Khamis, 21 Mei 2009

Semoga Esok Detik Mengakhirkan Pergolakan Politik Perak



Oleh " MSO

KEPALA orang politik esok semuanya akan menghala ke Istana Keadilan di Putrajaya untuk mengetahui keputusan siapakah yang berhak ke atas kerusi Menteri Besar Perak yang kini menjadi rebutan antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abdul Kadir.

Kira-kira jam 3:30 petang esok Mahkamah Rayuan akan memutuskan siapakah antara mereka berhak menjadi MB Perak. Mungkin malam ini kedua pihak atau penyokong masing-masing tidak habis berdoa, bersolat hajat dan sebagainya meminta agar keputusan esok berpihak kepada mereka.

Mungkin juga ada pihak yang menemui segala macam bomoh meminta bomoh menjampi serampah agar hakim berpihak kepada mereka.

Apapun keputusan esok bakal mencatat satu lagi keributan politik di Perak.

Sekiranya keputusan berpihak kepada Nizar bermakna Nizar dan anggota Exconya sekali lagi akan menerpa ke SUK untuk menduduki semula kerusi MB dan kerusi Exco masing-masing. Sekali lagi pula Zambry dan Exconya akan keluar dari bangunan itu seperti orang kalah judi.

Sebaliknya sekiranya mahkamah memutuskan Zambry sebagai MB, bermakna tidak ada apa-apa kekalutan yang bakal berlaku di SUK. Zambry akan terus kekal sebagai MB, dan Nizar dan exconya akan tersengih kekeringan gosi!

Apa yang jelasnya keputusan mahkamah esok dalam kemelut yang berselut hari ini ia tidak memberi apa-apa makna lagi. Tidak ada jaminan politik Perak akan reda dan tenang selagi DUN Perak tidak akan dibubarkan. Penghabisannya dan jalan penyelesaiannya DUN Perak kena bubar. Perjuangan atau membawa kes itu ke mahkamah hanya kerana ego masing-masing. Ia sama sekali tidak akan melendikkan politik Perak.

Sebab itu baik Nizar diistyarkan MB atau Zambry keduanya kena melakukan sesuatu untuk rakyat Perak dan politik Perak. Pengorbanan itu ialah dengan memohon perkenan kepada Sultan Perak supaya bubar DUN Perak. Keduanya kena berkorban demi rakyat dengan membuka pilihan raya lalu. Anggaplah sesiapa pun yang berkuasa sebelum diadakan pilihanraya sebagai tidak sah.

Nizar sudah mengatakan perjuangannya kini ialah untuk memohon perkenan Sultan bubarkan DUN. Beliau mahu jawatan itu bukan untuk kekal sebagai MB tetapi membolehkan dia mempunyai kuasa menasihati Sultan bubar dewan. Itu saja. Kalau Zambry berbuat demikian tentu Nizar tidak perlu bersusah payah membawa kes itu meminta mahkamah membuat pengistyharan.

Makanya sekiranya esok Zambry ditakdirkan diistyharkan MB, beliau juga harus mengambil keputusan sama. Zambry perlu sedar bahawa biarpuan seribu mahkamah berpihak kepadanya namun kedudukannya itu tetap akan tercemar dan dicela. Satu-satu jalan untuk Zambry memulihkan dirinya ialah ikut sama memohon perkenan Sultan bubarkan Dewan.

Semua pihak kena berani dan gentlemen untuk menyelesaikan pergolakan di Perak. Semoga selamat itulah doa dan harapan kita.

Hulubalang Utama Dato najib.............

Dato Seri Najib dalam temuramahnya dalam Straits Times dan Business Times kelmarin menunjukkan sikap yang berani apabila beliau berkata bahawa cara tradisional yang digunakan olih kerajaan dalam menetukan kuota dan kepentingan ekuiti kapada bumiputra perlu dikaji semula. Ini kerana ia membantutkan pertumbuhan ekonomi negara dan juga apabila amalan meritokrasi diabaikan Bumiputra juga menjadi lemah. Cara agihan yang baru perludi perkenal dan dilaksanakan , kata nya.

Pengumuman besar yang berbunyi progresif dan liberal ini selalu didengar apabila kita ada PM yang baru.Dr Mahathir dan Abdullah Badawi juga melaungkan slogan dan dasar yang berbunyi progresif dan dan baru apabila mula mula jadi PM. Malangnya mereka tidak bersungguh sungguh menjayakan apa yang dikatakan.

Saya juga sangsi PM baru kita akan berjaya.Kalaudia berani dan mahu berubah mengapa wawancara dibuat dalam akhbar bahasa Inggeris bacaan orang bisness sahaja.Bukan kah lebih meyakinkan kita kalau wawancara itu dibuat dengan Utusan Malaysia, akhbar yang kata orang, pembina minda rakyat. Saya ingin melihat Dato Seri Najib membuat ucapan ini dan kupasan panjang lebar tentang perubahan Dasar Bumiputra ini dalam Kongress Khas UMNO mithal nya. Sudah sampai masa nya beliau membuat peta baru tentang arah tuju negara Malaysia dan Bangsa Malaysia. Dan juga peta baru untok UMNO

Apabila Dato Seri Najib mengatakan bahawa semua warlords (hulubalang) dalam UMNO adalah kawan beliau, dan dia lah warlord yang terbesar, saya bimbang kalau beliau merasa terlalu yakin atau overconfident. Olih kerana saya ingin melihat reformasi nya berjaya, saya ingin memberi pesan kapada nya bahawa warlords yang dikatakan kawan nya itu sabenarnya kawan kawan sementara sahaja. Tidak lama lagi beliau akan merasa tekanan dan ugutan. Mereka ini bisa dan bengis.Kalaupun Dato Seri Najib warlord yang utama buat masa ini, elok juga beliau menoleh kabelakang untuk keselamatan politik nya.

