Jumaat, 11 Disember 2009

Kudung..!!!!

Bila capaian Internet di rumah saya tiba-tiba kudung, orang pun berkata, "gangguan ka, kena potong ka?" Apa nak kisah, dah kita jenis yang selalu dipotong, tentulah soalan itu yang paling natural.

Apa pun, terima kasih sangat-sangat kepada semua yang prihatin. Bila saya tak memerlukan duit, tak dapatlah saya nak tangkap tawaran yang diberikan. Tetapi, terima kasih sangat-sangat!

Sambung cerita kudung, setelah jenuh berhabis duit handphone menghubungi TM dan tak cukup dengan itu, pergi ziarah pula pejabat TM dekat Taman Tasik Titiwangsa nu, akhirnya tak kudung lagi capaian Internet di rumah saya.

pak ngah hampa ni tak bisu atau membisu. Di kedai-kedai kopi aku melalak menyuarakan rasa tak puas hati terhadap beberapa perkembangan yang berlaku kini. Tinggal lagi tak boleh nak melalak dalam blog. Nak buat lagu mana. Capaian Internet tiba-tiba kudung.

Kudung capaian Internet memang memboringkan. Sesekali, angin satu badan dibuatnya. Memang aku ada kata, "babun tengik sungguh!"

Pada masa itu, hilang simpati kepada TM yang bergelut dengan dying business - fixed line. Memang saya selalu bersimpati dengan TM yang dirompak growth business atau future businessnya - wireless. Saya banyak mendengar cerita mengapa perkara itu terjadi, termasuk dari seorang bekas senior staff di TM. Sebenarnya, very senior.

Malangnya, i'm not at liberty to say anything. Kalau nak tahu juga, pergilah tanya Datuk Sri Abdul Wahid Omar yang kini menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank.

Dia tentu tahu sejarah bagaimana TM International yang kini dikenali sebagai Axiata Group Berhad terpisah dari TM. Hanya yang saya seronok ialah ketika mendengar cerita bagaimana seorang senior staff TM menghalau gitu-gitu sahaja wakil-wakil dari ECM Libra yang datang hendak berbincang dengannya. Memang hero Mamat itu.

Malangnya, Mamat yang hero itu tidak cukup kuat untuk menghalang future business dirompak dari TM.

Terlepas dari cerita itu, saya harap TM tidak dituduh nak jaga dying business pun tak larat! Kurang-kurangkanlah pengkudungan capaian Internet. Saya tak nak potong kerana drebar baru orang kata tak cekap memandu.

Meskipun pengkudungan capaian Internet amat memboringkan, lebih boring lagi apabila kita melihat para pemimpin politik yang kudung common sense. Ingat tak sakit hati ka bila mengenangkan aku yang kutu ini pun boleh apply common sense, tiba-tiba pemimpin politik yang ada di antara mereka bertaraf ulama tidak ada common sense!

Sudahlah kudung common sense, berdalih pula dengan dalih yang sangat menyakitkan hati.

Ni nak bagi satu contoh. Katakan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar pergi sidang Dewan Rakyat pakai kain pelikat. Lepas tu heboh satu alam. Sana sini Umno berpesta menghentam Mahfuz.

Tiba-tiba Mahfuz kata, "saya tak salah. Hanipa Maidin yang jadi Peguam PAS tak dak pun nasihat saya kata tak boleh pakai pelikat pi Parlimen. Hanipa tak bagi nasihat. Saya tak salah".

Kalau Mahfuz cakap gitu, hampa terasa dak nak buboh penampaq Mamat tu?

Dalam kecoh-kecoh tu, Ustaz Idris Ahmad membuat kenyataan akhbar menuntut Mahfuz menghentikan perbuatan memakai kain pelikat ke Parlimen. Lalu Mahfuz pun kata, "Ustaz Drih bagi modal untuk Umno berpesta".

Ada pula Mamat yang kata "Ustaz Drih bukan Ahli Parlimen. Orang luaq tak boleh campoq".

Siapa yang bagi modal kepada Umno untuk berpesta. Bukankah sifat kudung common sense Mahfuz itu (ni cerita andaian ni!) yang memberi modal untuk Umno berpesta?

Ustaz Drih orang luar? Wah, pemimpin PAS tiba-tiba jadi orang luar apabila dia menegur buruk kelaku pemimpin PAS yang lain.

Semua kenyataan tu amat menyakitkan hati seperti kenyataan-kenyataan kononnya penasihat-penasihat yang salah. Kalau nak kena pakai babysitters jaga pemimpin-pemimpin politik tahap dewa tu, lebih baik depa berenti berpolitik!

Saya rasa sudah sampai masanya para pemimpin politik diheret masuk ke dalam dewan-dewan kursus. Setahu saya, tokoh-tokoh korporat tak henti-henti dikursuskan. Nak isi planner pun kursus. Ada juga saya dengar depa kursus tentang power dressing. Macam mana nak pakai baju seluaq pun ada kursus. Barangkali sebab itulah kita jarang melihat PR exercise orang-orang korporat merapu dan gila-gila tak tentu hala.

Yang selalu kita dengar depa merapu ialah bila tiba tang dollars and cents.

Saya harap para pemimpin politik merangka kursus untuk diri masing-masing. Macam-macam kursus yang saya yakin depa kena ikuti - how to apply common sense, how to handle the press, macam-macamlah!

Jangan asyik nak tamrinkan orang sahaja padahal diri sendiri merapu tak tentu hala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA