Isnin, 1 Jun 2009

Tidak bubar DUN Perak, BN akan kalah PRU 13


Oleh Black

Krisis politik di Perak secara tidak langsung telah memberikan “pakej rangsangan ekonomi” kepada rakyat dinegeri tersebut.

Contohnya apabila Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, berbondong-bondonglah para wartawan, penulis blog, penganalisa politik dan pelancong politik dari luar negeri Perak turun ke negeri tersebut.

Apabila Bandar Ipoh dipenuhi dengan orang-orang luar ini, maka rancaklah aktiviti ekonomi. Hotel-hotel dipenuhi, restoran-restoran laku, kedai-kedai mamak mendapat pelanggan luar biasa banyaknya dan lain-lain lagi.

Ini secara tidak langsung dapat membantu rakyat negeri Perak untuk terus bertahan walaupun aktiviti ekonomi dinegeri tersebut lembab akibat daripada ketidaktentuan politik.

Pendidikan Politik

Menurut Khalid Samad yang merupakan ahli parlimen Shah Alam, pergolakan politik di Perak merupakan satu pendidikan politik yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Menurut adik kepada ahli politik veteran Umno itu, krisis di Perak telah menunjukkan dengan jelas kepada rakyat mengenai kepincangan yang berlaku dalam institusi kehakiman, polis dan penjawat-penjawat awam.

Memang benar apa yang dikatakan oleh ahli parlimen Shah Alam itu. Sebelum ini begitu sukar untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia mengenai kepincangan yang berlaku di negara ini.

Dengan berlakunya rampasan kuasa di Perak, rakyat dapat melihat bagaimana institusi kehakiman, polis dan penjawat-penjawat awam diperkudakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk menghalalkan tindakan mereka merampas kuasa.

Hari Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Mohd Nizar Jamaluddin adalah menteri besar Perak yang sah. Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Aziz Abdul Rahim, Nizar adalah menteri besar Perak yang sah kerana undi tidak percaya tidak diusulkan terhadap Nizar dalam sidang DUN Perak.

“Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?”

“Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan,” Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulisnya pada 11 Mei lalu.
Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

Kegembiraan Nizar dan Exco Pakatan Rakyat Perak tidak bertahan lama. Keesokkan harinya Zambry Kadir memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Rayuan Zambry itu didengar pada hari yang sama. Boleh dikatakan Mahkamah Rayuan bertindak dengan begitu pantas dan efisyen. Jika kes-kes lain turut diperlakukan sebegini rupa, maka mahkamah di Malaysia akan menjadi mahkamah yang paling efisyen di dunia!

Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Desakan pembubaran DUN bergema lagi

Desakan dari pelbagai pihak agar DUN Perak dibubarkan untuk menyelesaikan krisis politik dinegeri tersebut bergema lagi.

Menurut pengerusi My Future Foundation yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, krisis politik di Perak hanya dapat diselesaikan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat apabila DUN dibubarkan.

“Jika Perak lumpuh, bukan hanya Perak yang akan lumpuh tetapi seluruh negara akan lumpuh.

Jika Istana Perak membuat keputusan salah (tidak membubarkan DUN), ia bukan sahaja akan menjejaskan Institusi Raja di Perak tetapi keseluruhan Institusi Raja-raja Melayu.

Jika semua kes mahkamah telah diselesaikan sekalipun, ianya tidak akan memuaskan hati rakyat. Jalan yang terbaik ialah krisis politk ini diselesaikan melalui pilihanraya di negeri tersebut”, kata beliau ketika ditemuramah oleh penulis ketika pelancaran Pertandingan Menulis Essei Bertemakan “One Nation, One Malaysia anjuran My Future Foundation pada 13 Mei lalu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut mendesak agar hak rakyat Perak untuk memilih pemimpin mereka dikembalikan.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya. Hak memilih kerajaan adalah hak asasi manusia,” kata Pengerusi Suhakam Abu Talib Osman.

Beliau merujuk artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang mengatakan bahawa rakyat haruslah menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

MCA dan Gerakan yang merupakan parti komponen dalam BN tidak ketinggalan dalam mendesak DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri tersebut.

Ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow.

BN takut kalah di Perak?

Ramai pihak yang beranggapan bahawa BN tidak mahu DUN Perak dibubarkan oleh kerana takut kalah kepada Pakatan Rakyat jika Pilihanraya Negeri diadakan semula dinegeri tersebut.

Bekas perdana menteri, Dr. Mahathir Mohammad turut mengakui bahawa BN akan kalah jika pilihanraya negeri diadakan semula.

Sebab itulah bagi Dr. Mahathir, tidak perlulah BN untuk mencadangkan pembubaran DUN di negeri Perak kerana ianya hanya merugikan BN.

Akan tetapi ada juga pihak yang berpendapat bahawa BN akan rugi lebih besar dalam jangkamasa panjang malahan berkemungkinan kalah teruk dalam PRU 13 jika DUN Perak tidak dibubarkan.

Menurut seorang penganalisis politik, Herizal Hazri, berkemungkinan akan kalah dalam PRU 13 jika DUN Perak tidak dibubarkan.

“ Di dalam pilihanraya-pilihanraya dinegara-negara membangun seperti Malaysia, pengundi-pengundi lebih terpukau dan terpengaruh dengan tindakan-tindakan yang popular berbanding untuk membincangkan dasar-dasar atau manifesto sesebuah parti politik.

Maka sebab itulah rakyat lebih berminat dengan isu-isu moral yang berkaitan dengan seseorang ahli parlimen atau Adun berbanding dengan kerja-kerja yang dilaksanakan.

Jadi, jika BN tidak bersetuju untuk membubarkan DUN Perak, ianya adalah sebuah tindakan yang tidak popular dan ianya akan memberikan persepsi yang buruk kepada BN. Ini akan memungkinkan BN untuk kalah dalam pilihanraya ke 13 akan datang.

Lebih baik hilang Perak daripada hilang kerajaan pusat”, katanya ketika dihubungi.

Isu Perak telah menyebabkan 100 pertama Najib sebagai perdana menteri Malaysia tercalar. Sekarang pilihan berada ditangannya. Mahu hilang Perak atau hilang kerajaan pusat?

BN masih anggap rakyat bodoh, mudah ditipu


oleh Zulkifli Yahaya

Tidak seperti semua pilihan raya kecil yang pernah dialui oleh rakyat Malaysia sejak demokrasi diperkenalkan di negara ini, kawasan Dun Penanti sepi.

Tiada jentera pembinaan yang sibuk di sana sini menurap jalan. Tiada perasmian balai raya, sekolah, masjid dan surau. Tiada menteri dan pemimpin kerajaan Pusat yang turun bagai Santa Claus mengagih pelbagai hadiah untuk rakyat.

Setiap kali berlangsung pilihan raya kecil (sebelum ini) pelbagai projek pembangunan dan bantuan diagihkan untuk rakyat. Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan mengapa projek tersebut turun hanya di musim pilihan raya, dengan cengilnya mereka menjawab: "Ini tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Sebenarnya pembangunan untuk rakyat sentiasa berterusan; sebelum, semasa dan selepas pilihan raya pembangunan tetap ada. Takkanlah haya kerana berlangsung pilihan raya maka rakyat disekat untuk menerima pembangunan? Ini tidak adil." Molek dan muluk sekali bunyinya. Cakap mengalahkan peguam.

Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu lalu, apabila diajukan persoalan yang sama, jawapan yang diberi oleh seorang pemimpin BN ialah, "Sebenarnya semua projek itu sudah dirancang sejak lama, cuma secara kebetulan ia diadakan sewaktu pilihan raya."

Lucunya, selepas berakhir pilihan raya dan BN tersungkur, semua 'projek kebetulan' itu secara kebetulannya pula berakhir. Nah, sekarang apabila BN tidak sertai pilihan raya kecil Penanti, mana pula projek-projek yang telah dirancang dari awal serta projek-projek 'kebetulan' itu?

Satu perkara yang menyebabkan BN ditolak rakyat ialah sikap pemimpinnya yang tidak pernah berubah. Salah satu perangainya ialah apabila bercakap mereka seolah-olah menganggap semua rakyat bodoh belaka.

Apabila BN diajukan soalan mengapa tak bertanding di Penanti, mereka menjawab kononnya untuk elakkan pembaziran dan tidak mahu terperangkap dengan mainan politik KeADILan. Mereka fikir rakyat tak tahu bahawa sebenarnya mereka takut kalah.

Apabila beberapa pemimpin kaum India dibebaskan dari tahanan ISA sewaktu berlangsung pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, media tali barut BN menyiarkan komen, terutama dari kaum India, yang memuji muja kerajaan BN kononnya baik hati. Tapi hakikatnya mereka hanya mahu mengambil hati 30 peratus pengundi India di Bukit Selambau.

Adun Kota Alam Shah, Manoharan dibebaskan daripada ISA bersama beberapa pemimpin Hindraf beberapa hari selepas isteri beliau membuat sidang media memaklumkan bahawa Manoharan akan meletakkan jawatan kerana tidak dapat memberi sumbangan untuk rakyat akibat dikurung.

Macam isu sebelumnya, media tali barut BN memuji Najib sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana sanggup membebaskan musuh-musuh politik BN. Walhal, semua rakyat tahu bahawa BN takut Manoharan benar-benar letak jawatan yang menyebabkan berlaku pilihan raya kecil.

Begitu juga, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairudin yang terpalit dengan isu 'rasuah' yang dimainkan oleh BN, tiba-tiba dibersihkan oleh SPRM. Semua tahu bahawa tujuan pembersihan itu ialah supaya Fairus menarik balik surat peletakan jawatannya, demi mengelakkan pilihan raya kecil.

Professor Dr Ahmad Atory Hussain, seorang pensyarah pro-BN menyifatkan kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz untuk menerima orang bukan Melayu, asalkan dia Islam, untuk menjadi Menteri Besar, adalah satu usaha untuk memikat pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya kecil Manik Urai.

Mentang-mentang dia pensyarah, dia ingat boleh tipu orang lain dengan kenyataan tidak logiknya itu. Penduduk bukan Melayu Manek Urai tidak sampai 1 peratus, apa yang nak ditarik?

Dalam 'menjelaskan' isu Perak, pemimpin BN memberitahu bahawa tiga Adun Pakatan Rakyat yang melompat menyokong BN bukan kerana diculik, diugut dan dirasuah tapi atas keikhlasan sendiri. Anehnya mengapa mereka hilang, tak dapat dikesan sampai beberapa hari?

Takkanlah tiga "haprak" tersebut sengaja mencari masalah, dicaci oleh masyarakat serta dihina oleh pengundi. kalau tidak kerana imbuhan tertentu.

Semua episod pembohongan pemimpin BN terhadap rakyat tidak pernah berhenti.

Najib mengisytiharkan bahawa zaman di mana kerajaan (BN) tahu segala-galanya sudah berlalu. Tapi nampaknya zaman di mana kerajaan (BN) menganggap semua rakyat bodoh-bodoh belaka dan boleh ditipu, belum lagi berakhir._

PRK MANEK URAI : PAS AKAN MENANG BESAR

PAS akan menang besar pada Pilihanraya Kecil Manek Urai 14 Julai berdasarkan beberapa faktor berikut :-

* Perkhidmatan Allahyarham Pak Su Wil yang hebat dan mesra rakyat
* Jentera PAS yang kuat dan bertugas sejak dari dahulu tidak kira musim pilihanraya atau tidak
* Imej PR yang semakin baik sejak memenangi PRU 2008 dan 5 PRK di Semenanjung
* Imej BN yang semakin teruk dengan isu rasuah dan lain-lain
* Imej pemimpin tertinggi BN/Umno yang paling buruk di mata rakyat
* Umno sudah tidak diterima oleh rakyat Kelantan.
* Program kebajikan rakyat Kerajaan Kelantan amat disenangi rakyat
* Calon PAS yang bakal diketengahkan disenangi oleh kawan dan lawan
* Rakyat semakin cerdik dan tidak termakan dengan rasuah dan politik wang BN/Umno

.............dan banyak lagi faktor-faktor lain. Tidak syak lagi bagi saya adalah lebih baik BN tidak bertanding di Manek Urai. Jika bertanding juga alamat BN akan tewas buat kali keenam berturut-turut.

