Ahad, 31 Mei 2009

Islamkan Politik, Atau Politikkan Islam?

Saya sering bercakap tentang “Islamkan politik, jangan politikkan Islam”. Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua ini? Bezanya adalah jika kita berusaha mengislamkan politik kita memastikan tindak tanduk atau gerakerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya. Dalam ertikata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan.

Sementara mempolitikkan Islam adalah menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau ‘cop halal’ yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan.

Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerakerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri. Dalam ertikata lain mengislamkan politik bererti menjadikan Islam sebagai panduan. Sementara mempolitikkan Islam bererti menjadikan Islam sebagai alat atau alasan.

Maka sesiapa yang menjadikan Islam sebagai dasar atau panduan, maka dia akan bersedia menarik balik pandangan atau tindakan sekiranya dia dapati bercanggahan dengan ajaran Islam. Adapun yang menjadikan Islam sebagai alasan dan alat, dia menggunakan Islam bagi menghalalkan tindakan politiknya sekalipun ternyata salah.

Dia bukan hendak mendengar dalil atau hujah syarak yang kukuh untuk diamalkan, sebaliknya dia mencari orang agama atau pendapat yang sanggup menghalalkan tindakannya sekalipun dia tahu itu pendapat yang diberikan untuk menyokongnya itu lemah dan tidak kukuh. Ini sama dengan golongan taksub dan pengikut mazhab fekah secara membuta tuli dengan tidak memperdulikan alasan dan hujah yang kukuh.

Sehingga al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) mengkritik mereka ini dengan katanya:

“Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr).

Usaha atau sikap, samada mengislamkan politik atau mempolitikkan Islam bukan semestinya berkaitan parti atau kumpulan tetapi lebih kepada sikap individu dalam kebanyakan hal. Jika salah satu sikap itu menjadi aliran utama dalam sesebuah parti atau kumpulan, maka itu mencerminkan kecenderungan mereka yang sebenar. Untuk berpegang dan istiqamah dengan prinsip Islam dalam mengharungi politik hari ini bukanlah mudah.

Namun, itulah yang patut dihayati oleh setiap kita. Dalam sejarah pertembungan Nabi Musa a.s dengan Fira’un, Fir’aun pernah mempertikaikan tindakan Musa a.s. memukul seorang warga Qibti sebelum beliau lari ke Madyan. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya)

“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?” Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22).

Inilah rasul, dia mengajar kita prinsip. Dalam suasana yang sengit, Nabi Musa tetap mengakui bahawa tindakannya memukul warga qibti itu satu kesalahan dan bukan tindakan yang berdasarkan petunjuk yang betul. Nabi Musa tidak cuba menghalalkan tindakannya demi kepentingannya, tidak sama sekali! Yang salah tetap salah.

Nabi Musa a.s. menghadapi kuasa politik yang maha besar di zamannya bahkan paling bersejarah dalam tamadun manusia. Lebih besar dari segala perjuangan hari ini. Pun begitu, prinsip tetap prinsip. Baginda bertindak memastikan manusia menurut wahyu, bukan wahyu diputarbelitkan untuk kehendak manusia.

Dalam politik kita, amat sukar kita dapati seseorang mengakui kesilapan tindakan partinya, atau tindakannya. Berbagai alasan akan dicari demi membela dirinya atau puaknya, sekalipun dia sendiri sedar itu merupakan kesilapan atau kesalahan. Ada sanggup tergadai prinsip daripada tergadai kerusi atau jawatannya. Maka jadilah apa yang jadi. Maka kita lihat lahir suasana maki hamun, cerca mencerca dan berbagai tindakan yang kadang kala di luar dari batas kewarasan dan perbincangan yang matang.

Islam bukan terlalu mengongkong politik. Politik satu bidang yang luas yang membabitkan kemaslahatan umat dan rakyat. Politik bukan satu hobi seperti main golf atau bola sepak. Politik mempertaruhkan kemaslahatan manusia. Maka tindakan dalam politik hendaklah tindakan yang membawa kemaslahatan kepada umat dan rakyat. Bukan untuk kepentingan diri dan parti.

Kemudian, perlu kita ingat, bukan semua yang berada di medan jihad itu mesti masuk syurga. Walaupun mungkin tindakannya itu kadang kala menguntungkan umat Islam, namun empunya diri jika tidak betul niat atau tindakan, atau keduanya, maka dia mungkin tidak mendapat balasan yang baik di sisi Allah sekalipun berjuang menggunakan nama Islam. Bahkan dalam hadis ada individu yang kelihatan hebat berjuang, tetapi menjadi ahli neraka.

Kata Abu Hurairah r.a:

“Kami menyertai Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, “dia dalam kalangan ahli neraka”. Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah s.a.w: “Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati”. Jawab baginda: “Ke neraka”. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri. Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lantas baginda bersabda: “Allahu Akbar!, aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasulNya!”. Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengistiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan “jiwa yang muslim” dan Allah mungkin menguatkan agamaNya dengan lelaki yang jahat”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam masyarakat kita, agama memang menjadi faktor penarik bagi banyak pihak. Justeru, setiap yang berjuang agama atau memperkatakan agama sebagai bahan ucapan dan tindakannya hendak bertanya diri sendiri, apakah dia memang inginkan agama, atau inginkan kuasa dengan nama agama?. Jika dia telah betulkan niatnya, dia hendaklah memastikan tindakan selaras dengan kehendak Islam, bukan menafsirkan Islam agar kelihatan selaras dengan tindakannya. Maka islamkan politik kita, jangan politikkan Islam kita!

http://drmaza.com/home/?p=619

Najibism VS Mahathirism

The fear of this thing called Mahathirism that Tan Sri Muhyiddin had to assure the public that Najib's ascendancy to the Premiership would not bring back Mahathirism.

But, is the current government worse than the Tun Dr Mahathir Mohamad administration in its response to dissent?

Consider the use, or rather abuse, of the police force to serve and protect the reputation of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Take into account how the police have used vague and controversial laws like sedition to arrest and charge nearly anyone who is unhappy, dissatisfied or critical of Najib.

Remember how it was decreed then by the authorities that the name of Altantuya Shaariibuu should not be mentioned by politicians while on the stump.

Step back and one could only come to one conclusion – that decision was to stop the further sullying of Najib’s reputation.

Be aware also of how the police came down hard on a campaign to mock Najib’s 1Malaysia slogan by having the Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan literally declare black t-shirts illegal.

Contemplate too how Najib has played out the Perak crisis. While it started in February before he took over as PM, many Malaysians will remember how the three Pakatan Rakyat (PR) defectors were taken to Putrajaya to meet Najib, not Abdullah.

Consider then, that Dr Mahathir never ever presided over controversial and alleged disregard for the constitution by the judiciary until his seventh year in office after winning two general elections by crushing majorities.

Take into account, also, the fact that Dr Mahathir had also presided over mass arrests through the use of the Internal Security Act (ISA), but the fact remains that even then it could have been reasonably argued that there were serious racial and political tensions which merited the use of draconian preventive detention.

Be aware, too, of how Dr Mahathir was a man known for common sense who never went as far as to ban black t-shirts or prohibit the mention of certain names, which he would certainly have considered unnecessary.

Take heed of the fact that Dr Mahathir was always a fighter, that he would often take on critics head-on and argue his way to win the votes. It was not always about how he crushed dissent because Dr Mahathir recognised the importance of also winning the hearts and minds of voters.

Be mindful that Dr Mahathir, while loathe by many is probably equally loved by many too, just as he is respected and feared.

And he did not achieve all of that by having a police force that banned t-shirts of an unfavourable colour and prohibited names from being mentioned.

Consider too that Dr Mahathir was in power for 22 years.

It may be unfair to compare a man who has been in power for 22 years against one who has only been at the reins for 59 days.

But, so far, it is clear that Najib’s administration has not heralded the return of Mahathirism. So far, it is worse.

And, today is just Day 59 of the Najib era.

(Source:"On dissent, is Najib worse than Dr M?"

Mahasiswa Perak Gesa KDN Jelaskan Isu Senjata Api di Ipoh...Jangan jadi kes Al-maunah...memali..kmm..kaitkan dgn PAS..!!!

Sebanyak lapan senjata api, hampir 100 peluru M-16, berpuluh-puluh kelongsong peluru dan beberapa alat penyerap bunyi senjata ditemui dalam dua buah beg di Kampung Tawas, Ipoh, baru-baru ini.

Penemuan kesemua senjata api itu dari jenis sub-mesingan dan pistol itu ditemui dekat sebuah kilang simen berhampiran kawasan berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan.

“Ini dalam siasatan…saya tidak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Sementara itu menurut Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah ” Penemuan senjata api di ipoh itu ada perkaitan dengan politik”.