PM tidak perlu takut orang Melayu akan marah kepadanya kalau dia membuat perubahan terhadap dasar ekonomi . Perubahan yang adil dan yang memberi keutamaan kapada yang wajar dan yang memerlukan tidak akan menimbulkan kemarahan sesiapa, baik pun orang Melayu. Yang marah ialah golongan yang selalu mendapat habuan dan upah kerana mereka ada kaitan politik dan kaitan orang yang berkuasa.Yang diperlukan daripada PM ialah dia juga jangan takut kepada isu lama dan premis lama yang selalu digunakan untok mengekalkan status quo. Mereka yang tidak mahu kepada perubahan selalu suka menakut -nakutkan kerana itulah cara mereka mengekalkan pengaruh dan kuasa.

sumber http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Keadilan Islam: Melayu Umno tolak, kaum lain terima

Zuharman MN, Harakah

Ketika orang Melayu dalam Umno memperlekehkan keadilan Islam, sebaliknya orang bukan Melayu pula kini semakin terpesona dengan kesyumulan Islam.

Tidakkah ia sesuatu yang ganjil. Namun ia menjadi tidak pelik apabila perjuangan berteras kebendaan berada di hadapan pemimpin Umno sekarang.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw berkata, mungkin sesuatu yang agak jangal apabila orang Melayu dalam Umno kurang berminat bercakap tentang politik Islam.

"Tidakkah mereka merasa malu dengan perkembangan yang berlaku sekarang, sedangkan orang bukan Melayu semakin ramai yang berminat mendekati Islam.

"Hairan sungguh. Orang Cina, India dan kaum-kaum lain boleh sokong perjuangan Islam tetapi kenapa pemimpin Melayu dari Umno menolak pula," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Menurutnya orang bukan Melayu tidak takut lagi untuk mendekati perjuangan Islam yang dibawa PAS kerana keadilan pentadbiran di bawah ulama dibuktikan di Kelantan.

Katanya, PAS merupakan sebuah parti yang mendokong keadilan kepada semua kaum dan tidak mengutamakan orang Melayu semata-mata.

"Islam tidak membeza-bezakan antara bangsa kerana apa yang dinilaikan ialah tahap ketakwaan dan kejujuran seseorang itu.

"Sebab itulah konsep sebenarnya yang dimahukan rakyat ialah Satu Islam dan bukannya Satu Malaysia seperti yang menjadi citra kepada Perdana Menteri baru sekarang," katanya.

Oleh itu beliau berkeyakinan mesej perjuangan yang dibawa PAS akan terus mendapat sokongan semua pihak kerana keadilan yang diperjuangkan.

Beliau yang juga bekas pendidik dan wartawan berkata, di antara perjuangan dibawa pemimpin PAS dan Umno amat jauh berbeza.

"Bukankah Islam melarang perbuatan mungkar. Saya menyeru kepada Umno, MIC, MCA kembalilah ke pangkal jalan dengan penuh keinsafan bersama-sama memartabatkan keadilan.

"Kemungkaran adalah satu dosa dan balasannya neraka. Jangan sampai terhumbang ke dalam neraka dengan sebab memetingkan periuk nasi semata-mata," katanya.

Sementara itu, di PASIR PUTEH, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno kini mengharapkan bantuan institusi kerajaan bagi meneruskan kelangsungan hidup parti tersebut.

Harapkan bantuan media

Katanya, sekarang mereka begitu mengharapkan bantuan media konvensional bagi menggelirukan rakyat terutamanya krisis politik yang berlaku di Perak sekarang.

"Umno juga menjadikan undang-undang alat tunggangan mereka. Krisis di Perak sudah cukup membuktikan kepada orang ramai wajah Umno di bawah presiden sekarang.

"Tapi peliknya biar pun mereka rempuh undang-undang, hari-hari dalam media, mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang. Saya tidak faham teori rimba mana yang dipakai.

"Malangnya mereka lupa rakyat tidak bodoh dengan tipu daya mereka," katanya pada majlis ceramah di padang Majlis Daerah Pasir Puteh malam tadi.

Hadir sama Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, anggota Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Hussin dan pimpinan PAS kawasan terbabit.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, pemimpin Umno terpaksa mencipta pelbagai alasan bagi mengelakkan berdepan dengan hakim sebenar dalam sistem demokrasi iaitu rakyat pada pilihan raya kecil Dun Penanti, 31 Mei ini.

"Walaupun tidak bertanding namun proses pilihan raya tetap berjalan. Alasan membazir dan tidak menepati perlembagaan langsung tidak boleh diterima.

"Sedangkan penyelewengan wang rakyat yang berlaku di mana-mana oleh pemimpin Umno tidak pernah pula mereka mahu bercakap," katanya.
Khalil Idham berkata, krisis politik di Perak sekarang sudah menghampiri krisis perlembagaan yang hanya dapat diselesaikan melalui mahkamah rakyat.

Breaking News : 16 arrested at Teratai candlelight vigil

May 21,
Sixteen people, including Teratai state assemblyperson Jenice Lee, were arrested by the police just outside her service centre at about 8.45pm tonight for holding an illegal assembly.

Demi prinsip, Raja Petra enggan tutup kes jenayah anak !!! Rakyat bersama orang mahukan kebenaran.



Penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin mendakwa enggan berunding dengan polis untuk menutup jenayah anaknya dalam kes kecurian dan pecah rumah di Shah Alam sejak Mac lalu.

Lebih baik mempertahankan prinsipnya seperti disuarakan dalam artikel-artikelnya di Malaysia Today daripada merasuah polis untuk membebaskan Raja Azman, katanya hari ini.

"Saya ingin tegaskan bahawa tidak mungkin ada rundingan.

"Bagaimana mungkin saya bersetuju menyuap pegawai-pegawai polis untuk membebaskan anak saya selepas bercakap menentang jenayah, rasuah, salah guna kuasa dan penyembunyian tindakan jenayah mereka yang berada di serambi kuasa?" katanya dalam artikel 'My most sincere apology to the nation'.

Menulis dalam blog popularnya bagi menjelaskan kes anaknya itu yang mengaku bersalah atas empat pertuduhan di mahkamah majistret kelmarin, Raja Petra berkata Raja Azman telah meninggalkan rumah kira-kira 18 tahun yang lalu dan hidup sendirian sejak dibuang keluarga.

Raja Azman, kini 32 tahun, meninggalkan keluarga sejak di sekolah menengah dan sejak itu, Raja Petra menambah, "sering dirundung masalah akibat hidup bergelendangan di lorong-lorong belakang Kuala Lumpur."

"Tidak terelakkan lagi, hidup merempat di jalanan seperti budak nakal menjadikannya seperti sekarang," katanya.

"Anak kami telah diberikan amaran, jika dia terjerumus dalam masalah, itu terserah pada dirinya sendiri. Dia tidak boleh mengharapkan keluarga yang ditinggalkannya membela nasibnya."

Walaupun remuk hati empat lagi anaknya dengan tindakannya tidak berunding dengan polis kerana kes Raja Azman boleh mencemarkan nama baik keluarga, kata Raja Petra lagi, beliau tiada pilihan kecuali mempertahankan prinsipnya seperti sering dilaung-laungkannya.

"Inilah nasib malang yang kami tidak boleh lari lagi. Memang mudah berjumpa dengan pegawai-pegawai polis dan membayar wang seperti mereka mahu dan semuanya akan selesai," katanya.

"Tetapi penyelesaian itu hanya sementara. Saya terpaksa menggalas beban bahawa saya telah menjual prinsip-prinsip saya dan tidak sanggup beramal dengan seruan sendiri di sepanjang hidup saya."

Raja Azman - ditangkap pada 6 Mei - mengaku bersalah memecah masuk ke dalam rumah, mencuri wang, telefon bimbit, jam tangan dan sebuah motosikal antara 20 Mac hingga 5 Mei lalu.

Beliau dilaporkan dibenarkan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan tersebut - tetapi tiada siapa datang menjamin - dan mahkamah menetapkan 19 Jun untuk menjatuhkan hukuman.

Raja Petra menambah, dengan memberi suapan kepada polis, anaknya itu mungkin dibebaskan tetapi beliau sendiri "akan terpenjara dalam rasa bersalahnya yang menghantuinya sehingga hari terakhir hidupnya."

"Sebagai seorang bapa, itulah keputusan paling berat yang saya terpaksa ambil. Ia lebih sukar bagi Marina (Chin Abdullah), ibu yang melahirkannya.

"Kami saling berpegangan tangan dan menatap mata satu sama lain tanpa sepatah kata. Kata-kata tidak diperlukan lagi. Dalam kebisuan itu, hanya hati-hati kami yang berbicara," coretnya lagi.

"Marina dan saya memohon maaf kepada seluruh rakyat atas perbuatan anak kami. Sebagai ibu bapanya, Marina dan saya menerima sepenuhnya tanggungjawab itu."

Versi MTODAY.
My most sincere apology to the nation

I made it very clear there would be no negotiations. How can I agree to bribing police officers to get my son off the hook after speaking out against crime, corruption, abuse of power and cover-ups of criminal acts by those who walk in the corridors of power?

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

I offer no excuses. My wife, Marina, and I have five children, all now grown up. Four have made a life for themselves -- two are now married and have blessed us with four grandchildren. One, Raja Azman, left home when he was still in lower secondary school and chose to end all ties with the family. That was about 18 years ago or so.

Since he left home, he has been in and out of trouble, the result of living on the streets and sleeping in the back alleys of Kuala Lumpur. Invariably, life on the streets like an urchin turned him into what he is today.

Muslims believe that heaven lies beneath the feet of one’s mother. It is therefore seldom a Muslim mother would bring herself to curse her offspring. Doing so would condemn that child for eternity. That is what Muslims believe.

My wife made it very clear to our prodigal son that he turns his back on the family and resorts to a life of crime at his own peril. It does not matter the severity of the crime. Crime is crime whatever it may be, big or small. And is it not the tendency that petty criminals eventually migrate to hardcore crimes? He therefore invites his mother’s curse if he brings shame to the family. That was my wife’s final word on the matter.

Our son was warned that if he ever got into trouble he was entirely on his own. He can’t expect the family that he has disowned to rally to his side. He has made his bed so he must now lie in it. That was our irrevocable and uncompromising stand and this was delivered in no uncertainty to our son. He would have to make the decision as to what it was going to be.

Marina and I received a phone call a couple of months ago that our son, yet again, was in trouble. It was a call from a police officer. The phone was passed to our son so that we could be assured he was in the hands of the police. Although it was a huge disappointment to both of us, it was no shock, neither a surprise. This was yet another brush with the law that our son has got himself into over more than a decade.

The purpose for the phone call became clearer after our son handed the phone back to the police officer. They wanted to negotiate a settlement. The problem is small, we were told. This can be settled easily enough. They know we would rather bury this problem than let it become public knowledge. We are, after all, high profile. And bad publicity such as this would not help our image.

I made it very clear there would be no negotiations. How can I agree to bribing police officers to get my son off the hook after speaking out against crime, corruption, abuse of power and cover-ups of criminal acts by those who walk in the corridors of power? Sure, maybe no one would know about it. Once I pay up, the matter will be buried so deep no one would be the wiser. But I would know. My wife would know. My family would know. And the police officers who I had bribed would know.

How can I continue speaking out against what ails this country when I am not able to walk the talk? It is so easy to talk when you have nothing to lose, except maybe your freedom. But when it comes to a member of your family, you compromise your principles and violate the very thing that you speak out against.

When I hung up the phone, I could see the pain in my wife’s heart. After all, are not the eyes the window to the heart? Which mother can abandon a child, never mind how evil that child may be. It takes a very determined woman to put principles before the welfare of the family.

We knew it was with dire consequences that we had turned down the offer to settle the matter. We would be made to pay dearly for our stubbornness. They would make sure that we would suffer shame never before suffered by our family.

My children are devastated. The thought of our son having to spend a good part of his life in prison is only part of it. The fact that he carries the family name and that this would be held against the family was their main concern. They knew we would be made to suffer for what Raja Azman had done.

This was a predicament we would never be able to avoid. It would have been so simple to just agree to meet the police officers and pay them the money they wanted and all would have been settled. But it would have been settled only for that short moment in time. I would have to carry the knowledge that I sold out my principles and was not able to walk the talk for the rest of my life.