Polis Boleh Tidur Bila UMNO BN Tidak Sertai Pilihanraya...Bukti kukuh tanpa BN negara aman....ibaratkan tanpa penjenayah...katakan tak nak pada BN.

Pilihanraya Dun Penanti telah selesai dan hasil keputusan tetap dengan menyebelahi Pakatan Rakyat. Sehingga kini, kesemua pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia tetap dipengaruhi Pakatan Rakyat berbanding dengan Barisan Nasional hanya memenangi satu pilihanraya kecil di Batang Ai.

Buat pertama kalinya Barisan Nasional di bawah kepimpinan najib tidak menyertai pilihanraya Kecil iaitu di Dun Penanti. Ramai yang merumuskan bawah najib dan Barisan Nasional masih belum bersedia dan masih tercari-cari formula bagaimana menghadapi kebangkitan rakyat bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Kini, di dalam liga-liga Pilihanraya Kecil sebelum berlakunya kemuncak perlawanan akhir Pilihanraya Umum yang ke 13 akan datang, Barisan Nasional telah kalah dengan jaringan 5-1 dengan Pakatan Rakyat.

Setiap kali berlakunya pilihanraya samada umum atau kecil, pastinya penyokong Pakatan Rakyat akan dilabelkan sebagai ganas dan sering melakukan kontroversi. Dikerahkan anggota Polis Raja Di Malaysia untuk mengawal perjalanan pilihanraya dari kesemua unit Trafik, FRU, JSJ, SB, dan kemungkinan juga yang pakai baju biru kat pejabat tu turut terlibat sama.

Apa tujuannnya menghimpunkan ribuan anggota polis? adakah untuk menakut-nakutkan rakyat untuk mengundi. Bukankah ini menunjukkan bahawa kehadiran anggota polis yang begitu ramai bertujuan mengawal keselamatan jika berlaku rusuhan antara penyokong parti yang bertanding. Setiap kali pilihanraya, pihak anggota polis akan membuat kenyataa media bahawa berlaku sedikit ketegangan antara penyokong parti, tetapi klip yang ditunjukkan oleh media adalah dari penyokong Pakatan Rakyat.

Pilihanraya Penanti sudah terjawab siapakah yang memulakan kontroversi setiap kali pilihanraya dilakukan. Di penanti perjalanan pilihanraya berlaku secara aman tanpa sebarang kontroversi. Media tidak mengeluarkan sebarang adegan membaling botol, kayu, menurunkan bendera, pergaduhan dan aksi-aksi ganas dari penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun pilihanaraya ini melibatkan 4 penjuru pertandingan. Parti Keadilan Rakyat mewakili PR dan 3 dari calon bebas.

Pilihanraya kecil kali ini memudahkan kerja banyak pihak yang terlibat. Kalau tidak, pihak wartawan terpaksa memikirkan bagaimana untuk mereka cipta adegan ganas yg dilakukan oleh penyokong-penyokong PR. Pihak Polis terutamnya dari FRU terpaksa pula berjaga jika berlaku rusuhan ataupun terpaksa membantu BN untuk menaikkan bendera. Pihak Mafrel pula dapat bekerja dengan mudah sebagai pemerhati proses pilihanraya. Bagi pegawai yang terlibat menjaga tempat mengundi dan peti undi, boleh duduk dengan selesa tanpa melayan kerenah penyokong parti. Kali ini dapat kita menyaksikan terdapat anggota yang terlibat lena tertidur akibat aman dan tenteramnya pilihanraya dilakukan.

Persoalannya, BN menarik diri daripada pertandingan kali ini. Jadi siapakah yang sebenarnya yang melakukan kontroversi dan keganasan bila pilihanraya berlaku? - inflakasta

Brunei ruler conned out of RM6.8m: Police


The Brunei Sultan has lost 20 billion rupiah (RM6.8 million) to a group of Indonesian con men posing as officials from Indonesia’s presidential palace, according to police here.

Commissioner General Susno Duadji, the chief of the National Police criminal investigation unit, put an end to days of speculation by confirming over the weekend that the victim was indeed Sultan Hassanal Bolkiah.

Gen Susno added at the media briefing that the con men did not speak directly to Sultan Bolkiah.

“They talked only with the Sultan’s adjutant, who was called from Jakarta,” he said.

Officials at the Brunei Embassy in Indonesia could not be reached for confirmation, as their offices were closed yesterday.

At least 32 foreign and Indonesian officials fell victim to the gang, said Inspector-General Hadiatmoko, Gen Susno’s deputy.

The local media, including The Jakarta Globe newspaper, said the con men pretended to be presidential spokesman Andi Mallarangeng and even President Susilo Bambang Yudhoyono himself when they asked for money, ostensibly to help fund election campaigns.

The victims were asked to deposit the funds into various bank accounts opened under the name of the public figures to make the scam look convincing. The funds had been frozen and would be returned to the victims, said Gen Susno.

So far, 13 people had been arrested, but two, including the mastermind, were still on the run. – Straits Times

500 ikut jejak Hashim jika keluar Umno


Kira-kira 500 ahli Umno dalam bahagian Arau akan meninggalkan parti jika bekas ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berbuat demikian.

Hashim, yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno negeri, bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau, Ismail Hashim berkata, mereka adalah ahli Pemuda dan bekas ahli pergerakan itu dalam DUN Tambun Tulang yang diwakili oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Jumlah 500 itu adalah dari 15 cawangan Umno Tambun Tulang yang merupakan pengikut saya. Jika saya berhijrah, mereka akan ikut saya.

"Saya tunggu keputusan Datuk Hashim, dia lompat saya ikut dia.

"Walaupun Datuk Hashim belum buat keputusan, tetapi 70 peratus sudah ke arah sebelah sana (pembangkang)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Ismail berkata, 500 ahli Umno itu merupakan penyokong kuat Shahidan yang kecewa beliau tidak dilantik semula sebagai menteri besar dan ketua perhubungan Umno Perlis.

Datuk Ismail Kassim, adik Shahidan, merupakan ahli Parlimen Arau.

Menurutnya, dalam masa terdekat ini, ada kumpulan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Pauh akan menubuhkan cawangan PKR.

"Saya tidak terbabit dengan penubuhan cawangan PKR itu kerana ia keputusan mereka sendiri," katanya sambil menambah DUN Pauh diwakili oleh Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail.

Ismail berkata, mereka kecewa kerana tindakan menggantikan jawatan Shahidan sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri dengan Datuk Md Isa Sabu.

Katanya, ada ahli Umno di Arau yang menganggapnya sebagai satu penghinaan walaupun Shahidan telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi (MT).

"Dalam kemelut politik Perlis sekarang, apa yang boleh saya buat. Saya nak tubuh parti baru tidak mampu.

"Takkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim hendak bunuh orang Melayu kerana dia orang Melayu juga," katanya.

-Malaysia Kini-

ADA PILIHAN RAYA, BARU PENGUNDI PENGUNDI MANIK URAI, UMNO DEKATI

Pemimpin Pemimpin UMNO Baru Mahu Belajar Kesengsaraan Rakyat Manik Urai

---------------Oleh Halik Zaman---------------


AHMAD MASLAN: Petugas UMNO, akan tidur di rumah penduduk dan bersama menoreh getah bagi menarik sokongan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai dalam kempen menjelang pilihan raya kecil pada 14 Julai ini.

Petugas UMNO/BN perlu merasai susah senang penduduk di situ yang sebahagian besarnya bekerja kampung untuk menambat hati mereka bagi mengundi UMNO/BN. Tidur di rumah penduduk, kita akan merasai susahnya pekerjaan mereka seperti bekerja kampung. Lebih penting kita bertemu sendiri pengundi dan menerangkan apa pentingnya mereka memilih BN pada pilihan raya kecil nanti. (Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.)

ULASAN

Ada beberapa persoalan yang agak lucu tapi menarik, yang perlu diambil kira oleh pengundi pengundi Manik Urai. Bila ada sahaja pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, pemimpin pemimpin dan petugas petugas UMNO barulah mereka nak mengurak langkah mendekati pengundi pengundi, hingga mereka sanggup tidur dirumah penduduk penduduk miskin di Manik Urai. (Lucu betul, biasanya mereka lebih selesa tidur di suite room dihotel hotel.)

Mereka baru mahu rasa susah senang penduduk kampung. Baru mahu belajar susahnya penduduk kampung bekerja untuk hidup cari makan. Baru nak ambil tahu dan belajar penderitaan rakyat dengan membawa satu tujuan busuk UMNO "untuk menambat hati pengundi pengundi kata mereka", merayu pengundi pengundi meminta diundi kepada UMNO/BN. Setelah 52 tahun UMNO memerintah rakyat diabaikan. Baru nak mendekati rakyat Manik Urai. Baru mahu belajari bagaimana kesengsaraan rakyat di Manik Urai. "Syabas mera beta, kata Amitabh Bachan dalam filem Hindustannya".

Ini bererti bila ada pilihanraya sahaja rakyat diambil keperdulian oleh UMNO. Selesai pilihanraya, mereka pun "berkau kau dan beraku aku lah". Nanti jika ada pilihanraya, baru pemimpin pemimpin dan petugas petugas UMNO datang mendekati rakyat. Jika UMNO/BN perlu, baru lah pemimpin pemimpin mahu tidur dirumah penduduk penduduk miskin untuk belajar penderitaan rakyat sambil meraih undi dan ambil hati.

Sama ada kawasan DUN Manik Urai itu dulu, dimenangi oleh Pakatan Rakyat, Bebas atau UMNO, tugas Kerajaan Pusat , semua rakyat mesti mendapat bantuan sama rata dari Kerajaan Pusat. Kenapa dikala ada pilihanraya sahaja pemimpin pemimpin UMNO baru mahu mendekati rakyat?

Semua pengundi sudah tahu, apa tujuan pemimpin pemimpin UMNO mahu mendekati dan tidur dirumah penduduk penduduk Manik Urai? Kalau bukan "ada udang dibalik poket". Mungkin mereka datang kasih beras, kain sarung, tangki air, mesin rumput, plywood, zink, beruti, papan dan wang, ambil sahaja. Undi tetap pada Lambang Bulan---PAS. Ikut cara rakyat Kuala Trengganu dan Bukit Gantang Perak. "Undi rahsia tidak ada siapa yang tahu." Ada lorry ada bus, ini kali mesti balas.

Kelantan sehingga kehari ini, dianggap oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai "Serambi Mekah" , pemimpinnya seorang Ulamak' Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz yang seumur hidupnya tidak pernah terima rasuah. Ingat, Allah swt. suka kepada pemimpin yang menolak rasuah seperti Tok Guru Nik Aziz.
HZ

Apabila menteri tidak pandai mengira…

Sebagaimana yang dijangka, semua media arus perdana di bawah telunjuk UMNO- BN hari ini telah merujuk kepada jumlah pengundi rendah pada pilihanraya kecil Penanti sebagai bukti rakyat menolak pilihanraya itu.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pula berkata calon PKR Mansor Othman sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya mendapat 10,000 undi susulan keputusan UMNO untuk tidak bertanding.

