Sabtu, 30 Mei 2009

BALAS KERENAH SPR DAN PRDM DENGAN MENOLAK CALON BEBAS ZOMBIE UBN!!!!



Penanti menyaksikan UBN yang tak bertanding tapi menjadi tukang sibuk berkempen..... konon nyer memberi penerangan mengapa mereka tak bertanding. Kenapa pulak sibuk bagi penerangan masa waktu kempen sedang berjalan....... Sambil menyelam minum ayor, ya???

Satu Malaysia udah tahu alasan bodoh komer menerusi media pengampu komer..... tak yah nak sibuk-sibuk lnak berceramah lagi. Orang pun tak sior nak tahu. Komer jer yang sibuk tak tentu pasal..... Weh.... entah-entah dalam diam-diam nyuruh orang jangan keluor ngundi, ya???? Bas bawak lari pengundi, ya??? Rombongan yang ada udang di celah-celah mee!!! Komer ni mana boleh caya.... jenis busuk perut!!! Usah ler...... satu dunia dah tau!!

Apa yang MSK kata..... iaitu PKR bukan lawan calon bebas tapi lawan SPR memang betoi sesangat. Betoi...betoi...betoi..!!!! Ater... mana tidak nyer..... semua nyer tak boleh..... semua nyer dilarang!!! Tawor hebior ler ceramah dan kempen pilhan raya. Itu sebab nyer, orang nyuruh SPR jer yang bertanding di Penanti bagi pihak UBN..... habis ceriter!!!

Satu lagi yang buat hati teman geeeereeemmmmm..... ialah pihak polis. Ramai para pemimpin PR yang berkempen dan berceramah di Penanti, disiasat borong dan diugut konon nyer menfitnah dan menghasut...... Chegu Bard kena, Kit Siang kena, Gobala kena.... Puan Zuraida kena.... Itu ler giler nyer SPR dan PRDM.... Demer ni meroyan angkara serangan angin 'kepala taik' yang datang nyer dari Putrajaya. Bahaya komer......... Itu sebab, kita kena hapuskan 'kepala taik' tu agar perut semua rakyat Satu Malaysia tak senak lagi dengan gelagat para pemimpin UBN dan institusi serta instrumen kerajaan tak meroyan lagi..... akibat teruk dibalacikan!!!

Penanti oh Penanti...... ini ler masa nyer, komer katakan TAK NAK kepada UBN dengan menolak semua calon bebas pada esok hari. Undi lah Dr Mansor calon PKR!!!

Selamat mengundi..... dan vote for a new dawn for Malaysia.!!!!!

Penanti: PKR lawan SPR

By webmaster Mat Saman Kati, Team PerakExpress,

Tiga hari lalu…YB Zuraidah diperintahkan hadir ke Balai polis untuk diambil kenyataan berikutan ceramah yang didakwa mengandungi hasutan. Semalam…Chegu Bard pula dihadiahkan waran tangkap. Hari ini..Lim Kit Siang pula menerima surat jemputan ke Balai Polis.

Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan polis. Bermacam-macam peraturan baru dikeluarkan untuk menghalang penceramah dari berceramah.

Peneceramah tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh sentuh pasal Sidang DUN Perak..tak boleh pasang video…pembesar suara mesti tak boleh didengari diluar kawasan ceramah…semua kawasan ceramah mesti cerah…SB mesti dibenarkan mengambil gambar dan video….macam-macam peraturan baru yang tak masuk akal.

Tetapi Umno bolrh berceramah walaupun depa tak bertanding. Umno boleh pasang bendera walaupun depa tak ada calon. Tak ada peraturan dan undang-undang terhadap umno…tapi macam-macam peraturan dikenakan kepada PKR.

Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan kerenah polis.

Hari ini hari terakhir tempoh kempen. Dan PKR terpaksa pula berhadapan dengan kerenah SPR. Macam-macam peraturan baru dikenakan.

Dalam mesyuarat diantara PKR dengan SPR diPutrajaya..SPR telah memperkenalkan beberapa syarat baru.

Mula-mula mereka bercadang untuk menghapuskan pondok panas. Kononya untuk mengelak pertembungan diantara penyokong PKR dengan Umno. Tup-tup Umno tak bertanding dan depa tak ada alasan lagi. Lalu dibenarkan pondok panas dibina.

Hari ini..semua pondok panas telah dinaikkan…tup-tup SPR buat arahan baru melalui telefon….pondok panas mesti bersaiz 8 kaki X 8 kaki! Gila ka? Kat mana nak cari khemah saiz tu dalam masa sehari? Pasai apa tak mau cakap dari awal? Pasai apa esok nak mengundi…dan selepas semua khemah yang bersaiz 20 X 20 kaki dinaikkan…baru SPR mengeluarkan arahan baru?

Dan mengapa arahan-arahan ini datang terus dari Putrajaya..manakala Pengarah Pilihanraya PRK Penanti sendiri tak tau?

Dalam mesyuarat tersebut juga..SPR menetapkan semua parti yang bertanding hanya dibenarkan menggunakan 100 buah kereta untuk mengangkut pengundi. PKR 100..Kak Min 100..Ramizu 100…Ari 100. Tu pun dah dipersetujui.

Tup-tup…SPR kata semua kereta yang mengangkut pengundi tak boleh bubuh lambang parti tapi mesti menggunakan sticker yang dikeluarkan oleh SPR. Mana-mana kenderaan yang tidak mempunyai sticker SPR boleh ditahan oleh polis …sebab boleh didakwa jadi teksi sapu. Ok la…yang tu pun boleh dipersetujui.

Tup-tup sampai hari ni tak ada sticker…dan bila SPR dihubungi..sticker belum siap! Esok macam mana?

Nak bubuh lambang parti tak boleh…sticker tak siap. Macam mana nak tau kereta mana yang nak bawa pengundi? Tak gila ka? Tapi itu lah SPR.

Sekejap tadi…PKR diberitahu arahan untuk memasang sticker ditarik balik…tapi bila ditanya sama ada boleh atau tidak memasang lambang parti…Pengarah Pilihanraya PRK Penanti tak boleh jawab. Kena tanya Putrajaya. Macam ni punya Suruhanjaya Pilihanraya pun ada ka?

Mengikut Akta Pilihanraya..pada hari mengundi…semua kenderaan berat termasuk bas dilarang memasuki daerah mengundi. Tapi esok Umno akan menyediakan bas-bas untuk mengangkut pengundi-pengundi Penanti keluar makan angin. Boleh pulak? Bila dilaporkan kepada SPR…depa kata itu bukan tugas depa!

Pilihanraya Kecil Penanti bukan lagi pertarungan diantara PKR dengan calon-calon bebas…tapi dengan Umno yang menggunakan polis dan SPR sebagai proxy.

Untuk PKR…bermacam-macam peraturan dikenakan…tapi untuk Umno…buat lah apa pun..tak salah.



Umno boleh buat ceramah..gantung bendera..sapa pun tak kacau. Malah diberi permit pulak.

ini lah taktik dan pembohongan Umno dan Barisan Nasional. Satu Malaysia dah tau.

Rakyat Gelisah, UMNO Terkinja-kinja

Pembubaran tujuh cawangan Umno Kangar InshaAllah bakal menjadi titik mula kebangkitan rakyat Perlis untuk bersama-sama dengan agenda “Perubahan”.

Ketua umum KeADILan Anwar Ibrahim menyatakan kegembiraan beliau dengan perkembangan terbaru di Perlis semasa ceramah beliau di negeri itu pada Khamis lalu.

“Saya jelaskan bahawa Pakatan Rakyat berjuang demi kemaslahatan rakyat seluruhnya dalam peekembangan politik Umno yang gagal menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” jelas Anwar.

Pembaharuan yang dilakukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat terutamanya Selangor dengan dasar perlaksanaan seperi pemberian air percuma, bantuan pendidikan, tabung anak Selangor serta khairat kematian sewajarnya menjadi iktibar kepada pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

“Apatah lagi pelaksanaan dasar tersebut tidak mengambil kira batas kaum dan kita yakin sesungguhnya keadilan adalah untuk semua. Sekian lama dasar pecah dan perintah di manipulasikan penguasa demi untuk terus kekal memerintah,” jelas Anwar.

Kemelesetan ekonomi sudah menjenguk hampir di jendela namun pentadbiran baru masih terkial-terkial mencari formula bernas. Kegusaran rakyat sudah tentu berasas. Apa tidaknya kadar pengangguran melonjak tinggi manakala kilang akan mulai menutup operasinya.

Anwar berkata bahwa di jangkakan sehingga 500 ribu orang akan kehilangan pekerjaan. “Mungkin isteri bapak menteri perlu muhasabah diri dan berhenti dari membeli belah di gedung-gedung mewah sekitar New York, Paris dan London,” kata beliau.

“Saya tegaskan dana awam wajib diurus dengan penuh ketelusan. Wang rakyat hendaklah dibelanjakan untuk projek pembangunan rakyat dan bukannya mengisi kantung para kroni. Ekonomi semakin menguncup manakala pakej ransangan masih tidak merangsang,” tambah Anwar lagi.

UMNO BN Bakal Dipanggang Dengan Isu PKFZ

Dengan terlibatnya beberapa orang pemimpin UMNO dan BN Selangor di dalam isu Zon Bebas Pelabuhan kelang (PKFZ) akan mendedahkan lagi kebobrokan parti kerajaan yang sudah lemah dan tenat.

Pada hari ini satu lagi laporan berhubung isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.

Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dibuat bersama Pengerusi DAP, Lim Kit Siang di pejabat SPRM negeri di Plaza Masalam di sini pada 3.10 petang tadi.

Ronnie ketika ditemui pemberita berkata, beliau tampil membuat laporan keempatnya berhubung isu tersebut berikutan tiga laporannya sebelum ini tidak diambil sebarang tindakan.

“Saya mahu mereka menjalankan siasatan, kenapa tiada tindakan diambil walaupun laporan mengenainya telah dibuat sejak tahun 2004 lagi,” katanya yang kesal laporannya sebelum ini diketepikan pihak berkenaan.

Mengulas mengenai laporannya sebelum ini, Ronnie berkata sudah membuat laporan pertama pada tahun 2004 setelah mendapati wujudnya kepincangan dan kelemahan dalam perlaksanaan projek tersebut.

“Laporan pertama tiada sebarang tindakan sehingga pada tahun 2007 kos pembangunannya telah meningkat dan melebihi RM2 bilion memyebabkan saya membuat laporan polis.

“Namun tindakan belum juga diambil sehingga laporan ketiga dibuat ekoran kos pembangunannya telah melonjak RM3 bilion”, katanya yang turut membuat laporan sama sebelum penghujung tahun 2007 kepada pihak polis dan juga SPRM.

Menurut Ronnie, jika pihak terbabit bertindak dan segera menjalankan siasatan sebelum ini, kemungkinan jumlah kerugian dapat dikurangkan selain tidak menjadi projek gajah putih.

Dalam perkembangan sama, Ronnie memberitahu pihak SPRM Selangor turut menasihati beliau supaya menghantar laporan bertulis kepada Jawatankuasa Aduan SPRM dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah untuk tindakan.

Katanya, sebarang laporan polis mengenai rasuah bakal dilaporkan secara terus ke SPRM tanpa menyiarkan nama-nama mereka yang terlibat.

Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.

Menurut laporan tersebut – yang disediakan oleh PriceWaterhouse Coopers (PwC) yang diumumkan hari ini – jumlah tersebut meliputi kos faedah pinjaman.

