Rabu, 11 November 2009

SPRM – sedang dibicarakan




Mungkin sampai satu ketika semua seharusnya sepakat bertanya dan meneliti apa yang sebenarnya berlaku dalam SPRM. Suruhanjaya Anti Rasuah hari ini di persoalan mengenai kaedah yang digunakan dalam menguruskan siasatan mengenai rasuah. Kaedah mereka hari ini dipersoalkan oleh bukan sahaja oleh Pakatan Rakyat malah oleh UMNO sendiri. Ini berlaku bukan sahaja dalam kes-kes yang melibatkan politik malah dalam kes-kes rasuah lain. Dalam isu Teoh Beng Hock ada saksi yang memberi keterangan cara dan kaedah kasar yang di luar jangka dilakukan oleh SPRM dan dalam isu rasuah Datuk Norza Zakaria, Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, saksi turut mengatakan tindakan SPRM yang keterlaluan sehingga mahkamah membuat keputusan agar saksi – Muhd Taupik tidak lagi dihubungi oleh SPRM. SPRM hari ini sebenarnya sedang dibicarakan. Kaedah yang keterlaluan digunakan untuk mendapatkan keterangan rasuah dan ini memberi implikasi buruk atas ketakutan di tekan dan digunakan kekerasan kerana mahukan pengakuan yang sealiran dengan pendapat mereka.  Sungguhpun begitu kes yang melibatkan Dato Norza Zakaria – terus menerus mengundang kontroversi mengenai politik wang – definisi dan pengertian sebenarnya. Secara asas definisi ini perlu supaya UMNO tidak dilihat sebagai tidak konsisten dalam membicarakan rasuah politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA