Oleh: Labu Labi
PENDIDIKAN
Banyak isu sedang hangat kini. Dalam pelbagai blog. Termasuk Perakex.
Kita bersantai sekejap kat tepi sungai Perak. Release tension sekejap.
Kami (aku ngan Tagan) dudok atas bangku. Taman depan Gerai makan. Tepi Sungai Perak. Kami ngadap sungai Perak.
Tempat kami duduk. Dulu limbah. Melalui longkang tanah. Lalu ‘kot’ celah celah pokok besar.
Turun dari deretan kedai dan kelab (dulu le - ade lagi ke kelab tu, entah - tak perasan pulak). Kelab tu bedepan ngan kedai sop kambing mamak. Kedai ni pun ada ke …entah..juga tak perasan pulak.
Kedai ni dulu laku sakan. Murah dan sedap. Tapi ada sejarahnya tersendiri. Lepas dari itu kami tak pegi dah.
Semasa ngadap sungai perak. Teringat ‘Pulau Tengah’ yang cantik dan berseh. Gelaran kami, pada pulau yang memanjang ditengah sungai perak. Sekarang dah hancur. Pasirnya disedut. Rupapun dah tak ketahuan hala. Dulu Tempat berkelah dan bermain.
Kuala sungai Chepias betul betul menuju ditengah ‘Pulau Tengah’. Tapi cetek airnya. Dihilir pulau tu membentuk beting pasir yang panjang. Pulau ni, tempat mandi budak budak dan orang dewasa. Baik budak Kota Lama Kanan atau budak Kota Lama Kiri.
Dulu kami boleh menyeberang dari Kota Lama Kiri ke Kota Lama Kanan. Dengan Hanya ‘meghande’ atau merandok air sungai Perak. Tanpa bersampan. Dihujung sebelah hulu pulau tu. Tapi kena melalui, ‘laluan arus’ air yang cetek. Takat buku lali je. Kenalah pada waktu pagi. Waktu itu, air mula surut hingga tengah hari.
Pada tengah harinya, air mula pasang. Pasir yang kering dan panas, mula hanyut.
Pada sebelah petang. Air pasang penuh. Nak ‘nyeberang’ kena naik sampan. Berenang pun belum tentu lepas. Airnya dah dalam dan laju. Tiada lagi tempat cetek.
Semakin kehulu, dari pulau tu, air nya makin dalam. Disitulah kami mengail ‘ikan ubi’.
Disepanjang tebing Sungai Perak pulak. Ditanam dengan jangung. Serta pelbagai tanaman kontan. Juga, Ubi kayu. Betik. Limau bali. Serta pelbagai tanaman lain. Cantik.
Dari Pekan Kuala sampai ke Kampong Jemuan. Tepi sungai cantik, dengan pelbagai tanaman.
Matahari pagi pulak. Menyinari air bagaikan mutiara melantunkan cahayanya.
Itu sejarah silam.
Kini airnya bagaikan kopi susu, pekat gelap. Sinaran cahaya yang melantun pun muram.
Budak budak dulu mandi manda. Tak kira laki perempuan. Ada yang berkemban. Ada berseluar dan berbaju. Pelbagai ragam pakaian. Tapi semuanya bagaikan pesta sebuah keluarga besar.
Tidak terjadi sesuatu yang buruk. Jauh sekali masalah sosial yang melampau.
Kini. Datuk dengan cucu yang masih budak kecik pun bermasalah. Ayah ngan anak. Abang ngan adek. Adik ngan kakak. Cucu ngan nenek. Bapa saudara ngan anak sedara yang masih bayi pun tak boleh diharapkan lagi. Itu yang mahram.
Yang bukan mahram lagi sakan. Setiap hari pasti keluar cerita atau berita. Kegagalan mengawal kelaparan bawah perut. Ada media, yang menjadikan ‘headline’. Ada yang dok kat dalam. Yang pasti nya ada.
Siapa yang perlu disalahkan……???
‘Bukan salah ibu mengandung’ tajuk sebuah filem.
“Labu…!!!”
“Mika ingat dak lagi sistem kita dulu serta sistem sebelum kita dulu, dibandingkan dengan sistem sekarang ni…..? ” Tagan memecah kenangan silam.
Aku senyap tak jawab. Tunggu dia nak kata apa.
Sistem pelajaran dan pembelajaran.
Diawal sistem pendidikan negara. Pelbagai kajian dilakukan. Analisa. Perbincangan. Rumusan. Dilakukan oleh ramai pakar dalam bidang masing masing.
Hasil nya dirumuskan dan dijadikan dasar. Bukan aku kata dasar itu baik. Tapi sekurang kurangnya boleh dijadikan sandaran untuk masa depan.
Sekarang. Dasar ditentukan oleh pemimpin terkuat. Kemudian panggil jawatankuasa. Bincangkan kaedah perlaksanaan. Corak dan dasar, pemimpin tentukan.