How can I continue doing what I am doing knowing that I am not able to practice what I preach? I would lose the moral high ground and would no longer be qualified to talk about change and about a better Malaysia. I am, after all, as corrupted as those people who walk in the corridors of power. My son may walk free. But I shall be taking his place in prison -- not a physical prison, but a prisoner of my own nagging conscience, which will haunt me till my last day on earth.

As a father, it was a most difficult choice I had to make. It was more difficult for Marina, the mother who gave birth to that son. We held each other’s hands and looked each other in the eye without speaking. Words were unnecessary. In that silence our hearts did all the talking. We knew we had to bite the bullet and face whatever lies ahead of us without wavering.

Marina and I apologise to the nation for what our son has done. As parents, Marina and I accept that responsibility.

Konspirasi Wabak Selsema Babi (H1N1)




ZAMRI Kecik's

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.

Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi

Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.

Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.

Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.

Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapa peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan

Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.

Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan..

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;
-Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
-Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
-600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;

“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom.. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Kenang jasa PKM, benarkan Chin Peng pulang

Bekas tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia atas jasa besar gerakan gerila itu menentang penjajahan Inggeris, kata Citizens International.

Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Ghafar Baba, seorang lagi mantan timbalan perdana menteri.

"Seperti juga Tun Abdul Razak Hussein, mantan perdana menteri kita, Chin Peng terlibat dalam gerakan penentangan terhadap kependudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

chin peng"Melalui perjuangannya menentang imperalisme, penjajahan dan penindasan, beliau telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita.

"Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya," kata Pengerusi Citizens International, SM Mohamed Idris.

Beliau juga berkata Islam mengajar umatnya berlembut pada musuh ketat sekali pun seperti ditunjukkan oleh Nabi Muhammad sewaktu kemenangan merampas Mekah.

Usaha bekas setiausaha PKM itu - sebuah pertubuhan yang diharamkan - untuk pulang ke tanahair gagal melalui proses mahkamah apabila permohonannya ditolak 30 April lalu.

Dalam rayuannya kepada kerajaan, Mohamed juga berkata perjanjian PKM dengan Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair. ;MKINI

'Tiada jalan damai puak Idris-Ahmad...'

oleh Muda Mohd Noor
Pertemuan ADUN BN dengan ketua perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammudin Hussein malam tadi belum menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di negeri itu, kata ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Nawi yang turut menghadiri pertemuan tersebut di pejabat Hishammmudin di Putrajaya, mendakwa masih sukar untuk dua kumpulan penyokong yang saling bertentangan itu, untuk berbaik-baik semula.

Dua kumpulan tersebut terdiri daripada penyokong Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan satu lagi bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

"Tiada jalan lain (untuk penyelesaian) melainkan pucuk pimpinan tertinggi melihat punca kemarahan ADUN-ADUN Terengganu sehingga mencetuskan kemelut tersebut.

"Mereka kena tengok prestasi Ahmad sebagai menteri besar, Ini perkara yang penting," katanya.

Sebelum ini, sebahagian ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri itu.

Manakala 10 daripada mereka tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini apabila tiga daripada mereka menerima SMS ugutan.

Bagaimanapun mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malam tadi, Hishammuddin yang juga naib presiden Umno mengadakan pertemuan berasingan dengan ketua-ketua Umno bahagian dan kemudiannya diikuti pertemuan dengan ADUN BN Terengganu.

Setuju selesai masalah

Sementara itu, ketua Umno bahagian Dungun Datuk Rosli Mat Hassan, ketika ditemui malam tadi, mendakwa semua ketua Umno bahagian tidak ada masalah dengan Ahmad.

Beliau juga mendakwa tidak berlaku kemelut politik yang berlaku di negeri itu sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Rosli berkata, dalam pertemuan itu, semua ketua bahagian, termasuk Idris (Besut) setuju dengan permintaan Hishammuddin supaya mereka sama-sama menyelesaikan kemelut tersebut.

Difahamkan dalam pertemuan semalam, tiga ADUN - Rosol (Ajil), Zakaria Ariffin@ Abdullah (Paka) dan Datuk Din Adam (Bukit Besi) - bercakap panjang lebar mengenai kemelut politik Terengganu.

Beberapa ADUN lain turut mencelah, tetapi Idris dan Ahmad yang hadir sama dalam pertemuan tersebut, hanya sekadar mendengar sahaja.

Idris dan Ahmad kelihatan keluar bersama tetapi tidak bercakap ketika menuju ke kereta masing-masing, selepas tamat pertemuan tersebut.

Kedua-dua mereka enggan ditemubual media untuk mendapatkan pandangan mengenai hasil pertemuan dengan Hishammuddin malam tadi.

Zamry vs. Nizar - Mahkamah akan memihak kepada Nizar esok ? Tak percaya ??

Tangguh lagi. Tangguh atau Bertangguh ? Wak susur lagi posting wak minggu lalu. Ia agak kontroversi. Tetapi mungkin itulah skrip yg mungkin digunapakai..apa pun wak tetap yakin bahawa keputusan akan berpihak kepada Nizar esok jam 3.30 petang. Mengapa ? Ikuti galur skrip wak dibawah.

Posting ini menjelaskan spekulasi dan gambaran bagaimana ia akan berlaku. Observation ini adalah bersifat peribadi.

Katakanlah keputusan Mahkamah Rayuan yang difailkan oleh Nizar pada Rabu lalu, di mahkamah Rayuan esok jam 3.30 petang memberi keputusan(judgement) bahawa NIZAR adalah Menteri Besar yang SAH. Maka Zambry Ghandi terpaksa memberi laluan untuk beliau masuk semula ke pejabatnya di SUK Negeri. Ini bermakna Zambry Ghandi secara otomatik menjadi 'qoran lama' @ MB yang tidak SAH (baca kedeta).

Apabila ini berlaku sudah tentu Speaker baru (Ganesan) akan memanggil Sidang DUN untuk membuat Undi Tidak Percaya kepada Nizar. Maaf, wak letakkan Ganesan sebagai Speaker dan tidak Sivakumar kerana untuk elak gaduh-gaduh. Biarkan..biarkan...biarkan..!! Sivakumar perlu tahu percaturan ini..lagipun Siva bukanlah anak yang degil sangat !(kata ibu beliau)

Maka Sidang DUN akan berlangsung dengan kadar yang sangat serta-merta sama macam kes Rayuan Zambry Ghandi sesegera kilat minggu lalu. Biarkan...biarkan...biarkan...!! Dengan kelebihan majoriti didalam dewan DUN, BN akan melompat gembira kerana undi tidak percaya sudah tentu memihak kepada m ereka. BN28+Bebas(sokong BN)3=BN31 manakala Pakatan Rakyat -PR28 kerusi. Apabila berlaku undian, maka kalah lah..dan Nizar akan ditabalkan sebagai MB Perak yang tidak lagi mendapat undi percaya dari ahli Dewan. Di sini apa yang dikehendaki oleh si tua Madey itu telah dipenuhi. Biarkan si tua Madey tersenyum disitu. Berikan haknya untuk senyum. Undi Tidak Percaya telah dilaksanakan. Nizar kalah dan ditolak oleh majoriti dewan penuh bergaya. Biarkan....biarkan...biarkan..!!

Apabila drama Undi Tidak Percaya itu telah dilaksanakan, secara otomatik negeri Perak tidak lagi mempunyai MENTERI BESAR. Nizar telah di tolak ahli Dewan. Zambry Ghandi telah diputuskan bukan menteri Besar yang sah. So..lagi mau tanya ? Cerita belum habis..ada lagi kat bawah. Terus baca..jangan baca separuh-separuh, kelak cepat nyanyuk..macam si tua itu. Biarkan...biarkan...biarkan..!!

Apabila Negeri Perak tidak mempunyai Menteri Besar, maka secara otomatisnya Datuk SS akan mengambil alih kerajaan(govt.taker) dan usul berkaitan Lantikan MB yang baru kena dibuat. Nak buat macamana ? Kena adakan Pilihanraya..lah ! Andai Sultan Perak menolak usul Pilihanraya Negeri untuk mencari mandat baru pemerintahan, wak rasa Penasihat Sultan sedia maklum apa yang akan berlaku. Tak kan Sultan Perak nak ambil juga Zambry Ghandi yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan itu tidak SAH menjadi MB ! Itu bakal mengundang parah dan sengketa.

Maka, jalan yang jelas dan boleh memberikan kestabilan politik Perak ialah dengan Pilihanraya. Najib pun sudah mendapat semangat baru, beliau tidak lagi gerun untuk menghadapi Pilihanraya di negeri Perak. Yang memperolehi majoriti akan memerintah Perak dan disitulah MB Perak yang baru akan ditabalkan.

Yang pasti..sms daripada orang ini memang benar, jentera harus digerak mulai sekarang...gambaran jelas kearah itu makin hampir untuk berpilihanraya. Soal siapa menang dan siapa yang akan kalah, si tua sudah pun selesai bernujum. Pastikan kesihatan jantung si tua dalam kondisi yang baik, takut terkejut nanti dan...!!
Posted by albanjari

UMNO Degil Sangat Nak Pertahan Kubu Rapuh Di Perak....!!!! Umno Memang Tamak Kuasa...????

Umno tidak seharusnya terus berdegil mempertahan kubu yang rapuh di Perak, memandangkan kedudukan Barisan Nasional (BN) belum selamat dengan bilangan Adun yang ada sekarang.

Ini kerana BN dan Pakatan Rakyat masing-masing ada 28 kerusi. Dan tiga kerusi lagi mewakili Bebas, selepas keluar daripada Pakatan.

Oleh itu banyak pihak tampil mendesak supaya Dun Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan.

Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim berkata, pandangan pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah amat jelas mengenai krisis di Perak.

Katanya, jalan penyelesaian paling sesuai dilakukan ialah membubarkan Dun bagi membolehkan rakyat diberi semula mandat bagi menentukan kerajaan yang lebih stabil.

Ditanya kemungkinan wujud kerajaan perpaduan di Perak beliau yang juga anggota Dewan Negara beliau berkata, tidak timbul soal penyatuan di antara dua parti.

"Perkara itu hanya timbul semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Memang pada masa itu ada cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Namun sekarang jelas isu tersebut sudah berakhir. Lagi pun Dato' Seri Najib Razak dari awal lagi menolak kerajaan campuran di Perak. Maka jalan yang ada sekarang ialah bubar Dun," ujarnya ketika ditemui di sini.

Mengenai pertandingan dalam PAS pada muktamar yang akan diadakan bulan depan katanya, demokrasi terus dipertahankan dalam parti itu.

Menurutnya pertandingan yang sihat bagi merebut jawatan timbalan dan naib presiden memperlihatkan sikap keterbukaan dalam usaha memantapkan lagi organisasi parti.

"Ini adalah menunjukkan sesuatu yang sihat dan baik. Pelaksanaan demokrasi sepenuhnya berlaku dalam PAS.

"Kita berharap semua pihak tidak memberikan gambaran yang negatif terhadap penyertaan beberapa tokoh yang menawarkan diri bagi membantu presiden," katanya. -harakahdaily

PAS Yakin PRU 13 Awal, Tiga Lagi Negeri Jatuh Tangan PR

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

"Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Selangor akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini.

Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini.

Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu.

"Kita menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap.

"Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya," katanya.

Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.- mstar

Individu berkempen pada hari mengudi boleh dipenjara - SPR - Inilah Salah Satu Sebab Bn Tak Bertanding...Penanti Jadi Bahan Ujian SPR.....????

BUTTERWORTH Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ngah Senik berkata individu yang melanggar larangan berkempen menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh ditahan polis dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata selama ini larangan itu tidak dipatuhi sepenuhnya oleh parti yang bertanding kerana mereka masih melobi undi di kawasan pondok panas melalui pemakaian lambang, logo, bendera parti atau pemujukan.

"Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil Penanti ini, pondok panas tidak lagi dibenar kerana kita tidak mahu aktiviti meraih atau merayu undi berlaku pada saat akhir sebelum pengundi masuk ke pusat pengundian," katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Beliau berkata pemakaian lencana, topi atau apa sahaja yang mempunyai lambang parti terutama di kawasan 100 meter daripada pusat pengundian juga tidak dibenarkan. Ngah berkata semua pihak yang bertanding diberi masa yang mencukupi untuk berkempen iaitu bermula daripada selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) membuat pengumuman mengenai calon yang akan bertanding pada hari penamaan calon pada 23 Mei sehingga pukul 12 tengah malam 30 Mei ini.

"Saya benar-benar berharap semua pihak sama ada parti politik atau calon bebas yang bertanding mematuhi larangan ini dan tidak menggunakan meja semakan yang dibenarkan di kawasan 100 meter dari pusat pengundian untuk merayu undi lagi.

"Biarlah Penanti menjadi permulaan kepada pilihan raya yang aman, tenang dan pengundi tidak menghadapi tekanan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Ngah berkata SPR melantik 450 petugas dan memperuntukkan RM500,000 untuk mengendalikan pilihan raya kecil Penanti itu.

Beberapa pembaharuan dibuat untuk pilihan raya kecil kali ini, antaranya mewujudkan barung SPR di kawasan 50 meter dari pusat pengundian dan menambah bilangan pemandu arah untuk membantu pengundi menuju ke saluran masing-masing, katanya. BERNAMA

Terkini : Nizar vs Zambry: Keputusan Rayuan Zambry 3.30 Ptg Esok


Mahkamah Rayuan akan beri keputusan berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada pukul 3.30 petang esok.

Chin Peng - Satu Lagi Wayang Versi Lama BN!!! Untuk bangkitkan Isu Perkauman dan alih pandangan rakyat dengan isu semasa !!!


Sudah lama rakyat Malaysia lupa tentang Chin Peng, mantan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu. Tapi macam orang Kedah kata .... dok tak dok... cerita Chin Peng panas semula. Ia berikutan saranan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan yang meminta Kerajan menimbangkan Chin Peng kembali semula ke negara ini.

Teng dilaporkan berkata Chin Peng yang kini tinggal di Thailand, hendaklah dibenarkan kembali ke Malaysia atas sebab-sebab kemanusiaan dan Chin Peng tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Mengapa tiba-tiba isu Chin Peng kembali dihangatkan oleh Parti Gerakan - salah satu parti komponen kerabat BN? Saya tidak nampak ada tujuan lain selain dari mewujudkan pertelingkahan pendapat dan menyemarakkan kembali isu perkauman di negara ini. Ini kerana Gerakan pasti tahu PKM sangat dibenci oleh orang Melayu. Mereka benci PKM bukan kerana ia memperjuangkan komunisme tetapi kerana ramai orang Melayu terutama tentera dan polis yang meninggal dunia dibunuh oleh gerombolan komunis yang kebanyakannya dari kaum Cina. Bagi orang Melayu yang kurang memahami sejarah mereka menganggap komunis itu adalah Cina, walaupun dalam PKM sendiri ada Regimen Ke-10 yang kesemuanya Melayu dan Pengerusi PKM sendiri, Musa Ahmad, adalah juga orang Melayu.

Bukan lagi satu rahsia setiap kali BN melihat dirinya lemah, ubat yang paling mujarab bagi mengukuhkan kembali sisa-sisa kekuatannya ialah dengan menjual ramuan perpecahan kaum. Bila Perikatan tewas teruk pada tahun 1969, ramuan perkauman inilah yang dijual oleh Umno, MCA dan Gerakan hingga tercetusnya tragedi 13 Mei. Tragedi 13 Mei tidak berjangkit ke Kelantan kerana ketika itu PAS sangat kuat di sana. Akhirnya selepas mengorbankan ratusan rakyat dalam tragedi 13 Mei, Perikatan kuat kembali dan BN ditubuhkan 5 tahun kemudian. Itulah kejayaan ulung dalam mempermainkan isu perkauman dalam sejarah Perikatan/BN.

Pada 1987 apabila Umno berpecah kepada Team A dan Team B, sekali lagi isu perkauman dimainkan dengan DS Najib (ketika itu Ketua Pemuda Umno) dan Datuk Lee Kim Sai dari MCA menjadi watak utama yang memanaskan Kuala Lumpur dengan beberapa perhimpunan berbaur perkauman Melayu dan Cina. Hampir-hampir satu lagi 13 Mei berlaku ketika itu!

Ketika BN hilang banyak kerusi dalam PRU tahun 1990, isu perkauman juga sekali lagi digembar gemburkan. Tapi rakyat yang semakin dewasa tidak mudah percaya lagi dengan usaha BN untuk memecah belahkan rakyat ke arah mengukuhkan kembali sokongan terhadap parti itu.

Kini selepas menerima kejutan dalam tsunami politik 2008, BN telah berusaha pelbagai cara untuk kembali kuat. Sayangnya mereka masih menggunakan teknik lama bagi mendapatkan sokongan - dengan memecah belahkan rakyat. MCA dan Gerakan berpura-pura menjadi hero kaum bukan Melayu dan Umno pula pura-pura jadi penyelamat Melayu. Pelbagai perhimpunan perkauman selepas PRU ke-12, termasuk isu ketuanan Melayu oleh Datuk Ahmad Ismail Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera dan ucapan-ucapan perkauman dari pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan serta rentetan peristiwa-peristiwa sebelum dan selepasnya menceritakan betapa BN tidak pernah puas untuk memecah belahkan perpaduan rakyat.

BN cuba menjadi seperti dukun Melayu yang bersahabat dengan jin dan dalam masa yang sama menggunakan jin tersebut untuk menyembuhkan pesakitnya. Di satu pihak dia menjadi jahat dan sangat jahat dengan menimpakan kesengsaraan kepada peesakit dan di satu pihak lagi dia menjadi sangat baik untuk menyelamatkan pesakitnya. Lalu hantu raya yang bernama MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain sering dilepaskan berkeliaran bagi menyakiti hati orang Melayu serta menanam kebencian kepada orang bukan-Melayu dan selepas itu Umno pun akan bangun sebagai hero untuk kononnya 'menyelamatkan' Melayu.

