Sabtu, 23 Mei 2009

Nizar Zambry : Fungsi Istana Tegakkan Keadilan Bukan Ambil Alih Hak Rakyat Memilih Kerajaan


Keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Dato Seri Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. "Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Datuk Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis," ujar Aziz lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.

Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat. Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Dato Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Dato Seri Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Dato Seri Nizar Jamaluddin di Perak (2008).


Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1).

"Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan," tegasnya lagi.

Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Dato Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.

Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa anih mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.

"Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi", ujarnya.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.

Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. "Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan".

Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, "Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya".

Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.

Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. "Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya," kata Aziz.

Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu membayangkan seolah-olah sultan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh perlembagaan. Katanya lagi, mahkamah telah meletakkan beban yang cukup berat untuk dipikul oleh Raja-Raja.

Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. "Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan".

Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak. "Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif," ujarnya.
sumber -sanggahtoksago

KENAPA PENGUNDI MUDA TOLAK UMNO/BN DALAM PILIHAN RAYA?




(Dulu Pemimpin Pemimpin Muda UMNO menuding jari pada Pak Lah, Sekarang Pada Siapa?)

---------------Oleh Halik Zaman---------------


Bila pemimpin pemimpin UMNO bersuara lantang, nak turun padang untuk memperkukuhkan kembali kekuatan UMNO, maka seluruh anggota angkota UMNO pun bersemangat. Terasa UMNO itu telah hidup kembali dari mati. Rakyat pun dengar berita tv1 tv2 tv3 dan Astro Awani, baca akhbar Utusan Melayu, Berita Harian, hangat memperkatakan kehebatan UMNO dan memperselekehkan pula PKR, PAS dan DAP kononnya kini "Pakatan Pembangkang" sudah lemah, sudah tidak disokong oleh rakyat lagi.

Mereka tangkap Anwar Ibrahim buat pertuduhan meliwat Saiful, sumbat Anwar satu malam dalam lokap, untuk membantu siasatan polis kononnya. Saiful pun bersumpah laknat dimasjid menjunjung Al-quran bahawa dia sudah diliwat. Anwar pun dicabar oleh semua pemimpin pemimpin UMNO supaya turut bersumpah laknat bahawa dia tidak meliwat. Walaupun dimahkamah nanti semasa dimulakan perbicaraan, Anwar pasti akan bersumpah.

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohammad Said Hamdan pun main peranan, tangkap YB. YB. PKR, tuduh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim rasuah lembu, buat kenyataan akhbar dan masuk tv1, tv2, tv3, Astro Awani. Pemimpin pemimpin UMNO pun mendabik dada, kononnya mereka lah the champion. Bergema lah sorakan ahli ahli UMNO diseluruh kampung.

Bila Pilihan Raya Umum Malaysia pun diadakan pada Mac 2008, 5 Negeri telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat, Wilayah Persekutuan juga turut dirampas dari UMNO/BN. Kerajaan BN pun bentuk Kerajaan Pusat tanpa suara 2/3 dalam Dewan Rakyat, pemimpin pemimpin UMNO pun menggelabah. Ada juga yang mati sakit jantung.

Bila Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Trengganu diadakan. Segala kekuatan UMNO/BN dikeluarkan, termasuk memberikan Mi Segera Kerajaan BN kepada rakyat. Satu demi satu keputusan Pilihan Raya Kecil itu berpihak kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat bertambah gah lagi. Pemimpin pemimpin UMNO diam seketika. Andaian mereka terpesong lagi.

Bahan kempen UMNO dalam Pilihan Raya Kecil, di highlight-kan Anwar meliwat Saiful, sumpah laknat Saiful, YB. YB. PKR rasuah dan Menteri Besar Selangor rasuah sapi, sudah tidak masin lagi diasak kemulut pengundi pengundi. Pemimpin pemimpin UMNO mula tukar strategi, menuding jari kearah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.


Kredibiliti Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dipertikaikan, beliau dikatakan lembik, tidak tegas, terlalu lembut,suka tidur, tidak tahu buat kerja, orang muda tidak suka kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Satu strategi telah pun diatur melalui kroni dalam UMNO kesetiap Cawangan Cawangan, Bahagian Bahagian UMNO, menyuarakan hasrat akar umbi dari Cawangan dan Bahagian untuk menasihatkan Pak Lah supaya tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO.