Dengan kata lain. Dari atas kebawah. Flow of Chart nya. Semua keputusan jawantakuasa tu pulak. Terpulang kepada menteri untuk dilaksanakan atau tidak.
Macam dalam kelas le. Cikgu bagi tajuk dan ’scope’ tujuan. Murid bincangkan.
Itu dari segi penentuan dasar. Dari segi perlakasanaan, secara realitinya. Disekolah. Bagaimana pulak ?
Cikgu dulu punya kuasa mutlak, mendidik anak murid. Terutama merotan.
Murid takut beritahu mak pak. Bila Cikgu rotan.
Tapi. Kalu cikgu awal lagi dah lapor kat mak pak. Anak dia kena rotan.
Balik rumah. Pak dah tunggu kat pintu, rotan di tangan. ‘Tol muka pintu’ perlu dilepasi dengan betul dan tepat.
Kalu tidak ‘double’ roti panjang. Cikgu bagi satu. Pak bagi dua roti panjang. Jumlah jadi tiga.
Tu sebab, dulu cikgu dan mak pak kamcing. Tak perlu PIBG. Zaman tu le. Mak Pak kenal cikgu. Cikgu kenal Mak Pak.
Aku sendiri pernah tanya cikgu. Kenal ke saya. Cikgu tu, jawab relak jee. Keluarga awak pun saya kenal. Pastu aku tak berani nak buat tak ketahuan kat sekolah. ‘Silap haribulan’ Ditangan Pak siap roti panjang. Tunggu muka pintu. Siap ngan soalan ‘cepumas’ lagi.
Ada juga le, cikgu yang buat ganas. Tapi tak le sampai ‘haruan makan anak’. Maksud aku dari segi garangnya. Denda yang tak sepadan.
Tapi semua itu dilalui, sebagai anak anak nakal. Hakikat perlu diterima. Akhirnya jadilah apa yang kami jadi sekarang ni.
Bila keluar dan terasa menjadi orang. Bila jumpa cikgu, yang pernah merotan dulu tu. Ucapan terima kasih tak terhingga, diberikan. Kerana dengan didikan itulah, maka kami menjadi orang, sekarang ni.
Budak budak sekarang. Cikgu pun, dia ‘warning’. Sebabnya. Mak Pak tak percaya kat cikgu lagi. Cikgu marah anak. Mak Pak serang Cikgu balik. Pastu masuk surat khabar. Hantar lapuran kepada menteri. Lama lama cikgu makin ditarik kuasa. Hingga habis semua terikat. Tangan. Mulut. Kaki.
Bila budak budak rasa ada pembela. Depa naik kepala le.
Pihak atasan pulak. Arah cikgu, supaya mendidik murid menjadi orang berjaya. Tapi dalam masa yang sama, ‘cikgu diikat’ dengan pelbagai ikatan. Dikenali dengan ‘tindakan tatatertib’.
Keliling cikgu, pasang ‘CCTV’ (bukan CCTV betul – maksudnya pantau sakan). ‘CCTV PIBG’. ‘CCTV Guru besar’. ‘CCTV murid sendiri’. ‘CCTV mak pak’. Silap langkah jenuh berjawab. Sampai kan cikgu pun naik lemas. Tu belum lagi peroses pembelajaran lagi. Penuh dengan ranjau dan duri.
Walaupun ramai dari cikgu yang berhati mulia. Tapi tak berupaya dan tak berdaya untuk meneruskan usaha. Sebagaimana cikgu cikgu dulu yang kamcing ngan mak pak pelajar.
Mana mana yang berasa boleh bernafas. Meneruskan usaha. Dan ada yang berjaya. Menyusor laluan sukar yang penuh onak dan duri. Mendidik anak anak murid. Menjadi pemimpin yang berjaya.
Tapi sayangnya. Pemimpin ini pulak. Menikan semula cikgu. Pelbagai Peraturan diperkenalkan. Pelbagai rancangan dibebankan. Mereka lupa. Cikgu yang menjadikan mereka berjaya itu, terus tertekan.
Eh… panjang pulak kesah cikgu…. bukan apa … kesian kat cikgu cikgu ditaman aku tu….cuti pengal pun kena kerja. Cuti minggu pun kena tuisyen…..tu yang emosi sikit.
Jangan kata aku puji semua cikgu…. ada juga yang teroknya … sampai ‘haruan makan anak murid’ pun ada… tu yang teroknya…
“Eh !! Labu mana aku dah lencong ni ?”
Pendidikan. Sekarang berubah cepat. Secepat komputer. Ikut kepala Menteri, Atau Ketua Pengarah. Baik Pelajaran (sekolah) atau Pengajian Tinggi.
Kalau buat seminar atau perbincangan pun. Target dah disiapkan. Cuma bincang kaedah je. Kalau ada cadangan lain. Pihak atasan bincang lain. Tak setuju pinda atau tolak.
