Jumaat, 29 Mei 2009

Kerajaan BN Belanja Berbilion, Rakyat Terpaksa Ikat Perut

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim membidas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Barisan Nasional yang berbelanja berbilion ringgit secara culas menggunakan dana awam pada ketika rakyat berhempas pulas untuk berjimat cermat dan bimbang mengenai kos sara hidup dan masa depan mereka.

Dalam kenyataan beliau yang disiarkan dalam blognya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mengkritik sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang kosnya telah melambung melebihi RM7 billion daripada harga asal iaitu RM1.96 billion.

"Sikap Kerajaan Malaysia yang mengabaikan prinsip tadbir urus dan pertanggungjawaban amatlah membimbangkan. Pada ketika rakyat Malaysia terpaksa berjimat cermat dan resah samada pendapatan mereka mampu menanggung sara hidup, kerajaan kita pula terus menerus mencurahkan ribuan juta dana awam secara culas.

"Pendirian sambil lewa Umno di dalam menangani skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang memperlihatkan sikap sebenar mereka yang sanggup menggadaikan kepentingan negara terutama apabila kecurangan itu membabitkan ahli parti tersebut. Kaedah kes itu ditangani mendedahkan sikap hipokrit mereka yang bertanggungjawab menyiasat skandal tersebut dan juga kes politik wang yang berlaku dalam umno. Kita melihat wujudnya pendakwaan terpilih terhadap mereka yang dianggap sebagai musuh pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak.

"Kerajaan mendabik dada kononnya sudah ribuan juta diagihkan dari kantung dua Pakej Ransangan Ekonomi tersebut. Namun tidak ada maklumat yang disediakan buat tatapan serta penelitian umum berhubung proses pemberian tender kerajaan.

"Ini membuatkan rakyat beranggapan pakej tersebut tidak memberi kesan kepada mereka dan menimbulkan rasa sangsi kepada kita bagaimana ekonomi akan pulih sekiranya dana yang ada hanya untuk kepentingan syarikat milik kroni pemerintah," kata Ketua Pembangkang itu.

Tambah beliau ketidakcekapan dan pembaziran merupakan ciri utama birokrasi kewangan negara di bawah BN manakala dasar monopoli akan menghambat sebarang hasrat untuk memulihkan kedudukan ekonomi Malaysia dan program liberalisasi akan terbantut kerana tidak ada kesungguhan untuk melaksanakan perubahan.

"Sehingga kini tidak ada sebarang perancangan jelas untuk melaksanakan perubahan serta memulihkan ekonomi negara seperti mana yang dijanjikan. Kenyataan oleh Perdana Menteri bahawa negara kita akan pulih menjelang akhir tahun menimbulkan persoalan dan tanda tanya. Ini adalah kerana Perdana Menteri pada ketika yang lain, menyatakan bahawa ekonomi negara kita bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah; yang mengakui ekonomi mereka hanya akan pulih menjelang tahun 2010.

"Minggu ini Bank Negara mengesahkan apa yang perkatakan oleh rakyat Malaysia-kecuali menteri kewangan- selama lapan bulan ini. Negara ini diambang kemelesetan. Kadar pengangguran akan mendadak naik dan kilang akan lebih banyak ditutup. Berkemungkinan setengah juta orang akan kehilangan kerja. Pertumbuhan untuk tahun 2009 diunjurkan kepada negatif 5%(-5%), kedudukan eknomi terburuk sejak krisis kewangan terbaru," tegas Anwar lagi.

Beliau menyatakan hanya pemimpin yang berani dan menentang rasuah dan amalan kronisma mampu menangani krisis kegawatan ekonomi namun malangnya ini bukanlah sifat yang ada pada pentadbiran BN sekarang.

CATATAN ANUAR MOHD NOR – UMNO di tinggal MASA

Apa pun keputusan perundangan yang akan di buat di Perak – moral BN dan UMNO terus tercalar. Mungkin perlu digariskan kepada UMNO apa erti menang sorak. Sungguhpun kita tidak boleh menyalahkan UMNO dalam isu lompat parti dan mengambil alih kerajaan Perak kerana Pakatan rakyat juga akan membuat yang sama sekiranya ada peluang tetapi dalam keadaan dan senario yang ada UMNO sering tertinggal dalam menerangkan dan sekiranya ada justifikasi ia sentiasa di tolak dan tidak di terima. Yang lebih mengharukan lagi – apa sahaja di beritakan dan di khabarkan oleh UMNO, sering di tolak biar ia betul dan berjustifikasi. Ini adalah satu keadaan yang agak membimbangkan.

Penerimaan rakyat semakin terkikis dan walaupun berat untuk kita berkata – kita terpaksa menyatakan yang sebenarnya - bahawa sehingga ke hari ini – kepimpinan UMNO di lapisan pelaksana masih tidak mengerti apa masalah yang sebenarnya dan sekiranya tahu – cara untuk mengambil tindakan masih kabur dan tidak menentu.

Kesimpulan yang dibuat untuk mengatakan bahawa – mereka, pegawai dalam UMNO masih kabur dalam melihat keadaan sebenar – atau masih teraba-raba cara untuk mengatasinya bukan satu kesimpulan yang di buat secara melulu. Ini adalah berdasarkan pengamatan dan setelah menghadiri beberapa pertemuan dalam membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan media khususnya Internet. Kita gagal melihat secara spesifik cara dan bagaimana pihak lawan dapat memanipulasi media ini untuk menjayakan agenda mereka. Keadaan yang ada hari ini amat merunsingkan. Usaha reformasi dalam UMNO masih di pandang remeh dan keadaan ini semakin kritikal. UMNO perlu sedar bahawa peralihan untuk perubahan perlu dibuat secara serius – melihat pada mereka yang benar-benar tahu dan tidak hanya berbincang dengan pakar-pakar politik yang bersandarkan buku-buku kajian tanpa mahu turun padang dan mengetahui senario semasa. Suara-suara kecil rakyat akan bergabung menjadi suara besar. Desas desus dan khabar angin akan dijadikan gelombang kebenaran dan akhirnya menjadi buah mulut yang semakin di percayai orang. Ahli UMNO perlu disedarkan – bahawa masa untuk mereka semakin singkat sekiranya mereka masih berdiri di situ dan tidak berganjak untuk bertindak mengubah langkah agar dapat di terima semula.

UMNO tidak mampu bersandar kepada kekuatan silam – legasi lama dan angan-angan harapan untuk mengabung sokongan Melayu tanpa ada usaha kolektif ke arah itu. UMNO kena bertindak terlebih dahulu – membuktikan mereka sudah sedia untuk berubah. Kepimpinan Bahagian perlu bertindak secara proaktif dan tidak pasif dalam berdepan dengan rakyat. Langkah menyelami masalah dan mendengar suara rakyat perlu dilunaskan dengan pelaksanaan dan bukan retorik janji. UMNO akhirnya perlu tahu – mendengar dan melaksanakan dengan kadar segera – kerana masa bukan mencemburui UMNO – kerana masa terlampau jauh meninggalkan UMNO.


THE GOVERNMENT'S MECHANISED SERVANTS.


WHEN WOUND THEY WORK WITH MECHANISED PRECISION.

EVER WONDER WHY?

BUT THEY ARE DOING THE OPPOSITE
OF DISPENSING JUSTICE
PROTECTING THE PEOPLE
ENFORCING ANTI-CORRUPTION

MAYBE THE GOVERNMENT HAS A SPECIAL WAY
OF WINDING THESE JACKASSES?

THE POLICE INSPECTOR GENERAL IS DOWN FOR
PERFORMANCE NOW AWARD

FEDERAL COURT AND COURT OF APPEALS JUDGES
JOSTLING FOR PROMOTIONS

MACC ASSURED OF SPEED AWARD WITH THE PITBUL

+++++

KUGANS MURDERERS STILL NOT CHARGED
BUT 164 CITIZENS ARRESTED
THIS MONTH.

5 May 2009
1 arrest – Wong Chin Huat
(He was released on the 8th May)
Arrest at apartment in Seri Sentosa, Kuala Lumpur and taken to Bukit Aman then to IPD Brickfields, KL

6 May 2009
3 arrests – Sani Md Shah, Saufi Mihat, Yasir Sheikh Abdul Rahman
(Released under police bail on the 7th May)
Sending birthday cake to Prime Minister in Putrajaya

6 May 2009
1 arrest – Mohamad Sabu – PAS Vice president.
(Released on the 7th May)
Near the Harakah office in Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.

6 May 2009
14 arrests
(Released under the police bail on the 6th May)
Candlelight vigil outside IPD Brickfields, KL

7 May 2009
69 arrests – yours criminally, amongst these 69
(Released on the 7th May)
Ipoh, Perak

7 May 2009
20 arrests
- Law Teck Hao (arrested on 6 and 7 May)
(Released under police bail on the 8th May)
Candlelight vigil outside IPD Brickfields, KL

7 May 2009
1 arrest – Eng Kiat
(Released under police bail on the 8th May)
Candlelight vigil in Penang

7 May 2009
10 arrests
(Released under police bail on the 7th May)
Candlelight vigil in Sarawak

19 May 2009
11 arrests
- Teo Nie Ching (arrested on 6 and 19 May)
(Released on the 20th May at 3am)
Candlelight vigil outside DAP MP Teresa Kok’s office

21 May 2009
16 arrested in Teratai, Ampang
(They were remanded for 2 days)
- Jenice Lee - arrested on 7 May in Perak ,19 May and 21 May –HAT-TRICK!)
Candlelight vigil outside DAP Teratai Service Centre

26 May 200

14 arrested

Speaker V Sivakumar, DAP's Ipoh Barat MP M Kulasegaran and state assemblypersons Keshwinder Singh (DAP-Malim Nawar), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Chang Lih Kang (PKR-Teja), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) and Lim Pek Har (DAP-Menglembu).

Sivakumar's 2 bodyguards and 2 onlookers who were held at a nearby coffee shop.

2 event workers.

+++++

Kemenangan di Penanti Penting Untuk Kukuhkan Kerajaan PR - Saifuddin

PILIHAN RAYA kecil N 12 DUN Penanti, Pulau Pinang jelas tidak panas dan hangat seperti beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Sepanjang tempoh kempen yang hampir sudah sampai penghujung, pilihan raya itu berlangsung dengan tenang saja. Tiada laporan berlaku kejadian tidak diingini.

Kalau pun ada kekalutan dilakukan oleh mereka yang kurang sifat tubuh badan tetapi terikut-ikut juga nakkan gambar merak di tampal dipokok-pokok di dalam kawasan pilihan raya itu.

Ketenangan pilihan raya Penanti ini tidak lain dan tidak bukan kerana UBN tidak ikut sama mengambil bahagian. Dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini termasuk di Permatang Pauh dulu di mana UBN mengambil bahagian dengan sesungguhnya dan penuh ghairah.

Maka berlakulah kekalutan dan kejahatan mengatasi normal-normal politik. Kehangatan dan sikap jahat UBN menyerlah sejak di hari penamaan calon lagi. Apabila UBN tidak berani menyertai pilihan raya itu dan ia menyebabkan pilihan raya itu aman, dapatlah disahkan bahawa sesuatu pilihan raya kecil itu akan jadi panas, kacau dan penuh keserabutan bila UBN ikut sama bertanding.

Dengan apa yang berlaku di Penanti ini menjelaskan dakwaan pembangkang selama ini bahawa UBN lah yang melakukan provokasi dalam pilihan raya. Yang memulakan perbalahan dan melakukan kerja-kerja yang boleh membawa ketegangan dan mengotorkan demokrasi.

Makanya lain kali elok kalau UBN tidak menyertai dan mengambil bahagian dalam mana-mana pilihan raya kecil di masa depan bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan tertib.

Misalnya dalam pilihan raya kecil di Manik Urai pada 6 Julai depan moleklah kalau UBN tidak mengambil bahagian bagi menjamin pilihan raya berkenaan berlangsung dalam suasana baik.

Kalau UBN ambil bahagian tentu pilihan raya itu akan panas dan berlaku perkara yang tidak baik. Rasanya pasukan keselamatan, polis, askar, bomba, FRU, pengerusi JKKK, guru Kemas dan segala macam pasukan keselamatan juga suka kalau UBN tidak mengambil bahagian.

Berbalik kepada pilihan raya Penanti yang akan berlangsung lusa, 31 Mei walaupun ianya tenang dan calon PKR, Dr Mansur Othman tidak menghadapi laluan sulit namun ia tidak boleh dianggap mudah. Meskipun kemenangan sudah pasti dalam genggaman tetapi jangan rasa selesa dengan kedudukan itu.

Apa-apa boleh berlaku dalam politik. Pilihan raya Penanti itu bukan saja setakat memberi ruang kepada Pakatan Rakyat memperbetulkan kerajaanya, tetapi ia juga membuka ruang kepada rakyat. Rakyat Penanti boleh menggunakan pilhan raya itu untuk menghantar mesej kepada kerajaan.

Justeru, mereka perlu terus bekerja kuat seperti mana dalam pilihan raya yang disertai UBN. Rakyat kena keluar mengundi ramai-ramai. Tentunya dalam pilihan raya itu PR bukan saja mahu menang tetapi mahu jadikan kemenangan itu bukti jelas bahawa rakyat tidak bersedia menerima perubahan dan pembaharuan yang sedang dibina Najib Razak kini.

Makanya, PKR perlu menang dengan majoriti lebih 3,000 undi. Untuk mencapai ini maka pengundi kena keluar dan jangan saling harap berharap.

Pesanan atau kebimbangan diluahkan Pengarah Pilihan Raya kecil itu, Saifuddin Nasution Ismail (foto atas) hendaklah diselami. Menurut Saifuddin dalam satu kenyataan diemailkan ke blog ini, disebabkan perlawanan tidak panas menyebabkan ada segelintir pengundi yang merasakan tidak perlu keluar mengundi.

Anggapan atau sikap begitu silap dan perlu dibuang.

Lantaran itu beliau menyeru pengundi keluar dengan mengundi calon Keadilan bagi memberi isyarat bahawa mereka maukan kerajaan Pakatan Rakyat kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang telah dicerminkan oleh pencapaian kerajaan negeri sejak Mac lalu.

Pengundi Penanti hendaklah mencatat rekod tersendiri dalam pilihan raya itu kelak bukan saja mereka menang tetapi mencatat majoriti paling tinggi berbanding dengan beberapa pilihan raya kecil yang lalu. Horas!

HABIS MEREKA KATA DEPA BETUL...!!!!

Tidak cukup dengan segala tindakan aparat yang diamalkan oleh pemimpin umno dalam mengekalkan kuasanya, sikap dan perangai retorik mereka kerap membawa padah kepada kebajikan rakyat. Seakan menjadi lumrah bagi pemimpin umno, Dato’ Seri Najib Razak terutamanya, bercakap tanpa berfikir panjang. Bercakap tanpa sokongan kajian yang mendalam. Kesannya, bencana kepada negara dan malapetaka kepada rakyat. Bila pemimpin umno mengerawang, punahlah berbillion wang. Dia ingat semua duit tu, duit grand father dia agaknya.

Kata dasar- kerawang. Mengerawang membawa maksud “mengangan-angankan yang bukan-bukan atau mengelamun.

- Ingat, beberapa bulan lalu apa yang dikatakan oleh Najib Razak yang juga Menteri Kewangan: “Ekonomi negara tidak terjejas ekoran kelembapan ekonomi dunia”. Mungkin penasihat seperti Prof. Nordin Kardi yang menasihatkan beliau. Maka jadilah si bahalol menasihatkan si bebal.

Sekarang apa jadinya - EKONOMI negara Malaysia dijangka menyusut kepada -4 peratus hingga -5 peratus pada tahun ini. Walaupun, pertumbuhan suku keempat tahun ini dijangka positif, kadar pertumbuhan bagi tahun ini secara keseluruhan masih negatif kerana suku tahun pertama negatif dan jangkaan pertumbuhan negatif pada suku tahun kedua dan ketiga,

Sekarang apa pula kata Najib:

Datuk Seri Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyatakan bahawa Malaysia telah berada di dalam keadaan kemelesetan teknikal.

‘Pemulihan (negara) kita bergantung kepada pemulihan ekonomi dunia. Kita perlu melihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah. Jika mereka pulih, kita akan berada pada landasan untuk mencatatkan pertumbuhan,’ katanya.

Beliau berkata sektor eksport telah menguncup 25 peratus pada suku pertama tahun ini selepas permintaan luaran merudum lebih tinggi daripada jangkaan. Katanya, pelaburan swasta turut merosot 26 peratus.

- Dulu kata Amerika kuncup, Malaysia tidak terjejas. Sekarang Amerika menguncup, Malaysia mengecut.

Sehubungan itu, kerajaan Malaysia akan memastikan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan memberi impak positif kepada ekonomi negara.

- Sudah berbillion duit simpanan rakyat digunakan untuk Pakej Rangsangan tetapi rakyat jangan kata terangsang, tidak terasa pun. Mungkin hanya Rosmah Mansor yang semakin terangsang dan merangsang.

By John Burton in Singapore

Malaysian officials forecast on Wednesday that the economy would resume growth by the fourth quarter, as they reported an unexpectedly steep contraction of 6.2 per cent for the first quarter from a year ago.

The export-dependent economy will shrink at a “very similar” rate in the second quarter, marking Malaysia’s first recession in nearly eight years, the central bank said. Economists surveyed by Reuters had earlier predicted a drop of 4 per cent for the first quarter. Zeti Aziz, central bank governor, said on Wednesday: “We see that the exports sector and export demand continue to remain weak and the environment is still challenging.”

Malaysia has Asia’s third most trade-dependent economy after Singapore and Hong Kong.

Mrs Zeti predicted that there would be “a significant improvement” in the third quarter of the year and added that there was “a higher degree of confidence that we will have positive growth” in the fourth quarter. The government is expected to issue on Thursday a revised economic forecast for the year. In March it predicted growth for the year of between 1+ to 1- per cent, revising an earlier target of 3.5 per cent growth. The economy expanded by 0.1 per cent in the fourth quarter of 2008.

Ms Zeti said the economy will improve in the second half of the year due to a M$60bn ($17bn, €12bn, £10bn) stimulus package unveiled in March and improved lending conditions.

Domestic consumption contracted by just 0.2 per cent in the first quarter against a 15.2 per cent fall in exports. Public sector consumption rose by 2.1 per cent.

Exports could also increase as industrial customers in overseas markets complete large inventory drawdowns of electronics components and commodities, Malaysia’s main products, that began in the first half of the year.

Malaysia’s economic performance in the first three months of 2009 was better than that of neighbouring Singapore, which contracted by 10.1 per cent, and that of Thailand, which contracted 7.1 per cent.

The slowdown has increased pressure on Malaysia to introduce economic reforms, including easing rules giving preference to ethnic Malay businesses.

Najib Razak, prime minister, recently rolled back some pro-Malay rules in the service sector to encourage foreign investment. Mr Najib wants to raise the service sector’s share of the economy to 70 per cent of gross domestic product, from 54 per cent, to reduce the country’s heavy dependence on exports.

Credit to DSAI

Keluar Beramai-Ramai Undi Calon PR - Tuan Guru Nik Aziz (TGNA)

Marilah kita bersama-sama keluar tidak kira PAS, PKR, DAP, UMNO dan lain-lain parti atau orang yang tidak berparti beri sokongan pada Dr Mansor (DUN Penanti). Biar PR menang untuk membolehkan pentadbiran berjalan dengan sempurna.

Jangan sekali-kali terjerat dengan dakwaan mengatakan tidak payah turun mengundi berikutan sudah menang tanpa cabaran BN sebaliknya bertekad daripada hari ini lagi untuk terus menjatuhkan BN. Buatlah keputusan dengan mengekalkan sokongan pada PR. Jangan ubah atau keliru dengan serangan halus BN supaya rakyat tidak turun mengundi. Bila kita ikut pasti kita kalah.

Sejak kebelakangan ini, keretakan berlaku pada BN di mana banyak parti komponen telah berani bersuara terutama di era kepimpinan Tun Abdullah berbanding Tun Mahathir dan kini Dato' Seri Najib terpaksa membendung daripada parah.

Pertikaman lidah berkaitan kemelut di Perak katanya, juga terdapat perbalahan apabila MCA dan Gerakan mahukan ia diselesaikan dengan menyerah mandat pada rakyat semula tetapi UMNO tidak setuju bimbang rakyat menghukum parti tersebut. Begitu juga dengan PPP yang kini berpecah 2 dan mempunyai dua Presiden. Perpecahan itu menyaksikan perebutan kuasa antara yang haram dan sah.

BN Selangor tiada kepentingan dalam PKFZ - Khir...wa..wa..wa...nak kelentong lagi la tu....!!!!


SHAH ALAM, 29 Mei (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor tidak mempunyai kepentingan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang membabitkan kos awal sebanyak RM1.85 bilion, kata bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Malah, katanya pelantikan Datuk Abdul Rahman Palil sebagai Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) iaitu pemilik tapak projek PKFZ, bukan dibuat atas kapasiti beliau sebagai Exco Negeri ketika itu.

Sebaliknya, Dr Mohamad Khir berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa itu dilantik sebagai Pengerusi oleh KPPL yang mempunyai kira-kira 2,500 ahli dan sebahagian besarnya nelayan.

“Pengambilan tanah dan penjualan tanah untuk tapak PKFZ tiada kaitan secara langsung dengan kerajaan negeri. Malah isu ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco ketika itu,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Mohamad Khir berkata kerajaan negeri memberikan tanah itu kepada KPPL selepas dimohon antara 1995 dan 1997 dan KPPL mengadakan kerjasama membangunkan tanah itu dengan Kumpulan Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

- BERNAMA

Mahathir, isteri ke pangkuan Umno...!!! Standard AHLI UMNO..merajuk lari...sejuk hati masuk balik...sape tak kenal MAHAZALIM...bubar UMNO dia buat dah

Majlis Tertinggi (MT) Umno menerima penyertaan kembali Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Hasmah Ali bersama parti itu, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Razak.

najib mahathir siti hasmah umnoDalam mesyuarat petang ini, majlis turut melantik Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed untuk mengepalai asakan BN pada pilihanraya kecil Manek Urai.

Pilihanraya DUN itu dijadual antara 6 hingga 14 Julai ini.

Mesyuarat bulanan itu diadakan di ibu pejabat parti di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC) jam 3.30 petang.

Mahathir and Najib in Divorce Court

The former PM appears about ready to have a go at yet another successor

After appearing to embrace the idea of Mahathir's "crooked bridge" proposal to replace half of the narrow, congested causeway that links Singapore with the southern state of Johor, Najib has announced he would go along with a plan favored by the Singapore government for a third bridge.

Asia Sentinel

The honeymoon between Malaysia's new prime minister, Najib Tun Razak, and the irascible 84-year-old Mahathir Mohamad, who played a major role in driving Najib's predecessor from office, is over almost before it began.

Najib, gambling that the former premier's influence is waning within the ranks of the United Malays National Organisation, has broken decisively over a number of hot-button issues with Mahathir, who held office for 22 years before stepping down in 2003 in favor of Abdullah Ahmad Badawi. Many of them involve a cozier relationship with the Singapore government, with which Mahathir carried on a rocky relationship.

So far, Mahathir, although said to be privately furious with Najib, has held back from attacking him publicly.

"I believe this is for a number of reasons," says a lawyer with ties to the Mahathir faction. "Remember, we are after all in a recession -- and what good would it do to try to force him out in an all-out war? But Najib is pushing the envelope by making his own mistakes. I think the die is cast, but it's not full blown war yet."

Earning Mahathir's enmity could be dangerous. Badawi, who came into office as a reformer but stumbled, was attacked by Mahathir almost from the time he became prime minister, especially after cancelling a series of Mahathir's favorite projects. He was beset by a series of other problems, including a fading economy, perceptions of rising crime and a passive personality and He led his party to disastrous elections in 2008 in which the Barisan Nasional, or national ruling coalition, lost its two-thirds hold on the national parliament for the first time since independence.

Given Badawi's weakness, it is questionable how much influence Mahathir actually had in engineering his downfall. Mahathir in 2007 left the party he had headed when the government announced he would be investigated on allegations he had rigged judicial appointments. Blasting away from the sidelines, he didn't return until April, when Badawi finally stepped down.

Nor was he especially charitable to Najib. Although he returned to share the podium with Najib at the UMNO national conclave in April, those close to him say he regards Najib as a potentially weak leader because he didn't break with Badawi soon enough. He thinks Najib is tainted by a long series of scandals and, in the words of the source, is "yellow" because he lacked the nerve to take on the opposition in a by-election in the state of Penang that is set for May 31.

Najib, according to polls, actually took office with a lower approval rating than the ill-starred Badawi. Party insiders say he recognizes his weakness and feels he has to act fast to try to get the voters to forget his weaknesses. He has cracked down hard on protesters and the opposition at the same time he has instituted measures to try to revive the economy, which shrank at a disastrous 6.2 percent annual rate in the last quarter.

After appearing to embrace the idea of Mahathir's "crooked bridge" proposal to replace half of the narrow, congested causeway that links Singapore with the southern state of Johor, Najib has announced he would go along with a plan favored by the Singapore government for a third bridge. He has also publicly endorsed the massive Iskandar project directly across the causeway in Johor over the objections of Mahathir, who famously said Singaporeans would take over the project and drive Malays out to live in the forest.

Najib has also made a series of appointments to top positions in UMNO and the government over Mahathir's objections, including provisionally naming a former close Badawi associate, Omar Ong as a non-executive director of the state oil and gas company Petronas, which observers in Kuala Lumpur view as a prelude to making him the Petronas CEO when Hassan Merican is expected to retire in 2010. Ong is a member of a group called the "fourth-floor boys," top advisors to Badawi and Badawi's son-in-law, Khairy Jamaluddin, in particular a bĂȘte noir for Mahathir. To Mahathir's consternation, a number of the fourth-floor boys, perhaps Khairy himself, are gaining influence in Najib's government.

Despite Najib's early pledges to clean out the party and install reformers, as Mahathir has repeatedly demanded in his "Chedet" blog, Najib has also named several individuals to top UMNO party posts despite allegations that they were tainted by money politics. They include Mohd Ali Rustam, who was made a member of the UMNO Supreme Council after Ali Rustam had been suspended from competing for the job of party deputy vice president after being caught buying votes. Another is Rafidah Aziz, the long-time trade and industry minister who lost her job as head of the women's wing of the party because of allegations she had been steering contracts to members of her family.

In early April, Mahathir spoke out publicly against Najib's appointment of Mohamed Nazri Aziz as a cabinet minister and Johari Baharum as a deputy minister , whom he called "unsavory characters."

"It is quite obvious that he (Najib) does not depend upon me, for example, he appointed ministers, deputy ministers who I think don't deserve to be ministers, who are involved in corruption," he told reporters.

Most recently, on May 18 Najib announced he wouldn't lead the Barisan Nasional into contesting a by-election in the Penanti district of Penang State, where an opposition figure, Mohammad Fairu Khairuddin, quit as a state assemblyman after stepping down as Penang deputy chief minister in a spat with party leaders. Mahathir told Najib to find a candidate to go for the seat and reportedly said he would lead the campaign himself, although the opposition is extremely strong in the district and so far the Barisan has lost five out of six by-elections since disastrous national elections in March of 2008.

Najib appears to be gambling that the dyspeptic former leader's influence has waned to the point where he can't do the kind of damage to Najib that he did to Badawi. In an unsigned article that appeared last week in the Internet publication Malaysia Insider, the author said that "Pragmatism, and not bending to the will of former prime ministers, has emerged as the dominant principle behind decision-making in the early days of the Najib administration. (Najib) seeks to reconnect the Barisan Nasional government with the elusive non-Malay and younger vote bank."

Najib, the article said, fears leading the Barisan into defeat in the next general election, and that he has less than two years to win back some of the support that has evaporated to the opposition Pakatan Rakyat.

Accordingly, Najib has opened the financial services sector to multinational investors, removed affirmative action quotas for 27 sub-sectors in the services sector and taken on the emotion-laden issue of religious conversion, in which some parents who have converted to Islam have attempted to take their children with them into the new religion over the objections of their spouses. That is particularly galling to the UMNO old guard, who have never given up a single convert from Islam.

Najib faces serious challenges. In addition to the widespread perception of his own corruption in connection with billions of dollars in contracts let to UMNO cronies when he was defense minister, he has the continuing millstone of the economy around his neck. As late as two weeks ago, the stimulus package he put into place was expected to result in gross domestic product growth of plus or minus 1 percent. However, the economy slipped disastrously, by 6.2 percent year-on-year in the first quarter and Najib said Thursday that it could contract by as much as 4 to 5 percent for the full year.

And, as Mahathir has pointed out, despite his promises to rid the party of the old-guard rent-seekers that got UMNO in trouble with the wider public prior to the 2008 election, he has brought them back in growing numbers.

Nak Benteras Along...? Ghentikanlah...

Najib terkejut tahap kezaliman ah long

PUTRAJAYA, 28 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan tahap kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh ceti haram atau ah long terhadap mangsa mereka yang gagal melunaskan hutang.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang negara terhadap ah long itu.

“Saya berharap rakyat Malaysia akan sedar dan jadikan kejadian ini sebagai iktibar kepada mereka untuk tidak sama sekali meminjam daripada ah long,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan unjuran rasmi kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di sini hari ini. - Bernama

SAPE COVER ALONG@CETI HARAM...!!!!
Aaahhh… kes Along lagi… isu ini dah bertahun masih macam tu juga… tiada penyelesaian…, timbul satu pendedahan pasal Along ni… mulalah muka-muka bangak tu komen sana komen sini nak ambil tindakan pelbagai… lepas tu senyap…

Hari ini dalam berita harian melaporkan anak guru tajwid nak ambil tindakan serius membenteras kegiatan Along. Piiraaahhh... ayat yang sama di ulang berkali-kali… hasilnya hampeh dan Along dari dulu dan kini masih macam tu juga…

Kalau setakat nak buat wayang baik tak payah… selesaikan masalah Along dalam PRDM tu dulu… bukannya orang tak tahu… Along ni adalah salah satu pusat “pencucian wang haram” bagi individu-individu tertentu… apa tak percaya ke..? Pergilah tanya kepala-kepala Along.. polis kan banyak SB dan undercover yang join ganster ni semua...

Aku ada terbaca satu komen dalam blog siapa ntah… aku lupa.., hamba Allah ni ada seorang kawan polis berpangkatlah jugak, dia bertanya berkenaan pembenterasan Along ni…, Polis tu jawap… macamana nak benteras.. walaupun nombor telefon banyak bertampal sana sini, tapi setiap kali polis telefon gang Along ini tidak menjawap telefon atau jika berjawap pun mereka tak mahu berjumpa.

Kalau betul pun… takan Along tu nak berjumpa.. kalau Polis cakap.. “Hello… awak Along ka… saya telefon dari Balai Polis ????, saya mau jumpa awak mau pinjam wang… boleh ka…?”…. taubat lahum… Along tu nak percaya… sapa nak serah tengkok beb… Apakah sebhaghal itu Polis Malaysia ni…, apa punya jawapan daaaa…

Tadi lepas Jumaat, saja jer… aku dail dua tiga nombor Along yang bertampal di deretan kedai, tak payah tunggu lama… pantas je diorang jawap telefon… siap ajak jumpa lagi… pukul berapa… di mana… berapa mau pinjam… interest 10 – ke 30% bayaran hari, mingguan atau bulanan… nanti boleh bincang… suara punyalah bersopan santun…

Jadi…, apa masalah Polis nak tangkap Along Polong ni semua, seperti yang aku dah sebutkan kat atas tu… “Pusat Pencucian Wang Haram”… Korang paham-paham jelah… bukan boleh sentuh lebih-lebih puak ni… kang tak pasal-pasal jer… kedalam… maklumlah sentuh isu dalaman Polis Raja Di Malaysia.

Isu Along tak akan selesai… sampai bila-bila selagi adanya orang Kerajaan bersekongkol dengan mereka… itu tak masuk lagi bab lecehnya nak buat pinjaman bank yang membuatkan rakyat mencari alternatif mudah sumber kewangan walau menjerat diri…. Kerajaan prihatin ke…perkara ni… tarak….

Tunggu jelah seminggu dua lagi… kes ini akan senyap… dan akan timbul kembali selepas ada pula mangsa yang mampus kena bunuh oleh Along… kali ini PM akan bertambah terkejut dengan dia sekali ikut mampus…

Isa: Aku dah bosan dengan cara Kerajaan dan pihak berkuasa menanggani sesuatu kes... semuanya hangat-hangat taik babi je... contoh macam khir toyol belasah KDN la...(dalam 200 permohonan hanya 30 permohonan jer yang di proses dari tahun 2008, apa punya kelembapan yang terjadi... macam tu ke... orang kementerian bekerja... kalau kata makan gaji buta... huh.. melompat marah...)Ini orang diorang sendiri yang belasah... yang pembangkang belasah... semuanya senyap... cover-up baik punyer.

Pulau Pinang kini ada 2 pengerusi PPP..!!! PPP kini telah terkena VIRUS PERAK...Serba 2....ha.ha..??? tunggu sape lak kena virus serba 2 ni lagi...!!!

PULAU PINANG 29 Mei — Kemelut politik dalam Parti Progesif Penduduk (PPP) terus bergolak apabila bekas naib pengerusi negeri V. Nanda Kumar mendakwa dirinya sebagai pengerusi PPP Pulau Pinang yang baru.

Katanya pelantikannya dibuat oleh Senator Datuk T. Murugiah, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di Putrajaya Ahad lalu.

Datuk Dr Loga Bala Mohan merupakan penyandang jawatan pengerusi PPP negeri.

“Saya menerima sokongan kira-kira 60 peratus ahli di negeri ini untuk memimpin PPP negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, Dr Loga, dalam reaksi spontan, berkata semua dakwaan Nanda itu tidak sah kerana dia tidak menerima sebarang surat pelantikan dari kepimpinan parti pusat.

“Apa yang saya faham, saya tidak menerima sebarang arahan dari pucuk pemimpin parti pusat untuk melepaskan jawatan saya sebagai pengerusi negeri,” katanya.

— LAGI PPP-PENGERUSI 2 (AKHIR) PULAU PINANG Katanya Pendaftar Pertubuhan (ROS) juga mengumumkan bahawa PPP adalah sebuah parti yang sah di bawah kepimpinan Datuk M. Kayveas.

“Saya ingin menasihatkannya (Nanda) supaya mematuhi peraturan dan menghentikan permainan menyalahkan orang lain,” katanya.

Katanya Nanda dan ketua Bahagian Balik Pulau S.V. Manimaran tidak menghadiri konvensyen negeri yang dirasmikan oleh Presiden PPP Rabu lalu kerana kedua-dua pemimpin itu gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan bahagian masing-masing.

Katanya terpulang kepada kepimpinan parti pusat dan Majlis Tertinggi untuk mengambil tindakan terhadap Nanda dan Manimaran.

Pada 24 Mei lalu, Murugiah, yang disingkirkan daripada PPP pertengahan bulan lalu, telah dipilih sebagai ’Presiden’ menggantikan Kayveas melalui mesyuarat di Putrajaya itu.

Isu Altantuya seret Badrul ke balai



Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan kepada polis.

Badrul Hisham Shaharin berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.

Menulis di blognya, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur.

"Namun kira kira 2.30 petang (semalam, saya) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya.

Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.

Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.

Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan "keranda Altantuya" dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini.

Badrul Hisham merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan awal bulan depan.

Ekonomi Gawat Sebab Najib Lambat Bertindak


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim menyelar Perdana Menteri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan I kerana lambat mengambil tindakan segera menangani kegawatan ekonomi.

Najib yang dituduh berada dalam sindrom penafian seringkali diasak oleh Pakatan Rakyat di Parlimen semasa sidang Dewan Rakyat berhubung Bajet 2009 dan dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan namun beliau dilihat tidak mempunyai kebolehan memimpin usaha mengatasi masalah ekonomi yang mula menunjukkan tanda-tanda kegawatan sejak tahun lalu.

Semasa berucap kepada rakyat Guar Jering dalam siri kempen pilihan raya kecil DUN Penanti semalam, Anwar berkata penguncupan ekonomi sebanyak 6.2 peratus adalah amat membimbangkan kerana negara kini secsra rasmi dilanda kemelesetan ekonomi.

"Pentas semalam memberi ruang buat saya mengungkapkan antaranya pengumuman Bank Negara berhubung penguncupan 6.2% ekonomi Malaysia buat suku pertama tahun ini. Angka ini ternyata membimbangkan, malahan ianya lebih teruk jika dibandingkan dengan kedudukan terburuk negara iaitu pada suku keempat tahun 1998. Secara teknikalnya negara kita sedang mengalami kemelesetan.

"Antara perkara yang merunsingkan saya apabila melihat lagak pentadbiran kewangan sekarang ialah kurangnya ketelusan menjawab persoalan yang dilontarkan ketika menghadapi krisis. Sewajarnya pengalaman melalui tempoh sukar kurang lebih sepuluh tahun lalu mengajar kita untuk pantas bertindak dan telus kepada rakyat.

"Tatkala membahaskan belanjawan dan juga rancangan ransangan ekonomi saya tegaskan mengapa lambat mengakui negara sedang melalui saat-saat sukar walhal ianya memberi dampak besar kepada psikologi rakyat.

"Sayangnya oleh kerana menteri kewangan memilih pada ketika yang paling lewat untuk mendedahkan kepada umum makanya rakyat dan ekonomi lambat untuk siap siaga berhadapan dengan krisis berbanding dengan negara jiran seperti Singapura.

Adakah akan ada pakej ransangan yang ketiga? (walaupun yang pertama tidak dilakukan menurut aturan Parlimen) Apa sudah jadi dengan RM60bilion yang diwar warkan dahulu. Bukankah jumlah tersebut untuk tempoh sepanjang dua tahun?

"Telahpun kami secara tuntas menyatakan jika pengurusan ekonomi masih ditakuk lama; membenarkan penyelewengan berleluasa dan sekiranya dana yang ada diseleweng buat mencipta kekayaan kroni, alamat negara akan terjerumus ke kedudukan yang menakutkan," jelas beliau secara panjang lebar mengenai keadaan ekonomi negara.

Surat terbuka kepada En Sayuti bin Omar Oleh Alex Ong - Migrant Care -

Saudara Sayuti Omar.


Salam dan semoga Allah memberkati kesihatan saudara.

Saya amat tertarik dengan artikel saudara mengenai Tiga Abdul: “Abdul Wahab, Abdul Wahib, Abdul Wahub” Memang menarik artikel anda walaupun ketara sangat ceteknya kajian yang anda lakukan terhadap pengalaman di peringkat hubungan seranta yang dimiliki oleh YB Dato’ Husam Musa.

Saya percaya anda masih mempunyai ingatan yang segar tentang hubungan diplomatik Indonesia-Malaysia yang hangat dan getir semasa Februari 2005 yang lalu sehingga memungkinkan kami (kita) bertemu dengan YB Datuk Husam di satu pertemuan makan tengah hari di Bangunan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Ketika itu saya telah mendapatkan nasihat YB Dato Husam mengenai cara terbaik menenangkan kegetiran hubunga diplomatik yang berpunca daripada hal-hal pekerja Migran Indonesia yang menderita di Damansara Damai, setelah lebih 90 hari ketiadaan gaji dan makanan gara-gara tindakan menyingkirkan mereka oleh Pengurus Tapak Binaan MK Land Berhad.

Pada waktu yang sama Presiden Indonesia telah memanggil Menteri Tenaga Manusia, Drs Fahmi Idris agar mendapatkan khidmat 90 orang peguam untuk menyaman Kerajaan Malaysia kerana gagal menghukum majikan-majikan Malaysia yang gagal memperbaharui permit kerja warga Indonesia itu dan juga kecuaian melunaskan gaji mereka berjumlah RM384,000 sedangkan para pekerja itu menghadapi ancaman dihalau keluar negara secara beramai-ramai.

Degan peranan licik dilomasi Dato Husam yang membolehkan Migrant Care menyelesaikan masalah kelaparan 90 pekerja yang menderita itu sebelum kami berjaya memujuk mereka jangan mendedahkan kepada media segala kebobrokan yang dihadapi menunggukan selesainya usaha kami menyelesaikan masalah itu melalui lunas- undang-undang Malaysia.

Jelas kepintaran dan kebijaksanaan yang amat mudah (simple) ini membolehkan pekerja yang berlapar itu menjadi tenang dan dingin untuk menamatkan mogok lapar mereka yang sesungguhnya telah dirancang dan diapi-apikan oleh satu kumpulan NGO. Para pemogok itu sanggup bersetuju untuk pulang ke Indonesia, lantas kisah itu tidak mendapat liputan meluas media antarabangsa, sekali gus meredakan kekecohan diplomatik yang telah tercetus.

Inilah gaya diplomasi berhemah yang amat ketara tanpa perlu merujuk kes itu secara formal kepada Sekretariat ASEAN.

Mampukan En Sayuti memahami perkara ini dan sedar betapa kepakaran dalam hubungan antarabangsa telah berjaya menyelesaikan konflik diplomatik yang tegang?

Apakah Sayuti mempunyai persepsi bahawa hubungan antarabangsa tertumpu hanya kepada majlis salam-bersalaman antara para pemimpin di persidangan antarabangsa tanpa menyelesaikan sebarang masalah?

Maafkan saya untuk berkata, jelas sungguh anda mempunyai persepsi yang dangkal dalam hubungan antarabangsa seperti yang terpapar dalam penulisan anda itu.

Mungkin En Sayuti masih ingat kisah Nona Umi yang menghadapi hukuman mati di Guangzhou kerana terlibat dalam kes penyeludupan dadah? Sekali lagi penglibatan diplomasi berhemah YB Dato Husam yang dapat menyelamatkan gadis itu daripada hukuman berat tersebut. Walaupun dia masih dipenjarakan, usaha masih dilakukan untuk mendapatkan pembebasan beliau.

Mis utama Kedutaan Malaysia di luar negara ia menjaga dan melindungi kepentingan rakyat Malaysia di luar negara. Saya percaya Encik Sayuti sekali lagi tersasar dengan pemikiran bahawa tugas utama warga diplomat Malaysia di luar negara adalah terhad kepada bersantai dan berpesta sahaja.

YB Dato Husam juga telah terlibat dengan aktiviti menyelamatkan seorang gadis yang lari ke Lombok sedangkan tugas itu telah gagal dilaksanakan oleh Kedutaan Malaysia.

Migrant Care telah berjaya mengembalikan Siti Nor Azereen dan Nurul Wahida yang turut tercatat dalam senarai gadis hilang mengikut catatan polis Malaysia.

Selain daripada itu, Kerajaan Kelantan telah merestui peranan YB Dato Husam dalam menarik pelaburan Syarikat Henan Mining daripada China melabur di Malaysia sambil menarik minat pelabur China di Beijing dengan cara mengajak Beijing Enterprise Development Corporation mengadakan satu pameran dagang di Kota Bharu.

Sejak bertahun saya dapati YB Dato Husam Musa berjaya memainkan peranan Diplomasi Berhemah yang sungguh berkesan. Kebijaksanaan beliau dalam bidang agama memang amat ketara dalam menyelesaikan ketegangan dalam konflik Malaysia - Indonesia.

Sayang sekali Encik Sayuti. Anda memang tersilap besar dalam persepsi terhadap YB Dato Husam Musa yang jelas amat dangkal dan sama ceteknya dengan pengetahuan anda dalam hubungan antarabangsa.

Yang benar,


Alex Ong
Malaysia Country Director
Migrant CARE
Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO
Platform on Migrant Workers' Convention)

Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati,
Jakarta Timur 13220 Indonesia
Telp/Fax: +62 21 4752803
E-mail: alexmigrantcare@gmail.com
migrantcare@nusa.or.id
Website: www.buruhmigranberdaulat.blogspot.com

PENANTI DAN MANIK URAI - `KATAK DUA SEJOLI' DAN SI TANGGANG


Setelah banyak kita bercerita tentang Kak Min di Dun Penanti, mari kita menjenguk sebentar di Kelantan khususnya saat menjelang PRK Dun Manik Urai. Bezanya sedikit sahaja, jika di Dun Penanti Kak Min atau `Minah Ronggeng' (gelaran oleh Azmin) adalah calon bebas sahaja, tetapi di Kelantan `Raja Katak' tersohor adalah Wakil Rakyat bebas Parlimen Pasir Mas. Kedua-duanya tidak banyak beza, seperti `katak dua sejoli'.

Baru-baru ini Ibrahim `Al-Kataki' mula berbunyi semula selepas beliau mempersendakan mogok lapar PR di Perak. Di Perak katanya, mengapa PR tidak mogok sampai mati sahaja? Itulah kata-kata seorang MP yang tidak sedar diri diuntung. Dahulu semasa beliau mencari makan dalam Umno, beliau pernah mempersendakan Tn Guru Nik Aziz dengan menyatakan beliaulah yang mengajar MB Kelantan itu memakai semutar (serban). Beliau dahulu pun pernah menyatakan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS) seperti Moshe Dayan (Bekas PM Israel) kerana `bermata satu'. Ibrahim Al-kataki ini juga sewaktu era kebangkitan reformasi, beliau menyatakan bagaimana DS Anwar merayu dan memeluk beliau agar beliau dapat membantunya dari dipecat dari jawatan dalam Umno ketika itu. Itulah cara Ibrahim Al-kataki berpolitik dan caranya itu tidak pernah berubah.

Saya dapat merasakan betapa menyesalnya rakyat Pasir Mas mengundi beliau di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Tapi, apakan daya ketika itu Tuan Guru Nik Aziz yang pernah dihina oleh Ibrahim Al-kataki ini tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan bersangka baik terhadap Ibrahim Al-kataki ini. Apatah lagi, Tuan Guru amat kesihan dan simpati apabila melihat Ibrahim Al-kataki ini `disepak serta dihumban' oleh Umno ke dalam `tong najis'. Tuan Guru ambil beliau, bersihkan tubuhnya dari segala kekotoran najis tersebut dan memberikan ruang untuk beliau bercakap serta berkempen untuk membela nasibnya sendiri selepas dizalimi oleh Umno. Akhir sekali, Tuan Guru membuat keputusan yang amat kritikal ketika itu iaitu memberi kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Al-kataki. Mungkin selepas Tuan Guru melihat betapa Ibrahim Al-kataki tidak mampu berjuang bersendirian dan beberapa kali tewas di dalam pilihanraya di Pasir Mas sebagai calon bebas. Ternyata Ibrahim Al-kataki bukan seorang yang hebat tanpa bantuan PAS.

Kini, selepas bergelar Ahli Parlimen dengan ehsan PAS, Ibrahim Al-kataki mula lupa diri seperti kisah `Si Tanggang'. Beliau berkata akan mendedahkan segala kelemahan kerajaan PAS di Kelantan di bawah Tuan Guru yang telah `memberi' nya makan. Kita tidak kisah tentang apa pun pendedahan yang mungkin akan didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki ini kerana rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai telah begitu lama mengenali siapa Ibrahim Al-kataki ini. Sebelum beliau ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, di dalam ceramahnya di Kelantan tidak lekang mulutnya memuji kepimpinan Tuan Guru. Tetapi setelah menyedari bahawa di dalam pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar beliau akan bertanding bersendirian atau mewakili Umno (jika Umno masih selera memilihnya) beliau akan hilang deposit, maka tiada pilihan lain terpaksa Ibrahim Al-kataki ini menjilat kahaknya kembali.

Apa yang ingin didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki? Bagaimana beliau ingin mendedahkan keburukan orang lain sedangkan dirinya kini telah terdedah dengan segala kejelekan? Saya agak hairan bagaimana beliau mampu mempunyai kulit muka yang `tebal' untuk terus berada di kerusi Parlimen Pasir Mas? Itulah kelebihan Ibrahim Al-kataki dan keajaibannya yang sukar ditandingi termasuk oleh Raja Sesumpah mahupun Kak Min walaupun dari `spesis' yang sama. Raja Sesumpah meskipun termasuk dalam kategori Al-kataki, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak pernah memakan hasil suapan orang yang ditentangnya. Begitu juga dengan Kak Min yang baru hendak belajar dari Ibrahim Al-kataki dan juga dari Raja sesumpah.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Alang-alang katak melompat, biar sampai ke dalam tong najis". Mungkin inilah prinsip Ibrahim Al-kataki sekarang. Kita akan melihat gelagat Ibrahim Al-kataki ini nanti sewaktu kempen di Manik Urai tidak berapa lama lagi. Saya berharap agar semasa kempen itu nanti, cuaca dalam keadaan baik di Manik Urai kerana saya bimbang jika Katak berbunyi, maka hujan pun turun.

W.FAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com.
29.05.2009

Aminah dakwa dapat sokongan ahli Wanita Umno

Muda Mohd Noor
Calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Aminah Abdullah mendakwa ahli Wanita Umno turut memberi sokongan kepadanya.

"Mereka kata, mereka sokong kak Min tetapi tak tahulah sama ada mereka akan mengundi Kak Min," katanya yang menggunakan lambang kunci.

Aminah juga mendakwa, ahli-ahli Wanita Umno gembira kerana beliau bertanding menentang calon PKR dalam pilihanraya kecil tersebut.
Ada yang mengucapkan selamat berjaya kepada saya dalam pilihanraya kecil itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Bagaimanapun, katanya, ada segelintir penyokong PKR yang tidak boleh menerimanya walaupun beliau bertanding atas tiket bebas.

Aminah yang juga bekas ketua Wanita PKR negeri berkata, ada antara mereka yang mendakwa tidak mengenalinya dan tidak mahu menerima risalah kempen yang diedarkan.

Diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang menggelar dirinya Minah Ronggeng, Aminah berkata:

"Kak Min sedikit pun tidak kecil hati kerana Azmin sendiri yang mengajar supaya kita tidak membantai orang lain.

"Saya terima dengan senang hati, sedikitpun tidak kecil hati," katanya.

Minta SPRM umum segera

Sementara itu, Aminah Abdullah meminta siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan segera hasil siasatan berhubung dakwaannya cuba disogok wang tunai dan jawatan timbalan ketua menteri oleh PKR.

"Kalau umum lepas pilihanraya, kena buat pilihanraya sekali lagi.

"Nak buat piliharaya baru, kena duit lagi, jadi eloklah keputusan diumumkan sebelum hari mengundi Ahad ini," katanya.

Isnin lalu, beliau mendakwa ditawarkan ganjaran wang tunai RM80,000 serta jawatan timbalan ketua menteri (TKM) I Pulau Pinang oleh PKR.

Beliau mendakwa PKR menawarkan jawatan TKM I jika menang pilihanraya berkenaan pada 31 Mei ini, dan kembali menyertai parti itu.

Aminah turut mengemukakan bukti berbentuk rakaman audio cakera padat untuk menyokong dakwaannya.

Beliau berkata, SPRM telah selesai mengambil kenyataan darinya.

CERAMAH KENAPA BN TAK BERTANDING DI PENANTI ???? DAPAT PERMIT LAGI..!!! WA CAKAP LU BEB...???

Dr Mansor perlu jadi pembela nasib orang Melayu




Mat Zahari Ali(SK)

PENANTI, 29 Mei: Calon Dun N.12 Penanti, Dr Mansor Othman perlu menjadi contoh yang baik terhadap selurah rakyat di Pulau Pinang bagi memberikan imej baru kepada orang-orang Melayu di negeri tersebut.

Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dalam ucapannya kepada lebih 200 petugas dalam majlis Taklimat terakhir jentera pilihanraya Penanti berkata selama ini Umno/BN telah meminggirkan orang melayu di negeri tersebut sehingga tiada lagi orang melayu yang berani bersaing dengan orang bukan Melayu di negeri itu.

“Kita bukan bermaksud untuk memperkatakan tentang perkauman tetapi selama lebih 50 tahun Umno/BN memerintah Pulau Pinang orang melayu semakin tersisih dan dibiarkan hidup tanpa pembelaan sewajarnya.

“Kita mau, Insyaallah kalau menang nanti kita mahu Dr Mansor yang merupakan pengasas kepada ‘Tekun’ perlu mencurahkan idea, tenaga dan masa bersama ketua Menteri untuk mencari jalan terbaik membela nasib orang-orang melayu di sini.

“Cukuplah dengan pengajaran yang telah diberkan oleh rakyat kepada Umno/BN sehingga orang-orang melayu tidak lagi mengharapkan mereka untuk memimpin negara,”kata beliau dalam majlis yang dihadiri oleh seluruh jentera petugas dari seluruh negara.

Menurut Anwar lagi, kalau di Pulau Pinang ada Lim Guan Eng dan Profesor Ramasamy yang mewakili kaum Cina dan India maka Dr Mansor pula perlu membawa wadah dan suara orang melayu di Dun Pulau Pinang.

“Harapan orang melayu amat tinggi terhadap kita dan Dr Mansor setelah ornang-orang melayu di sini telah kecewa dengan sikap pentingkan diri dan harta oleh pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini sehingga mereka mengubah haluan kepada pakatan Rakyat.

“Harapan dan kehendak orang-orang melayu serta semua kaum-kaum laian itu harus disambut dengan tangan terbuka dan kesungguhan demui membela nasib mereka.

‘Untuk maksud ini Dr Mansor perlu mengadakan hubungan yang amat akrab dengan perhubungan Negeri, serta bahagian-bahagian bagi mengenalpasti masalah orang melayu di sini akar semua mereka akan mendapat pembelaan sewajarnya,” Jelas beliau yang juga Ketua Pembangkang serta Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Majlis tersebut di rasmikan oleh Presiden Keadilan, Wan Azizah Ismail, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Pengarah Pilihanraya, Saifuddin Nasution, Pemimpin-pemimpin perhubungan keadilan negeri dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Laporan Audit PKFZ Diserah Kepada SPRM

Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Lee Hwa Beng hari ini menyerahkan laporan audit mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini ekoran kontroversi daya maju dan kos pembangunan hab muatan dan pemindahan itu yang melambung sehingga RM4.6 bilion.

Sambil menjelaskan bahawa beliau diarah oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mengemukakan salinan laporan itu kepada SPRM, Lee berkata LPK akan memberi kerjasama penuh jika SPRM menjalankan siasatan.

Katanya, laporan audit itu juga akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara.

Mengenai tindakan terhadap mereka yang dinamakan dalam laporan itu, Lee berkata ia bergantung kepada siasatan SPRM. BERNAMA

Sekadar Renungan - Siapa Pengkhianat Sebenarnya...?????

Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari belah saya" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura.

Kisah hidupnya
Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Tse Tung. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.

Semasa remajanya 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Tze Tung mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.

Tahun 1940 dia diterima menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya 18 tahun.


Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army , sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal didalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh menyiksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British dan turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal didalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya dibahagian selatan Tanah Melayu.

Tindakan puak radikal didalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindakbalas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak didalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh didalam urusan politik tempatan.

Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

Memimpin Parti Komunis Malaya
Ketika umurnya 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung , Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .

Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di tanah melayu pada waktu itu ialah mereka mengamal prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh parti komunis malaya iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah.

Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.

Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit telah melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis.

Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ketangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya.

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti, mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan menumpah darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Perjanjian Damai
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan, sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari pada Malaysia, khususnya di sempadan Malaysia Thailand.

Kemerosotan Komunis
Setelah komunis runtuh di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.

Setelah 1989 tidak ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Tetapi pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin dibenarkan hanya menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

Kembali ke Malaysia
Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Komunis Malaya, polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Perundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Isa: Nilaikannya dengan fikiran waras, siapakah pengkhianat negara yang sebenarnya dan siapakah pejuang yang berjuang untuk membebaskan negara dari kuasa penjajah.

Wallahualam....


@ RAKYAT JANGAN TERPEDAYA DENGAN DAKYAH KOMUNIS, TAPI TIDAK JUGA KEPADA PEMUTAR BELIT SEJARAH DAN DEMOKRASI MALAYSIA...???? RENUNGKAN DAN TIMBANGKAN DENGAN SE ADIL-ADILNYA...SIAPAKAH MEREKA INI YANG MENJADI PENGKIANAT NEGARA...!!!!

Sekadar Renungan - Siapa Pengkhianat Sebenarnya...?????

Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari belah saya" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura.

Kisah hidupnya
Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Tse Tung. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.

Semasa remajanya 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Tze Tung mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.

Tahun 1940 dia diterima menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya 18 tahun.


Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army , sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal didalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh menyiksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British dan turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal didalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya dibahagian selatan Tanah Melayu.

Tindakan puak radikal didalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindakbalas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak didalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh didalam urusan politik tempatan.

Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

Memimpin Parti Komunis Malaya
Ketika umurnya 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung , Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .

Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di tanah melayu pada waktu itu ialah mereka mengamal prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh parti komunis malaya iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah.

Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.

Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit telah melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis.

Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ketangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya.

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti, mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan menumpah darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Perjanjian Damai
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan, sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari pada Malaysia, khususnya di sempadan Malaysia Thailand.

Kemerosotan Komunis
Setelah komunis runtuh di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.

Setelah 1989 tidak ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Tetapi pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin dibenarkan hanya menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

Kembali ke Malaysia
Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Komunis Malaya, polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Perundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Isa: Nilaikannya dengan fikiran waras, siapakah pengkhianat negara yang sebenarnya dan siapakah pejuang yang berjuang untuk membebaskan negara dari kuasa penjajah.

Wallahualam....

POLIS RAJA DI MALAYSIA…. SATU INSTITUSI YANG MALFUNCTION DAN KOMPIUS


By Team PerakExpress

Elok-elok dipanggil Polis Di Raja Malaysia…… udah kena gelor di orang, Polis Raja Di Malaysia. Mengapa orang mengelor demer dengan nama itu….. sebab tindak-tanduk polis yang berlagak macam raja. Demer boleh buat apa demer suka. Mentang-mentang ler ada kuasa….. guna kuasa sewenang-wenang nyer untuk menekan rakyat khusus nyer yang tal sehaluan dengan UBN.

Demer ni, sepatut nyer menjaga keselamatan rakyat dan negara….. tapi habuk pun tarak. Rakyat dijadikan musuh…. jenayah berleluasa.!!!! Yang deme jaga kepentingan kuasa UBN. Sebab itu sekarang ni, rakyat tengok demer getik ajer….. maka jadi ler demer sasaran sumpah seranah rakyat jelata.!!!

Weh… weh…… Apa yang demer buat, udah macam lembu giler!!! Kerja nyer….. giler nak menanduk rakyat jer. Serba tak kena rakyat dibuat nyer…. Suasana alam dah tak jadi ceria dah.
Ater…. mana nak ceria nyer, sesiapa yang pakai pakaian berwarna orange…. kuning…. hitam…. habisss demer tanduk….. pejabat orang demer serbu, ikut suka demer…. orang berimpun, demer kejor….. demer serbu…… cahaya lilin sensitif di mata demer……. Apa ler nasib komer….diperlembu sedemikian ruper dan malang nyer….. diri merelakan pulak tu!!!

Warna….. cahaya….. orang perseorangan…… orang beramai-ramai……. hantu…. DUN Perak….. pokok….. dan semua yang UBN takut ler…. so, demer ler jadi barua yang tukang kejor dan tukang tanduk nyer!!! Kalor bab tu, demer ni memang cekap dan cepat…… tapi kalor bab-bab lain, hampeh!!!

Komer tengok jer…. kes-kes yang belum demer selesaikan….. sapa bunuh adik Nurin, sapa culik Sharlinie…. Awie…. ke mana pergi nyer…… si Bala….. di mana Hilmi…. ke mana menghilang nyer…… kes Kugan, senyap jer…. kes altantunya cicai buncai jer kerja demer dan jadi tanda tanya……. kes mata lebam Anwar berkurun baru dapat tahu culprit sebenor nyer….. kes Lingam correct…. correct….corect…. entah apa-apa jadi nyer, senyap ajer….

Jadi …. KPI PDRM, oooopppss… Polis Raja di Malaysia, dalam konteks mendahulukan rakyat….. kita boleh bagi ‘F’ sebab tak nampak yang demer ni polis rakyat tapi polis UBN….. obviuos sesangat!!!

Kalor kes yang ada kepentingan UBN, tengok demer punya ligan…. buat kerja ruper lipas OKU. Di mana Raja Petra berada…. sekelip mata dah tau and siap mintak bantuan interpol lagi nak heret kawan tu balik ke Malaysia!!! Kes Sayfoool, cepat jer bertindak… tangkap orang tu….. dakwa orang ni….. sekat itu dan ini….. kena syarat macam tu macam ni….. Siapa mangsa demer?? Para pemimpin dan para penyokong Pakatan Rakyat ler……!!! Demer tahu nak mengenakan kita jer…… Kalor pihak UBN……. bukan setakat tutup sebelah mata tapi dua-dua mata sengaja dibutakan!!!

Sekarang tengah hot ceriter pasal bapak polis dan Mr Gunitahil….. Ada orang yang bernama Mat Zain kan……. telah buat dakwaan tau, dakwaan terhadap dua orang kepala balaci UBN ni…. Dakwaan sensasi you…….. dan lagi, dijagka pasti akan meletop!!! Itu pun kalor dia tak dilarikan hantu kopek ler….. Takut dia jadi macam si Bala ler, buat ceriter gempaq sensasi….. BOOOM!!!! Lepas tu…. lesap entah ke mana. Sampai la ni, polis tak dapat cari!!! Tak dapat cari atau disembunyi…. wallahu’alam. So, Mat Zain, hang hati-hati……

Tapi, teman nak tegaskan di sini…. bukan semua polis yang kompius, ada yang baik dan yang jujur….. tapi apa nak kata…. akibat nila setitik, lingkup susu sebelanga. kekadang demer tak boleh nak buat apa-apa….. terpaksa ler ikut arahan ‘kepala’ di atas. Apa nak buat, kalau kepala nyer dah malfunction…… itu yang membuatkan anak buah di bawah kompius…….!!!!

Aha….. berbalik kepada isu Mat Zain dalam drama Mata Lebam Anwar, kita….. sama-sama ler tunggu dan lihat perkembangan gossip sensasi ini…..

Isu Chin Peng : Hock Nan Uji Najib dan Politik Melayu....!!!! Tapi sape yang terperangkap...???

CADANGAN yang dikemukakan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan supaya membenarkan bekas Setiasuaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng balik ke tanah air mungkin ianya dipandang sebagai satu usul biasa yang perlu ditentang. Ianya juga dianggap sebagai satu cadangan peribadi Hock Nan saja.

Barang kali ada juga yang beranggapan usul itu modal untuk Hock Nan mensensasikan dirinya. Beliau mahu diingat dan dikenang orang kerana beliau cukup arif isu Chin Peng akan mudah terbakar kemudian menjadi perhatian. Dalam keadaan Gerakan Pulau Pinang perlahan-lahan digerhanakan pengaruh DAP, Hock Nan harus melakukan sesuatu untuk memulihkan ingatan rakyat pulau Mutiara itu kepada Gerakan.

Tetapi jika dihalusi dan direnung dengan makrifah yang tinggi, ada motif lain yang mencabar disebalik usul Hock Nan itu. Ianya harus difikir dan digali makna tersirat. Hock Nan tahu bahawa kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pula ke tanah air ini. Permohonannya menerusi perundangan (makamah) juga sudah ditolak dengan muktamadnya. Tetapi kenapa Hock Nan cuba melintasi keputusan kerajaan?

Tentu ada motif dan tujuan tersendiri. Pada saya Hock Nan bukan saja-saja sengaja mahu mencari penyakit dengan bercakap mengenai Chin Peng kerana beliau tahu cadangan itu akan dikritik keras.

Di sini saya melihat Hock Nan ada perancangan kemas berhubung cadangan itu. Beliau menyimpan agenda politik di sebalik cadangan itu. Pada saya ia sebagai satu ujian terbaru untuk melihat sejauh mana perubahan sikap dan pegangan rakyat negara ini dalam politik. Tranformasi dan liberalisasi politik yang diuar-uarkan telah diambil manfaat oleh Hock Nan.

Usul itu pada saya satu ujian kepada kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak. Suara dan talun 1 Malaysia yang membawa slogan, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamanya, diuji dengan cadangan itu.

Mungkin pada Hock Nan dia melihat Chin Peng sebagai rakyat negara ini. Kerana itu beliau juga perlu dimasukan dalam slogan Najib itu, didahulukan. Hock Nan ingin uji Najib apakah dia berpegang kepada kata-kata itu atau sebagai retorik saja. Hock Nan juga nampaknya cuba mengambil kesempatan dengan slogan berkenaan. Walhal Hock Nan tidak perlu simpati atas dasar nasionalis itu kerana Chin Peng bukan rakyat negara ini!

Saya yakin Hock Nan tidak buta sejarah dan jahil mengenai perjuangan Chin Peng dalam PKM yang banyak menelan korban dan menjadikan manusia lain menderita. Dia tahu, tetapi Hock Nan sengaja mencuba menghulurkan pancing takut-takut disentuh oleh jerung yang berkuasa.

Di sini ada permainan halus bagi Hock Nan yang perlu diteliti dan diawasi. Dia sengaja meletakkan isu Chin Peng sebagai bahan ujian. Apa yang diharapkan, kalau kerajaan menolak isu itu ada pihak lain yang cuba membelinya sebagai modal politik. Di sinilah beliau menanti akan berlaku pro kontra dan akan melabakan politiknya. Mungkin keleberaliasi politik di sesetengah tepat di negara ini mendorong untuk Hock Nan bermain dengan ujian itu.

Adalah satu kemalangan kalau pihak lain membeli modal itu begitu saja tanpa melihat apa tujuan disebaliknya. Kebijaksanaan politik dan ketajaman akal siasah sangat penting di sini. Sekiranya tidak hati-hati percubaan dibuat oleh Hock Nan itu akan berjaya yang mana akhir menyebabkan ada pihak lain yang kerugian besar.

