Ahad, 24 Mei 2009

Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi


Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya.

Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran Dun oleh pihak BN.

Dalam keputusannya, panel tiga hakim yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Dato' Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN. - mks. _

Tragedi Perak 1860an dan 2009.

Masihkah kita ingat pada sejarah yang berlaku di Perak zaman dahulu? Pada Sekitar 1860an, berlakunya kongsi gelap dan perebutan takhta.

Dalam perebutan takhta di antara Sultan Abdullah, Rj Yusof dan Rj Ismail telah mengundang kemasukan British ke dalam negeri Perak.

Melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 telah memberi peluang kepada British meletakkan seorang Residen di Perak dan seterusnya menghadkan kuasa Sultan.

Pada hari ini sejarah tersebut nampaknya seperti berlaku lagi, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS,PKR dan DAP ditumbangkan oleh Umno/BN pada bulan Februari 2009 yang lalu. Kita juga dapat melihat apa yang berlaku pada 07 Mei 2009 yang mencatatkan sejarah hitam dalam arena politik Malaysia. Apa yang berlaku pada 7 Mei tersebut telah memalukan Malaysia di mata dunia dengan mengheret speaker yang sah keluar dari dewan dengan kasar dan ganas.

Persoalannya adakah sekali lagi kuasa asing akan campur tangan? atau kita mahu membiarkan saja mahkamah membuat keputusan tanpa dipersetujui oleh rakyat Perak? Renung-renungkan lah peristiwa ini, yang menjadi hakim bukannya Sultan, Hakim Mahkamah atau sesiapa sahaja kerana rakyat lah hakim yang sebenarnya. Semoga Perak dapat diselamatkan, bubarkan lah DUN dengan kadar segera.

Artikel oleh http://loveperak.blogspot.com/

Mogok lapar Pakatan Perak tidak wajar - Najib - ( RAMPAS PERAK DENGAN TIPU HELAH WAJAR..????)




KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Perak untuk mengadakan mogok lapar bagi menggesa Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan adalah perkara yang tidak wajar dilakukan.

Beliau berkata, krisis politik di negeri itu seharusnya diserahkan kepada Perlembagaan dan undang-undang negara untuk diselesaikan.

"Patutnya tidak berlaku perkara seperti itu sebab kita mesti serahkan kepada proses untuk Perlembagaan dan undang-undang negara," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Pas sedia serah jawatan MB pada bukan Melayu

KUALA LUMPUR 23 Mei – Pas sedia memberikan peluang kepada kaum selain Melayu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dikuasai oleh parti itu dengan syarat mesti beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan tinggi dalam agama.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, persoalan kaum tidak pernah menjadi ancaman kepada parti itu kerana agama mengajar kepentingan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan sesuatu kaum.

Menurut beliau, Allah tidak pernah mengiktiraf kemuliaan sesuatu kaum berdasarkan kulit atau kaum tetapi secara mutlak hanya memandang kepada ketakwaan yang mematuhi apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.

“Pas mengamalkan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan Melayu seperti yang diagungkan oleh UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markas Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan secara sinis berkata, gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya sudah lama diamalkan Pas, malah parti itu sanggup menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada kaum lain selain Melayu.

“Kita ada Islam For All, kita yang pertama jadi mana boleh UMNO mahu kita mengikut mereka yang bukannya pihak pertama membuat gagasan sebegitu. Adakah logik orang pertama kena ikut orang nombor dua,” katanya.

Sementara itu Nik Abdul Aziz memberitahu, Pas akan terus mempromosikan kepimpinan ulama di dalam parti itu yang dianggap telah berjaya mentadbir negeri Kelantan mengikut acuan yang dikehendaki Islam selama hampir 20 tahun.

Katanya, kerajaan negeri itu di bawah pimpinannya selama ini mempraktikkan Islam dari segi akidah, ibadat, ekonomi dan perjalanan politik sehingga berjaya menarik keyakinan rakyat terhadap parti itu sejak sekian lama.

“Sememangnya kami mahu mempromosikan kepimpinan ulama. Kepimpinan ulama di Kelantan selama ini telah membuktikan yang kita mampu mentadbir dengan baik.

“Menjelang pemilihan kali ini, Saya gembira apabila mendengar khabar ada antara Exco Kelantan yang dicalonkan bertanding,” katanya.

Emergency assembly an option to end Perak crisis, says Najib


By Shannon Teoh

PUCHONG, MAY 24 - Hoping for an end to the Perak crisis, the prime minister today said that an emergency assembly is an option to end the impasse.

Datuk Seri Najib Razak said this when asked if such a move could short-circuit plans to appeal to the Federal Court by establishing that Barisan Nasional (BN) is in control.

"That is an option for us but it is not the only way to show majority," Najib said of an emergency sitting.
"We hope that there is finality although I understand that there is a high probability of an appeal. They have the right and we accept that," said the Umno president who has been blamed by the opposition for engineering the Perak power grab.

BN harap makhamah, Pakatan harap kuasa rakyat : Saifudin Nasution

Oleh Anna Yusof, Suara Keadilan

Pengarah pilihanraya Pusat Saifudin Nasution Ismail berkata bahawa beliau telah menduga dengan keputusan Mahkamah Rayuan Khamis lalu yang memihak kepada Barisan Nasional.

“Ini tidak memeranjatkan setelah melihat pelbagai tekanan diterima oleh Perdana Menteri Najib Razak dimana BN bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan termasuk polis, tentera, mahkamah dan semua agensi kerajaan untuk memperoleh kuasa,” kata beliau.

Mengulas keputusan Mahkamah Rayuan itu, beliau yang juga Ahli Perlimen Machang berkata Pakatan Rakyat tidak terkejut dengan keputusan tersebut yang menerima permohohonan rayuan Zambry Abdul Kadir bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

“BN kini sedang diasak oleh krisis keyakinan rakyat terhadap parti tersebut sehingga segala jentera kerajaan sudah tidak lagi dapat berfungsi sebagai badan yang membantu rakyat,” kata Saifuddin yang ditemui ketika hari Penamaan calon di Penanti semalam.

“Kita juga telah lihat bagaimana BN merampas Perak dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah bagi memastikan Perak dirampas dari tangan rakyat maka tak hairanlah juga bagaimana Najib dan BN akan memperlakukan hal yang sama dimahkamah,” jelas beliau.

“Ini disebabkan mereka menyedari bahawa BN tidak mampu lagi untuk mendapat sokongan rakyat. Rakyat telah menolak mereka dalam hampir setiap pilihanraya,” kata beliau.

“Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat yang hanya mengharapkan kuasa rakyat untuk memdapatkan kuasa dan sesuai dengan prinsip demokrasi tulin yang mana kita meletakkan kuasa rakyat dihadapan dalam sebarang isu,” jelas Saifudin lagi.


Menurut Saifudin fenomena ini berbeza dengan Pakatan Rakyat yang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kejituan amalan demokrasi yang mendaulatkan mandat rakyat

“Kita sentiasa merujuk kepada mandat dan kehendak rakyat kerana pemimpin yang kita lahirkan adalah dari sokongan rakyat. Rakyat adalah pemimpin kita dan perjuangan pakatan rakyat untuk memulangkan semua kuasa itu kepada rakyat.

“Kita juga akan pertahankan hak rakyat serta akan mencabar dan sanggup lakukan apa sahaja pengorbanan untuk kepentingan hak rakyat,” jelas Saifudin.

Menyentuh mengenai kenyataan pemimpin-pemimpin BN yang menganggap pilihanraya Penanti diadakan ekoran masalah dalaman Pakatan Rakyat, Saifudin berkata kenyataan itu tidak benar.
“Kalau benar kenyataan pemimpin-pemimpin BN itu mereka boleh datang dan lihat sendiri bagaimana hari ini semua pemimpin -pemimpin Pakatan Rakyat berada di Penanti untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada calon KeADILan di sini, ” kata Saifudin.

NAJIB Cakap Nak Hapus DEB.. Semuanya SENYAP SUNYI TAKUT....PAKATAN KATA KAJI SEMULA DEB....Riuh 1 Malaya ...?????

Najib Khianati Orang Melayukah????.....PAKATAN RAKYAT ANTI MELAYU...?????

Dari Lanailestari

Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib bahawa DEB akan dihapuskan.Kenyataan tersebut di buat oleh Najib kepada akhbar Straits Time Singapura sewaktu lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke Republik tersebut.

Saya mengalu-alukan kenyataan bagi menamatkan riwayat DEB yang telah pun melangkaui had masanya,pada masa yang sama saya menjadi sedikit berprasangka dengan Najib;persoalan yang bermain di benak saya ialah kenapa Najib “berani” mengumumkan perancangan menghapuskan DEB tersebut di Singapura dan tidak di tanahair?

Pada hemat saya,Najib tidak punya keberanian politik dan moral untuk mengumumkan pendiriannya bagi menghapuskan DEB yang merupakan ‘brainchild’ ayahanda beliau,Tun Razak.Sementara kajian oleh para akademia dan mereka yang berwenang mendapati,antaranya,DEB telah disalahgunakan untuk mengkayakan segelintir individu yang rapat dengan UMNO selain membiakkan budaya KKN sedangkan masih ramai bukan sahaja dari kalangan Orang Melaytu/Bumiputera malah yang bukan Melayu di ulit kemiskinan tetapi sejak sekian lama UMNO tetap mempertahankan dasar yang telah diseleweng ini.

Pada perkiraan Najib,dengan membuat kenyataan di Singapura tentunya beliau berharap tidak ada “backlash” dari kalangan yang akan mengkritik dan mengecam beliau;ini jelas jika dilihat dari liputan dari stesen TV Malaysia yang langsung tidak menyebut tentang kenyataan Najib untuk melupuskan DEB.Tidak ada sebarang ulasan atau komentar yang diberikan melalui TV dan saya kira,akhbar-akhbar perdana juga samada tidak akan memaparkan berita ini ataupun sekadar memberikan ruang yang kecil sedangkan kenyataan yang keluar dari mulut Najib itu penting dalam konteks yang merangkumi dasar negara.

Sebagai seorang yang meyakini bahawa DEB seumpama ubat lepas tarikh (expired) serta meyakini pula dasar yang dibawa oleh Pakatan-Agenda Ekonomi Malaysia yang dicanangkan oleh Keadilan yang saya kira di komplimentarikan (complement) oleh Dokumen Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS-kenyataan Najib ini dilihat sebagai “mencuri” idea dan gagasan pembangkang.Najib,pada masa yang sama,gagal memperincikan gagasannya samada dari sudut idealisme mahupun falsafah dan pengisian wadah yang akan dibawa bagi menggantikan DEB (malah berkaitan 1Malaysia pun sehingga kini saya gagal melihat idealisme serta falsafah yang ingin diketengahkan selain dari retoriks dan kenyataan lintangpukang dari Rais Yatim yang terlalu dilihat membodek bossnya).

Apakah bentuk dan susunatur dasar yang akan dibawa menggantikan DEB?Bagaimana rupa wajah dan pengisian serta falsafah yang akan dicanangkan?Siapakah yang menjadi sasaran serta bagaimana akan dicernakan dalam konteks kemajmukan masyarakat dan iklim ekonomi?Bagaimana dengan masalah yang sememangnya mendasar yakni agihan kekayaan yang tidak adil,rasuah yang membarah,jurang pendapatan dan kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu?Bagaimana pula dengan statistiks yang menunjukkan nisbah professional Melayu berbanding bukan Melayu yang jauh melebar?Sistem pendidikan yang bercelaru khususnya PPSMI yang tidak menguntungkan anak-anak sekolah?

Kesemua persoalan ini,saya masih tidak menemukan sesuatu gagasan serta idea besar lagi segar dari Najib.Apa yang ada setakat ini hanyalah sekadar retoriks dan klise yang sangat-sangat diragui bukan sahaja keikhlasannya malah kemampuan untuk direalisasikan selain kemampuan kecendiakawanan (intellectuality) Najib sendiri.

Apabila Anwar Ibrahim mencadangkan agar DEB dihapuskan,terdengar soraksorai yang begitu riuhrendah dari kalangan pemimpin UMNO.Maka bertebaran kecaman dan fitnah seperti Pengkhianat Melayu,Alat Cina,Tak Mengenang Budi dan pelbagai lagi yang ditujukan kepada beliau.Malah para pensyarah Universiti pun dipanggil tampil di kaca TV kononnya mengupas secara ilmiah lagi berilmu buat mempertahankan DEB dan pada masa yang sama mencela serta mengecilkan gagasan besar Agenda Ekonomi Malaysia yang dibawa Anwar.

Gunanya untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa gagasan yang dibawa Anwar kononnya merugikan orang Melayu serta tidak lebih dari upaya untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu.Pun begitu yang dikesalkan tidak ada suatu kritikan membina yang dilontarkan untuk menyegarkan perdebatan sebelah pihak itu.Saya kira kita mengalu-alukan masukan-masukan (input) yang dapat menjernihkan lagi gagasan dan idea tersebut tetapi apa yang berlaku hanyalah kecaman kosong yang tidak bersandarkan kepada tiang ilmu. Menyedihkan citra para ilmuan tanahair yang tidak lebih pengampu nombor wahid layaknya.

Nah,sekarang pemimpin ‘numero uno’ UMNO sendiri yang mencadangkan di Singapura untuk menamatkan DEB tetapi gagal pula menonjolkan gagasan dan idea sebagai ganti kepada dasar tersebut.Saya ternanti-nanti apakah reaksi dari kalangan pemimpin UMNO sendiri termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaludin serta para profesor terutamanya Ibrahim Shah UiTM;apakah kelak akan dianjurkan perarakan atau demontrasi oleh para pelajar UiTM dibawah Ibrahim Shah bagi membantah kenyataan Najib tersebut?

Saya juga menunggu sikap para pengemudi suratkhabar seperti Utusan Malaysia,apakah akan ada tulisan Lidah Pengarang yang berani mengkritik Najib atau sekurang-kurangnya menyeru agar DEB di pertahankan?Lebih jauh dari itu,apakah nanti ada yang berani melabelkan Najib sebagai pengkhianat atau tidak mengenang budi atau alat cukong Cina?

Saya berpandangan memahami budaya politik mual tajaan UMNO,apa yang berlaku ialah tidak akan ada suara-suara dari mereka yang berwenang dari dalam UMNO sendiri yang berani untuk mengkritik Najib seperti pengalaman yang di lalui oleh Anwar Ibrahim.Mereka tentunya akan menari mengikut rentak gendang yang dipalukan Najib walaupun iramanya sumbang.Ertinya mereka tetap bersedia untuk menjadi hipokrit-sebelum ini bak pahlawan Melayu sejati mempertahan DEB dan mengecam sesiapa sahaja yang tidak bersetuju-tetapi kini akan mengubah nada dengan memuji dan memuja Najib semahunya.
Dalam hal ini,saya kira sesungguhnya Keadilan telah jauh terkehadapan.

Seruan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar DEB dimansuhkan yang perlu digantikan dengan dasar yang lebih pragmatiks dan memenuhi kehendak rakyat iaitu Agenda Ekonomi Malaysia yang telah dihidangkan kepada rakyat membuktikan komitmen Keadilan untuk membina negara bangsa yang benar-benar adil dan bertunjangkan kepada mengangkat maruah dan hak rakyat.Pandangan jauh pimpinan yang mengarifi denyut nadi rakyat jelas memperlihatkan upaya untuk membina Malaysia yang adil dan makmur.Ertinya,tatkala Keadilan telah lama bersedia,UMNO kelihatannya gagal total untuk membawa gagasan yang ampuh;kenyataan Najib di Singapura itu tidak lebih dari omong kosong tanpa wajah dan roh.

Nizar Zambry : Sokongan Kepada Nizar Semakin Meningkat Pasca Keputusan Mahkamah Rayuan

Bukannya mahu merendah-rendahkan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang memihak Dr Zamry Abdul Kadir. Apatah lagi untuk memperlekehkan penghakiman yang membatalkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abd Aziz Abd Rahim yang mengesahkan kedudukan asal Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Namun yang lebih penting, apakah persepsi rakyat terhadap peristiwa rampasan kuasa oleh BN, yang didalangi Najib Razak, bagi menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat, awal Februari lalu, dapat diubah?

Mampukah keputusan panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut, iaitu Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop, dapat meredakan ketegangan politik yang semakin membahang di sana, terutama selepas Dun Perak bersidang secara tidak sah sehingga Speaker V Sivakumar dicekik, dihumban keluar, dikurung dalam stor dan "dilucutkan jawatan"?

Bukankah sejak awal beberapa penganalisis dan tokoh akademik terkemuka menyifatkan krisis di Perak tidak mampu diselesaikan melalui proses undang-undang, malah ia menyebabkan martabat mahkamah semakin dipersenda? Situasi rumit dan sulit menjadi makin berserabut.

Tanggapan rakyat bahawa BN telah melakukan aksi tidak bertamadun, mencemar institusi demokrasi dan secara gopoh-gapah serta terburu-buru meragut kuasa daripada Pakatan Rakyat terus tertanam kukuh.

Sementara Zamry dianggap wakil mahkamah, selain diperolok-olokkan melalui jenaka SMS tentang "lelongan Zamry, bukan Camry", Nizar pula menempah populariti lebih tinggi di kalangan rakyat. Hanya mengharapkan dokongan pasukan keselamatan dan mahkamah bagi mengesahkan kedudukannya sebagai Menteri Besar boleh mengundang padah dari segi demokrasi.

Rakyat yang kian celik politik tentunya tidak mudah untuk dipaksa dan disumbat dengan keputusan mahkamah yang dilihat umum sebagai tidak mencerminkan keadilan dan kesaksamaan.

" kata seorang profesor sains politik. ""Biar kalah hari ini, tapi pada pilihan raya umum akan datang, yang tidak dapat tidak mesti diadakan juga nanti, Nizar dan Pakatan Rakyat, insya-Allah beroleh kejayaan lebih gemilang,Saya yakin, persepsi rakyat tidak akan berubah dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Mereka masih beranggapan tindakan BN merampas kuasa sebagai tidak sah dan salah menurut peraturan dan undang-undang."

"Kenapa mahkamah seperti histeria lagaknya, nampak terlalu obses dengan kes ini, walhal bagi saya, inti kepada krisis politik di Perak adalah bermula dengan tuduhan rasuah kepada dua Adun KeADILan ketika itu, yang kini melompat jadi Adun bebas yang menyokong kuat BN? Bagaimana kedudukan kes berkenaan, apa sudah jadi? Orang ramai juga nak tahu di mana perginya penyiasat bebas P Balasubramaniam dalam kes liwat terbaru Anwar Ibrahim?" ujar profesor yang tidak mahu disebut namanya itu.

Selagi BN terus berdegil untuk tidak menasihatkan Sultan Perak membubarkan Dun, datanglah apa juga penghakiman pun, ia pasti tidak berupaya untuk merongkai konflik yang bertambah parah ini. Hakikat ini bukan sahaja diakui pimpinan Pakatan Rakyat malah dituntut oleh Suhakam dan juga pemimpin komponen BN sendiri, selain tokoh-tokoh ternama politik, termasuk Tengku Razaleigh Hamzah.

Semakin BN menolak cadangan pembubaran Dun, maka makin tergambar jelas bahawa mereka begitu takut dan gentar untuk berdepan suara rakyat bagi mendapat mandat baru. Mana mungkin sebuah parti politik yang mengaku gagah-perkasa tiba-tiba menikus dan takut untuk mendapat mandat baru daripada rakyat?

Walaupun 3 hakim memihak BN, Najib pasti akan kalah dalam mahkamah rakyat, dan inilah yang paling digeruninya. Hasilnya, integriti dan kewibawaan badan kehakiman kita akan terus dipersoalkan, manakala keyakinan dunia terhadap proses keadilan di Malaysia terus merudum. -Ahmad Lutfi Othman

Husam: DUN Perak Dijangka Bubar Minggu Depan


Dewan Undangan Negeri Perak diramalkan dibubar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional yang dijangka berlangsung pada hari Isnin atau Selasa depan.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa analisis beliau mengenai keputusan yang diramal memihak kepada Dr Zambry Abd Kadir telah menjadi kenyataan dan langkah seterusnya seperti beliau nyatakan sebelum ini ialah pembubarn DUN Perak.

“Posting saya tiga hari lalu telah ‘meramalkan’ Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.

“Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

“Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur ‘pre-arranged’ dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini.

“Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya,” kata Husam dalam tulisannya.

Husam mengajukan soalan adalah negara sudah bersedia menerima kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses yang beliau sifatkan sebagai “tabung uji di luar rahim” iaitu di luar Dewan Rakyat atau DUN

“Khususnya Najib, sudahkah beliau bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?

“Tiga atau lima atau tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar. Apa lagi keputusan mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan,” jelas beliau lagi.

Husam meramalkan Dr Zambry akan mengadap Sultan Perak minggu depan bagi memohon DUN dibubarkan atas dasar mahu memulangkan mandat kembali kepada rakyat.

“Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak. Pembubaran, ya. Proses undang-undang yang adil, juga ya,” kata Husam.
http://www.tvantara.com

Dakwaan Mukhriz terhadap Anwar: Betul atau Satu Pembohongan???

By Team PerakExpress

Oleh M3M
Dalam berita akhir Astro Awani Global tengah malam tadi….. teman terdengor Mukhriz Che Det dalam satu majlis di kawasan parlimen nyer di Jerlun Kedah, mendakwa bahawa Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Malaysia dalam majalah The New Yorker….. Kata Mukhriz, Anwar mendakwa yang konon nyer dia dan parti nyer, PKR … sentiasa diawasi oleh polis. Weh….. betoi ke hang ni Mukhriz??? Hang jangan nak tuduh sebarangan…. cakap dok ikut sedap mulut hang jer….. Nanti hang kena saman baru hang tau…. Udah ler pak hang, Anwar saman….. nanti dengan hang-hang pun dia saman sebab capoi mulut.!!!

Oleh sebab, rasa curiga dengan tuduhan Mukhriz….. teman pun bukak ler internet, cari artikel tersebut dan jumpa ler….. Baca punya baca….. cari punya cari…. tak jumpa pulak apa yang didakwa Mukhriz. Tak der pulak…. kenyataan Anwar yang mengatakan dia dan parti nyer sentiasa diawasi oleh polis….. Isy…. ya bebenor sikit Mukhriz….!!! Awat PKR menjalankan gerakan bawah tanah ka… sehingga polis tak dak kerja lain tapi dok perati gerak-geri PKR???
Ini ler dia artikel yang ditulis oleh Ian Buruma: Letter from Malaysia (Easten Promises), The New Yorker, May, 18.2009.p.33

http://www.newyorker.com/reporting/2009/05/18/090518fa_fact_buruma

Artikel tersebut, cuma menceriterkan tentang perjalanan hidup Anwar Ibrahim semasa zaman pelajar nyer dan bagaimana karier politik Anwar dalam parti siasah bermula sehinggalah beliau dipecat sebagai TPM Malaysia oleh bapa kepada Mukhriz, sebab-sebab dia dipecat, pemenjaraan nyer, pembebasan nyer, serta apa yang dilalui nyer selepas itu. Selain itu, penulis juga menerangkan bagaimana Anwar kembali menjejakkan kaki ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia iaitu setelah menang besar dalam pilihan raya kecil Permatan Pauh dan bla….bla….bla…. lagi. Tapi, for sure…. tidak ada apa-apa pun seperti yang didakwa oleh Mukhriz.
Pelik bin ajaib teman…. mengapa Mukhriz berkata demikian??? Why oh why…..??? Apa sebenar nyer motif Mukhriz, wallahualam…..

Hangpa nak tau lebih lanjut, hangpa bukak address di atas dan hangpa bacalah sendiri. Kalau aku tersilap…. tolong betoikan aku.