Menurut Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak, Saudara Mohd Hafez bin Sabri, kenyataan yang di keluarkan oleh Ketua Polis Perak itu amat berat, ni kerana ia akan menyebabkan situasi dan suasana politik Negeri Perak menjadi lebih membimbangkan dan akan mengeruhkan lagi suasana politik di Negeri Perak, beliau juga turut menggesa supaya ketua polis Perak tersebut perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang dikeluarkan beliau dan menjelaskan apakah asas kenyataan beliau itu.

Memetik kata-kata beliau ” Persoalannya mengapa ketua polis Perak membuat kesimpulan dengan begitu cepat dalam masa 24 jam beliau terus menyatakan bahawa isu penemuan senjata api itu melibatkan isu politik,padahal sehari sebelum kenyataan beliau itu, beliau meminta agar rakyat bersabar dan tenang , jika ketua polis Perak menyatakan ada kaitan politik beliau mesti dedahkan siapa yang terlibat dan parti mana yang terlibat”

Hafez Sabri juga menggesa agar Kemeterian Dalam Negeri membentang satu kertas putih yang jelas tanpa berselindung dalam isu penemuan senjata dalam sidang parlimen yang akan berlangsung pada 15 jun ini, ini kerana tuduhan yang di berikan bahawa ada kaitan isu politik berkenaan penemuan senjata tersebut merupakan tuduhan yang amat berat dan membimbangkan semua pihak.

Memetik kata-kata beliau lagi ” isu yang berlaku adalah di sebabkan kelemahan Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan, apa yang mereka buat sehingga senjata berbahaya seperti ini begitu mudah dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa kawalan yang rapi, selain itu sempadan Negara juga sangat mudah dibolosi oleh penyeludup senjata api dari rakyat negara luar dan rakyat Malaysia, apakah Dato’ Seri Zahid Hamidi hanya sibuk dalam merosakkan suasana keharmonian rakyat Negeri Perak, dengan merencana agenda rampasan kuasa terhadap pentadbiran kerajaan Negeri Perak?” Jelas beliau selepas selesai menghadiri satu sidang mesyuarat di Ipoh, Perak.

Mahasiswa Perak Gesa KDN Jelaskan Isu Senjata Api di Ipoh...Jangan jadi kes Al-maunah...memali..kmm..kaitkan dgn PAS..!!!

Sebanyak lapan senjata api, hampir 100 peluru M-16, berpuluh-puluh kelongsong peluru dan beberapa alat penyerap bunyi senjata ditemui dalam dua buah beg di Kampung Tawas, Ipoh, baru-baru ini.

Penemuan kesemua senjata api itu dari jenis sub-mesingan dan pistol itu ditemui dekat sebuah kilang simen berhampiran kawasan berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan.

“Ini dalam siasatan…saya tidak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Sementara itu menurut Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah ” Penemuan senjata api di ipoh itu ada perkaitan dengan politik”.

Menurut Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak, Saudara Mohd Hafez bin Sabri, kenyataan yang di keluarkan oleh Ketua Polis Perak itu amat berat, ni kerana ia akan menyebabkan situasi dan suasana politik Negeri Perak menjadi lebih membimbangkan dan akan mengeruhkan lagi suasana politik di Negeri Perak, beliau juga turut menggesa supaya ketua polis Perak tersebut perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang dikeluarkan beliau dan menjelaskan apakah asas kenyataan beliau itu.

Memetik kata-kata beliau ” Persoalannya mengapa ketua polis Perak membuat kesimpulan dengan begitu cepat dalam masa 24 jam beliau terus menyatakan bahawa isu penemuan senjata api itu melibatkan isu politik,padahal sehari sebelum kenyataan beliau itu, beliau meminta agar rakyat bersabar dan tenang , jika ketua polis Perak menyatakan ada kaitan politik beliau mesti dedahkan siapa yang terlibat dan parti mana yang terlibat”

Hafez Sabri juga menggesa agar Kemeterian Dalam Negeri membentang satu kertas putih yang jelas tanpa berselindung dalam isu penemuan senjata dalam sidang parlimen yang akan berlangsung pada 15 jun ini, ini kerana tuduhan yang di berikan bahawa ada kaitan isu politik berkenaan penemuan senjata tersebut merupakan tuduhan yang amat berat dan membimbangkan semua pihak.

Memetik kata-kata beliau lagi ” isu yang berlaku adalah di sebabkan kelemahan Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan, apa yang mereka buat sehingga senjata berbahaya seperti ini begitu mudah dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa kawalan yang rapi, selain itu sempadan Negara juga sangat mudah dibolosi oleh penyeludup senjata api dari rakyat negara luar dan rakyat Malaysia, apakah Dato’ Seri Zahid Hamidi hanya sibuk dalam merosakkan suasana keharmonian rakyat Negeri Perak, dengan merencana agenda rampasan kuasa terhadap pentadbiran kerajaan Negeri Perak?” Jelas beliau selepas selesai menghadiri satu sidang mesyuarat di Ipoh, Perak.

mso ugut kickdefella? pendekar maya tengah berbalah..!!! dua-dua penyokong pas...satu sokong husam...satu anti husam..???? pening pemilihan...!!!

Ugutan Dari Lanun?

Jam 1.58 tengahari semalam, mesej di bawah masuk ke bahagian spam ruangan komen blog ini. Yang jelas ia adalah tindakbalas berbentuk ugutan setelah saya menyiarkan kenyataan media dari peguam Amir Bazli. Ugutannya adalah jelas iaitu mahu menerbitkan sebuah buku yang menceritakan perkara-perkara yang boleh memburukan dan menjatuhkan seseorang. Tetapi di dalam kes ini, ia melibatkan tiga orang iaitu Haji Husam, Kickdefella dan Saudara Khir.

Dibawah saya siarkan balik secara penuh sebahagian mesej itu yang menyentuh hal berhubung kickdefella. Bahagian yang secara spesifik menyentuh saudara saya yang lain tidak saya siarkan kerana ianya bagi saya jelas tidak berasas saya sekali.

Bagaimanapun ini tidak bererti apa yang disiarkan di bawah adalah benar sama sekali.



_________________________________________________________________________________________________________

salam;

Saya minta saudara jawab tuduhan ini, kerana saya berminat untuk menerbitkan semua buku mengenainya.

mso
0192336996
————-
Penguasaan media alternatif

Husam banyak duit. Boleh beli sesiapa sahaja. Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary ( Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas yang pro Anwar.

Husam berminat dengan Sheikh Kickdefella, walaupun wataknya dan kehidupannya tidak sesuai dengan PAS. Kickdefella sendiri mengakui di dalam blognya bahawa kehidupannya bebas, bergaul dengan artis dan terlibat dengan minuman keras, namun, Husam berfikir sebaliknya, ‘latar belakang seperti itu’ adalah asset kepada PAS.

Kickdefella, blogger upahan Husam ditangkap polis kerana menyiarkan artikel yang berniat menghasut

“Minta maaf boss..dah kena tangkap dah..saya sanggup serahkan jiwa dan raga kepada tuan..”, kata Kickdefella kepada Husam sambil cium tangan. “Tak per..tak per..saya akan jamin nanti..nanti saya bincang dengan Anwar..jasa tuan ‘hamba’ amat besar..”, kata Husam.

Husam telah membeli Sheikh Kicdefella dengan harga RM 6000 sebulan menggunakan wang PMBK dan ditugaskan menggunakan media internet untuk menyerang musuh PAS dan musuh-musuh Husam.

_________________________________________________________________________________________________________



Pelbagai tuduhan telah dilemparkan ke atas saya sebelum ini antaranya ialah saya adalah talibarut Tengku Razaleigh dan spy Tun Dr. Mahathir, kebanyakkannya berpunca daripada hubungan saya dengan individu tertentu tetapi tuduhan bahawa saya Pro Anwar adalah sesuatu yang sudah tentu akan menggelikan hati blogger Penarik Beca sampai boleh pecah kerusi di Restoran Taqwa.

Saya kurang arif dengan maksud kehidupan bebas, tetapi sebagai seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip selama lebih 15 tahun, sudah tentu saya punyai ramai kenalan rapat atau tidak dikalangan penggiat seni. Ya, saya pernah blog di sini mengenai mereka, antaranya ialah arwah Loloq. Saya juga pernah blog pada awal 2007 3 bulan sebelum pulang ke Kelantan siri artikel bertajuk ‘Karaoke With Satan’ yang setelah saya pulang di Kelantan di jaja di beberapa blog dan kemudiannya menjadi modal yang digunakan oleh mereka yang tidak selesa dengan saya sebagai ’satu pengakuan terbuka saya’ dalam mempromosi tabiat meminum minuman keras. Saya cadangkan dibaca semula posting tersebut.

Pendapatan saya bukan RM6,000 sebulan. Gaji yang dibayar PMBK kepada saya jauh lebih rendah daripada itu. Malangnya bagi mereka yang bekerja makan gaji, semua tentu arif bahawa hal ehwal gaji dan kontrak dengan majikan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan. Kalau boleh, saya amat gembira sekali untuk mendedahkkannya. Tetapi bagi para Lanun, mereka tentu tidak arif tentang ini kerana mereka hanya tahu memeras ugut mangsanya bagi mendapat wang sara hidup.

Serba sedikit perjanjian kerja saya ialah saya perlu memikir dan melaksanakan kempen bagi menyebarkan maklumat aktiviti-aktiviti kerajaan Negeri Kelantan dan juga mendedahkan yang sebenar tentang Kelantan kepada umum. Ini dilakukan dengan menggunakan pelbagai saluran, agensi dan jawatankuasa.

Antara yang telah dilakukan ialah menarik minat terhadap penanaman Depu, Minifest Kelantan 2007, penerbitan Majalah Qiadah, Penerbitan Buku Foto Tuan Guru, Pentomin Malam Cakna Palestin dan lain-lain. Untuk melaksanakannya, saya tidak terikat dengan seorang exco sahaja, tetapi telah bekerja dansangat gembira untuk terus bekerja dengan ramai exco antaranya YB. Dato’ Haji Takiyuddin, YB. Dato’ Mohd Amar dan YB. Dr. Fadzli.

Apa yang tidak diketahui umum, aktiviti bukan kerajaan yang melibatkan Haji Husam, saya lakukan didalam cuti atau saya akan mengambil cuti tahunan saya. Ini kerana dari pengalaman saya, ahli-ahli exco Kerajaan Negeri Kelantan semuanya amat-amat tegas dan ‘particular’ dalam mengelak sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan jentera Kerajaan untuk tujuan peribadi. Ini saya pasti mereka warisi daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Apa yang ramai tidak tahu, saya sebenarnya lebih rapat dan lebih mesra dengan YB. Dato’ Mohd Amar kerana sewaktu saya bersekolah, ibu saya tinggal di Pondok Panchor, milik Gemullah Pak Nik Lah, ayah kepada YB. Dato’ Mohd. Amar. Selepas habis tingkatan lima, saya bekerja sementara sebagai dreber kepada Gemullah Pak Nik yang ketika itu ahli Parlimen tunggal PAS selepas pilihanraya 1986. Bila di Kuala Lumpur, saya akan menghantar Gemullah Pak Nik ke rumah Mohd Amar yang ketika itu menetap di Bangi.

Arwah ibu saya amat menyanjung tinggi keluarga Gemullah Pak Nik sehingga berhajat benar hendak kahwinkan saya dengan seorang adik YB. Dato’ Mohd Amar. Allah Maha Kuasa, jodoh tiada dan adik YB tersebut pula meninggal dunia.

Mungkin pada pandangan segelintir pihak, 15 tahun hidup dalam dunia seni adalah 15 tahun yang penuh maksiat tetapi bagi saya ia hanyalah mencari rezeki yang halal disamping terus mencari ruang sebaiknya menggunakan bakat yang Allah S.W.T kurniakan. itu secara peribadi bagi saya, jauh lebih baik dari menjadi lanun.

Tetapi saya tidak akan menuduh lanun itu jahat walau lazimnya begitu. Orang melanun ada sebabnya. Kadang-kadang mereka terpaksa melanun untuk tujuan yang jauh lebih mulia dari kita semua. Kadang-kadang mereka melanun untuk sesuap nasi kepada anak kecil mereka atau seteguk ubat untuk bayi mereka.

Namun, ada juga yang menggabungkan bakat mereka untuk memperkemaskan aktiviti melanun atas nama memperjuangkan kebenaran.

http://kickdefella.wordpress.com/

Nizar Zambry : 1 Jun Hari Bergelap Seluruh Perak

Esok 1 Jun adalah Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak. Program tersebut adalah sebagai membantah pencabulan demokrasi yang dilakukan oleh BN dan juga kempen bubar DUN Perak. Seluruh pendokong dan penyokong PR yang Muslim diminta berpuasa di seluruh negeri Perak bagi mengisi program tersebut dan akan berbuka beramai-ramai di setiap markaz DUN seluruh Perak.

Manakala yang bukan Islam sebagai menghormati program tersebut boleh berlapar selama satu hari dan akan makan beramai-ramai menjelang Maghrib bersama umat Islam yang lain di markaz.

Program di markaz DUN akan bermula pukul 6 petang dengan mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan PR di peringkat DUN masing-masing, selepas berbuka, solat Maghrib dan Solat Hajat berjamaah akan diadakan, dikuti dengan tazkirah.

Selepas Isya' akan didakan ceramah PR yang akan disampaikan juga oleh pimpinan PR di peringkat DUN. -misbahulmunir

KTM Tertidur Tunggu Pengundi Tak Kunjung Tiba

Proses pengundian pada pilihan raya kecil Penanti yang lembab telah mencatatkan peratusan keluar mengundi yang rendah sekitar 44.4 peratus sahaja. Bukan sahaja calon-calon yang bertanding mengeluh kerana tidak ramai pengundi yang keluar mengundi malah pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya juga mengakui hakikat ini.

Keadaan yang sepi menyebabkan Ketua Tempat Mengundi (KTM) di SK Tanah Liat terlalu ngantuk sehingga terlelap menunggu pengundi yang tidak kunjung tiba di pusat pengundian jagaan beliau.

Gambar diperolhi daripada blog Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menunjukkan KTM sedang tidur di atas kerusi.

Up Date Foto Penanti Petang






Penanti : Keputusan tak rasmi

Guar Perahu (JDM01-01)
PKR 133
Aminah 11
Wau 3
Payung 3

Guar Perahu (JDM01-02)
PKR 213
Aminah 20
Wau 1
Payung 7

Guar Perahu (JDM01-03)
PKR 234 undi
Aminah 13 undi
wau 0
Payung 0

Guar Perahu (JDM01-04)
PKR 183
Aminah 7
Wau 0
Payung 0

Sungai Semambu (JDM08-01)
PKR 150
Aminah 4
wau 4
Payung 1

Sungai Semambu (JDM08-02)
PKR 220
Aminah 4
Wau 14
Payung 0

Sungai Semambu (JDM08-03)
PKR 242
Aminah 5
Wau 7
Payung 1

Sungai Semambu (JDM08 -04)
PKR 219
Aminah 4
Wau 8
Payung 2

Sungai Semambu (JDM02-05)
PKR 219
Bebas (Aminah) 4
Wau 8
Payung 2

Kuala Mengkuang (JDM 02-01)
PKR 117
Aminah 10
Wau 1
Payung 1

Kuala Mengkuang (JDM02-02)
PKR 216
Aminah 14
Wau 1
Payung 1

Kuala Mengkuang (JDM02-03)
PKR 205
Aminah 16
Wau 1
Payung 4

Kuala mengkuang (JDM02-04)
PKR 179
Aminah 18
Wau 1
Payung 2

Kuala mengkuang (JDM02-05)
PKR 179
Aminah 17
Wau 1
Payung 2

Teluk wang (JDM03-01)
PKR 180
Aminah 21
Wau 154
Payung 1

Mengkuang (JDM04-01)
PKR 160
Aminah 19
Wau 9
Payung 1

Mengkuang (JDM04-02)
PKR 209
Aminah 43
Wau 8
Payung 0

Mengkuang (JDM04-03)
PKR - 249
aminah 21
Wau 7
Payung 2

Mengkuang (JDM04-04)
PKR 206
Aminah 25
Wau 0
Payung 0

Sungai Lembu (JDM 05-01)
PKR 258
Aminah 2
Wau 102
Payung 2

Penanti (JDM06-01)
PKR 144
Aminah 11
Wau 21
Payung 2

Penanti (JDM06-02)
PKR 238
Aminah 14
Wau 38
payung 0

Penanti (JDM06-03)
PKR 212
Aminah 8
Wau 20
Payung 1

Kubang Ulu (JDM07-01)
PKR 144
Aminah 11
Wau 21
Payung 2

Kubang Ulu (JDM07-02)
PKR 238
Aminah 14
Wau 38
Payung 0

Kubang Ulu (JDM07-03)
PKR 212
Aminah 8
Wau 20
Payung 1

Tanah Liat (JDM09-01)
PKR 116
Aminah 9
Wau 9
Payung 4

Tanah Liat (JDM09-02)
PKR 192
Aminah 18
Wau 7
Payung 0

Tanah Liat (JDM09-03)
PKR 187
Aminah 9
Wau 4
Payung 4

Tanah Liat (JDM09-04)
PKR 179
Aminah 4
Wau 4
Payung 0

Berapit Road (JDM10-01)
PKR 168
Aminah 1
Wau 10
Payung 1

Berapit Road (JDM10-02)
PKR 244
Aminah 3
Wau 7
Payung 1

Berapit Road (JDM10-03)
PKR 240
Aminah 6
Wau 13
Payung 0

Undi POS (POS 01)
PKR 2
Aminah 12
Wau 0
Payung 7

JUMLAH KESELURUHAN
PKR 6268
AMINAH 402
WAU 534
PAYUNG 55

Update Result : Penanti complete

pkr 6268... Aminah Ronggeng 402...Nai 534...Ramizu 55

Up Date Result Penanti

Pkr 6,266 534 48 390

Up Date Result Penanti

PKR WAU PAYUNG KUNCI TOTAL

6054 514 47 382 6997

86.52% 7.35% 0.67% 5.46%



Majority 5672

TERKINI PENANTI

PKR - 4,963, Aminah - 298, Nai - 297, Kamarul - 34

Hanya 44.4 Peratus Keluar Mengundi



Peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kecil Penanti mencatatkan tahap yang rendah pada 44.4 peratus pada pukul 4.00 petang tadi.

Tahap ini tidak banyak berubah apabila pengundian tamat pukul 5.00 petang tadi.

Ini bersamaan 6,824 pengundi daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar seramai 15,384 orang.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 ialah 82.1 peratus

Dua Jalan Ke Putrajaya

Belajar Dari Bukit Gantang

Pilihanraya Kecil Bukit Gantang memberi satu pengajaran penting kepada PAS. Jika ahli-ahli dan pimpinan PAS mahu melihatnya secara matematik. PRK Bukit Gantang adalah satu manifestasi dan prelude kepada apa yang boleh berlaku di 6 buah konstituensi Parlimen yang PAS telah tewas teruk dalam PRU 12 yang lalu.

Di enam konstituensi ini PAS telah tewas dengan perbezaan peratusan undi di antara 30% hingga ke 45% undi. Iaitu majoriti undi diantara 11,500 undi hingga 20,500 undi.

6 konstituensi Parlimen di atas ialah,

* P161 Pulai (Johor)
* P147 Parit Sulong (Johor)
* P143 Pagoh (Johor)
* P127 Jempol (Negeri Sembilan)
* P133 Tampin (Negeri Sembilan)
* P126 Jelebu (Negeri Sembilan)

Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo ketika mengulas analisa undi dari PRK Bukit Gantang di blognya menulis,

“Hanya 15% kaum cina mengundi Barisan Nasional kali ini berbanding 30% pada 2008. Dianggarkan 9, 500 orang pengundi kaum Cina dan 1, 500 orang pengundi kaum India mengundi Pas kali ini. BN hanya menerima 1, 500 dan 500 undi.”

Khir Toyo juga membuat kesimpulan,

“Ini bermakna pengundi bukan Melayu secara jelas masih menolak BN. Beberapa isu yang mungkin menarik undi kaum Cina terhadap YB Nizar termasuklah isu tanah dan juga sokongan simbolik kaum tersebut kepada perjuangan DAP yang sebelum ini menguasai kerajaan negeri Perak.”

Secara lebih komprehensif, analisa yang dibuat oleh Khir Toyo daripada PRK Bukit Gantang ialah,

* PAS menerima lebih kurang 9,500 undi Melayu atau 35% dari jumlah keseluruhan undi Melayu.
* PAS menerima lebih kurang 9,500 undi Cina atau 85% dari jumlah keseluruhan undi Melayu.
* PAS juga menguasai sebahagian besar undi India.

Khir Toyo juga membesar-besarkan kemerosotan undi Melayu yang PAS terima dalam PRK itu berbanding dengan PRU 12. Bagaimanapun YB Dato’ Wan Abdul Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga veteran PAS merasakan kemerosotan undi Melayu itu adalah kurang tepat.

Selepas PRU 12, PAS bertanding di dalam 2 pilihanraya kecil Parlimen iaitu di Kuala Terengganu yang mempunyai 11% pengundi cina dan di Bukit Gantang yang mempunyai 27% pengundi cina. PAS berjaya merampas semula Kuala Terengganu dari BN dan mempertahankan Bukit Gantang dengan undi majoriti yang meningkat.

Muhyiddin Yassin Tumpas Di Pagoh

Jika momentum di Bukit Gantang dapat dikekalkan dan sokongan masyarakat bukan Melayu dan terus dipertingkatkan oleh PAS, ia memberi peluang yang cerah untuk PAS merampas 6 konstituensi yang sebelum ini PAS tewas besar.

6 Konstitensi ini ditandingi oleh UMNO bagi pihak BN. Bagaimanapun ke enam-enam konstituensi ini memiliki pecahan pengundi seperti berikut,

* Pulai – Melayu 50.89%. Cina 39.59%. India 9.38%
* Parit Sulong – Melayu 73.97. Cina 26.64. India 0.35%
* Pagoh – Melayu 62.82%. Cina 32.29%. India 4.21%.
* Jempol – Melayu 57.29%. Cina 28.3%. India 13.7%. Lain-lain 0.5%.
* Tampin – Jelebu 60.9%. Cina 25.2%. India 13.3%. Lain-lain 0.7%.
* Jelebu – Melayu 64.24%. Cina 28.27%. India 6.6%. Lain-lain 0.44%.

BN menewaskan PAS di Pulai dengan majoriti sebanyak, 20,449 iaitu jumlah majoriti tewas terbesar bagi PAS di dalam 42 konstituensi Parlimen dimana PAS tewas dalm 2008.

BN mendapat 38,036 undi iaitu lebih 68% dari undi yang dibuang. PAS mendapat 17,587 undi atau 32%.

Sekiranya trend dalam PRK Bukit Gantang diikuti di Pulai iaitu,

* BN mendapat 65% undi Melayu.
* PAS mendapat 85% undi Cina.

Andaian pilihanraya di Pulai dalam pilihanraya akan datang dengan mengambil kira purata 75% keluar mengundi dari setiap kaum adalah seperti berikut,

* 75% daripada 79,622 pemilih keluar mengundi.
* 30,335 pemilih Melayu mengundi.
* 23,648 pemilih Cina mengundi.

BN akan menerima sejumlah lebih kurang 19.718 undi Melayu dan 3,547 undi Cina.

PAS akan menerima sebanyak 10,617 undi Melayu dan 20,101 undi Cina.

Oleh yang demikian, keputusan pilihanraya akan menjadi seperti berikut,

* BN mendapat lebih kurang 25,265 undi.
* PAS 30,718 undi.
* Majoriti 7,453 undi.

Jika trend ini berterusan, PAS bukan sahaja dapat menterbalikan ketewasannya dengan majoriti 20,446 undi itu kepada kemenangan, tetapi juga akan dapat menumpaskan Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Pagoh dan beberapa anggota kabinet di konstituensi seperti Jelebu dan Tampin.

Dengan memantapkan komitmen kepada Pakatan Rakyat sahaja PAS akan berpeluang untuk menambahkan kendudukannya di Parlimen. Untuk melakukan ini, PAS perlu berdepan dengan UMNO dan tumpaskan UMNO di,

* 16 konstituensi yang PAS tewas dengan majoriti undi antara 0.9% hingga 19.1% atau 300 undi hingga 5,265 undi. Untuk ini berlaku PAS memerlukan lebih kurang antara 200 ke 3,000 undi di konstituensi-konstituensi tersebut.
* PAS perlu menewaskan UMNO BN di 6 konstituensi yang mempunyai pemilih cina yang tinggi di Negeri Sembilan dan Johor.

Untuk ini berlaku, PAS juga perlu bertapak dengan kukuh di kesemua konstituensi tersebut dengan jentera yang mendapat sokongan padu dari kepimpinan parti. Masa masih ada untuk PAS memantapkan kedudukannya di konstituensi-konstituensi tersebut tetapi bukan masa sahaja yang menjadi faktornya.

Pimpinan PAS Untuk Rakyat Malaysia

Kepimpinan PAS juga perlu agresif. PAS perlu pimpinan yang diterima dan disanjung oleh segenap lapisan masyarakat dan bukan sekadar ahli-ahli PAS sahaja.

Jalan ke Putrajaya akan bermula pada muktamar PAS minggu hadapan. Para perwakilan PAS akan berpeluang memilih satu dari dua jalan ke Putrajaya.

Jalan pertama ialah memantapkan gandingan pucuk pimpinan PAS yang diyakini oleh segenap lapisan masyarakat.

Jalan kedua ialah, memilih jalan pintas ke Putrajaya dengan memilih pimpinan yang akan membawa PAS ke Putrajaya melalui jemputan Barisan Nasional.

Jika PAS memilih jalan pertama, yang tentunya lebih sukar, PAS berpeluang untuk menjadi parti tunjang kepada orang Melayu dan seterusnya memperkasakan Islam seperti yang diingininya.

Tetapi jika PAS memilih jalan pintas, beberapa pemimpin PAS mungkin berpeluang bergelar Menteri sebelum pilihanraya akan datang, tetapi PAS akan selamanya kekal sebagai parti besar tetapi kecil pengaruhnya baik di Parlimen maupun dikalangan penduduk Melayu beragama Islam.

Rakyat Malaysia buat pertama kalinya menaruh begitu tinggi harapan kepada para perwakilan PAS yang akan bersidang dan membuat pilihan mereka.

Ini mungkin kali pertama dan mungkin juga terakhir bagi perwakilan PAS membuat pilihan yang mungkin memberi peluang kepada Presidennya untuk menerajui Kerajaan Malaysia di dalam pilihanraya akan datang.

EZAM DAN NAJIB MAIN "SORONG PAPAN TARIK PAPAN"


Najib Mahu Tahu, Ezam Bilang Nanti Dulu

-------Oleh Halik Zaman-------

Banyak sudah terjadi, dikalangan Ketua Ketua Bahagian atau "orang orang penting" dalam PKR, kalau hasratnya tidak dipenuhi oleh Presiden, Ketua Umum PKR atau ada berselisih faham dengan Pegawai Pentadbir Ibu Pejabat PKR. Dia terus keluar parti, lalu menyerang parti dan turut menyerang pula Ketua Umum PKR. Timbul lah konfrantasi individu melibatkan perjuangan parti yang secara sengaja dibuat untuk mendapatkan publisiti dari media murahan tv3. Berkata lah Kakmin dengan geram "Bubar PKR" macam heroin Tamil tahun 60an, berlagak Kakmin dalam tv3.

Mereka sanggup mengutuk parti, mereka mengugut parti, segala tokmahan dilemparkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, untuk menyedapkan lagi jalan cerita, mereka tambah sikit sikit fitnah, sebagus mungkin, supaya orang lain percaya akan kebenarannya cerita wayang kita.

Bila sampai sahaja ketelinga pemberita tv3 dan Astro Awani, rasa tidak puas hati Ketua Ketua Bahagian PKR, maka mulalah Ketua Ketua Bahagian mendapat liputan khas tiap malam dari tv3 dan Astro Awani. Tv3 dan yang sewaktu dengannya pula, tambah sikit ajinomota, bubuh garam, bubuh rempahratus, supaya jalan cerita lebih sedap didengar untuk santapan ketelinga ahli ahli UMNO, dikampung kampung. Pada penyokong Pakatan Rakyat, ia tiada kesan apa apa.

Pemimpin pemimpin UMNO pun mula buat statement diakhbar dan media, kononnya PKR sudah nazak, PKR sudah hilang pengaruh, PKR kononnya anti Sultan, anti Melayu dan anti Bumiputra, PKR sudah jadi alat orang asing, hak orang Melayu telah digadai oleh PKR. Sumua rahsia PKR sudah dibongkar oleh bekas Ketua Ketua Bahagian, kononnya.

Lagi sedap cerita, bila Ezam bilang dia ada 6 kotak rahsia Anwar Ibrahim. Dia tahu semua rahsia Anwar Ibrahim, rahsia ada dalam tangannya. Dia akan expose bila bila masa sahaja. Tunggu punya tunggu, sampai hari ini, rahsia Anwar Ibrahim belum juga Ezam keluarkan. Mungkin Ezam expect Najib akan berikan dia project banyak banyak. "Ezam pun mula main sorong papan tarik papan dengan Najib. Najib ingin tahu, Ezam bilang nanti dulu."

Untuk pengetahuan semua Ketua Ketua Bahagian PKR dan orang orang penting yang masih ada dalam PKR. Saya adalah bekas Ketua Bahagian PKR Sepanggar Kota Kinabalu dan Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKR Negeri Sabah dari tahun 2006-2009. Semua mesyuarat perhubungan saya hadir, hubungan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan saya baik, dengan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan cukup baik dan dengan semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri juga baik. Yang saya tahu, tidak ada rahsia yang mahu disembunyikan dalam PKR. Semua mesyuarat, perbincangan dan perjumpaan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim berkisar hal ehwal politik yang sihat. Tidak ada rahsia, tidak ada perancangan jahat PKR atau Anwar Ibrahim.

Kini saya sebagai orang biasa sahaja dalam PKR, saya tahu benar dalam PKR tidak ada apa apa rahsia yang mahu dijadikan bahan ugutan atau discredit PKR dari penerimaan rakyat. Secara jujur saya katakan, PKR sebenarnya makin hari semakin mendapat tempat dihati dan dimata rakyat Malaysia. Rakyat tertarik dengan kepimpinan yang dinamik serta halatuju PKR dan Pakatan Rakyat.

Seperti saya, kadangkala tidak begitu setuju dengan seseorang dalam PKR Pusat. Cara yang paling baik bagi saya, "letak jawatan, jauhkan diri dari pemberita dan jauhkan diri dari memfitnah seseorang". Jangan cuba terbawa bawa perangai macam Ezam, Kakmin dan beberapa orang Ketua Ketua Bahagian diKedah yang ego kepada diri sendiri, kononnya tanpa mereka PKR akan kalah diBukit Selambau. (Tiru macam saya, selalu pandang cermin diri sendiri dulu. Saya ukur diri sendiri, tanpa dipinta).

Jangan ikut kata hati, kerana seekor nyamuk hitam, kelambu saya bakar, buat apa? Apa saya untung? Jangan ada Ketua Ketua Bahagian atau "orang orang penting" dalam PKR menganggap diri kita ini, sudah tersangat penting dalam PKR. "Yang penting adalah pengundi pengundi dan halatuju PKR" yang dapat diterima oleh rakyat. Bukan diri sendiri. Kalau saya seorang tak suka PKR, ada lagi berjuta orang rakyat Malaysia yang sukakan PKR. Jangan cepat terpengaruh dengan gula gula getah UMNO, nanti melekat, seumur hidup rakyat membenci diri kita.

Contohnya banyak Ketua Ketua Bahagian yang tinggalkan PKR, ada yang sanggup menabur fitnah kepada PKR dan pemimpinnya seperti bekas pemimpin PKR Ezam, Kakmin dan beberapa orang bekas Ketua Ketua Bahagia PKR Kedah dan 2 orang ADUN PKR yang melompat, lihat sendiri apa yang mereka dapat? Esok kalau ditakdirkan oleh Allah swt. Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Pusat, mereka yang ego, mereka yang menabur fitnah, dimana nak simpan muka?

Tiru macam saya, punya pengalaman 45 tahun dalam politik Malaysia, (bukan angkat bakul sendiri, tapi fakta bahh.) Saya tahu Pakatan Rakyat akan memerintah Kerajaan Malaysia. Sebagai ahli PKR pun saya bisa berbakti, kepada rakyat. Tidak perlu ada jawatan apa apa dalam PKR. Tidak perlu ribut ribut. Buat kerja diam diam untuk PKR. DSAI punya mata banyak dan punya telinga banyak, apa anda cakap, apa anda buat, 5 minit sampai ketelinga DSAI.

PKR hopeful of big Penanti win despite low turnout

UPDATED AT 4.30pm
By Lee Wei Lian and Syed Jaymal Zahiid

PENANTI, May 31 – PKR is still hopeful of bagging at least 7,000 votes to win Penanti despite a low turnout that touched 45 per cent with 30 minutes to go in a by-election called “uninspiring” due to Barisan Nasional’s absence.

PKR election director Saifuddin Nasution today stuck to his forecast as the party moved election workers to encourage more to come out and cast their votes. Some voters had complained their names were missing from the electoral rolls.

“There are still three hours left and we are aggressively asking party workers to knock on doors of supporters to come and vote,” said Saifuddin, who is expecting a 65 per cent turnout today.

At 4pm, the Election Commission (EC) said voter turnout was 44.36 per cent. The voter turnout in Election 2008 was 82.13 per cent.

Kak Min: Ahli Umno juga keluar mengundi...!!! Sayang benar minah ni dengan penyokong UMNO....!!! Ade ape-ape kot...tapi yang sahih hilang deposit..!!!

Terdapat ahli dan penyokong Umno di DUN Penanti keluar mengundi hari ini, terutama di kawasan Kuala Mengkuang, dakwa calon bebas Aminah Abdullah.

Calon bebas yang menggunakan lambang kunci itu berkata, beliau sendiri yang pergi mengangkut pengundi tersebut ke pusat pengundian.

"Saya tahu mereka ahli dan penyokong Umno kerana saya pergi sendiri ke rumah mereka.

"Tetapi jumlahnya tidak terlalu ramai, berpuluh orang sahaja.