Kesimpulan utama laporan audit tersebut menyatakan bahawa kos projek yang tinggi, kelemahan urustadbir dan kelemahan pengurusan projek, telah menjejaskan kejayaan PKFZ.

Nama Ketua Umno bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil disebut dalam laporan audit PKFZ oleh PriceWaterhouse Coppers (PwC) berkaitan tanah milik Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang didakwa boleh menimbulkan kemungkinan konflik kepentingan.

Laporan itu menyebut Abdul Rahman merupakan ahli lembaga pengarah PKA dari 1997 hingga 2003.

Dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tersebut, kata laporan itu, beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad (KPPLB) dan bertanya mengenai cadangan pengambilan balik wajib tanah melalui pembelian terus.

KPPLB merupakan pemilik asal sebahagian daripada tanah tersebut.

Mengikut laporan itu, memandangkan pengambilan balik wajib tersebut akan menguntungkan PKA, maka rasional Abdul Rahman menimbulkan perkara itu adalah tidak jelas.

Kit Siang, Gobala disiasat polis

Dua pemimpin pembangkang disiasat oleh pihak polis berhubung dengan ucapan mereka sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

police record lim kit siang statement 300509Pemimpin DAP, Lim Kit Siang memberi kenyataan kepda polis pagi ini di rumahnya di Pulau Pinang, ekorang laporan yang dibuat terhadapnya kerana didakwa membuat hasutan dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Lim, Ketua Inspektor Pang Meng Tuck telah membuat satu laporan terhadap ucapannya di Guar Perahu, Penanti pada 24 Mei.

“Dalam ucapan saya, saya telah menyalahkan Najib terhadap rebutan kuasa di Perak dan mengkompromikan satu demi satu kredibiti istitusi negara," kata Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur, mengenai ucapannya dalam catatannya dalam Twitter pagi ini.

penanti by election 300509 lim kit siang and lim guan eng.jpgMenurut Lim, dalam ucapannya, beliau turut menyentuh tentang Pasukan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya, perkhidmatan awam dan badan kehakiman yang didakwanya digunakan untuk agenda politik Najib.

Katanya, di Malaysia yang ditadbir oleh Najib, bercakap benar dituduh sebagai hasutan dan fitnah.

"Kegelapan sedang menyelubungi Malaysia," katanya selepas bertemu selama sejam dengan pihak polis.

Najib Cuba Tutup Mulut Rakyat Bicara Pasal Altantuya

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin yang disoalsiasat polis selama tiga jam selama berhubung ceramah beliau di Penanti yang menyentuh mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu berkata isu tersebut mempunyai kepentingan awam dan harus diterangkan sejelas-jelasnya kepada rakyat.

Ketika ditemubual oleh TV Antara beliau hairan mengapa perlu kerajaan Umno dan Barisan Nasional memandang serius perihal beliau membangkitkan isu pembunuhan kejam Altantuya semasa berkempen di pilihan raya Penanti.

Semalam Chegu Bard hadir di ibupejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah kira-kira jam 3.30 petang bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan dari ejen-ejen Cawangan Khas yang memantau aktiviti ceramah pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau yang lantang menyuarakan isu-isu rakyat berkata isu Altantuya adalah isu nasional kerana ia membabitkan nama baik dan maruah Perdana Menteri Malaysia.

Chegu Bard dalam ceramahnya mencabar Najib supaya menyaman akhbar dan media luar negara yang melaporkan pembabitannya dalam kes pembunuhan kejam ini dan jangan hanya berani bertindak terhadap media tempatan.

Beliau didakwa melanggar undang-undang di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan.

Sebelum itu sekitar jam 2.30 petang semalam, sekumpulan anggota polis telah pergi ke rumah Badrul di Bangi dan Seremban.

Polis juga telah menyampaikan amaran pada jam 7 malam kelmarin supaya beliau tampil ke IPD Seberang Perai Tengah.

Selain Badrul, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang turut disoal-siasat polis atas dakwaan yang sama.

Kit Siang disiasat berhubung ucapan beliau yang mengatakan Najib bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa di Perak.

Polis tiba di kediaman beliau di Pulau Glade, Pulau Pinang jam 11.30 pagi tadi untuk mengambil keterangan.

Sementara itu Pengarah Strategik, Tian Chua berkata terdapat kecenderungan di pihak polis untuk menekan dan menahan pemimpin Pakatan Rakyat kebelakangan ini terutamanya semasa kempen pilihan raya kecil Penanti.

Anwar : BN Jerumuskan Malaysia Ke Status Negara Samseng

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim berkata kebobrokan, pencabulan kedaultan undang-undang dan penyalahgunaan kuasa oleh pentadbiran Barisan Nasional telah menurunkan imej dan status Malaysia kepada status negara samseng.

Justeru itu keperluan negara ditadbir oleh barisan pimpinan yang baru dengan bersifat peka, celik undang-undang dan sensitif rakyat amat mendesak.

Anwar menegaskan dalam usaha negara memacu pertumbuhan ekonomi dan mengejar status negara maju ia tidak sama sekali boleh mengabaikan kedaulatan undang-undang dan hak semua warganegara.

Semasa berucap pada majlis makan malam anjuran DAP di Dewan Moral Uplifting, Berapit, Permatang Pauh semalam Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata gelita politik negara ini mendesak barisan kepimpinan sedia ada diganti dengan barisan pemimpin baru yang berwibawa, peka kepada hak dan aspirasi rakyat serta mempunyai kualiti amanah, tawadhu serta berwawasan.

“Kalau orang melayu dan pemimpin melayu mahu dihormati oleh semua kaum di negara ini, pemimpin itu harus bersikap adil dan saksama dan tidak boleh tindas rakyat. Hari ini, tanah dicuri, balak dicuri, saham dicuri sehinggakan negeri yang kaya bertukar miskin” Kata Anwar.

Jelas Anwar kepada lebih 1,000 penyokong Pakatan Rakyat, wabak penyelewengan Umno dan BN sudah sampai ke tahap terlalu parah dan telah menular kepada semua pemimpin dari semua kaum di negara ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang merayu rakyat untuk memberi mesej dan tanda yang jelas dan tegas kepada pemimpin Umno dan BN hari ini bahawa barisan pemimpin yang baru akan bakal menyusul tidak lama lagi.

“Menteri melayu pun curi, menteri cina pun sama juga. Bila diberi undi, dia mahu buat duit pula. Kita harus beritahu kepada pemimpin-pemimpin yang mahu buat duit, suruh dia pergi berniaga. Jangan salahguna kuasa Menteri untuk cari duit” Ujar beliau lagi.

Menyentuh isu rampasan kuasa di Perak, Anwar berkata media arus perdana milik Umno dan BN memainkan api sentimen perkauman berhubung pemberian tanah kepada pekebun-pekebun Cina.

Hakikatnya Pakatan Rakyat memberi tanah kepada semua orang miskin tidak mengira kaum, berbanding BN yang telah menyerahkan pulau atau gunung dan tanah rakyat kepada kroni dan golongan korporat kaya.

“Saya tanya kepada orang Melayu di sebuah ceramah baru-baru ini,saya tanya apakah salah bagi tanah kepada pekebun-pekebun Cina yang telah berkebun 40-50 tahun? Orang Melayu kata tidak salah. Saya kata kalau Pakatan Rakyat pimpin, kita akan jaga dan bagi tanah kepada semua melayu miskin, cina miskin, India miskin, semua orang miskin.” Katanya lagi.

Sambil berkongsi pengalaman beliau dalam politik dan kerajaan beliau menekankan seseorang pemimpin itu harus mempunyai ciri-ciri ketokohan seperti berani untuk memberi pendapat dan mampu untuk menarik sokongan semua kaum.

“You mahu jadi pemimpin cina, melayu, India atau dayak, kita pertama sekali harus ada sokongan rakyat, dan kedua harus ada keberanian. Kalau mahu jadi tukang angguk, lebih baik jadi penghulu” Tambah beliau lagi.

SPR Tekan Pakatan Rakyat, Tukar Peraturan Saat Akhir

Kurang daripada 24 jam sebelum rakyat Dewan Undangan Negeri N12 Penanti mkeluar membuang undi Suruhanjaya Pilihan Raya sekali lagi mengeluarkan arahan aneh dan pelik yang dilihat hanya untuk berlaku tidak adil terhadap Pakatan Rakyat.

Apabila segala persiapan telah dibuat alam bentuk tempahan khemah untuk mendirikan pondok semakan daftar pemilih, SPR mengarahkan hanya khemah bersaiz 8 x 8 kaki sahaja boleh digunakan.

Lebih membingungkan SPR juga menarik balik peraturan supaya setiap kenderaan yang mengangkut pengundi ke pusat pembuangan undi tidak perlu lagi mengguna pelekat logo SPR.

Persoalan spontan yang timbul dalam fikirasn rakyat apakah tindakan terbaru SPR ini seolah-olah mahu menggalakkan gejala undi hantu semasa pilihan raya kecil Penanti esok ?
Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan sikap SPR yang gagal mematuhi ketetapan yang dibuatnya sendiri sambil mengkritik tindakan badan itu yang mengubah peraturan sewenang-wenangnya tanpa pemberitahuan melalui surat rasmi dan hanya menyampaikan arahan baru secara lisan melalui panggilan telefon.

Oleh demikian Saifuddin menegaskan, Pakatan Rakyat tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan persiapan yang telah dirancang sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama SPR sebelum ini. Malah khemah telahpun di tempah dan bayaran telah dibuat bagi tujuan tersebut.

Ahli Parlimen Machang itu juga berkata Pakatan Rakyat tetap akur dengan ketetapan bahawa pondok atau barong semakan daftar pemilih hanya boleh didirikan 50 meter radius dari pusat pengundian.

Mengulas mengenai peraturan baru berkenaan pelekat kenderaan Saifuddin berkata SPR juga tidak membenarkan kenderaan membawa pengundi menggunakan pelekat atau bendera parti. Peraturan ini juga disampaikan secara lisan tanpa notis hitam putih kepada Pakatan Rakyat.

Berhubung perkara yang sama, Pengarah Strategik PKR Tian Chua berkata tindakan SPR ini menimbulkan seribu satu spekulasi dan pandangan negatif.

Ketua Penerangan Latheefa Koya pula berkata SPR harus bersikap lebih profesional dan bukan membatal atau menarik-balik apa-apa ketetapan dengan begitu mudah sekali.

Penyokong ngok umno, gerakan yang saran chin peng balik...tapi umno tuju kat pakatan pulak!

Chin Peng berhak pulang - Peguam
PULAU PINANG 29 Mei - Peguam Chin Peng, Darshan Singh Khaira mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu berhak pulang ke negara ini di bawah perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.

Saya orang pertama tuntut bela
PULAU PINANG 29 Mei - "Kalau Chin Peng masuk ke Malaysia, sayalah orang pertama mencarinya untuk menuntut bela atas kekejaman yang dilakukan," luah pesara tentera, Yahya Shafie, 76 tahun.

Jangan benar Chin Peng pijak bumi Malaysia
''Kalau boleh, saya akan minta orang buat jerangkap samar seperti yang saya kena dulu dan masukkan Chin Peng ke dalamnya biar berkecai tubuh badannya sehingga tiada secebis daging pun yang tinggal."

Perangi ideologi komunisme habis-habisan
KUCHING 29 Mei - Rakyat perlu menentang habis-habisan usaha menghidupkan kembali ideologi komunisme kerana ia dikhuatiri boleh mempengaruhi generasi muda untuk bertindak ganas dan memberontak.

Penduduk kampung hidup sengsara kerana komunis
BALING 29 Mei - "Usah bawa balik pemimpin yang pernah mengancam nyawa kami dan keluarga."

Opah Simah tidak dapat lupa dipaksa hidup bersama komunis
KAMPUNG GAJAH 29 Mei - ''Selama 52 tahun hidup bersama komunis, hati saya tidak pernah tenteram. Hari ini, saya rasa macam mati hidup semula."

Bekas anggota PKM wujud blog
KUALA LUMPUR 29 Mei - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas anggota komunis telah mewujudkan blog bagi mengagungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah membunuh beribu-ribu rakyat negara ini antara tahun 1948 hingga 1960.

Pemikad bantah usaha bawa pulang
ALOR SETAR 29 Mei - Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah (Pemikad) membantah sebarang usaha untuk membawa pulang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini.

memang ngok la penyokong dan pemimpin umno ni...kalau cakap bodoh hangpa marah lak... mungkin tak cerdik kot?

PPP - satu parti, dua presiden...!!! Kah..kah...kena penyakit dari Perak lah tu...!!!!

Krisis kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) semakin parah apabila M Kayveas dan T Murugiah masing-masing disahkan sebagai sebagai presiden parti itu hari ini.

Najib Lebih Pentingkan Diri Sendiri Daripada Ahli Umno Penanti

Ramalan Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman bahawa kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding tidak mengejutkan.

Ini berdasarkan beberapa faktor yang berlaku kebelakangan ini yang menyebabkan populariti Umno dan Barisan Nasional semakin merosot di peti undi terutamanya dikalangan ahli Umno dan penyokong BN sendiri.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin keputusan Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Najib Razak telah menghampakan ahli Umno dalam kawasan Penanti khususnya dan Pulau Pinang amnya.

"Keputusan tidak bertanding di Penanti bukan keputusan Umno atau BN. Ia keputusan Najib sendiri yang takut kalah sekali lagi dalam pilihan raya kecil.

"Daripada laporan media yang kita baca sememangnya Umno Pulau Pinang, Umno Permatang Pauh dan Umno Penanti sudah siap sedia untuk bertanding malah ada yang sudah "pasang" badan hendak bertanding.

"Ahli-ahli Umno Penanti telah dikecewakan dan semangat juang mereka telah dilemahkan oleh presiden mereka sendiri," kata beliau di rancangan Kanta Media terbitan TV Antara Khamis lalu.

Badrul atau Chegu Bard berkata keputusan Najib tersebut dilihat lebih kepada mempertahankan kepentingan peribadi beliau dan bukannya berdasarkan kepada perjuangan politik.

Sementara dalam komen beliau semalam, Zainal Abidin berkata ramai ahli Umno tidak mahu keluar mengundi esok kerana kononnya tidak mahu mengkhianati parti.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti. Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," kata bekas timbalan menteri itu.

Kata beliau lagi, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.

Hakikatnya menurut penganalisa politik Umno dan BN sudah tidak lagi menjadi parti pilihan rakyat.

Ini kerana tindakan Umno dan BN yang mencetuskan kemelut politik di negeri Perak serta pengalaman pahit yang dilalui rakyat berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan pemimpin Umno dan BN telah mengasingkan penyokong mereka sendiri.

Umpamanya semasa pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang April lalu fenomena yang sama berlaku di mana ramai ahli dan penyokong Umno dan BN memilih untuk keluar mengundi kerana sudak "muak" dan "benci" dengan perangai pemimpin mereka yang bergelumang dengan amalan rasuah dan korup.

Faktor ini antara lain yang menyumbang kepada peningkatan majoriti undi yang diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar Jamluddin.

Malah tidak terkejut jika keadaan yang sama berlaku. Ahli Umno yang keluar mengundi tidak keberatan untuk memberi undi mereka kepada calon Pakatan Rakyat, Mansor Othman.

Semangat demokrasi ala UMNO...!!! ala-ala ape tu...??? ape ye....???


Artikel Oleh: notan

Assalamualaikum, Selawat dan salam ke atas Junjungan, Ketika mengulas tindakan speaker Perak menggantung MB haram Perak bersama exconya, Najib dengan bangang menyebut tindakan tersebut bertentangan dengan semangat demokrasi dan speaker Perak dimangsakan sebagai seorang yang tidak demokratik. Untuk menjustifikasikannya pula, Najib turut menyebut mereka tidak pernah menggantung sesiapa di parlimen walaupun mempunyai majoriti.


Hapraknya Najib dengan ulasannya.Di sandarkan kepada demokrasi tetapi pernahkan selama lebih 50 tahun ini UMNO menunjukkan sifat demokratiknya?Sejak dulu, Rakyat yang dilebel sebagai pembangkang disisihkan dari segala bantuan kerajaan sedangkan mereka juga membayar cukai kepada kerajaan.JKKK ditubuhkan UMNO bermotifkan politik dan bertanggungjawab mengenalpasti mana mana rakyat yang tidak menyokong UMNO.Pelajar pelajar diugut supaya tidak menentang kerajaan dan berbagai bagai lagi tindakan yang bertentangan dengan semangat demokrasi dilakukan oleh UMNO selama lebih 50 tahun ini.

Jadi siapa Najib yang lancang menuduh speaker Perak sebagai tidak demokratik?Itu belum lagi dibangkitkan soal bagaimana UMNO mengambil alih kuasa di Perak melalui jalan yang jauh menyimpang dari semangat demokrasi.Dua Exco hilang dan kemudian ditemui mengadakan sidang akhbar bersama Najib,Dua Exco yang dituduh rasuah dan dicanangkan keseluruh negara betapa Exco dari PKR itu rasuah dan PR diperlekehkan di parlimen kerana itu tetapi kemudiannya kedua duanya diterima oleh UMNO semata mata untuk mendapat majoriti di DUN.Apakah tindakan sebegini selari dengan semangat demokrasi?

Sah dan jelas pertentangannya tetapi UMNO sanggup menerima mereka yang sedang dibicarakan dan dituduh oleh pemimpin UMNO sebelum ini sebagai kaki rasuah.Demi untuk mendapatkan majoriti bagi merampas kuasa, UMNO menganggapnya sebagai tindakan yang selari dengan semangat demokrasi tetapi tindakan speaker Perak yang menjalankan tugasnya mengikut kapasiti yang diberi oleh undang undang dan mengikut saluran yang sah dianggap menyalahguna kuasa serta bertentangan dengan semangat demokrasi.

Pendek kata apa sahaja yang menguntungkan UMNO dianggap selari dengan semangat demokrasi dan apa jua yang merugikan mereka dianggap bertentangan dengan semangat demokrasi.Inilah dikatakan SEMANGAT DEMOKRASI ALA UMNO yang menunjukkan apa jua yang UMNO buat itu betul semuanya dan apa jua orang lain yang menentang mereka buat salah semuanya.

Sehingga perkara yang dibenarkan perlembagaan turut disalahkan oleh UMNO.Hak kebebasan berhimpun ditukar menjadi demostrasi jalanan yang bukan budaya kita,hak menyalakan lilin dijadikan haram,hak bermogok lapar turut diharamkan dan dianggap bertentangan dengan semangat demokrasi sekalipun perlembangaan negara yang dibuat oleh suruhanjaya Ried dan diakui oleh UMNO membenarkan rakyat melakukan perkara perkara tersebut.Tetapi tidak pada UMNO, semua perkara tersebut dianggap haram dan tidak sepatutnya dilakukan oleh rakyat yang menentang mereka.UMNO tidak boleh ditentang,UMNO sentiasa betul dan UMNO sentiasa demokratik.

Kerana itu juga UMNO boleh mengkotak katikkan Sultan,mahkamah, polis,SPRM,SPR ,RTM,TV3 suku, akhbar arus perdana dan beberapa agensi lain untuk menyebar luaskan kepada rakyat tentang demokratiknya mereka.Di Penanti, UMNO menafikan menaja calon bebas, tetapi apa yang terjadi kelihatan seorang calon bebas yang glamour sedang dipromosikan oleh UMNO menerusi akhbar arus perdana.Rakyat boleh melihat perkara ini dengan jelas kerana hanya seorang dari empat calon bebas yang berstatus minah ronggeng yang dipromosikan.Begitu juga taktik dan strategi yang digunakan oleh minah ronggeng sebiji seperti UMNO.Tetapi UMNO seperti biasa tetap menafikannya dan cuba memberitahu rakyat bahawa mereka betul dan PR salah.Kemudian UMNO didapati terang terangan melanggar undang undang pilihanraya apabila mengadakan ceramah haram di Penanti tetapi seperti biasa tiada tindakan diambil kerana UMNO sentiasa betul.

Itulah semangat demokrasi ala UMNO yang semakin menjadi jadi di negara kita akhir akhir ini.Demokrasi yang hanya boleh membuka laluan kepada UMNO untuk terus berkuasa dan menyangak harta rakyat tetapi rakyat sudah semakin sedar dengan demokrasi ala UMNO ini terlebih lagi adanya pencacai pencacai mereka yang melakukan kerja bodoh di mana mana termasuk di alam siber ini.

Pengajaran berguna dari PKS untuk PAS....!!!! Jangan hampiri atau berurusan dengan UMNO@BN...!!!! kelak makan diri...!!!!

Parti Keadilan Sejagat(PKS) begitu sinonim dengan kehidupan rakyat Indonesia. pimpinan dan kader-kader mereka turun padang mendekati rakyat marhein di negara yang mempunyai umat Islam terbanyak di dunia. Gerak kerja dan program PKS di senangi dan ditunggu-tunggu. Hasilnya tahun 2004, PKS berjaya memenangi hati rakyat dengan menang pilihanraya Parlimen di kota-kota besar seperti Jakarta dan Bandung.

Antara rahsia kejayaan PKS ketika itu ialah mendekati rakyat marhein dan kerja-kerja kebajikan membantu golongan miskin dan tertindas. PKS disenangi semua golongan termasuk yang bukan Islam.

Malangnya ketika pilihanraya Parlimen 2009 baru-baru ini, undi rakyat Indonesia untuk PKS merundum dengan teruknya. PKS kehilangan kawasan-kawasan yang pernah dimenanginya dulu.

Penganalisisi politik Indonesia mengandaikan PKS tersilap strategi dan kesilapan membaca politik terkini. Antara yang kesilapan terbesar PKS ialah mendampingi Parti Golkar dan keluarga Suharto. Menjelang pilihanraya parlimen, ada pimpinan PKS menghadiri majlis anjuran Golkar dan keluarga Suharto. Bahkan pimpinan mereka memuji "jasa" Suharto dan mengangkat Suharto sebagai Pahlawan Nasional (negarawan).

Pimpinan PKS tidak memahami perasaan rakyat terhadap Suharto dan Golkarnya. Selama lebih 30 tahun, jiwa dan perasaan mereka ditindas oleh Suharto dan kroni-kroninya. Suharto dan Golkar membolot hasil mausul bumi Indonesia. Suharto dan keluarganya bertambah kaya raya, rakyat menderita di dunia kemiskinan. Apabila kezaliman Suharto sampai kemuncaknya, rakyat Indonesia bangkit dengan reformasi gulingkan Suharto. Perjuangan dengan darah dan airmata.

Apabila pimpinan PKS mula memuji Suharto, itulah bermulanya detik kekalahan PKS dalam pilihanraya Parlimen baru-baru ini. Mungkin segala kebajikan dan kebaikan PKS untuk rakyat marhein sudah dianggap kosong gara-gara pujian buat Suharto.

PKS perlu bangkit semula. Pelajari kesilapan dan ambil pengajaran. Barangkali PKS perlu bangkit dengan angka "zero". Rakyat Indonesia menolak PKS atas sebab puji Suharto dan anggap beliau sebagai Pahlawan Nasional.

PAS perlu pelajari nasib yang dialami oleh PKS. Jika di Indonesia Suharto dan Golkar adalah nama yang amat dibenci oleh golongan marhein. Golongan marhein mengingati kezaliman dan kejahatan Suharto dan Golkarnya. Mereka gunakan ABRI(tentera) sebagai alat perkakas untuk tindas rakyat bagi kekalkan kekuasaan mereka selama 30 tahun.

PAS kena ingat dan tahu serta memahami perasaan golongan marhein. Di Malaysia, Mahathir itu umpama Suharto dan UMNO itu umpama Golkar. Manakala ABRI macam PDRM.

Baik Najib, Mahathir dan UMNO adalah nama-nama yang tidak diingini oleh golongan marhein Malaysia. Janganlah cuba berbaik-baik dengan mereka. Nanti PAS akan alami nasib seperti PKS.

Jika atas nama berdakwah, bukan masanya dan masa kini tidak sesuai untuk kerja tersebut. Sasaran dakwah PAS kini adalah golongan marhein dan non muslim. Buat sementara waktu abaikan dulu golongan "karat hijau".

Kepada pimpinan PAS, cukuplah dulu anda semua bersusah payah menghadiri dan menadah telinga dengar leteran Mahathir. Nanti nasib anda semua jadi seperti PKS ! Mohon dijauhi Allah Taala .

http://tokpepijat.blogspot.com/

PENGUNDI MUDA ATAS PAGAR DAN PENGUNDI MUDA BN, MENOLAK PEMIMPIN UMNO

Walaupun Mereka Di Rebus Dengan Seguni Antibiotik, Penyakit Rasuah Mereka Tidak Akan Sembuh

---------------Oleh Halik Zaman---------------

Barisan Nasional (BN) akur akan berhadapan saingan sengit daripada parti pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai Julai ini namun kekuatan BN tidak boleh dipandang rendah. Kata Datuk Mustapa Muhammad, Pengarah pilihan raya kecil Manik Urai.

Kata Dato' Seri Mohd. Najib dalam tv3 1minggu yang lalu, " Di Manik Urai kita akan uji kekuatan dan pengaruh Pakatan Rakyat dan kita juga uji kekuatan PKR diPenanti, tengok lah nantii".

ULASAN

Dalam masa yang sama, rakyat 1Malaysia juga akan memerhatikan, betul kah kuat pengaruh DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru, akan membawa kemenangan kepada calon UMNO/BN di Manik Urai? Dapat kah Najib melebihi pengaruh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang di anggap gagal dalam PRU 8 Mac 2008?

Bagaimana kalau pilihan raya kecil di Manik Urai, calon UMNO/BN kalah juga? Ada kah anggapan ahli ahli UMNO bahawa DS Najib pun sama sahaja dengan Tun Abdullah tidak berpengaruh?

Tidak ada satu pun pilihan raya kecil diSemenanjung calon UMNO berlambangkan Barisan Nasional yang telah menang menewaskan calon Pakatan Rakyat. Termasuk lah DS Najib sendiri tidak mencadangkan DUN Perak dibubarkan, kerana beliau takut calon calon BN kalah lagi teruk dan UMNO/BN akan kehilangan kuasa, hasil dari Kerajaan yang dibentuk atas dasar suara lompatan itu.

Bukan sahaja pengundi pengundi muda atas pagar yang tidak suka UMNO, tetapi pengundi pengundi muda UMNO/BN sendiri pun dah naik meluat, melihat gelagat pemimpin pemimpin tertinggi UMNO yang tidak mahu berubah dari dulu hingga hari ini.

Contohnya, seperti memberi jawatan penting kepada pemimpin pemimpin yang rasuah seperti Khairy, Ali Rostam dan Japlin Akim, Pergerakan Pemuda Perhubungan Negeri UMNO Sabah. Itu cuma tiga orang sahaja yang disebut disini, ramai lagi yang tidak disebut, berselindung dan dilindungi oleh pemimpin pemimpin tertinggi UMNO. Ramai lagi kroni kroni belum disentuh.

Profesor profesor, pensyarah pensyarah universiti dan para cendikiawan Malaysia yang pro habis dengan UMNO, sedikit pun tidak mereka sentuh penyakit penyakit rasuah pemimpin pemimpin UMNO itu, yang sudah lama kronik, walaupun mereka itu direbus bersama antibiotik, ia tidak akan sembuh penyakit rasuah itu, kecuali mereka ditendang dari politik UMNO.

Pengundi pengundi muda, memang tidak rela berikan kerusi DUN Manik Urai kepada UMNO/BN, kerana mengundi pengundi muda sudah cukup fobia dengan sikap yang berwarna warni dari pemimpin pemimpin UMNO. Kun Fa Ya Kun, mereka akan pangkah Pakatan Rakyat. InsyaAllah

Ringgit diramal tidak menentu minggu depan...??? Adakah Kerajaan BN tahu pasal ni...!!!

Urusniaga ringgit diramalkan bergerak dalam keadaan tidak menentu minggu depan dengan para pelabur bimbang akan ancaman yang mungkin tercetus dari ujian nuklear Korea Utara dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lemah pada suku pertama tahun ini, kata para peniaga.

Mereka berkata yang para pelabur risau yang ujian senjata nuklear oleh Korea Utara boleh memberi kesan kepada pelaburan di rantau Asia, lapor Bernama.

"Sebarang ketegangan geo-politik akan memacu minat untuk dolar AS yang dianggap sebagai mata wang yang selamat dalam tempoh-tempoh krisis ekonomi dan politik, " kata seorang peniaga.

Ringgit bergerak tidak menentu berbanding dolar AS dalam minggu urusniaga dengan petunjuk pemulihan ekonomi global menerusi lonjakan besar di kalangan keyakinan pengguna Amerika dan pengumuman tiadanya perubahan dalam kadar faedah Malaysia telah membantu merangsangkan mata wang tempatan.

Bagaimanapun, berita mengenai penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku pertama tahun ini menjejaskan mata wang tempatan dengan ringgit menyusut pada hari Khamis selepas meraih keuntungan sebelum ini.

KDNK Malaysia turun 6.2 peratus pada suku pertama 2009, kejatuhan tempoh sukuan paling besar sejak krisis kewangan Asia 1997-98.

Pada hari Jumaat, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dengan mata wang tempatan memperolehi momentum selepas kerugian awal dengan kelemahan dolar AS atas harapan yang krisis ekon
Ringgit lebih rendah pada 3.4940/4990 pada Jumaat minggu ini daripada 3.4900/4950 Jumaat lepas.

Ringgit juga turun berbanding dolar Singapura kepada 2.4158/4226 daripada 2.4112/4168 Jumaat lepas.

Berbanding yen, ringgit mengukuh pada 3.6241/6308 daripada 3.7072/7130 Jumaat lalu sementara berbanding pound Britain, ringgit merosot kepada 5.6187/6285 daripada 5.5173/6259 Jumaat lalu.

Ringgit lega berbanding euro pada 4.9010/9091 minggu ini daripada 4.8686/8769 Jumaat sebelumnya.

Amnesty International Report on Malaysia 2009

Malaysia

The government tightened control of dissent and curtailed the right to freedom of expression and religion. Bloggers were arrested under the Sedition Act, and the Printing Press and Publications Act (PPPA) was used to control newspaper content. Ten people were arbitrarily arrested and detained under the Internal Security Act (ISA). Security forces continued to use excessive force while the establishment of an independent police complaints misconduct commission was postponed. Immigration personnel and volunteers conducted mass arrests of migrant workers. At least 22 people were sentenced to death. The number executed was unknown.
Background

During March elections, the opposition won control of five of Malaysia’s 13 states and 82 of the 222 parliamentary seats, ending the overwhelming majority held by the Barisan Nasional (National Front) coalition. In August, opposition leader and former ISA detainee Anwar Ibrahim was elected to Parliament.

"Mechanic Sanjeev Kumar became paralyzed and mentally unstable, allegedly as a result of torture while in detention..."

Freedom of expression

Authorities suspended or threatened to cancel publishing permits under the PPPA, and arrested bloggers under the Sedition Act.

* In April, authorities suspended the publishing permit of Tamil daily Makkal Osai , allegedly for giving extensive coverage to the opposition coalition in the run-up to the elections.

* In May, authorities threatened to revoke the publishing licence of the Catholic newspaper The Herald for using the word “Allah” as a synonym for “God”.

* In September, blogger Syed Azidi Syed was arrested and detained for three days under the Sedition Act allegedly for posting an article that called on people to fly the Malaysian flag upside down as a protest against certain government policies.

* In May, blogger Raja Petra Kamarudin was charged under the Sedition Act for an article in which he allegedly implied the involvement of the Deputy Prime Minister in the murder of a Mongolian woman. In September, he was arbitrarily arrested and detained under the ISA. Six days before his arrest, the Home Minister was quoted as saying that he could be arrested under the ISA for insulting Muslims and degrading Islam in articles that appeared on his website. The Home Minister issued a two-year detention order, which is renewable indefinitely. In November, after much public discussion, the High Court ruled that he be released.

Detention without trial

Ten people were arrested under the ISA in 2008. At year’s end, there were at least 50 ISA detainees, including 17 who had been detained for between four and eight years without charge or trial. Thirty-one detainees were known to have been released, including four Indonesian nationals who were deported.

* Mechanic Sanjeev Kumar, who became paralyzed and mentally unstable, allegedly as a result of torture while in detention, was released in September. At the end of the year he was under restricted residence orders.

* Five leaders of the Hindu Rights Action Force remained detained for organizing rallies against the marginalization of ethnic Indian Malaysians. In March, while in detention, Manoharan Malayalam was elected to the state assembly. In May, the Federal Court dismissed their appeal for habeas corpus saying that their arrest had been lawful. They have since appealed against the decision to the Federal Court. Amnesty International considers them to be prisoners of conscience.

Excessive use of force

* In May, opposition MP Lim Lip Eng was beaten by security personnel believed to be from the Federal Reserve Unit (FRU) after he attempted to mediate in a stand-off between police and residents in a road access dispute.

* In May, at least 10 uniformed men allegedly from the FRU forcibly dragged mechanic Chang Jium Haur from his car and beat him until he lost consciousness. To date, no one has been prosecuted for the incident.

Parliament postponed discussion on the Special Complaints Commission Bill, a proposal from government to monitor police misconduct that was highly criticized by local and international human rights groups.
Migrants’ rights, refugees and asylum-seekers

One third of Malaysia’s three million migrants remained at risk of arrest and deportation due to their irregular status, including unknown numbers who feared persecution if returned to their home country. The government makes no distinction between migrant workers and asylum-seekers and refugees. The UN High Commissioner for Refugees had registered 41,405 people of concern as of August, of whom 11,172 were children. Eighty-eight per cent were from Myanmar.

In March, the Prisons Department completed the handover of 11 immigration detention centres to the Immigration Department. The 480,000 untrained volunteers from the Relawan Ikatan Rakyat (Rela, People’s Volunteer Corps) took over management of the centres. Reports of serious abuses against detainees by Rela members increased.

* In April, a riot broke out in Lenggeng Immigration Detention Centre in protest against the severe beating of some detainees and the deplorable conditions in the immigration centre.

Rela members, who can make arrests without a warrant or assistance from police or immigration officers, failed to distinguish between asylum-seekers, refugees, stateless persons, and migrant workers during their immigration operations. In one operation in August, Rela arrested some 11,600 people, to find out after processing that only 500 did not have a regular immigration status.

In June, the Home Minister announced a crackdown that aimed to deport 200,000 irregular migrants, mainly Filipinos. Philippine government figures suggested that 35,000 had been deported as of August. Thousands more had been deported by the end of the year. The Philippines Human Rights Commission was investigating allegations of beatings and overcrowded conditions of detention during the operation.
Freedom of religion

The politicization of religion markedly increased in 2008. People continued to face barriers to conversion from Islam.

* In March, Muslim-born woman Kamariah Ali was sentenced by a Shari’a court to two years’ imprisonment for renouncing Islam.

* In August, a Bar Council forum into legal conflicts faced by Malaysian families if a spouse converts to Islam was forced to stop midway through the event by police and Islamist protesters because the protesters were threatening to forcibly enter the venue. No action was taken against the protesters.

Discrimination

Racial discrimination remained institutionalized in Malaysia, particularly in government-backed “affirmative action policies” for Bumiputeras (Malays and Indigenous Peoples from Sabah and Sarawak) in land ownership, employment and education, which in some cases resulted in the complete exclusion of other groups.

* There was a public outcry in August after a state official proposed that the University Teknologi Mara (UITM) allocate 10 per cent of university places to non-Malays. The university, home to 120,000 students, has been open only to Malays for the last five decades. The Prime Minister and the Minister of Higher Education rejected the proposal.

Death penalty

In January, the NGO Malaysians Against the Death Penalty estimated the number of inmates on death row to be as high as 300, mostly for drug offences. Amnesty International is aware of 22 people sentenced to death by the High Courts in 2008, while the number of those executed was unknown.

In December, Malaysia voted against a UN General Assembly resolution calling for a worldwide moratorium on executions.
Cruel, inhuman and degrading punishments

Caning continued to be used to punish many offences, including immigration offences.

PDRM perlu tingkat kemahiran tangani jenayah kolar putih - Sultan Perak...!!!! Tapi Polis Sebok Buat Kerja POLITIK UMNO Tuanku...!!!! Mana ada masa ??

SERI MANJUNG 30 Mei — Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan kemahiran, pengetahuan, keupayaan dan kapasiti untuk menangani jenayah kolar putih dan komersial.

Baginda bertitah langkah itu perlu demi menjamin iklim pelaburan, perdagangan dan ekonomi negara terus dapat menyakinkan para pelabur.

“Jika perlu, aspek perundangan hendaklah diperkemaskan dan aspek latihan untuk membina barisan pegawai penyiasat yang lebih kompeten perlu diutamakan,” titah baginda pada perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini hari ini. - Bernama

Fatah Harun bidas Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah jentera Pilihan raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, Abdul Fatah Harun menyelar kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang dilihat cuba untuk menyatakan sokongan kepada Umno apabila mengeluarkan kenyataan yang sinis terhadap parti yang diwakilinya itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Jika betul kenyataannya itu, saya minta Umno atau Barisan Nasional (BN) 'menggunakan beliau sebaik mungkin' untuk berceramah di Manek Urai. Jika BN sendiri mendengar idea atau pandangan beliau, BN sendiri akan terperangkap.

"Kenyataan Ibrahim Ali memang tidak boleh 'dipakai'. Sebenarnya kenyataan Ibrahim Ali ini sudah tidak didengar oleh rakyat Kelantan. Rata-rata pandangan masyarakat melihat sudah banyak pembangunan yang dilakukan sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan. Begitu juga dengan kawasan Manek Urai yang kita lihat sudah banyak perubahan pembangunan yang berlau," tegas beliau sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Ibrahim yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu, dalam kenyataannya menyatakan Pilihan raya kecil Dun Manek Urai adalah landasan terbaik kepada Barisan Nasional (BN) mendedahkan kelemahan PAS mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Beliau juga menyatakan PAS gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi negeri itu, sebaliknya PAS berselindung di sebalik kelemahan Umno untuk meneruskan kelangsungan parti itu di Kelantan.

Ibrahim juga menganggap sepanjang PAS menerajui Kelantan, banyak perkara boleh dipersoalkan daripada segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri yang menurut beliau tidak menampakkan sebarang kesan. - mns_

PAS dan Hindraf.

Masalah Hindraf perlu ditangani dengan bijak dan cepat oleh PAS. Pertubuhan Hindraf adalah satu pertubuhan yang amat berpengaruh di kalangan masyarakat India yang berugama Hindu. Hindraf adalah pilihan terakhir harapan masyarat India di Malaysia selepas MIC. Hindraf di pilih kerana harapan tinggi mereka terhadap MIC hancur lebur angkara Samy Vellu dan kroni-kroninya membolot projek.
Apabila masyarakat India melihat MIC mengkhianati masyarakat India selama 50 tahun, Hindraf mengambil tempat tersebut. Masyarat India menaruh kepercayaan tinggi terhadap Hindraf untuk mengubah nasib mereka.

Walaupun pimpinan Hindraf dikurung di Kemunting seperti Manoharan, pemimpin tertinggi mereka diburu polis dan terakhirnya Hindraf di haramkan oleh Kerajaan Malaysia, sokongan mereka tetap tinggi kepada Hindraf.

Kita melihat sebelum PRU 2008 pelbagai parti politik ditubuhkan oleh masyarakat India tetapi tidak mendapat sokongan padu dari kaum mereka melainkan MIC. Parti IDF, PPP dan terakhir parti Nallakaruppan. Semuanya gagal. DAP juga gagal menarik sokongan ramai masyarakat India terhadap parti tersebut. Mungkin kerana kaum India meelihat DAP lebih kepada "kecinaan".

Dikala masyarakat India mencari-cari pertubuhan yang boleh menmbela nasib mereka, tiba-tiba Hindraf muncul hulurkan pertolongan.

Hindraf bolehlah diibaratkan satu pertubuhan yang NGO untuk membela nasib kaum India. Sokongan padu datangnya ramai dari golongan tertindas dan miskin.
Walaubagaimanapun, kita perlu ingat Hndraf juga mungkin diresapi segelintir yang berfahaman extrim. Fahaman extrim ini mungkin diambil dari LTTE (sekular) dari segi ideologi dan juga dari BJP (India) dari segi pelampau agama.
Isu Sri Lanka misalnya. Kita bantah tindakan tentera Sri Lanka terhadap penduduk Tamil (orang awam) semasa serangan keatas LTTE. Juga kita mengutuk tindakan LTTE membunuh orang Islam dan mengusir mereka dari kampung halaman mereka.

Golongan inilah yang akan merosakkan usaha murni Hindraf membantu masyarakat India di Malaysia.

Apa peranan PAS ? PAS perlu menangani segera isu ini. Hindraf bersikap terbuka terhadap PAS. Begitu juga PAS . Pimpinan PAS pernah berjumpa dengan pimpinan buangan Hindraf di London.
Pimpinan mereka juga mengeluarkan kenyataan mereka tidak anti Islam tetapi anti UMNO.

Sama seperti DAP, ada juga dasar Hindraf tidak dipersetujui oleh PAS seperti menuduh kerajaan Malaysia melakukan "penghapusan etnik".
Hindraf juga barangkali ada perkara yang tidak bersetuju dengan PAS. Apa yang penting cari titik persamaan untuk bersama berjuang. Titik persamaan yang asas ialah menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Hindraf perlu kekal bersifat NGO. Menjadi parti politik memungkinkan mereka mengalami nasib seperti parti politik kaum India yang lain termasuk MIC.

Kewujudan Kelab Penyokong India(KPI) dalam PAS suatu yang menguntungkan jangka panjang politik PAS. PAS perlu kemaskinikan KPI dari segi program masyarakat dan organisasinya supaya KPI bakal menerima berduyun-duyun masyarakat India suatu masa kelak. PAS perlu wujudkan satu talian "perhubungan " antara KPI dan Hindraf. Ini supaya jalinan itu dapat KPI menerangkan dasar-dasar PAS kepada anggota Hindraf.

Sebenarnya majoriti anggota Hindraf masih ragu-ragu dengan dasar PAS kerana kekurangan komunikasi dan serik dengan pengalaman bersama MIC selama 50 tahun.

Pengaruh Hindraf amat digeruni oleh UMNO dan BN. Ini berdasarkan beberapa perkara yang boleh diambil perhatian oleh PAS. Antaranya :

i) Membebaskan Manoharan dari Kem Kemunting bila beliau berura-ura untuk letak jawatan ADUN. Jika pilihanraya kecil diadakan, nama HINDRAF akan dipromosikan dan mampu menarik lebih ramai lagi pengundi India mengundi Pakatan Rakyat. Sudah pasti MIC semakin jauh dari hati kaum India.

ii) Mengapa kerajaan "berlembut" dengan keingkaran pimpinan Hindraf yang dibebaskan dari ISA untuk mematuhi sekatan keluar daerah ? Ini menunjukkan UMNO dan BN gerun dengan pengaruh Hindraf yang sudah mendapat pengaruh di hati kaum India.

iii) Mengapa kerajaan tidak begitu "cakna" untuk bertindak ganas menangkap anggota Hindraf yang sudah diharamkan oleh kerajaan ? Berbeza dengan penangkapan ahli Al Arqam sebaik ianya diharamkan. Seluruh pelusok negara di buru ahli Al Arqam.

iv) UMNO dan BN amat bimbang jika Hindraf berkawan rapat dengan PAS. Ini ianya berlaku, sudah pasti undi kaum India akan berhijrah ke PAS. Oleh sebab itulah UMNO sekarang melalui medianya memomokkan Hindraf ada hubungan dengan LTTE.

Apa yang pasti jika UMNO sedang nazak menuju kematian, MIC juga alami nasib yang sama.

Jika UMNO di'talqinkan" oleh PAS manakala MIC pula di kuburkan oleh Hindraf.

http://tokpepijat.blogspot.com/

Dr Khairuddin : Selamatkan Rakyat Perak

Pihak gabungan NGO-NGO Negeri Perak merayu dan memohon tindakan-tindakan berikut bagi menyelamatkan rakyat Negeri Perak daripada terus terjebak dengan kemelut politik dan ketenteraman awam yang berpanjangan.


i) Hanya rakyat dan pemimpin-pemimpin politik Negeri Perak yang perlu memainkan peranan penyelesaian krisis ini. Kami menentang sekeras-kerasnya tuan-tuan atau mafia-mafia politik samada dari Kuala Lumpur, Pekan, Putrajaya atau lain-lain.


ii) Dato’ Sri Nizar Bin Jamaluddin dan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir bersemuka dan bermesyuwarah tanpa tekanan mencari jalan penyelesaian.


iii) Pandangan-pandangan bebas badan-badan civil dan individu-individu berintegriti diberi perhatian seadil-adilnya. Pandangan Suhakam, majlis peguam, YDP Dewan Negara dan para akademik yang menyarankan agar DUN Perak dibubarkan bagi memberikan hak kepada rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka perlu diberikan perhatian.


iv) Penubuhan satu suruhanjaya bebas di raja bagi menyiasat peristiwa hitam di Perak supaya ‘once for all’ kejadian malang seperti ini tidak akan mudah berulang lagi. ( Insiden Perak jauh melebihi kepentingan isu DSAI dan isu video VK Lingam )


v) Semua yang terlibat dengan jenayah melalui siasatan suruhanjaya tersebut di bawa kemuka pengadilan tanpa memilih status mereka. Undang-undang mestilah dilaksanakan seadil-adilnya.


vi) Pegawai-pegawai Kerajaan khususnya Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Dewan Perak, pegawai-pegawai polis dan SPRM mestilah bertugas dengan professionalisma yang tinggi dan meletakkan kesetian mereka hanya kepada kepentingan awam dan bukan kepentingan politik.


Renungan :


Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu apabila

mencuri diantara mereka orang-orang yang terkemuka mereka biarkan

(tidak dihukum) dan apabila mencuri orang-orang yang lemah (orang biasa)

Barulah mereka laksanakan hukuman. Demi Allah kalau Fatimah anak

Muhammad mencuri niscaya kupotong juga tangannya. ( Al Hadis).


oleh:

Dr. Hj. Khairuddin Bin. Dato’ Abd. Malik

Anasir Luar yang cuba nak pecah perpaduan ahli PAS!!


Aku ingat nak relak sekejap… malas nak menulis apa-apa lagi… tapi bila dalam dok relak.. meninjau dari satu blog ke satu blog masuk balik ke blog parasit yang suka nak memecahkan perpaduan ahli jemaah parti…blogger ni memang hebat.. memang ternama… wartawan.. penulis… tetapi nampak nya bila masa kita jemaah PAS nak bermuktamar, sibuk nak memilih pimpinan baru tanpa adu domba kata-mengata kepada calon-calon yang lain…tetapi si parasit jahat ni mula nak buat sibuk..

Sebelum ni dalam blognya dia dah mengaku tak akan usik individu tertentu sehingga selesai muktamar…. tetapi nampaknya dia lebih teruk lagi… memang dalam tulisannya kali ini dia tak menyentuh nama individu -(ok lah aku terus sebut nama Individu tu – Dato Husam) lagi… tapi aku yakin desperado yang katakan hanyalah pada Dato Husam..

Apa hal yang si Parasit sekoq ni sibuk sangat sesiapa yang nak pimpin PAS… itu hak perwakilan.. kalau dia tak puas hati dengan sikap Dato Husam mengenai projek kambing jamparynya tu, itu hal lain..tunggulah kes tu kat mahkamah… apa pun orang dah tahu cerita hal sebenar.. Dato Husam cuma menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat Kelantan kepadanya…bukan hanya untuk kepentingan si Parasit sorang.

Bagi aku ketiga-tiga calon Timbalan Presiden baik dari penyandang YB Ustaz Nasarudin Mat Isa, Haji Mat Sabu dan YB Dato Husam Musa, kesemuanya adalah yang terbaik belaka.. itu sebab mereka boleh jadi pimpinan PAS…aku ulang… ketiga-ketiga mereka adalah terbaik… semuanya sayang kepada Islam, sayang kepada Parti.

Pada muktamar 4 tahun lalu sewaktu Ustaz Nasarudin bertanding dengan Ust Hasan Shukri lalu, aku memang berharap Ust Nasa menang, keran apa.. bagi aku bila muka baru ada pembaharu dalam parti yang aku sayangi…dan alhamdulillah Ust Nasa dan pun pegang jawatan Timbalan, dan sekarang untuk penambahbaik dalam parti aku rasa tak salah kita tukar pula Timbalan kepada yang baru.. untuk kebaikan parti yang aku sayang..cuma dari sini aku lebih nampak yang lebih daripada ketiga-tiga calon tersebut ada pada Dato Husam.

Tugas yang diamanahkan kepada Dato Husam sewaktu beliau menjadi Naib Presiden adalah cukup baik sekali untuk Parti dan Pakatan Rakyat. Aku ambik contoh besar ialah sewaktu krisis perlantikan Nizar nak menjadi MB Perak dulu, yang mana mendapat sedikit kekecohan antara Parti dalam PR… siapa wakil parti yang banyak turun buat penyelesaian… Dato Husam, beliaulah yang ke hulu ke hilir sehinggalah DS IR Nizar dapat menjadi MB Perak selama 11 bulan…dab banyak lagilah cerita-cerita mengenainya.. tak perlulah aku nak senarai semua sekali, nanti aku dikatakan berlebih-lebih pulak.. seolah-olah yyang 2 calon lagi tidak baik,, bukan itu maksud aku… aku nak yang terbaik dalam parti… dan lagi satu sewaktu perjumpaan blogger se Malaysia di Pasir Putih Kelantan sehari sebelum penamaan calon PRK Kuala Terengganu tahun lepas, Dato Husam juga sudi melapangkan masa membuat pertemuan dengan blogger cikai dari PR.. tetapi aku tak pegi.. hangpa tak percaya tanya blogger MSK, Sya-Reform dan Ciberboron dan ramai lagi….biarlah si parasit tu nak tulis apa pun…nanti jawablah beliau di hadapan Allah, kalau siparasit tu rasa dia betul.

Insyaallah, aku akan sambung lagi kisah-kisah Dato Husam dalam pentadbiran negeri Kelantan, apakah yang beliau alami di sana.. aku tengah mencari berita dari sumber yang sahih. dan juga kami blogger dari kumpulan Blogger Network Perak terutama MSK akan turut sama-sama menulis membantu Husam untuk menjawat Timbalan Presiden PAS.

http://manjongmari.blogspot.com/

1BLACKMalaysia: Acara penting bulan Jun



Please be informed that there would be flash mob actions as follows:

Venue: Old Town White Coffee (any outlets - they have over 100 outlets nationwide)
Date: 4 June 2009 (Thursday)
Time: whole day and night

Note: Please order black coffee & wear black (of course)


1). Acara: 1BLACKAfterWorkCoffee
“Siap kerja, mari minum kopi-o!”

Jenis Acara: Festival
Anjuran: 1BLACKMalaysia, Demokrasi Diutamakan, Pilihanraya Sekarang
Tarikh: 4 Jun 2009 (Khamis)
Masa: 7:00 petang - 11:55 malam
Tempat: Old Town White Coffee, 3 Two Square, Seksyen 19 Petaling Jaya

2). Acara: 1BLACKYumCha
“Be cool. Drink black.”

Jenis Acara: Keramaian
Host: 1BLACKMalaysia, Demokrasi Diutamakan, Pilihanraya Sekarang
Tarikh: 4 Jun 2009 (Khamis)
Masa: 6:00 petang - 11:55 malam
Tempat: Old Town White Coffee, Jaya One

Penanti Umno: Isu Komunis Mainan UBN

Posted by Isa

Sudah hampir dua minggu kita di buai dengan isu komunis (Chin Peng), adakah keterlaluan jika aku mengatakan bahawa isu ini adalah mainan Parti Rasuah Negara iaitu umno dan komponennya (UBN).

Hakikatnya kita semua tahu bahawa tiada siapa pun yang ingin membela atau menyokong komunis di Malaysia ini. Semua bangsa pernah menjadi mangsa kekejaman komunis termasuklah orang Cina, India dan juga Melayu.

Perspektif Perjuangan.
Seperti posting aku sebelum ini berkaitan Chin Peng, ianya dari sudut perjuangan menentang penjajah Inggeris, Parti Komunis Malaya (PKM) pun ada jasanya, walaupun sebelum itu PKM juga bersekongkol dengan Inggeris bagi mengusir tentera Jepun dari Tanah Melayu. Akhirnya mereka di liwat oleh Inggeris dan menyebabkan PKM berpaling tadah dan menentang Inggeris kembali.

Perspektif Ideologi.
Isu komunis adalah isu idealogi, Chin Peng hanya menentang Inggeris dan Jepun bukannya menentang orang-orang Melayu, tetapi malangnya orang Melayu yang menjadi balaci dan barua tentera kepada Inggeris yang memburu komunis malahan pejuang-pejuang tulen Melayu sepeti Tok Janggut, Mat Kilau dan beberapa lagi.

Idealogi yang di bawa oleh komunis ditentang oleh Inggeris. Dan Inggeris menggunakan sentimen memburukkan dan menakutkan rakyat dengan kekejaman Komunis, ianya menjadi ikutan sama seperti sentimen yang umno mainkan pada hari ini. Bukankah umno itu anak didik kepada Inggeris… kemana tumpahnya kuah jika bukan ke pingan nasi…

Berbalik kepada isu yang dicanangkan iaitu isu kemasukkan bekas anggota komunis ke Malaysia adalah satu isu lapuk dan ianya telah mati ditelan zaman sejak tahun 80an lagi.

Jadi siapakah yang memanaskan isu ini kembali…?

Kalau aku katakan bahawa rakan sebantal dengan umno iaitu parti Gerakan sengaja jolok atau sengaja menimbulkan isu ini dan kemudiannya disambut dengan penuh keghairahan oleh umno kerana hendak menutup beberapa isu yang melanda negara kini, dan mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar umpamanya kemerosotan ekonomi, isu pilihanraya kecil, isu Altantuya, isu negeri Perak dan pelbagai lagi yang mengugat Kerajaan UBN khususnya Perdana Menteri.

Dan sudah tentu objektif utamanya untuk menyelamatkan parti yang dalam keadaan tersepit dan hampir nazak ini, isu atau sentimen perkauman adalah fokus utama mereka untuk dilagukan supaya kaum Melayu kembali bersatu, bagi meraih sokongan itulah matlamat utama mereka kononnya hanya umno sahaja yang boleh menyatu-padukan orang-orang melayu.

Kepada yang pernah dilatih oleh BTN, mungkin sangat faham dengan apa yang dimaksudkan dengan “games politics” yang sedang dimainkan saban hari akhir-akhir ini. Inilah strategi yang sedang digunakan oleh ahli-ahli politik UBN kini….

Agenda begini bukan sahaja dimainkan oleh umno dan bEnd tetapi juga oleh semua pemimpin negara-negara lain. Ianya supaya rakyat merasa takut dengan ancaman, lalu kembali bersatu. Agenda ini bukannya boleh dimainkan begitu sahaja. Ianya hasil dari suatu perancangan yang amat rapi.

Contohnya: pemimpin Singapura dan Malaysia akan duduk semeja dan merancangkan agenda bagi menakutkan rakyat. Tidak lama itu akan keluarlah kenyataan dari kedua-dua pihak bahawa mereka merasa terancam dengan jiran mereka. Singapura akan mengadakan penerbangan melintasi sempadan Malaysia dan menunjukkan kekuatan dengan senjata yang mereka ada. Dalam masa yang sama Malaysia pula akan mengeluarkan kenyataan yang memberi amaran kepada rakyatnya seolah-olah Singapura sedang mengancam Malaysia.

Isu ancaman ini akan menjadi topik utama di dada akhbar tempatan. Ini akan menimbulkan suasa resah dan panik, rakyat mula berpusu ke pasaraya untuk membeli stok makan untuk simpanan jika berlaku sesuatu, isu-isu remeh antara kaum atau antara parti-parti politik diketepikan buat sementara waktu dan rakyat perlu bersatu dalam menghadapi ancaman.

Adakah kalian masih ingat dua tiga tahun yang lepas berita kononnya Singapura hendak menyerang Malaysia gara-gara kes Pulau Batu Putih…. sehinggakan berduyun trak tentera dan kereta kebal menuju ke selatan dan aku sendiri berselisih dengan kenderaan tentera ini di atas lebuhraya.

Agenda ini bukan sahaja boleh dimainkan oleh negara-negara jiran tetapi juga antara parti-parti didalam negara.

Percayakah anda bahawa satu masa dulu UMNO dan PAS telah berpakat memainkan isu orang Melayu diancam bukan Melayu di Malaysia. Hasilnya dapat kita lihat dalam beberapa minggu. Ingatkah anda isu apakah itu? Apakah hasilnya ?

Kalau nak cerita lebih-lebih disini... agak berbahaya kerana nanti tak pasal-pasal pula nama aku Isa di sumbat kedalam ISA…. siapa nak jaga anak-isteri aku…

Sendiri fikir... walaupun permainan ini agak bahaya tetapi sedikit sebanyak ianya telah menyebabkan orang Melayu kembali bersatu.

Oleh yang demikian janganlah… kita terlalu ghairah terikut dengan permainan puak Gerombolan Parti Rasuah ini. Hanya membuang masa melayan propaganda mereka dan kadangkala menyebabkan pertelingkahan sesama kita.

Aku ingin menyatakan bahawa isu ini dimainkan oleh umno dan bEnd. Percayalah bahawa bEnd kini makin terdesak dan mereka perlu berbuat sesuatu agar rakyat percaya bahawa hanya BN yang mampu menjamin keselamatan rakyat.

Isa: Lepas ni kita tengok isu apa pulak yea… ? Aku dah boleh agak dah.... kalian bagaimana pula?

“Perjuangan Islam di injak…. Pengaruh Inggeris di sanjung… itulah umno parti terbesar orang melayu”

Nota: Sebahagian artikel ini di petik dari “mail groups sumbangan Uncle Hidden”, aku terpaksa edit dan mengolah kembali atas sebab tertentu. Harap maklum.

penanti umno:1 blog mencontohi politik mahadhir


hari hujung minggu ni ingatkan nak rehat jap.. nak rilek otak dari dunia blog yang karut ni..

rupanya kena buat juga hari ini.. pasaipa aku nak lawan sorang blogged yang rasa power tu. selalu hentam orang sana hentam orang sini..

tak tauka mengata orang tu gibah namanya..walaupun yang dikatanya itu baik.. kalau dikatanya itu tak baik dan tak benar lagi tak betul fitnah latu namanya.. aduiiiii..


blog tersebut sebut orang desparado. suka die je..

al kisah suatu masa yang lalu tuan blog ni merasa berkuasa untuk menaikkan manusia desperado yang dihantamnyela kini untuk menjadi manusia utama.. jadik pengganti tuan gurula katakan..

sehingga sanggup berbuat ina inu nak naikkan manusia desperadoni..
walaupun maseni belum tercapai lagi cita citatu..

tuan blogni dah merasa punya budi yang banyak terhadap desperado..sehingga merasa semua cadangan dio harus diikuti si desperado. aik.. lain macamje.. nak jadik raja dibelakang tabir rupanye yerk...

sayang nyer si desperado dok karena amanah rakyat asik nolak ai. ngan cadangan tuan blog ni.. pasaitula kini marah betul situan blog ni..

habis semua didedah hitam dan putih kehidupan dibuatnyer..

si tuan blog ni dah jadi mahdir ke dua.. lepai paklah tak ikut perintah diserangnya sampai turun si paklah tu..

kan tak baik sikap tuan blog ni.. ikhlaslah dalam berjuang.. jadilah habil dimuka bumi ini dan bukan qobil wahai tuan blog.

Kelab Penyokong PAS dinaik taraf Dewan formal



Oleh G. MANIMARAN

KLANG: PAS sedang mengkaji untuk menaik taraf Kelab Penyokong PAS sebagai dewan atau sayap formal bagi mengiktiraf keanggotaan masyarakat bukan Islam dalam parti itu.

PAS sudah membentuk jawatankuasa teknikal bagi mengkaji perkara tersebut secara mendalam.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

"Saya yakin harapan ini akan menjadi realiti selepas Muktamar PAS bulan depan," katanya pada Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional Pertama hari ini.

Anifah bangga dengan saman fitnah Anwar....Kerana dia ada duit lebih banyak dari RM100 juta tu kot...!!!!!

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman merasa bangga apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman beliau RM100 juta.

Anifah berkata perkara tersebut menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpengaruh, dan merasa malu jika disaman dengan jumlah yang kecil ekoran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Washington baru-baru ini.

"Saya tidak ada masa untuk membaca isi kandungan saman yang dikemukakan dan saya belum fikir apa langkah seterusnya yang akan diambil.

"Ada perkara yang lebih besar untuk saya fikirkan terutamanya selepas menghadiri persidangan Kesatuan Asean- Eropah baru-baru ini," kata beliau kepada pemberita semalam.

Ketika ditanya adakah beliau tetap berpegang kenyataan bahawa Anwar telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai insentif untuk beliau menyertai Pakatan Rakyat, Anifah berkata ia terpulang kepada rakyat untuk menilainya.

"Seorang calon Bebas di Penanti mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sedangkan ia hanya satu pilihan raya kecil yang tidak menentukan kepimpinan negeri atau Pusat. Cuba fikirkan jika ia melibatkan pemilihan pemimpin peringkat Pusat, anda pasti akan mempunyai jawapannya," katanya.

Rabu lepas, Anwar memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Anifah kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Anifah didakwa membuat kenyataan sedemikian apabila menyatakan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sebagai `umpan' melompat parti selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Kenyataan tersebut didakwa diucapkan oleh Anifah sewaktu sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton di Washington pada 16 Mei lalu semasa lawatan kerjanya ke negara tersebut.

Anwar antara lain mendakwa, Anifah selaku defendan mengucapkan kenyataan fitnah itu atau menyebabkan penerbitan kenyataan tersebut untuk mendapatkan kelebihan yang tidak sewajarnya demi memperoleh publisiti murahan.

Apa Citer PERKASA@Brahim Katak

Allahyarham-Allahyarham Tunku Abdul Rahman Pun Ada Darah Campuran, Tun Razak Juga, Hussin Onn Pun, Mahathir, Pak Lah, Najib, Semua Ada Darah Campuran, Tidak Solid Melayu. Ini Apa Teori Brahim? Brahimmmm Oiii, Ngko Baru Kelmarin Jadi Presiden PERKASA, Naklah Pulak jadi Hero, Nak Menentukan taraf seseorang. Sendiri Pun Muka macam Anak Jawa Peret Tu, Apa Ceta...!!!!

'Hello EC chief, who wants to die?'


'Hello EC chief, who wants to die?'
May 30, 09 8:29am
‘You are employed to do the job and to do it well. Not by complaining of too much work for you if there are unfortunate cases of natural deaths involving elected representatives.'


On EC chief: No more deaths, please

Appum: Who wants to die? Die for a by-election....this is now a sacrificial sport?

For such a statement to come from the mouth of a very senior member of the EC only reflects his poor thinking capabilities as a senior man on the job.

My dear man, you are employed to do the job and to do it well. Not by complaining of too much work for you if there are unfortunate cases of natural deaths involving elected representatives.

If you cannot handle such mild stress then you don't deserve to sit in that chair. Best for you to seek early retirement and live a life of leisure and peace.

So far, from the work that is involved, we the people don't see a very objective operator of the election system.

It doesn't take a rocket scientist to read your minds and motives.

If this ‘death' statement is made on the basis of a joke, then it was a poor joke made coming from a supposedly very independent operator of our elections.

Choose a better platform to make your jokes and if you don't know how to, then make them to your private audience, not to a public audience. We are not impressed.


On Sodomy trial II: The knives are out

Kenny Gan: Come July 1, the nation will witness another gripping political sideshow in the guise of the Sodomy II trial of Anwar Ibrahim.

In these turbulent times, many people would rather that the government focuses on uplifting the economy rather than going after the opposition leader in what appears to be a politically-motivated prosecution.

Although archaic law on consensual sodomy exists, it is worth noting that nobody has ever been dragged to court and convicted for it except Anwar Ibrahim and perhaps never again except Anwar Ibrahim.

Umno should realise that putting Anwar away is not the end of the matter.

It will not deal Pakatan the political death blow they intended unless his conviction is seen to be completely fair and his guilt proven beyond reasonable doubt.

If Anwar is convicted by anything resembling the much ridiculed kangaroo court in Sodomy I, the intended political death blow may morph into a powerful rejuvenating boost.

A boost for the opposition as PR rides the wave of sympathy and outrage to the next general election.

Proving rape in real cases is notoriously difficult, what more with a fabricated one.

The public events surrounding this case do not give the impression that the A-G has a solid case at all.

If the prosecution has strong evidence, they could convict Anwar under any judge, even by Komathy Suppiah in the Sessions Court where his case was originally heard.

But we saw how the prosecution fought tooth and nail to transfer the case to the High Court as if their lives depended on it.

Umno is treading on dangerous grounds here. If they have bitten off more than they can chew, they should just drop the charge.

This rather than dragging the judiciary to new lows and the nation through another gut-wrenching political upheaval while the hoped for political capital blows up in their faces like C4.


On JPA scholarships - revamp and rediscover

Chee Foong: Most of the governments tax the rich more so they can, at least in theory, provide universal services to the citizen.

The governments might also use the money help the abject poor segment of the countries.

The rich segment, while some with objections, mostly agree that is the best social policy.

The over-achievers helping the underachievers, the oldest heartwarming story in the world and that is how a country moves forward.

The Malaysian government however, is starting to limit over-achieving.

Starting from next year, no secondary students can take more than 10 subjects for SPM. Why the artificial ceiling?

The official excuse is to streamline the scholarship award process.

The scholarship programme that is used to spur the over-achievers to achieve more is now the excuse for limiting achievement.

Let alone the fact our government is utterly inefficient, now it is devising policies that is paradoxical to its own other policy.


On 1 more mis-leader 4 Malaysia

Ex-M'sian: Dear (sorry, not so dear to me) Prime Minister

This ‘1Malaysia - can you explain this concept?

How is it that everything the Umnoputras do is always right and what the others do are wrong all the time?

Utusan Malaysia can write what it likes and you don't say anything?

Umno's party organ often plays the racial card. Why can't you open your mouth and tell them something? ‘Takut hilang kerusi?'

I know there is no point in saying anything as even the courts have fooled the rakyat with the latest decision on the Perak case.

But remember one thing - there is always the Omnipotent, Omnipresent and Omniscient God witnessing all that is happening around us.

He is undoubtedly playing His game slowly. As you can see, nothing that is happening around was ever anticipated or expected. One development after another.

What about the Hindraf rally and the subsequent detention of their leaders.

The sufferings their families had to go through. Just because they are Indians.

Have you ever thought why they rallied? If the government had done the right thing, why would anybody revolt? Please think...


On USJ folks battle-ready against development of TM land

Lau Weng San: I support the move by the residents to retain the land as a reserve for public utilities (telecommunications purposes).

During the previous state assembly, I urged the state planning authority to provide reserve land for public utilities (telecommunications purposes) for any development order in the future.

Developers should also prepare high-speed fibre optic cables as part of the infrastructure development in addition to the normal infrastructure such as electricity, water, sewage facilities, telephone lines etc.

The mushrooming of illegal telco towers and base stations are the effect of poor urban planning where the previous planning authority failed to anticipate the future needs of the country in terms of telecommunication.

In view of the rapid development of the telecommunications industry, the state needs to urgently preserve land for public utilities (telecommunications purposes).

The same goes for this reserve land at USJ6 Subang Jaya (The writer is state assembly person for Kampung Tunku, Selangor).

Penanti: Pakatan to win by 7,000....are you sure..!!!!

Aminah would likely be the best performing candidate among the three independent candidates by virtue of her past political ties and recent ‘infamy’ and will probably nett about 1,000 votes.

TUDUHAN DATUK ZAINAL, TIMBALAN PENGERUSI UMNO PENANG, SEBAGAI PALING LUCU



---------------Oleh Halik Zaman---------------

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ia jelas dapat dilihat dalam tempoh 15 bulan selepas penduduk Penanti memilih Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dan semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka hanya pandai bercakap berapi api sahaja tapi tidak mahu membuat pembangunan kepada rakyat.
Kata beliau, masih ada penduduk Penanti dibelenggu kemiskinan, tiada kemudahan air dan elektrik, manakala jalan kampung yang rosak juga tidak diperbaiki.
Malah, bukan itu sahaja, menurutnya, masjid dan surau di kawasan itu seperti diabaikan, yang rosak tidak langsung diperbetulkan, peniaga dan usahawan kecil juga tidak diberikan bantuan apa lagi soal pendidikan anak-anak.
KOMEN PENGULAS

Cuma 15 bulan sahaja Pakatan Rakyat baru berkuasa di Pulau Pinang, Datuk kita, Zainal Abidin Osman mengeluh kesal, kononnya kemiskinan membelenggu rakyat Penanti, tiada kemudahan air dan letrik, jalan kampung rosak, masjid dan surau rosak, peniaga dan usahawan kecil tidak diberikan bantuan dan soal pendidikan kanak kanak diabaikan.

62 Tahun BN/UMNO memerintah Kerajaan Pulau Pinang pun, masih belum dapat mengatasi kemiskinan rakyat Penanti? Dalam 62 tahun memerintah, masih lagi BN/UMNO gagal memberikan letrik dan air serta memperbaiki jalan kampung rakyat Penanti? Peniaga usahawan kecil dan pendidikan diabaikan oleh BN/UMNO setelah 62 tahun memerintah? Mana mungkin Pakatan Rakyat baru 15 bulan memerintah sudah dijadikan kayu pengukur?

Semasa Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak telah membuat janji kepada rakyat Penanti, Kerajaan UMNO/BN segera memberikan peruntukan letrik, air, jalan kampung, membuat masjid dan surau baru, membantu peniaga kecil. Peruntukan ala Mi Segera telah Najib janjikan. Dah dapat kah belum, Datuk? Sekarang lagi senang jumpa, DS Najib, beliau lagi power, dah jadi Perdana Menteri. Sudah jumpa kah belum Datuk?

Tuduhan Datuk Zainal Abidin Osman lucu sangat, "Semua tong tahi UMNO/BN selama 62 tahun, nak dilemparkan kepada Pakatan Rakyat yang baru 15 bulan memerintah Kerajaan Pulau Pinang dan baru 15 bulan DUN Penanti ditawan oleh PKR".

Datuk Zainal Abidin Osman mesti faham, sebabnya Perdana Menteri DS Najib tidak mahu merampas DUN Penanti itu, kerana semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau sudah commited dengan janji janji yang belum ditunaikan kepada rakyat Penanti semasa Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dulu. Beliau takut Pak' Nuai ungkit janji itu "Mana Janji Mu, Jib?" Maka itu pasal Penanti tidak ada calun UMNO/BN.

Sepatutnya Datuk Zainal Abidin Osman sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Pulau Pinang, yang pasang calon "kuda betina tempang" di Penanti itu, sembunyikan keburukan BN/UMNO yang memerintah Pulau Pinang selama 62 tahun. Tidak ada buat apa apa kemajuan untuk rakyat Penanti. Ingat pesanan Dr. Hamka, "dalam politik jangan main humban humban batu, tersalah humban, kena kepala sendiri" .

Benarkan cendiakawan pimpin Umno...ha..ha..baru tau kini tak de orang bijak nak join UMNO...sebab dasar UMNO memperbodohkan ahlinya....kalut gile...!!

Umno disaran supaya membenarkan golongan cerdik pandai dan cendiakawan memegang jawatan dalam parti itu bagi menarik lebih baik golongan muda menyertai dan mempercayai Umno.

Pada masa yang, penganalisa politik dan sejarah, Datuk Dr Ramlah Adam berkata
Umno juga perlu membuat kajian akademik untuk mengenal pasti kelemahan parti sehingga ramai golongan muda khususnya berpihak kepada parti pembangkang.

Menurutnya, walaupun sudah berusia 63 tahun, Umno bukan parti yang lemah, tua tetapi ia dipimpin oleh pemimpin yang membawa pemikiran baru.

Dr Ramlah menegaskan demikian dalam forum anjuran Ibu Pejabat Umno bertajuk "Umno Menempuh Arus" di ibunegara malam tadi.

Forum tersebut dipengerusikan oleh anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, lapor Bernama.

Dua lagi ahli panel yang bekas menteri dalam negeri, Datuk Seri Syed Hamid Othman dan wartawan veteran, Datuk Ahmad Talib.

Syed Hamid yang juga ahli Parlimen Kota Tinggi pula berkata, Umno perlu mempunyai sikap positif terhadap kemampuan para pemimpin mereka agar dapat bersama-sama membina semula keyakinan orang ramai terhadap Umno.

Pastikan kesetiaan ahli

Manakala pemimpin Umno pula, tambahnya, perlu mempunyai keinginan untuk meyakinkan ahli-ahlinya sehingga ke peringkar akar umbi bahawa parti itu tidak selamanya berada di ambang kejatuhan tetapi mampu mengembalikan kemuncak dan kegemilangan parti utama orang Melayu itu.

Di samping itu, Syed Hamid berkata, Umno dan pentadbiran kerajaan perlu mempunyai strategi politik agar orang Melayu tetap terus setia dengan parti itu dan tidak berpaling kepada parti lain.

"Kita mesti ada kumpulan untuk memikirkan bagaimana cara hendak mencapai kemenangan politik. Parti lawan tidak akan soalkan isu ekonomi sahaja tetapi politik sehinggalah mereka dapat menarik perhatian pengundi," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengambil pelbagai tindakan yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional selepas mengalami kekalahan di beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.

Sementara itu, Ahmad pula berkata kekuatan Umno bukan bergantung kepada media tetapi ia bergantung kepada kekuatan pemimpinnya, kesepakatannya, musyawarahnya dan kekuatannya untuk mengukuhkan Umno.

"Saya tidak fikir kemenangan Umno dalam sesuatu pilihanraya atas sokongan media tetapi ia kerana calon yang hebat dan keberkesanan Umno untuk menarik pengundi," katanya.

Si Desperado Sedang Menggila Dalam Pas

SELALUNYA bila kepala sudah buntu atau otak menjadi ‘sebok’ menyebabkan seseorang yang cerdik atau sasa itu boleh jatuh terjepak di tengah jalan. Pening menyebabkan seseorang tidak lagi menjadi waras. Haluan perjalanan juga akan hilang dan kabur. Landasan perjalanannya jadi berpecah-pecah dan hilang fokus.

Begitulah lumrah seseorang yang sudah pening dan tidak dapat mengawal kewarasannya. Seseorang itu akan melakukan apa saja untuk bertindak. Apa-apa saja, macamlah gajah naik minyak!
Peraturan, hukum, bukti dan apa-apa sudah tidak diguna pakai lagi. Dia akan bertindak di luar garis akal budi kemanusiaan. Strategi as syaitaniah juga dipraktikan. Jangan peduli apakah ianya dimurkai Tuhan atau pun dibenci Nabi, yang penting perjalanan si pening itu untuk menggapai kuasa dapat diteruskan.

Dalam heboh kempen untuk merebut menjawat tertinggi dalam Pas yang akan dilangsung beberapa hari lagi, saya tengok ada orang yang telah desperate apabila dia sudah nampak bayangan kekalahan. Dia sudah jadi kelam kabut. Germeciangan diluar sudah disalah tafsirkan sebagai persiapan sebuah keranda untuknya.

Juteru dia jadi panik, jadi mabok dan akan merembas apa saja sehingga sanggup dan tergamak meletakkan dirinya lebih hina daripada haiwatunatik. Walhal yang berbunyi di sana itu orang membaiki longkang, tetapi dirasai ia adalah pukulan tukul ke atas paku terakhir untuk keranda untuknya.

Begitulah aksi si desperado. Segala bunyi dirasakan tertempa ke arahnya. Segala kata-kata, sinikal dirasakan menyua ke dalam telinganya. Walhal segala bunyi itu untuk semua orang. Kenapa? Jawabanya kerana dia sudah pening dan tertekan dan tidak ada keyakinan kepada diri
sendiri yang digahkan dunia selama ini.

Iya, demi untuk hidup dan survive, orang tertekan akan menjadi seperti kucing jinak. Meskipun ia baik, alim tetapi kalau sudah sampai tertohok di dinding, dia bisa menjadi bengis dan mencakar sesiapa saja. Tujuannya satu untuk menyalamatkan diri yang dirasakan terancam.
Dalam suasana begitu ia terlupa bahawa orang yang menghampirinya bukan untuk membunuhnya bahkan untuk menyelamatkannya, tetapi kerana otak kucing, dia bersangka sebaliknya.

Begitulah nasib si kucing yang tidak tahu menilai alam, diri dan nawaitu orang lain ke atasnya. Orang yang niat untuk membantu dianggap sebagai musuh lalu dicakar semahunya. Meow... meoww....

Ada beberapa maklumat yang tersampai ke telinga saya bagaimana aksi si desperado ini bertindak kotor. Ia menggunkan berbagai tektik yang tidak halal tanpa mengira di mana dia berdiri. Dia sedia melakukan kebusukan mekipun dia berada di atas mimbar dalam masjid?
Terdengar si desperado ini telah bermain kotor dengan membuat fitnah kepada calon lain.
Anatara ayat-ayat yang sampai kepada saya ialah, calon desperado berkenaan telah menuduh calon lain itu sebagai tidak sembahyang dan main perempuan di luar negara. Kata-kata ini sungguh jijik dan kotor. Kata-kata lahir dari halkum seorang yang hilang maruah dan kredibiliti.
Nampaknya fiil dan perangai Yahudi sudah pun digunakan. Ajaran Yahudi yang dibenci itu sudah dianuti oleh ahli Pas. Dan strategi dan tektik Yahudi telah dipraktikan dan dibawa ke dalam Pas. Sungguh malang sekali. Kejadian ini katanya berlaku di Johor dan disebarkan secara halus di beberapa tempat lain.

Pas harus menyekang segera kempen memburukan calon oleh calon ini. Budaya dalam Umno yang dikecam dan dikutuk selama ini nampaknya sudah memasuki ke dalam rumah Pas. Malahan ianya nampak lebih ganas dari Umno. Orang-orang yang membawa bduaya ini haruslah ditolak oleh perwakilan tanpa maaf!

Pas yang meletakkan agama di hadapan tidak seharusnya sedia dipimpin oleh calon sedemikian rupa!
Barangkali ada patutnya kalau jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan Mustafa Ali (foto atas) memantau dan menyiasat kejadian ini. Beliau harus bertindak tegas. Kalau perlu mungkin tindakan membatalkan calon berkenaan boleh dilakukan. Adalah bahaya bagi Pas kalau tertakdir Allah sengaja memilih orang seperti ini untuk memimpin Pas. Doa desperado tidak seharusnya ditadah dan diaminkan.
Ia akan membawa celaka besar kepada parti Islam itu. Kesucian dan keikhlasan perjuangan Pas yang dibina atas prinsip dan konsep al dinul hayat untuk membela agama, bangsa dan negara tentulah akan tercabul dek perbuatan anak-anak Yahudi si desperado ini.