Adalah diharap baik Najib atau pun mana-mana pihak (parti pembangkang) melihat Chin Peng dalam warna yang sama dan tidak cuba menangguk keuntungan daripadanya. Chin Peng bukan modal politik sebaliknya ia perlu dilihat sebagai liabiliti (dan musuh) kepada sesiapa yang cuba bercakap positif mengenainya.

Kepada mereka yang tidak sedar dengan permainan dan percubaan halus dan seni Hock Nan ini jangan mudah terperangkap. Saya tazkirahkan ini kerana ada kalangan pemimpin politik yang memberi harapan menerusi pandangan yang opolegetik terhadap Chin Peng. Kerana semata-mata mahu dilihat liberal mereka sedia berbuat demikian.

Ini bahaya dan mereka kalau boleh kena meralatkan semula kenyataan itu kalau tidak mahu mereka juga akan dituduh bersimpati dengan Chin Penng.

Bagaimana Dalam Zaman Canggih ICT, Mufti dan bekas Mufti tidak dapat maklumat yang betul?

Kenyataan kedua-dua mereka terhadap isu mogok lapar adalah kerana maklumat yang disampaikan kepada mereka tidak betul dan tepat.

Keputusan mogok lapar adalah cadangan DAP yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, tetapi mogok lapar hanya kepada orang-orang bukan Islam yang ingin menyertainya.

Manakala PAS dan PKR pula menganjurkan Puasa Sunat & Solat Hajat untuk orang-orang Islam, Pakatan Rakyat juga menyetujui cadangan tersebut.

Mogok Lapar yang dianjurkan tidaklah sampai ke peringkat membawa mudarat, mereka masih boleh minum setiap 5 - 6 jam, yang tidak mampu meneruskan lapar boleh diganti oleh orang lain pada hari berikutnya.

Pasukan perubatan pula ditugaskan untuk bersedia memberi bantuan kecemasan.

Tujuan Mogok Lapar adalah sebagai tanda protes terhadap pencabulan demokrasi dan isyarat rakyat memohon perkenan Tuanku supaya DUN dibubarkan.

Mogok Lapar hanya diadakan tiga hari berturut, samada tuntutan dipenuhi atau tidak mogok lapar akan berakhir selepas tempoh yang dianjurkan.

Manakala Puasa Sunat & Sunat Hajat dianjurkan kepada yang Islam, mereka boleh berpuasa sunat hari-hari tersebut tetapi berbuka bila tiba waktu berbuka.

Sebelah malamnya menunaikan Solat Hajat. Kebetulan Puasa Sunat diadakan pada hari-hari yang disunatkan puasa, iaitu pada 1 - 3 Jamadilakhir, dan boleh dikerjakan setiap masa.

Tujuan Puasa Sunat dan Solat Hajat adalah sebagai pengaduan dan doa kepada Allah swt. supaya perjuangan Pakatan Rakyat diberi kemenangan oleh Allah swt.

Amalan puasa masih boleh diteruskan pada hari-hari lain yang sunat berpuasa.

Mogok Lapar disertai oleh bukan Islam sebagai tanda protes pencabulan demokrasi dan menuntut DUN dibubarkan.

Puasa Sunat dikerjakan oleh orang Islam sebagai satu jalan memohon pertolonngan Allah swt. supaya memberi kemenangan kepada perjuangan rakyat yang menuntut DUN dibubarkan.

Saya percaya maklumat ini tidak sampai kepada Mufti Perak yang berada di Tanah Suci dan juga bekas Mufti Perlis yang kini berada di London.

Sepatutnya sebagai golongan agama, kedua-dua mereka mendapat maklumat terlebih dahulu dari sumber yang sebenar iaitu penganjur sebelum buat kenyataan.

Sedangkan dalam al Quran diajar kepada orang-orang yang beriman supaya menyelidiki terlebih dahulu setiap berita yang dikhabarkan kepada mereka lebih-lebih lagi berita dari orang-orang fasik.

Adalah sangat tidak adil, seorang yang bergelar ulama memberi pandangan hanya berdasarkan sumber dari sebelah pihak sahaja, yang akibatnya pandangan yang diberikan tidak betul.

Misbahul Munir Hj Masduki
Ketua Penerangan PAS Perak.

Senjata dekat Tasek Cement ada kaitan politik?

oleh Penarik Beca

Dalam pukukl 11 malam tadi (masa tulis ni dah pukul 3 pagi) Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub tunjuk dua berita NST. Berita yang pertama yang beliau tunjuk tadi saya jumpa dalam edisi online akhbar itu bertarikh 26/5/09. Siasatan baru peringkat awal, kata Ketua Polis Perak. Banyak lagi persoalan yang belum terjawab, katanya.

Esoknya, kata Salahuddin, edisi cetak akhbar yang sama melaporkan sumber polis berkata bahawa senjata yang mereka jumpa dalam semak dekat Tasek Cement tu ada kaitan politik.

Berita yang kata ada kaitan politik tu saya tak jumpa dalam edisi onlinenya.

Salahuddin tanya, ni nak main game apa pulak ni? Dalam pukul 11 pagi ini dia akan buat kenyataan akhbar. Beliau beritahu saya, antara yang dia nak tanya:

1. Kalau senjata itu diseludup dari negara jiran, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan yang terlibat dalam soal kawalan sempadan negara buat apa?

2. Siapa yang jumpa senjata tu dalam semak Tasek Cement di Ipoh? Kalau senjata tu dijumpai hasil risikan polis, kenapa tak sekat kemasukannya sejak awal? Adakah tak sempat sekat sebab sibuk kawal bangunan SUK, pejabat DAP, tangkap orang baju hitam dan orang tak nak makan? Kenapa sampai si penyeludup senjata boleh masuk jauh ke dalam negara dengan senjata yang diseludupnya? Bayangkan betapa jauhnya jarak dari sempadan dan kawasan semak dekat Tasek cement tu.

3. Benarkah begitu cekap sehingga dalam masa 24 jam atau kurang dari itu dengan mudah boleh menyatakan senjata-senjata itu ada kaitan politik dan dikaitkan pula dengan keadaan politik di Perak? Sedangkan, pembunuh Nurin Jazlin Jazimin tak dapat dikesan hingga sekarang dan siapa yang menculik Sharlinie Mohd Nashar juga tidak diketahui sehingga kini. Apa khabar para penyiasat yang menyiasat kehilangan dadah dalam simpanan polis Johor?

4. Jika benar wujudnya si penyeludup senjata yang ada kaitan politik, adakah mereka lebih bodoh dari pembunuh Nurin dan penculik Sharlinie?

5. Ni nak main game apa pulak ni?

Firearms cache smuggled here

IPOH (NST 26/5/09): A large cache of firearms and bullets recovered by the police here on Sunday evening originated from outside the country.

State police chief Datuk Zulkifli Abdullah said initial investigations showed that eight firearms and about 100 bullets, found in two bags not far away from the North-South Expressway, were smuggled into the country.

He said part of the investigation involved finding out if the cache, which included spent cartridges and silencers, had been used in any criminal activity in the country.

However, he added that the investigation was still in its initial stage.

The weapons, believed to be sub-machine guns and pistols, were recovered by the police in bushes near the Tasek Cement factory after a tip-off.

Zulkifli said there were many unanswered questions about the weapons cache, urging reporters to be patient.

Najib digesa batalkan lawatan sambut ulangtahun hubungan Malaysia-China - Kamarudin Jaffar

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak digesa membatalkan lawatan ke China minggu depan sempena sambutan 35 tahun kerjasama Malaysia-China, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar.

Ini kerana ia 'bertentangan' dengan penegasan kerajaan Malaysia yang menghalang bekas tokoh komunis, Chin Peng dari kembali semula ke Malaysia, katanya.

'Dalam satu hal Malaysia menolak komunis, tetapi dalam satu hal pula seolah meraikan kerajaan (China) yang dikuasai komunis yang pernah membiayai pergerakan Komunis di negara ini, ini semua kita tahu," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Ini amat bertentangan, dan kerajaan Malaysia harus menyelesaikan pertentangan ini dengan segera membatalkan lawatan Perdana Menteri yang dijadualkan minggu depan ke China, kata Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat.

Sementara itu sumber menyatakan, Wisma Putra telah mengarahkan kenyataan berhubung lawatan Najib ke China yang bermula 2 hingga 5 Jun ini tidak dilaporkan akhbar.

Baru-baru ini kerajaan menyatakan tidak akan membenarkan Chin Peng kembali semula negara ini kerana ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap waris mereka yang terkorban semasa darurat dahulu.

Perdana menteri memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Putrajaya 27 Mei.

Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke negara ini.

Teng dilaporkan berkata, bekas setiausa agung PKM itu yang kini tinggal di Thailand, hendaklah dibenarkan kembali ke Malaysia atas sebab-sebab kemanusiaan dan Chin Peng tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Pemimpin Gerakan itu juga berkata, keganasan komunis yang melampau seperti pada-pada tahun 50-an tidak lagi diamalkan dan komunisme di seluruh dunia termasuk di China dan Rusia telah mengalami transformasi serta kini sedang menuju ke arah perjuangan berasaskan ekonomi, lapor Bernama.

Chin Peng, 85, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak dikatakan masih mempunyai saudara mara di Malaysia.

Permohonan beliau menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lalu.

Bagaimanapun, saranan tersebut dibantah oleh pelbagai pihak termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Turut membantah ialah Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee yang dilaporkan berkata kekejaman PKM di bawah pimpinan Chin Peng tidak boleh dimaafkan./wann _