Rabu, 20 Mei 2009

BIMBANG CAMPURTANGAN LUAR PENGARUHI KEPUTUSAN KES NIZAR


IPOH: Ketua Penerangan PAS, Dato Mahfuz Omar bimbang akan berlaku campur tangan Umno/BN terhadap keputusan Mahkamah Rayuan esok berhubung permohonan DS Ir Nizar Jamaluddin membatalkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Nizar selaku Menteri Besar Perak yang sah.

Mahfuz melihat, semacam ada signal yang telah dilontarkan mengenai hal itu daripada kenyataan PM DS Najib Tun Razak apabila menyatakan hanya akan berbincang dengan Pakatan Rakyat selepas keputusan Mahkamah Rayuan esok.

Kita bimbang jika peristiwa campur tangan Umno/BN berulang kembali seperti dalam kes-kes perbicaraan DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998, kes Pita Lingam, dan kita bimbang dengan kedudukan Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi yang jelas ahli Umno dan pernah memegang jawatan penting dalam satu lembaga dalaman Umno, katanya.

Mahfuz berkata, petunjuknya mudah apabila hakim yang akan membuat keputusan esok ialah mereka yang didakwa pernah terlibat dalam kes Pita Lingam, dan hal ini membuatkan persepsi kini mula berlegar akan keraguan keputusan esok.

Saya bimbang dengan kenyataan itu dan merasakan keputusan esok menyebelahi DS Dr Zambry Abdul Kadir, dan kenyataan Najib bahawa akan berbincang dengan pakatan selepas keputusan esok hanyalah untuk menjadikan pakatan sebagai pihak yang tertekan.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak kehakiman agar menyetujui permohonan Nizar supaya kes esok didengar dan diputuskan oleh panel lima orang hakim dan bukannya seorang.

Lima hakim juga perlu dari kalangan mereka yang berintegriti, bebas dari kaitan dengan kes-kes rasuah atau sebagainya yang ada kepentingan mana-mana pihak, ujarnya.

Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar mengesahkan telah menghantar surat permohonan itu melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar. END

No action against Uthayakumar

PUTRAJAYA, May 20 — No action will be taken against former Internal Security Act (ISA) detainee P. Uthayakumar for failing to appear before an ISA advisory panel meeting at the Kamunting Detention Centre in Taiping yesterday, said Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ha...ha..ha...so what ???

Hindraf brothers warned against issuing threats
Andrew Ong | Mkini
Home Minister Hishammuddin Hussein today issued a stern warning to Hindu Rights Action Force (Hindraf) leaders P Waythamoorthy and his brother Uthayakumar against threatening the government.

He said the government viewed the duo's threats to hold street demonstrations seriously and would not compromise on national security.

"Once they convert the threats into something that (breaks the law) we will take action," he told reporters in Putrajaya.

Hishammuddin was commenting on the threat by Waythamoorthy, Hindraf's chairperson-in-exile, that mass demonstrations would be held if Uthayakumar was rearrested.

Uthayakumar was recently freed from Internal Security Act (ISA) detention but speculations of his re-arrest began after he refused to sign a document specifying conditions for his released.

Though Uthayakumar was released, speculation of his re-arrest intensified after he revealed that he was not attending an ISA advisory board panel hearing on May 19.

Following this, Waythamoorthy issued an ultimatum to Prime Minister Najib Abdul Razak to revoke the order for Uthayakumar to attend the hearing or Hindraf would declare "war" by staging a series of demonstrations.

'Uthaya need not attend hearing'

Commenting on this, Hishammuddin said that it was not compulsory for Uthayakumar to attend the hearings.

uthayakumar batu cave hair offering 170509 03"I was told that his presence at the ISA advisory board is not a condition for his release. The board had asked the detainees to attend to assess their rehabilitation process.

"If he was not present, it would be reflected on the report (but) it does not violate any conditions that allows us to take action," he said, adding that the board would submit the report to him.

Asked on Uthayakumar's refusal to sign the conditions for his release, Hishamuddin replied: "I have checked on the legal aspect of this even before his release. The fact that he didn't sign it is not something that is against the law. It would not affect his release.”

Inspector-general of police Musa Hassan has refused to reveal the conditions, but Uthayakumar has disclosed that among others, there were conditions prohibiting him from speaking at public functions and going to his hometown of Seremban.

Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, wira yang malang!


Oleh WFAUZDIN NS

Datuk Wira Syed Ali Alhabshee satu nama yang senonim dengan `kumpulan kipas ligat'di dalam Umno. Pada mulanya selepas beliau yang dikenali di antara orang yang begitu kuat mendesak Pak Lah meletak jawatan, saya jangkakan sudah tentu beliau di antara mereka yang terpilih di dalam kabinet baru Najib.

Malangnya nama Mej Jen (B) Jamil Khir dan beberapa orang lagi yang tidak kuat `mengipas' dapat tempat di dalam kabinet Najib bahkan mereka bukan pemimpin Umno pun. Kaki kipas pemimpin Umno Cheras ini masih di situ juga dan masih memegang kipasnya.

Sebelum ini banyak kata-kata beliau yang `lebih sudu dari kuah' dan kadangkala lucu, kadangkala menampakkan kebodohan yang terlampau pemimpin ini. Memang wajar pun, Ceras lingkup di tangan PKR kerana Umno di sini dipimpin oleh manusia yang hanya tahu memegang kipas. Kehebatan beliau mengipas mengalahkan tukang kipas sate Kajang. Dahulu beliau mengata macam-macam terhadap DS Anwar sehinggakan mendesak kerajaan menangkap DS Anwar kononnya DS Anwar adalah batu api kepada rakyat di Perak. Batu Api DS Anwar pun, rakyat di Permatang Pauh bertambah suka kepadanya. Ceras bagaimana pula wahai Pak Syed?

Dan yang terbaru, beliau memberi amaran kepada Hindraf agar jangan mencabar kerajaan pula. Wah, Pak Syed ini perasan seolah-olah dia ketua kerajaan. Gaya bercakapnya seperti PM atau setidak-tidaknya seperti KPN. Beliau fikir rakyat tidak tahu bahawa beliau ini hanya pemimpin Umno Ceras yang sudah tidak ada lagi sokongan orang Melayu di Ceras kepada partinya. Saya fikir sebab itulah Najib tidak memandang sikit pun kepada Pak Syed ini apatahlagi untuk ditabalkan menjadi menteri atau timbalan sekalipun walaupun sekuat mana `kipasan' beliau terhadap kepimpinan Najib. Pak Syed hanya ada `kipas lipas' yang dipegang oleh pelawak A.K Jailani di dalam filem arahan P.Ramlee.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Jika DUN Perak Bubar, Apakah UMNO BN Tarik Diri Bertanding? Beri Alasan Yang Sama Seperti PRK PENANTI...????


Perkembangan muktahir di Perak memberi bayangan jelas bahawa Dun Perak bakal dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Keputusan Mahkamah Rayuan yang dijangka memihak Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin menguatkan spekulasi bahawa Dun Perak akan dibubarkan. Keberangkalian ini ditambah dengan perkenan Raja Muda DYMM Tuanku Nazrin menerima mengadap Nizar di Istana Iskandariah semalam.

Sekiranya Dun Perak dibubarkan Umno@BN dijangka tidak akan bertanding untuk menjimatkan duit rakyat sama seperti alasan yang diberikan di Penanti.

Jika di Penanti Umno@BN boleh menjimatkan beberapa juta duit rakyat bayangkan berapa banyak yang Umno@BN dapat jimatkan jika tidak bertanding di Perak?