Tapi sudahlah BN, sudahlah Umno, sudahlah Gerakan, sudahlah parti-parti komponen perkauman lain. Kaedah permainan politik anda itu mungkin cuma boleh laku pada pada zaman generasi lama memegang tampuk kuasa. politik dulu. Generasi baru kini semakin menerima kenyataan isu perkauman lapuk tidak dapat diterima lagi. Oleh itu usahlah bercakap lagi tentang meminta Chin Peng kembali. Jika Gerakan masih hendak membela Chin Peng, pergilah diam-diam menemui Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri. Kalau Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri kata Chin Peng boleh balik, baliklah dia ke negara ini, sebab orang Umno tidak akan berani menyanggah perintah Perdana Menteri.

Mengapa Gerakan perlu bising-bising cari publisiti, cari sebab untuk membina permusuhan Melayu-Cina? Jangan main wayang lagilah, BN. Cukuplah, rakyat dah muak dengan wayang versi lama itu!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Najib Mengaku Beliau "Penyamun Paling Besar" - 1Malaysia sokong kenyataan tu ???



Perdana Menteri Najib Razak berkata beliau adalah penyamun terbesar apabila ditanya mengenai sama ada kepimpinan dan ahli Umno yang dipimpin beliau benar-benar faham akan keperluan melakukan reformasi dalam dasar-dasar ekonomi dan pentadbiran negara.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam satu temuramah dengan akhbar Singapura, The Straits Times semasa lawatan beliau dua hari ke Singappura bermula hari ini.

"Tidak apa...mereka hanya penyamun kecil. Sayalah penyamun paling besar," kata Najib secara sinis.

Lawatan beliau ke negara pulau itu adalah bagi membincangkan isu dua hala antara kedua negara seperti pembangunan Iskandar di Johor.

Keputusan Mahkamah Rayuan Hari Ini Penting Buat Barisan Nasional | 上诉庭今天的裁决对国阵的重要性


Saya berpendapat masa yang paling baik ialah apabila Zambry diisytiharkan MB Perak yang sah dan beliau akan membubarkan DUN Perak, kerana sekiranya pembubaran ini dilakukan oleh YB Nizar, maka saya anggap ia akan membawa nasib malang kepada pihak BN.....

而我认为国阵的最好时机就是上诉庭裁决赞比理为合法大丞然后由他提出补选。如果补选是被尼查提出的话,那么国阵就不辛了。。。。。

Keputusan Mahkamah Rayuan Hari Ini Penting Buat Barisan Nasional

Hari ini merupakan hari yang penting dalam krisis perlembagaan Perak yang berlaku sejak kerajaan Perak bertukar tangan, kerana hari ini mahkamah rayuan akan menentukan siapa Menteri Besar Perak.

Sebenarnya saya terperanjat dengan keputusan yang ditentukan oleh Mahkamah Tinggi yang menyatakan Nizar adalah Menteri Perak yang sah, saya tidak dapat terfikir apa yang dirasai para pemimpin Barisan pada ketika itu.

Ya, seperti yang dikatakan oleh PM, BN akan buat rayuan terhadap keputusan tersebut dan Mahkamah Rayuan secara effektifnya telah meluluskan rayuan tersebut dalam masa 5 jam, tapi bagi Nizar, nasib tidak menyebelahinya kerana rayuannya mengambil beberapa hari.

Sebenarnya saya telah dapat menjangkakan keputusan yang akan diputuskan Mahkamah Rayuan atas betapa effektifnya mereka menyelesaikan kes rayuan Zambry.

Khabar angin dimana DUN Perak akan dibubarkan kini tersebar luas. Maka keputusan hari ini amat penting bagi pihak BN kerana mereka perlu memastikan pembubaran DUN Perak ini adalah dikemukakan oleh MB BN iaitu Zambry. Hal ini supaya ia dapat menyelamatkan sedikit undi sekiranya Pilihan Raya Perak diadakan. Pada masa itu, akan muncul banyak pemimpin yang mengatakan BN mengambil berat hal rakyat kerana sanggup membubarkan DUN Perak, walaupun mereka "hilang ingatan" siapa yang menyebabkan krisi Perak ini.

Saya berpendapat, pilihan raya sudah tidak dapat dielakkan lagi kerana krisis ini telah melibatkan pelbagai pihak termasuklah kehakiman, polis, institusi raja dan kerajaan Perak, kerana Kerajaan Perak tidak lagi berfungsi dengan baik.

Parti politik dalam BN kini sudah mula menyuarakan pendapat bahawa DUN Perak perlu dibubarkan (saya anggap mereka telah mendapat "kebenaran" tersebut), Najib kata BN tak takut menghadapi pilihan raya Perak, maka saya percaya BN akan mengumumkan pembubaran DUN tidak lama lagi kerana Najib tidak akan dan tidak boleh membawa tumor ini sehingga ke pilihan raya akan datang, tapi semua ini hanya faktor masa sahaja.

Saya berpendapat masa yang paling baik ialah apabila Zambry diisytiharkan MB Perak yang sah dan beliau akan membubarkan DUN Perak, kerana sekiranya pembubaran ini dilakukan oleh YB Nizar, maka saya anggap ia akan membawa nasib malang kepada pihak BN.



上诉庭今天的裁决对国阵的重要性

今天将会是霹雳州危机最重要的一天,上诉庭即将裁决谁是霹雳州的合法州务大丞。
当时高庭的裁决突然令我大吃一惊,我只不过是一个平凡的霹雳州子民,所以我更加无法想象当时国阵的感受是如何的。
就如那吉所说的你们不要高兴的太早,我们会提出上诉,很快的国阵提出了上诉,然后上诉庭非常有效率的只不过花了5个小时就通过了国阵提出的上诉,当然尼查就没有那么好运了,他必须等,等多几天来审讯这宗案件。
其实今天我已经可以预测上诉庭的判决,看看他们那么有效率就知道了。

其实这个判决对国阵是很重要的,
最近很多人都听到谣言说霹雳州州议会即将解散,
是的,如果要解散的话,当然国阵必须会确保是由国阵的州务大丞提出,起码这可能会挽救一点国阵在补选的选票,
因为这将会被国阵的领袖们说成了国阵注重民意(当然他们会暂时忘记是谁使到霹雳州出现这场宪法危机)。

笔者认为,霹雳州补选是已经不能避免的了,因为这一次的夺权行动已经牵涉到了司法,警方,政府以及王室在内。霹雳州政府也无法有效的执行任务。

看看国阵成员党频频放话要补选(你认为他们会那么敢吗?),那吉放话国阵不怕补选,我认为国阵只不过是在等待一个时机宣布而已,因为我深信那吉并不会把这个毒瘤带到下一个全国大选。

而我认为国阵的最好时机就是上诉庭裁决赞比理为合法大丞然后由他提出补选。

如果补选是被尼查提出的话,那么国阵就不辛了。

Sumber asal : http://gomalaysian.blogspot.com

POLITIK MELAYU - MASIH MENTAH ATAU TARAF OKU?

Asalnya tajuk artikel ini “Orang Melayu bodoh politik” bukan OKU atau orang kurang upaya. Tetapi perkataan bodoh ini agak kasar dan bersifat kurang ajar walaupun sebenarnya memang bodoh lah gambaran tepat sikap pemimpin Melayu sekarang..

Apa tak bodoh, semua parti politik yang di pimpin Melayu, baik UMNO, maupun PKR dan PAS berebut-rebut nak dapat sokongan kaum-kaum bukan Melayu. Kaum imigran yang dibawa penjajah Inggeris sebagai “kuli” sekarang dilayan seperti “raja” atau “king”. Puak-puak ini pulak berlagak sebagai yang paling berkuasa menentukan siapa yang layak jadi pemerintah di negeri tanah tumpah darah bangsa Melayu.

(Tun Razak - ketika sokongan kaum bukan Melayu merosot, Tun Razak memperkuatkan politik dan ekonomi Melayu dengan dasar DEB, bukan menyerahkan hak politik dan ekonomi Melayu kepada kaum lain)

Memang sifatnya orang Melayu tidak suka menuntut, jauh sekali merampas hak orang lain. Dagang lalu di tanak nasi. Sifat menghormati tamu atau orang luar telah menjadi norma hidup orang Melayu sejak dulu hingga sekarang.

Dulu, Penjajah Inggeris nak jaga politik orang Melayu, mudah saja. Jaga pembesar Melayu, dan tidak mencampuri adat istiadat orang Melayu dan agama Islam. Inggeris sudah tahu kelemahan kekuatan orang Melayu. Tetapi dengan kehadiran kaum pendatang terutama kaum Cina, Inggeris menghadapi berbagai masalah politik. Mereka tuntut macam-macam dari Inggeris.

Bila tak dapat mereka buat kongsi gelap. Mereka ujudkan kekacauan. Maka Inggeris tunduk dengan tuntutan mereka dengan beri jawatan Kapitan Cina, beri tanah, kawasan lombong dan sebagainya. Mereka juga tuntut macam-macam daripada pembesar dan raja-raja Melayu. Dapat tanah, komisen pungut cukai dan sebagainya.

Bagaimana dengan ekonomi bangsa Melayu? Sejak dulu mengharapkan sumber alam yang diberikan Allah SWT. Menjadi nelayan dan menanam padi. Dimana tanah yang menjadi tapak rumah mereka, tanah itulah, yang bersempadankan pokok mempelam, pokok kelapa, pokok pandan yang menjadi milik mereka. Tidak lebih daripada itu. Dalam otak orang Melayu seluruh kampong termasuk kawasan tanah kuburan, sebagai milik mereka.

Sebab itu mereka tak risau apa-apa. Sampai masa musim angin bertiup, mereka main wau dan layang-layang, musim tengkujuh, mereka pesta air. Orang Melayu suka bersantai dan bergembira. Tidak perlu kejar harta dan kekayaan.

Politik Melayu begitu simple, hanya patuh kepada raja dan sultan atau pembesar mereka. Yang baik pada ketua baiklah pada mereka. Sampai sekarang beginilah keadaan kebanyakan orang Melayu. Mereka serah nasib kepada pemimpin termasuk raja-raja Melayu yang kononnya melindungi hak-hak istimewa orang Melayu.

Barangkali mengambil masa berpuluh-puluh tahun lagi untuk bangsa Melayu mencapai taraf kemajuan yang telah dikecapi golongan pendatang yang rakus, tamak dan ingin membolot segala hak orang Melayu.

Itupun jika, ayatnya JIKA, bangsa Melayu masih lagi mempunyai kuasa politik! Dua pulau dah ditawan, Pulau Singapura dan Pulau Pinang oleh kaum yang asalnya menjadi “kuli” Inggeris, tetapi pemimpin Melayu masih dengan “kebodohan” mereka.

Hari ini pemimpin Melayu yang berkuasa dan pemimpin Melayu yang ingin berkuasa kata, jangan lah nampak sangat kita terlalu membantu bangsa Melayu sahaja. Walhal tiada apa pun yang nampak kelebihan kepada orang Melayu, sungguhpun telah ada polisi kerajaan membantu mereka.
Maka mereka berebut-rebutlah pemimpin Melayu menarik hati kaum lain. Pemimpin UMNO sudah tahu MCA dan GERAKAN tiada sokongan tapi apa juga tuntutan dan desakan mereka dilayan dan semua lulus. Orang India pula telah mula tunjuk taring kerana sudah tahu Melayu rupanya lemah dari segi politik. Pemimpin PKR dan PAS pulak menjanji lebih banyak lagi dari UMNO supaya mereka juga boleh berkuasa.

Tidakkah mereka tahu semua penyokong DAP, MCA dan GERAKAN itu walaupun tidak tidur sebantal tetapi mereka mempunyai mimpi yang sama? Sampainya ketikanya mereka semua akan bersatu setelah berjaya menjadikan pemimpin Melayu kuda tunggangan mereka menuju matlamat bersama. fikir-fikirkanlah.

Sumber asal : http://muslioli.blogspot.com/