Muhyiddin mendakwa undi untuk PKR berkurangan berbanding dengan pilihanraya umum lalu, malah keputusan itu menunjukkan UMNO tetap kuat di Penanti.

Jika itu benar, maka bertambah lagilah keputusan UMNO untuk tidak bertanding, tidak masuk akal.

Sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin seharusnya mempunyai kemahiran mengira yang lebih tinggi daripada analisisnya mengenai keputusan Penanti.

Hakikat ialah calon PKR memperolehi majoriti yang LEBIH BESAR, iaitu 5,558 undi, berbanding 2,219 undi yang diperolehi oleh rakannya Mohamad Fairus Khairuddin pada pilihanraya umum lalu.

Dalam ertikata lain, Mansor memperolehi hampir 90 peratus daripada keseluruhan undi semalam, mengakibatkan kesemua tiga calon bebas (termasuk seorang wanita yang mendapat sokongan terang-terangan UMNO) hilang wang deposit mereka.

Muhyiddin tentunya akur bahawa angka 5,558 (Mansor) adalah lebih BESAR daripada 2,219 (Fairus).
Persoalannya cuma sama ada Timbalan Perdana Menteri jujur untuk mengaku sedemikian tanpa mengaburi fakta dengan andaian sendiri yang sukar diterima.

Justeru yang seharusnya jadi persoalan ialah mengenai peratusan pengundi yang rendah pada pilihanraya kecil Penanti iaitu kira-kira 46.15 peratus.

Yang bingkas mengisytiharkan jumlah itu yang paling buruk dalam sejarah negara tidak lain dan tidak bukan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Namun beliau berdiam diri dan berpeluk tubuh apabila berhadapan dengan tindakan pemimpin seperti Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang menggesa orang ramai tidak keluar mengundi.

Apakah kenyataan Khairy tidak bercanggah dengan Akta Pilihanraya dan bukankah ia mencabuli Akta Hasutan negara ini?.

Adakah pemimpin Pakatan Rakyat boleh membuat gesaan yang serupa tanpa sebarang reaksi daripada SPR dan Polis.?

Tidak dapat dinafikan peratusan mengundi merosot di Penanti, pada kadar lebih tinggi berbanding pilihanraya kecil yang lain.

Namun tidak juga dapat dinafikan bahawa dakwaan-dakwaan pengundi dipancing dengan percutian percuma dan duit belanja ke Thailand menjelang hari pembuangan undi ada asasnya.

Begitu juga dengan tangan-tangan tersembunyi yang menganjurkan jamuan makan terbuka pada hari mengundi bagi mengalihkan tumpuan penduduk Penanti.

Bagaimanapun taktik-taktik murahan itu tidak berjaya. Ramai pengundi yang menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka, sesuai dengan amalan demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan.

“Walaupun PKR berhadapan dengan fitnah jahat serta aparat kekuasaan yang berhasrat mengikis sokongan rakyat, namun segala usaha mereka (Umno) menemui jalan buntu,” kata Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihan raya, dan masih tetap tidak berganjak untuk menyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

“Keputusan pilihan raya kecil ini membuktikan Keadilan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti,” tambah Anwar.

Najib, Muhyiddin dan semua sekutu mereka harus berhati terbuka dalam menerima keputusan bahawa 90 peratus pengundi yang keluar mengundi di Penanti TIDAK menolak PKR tetapi memberi sokongan penuh untuk parti itu bersama Pakatan Rakyat.

Apa yang perlu dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sekarang ialah melengkapkan UMNO untuk berdepan dengan pengundi Melayu di Manik Urai .dan cuba membuktikan UMNO masih relevan kepada rakyat. -- TVA

Kementerian Kewangan kaji wujud skim pinjaman elak Ah Long...dah ramai jadi mangsa seksa dan bunuh...!!! Polis buat ape...????

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan mengkaji kemungkinan mewujudkan satu skim pinjaman kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi mengelakkan golongan berkenaan daripada berhutang dengan Ah Long.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata masalah melibatkan Ah Long semakin meruncing dengan peminjam terpaksa menanggung kadar faedah yang terlalu tinggi serta terpaksa berdepan dengan cara kutipan yang tidak beretika.

"Kerajaan sedang memikirkan bagaimana cara terbaik untuk menangani masalah peminjam yang memerlukan dan terdesak tetapi tidak mempunyai pendapatan tetap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan Kepada Media anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Dr Awang Adek berkata demikian bagi mengulas cadangan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang meminta Kementerian Kewangan mencari jalan penyelesaian membantu orang ramai yang amat memerlukan pinjaman kecil.

Katanya kerajaan kini menyediakan pelbagai jenis pinjaman termasuklah pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) bagi peminjam yang mahu menjalankan perniagaan dan Amanah Ikhtiar Malaysia bagi penduduk luar bandar. BERNAMA

Survey shows only 45% of Malaysians happy with Najib

By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, June 1 — Less than two months into his administration, Datuk Seri Najib Tun Razak only has the thumbs up from 45 per cent of Malaysians polled recently, with nearly four out of 10 refusing to even answer the question.

Another 16 per cent remained dissatisfied with the country’s sixth prime minister, according to the latest Merdeka Centre survey released today.

The big shift from disapproving respondents towards uncertainty may be due to the short period that Najib has been in power.
But recent crackdowns on dissent through police arrests and the use of the Sedition Act may have stunted the strength of open disapproval.

What seems clear is that Najib has not been given the privilege of a “honeymoon period” and the groundswell of unhappiness with Barisan Nasional has left him with little or no reservoir of good will to draw from.

As his administration took over Putrajaya, only 35 per cent felt the country was headed in the right direction, with 36 per cent satisfied with the state of the nation. These figures have now improved to 42 per cent and 51 per cent respectively.

Still, it seems Najib has surpassed expectations of Malaysians prior to his premiership, which began on April 3.

The Merdeka Centre also found that 45 per cent of Malaysians were satisfied with Najib in May, a point up from just before he stepped up as PM, which in turn was up from a low of 34 per cent in early March.

The survey suggests that both the Perak crisis and the release of the five Hindraf leaders from Internal Security Act detention have had great impact.

A less pessimistic outlook on the economy also seems to have helped, despite most respondents being unaware of Najib’s move to free up the services and financial sectors.

The Perak political crisis ignited in February due to Barisan’s takeover of the state. Anger seems to have dissipated with the passing of time and in May, the High Court had ruled that Datuk Seri Nizar Jamaluddin’s Pakatan Rakyat government was still legal. When the survey concluded, the Court of Appeal had yet to overturn this decision.

Meanwhile, the country’s tiny Indian community were surprisingly the most supportive of Najib, with a 64 per cent approval rating. It coincided with his decision to release all five Hindraf leaders who were detained two years ago after a massive street protest against claimed injustices towards the community.

Fifty-three per cent of Malays were also pleased with Najib but less than a quarter of the Chinese population feel likewise.

However, only 36 per cent of Malaysians were aware of Najib’s move to liberalise the economy by removing Bumiputera quotas for certain sub-sectors. Of these, 70 per cent of non-Malays agreed with it but only 37 per cent of Malays felt the same.

Yet across the board, all ethnic groups concurred that it would improve investment and job opportunities, with over two-thirds of Indians welcoming the changes.

Respondents also said the economy was the most pressing issue that the prime minister needed to address.

Najib, who is also finance minister, said last week the country was in recession with the economy expected to contract up to 5 per cent in 2009. The government has put in two stimulus packages in the past six months but it was not fast enough to stem the 6.2 per cent contraction for the first quarter of 2009.

He has said the country needs a new economic model that emphasised innovativeness and creativity apart from introducing his “1 Malaysia” concept to promote togetherness and unity.

detail at : http://www.merdeka.org/v2/download/Poll%20Report%201%20June%202009.pdf

Penanti: Pakatan Rakyat perlu terus hati-hati terhadap angkara Umno-BN

PENANTI, 1 Jun (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana kemenangan Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti menjadikan Umno lebih agresif merancang berbagai usaha buruk untuk memenuhi dendam mereka.
Ujarnya, penolakan BN oleh rakyat sejak kebelakangan ini membuatkan kepimpinan parti itu semakin lantang mencerca dan mencipta berbagai usaha memburuk-burukan usaha kerajaan walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan terhadap rakyat.

"Awasi usaha Umno akan datang kerana mereka akan lakukan apa saja untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat termasuk melaga-lagakan kepimpinan gabungan ketiga-tiga parti," jelasnya ketika memberikan amanat selepas menang di Yayasan Aman, Penanti semalam.

Beliau menambah, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) juga memainkan peranan dengan arahan BN supaya rakyat yang cenderong kepada Pakatan Rakyat tidak boleh mengundi walhal dalam pilihan raya umum lepas nama mereka tertera dalam buku daftar pemilih.

Tidak mustahil Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan nanti sambung Anwar, BN cuba melakukan berbagai helah untuk membersihkan nama mereka di Penanti.

Menyentuh isu kemenangan di Penanti beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen mengucapkan terima kasih pada pengundi kerana memberi ruang untuk Dr Mansor berkhidmat di Penanti walaupun beliau bukan anak tempatan Penanti.

"Berilah beliau peluang membina harapan baru yang lebih sengit di Dun Penanti. Marilah bersamanya melebarkan semangat serta tingkatkan pembaharuan yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng," katanya. - mns _

Guna ISA hukum mereka sokong Chin Peng - PBTM....Jadi Gerakan@BN yang sokong...kalau berani ISA kan lah...???

Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak termasuk pemimpin politik yang mengesyor dan menyokong saranan agar bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibenar pulang ke tanah air perlu dihukum di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tegas Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, pihaknya berpendapat sesiapa yang mengeluarkan dan menyokong saranan sedemikian sama seperti anggota komunis.

"Apakah untung kembalinya seorang ketua komunis ke Malaysia.

"Kepada rakyat yang sokong kepulangan Chin Peng ke Malaysia dianggap komunis.

"Mereka berjiwa komunis dan mengiktiraf perjuangan parti komunis," kata beliau pada sidang media di sini pagi ini.

Sidang media ini diadakan ketika syor Chin Peng dibenar pulang ke tanah air menjadi polemik sejak seminggu lalu.

"Saya memang berharap pada kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik kerana saya anggap mereka komunis," katanya lagi," katanya.

Tambah beliau, walaupun kerajaan sebelum ini mengatakan bahawa tindakan tidak akan diambil ke atas mereka terbabit tetapi PBTM merasakan tindakan tegas perlu dikenakan.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu, pihaknya akan menganjurkan Perhimpunan Mangsa Chin Peng, dijangka bulan ini.

PBTM mahu mengadakan majlis sedemikian untuk menggambarkan kesukaran dan keperitan hidup ketika era komunis, katanya.

Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertahanan esok untuk membincangkan rancangan mereka itu.

Pada sidang media itu, enam anggota tentera yang cedera parah dan kehilangan anggota badan ketika terlibat dalam operasi membanteras pengganas komunis turut hadir.

Mereka ialah Kpl (B) Rosli Adnan yang hilang kedua-dua kakinya; Kpl (B) Hamzah Hassan yang kaki kanannya terputus dari paras lali dan kaki kiri cedera; Kpl (B) Madin Nasir yang lumpuh dari pinggang ke bawah; Kpl. Muhammad Sham Harun yang cacat penglihatan; Kpl (B) Awang Ahmad Yaacob yang kudung tangan kanan dan Mej (B) Ahmad Shafie Abdul Manan yang kudung tangan kanan kerana jerangkap samar.

Melayu Telah Berubah, Utusan Belum….

Bagi kebanyakan orang, Ahad adalah hari untuk rehat kerana ia hari cuti. Malangnya Mingguan Malaysia semalam (31 Mei 2009) tidak membolehkan saya rehat dan merasa tenang. Malahan tulisan-tulisan dalam akhbar itu menimbulkan rasa kecewa, mengingatkan saya betapa jauhnya akhbar Melayu ini dari realiti sebenar kehidupan di Malaysia serta besar jurang pendirian akhbar itu dengan pemikiran orang Melayu masa ini. Mungkin inilah menyebabkan Utusan semakin hari semakin kurang orang membacanya.Tema dan asas cerita utamanya adalah perkauman, perkauman dan perkauman.

Saya sebenarnya sudah malas baca tapi bila melihat tajuk “Melayu dikhianati?” tulisan ideolog utamanya Awang Selamat, saya paksa diri untuk tahu lebih lanjut. Kata Awang Selamat, semakin hari semakin teruk hatinya ditoreh oleh tuntutan kaum bukan Melayu yang dakwanya berbau rasis yanag berkemuncak sekarang ini dan bermula sejak keputusan pilihanraya yang lepas. Wah! Dengan lain perkataan, rakyat Malaysia mestilah menjaga hati Awang Selamat sebelum membuat apa-apa tuntutan kerana bila hati Awang Selamat tertoreh, maka hati UMNO pun tertoreh; dan bila hati UMNO tertoreh maka hati Melayu pun tertoreh. Begitulah agaknya logik Awang Selamat.

Dia tidak sedikit pun mengulas apa yang dituntut oleh rakyat Malaysia yang bukan Melayu itu. Apakah yang “kerterlaluan” itu? Kalau pun mereka bertanya soal biasiswa atau pembahagian tanah atau peluang kerja; tak bolehkah dijawab secara rasional dan berpandukan fakta. Mengapa mudah benar tertoreh hati? Apakah segala tuntutan orang bukan Melayu itu (yang ada hak di bawah Perlembagaan) tidak wajar dan tidak berasas? Mengikut Awang Selamat begitulah agaknya kerana 50 tahun dahulu UMNO dan Melayu telah “bermurah hati” memberi kerakyatan kepada nenek moyang mereka semasa Merdeka. Jadi kerana kerakyatan itu diberi atas ehsan dan besar hati UMNO maka anak cucu mereka tidak sama sekali boleh MEMBUAT APA-APA TUNTUTAN kerana mereka mesti sentiasa dan selama-lamanya mengenang budi kemurahan hati UMNO.

Pemikiran seperti inilah yang saya maksudkan sudah tidak laku dan ditolak oleh rakyat semua. Bila rakyat meminta sesuatu walau pun dari Melayu, Cina atau India, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan (dan akhbar yang bertanggung jawab menilainya) untuk cuba menunaikan permintaan tersebut. Kalau keterlaluan, terangkan saja mengapa tapi jangan ungkit sejarah untuk menutup kekurangan kita. Janganlah sentiasa naik marah dan mengugut dan memberi serpihan sejarah yang tidak lengkap untuk membuat modal politik.

Kita mendapat kemerdekaan kerana British telah bersetuju dengan pihak Perikatan dalam hal syarat-syarat kemerdekaan tersebut. Bila kita bersetuju, kita hormatilah perjanjian tersebut. Usahlah nak ungkit bahawa kita bermurah hati memberi kerakyatan yang mudah kepada Cina dan India. Hakikatnya itulah syarat yang kita setuju. Tak ada siapa yang memaksa kita memberi kemudahan itu. Pada masa itu adalah mustahil untuk British melepaskan Malaya pada tahun 1957 jika soal kewarganegaraan kaum Cina dan India tidak selesai. Sejak Gerald Templer dihantar ke sini oleh Winston Churchill pada tahun 1952, semua pihak berusaha mencari jalan ke arah memerdekakan Malaya tetapi dengan syarat yang perlu diselesaikan ialah penerimaan kaum Cina dan India sebagai warganegara. Kerajaan British tegas dalam hal ini. Dan UMNO setuju dengan syarat ini. Itulah harga kemerdekaan yang Perikatan faham dam menerima dengan hati terbuka. Apakah Utusan ada fakta sejarah yang berbeza?
Tapi katakanlah kita terima pandangan kononnya UMNO telah “bermurah hati “tentang kerakyatan kepada mereka yang menjadi warganegara lebih 50 tahun dahulu; adakah Awang Selamat mengharapkan cucu cicit mereka sekarang ini tidak langsung boleh bersuara tentang hak mereka? Adakah mereka perlu diam kerana tok nenek mereka dulu kononnya telah mendapat ehsan dari UMNO? Pemikiran feudal ini tidak ada tempat dalam sabuah Negara moden yang menghormati hak rakyat nya sendiri.

Satu lagi rencana ialah tulisan pengarang kanan Zulkiflee Bakar yang memberi nasihat kapada pembaca Utusan supaya jangan buta sejarah. Agaknya Melayu macam saya ini dianggap buta sejarah. Sebenarnya soal sejarah tidak sukar dipelajari dan saya memang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah. Tetapi orang yang paling malang dan kita kasihan ialah orang yang buta hati. Bila hati kita buta, tidak ada fakta dan ilmu yang dapat mengisi kekosongan dalam diri kita. Akhbar Utusan dan Mingguan sepatutnya membantu Perdana Menteri meneroka paradigma baru seperti dalam mencari erti 1 Malaysia yang sebenar (perkataanya pun ialah Malaysia; bukan mana-mana kaum tertentu). Akhbar ini sepatutnya membantu Perdana Menteri mencari jalan membangunkan ekonomi dengan pendekatan dan dasar yang lebih pragmatik dan adil. Akhbar sepatutnya mencadangkan cara yang pragtik dan progresif untuk membantu PM bukan menjadi pelobi ideologi yang usang .

Tapi Utusan masih mahukan gurindam perkauman. Bagi Utusan, Melayu gagal kerana orang Cina, kerana orang India. Sedarlah Utusan, orang bukan Melayu dan Melayu sendiri pun sudah dapat membezakan antara Melayu dan UMNO, tahu bahawa bila dasar UMNO dikritik, ia bukan mencabar Melayu tetapi mencabar UMNO. Usaha nak lagakan Melayu dan Cina kian hebat di usahakan tetapi percaya lah api perkauman tidak mungkin dapat menyala saperti dahulu.. Usahlah mudah tertoreh hati bila sesuatu dasar UMNO dikritik dan dipersoalkan. Orang Melayu telah banyak berubah minda dan kefahaman mereka tentang Malaysia dan masa depan mereka; mereka tahu perbezaan itu. Mereka tahu apa yang menanti dalam dunia yang penuh mencabar ini. Dan apa perubahan yang perlu mereka lakukan.Cuma Utusan belum sedar perubahan ini.

http://myzaidibrahim.wordpress.com/

LAGI HALNYA NASHARUDIN MAT ISA

Oleh: PenarikBeca

Saya menerima satu email. Ia begitu detail dengan pelbagai maklumat. Oleh kerana saya tak berani nak simpan maklumat-maklumat itu, saya delete email tersebut. Di tempat trash pun saya tekan delete forever. Aku bukannya berani pun. Aku penakut!

Bagaimanapun, saya fikir, ada juga yang boleh dikongsikan seperti berikut (kecuali ayat-ayat laporan dari saya, saya tidak edit email itu):

Email itu ialah mengenai Task Force 2010 ditubuhkan atas dasar mengembalikan kestabilan di Selatan Thai. Ia diketuai oleh seorang berpangkat Jeneral daripada Kor Risik yang dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Beliau adalah Dato’ Wan Abu Bakar yang berasal dari Terengganu.

Email itu menuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa telah terlibat dengan Task Force ini dan telah dua kali menguruskan pertemuan diantara Dato’ Wan Abu Bakar dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun, menurut email itu, Tuan Guru dengan jelas tidak mahu terlibat dengan agenda Task Force 2010 tersebut.

Nasib baik, menurut email itu lagi, Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu membabitkan diri.

Ini kerana tidak lama kemudian, menurut email itu, agenda Task Force ini kemudiannya berubah kepada agenda perpaduan Melayu. Ianya mengalih isu Selatan Thai kepada isu menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi 'beyond 2010', menurut email itu. Tahun 2010 ialah tahun asal transisi kuasa antara Abdullah kepada Najib.

Email itu mendakwa, Task Force ini digembeling oleh Dato’ Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa untuk menganjurkan beberapa pertemuan di antara pemimpin tertinggi UMNO dengan beberapa pemimpin PAS. Akhirnya, Abdullah Badawi membuat pengakuan bahawa sedang ada rundingan antara kedua-dua parti tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyidin Yassin bagaimanapun berjaya membangkitkan keberanian terbuka ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO dan pemberontakan dalaman berlaku mengakibatkan Abdullah terpaksa berundur sebelum 2010.

Email itu menuduh "Task Force ini juga terlibat dengan mendedahkan maklumat-maklumat Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia yang bertujuan menjatuhkan Najib Razak. Antaranya ialah mendedahkan maklumat pembunuhan Altantunya kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian kepada Raja Petra Kamaruddin".

Setelah ketiadaan Abdullah, dakwa email itu, ada usaha untuk mengekalkan semula Task Force ini. Pertemuan di antara wakil Task Force bersama Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi diadakan, dakwa email itu.

Bagaimanapun, dakwa email itu lagi, Najib Razak tidak berminat kerana dia tahu dan sedar apa yang telah dilakukan oleh Task Force ini ke atasnya. Namun akhirnya, dakwa email itu lagi, Najib lembut hati apabila nama Nasharudin Mat Isa dibangkitkan.

Email itu selanjutnya mendakwa, antara yang akan menjadi usaha terkininya ialah mengembalikan kegemilangan BN dengan membawa semula PAS ke dalamnya. Email itu seterusnya yakin Najib Razak akan menerimanya kerana ia akan meneruskan legasi ayahandanya.

Seterusnya email itu mengemukakan dua persoalan:

Apakah peranan Utusan Malaysia di dalam keprihatinan tiba-tiba terhadap PAS adalah sebahagian daripada agenda Task Force 2010?

Email itu mendakwa "Ya"

Siapakah Nasharuddin Mat Isa?

Email itu menjawab, tanya Dato Wan Abu Bakar.

Di bawah sekali tertulis seperti berikut:
Ikhlas,
Hassan

Manohara pulang dengan izin suami, kata teman karib Tengku TT

oleh Jimadie Shah Othman
Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot bukan dilarikan atau melarikan diri, tetapi pulang dengan izin suaminya, Tengku Temenggung Kelantan, kata teman karib pasangan tersebut.

Manohara dalam sidang akhbar di Jakarta semalam mendakwa dia didera oleh suaminya, Tengku Temenggung Kelantan.

"Tengku Temenggung (Tengku Muhammad Fakhry Petra) tidak ada apa-apa (masalah). Manohara pulang dengan izinnya," kata Mohd Soberi Shafii kepada Malaysiakini pagi ini.

"Bukan dilarikan atau melarikan diri, tetapi pulang dengan izin," tegasnya lagi.

Beliau juga menafikan berlakunya kekecohan antara pihak istana dan ibu Manohara, Daisy Fajarina di sebuah hotel di Singapura semalam.

Menurutnya, dalam kejadian di Hotel Royal Plaza itu, Manohara membuat keputusan pulang ke Jakarta setelah pertemuan panjang selama tujuh jam dengan ibu dan kakaknya Dewi Seri Asih.

Bagaimanapun, Mohd Soberi mendakwa apa yang dikatakan Manohara dalam sidang akhbar di Jakarta itu "menurut arahan dan skrip ibunya" semata-mata.

"Dia (Manohara) takut pada ibunya. Dia hanya ikut suruhan ibunya. Ini semua telah ditetapkan oleh ibunya.

'Atur rancangan'

"Di waktu kecilnya, beliau pernah melihat kegarangan ibunya menyiksa orang gaji ketika di Perancis dahulu," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Soberi menafikan bekas model berumur 17 tahun itu didera secara fizikil, emosi dan seksual, termasuk disuntik hormon bagi menambahkan berat badan oleh Tengku Muhammad Fakhry.

"Tindakan Manohara cuma (diatur supaya) mengiyakan segala cakap ibunya selama ini," kata Mohd Soberi yang juga seorang ahli perniagaan itu.

Mohd Soberi juga berkata, Daisy telah mengatur rancangan awal bagi membawa pulang anaknya itu.

"Dia (Daisy) sudah aturkan. Di hotel, krew televisyen Singapura sudah ikut dia. Sampai di lapangan terbang di Jakarta, (Manohara) terus dibawa ke stesen televisyen untuk diwawancara," tambah Mohd Soberi.

Ditanya sama ada pasangan diraja itu akan bercerai, beliau berkata: "Terserahlah kepada Manohara. Kalau ingin bercerai, kita ikut proses perceraian. Tengku TT (Tengku Temenggung) ambil sikap serah (keputusan) kepada Manohara," katanya.

Beliau mendakwa, putera ketiga Sultan Kelantan itu juga tidak menyalahkan pihak kedutaan Indonesia atau Amerika Syarikat kerana membantu membawa keluar isterinya daripada kota Singa itu.

Pemeriksaan perubatan

"Beliau tidak salahkan kerajaan. Beliau tidak minta kerajaan selesaikan masalah keluarganya. Rakyat Malaysia tidak bodoh untuk memperalatkan kerajaan untuk kepentingan sendiri," katanya.

Media Indonesia melaporkan, Manohara dibantu kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Singapura untuk kembali ke Jakarta.

Dia dilaporkan tiba di negara seberang itu kira-kira 7 pagi waktu Indonesia.

Bekas model itu dilaporkan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan pagi ini, selain pemeriksaan psikiatri.

Hasil pemeriksaan perubatan itu dilaporkan akan diserahkan kepada peguamnya.

Mengulas perkara itu, Mohd Soberi berkata, Tengku TT mengalu-alukan pemeriksaan perubatan itu.

"Tengku TT alu-alukan. Sudah sampai masanya untuk menunjukkan bukti," katanya.

Usaha Malaysiakini menghubungi Daisy di Jakarta setakat ini belum berhasil.

Manohara dakwa 'diperlaku seperti binatang'

OLEH Jimadie Shah Othman
Bekas model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot memberitahu sidang akhbar di Jakarta semalam bahawa sepanjang sembilan bulan berkahwin dengan Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, dia "diperlakukan seperti binatang" dan "barang mainan".

Sidang akhbarnya itu turut disiarkan oleh sebuah stesen televisyen Indonesia - Tran7 - yang kini tersebar melalui Youtube di Internet.

Manohara mendakwa dia menjadi mangsa penganiayaan seksual, fizikal dan mental oleh suaminya.

"Semuanya benar, tiada pembohongan tentang perkara itu. Saya ada bukti," katanya dalam sidang akhbar tersebut.

"Jadi di Kelantan itu, jika saya dibilang puteri, (itu) benar-benar enggak. Saya diperlakukan seperti binatang. Saya dikunci dalam bilik.

"Jika dibenarkan keluar pun, saya dipaksa senyum dan berlakon tiada apa-apa berlaku. Jika tidak, saya akan hadapi masalah apabila pulang nanti," katanya.

Dalam sidang akhbar tersebut, Manohara turut menyuara kekecewaannya terhadap kedutaan negaranya di Malaysia kerana tidak menyiasat dakwaan beliau didera itu.


"Mereka kata saya gembira dan patut dibiarkan sendiri di Kelantan. Tetapi mereka tidak sekali pun menyiasat atau menelefon saya. Mereka kata, berdasarkan gambar, saya nampak gembiran dan OK," katanya.

'Dakwa kedutaan tak bantu'

Dia juga mendakwa kedutaan Indonesia di Malaysia dan Singapura tidak membantunya ketika berada dalam kecemasan.

"Pada hari Ahad (semalam), saya hubungi kedutaan Indonesia (Di Singapura) dahulu dan minta pertolongan. Mereka menolaknya walaupun ia kecemasan, sebab semalam hari cuti.

"Mereka (kedutaan) minta saya hubungi semula pada hari Isnin (hari ini) dan memohon maaf kerana kerana tidak dapat membantu. Inilah jenis respons yang kamu dapat ketika waktu-waktu kecemasan.

"Inilah Indonesia. Saya harap perkara ini boleh berubah," katanya yang banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam sidang media di Jakarta semalam.

Media Indonesia semalam melaporkan, Manohara yang asalnya mengikuti suaminya menziarahi Sultan Kelantan yang sedang gering dilaporkan "melarikan diri" dan pulang ke Indonesia dengan pertolongan kedutaan Amerika Syarikat di Kota Singa itu.

Bagaimanapun, Mohd Soberi Shafii - sahabat karib kepada Tengku Muhammad Fakhry - berkata "Manohara tidak lari atau dilarikan, sebaliknya pulang dengan izin suaminya"

Penanti : Keputusan terpeinci saluran dan UPU


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Keputusan PRK N12 Penanti dah pun keluar. PRK mengekalkan kerusi tu dengan Dr. Mansur sebagai calon mengalahkan 3 calon bebas dengan majoriti 5, 558 undi.

Macam yang aku jangka, ketiga-tiga calon bebas hilang wang deposit. Aminah Abdullah dapat 392 undi, Nai Khan Ari a/l Nai Keow dapat 494 undi dan Kamarul Ramizu Idris dapat 56 undi.

Nampak gayanya berjaya la PRK nak melantik wakil rakyat Penanti yang baru memang ni sebagai Timbalan Menteri Besar 1 Pulau Pinang. Moga-moga Timbalan Menteri Besar yang baru ni lebih bagus dari yang lama. Bukan takat lebih bagus tapi masti kena capai 'piawai' sebagai Timbalan Menteri Besar.

Kalau yang 'berwibawa' macam ni pun tak boleh 'perform' jugak jangan marah kat orang PAS kalau lain kali depa 'buat kacau' lebih lagi. Mungkin masa tu aku pun akan turut sama 'buat kacau'.

Kut-kut ada yang berminat nak buat analisa terpeinci keputusan PRK N 12 Penenti kali ni, aku paparkan kat bawah. Keputusan berdasarkan Saluran dan jugak jumlah ikut UPU (daerah mengundi).


KEPUTUSAN PENUH MENGIKUT SALURAN
PILIHANRAYA KECIL N.12 PENANTI
(keputusan penuh mengikut saluran dan jumlah mengikut UPU
Saluran Daerah Mengundi PKR KUNCI WAU PAYUNG
JDM01-01 Guar Perahu 133 763 11 51 3 4 3 10
JDM01-02 Guar Perahu 213 20 1 7
JDM01-03 Guar Perahu 234 13 0 0
JDM01-04 Guar Perahu 183 7 0 0
JDM02-01 Kuala Mengkuang 117 869 10 75 1 4 2 10
JDM02-02 Kuala Mengkuang 216 14 1 2
JDM02-03 Kuala Mengkuang 205 16 1 4
JDM02-04 Kuala Mengkuang 179 18 1 2
JDM02-05 Kuala Mengkuang 152 17 0 0
JDM03-01 Telok Wang 180 180 21 21 154 154 1 1
JDM04-01 Mengkuang 160 824 19 108 9 24 1 3
JDM04-02 Mengkuang 209 43 8 0
JDM04-03 Mengkuang 249 21 7 2
JDM04-04 Mengkuang 206 25 0 0
JDM05-01 Sungai Lembu 258 258 2 2 102 102 2 2
JDM06-01 Penanti 147 405 8 23 17 32 1 6
JDM06-02 Penanti 132 7 10 3
JDM06-03 Penanti 126 8 5 2
JDM07-01 Kubang Ulu 144 594 11 33 21 79 2 3
JDM07-02 Kubang Ulu 238 14 38 0
JDM07-03 Kubang Ulu 212 8 20 1
JDM08-01 Sungai Semambu 150 831 4 17 12 41 1 4
JDM08-02 Sungai Semambu 220 4 14 0
JDM08-03 Sungai Semambu 242 5 7 1
JDM08-04 Sungai Semambu 219 4 8 2
JDM09-01 Tanah Liat 116 674 9 40 9 24 4 8
JDM09-02 Tanah Liat 192 18 7 0
JDM09-03 Tanah Liat 187 9 4 4
JDM09-04 Tanah Liat 179 4 4 0
JDM10-01 Berapit Road 168 652 1 10 10 30 1 2
JDM10-02 Berapit Road 244 3 7 1
JDM10-03 Berapit Road 240 6 13 0
POS-01 Undi Pos 2 2 12 12 0 0 7 7
Jumlah
6052 392 494 56



Khir: PKR 'gila talak' dan amal politik 'bogeyman'

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyifatkan PKR sebagai 'gila talak' apabila hampir saban hari sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil DUN Penanti, tetap menghentam dan menyerang Umno dan BN walaupun calonnya tidak bertanding.

Dalam pilihanraya kecil semalam, calon PKR, Mansor Othman menang dengan majoriti 5,558 undi. Beliau mendapat 6,052 undi manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah, mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Ketiga-tiga mereka hilang deposit.

Hanya 46.15 peratus atau 7,100 orang keluar pengundi keluar mengundi dan merupakan peratusan terendah dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

Bagaimanapun, kata Dr Mohd Khir, PKR menyalahkan BN kerana ramai yang tidak keluar mengundi.

"Kata mereka ketiadaan BN menyebabkan ramai tidak berminat keluar mengundi," tulis ketua pembangkang DUN Selangor itu dalam blognya hari ini.

Menurutnya, ada pula yang mendakwa BN menghalang orang ramai keluar mengundi, termasuk menaja rombongan keluar dari Penanti.

Pengundi hantu

"Sungguh melucukan ada pula pemimpin muda mereka yang bersedia menghalang mana-mana bas keluar dari Penanti ketika hampir hari pembuangan undi. Jika dulu mereka kata pengundi hantu lalu halang bas masuk ke kawasan pilihanraya kecil.

"Hari ini mereka mahu halang bas keluar pula kononnya hendak halang pengundi yang sah dari keluar kawasan pilihanraya. Mereka menentukan peraturan, mereka membuat keputusan dan mereka melaksanakan penguatkuasaan.

"Namun apabila diperhatikan polemik dan politik PKR dan parti-parti sekutunya sejak menang beberapa negeri sehingga sekarang ini, kenyataan paling sesuai bagi cara mereka mentadbir dan berpolitik ialah 'politik bogeyman'," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya hari ini.

Katanya, mereka menjadikan BN dan Umno sebagai boogeyman atas apa sahaja mala petaka, nasib malang dan kegagalan mereka, mahupun sesiapa sahaja yang boleh mengundi.

"Kempen mereka, kenyataan mereka dan ceramah mereka meletakkan apa sahaja kesalahan atau kekurangan atas BN.

"Jika kita masih ingat suatu ketika dahulu, masalah jerebu juga salah pemimpin BN yang kononnya membiarkan maksiat berleluasa.

"Sudah tentu idea tersebut tidak lagi digunakan sekarang. Ceramah dan hasutan mereka dalam bentuk baru tetapi hantunya atau boogeyman tetap BN.

"Jika ada orang kena bunuh pun, maka mereka mencari pemimpin BN untuk dijadikan boogeymannya. Jika ada jalan berlopak pun mereka menunjuk jari kepada pemimpin BN

sungguhpun jalan tersebut di bawah kendalian PBT negeri yang mereka tadbir.

Sokongan berkurangan

"Malah jika ada anak gagal mendapat tempat di institut pengajian tinggi yang mereka mahu juga salah pemimpin BN," tulis Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor.

Justeru, tulisnya, sungguhpun BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, nama BN tetap disebut "kerana politik mereka ialah politik menyalahkan orang lain".

"Saya andaikan politik boogeyman ini mungkin ada sedikit sinar dalam beberapa tahun akan datang sebelum rakyat mulai meluat dan menyampah.

"Kecenderungan ini sudah nampak dalam pilihanraya di DUN Penanti. Sungguhpun media alternatif seperti Malaysiakini dan Harakahdaily memaparkan kenyataan bahawa PKR menang besar, namun realitinya sungguh berbeza.

"Selain jumlah keluar mengundi yang rendah, jumlah undi kepada PKR juga merosot lebih seribu undi. Pada 2008, (Mohammad) Fairus (Khairuddin) dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

"Realitinya, sokongan terhadap PKR di kubu kuatnya sendiri sudah berkurangan. Mungkin sudah ramai yang bosan dengan taktik kempen menjadikan BN sebagai boogeyman ini. Hanya masa akan menentukan," tulis Dr Mohd Khir lagi.

Jawapan 'penyapu' buat khir Toyo !

Mantan MB Selangor, Khir Toyo yang pernah menganugerahkan penyapu kepada pegawai kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang telah dipetik oleh Malaysiakini menuduh PKR adalah parti `gila talak' dan mengamalkan politik `bogeyman' . Mungkin akibat tekanan yang terlalu hebat yang mula dirasakan oleh Mantan MB Selangor yang pernah menerima hadiah jam tangan bernilai RM150,000 ini menyebabkan beliau membuat tuduhan tersebut yang dilihat satu kenyataan yang hambar, tanpa fakta serta melucukan.

Isu jerebu kononnya PKR mengatakan bahawa bencana tersebut adalah akibat dari perbuatan maksiat yang berleluasa. Ini bermaksud bahawa Khir Toyo tidak akan percaya bahawa dengan perbuatan maksiat yang berleluasa, Allah tidak akan memberikan apa-apa balasan di dunia ini seperti bencana-bencana yang sering berlaku. Itu pada beliau mungkin akibat fanomena alam seperti yang pernah dihujahkan oleh Astora Jabat sewaktu Astora berdebat dengan Ustaz Nasaruddin Tantawi dari PAS. Terbukti Khir berfahaman seperti Astora Jabat Toyo yang menolak sama sekali kaitan sebarang peristiwa di dunia ini dengan pembalasan dari Allah SWT. Biarkan Khir dengan iktikadnya itu.

Mantan MB Selangor ini turut mendakwa bagaimana PKR akan menuduh pemimpin BN terlibat hatta di dalam kes bunuh sekalipun. Saya tidak pasti Khir Toyo merujuk kepada kes yang mana satu, mungkin kes yang melibatkan kematian Altantuya. PKR terutamanya DS Anwar mahukan satu siasatan yang telus dan terperinci berkaitan kes tersebut dapat dijalankan. Lebih malang sekali dunia luar juga turut membuat dakwaan dan spekulasi terhadap kes ini yang mana telah memburukkan imej pemimpin kerajaan iaitu pemimpin Bn juga. Persoalannya, mengapa kita sebagai rakyat di dalam sebuah negara yang bermaruah tidak peka terhadap tuduhan sensitif terutamanya terhadap pemimpin kita?

Seringkali banyak pihak mendesak agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap media-media asing tersebut yang telah memburukkan imej negara kita. Mengapa kerajaan enggan melakukannya demi untuk membersihkan nama pemimpin kerajaan sendiri? Bukankah Presiden PAS sendiri berani mengambil tindakan terhadap media asing yang suatu ketika mendakwa bahawa PAS terlibat di dalam kumpulan pengganas atau Taliban. Hasilnya, media tersebut mengaku kesalahannya dan sanggup memohon maaf kepada PAS dan imej pun PAS dapat dipulihkan.

Berkaitan isu kempen oleh PKR di Dun Penanti baru-baru ini, sememangnya PKR tetap akan menerangkan kepada rakyat apa jua kesilapan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh Umno/Bn tidak kira samada Umno/Bn masuk bertanding atau tidak. Ini adalah kerana sebagai sebuah parti yang berjuang untuk rakyat, perjuangannya tidak terbatas selagi rakyat tidak diberitahu tentang kelemahan Umno/Bn di dalam menguruskan negara atau negeri. Perjuangan ini berterusan meskipun tiada pilihanraya kerana usaha penerangan harus berjalan sehinggalah rakyat sedar siapa sebenarnya Umno/Bn. Sekiranya terdapat sebarang kempen atau penerangan yang dilakukan oleh PKR merupakan satu fitnah, sudah tentu pihak Umno/Bn akan mengambil tindakan. Rakyat perlu diberi penerangan berupa fakta dan Umno/Bn juga punyai hak untuk membela parti mereka dari tuduhan tersebut. PKR juga tidak hairan apabila media-media perdana di bawah kerajaan memberikan liputan yang berat sebelah setiap kali pilihanraya diadakan dan perkara ini juga wajar Khir Toyo persoalkan.

Soal undi yang diperolehi oleh calon PKR di Dun Penanti baru-baru ini yang dikatakan sebagai tanda merosot sokongan terhadap PKR, sekurang-kurangnya di dalam keadaan peratusan undi yang terlalu rendah pun PKR mampu mendapat majoriti 5 ribu lebih. Kekurangan undi seribu lebih jika dibandingkan dari pilihanraya umum yang lalu, bukan bererti seribu lebih itu akan beralih kepada Umno/Bn pada pilihanraya akan datang. Merosot undi lebih baik daripada `Tiada Undi' langsung. Tahniah kepada ketiga-tiga calon bebas yang berani memasuki gelanggang dan mereka dilihat lebih `jantan' daripada yang bersilat pulut seorang diri di luar gelanggang.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya secara ikhlas berharap agar tindakan membekukan elaun khas Wakil Rakyat terhadap Khir Toyo serta yang lain-lain yang telah dikenakan penggantungan setahun dari menghadiri Persidangan Dun Selangor diberikan semula. Secara peribadi saya tidak bersetuju kerana selaku Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, mereka berhak menerima elaun tersebut. Wallahu Aklam.

Oleh : Penulis tamu WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

T'ganu: Undi tak percaya jika kemelut tak selesai...!!! Dah kena penyakit Perak...tapi sesama UMNO....kah..kah


oleh : Muda Mohd Noor

Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.

Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu.

"Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Datuk Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini.

"Kumpulan 18 ADUN masih percaya krisis politik Terengganu akan selesai jika Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Namun, sumber itu berkata, ADUN BN berkenaan berharap pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh menyelesaikan kemelut tersebut sebelum sidang DUN bermula.

Katanya, kemelut tersebut dianggap selesai oleh pihaknya jika menteri besar diganti.

Menurutnya, kumpulan 18 ADUN berkenaan mahu isu tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

"Sebab itu dalam pertemuan dengan Datuk Seri Hishammuddin di Putrajaya, kita bercakap semua yang menjadi punca kemelut politik Terengganu," katanya.

Pertemuan tersebut turut membabitkan lapan ketua Umno bahagian Terengganu yang diadakan untuk mencari jalan untuk menyelesasikan kemelut tersebut.

SMS ugutan

Selain Ahmad, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh turut hadir dalam pertemuan di pejabat Hishammuddin di kementerian dalam negeri di Putrajaya itu pada 20 Mei lalu.

Pada 14 April lalu, 10 ADUN BN memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima SMS ugutan "YB tak sayang nyawa?".

Sebelum itu, sebahagian ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri itu.

Manakala 10 daripada mereka tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini apabila tiga daripada mereka menerima SMS ugutan.

Bagaimanapun mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, sebuah blog melaporkan ada kemungkinan beberapa ADUN kumpulan berkenaan dijangka mengumumkan menjadi ADUN bebas dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, bekas setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid - salah seorang ADUN yang paling lantang mahu menteri besar digantikan - menafikan laporan blog itu.

"Itu cerita mengarut, kalau saya nak masuk bebas, kita tidak buat senyap-senyap. Kita akan buat sidang akhbar (kalau menjadi ahli bebas)," katanya.

T'ganu: Undi tak percaya jika kemelut tak selesai...!!! Dah kena penyakit Perak...tapi sesama UMNO....kah..kah

oleh : Muda Mohd Noor

Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.

Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu.

"Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Datuk Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini.

"Kumpulan 18 ADUN masih percaya krisis politik Terengganu akan selesai jika Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Namun, sumber itu berkata, ADUN BN berkenaan berharap pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh menyelesaikan kemelut tersebut sebelum sidang DUN bermula.

Katanya, kemelut tersebut dianggap selesai oleh pihaknya jika menteri besar diganti.

Menurutnya, kumpulan 18 ADUN berkenaan mahu isu tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

"Sebab itu dalam pertemuan dengan Datuk Seri Hishammuddin di Putrajaya, kita bercakap semua yang menjadi punca kemelut politik Terengganu," katanya.

Pertemuan tersebut turut membabitkan lapan ketua Umno bahagian Terengganu yang diadakan untuk mencari jalan untuk menyelesasikan kemelut tersebut.

SMS ugutan

Selain Ahmad, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh turut hadir dalam pertemuan di pejabat Hishammuddin di kementerian dalam negeri di Putrajaya itu pada 20 Mei lalu.

Pada 14 April lalu, 10 ADUN BN memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima SMS ugutan "YB tak sayang nyawa?".

Sebelum itu, sebahagian ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri itu.

Manakala 10 daripada mereka tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini apabila tiga daripada mereka menerima SMS ugutan.

Bagaimanapun mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, sebuah blog melaporkan ada kemungkinan beberapa ADUN kumpulan berkenaan dijangka mengumumkan menjadi ADUN bebas dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, bekas setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid - salah seorang ADUN yang paling lantang mahu menteri besar digantikan - menafikan laporan blog itu.

"Itu cerita mengarut, kalau saya nak masuk bebas, kita tidak buat senyap-senyap. Kita akan buat sidang akhbar (kalau menjadi ahli bebas)," katanya.

Manohara dakwa didera putera Kelantan

Oleh MKINI

Istana Kelantan bergegar lagi dengan dakwaan bahawa seorang puteranya Tengku Muhammad Fakhry Petra mendera isterinya, bekas model muda Indonesia, Manohara Odelia Pinot.

Kali ini, wanita itu sendiri mendakwa beliau - yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan - dianiaya setelah didedahkan ibunya Daisy Fajarina 20 April lalu.

Manohara Odelia (foto terbaru, kanan) melarikan diri ke Jakarta dari Singapura semalam apabila berada di republik pulau itu untuk menziarahi bapa mertuanya Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan.

Akhbar dalam talian Detik.com tengah malam ini melaporkan, ibu Manohara Odelia mendakwa ada kesan seterika di dahi anaknya, selain kesan luka di bahagian dada.

Bekas model itu dilaporkan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan pagi ini, selain pemeriksaan psikiatri.

Hasil pemeriksaan perubatan itu akan diserahkan kepada peguam mereka, lapor akhbar berpengaruh itu.

Walaupun tanpa dokumen lengkap, wanita 17 tahun itu berjaya tiba ke Jakarta pagi semalam (Ahad) setelah dibantu oleh kedutaan republik itu dan juga kedutaan Amerika Syarikat di Singapura dengan kerjasama imigresen Singapura sendiri, lapor Tempo Interaktif.

Sebuah NGO Indonesia yang dikenali Laskar Merah Putih juga dilaporkan berperanan membawa lari wanita itu dari Singapura.

Memetik wawancara Manohara Odelia yang disiarkan secara langsung dengan sebuah stesen televisyen TV One di Jakarta, akhbar itu melaporkan wanita itu menyalahkan pihak istana yang mengetahui nasib buruk yang dialaminya tetapi tidak bertindak membelanya.

Beliau malah mendakwa foto yang menunjukkan beliau dilukakan di bahagian dada telah diserahkan kepada polis Malaysia tetapi tiada tindakan diambil, lapor akhbar itu lagi.

Manohara Odelia juga menyalahkan media massa negara ini yang sering memberikan gambaran bahawa beliau sentiasa dalam keadaan baik.

"Bantuan media di Malaysia tidak ada. Mereka hanya memfoto, lalu kemudian bercerita bahwa saya baik-baik saja. Padahal saya tidak ditanya," beliau dipetik berkata.

Selain itu, beliau juga menuduh kedutaan republik itu di Kuala Lumpur gagal menjalankan tugasnya dengan baik berhubung kesnya tetapi seorang pegawai di Departemen Luar Negeri Indonesia hari ini menafikannya.

Dalam laporan laman web Kompas, yang memetik wawancara Manohara Odelia dengan televisyen ANTV, beliau mendakwa diberikan suntikan hormon untuk menambah berat badannya.

"Saya memang disuntik hormon itu dan berat badan saya bertambah 15 kg dalam waktu dua bulan. Malah 10 kg pertama kenaikan berat badan saya terjadi dalam waktu empat hari," beliau dipetik berkata petang semalam.

Sewaktu diwawancara TV One, Manohara Odelia menegaskan tidak akan kembali semula kepada Tengku Muhammad Fakhry walau suaminya itu "datang dengan baik-baik dan meminta maaf", lapor Tempo Interaktif lagi.

"Siapapun yang mengalami seperti yang Mano (Odelia) alami tidak akan mahu kembali lagi," beliau dilaporkan berkata sewaktu tampil dengan diiringi Daisy.

Menurut Manohara Odelia lagi, penderaan yang dialaminya berlarutan walaupun pasangan diraja itu pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah, 9 Mac lalu.

Sumber-sumber kerabat diraja Kelantan dan kenalan putera Sultan Kelantan itu bagaimanapun sering menafikan dakwaan penderaan seperti dituduh ibu Manohara Odelia.

Mohd Soberi Shafii, sewaktu bercakap kepada Tempo Interaktif malam tadi, juga menafikan tuduhan Manohara Odelia didera.

"Dia boleh cakap apa saja. Itu adalah satu kebohongan," penulis blog itu yang dekat dengan istana Kelantan dipetik berkata.

Tambahnya, Tengku Muhammad Fakhry sendiri malah meminta isterinya bertemu dengan Daisy.

Laporan itu menyebut, putera Sultan Kelantan itu mengetahui kehadiran Daisy dan seorang lagi anaknya Dewi Sari Asih di hotel tempat pasangan diraja itu menginap kira-kira jam 8 malam Sabtu lalu.

Tengku Muhammad Fakhry bagaimanapun berada di bilik ibundanya Raja Perempuan Kelantan di tingkat yang sama.

Manohara Odelia bersama anggota keluarganya itu kemudian meninggalkan bilik hotel jam 3 pagi keesokannya tanpa menemui suaminya, lapor laman akhbar tersebut.

Malaysiakini akan cuba mendapatkan reaksi istana hari ini berhubung dakwaan terbaru daripada isterinya itu.

Mansor angkat sumpah TKM 1 Pulau Pinang Rabu


BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Rabu ini.

Krisis Perlembagaan Perak: Angan-Angan Bubar DUN - malaysiakini

Minggu lepas berkumandang di seluruh Malaysia desas-desus kononnya DUN Perak akan dibubarkan dalam masa yang terdekat. ada juga yang meramalkan dan kononnya mendapat 1st. class info yang mengatakan bahawa UMNgok/Barisan Nasiyonal akan mengusulkan pembubaran DUN kepada Istana Perak selewat-lewatnya pada hujung minggu lepas.

Semua itu "kononnya" akan berlaku "minggu lepas" tetapi sehingga masuk ke "minggu ni" desas-desus tu semua tinggal kenangan dan lebih tepat lagi "angan-angan".

Pakatan Rakyat dari mula berjaya menakluk 4 negeri di Semenanjung Malaysia sehinggalah terlepas 1 negeri ketangan "pencabul" undang-undang dan perlembagaan tak sudah-sudah tertipu dan termakan umpanan gula-gula UMNgok/Barisan Nasiyonal.

Agaknya kalau UMNgok/Barisan Nasiyonal sebarkan melalui sms/blog/email atau mana-mana media kononnya minggu depan akan kiamat pun silap-silap ada yang percaya.

Ternyata permainan politik Pakatan Rakyat masih ditahap rendah.terlalu senang dipergunakan, terlalu mudah diperbodohkan dan dipermainkan. inilah hebatnya projek memperbodohkan rakyat kelolaan UMNgok/Barisan Nasiyonal selama lebih 50 tahun. sesiapa pun takkan terlepas dari diNgokkan oleh UMNgok/Barisan Nasiyonal antara sedar dengan tidak.

Fikirlah secara lojik bila berpolitik. lojik dalam politik ialah lojik mengikut pemikiran songsang. itu adalah apa yang dikatakan lojik dalam politik. jadilah geng jahat dan berfikirlah seperti geng jahat dan dari situ barulah kita dapat memintas kepala otak penjahat-penjahat yang berlagak baik dalam politik. inikan politik... mana ada politik yang bersandar pada idea yang baik..?

Najib Presiden UMNgok..?

Ramai yang bila membincangkan soal pembubaran DUN Perak mengambil fikiraan bahawa Najib bersetuju untuk pergi kearah pembubaran DUN Perak "demi survival" UMNgok/Barisan Nasiyonal dalam PRU-13 nanti. kononnya Najib bersedia untuk melepaskan negeri Perak demi untuk menyelamatkan UMNgok/Barisan Nasiyonal dalam PRU-13 nanti.

Kiraanya ialah, lebih baik terlepas 1 negeri daripada terlepas 1 Semenanjung Malaysia dalam PRU-13. itu buah caturnya.

Untuk survival UMNgok/Barisan Nasiyonal, itu memang 1 kewajipan untuk dilakukan dan itulah jawapan yang diberikan dalam 1 mesyuarat penting UMNgok/Barisan Nasiyonal sebaik Zambry diisytiharkan sebagai Menteri Besar Mahkamah Putrajaya 2 minggu lepas.

Tapi ada yang lupa untuk membaca siapa itu Najib Tun Razak. ramai yang terlepas pandang... ramai yang berfikir kononnya Najib Tun Razak itu adalah Presiden UMNgok dan juga Perdana Menteri Malaysia. ramai yang tersilap mengenal siapa Najib Tun Razak dan dari situ berlaku kesilapan dalam mentafsir dan meramal tindak-tanduk Najib Tun Razak.

Najib - 1 Man Show...

Pada aku, Najib adalah seorang diktator yang tahap kediktatorannya melebihi dari kesemua pemimpin-pemimpin terdahulu yang ada didalam UMNgok/Barisan Nasiyonal. Najib bukan seorang yang berminat untuk mengumpul kroni-kroni atau orang-orang bawahan yang kepentingan mereka akan dijaga oleh Najib.

Sepanjang Najib berada didalam UMNgok, dia adalah seorang yang bersih dari perkara-perkara yang bersangkutan dengan aktiviti-aktiviti kroni-kroni. cuba mana-mana pembaca namakan seorang manusia yang bergelar "kroni Najib" sepanjang Najib berada dalam UMNgok.

Setakat hari ni, aku tak dapat nak cari seorang yang hebat yang bergelar kroni Najib...

Hanya Najib...

Sepanjang Najib berada dalam portfolio Menteri Pertahanan, berapa banyak pula agendanya yang menguntungkan pihak Kementerian Pertahanan..?

Berapa banyak agenda yang Najib lakukan semasa memegang portfolio Menteri Pertahanan yang hebat selain daripada kenaikan gaji dan elaun dan juga beberapa kelebihan-kelebihan kebajikan anggota-anggota tentera... selain daripada itu apa yang hebatnya dari Najib?

Yang hebat ialah pihak tentera berjaya mengekalkan penggunaan pesawat-pesawat lama yang dah reput sehingga benar-benar reput dan juga berjaya menggunakan senjata-senjata kuno untuk mempertahankan Negara Malaysia... mujur juga tak ada negara yang berminat nak menyerang Malaysia... kalau tidak alamatnya... erm...

Korang ingat kalau Singapura buat gila babi, boleh ke Askar Melayu mempertahankan Malaysia dari serangan senjata-senjata canggih tentera Singapura..?

Bubar DUN: Tunggu Sampai Akhir...

Akhir kata, bila Najib berurusan dalam pembelian Eurocopter, berapakah komisyen yang Najib dapat dan apa yang "orang lain"dapat sebagai rakan kongsi Najib..? C4..? ya... rakan kongsi Najib hanya dibayar dengan ledakan bom C4 dan janji tinggal janji. hancur lebur bersama mayat rakan kongsi.

Ini ialah realiti siapa itu Najib Tun Razak. manusia ini jika berbuat apa-apa perancangan, bukanlah untuk siap-siapa tetapi hanya untuk dirinya sendiri sahaja.

Lojiknya dengan membubarkan DUN Perak, maka sekurang-kurangnya UMNgok/Barisan Nasiyonal akan sedikit terselamat dari jahanam terus dalam PRU-13 tetapi oleh kerana manusia yang memegang kuasa sebagai Presiden UMNgok dan juga Perdana Menteri Malaysia ini ialah seorang yang hanya mementingkan diri sendiri, maka cita-cita Bubar DUN Perak hanya cita-cita mereka-mereka yang berfikir secara rasional.

Tetapi Najib bukanlah seorang yang rasional... rasional bagi Najib ialah "selagi ada peluang, gunakanlah ia sebaiknya dan jangan bazirkan peluang itu walau sesaat..!".

Najib tak pernah peduli pada survival UMNgok dalam PRU-13 nanti... kalau UMNgok nak terkubur dalam PRU-13, itu bukan masalah Najib... masalah Najib sekarang ialah bagaimana untuk mengekalkan apa yang ada sekarang, penuhi semua cita-cita sebelum semuanya sudah terlewat.

Apa yang korang harapkan dengan diktator ini..?

Dengan ertikata lain... Najib bukan seorang pemimpin yang mempunyai kroni, Najib tak perlukan sesiapa untuk survivalnya... Najib tak pernah pedulikan orang-orang disekelilingnya... kalau hang nak mampus, mampus je lah... najib tak pernah peduli...

Najib berpolitik atas kapasiti dirinya sendiri dan Najib adalah seorang yang amat-amat mementingkan diri sendiri... parti hanyalah "kuda trojan" Najib.

Apa yang korang nak harapkan pada seorang yang mementingkan diri sendiri?

Bubar DUN..? apa tu? lagi baik pertahankan apa ytang ada sekarang dari menggadai tak tentu pasal... lagipun Najib dah tau... PRU-13 tak kira UMNgok/Barisan Nasiyonal kalah atau menang, dia tak mungkin akan terus menjadi Perdana Menteri Malaysia... Najib terlalu banyak skandal dan Muhyidin walaupun Ngok tetapi semakin dikenali dan terserlah dalam UMNgok...

Kalau korang jadik Najib... korang nak bubar DUN ke tak?

Lu pikir la sendiri...

umno PENANTI: Reaksi calon Bebas tewas - Kan buang masa dan duit aje....habaq dah jangan jadi calon..???

BERIKUT ialah reaksi kesemua calon Bebas yang tewas dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti.

AMINAH ABDULAH (BEBAS)

"Kak Min (Aminah) menerima keputusan ini dengan hati terbuka, Kak Min sedikit pun tak rasa kecewa dengan keputusan ini.

"Bagi Kak Min, keputusan ini ialah seperti kalah dalam kemenangan... Kak Min menang kerana berjaya mengurangkan peratusan undi yang dimenangi oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat).

"Bagi Kak Min, jumlah orang keluar mengundi yang kecil ini ialah kerana penyokong Umno tidak keluar mengundi.

"Insya-Allah Kak Min akan cuba lagi pada masa-masa akan datang jika dipanjangkan umur, jumlah undi yang Kak Min terima pun taklah kecil sangat, nampaknya ada juga yang menyokong Kak Min."

NAI KHAN ARI (BEBAS)

"Saya tidaklah terlalu kecewa, tapi saya rasa sedikit kecewa kerana kalah di kampung saya sendiri iaitu di peti undi Telok Wang dan Sungai Lembu.

"Walau bagaimanapun saya menerima keputusan ini kerana pengundi telah membuat keputusan mereka untuk memilih pemimpin.

"Saya harap kepada Mansor (Othman) yang menang supaya dapat membantu rakyat dengan menumpukan kepada pembangunan di Penanti.

"Kalau ada peluang nanti, mungkin saya akan mencuba nasib pada masa yang lain, tapi matlamat saya ialah untuk membantu rakyat."

KAMARUL RAMIZU IDRIS (BEBAS)

"Nampaknya dari jumlah undi yang saya dapat, jelas menunjukkan masyarakat di sini menolak konsep keimanan yang ingin saya bawa.

"Mereka lebih mahukan pembangunan yang dijanjikan oleh calon-calon lain... bagaimanapun saya tidak akan berputus asa dengan matlamat saya untuk menubuhkan Parti Iman SeMalaysia.

"Ini adalah kekalahan saya kali kedua selepas Parlimen Bukit Gantang, saya terima keputusan ini dengan hati terbuka tanpa rasa kecewa."

Foto Kemenangan Besar PKR N12 Penanti

















Saya sokong cadangan Dr Harun Din!

Saya menyokong sepenuhnya cadangan Ustaz Dr Harun Din di dalam apa yang diSMSkan merata-rata sebagai "Jubli Kekempenan Ulama (baca: Ustaz Nasharudin Mat Isa)" di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar:

Keahlian PAS boleh menerima sesiapa sahaja yang Islam dan mereka adalah penentu kepada kepimpinan PAS itu sendiri. Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

Seperti orang lain, saya juga sangat bimbang kepada musuh di luar negara. Sebab itulah, para pemimpin negara atau parti Islam mesti berhati-hati berurusan dengan pihak luar negara terutama negara-negara kuasa angkuh seperti Amerika Syarikat.

Sebab itulah, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan yang luar biasa dari negara-negara luar, saya rasa tak sedap hati. Saya tak tuduh. Tapi, saya rasa tak sedap hati.

Lebih tak sedap hati lagi kalau wujud dakwaan ada pemimpin PAS yang selalu berseorangan ke Amerika, Australia, Singapura.

Persoalannya, benarkah ada pemimpin PAS yang sering pergi seorang diri ke Amerika, Australia, Singapura dan menginap di hotel enam bintang di pulau itu serta melakukan transaksi melibatkan wang di sana?

Kalau benar, saya rasa tak sedap hati. Saya tak berani tuduh. Tapi kalau benar, saya rasa tak sedap hati.

Maklumlah, ada perkara yang pada awalnya dicelakan sebagai fitnah tetapi akhirnya terbukti memang benar-benar berlaku seperti perkhabaran mengenai berkendak politik dalam gelap dengan Umno.

Dr Harun juga kelihatan bimbang Umno akan mengambil peluang menghantar orang-orangnya "bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam".

Memang, semua orang mesti merasa bimbang seperti beliau kalau Umno buat kerja seperti itu.

Kalau benar, ia sama bahaya dengan kenyataan Dr Harun sendiri di muka hadapan salah satu keluaran akhbar Siasah yang mencadangkan PAS dan PKR dibubarkan serta ditubuhkan parti baru yang berketuakan Anwar. Na'uzu biLlahi min zalik!

Mengambil kira kebimbangan Dr Harun itu, saya tertanya-tanya benarkah dua orang yang saya kenali sebagai pak yet Anwar menjadi orang yang mula-mula mengatur pertemuan antara beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS dengan hamlau-hamlau berkedudukan tinggi dalam Umno.

Jika benar dua orang yang saya kenali sebagai pak yet Anwar itu melakukan kerja sebusuk itu, adakah mereka patut dimaafkan? Saya juga tertanya-tanya adakah mereka sudah berhenti menjadi pak yet Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak lagi menjadi pembesar Umno dan tidak ada lagi projek untuk diberikan? (Masih ingat business deal di Hotel Ming Court?)

Saya juga tertanya-tanya benarkah wujudnya kutu cikai yang didakwa bernama Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010 yang menjadi tok dalang langkah politik beberapa orang dalam PAS? Langkah politik itu pula didakwa bertujuan melunakkan pendirian ahli-ahli PAS terhadap Umno sehingga bersedia berkerjasama dengan parti itu atas dasar memilih darurat yang lebih ringan atau akhafud-dharurain.

Saya sebut kutu cikai kerana kedudukannya yang dilaporkan setakat satu dua takah sahaja di atas pangkat kapten. Jika benar wujudnya kutu cikai itu dan jika benar beliau menjadi tok dalang kepada langkah politik beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS, tak patut sungguh kalau kutu kemere seperti itu yang menjadi pengatur langkah politik orang-orang yang berkedudukan begitu tinggi serta berilmu tinggi di dalam PAS.

Sedangkan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusatlah yang sepatutnya memberikan kata putus mengenai langkah politik itu jika benar wujudnya langkah politik berdasarkan propaganda kurang ajar dari kutu cikai yang kedudukannya hanya setakah dua sahaja di atas pangkat kapten itu.

Jangan lupa, Revolusi 1982 di dalam muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka dahulu berlaku antara lain kerana langkah politik PAS sentiasa berlainan dengan keputusan Jawatankuasa Agong PAS ketika itu. Masihkah wujud elite circle yang membuat keputusan di dalam PAS yang di luar dari pengetahuan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat?

Dengan memohon maaf kepada yang telah pergi dan yang masih hidup dalam keadaan uzur, pada masa itu bergema tuduhan bahawa keputusan di dalam PAS dibuat di "nombor 10 Downing Street" (sebenarnya nombor 10, Jalan Swee Guat iaitu rumah Almarhum Tan Sri Asri Muda) dan dibuat oleh Asri, (Almarhum Puan Sri) Sakinah (Junid) dan seorang lagi yang saya tak gamak sebut namanya kerana dia sangat uzur. Bukan soal benar atau tidak tuduhan itu. Tetapi itulah tuduhan yang sering bergema waktu itu.

Mengenai kutu cikai itu lagi, benarkah kutu kemere itu diupah mencari jalan untuk melanjutkan pemerintahan seorang Perdana Menteri yang dituduh bodoh dan melingkupkan partinya sendiri? Rasa-rasa macam kenal Perdana Menteri yang mempunyai deskripsi seperti itu. Siapa agaknya yang hendak berhenti pada tahun 2010 tetapi dihambat dari kedudukannya sebelum sempat menarik nafas dua tiga kali?

Mungkin sebab itulah projek kutu cikai itu dinamakan Task Force 2010.

Jika benar berlakunya langkah politik berasaskan proganda kutu cikai itu, benarkah propaganda kutu cikai itu dipercayai oleh orang orang-orang yang berilmu tinggi termasuk yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi, ijazah sarjana malah ada yang mempunyai PhD?

Jika benar mereka terpedaya dengan propaganda taik kucing kutu cikai itu, tidakkah mereka tahu bahawa karut-marutnya itu adalah sebahagian dari grand design untuk menyelamatkan dan mengekalkan kuasa seorang Perdana Menteri yang dituduh bodoh dan melingkupkan partinya sendiri?

Jika benar, mengapa mereka menjatuhkan kedudukan mereka kepada penipuan kutu cikai yang yang kedudukannya hanya setakah dua sahaja di atas pangkat kapten itu? Benarkah kutu cikai itu menjalani kehidupan yang tidak bertepatan dengan apa yang dihalal dan diharamkan oleh Islam? Jika benar, adakah orang-orang berkedudukan tinggi di dalam PAS itu tidak tahu perkara tersebut?

Dalam pertemuan antara beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS dengan hamlau-hamlau berkedudukan tinggi dalam Umno selepas pilihan raya umum tahun lalu itu, benarkah pengarah jawatankuasa tertentu di dalam PAS memberitahu Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa tokoh-tokoh muda di dalam PAS mudah sangat diyakinkan supaya menerima langkah politik berdasarkan propaganda kutu cikai itu?

Benarkah Dr Harun sendiri mengadakan tiga kali pertemuan dengan Abdullah. Saya tidak tuduh dan hanya bertanya. Saya juga tidak tahu sebab pertemuan itu, jika ia benar berlaku. Mungkin Abdullah hendak ubat.

Saya sama sekali tidak bersetuju dengan usaha mewujudkan kerajaan katak 16 September (lihat posting saya, "Tun boleh la, Tun Banyak duit"). Tetapi saya lebih tidak bersetuju jika benar dakwaan bahawa kenyataan penentangan pengarah tertentu terhadap empayar katak itu dibuat berdasarkan keputusan apa yang didakwa sebagai "komiti Wan Abu Bakar" itu.

Saya amat sedih apabila ada yang mendakwa bahawa program di Markaz Tarbiyyah semalam adalah extension dari usaha demi usaha untuk menepis keresahan ahli-ahli PAS terhadap langkah-langkah politik yang diilhamkan oleh perancangan busuk kutu cikai itu.

Allah Maha Menyaksikan segala-galanya. Saya tidak tahu dan saya bertanya. Dan, jika saya mereka-reka fitnah, Allah jua yang akan menghukum saya. Kepada Allah saya menyerah diri.