Beliau diminta bersara dengan hormat dari jawatan Presiden UMNO sekaligus bersara jadi Perdana Menteri Malaysia. Maka berlaku lah dalam UMNO antara Pak Lah dan Najib main "sorong papan tarik papan". Akhirnya Pak Lah terpaksa akur dengan Najib sebagai penggantinya dalam Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 27-28-29 dan 30 haribulan Mac 2009.

Dibawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak dalam bulan April 2009, berlaku lagi dua Pilihan Raya Kecil di Semenanjung, Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah. Dalam PRU Mac 2008 Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah, majoriti kedua dua calon Pakatan Rakyat yang dahulu itu, cuma kecil sahaja. Tapi bila keputusan Pilihan Raya Kecil diumumkan kemenangan Pakatan Rakyat, majoriti calon Pakatan Rakyat, dua kali ganda lebih banyak dari PRU 2008.

Dibawah kepimpinan Dato Seri Najib juga, tidak dapat mengubah senario politik UMNO, kekalahan calon UMNO berlambangkan Barisan Nasional, dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah, sudah boleh dijadikan kayu pengukur bahawa rakyat sudah menolak Najib dan UMNO/BN

Walaupun kita sudah dengar suara pemimpin pemimpin muda UMNO yang ada sekarang dibawah kepimpinan Najib, nak turun padang, untuk memperkukuhkan kembali kekuatan UMNO, biarpun seluruh pemimpin pemimpin muda UMNO berusaha dengan penuh bersemangat. Ia tidak dapat merubah senario politik UMNO.

Najib sebagai Comander In Chief dalam arena politik UMNO/BN, memberi arahan kepada semua peringkat pemimpin pemimpin UMNO dan BN, turun padang berjumpa rakyat bersama sama beliau. Dalam tv1 tv2 tv3 dan Astro Awani, memang betul lah kita lihat ada 3 ribu orang hadir mendengar drama kutuk mengutuk itu.

Masalahnya, yang datang mendengar ucapan DS Najib dan Menteri Menteri UMNO/BN itu, cuma ahli ahli UMNO sahaja, disekitar mereka juga. Sama juga senario politiknya macam berlaku dalam PRU 2008. Malah kini kebanyakan ahli ahli UMNO dan BN pula yang tertarik dengan halatuju Pakatan Rakyat. Buktinya semua Pilihan Raya Kecil diSemenanjung dimenangi oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti berganda termasuk merampas kerusi UMNO/BN sendiri diKuala Trengganu, dengan majoriti yang besar sekali.

Lagi buruk anggapan pengundi pengundi diseluruh Malaysia, bila kes lompat melompat terjadi di Perak, hingga Kerajaan Pakatan Rakyak terpaksa bertukar tangan. Walaupun Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan dari segi perlembagaan BN menang dalam perbicaraan, namun dari segi etika dan moral, Pakatan Rakyat menang dimata pengundi pengundi Malaysia.Yang penting kemenangan dihati dan dimata rakyat. Mungkin kekalahan Pakatan Rakyat dimahkamah itu satu hikmah dari Allah swt. mungkin juga boleh dikatakan PR "Lost The Battle And Win The War", dalam PRU13 nanti. Siapa tahu.

Penasihat Datuk Seri Najib Mula Mengarut Pulakah?


Mengimbas balik sejarah silam, pada suatu masa dahulu, adalah lebih mudah untuk rakyat Singapura untuk ke Sabah dan Sarawak dari rakyat Malaysia sendiri yang dari Semenanjung. Keanehan ini Alhamdulillah sudah tiada lagi, tetapi pada masa tersebut, diperlihatkan seolah-olah Singapura lebih rapat dengan kedua-dua negeri tersebut, hingga timbul ide kiasu Singapura untuk menyatukan ketiga-tiganya ke dalam gagasan '3S' (Singapura-Sarawak-Sabah).

Mengimbas kembali sejarah yang lebih dekat, Pak Lah mula tumbang dari tampuk kuasa hasil mendengar kepada ide-ide mengarut para penasihatnya, termasuklah mereka yang suka mengampu Singapura di Tingkat 4.

Imbas-imbasan tersebut jelas membawakan kita kepada persoalan merunsingkan yang seiras diajukan kepada Pak lah bertubi-tubi pada suatu masa dahulu dan kini kembali apabila dilihat DS Najib membincang tentang jambatan ketiga menghubung Singapura ke Malaysia sambil bersetuju tambak Johor dikekalkan, yakni,

KINI GILIRAN PENASIHAT DATUK SERI NAJIB UNTUK MULA MENGARUT PULAKAH?!


Sebab kenapa saya merasakan ide pembinaan jambatan ketiga ke Singapura sambil Tambak Johor juga dikekalkan merupakan karut-marut adalah:

1.
Dikatakan jambatan ketiga berniat membangunkan Desaru dan Pengerang. Apakah perlu jambatan tersebut untuk membangunkan kedua-duanya? Padahal, Desaru memang membangun dan pelancongan yang berpaut kepada pelancong yang naik dari Singapura ke Pantai Timur Johor memacu hingga sampai ke Mersing, malah bertempias ke Rompin lagi! Setakat ini, ia tidak memerlukan jambatan ketiga!

2.
Kenapakah tidak dihubungkan Pengerang dengan Pantai Barat dengan lebih mudah dahulu? Tidakah ini juga menjana pembangunan? Adakah kita bakal gembira yang orang Singapura lebih mudah ke Pengerang dari orang Muar, Segamat, apatah lagi orang Melaka kelak? Dulu dengan '3S' kita dah malu sekali dah!

3.
Malah, kenapakah ide ini tidak dikembangkan potensi dengan sepenuhnya, yakni mencadangkan 'jambatan ketiga' dihubung sekali dengan lebuhraya yang merentas Pantai Timur dari Tanjung Piai hingga ke Rantau Panjang? Inilah ide hebat yang membina negara serta mampu melonjak nama DS Najib menandingi pencapaian Tun Dr M dengan lebuhraya Utara-Selatan yang merentas Pantai Barat dari 'Second Link' ke Bukit Kayu Hitam!

4.
Akhir kata, kenapakah tidak dicadangkan jambatan ketiga ini dihubungkan dengan perobohan Tambak Johor? Kalaulah ia dikaitkan, nescaya ia membawa manfaat kepada bandar Johor Bharu, negeri Johor mahupun negara dengan membuka kembali laluan air Selat Tebrau yang diakui DYMM Sultan Iskandar Syah sendiri merupakan hasil penipuan British untuk mengekang pembangunan Johor sebagai pesaing Singapura?

Siapalah saya... cuma seorang blogger yang tak seberapa, namun dengan 2 imbasan dan pembacaan sedikit sebanyak, dapat saya rumuskan seperti di atas. Apakah DS Najib kini juga dalam bahaya kerana masih mendengar nasihat mereka yang hanya cerdik tetapi pendek pengalaman, lantaran kurang bijaksana? Bukankah sudah cukup bukti yang ide setengah masak dan sloganisme ala Lah tak memadai untuk memuaskan kehendak rakyat Malaysia?

sumber : http://thoughtsintangents.blogspot.com

Calon bebas dakwa disogok PKR

Calon bebas Aminah Abdullah rancang mendedahkan bukti bahawa PKR cuba menawarkan ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya Penanti, 31 Mei ini.

Bekas pemimpin Wanita PKR, 57, tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, lapor Bernama.

"Saya akan bongkar dengan memberi bukti yang PKR ada menawarkan rasuah terhadap saya selepas saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini," katanya selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hari ini.

Aminah, menggunakan logo kunci, berkata simbol itu sesuatu yang simbolik kerana ia melambangkan kunci kepada pendedahan kepincangan Pakatan Rakyat.

Beliau turut menafikan ditaja oleh Umno untuk bertanding mencabar calon PKR Mansor Othman, yang juga timbalan ketua perhubungan parti itu di Pulau Pinang.

Seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, berkata beliau meletakkan sasaran kira-kira 6,200 undi pada pilihanraya kecil DUN itu.

"Pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang sebelum ini saya dihimpit dua calon hebat dan kali ini saya harap dapat mencapai angka ribu (undi)," katanya, yang menggunakan logo payung.

Kamarul Ramizu hanya meraih 62 undi dan hilang pertaruhan dalam pilihanraya 7 April lalu dalam persaingan antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon BN Ismail Saffian.

Menurut agensi berita itu lagi, Kamarul Ramizu berkata beliau akan mula berkempen hari ini dari rumah ke rumah dan mengadakan
sesi dialog dengan orang ramai.

"Saya dalam proses menubuhkan Parti Iman SeMalaysia dalam tempoh terdekat," katanya. Beliau pertama kali mengumumkan tentang partinya itu dalam pilihanraya kecil bulan lalu.

Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, pula berkata keputusannya bertanding adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan terlibat dengan kempen berbentuk debat kerana ia membawa situasi politik kurang sihat.

Beliau menggunakan simbol wau bulan.

Mansor, 59, pula dipetik berkata beliau yakin memang pilihanraya kecil itu.

"Kita punya jentera pilihanraya dengan bantuan DAP dan PAS akan membantu dan kita yakin mampu menang pilihan raya ini," katanya.
sumber : MKINI

Waspada 'musuh dalam selimut' PAS



oleh : Jimadie Shah Othman
PAS harus berhati-hati terhadap usaha "musuh dalam selimut", termasuk yang ditaja oleh Umno atau negara asing, dalam kalangan pemimpin yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti - demikian amaran timbalan mursyidul amnya.

Datuk Dr Haron Din berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media seperti yang terjadi menjelang muktamarnya, awal bulan depan.

"Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain.

"Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti," katanya di seminar sehari kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak hari ini.

"(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

"Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."

Dr Haron, yang menarik diri baru-baru ini daripada persaingan merebut kerusi timbalan presiden PAS, menggesa parti itu menyediakan garis panduan yang lebih ketat dalam pelantikan barisan pemimpin kanannya.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas ucapan dan saranan Dr Haron ini ketika dihubungi selepas program tersebut petang ini.

Program ini khas untuk PAS dan wartawan tidak dibenarkan menghadirinya tetapi beberapa kerat kenyataan tersebut - difahamkan daripada teks ucapan 10 halaman - didedahkan kepada media oleh peserta.

Seminar hari ini - dibuat bersempena sambutan 25 tahun kepemimpinan ulama yang jatuhnya pada 2007 - menimbulkan kontroversi dalam PAS apabila dibuat menjelang muktamar dan pemilihan parti antara 5 hingga 7 Jun di Shah Alam.

Sesetengah pihak dalam parti itu mendakwa seminar anjuran Dewan Ulama ini yang diwajibkan kepada pemimpin PAS kawasan, wakil rakyat dan ahli jawatankuasa pusat parti hanya didominasi pembentang kertas kerja dan pengulas daripada aliran pro-muqabalah.

Beberapa peserta yang dihubungi berkata sesetengah pemimpin PAS yang hadir tidak senang dengan kenyataan tokoh ulama itu yang disifatkan mengkritik aliran pro-Pakatan Rakyat atau dikenali juga "kumpulan Erdogan."

Pembentang-pembentang lain termasuk bakal ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib - yang dikatakan pro-muqabalah - tidak mengambil peluang menghentam pihak lain.

Sementara beberapa peserta lain enggan mengulas kenyataan kontroversi tersebut - dipercayai bagi menjaga imej parti di mata umum.

Malaysiakini cuba mendapatkan reaksi lanjut Dr Haron berhubung perkara tersebut.

PEMIMPIN RAKYAT SEJATI - WE SALUTE YOU!!!

Team PerakExpress,
Ada orang tu….mahu digelar sebagai pemimpin rakyat tapi…. orang buat muka tak semiak. Kerana apa??? Tak up to the standard lagi. Tak capai tahap quality …..

Ada orang tu…. konon nyer mahu mendahulukan rakyat tapi…. orang tak pandang sebelah mata pun…. Mengapa??? Sebab… cakap tak serupa bikin dan keikhlasan tak terpancar dalam perlakuan dan tindakan. Plastik!!! Ada udang di sebalik batu….. Obvious sangat ler!!!

Sepatut nyer…. gelaran itu tak diminta…. dirayu….. biarlah diri dan tindak tanduk kita speak for itself. Rakyat tak boleh dipaksa-paksa untuk memberikan gelaran pemimpin rakyat kepada seseorang itu…. No… it doesn’t work that way!! Seseorang pemimpin boleh mendabik dada, mengatakan diri nyer, pemimpin rakyat… tapi, rakyat sebalik nya kan kata …. pooooraaah!!! So… kalau rakyat beri respond sedemikian….. paham-paham ler maksud nyer kan!!!

Aha….. di sini kita tengok pulak seorang pemimpin ini: A very humble and a very rakyat person. Dengan bangga nyer saya memperkenalkan……
Datuk Seri Nizar Jamaludin

Ini lah dia satu icon baru pemimpin rakyat. Beliau tidak minta dijadikan icon…. beliau tak mendabik dada, mengatakan dan mengwar-warkan diri nyer sebagai pemimpin rakyat. Tapi….. dia adalah sebenar-benar nyer pemimpin rakyat dan icon perpaduan bagi rakyat pelbagai kaum di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya, kepercayaan serta berbeza latar belakang dari segi sosial, ekonomi dan faham politik. Aura nyer sebagai pemimpin rakyat telah menyebabkan beliau mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum, yang sentiasa berdiri teguh dibelakang nyer, di saat… suka dan duka….. senang dan susah…. jatuh dan bangun…..!!!

Mungkin kemelut politik Perak ada hikmah nyer buat Nizar…. kerana melalui kemelut inilah rakyat satu Malaysia nampak yang mana satu kaca dan yang mana satu permata. Ya….. melalui tindak tanduk nyer sejak beliau menjawat jawatan MB Perak, selepas PRU 12 yang lalu…. hingga lah kemelut politik perak bermula….. aura nyer sebagai pemimpin rakyat pelbagai kaum amat terserlah…… Malah… setelah jatuh nyer kerajaan Pakatan Rakyat Perak, yang dipilih sendiri oleh rakyat, akibat rampasan kuasa paling jijik oleh UBN, aura nyer sebagai pemimpin rakyat berbilang kaum semakin lagi ler terserlah nyer!!! Silor mata orang di sebelah sana tu, yop!!!

Mungkin dia tidak ler 100% perfect….. mungkin ada ler sekelumit dua kelemahan sebagai manusia biasa tapi……. tapi, apa yang dilakukan nyer di Perak, memang sesuatu yang amazing…. awesome…. and wow!!! Jasad…. semangat…. usaha dan titik peluh nyer semua disatukan semata-mata untuk mempertahankan hak rakyat. For that rakyat Satu Malaysia salute dia. tabik spring, yong…..!!!

Apakah dia gila kuasa untuk terus berkuasa memerintah Perak? The answer is NO. Dia merayu kepada sultan, bukan untuk terus menjadi MB….. dia berjuang di mahkamah, bukan untuk terus berpaut pada kuasa…. tetapi untuk peroleh kuasa nyer yang telah dirampas. So…. apakah itu bukan gila kuasa??

Oh…. no…no…no…. NOT CORRECT….. NOT CORRECT….. NOT CORRECT….!!!! Yes…. dia berjuang mendapat semula kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada nyer….. dan ingin serta dedicated untuk mengembalikan semula kuasa tersebut kepada yang berhak…. iaitu RAKYAT!!! Biar kuasa rakyat yang menentukan hala tuju kemelut politik di Perak ini dan biar rakyat yang membuat pilihan semula, siapa yang mereka mahu untuk memegang kuasa di Perak melalui pembubaran DUN dan pilihan raya…. Its as simple as that….. Tapi yang menjadikan keadaan semakin complicated ialah UBN yang sememang nyer giler kuasa. Jika tidak…. Perak tak kan menghadapi kemelut yang tak berkesudahan seperti ini….. Shame on you!!!

Piem Satu Malaysia dan Zambry MB Perak yang dihalalkan oleh Mahkamah Rayuan, mungkin sedar akan hakikat ini…. Nizar has become their NUMBER ONE RIVAL. Nizarlah sebenar nyer PEMIMPIN DAN MB RAKYAT!!! Nizar telah memalapkan keglamoran imej Piem Najib yang teringin sangat nak menjadi PM Rakyat.

Dan… Piem Najib dan UBN Perak mungkin akan membubarkan DUN Perak untuk membolehkan mereka dilihat sebagai mendahulukan rakyat….. mengharapkan agar dapat membina imej Najib yang mahu dilihat sebagai PM dan pemimpin Rakyat…. Whatever ler…..!!! tapi one thing for sure….. sekarang, rakyat Satu Malaysia sudah jelas…. siapa Najib , siapa Zambry dan siapa Nizaryang sebenar nyer. And…. sad to say ler…., both Najib and Zambry tak dapat nak ‘at par’ dengan Nizar when it comes to imej…. reputasi dan integriti….. Nizar is still the NUMBER ONE and way ahead of them.

So…. bagaimana sekarang?? Nak still cling on to the power yang you people diperoleh secara tak demokratik….. or, let the Perakians decide once and for all….. who they prefer and choose, to rule the Silver State!!!

NIZAR KALAU MENANG JADI ABU, KALAU KALAH JADI ARANG



--------------Oleh Halik Zaman--------------

Kekalahan Zambry diMahkamah Tinggi Petaling Jaya baru baru ini, pasal kes Menteri Besar Perak, tidak akan membawa apa apa mesej perubahan senario politik UMNO/BN yang sedang bergolak di Perak.

Keputusan Mahkamah Tinggi baru baru ini, yang berpihak kepada Nizar, itu bukan satu penyelesaian politik yang bernoktah.

Begitu juga rayuan Nizar keMakamah Persekutuan nanti, setelah 3 Hakim Mahmakah Rayuan menolak kesahihan Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Kalau pun Hakim Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Nizar kelak, ia juga tidak akan merubah senario politik Pakatan Rakyat di Perak. Krisis politik terus bergolak juga.

Kalau keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Nizar nanti, sidang DUN mesti diadakan atas arahan DYMM Sultan Perak. Dalam persidangan DUN nanti, BN akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Kerajaan PAS (Pakatan Rakyat). BN mempunyai suara majoriti dalam DUN, 31 berbanding Pakatan Rakyat 28 ketika ini. Kalau pun ketika itu Nizar ambil kesempatan untuk membubarkan DUN Perak, ia tidak akan berjaya tanpa perkenan DYMM Sultan Perak. "Nizar kalau menang jadi abu, kalau kalah jadi arang".

Keputusan DYMM Sultan Perak, keputusan Mahkamah Tinggi dan keputusan Mahkamah Persekutuan, semua pihak mesti menghormatinya. Walaupun keputusan tersebut tidak bernoktah.

Masalahnya sekarang, 3 tahun bagi Nizar menunggu PRU, agak terlalu lama. Bagi Zamry, 3 tahun duduk sebagai Menteri Besar Perak agak terlalu cepat. Untuk dapat satu keputusan bernoktah, PRU nanti, rakyat akan menjadi hakim, keputusan rakyat tidak dapat dipertikaikan lagi. Biarkan dulu Zamry akan terus menyanyikan lagu bertajuk "Penantian Suatu Penyiksaan".

Mengimbau kembali liputan sejarah pada tahun 90an bahawa Mantan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad, sudah memikirkan perkara sebegini akan berlaku diMalaysia.
HZ

Pertandingan empat penjuru di DUN Penanti









BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan tiga calon Bebas.

Calon PKR, Mansor Othman, 59, dicabar calon Bebas, Aminah Abdullah, 56; Nai-Khan Ari, 41; dan Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pencalonan bagi seorang lagi calon Bebas, Mohd Saberi Othman, 49, bagaimanapun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak enam bantahan dikemukakan kepada SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Penanti, Roslan Yahaya, mengisytiharkan empat daripada mereka layak bertanding jam 11.58 pagi tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar - 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Pada pilihan raya umum 2008, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari Barisan Nasional (BN) tetapi tewas dengan majoriti 294 undi.

Pada pilihan raya umum 2004, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, di DUN Seberang Jaya manakala pada 2009 beliau kalah kepada calon BN, Datuk Mohd Zain Omar bagi Parlimen Balik Pulau.

Antara yang menarik di Penanti ialah kehadiran semula calon Bebas, Kamrul Ramizu yang sebelum ini bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang menyaksikannya tewas serta hilang wang pertaruhan.

Pilihan raya Penanti juga tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN)yang memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding.






















Tanda Jelas UBN Akan Berkubur -MSK
TINDAKAN UBN untuk tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti hari ini memberi senario baru dalam politik dan sekaligus memberi isyarat seoah-olah UBN akan lenyap dari bumi Malaysia ini. Walaupun tindakan itu dianggap sebagai bijak namun ia memberi kesan lain apabila suasana yang terpamer di pusat penamaan calon sebelum ini sudah tiada di Bukit Mertajam pagi ini.

Pagi ini ketika ribuan para penyokong Pakatan Rakyat bergerak ke pusat penamaan calon mengiringi calon mereka Dr Mansor Othman ke IKBN Bukit Mertajam dengan penuh bersemangat sambik menjujung bendera, membawa kain rentang dan sorakan, UBN yang selama ini menjadi parti harapan bangsa seolah sudah lenyap. Suasana seakan sudah diambil alih sepenuh oleh Pakatan Rakyat.

Suasana di tempat penamaan calon yang sebelum ini meriah dan penuh ketegangan setiap kali kehadirian UBN dalam pilihan raya kecil juga tidak wujud lagi. Sedikit sebanyak tanpa UBN pilihan raya tidak meriah dan Pakatan seolah tidak berani lagi untuk ditentang.

Mereka yang suka kepada provokasi, sorak menyorak, caci menyaci juga terasa pilihan raya kevcil Penanti ini tawar dan hambar saja.

Mungkin kerana ingin memeriahkan dan menampakkan penamaan calon itu hidup menyebabkan penyokong Pakatan Rakyat membina dua kumpulan, satu berada di bahagian kanan tempat penamaan calon itu dan sebahagian lagi di bahagian kiri.

Seluruh kawasan penamaan calon itu dipenuhi dengan penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun ada calon bebas yang mungkin direstui oleh UBN namun ia tenggelam dalam banjiran penyokong Pakatan Rakyat. Bendeara PKR berlambang mata, bendera Pas bulan purnam dan DAP roket menakluki setiap ruang. Manakala tidak ada satu pun bendera BN atau Umno yang berlambangkan keris telanjang.

Melihat situasi ini menyebabkan timbul persoalan, apakah wajar UBN bertindak demikian? Dengan tidak menyertai pilihan raya itu menyebabkan tiada lagi bendera, atau jeritan hidup Melayu bergema di persekitara pusat penamaan calon itu. Apakah kesunyian suasana dengan jeritan tradisi itu menandakan UBN akan berkubur tidak lama lagi? [penanti 10: 00 am 23/05/09]

ADA KABEL....SEMUA BERES.....!!!!!

MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN




oleh :Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.


Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.

Tak boleh itu… tak boleh ini… tapi kalah dan kalah lagi!!!!



Team PerakExpress

Bila kuasa ada di tangan….. pihak yang pegang kuasa itu akan guna kuasa untuk terus berkuasa atau melindungi kepentingan mereka. Mereka akan guna kuasa untuk menguatkuasakan akta dan peraturan yang mereka gubal untuk mengukuhkan kuasa dan kedudukan mereka….

SPR yang telah menjadi ‘parti komponen barisan Nasional’ tidak terkecuali…… Sempena pilihan raya di Penanti, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ngah Senik….. memberi amaran bahawa sesiapa yang berkempen pada hari mengundi boleh dipenjarakan tidak lebih setahun atau dikenakan denda sebanyak Rm5000 atau kedua-dua nyer sekali…. Kalor komer kena sabit ler….. Kalor tak percaya rujuk, Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Komer langgor nyer peraturan ini…. siap komer!!!

Demer ni….. UBN ler sapa lagi, bila udah kalah 4 times straight in a row, mula ler bertindak macam orang sewel akal!! Ater…. kempen dan pilihan raya tu kan ke sinomin dan seiring. Mengapa perlu diubah pulak rentak dan irama nyer…… Ini ler yang memincangkan lagi demokrasi di Satu Malaysia. Lembu-lembu UBN ni….. akan buat apa saja untuk menyusahkan pembangkang. Macam-macam yang demer buat tapi setakat ni…… tak terbuat dek demer. Demer buat itu….. buat ini….. tapi demer kalah jugak, malah….. kalah dan terus kalah!!! Kalah dengan kecederaan yang semakin parah.

Oleh sebab itu ler… demer takut bebenor dengan pilihan raya…. Walau pun SPR dipergunakan semau-mau nyer…… tapi nampak gaya nyer, SPR tidak berdaya lagi menjadi senjata pilihan raya demer….. Buat ler helah macam mana pun…. kalah juga!!! Senjata tumpoi….. peluru tak bermata, hentam dan tala ke demer balik…. Itu yang 4 kali tumpor dalam pilihan raya!!! Masuk kali kelima….. mula demer banyak ragam…..

Kesian, Penanti……. kerana terpaksa menerima pelbagai kerenah tidak demokratik daripada SPR tapi kih…kih…kih…kih…. alih-alih UBN cabut lari takut nak bertanding. Kata demer PRK Penanti adalah hasil permainan politik PKR yang tidak perlu dilayani. Ewah…. ewah…. ewah…. Ermmmm …. yer ler tu!!!! Suka hati komer ler…..but everybody knows WHY!!!

Lari dari Penanti tapi…… tup-tup hari ini….. DUN Manik Urai pulak terkosong kerana ADUN nyer kembali ke rahmatullah…. Aha… yang hat ini, permainan politik sapa pulak??? Allah SWT kut??? So, now… bagaimana…. tanding atau tak mau ikut rentak politik yang diatur oleh Allah…. ialah…. membazir duit kan…..??? Kalau masuk gerenti kalah…. tak masuk lagi ler kalah…!!! Serba salah…. serba salah….. Kesian dekat Piem Satu Malaysia…… terpaksa menghadapi, satu perang….. lepas satu perang……. Lepah tu, kena peluru topedo bertalu-talu….. selain dikacau pulak dengan hantu!!! Itu yang dia dok benggang tak sudah-sudah!!

Itu ler….. semakin kuat komer tekan rakyat….. semakin berani rakyat bangkit dan selagi tu ler hidup dan kedudukan komer tak selamat. Bala demi bala …… musibah demi musibah….. akan menimpa komer… insyaAllah. Ini ler nama nyer musibah yang ditempa sendiri. Isy….isy….isy….. komer ni nunggu saat untuk tumpor…… ya???

Hai….hai…. hai….. komer dengor pantun bodoh teman ni…

Penanti dok menanti….. tapi tak jadi
Manik Urai dok melambai….. dan akan sampai
Di Penanti UBN mati dan kalah lagi
Di Manik Urai pasti kena tibai hingga terkulai

Ref: mStar online

Zamry vs. Nizar - Zamri mania or Zamri maniac ?





"..Yet today, malay nowadays are the malay we are..,

Sorry to interrupt, but I like to come to my own conclusion: people fear to dissolve the assembly legislative simply because - they are afraid of losing power, losing power make them becoming losing a lot of easy contract, losing contract means they are losing easy money. And losing money will be the most fear situation on these people life..."

"Kebenaran telah tiba", itulah kata Zambry. Mahkamah Rayuan hari ini telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang sah. Saya tidak mahu komen keputusan mahkamah kerana ada dua sebab. Pertama, saya bukan pakar undang-undang sedangkan yang pakar undang-undang pun ramai yang berpendapat Nizar adalah MB Perak yang sah. Keduanya, saya tidaklah jahil sangat untuk memahami mahkamah yang ada di negara kita ini. Cukuplah jika saya sekadar ucap `tahniah' kepada Zambry kerana beliau masih sanggup berdepan dengan rakyat Perak selepas penghakiman ini meskipun beliau tahu apa yang ada di dalam lubuk hati nurani rakyat Perak.

Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."

Saya tidak dapat menyelami hati dan perasaan majoriti rakyat Perak ketika ini. Mungkin bagi Zambry, rakyat seluruh Perak kini sedang berpesta dan bersukaria kerana menyambut kemenangan Zambry selaku MB Perak yang ditentukan oleh mahkamah. Pada saya hanya mahkamah akhirat yang mutlak. Buktinya, keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Nizar dianggap silap oleh Mahkamah Rayuan sebentar tadi. Selepas ini, mungkin.. mungkin...tiada lagi silap apabila kes ini dirayu oleh Nizar ke Mahkamah Persekutuan. saya yakin, Mahkamah Persekutuan tidak akan mengatakan Mahkamah Rayuan sebentar tadi silap. Maksud saya, mungkin tiada lagi kesilapan selepas ini. Ini bermakna, bawalah ke mana-mana mahkamah di Malaysia ini mungkin tiada lagi kesilapan dan Zambry terus ditabalkan sebagai MB Perak.

Rekod dunia mungkin boleh dicipta dengan berbagai peristiwa yang berlaku di Perak selepas lahirnya `spesis' katak yang lapar ini. Berbagai pandangan dan nasihat telah diberikan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak sekarang, tetapi masih ada yang suka memilih mahkamah untuk menentukan kerusi dan kedudukan mereka. Malangnya rakyat Perak, mereka tidak diberi peluang untuk berperanan menstabilkan keadaan politik yang cerca merba ini. Mereka hanya layak sebagai penonton kepada `drama' yang tidak berkesudahan ini. Oleh : WFAUZDIN NS@albanjari online