"Dan mereka kata hendak pangkah calon kunci (Kak Min)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Aminah, ahli Umno yang keluar mengundi kerana mempunyai mempunyai kesedaran untuk mengundi.

Ketika ditanya peluangnya dalam pilihanraya kecil ini, Aminah berkata, beliau tidak tahu mengenai peluangnya.

"Tetapi ada orang PKR kata saya tidak boleh menang. Bagaimanapun, tunggu lah keputusannya nanti," katanya.

Aminah berdepan dengan calon PKR, Dr Mansor Othman dan dua lagi calon bebas, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

42.2% mengundi sehingga 3 petang

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 3 petang ialah 42.2 peratus atau 6,492 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Menjawab Rencana Zulkiflee Bakar, Mingguan Malaysia.

Suka saya mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Zulkiflee Bakar di muka 8 Mingguan Malaysia. Didalam kolum Rencana, artikel yang ditulis oleh Zulkiflee Bakar bertajuk “Menilai Hujah Husam” antara lain telah menjatuhkan maruah penyunting akhbar arus perdana dan penganalisa politik tempatan.

Sebagai seorang yang rapat dengan pihak media, saya merasakan tulisan Zulkiflee ini satu penghinaan kepada pengamal media dan menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau. Saya berharap ini bukanlah mentaliti yang dikongsi oleh kakitangan dan pengurusan Utusan Melayu.

Di dalam artikel tersebut, Zulkiflee ada menulis seperti berikut,

“Apakah dosa besar yang dilakukan oleh UMNO terhadap PAS sehinggakan sesiapapun pemimpin PAS yang cuba berbaik-baik dengan UMNO harus disingkirkan.”

Bersandarkan kepada anggapan bahawa tulisan Zulkiflee berlandaskan niat yang baik, ternyata ia hanya menunjukkan sikap malas penyunting akhbar ini untuk melakukan sedikit kajian. Berikut saya senaraikan diantara dosa besar UMNO terhadap bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti politik tetapi kepada ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan pengundi-pengundi PAS.

* Pada 30 Januari 2008 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir membuat pengakuan dihadapan lebih 30 orang pengamal media dengan mengaku telah dipaksa oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri Kelantan. Tun berkata, “… bukan sahaja Mustapha (Mohamed) tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain pun mintak sekat”. Pengakuan ini dibuat ketika mengulas pengakuan Dato’ Mustapha Mohamed yang ketika itu Menteri Pelajaran Tinggi dan ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas di dalam Dewan Negeri Kelantan.
* Pada 24 November 2007, Dato’ Mustapha Mohamed ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan telah mengaku menekan Tun Dr. Mahathir supaya menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat.
* Bukankah ini jelas satu pengainayaan kepada parti PAS selaku Kerajaan di Kelantan, ahli-ahli PAS selaku mereka yang berusaha keras memenangkan PAS, Pengundi PAS yang menunaikan tanggungjawab mereka di dalam PRU dan seluruh rakyat Kelantan yang setengahnya tidak ada kaitan langsung dengan proses menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan.

Dosa ini berterusan sehingga ke hari ini walaupun ada usaha oleh segelintir pihak di dalam PAS untuk membawa parti itu bekerjasama dengan UMNO.

Sikap barbarik UMNO sebenarnya amat dahsyat sekali dan saya amat pelik bila Zulkiflee seolah-olah tidak pernah mendengar Tragedi Memali yang berlaku pada subuh November 21, 1985. Ketika itu Presiden UMNO ialah Tun Dr. Mahathir dan Timbalannya adalah Tun Musa Hitam.



Tuan Guru Haji Hadi dan Anwar Ibrahim, tak lekang dengan fitnah dan dakyah dari UMNO

Saudara Abd. Rahman telah menulis di Muslimedia, January 16-31, 1999 yang saya temui di internet, antara lainnya,

“The police had surrounded the whole village by then, motorist to and from Memali were stopped and their names taken. Ustaz Ibrahim had just finished his daily lecture – kuliah subuh – after prayers,”

Beliau kemudian menyambung,

“On that day, the police numbered around 4,000; they were heavily armed and dangerous. They were acting on orders from Mahathir (Presiden UMNO) to arrest Ibrahim Mahmood, the man the villagers were ready to defend till their last drop of blood – which they did.”

* Sejarah mencatatkan seramai 14 orang terbunuh dan mereka terdiri dari lelaki dan perempuan yang bersama Ustaz Ibrahim menunaikan sholat subuh.
* Al Shahid Ibrahim adalah ‘orang’ PAS begitu juga mangsa yang lainnya.
* UMNO menerusi medianya menyalahkan Presiden PAS sekarang dengan berulang kali mengaitkan kejadian tersebut dengan Amanat Haji Hadi.
* UMNO menuduh mereka yang terkorban mempertahankan hak mereka yang diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan sebagai telah termakan hasutan Tuan Guru Haji Hadi.
* UMNO melepaskan tanggungjawab mereka terhadap kejadian itu dan sehingga hari ini menyalahkan PAS.

Tidak cukup dengan penyalahgunaan kuasa dan keganasan terhadap Parti lawan, UMNO juga seringkali sanggup membelakangkan undang-undang dan perlembagaan negara untuk mencapai hasrat mereka dalam merampas apa yang diberi Rakyat kepada PAS.

Kalau Zulkiflee boleh tidak ingat kepada kejadian Memali sudah tentu Zulkiflee juga tidak tahu tentang peristiwa Turn About About Turn.

Bagi mereka yang merasakan bahawa apa yang berlaku di Perak adalah sesuatu yang membelakangkan undang-undang dan pencabulan terhadap mandat rakyat, mungkin anda akan lebih terkejut dengan peristiwa ini.

Turn About About Turn adalah satu kejadian dimana 4 wakil rakyat PAS termasuk speaker Dewan Negeri Kelantan telah diculik, dikurung dan dipaksa membuat kenyataan media mengaku mereka menyertai UMNO.

YB. Umar Muhammad (diambil dari Steps Towards Mardhatillah)

Peristiwa yang berlaku pada 1968 ini sepatutnya berakhir dengan speaker yang diculik memanggil sidang Dewan Negeri bagi meluluskan usul Undi Tidak Percaya kepada Menteri Besar PAS. 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri yang diculik pula akan hadir ke sidang Dewan dan menerusi undi mereka, Kerajaan Negeri pimpinan PAS Kelantan akan tumbang.

Berikut adalah rentetan apa yang berlaku,

* Pada 25 Julai 1968, YB Umar Muhammad (ADUN PAS) yang ketika itu di dalam perjalanan balik dari Kota Bharu ke Tanah Merah telah ditahan oleh polis dalam satu sekatan jalan raya. YB Mustapha Ahmad, Ahli Parlimen PAS Tanah Merah yang mengekori YB Umar melaporkan bahawa YB Umar dibawa menaiki kereta Ketua Polis Tanah Merah ke Balai Polis Kota Bharu.
* YB Umar kemudian tidak dapat dikesan selepas dibawa masuk ke Balai untuk soal siasat.
* Pada 2 Ogos 1968, Suratkhabar (mungkin Utusan Melayu terbabit sama) melaporkan 4 ahli Dewan Undangan Negeri PAS Kelantan telah masuk UMNO. Mereka ialah YB Abdullah Haji Yusof, YB Umar Muhammad, YB Abdul Rahman Muhammad Soleh dan YB Yusof Abdul Latif, Speaker Dewan Negeri.
* UMNO terus menggunakan media dan pada 3 Ogos 1968 dan 4 Ogos 1968 menabur fitnah dengan menyebut nama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS yang lain turut juga menyertai UMNO dan menyebabkan Kerajaan Kelantan Pimpinan PAS telah tumbang.
* UMNO Besut dan Tanah Merah secara besar-besaran menyebarkan dakyah dengan pelbagai cara untuk menghancurkan hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS dengan menyebarkan lakaran kubur PAS serta masuk ke kampung-kampung dengan kenderaan yang dipasang speaker melaungkan “PAS dah Mampus. PAS dan Mampus dan Perikatan memerintah Kelantan.
* Pada 18 Ogos 1968, 4 ahli YB PAS Kelantan telah dipaksa keluar dalam televisyen mengisytiharkan sokongan kepada UMNO.
* Selepas pengisytiharan di Televisyen, keempat-empat YB itu dibenar pulang ke Kelantan dengan kenderaan yang dikawal rapi oleh polis.
* Pada 20 Ogos 1968, Speaker Dewan Negeri yang telah isytihar menyokong UMNO mengendalikan persidang khas Dewan Negeri.
* 2 Ahli Dewan Negeri PAS yang turut isytihar menyertai UMNO telah memberitahu Dewan Negeri bahawa mereka tetap ahli PAS dan melafaz taat setia kepada Parti Islam SeMalaysia itu.
* Usul yang ditaja UMNO tumpas dan PAS terus memerintah Kelantan sehingga Pemimpin PAS membawa PAS menyertai Barisan Nasional.
* Akibatnya dalam pilihanraya umum 1974, PAS tidak lagi berdepan dengan UMNO dan ini memudahkan UMNO untuk merangka episod seterusnya membunuh PAS.
* Selepas itu, BN bertegas melantik Menteri Besar yang tidak mendapat sokongan padu dari PAS.
* Akibatnya PAS berpecah dan akhirnya kehilangan Kelantan.

Di atas tadi adalah antara dosa besar UMNO. Dan jika diambil kira juga tindakan-tindakan zalim UMNO kepada orang-orang perseorangan di dalam PAS dengan pelbagai cara termasuklah menghumbankan mereka ke dalam penjara sebagai tahanan politik, tentu sekali tidak tercatat banyaknya.

Begitu juga penghinaan dan diskriminasi kepada penduduk-penduduk kampung yang mengundi PAS.

Zulkiflee Bakar juga mempersoalkan mengapa PAS boleh duduk semeja dengan DAP tetapi tidak dengan UMNO. Zulkiflee juga berpendapat bahawa DAP menentang penubuhan negara Islam yang dikatakan menjadi agenda PAS.

Adalah bukan suatu yang pelik bagi DAP menentang penubuhan negara Islam kerana rata-rata pemimpin, ahli dan penyokong DAP adalah terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam. Bagaimanapun DAP tidak pernah bertindak zalim sehingga membunuh, menculik dan mencederakan pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang mahu menegakkan syiar Islam.

Zulkiflee mungkin lupa juga UMNO yang diangkatnya adalah lebih pelik. Ini kerana pemimpin, penyokong dan kebanyakkan pengundi UMNO adalah penganut ajaran Islam. Tetapi mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.

Mungkin Zulkiflee boleh menjelaskan takrifan orang yang mengaku Islam tetapi menentang ajaran Islam sehingga sanggup membunuh, menculik dan mencederakan, menyekat hak dan menyekat pembangunan dari dinikmati rakyat.

Berbaik dengan UMNO tidak boleh disamakan dengan berbaik dengan DAP. DAP menghormati PAS, menghormati pejuang PAS dan kepimpinan PAS.

Zulkiflee menutup rencananya dengan berkata,

“Kalaulah puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya.”

Persoalan yang dibawa dalam menjadi teras penawaran diri sebagai Timbalan Presiden oleh Haji Husam adalah bukan persoalan puak atau fraksi sebaliknya diasaskan oleh rasa risau atas usaha-usaha oleh segelintir pucuk pimpinan untuk bersama dengan UMNO.

Haji Husam melihat cara terbaik untuk mengangkat kepimpinan ulama ialah dengan terus bersama Pakatan. PAS hari ini adalah parti induk Melayu kedua selepas UMNO. Berbaik-berbaik dengan UMNO tidak akan menjadikan PAS lebih besar sebaliknya berpotensi untuk menguncup dan sampai bilapun tidak mungkin PAS akan muncul sebagai parti induk Melayu.

Sebaliknya hanya dengan berdepan dengan UMNO secara bersemuka di gelanggang demokrasi, PAS akan dapat mengambil alih peranan itu.

Saya akhiri dengan petikan temubual Haji Husam dengan Ahmad Naim Tahir dari Berita Harian,

“Apabila saya menyertai Pas pada 1982, satu daripada sebabnya saya percaya Pas perlu jadi parti peneraju utama dalam negara jika dasar Islam yang komprehensif mahu dilaksanakan. Saya berpendapat jika ada kerjasama politik dengan Umno dalam bentuk berkerajaan, ia akan menyekat kemaraan Pas. Tak mungkin Pas dapat bertanding pilihan raya di kawasan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan ini akan hadkan kerusi Pas lalu Umno tetap jadi parti utama dan perjuangan Islam akan terbiar. Buat masa ini saya berasa Pas mesti berusaha untuk keluar dan memenangi kerusi yang dikuasai Umno dan BN bagi mencapai cita-cita politik parti. Di kawasan ramai pengundi bukan Melayu, rakan Pas seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menguasai kerusi itu, jadi tugas Pas yang utama sekali ialah menarik sokongan Melayu di kawasan kubu kuat Umno seperti di Johor dan Pahang. “

Akhirnya Kompenan BN Kempen Sokong Bebas - Ketua Gerakan bahagian minta ahli undi Nai

Ketua Gerakan bahagian Permatang Pauh, Tan Tee Pin meminta ahli-ahli parti supaya keluar mengundi calon bebas, Nai Khan Ari, supaya beliau tidak hilang wang deposit dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini.

Katanya, beliau membuat gesaan itu atas semangat persahabatan kerana Nai pernah menganggotai parti itu sebelum ini.

Nai merupakan bekas salah seorang pemimpin barisan pergerakan Pemuda Gerakan Pulau Pinang.


Selain Nai - yang juga bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti - tiga lagi calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan dua lagi calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Sementara itu, ketua bahagian MCA Permatang Pauh, Datuk Ma Kok Ben juga meminta ahli-ahli parti itu keluar mengundi hari ini.

Katanya, mereka boleh memilih untuk mengundi mana-mana calon bebas yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khususnya calon bebas untuk mereka undi.

Manakala Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jali Abdul Majid berkata, beliau tidak tahu sama ada terdapat ahli Umno keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, oleh kerana BN tidak bertanding, beliau tidak mahu mengambil tahu perkara tersebut.

"Oleh kerana keluar mengundi adalah hak masing-masing, terpulang kepada mereka.

"Jadi saya tidak tahu sama ada orang Umno keluar mengundi atau tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Saifuddin: Mansor sudah dapat 75% undi

Selepas hampir 6,000 pemilih keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi, pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution yakin, calon parti itu, Mansor Othman, sudah mendapat sekurang-kurangnya 4,500 undi.

"Berdasarkan maklumat yang diterima dari petugas parti, sebahagian besar pemilih terbabit adalah penyokong tegar PKR," katanya.

Menurut Suruhanajaya Pilihanraya (SPR), sehingga jam 2 petang tadi, seramai 38.77 peratus atau 5,964 pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Anggaran yang dibuat oleh Saifuddin itu menunjukkan bahawa Mansor mendapatkan kira-kira 75 peratus undi setakat ini.

Sehingga jam jam 12 tengahari tadi, seramai 29.86 peratus atau 4,593 orang keluar mengundi berbanding dengan 23.5 peratus atau 3,590 orang pada jam 11 tengahari tadi dan 14.6 peratus pada jam 10 pagi tadi.

SPR mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

SPR BERCELARU DAN TAK PROFESIONAL. - NAK ROBOH KHEMAH PKR 100 meter dari pusat Mengundi

( Yb Gobala mempertahankan khemah rehat PR )
( INI DIA PEGAWAI SPR YANG ARAH ROBOH DAN KATA " GO TO HELL " Kepada petugas Pr.)
( INI DIA PEGAWAI SPR YANG ARAH ROBOH DAN KATA " GO TO HELL " Kepada petugas Pr.)

Insiden arahan bodoh oleh Pegawai SPR di pusat pengundian SMK Mengkuang mendedahkan kecelaruan dan pengurusan SPR yang tidak profesional. Petugas PKR diarahkan supaya merobohkan pondok panas yang baru didirikan hari ini. Pegawai SPR yang mengarahkan perkara itu memberitahu pondok panas tersebut hanya dibenarkan jika didirikan sebelum hari ini.

Sebaik sahaja diberitahu oleh Pegawai SPR itu, puluhan anggota polis beruniform dan tidak beruniform bergegas ke pondok panas tersebut untuk menyempurnakan arahan meroboh.

Tindakan itu dibantah oleh petugas-petugas PKR-PR. Turut serta ialah YB Gobalakrishnan dan Hj. Ismail Yusof (Pengarah pilihanraya PKR Perak).

Semasa berlaku pertengkaran di antara pegawai-pegawai SPR dan petugas PKR, salah seorang pegawai SPR menimbulkan kekecohan apabila menyebut perkataan "go to hell" kepada petugas-petugas PKR.

Selepas rujukan dibuat oleh kedua-dua pihak kepada pihak atasan masing-masing akhirnya pihak SPR memaklumkan pondok panas tersebut adalah 'halal' didirikan walaupun hanya dibina/dipasang pada hari ini.

YB Gobalakrishnan turut mendesak SPR supaya mengarahkan pihak polis menghentikan rakaman video berhampiran khemah SPR dan di depan pintu masuk ke pusat mengundi. Tindakan merakamkan kehadiran pengundi-pengundi itu disifatkan sebagai berunsur ugutan bertujuan menakut-nakutkan pengundi menunaikan tanggungjawab.

Tinjauan mendapati rakaman video oleh pihak polis itu dibuat di semua pusat pengundian PRK Penanti. Hj Ismail Yusof menyifatkan pihak SPR dan polis tidak profesional dan bercelaru dalam menguruskan pilihanraya hari ini.

Terpulang pada ahli Umno, kata Jalil

Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jali Abdul Majid berkata, beliau tidak tahu sama ada terdapat ahli Umno keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, oleh kerana BN tidak bertanding, beliau tidak mahu mengambil tahu perkara tersebut.

"Oleh kerana keluar mengundi adalah hak masing-masing, terpulang kepada mereka.

"Jadi saya tidak tahu sama ada orang Umno keluar mengundi atau tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK, Faris Musa berkata, beliau juga tidak dapat memastikan sama ada ahli Umno mengundi di Penanti.

Bagaimanapun, beliau mengakui, ketiadaan calon BN menyebabkan pilihanraya kecil ini hambar dan tidak meriah.

"Ini tidak berlaku di dalam pilihanraya kecil lain, tetapi terjadi di Penanti.

"Suasana tidak meriah dan tidak panas di Penanti kerana BN tidak bertanding," katanya.

Faris berkata, suasana lenggang berlaku di pusat-pusat pengundian kerana penyokong pembangkang yang keluar mengundi.

Katanya, sebab itu tempat di mana dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh riuh, kini kosong.

Dalam pilihanraya umum yang diadakan September lalu, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah dengan majoriti besar.

Lagi pengundi Penanti dipindah kawasan - Setakat jam 1 petang 40% keluar mengundi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiga hingga empat orang pengundi - yang sebelum ini mengundi di Teluk Wang dalam DUN Penanti dalam pilihanraya umum lalu dan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh - pagi ini didapati telah dipindahkan ke DUN Permatang Pasir - satu lagi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh.

"Kita akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selepas pilihanraya kecil ini," katanya selepas meninjau pusat pengundian bagi Teluk Wang di dewan orang ramai Kampung Tun Sardon.

Ditanya sama ada pemindahan pengundi itu akan menjejaskan jumlah pengundian hari ini, Anwar menjawab 'ia bukan satu masalah' dan yakin PKR akan mengekalkan kerusi Penanti.

Pagi ini, seorang lagi pengundi, Tan Soon Guan yang sudah dua kali mengundi sebelum ini - sewaktu pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu - mendapati namanya tiada dalam senarai pemilih di pusat pengundian Jit Sin.

Pemeriksaan kemudiannya mendapati nama beliau telah dipindahkan ke DUN Berapit yang terletak di dalam kawasan Parlimen Bukit Mertajam.

Sementara itu, dalam reaksinya, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Aziz Yusof dilaporkan berkata pengundi sepatutnya memeriksa lebih awal nama mereka dalam senarai pemilih.

Dengan itu, katanya, pihak SPR akan dapat mengenalpasti masalah tersebut.

Oleh itu, Abdul Aziz berkata, mereka tidak boleh menyalahkan SPR mengenai perkara itu.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.

Up Date Foto Penanti 1 pm













Up Date Foto Penanti





Kenderaan guna logo parti, calon angkut pengundi

Kenderaan yang memasang logo parti dan logo calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, kelihatan mengangkut pengundi ke tempat pengundian.

Manakala penyokong calon bebas, Nai Khan Ari kelihatan menggunakan motosikal yang penuh dengan pelekat logonya untuk membawa pengundi ke Sekolah Jit Sin untuk mengundi.

SPR melarang semua kenderaan yang membawa pengundi, menggunakan logo parti atau calon yang bertanding.

Bagaimanapun, menurut sumber PKR, mereka akan terus memasang logo parti itu pada kenderaan terbabit kerana SPR tidak menyediakan sebarang pelekat untuk tujuan tersebut.

Sehingga ini, katanya lagi, pihak SPR tidak mengambil tindakan tindakan terhadap kenderaan-kenderaan terbabit.'

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.

Penanti : 14.6 peratus mengundi sehingga 10 pagi / Pengundi dipindah kawasan Parlimen

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 10 pagi - dua jam selepas proses pengundian dimulakan - adalah 14.6 peratus atau 2,252, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

SPR sebelum ini mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Penanti: Pengundi dipindah kawasan Parlimen

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Mansor Othman mendakwa berlaku kes kehilangan nama pengundi dalam senarai pemilih.

Mansor mendakwa, sehingga jam 9.30 pagi tadi, terdapat tujuh hingga lapan nama pengundi, tidak ada dalam senarai pemilih.

Katanya, apa yang berlaku sama seperti ketika pilihanraya umum 2004 lallu di mana ramai pengundi dipindah ke kawasan lain tanpa pengetahuan mereka.

Sehubungan itu, Mansor menyuarakan kebimbangan bahawa perkara itu akan menjejaskan jumlah pengundian hari ini.

Lim juga menyifatkannya sebagai satu 'komplot' untuk mensabotaj pengundian hari ini.

Mansor pula berkata, PKR akan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika terdapat banyak lagi kes kehilangan nama pengundi.

Sementara itu, seorang pengundi, Tan Soon Guan yang sudah dua kali mengundi sebelum ini - sewaktu pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu - mendapati namanya tiada dalam senarai pemilih di pusat pengundian Jit Sin.

Pemeriksaan kemudiannya mendapati nama beliau telah dipindahkan ke DUN Berapit yang terletak di dalam kawasan Parlimen Bukit Mertajam.

Sementara itu, dalam reaksinya, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata pengundi sepatutnya memeriksa lebih awal nama mereka dalam senarai pemilih.

Dengan itu, katanya, pihak SPR akan dapat mengenalpasti masalah tersebut.

Oleh itu, Abdul Aziz berkata, mereka tidak boleh menyalahkan SPR mengenai perkara itu.

Penanti: Pengundian pagi lembab

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi tetapi tidak ramai yang keluar mengundi awal ini.

Kebanyakan yang keluar mengundi awal terdiri daripada golongan warga emas.

Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan ketua menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.

Suasana di sekitar pusat pengundian dilaporkan tenang. Juga tidak banyak kelihatan bendera-bendera parti. Manakala anggota polis pula berkawal di setiap pusat pengundian.

PKR - satu-satunya parti politik yang bertanding - menyediakan pondok panas di pusat-pusat pengundian walaupun ia tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dan hanya kegelintir pekerja PKR yang kelihatan menyemak senarai pengundi. Juga tidak kelihatan aktiviti merayu undi dijalankan.

Seorang calon bebas - Nai Khan - mengundi di Dewan Orang Ramai yang menempatkan Tadika Tun Sardon pada kira-kira jam 8.49 pagi.
Beliau yang merupakan satu-satunya calon Bebas yang layak mengundi, diiringi oleh kira-kira lima orang penyokongnya.

Bagaimanapun, polis tidak membenarkannya mengadakan sidang akhbar di luar pusat pengundian tersebut.

Umno tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti.

Pemimpin PKR mendakwa - dan membuat laporan polis semalam - bahawa Umno menggesa ahli-ahlinya supaya memulaukan pilihanraya kecil tersebut.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh timbalan pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa parti itu menganjurkan rombongan membawa ahli-ahlinya bercuti ke Thailand hari ini.

Bagaimanapun, ADUN PKR bagi Batu Maung, Abdul Malik Kassim bagaimanapun yakin ramai yang akan keluar mengundi hari ini.

Beliau juga berkata, calon PKR, Mansor akan menang dengan majoriti besar.

Keputusan pilihanraya kecil hari ini dijangka diumumkan pada jam 8.30 malam walaupun keputusan rasminya dapat diketahui sewal jam 6.30 petang.

SPR pula menjangka kira-kira 70 peratus pemilih akan keluar mengundi hari ini.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Aziz Yusof turut melawat pusat pengundian terbesar di Tanah Liat.

Beliau berharap pilihanraya kecil Penanti ini akan menjadi contoh dan berkata jumlah mereka yang keluar mengundi juga adalah menggalakkan.

Up Date Foto Penanti


Penanti votes today in ‘uninspiring’ by-election

UPDATED at 10am PENANTI, May 31 – Missing names in the electoral rolls, a trickle of voters and an absent Barisan Nasional is blighting today’s “uninspiring” Penanti by-election that is set to be won by PKR.

Amalan BN sekarang sama dengan PKM dulu : Nik Aziz...!!! Mereka lebih PKM lagi...???

PULAU PINANG,28 Mei. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.

Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.

"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.

"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.

"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.

Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.

"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk memilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

FOTO PENANTI PAGI NI....!!!!!








SIAP ADA GAMBAR CALON GLEMER KAK MIN@ALTANTUYA