Maka timbul le PPSMI. Sistem ‘by night company’. Syarikat ‘RM 2.00′.
Bila nak diberhentikan. Pelbagai kajian dibuat.
Masa laksana. Walaupun semua tentang. Laksana juga. Tu satu contoh. Sistem zaman canggih.
Berikut, sumber maklumat: Dari buku Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malysia. Oleh Yahya Emat. Terbitan IBS buku sdn Bhd. Cetakan pertama 1993. Cetakan kedua 1996.
Dulu, diujudkan pendidikan teknik dan vokasional. Dibawah kelolaan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan. Ada Sekolah Teknik(SMT) ada Sekolah Vokasional(SMV). Buku tersebut menerangkan dengan panjang lebar berhubung pendidikan teknik dan kemahiran. Serta kurikulum kearah melahirkan tenaga berkemahiran. Sejarah perkembangan Pembelajaran Teknikal di Malaysia disorot dengan begitu teratur dan tersusun. Berdasarkan lapuran demi lapuran. Kajian demi kajian. Rumusan demi rumusan. Akhirnya pelajar / tenaga muda / masih rebung / berjaya didik menjadi manusia berkemahiran.
Sekolah Teknik untuk pelajar yang bijak dan terpilih. Boleh terus meningkat ke peringkat yang lebeh tinggi. Sekolah Vokasional untuk pelajar yang gagal dalam SRP (pangkat ‘S’).
Bila masuk Voksional. Ada dua aliran. Satu LLPPKK, pelajaran kemahiran. Satu SPVM, kelas akedemik. Tapi lebeh tertumpu kepada kemahiran juga. Cuma dengan sijil tu, mereka layak sambung keperingkat yang lebeh tinggi. Politeknik. UTM pernah cuba ambil lulusan ini. Tapi kemudiannya dihentikan. Tahap kemampuan pelajar ini rendah.
Pun begitu. Bila pelajar ini masuk Politeknik. Mereka menguasai bidang teknikal. Bergabung dengan pelajar dari aliran sains dan sastera. Kemudiannya mereka lulus dari politeknik. Lulusan Politeknik terus memasuki tahun dua Diploma (masa sistem penggal) UTM. Mereka menguasai bidang tersebut. Lulus dengan cemerlang. Cuma mereka lewat sikit, kerana singgah di Politeknik dulu. Selepas Diploma UTM. Mereka meneruskan perjalanan seperti lain lain pelajar. Ada berjaya sehingga Phd.
Bagi pelajar LLPPKK atau MLVK pula. Mereka diiktiraf sebagai berkemahiran. Kerana Sijil kemahiran tersebut diiktiraf. Dan boleh memasuki pasaran Industri.
Itu susorgalur pelajar yang gagal SRP (sekarang PMR). Masih ada laluan untuk mereka berjaya. Kerana sistem pada masa itu lebeh mementingkan pelajaran dan pembelajaran.
Begitu juga dibidang akedemik. Aliran sains dan satera. Mempunyai saluran tersendiri. Semua itu berdasarkan kepada dasar pendidikan yang jelas. Dan mempunyai arahtuju yang jelas.
Dalam sistem sekarang ini. Ada yang jelas, ada yang kabur. Bercampur baur. Yang pastinya, lebeh banyak menyukarkan dari memudahkan. Akhirnya, pelajar menjadi mangsa. Melahirkan ramai belia dengan pelbagai masalah sosial.
Ditambah dengan peranan media serta telekomunikasi terkini. Membawa terus, belia ini hanyut dalam dunia tersendiri. Maka terjadi lah apa yang telah terjadi seperti yang disebutkan diawal tadi. Tiada yang boleh diharapkan lagi. Sehinggakan, bayi yang seawal 1 tahun pun menjadi mangsa, kepada masalah sosial.
Perlaksanaan kepada sistem perlu dilihat semula. Sekiranya perlu. Sistem itu sendiri perlu dirombak semula. Supaya boleh memenuhi keperluan semasa remaja yang masih rebong. Tanpa campur tangan, pihak yang hanya mementingan ‘perlombongan emas’ mudah.
Kita perlu kepada satu sistem, yang boleh menjamin, masa depan generasi yang akan diwariskan pimpinan masyarakat dan negara. Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab kita, memastikan Hak tersebut dihormati dan dipenuhi.
“Ish Labu, matahari dah ‘nyacak’ ni…takat ni le dulu kita sembang ….
ada peluang jumpa lagi le…”
“ha ah … takat ni le dulu …” aku sahut.
Masing masing kami pun, dengan haluan masing selepas itu.
Dengan ini aku pun mintak diri dulu ….lee
Siri ini tamat hingga takat ni sahaja…….
Kredit foto: http://ernamasfiza.blogspot.com/
Lokasi foto: Jambatan Sultan Abdul Jalil