau kamu dapat 3 A1 kamu akan diketawakan pulak. Boleh dikatakan kalau kamu cemerlang kamu akan diperlekeh. Kalau kamu bahlol dan bengap macam penulis ini, kamu akan ditertawakan pula. Tak boleh menang kalau kamu seorang Melayu. Berjaya jadi arang, gagal jadi debu.
Sukar sebenarnya jadi Melayu. Terutama sekali kalau kamu seorang artis Melayu Wanita Malaysia.Kamu nak melawa sikit kamu dikatakan terlalu kebaratan. Baru pakai tudung sekerat kepala kamu jadi bahan humor di blog-blog hiburan. Pakai tudung penuh pulak kamu dikatakan hipokrit dan baik berhenti sahaja dari industri hiburan. Dalam budaya Melayu hanya ada hitam dan putih. Tiada kelabu taik anjing atau kelabu taik cicak. Kalau hendak jadi baik biar baik 100%. Kalau kamu jadi jahat biar jahat habis macam Mona Fendey. Kalau kamu behijrah dari hitam nak keputih, orang tak akan terus menyokong perubahan kamu. Sebaliknya motif penghijrahan kamu harus dihambat terlebih dahulu.
“Dah tua rambut dah gugur baru tau nak pakai tudung”
“Dah kawin baru nak pakai. Masa tak kawin guna rambut nak ngorat Dato’ “
“Pakai tudung tapi apsal mekap tebai”
“Pakai tudung tapi skandal dengan Ustaz Al Rock!”
Tapi kalau kamu Melayu Indon tak ada hal. Comolot la dengan anak babi sekalipun akhbar Malaysia tak akan kutuk kamu. Nak pakai bikini tepi pantai? Silakan. Tak salah. Kamu mazhab lain kononnnya. Iman memang dah cetek kononnya. Maka tak apa. Tak akan ada ruangan spesel untuk kamu pada sisipan hiburan hari ahad. Tak akan keluar Melodi untuk kamu pertahankan hak kamu sebagai seorang individu. Hal peribadi kamu akan dilelong dan dibogelkan untuk tatapan umum.
Sukar sebenarnya nak jadi Melayu. Kalau kamu berjaya dalam perniagaan ada sahaja yang tak puas hati. Kononnya kamu ada geng dengan Parti Darah Cap Keris. Tak pun kononya makanan kamu laku pasal pakai Anak Keruak.Kalau tak kerana itu kamu tak berjaya. Kalau berjaya pun orang akan tetap kata bangsa kita tak tahu berniaga. Hatta Melayu sendiri percaya pada mitos ini. Kedai tak boleh hutang kata diorang. Tak mahu la lagi beli dari kedai Haji Hamid. Kedai Hernan Tesco kan boleh berhutang. Apa la Melayu ni. Nak berniaga ke tidak? Kalau nak aku beli dari kedai dia bagi la hutang bawa bawah!
Sukar nak jadi peniaga Melayu ni. Kalau kita jual karipap mahal 20 sen untuk sedozen pembeli akan buat bising. Mahal sangat kata dia. Nasi goreng daging merah super sedap kalau termahal 30 sen dari kedai di Kelantan pun akan jadi isu utama. Pasal itulah kita tak akan nampak kedai masakan Melayu Gourmet. Masakan Melayu ada harga siling. Kalau nasik goreng lebih dari 5 ringgit kita kena boikot. Tapi kalau masakan Barat sepinggan RM45 pun kita katakan berbaloi. Gourmet food bebeh! RM45 pun murah! I masa kat Paris makan kat NOBU makan daging steak je dah 100 USD. Murah dol RM45 ni!
Sukar sebenarnya jadi Melayu. Kalau kamu graduan IPTA kamu akan dilebel anak subsidi masuk UNI biarpun tak layak. Dapatlah CGPA 16.00 sekalipun kamu akan dilebel tak boleh pakai dan tak boleh kerja. Lagi-lagi kalau kamu graduan UITM. Memang awal-awal dah kena pangkah. Kononya semua graduan UITM Englishnya teruk. SEMUA graduannya tak boleh pakai. Baik tong sampahkan saja sijil kamu. Sesuai jadi pembungkus nasik lemak atau kertas selet dubur untuk istinja’ saja kata mereka.
Sukar jadi Melayu. Kalau kamu naik motor automatis kamu dilebel REMPIT. Asal kamu Melayu dan bawak motor kamu ada kemungkinan boleh ditahan oleh polis pasal merempit. Ada bukti? Tak penting. Asal kamu naik motor dan kamu Melayu maka boleh sahaja ditahan sebagai rempit. Racial profiling sangat best!
Sukar jadi Melayu. Bila agama dan rasul dihina kita tak boleh marah. Kalau kita menulis dan mempertahankan nama baik rasul kita ditepek seorang EXTREMIS. Kalau kita mempertahankan Islam kita dikatakan tak hormat Freedom of Speech. Hak asasi dia untuk mengutuk agama yang represif kononnnya! Kebebasan bersuara ini harus kamu ingat tidak bleh digunakan oleh seorang Melayu. Kalau kita menulis di blog dan katakan Chin Peng itu teroris kita akan dikatakan buta sejarah, mangsa brainwash dan rasis. Dalam hal sebegini kebebasan bersuara tidak boleh diguna pakai. Setakat ini aku tak boleh recall seorang pun anak Melayu yang gunakan alasan Freedom of Speech untuk pertahankan pandangan dia.
Sukar jadi Melayu kerana Melayu ini bangsa yang lembut. Mungkin kita harus tukar nama Melayu kepada MENGERAS, MENYEGAR atau MENEGAK. KAH KAH KAH KAH!








.jpg)