Sudah pasti jauh berkali ganda wang rakyat dapat dijimatkan. Keputusan Umno@BN tidak bertanding di Perak nanti adalah selari dengan dasar 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Sudah pasti tindakan tidak bertanding benar-benar mencerminkan bahawa Umno mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian kerana jika bertanding juga seperti kata mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, Umno akan tewas jadi pencapaian tidak akan dapat dihasilkan. -angkasa

Apa Kata PAKATAN RAKYAT yang bercakap macam nie...!!! Pasti puak BN......!!!!***#####@@@@

Gerakan harap Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia

PULAU PINANG: Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis, Chin Peng, kembali ke Malaysia atas sebab-sebab kemanusiaan kerana beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

"Keganasan komunis yang melampau seperti pada tahun-tahun 50an tidak lagi diamalkan (dan) komunisme di seluruh dunia termasuk di China dan Rusia telah mengalami transformasi dan kini menuju ke arah perjuangan berasaskan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.

Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lepas.

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.

"Beliau sudah berusia 85 tahun, dan ingin kembali ke negara kelahirannya tetapi rayuannya telah ditolak," kata Teng. BERNAMA

Dilema seorang Melayu.......???




”Umi, adakah Abah is one of the unfortunate Malays?” tanya Suhaib kepada ku. Terkejut “beruk” dengan soalan yang tidak diundang itu. Buat beberapa ketika otak mula mencongak dengan ligat, apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan itu.

Kenapa Suhaib bertanya soalan seperti itu ?? Apakah yang ada dalam fikiran Suhaib???

Mungkin Suhaib membandingkan penahanan Abah beliau dengan tahanan lain seperti rakyat asing dan Hindraf, yang semuanya telah dibebaskan.Mereka semua tidak pernah dibicarakan di mahkamah,tetapi semuanya telah dikeluarkan dari Kem Kamunting.

Dari sejumlah 29 Juta rakyat Malaysia, bapanya telah dipilih oleh kerajaan UMNO/BN untuk dijadikan mangsa ISA. Tambahan pula beliau berugama Islam, memang sesuai sangatlah mereka di jadikan salah seorang ”pengganas” yang masih perlu disiasat walaupun telah ditahan tanpa sebarang bicara lebih tujuh tahun lamanya.Abah ditahan bersama –sama 50 orang lelaki Melayu-Islam pada tahun 2002 yang dilabelkan sebagai ahli ”JI” tetapi tahanan yang lain, termasuk Yazid Sufaat yang didakwa sebagai ketua dan anggota ”JI” paling bahaya , serta Faiz Bafana yang mengaku sebagai salah seorang ”mastermind” dalam gerakan ”JI”, semuanya telah dibebaskan secara berperingkat...Memang amat malang bagi Abah Suhaib yang dikatakan sebagai ahli biasa saja, masih lagi disiasat dan diberi pemulihan di Kem Kamunting.Penahanan Abah sudah cukup 7 tahun pada 17 April yang lepas. Dah lebih tujuh tahun ditahan tetapi masih disiasat dan sedang dipulihkan!!!!

Satu perkara lagi malang ialah disebabkan Abah berasal dari kelompok orang Melayu, yang memang amat terkenal dengan sikap lemah lembut, sopan santun dan tidak suka melawan. Orang Melayu sejak 50 tahun yang lalu, memang telah diajar supaya sentiasa bersyukur dengan apa saja yang ada dan tidak boleh meminta-minta kerana hak hak orang Melayu telah di peruntukkan dalam perlembagaan.Bila bercakap tentang ISA, satu akta yang ditakuti oleh semua orang, maka bertambah kecutlah hati orang Melayu. Kalau ikutkan hati, tak mau ada sebarang hubungan langsung dengan mangsa ISA disebabkan terlalu takut dikaitkan dengan akta tahan tanpa bicara itu.Justeru, bila Abah, seorang rakyat biasa kena ISA, amat sedikit pembelaan yang diberikan oleh orang Melayu untuknya. Majoriti orang Melayu berpendapat, Abah sepatutnya berdoa dan bersabar sahaja dengan ujian Tuhan ini dan menunggu balasan dari Allah di akhirat nanti......Ya, mungkin ada benarnya....Namun yang lebih menyedihkan, ramai juga orang Malayu berpendapat lebih baik jika ikut saja kehendak SB dan bekerjasama dengan polis berpakaian biasa itu supaya mudah dibebaskan!!!!

Dan, perkara malang yang paling dahsyat sekali ..... Abah dijadikan mangsa ISA oleh Menteri Dalam Negeri yang juga orang Melayu, SB-SB yang sentiasa mempermainkan Abah juga mendakwa sebagai orang Melayu yang berugama Islam...”Kami pun sembahyang, kami pun ada Tuhan, tapi kami cuma ikut arahan orang atas je....” itulah jawapan standard dari SB.

Jadi sebagai kesimpulannya, bolehlah aku jawab soalan itu dengan mengatakan bahawa ” ya, Abah adalah seorang lelaki Melayu yang amat malang di Malaysia ini kerana masih dijadikan tahanan ISA.......
Oleh : Merah Hitam ...http://lailagmi.blogspot.com

One Malaysia tahu BN jadi penakut ?? Dah Jadi One Altantuya ???


Adalah sorang hamba Allah tu nasib baik dia ingatkan saya.Terima kasih geng dari UMNO.

Sebelum pergi Usrah PAS tadi lepaklah kejap dengan kawan minum2 kat kedai mamak yang dekat je dari rumah.

Dalam minum2 tu, berborak2lah pasal BN takut Pilihanraya dengan member saya yang lain, sebab kami berjanji nak pergi usrah berlima naik kereta member, jadi kami tunggu dan minum dulu di kedai mamak, Bukan kedai Mamak Zambry tau.kalau dia, belum masak saya dah muntah dulu.

Kitaorang biasalah lepak kat kedai mamak sementara nak tunggu kawan lain sama pergi usrah anjuran Pemuda PAS..

Tiba2 adalah Mamat BN memberlah jugak,selalu main futsal sama2.

Sambil salam dia pun duduklah sekali minum dengaan kami sambil borak hal2 perkembangan semasa.

Dia ni jenis UMNO yang boleh campur sapa2 pun dekat situ.Jadi kami pun hormatlah sebab dia pun selalu ok dengan kami.Malah dia jenis UMNO yang ok dan low profile jadi senang nak berkawan.

Masa borak2 tu, mula2 takdelah pasal politik.Bila dia nampak je kawan saya pegang Harakah tajuk ‘rakyat jadi hakim’ dia pun mulalah naik angin!kitaorang punyalah risau sebab dia ni kira otai jugaklah kat tempat tu. Habislah muka kawan tu dah merah menyala.

Tiba2 dia bercakap.tahu apa

dia kata.?

“Aku dah meluat tengok BN ni!.Dah takut tu tak payah lah cakap banyak,bukannya semua orang tak tahu sekarang ni macam mana BN.”?

Huh.!hilang terkejut saya.Ingat kan marah kat kami tadi.Suspen je Mamat ni.Saya tanya lagi.”kenapa.”?

Dia jawab balik.

“Hari tu bukan main meeting sampai berkali.!lepas tu kata nak umum kita tunggu dia tak umum2.last2 macam ni Pulak yang Najib buat.”?

Sambungnya lagi.”Dah lah kes Perak sekarang ni tak settle2 lagi tambah pulak masalah kat Penanti,

Bila dia tak mahu letak calon.tahu la semua orang dia memang takut Pilihanraya.”Marah betul dia.

Saya sungkit sikit soalan panas kat dia.”Ha! habis apa kena mengena dengan Perak pulak.”?

Tak sempat sedut air milo ais dia berkobar2 je terus menjawab.”Mana tak berkaitnya?orang tahu sekarang ni BN tak mahu bubar DUN perak kan.”?dia tanya saya balik pulak,saya angguk kepala je.

Kemudian dia sambung.”Ala,ko kan orang PAS takkan tak tahu Isu ni.”?

Saya pun buat2 angguk lagi.

Sambungnya lagi.”Bukanke masa Isu Perak ni pun orang dah kata macam2 kat BN, BN takut Pilihanrayalah, takut bubar DUN Perak lah.”dia berhenti kejap sambil sedut dulu air milo ais tu lepas tu dia sambung lagi.

“Bila BN tak letak calon kat DUN Penanti sah2 lah orang bertambah yakin yang Najib sekarang memang takut dengan pilihanraya”.

Saya kilas balik jawapannya tu.”Mana pulak kan ke Najib dah cakap itu kan masalah dalaman Pembangkang,dia kan nak tumpukan hal ekonomi.”?kata saya pura2 buat baik lah konon,padahal saya macam perisik.

“Taiklah! mana ada? pasal Ekonomi? ini semua Auta dia je bukan semua Orang UMNO tak tahu”.sambungnya lagi “Kat Penanti tu pun calon pun dah ada.Aku nak tanyalah sampai malam ni apa yang ditumpukan pasal ekonomi ni sedangkan Media bertali arus siarkan pasal berita DUN Penanti tu apasal “.?.hangat ni kata saya dalam hati.

Saya tergamam.Eh betul jugak,kata saya dalam hati.Berita hari ini pun hanya Nazri pergi melawat puduraya je yang saya tahu tu pun nak umum pasal repair Puduraya guna

10juta ke 30juta sahaja.

Kawan tadi pun sambunglah marah dia kat Najib.”Alah kalau Puduraya tu 10,30 juta je dia bagi.masa kat Bukit gantang tu mahu lebih dari tu dia labur ko tau tak.”Aik mamat ni lebih marah dari saya pulak bisik dalam hati.

“Nak tutup Isu dia laburla 10,30 juta tu biar nampak rakyat percaya agenda ekonomi dia tu,sedangkan kalau dia betul ikhlas Plaza Rakyat yang dah bertahun kat sebelah Puduraya tu apasal tak mahu repair.”?sambungnya lagi.”ko tau nak repair Plaza Rakyat tu berapa kos dia”.?

Saya geleng2 kepala lagi

tanda tak tahu.

“Mahu 1ke2 billion tu mungkin meningkat masa ekonomi gawat ni.”

“Ko tak tahu Najib tu otak dia sama macam Mahathir belit dia, dia labur RM10,30juta repair Puduraya sedangkan Plaza Rakyat dah lama terbengkalai angkara kawan Mahathir tu dia buat tak nampak pulak.”

Isk! semakin hangat mamat ni. Maklumlah kami bersahabat baik,kenal sangat dia ni selalu join kita orang main futsal sama2.

“Abis yang engkau marah kenapa dah dia taknak bertanding apasal.”? aku cucuk jarum lagi.”kan dia kata Penanti tu tempat Pembangkang takpelah biarlah bagi balik kat pembangkang.”ayat umpan saya bagi ke dia.

Dia terus maki.”Taiklah!Penipu je semua tu.! heh alasan dia saja tak mahu bertembung dengan Anwar ” sambil sedut Milo ais tu kemudian sambung.”kalau itu alasan dia kenapa masa Kelantan dulu ada PRK di Pengkalan Pasir beria2 UMNO bertanding.Masa tu lagi teruk ekonomi , tempat pun pembangkang yang punya kenapa boleh je bertanding.”? Sambil sedut balik milo aisnya.

Dia balas balik.”Abis Bukit Gantang dengan Bukit Selambau tu kerusi siapa sebelum tu bukan kerusi pembangkang ke.”?

Saya jawab.”Manalah aku tahu kan ke dia tu PM ko”? Rakan saya yang lain khusyuk dengar perbualan kami yang agak2 seperti debat perdana tu.

Tahu dia jawap apa.”Khak thui.! PM apa macam ni, Pengecut.!

bagus lagi Pak Lah.! sungguh pun Slow Pak Lah lagi gentle dari Najib.Masa Pak Lah mana kawasan PRK BN tak masuk.? Ijok yang tempat keadilan kuat pun kita boleh tawan apara.”Berapi dia cakap terkedu saya..

Marahnya lagi

“Nak kencing pun tengoklah ahli akar umbi.Dia ingat kita orang bodoh ke Pasal kes dia ni lah.takut sangat.buat apa nak takut kuasa kan dia dah pegang banyak pulak alasan si Najib ni.”

Nampak hangat kata2 dia malam tu dalam do borak2 tu kereta member pun dah sampai, sebelum kami berangkat ke Usrah PAS dengan kereta dia saya sempat bertanya kepada mamat tu.

Saya tanya .”Yang engkau angin semacam ni kenapa.? Biarlah UMNO rileks sikit tak lah rugi duit rakyat tu.” kan ke UMNO nak jimat sekarang ni.”?Umpan lagi tu.he he

Dan anda semua nak tahu kenapa si Mamat tadi marah sangat kat Najib tu.? ni jawapannya:

“Aku bukan nya apa kalau BN bertanding, bolehlah buat part time sikit pasang poster ni. Budak aku pun ramai dah siap sedia segalanya. Kononnya Muhyidin Yassin hari tu cakap macam nak letak calon je semua orang dah konfiden. tapi cara bertangguh2 apa susahnya sampai kena meeting berkali2.”

Sambungnya lagi.

“Tiba2 tak jadi lak bertanding. Dah tau tak mahu bertanding yang dok kalut meeting berkali2 tu nak buat apa cakaplah awal2 BN tak mahu bertanding apasal susah sangat”?. Marah lagi.keh keh

“Memanglah semangat aku pun dah lemah. tu yang terkilan tu.Benda semua dah ready dah.Abislah macam ni, dah lah part time tarak. Orang BN pulak semakin malu. bengang betul aku ni,macam mana Najib ni belum 100hari perintah dah macam ni malu2.”

Saya pun bagi soalan baik punya dekat mamat tu.” Alah susah2 masuk PAS. tak payah fikir pasal part time kita berjuang Ikhlas macam datuk,nenek moyang kita dulu masa mula2 tubuh UMNO, UMNO sekarang dah sasau.”Umpan saya pada dia.

Saya tengok dia senyum je. Ha macam ada tanda2 je tu harap2lah Allah bukakan hatinya. Lagipun dia ni dikira orang UMNO yang berperwatakan agak baik jugalah kat situ.

Saya pun gelak besarlah dalam hati keh keh keh. begitu rupannya sampai angin serata alam dia marahkan UMNO.Ha ha Najib2 silap anda semakin besar Najib Orang sendiri pun pertikaikan anda.Masa dah suntuk Najib ingat 2tahun je tempoh pulih UMNO.Sekarang dimata rakyat UMNO DAN AHLI UMNO SENDIRI BN PENAKUT.
“ONE MALAYSIA TAHU BN PENAKUT”
From:

Naruto sensei..

Manoharan wants Bumiputra status for all born after independence


By Shannon Teoh

SHAH ALAM, May 20 – Hindu Rights Action Force (Hindraf) leader M. Manoharan today called for all those born in Malaysia after independence to be accorded Bumiputra status, saying that this would truly unite Malaysians and give 1Malaysia some meaning.

Fresh from being released from Internal Security Act (ISA) detention, M. Manoharan may well be courting trouble again with his speech at a teatime function today.

“I want to meet the prime minister to propose that we accord Bumiputra status to all Malaysians born here after August 31, 1957 to dismantle racial barriers,” he said.

In an interview with The Malaysian Insider later, he said that such a move might give PM Datuk Seri Najib Razak’s 1 Malaysia slogan of unity a chance of bearing some fruit, as it would be the first step towards recognising all citizens as equal Malaysians.

Recognising the sensitivities surrounding Bumiputra status, he explained that it was not meant to impinge on the constitutional rights and privileges of Malays.

“The constitution enshrines the rights of Malays, not Bumiputras, so they can still continue to enjoy their special status. I am not trying to take it away from them,” he said.

The Kota Alam Shah assemblyman added that, along with four other Hindraf leaders released recently from ISA detention, he would resume its 18-point demands to the government which includes affirmative action for ethnic Indians as well as protection for its schools and temples.

In his own capacity as a DAP assemblyman in Selangor’s Pakatan Rakyat government, he hopes to pursue some of these issues.

“I have a masterplan for Selangor. If we solve these three problems – Tamil schools, Hindu temples and graveyards or crematoriums – then we will have solved 90 per cent of Indian problems,” he said.

He said the state government had the power to end these Indian issues as it was in charge of giving out land titles.

“We are asking for nothing more than what are government obligations to its citizens. We are not asking to be prime minister, deputy prime minister or to be astronauts,” he quipped.

Shahidan: Sah 1000 Ahli Umno keluar parti kerana dibuang dari JKKK


Oleh Muda Mohd Noor

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mangakui beliau ada mendengar cerita ramai ahli Umno di negeri itu telah menyertai pembangkang.

Katanya, mereka termasuk ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno di Perlis yang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri membuang mereka dari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Shahidan yang kini menjadi penasihat kepada perdana menteri bagi wilayah pembangunan koridor utara (NCER) berkata, pemecatan ahli JKKK itu berlaku di Pauh, Kuala Perlis, Titi Tinggi, Santan, Mata Air dan Beseri.

"Setakat ini 16 atau 17 ketua cawangan dan bekas ketua cawangan telah dibuang dari JKKK, menyebabkan mereka dan yang lainnya, tidak puas hati.

"Ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno dipinggir dan kerajaan negeri tidak mengambil kisah perkara tersebut.

"Pembangkang pula telah mengambil kesempatan daripada perkara tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sehubungan itu, Shahidan menasihatkan Menteri Besar Perlis, Datuk Md Isa Sabu supaya tidak memekakkan telinga terhadap perkara tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, tindakan ahli Umno menyertai pembangkang bukan sahaja berlaku di bahagian Kangar tetapi juga di Padang Besar.

Marah pada MCA?

"Saya kenal mereka itu semua. Mereka adalah bekas pemimpin Umno di Kangar.

"Betullah angka itu," katanya ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam bahawa 1,000 ahli Umno di bahagian tersebut menyertai PKR.

Sementara itu, seorang pemimpin Umno bahagian Padang Besar, ketika dihubungi Malaysiakini, juga mengakui ramai ahli Umno di bahagian itu yang keluar parti.

Bagaimanapun pemimpin yang enggan namanya disiarkan itu tidak dapat memberi angka sebenar ahli Umno yang keluar parti.

Katanya, mereka bertindak demikian kerana marah kepada pemimpin MCA bahagian yang membuang ahli JKKK di beberapa tempat di Padang Besar.

Beliau mendakwa, tindakan pemecatan ahli Umno yang menjadi ahli JKKK itu disokong pula oleh Md Isa.

"Mana boleh pemimpin MCA memecat ahli JKKK yang terdiri daripada ahli-ahli Umno," katanya.

DVD war: No official BN state gov't version


By Humayun Kabir
The DVD war on the tumultuous May 7 Perak assembly sitting between Pakatan Rakyat and Barisan Nasional took a new twist today when Mentri Besar Zambry Abd Kadir denied his state government is promoting the BN version.

The confusion arose when Zambry at a media conference after the weekly exco meeting denied that his state government is backing the distribution of 50,000 DVDs to counter those launched by Pakatan Rakyat last week.

When asked by Malaysiakini as to when the state government would officially launch the DVDs to counter Pakatan’s DVDs, Zambry said: “This has nothing to do with the state government and maybe he (Mah Hang Soon) is doing it in his personal capacity.”

This is in sharp contrast to what Mah had told a press conference yesterday that the Perak BN government has embarked on a DVD war with Pakatan with the expected release of thousands of digital discs.

Mah said that there were three versions of the edited video - one with Mandarin voice-over, another with Bahasa Malaysia voice-over and a shorter clip, called the MTV music version.

Malaysiakini has obtained a copy of the Bahasa and Chinese version, both of which are 25-minute long.

Mah also said that the videos were condensed versions of the seven-hour assembly sitting, which has turned into the country’s most notorious assembly.

It depicted clashes between the state assemblypersons, complete with slow motion and close-ups, but minus the crucial footage where Perak speaker V Sivakumar was dragged out.

“The copies will be printed in the next few days and will be made available to the public. They will probably be placed in our Barisan component party offices or in the offices of our state executive councillors in the state secretariat,” said Mah.

Why is Zambry denying knowledge of the DVDs?

The question that begs to be answered is why Zambry is denying involvement in the DVD campaign, and how state cabinet member Mah be the main organiser without the permission from the mentri besar.

sivakumar being dragged abused manhandled by security unknown individual out perak state assembly chaos 070509 02Both the BN and PR camps were involved in physical fights during the controversial assembly sitting with the two sides claiming that they were victims of naked aggression in the incident.

Pakatan started the war last week by going to the ground armed with a DVD on what had actually transpired on that infamous day.

However, police stepped in and confiscated the DVD, audio-visual equipment as well as detaining a technician at a DAP dinner in Sitiawan last week.

Perak DAP state secretary Nga Kor Ming told the police not to practise double standard when enforcing the law on the video recording pertaining to the assembly sitting.

“The law must apply equally to everyone, whether BN or PR. There should not be double standards when enforcing the law.”

Nga wants the police to take similar action against BN officials when they release their DVDs to the public.

The assemblyperson has also called on BN to show the full version of the event, and not the edited version, which depicted Pakatan in a bad light.

Nizar Zambry : Setiakawan DAP Lebih Jujur Dari Komponen BN


Apakah tujuannya akhbar Utusan Malaysia memuatkan highlight dalam ruang rencana tentang desakan oleh Dewan Perniagaan Cina minta supaya DUN Perak dibubarkan. Sifirnya mudah iaitu meraih simpati sebanyak mungkin daripada para pembaca Melayu untuk terus mencintai dan pertahankan hak-hak kemelayuannya.

Kedua, mahu menguji sejauh mana kepekaan pembaca Melayu dan membakar agar cakna tentang hak-hak mereka yang semakin tercabar.

Ketiga memberi gambaran tindakan melampau Dewan Perniagaan Cina, yang tidak henti-henti menuntut dan sekaligus menggambar mereka kian berani mencabar integriti kesultanan atau institusi kesultanan dalam negara.

Seterusnya, mahu membuka ruang forum perdebatan maya tentang sikap biadap orang Cina. Di samping itu mahu memancing pertubuhan bukan kerajaan Melayu bangkit dan menyuarakan serta mempertahankan hak-hak mereka yang semakin terhimpit dan dihimpit.

Maknanya sebanyak mana simpati yang didapati, sebanyak sokongan mahu diraih, maka akan anti muncullah NGO-NGO Melayu yang akan senada menghentam dan mengkritik Dewan Perniagaan Cina dengan kata-kata seperti keterlaluan, melampau, minta sedar diri dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, sila balik Tongsan.

Sebenarnya sedar tidak sedar, bilamana kes Perak berlaku adalah 1000 rahmat. Perkenalan hati budi DAP terhadap PAS lebih mendalam dan terkesan persahabatannya. Satu kes penulis ingin bawakan bagaimana Pengerusi DAP Pahang yang balik ke Pahang semata-mata meraikan Tuan Guru Presiden PAS melawat ke Pahang kebetulan dalam kawasan DUNnya.

Keesokan hari nya beliau bertolak kembali ke Perak bagi menghadiri mesyuarat jawakuasa DAP Kebangsaan uyang diadakan di Ipoh. Bayangkan pengorbanan dan sikap setiaakawan cukup tinggi, pada hal dalam majlis tersebut beliau sekadar diundang, tidak diminta untuk berucap, tetapi atas dasar yakin dan terhutangbudi dengan PAS dan pimpinan PAS peringkat bawah beliau sanggup korbankan masa dan tenaga bersama-sama ke majlis tersebut. - perantaukite

PERKARA -PERKARA YANG DI LARANG SIARAN OLEH RTM???




JADI INI LAH HAKIKATNYA MALAYSIA

BN tetap pohon bubar Dun walau keputusan mahkamah memihak kepadanya?

Kata sepakat dalam Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa walaupun keputusan mahkamah rayuan Khamis ini memihak kepada parti itu, Sultan Perak akan tetap dipohon membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu supaya pilihan raya semula dapat diadakan, laporkan Malaysian Insider semalam.

Jika laporan itu benar, Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menyifatkan keputusan itu lebih baik dari tindakan melepaskan beban kepada Sultan Perak.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terserah kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memutuskan sama ada DUN Perak harus dibubarkan atau tidak.

"Jangan bebankan Sultan untuk menanggung kesan politik gangster yang menakut-nakut serta memperalatkan orang yang menghadapi tuduhan rasuah, menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di tengah jalan kononnya kerana Raja Muda hendak berjumpa dan mengumpan rasuah.

"Jika benar Najib dan BN bersedia berhadapan dengan rakyat dan akan memohon Sultan membubarkan DUN, ia sepatutnya dilakukan lama dahulu dan bukan bertindak memburukkan lagi krisis politik di Perak," katanya.

Menurut Malaysian Insider, krisis Perak adalah agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat BN semalam.

Parti itu takut menghadapi semakin meluasnya persepsi rakyat yang melihat BN sebagai pihak yang bertindak jahat dalam krisis itu.

Jika meluasnya persepsi itu tidak ditangani, BN akan kehilangan lebih banyak kredibiliti.

Beberapa pemimpin BN memberitahu Malaysian Insider tentang betapa berkesannya tindakan Pakatan Rakyat (PR) menggambarkan BN sebagai perampas kuasa.

Kesediaan BN untuk membubarkan DUN Perak itu dilihat bertujuan mengurangkan bencana yang bakal dihadapinya di mana besar kemungkinan parti itu akan ditolak terus oleh rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya BN mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti dalam DUN Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya.
"Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya, tapi itu hanya pandangan saya. Saya tak buat apa-apa survey, undian. Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya. / Malaysian Insider, Harakahdaily

Husam Yakin Pilihanraya Perak Akan Jadi Kenyataan


Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr. Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.

Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr. Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau PR, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr. Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas. Saya difahamkan Dr. Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politiik BN di Semenanjung. JIka tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihanraya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan PR. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iatu pilihanraya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

PR, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

nizar zambry umno:sudah sampai masanya ubn tidak ganggu gugat pentadbiran negeri pakatan


Andai benar alasan ketiga dari ubn untuk tidak bertanding dipenanti untuk menumpukan pada gerak kerja perekonomian rakyat maka langkah langkah susulan terhadap dasar itu perlu dibuktikan

Justeru sudah sampai masanya BN tidak perlu mengganggu gugat pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat dan seharusnya semua pihak perlu memberikan kerjasama sepenuhnya, dan dengan kerjasama tersebut jentera ekonomi rakyat dapat digerakkan sepenuhnya.

kejujuran ubn untuk menumpukan hal ekonomi ini akan terbukti jika tiada permainan politikan dan tegahan serta sabotaj dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, terhadap kakitangan kerajaan untuk bekerjasama penuh terhadap pentadbiran kerajaan negeri tanpa mengira pahaman dan parti politik mana yang mentadbir negeri tersebut.
http://suwaritimur.blogspot.com

Anwar cabar kesahihan pemecatan TPM di Mahkamah Rayuan esok

Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan rayuan bagi didengar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya esok bagi mencabar keputusan berkaitan kesahihan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar atas fakta yang diberikan beliau mempunyai kuasa mutlak kerana Perdana Menteri yang membuat lantikan, justeru beliau juga berhak memecat.

Bagaimanapun Anwar memfailkan saman terhadap TMahathir berdasarkan pemecatan itu berlawanan dengan prosedur.

Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk mendengar rayuan Anwar berhubung pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Anwar mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan.

Sebelum itu saman beliau diketepikan, justeru beliau mengemukakan rayuan, dan akan didengar hari Khamis (esok, 21 Mei 2009) mulai jam 9.00 pagi

Perak terus bergolak, BN umpama ditolak Jentolak


Posted by aminiskandar

Esok Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengetepikan perintah penangguhan penghakiman mahkamah tinggi yang mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah.Klik disini.

Kemelut politik di negeri Perak merupakan satu pendidikan politik yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia. Selama ini begitu sukar untuk memperjelaskan kepada rakyat tentang kepincangan yang berlaku dalam Malaysia.

Krisis Perak telah memperlihatkan dengan jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bagaimana Institusi Raja, Institusi Kehakiman, Polis dan penjawat-penjawat awam diperalatkan oleh Umno/Barisan Nasional untuk terus mempertahankan kuasa mereka.

Sebenarnya, jika Umno/BN terus berkeras untuk tidak membubarkan DUN Perak, ia lebih baik untuk Pakatan Rakyat. Isu Perak boleh dijaja secara terus menerus di seluruh negara. Video-video dan gambar-gambar sidang DUN 7 Mei haruslah dikongsikan kepada seluruh rakyat Malaysia agar mereka dapat melihat sendiri bagaimana BN memperalatkan institusi-institusi yang seharusnya neutral dan tidak memihak.

Lebih lama krisis Perak berterusan, rakyat Malaysia akan terus hilang keyakinan terhadap institusi-institusi yang disebutkan diatas.

Hishamuddin Rais telah mengupas persoalan ini dalam artikelnya yang bertajuk, “Perak Jadikan Emas”. Sila baca untuk memahami bagaimana krisis politik di Perak telah memberikan “vitamin” kepada Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional yang telah berkuasa lebih separuh abad.

ALASAN NAJIB DOUBLE STANDARD, TIDAK KUKUH, TIDAK KONKRIT


(Tun Abdulah Ahmad Badawi Lagi Popular PRU 2004 PKR, PAS, DAP Dalam BA TKO)
------Oleh Halik Zaman------

Alasan YAB.Dato Seri Najib Razak untuk BN/UMNO tidak mahu bertanding diPilihan Raya Kecil DUN Penanti adalah:

PERTAMA: Kekosongan kerusi kawasan Penanti bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

KEDUA: Pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

KETIGA: BN lebih mengutamakan UMNO/BN tidak pertandingkan.maka khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara diteruskan.

Alasan itu tidak masuk akal. Kalau bukan ada diperuntukan perlembagaan maka kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Bukit Selambau Kedah sama lah juga, patut UMNO/BN tidak bertanding, kerana perletakan jawatan Dato Seri Dr.Wan Azizah Permatang Pauh dan ADUN Bukit Selambau letak jawatan. Kenapa UMNO/BN bertanding juga? Ini namanya double standard juga. Kalau tidak ada dalam berperlembagaan, kenapa SPR umumkan ada Pilihan Raya Kecil di Penanti?

Satu soalan cepuhmas kepada DS Najib, kalau ditakdirkan ada Ahli Parlimen dan ADUN UMNO/BN di Negeri Sembilan letak jawatan nak sambung belajar atau tidak puas hati dengan kepimpinan UMNO/BN, adakah UMNO/BN juga tidak mahu bertanding dengan alasan yang sama, tidak ada peruntukan perlembagaan?

Masalah dalaman PKR kalau pun ada, apa kena mengenanya dengan Pilihan Raya Kecil Penanti? Masalah dalaman PKR adalah urusan dalaman parti bukan urusan UMNO atau SPR, kenapa SPR umumkan juga kekosongan kerusi DUN Penanti?

Alasan kedua DS Najib: Pilihan Raya Kecil Penanti satu permainan politik pembangkang.

Masalahnya, sama ada mainan politik kah atau sepak terajang politik kah, yang nyata DUN Penanti telah dikosongkan dengan perletakan jawatan ADUN PKR dengan apa alasan sekalipun tidak diambil kira kerana telah diumumkan oleh SPR DUN Penanti kosong, perlu Pilihan Raya Kecil diadakan.

Kalau UMNO/BN tidak mahu bertanding, apa andaian pengundi? Tentunya pengundi pengundi seluruh Malaysia menganggap UMNO/BN kecut, takut kalah, takut hilang popularitinya, takut hilang wang pertaruhannya, takut malu besar atau pengundi akan berkata pula "lagi berani Tun Abdullah Ahmad Badawi dari DS Najib" untuk menghadapi kenyataan. Cara DS Najib tidak mahu BN bertanding diPenanti, belum pernah terjadi dalam Malaysia.

Disini DS Najib serba salah kena corner, "telan mati emak buang mati bapa". Kalau tanding mesti kalah besar punya, tak tanding malu besar . Terpaksa beri alasan yang tidak konkrit. Tidak meyakinkan. Alasan yang menampakan double standard yang bercanggah dengan Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau Kedah dan Permatang Pauh Penang yang lalu.

Alasan ketiga Dato Seri Najib: BN mengutamakan khidmad kepada rakyat dan memulihkan keadaan ekonomi negara.

Alasan ini juga tidak menasabah, kenapa sekarang UMNO/BN baru mahu mengutamakan khidmad kepada rakyat, tidak 62 tahun dulu? Apa kerja wakil wakil rakyat UMNO/BN selama ini? Cari project untuk kroni kah?

Bisa sahaja rakyat memberi andaian bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi lebih popular daripada Dato Seri Najib Razak, kerana Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mencipta satu sejarah lebih popular dari Tun Dr.Mahathir Muhammad ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau menjadi Perdana Menteri belum pun beberapa tahun, Tun Abdullah bubarkan Kerajaan Pusat lalu diadakan PRU 2004 secara mengejut lantas mengalahkan Barisan Altenetif (PKR/PAS/DAP DALAM GABUNGAN BA) dengan teruk. Ketika zaman Tun Abdullah, UMNO/BN dapat kerusi Parlimen lebih dari 2/3 kerusi sekaligus merampas kembali Kerajaan Trengganu dari tangan PAS. Ketika itu Kerajaan PAS Kelantan pun turut goyah.

Mari kita fikir sama sama, kalau benar UMNO/BN itu sebuah parti yang kuat, kenapa belum satupun kerusi DUN atau Parlimen milik PR yang dapat dirampas oleh UMNO/BN selama ini? Tapi milik UMNO/BN kerusi Parlimen Kuala Trengganu telah jaya dirampas oleh PR. DiSemenanjung, pengundinya sudah lebih matang dan berani menggunakan hak mereka berbanding pengundi Sabah dan Sarawak.

Semua pemimpin pemimpin UMNO dan kroni kroni mereka sahaja yang masih ego yang percaya UMNO/BN itu sebuah parti yang kuat, padahal kalau esok PRU13 diadakan, UMNO/BN pasti akan pancit. Jangankan bilang PRU, Pilihan Raya Kecil pun UMNO/BN takut untuk turut serta. Takut kalah teruk.

Hashim Suboh tak tolak kemungkinan sertai pembangkang


Oleh Muda Mohd Noor
Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.

"Saya sedang menilai hala tuju politik saya, ke manakah arah politik saya.

"Tak kan saya hendak tunggu saya naik ke atas. Apa yang berlaku ini sedang menjadi perhatian saya.

"Bukan soal saya menunggu tawaran, jika keadaan sudah tidak sesuai, mahu tunggu apa lagi" katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurut Hashim, pemimpin pembangkang sudah banyak kali menghubunginya supaya menyertai parti mereka.

Bagaimanapun, katanya, ketika ini beliau sedang melihat perkembangan terbaru dalam Umno sebelum membuat keputusan muktamad.

Mesti Baca! Sama ada Dun dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan










































Ombak Perak ini wajib terus di kembangkan. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan di bakar. Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum di adakan. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini lebih subur politik Malaysia

Krisis Perak: memperlihat sifat asli monarki dengan jelas

Apa yang sedang berlaku di Perak ini amat baik sekali. Kelam kabut dan kacau bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak ini sekali imbas dilihat tidak mendatang faedah kepada orang ramai. Ini satu pandangan yang salah.

Apa yang berlaku di Perak ini adakah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai. Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tetiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman.

Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihat sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan dikalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.

Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri.

Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. Raja adil raja di sembah – raja zalim raja di sangkah telah menjadi realiti di Perak.

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka didalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga Malaysia telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam Perlembagaan Perak.

Hasil dari krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan Raja, peranan Menteri Besar, peranan Tuan Speaker dan had-had yang diwujudkan melalui Perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini. Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada dalam tangan mereka.

Najib Razak berniat merancang ‘rampasan kuasa’ di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdulah Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa ingin dijadikan sebagai tiupan sangka kala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangka kala ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 March. Harapan ini jelas telah pancet.

Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat. Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Ini adalah tanda-tanda politik sehat dimana elemen-elemen demokrat didalam Barisan Nasional telah mula bersuara.

Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak tanduk yang telah diambil oleh Najib Razak. Ini adalah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sehat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation. Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan diantara parti Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan. Perak adaklah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengenepikan ajenda sampingan dan menerkam kepada ajenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.

Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali didalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokan sebagai parti keCinaan telah diterima oleh orang Melayu. Pas yang selama ini dimomokan dengan hukum hududnya telah menerbus masuk ke dalam kawah Cina. Ini adalah perkembangan yang amat menakutkan untuk United Malays National Organisation.

Dua buah parti ini selalu digunakan sebagai senjata ampuh oleh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai. Di Perak orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak orang Cina tidak lagi takut untuk menerima Pas. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.

Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga. Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Nizar dan Siva. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu yang muncul hanya Anwar Ibrahim yang pada mulanya masih dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk menyakinkan warga bukan Melayu bahawa Reformasi adalah agenda untuk semua.

Berbanding dengan krisis Perak secara sepontan Nizar dan Siva telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar Ibrahim. Ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.

Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya dari apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu. Pada malam 20 September 1998 Anwar Ibrahim telah di tangkap di rumahnya. Episode penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi. Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Muhamad.

Di Perak episode ini berulang lagi. Pada 7 Mei yang lalu sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi Tuan Speaker dan dikurung agar kuasa dapat dirampas. Kini sekali satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang di wakili oleh Najib Razak.

Sama ada Dun dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda dari Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.

Ombak Perak ini wajib terus di kembangkan. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan di bakar. Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum di adakan. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini lebih subur politik Malaysia.
budak lambor kiri

BN ada asas kukuh tidak tanding di Penanti..??? Asas Ape....????

PUTRAJAYA 19 Mei - Barisan Nasional (BN) mempunyai asas-asas kukuh apabila membuat keputusan tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk parti pembangkang.

''Keputusan sudah dibuat oleh BN, mereka (pembangkang) boleh kata apa saja.

''Kita ada asas-asas kukuh dan sebab musabab kenapa kita buat begitu," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan dengan para sasterawan negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita berhubung dakwaan pembangkang bahawa BN 'tidak berani' untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Ditanya sama ada keputusan itu akan memberi kesan negatif terhadap BN, beliau menafikannya.

Ini kerana, jelas beliau, BN akan bertanding pada pilihan raya umum yang diadakan pada setiap lima tahun.

Mengenai keputusan tersebut yang mungkin akan dijadikan modal oleh parti-parti pembangkang untuk terus 'membelasah' BN, Muhyiddin memberitahu, ia sememangnya sudah menjadi sifat semulajadi mereka.

''Tiada pilihan raya pun kita sentiasa dibelasah oleh mereka (pembangkang)," ujarnya.

PKR menyalahgunakan proses demokrasi negara ???? Jadi Selama Ni BN Menipu Melalui Demokrasi Tak Pe ?????

KUALA LUMPUR 19 Mei - Langkah Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti merupakan satu isyarat kepada rakyat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyalahgunakan proses demokrasi di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab BN terpaksa bertindak sedemikian supaya rakyat faham mengenai permainan politik PKR yang sengaja diada-adakan itu.

Beliau berkata, BN tidak ada masalah untuk menyertai pilihan raya kecil tetapi ia mestilah berasaskan kepada sebab munasabah seperti kematian dan bukannya melalui siri peletakan jawatan.

''Saya percaya pucuk pimpinan akan bersetuju (bertanding) sekiranya berlaku kematian seperti di Bukit Gantang. Isu sekarang bukannya penyandang meninggal dunia tetapi meletak jawatan.

''BN tidak mahu perkara ini menjadi satu trend dan ini yang cuba dilakukan oleh PKR. Mereka sebenarnya mempermainkan mandat rakyat atas nama demokrasi. Budaya ini harus dihapuskan kerana yang menjadi mangsa akhirnya adalah rakyat,'' katanya.

Do you know why the Federal Court is not giving a written judgment in the Perak debacle?


By N H Chan (The Malaysian Insider)
The answer can be simply put. It is because Article 72 (1) of the Federal Constitution is written in unambiguous language which even a child can understand.

As I have said before in an earlier article that the words, “The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court”, mean what they say. Nothing can be plainer than that. No one in his right senses would try to interpret the obvious meaning of the words in Article 72, unless he wants to say the words mean something else. But the Federal Court was not prepared to do that. And the reason is because they do not want to be known as Humpty Dumpty judges.

Remember Humpty Dumpty in Lewis Carrol‘s, Through the looking Glass?:

“But ‘glory’ doesn’t mean ‘a nice knock-down argument’,” Alice objected.

“When I use a word,” Humpty Dumpty said, in rather a scornful tone, “it means just what I choose it to mean - neither more nor less.”



So the judges of the Federal Court did the unthinkable. They blatantly refused to apply the constitutional provision as it stands. They ignored it altogether. But by so doing they have committed the cardinal sin of not administering justice according to law. It is the duty of every judge, indeed it is his only function, to administer justice according to law. And the law, in this context, is Article 72 (1) of the Federal Constitution which is the supreme law of the land. Said Lord Denning, What Next in the Law, p 319:


Parliament is supreme. Every law enacted by Parliament must be obeyed to the letter. No matter how unreasonable or unjust it may be, nevertheless, the judges have no option. They must apply the statute as it stands.



Since the judges of the Federal Court, especially the infamous five, have refused to apply Article 72 (1) as it stands, they have, as a result, impaled themselves on the horns of their own dilemma.

They have, so to speak, placed themselves between the devil and the deep sea. Either way their position is untenable. By refusing to apply Article 72(1) of the Federal Constitution as it stands they would be guilty of a misuse of power. As put by Lord Denning, ibid, p 380:


May not the judges themselves sometimes abuse or misuse their power? It is their duty to administer and apply the law of the land. If they should divert it or depart from it and do so knowingly - they themselves would be guilty of a misuse of power.



And, in this country, this could be a ground for the judges to be removed from office. This is what section 2 of the Judges’ Code of Ethics 1994 says:

2. (1) This Code of Ethics shall apply throughout the period of his service.

(2) The breach of any provision of this Code of Ethics may constitute a ground for the removal of a judge from office.

And section 3 (1)(d) says:

3. (1) A judge shall not -

(d) conduct himself dishonestly or in such a manner as to bring the Judiciary into disrepute or to bring discredit thereto;

Judging by the unfair treatment of Nizar in his encounter with the Federal Court, public opinion has no doubt that the judges of the Federal Court has brought discredit to the Judiciary. The words of section 3(1)(d) are so clear and easy to understand that we do not need any court of law to explain it to us ordinary folk. We know what the words mean. By not administering and applying the law, which in this case is the supreme law, of the land as it stands the errant judges have brought discredit to the judiciary - a ground for their removal from office.

And if the Government of the day failed to listen to the voice of the people then they have placed themselves in jeopardy of losing the next general election or any bye-election or any State election in the future.

And finally, what about Ramly JCA the judge who had acted with indecent haste when he granted a stay to Zambry of the well considered judgment of Abdul Aziz J. Zambry was appealing against the High Court judge‘s declaratory order in favour of Nizar. Like the judges of the Federal Court, he has not given any reason for his decision. Ramly JCA granted the stay of the declaration which Nizar had obtained against Zambry. The judge was unable to explain why he granted the stay. As any lawyer will tell you it is unusual to stay a declaratory order. If such a stay is to be granted, there are legal arguments to be considered from both sides and the judge will have to say why he prefers the argument of one side as against the other. The people’s perception of him as an unfair judge is the same as that of the errant judges of the Federal Court. Ramly JCA is in no better position than his seniors in the Federal Court.

Kempen sejuta poskad mansuh PPSM


Oleh Jimadie Shah Othman
Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.

Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.

"Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI," katanya kepada Malaysiakini.

Nizar : Saya mengadap Tuanku Raja Nazrin tengahari tadi di Istana Iskandariyyah


YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Hj Muhammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dia diperkenan mengadap Tuanku Raja Nazrin tengahari tadi di Istana Iskandariyyah selepas selesai Majlis Anugerah Pingat & Bintang. Demikian dinyatakan oleh Hj Nizar dalam taklimat ringkasnya di Mesyuarat Perhubungan PAS Perak tadi.

Dalam kesempatan yang singkat itu, digunakan oleh Hj Nizar bagi memohon maaf bagi pihak PR dan rakyat Perak sepanjang tiga bulan sebelum ini sekiranya apa sahaja insiden yang berlaku mengguris hati Tuanku.

Beliau juga bagi pihak PR mengucapkan takziah di atas kemangkatan Kekanda Tuanku Sultan Azlan Shah yang juga bapa saudara Raja Nazrin.

Kesempatan itu juga digunakan oleh Dato' Seri secara berterus terang dengan penuh berhimah memberi pandangan-pandangan terhadap senario dan kemelut politik di Perak. Dato' Seri merayu supaya Tuanku memberi penghormatan kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan di negeri Perak, kerana melalui pembubaran DUN sahajalah kemelut ini akan berakhir.

Pakatan Rakyat akan menghormati pendirian dan keputusan rakyat yang samada memilih Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional. Dato' Seri juga memberi pandangan supaya tidak ada sidang DUN diadakan dalam tempoh terdekat selagi kemelut politik ini belum berakhir, beliau memberi gambaran insiden sidang DUN 7 Mei yang lalu dibimbangi akan berulang semula sekiranya sidang DUN diadakan juga, dan ianya akan hanya memalukan imej Tuanku dan negeri Perak.

Pertemuan singkat antara YAB Dato' Seri Hj Nizar dengan DYTM Raja Nazrin merupakan pertemuan yang cukup berharga walaupun pertemuan itu mengikut sumber yang disiariakn dalam posting blog ini dari seumber yang kami perolihi cuma sekitar 15 minit sahaja.

Mesej rakyat yang mahukan DUN dibubarkan telah disampaikan oleh Hj Nizar. Kini, semuanya terserah kepada Tuanku, Diharap rakyat terus menerus mengadakan solat Hajat dan bermunajat mudah-mudahan dilembutkan hati Tuanku bagi memperkenan DUN Perak dibubarkan.

Satu maklumat tambahan yang kami perolihi dimana pertemuan itu di sertai sama oleh Dato' Anuar Zaini dan Dato' Temenggong.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Kerajaan UMNO/BN Perak Mencekik Dirinya Sendiri


Written by SM Noor & WanKay
Wednesday, 20 May 2009

KEMAMAN – “Polis mungkin lebih seratus orang, dalam Dewan (DUN), dan semua besar-besar belaka, terus masuk, dia buang (ADUN) satu demi satu,“akhirnya dia tangkap saya, (pegang) tangan saya, dan mereka cekik saya, bawa saya keluar daripada Dewan,” kata Speaker yang Sah Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar ketika menceritakan saat-saat beliau diangkut dan diheret keluar dari Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei, lalu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannyadihadapan lebih 3,000 orang yang hadir pada majlis ‘1Malaysia Gelap Gelita’, yang dianjurkan oleh MTD Chukai, disini Sabtu lalu.

Katanya, ketika beliau ditangkap dan dicekik oleh pihak polis, hanya satu sahaja dalam ingatannya, sebenarnya kerajaan UMNO/BN sedang mencekik dirinya sendiri.http://www.buletinonline.net/images/stories/berita2/buletinsymbol.jpg


“Sekarang kamu tangkap saya, kamu cekik saya, sebenarnya kamu bukan cekik saya, kamu cekik (diri) sendiri ,

“rakyat akan ajar dia (kerajaan UMNO/BN) dalam pilihanraya akan datang, seluruh Malaysia sudah lihat (peristiwa tersebut),”katanya

Beliau yang juga sorang pengamal undang-undang menegaskan, tindakan polis menyerbu masuk dan melakukan kekacauan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah mencabul prinsip demokrasi.

Katanya Dewan Undangan Negeri adalah Dewan yang mulia, walaupun polis berkuasa untuk mengambil apa-apa tindakan diluar, namun apabila melangkah masuk, polis tidak berbuat apa-apa.

“Bentara adalah polis dalam Dewan, dia ada kuasa dalam Dewan, yang polis diluar itu, dia hanya polis di luar, bila dia melangkah masuk ke dalam Dewan, dia tak ada kuasa,”tegas Sivakumar.

Menurutnya, setelah diheret keluar dari DUN, beliau telah dikurung didalam sebuah bilik pengawal dengan diawasi oleh tiga orang polis.

Katanya beliau berada dalam bilik tersebut selama lebih sejam dan hanya dibawa keluar setelah semua acara pada hari tersebut selesai.

Beliau menegaskan sidang DUN tidak dimulakan pada hari tersebut dan merasa malu kerana sepatutnya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Kerajaan UMNO/BN Perak mencatat satu lagi sejarah pada 7 Mei lalu apabila melantik seorang Speaker DUN ‘haram’ setelah melantik Menteri Besar yang tidak sah, Dato’ Seri Dr. Zambry A.Kadir.

Zambry dilantik pada Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam penghakiman bertulis setebal 78 muka surat menyatakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh menyingkirkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatan Menteri Besar.

Ia adalah kerana, menurut Hakim Datuk Abdul Aziz, Nizar memegang jawatan tersebut bukan atas perkenan baginda sebaliknya Menteri Besar yang dilantik bersama barisan Exco kerajaan negeri adalah bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, perkara tersebut terkandung dengan jelas dalam Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang menyatakan bahawa sekiranya Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota DUN, beliau harus meletakkan jawatan barisan Exco tersebut atau Menteri Besar boleh meminta baginda membubarkan DUN.


''Berdasarkan Perkara 16 subseksyen (2),(5),(6) dan (7) UTKP, adalah jelas bahawa sebaik sahaja Menteri Besar dilantik, beliau bertanggungjawab kepada DUN dan bukan kepada yang lain termasuk kepada Sultan Perak.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Dengan itu, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Bukan takut tapi protes – Khairy


KOTA KINABALU 19 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei ini bukan kerana takut kalah, tetapi protes terhadap pembangkang yang memperalatkan sistem demokrasi di negara ini.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, tidak timbul soal gentar kerana jika BN meletak calon di Penanti, tindakan itu menunjukkan BN menyokong pembangkang dalam memperlekeh demokrasi.

“Kita tidak perlu bertanding, ini (pilihan raya) agenda pembangkang, ini protes kita terhadap pembangkang yang hanya memainkan sistem demokrasi dengan cara mengadakan pilihan raya.

“Adalah lebih bermaruah untuk tidak bertanding kerana saya rasa kita mempertahankan maruah kita dengan tidak ambil bahagian dalam pilihan raya kecil yang memperlekeh institusi demokrasi,” katanya.

DEMOKRASI SEMAKIN DIZALIMI.....


Anifah Aman yang bakal kena saman dengan Anwar telah berlabun semasa di US yang konon nyer, demokrasi di Malaysia is alive and kicking in Malaysia. Hotak ko!!! Jangan nak gelembong ler.....

Hakikat sebenar nyer.... demokrasi di Malaysia semakin lesu.... semakin layu. Mana nak segor nyer.... dalam terang , dalam diam..... demer dera dia.... demer bunuh dia. Sadis betoi puak-puak UBN ni..... Mentang-mentang kuasa di tangan mereka, mereka buat apa yang mereka suka. Celaka betoi....

Peduli apa mereka dengan demokrasi..... bunuh pi la, asalkan mereka dapat kuasa. Mulut berdebor-debor kata menjunjung demokrasi...... riuh satu dunia nak tunjuk mulia nyer mereka . Wal hal... taik berselepat di jubor mereka. Cakap tak serupa bikin........ semata-mata untuk menyelindungi kejahatan mereka.... Jahat.... jahat.... memang jahat, puak melaun ini. Busuk perut!!!

Tak payah penat-penat nak detailkan tindakan mereka membunuh secara perlahan-lahan demokrasi di Malaysia..... sebab semua orang dah sedia maklum. Ada yang boleh terima..... demer buat toya jer.... macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ada yang tak boleh terima.... dan prihatin serta peka..... yang hat ni..... depa dedah.... depa lawan. Lawan tetap lawan... weh!!! Mana boleh nak buat toya jer...... itu nadi pemerintahan negara. Senyap, tak berdenyut nadi tu.... mampuih kita. Itu ler yang kita bimbangkan..... denyutan nadi demokrasi di Malaysia semakin perlahan denyut nyer.... Kita sebagai rakyat yang cintakan demokrasi mesti lakukan sesuatu.... walaupun kecil tapi ia penuh bermakna.....

Begitu ler tindakan yang dilakukan oleh sekumpulan rakyat prihatin Malaysia.... yang memakai baju hitam sambil menyalakan lilin di luar pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok, yang membantah hancur nyer demokrasi!!! Tujuan mereka, tidak lain dan tidak bukan..... sebagai tanda bantahan "pembunuhan" demokrasi yang dilakukan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh anasir-anasir haram jadah yang giler mentekedarahkan kuasa!!! Maaf ler.... kasor sikit. Hangpa nak kata apa..... kata pi la. Aku no hal dan tak heran. Goooo ahead!!!

Oleh sebab, lately ini.....UBN amat takut dan phobiakan demokrasi.... terutama sekali suara rakyat, maka.... mereka pergunakan balaci-balaci mereka untuk buat kerja kotor mereka. Dalam upacara candlelight vigil malam tadi..... dua wakil rakyat DAP iaitu ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee serta beberapa orang lain telah ditahan polis. Balaci yang hat ini suka penaya orang.... makan gaji duit rakyat tapi penaya rakyat. Tak selamat hidup hangpa!!!

Cer komer tengok.... nak berkumpul..... nak nyalakan lilin... nak pakai baju warna hitam pun dah jadi satu kesalahan di Satu Malaysia Piem Najib. Apa kebende nyer ni....??? Demokrasi segor di Malaysia kepala hotak ko!!! Sapa tak marah kalor udah macam ni....??? Kalor tak marah, sajer nyer ler..... udah mati perasaan kut!!! Macam koncu-koncu UBN ler.... udah eilek perasaan, semua nyer dah jadi macam zombie!!! Zombie giler babi!!!

Itu ler antara cebisan peristiwa dan ceriter serta catatan yang nyata..... bagaimana UBN membunuh demokrasi di Malaysia.... Malah, nampak gayer nyer..... dalam era pemerintahan Piem Najib ni, demokrasi semakin terhakis dan Malaysia semakin menuju ke arah pemerintahan kuku besi..... So.... people, apakah anda nak terus berdiam diri??? Lu pikir ler sendiri......