Selasa, 26 Mei 2009

Siapa pembunuh Ibrahim Libya dan Syuhada Memali?

Hari ini ramai yang bising membicarakan mengenai pembunuhan yang “kononnya” dilakukan oleh Chin Peng ketika bersama Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu.

Mengapa Chin Peng menjadi sasaran?

Mudah sahaja. Ini adalah kerana Chin Peng adalah seorang Cina maka mudahlah dijadikan “punching bag” politik mereka. Jika Chin Peng adalah seorang Melayu, pasti sukar untuk dijadikan momok. Begitulah politik pecah dan perintah Umno/BN.

Oleh kerana sudah kehabisan modal politik, maka Rais Yatim pun timbulkanlah kembali isu komunis ni.

Dalam masyarakat Malaysia ni, masih tinggal sedikit lagi golongan bodoh dan buta sejarah yang terperangkap dengan propaganda anti komunis anjuran penjajah British.

Diantaranya ialah seorang budak buta sejarah seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini disini. Orang-orang macam ni dan geng-geng Ibrahim Ali bolehlah Rais nak bohong.

Budak-budak muda yang cool dan tonton dokumentari “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka” dan “Revolusi 48″. Maka sebab itulah ramai budak-budak muda dah mula tahu bahawa Umno/BN ini hanyalah penyambung kepada apa yang dilakukan oleh penjajah British.

Cuma budak yang tak cool dan tak baca buku sejarah selain versi Umno/BN sahaja yang boleh termakan momok Rais ni.

Kenyataan bodoh Rais Yatim telah menyebabkan Mat Amin yang menggendalikan blog Kampung Perdamaian Sukhirin menjawab kembali dan menggeluarkan gambar-gambar yang pastinya tidak disenangi oleh Umno/BN.

Didalam peperangan biasalah ada yang terbunuh dan membunuh. Sebab itulah dinamakan perang.

PKM jelas melawan penjajahan. Sedangkan Umno, MCA dan MIC pada ketika itu memilih untuk menjadi talibarut British dan menghalalkan tindakan jahat yang dilakukan oleh British kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tulen seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Chin Peng, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Suriani dan ramai lagi.

Alasan nak haramkan Chin Peng pulang diatas sebab PKM pernah membunuh askar sewaktu berperang adalah tidak adil.

Ini adalah kerana askar juga membunuh ramai anggota PKM yang terdiri dari pelbagai bangsa termasuklah orang-orang Melayu.

Begaimana pula dengan kerajaan Umno/BN dan PDRM yang membunuh Ibrahim Libya dan 13 penduduk Kampung Memali?

Apakah kita harus membuang kesemua orang-orang Umno/BN dan PDRM daripada Malaysia kerana bertindak zalim membunuh 14 orang penduduk Kampung Memali dan mencederakan ramai penduduk kampung tersebut?

Berkaitan:

Rais cuba sabotaj Najib yang akan ke China tak lama lagi? Umum tahu bahawa China di perintah oleh Parti Komunis China

KES NIZAR, POINT OF VIEW QC LORD LESTER, DIANGGAP NAJIB CAMPUR TANGAN

---------------Oleh Halik Zaman---------------

Perakuan pihak Queen's Counsel (QC) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, membuktikan kemampuan panel hakim negara yang telah mencapai taraf dunia. Kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut seorang ahli Queen's Counsel, Lord Lester turut memperakui keputusan Mahkamah Rayuan terhadap krisis di Perak itu berada pada landasan yang betul.

Queen's Counsel Lord Lester cuma memberi andaian sahaja secara bertulis kes Nizar atas permintaan Kerajaan Malaysia. Andaian itu juga tidak menyatakan dari peruntukan mana Lord Lester dapat dalam perlembagaan Negeri Perak yang memperakui keputusan Mahkamah Rayuan terhadap krisis politik di Perak itu berada pada landasan yang betul.

Kes Nizar masih lagi dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Persekutuan, sepatutnya Najib dan Tan Sri Abu Zahar Ujang tidak cuba mempengaruhi minda Hakim Mahkamah Persekutuan dengan mendedahkan secara umum "Point Of View" dari Queen's Counsel Lord Lester sebagai berada pada landasan yang betul, ini dapat diertikan sebagai cuba untuk mempengaruhi minda Hakim Mahkamah Persekutuan agar membuat keputusan yang sama dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Kes Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang dipecat, ada dua perkara yang contradict yang menjadi persoalan pokok yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan nanti iaitu "perkenan Sultan" atau "precedent" yang terdapat dalam kes Stephens Kalong Ninkan Ketua Menteri Sarawak vs Kerajaan Persekutuan pada tahun 60an? Sepatutnya kes Nizar ini, Perdana Menteri Dato Seri Najib, tidak akan campur tangan sehingga diperolehi keputusan dari Mahkamah Persekutuan nanti.

Walau apa pun "Point Of View" Queen's Counsel Lord Lester itu, ia bukan suatu keputusan yang boleh di anggap "sebagai berada pada landasan yang betul". Point Of View Lord Lester yang didedahkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib itu dalam tv3 dan akhbar akhbar tempatan itu, hanya mengundang anggapan rakyat sebagai cuba mempengaruhi minda Hakim Mahkamah Persekutuan sahaja untuk membuat keputusan yang sama.

Seolah olah membayangkan Hakim Mahkamah Persekutuan tidak ada wibawa tersendiri untuk membuat keputusan selain mengikuti "Poin Of View" Lord Lester sahaja, bagaimana kalau keputusan para Hakim Mahkamah Persekutuan sebaliknya adakah Hakim Mahkamah Persekutuan itu nanti dianggap sebagai tidak mencapai bertaraf dunia? Heran Tan Sri Abu Zahar Ujang boleh bercakap sedemikian padahal beliau Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

Cara Najib mendedahkan Poin Of View Lord Lester itu dianggap sebagai cuba mempengaruhi minda hakim dan campur tangan Kerajaan Pusat dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan nanti. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku sebelum Hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan. Najib tentu tahu pendedahan itu tidak boleh dilakukan oleh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru baru ini mewujudkan sistem 1Malaysia.

Sogok: Aminah serah bukti baru

Calon bebas - mendakwa PKR cuba menyogoknya agar tidak bertanding di Penanti - menyerahkan bukti tambahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Aminah Abdullah berkata beliau menyerahkan salinan cakera padat audio dan beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan dua wakil PKR kepada suruhanjaya itu di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Menurutnya, selain merekodkan keterangannya, SPRM turut mengambil kelengkapan MP4 yang digunakan untuk merakam perbualan serta telefon bimbit yang digunakan ketika berkomunikasi dengan wakil PKR.

"Dalam MP4 itu ada rakaman perbualan siri kedua dan ketiga antara saya dan pihak berkenaan (PKR) dan ia tidak sama dengan perbualan yang terdapat dalam cakera padat (yang diedar kepada media) semalam," Aminah dipetik berkata.

SPRM berminat menyiasat lanjut Aminah dan perkara itu disahkan oleh calon berlambangkan kunci.

"Hari ini, saya akan pergi lagi ke SPRM untuk melengkapkan laporan dan siasatan berhubung perkara itu," katanya ketika ditemui media.

Semalam beliau mendakwa ditawarkan jawatan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, jika menang, dan RM80,000 jika menarik diri agar tidak mencabar calon PKR Mansor Othman pada pilihanraya kecil DUN tersebut.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim memberitahu agensi berita itu bahawa suruhanjaya itu mungkin mengambil lagi keterangan Aminah hari ini.

Ketua-Ketua Kampung Saman "Menteri Besar Mahkamah"

Ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat yang telah dipecat oleh kerajaan negeri "Menteri Besar Mahkamah" Dr Zambry Abdul Kadir telah memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi.

Turut serta mengiringi ketua-ketua kampung tersebut ke mahkamah termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin Pakatan Rakyat negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak, Mohd Ridzuan Afit saman yang dikemukakan mengandungi tujuh tuntutan terhadap Dr Zambry.

Antara lain mereka menuntut supaya mahkamah melarang kerajaan negeri membuat sebarang pelantikan ketua kampung sebelum 31 Julai 2010 iaitu tarikh tamat tempoh perkhidmatan mereka seperti watikah pelantikan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mereka juga memohon untuk membatalkan keputusan dan tindakan kerajaan negeri "Menteri Besar Mahkamah" yang memecat mereka berkuat kuasa 16 April lalu.

Disamping itu saman itu turut memohon perintah mahkamah melarang kerajaan negeri menggunakan dewan orang ramai di seluruh negeri oleh Barisan Nasional sehingga kes itu selesai.

Mohd Ridzuan yang mewakili 817 ketua kampung yang dipecat dalam tindakan "Menteri Besar Mahkamah" itu yang dianggap tidak sah dan melanggar undang-undang berkata pihak mahkamah belum lagi menetapkan tarikh untuk mendengar saman mereka tetapi kes tersebut akan didengar dalam tempoh dua bulan dari tarikh difailkan.

Ketika dihubungi Tv Antara beliau berkata pemecatan yang dilakukan secara mengejut pada 16 April lalu dan sebelum tamat tempoh kontrak perlantikan pada 31 Julai 2010 adalah sesuatu yang kejam dan zalim yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

"Saya menerima surat pemecatan saya daripada pejabat daerah dan di dalam surat itu tidak disebut apakah kesalahan saya yang menyebabkan saya dipecat. Watikah pelantikan yang kami terima daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat adalah bagi tempoh dua tahun dan dengan tiba-tiba apabila bertukar kerajaan negeri kami dipecat secara mendadak.

"Ini adalah satu tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ketua kampung bukannya satu jawatan politik dan kami berkhidmat kepada semua orang tidak kira fahaman politik sama ada dia PKR, Umno atau mana-mana parti politik," kata Mohd Ridzuan.

Menurut beliau lagi jawatan ketua-ketua kampung yang dipecat telah diambil alih serta merta oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan yang dilantik oleh BN seiring dengan perlantikan ketua-ketua kampung tersebut tahun lalu.

Selain menfail saman badan bertindak tersebut juga telah melancarkan kempen mengumpul tandatangan rakyat Perak sebagai tanda sokongan kepada ketua-ketua kampung yang dipecat.

Setakat seminggu lalu badan bertindak itu telah mengumpulkan lebih 250,000 tandatangan rakyat dari seluruh negeri Perak dan yakin dapat mencapai sejuta tandatangan dalam masa satu atau dua minggu lagi.

"Kempen tandatangan yang sudah kami lancarkan sejak seminggu lalu mendapat respons yang amat baik dan menggalakkan daripada rakyat seluruh negeri Perak. Ini menunjukkan mereka menyokong pakatan Rakyat dan menolak "Menteri Besar Mahkamah" yang berkuasa ke atas rakyat Perak melalui perintash mahkamah.

"Rakyat Perak rata-rata mahukan Pakatan Rakyat kembali dan usaha mengumpul tanda tangan ini adalah sebahagian daripada langkah untuk mendesak supaya DUN Perak dibubarkan," tambah beliau.

Walaupun kerajaan kudeta "Menteri Besar Mahkamah" melakukan pelbagai untuk menghalang hasrat rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri rakyat tetap akan menolak BN kata Mohd Ridzuan.

2 pemimpin PKR akui jumpa Aminah tapi nafi tawar ganjaran

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PENGAKUAN... Anggota MT PKR, Cheah Kah Peng (tengah) hari ini mengaku yang beliau dan penolong exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Peter Lim telah menemui calon Bebas Aminah Abdullah, 57, seperti yang didakwa Aminah semalam.

BUKIT MERTAJAM: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.

"Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya... hanya berbincang perkara-perkara biasa," kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut di sini hari ini.

Selain itu mereka juga menafikan dakwaan Aminah bahawa kedua-dua mereka datang menemuinya.

Sebaliknya mereka menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri.

"Kak Minah (Aminah) sebelum ini selalu jemput saya datang ke rumahnya... jadi pada 12 Mei saya hubungi beliau untuk aturkan makan tengah hari keesokkan harinya dan Kak Minah minta saya ajak (Cheah) Ka Peng bersama.

"Kemudian pada pagi 13 Mei, Kak Minah hubungi saya semula untuk pastikan mengenai temu janji pada tengah hari itu.

"Beliau kata akan masak untuk kami, saya tak jangka kawan baik seperti kami telah digunakan dan dipermainkan oleh beliau.

"Beliau bukan hanya sediakan makanan, tapi juga sediakan perakam suara untuk kami... saya sangat sedih dan kecewa," kata Peter dalam sidang media tersebut.

Cops seek Interpol manhunt for RPK

KUALA LUMPUR, May 26 – Malaysian police are now seeking the help of Interpol to apprehend fugitive blogger Raja Petra Kamarudin, Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said today in the first official acknowledgement that RPK has fled the country.

Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri

May 26, 09 | 4:56:22

KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno dan PAS, tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik diri.

Sepatutnya jam 9.30 malam ini berlangsung perdebatan tokoh berkenaan dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9.

Mereka bakal memperkatakan isu politik wang.

Namun petang ini pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.

Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.

AMINAH MEMERANGKAP KAWAN LAMA UNTUK DI RAKAM PERBUALAN

Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin mengganggap tindakan Aminah sengaja memerangkap beberapa bekas rakan beliau ketika bersama dalam Keadilan dahulu adalah taktik kotor yang bertujuan menarik perhatian media.

“Kita kenal Aminah lebih dari 10 tahun dan kita juga tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada beliau. Kita bukan nak memperlekeh beliau tetapi tindakan beliau yang sengaja mengeruhkan keadaan dilihat sebagai usaha yang tidak seharusnya dibuat oleh seorang wanita.
“Tindakan Aminah menjemput rakan lama beliau untuk makan dan memerangkap teman lamanya dengan percakapan yang sengaja dirakan untuk tujuan mencari publisiti murah dan bahan kempen amat tidak boleh diterima.

Chia dan Peter kawan lama dalam PKR menjelaskan bahawa mereka di jemput ke rumah Aminah untuk berbual-bual dan tidak menyangka bahawa ianya adalah tujuan Aminah untuk memerangkap mereka dalam tape.Namun ada kenyataan Aminah mahu kembali kepada PKR tidak di masuk kan ke dalam tape berkenaaan dan di edit.malah menurut mereka berdua memang mereka bergurau jika menang nanti boleh dilantik sebagai DCM1 menggantikan Fairus.

‘Sebagai seorang wanita yang perlu memelihara kehormatan dan moral, aminah tidak seharusnya mengkhianati rakan-rakan lamanya,” jelas Zuraidah yang juga Alhi Parlimen Ampang.

Menurut Beliau terlalu mustahil untuk melantik beliau (Aminah) sebagai Timbalan Ketua Menteri sedangkan beliau bukan seorang ahli dari Parti Pakatan Rakyat.

‘Biasalah bila kita berjumpa kawan lama kita akan bercerita macam-macam kadang-kadang kita bergurau mengenai sesuatu yang luar biasa dan bukan besar.

PKPIM bantah Chin Peng balik

Sebuah pertubuhan pelajar membantah Chin Peng pulang ke Malaysia dengan alasan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu masih "bernilai ancaman yang tersendiri" walaupun partinya sudah terkubur.

"Kembalinya Chin Peng ke Malaysia akan menjadikannya sebagai seorang personaliti yang ditokohkan oleh segolongan pihak yang buta dengan sejarah Malaysia.

"Tidak mustahil dengan kembalinya Chin Peng, maka fahaman komunisme akan mula bertapak dan mengukuh," kata setiausaha Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Khairul Anwar Shazali.

"Ini tentu sahaja membahayakan keselamatan negara. Apatah lagi dengan dengan kemajuan teknologi maklumat hari ini, generasi muda menjadi kelompok sasar yang paling mudah terpengaruh lebih-lebih lagi dengan ... kelemahan pembelajaran subjek sejarah Malaysia di kalangan generasi muda".

Khairul juga menyifatkan cadangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan untuk membenarkan Chin Peng dibenarkan balik ke Malaysia atas dasar kemanusiaan sebagai cadangan yang "tidak berasas".

"Atas dasar kemanusiaanlah maka seharusnya Chin Peng dihalang daripada kembali ke Malaysia. Dengan rekod jenayah terhadap kemanusiaan oleh Chin Peng ketika memimpin PKM di Tanah Melayu dahulu sehingga merebak ke Borneo.

"Apakah boleh penjenayah sebegini dimaafkan atas dasar kemanusiaan?" kata l Khairul Anwar.

"Dengan membuang Chin Peng ke luar negara sudah cukup baik baginya yang seharusnya menerima hukuman yang paling berat atas apa yang telah dilakukannya terhadap generasi terdahulu," tambahnya.

Semua tak boleh... ??????

Semua tak boleh... dulu nak makan di restoran berhampiran kompleks SUK kena tahan polis, kini nak mogok lapar pun kena tahan polis??? Selepas ini, nak masuk jamban nak kencing berak pun mungkin akan ditahan polis.... Patutlah penjenayah berpesta.

Saman la Raja Petra tu, Datuk Seri PM! (II) Labels: Altantuya, Dr M, Najib, Raja Petra, Singapura...!!!!!

Polis pernah membawa balik orang kuat Parti Komunis Malaya, Musa Ahmad dari Beijing. Polis juga pernah membawa balik Ashaari Muhammad dari Siam. Ketika saya berkerja di Kementerian Dalam Negeri, polis-polis cawangan khas (SB) yang berkerja bersama-sama saya selalu berkata dengan bangganya bahawa polis Malaysia "is one of the best in the world".

Pada masa itu, iatu selepas 1982, PAS dikategorikan sebagai ancaman. Saya tak lupa bagaimana kawan saya yang sedang menjalani latihan di SB School bercakap pandai tentang gerakan Islam. Beliau menayang-nayangkan pengetahuannya tentang pemikiran Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan sebagainya. Ketika menziarahi kami di hari cutinya, saya lihat beliau membawa bersama-samanya buku-buku yang ada dalam silibus tarbiyyah PAS.

Dalam hati, walaupun terdetik bahawa "SB Malaysia is one of the best in the world," saya berkata, "celaka sungguh!"

Pada pertengahan tahun lapan puluhan (selepas saya berhenti dari Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 1983), ketika saya disoal siasat oleh tiga orang pegawai polis dan anggota SB yang menjadi kawan saya ketika saya berkerja di Kementerian Dalam Negeri turut berada di situ menyaksikan saya disoal siasat (di mana sebelum itu beliau memberikan sekotak rokok Benson & Hedges 20 batang kepada saya - hanya Allah s.w.t. yang tahu tujuannya berbuat demikian), saya mengakui saya kantoi beberapa kali apabila mereka mengasak saya pelbagai soalan dan sudah tentu termasuk leading questions mengenai PAS.

Akhirnya, bila saya dah tak tentu arah, entah macam mana tanpa dirancang, saya menyebut, "Buat apa hampa tanya aku, SB Malaysia is one of the best in the world!"

Tanpa saya sangka, tiba-tiba mereka naik marah kepada saya dan menghambat saya balik apabila saya kata "SB Malaysia is one of the best in the world!" Oleh kerana entah berapa pintu yang terpaksa saya lalui untuk sampai ke bilik soal siasat tersebut sebelum itu, saya jadi tak ketahuan nak cari jalan keluar. Terpaksalah saya minta tolong dengan salah seorang anggota polis di situ. Dengan izin Allah, nasib baik dia tolong.

Dalam perjalanan pulang, saya mengutuk-ngutuk diri sendiri. Walaupun saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal lidah saya, tapi saya rasa sangat berdosa kepada PAS kerana ada juga yang saya kantoi. Saya rasa hendak campak sekotak rokok yang diberikan kepada saya itu, tetapi tak sampai hati pula kerana rokok itu diberikan oleh kawan saya - walaupun dia seorang SB.

Saya menceritakan pengalaman di atas untuk menyatakan betapa bangganya polis Malaysia apabila disebut bahawa pasukan mereka "is one the best in the world".

Saya tak tahu mengapa pegawai-pegawai polis yang saya ceritakan di atas tiba-tiba marah kepada saya dalam soal siasat yang saya lalui itu. Mungkin mereka rasa terhina apabila saya kata, "Buat apa hampa tanya aku, SB Malaysia is one of the best in the world!"

Mungkin mereka fikir saya memperlecehkan mereka - seolah-olah saya kata mereka terlalu koro dalam mencari maklumat sehingga terpaksa bertanya kutu macam saya. Padahal, saya tidak berniat demikian.

Saya sendiri pun tak tau macam mana saya boleh berkata begitu. Yang pasti, saya sangat gelabah waktu itu hingga terlintas dalam hati, "Kalaulah aku ada ilmu ghaib!"

Hari ini, Raja Petra Kamarudin (RPK) hilang entah ke mana. Polis mendakwa beliau berada di Brisbane. tetapi, RPK seolah-olah mempermain-mainkan mereka apabila beliau sengaja menayang-nayangkan gambarnya berseronok-suka ketika polis bagaikan ternganga-nganga di sana-sini menjejakinya. Saya tak kata polis ternganga-nganga, saya kata bagaikan ternganga-nganga.

Ketika beliau menayang-nayangkan gambarnya berseronok-suka dalam keadaan polis mencari-carinya itu, dia tampil pula dengan dakwaan terbaru.

RPK mendakwa bahawa Tun Daim Zainuddin pernah memberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu pernah bertemu di Oriental Hotel di Marina Square di Singapura setahun sebelum wanita Mongolia itu dibunuh dan diletupkan.

Malah, beliau mendakwa pula bahawa dengan bukti yang dimiliki oleh Singapura itu, pulau puaka itu boleh memeras ugut Najib.

RPK cuba menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia boleh diperas ugut oleh Singapura. Saya benar-benar berharap dakwaan RPK tidak benar. Jika RPK berbohong, saya harap Dr Mahathir, Daim, Najib dan Razak Baginda tidak berdiam diri. Yang nampak dah kotor sangat perlu dibersihkan. In the absence pun boleh saman.

Jika perkara itu benar, bayangkan betapa buruk akibat kepada negara ini! Pulau puaka pasti membawa celaka!

BREAKING NEWS: 5 detained at Ipoh DAP office

0820: Police have detained five people said to be from a private event company hired to facilitate a hunger-strike programme and to put up a canopy outside Wisma DAP in Ipoh this morning, reports an eye-witness.

About 20 plainclothes personnel and 50 uniformed personnel are at the scene now.

Another 20 FRU personnel have “taken over” the canopy and are preventing anyone from approaching it. A giant balloon for the launch of the hunger-strike programme has been confiscated.

Two police jeeps, two vans, seven trucks and four squad cars are now parked around Wisma DAP.

Lapan senjata api ditemui di Ipoh...??? Jeng..Jeng Ada Kambing Hitam Nanti...Untuk Alihkan Isu Pokok...ada yang kena........?????? jeng...jeng...

KUALA LUMPUR 25 Mei — Sebanyak lapan senjata api, hampir 100 peluru M-16, berpuluh-puluh kelongsong peluru dan beberapa alat penyerap bunyi senjata ditemui dalam dua buah beg di Bercham, Ipoh, Sabtu malam.

Penemuan kesemua senjata api itu dari jenis sub-mesingan dan pistol itu ditemui dekat sebuah kilang simen berhampiran kawasan berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan.

“Ini dalam siasatan...saya tidak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini. - Bernama

SIAPA AMINAH UNTUK MINTA PKR DIBUBARKAN?

Oleh Wan Fauzdin

SIAPA Aminah Abdullah ? Beliau adalah salah seorang calon bebas yang akan bertanding di PRK Dun Penanti nanti. Beliau adalah bekas pimpinan PKR P.Pinang yang ditolak oleh PKR P.Pinang termasuk suaminya lantas keluar dari PKR. Beliau sememangnya seorang ahli yang senior dan lama bergiat di dalam PKR iaitu semasa era reformasi lagi. Beliau menyatakan bahawa Presiden PKR sendiri boleh mengesahkan bahawa beliau adalah `pejuang' lama di dalam PKR berbanding dengan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang sekarang. Tetapi beliau lupa, di dalam perjuangan, `lama' bukan bererti bagus dan hebat. Kadangkala yang `lama' itu lah pembawa `karat' kepada perjuangan. Pada saya, Aminah Abdullah adalah pembawa `karat' kepada PKR.

Oleh sebab itu, Aminah langsung tiada idea untuk menambah baik perjuangan PKR sewaktu beliau berada di dalam parti PKR. Jika sekadar hadir berhimpun atau berdemontrasi, budak-budak bekerja `despatch' pun ramai yang menyertai perhimpunan. Tanyalah ahli-ahli PKR khususnya di P.Pinang, berapa ramai yang kenal Aminah ini. Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan PKR di seluruh negeri bermula dari era reformasi, bermula dengan nama ADIL, kemudiannya dikenali sebagai KeADILan seterusnya kini PKR. Nama Aminah langsung tidak saya kenali sehinggalah beliau keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. Bagi saya nama Nora atau Norazimah lebih wajar dikenang sebagai pejuang di kalangan wanita daripada Aminah walaupun kini Nora tidak lagi bersama PKR tetapi berjuang bersama PKR di dalam PAS.

Terbaru, Aminah menunjukkan kononnya sebahagian bukti yang beliau ada tentang sogokan rasuah oleh PKR kepada beliau. Bukti rakaman audio telah ditunjukkan kepada wartawan baru-baru ini untuk menunjukkan PKR benar-benar menagih jasa dan khidmatnya kembali. Bahkan, PKR kononnya menawarkan kepada beliau untuk jawatan TKM 1 P.Pinang. Hendak termuntah dan loya tekak saya bila memikirkan Aminah ingin ditawarkan jawatan tersebut. Bukan saya hendak menghina atau merendah-rendahkan Aminah, tetapi beliau seharusnya sedar diri beliau siapa sebelum `merepek dan merapu' tidak tentu pasal. Mengapa beliau menunjukkan bukti tersebut kepada wartawan terlebih dahulu, mengapa tidak terus melaporkan kepada pihak berkuasa? Mengapa masih tertunggu-tunggu? Bertindaklah pantas jika dakwaan itu benar, jangan sampai rakyat menggelarnya sebagai `pelacur politik' yang murahan. Saya teringat kisah beberapa tahun dahulu, terdapat rakaman audio perbualan telefon yang dianggap `feeling' antara DS Anwar dengan isteri Azmin Ali. Itu juga kononnya sebagai bukti menunjukkan skandal DS Anwar bersama isteri orang. Tetapi, apakah yang berlaku kepada bukti-bukti tersebut? Bagaimana pula dengan bukti-bukti video (CCTV) bergambar (bukan audio semata-mata) yang jelas menunjukkan perbuatan rasuah yang berlaku di Kedah sepertimana yang telah didedahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen? Jika bukti video pun tidak disiasat, tentulah ganjil bukti audio semata-mata boleh diterima.

Dunia politik di negara kita ini sudah terlalu ramai `pelacur politik' yang murahan samada lelaki dan perempuan. Kesemuanya ini akan `berdagang' apabila musim pilihanraya sahaja. Saya percaya dakwaan Aminah ini akan senyap dan hilang selepas pilihanraya Dun Penanti nanti. Bermacam-macam dakwaan muncul ketika menjelang pilihanraya dan ianya akan hilang selepas itu. Dakwaan Aminah ini sepantas kilat diulas oleh mantan MB selangor yang pernah menunjukkan `kehebatan'nya membongkar kisah lembu korban di Selangor. Sememangnya antara Aminah dan Khir Toyo banyak persamaannya. Siapa Khir Toyo yang mahu bercerita soal maruah PKR ? Semenjak bila Khir Toyo ada maruah ? Ahli-ahli Umno sendiri tahu siapa Khir Toyo. Mungkin `Mickey Mouse' pun kenal siapa Khir Toyo ini. Kerajaan Selangor di bawah pemerintahannya dahulu sangat berminat dengan `Mickey Mouse' dan penyapu. Nampaknya, Aminah ada pembela kuat iaitu Khir Toyo. Selepas ini, mungkin Raja Sesumpah serta rakan-rakan seperti Lokman Noor Adam akan mengangkat Aminah sebagai pejuang terhebat.

Saya mendapat tahu melalui blog Chegubard, ramai di kalangan wartawan yang mendapat salinan audio yang diberikan oleh Aminah tersebut ketawa besar bila mendengar bahan bukti berkenaan. Wartawan yang dikatakan ramai menulis di dalam akhbar media perdana sendiri pun merasa lucu dengan apa yang Aminah lakukan sepertimana lucunya mereka apabila mendapat bukti pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir yang telah didedahkan oleh raja sesumpah sewaktu PRK Parlimen K. Terengganu baru-baru ini. Mungkin Aminah adalah anak murid raja sesumpah tetapi masih belum tamat pengajian lagi.

Kadangkala timbul rasa simpati terhadap Aminah yang begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PKR berkubur. Jika mahu tunjuk bukti pun, mengapa perlu bersyarat agar PKR sanggup dibubarkan? Apakah tujuan syarat-syarat tersebut dan apa kena mengena dengan bukti yang kononnya beliau ada? Kini beliau adalah calon bebas dan beliau boleh dedahkan bukti-bukti yang beliau ada di merata pelusuk bumi Penanti, tetapi bukti itu tidak akan ke mana selagi Aminah kecut perut untuk melaporkannya ke pihak berkuasa. Saya bertambah simpati jika Aminah hilang depositnya nanti di PRK Dun Penanti, kemudiannya terpaksa pula membayar saman akibat tindakan bodoh beliau itu.

PKR telah masak dengan berbagai tuduhan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan kebangkitan parti tersebut. Mereka gagal untuk meruntuhkan kerjasama padu PKR dengan PAS dan DAP. Sumpah laknat Saiful ternyata memakan tuan. Pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir juga menjerat diri. Memfitnah Fairus Khairuddin juga gagal untuk mengkucar kacirkan PKR. Kini, Aminah terus mencuba dengan modal basi yang lapor dek zaman itu.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

W.FAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com.

AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR PERBEZAAN ANTARA PR & BN